Tuesday, March 06, 2007

Jangan Sekali-kali Fikir Begini!

Assalamualaikum Puan,

Saya terjumpa website Unika PTS secara kebetulan. Baru-baru ini saya ada menghadiri satu seminar, dan Alaf21 dan PTS disebut-sebut sebagai publisher terbesar di Malaysia.

Balik daripada seminar, seorang rakan telah memberi satu idea bernas kepada saya yang menyebabkan saya tekad untuk menerbitkan buku tersebut.

Mengikut pemahaman saya, penulis hanya mendapat 8-12% daripada jualan buku sebagai royalti. Peratusan besar dapat kepada publisher, iaitu 55-60%. Kerana sebab itulah saya ingin menerbit sendiri buku itu, yang saya kira 'sangat boleh laris' sekiranya dipromosikan dengan cara yang betul.

Tapi saya juga musykil, sekiranya 'self-publish' itu proses yang sukar. Mungkin saya dikaburi oleh 55-60%. Jadi saya minta nasihat daripada Puan.

Sekian, terima kasih.
HAG.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Apakah Perlu Sifu Mengadakan Bengkel Motivasi Kejayaan

Kepada mentee-mentee SifuPTS, apakah saudara berasa ada baiknya Sifu mengadakan sesi motivasi kejayaan?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(16) Diskusi Kuliah | Permalink

Ekoran Cerita “UJANG”: Patutkah Orang Seni dan Penulis Terjun ke dalam Kancah Bisnes

Dunia seni dan dunia bisnes macam langit dengan bumi. Hukum-hakam dan peraturan kejayaan dalam bidang seni dan dalam bidang bisnes sungguh berlainan. Karektor pemain-pemainnya pun amat berbeza. Umpama bola sepak dengan polo air!

Kes seniman terjun ke dalam kancah bisnes bukan perkara luar biasa. Sdr. Ujang hanyalah salah seorang daripada sekian banyak seniman yang pernah melakukannya, dan sehingga saat ini, 10 tahun kemudian, posisi beliau masih jauh daripada gerbang kejayaan kewangan.

Mindset seniman dan mindset orang bisnes amat berbeza.

Apabila orang seni kena tipu, fikirannya terganggu memikirkan ratusan ribu duitnya yang kena kebas. Jiwanya hancur luluh apabila mengenangkan orang yang menipunya adalah orang yang amat dipercayainya. (Kita hanya dapat ditipu oleh orang yang kita percayai.) Jiwa yang hancur luluh itu menyukarkan dia bangun semula.

Apabila orang bisnes sedar dia kena tipu, dia balik rumah macam biasa, makan macam biasa, tidur macam biasa, besok pagi dia bangun dan mula memikirkan di mana dia hendak mencari duit baru.

Mindset orang bisnes tidak memikirkan ratusan ribu duitnya yang hilang, sebab dia tahu kalau difikirkan pun, duit yang hilang tetap hilang, oleh sebab itu jiwanya tidak hancur luluh. Yang difikirkannya adalah duit-duit lain yang masih dapat diperoleh.

Mindset orang bisnes tidak mendendami sahabat yang menipunya. Dia mencari sahabat-sahabat baru yang lebih kredibel.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Notis: Bengkel Jibunsyi 10 Mac di Impiana KLCC

Dimaklumlah kita ada 1 kerusi kosong disebabkan Sdr Rozanna Abdullah berkeuzuran. Siapa cepat, dia dapat!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Komen Ainon Mohd tentang Isu Perebutan Harta Intelek “UJANG”

Kepada Mentee-mentee SifuPTS, kes perebutan harta intelek "UJANG" ini penting difahami dari sudut teknikalnya.

(1) Tanda perniagaan yang dieja menggunakan huruf U-J-A-N-G itu adalah perkara lain. Yang daftarkan di bawah undang-undang pendaftaran tanda perniagaan itu adalah perkataan U-J-A-N-G.

(2) Karya seni yang dicipta oleh Sdr. Ujang, yang digunakan sebagai wajah kulit luar majalah UJANG itu adalah perkara lain lagi. Karya seni itu tertakluk di bawah undang-undang hakcipta.

(3) Ada satu lagi undang-undang yang melibatkan karya seni iaitu undang-undang pendaftaran desain. Pelukis komik dan kartun patut mendaftarkan desain watak-watak yang mereka cipta.


Jadi, sekurang-kurangnya ada 3 undang-undang yang terlibat dalam kes perebutan "U-J-A-N-G" itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu Trademark “UJANG” Lagi: Penjelasan daripada Sdr. Ujang

Nota: Ini nota yang kita terima daripada Sdr Ujang. Sangat bermanfaat bagi bacaan Mentee-mentee SifuPTS sekalian.

Puan,

Saya mencipta typo dan mock-up majalah UJANG pada tahun 1993. Menyimpannya selama 2 tahun kerana mencari modal untuk menerbitkannya.

Pada tahun 1995 Kharisma Group OF Company bersetuju mengeluarkan modal, dan sebuah syarikat penerbitan ditubuhkan memakai nama KHARISMA PUBLICATION SDN BHD.

Saya dilantik menjadi PENGARAH PENERBITAN dan tugas saya menjalankan keseluruhan kerja-kerja produksi bermula daripada merekacipta konsep, reka letak, editing dan segala-galanya kerana ketika itu hanya saya seorang di dalam syarikat tersebut.

Terdapat back to back contract antara saya dan Kharisma Group of Company yang menyatakan tentang hak-hak saya ke atas nama UJANG, IDEA, KONSEP DAN KESELURUHAN MAJALAH TERSEBUT dan Kharisma Group of Company hanyalah sebagai back-up financial yang tidak terlibat langsung di dalam kerja-kerja penerbitan.

Terdapat juga di dalam contract tersebut tentang profit sharing sebanyak 30% yang akan dibayar kepada saya setiap bulan untuk setiap keluaran majalah (tidak bayar habis pun - entah berapa ratus ribu lagi dikelepet sehingga sekarang-wallhualam).

