Buku Terjemahan

Monday, April 30, 2007

Pesta Buku: Ungku Aziz Masih Sihat

Pada sebelah petang, Sifu hadir majlis pelancaran buku-buku terbitan anggota MAPIM - Majlis Penerbitan Buku Akademik Malaysia, sempena pesta buku.

Pelancaran dirasmikan oleh Prof. DiRaja Ungku Aziz. Beliau masih sihat dan memberitahu beliau sedang menulis sebuah buku. Kalaulah PTS dapat menjadi penerbit buku beliau, alangkah bertuahnya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Novel Remaja Masih Ngetop

Hari ini hari kerja. Kanak-kanak sekolah datang memakai baju uniform sekolah. Jualan buku-buku novel remaja masih laku keras di booth PTS.

Bukan seorang dua yang membayar buku dengan wang RM50, sedang usia mereka sekitar 12 - 14 tahun. Nampaknya ibu bapa mereka memang membekalkan wang itu bagi mereka membeli buku. Wangnya keras, wang baru keluar dari bank. Itu pasti wang gaji hujung bulan April.

Hmm.... kalau baru RM12 tahun sudah tidak sayang menyerahkan nota RM50 bagi ditukarkan dengan buku, cerah masa depan buku Melayu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Laskar Pelangi Habis

Beberapa pengunjung datang dan bertanya, "Mana novel Laskar Pelangi?" karya Andre Hirata.

Untuk makluman, stok Laskar Pelangi habis di booth, habis di setor PTS! Mungkin masih ada di kedai-kedai buku.

Siapa yang kata novel sastera berat tidak laku? Erm... kalau tidak silap Dato' Johan Jaafar... Pengerusi Lembaga Pengelola DBP! (Kebetulan beliau adalah salah seorang sahabat karib Sifu juga!)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Isnin Sifu di Pesta Buku

Dimaklumkan sepanjang hari ini saya di PWTC, jadi blog ini akan diupdate dengan laporan pesta malam nanti sahaja.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Baca Tulisan Tentang Pramoedya

Ini tulisan terbaik seputar Pramoedya Anantatoer, sasterawan genius dalam Bahasa Melayu abad ke-21. Baca di sini Azman Ismail.

Nota Sifu: Suatu sudut di mana kita berbeza pendapat dengan Pram adalah pada matlamat sastera. Dalam teori sastera aliran surah Yusuf, sastera bertugas mengajak manusia menerima isi kandungan Quran. Tuhan jualah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Rahsia Kejayaan Bisnes PTS: Berikan Kursus Percuma kepada Pembekal

Setiap bisnes mempunyai pembekal-pembekalnya. Jika saudara menjual nasi lemak, pembekal saudara adalah mereka yang supply beras, kelapa, cili kering, bawang, ikan bilis, gas, daun pisang dan lain-lain lagi. Kualiti nasi lemak saudara ditentukan oleh kualiti bahan mentah yang dibekalkan kepada saudara. Kalau santan itu terlalu cair, nasi lemak saudara kurang lemak.

Bagi penerbit buku, pembekalnya adalah penulis manuskrip, pelukis ilustrasi, pencetak dan lain-lain lagi. Kualiti buku-buku yang saudara terbitkan ditentukan oleh kualiti manuskrip dan kualiti perkhidmatan yang saudara terima daripada pembekal saudara. Kalau pencetak saudara salah bancuh dakwat warna, kulit buku saudara menjadi buruk.

Syarikat-syarikat pembuatan di Jepun memberikan kursus-kursus percuma kepada pembekal komponen produk-produk yang mereka keluarkan bagi memastikan komponen yang dibekalkan menepati spesifikasi.

Dengan meniru model Jepun itu, PTS mengadakan kursus-kursus percuma bagi para penulisnya supaya semua manuskrip yang mereka bekalkan kepada PTS menepati spesifikasi PTS.

Kos mengendalikan kursus PTS dibayar oleh pembeli buku-buku PTS kerana kos itu dimasukkan ke dalam pengekosan dan ke dalam harga jualan buku-buku PTS. Nilai pelaburan kursus PTS adalah antara RM3500 - RM4500 setiap bulan, sekitar RM40,000 setahun. Sebagai balasan, pembaca mendapat buku-buku yang berkualiti, bermakna, dan berguna dalam hidup mereka.

Jadi, kepada para penulis PTS sekalian, tulislah buku yang membawa perubahan bermakna ke dalam hidup pembaca buku-buku saudara kerana merekalah yang telah membiayai ilmu pengetahuan yang saudara peroleh dalam kursus-kursus PTS.

