Sunday, May 20, 2007

Siapa Setuju dengan Rayuan Ini?

Assalamulaikum Puan Sifu yang amat dihormati dan dikasihi, semoga senantiasa berada dalam keadaan ceria disamping tugas-tugas harian dan keluarga tersayang.

Saya memohon dan merayu kepada puan untuk menimbangkan semula tarikh tersebut.

Saya amat berbesar hati jika Puan sudi untuk menukarkan kursus pada 17 haribulan ke 16 haribulan dan sebaliknya.

Saya teramat dahagakan ilmu daripada Puan Sifu, bantulah saya, saya benar-benar ketagih.

Saya tidak dapat menjayakan program saya (di UIA) pada pagi 16 Jun dengan tenteram, kerana sudah pasti saya akan terfikirkan tentang kehilangan ilmu yang teramat agung itu.

Saya amat menjanjung ilmu yang ada pada puan. Jangan hampakan harapan, hanya puan satu-satunya yang mampu membantu saya ketika ini.

"Ya Allah bukalah hati Sifuku ini, agar mendengar rintihan kalbuku, Amin!"

Puan, untuk mengelakkan saya dari terus-menerus merayu, saya mengharapkan puan dapat tetapkan hari untuk semua kursus puan sekurang-kurangnya sebulan akan datang supaya senang untuk saya menetapkan tarikh untuk program saya bersama klien.

Alangkah indahnya jika saya dapat memiliki nombor telefon bimbit Sifuku....

Terima Kasih, Puan.

Shamsuddin Abdul Kadir,
Penulis Buku Hutang.
013 3060 529

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(16) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 19, 2007

Perangkap 80 – 20

Dalam bidang pengurusan kerja, salah satu punca seseorang itu gagal menyiapkan bukunya adalah apa yang disebut “Perangkap 80 – 20”. Bagaimanakah saudara boleh terjebak dalam perangkap kegagalan ini?

Begini: Saudara menulis banyak buku serentak. Itu strategi yang betul. Tulis sekurang-kurangnya 5 buku serentak.

Dari waktu ke waktu, semak kemajuan tiap-tiap buku yang sedang ditulis. Semuanya separuh jalan. Saudara banyak buat kerja, tetapi satu pun tidak ada yang siap.

Cara keluar daripada perangkap ini adalah begini: Pilih buku yang sudah 80% siap dan SIAPKAN yang 20% peratus lagi. Jangan tunggu ada mood, baru hendak disiapkan. Paksa diri menyiapkan buku itu, dan segera hantar kepada editor saudara supaya dapat diberi feedback.

Jangan tergoda hendak menyiapkan buku yang baru 20% dimulakan.

Prinsip No. 1 mengurus kerja yang banyak: Buat banyak kerja, tetapi siapkan satu-demi-satu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Untungnya Menyusun dan Menerbitkan Kamus

Kamus-kamus termasuk dalam senarai buku tahan lama. Boleh dikatakan tidak ada kedai buku yang tidak mempunyai rak khas bagi mempamerkan pelbagai kamus.

Disebabkan kamus-kamus amat menguntungkan penerbit itulah sebabnya saudara dapat lihat semua penerbit cuba menerbitkan kamus masing-masing. Mereka sanggup membayar beribu-ribu ringgit kepada individu yang sanggup menyusun kamus bagi mereka.

Kebanyakan daripada penyusun itu adalah individu-individu yang tidak pernah mendapat latihan dalam bidang perkamusan. Apa yang mereka lakukan adalah membeli beberapa buah kamus yang ada dalam pasaran dan menciplak kamus-kamus itu.

Lazimnya kamus diulangcetak dengan tambahan-tambahan baru, setiap 5 tahun. Ini bermakna jikalau saudara mempunyai kamus, selama 5 tahun saudara terus menikmati royalti daripada kamus asal yang saudara susun itu.

Setiap 5 tahun saudara perlu melakukan semakan bagi memastikan kamus itu mengandungi perkataan-perkataan yang baru dicipta ataupun perubahan makna yang berlaku pada perkataan-perkataan sedia ada.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 18, 2007

Mengapa PTS Melabur dalam Latihan Para Penulis

Bagi saudara yang baru hendak berjinak-jinak dengan PTS, kita terangkan sekali lagi bahawa buat masa ini semua kursus PTS adalah gratis - percuma, sehingga diberitahu kelak.

Kursus PTS adalah tanpa sebarang syarat yang mengikat, ertinya selepas saudara mengikuti kursus PTS, saudara boleh menulis untuk mana-mana penerbit buku yang saudara suka.

Kursus-kursus anjuran PTS adalah edisi konvensional bagi Universiti Terbuka PTS (UNIKA) yang bersifat maya.

SifuPTS hanya mengambil mentee daripada para peserta kursus PTS yang beliau kendalikan. Jika saudara mahu menjadi mentee SifuPTS, saudara wajib hadir kursus Sifu!

PTS melabur sekitar RM50 ribu setahun bagi menjalankan kursus penulisannya. Bagi sebuah syarikat yang sederhana seperti PTS, ini adalah jumlah pelaburan yang tinggi.

Pelaburan yang tinggi itu membawa pulangan (ROI - return-of-investment) yang tinggi kepada PTS.

Melalui pelaburan ini PTS memperoleh bakat-bakat penulis muda yang terbaik! PTS juga memperoleh bakat-bakat baru yang layak diambil sebagai staf editorial PTS dari waktu ke waktu....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Wasiat Manuskrip dan Hakcipta

Katakanlah, sebelum wafat, saudara menulis surat wasiat di mana saudara menulis "Dengan ini saya menghadiahkan manuskrip saya yang bertajuk INDAHNYA POLIGAMI (edisi ke-2) kepada isteri kedua saya yang bernama Siti Sarah bt Ab. Salam."

Adakah:

(a) Siri sarah hanya memiliki manuskrip itu, tetapi hakciptanya tetap menjadi milik semua pewaris saudara, yakni semua isteri-isteri saudara dan anak-anak saudara.

Kalau begini, Siti Sarah terpaksa berkongsi royalti buku saudara dengan madu-madunya dan semua anak-anak tirinya.

(b) Siti Sarah memiliki manuskrip itu beserta dengan hakciptanya sekali.

Kalau begini, Siti sarah seorang sahaja yang berhak menerima royalti daripada buku saudara itu.

Puan Nisah Haron menerangkan, dalam undang-undang hakcipta Malaysia, berdasarkan Seksyen 27 (7), manuskrip dan hakcipta manuskrip itu adalah menjadi milik Siti Sarah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Hak Moral Penulis

"Melalui SMS, Faisal Tehrani beritahu aku, novel dia kena cantas dengan editor tu... bla bla bla... bla bla bla... Melalui SMS juga, Aku beritahu Faisal Tehrani, bla bla bla... bla bla bla... tarak 'main-main' la maknanya ni? Laaa..." - Tuan Sinaganaga.

