Buku Terjemahan

Saturday, March 31, 2007

Risiko Penulis Kahwin Banyak Penerbit

Sebagai penulis, saudara perlu menguruskan risiko saudara.

Salah satu isu pengurusan risiko adalah, apakah lebih baik saudara menerbitkan karya-karya saudara dengan sebuah penerbit sahaja, ataupun banyak penerbit.

Menerbitkan buku saudara dengan banyak penerbit ada logiknya.

Jikalau saudara menulis untuk 4 buah penerbit, jikalau satu penerbit sakit-sakit ataupun menipu, hanya buku-buku saudara dengan penerbit itu sahaja yang terjejas. Buku-buku saudara dengan 3 buah penerbit lain tidak terjejas. Saudara menerima royalti sebagaimana biasa daripada penerbit-penerbit lain.

Namun ada risikonya. Apabila saudara menerbitkan buku dengan banyak penerbit, semua penerbit itu tidak berminat mempromosi nama saudara disebabkan mereka mempunyai logik begini: "Kita keluar duit RM3 ribu promo namanya dan bukunya, nanti buku-bukunya yang diterbitkan orang lain pula yang tumpang semangkuk, mereka tidak perlu keluar duit tetapi jualannya naik!"

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Risiko Sosial Membaca Buku Agama di Khalayak

Amat sukar kita hendak nampak orang membaca buku agama di khalayak, seperti dalam kapal terbang, di stesen kereta api, dalam LRT dan lain-lain. Buku agama dibaca di tempat tersorok seperti dalam rumah ataupun dalam bilik pejabat.

Salah satu faktor orang menyorok-nyorok membaca buku agama adalah disebabkan kulit buku agama yang menggunakan simbol-simbol agama dengan terlalu amat terang dan jelas, seperti kubah masjid, unta, daun budi Islamik dan lain-lain lagi.

Warna-warna yang digunakan bagi kulit buku-buku agama juga terlalu terang benderang dan berkilau-kilau.

Satu lagi faktor adalah perkataan-perkataan yang dijadikan judul buku-buku agama yang banyak diambil daripada perkataan Arab.

Orang tidak mahu membaca buku-buku agama di khalayak kerana perbuatan itu mempunyai risiko sosialnya.

Ambil sebagai contoh, kalau ada orang tua yang membaca buku bertajuk SEMBAHYANG TAUBAT dalam dewan menunggu penerbangan mungkin menyebabkan orang muda yang nampak berkata dalam hati, "Sudah tua baru dia hendak belajar sembahyang taubat!"

Kalau yang membaca buku SEMBAHYANG TAUBAT itu orang muda, mereka yang nampak mungkin berkata dalam hati, "Apalah dosa besar budak muda itu agaknya sampaikan dia hendak sembahyang taubat."

Kalau yang membaca SEMBAHYANG TAUBAT itu perempuan berambut merah dan memakai baju-T lengan pendek dan ketat, mereka yang nampak mungkin berkata, "Betulkah otak perempuan itu?"

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 30, 2007

Isu Pembaca Tahu Bahasa Melayu Tetapi Tidak Tahu Kata Pinjaman Arab

Apabila saudara menulis buku agama bagi bacaan pembaca 'beginner', jangan gunakan kata-kata pinjaman Arab disebabkan pembaca 'beginner' tidak faham makna perkataan-perkataan seperti 'soleh', 'sunat', 'aqidah', 'afdal' dan banyak lagi.

Pembaca beginner itu mungkin Melayu keturunan, lulus sekolah menengah SPM, tetapi itu tidak bermakna mereka faham makna kata-kata pinjaman Arab itu.

Isu individu lulus SPM tetapi tidak tahu makna perkataan istilah agama seperti 'soleh', 'sunat', 'aqidah', 'afdal' bukanlah perkara pelik, malah ia adalah fenomena normal.

Perbendaharaan kata seseorang itu dipengaruhi oleh bidang yang diminatinya. Jika saudara tidak berminat dengan sukan golf, walaupun saudara lulus Bahasa Melayu SPM dengan gred A, saudara tidak tahu perkataan-perkataan istilah bidang permainan golf.

Justeru orang yang tidak berminat dengan agama memang tidak tahu istilah-istilah agama seperti 'soleh', 'sunat', 'aqidah', 'afdal' walaupun dia lulus gred A bagi subjek Bahasa Melayu.

Bagi PTS yang menerbitkan buku-buku agama untuk pembaca beginner, isunya sekarang adalah bagaimana kita dapat menumbuhkan minat kelompok ini supaya suka membaca buku-buku yang membawa mesej agama.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Bahaya Mendapat Kontrak Kerajaan

Jika saudara mahu menjadi penerbit yang mandiri, jangan ada mentaliti bergantung kepada kontrak kerajaan. Lebih baik lagi, jangan masuk sebarang tender kerajaan seperti mengharapkan projek buku teks.

Dalam perbualan presiden PTS, En. Arief Rahmad, dengan Presiden MABOPA, Mr. Law yang juga pengarah urusan Sasbadi, di kalangan syarikat penerbitan milik orang Cina, penerbit-penerbit yang dulu biasa mendapat kontrak kerajaan sejak 20 tahun lalu kini sudah tidak wujud lagi.

Apa yang dialami oleh penerbit-penerbit Cina itu amat serupa dengan apa yang dialami oleh penerbit-penerbit Melayu. Mereka yang biasa menerima kontrak kerajaan terbukti tidak bertahan lama.

Topik diskusi hari ini: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kontrak kerajaan membahayakan survival penerbit?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Kesan Tulisan Arab dalam Buku Agama ke atas Minda Pembaca Beginner

Buku-buku agama konvensional dalam Bahasa Melayu adalah buku berkenaan agama Islam, yang ditulis oleh pengarang Melayu-Islam, dan untuk dibaca oleh orang Melayu-Islam yang mempunyai pengetahuan asas berkenaan agama Islam.

Justeru buku-buku itu adalah amat eksklusif sifatnya. Kalau saudara bukan orang Islam yang pandai Islam, saudara tidak dapat memahami apa yang terkandung dalam buku-buku itu.

Apakah ciri-ciri pembaca yang terdiri daripada orang Islam yang pandai Islam?

Pertama, pembaca itu tahu istilah-istilah asas dalam Islam yang dipinjam daripada bahasa Arab, seperti muslimin, muslimat, Baitullah, umrah, aqidah, syariah, afdhal, rakaat, solehah dan lain-lain. Justeru buku-buku yang menggunakan istilah-istilah itu dapat mereka baca dan fahami. Tetapi bagi pembaca beginner, mereka tidak tahu makna istilah-istilah itu.

Kedua, pembaca itu tahu makna frasa-frasa tradisional dalam buku agama seperti 'aku naik saksi...', 'sahaja aku mendirikan...', 'naik haji...', 'aku berlindung dengan Allah...', 'dengan nama Allah...' dan banyak lagi. Justeru buku-buku yang menggunakan frasa-frasa itu dapat mereka fahami. Tetapi bagi pembaca beginner, frasa 'naik saksi' adalah teka-teki.

Buku-buku agama PTS diterbitkan bagi bacaan orang-orang yang tidak mempunyai pengetahuan asas dalam agama Islam. Justeru buku-buku agama PTS menjalankan fungsi 'outreach', yakni menyampaikan mesej Islam kepada kelompok yang selama ini tidak tercapai oleh buku-buku agama konvensional.

Salah satu ciri pembaca yang tidak mempunyai pengetahuan asas berkenaan agama Islam adalah mereka tidak pandai membaca alif, ba, ta. Mereka bukan hanya tidak kenal huruf Arab, malah mereka tidak mempunyai persepsi dan perasaan positif terhadap tulisan Arab.