Kepada peserta kursus yang belum menyiapkan buku-bukunya, saudara berhutang kepada pembeli buku-buku PTS yang membayarkan yuran kursus saudara.

(Hmm... nanti Sifu siarkan nama-nama saudara, mahu? Marah nih!)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 29, 2007

Semua Kursus PTS adalah Terbuka dan Gratis

Masih ada lagi yang bertanya apakah syarat kelayakan masuk kursus PTS dan berapa yurannya.

Dimaklumkan sekali lagi, kursus-kursus anjuran PTS adalah percuma dan sesiapa sahaja yang mahu menjadi penulis PTS wajib menghadiri kursus-kursus PTS.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Makin Banyak Pengedar Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei ke Booth PTS

Setiap tahun akan ada pengedar buku dari Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak datang ke booth PTS. Tahun ini jumlah mereka naik.

Kebanyakan daripada mereka adalah pembekal pelbagai perpustakaan kerajaan dan sekolah. Mereka datang bagi memilih judul-judul baru yang masih belum mereka bekalkan lagi kepada pelanggan-pelanggan mereka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Apabila Habiburrahman El-Sherazy bertembung dengan Dr. Hassan Ali

5.30 ptg.


Booth PTS dan booth Al-hidayah kebetulan satu lorong.

Pada waktu yang sama Al-Hidayah membawa novelis Ayat-Ayat Cinta dari Jakarta. PTS membawa Dato' Dr. Hassan Ali.

Maka berlakulah apa yang tidak dikehendaki! Pertembungan peminat kedua-dua tokoh itu yang berpusu-pusu mahu mendapatkan tandatangan penulis pujaan mereka....

Aduh! Kelam-kabut!

Piiiit! Piiiitttt!

Trafik tidak juga dapat bergerak!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Pari-Pari PTS Promosi Novel Fortuna

Disebabkan novel-novel terbitan PTS FORTUNA belum dikenali ramai, kita melaburkan lebih banyak modal bagi mempromosikan novel-novel PTS.

PTS mengadakan 6 (orang ataupun ekor?) pari-pari jelita dan pari-pari kecil yang comel-comel menjadi duta novel-novel PTS, merayau-rayau dari satu sudut ke satu sudut ruang pameran PWTC membawa contoh novel-novel PTS dan menyebarkan bahan-bahan promosi novel-novel itu.

Nampaknya, ke mana mereka pergi, mereka menjadi tontonan yang amat diminati. Ramai yang meminta izin mengambil gambar dengan mereka!

Pari-pari PTS akan berkeliaran pada setiap hari cuti umum dan hujung minggu. Jangan lupa, bawa kamera saudara!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Judul Asli Disangka Terjemahan

Antara pertanyaan yang diterima oleh petugas booth PTS adalah, "Ini buku-buku terjemahankah?"

"Tidak. Ini buku karya asli, mengapa?" tanya pegawai bertugas.

"Cantik-cantik. Macam buku luar negara. Tidak seperti buku Melayu!" kata pengunjung itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Booth PTS Sesak Lagi, Lebih Banyak Judul Licin

3.45 petang

Laporan dari tapak pesta mengatakan booth PTSÂ lebih sesak daripada semalam. Buku-buku yang penulisnya datang, habis licin.

Penulis yang datang hari ini adalah Imad, Ezee Rahmani, Shamsudin Ab. Kadir, Umbut, Kusyi Hirdan, Saridah Hamid, Ain Maisarah, Majidah dan Lia.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Siapa Beli Buku Bisnes PTS

En. Nazrul Samsudin adalah Pengurus PTS Professional.

Beliau melaporkan profail pengunjung booth PTS yang berkerumun didepan rak-rak buku bisnes adalah: (a) Lelaki dewasa - ciri orang berjawatan tetap, (b) Perempuan dewasa - ciri orang berjawatan tetap, dan (c) Lelaki muda - ada ciri-ciri pelajar IPT.

Nampaknya perempuan muda tidak membeli buku-buku bisnes!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Ann Wan Seng Masih Kekal di Tangga Top

Hingga saat ini, laporan dari tapak pesta menunjukkan pengarang paling ngetop jualan bukunya adalah Ann Wan Seng dengan buku Rahsia Bisnes Orang Cina mengekalkan kedudukannya bagi tahun ke-2 berturut-turut sebagai buku paling laris.