Petikan di atas mengandungi isu yang biasa didengar, yakni isu pengarang amat tidak puas hati oleh hasil kerja editing yang dilakukan oleh editor.

Jika saudara pernah membaca klausa-klausa dalam dokumen perjanjian penerbitan, salah satu klausa itu dengan jelas dan terang memberikan hak yang banyak kepada editor bagi 'mengedit' karya saudara.

TETAPI, saudara BERHAK tengok dan baca karya saudara yang sudah diedit, yakni sebelum ia diterbitkan! Ini adalah hak saudara, jika hak ini dilanggar oleh penerbit, saudara boleh tarik penerbit saudara itu ke mahkamah dan minta gantirugi!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 17, 2007

Khutbah Jumaat PTS:

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Hakcipta dan Harta Sepencarian

Adakah saudara pernah berkahwin dengan pengarang buku? Adakah buku pengarang itu laku dalam pasaran? Adakah buku itu ditulis semasa saudara masih berkahwin dengan pengarang itu.

Jika ya, saudara boleh menuntut sebahagian daripada royalti buku pengarang itu di bawah hak harta sepencarian, walaupun saudara tidak menulis walau sepatah perkataan dalam buku itu.

Caranya adalah dengan menggunakan khidmat peguam.

Tetapi hati-hati... jangan-jangan selepas selesai perbicaraan, yuran peguam itu lebih mahal daripada nilai royalti buku itu, dan saudara terpaksa pula mengeluarkan wang sendiri bagi melunaskan hutang kepada peguam....

Nota: Undang-undang harta sepencarian ini adalah undang-undang yang diangkat daripada adat Minangkabau, bukan sebahagian daripada undang-undang syariah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Apakah Pemilik Cerita Biografi Layak Ditakrif Sebagai ‘pengarang bersama’

Katakanlah saudara menulis novel berdasarkan kisah hidup sebenar Tuan RASTOM, siapakah yang memiliki hakcipta novel biografi itu?

Ini terpulang kepada (a) apa yang saudara lakukan, dan (b) apa yang Tuan Rastom lakukan, bagi menghasilkan novel itu.

(a) Jika saudara berdua sama-sama menulis novel itu, maka saudara berdua adalah pengarang bersama.

(b) Jika saudara membuat kajian sendiri berkenaan sejarah hidup Tuan Rastom, dan saudara seorang menuliskan novel itu, maka hakcipta novel itu adalah milik saudara seorang.

(c) Jika Tuan Rastom menuliskan ataupun merakamkan riwayat hidupnya, dan ayat-ayat yang ditulisnya ataupun dirakamkannya itu ada dimasukkan secara verbatim dalam novel tersebut, maka saudara berdua adalah pengarang bersama.

(d) Jika Tuan Rastom hanya menceritakan secara lisan riwayat hidupnya kepada saudara, dan saudara membuat catatan dalam buku nota, manakala seluruh novel itu hanya saudara seorang yang menulisnya, maka Tuan Rastom bukan pengarang bersama.

Siapa yang menulis 100% sesebuah karya, maka dia memiliki 100% hakcipta karya itu.

Apabila Tuan Rastom bukan pengarang bersama, beliau tidak memiliki hakcipta ke atas novel biografinya yang ditulis oleh saudara, meskipun beliau memberikan kerjasama yang banyak kepada saudara dalam proses penghasilan novel itu.

Sebagai membalas jasa baik dan kerjasama Tuan Rastom itu saudara patut memberi imbalan kepada beliau, tanda saudara seorang novelis yang baik budi pekerti. Bagaimana saudara hendak memberi imbalan itu, ia adalah berdasarkan timbang rasa dan kebijaksanaan saudara.

Prinsip "Kamu dapat apa yang kamu usahakan" adalah prinsip yang baik diamalkan. Meskipun saudara memiliki 100% hakcipta karya itu, tetapi tanpa bantuan Tuan Rastom, saudara tidak mendapat bahan cerita itu. Beliau sudah memberikan sumbangannya, maka berdasarkan prinsip "kamu dapat apa yang kamu usahakan" wajarlah beliau menikmati sebahagian perolehan daripada sumbangannya itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Malang Penulis

Mesti baca. Klik di sini.

Nota Sifu: Dalam kes novel "HARTINI" ini, tanpa memahami apa implikasi isi kandungan dokumen yang ditandatangninya, Allahyarham Aziz Afkar tidak sedar rupa-rupanya dia telah menjual hakcipta novelnya itu kepada penerbit Creative (CESB).

Beliau menyangka beliau masih memiliki hakcipta novel itu lalu membawa kesnya ke mahkamah. Beliau tidak tahu bahawa beliau tidak mempunyai sebarang hak lagi ke atas novel "HARTINI". Hakcipta novel itu sudah menjadi hak CESB.

Maka itulah mahkamah memutuskan CESBlah yang berhak menuntut gantirugi itu daripada BNE. Bukan Aziz Afkar.

Ramai penulis yang karyanya diterbitkan oleh penerbit seperti CESB tidak mahu ambil tahu apa makna isi kandungan dokumen perjanjian penerbitan yang mereka tandatangani. Malah banyak penulis baru tidak mahu belajar tentang undang-undang hakcipta.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(16) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, May 16, 2007

Maksud ‘Pengarang Bersama’ atau Co-Author

Salah satu isu yang disentuh dalam bengkel undang-undang hakcipta yang dikendalikan oleh Puan Nisah Haron adalah isu 'pengarang bersama'.

Sifu terangkan konsep 'pengarang bersama' begini:

Apabila saudara menerbitkan sebuah buku yang terdiri daripada koleksi artikel tulisan beberapa pengarang, maka mereka itu bukan 'pengarang bersama' sebab masing-masing adalah pengarang artikel masing-masing. Buku seperti itu disebut antologi. Pengarang-pengarang dalam antologi bukan pengarang bersama.

Jika sebuah buku ditulis oleh 2 orang, dan sukar dipisahkan bahagian-bahagian yang mana ditulis oleh siapa, barulah mereka dikatakan 'pengarang bersama'.

Hakcipta buku yang ditulis oleh pengarang bersama adalah menjadi milik kedua-dua pengarang itu. Yang satu tidak boleh menjual hakcipta buku itu tanpa persetujuan pengarang yang satu lagi.

Di PTS, contoh pengarang bersama adalah kes buku cerita siri 'ADAM' oleh Fred Suriya dan Ashadi Zain.

Dalam kes ini Fred Suriya menuliskan jalan cerita siri ADAM dalam bahasa Inggeris. Kemudian Ashadi Zain menuliskan jalan cerita itu dalam Bahasa Melayu dengan pelbagai tokok tambah ke atas teks asal karangan Fred.