Tulisan Arab pada buku-buku agama boleh menyebabkan pembaca beginner tidak berminat mahu memegang buku itu, jangankan membacanya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 29, 2007

Siapa Patut Tulis Buku Agama untuk Pembaca Beginner

Di luar sana banyak orang Islam yang tidak pandai bersembahyang, manakala hati mereka sudah selalu terkenang-kenang ingin belajar sembahyang.

Mereka malu hendak mengaku mereka tidak pandai sembahyang. Seperti biasa, mereka percaya mereka boleh belajar sembahyang dengan membaca buku.

Buku yang bagaimanakah yang diperlukan oleh pembaca seperti itu?

Pertama-tama, orang Islam yang tidak pandai bersembahyang ini tidak tahu membaca huruf Arab. Dia mungkin baru masuk Islam sebab berkahwin dengan orang Islam keturunan, jadi pasangannya pun alif-batang-kayu juga.

Ada juga orang yang baru masuk Islam itu buta huruf! Mereka mungkin penduduk Bumiputera di kawasan-kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sudahlah buta huruf, mereka mungkin sudah tua, justeru payah hendak mengingat.

Ataupun, orang yang hendak belajar sembahyang itu orang profesional, tinggal di kondominium pusat bandar Kuala Lumpur, tetapi dia mungkin Islam keturunan. Barangkali salah seorang daripada ibu bapanya bukan Melayu, oleh itu dia tidak dibesarkan dengan pendidikan Islam tradisional.

Mungkin dia seorang anak Orang Asli yang ibu bapanya baru diIslamkan. Mungkin dia anak orang Iban yang masuk Islam selepas belajar di UIA, dan sekarang dia baru berjaya mengajak ibu bapanya yang buta huruf masuk Islam juga, dan dia perlu mengajar ibu bapanya sembahyang.

Buku panduan bersembahyang ada ada dalam pasaran penuh dengan tulisan Arab.

Kedua, buku-buku panduan bersembahyang konvensional terus memberikan model sembahyang yang sempurna, lengkap dengan segala bacaan sunat-sunatnya. Ini menggerunkan pembaca yang baru hendak belajar sembahyang.

Ustaz-ustaz tradisional, apabila mereka menulis buku-buku agama, seringkali sahaja mereka mengukur baju di badan mereka sendiri.

Ustaz-ustaz itu membayangkan orang yang membaca bukunya adalah orang yang serupa dengan diri mereka sendiri. Kalau mereka tahu membaca huruf Arab, mereka bayangkan pembaca juga tahu membaca huruf Arab.

Jadi, hasilnya mereka menulis buku-buku panduan ibadah untuk kelompok orang-orang yang macam diri mereka sendiri. Istilahnya, buku-buku agama yang mereka tulis itu bersifat eksklusif, hanya dapat dibaca dan dimanfaatkan sesama mereka.

Siapakah yang patut menulis buku-buku panduan sembahyang untuk kumpulan target seperti mereka yang baru masuk Islam dan Islam keturunan? Ustaz-ustaz ataupun orang biasa? Ataupun ditulis oleh orang biasa lalu disemak oleh ustaz?

Topik diskusi hari ini: Apakah yang patut dituliskan dalam buku panduan sembahyang bagi mualaf yang masuk Islam sebab dia akan berkahwin dengan gadis Melayu, yang agamanya juga cuma sedikit lebih baik daripada agama bakal suaminya?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Agama untuk Pembaca Beginner: Isu Perkataan Pinjaman Arab

Apabila penulis Melayu menulis apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan agama, maka automatis banyak perkataan pinjaman Arab digunakan.

Dalam percakapan harian pun perkataan-perkatan itu digunakan, yakni apabila orang Melayu bercakap dengan orang Melayu.

Perkataan seperti amal, martabat, surah, juz, hadith, hafiz, kalimah, syahadah, soleh, solehah, solat, akad, talak, mukmin, muslimin, muslimat, fardhu, redha, maksiat, musibah, mungkar, sunat, ibadah dan lain-lain sudah menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata Bahasa Melayu umum.

Walaupun begitu, apa yang orang Melayu tahu, orang bukan Melayu belum tentu tahu. Pembaca Cina, Kadazan, Murut, Iban, Temuan, India, Sikh dan lain-lain tidak faham konsep di sebalik perkataan itu.

Jangankan orang bukan Melayu, di kalangan orang Melayu sekalipun, ramai yang tidak tahu makna perkataan-perkataan pinjaman Arab itu - kanak-kanak sudah tentu tidak tahu! Malah, jangan terkejut, di kalangan remaja dan orang dewasa Melayu pun, banyak yang tidak tahu.

Apabila menulis buku-buku agama Islam untuk pembaca beginner, perkataan-perkataan pinjaman Arab hendaklah digantikan dengan perkataan Melayu.

Sebagai contoh, judul buku 'Panduan Menjadi Isteri Solehah' sepatutnya ditulis 'Panduan Menjadi Isteri yang Baik'.

Ayat 'Martabat seseorang itu ditentukan oleh ilmunya.' sepatutnya ditulis 'Status seseorang itu ditentukan oleh ilmunya.'

Sebenarnya, menulis buku agama Islam bagi bacaan pembaca beginner adalah lebih sukar daripada menulis buku untuk pembaca pakar, yakni pembaca yang sudah tahu apa itu ajaran-ajaran Islam.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, March 28, 2007

Ada-ada Sahaja: PTS akan Terbitkan Buku Panduan Hidup Bahagia Berpoligami

PTS bukan anti-poligami.

PTS juga bukan pro-poligami.

Tetapi PTS berpendirian, jikalau saudara mahu mengamalkan poligami, eloklah kita membantu saudara supaya dapat menjalani hidup berpoligami dengan harmonis.

Buku bertajuk DI BAWAH PAYUNG AISHAH ini adalah karya pengarang yang tidak (eh! belum!...) berpoligami. Dijadualkan buku itu akan masuk setor PTS pada 30 April 2007.

Pengarang buku ini memberitahu saya, manuskrip bukunya itu dibaca dahulu oleh isteri beliau, dan hanya selepas Cikpuan itu bersetuju dengan isi kandungannya, baru diluluskannya bagi dihantarkan ke PTS ISLAMIKA. (Patutlah beliau belum dapat berpoligami! Hahaha!)

Bagi saudara yang mahu berpoligami, ada bab khas tentang doa-doa bagi melembutkan hati isteri yang ada....

Bagi saudara yang tidak mahu dimadukan, ada bab khas tentang doa-doa tolak bala....

Ermm... nampaknya Sifu perlu belajar doa-doa tolak bala dalam buku itu....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(30) Diskusi Kuliah | Permalink

Presiden PTS Mengetuai Perwakilan Malaysia ke Pesta Buku Bangkok

En. Arief Rahmad, Presiden PTS, akan berlepas ke Bangkok esok, Khamis, dengan mengetuai perwakilan MABOPA (Malaysian Book Publishers Association) ke Pesta Buku Bangkok.

Beliau akan menyampaikan ucapan rasmi bagi pihak Malaysia di majlis pertemuan anggota-angota ABPA sempena pesta buku itu. MABOPA adalah anggota ABPA (ASEAN Book Publishers Assosiation).

Sambil menjalankan tugas-tugas rasmi MABOPA, beliau akan mengambil kesempatan itu bagi memperkenalkan kewujudan PTS kepada rakan-rakan penerbit dari negara-negara ASEAN.

Adalah menjadi objektif kita mengekspot buku-buku terbitan PTS melalui program pelesenan ke negara-negara jiran.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Puisi-puisi Penawar Duka

Dimaklumkan kepada anggota tim penyair Islami PTS, mulakanlah menulis puisi-puisi bagi perempuan-perempuan yang sedang dirundung duka, luka, kecewa, putus asa dan melara, supaya terus tabah dan bangun semula....