Namun 3 tahun kemudiannya kesemua contract-contract tersebut hilang dari syarikat dan saya tidak menerima sebarang salinannya yang sudah di-stamping. Jadi macam mana hendak claim royalty dan profit sharing, sebab contract tidak ada.

Apabila ditanya, Kharisma berdolak-dalik dengan berbagai jawapan di samping menangguhkan kerja-kerja membuat contract baru yang saya usulkan. (Hakikatnya mereka cuma buat draft dan tunjuk kepada saya tetapi tidak buat lansung.)

Kesilapan saya kerana tidak faham undang-undang HAK MILIK KARYA INTELEK dan tidak faham kepentingannya dalam dunia perniagaan (maklum sahaja masih muda dan budak kampung).

Di surau-surau kampung saya guru agama ajar orang Islam ada Tuhan, kita wajib percaya pada Tuhan. Allah melihat semua apa yang kita buat. Begitulah lebih kurang keyakinan saya.

Rupa-rupanya banyak silap mata dalam kehidupan ini di mana dengan proses undang-undang penipu, perompak, penjenayah boleh nampak macam ahli korporat sementara hamba Allah macam kita ini, yang sekadar hendak hidup dan menumpang cari rezeki di bumi tuhan ini nampak macam penjenayah.

Orang salah dan orang bodoh hanya dengan hujjah-hujjah bathil pasal copyright. Pusinglah ikut mana pun, gunalah bahasa perundangan paling tinggi sekalipun di alam ini… letaklah lapan juta dokumen ataupun perjanjian seratus billion tiga puluh lapan lori… hakikatnya saya tahu UJANG itu hak saya dan saya tidak pernah menjual ataupun mensedekahkannya kepada mana-mana makhluk di muka bumi ini.

Tetapi tidak kisahlah… Saya tunggu satu lagi perbicaraan paling panjang di Mahsyar nanti.

Ustaz di surau cakap macam itu dan saya yakin sangat-sangat kerana saya orang Islam.

Demikianlah kisahnya. Tamat."

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Komen Ainon Mohd. tentang Kemungkinan DBP Ditarik ke Mahkamah oleh SN Dato’ A Samad Said

Jika terbukti suatu hari nanti DBP ditarik ke mahkamah oleh SN Dato' A Samad Said (SN DASS), maka beliau adalah SN kedua yang mencipta rekod menarik DBP ke mahkamah.

Lama dahulu, sebelum beliau menerima anugerah Sasterawan Negara, SN Dato' Syed Alwi pernah menarik DBP ke mahkamah dan keputusan hakim menyebelahi Syed Alwi.

Dalam kes Syed Alwi lawan DBP itu, DBP telah menerbitkan buku Syed Alwi sebelum dokumen perjanjian penerbitan ditandatangani.

Jika sekali ini SN DASS membawa kes yang serupa dengan kes Syed Alwi itu, nampaknya di DBP, pisang memang boleh berbuah dua kali.

Gosip yang kita dengar mengatakan SN DASS bukan hanya tidak berpuas hati dengan isu buku beliau diterbitkan oleh DBP sebelum dokumen perjanjian penerbitan ditandatangani, malah ada beberapa isu teknikal lain yang kuat menyebelahi beliau. Itulah sebabnya kemungkinan beliau menarik DBP ke mahkamah bukan di luar dugaan.

Tidak mengapalah, kalau DBP yang diarahkan oleh mahkamah supaya membayar kerugian, biarpun berjuta ringgit nilainya, DBP mampu membayarnya (dengan menggunakan duit rakyat).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 05, 2007

Isu Perjanjian Penerbitan: Mungkinkah DBP Ditarik ke Mahkamah oleh SN Dato’ A Samad Said

Jam 7.00 petang Kita menerima nota ini daripada Sdr. Helmy Samad...

Salam.

Saya tahu Pak Samad rasa berat sekali untuk membawa perkara ini ke mahkamah - dia sebenarnya amat menyayangi dan hargai DBP. Tetapi, apa yang berlaku sekitar dua, tiga tahun tahun ini melorongkannya ke arah itu.

Dia “cuba” untuk “bercakap” dengan pembesar-pembesar DBP, tetapi tidak ada respon memberangsangkan dari mereka. Yang ada, adalah respon dari “orang lain”. Ia seakan bercakap dengan si A, tetapi yang menjawab si B.

Pembesar-pembesar ini bukannya orang yang tidak dia kenali… malah mereka seakan adik-adik padanya.

Andai ia berlaku (membawa DBP ke mahkamah), ia adalah satu keputusan yang akan melukakannya - malah sekarang ini pun dia terluka dengan apa yang berlaku.

Saya tidak fikir penerbit-penerbit akan menerima nasib dinasor - pupus. Saya rasa ini hanya akan menukar persepsi, tadbir dan cara berurusan para penerbit… di mana sedikit sebanyak bila keadaan kembali tenang ia bukan saja akan menguntungkan para penulis, tetapi para penggemar dan para penerbit juga.

Persaingan wujud dan buku-buku akan lebih bermutu dari segi karya dan bentuk. Harga akan berdaya saing dan penggemar buku akan meraih keuntungan dari segi nilai dan ilmu.

Hak penulis, hak penerbit dan hak pengguna harus adil saksama. Jika ini berlaku, penulis senang hati, penerbit senang berniaga dan penggemar senang membeli.

Sekurangnya itu pandangan saya yang hijau ini…

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Kalau Betul KP DBP Mahu Membanyakkan Khalayak Buku Sastera Terbitan DBP….

Kita bersuka hati apabila Ketua Pengarah DBP berjanji akan meningkatkan jumlah khalayak buku sastera terbitan DBP. Berikut adalah usul kita kepada beliau:

1. Berhentikan sistem pengedar tunggal yang sekarang digunakan oleh DBP.

Pada masa ini hanya DAWAMA satu orang yang diberikan hak mengedarkan buku-buku DBP. Ini adalah cara berniaga yang mempunyai banyak kelemahan dan sangat merugikan pihak DBP sebagai penerbit.