Hakcipta siri ADAM yang mereka karang bersama itu adalah dimiliki oleh mereka berdua secara bersama. Mereka berdua mesti bersetuju dalam segala hal berkenaan pemerdagangan hakcipta siri tersebut.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Penama Dalam Dokumen Perjanjian Penerbitan PTS

Dalam bengkel undang-undang hakcipta kelmarin, salah satu isu yang ditimbulkan oleh anggota Tim PTS adalah isu royalti pengarang PTS yang meninggal dunia. Kepada siapa cek royalti sepatutnya dihantar?

Menurut Puan Nisah Harun, jika mengikut keadaan sekarang, PTS patut menyimpan royalti si mati sehingga jelas kedudukan pewaris-pewarisnya, sebagai pemegang amanah.

"Tapi, puan," kata saya. "PTS adalah sebuah penerbit buku, bukan pentadbir harta pusaka penulis-penulis PTS. Kalau boleh kami hendak kerja senang, royalti itu kami hendak serahkan kepada satu orang pemegang amanah daripada kalangan pewaris si mati."

Kemudian beliau mencadangkan supaya dalam dokumen perjanjian penerbitan PTS itu penulis meletakkan 2 penama sekiranya beliau meninggal dunia.

"Penulis boleh pilih sesiapa sahaja sebagai penamanya, tidak semestinya warisnya," kata Puan Nisah.

"Kalau penulis ada empat isteri, macam mana?" gurau En. Fauzul, pengurus PTS Millenia.

Chairman PTS pula berkata kepada semua yang ada dalam bengkel, "Bagi penulis perempuan, jangan letakkan nama suami sebagai penama... nanti dia gunakan duit royalti itu buat kahwin isteri baru!"

En. Rashid Azad Khan, CEO PTS, geleng-geleng kepala, tanda tidak setuju dengan kata-kata si Chairman.

Nota: Selaras dengan cadangan Puan Nisah itu, maka PTS bercadang menambah peruntukan penama dalam dokumen perjanjian penerbitan PTS yang akan disemak itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, May 15, 2007

Bengkel Merekodkan Cerita Jibunsyi Orang Lain SABTU 16 Jun - Gratis

Tarikh: SABTU 16 Jun 2007

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, KL. (Di depan GIANT, sederet dengan 7-11, di atas Klinik Gigi Nooriah.)

Masa: 10 pagi - 5 petang

Daftar di sini. Tulis nombor hp dan emel. Atau tulis emel kepada Cik Syikin atau SMS 0197445861.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(43) Diskusi Kuliah | Permalink

Apabila Penerbit Sudah Tidak Wujud Lagi

Dalam bengkel undang-undang hakcipta yang dikendalikan oleh Puan Nisah Haron untuk Tim Editorial PTS siang tadi, beliau berpendapat sekiranya saudara pernah menerbitkan buku dengan penerbit yang saat ini sudah tidak wujud lagi, maka secara automatis hakcipta itu kembali kepada saudara.

Dengan demikian saudara boleh menyerahkan buku saudara kepada penerbit lain bagi diterbitkan semula.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, May 13, 2007

Pesta Buku: Kot, Nektai, Jaket, T-Shirt, Topeng Venice, Apron, Kimono, Sayap Pari-pari, Telinga Arna

Apabila tiba musim pesta buku, penerbit mula memikirkan pakaian seragam bagi para petugas booth. Berikut adalah beberapa tip:

(1) Pakaian seragam berlogo adalah alat promosi brand penerbit yang baik. Pakaian itu berjalan-jalan dan berkeliaran di premis pesta, ia suatu cara mengiklankan brand penerbit. Makin banyak pakaian itu dipakai orang, semakin baik kesannya.

(2) Makin ramai petugas memakai pakaian seragam, semakin mereka mencipta imej bahawa penerbit itulah adalah penerbit yang kredibel dan besar. Ini bagus untuk imej korporat.

(3) Makin elok kualiti pakaian seragam itu, makin baik imej korporat yang tercipta. Korporat itu kaya, mampu melabur dalam kualiti.

(4) Kot dan jaket yang dipakai petugas mencipta impression penerbit itu penerbit korporat, yang menerbitkan buku-buku serius dan berkualiti.

(5) Petugas yang memakai kot ataupun jaket dilihat sebagai petugas yang berkelulusan profesional. Ini baik bagi imej korporat penerbit.

(6) T-shirt yang dipakai tanpa kot ataupun jaket mencipta impression penerbit itu menerbitkan bahan-bahan bukan serius, seperti majalah dan bahan hiburan, ala-ala Jom Heboh!

(7) Petugas yang memakai T-shirt sahaja dilihat sebagai kategori staf sokongan dalam syarikat walaupun beliau staf kategori eksekutif.

(8) Ada gerai buku agama yang memberi topi lidah anjing supaya dipakai oleh petugasnya. Ini tidak membantu meningkatkan, malah boleh merosakkan, imej penerbit buku serius, seperti buku agama, ataupun buku-buku pendidikan.

(9) Apron korporat yang dipakai oleh petugas adalah gimik yang berkesan bagi menarik perhatian pengunjung kepada brand penerbit. Apron mencipta kesan booth itu booth orang sibuk, booth orang kuat berkerja, booth yang banyak 'action' sedang berlaku di dalamnya.

(10) Nektai yang banyak dilihat dipakai di booth dan syeksen buku profesional dapat meningkatkan lagi imej profesionalisme buku-buku yang dipamerkan. Para petugas dan para penulis di syeksyen buku professional perlu setidak-tidaknya memakai bagi meningkatkan kredibiliti buku-buku yang dipamerkan.

(11) Kimono, sayap kumbang dan telinga arnab adalah gimik-gimik iklan yang mudah menarik perhatian pengunjung perempuan dan kanak-kanak.

(12) Barang kali bagi pesta buku 2008, kain tudung petugas perempuan boleh dimasukkan dalam set pakaian seragam.

Nota: Apabila PTS mengadakan event di pentas utama, jumlah petugas yang ramai memakai jaket PTS, baik di atas pentas mahupun di bawah pentas, telah berjaya mencipta imej korporat yang impresif. Sebagai Chairman, saya pun ter-impressed!



.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Strategi ‘Orang Panggil Orang’

Dalam ilmu psikologi, ada sub-bidang yang disebut 'psikologi sosial'. Bidang ini mengkaji tingkah laku manusia apabila dia berada dalam kelompok. Dari sudut lain, ia mengkaji pengaruh orang lain ke atas tingkah laku seseorang.Salah satu dapatan dalam bidang ini adalah: Seseorang itu terdorong melakukan apa yang dia lihat orang-orang lain sedang lakukan.

"Monkey-see-monkey-do." Itulah tip dan pepatah orang bisnes.

Jadi, sebagai contoh, apabila kita terpandang orang ramai mengerumumi tukang jual ubat di kaki lima, kita terdorong hendak tahu apa yang dikerumuni, lalu kita pun ikut masuk kumpulan orang-orang yang berkerumun itu.