KE PADANG KEHIDUPAN
Kamal


Selamat datang ke padang kehidupan
Berhati-hatilah ketika melangkah
Di sini, harum kembang dan bisa duri
saling bersilangan.

Perjalananmu baru bermula
Langkah pertama pembuka semangat
Usah diingat rindu yang sarat
Gantunglah ia ketika sempat.

Aku akan melihatmu dari jauh
Jatuh dan bangun pasti kautempuh
Kesatlah air mata yang jatuh
Di padang kehidupan ini
Kau akan menjadi lebih mengerti
Kehidupan ini bukannya mimpi
yang indah tidak akan terus menanti.

DIA LELAKI YANG MEMBUNUH CINTAMU
Kamal


Dia telah membunuh cintamu
dengan pedang dustanya.

Menjaja cinta ke mana jua
Masihkah dia yang kaucinta?

Dia membisikkan sayang dan rindu
buatmu penuh syahdu
lalu kaukunyah dengan melulu.

Yang kauinginkan hanya kasihnya
Yang kauterima hanya derita.

Kuburkan sahaja rasa cinta itu
sebelum perlahan-lahan
dia membunuh jiwa sucimu!

AKU TERLALU TERLUKA MELIHATMU BEGITU
Kamal


Aku terlalu terluka
melihatmu begitu
Seakan telah kauhilangkan
matahari dari hidupmu
Kegelapan di mana-mana
Bagai sebuah kematian sebelum saatnya.

Aku mahu kausenyum kembali
bercerita tentang dirimu dan impian
yang kaulakarkan di kanvas harapan
Palitkan kembali warna keriangan di wajahmu
Tabahlah merentasi segala dugaan.

Aku terlalu terluka
Jika kau terus begitu
Membiarkan waktu berlalu
dan memberikan kemenangan
pada sebuah kegagalan lalu.

ENGKAU AKAN LEBIH BAHAGIA TANPANYA
Kamal


Engkau selalu bertanya
mengapa cinta hadir
andai hanya untuk melukakan?
Bisa kenangan itu meresap
dan menyesakkan perasaanmu,
meluluhkan.

Inilah hakikat, jodoh pertemuan
ketentuan tuhan
Jika terus menyayanginya
hanya menambah lara di jiwa
Engkau perlu bersedia melepaskan
apa yang tidak kaumiliki
dengan rela hati.

Pujuklah hati sendiri,
cinta itu bukanlah abadi
andai tuhan mengkehendaki
jalan hidupmu begini.

Tidak akan tuhan
anugerahkan dugaan
jika dirimu tidak tertanggungkan.

Engkau akan lebih bahagia
tanpanya, sebagaimana dia
lebih berbahagia tanpamu!

SEHARI LAGI WAKTU TELAH BERLALU
Kamal


Jika begitulah pengakhirannya
engkau hanya menyiksakan jiwa
yang kudengari hanya suara kesedihan
yang berlantunan di ruangan hati
saat kuhampiri dirimu
yang kaku penuh keliru.

Hari berlalu dalam senyap
kesunyian di mana-mana
untuk apakah lagi kesedihan itu, sahabat?

Aku ingin memimpinmu kembali
ke jalan asal,
menginsafi segala yang terjadi
bukankah hidup kita harus dalam
redhaNya, sahabat!

Sehari lagi waktu telah berlalu
aku tidak mahu hatimu menjadi
sekeras batu,
menyagat kewarasan dirimu
melupakan tuhan yang satu!

Cahaya di Hujung Gelita
Kamal


Kaunantilah kilau bintang
Mergerdip di hujung malam
Walau guruh di hati
Masih belum reda
Menikam segenap rasa.

Kesetiaan bukan lagi taruhan
Untuk hati melepaskan sayang
Pada rindu yang enggan bertandang
Sesudah kasihnya hilang.

Pasti ada sinar
Di penghujung lara
Memercikkan cahaya bahagia
di gelita jiwa.

LEPASKANLAH JANJI-JANJINYA
Kamal


Lepaskanlah segala janji-janjinya
daripada terus memasung dukamu
Kau harus lebih yakin
Menepis bilah sengsara
tanpa dibayangi sangsi dan ragu
yang meluru di pintu hidupmu.

Segala tangisan dan air mata
adalah kurnia dari-Nya, mendewasakan diri
untuk lebih bersedia mengatur langkah
ke gerbang bahagia yang seharusnya
kaupunyai selama ini.

Seribu hirisan luka semalam
jadikan sejarah diri
untuk lebih dimengerti
yang dinanti tidak akan
kembali lagi.

HARI YANG INDAH UNTUK KAU BERSENDIRIAN
Kamal

Setelah terlalu penat memikul beban
Engkau berdirilah menghadap awan
Yang telah seharian memuntahkan hujan
Burung-burung berkicauan riang
Menyambut hari indah yang menjelang.

Seindah ini warna alam
telah kaulepaskan daripada pandangan
sedang mata asyik tertikam
sisa-sisa duka semalam.

Lukiskanlah corak terindah di hatimu
Senyumlah, menghadapi hari esok
walau telah terpeta jejak duka
di tubir nasib dan bahagia entah
bila akan menjelma.

Hari ini amat indah untuk kau bersendirian
Bukalah pintu-pintu bahagia
Yang telah sekian lama kauhilangkan kuncinya
Pada kelmarin yang sengsara.

Kembalilah mengatur langkah
Menghapus gundah
Untuk hari esok yang lebih indah.

BUAT LELAKI YANG MELUKAKAN HATIMU
Kamal


Genderang musim bunga
Berlantunan di danau hati
Kini telah pergi membawa
Segala mimpi.

Buat lelaki yang melukakan
hatimu, terimalah salam kemaafan itu
agar hatimu lebih tenang
menatang kasih baru yang datang

Gendang semusim cinta
Biarkanlah ianya berlalu
Walau getarnya masih terasa
Di sudut memori pilu.

Pasti akan kautemui nanti
Seorang lelaki, lebih memahami
Dan kasihnya seharum wangian di syurga
Milikmu berdua.

KAU HARUS KEMBALI MENJADI BERANI
Kamal


Tangan-tangan hitam itu
menutup mulutmu menjadi bisu
sehingga engkau tidak mampu
memilih antara bahagia
atau berterusan di rantai sengsara.

Telah sekian lama
kauusung derita itu
menjadi api yang membakar diri
Kini kau harus bersuara
dan melangkah pergi
meninggalkan ruang derita.

Marilah ke pantai bahagia
biar ombak membilas segala derita
Pasti siulan camar
mampu membuatmu terlena
dari memikirkan sejuta kesakitan
yang membelit jiwa.

Kau harus bersuara
dan kembali menjadi berani
melangkah, tanpa memandang kembali
detik-detik kelam yang memenjarakan diri
selama ini kerana sayangmu padanya
tiada ertinya lagi.

USAH BERHENTI MENYINTAI DIRIMU
Kamal


Sesekali dalam hidupmu
Pasti akan kautemui
Mendung duka
Melintasi jendela hidupmu.

Lalu kau tersentak, keliru
dan meluru ke pintu sendu
Menghitung nasib, tercari-cari
di mana silapnya segala derita.

Redhalah dengan ketentuan-Nya
Pasti akan kautemui nikmat melimpah
Sesudah gerimis duka datang mencurah.

Walau di mana dikau melangkah
Teguhkan keimanan, paculah ikhtiar
Pasti kautemui jalan keluar.

Usah berhenti menyintai dirimu
Walau dirimu diduga selalu!

DIA TIDAK SEMESTINYA MENANG
Kamal


Hatimu terhempas lagi
ke lantai duka
setelah kautatang segalanya
tanpa syarat.

Namun perpisahan
tidak perlu punya sebab.

Kini kau harus menarik
satu persatu selumbar pilu
yang tertanam di sudut hati.

Usah menggigil menghadapi
hari baru tanpanya.

