Promosi buku amat penting. Matlamat promosi adalah meningkatkan jualan buku.
Tetapi hati-hati apabila memilih aktiviti promosi. Tidak semua promosi berjaya meningkatkan jualan buku. Jika salah pilih, sia-sia duit tajaan yang saudara keluarkan. Ibarat kata pepatah: Menang sorak, kampung tergadai.
PTS pernah ditanya mengapa PTS tidak mahu melabur dengan menyewa gerai di pesta
Mai Sibuk! Bukankah itu adalah peluang promosi yang amat gah? Seluruh negara boleh kenal PTS.
Apabila saudara memilih aktiviti promosi buku, faktor paling penting adalah "Siapakah
core pembeli buku-buku saudara?"
Golongan yang pergi ke pesta-pesta
Mai Sibuk! bukan pembeli
core buku-buku PTS. Mereka itu bukan orang-orang yang membaca buku-buku ilmu seperti yang diterbitkan oleh PTS.
Pengunjung pesta
Mai Sibuk! adalah pembeli bahan-bahan bacaan ringan, seperti tabloid gosip artis, majalah hiburan, novel-novel cinta, serta cerita-cerita tahyul.
Pembeli
core buku-buku PTS hanya 3 golongan yang terdiri daripada: (1) Mereka yang membeli buku ke kedai-kedai buku dan pesta-pesta buku, (b) Guru-guru pusat sumber sekolah, dan (3) Pustakawan.
Promosi yang berkesan bagi meningkatkan jualan buku kepada ketiga-tiga golongan ini adalah melalui: (a) Sorotan buku dan liputan personaliti penulis di akhbar dan majalah, (b) Penulis bercakap di radio dan TV, (c) Penulis naik pentas memberi ceramah, (d) Sorotan buku dalam internet, dan (e) Majalah yang diterbitkan oleh rangkaian kedai buku seperti MPH dan POPULAR.
Membuat tajaan promosi di pesta-pesta hiburan dan acara yang dihadiri oleh ramai manusia adalah sangat mahal. Tetapi ingat pepatah Melayu: "Kelip-kelip jangan disangka api!"
Tengok dahulu jenis manusia yang pergi ke pesta itu. Adakah mereka jenis manusia yang membaca buku? Kemudian, pilih buku yang sesuai dengan pengunjung pesta tersebut.
Sebagai contoh, jika pesta itu pesta penternakan, buku-buku panduan membela lembu dan kambing, insyaAllah laku. Jika pesta itu pesta IT (bukan IT = Ibu Tunggal) buku-buku berkaitan IT, insyaAllah laku.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
wah…. ini list 200 besar ya… semoga tambah sukses penjualannya…