Para penjual ubat kaki lima pun tahu fenomena ini. Bagi menggalakkan orang membeli ubatnya, mereka 'memasang' 3 ataupun 4 orang orang supaya berlakon membeli ubatnya. Ini mendorong orang-orang lain turut membeli ubatnya! (Ini contoh apa yang disebut kesan 'Monkey-see-monkey-do'.)

Dapatan ini digunakan dengan meluasnya dalam bidang strategi pemasaran dan jualan. Supermarket akan menurunkan harga sesuatu barang popular dengan gila-gila supaya ramai orang datang. Apabila orang nampak banyak orang di supermarket itu membeli-belah, mereka terdorong ikut membeli-belah. Strategi ini dipanggil 'orang panggil orang'.

Fenomena ini mudah dilihat dalam deretan kedai makan. Gerai yang ramai orang semakin ramai didatangani orang, manakala gerai yang sunyi orang, makin tidak didatangni orang.

Semasa pesta buku, banyak booth cuba memanggil orang dengan memasang macam-macam CD dan VCD dengan kuatnya sehingga mengganggu keselesaan pengunjung dan booth jiran sebelah-menyebelah. Tetapi dalam booth itu tidak banyak diletakkan petugas. Ini tidak berkesan. Kebisingan (noise) bukan pemanggil yang berkesan.

Bagi pempamer dalam pesta buku, adalah penting supaya di booth kita kelihatan ramai orang. Nanti baru tercipta fenomena 'orang panggil orang'.

Inilah sebabnya pempamer perlu meletakkan ramai orang-orangnya dalam booth. Sebagai penerbit, jangan hanya staf jabatan jualan sahaja yang ditugaskan menjaga booth. Libatkan staf editorial dan staf jabatan pentadbiran sebagai penjaga booth.

Lebih penting lagi libatkan para penulis. Dengan kehadiran banyak penulis, barulah booth kita banyak orang. Barulah tercipta faktor 'orang panggil orang'.

Sesetengah penulis amat pemalu, manakala sesetengah penulis seronok berkempen dalam booth. Kehadiran penulis yang pemalu tetap mencipta kesan yang baik pada faktor 'orang panggil orang'. Manakala penulis yang seronok berkempen, meninggalkan kesan yang lebih baik.

Adalah silap apabila kita tidak membenarkan penulis yang sama selalu datang dan berada dalam booth bagi membuat promosi buku-bukunya dan buku-buku penulis lain, atas alasan "Kalau penulis itu asyik ada dalam booth nanti buku penulis-penulis lain tidak laku."

Logik, "Kalau orang tidak membeli buku penulis A, maka tentu orang akan membeli buku penulis B" adalah logik yang tidak saintifik. Logik ini berbahaya kerana ia merosakkan kesan 'orang panggil orang'.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Bengkel Orang Buta: Potong Giliran

Mentee saya, En. Mohd Nor, memberitahu, "Saya sebut apa yang pernah saya alami, puan."

"Ya, saya mendengar," kata saya, ikut teknik dalam buku panduan berkomunikasi dengan orang buta yang saya baca sebelum mengendalikan bengkel itu 12 Mei lalu. Apabila bercakap dengan orang buta, dia tidak nampak apa yang kita sedang lakukan, jadi kita perlu beritahu dia.

Mohd. Nor menyambung, "Perkara ini berlaku di kedai makan. Kita duduk di meja menunggu makanan yang dipesan. Sambil menunggu, ada pelanggan baru datang dan duduk di meja sebelah. Alih-alih, makanan yang pesan oleh pelanggan itu yang sampai dahulu. Sedangkan kita sudah menanti lebih 20 minit, makanan belum juga sampai."

"Bagaimana saudara tahu? Saudara bukan nampak?" kita bertanya.

Dijawab olehnya, "Kita memang tidak nampak, puan. Tetapi kita boleh dengar ada orang datang, tarik kerusi di meja sebelah, pinggan-pinggan diletakkan atas meja, dan kita dengar percakapan mereka."

"Suhanallah..."

"Mereka fikir kita tidak tahu mereka melayan pelanggan celik dahulu, walaupun kami datang lebih awal, maklumlah kononnya kami buta, tidak nampak apa yang mereka lakukan," kata mentee saya yang bernama En. Adam.



Adam (berkopiah) dan Mohd. Nor menaip braille. Kedua-duanya buta sejak ahir. Adam adalah mualaf Cina, diIslamkan oleh abangnya yang masuk Islam lebih awal, kemudian dibesarkan di rumah anak yatim. Dalam keluarganya hanya mereka berdua Islam.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Bengkel Penulisan Orang Buta

Semasa minum petang sebelum balik, saya bertanya kepada mentee-mentee baru saya, "Apa untungnya jadi orang buta?"

Jawab Zamzuri, "Boleh belajar waktu malam."

Jawab Shamsuri pula, "Kalau kami terlanggar orang, orang tidak marah."

Jawab Adam, "Dulu kami bersekolah dengan budak-budak celik, semasa guru mengajar, kami boleh tulis surat cinta, sebab cikgu tidak tahu baca braille."

Ermm... betul juga!

Ustaz Mohd. Zaki menaip menggunakan mesin braille. Di sini beliau yang rabun-hampir-buta membaca tulisannya pada kertas braille.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Khidmat Masyarakat: Di DBP Diskusi Sastera Underground

Tajuk Diskusi: 'Sastera Islam VS Sastera Underground'.

Tempat: DBP

Tarikh: Sabtu 19 Mei 2007

Waktu: 10.30 pagi

Yuran: Gratis

Panel: Sdr. Ummu Hani (Pemenang hadiah sastera utusan 2005), Ali Atan (YDP Mahasiswa Islam UM), dan Rahmat Haroun (pengarang Antologi Utopia Trauma). Moderator: Raihani Md. Said (Penyajak, aktivis teater dan Tutor di UPM).

Jamuan tengah hari disediakan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Satu Lagi Karya Agung Melayu Edisi PTS Masuk Pasaran

Ini satu lagi siri karya agung Melayu akan akan terbit sedikit hari ini.

Seperti Hikayat Abdullah yang sudah terbit semasa pesta buku lalu, karya klasik ini juga ditulis semula dalam Bahasa Melayu moden supaya pembaca generasi muda dapat membaca dengan mudah dan lancar.

Muhamad Ikhram Fadhly Hussin adalah pegawai penyelidik sastera klasik yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka.

PTS FORTUNA akan menerbitkan 10 karya klasik dalam koleksi sastera agung Melayu.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Siapa Tentukan Buku Ulangcetak

Di PTS, pada mana-mana hari, terdapat antara 80 - 100 judul yang stoknya sudah habis dalam setor, oleh itu layak diulangcetak.

Siapakah yang menentukan buku mana yang perlu diulangcetak, dan bila judul itu patut diulangcetak serta jumlah ulangcetak.