Dia tidak semestinya menang
untuk segala tindakan.

Engkau tidak selamanya malang
di hari mendatang.

Cantumkan kembali serpihan harapan
yang bertaburan di laman usia
kau mampu menjulang kembali
sebuah kebahagiaan hakiki!

MEMORI YANG PEDIH
Kamal

Lingkaran memori gelap
mengepung ruang diri
bagai tunggul-tunggul kebencian
menikam perasaan
kekesalan sebuah kehilangan
adalah kesunyian yang maha
pedih.

Setiap titis kepiluan
jadikanlah pedoman
dunia akan terus bergerak
meninggalkanmu.

Hadapilah kenyataan
pengalaman suka dan duka
memberi ketabahan
hanya tuhanlah yang berkuasa
ke atas segala-galanya.

Lenyapkanlah memori sunyi
yang pedih itu,
singkirkan rindu yang sarat
moga dirimu tidak terus terjerat!

MANIS BERGANTI PEDIH
Kamal

Akhirnya musim kepiluan itu muncul
di celah hari-hari indah
yang tak mahu kaulepaskan.

Kini, apa yang kaumiliki
tidak kaupunyai lagi.

Dia hanya lintasan kasih
yang memberimu sedetik bahagia
dan kepedihan sepanjang nyawa.

Kau hanya memerlukan sedikit
kegagahan seorang srikandi
untuk bangun kembali dan menyatakan:
“Aku harus meneruskan kehidupan,
dan memberikan yang terbaik untuk bahagia
di dunia dan akhirat!”

INI JALAN YANG KAUPILIH
Kamal


Suaramu tidak mampu
memecahkan segala sangsi diri
atau membangkitkan hasrat,
yang bergema hanyalah
getar nafasmu di dinding
penyesalan.

Pantas sahaja suara-suara
yang tidak kedengaran itu
memaksamu membuat pilihan.

Ini jalan yang kaupilih
dalam segala kepayahan
dalam segala kesakitan
kaucantumkan kembali
perca kehidupan yang robek
diusap bayu alpa.

“Selimutkan daku dengan
doamu bonda,” bisikmu.

Kini kaukembali
mengutip harga diri
bukan simpati!

PABILA KAU TIDAK DIPERLUKAN
Nzshima


Madah katanya memercikkan duka
kasih setiamu dipersiakan
kalung janjinya bersalut pura
kaukini sedar kau tak diperlukan.

Kauizinkan madah katanya
kekal sebagai percikan
kaulapangkan dada menerima ujian
akur syukur nikmat Tuhan.

Dalam setiap kesusahan ada kelapangan
kauyakin pada Qada’ dan Qadar
tidak kauanggap sebagai beban
cinta hakiki semakin mekar.

USAH DIKUTIP MANIK DUSTA ITU
Nzshima


Usah kaubiarkan duka terus bertamu
Bila manik-manik dusta bertaburan satu-persatu

Walau nafasmu seakan terhenti
Hidupmu bagai tiada erti
Kesetiaanmu dikhianati

Laramu itu usah dijadikan hidangan
Jadikan solatmu sebagai santapan
Taubat dan doa sebagai minuman
Selawat atas Nabi sebagai kudapan
Zikir dan Istighfar sebagai manisan

Dengan izinNya kau terus bernafas
Hidupmu indah terbentang luas

Usah kaukutip manik-manik dusta itu lagi
Untuk kaukalungkan semula di hati.

BUKAN IMPIAN
Nzshima


Hembusan udara rayunya
Mengocak tenang tasik rasamu

Kilauan permata katanya
Menyilau mata hatimu

Langkah segaknya
Menggoncang jiwamu

Kauhimpun semula mutiara
yang dahulunya bertaburan
setelah sekian lama
kau sepi merawat rawan

Berat sungguh dugaan Tuhan
Setelah hati tertawan
Si dia pula sudah berteman
Mutiara kembali tersimpan

Jernih fikirmu terus terkaku
Tekad menjadi pilihan pertama
Hasrat murnimu dirantai kembali
Kau tak rela melukakannya

KuasaNya jua mengatasi
walau kutahu
bukan ini jadi impianmu.

SAPULAH TANGISMU
Mya Marja


Saat dikau terlontar
dari jangkauan kasih
sepi dikau di tepian hati
sendiri melayan rasa
meresap hiba.

Sapulah tangismu
yang mengalir membasah mesra
dan harga diri seorang gadis
ditinggal pergi.

Hirup sedalamnya nafas iman
yang bersemilir hadir di ruang masa
yang masih tersisa untukmu.

Pada nafas iman
tegakkan panji sakti
bertunjang kasih
dari pemberi kasih nan abadi
kembalikan harga dirimu
dikau akan temui
kekasihmu lagi.

RELAKAN PERPISAHAN ITU
Mya Marja


Saat perpisahan mengundang
hati dicengkam kesakitan
perih menahan perasaan
manis kenangan terbenam
ke lubuk hitam dendam.

Amat payah menahan
kenangan yang bertukar dendam.

Relakan.
Relakan.

Relakan perpisahan itu
sejauh mana sakit dendammu
ingin kaubawa.

Di sini wangi bunga
masih mententeramkan
masih mendamaikan
jiwa nan gelora.

Pada biru langit
dan hijau bumi
berjuta harapan dan kenangan baru
menanti untuk kaujalin mesrakan.

KEMBALI MEMUGAR HARAPAN
Mya Marja


Setelah sendirian berdiri
pada semusim kering
mengulit derita mimpi
merawat luka ditinggalkan
langkahkan kakimu
kembali menyeri musim nan baru
memugar semula seribu tekun
kausungguhi perkebunan hidup
yang meluas hijau untukmu.

Buka matamu seluas pandang
burung-burung tetap berkicau nyanyi
mentari tetap setia menghulur cahaya
dan udara maya masih berhembus
mengirim sejahtera seisi alam.

Benamkan sahaja dukamu
di tanah kenangan
aturkan gagah kakimu
ke tanah harapan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(70) Diskusi Kuliah | Permalink

Amanat Chairman PTS: Mengapa Tim Penulis PTS Mesti Tolong PTS ke BSKL

Salah satu risiko penulis adalah apabila penerbitnya yang besar dan gagah kemudian semakin hari semakin mengecil bisnesnya, lalu gulung tikar.

Kata pepatah Melayu, apabila ayam mati, maka kutu ayam pun ikut mati. Apabila penerbit gulung tikar, penulis pun tidak jauh lebih baik nasibnya!

Apabila orang bisnes bersikap tamak, yakni hendak terus memiliki 100% saham syarikat penerbitannya yang nampaknya berkembang dengan gagah perkasa, sikap tamaknya itu amat berbahaya, baik bagi syarikatnya, apatah lagi bagi para penulisnya.

Masih ingatkah lagi 'empayar' PUSTAKA ANTARA suatu masa dahulu? Itulah penerbit buku-buku Melayu yang berjaya memiliki bangunan 4 tingkat di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Status PA pernah lebih terkenal daripada DBP!

Banyak syarikat hanya bertahan selagi pendirinya masih gagah. Apabila usia pendirinya tua dan dia menjadi lemah-lemah, syarikat itu pun ikut sakit-sakit, dan seterusnya apabila pendirinya meninggal dunia, syarikatnya pun ikut mati.

Nasib buruk seperti itu dapat dielakkan apabila syarikat itu dapat dibawa ke bursa saham.

Jadi, saudara-saudara yang serjuangan denganku, para anggota tim penulis PTS sekalian, tulislah buku yang bagus-bagus, yang evergreen, supaya rekod kewangan bisnes PTS melayakkannya masuk BSKL.

Dengan memperpanjangkan usia PTS sebagai syarikat yang wujud di BSKL, kita semua memperpanjangkan hayat harta intelek kita yang diterbitkan oleh PTS.