Lazimnya pengedar tunggal diberi target jualan, yakni sekian banyak mesti dijual setahun. Tetapi DAWAMA tidak dikenakan target jualan. (Sedang salesman pun dikenakan target jualan, inikan pula pengedar tunggal.)

2. Benarkan mana-mana kedai buku yang hendak menjual buku-buku DBP terus mengambil bekalan buku daripada DBP.

Pada masa ini cara kerja DAWAMA tidak menggalakkan kedai-kedai buku menjual buku-buku DBP kerana diskaun yang diberikan oleh DAWAMA mematahkan semangat kedai hendak menjual buku DBP.

Dasar perniagaan DAWAMA memang luar biasa. Prestasi agen-agen DAWAMA amat teruk, tetapi mana-mana kedai buku yang hendak menjual buku DBP dipaksa mengambil stok daripada agen DAWAMA bagi wilayah di mana kedai itu berada!

Nampaknya DAWAMA mengutamakan hendak memberi bisnes kepada agen-agennya yang tidak pandai menjual buku, bukannya hendak mengutamakan penjualan buku-buku DBP.

Cara kerja DAWAMA itu menyebabkan agen-agennya itu berfungsi sebagai biawak hidup yang dipikul oleh DAWAMA.

3. Benarkan mana-mana pengedar buku yang berminat mengedar buku DBP supaya menjadi pengedar buku DBP.

Ambil sebagai contoh, ada sebuah pengedar buku besar di KL yang mengedarkan buku ke lebih 600 buah kedai buku di seluruh negara, Singapura dan Brunei. Ia juga mengedarkan buku ke semua rangkaian kedai buku elit.

Tetapi disebabkan pengedar (Mamak) itu bukan agen DAWAMA maka ia tidak dapat mengedarkan buku-buku DBP ke kedai-kedai buku elit itu. Sedangkan agen-agen DAWAMA sendiri tidak berupaya mengedarkan buku-buku DBP ke rangkaian kedai-kedai buku elit.

Masih banyak lagi usul... kalau yang 3 di atas itu diterima oleh KP DBP, itu pun sudah bagus sangat bagi menunaikan janjinya kepada rakyat.

Hidup Dewan Bahasa dan Pustaka!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Profesion Penulis Buku Komik dan Ilustrator Buku antara Pilihan Utama

Tuan Muhd. Alif Redzuan menyiarkan senarai 10 cita-cita paling popular pelajar sekolah di Jepun. Sungguh menarik dibaca!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tentang Trademark “UJANG”

Nota: Entri ini ditulis sebagai respon kepada nota komen Sdr. Fable Fox tentang isu trademark "UJANG".

Istilah Melayu bagi 'trademark' adalah tanda perniagaan. Apa-apa nama yang sudah didaftarkan sebagai trademark lazimnya diberi tanda (TM) di tepi tanda itu.

Di bawah undang-undang harta intelek, kita boleh mencipta apa sahaja nama, perkataan, gabungan abjad ataupun abjad dan angka, dan mendaftarkannya sebagai trademark (TM) milik kita, dan hak kita itu dilindungi oleh undang-undang.

Kita juga boleh mendaftarkan nama manusia sebenar sebagai trademark. Kalau mahu, kita boleh mendaftarkan sebagai trademark nama-nama Tuhan, malaikat dan dewa-dewa.

Apabila nama manusia seperti 'Toyota', 'Hewlett', 'Colgate', 'Gillette' dan lain-lain sudah didaftarkan sebagai trademark, maka orang lain tidak boleh menggunakan nama yang sama sebagai nama produk mereka, bagi tujuan 'trade', yakni bisnes.

Nama 'Ujang' adalah nama ramai manusia Melayu. Sesiapa pun boleh menggunakan nama 'Ujang', selagi bukan bagi tujuan bisnes, sebab nama 'Ujang' sekarang sudah didaftarkan sebagai trademark oleh Kharisma Publications Sdn. Bhd.

Gunakanlah nama Ujang sebagai nama anak kita, ataupun sebagai watak dalam novel, ataupun sebagai judul puisi, semua itu boleh belaka sebab anak kita, watak dalam buku ataupun judul puisi bukan entiti bisnes.

Tetapi jangan gunakan trademark 'Ujang' sebagai nama restoran, jamu, kopi segera, hotel dan lain-lain produk saudara.

Di bawah undang-undang HI, apabila Kharisma Publication Sdn. Bhd. mendaftarkan 'Ujang' sebagai trademark miliknya, syarikat itu tidak perlu meminta persetujuan semua orang Melayu yang bernama 'Ujang', dan ia tidak perlu membayar apa-apa wang ufti kepada Ujang-Ujang itu, baik yang hidup ataupun yang mati.

Saudara boleh mendaftarkan nama FABLE FOX sebagai trademark produk saudara. Selepas itu, jikalau ada orang lain hendak menggunakan nama samaran yang sama untuk tujuan suka-suka, boleh! Orang itu cuma suka-suka, bukan ada kepentingan bisnes.... tanya peguam IP.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Gosip Terbaru Pasaran Novel Cinta

Khabar angin yang kita dengar mengatakan pasaran novel cinta begitu parah saat ini sehingga:

1. Salah sebuah penerbit novel popular yang paling terkenal sudah mengurangkan jumlah terbitan judul barunya kepada 1 judul sahaja sebulan. Gosip mengatakan, bagi penulis baru, ada yang judulnya dicetak 1,500 unit sahaja.

2. Dalam zaman kegemilangan novel cinta, sebuah penerbit mencetak mininum 15,000 unit, iaitu bagi nama penulis baru. Bagi penulis yang sudah terkenal, penerbit itu mencetak minimum 30,000 unit. Tetapi sekarang, gosip yang kita dengar mengatakan jumlah cetakan pertama ada yang sudah diturunkan kepada 5,000 unit sahaja.