Beiau juga menjadi pengarang paling laris. Tiga buah penerbit Inbdonesia sudah menghubungi beliau secara direct meminta beliau menulis judul-judul baru untuk mereka.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan perkara itu perlu dirundingkan melalui PTS kerana beliau adalah penulis PTS. (Inilah contoh etika pengarang yang terpuji.)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Sarah dan Kasut Tumit Tinggi Licin

Ahad 11.10 pagi. Puan Engku Zainon (Ezee Rahmani) berada di booth PTS pagi ini bagi menandatangani autograf peminat yang datang.

Tidak sampai 1 jam selepas beliau duduk, novel terbaru beliau "Sarah dan Kasut Tumit Tinggi" habis terjual.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: PTS ONE Sudah Jadi Brand

Syarikat yang membekalkan papan tanda besar untuk booth PTS gagal menyaipkan papan itu ikut jadual, hari Isnin baru siap, katanya. Jadi booth PTS tidak menonjol.

Terdengar seorang pengunjung gadis remaja berkata kepada kawan-kawannya:

Gadis A: Ha! Inilah dia gerai PTS!

Gadis B: Bukan! Ini gerai PTS ONE!

Gadis C: Lainkah?

Sahlah... bagi peminat remaja, mereka hanya kenal PTS ONE.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Seekor Kerbau Membawa Lumpur…

Seorang penerbit Indonesia memberitahu kita akan peri tingkah laku buruk sebuah penerbit T&T (tau-sama-tau).

"Penerbit itu pernah datang ke kantor kami memberitahu dia mahu melesen hanya 4 judul buku kami," kata penerbit itu kepada En. Faris, yang melayan kunjangannya ke booth PTS.

"Nah! Tadi kami pergi ke booth penerbit itu. Ternyata mereka cetak 20 judul kami serentak!" penerbit itu mengadu.

Alangkah aibnya kita semua!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Laporan En. Faris Hasbullah

En. Faris Hasbullah adalah Pengurus PTS Islamika. Semalam, di booth PTS beliau menjalankan tugas melayan kunjungan tetamu-tetamu penting, termasuk penerbit-penerbit Indonesia yang datang.

Menurut En. Faris, para penerbit Indonesia memang sejak belum naik pesawat sudah memasukkan nama PTS dalam senarai penerbit Malaysia yang mahu mereka temui bagi tujuan bisnes.

Mereka yang datang ke booth PTS membawa dua hajat (a) mahu mempromosi judul-judul terbitan mereka bagi dilesenkan kepada PTS, dan (b) mahu melesen judul-judul PTS bagi mereka terbitkan di Indonesia.

Erm... syukur, nampaknya, selepas 3 tahun PTS melabur memperkenalkan diri kepada rakan-rakan penerbit di Jakarta, hasilnya sudah mulai kelihatan....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Kesan Penulis Datang

Apabila penulis berada di booth PTS, jualan buku mereka naik.

Semalam Sabtu 28hb penulis yang datang bagi melayani peminat adalah: Ahmad Zafran, Icesoul, Rashidah Md Nor, Kang Razzi, Imuda, Ummi Kauthar, Mohd Kholid Hamzah, Ann Wan Seng, Lia, Farihah Iskandar, Majidah.

Kepada penulis-penulis PTS, datanglah ke booth kita dan bantu promosi buku-buku saudara!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Laporan En. Zaharin Zain

En. Zaharin Zain adalah Pengurus Jabatan Pemasaran PTS. Selepas dua hari pesta bermula beliau melaporkan:

Jumlah kutipan jualan tunai di booth PTS tahun ini 4 kali lipat jumlah kutipan 2 hari pertama tahun lalu!

PTS memperuntukkan 2 booth khas untuk buku-buku remaja PTS, kutipan tunai paling banyak datang daripada 2 booth itu.

Siri remaja yang paling laku keras adalah siri Teen Novel.

Tahun ini nampak jelas pengunjung datang dengan niat membeli buku. Ramai ibu bapa membawa anak-anak dan membiarkan anak-anak bebas memilih buku sendiri. Terbukti ibu bapa menaruh keyakinan buku-buku remaja PTS adalah baik untuk anak-anak mereka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Laporan En. Zain Nassri

En. Zain Nasri adalah eksekutif kanan Jabatan Pemasaran PTS.

Selepas 2 hari pesta bemula, beliau melaporkan sambutan bagi buku-buku bisnes dan pendidikan PTS baik naik lebih tinggi lagi tahun ini.