Bayangkan PTS hidup beratus-ratus tahun, sebagaimana banyak penerbit buku-buku ilmu lain hidup beratus-ratus tahun, seperti Oxford, MacMillan dan lain-lain lagi.

Apakah mungkin saham PTS diperdagangkan di BSKL? Penerbit Pelangi dan Sasbadi, yang hanya menerbitkan buku-buku bersilabus pun sudah berada di BSKL.

Kita yakin, dengan izin Tuhan yang maha kaya, PTS akan menjadi penerbit buku ilmu dalam Bahasa Melayu pertama, milik individu Bumiputera 100%, masuk ke BSKL, mula-mula di papan ke-2, seterusnya ke papan pertama.

Dengan kejayaan PTS ke BSKL, maka tamatlah penguasaan anak-anak Muhammad bin Somo (Ainon, Aziz dan Arifin) dalam lembaga pengarah PTS.

PTS menjadi syarikat penerbit buku ilmu yang dimiliki oleh orang ramai yang membeli sahamnya. Dengan itu PTS membuka lembaran baru dengan pengurusan 100% berbudaya profesional-korporat.

Hidup PTS (walaupun pendirinya sudah lama tiada...)!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, March 27, 2007

Pengumuman: Blogger Mat Jan Masuk PTS Fortuna

Tuan Punya blog Jongkang Jongket, Sdr. Mat Jan, akan mula bertugas sebagai editor eksekutif di PTS FORTUNA mulai 2 Mei 2007.

Sebelum diterima sebagai anggota tim PTS sepenuh masa di PTS FORTUNA beliau sudah hampir setahun bertugas sebagai editor kontrak di PTS Profesional.

Tugas beliau adalah membangunkan judul-judul karya sastera khusus bagi bacaan lelaki dewasa.

Sdr. Mat Jan adalah lulusan undang-undang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(13) Diskusi Kuliah | Permalink

Ini Dia Buku Agama untuk Remaja Kontemporari

Inilah buku cerita agama yang ditulis dan diterbitkan khas oleh PTS ISLAMIKA supaya remaja suka membacanya.

Akan terbit segara.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Kitab Klasik Ditulis Semula oleh Pengarang Tidak Tahu Bahasa Arab

Inilah contoh kitab klasik agama karya ulamak agung dulu-dulu yang ditulis semula dengan menggunakan Bahasa Melayu moden.

Para penulis yang menuliskan semula kitab-kitab ini tidak tahu bahasa Arab. Mereka membaca 2 edisi terjemahan kitab ini yang dilakukan oleh penterjemah Indonesia, kemudian dituliskan semula maknanya dengan mematuhi undang-undang harta intelek.

Semua hasil tulisan mereka disemak oleh konsultan rasmi projek PTS ISLAMIKA, Ustaz Arief Salleh Rosman dari UTM, berdasarkan teks Arabnya bagi memastikan maknanya betul.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 8)

Ciri ketujuh bahasa Quran: Natif

Istilah bahasa natif (native) bermakna bahasa tulen, yakni bahasa natural penutur asal bahasa tersebut.

Bahasa Quran adalah bahasa natif Nabi Muhammad dan penduduk Mekah pada tahun sekitar 600 Masehi. Itulah bahasa yang digunakan oleh NM.

Nabi Muhammad adalah orang Arab tulen, bukan berdarah kacukan Arab dan bukan Arab. Justeru bahasa Arab NM itu tulen, tidak ada unsur-unsur asing di dalamnya.

NM tidak pergi ke sekolah formal di mana beliau diajar bahasa asing. Beliau juga tidak pandai membaca, jadi beliau tidak pernah membaca buku tulisan pengarang lain. Jadi bahasa NM itu betul-betul 100% Arab tulen.

Justeru bahasa Quran itu adalah bahasa natif NM. Tidak ada perkataan bukan Arab di dalamnya. Setiap satu patah perkataan dalam bahasa Quran itu diketahui oleh NM.

Nahu bahasa Quran juga bersifat natif kepada NM, yakni nahu bahasa Quran itu serupa, saling tak tumpah, dengan nahu bahasa Arab yang dituturkan oleh NM.

Ikut prinsip bahasa Quran: Apabila saudara menulis buku agama, gunakan perkataan, frasa, nahu dan langgam Bahasa Melayu natif. Jangan menulis buku agama menggunakan perkataan dan nahu bahasa Arab.

Jauhi Bahasa Melayu yang digunakan dalam buku-buku agama sekarang, yang penuh sesak dengan banyaknya unsur-unsur bahasa asing, seperti perkataan asing, frasa-frasa asing, nahu asing, simpulan bahasa asing, dan langgam bahasa asing.

Bahasa dalam buku-buku agama konvensional itu bukan bercirikan bahasa Quran, sebab ia tidak bersifat natif. Kalau pembaca itu tidak tahu menahu bahasa Arab, mereka tidak berdaya hendak memahami apa yang dituliskan oleh ustaz-ustaz itu.

NM Muhammad itu seorang monolingual tulen, sepatah bahasa asing pun beliau tidak tahu. Jadi, Quran itu diturunkan kepada seorang Arab yang monolingual.

Nota: Justeru perbuatan memandang rendah kepada individu-individu yang monolingual adalah memandang rendah salah satu sifat Nabi Muhammad.

Tuhanlah yang lebih mengetahui (mengapa Nabi Muhammad itu monolingual orangnya).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 26, 2007

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (7)

Ciri keenam bahasa Quran: Mudah dihafal

Ciri mudah dihafal ini adalah antara ciri penting pada bahasa Quran yang tidak diambil kira oleh penulis-penulis buku agama dan penterjemah Quran dan hadith.

Orang tua dapat menghafal bahasa Quran. Jadi, Umar bin Khatab selalu membaca seluruh Quran dalam 1 malam.

Orang muda dapat menghafal Quran. Kanak-kanak pun dapat menghafal Quran.

Sampai-sampai, kanak-kanak bukan bangsa Arab, yang tidak tahu berbahasa Arab, tidak tahu makna Quran, meskipun begitu masih dapat menghafal Quran!

Ikut prinsip bahasa Quran. Apabila menterjemahkan Quran, gunakan Bahasa Melayu yang mudah dihafal.

Bagi orang Islam yang tidak tahu bahasa Arab, banyak manfaatnya apabila dia dapat menghafal terjemahannya. Jika dia dapat menghafal terjemahan bab pertama Quran pun, itu sudah amat berguna.

Jika dia dapat menghafal juga terjemahan ayat Kursi, itu lebih baik lagi....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 6)

Ciri kelima bahasa Quran: Bahasa umum

Tuhan hanya menurunkan 1 Quran. Bahasa Quran itu adalah bahasa umum, yakni bahasa yang difahami oleh semua kelompok manusia. Kalau seseorang itu tahu bahasa Arab, dia faham bahasa Quran.

Itulah 1 Quran untuk semua orang, yang tua, yang muda, yang kanak-kanak, yang memiliki PhD, yang brilian, yang biasa-biasa, yang pandai membaca dan menulis, yang buta huruf, yang Islam, yang bukan Islam.

Tidak ada Quran lain untuk kanak-kanak, Quran lain untuk ustaz, Quran lain untuk si kafir, dan seterusnya.

Bahasa Quran itu adalah bahasa yang dapat difahami oleh SEMUA kategori manusia pada masa Nabi Muhammad masih hidup. Orang tidak perlu masuk Islam dulu baru faham bahasa Quran. Ataupun perlu menjadi ustaz dulu, baru faham.

NM yang tidak belajar menulis dan membaca pun faham bahasa Quran itu. Aishah yang muda remaja pun faham bahasa itu. Abdullah bin Umar yang masih kanak-kanak pun faham bahasa itu.

Abdul Rahman bin Auf si jutawan itu pun faham. Abu Hurairah si miskin itu pun faham.