Dalam saat pasaran novel cinta jatuh merudum, pasaran novel remaja sedang naik. Ayuh! Marilah masuk sektor novel remaja.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, March 04, 2007

Mesej dari Chairman PTS: Apa Signifikannya Apabila Ulamak Memilih PTS sebagai Penerbit Karya Mereka

Sebagai Chairman kepada kumpulan syarikat-syarikat PTS, saya mengambil ruangan di sini merakamkan tahniah kepada semua tim kerja PTS kerana terbukti tahun 2007 ini merupakan satu lagi lembaran baru yang amat bersejarah bagi PTS.

Apabila ulamak besar seperti Dato' Dr. Harun Din dan Dato' Seri Abdul Hadi Awang memberikan kepercayaan mereka kepada PTS sebagai penerbit buku-buku mereka, ini adalah bukti bahawa tim PTS, yang kini berjumlah 50 orang, telah menjalankan tugas-tugas mereka dengan standard etika bisnes dan profesionalisme yang tinggi.

Sesungguhnya, setiap seorang daripada saudara semua, anggota Tim PTS, adalah anugerah Allah kepada bahasa dan bangsa Melayu.

Puan Hjh. Ainon Mohd.
Sifu dan Pengerusi Kumpulan Syarikat-syarikat PTS

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Ujang dan JIBAM

Kepada peminat Ujang, klik di sini bagi menonton dan mendengar Ujang dalam youtube bercakap tentang Jibam.

Nota Sifu: Kita minta Ujang menulis apa sebenarnya yang terjadi dengan hakcipta novel JIBAM. Mudah-mudahan para mentee-mentee SifuPTS mendapat iktibar daripada pengalaman beliau dan menjadi lebih sedar akan peri pentingnya kita belajar memahami undang-undang harta intelek.

Jam 8.20 pagi: UNIKA menerima mesej ini daripada Sdr Ujang...

"Assalamualaikum…

Nampaknya ada seseorang sedang menjalankan provokasi di dalam blog puan ini dengan menggunakan nama UJANG juga.

Saya adalah kartunis UJANG yang sebenar, Ibrahim bin Anon hp 012-974 7995 (sila call saya untuk kepastian).

Komen nombor 13 bukan ditulis oleh saya (harap puan tolong delete posting tersebut - nota: Tidak di-delete, AM). Hubungan saya dengan CESB tiada apa-apa masalah.

Apa yang saya maksudkan dengan perkataan `TERKELEPET` bukan ditujukan kepada CESB, tetapi kepada penerbit majalah UJANG yang telah mengheret saya ke mahkamah.

Karya-karya saya dengan CESB masih terjaga dengan baik dan royalti buku-buku saya dibayar sehingga sekarang oleh CESB.

Suka saya maklumkan hubungan saya dengan EN. JAAFAR TAIB (pengarah urusan CESB) bukan sekadar boss ataupun majikan, tetapi beliau adalah guru yang saya hormati dan orang yang bertanggung jawab memperkenalkan dan mengetengahkan bakat saya.

Begitu juga dengan copyright novel JIBAM. Tiada apa-apa masalah ataupun konflik.

Diharap tidak ada pihak-pihak yang cuba mengeruhkan keadaan dan menimbulkan sebarang spekulasi tanpa merujuk kepada saya atau CESB terlebih dahulu.

Harap maklum."

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Sekali Lagi Ketua Pengarah DBP Berjanji kepada Rakyat

Kata Dato' Dr. Firdaus Abdullah, "...kita akan memperluaskan khalayak sastera. Tidak guna penulis hebat kita lahirkan tetapi pembaca tidak berkembang. Apa yang kita mahu, ia bertambah sejajar dengan peningkatan jumlah karya." Baca lagi...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Komen Ainon Mohd tentang Janji KP DBP

Kita menerima baik janji KP DBP bahawa beliau akan menambah jumlah khalayak sastera Melayu, maksudnya beliau berjanji akan meningkatkan jumlah orang yang membaca karya sastera Melayu.

Dalam dunia penerbitan, ada dua istilah yang penting dibezakan iaitu 'pembeli' dan 'pembaca'.

Orang yang membeli belum tentu membaca, contohnya pustakawan membeli buku tetapi mungkin tidak membaca buku-buku yang dibeli. Penerbit swasta tidak berapa peduli apakah buku yang dibeli itu dibaca ataupun tidak. Yang penting mereka dapat menjual buku yang diterbitkan.

Orang yang membaca belum tentu membeli, contohnya peminjam buku di perpustakaan, ataupun anak-anak yang membaca buku yang dibeli oleh ibu bapa. Penerbit swasta gerun jikalau pembaca tidak mahu membeli buku, sebaliknya cuma suka meminjam sahaja buku yang dibacanya.

Sebenarnya, majoriti orang yang membeli buku juga membaca buku yang mereka beli. Inilah jenis pelanggan idaman semua penerbit.

Istilah 'khalayak sastera' bermakna orang yang membaca sastera, tanpa mengira apakah dia membeli ataupun meminjam karya sastera yang dibacanya. Asal sahaja seseorang itu membaca karya sastera, maka dia adalah khalayak sastera.

Kalau betul DBP mahu meningkatkan jumlah khalayak sastera Melayu, seperti yang dijanjikan oleh KPnya, dan beliau tidak peduli sama ada buku-buku sastera dapat dijual ataupun tidak, cara paling mudah adalah dengan mencetak karya sastera itu dan membekalkan secara percuma kepada semua perpustakaan awam dan sekolah.

Cara bagaimana selama ini DBP-DAWAMA mempromosi buku-buku sastera terbitan DBP memang terbukti tidak akan dapat menunaikan janji KP DBP itu....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Satu Lagi Buku Ngetop!

Buku ini dicetak 3000 unit dan semuanya habis terjual dalam masa 3 hari sahaja selepas masuk setor PTS.

Pada hari ke-4 buku ini sudah masuk proses ulangcetak 3000 unit lagi. Jumlah ulangcetak itu sengaja kecil supaya cepat habis, kerana bagi ulangcetak seterusnya, kulitnya akan ditukar.

Kulit buku cetakan pertama ini tidak menggunakan gambarfoto wajah penulisnya disebabkan pada waktu itu beliau masih amat malu hendak 'posing' di depan kamera Pengarah Kreatif PTS.