Jumlah pengunjung profesional lelaki bertambah dan pilihan utama mereka adalah buku-buku kejayaan di tempat kerja dan pengurusan kewangan peribadi.

Jumlah guru-guru yang datang mencari judul-judul pendidikan terbitan terbaru PTS juga meningkat.

Jumlah pengedar yang datang ke gerai PTS dengan tujuan memohon menjadi pengedar PTS juga bertambah tahun ini.

Jumlah penerbit yang ikut serta tahun ini juga bertambah, dan mereka sanggup melabur lebih banyak bagi meningkatkan imej booth masing-masing.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Taklimat Projek Buku Cerita Hantu-Mantu

Filem dan TV Melayu jelas sedang mabuk semula dengan cerita-cerita seram hantu-mantu. Di Bangkok, buku-buku cerita hantu sedang ngetop saat ini, manakala TV dan filem Siam sudah mabuk hantu sejak 2006 lagi.

Apakah PTS akan ikut masuk ke dalam pasaran buku-buku hantu?

PTS adalah sebuah penerbit yang produknya halal dibaca. Manakala dalam banyak cerita hantu terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan tiang-tiang kepercayaan Islam seperti khurafat dan syirik.

Syirik adalah satu-satunya dosa yang Tuhan tidak akan ampuni meskipun sesudah bertaubat dengan sesungguh-sungguh taubat.

Pada waktu yang sama, kita percaya penerbit Islamik seperti PTS wajib menerbitkan buku-buku yang mendidik masyarakat supaya menjauhi kepercayaan tahyul, khurafat dan syirik.

Malah dari kecil lagi pembaca semestinya sudah diasuh dengan tiang-tiang kepercayaan yang betul.

Justeru kita bersikap terbuka kepada cerita-cerita hantu yang tujuannya ditulis adalah demi menerangkan tiang-tiang kepercayaan Islam seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Jadi, kita mencari buku-buku cerita hantu yang seronok dibaca, tetapi pada waktu yang sama ia ditulis dengan menggunakan perbendaharaan kata sihir, tahyul, khurafat, syirik, haram, dosa, taubat, akidah, hadis dan Quran di dalamnya.

PTS ISLAMIKA akan mengadakan taklimat kepada saudara yang berminat menulis cerita-cerita hantu untuk PTS tentang apa yang dikatakan unsur khurafat supaya saudara jelas, dengan itu mudah saudara mencipta ceritanya.

Kita juga akan menerangkan FORMULA cerita hantu yang seronok dibaca dan evergreen. Buku-buku cerita hantu adalah evergreen, cuma ia bermusim-musim, jadi buku saudara dapat diterbitkan semula setiap kali musim cerita hantu timbul kembali.

Daftar di sini. Encik Imran - 017 381 8700. Tulis nombor hp dan alamat emel.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 28, 2007

Penulis dan LHDN

Para penulis di negara ini mendapat layanan istimewa sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Disebabkan beliau seorang yang kuat membaca buku dan suka sastera, beliau telah menerima beberapa cadangan dalam memorandum yang dihantar oleh persatuan-persatuan penulis.

Salah satu syor yang beliau terima dan laksanakan adalah skim galakan penulisan dalam Bahasa Melayu. Beliau telah memberi peruntukan di mana cukai pendapatan tidak dikenakan ke atas RM20 ribu pertama royalti dan honorarium yang diterima oleh penulis, dan RM12 ribu pertama oleh penterjemah buku-buku ilmu.

Layanan yang diberikan kepada kaum penulis ini amat istimewa. Bayangkan seorang jutawan menulis buku, RM20 ribu pertama royaltinya adalah bebas cukai! Seniman bidang-bidang lain tidak menerima layanan istimewa ini.

Pada zaman Anwar Ibrahim juga, persatuan-persatuan yang memperjuangkan perkembangan Bahasa Melayu mendapat dukungan kuat daripada beliau.

Bagi saudara-saudara yang belum pernah menerima royalti ataupun honorarium daripada hasil karya saudara yang diterbitkan, barangkali saudara tidak ambil pusing urusan membayar cukai pendapatan daripada royalti itu.

Walaupun RM20 ribu pertama itu bebas cukai tetapi saudara mesti mengisytiharkan pendapatan itu apabila saudara mengisi borang cukai.

Ada penulis menyangka LHDN tidak akan tahu jika dia tidak mengisytiharkan pendapatan royalti dan honorariumnya. Sangkaan ini salah. Setiap ringgit yang saudara terima itu LHDN tahu! Jadi jangan sorokkan maklumat berkenaan royalti yang saudara terima.