Umar bin Khatab yang masih kafir pun faham bahasa itu. Salman yang bukan orang Arab pun faham bahasa itu.

Bandingkan dengan Bahasa Melayu yang digunakan dalam buku-buku agama, yang banyak terjual dalam pasaran sekarang.

Bandingkan dengan Bahasa Melayu yang digunakan dalam terjemahan Quran. Siapalah yang faham Bahasa Melayu itu. Orang bukan Islam tidak faham. Remaja tidak faham.

Ikut prinsip bahasa Quran: Apabila saudara menulis buku-buku yang menyampaikan mesej Quran, gunakan bahasa umum.

Bahasa Quran adalah bahasa umum, yakni bahasa yang dapat difahami oleh orang-orang buta huruf, dan orang-orang bukan Islam sekalipun. Bahasa orang yang bukan ustaz pun faham.

Bacalah buku-buku terjemahan Quran dan hadith dalam Bahasa Melayu yang ada di kedai-kedai buku hari ini. Ada ustaz yang lulus MA dari Mesir pun tidak faham!

Justeru, pada masa ini, mereka yang menterjemah Quran, dalam isu memilih bahasa, mereka tidak ikut sunnah bahasa Quran itu sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 5)

Ciri keempat bahasa Quran: Inklusif

Tuhan menurunkan 1 Quran untuk semua bangsa manusia di muka bumi ini.

Bahasa Quran itu bersifat inklusif, yakni keperluan semua kelompok manusia sudah diambil kira, walau apa sekalipun kelompok bangsa dan budaya mereka.

Bagi menerangkan apa yang disebut ciri inklusif, kita ambil contoh ini:

Dalam bahasa Quran, perkataan 'qala' digunakan bagi semua - Tuhan, malaikat, manusia - dengan makna semantik yang serupa, iaitu perbuatan mengucapkan perkataan-perkataan dengan menggunakan peti suara, mulut dan lidah, kecuali 'cara' Allah 'berkata' yang tidak seperti cara manusia. Justeru perkataan 'qala' bersifat inklusif.

Dalam bahasa Quran, tidak ada hukum-hakam bahasa yang eksklusif, yang hanya dikhususkan bagi sesuatu kelas manusia sahaja.

Dalam Bahasa Melayu feudal, ada ciri ekslusif, iaitu sebagai contoh, perkataan 'titah' bersifat eksklusif, yakni ia hanya digunakan apabila yang berkata itu adalah raja. Manakala 'sabda' digunakan bagi Nabi Muhammad seorang sahaja.

Jadi ada peraturan eksklusif dalam Bahasa Melayu yang mengatakan, jika ada orang biasa yang bernama En. Hitam bin Bulat berkata, "Saya sudah bersabda kepada kamu, jangan hisap rokok di sini." maka orang itu dihukum sudah menghina Nabi Muhammad.

Peraturan penggunaan 'sabda' seperti ini hanya ada dalam Bahasa Melayu, maka ia disebut ciri eksklusif. Dalam bahasa-bahasa yang beragama Hindu, 'sabda' digunakan oleh semua orang, yakni inklusif. Di Brunei, mufti negara itu pun 'bersabda'.

Apabila 'qala' yang bersifat inklusif dalam bahasa Quran digantikan dengan perkataan 'sabda' yang eksklusif, maka apa yang berlaku adalah, ciri inklusif bahasa Quran sudah ditukar menjadi ekslusif dalam buku-buku agama Bahasa Melayu.

Ia ibarat menukar tembikai dengan labu. Manakala Quran menggunakan bahasa inklusif sebaliknya buku-buku agama Melayu menggunakan bahasa eksklusif.

Nabi Muhammad yang dalam hidupnya bertutur menggunakan perbendaharaan kata yang serupa dengan semua orang Arab lain yang hidup pada masa itu, tetapi dalam buku-buku agama Bahasa Melayu, NM diberikan Bahasa Melayu yang berbeda (yang eksklusif) daripada bahasa yang digunakan oleh orang-orang Melayu lain.

Ikut prinsip bahasa Quran: Gunakan bahasa inklusif apabila saudara menulis buku agama bagi menyampaikan mesej Quran.

Perbendaharaan kata bahasa raja-raja yang eksklusif, seperti baginda, murka, titah, dan lain-lain, hanya sesuai bagi menulis buku-buku cerita bukan agama. Namun adalah lebih baik ciri-ciri eksklusif yang masih ada pada Bahasa Melayu moden itu dilupuskan perlahan-lahan sesuai dengan perkembangan ilmu, budaya dan perubahan zaman....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 4)

Ciri ketiga bahasa Quran: Demokratis-universal

Bahasa Quran itu adalah bahasa yang bersifat demokratis-universal. Bahasa Quran tidak bersifat feudal. Contoh bahasa feudal yang ekstrem adalah bahasa Jawa yang mempunyai 4 tatatingkat.

Bahasa Melayu adalah bahasa feudal, cuma tidak ekstrem seperti bahasa Jawa. Justeru ada perkataan-perkataan yang hanya boleh digunakan oleh raja-raja dan kerabat raja, manakala rakyat tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan itu.

Contoh unsur feudal dalam Bahasa Melayu adalah, 'raja bertitah' manakala 'rakyat berkata'. Begitu pula 'baginda' untuk raja manakala 'dia' untuk rakyat.

Pada masa ini ada bidaah linguistik dalam bahasa Melayu yang digunakan dalam buku-buku agama. Dalam Quran, 'qala' digunakan bagi semua, baik Tuhan, nabi-nabi, raja firaun, malaikat, syaitan, semua 'berkata'.

Tetapi dalam buku-buku agama Bahasa Melayu konvensional, Allah 'berfirman', Nabi Muhammad 'bersabda', Nabi Sulaiman 'bertitah', manakala nabi-nabi lain disama-tarafkan dengan syaitan, yakni semua 'berkata' .

Ikut prinsip bahasa Quran. Bahasa Quran itu bersifat demokratis-universal. Satu laras bahasa untuk semua pembaca Quran.

Ajaran dalam Quran tidak menerima amalan feudalisme dalam politik dan bahasa. Justeru, apabila saudara menulis buku agama, gunakan Bahasa Melayu yang berciri demokratis-universal juga.

Jangan digunakan bahasa yang mendukung fahaman feudalisme bagi menyampaikan mesej Quran.

Jangan di-'raja-raja'-kan Nabi Muhammad, sebab beliau bukan 'raja' orang Islam. NM adalah manusia biasa, bezanya beliau adalah utusan Tuhan kepada manusia.

Allah sendiri menggunakan 'qala' yang maknanya serupa dengan 'berkata' dalam Bahasa Melayu, bagi diri-Nya dan bagi Nabi Muhammad.

Orang Melayu pula mengambil inisiatif, tanpa nas, membeza-bezakan 'kata' untuk Tuhan, Nabi Muhammad, Nabi Sulaiman, dan lain-lain sehingga terpaksa meminjam perkataan Parsi dan Sansekerta, yakni firman dan sabda, supaya sesuai dengan nilai-nilai feudal.

Tuhanlah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 3)

Ciri kedua bahasa Quran: Seratus peratus (100%) perkataan Arab

Menurut sesetengah pakar, jumlah ayat dalam Quran adalah 6000 ayat. Kita masih belum tahu berapa jumlah perkataan dalam Quran.

Yang kita tahu mesej Quran disampaikan kepada Nabi Muhammad menggunakan 100% perkataan Arab, tidak ada perkataan daripada bahasa asing, yakni tidak ada perkataan pinjaman dalam Quran.

Ada pendapat mengatakan ada sepatah perkataan pinjaman daripada bahasa Parsi, tetapi pendapat itu tidak muktamad.