Tidak lama lagi PTS akan menerbitkan 5 buah buku penulis ini sebagai 1 set, dengan wajah beliau menjadi ikon kulitnya.

Lesen Penerbitan: Pengarang buku ini hanya menyerahkan kepada PTS hak menerbitkan edisi rumi sahaja bagi buku-buku beliau itu, manakala hak menerbitkan edisi jawi diserahkan kepada penerbit lain.

Royalti: Dalam perjanjian penerbitan yang ditandatangni, beliau bersetuju PTS menyerahkan semua cek royalti daripada buku-buku beliau terus ke tabung yayasan tahfiz yang beliau asaskan di Rusila, Terengganu, yang sekarang mempunyai 900 pelajar lelaki dan perempuan.

Nota SifuPTS: Bagi setiap RM10 yang saudara bayar bagi membeli buku pengarang ini, 70 sen akan sampai kepada tahfiz itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Jualan Buku Melayu: Di Mana Kekuatan POPULAR

POPULAR dimiliki oleh pelabur Singapura. Sehingga hari ini POPULAR adalah pengimpot terbesar buku-buku Cina di negara ini.

Sehingga 2003, rangkaian kedai buku POPULAR adalah kubu buku Cina. Sebut POPULAR, yang terbayang adalah buku-buku Cina. Jika MPH sinonim dengan buku-buku Inggeris, POPULAR sinonim dengan buku-buku Cina.

Sehingga 2003 POPULAR tidak menjual buku-buku Melayu langsung kecuali buku-buku sekolah.

Pada tahun 2004, PTS mula menghubungi pengurusan POPULAR di ibu pejabatnya di Singapura, dan memberitahu syarikat itu patut masuk sektor pasaran buku-buku Melayu disebabkan jualan buku-buku Melayu menunjukkan trend yang baik. Apa yang berlaku semenjak itu kini sudah menjadi sejarah.

Rangkaian POPULAR kuat di bandar-bandar sederhana (kota madya) di luar kawasan Kuala Lumpur di mana jumlah penduduk Melayunya besar. Ini menjadikan POPULAR semakin popular dengan pembeli buku-buku Melayu.

Inilah yang menyebabkan POPULAR dapat menjual jumlah buku Melayu yang besar berbanding rangkaian kedai buku elit yang hanya kuat di sekitar Kuala Lumpur, seperti Kinokuniya, Times dan Borders.

MPH pun masih kuat di Kuala Lumpur meskipun rangkaian itu sudah mula mengembangkan sayapnya ke bandar-bandar utama lain.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 03, 2007

Tip Survival Penerbit: Perjanjian Penerbitan adalah Tertakluk di Bawah Undang-undang Kontrak

Bagi tujuan perbincangan, ini kes hipotetikal:
Sasterawan Negara Dato' A Samad Said sudah menubuhkan Wira Bukit Sdn. Bhd. yang menjadi penerbit tunggal semua karya beliau.

Pada masa ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak mahu menamatkan perjanjian penerbitan 7 buah karya SN itu supaya dengan itu WBSB dapat menerbitkannya sendiri. Tujuh karya itu adalah yang paling laku dalam rekod jualan DBP. Karya beliau yang 'tidak laku' sahaja yang dipulangkan oleh DBP. (Karya-karya yang dikatakan tidak laku itu, apabila diterbitkan semula oleh WBSB, laku pula.)

Katakanlah, SN DASS tidak puas hati, lalu membawa kesnya ke mahkamah. Apakah implikasinya?

Kita bukan peguam, tetapi kita sudah berbincang mengenai isu dokumen perjanjian penerbitan yang digunapakai di PTS sendiri.

Mengikut penasihat undang-undang PTS, semua isi kandungan dalam dokumen perjanjian penerbitan hendaklah mematuhi undang-undang kontrak. Mana-mana klausa yang tidak mematuhi undang-undang kontrak akan membatalkan seluruh isi dokumen itu.

Sebagai contoh, undang-undang kontrak tidak mengiktiraf kontrak yang mengandungi unsur-unsur tidak pasti.

Suatu contoh unsur yang tidak pasti adalah tempoh kontrak. Jikalau dokumen perjanjian penerbitan itu tidak dengan tepat menyatakan tarikh bermula dan tarikh tamat kontrak itu, maka secara automatis perjanjian itu batal, tidak sah.

Kepada rakan-rakan penerbit kita, sebelum terlambat, demi menjaga kepentingan bisnes sendiri, dari masa ke masa, perlu disemak semula setiap perkataan dan ayat dalam isi kandungan dokumen perjanjian yang digunapakai sekarang supaya kekal relevan dengan perubahan zaman.

Dulu-dulu, para penulis buku Melayu majoritinya bukan golongan profesional, dan bukan individu-individu yang mampu membiayai kos mahkamah. Zaman sudah berubah. Penulis-penulis hari ini bukan orang kecil lagi.

Sekarang sudah ada peguam, jurutera, doktor, akuantan, malah hakim juga, yang menulis buku. Mereka boleh berkongsi kos dengan mengambil peguam yang sama bagi mewakili mereka sebagai satu kumpulan.

Jika penerbit ditarik ke mahkamah dan kalah, kosnya amat tinggi: Penerbit mesti membayar (a) kos mahkamahnya sendiri, (b) kos mahkamah si penulis, (c) gantirugi kepada penulis.

Apabila peguam yang membuat taksiran kerugian anak guamnya... minta dijauhkan Allah sahajalah... sebab... ada persentase si peguam dalam taksiran itu!

Sejauh yang kita tahu, semua penerbit swasta milik orang Melayu (kecuali PTS), meniru bulat-bulat isi kandungan perjanjian penerbitan DBP.

Jikalau dalam kes hipotetikal SN DASS lawan DBP ini, terbukti SN DASS menang, ada kemungkinan kesan domino berlaku ke atas penerbit-penerbit lain yang meniru perjanjian penerbitan DBP. Ia juga akan menggalakkan penulis-penulis lain menarik penerbit yang sama ke mahkamah.

