Syukur kepada Allah. April 2007 nanti, genaplah usia PTS 7 tahun.
Lembaga Pengarah PTS sedang menimbang-nimbang membeli bangunan kilang kita sendiri, tidak jauh daripada bangunan kilang yang kita sewa sekarang.
Pada masa ini team PTS bekerja di dua tempat. Jabatan editorial menyewa di Wangsa Melawati manakala Jabatan Pemasaran, Kewangan & Pentadbiran dan Depot PTS menyewa bangunan kilang di zon industri Batu Caves. Kedua-dua premis itu sudah sesak.
Bangunan kilang yang mungkin kita beli itu bernilai sekitar RM2.7 juta. Kita sedang cuba mendapatkan pembiayaan yang terbaik. Jika pembelian ini berhasil, dijangka bangunan itu akan siap dibina pada hujung tahun 2007.
Duit
down-paymentnya adalah ikhsan projek Perpustakaan Negara Malaysia 2006.
Terima kasih banyak-banyak kepada anggota panel pemilihan judul PNM yang telah memilih 90 judul PTS bagi dibekalkan ke perpustakaan awam di seluruh negara.
Terima kasih kepada semua penulis PTS yang gigih berkarya menghasilkan buku-buku bermutu tinggi sehingga berjaya menjadi pilihan favorit pembeli dan PNM.
Mudah-mudahan akhirnya PTS ada rumah sendiri.
Hidup Buku Melayu!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o