Di PTS, pengurus jabatan pemasaran dan khidmat pelanggan adalah orang yang membuat keputusan tentang judul ulangcetak. Apabila beliau sudah membuat pilihan judul itu barulah pengurus jabatan editorial dimaklumkan berkenaan judul-judul itu supaya kerja-kerja semakan semula dan perubahan kulit dapat dilakukan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Remaja: Trend Iklim dan Cuaca

Iklim kekal tahun-demi-tahun, manakala cuaca berubah hari-demi-hari.

Remaja akan kekal suka membaca novel-novel remaja. Tetapi novel apa yang remaja suka baca, itu yang tidak kekal tahun-demi-tahun. Ia berubah-ubah.

Pasaran remaja adalah pasaran yang sukar diramalkan. Industri fesyen adalah industri yang paling banyak melakukan penyelidikan tentang tingkah laku remaja dalam membeli-belah. Hasil kajian mereka menunjukkan trend pasaran remaja tidak pernah berjaya diramalkan. Yang dapat diramalkan dengan tepat adalah tahun depan citarasa mereka akan berubah!

Ciri trend adalah ciri pasaran remaja. Dalam industri novel remaja di Amerika dan Jepun, setiap tahun citarasa remaja berubah-ubah. Tahun ini tema ini laku keras, tahun depan tema itu sudah tidak laku. Inilah faktor yang menyebabkan novel-novel remaja yang paling ngetop sekalipun, tidak menjadi karya klasik.

Ciri produk trendi ini memaksa pengeluar produk-produk remaja terus mengeluarkan produk-produk baru dengan tema-tema baru, tanpa henti-henti. Ia serupa dengan industri fesyen remaja.

Remaja akan kekal suka berfesyen, tetapi fesyen yang mereka beli tidak pernah kekal.

Inilah cabaran utama apabila saudara masuk ke dalam sektor novel remaja, baik sebagai penerbit mahupun sebagai penulis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Ada-ada Sahaja!

Hiburan hujung minggu: Baca certot-certot (cerita+kontot) benar dalam blog ini Sheikh Alang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 12, 2007

Hari Ini Sifu Buat Bengkel untuk Orang Buta

Hari ini, sepanjang hari, Sifu akan melatih sekumpulan orang buta menulis cerpen tentang apa rasanya menjadi buta.

Bengkel diadakan di Anjung Rahmat, dalam kompleks pejabat ABIM di Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Bengkel ini diusahakan oleh mentee-mentee Sifu dalam PKPIM secara bekerjasama dengan Persatuan Orang Buta Muslim Malaysia.

Sedangkan yang buta mahu belajar menulis...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Berjuang Cara Sifu

Buku tidak dapat memandaikan semua orang. Tetapi buku dapat memandaikan satu ataupun dua orang.

Buku tidak dapat menyelamatkan semua orang daripada murtad terus. Tetapi buku dapat membawa satu ataupun dua orang yang sudah murtad itu balik kepangkuan Islam.

Untuk satu ataupun dua orang yang dapat kita selamatkan itulah maka kita akan terus bekerja keras menerbitkan buku-buku yang diperlukan oleh mereka.

Kita minta bantuan Tuhan supaya meringankan kepayahan usaha kita ini. Amin.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku bagi Bacaan Orang yang ‘Menolong Orang Menolong Orang Murtad’

Semasa bengkel pada Sabtu 12 Mei, kita makan tengah hari dengan Puan S. Beliau seorang yang amat fasih Bahasa Inggerisnya, dari situ kita boleh membayangkan kelompok sosial beliau.

Sambil makan sambil kami berbual tentang isu buku dakwah fasa Mekah.

Beliau memuji misi PTS ISLAMIKA menerbitkan buku-buku untuk Si DUMMY dan Si IDIOT dalam hal-hal agama Islam.

Beliau menceritakan salah seorang sahabat beliau sudah murtad, cuma tidak mengisi borang memohon perubahan status agamanya. Sahabatnya ini berkahwin dengan seorang warga Sweden. Arwah orang tua sahabatnya itu dahulu pernah menjadi pengerusi peringkat negeri sebuah pertubuhan dakwah yang amat terkenal.

Puan S cuba mengajak sahabatnya kembali yakin kepada Islam. Beliau mencurahkan rasa tidak berdayanya hendak menerangkan isu-isu yang disebut oleh sahabatnya itu disebabkan beliau bukan seorang 'ustazah'.

Maklumat yang beliau berikan itu semakin mendesak PTS menerbitkan buku-buku yang menerangkan Islam dengan menggunakan Bahasa Melayu moden, dan dengan mengambil kira mind-set golongan murtad itu, supaya kita dapat mengajak mereka berpatah balik kepada Islam.

Saya sendiri ada mengumpulkan beberapa hujah golongan yang mempengaruhi saudara baru supaya kembali kepada agama asal mereka, ataupun supaya menolak Islam.

Menurut informan saya itu - beliau saudara baru Cina - beribu-ribu saudara baru kembali kepada agama asal mereka, ataupun mengambil agama lain.

Kita perlu mengumpulkan hujah-hujah yang digunakan bagi mempengaruhi golongan itu, dan menuliskan buku bagi menerangkan perspektif yang betul berkenaan isu-isu itu. Buku-buku ini dapat dibaca oleh rakan-rakan kita yang kenal dengan individu-individu yang murtad itu, dan menerangkan isu-isu itu kepada mad'u-nya.

Ustaz-ustaz tidak kenal golongan itu. Yang kenal mereka, dan yang tahu bahawa mereka sebenarnya sudah murtad, adalah kawan-kawan yang rapat dengan mereka. Justeru, orang-orang yang dapat menyampaikan penerangan Islam yang betul kepada mereka adalah kawan-kawan rapat si murtad itu.

Tetapi kawan-kawan rapat si murtad itu bukan ustaz-ustaz. Kawan-kawan si murtad itu pun tidak tahu bagaimana hendak memberikan penerangan itu. Di sinilah peri pentingnya kita menulis buku yang memberikan penerangan itu.

Kita mesti menulis buku-buku dengan objektif "menolong orang menolong orang murtad".

Tuhan jualah yang dapat membantu kita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Buku Motivasi Remaja Slow

Pada pesta buku 2006, buku-buku motivasi remaja laku keras. Remaja perempuan mengerumuni buku-buku bertemakan kejayaan akademik dan pengurusan emosi cinta. Pada pesta buku 2007, jualan buku-buku tema serupa tidak sekeras tahun lalu, malah boleh diistilahkan sebagai 'slow'.

Kita masih cuba memahami apakah barangkali faktor-faktor yang menyebabkan jualan buku motivasi remaja slow. Kemungkinan-kemungkinan itu adalah:

(1) Musim peperiksaan belum hampir, oleh itu buku-buku motivasi bertemakan kejayaan akademik kurang menarik.

(2) Mereka sudah membeli buku-buku bertemakan tip bercinta pada pesta tahun 2006, oleh itu mereka berasa tidak perlu membeli buku tema serupa tahun ini, walaupun ada judul-judul baru.

(3) Persaingan daripada novel-novel remaja yang kelihatan amat menarik, dan banyak pilihan, pada tahun 2007 ini.