Sebelum kita ditarik ke mahkamah oleh penulis-penulis kita sendiri, langkah yang sebaiknya kita ambil adalah, batalkan dokumen lama yang sudah ketinggalan zaman itu, gubal dokumen baru yang adil kepada kedua-dua belah pihak, dan pujuk para penulis kita supaya setuju menandatangni dokumen baru itu bagi menggantikan dokumen lama.

Tuhanlah yang lebih tahu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Karya Harta Awam

Karya yang ditulis oleh warganegara Amerika menjadi harta awam atau 'public domain' selepas 75 tahun pengarangnya meninggal dunia.

Apabila sesebuah karya itu menjadi public domain, ini bermakna tidak ada sesiapa yang memiliki hakcipta ke atas karya itu. Ini juga bermakna sesiapa sahaja boleh menerbitkan semua karya edisi asli itu dan mengedarkannya tanpa mendapatkan izin dan tanpa membayar royalti.

Di Britain, tempoh itu adalah 50 tahun. Di Malaysia juga tempohnya adalah 50 tahun.

Jadi, selagi buku saudara diterbitkan dan dijual, selagi itu saudara dan waris saudara dapat menikmati royaltinya. Tetapi apabila saudara sudah menjual hakcipta karya saudara, katakanlah kepada PTS, maka para pemegang saham PTSlah yang menikmati royalti itu sehingga selepas 50 tahun saudara wafat.

Fikir habis-habis sebelum saudara menjual hakcipta karya saudara....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Di Sebalik Foto Dato’ Dr. Haron Din

Bukan mudah hendak meyakinkan golongan ulamak supaya mahu gambarfoto wajah mereka digunakan dengan besar dan solid pada kulit buku yang mereka tulis.

Itulah yang berlaku dengan Dato' Dr. Haron Din dan Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Mereka berkali-kali menolak PTS menghantar Pengarah Kreatifnya, En. Hisham Salmin, bagi sesi fotografi.

Syukurlah, akhirnya mereka bersetuju. Malah, minggu lalu, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dengan rendah hati sanggup bersusah payah turun dari Marang, menjejakkan kaki beliau ke pejabat editorial PTS yang serba dhoif, bagi sesi fotografi.

Tahniah kepada editor-editor PTS yang berjaya meyakinkan golongan ulamak yang amat merendah diri dan malu dengan lensa kamera sehinggalah mereka sanggup 'posing' supaya gambarfoto mereka dapat dijadikan ikon pada kulit buku-buku yang mereka tulis.

Tahniah kepada sentuhan ajaib tangan Pengarah Kreatif PTS yang berhasil merakamkan wajah Dato' Dr. Haron Din yang 'bersih' itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Paling Ngetop!

Inilah buku yang memecahkan rekod jualan PTS selama ini.

Dalam tempoh seminggu lebih 10,000 unit habis terjual.

Rangkaian POPULAR sahaja memesan hampir 2000 unit dalam masa seminggu.

Apakah barangkali faktor-X yang ada pada buku ini maka jualannya begitu luar biasa?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Siapa Sediakan Ilustrasi Buku

Nota: Entri ini ditulis untuk penulis yang belum tahu cara kerja jabatan editorial di PTS.

Banyak buku menggunakan banyak ilustrasi. Sebagai contoh buku-buku untuk bacaan kanak-kanak menggunakan banyak lukisan, lebih cantik lukisan itu, lebih laku jualan buku itu.

Bagi buku kreatif, seperti novel remaja dan dewasa, editor menentukan konsep ilustrasi bagi buku-buku itu, termasuklah konsep kulit buku.

Buku-buku akademik juga menggunakan ilustrasi seperti carta, peta, graf, gambar foto, rajah dan lain-lain.

Bagi buku-buku akademik dan profesional, pengarang mesti membekalkan contoh bahan-bahan ilustrasi itu, kemudian editor bertanggungjawab menghasilkan semula bahan-bahan itu supaya sesuai dengan konsep buku, dan tidak melanggar undang-undang hakcipta.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Ingat! Hari ini Sabtu 31 Mac: Kursus Menulis Cerita-cerita Agama

SifuPTS akan menunjukkan cara menulis cerita-cerita ringkas yang bertemakan agama dengan menggunakan Bahasa Melayu Moden bagi bacaan remaja.

Tempat: Sekolah al-Ikhlas
Waktu: 10 pagi - 5 petang

Daftar di sini dan SMS Faris 019 286 2600

Kalau saudara belum mendaftar, saudara masih boleh datang!

Nota Sifu: Saudara yang sudah mengikuti kursus menulis jibunsyi dan teknik surah Yusuf sangat diajak hadir kursus ini supaya saudara juga dapat menerbitkan karya dengan PTS ISLAMIKA.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(20) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 02, 2007

Tip Survival Penerbit: Isu Harta Intelek dan Sikap Ikhsan Penerbit

Penerbit perlu mempunyai sikap ikhsan kepada penulis, lebih-lebih lagi kepada penulis-penulis baru, yang masih belum faham tendang-terajang dan tipu-muslihat otak orang bisnes totok.

Istilah 'totok' bermakna 'pure', jadi orang bisnes totok adalah orang bisnes yang semata-mata berjuang demi mengisi kantungnya seorang.

Pada jangka masa panjang, sikap totokisme tidak dapat menjamin kelestarian bisnes. Sikap totokisme begitu tidak dapat memikat hati para karyawan supaya setia bersama penerbitnya tahun demi tahun.

Pada waktu yang sama, penulis perlu faham bahawa orang bisnes perlu mengurus risiko bisnesnya, jika tidak, bisnesnya pun akan gulung tikar.

Penulis baru adalah risiko bagi penerbit. Tetapi jika penerbit tidak mahu mengambil risiko dengan menerbitkan karya penulis-penulis baru, sikap begitu adanya risikonya juga.

Ada penerbit yang mengurus risiko penulis baru dengan memaksakan syarat di mana karya pertama penulis itu mesti dijual hakciptanya kepada si penerbit dengan harga yang amat murah. Sikap ini tidak mengambil kira unsur ikhsan.