Bagaimanakah LHDN dapat mengetahui pendapatan saudara? Begini, undang-undang negara ini mewajibkan semua syarikat penerbit buku, akhbar dan majalah melaporkan kepada LHDN jumlah wang yang mereka bayar kepada penulis. Jadi, setiap tahun, penerbit saudara menghantar maklumat kepada LHDN berapa banyak royalti dan honorarium yang dibayar kepada saudara!

Jika saudara menerbitkan karya-karya saudara dengan banyak penerbit, tiap-tiap penerbit itu melaporkan jumlah royalti dan honorarium yang mereka bayar kepada saudara.

Kumpulkan dan simpan dalam fail semua dokumen pembayaran royalti. Kepilkan dokumen-dokumen itu apabila saudara mengisi borang cukai pendapatan.

Simpan semua resit saudara membeli buku, akhbar, majalah, komputer, bil internet dan lain-lain alat kerja yang saudara gunakan bagi menghasilkan karya-karya saudara. Gunakan bil-bil itu bagi memohon potongan cukai.

Jika saudara sudah beberapa tahun menerima royalti melebihi RM20 ribu setahun, tetapi belum pernah mengisytiharkannya, tahun ini saudara isytiharkan.

Saudara tidak dapat lari daripada berdepan dengan pegawai-pegawai LHDN, lambat laun mereka akan dapat cari saudara. Waktu itu denda yang saudara kena bayar mungkin lebih banyak daripada jumlah cukai.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(13) Diskusi Kuliah | Permalink

Contoh Tulisan Travelouge

Bagi saudara yang pernah mengembara, kita sangat mengajak saudara menuliskan catatan-catatan pengembaraan saudara.

Kasihan budak-budak kampung yang tidak berpeluang ke negara orang, buku saudara dapat membuka minda mereka.

Tulis emel kepada saya dan saya akan hantar contoh travelogue kepada saudara. Klik .(JavaScript must be enabled to view this email address)

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Contoh KJ Method

Bagi mentee-mentee SifuPTS yang ingin melihat contoh proses menuliskan novel ataupun jibunsyi menggunakan logik non-linear, tulis emel kepada saya. Klik .(JavaScript must be enabled to view this email address)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Lagi Siri Mula Bisnes

Ini satu lagi sektor bisnes yang akan diterbitkan. Bisnes menternak lembu, kambing, rusa, ayam, ayam kampung, itik, puyuh, ikan, udang.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Burung Sebulu Terbang Bersama

Apabila saudara hendak memulakan operasi syarikat penerbitan saudara, antara beberapa perkara yang perlu diuar-uarkan daripada hari pertama adalah kategori buku yang bagaimana yang akan saudara terbitkan.

Dalam zaman internet sekarang, sebagai langkah pertama, bukalah laman web. Gunakan laman web sementara yang percuma pun tidak mengapa. Tulis dengan terang dan jelas syarikat saudara mencari penulis buku kategori apa.

Jika saudara tidak dengan jelas membuat kenyataan berkenaan sektor produk yang saudara masuki, penulis dan pembaca yang terpegang buku pertama terbitan syarikat saudara akan membuat kesimpulan mereka sendiri berdasarkan buku pertama itu.

Produk pertama saudara adalah duta syarikat saudara.

Katakanlah buku pertama yang saudara terbitkan adalah novel hantu-asmara yang menggunakan bahasa Melayu rojak caca-marba, maka para penulis yang terpegang novel pertama terbitan saudara itu akan membuat kesimpulan bahawa syarikat saudara mahukan novel-novel hantu dan novel-novel asmara yang ditulis menggunakan bahasa rojak.

Dengan kesimpulan seperti itu, automatis hanya penulis novel cinta dan cerita-cerita hantu, yang suka bahasa rojak caca-marba, yang mahu menulis untuk syarikat saudara. Kata pepatah, burung sebulu terbang bersama. Penulis cerita hantu mencari penerbit cerita hantu Penulis karya bahasa rojak mencari penerbit karya bahasa rojak.

Automatis juga penulis yang menulis dengan Bahasa Melayu Tinggi tidak mahu menghantar karya mereka kepada saudara, sebab mereka percaya saudara hanya mahukan buku-buku berbahasa rojak.

Automatis juga penulis lain-lain kategori buku, seperti buku agama, buku kerjaya, ataupun buku budaya, tidak akan menghantar karya mereka kepada saudara.