Itulah sebabnya apabila Umar terdengar orang sedang membaca ayat-ayat Quran, hatinya bergetar, lalu beliau terus masuk Islam, sebab sebagai orang Arab, beliau faham setiap perkataan yang didengarnya itu, kerana semua ayat-ayat itu menggunakan perkataan Arab yang beliau sendiri gunakan sehari-hari.

Quran itu diturunkan kepada NM, dan beliau adalah seorang orang Arab. Seluruh Quran menggunakan perkataan-perkataan Arab yang NM sendiri tuturkan.

Soalan hipotetikal: Kalaulah ada pemuda Cina yang baru masuk Islam membaca buku berjudul SIFAT 20 yang dijual dalam pasaran sekarang, apakah pemuda Cina itu faham?

Jangankan pemuda Cina itu, banyak orang Melayu pun tidak faham.

Ikut prinsip bahasa Quran. Apabila mahu menyampaikan mesej Quran kepada orang Melayu, tulislah buku-buku agama dengan menggunakan perkataan-perkataan Melayu 100%. Jangan ada perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa lain.

Buku-buku berkenaan agama Islam yang ada dalam pasaran sekarang, belum apa-apa, pada kulitnya sudah terdapat perkataan-perkataan Arab, apatah lagi di dalamnya.

Orang Melayu yang memerlukan buku-buku agama dalam bahasa Melayu adalah mereka yang tidak tahu-menahu bahasa Arab. Kalau mereka tahu bahasa Arab, mereka tidak perlukan buku-buku dalam bahasa Melayu.

Sesetengah daripada mereka itu, mungkin namanya Hafiz, tetapi dia belum tentu tahu makna 'hafiz'. Ataupun namanya mungkin 'Omar' tetapi dia tidak tahu siapa 'Omar' dalam Islam.

Contoh:
Panduan isteri solehah
Panduan isteri yang baik

Semua kaum muslimin
Semua lelaki Islam

Semua kaum muslimat
Semua wanita Islam

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Ciri Sosial Bahasa Quran (siri 2)

Quran itu diturunkan sebagai panduan manusia, termasuk penulis, baik penulis kreatif mahupun bukan kreatif. Justeru, ciri-ciri bahasa Quran itu adalah sumber teori, prinsip dan teknik-teknik penulisan.

Ciri 1 bahasa Quran: Kontemporari
Mesej Quran itu disampaikan kepada NM menggunakan bahasa kontemporari zaman Nabi Muhammad masih hidup, yakni bahasa Arab tahun 600 Masehi.

Itulah sebabnya mesej dalam ayat-ayat Quran dapat difahami oleh NM dan semua orang Arab yang hidup zaman itu, termasuk orang Arab yang jahiliah, sebab bahasa Quran itu saling tak tumpah bahasa yang mereka sendiri gunakan, cuma bahasa Quran itu tersangat indah.

Justeru Umar bin Khatab masuk Islam apabila beliau terdengar ayat Quran sedang dibaca orang, padahal pada saat itu beliau masih kafir dan amat membenci Islam.

Suatu persoalan hipotetikal: Kalau orang bukan Islam terdengar orang membaca terjemahan Quran dalam Bahasa Melayu, apakah hati mereka akan bergetar lalu terus masuk Islam?

Quran bukan diturunkan menggunakan bahasa Arab klasik, bahasa moyang-moyang orang Arab waktu itu, bahasa lama yang dituturkan oleh orang Arab zaman sebelum NM lahir.

Habis, mengapakah buku-buku agama yang ditulis oleh ustaz-ustaz kita itu ditulis menggunakan Bahasa Melayu klasik yang berbelit-belit?

Ikut prinsip bahasa Quran. Tulislah buku-buku agama Islam dengan menggunakan Bahasa Melayu kontemporari, yakni Bahasa Melayu 2007, bukan Bahasa Melayu klasik, sebab yang hendak membacanya adalah orang zaman 2007!

Contoh:

Abu Hurairah meriwayatkan (BM klasik - BM 1940-an)
Abu Hurairah melaporkan (BM kontemporari - BM 2007)

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim (BM klasik - BM 1940-an)
Hadith ini direkodkan oleh Imam Muslim (BM kontemporari - BM 1940-an)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Komunikasi Bahasa Islami: Pengenalan (siri 1)

Ada pelbagai media yang digunakan oleh manusia bagi berkomunikasi.

Manusia boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat non-verbal, lambang-lambang, kod warna dan banyak lagi. Media komunikasi yang paling penting adalah bahasa, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan.

Para penulis patut menggunakan Quran sebagai panduan memilih gaya bahasa bagi penulisan kita, apatah lagi apabila yang kita tulis itu adalah buku-buku yang objektifnya adalah menyampaikan mesej Quran itu sendiri.

Contoh panduan menulis novel yang digali dan diambil daripada Quran adalah dalam kes panduan mencipta dan menulis cerita yang indah berdasarkan ciri-ciri surah Yusuf.

Buku-buku agama dalam Bahasa Melayu yang ada dalam pasaran sekarang sukar dibaca oleh orang Islam sendiri, apatah lagi oleh bukan Islam, disebabkan ciri-ciri bahasa yang digunakan dalam buku-buku itu bukan ciri-ciri bahasa Quran.

Penulis buku-buku agama konvensional menggunakan gaya bahasa peribadi masing-masing, mereka tidak ikut gaya bahasa Quran dan Nabi Muhammad.

Jikalau kita bertanya kepada mereka, "Ustaz, mengapakah ustaz menggunakan perkataan ini, dan bukan itu?" nanti jawapan yang kita dengar BUKAN, "Saya ikut ciri bahasa Quran." ataupun "Saya ikut ciri bahasa Rasulullah SAW." tetapi selain itu.

Nota: Kepada mentee-mentee SifuPTS, mulai entri ini Sifu akan menerangkan ciri-ciri bahasa Quran dan bahasa Nabi Muhammad.

Disclaimer: Ambil perhatian, SifuPTS adalah seorang yang terlatih secara formal dalam bidang linguistik teoretis, tetapi beliau tidak tahu bahasa Arab.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, March 25, 2007

Tentang ‘kata’, ‘firman’ dan ‘sabda’

Dari waktu ke waktu kita masih menerima emel daripada pembaca buku-buku agama PTS yang tidak setuju dengan dasar editorial PTS yang menggunakan perkataan 'kata' bagi menterjemahkan perkataan Arab 'qala' dalam ayat-ayat seperti di bawah:

Allah berfirman
Allah berkata

Nabi Muhammad bersabda
Nabi Muhammad berkata

Perkataan firman dan sabda bukan perkataan Arab. Perkataan firman dalam Bahasa Melayu adalah pinjaman daripada bahasa Parsi yang masuk ke dalam Bahasa Melayu dengan kedatangan pengaruh Syiah ke rantau ini.

Perkataan sabda pula adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Sansekerta (Sanskrit) yang masuk ke dalam Bahasa Melayu sewaktu orang Melayu memeluk agama Hindu dahulu.

Buku-buku agama PTS ditujukan kepada pembaca yang tidak semestinya orang Islam, oleh itu kita memilih perkataan-perkataan Melayu biasa yang semua orang tahu apa maknanya, baik orang itu orang Islam ataupun bukan Islam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(21) Diskusi Kuliah | Permalink

Hubungan dengan Media: Sakit Hati Seorang Sasterawan Bertaraf Selebriti

Sasterawan muda paling ngetop dan paling berpengaruh sekarang adalah Sdr. Faisal Tehrani.

Bakat kreatif beliau memang luar biasa. Beliau memegang rekod penulis paling banyak menggondol pelbagai hadiah dan anugerah sastera - baik dikira dari sudut nilai ringgitnya mahupun bilangan hadiahnya, ataupun genre yang dimenanginya.

Ditambah pula, pada usia 32, beliau masih solo dan nama beliau kekal bersih daripada apa jua gosip 'affair' dengan wanita!