Penerbit boleh memaksa penulis baru menjualkan hakciptanya kepada penerbit, tetapi tidaklah patut penjualan hakcipta itu atas dasar 'sekali dan buat selama-lamanya'.

Kita menyeru kepada rakan-rakan penerbit supaya mengamalkan dasar-dasar perniagaan yang adil bagi kedua-dua belah pihak, di mana 'pembelian hakcipta' itu dibatasi tempohnya. Dalam bahasa orang bisnes disebut 'put a cap' ataupun 'pasang tutup botol'.

Sebagai contoh, penerbit membayar RM1 ribu kepada penulis baru. Dalam tempoh 3 tahun, itulah sahaja bayaran untuk penulis. Tidak ada royalti bagi tempoh 3 tahun itu sahaja.

Selepas 3 tahun, jika karya itu terbukti laku dan dapat diulangcetak, maka setiap kali karya itu diulangcetak, penerbit bersetuju membayar royalti, sebab pada waktu itu sudah terbukti bahawa penerbit tidak menanggung risiko buku tidak laku dijual.

Nota: Adalah menjadi dasar perniagaan PTS tidak membeli hakcipta penulis, biar pun penulis itu penulis baru. Bagi mengurangkan risiko buku tidak laku, maka itulah sebabnya (a) semua penulis PTS wajib hadir kursus (b) sinopsis diluluskan sebelum boleh mula ditulis (c) strategi buku kuih tempah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

POPULAR Memesan 1,300 Naskhah: Inilah Novel Berat Terbitan Sulung PTS LITERA UTAMA

Inilah novel pertama terbitan PTS LITERA UTAMA Sdn. Bhd., anak syarikat terbaru dalam Kumpulan PTS.

PTS LU khusus ditubuhkan bagi memperkenalkan karya-karya bestsellers dari luar negara demi memenuhi keperluan penggemar sastera tinggi.

Novel LASKAR PELANGI ini sudah laku lebih 100 ribu naskhah di Indonesia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(19) Diskusi Kuliah | Permalink

Ketua Eksekutif Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) Meletakkan Jawatan

En. Shaharuddin bin Ali, Ketua Eksekutif ITNM telah meletakkan jawatannya dan mulai 1 Mac 2007 beliau mula bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Maljlis Peguam Malaysia (Bar Council).

Beliau adalah seorang peguam. Sebelum dilantik sebagai CEO di ITNM, beliau berkhidmat dengan TV3.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Dunia Sastera Jibunsyi di Jepun Masuk Era Baru

Tuan Alif Redzuan adalah pensyarah bahasa Jepun di Universiti Putra Malaysia. Beliau belajar di negara itu selama 7 tahun.

Beliau juga adalah penulis siri Cerita Rakyat Jepun terbitan PTS. Sebanyak 6 jilid sudah terbit, dengan 4 lagi sedang disiapkan.

Baca blog beliau tentang sastera jibunsyi di Jepun.



.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Komen Ainon Mohd tentang Tulisan Helmy Samad

Salah satu faktor yang menyebabkan hubungan baik antara penulis dan DBP adalah isu para pegawai DBP tidak faham undang-undang jual-beli hakcipta.

Jikalau apa yang dituliskan dalam blognya oleh Sdr Helmy Samad itu benar, iaitu SN Dato' A Samad Said tidak pernah menjual hakcipta karya-karyanya kepada DBP, maka kata-kata pegawai DBP kepadanya, yang bermaksud "50 tahun selepas SN ASS wafat pun DBP masih memiliki hakcipta karya-karya SN itu" menunjukkan betapa naifnya pegawai DBP itu tentang isi kandungan dokumen Perjanjian Penerbitan.

Bahagian Hakcipta DBP hanya sekali sahaja pernah dijaga oleh seorang lulusan undang-undang, iaitu semasa En. Halim Abdullah menjadi pegawai hakcipta DBP. Sebelum dan selepas itu semua pegawai hakcipta DBP bukan lulusan undang-undang.

Ada perbezaan antara 'hakcipta' dan 'hak menerbitkan'. Nampaknya, 2 perkara asas ini pun pegawai DBP yang bercakap dengan Sdr. Helmy Samad itu tidak faham.

Sudah sampai masanya DBP melantik lulusan undang-undang sebagai ketua bahagian hakciptanya. Serahkan sesuatu urusan itu kepada yang pakar, kata Nabi Muhammad saw, jikalau tidak, tunggulah kebinasaan....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa itu ‘authorship’ pada Ilustrasi Buku

Kebanyakan penerbit tidak suka membayar royalti kepada pelukis ilustrasi buku sebab ia adalah cara berniaga yang 'leceh'. Mereka lebih suka membeli sahaja hakcipta bahan-bahan ilustrasi itu.

Ada buku-buku PTS di mana pelukis ilustrasinya berkongsi royalti dengan pengarang buku itu. Mereka berdua bekerjasama menghasilkan buku-buku itu.

Dari sudut pandangan penerbit, tidak semua hasil lukisan layak dibayar royalti. Lukisan yang layak dibayar royalti adalah lukisan yang mempunyai unsur 'authorship' ataupun 'ke-pengarang-an'.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Khidmat Masyarakat: Jangan Lupa Undangan Sdr. Ujang

Sdr UJANG mengundang kita semua ke majlis 'soft-launching' filem "JIBAM".

Tempat: Bilik Tiara Intan, Hotel Singgahsana, Persiaran Barat, off Jalan Sultan Petaling Jaya. (Dulu HOTEL DAYANG)

Tarikh: Jumaat 2 Mac 2007

Waktu: 4 ptg - 6 ptg.

Acara: Hi-Tea dan Sidang Media

Nota Sifu: Novel JIBAM adalah novel Melayu paling banyak terjual, iaitu 250 ribu naskhah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(16) Diskusi Kuliah | Permalink

Khidmat Masyarakat: Bekerja di Dubai

Surat dari Tuan Fudzail di Dubai:

Sebagai salah satu khidmat masyarakat untuk rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja di Dubai atau UAE, dengan ini diusahakan satu blog yang memaparkan maklumat kerja kosong dari pelbagai sumber.


klik di sini: Mahu Cari Kerja Di Dubai?