Gaya bahasa rojak dan caca-marba adalah ciri buku picisan, buku baca-buang, buku yang dibeli kelompok rendah daya-fikirnya. Memang jumlah kelompok ini besar sekarang, tetapi gaya bahasa rojak ini trendi, justeru hayat pasarannya singkat. Setahun dua ke hadapan sudah ada stail bahasa caca-marba yang lebih baru pula.

Persepsi awal cenderung berkekalan. Apakah persepsi pertama penulis dan pembaca buku terbitan saudara? Menukar persepsi awal adalah kerja yang sukar dilakukan.

Apabila trend gaya bahasa rojak sudah berakhir, sukar bagi saudara hendak mendapatkan penulis-penulis yang menghasilkan pelbagai karya bermutu yang evergreen.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 27, 2007

Ini Dia Siri Bisnes Kecil dari PTS PROFESSIONAL

Sempena Pesta Buku 2007 PTS melancarkan set buku-buku SIRI MULA BISNES!

Saudara boleh menulis buku-buku dalam siri ini. Dapatkan template kandungan daripada Cik Rozita. Ataupun lebih baik beli satu buku contoh dan jadikan buku itu panduan.

Buku siri seperti ini dibeli oleh perpustakaan awam, sekolah dan individu. Oleh itu pasarannya bagus!

Saudara hanya perlu tengok semua jenis kedai yang ada dan tulis buku berkenaan bagaimana bisnes itu dimulakan.

Kedai salon rambut, kedai farmasi, kedai cerminmata, kedai kamera, kedai telefon, kedai bunga plastik, kedai repair motosikal, kedai pengantin, kedai runcit, kedai frame gambar, kedai kain baju, kedai cyber cafe, kedai gula-gula, kedai dobi, kedai ayam segar, kedai agensi plancongan, kedai butik, kedai pinggan-mangkuk, kedai perabot, kedai hardware, kedai jam tangan, kedai foto, kedai franchise, kedai repair kasut, kedai kek, kedai buku, kedai barang elektrik, kedai baju bundle, kedai tikam ekor (eh! silap!)

Puan Rashidah Mat Nor adalah seorang pegawai maklumat di Lembaga Kelapa Sawit Malaysia. Beliau menjalankan kajian dengan menemu bual beberapa peniaga yang sudah menjalankan bisnesnya dalam sektor berkaitan bagi mendapatkan maklumat.

Ini satu lagi bukti PTS jujur dengan misinya: Memandaikan Bangsa!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 26, 2007

Tiru Penulis Ini: Ahmad Fadzli Yusof

Ahmad Fadzli Yusof mula menerbitkan bukunya dengan PTS sewaktu masih belajar dalam tahun akhir di fakulti undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Pada masa ini beliau sedang menggulati tesis PhDnya.

Beliau adalah penulis buku-buku panduan kejayaan di sekolah dan di tempat kerja yang paling banyak judul dengan PTS. Set buku-buku motivasi sukses di sekolah yang beliau tulis menjadikan beliau nama basahan di kalangan guru-guru sekolah seluruh negara.

Sehingga hari ini beliau sudah mempunyai 20 judul dengan PTS, dan masih ada judul-judul barunya yang akan diterbitkan. Sebuah judul beliau sudah diterbitkan di Indonesia oleh MIZAN.

Beliau adalah penulis PTS yang paling kuat bekerja dan mengambil daya usaha sendiri mempromosikan buku-bukunya. Beliau juga amat mudah memberikan kerjasamanya kepada pegawai-pegawai PTS bagi menjayakan semua program promosi pengarang PTS dengan MPH dan POPULAR.

Kita meramalkan, inilah dia wajah tokoh 'National Motivator' bagi negara kita pada masa depan, mengambil alih status itu daripada Dato' Dr. Fadzilah Kamsah apabila beliau bersara.

Baca blog rasmi beliau di sini.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Besok! Bengkel Teknik Surah Yusuf Ahad 27 Mei - Gratis

Sifu PTS akan mengadakan bengkel teknik surah Yusuf pada Ahad 27 Mei 2007.

Semua buku cerita terbitan PTS, baik buku cerita untuk PTS ONE, PTS FORTUNA, PTS PROFESIONAL ataupun PTS ISLAMIKA ditulis menggunakan teknik surah Yusuf.

Tempat: Sekolah al-Ikhlas Taman Permata, KL.

Masa: 10 pagi - 5 petang.

Mendaftar di sini, tulis emel dan no hp, ataupun sms Cik Syikin 019 744 5861

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(60) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 5 pages  1 2 3 >  Last »