(4) Tidak ada promoter ditugaskan di depan longgokan buku-buku motivasi remaja. Penulis buku-buku motivasi remaja juga tidak mempromosi buku mereka. Ini berbeza dengan penulis-penulis novel remaja yang ramai datang mempromosi buku mereka setiap hari.

(5) Tidak ada judul-judul dengan tema-tema baru diterbitkan bagi sektor buku motivasi remaja.

Lapan puluh peratus (80%) pengunjung pesta buku 2007 adalah pengunjung 2006. Mereka tidak akan membeli buku-buku yang sudah mereka beli. Mereka datang mencari judul-judul baru dengan tema-tema baru.

Judul sahaja yang baru tetapi temanya tema lama, maka ia tidak dapat bersaing dengan produk-produk baru muncul tahun 2007.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Nasihat Saudara?

Kita menerima emel ini:

Puan, saya ingin memohon pandangan puan jika puan tidak keberatan.

Saya seorang penulis dan penterjemah bebas yang bekerja dari rumah. Baru-baru ini, salah satu klien saya menawarkan saya menjadi penulis bagi coffee table book untuk sebuah agensi kerajaaan. Sebelum ini, saya pernah menjadi penulis storyboard bagi training manual agensi ini (dalam bentuk CD).

Semasa briefing di pejabat klien saya ini, saya diberitahu bahawa nama saya tidak akan tercatat sebagai penulis buku ini (yang dicadangkan ditulis dalam Bahasa Inggeris dan diterjemah ke BM) yang akan diterbitkan dalam kedua-dua bahasa. Benarkah begitu? Adakah cara untuk saya meminta agar nama saya dimasukkan juga sebagai penulis?

Seperkara lagi, boleh puan beri sedikit panduan bagaimana untuk saya meletakkan harga bagi kerja ini? Saya tidak pernah memberi perkhidmatan untuk projek besar begini. Harap puan dapat membantu saya.

Terima kasih saya dahulukan atas perhatian puan. Wassalam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Hero Lelaki, Hero Perempuan

Petik: "Saya membawa Amir ke rak PTS dan menunjukkan buku-buku remaja kepadanya. Ada beberapa buku yang dia berminat dan kelihatan teruja setelah melihat cover buku, tetapi setelah membaca sinopsis dia letakkan kembali - alasannya - watak utamanya perempuan. Lecehlah, katanya." - Norjihan

Dalam teori Surah Yusuf, watak utama hendaklah lelaki (Nabi Yusuf). Watak pembantu utama adalah perempuan (Siti Zulaikha).

Buku cerita yang watak utamanya lelaki dibaca baik oleh lelaki mahupun perempuan. Ini bermakna pasaran buku itu lebih besar.

Tuhan jualah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Update! 3000 Licin dalam Masa 2 Minggu

Inilah wajah buku terbaru Hadi Awang.

Belum sempat buku ini masuk setor PTS, sudah ada tempahan 1000 naskhah!

Dalam masa 2 minggu, stok licin dalam setor PTS.

Buku ini telah dilancarkan di Rusila pada Jumaat 11 May dan insya'Allah akan dilancarkan sekali lagi pada 30 Mei di Kota Bharu sempena Muktamar PAS Kebangsaan.

Printer yang dapat job buku ini senyum-senyum simpul....

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 11, 2007

Penerbit ‘Main Kedai’ lawan Penerbit ‘Main Kontrak’

Cerita-cerita yang ditulis mesti evergreen, lukisannya mesti evergreen, barulah paduan dua faktor ini membolehkan buku itu menjadi buku evergreen. Tetapi itu belum cukup bagi menjadikan buku-buku itu harta karun.Penerbit yang menerbitkan buku-buku itu mesti mempunyai komitmen untuk membangunkan pasaran buku-buku evergreen dalam kedai-kedai buku, dan tidak hanya bergantung kepada kontrak kerajaan.

Bagi membangunkan sesuatu pasaran produk, kita memerlukan sekurang-kurangnya 100 judul dalam kategori yang sama setiap tahun, sekitar 10 judul sebulan. Barulah kehadiran buku-buku kategori itu dapat menarik minat pengunjung kedai buku.

Dengan keupayaan menerbitkan 100 judul setahun, barulah para pelukis buku mempunyai cukup bekalan cerita yang mereka akan hiasi dengan lukisan yang cantik-cantik. Barulah berbaloi mereka melabur dengan menyimpan hakcipta mereka.

Kedai adalah nyawa kepada buku-buku evergreen. Tanpa dijual dalam kedai-kedai buku, tidak akan ada buku evergreen dalam pasaran.

Kedai adalah nyawa penerbit. Penerbit yang buku-bukunya tidak laku di kedai tidak dapat hidup lama. Kedai adalah nyawa industri buku. Buku-buku yang laris adalah nyawa kedai-kedai buku.

Perpustakaan hanya membuat satu kali pembelian bagi setiap judul. Jumlah perpustakaan awam di negara ini tidak sampai 500 buah! Inilah sebabnya, kalau penerbit hanya bergantung kepada kontrak kerajaan, buku-buku saudara yang cantik lukisannya itu pun tidak akan menjadi harta karun saudara.

Tip No. 1: Pilihlah penerbit yang 'main kedai' bukan yang 'main kontrak'.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Agama: Ustaz Cemuh Buku Ustaz

Adakah saudara pensyarah di mana-mana fakulti Islam? Dengarlah curahan hati SifuPTS ini....

Bukan sekali dua editor PTS Islamika mendengar kata-kata daripada pensyarah muda di fakulti Islam yang, apabila diajak menulis buku-buku asas tentang Islam bagi bacaan pembaca beginner, mereka tidak mahu, disebabkan 2 faktor:

(1) Buku-buku asas tentang Islam tidak membolehkan mereka naik pangkat.

(2) Mereka takut buku mereka dicemuh oleh rakan-rakan sejawat.

Kalau bukan saudara-saudara di fakulti Islam yang mendukung usaha PTS menyampaikan Islam kepada bukan Islam, siapa lagi?

Tulislah buku-buku yang saudara yakin boleh menaikkan pangkat saudara.

Tulislah juga buku-buku yang menyampaikan Islam kepada bukan Islam, kepada kanak-kanak, kepada remaja, kepada saudara-saudara baru, kepada Islam keturunan yang baru hendak belajar kenal Islam.

Kalau saudara hanya mahu menulis buku untuk naik pangkat, tidak mengapa. Tetapi jangan patahkan semangat rakan-rakan sesama ustaz yang bersusah-payah menulis buku-buku bacaan untuk pembaca beginner, meskipun buku-buku itu tidak diambil kira bagi tujuan kenaikan pangkat mereka, sebab sememangnya mereka itu tidak menulis untuk penerbitan PTS demi mahu naik pangkat.

Kepada pensyarah-pensyarah muda di fakulti Islam, apa Tuhan kata tentang buku saudara, itulah yang penting.