Dubai adalah salah satu kota ekspatriat yang terus memerlukan lebih ramai tenaga kerja ekspatriat dari luar.

Blog ini menyiarkan iklan-iklan kerja kosong dari pelbagai sumber untuk mereka yang berminat di samping menjawab apa-apa persoalan yang boleh dijawab. Blog ini adalah kerja sukarela semata-mata.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 01, 2007

Bacalah Suara Hati Helmy Samad

Beginilah nasib SN Dato' A Samad Said sebagaimana yang dituliskan oleh puteranya, Helmy. Nasib SN itu tidak jauh bedanya dengan nasib kartunis lagenda, UJANG. Bedanya mereka diperlakukan begitu oleh 2 penerbit berlainan, satu penerbit milik kerajaan, yang satu lagi penerbit swasta.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Menjadi Pelukis Ilustrasi Buku

Adakah saudara berminat menjadi ilustrator buku? Ada dua cara saudara boleh mencari wang dengan menggunakan bakat saudara itu.

1. Hantarkan contoh-contoh karya lukisan saudara kepada penerbit-penerbit buku, tidak semestinya PTS. Di sinilah pentingnya saudara berkenalan dengan editor buku yang bekerja di syarikat-syarikat penerbitan.

Selepas menilai contoh 'stroke' lukisan saudara itu, mereka mungkin berminat menggunakan perkhidmatan saudara bagi menyediakan ilustrasi buku-buku mereka.

2. Saudara boleh berkenalan dengan mana-mana penulis buku kanak-kanak dan berpakat supaya dia menuliskan ceritanya manakala saudara melukiskan ilustrasinya. Cara kerja begini ada risikonya iaitu penerbit mungkin tidak mahu lukisan yang saudara sudah buat itu.

Jika penerbit suka cerita dan lukisan itu, saudara berdua boleh menjualkan hakcipta karya-karya saudara itu dan berkongsi wang bayarannya.

Saudara boleh juga tidak menjualkan hakciptanya dan dengan itu saudara berdua berkongsi royalti setiap tahun.

Hakcipta setiap ilustrasi yang saudara lukis adalah hak kepunyaan saudara. Saudara boleh menjual hakcipta itu kepada penerbit. Jikalau saudara menjualkannya, saudara akan dibayar sekali sahaja.

Walaupun saudara seorang ilustrator buku, undang-undang harta intelektual negara kita tetap melindungi hakcipta karya saudara.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tulislah Buku Sastera Remaja

Pasaran buku sastera remaja sedang berkembang dengan bagus sekali. Ini adalah masa yang baik bagi menulis buku-buku genre ini. Kata pepatah, ketuk besi semasa masih panas.

Pasaran sastera remaja adalah besar. Ia dibeli oleh ibu bapa, oleh sekolah dan oleh perpustakaan awam.

Pilih tema-tema yang evergreen, yang membolehkan karya saudara bertahan lama dalam pasaran, yakni lebih daripada 20 tahun.

Sebenarnya sastera remaja dapat bertahan lebih 40 tahun. Lihatlah sahaja buku-buku Enid Blyton yang sudah lebih 50 tahun, tetapi masih dijual sehingga hari ini.

Kita mengajak rakan-rakan sasterawan yang sekarang menulis novel dewasa supaya menulis juga sastera remaja. Ia adalah pelaburan yang baik. Ia mudah ditulis, mudah dijual, dan tahan lama. Ini membolehkan saudara menikmati royalti yang berpanjangan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Puisi Auditorium

Rupa-rupanya ada apa yang diistilahkan 'puisi auditorium'.

Kita baru mendengar istilah itu dalam bengkel penulisan puisi cinta Islami anjuran PTS, beberapa waktu yang lalu, di bawah bimbingan penyair terkenal Marsli NO.

Puisi auditorium ditulis khusus bagi dibacakan di atas pentas di depan khalayak besar. Dengan demikian puisi itu memiliki ciri-ciri skrip teater.

Hmm... patutlah kita kerap bosan mendengar puisi yang dibacakan di atas pentas. Sekarang baru kita faham, puisi yang ditulis bagi bacaan diam-diam tidak sesuai dibacakan di atas pentas.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Desain Jambatan dan Desain Buku

Apabila para jurutera membina jambatan yang penting fungsinya, mereka mencipta desain jambatan yang dapat bertahan minimum 100 tahun.

Apabila penulis menulis bukunya, ada manfaatnya saudara menetapkan jangka hayat buku saudara itu dalam pasaran. Tetapkan berapa lama saudara mahu buku saudara laku dijual.

Seperti jambatan, buku juga mempunyai desain, walaupun mungkin saudara tidak dengan sadar mendesain buku yang saudara tulis. Justeru, ada jambatan yang desiannya tidak tahan lama, manakala ada jambatan yang desainnya dapat bertahan beratus-ratus tahun.

Desain jambatan yang tahan lama mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada desain jambatan yang tidak tahan lama. Maka demikianlah juga halnya dengan buku.

Salah satu ciri buku yang tahan lama adalah bahasanya. Apabila saudara menggunakan gaya bahasa yang cepat berubah, hayat buku saudara menjadi singkat, sesingkat hayat gaya bahasa itu.

Bahasa Melayu Rendah (BMR) adalah gaya bahasa yang cepat berubah kosa katanya, fraseologinya, idiomnya, simbolismenya, dan pola struktur ayatnya. Justeru apabila saudara menulis menggunakan BMR, hayat karya saudara menjadi amat singkat. Dalam tempoh 2 ataupun 3 tahun sahaja gaya bahasa buku saudara itu sudah menjadi out-of-date.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

UNIKA Sangat Slooow…

Sejak petang semalam UNIKA sangat slow... En. Fauzul sudah menghantar aduan ke admin.

Sabar sahajalah...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 3 pages  <  1 2 3