Beliau juga banyak menulis isu-isu yang menimbulkan kontroversi berkenaan aliran pemikirannya.

Nampaknya beliau saat ini sedang mengalami kesan negatif popularitinya yang bertaraf selebriti, di mana reputasi baik beliau kerap kali dieksploitasi secara tidak beretika bagi dijadikan bahan pelaris jualan pelbagai majalah dan akhbar. (Lazimnya perkara begini menjadi lumrah dunia selebriti artis-artis sahaja.)

Baca di sini tulisan bertajuk 'Bila Keizinan Tak Diberi...' dalam Faisal Tehrani bagi mendapatkan kenyataan rasmi beliau berkenaan isu bagaimana beliau kerap sengaja diputar-belit dan disalah-lapor oleh media.

Kita merakamkan simpati kepada beliau. Kepada para pembaca UNIKAPTS, marilah kita sama-sama saling menghormati perasaan sesama penulis.

Nota: Sdr. Faisal Tehrani, izinkan foto saudara kita siarkan di sini, ya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(17) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 24, 2007

Ada-ada Sahaja: Kes Rajuk SN A Samad Said kepada DBP - Apa GAPENA Sudah Buat

Sekurang-kurang kita sendiri sudah 3 kali bercakap kepada Tan Sri Ismail Hussein, Ketua 1 GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional) tentang peri pentingnya Gapena mengadakan seminar harta inetelek dan hakcipta supaya ribuan anggotanya faham isu-isu yang amat dekat dengan kebajikan mereka.

Nampaknya, belum terdengar berita tentang cadangan itu diterima oleh Gapena.

Kali terakhir kita bertemu dengan SN Dato' A Samad Said (DASS), kita ceritakan perkara itu kepada beliau. Lalu kita bertanya, "Mengapakah Tan Sri Ketua 1 GApena itu tidak berminat membuat sebarang kenyataan rasmi berkenaan isu Mogok Sastera DASS, dan isu hakcipta yang sekarang Dato' hadapi dengan DBP?"

Menurut DASS, Ketua 1 Gapena itu tidak mahu campur tangan memandangkan mereka berdua adalah berbiras (DASS berkahwin Salmi Manja, Tan Sri kahwin dengan adik Salmi Manja) oleh itu beliau tidak mahu dituduh membela biras sendiri.

Nampaknya Ketua 1 Gapena tidak dapat mengasingkan antara (a) Diri beliau sebagai Ketua 1 Gapena yang semestinya memperjuangkan harta intelek dan hakcipta para sasterawan Melayu, dengan (b) Diri beliau peribadi yang takut dituduh memperjuangkan kepentingan birasnya...

Bagi menjernihkan perkara berkenaan isu SN Dato' A Samad Said yang kebetulan adalah birasnya, Tan Sri Ismail Hussein dapat membuat kenyataan yang lebih kurang begini bunyinya, "Adalah tanggungjawab Gapena membela nasib sesiapa sahaja penulis yang harta inteleknya dieksploitasi oleh mana-mana penerbit secara yang tidak adil dan melanggar undang-undang hakcipta yang digunapakai di negara ini." sewaktu menyampaikan ucapan rasmi pada majlis perasmian seminar hakcipta itu nanti.

Hmm... (sambil garu-garu kepala).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Bacaan Wajib Sebelum Membuka Bisnes

Kepada Sdr Idrus Shaidy,

Selepas saudara selesai membaca buku MEMULAKAN BISNES SENDIRI, baca pula buku ini.

Buku ini akan terbit dalam masa terdekat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Bisnes: Asingkan Syarikat Ikut Produk

Nota: Entri ini ditulis bagi menjawab pertanyaan Sdr Idrus Shaidy dalam chatbox UNIKA hari ini:

Apabila saudara mahu menceburkan diri dengan beberapa rakan niaga, di mana masing-masing rakan itu mempunyai produk masing-masing, maka adalah lebih elok saudara menubuhkan entiti bisnes berasingan bagi setiap jenis produk.

Nasihat ini adalah berdasarkan pengalaman kita dalam PTS. Model PTS ditiru daripada model penerbit MIZAN Jakarta yang mempunyai 17 anak syarikat, kesemuanya dalam bidang buku. Setiap kali Mizan mahu menceburi kategori buku baru, ia menubuhkan anak syarikat khusus bagi pelaburan baru itu.

Justeru:
PTS Consultants yang menjadi syarikat pelaburan induk.
PTS One menerbitkan buku fiksyen remaja.
PTS Islamika menerbitkan buku agama.
PTS Fortuna menerbitkan fiksyen dewasa.
PTS Millenia menerbitkan buku popular.
PTS Profesional menerbit buku bisnes, pengurusan dan pendidikan.
PTS Paperback menerbitkan edisi paperback bagi bestsellers PTS.
PTS Litera Utama menerbitkan sastera terjemahan dari luar negara.
PTS Publications & Distributors hanya mengedarkan buku sahaja.

Bagi setiap anak syarikat itu ada pengurus masing-masing yang berfungsi sebagai bisnesman dengan tanggungjawab memastikan anak syarikat jagaannya UNTUNG dan berkembang!

Apakah kelebihan model ini?

Pertama, model ini mendorong setiap pengurus berfikir sebagai bisnesman, bukan sebagai pekerja. Mindsetnya akan berubah daripada mindset semut yang nampak benda-benda secara mikro sahaja, kepada mindset helang yang nampak secara makro.

Kedua, model ini membolehkan setiap pengurus memfokuskan fikiran dan kreativitinya kepada anak syarikat jagaannya. Dengan demikian dia cepat menjadi pakar berkenaan selok-belok bisnes produk yang dijaganya.

Ketiga, model ini membolehkan pengurusan risiko dilakukan dengan lebih berdisiplin. Jika satu anak syarikat 'sakit', maka penyakit itu dapat dikepung di situ sahaja, supaya penyakit itu tidak merebak kepada anak syarikat lain. Kalau perlu tutup, tutup anak syarikat itu sahaja.

Dalam model ini, salah seorang partner memegang 2 jawatan (a) sebagai pengurus kumpulan yang akan memonitor rekod-rekod kewangan semua syarikat dalam kumpulan dan (b) sebagai pengurus salah satu daripada anak syarikat juga. Lazimnya beliau adalah pemegang saham terbesar dalam kumpulan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Jangan Lupa! Ahad 25 Mac: Kursus Menulis Buku Agama

Sifu PTS akan menunjukkan cara menulis semula kitab agama klasik menggunakan Bahasa Melayu moden.

Tempat: Sekolah al-Ikhlas
Masa: 10 pagi - 5 petang

Daftar di sini dan SMS Faris 019 286 2600

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(15) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 23, 2007

Cak! Buku Siapakah Ini?

Betulkah tukang gunting dapat menjadi jutawan?

Jangan-jangan ini satu lagi buku "Semua Boleh! Apa-apa pun boleh! Siapa-siapa pun boleh!... Malaysia Boleh!"

Buku ini akan terbit sehari dua lagi....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

DBP dan Adab Menulis Surat Rasmi: Sakitnya Hati Seorang Sasterawan Tua

Seorang pengarang tua mengadu kepada kita akan perihal sakitnya hati tuanya apabila pada suatu waktu beliau menulis surat kepada seorang pegawai DBP berkenaan karyanya, lalu kemudian beliau menerima surat balasan daripada pegawai itu.

Dalam surat jawapan DBP itu, banyak ayat-ayatnya yang di-bold-bold-kan, dan ada perkataan-perkataan umum dalam surat itu yang ditulis menggunakan HURUF-HURUF BESAR belaka.

Nota Sifu: Sebagai topik perbincangan kuliah kita hari ini: Mengapakah agaknya sasterawan tua itu jauh hati menerima surat demikian?
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 5 pages  1 2 3 >  Last »