Fatwa Sifu: Menulis buku adalah kerja manusia. Menaikkan pangkat adalah kerja Tuhan.

Tuhan jualah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(27) Diskusi Kuliah | Permalink

Pasaran Buku Agama

Sektor pasaran buku agama adalah sektor paling besar di negara ini. Ia lebih besar daripada sektor novel cinta.

Jualan buku-buku agama tidak meletup-letup, tetapi ia evergreen. Ia laku sepanjang tahun.

Setiap tahun sebelum tiba bulan puasa dan sepanjang bulan puasa jualan buku-buku agama naik melambung-lambung.

Menurut seorang pakar jualan buku agama yang sudah berkecimpung lebih 40 tahun dalam sektor ini, kedai buku-buku Melayu wajib menjual buku-buku agama, kalau mahu survive.

Barangkali inilah faktor yang mendorong kedai buku chainstores seperti MPH dan Popular, yang suatu masa dahulu langsung tidak mahu menjual buku-buku Islam, kini membesarkan koleksi buku-buku agama mereka.

PTS ISLAMIKA mempunyai rancangan melipat-gandakan penerbitannya, dan kita mengajak saudara ikut serta dalam misi ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Contoh Terjemahan Quran untuk Si Idiot

Bagi saudara yang berminat melihat contoh terjemahan Quran untuk Si Dungu, tulis emel kepada saya. Klik di sini .(JavaScript must be enabled to view this email address)

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Misi PTS ISLAMIKA: Menerbitkan Buku-buku Islam untuk Bacaan Bukan Islam

PTS Islamika ditubuhkan bagi menerbitkan bahan-bahan bacaan tentang agama Islam dengan menggunakan bahasa dan teknik penulisan yang dapat difahami oleh orang-orang bukan Islam yang dapat membaca Bahasa Melayu.

Ramai orang bukan Islam ingin tahu tentang Islam, tetapi buku-buku Islam yang ada dalam pasaran sekarang sukar mereka fahami.

Buku-buku yang dapat dibaca oleh orang-orang bukan Islam juga sesuai dibaca oleh:

(1) Kanak-kanak Melayu.

(2) Remaja Melayu yang pengetahuan Islamnya hampir tidak ada langsung.

(3) Orang Melayu dewasa yang Islamnya adalah Islam keturunan.

(4) Orang-orang yang baru masuk Islam.

Itulah sebabnya, bagi saudara yang berminat menulis buku-buku outreach seperti ini, saudara perlu hadir kursus PTS disebabkan ia melibatkan teknik-teknik khusus.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Brand-brand Islam

Apabila kita terbaca 'Imam Nawawi' ataupun 'Imam Shafie' automatis kita teringat 'kitab' dan 'ulamak'.

Itulah brand!

Semua nama ulamak, dan judul-judul kitab karangan mereka sudah jadi brand.

Nama-nama ulamak yang masih hidup pun sudah ada yang menjadi brand. Nama-nama seperti 'Hadi Awang' dan 'Haron Din' sudah menjadi brand. Buku-buku mereka mudah dipasarkan.

Brand = profit.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sifat Buku Sebagai Produk Konsumer

Buku adalah produk konsumer. Ia serupa dengan produk-produk konsumer lain - sabun mandi, kasut sekolah, berus gigi, burger, minyak wangi dan lain-lain.

Buku adalah produk (a) orang yang pandai dan (b) orang yang mempunyai wang.

Orang bodoh tidak membaca buku. Orang yang tidak mempuyai wang lebihan, mereka tidak membeli buku.

Dua sifat konsumer buku yang begitu itu amat besar peranannya menentukan apakah buku saudara dibeli orang ataupun tidak.

Pembeli dan pembaca buku adalah orang-orang yang pandai. Kalau dia masih budak sekalipun, dia budak yang pandai. Sudahlah dia pandai, dia juga mempunyai wang. Kalau dia budak sekalipun, dia anak orang yang berwang.

Apabila menulis buku, 2 faktor ini perlu sentiasa ada dalam ingatan, bahawa kita hanya dapat menjual buku kepada (a) orang pandai dan (b) orang berwang.

Orang pandai mempunyai pemikiran kritis. Orang berwang mempunyai pilihan yang banyak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 10, 2007

Buku Agama: Pembeli Lelaki, Pembeli Perempuan

Petik: ...Sedangkan di bahagian dalam, di mana terkumpulnya kitab-kitab agama yang penuh serius jika kita membaca, saya lihat rakan-rakan sejantina saya.... Adakah kaum perempuan gemarkan bacaan-bacaan ringan sahaja seperti novel.... saya lihat, yang dari pagi sampai ke petang membelek-belek kitab hadith, fiqh dan tafsir karangan ulama-ulama yang masyhur yang diterjemah ke dalam Bahasa Indonesia, majoriti lelaki. - Masri.

Kita sudah lama mengkaji perbezaan tingkah laku lelaki dan perempuan dalam memilih buku agama.

Hasil pemerhatian yang kita lakukan, perempuan membeli buku-buku agama yang kecil-kecil, nipis-nipis, dan yang disampaikan dalam bentuk buku-buku cerita. Namun buku-buku itu mereka baca sampai habis.

Lelaki pula membeli buku agama yang berkulit keras, tebal-tebal, berjilid-jilid, yang ditulis dalam bentuk kitab-kitab serius oleh nama-nama ulamak besar... amat impresif apabila di susun pada rak. Namun mereka belum tentu sempat membacanya sampai habis.

Justeru kedua-dua pasaran ini mahukan pakejing yang berbeza. Ini yang mendorong PTS ISLAMIKA menerbitkan buku-buku ulamak terkenal dalam bentuk buku-buku kecil, khusus bagi menyampaikan ilmu ulamak itu kepada kaum perempuan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Dato’ IJ Tawarkan RM4 juta

Kita sedang duduk berehat sambil makan nasi lemak gred C di cafe tepi dinding presmis pesta buku apabila seorang Dato' kenalan lama ternampak kita dan terus duduk di meja kita.

"Wah! Baguslah bisnes PTS..." kata Dato' IJ yang segak berpakaian lengkap dengan kot dan nektai. Beliau diiringi oleh seorang rakan yang tidak pun dikenalkan kepada kita sampai habis perbualan.

Sebelum berpisah, sempat beliau bertanya, "You perlukan modal tambahan?"

Kita jawab, "Tidak. Kalau wang, banyak orang hendak beri saya wang, cuma syaratnya yang tidak sesuai dengan jiwa saya, dato'."

"Bukan apa-apa, kalau you mahu, I boleh tolong you dapatkan loan RM4 juta. I dapatlah komisennya... hehehe..." kata Dato' IJ sambil ketawa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Nilai Brand Menang

Brand kalah atau loser brand adalah 'brand' juga. Ia terkenal, tetapi orang malu hendak mengasosiasikan dirinya dengan brand itu.

Sebagai contoh, sebut 'Kereta Api Tanah Melayu' semua orang tahu. Tetapi orang malu hendak berkata, "Saya eksekutif kanan Kereta Api Tanah Melayu."

Begitu juga brand "Bank Bumiputra". Brand itu masih ada dalam memori ramai orang tetapi orang malu hendak berkata, "Saya bekas pengurus Bank Bumiputera."

Dulu-dulu, brand "Dewan Bahasa dan Pustaka" adalah brand menang - winner brand - pekerja DBP amat berbangga mereka berkerja dengan DBP. Sekarang mereka sudah tidak lagi merasakan kebanggaan itu.

Brand menang sangat tinggi nilai pasarannya. Sebagai contoh brand 'Hilton' adalah brand menang, jadi jika kita hendak menggunakan nama 'Hilton' pada hotel kita, yurannya amat tinggi.

Nama 'Alaf21' sudah menjadi brand menang bagi novel cinta Melayu. Kedai buku meletakkan novel-novel cinta Alaf21 di rak depan pintu masuk mereka. Pembeli novel cinta pun menjadikan novel Alaf21 novel pilihan pertama mereka.

Demikianlah pentingnya faktor branding.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Brand Menang, Brand Kalah

Orang bangga apabila dirinya dikaitkan dengan brand-brand menang.

Dalam dunia kereta, brand "Mercedes" adalah brand menang. Orang bangga apabila dia menjadi eksekutif pengedar Mercedes, ataupun menjadi pakar mekanik enjin Mercedes, ataupun memandu Mercedes.

Dalam dunia novel cinta "Alaf21" adalah brand menang. Orang bangga apabila dia bekerja dengan Alaf21, ataupun novel cintanya diterbitkan oleh Alaf21.

Brand yang menang boleh jatuh taraf menjadi brand kalah.

Dulu "Proton" adalah brand menang. Sesiapa yang menerima biasiswa Proton bukan main lagi bangganya. Sekarang "Proton" adalah brand kalah.

Sepanjang pesta buku yang baru lalu, kita dapat melihat penerbit yang dahulu adalah brand menang kini sudah turun taraf menjadi brand kalah.

Dulu-dulu, di pesta buku, destinasi pertama pembeli buku bermutu adalah booth DBP. Sebut "DBP" orang teringat buku bermutu. Dahulu, beribu-ribu orang hilir-mudik, mundar-mandir di premis pesta buku dengan menjinjing beg-beg kertas dengan logo DBP - daun lontar - yang terkenal itu. Di mana-mana orang nampak logo DBP.

Sekarang brand dan logo DBP itu sudah hilang di pesta buku. Brand DBP digantikan dengan Dawama, tetapi Dawama bukan brand menang. Dawama belum jadi brand. Ataupun ia adalah brand kalah. Sebut "dawama" orang tidak teringat apa-apa. Pekerja Dawama tidak berbangga-bangga mereka adalah pekerja Dawama.

Kata pepatah Melayu, mati ayam matilah kutu.

Apabila brand DBP menjadi brand kalah, sebagaimana keadaannya sekarang, maka kalahlah penulis-penulis yang menerbitkan karya mereka dengan DBP.

Apabila pengunjung pesta tidak berpusu-pusu ke booth DBP, maka orang pun tidak berpusu-pusu membeli buku-buku pengarang DBP.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Pentingnya Brand

Brand = Profit

Ada brand, ada profit.

Mana mungkin ada produk yang sudah jadi brand tidak menghasilkan banyak profit.

Pengarang perlu bekerja dengan 'branding-in-mind'.

"Ezee Rahmani" berpostensi menjadi brand. Namun, bak kata pepatah Tamil, satu pokok getah tidak menjadi satu estet. Justeru, perlu tanam banyak pokok getah, baru dapat estet.

"Sarah" berpotensi menjadi brand. Tetapi perlu banyak novel siri "Sarah". Selepas cerita sarah dengan kasut tumit tingginya, peminat Sarah mahu cerita Sarah lagi....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, May 09, 2007

Pesta Buku: Penerbit dan Product-line

Dalam pesta buku lalu, kita lihat banyak penerbitan tempatan yang tidak jelas apa tema dan kategori barisan produknya.

Syarikat-syarikat yang berjaya mempunyai product-line yang jelas. Apakah product-line Ramly Burger? - Makanan segera. Apakah product-line F&N? - minuman ringan bergas. Apakah product-line Alaf21? - novel cinta. Apakah product-line PTS?

Bayangkan apa akan jadi jikalau F&N, selain menjual minuman coke, ia juga menjual ubat gigi, roti, ubat nyamuk, serbuk kunyit, dan lain-lain. Namun senario ini banyak berlaku di kalangan penerbit buku tempatan.

Sebelum saudara memulakan bisnes dalam penerbitan buku, fikirkan masak-masak product-line saudara. Jangan jadi penerbit rencam tidak berfokus. Nanti product-line saudara ke sana tidak, ke sini pun tidak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pengarang: Fokus, Fokus, Fokus

Penerbit perlu memfokuskan buku-buku terbitannya.

Pengarang perlu memfokuskan karya-karyanya. Pengarang lebih mudah berjaya apabila karya-karyanya difokuskan pada sesuatu tema.

Sebagai contoh, Mohd. Kholid Hamzah memfokuskan karyanya pada cerita-cerita penyiasatan peringkat remaja awal dengan siri Penyiasat Ekstrovert. Kita mahu beliau menghasilkan berpuluh-puluh siri ini.

Abdul Latip Talib menfokuskan karyanya pada siri novel sejarah tokoh pahlawan Islam, dan akan datang, sejarah tokoh pahlawan Melayu. Kita mahu beliau menghasilkan berpuluh-puluh siri ini.

Fokus amat penting bagi pemasaran buku-buku saudara. Ia rapat kaitannya dengan branding.

Bagi menerangkan apa itu branding, ambil contoh ini. Sebut "BMW" orang terus ingat kereta mewah. Sebut "Milo" orang terus ingat minuman berkhasiat. Sebut "JK Rowling" orang terus ingat Harry Potter. Sebut "burger" orang terus ingat Ramly Burger.

Sebut "PTS" orang terus ingat buku motivasi. Sebut "Dr. Danial" orang terus ingat buku motivasi Islamik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(22) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku: Meja Lelaki, Meja Perempuan

Pada pesta buku 2008 akan datang, barangkali meja buku-buku remaja lelaki patut diasingkan daripada meja buku-buku remaja perempuan.

Apabila budak lelaki nampak budak-budak perempuan berkerumun di meja yang mempamerkan buku-buku remaja, mereka automatis tidak mahu mendekati meja itu, mungkin sebab mereka tidak mahu tubuh mereka bersenggol-senggolan dengan tubuh budak-budak perempuan.

Barangkali.... sebab kita pun tidak bertanya kepada budak-budak sekolah lelaki itu mengapa mereka cuma lalu, tetapi tidak singgah....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(20) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 3 pages  <  1 2 3 >