Saturday, June 30, 2007

Nota untuk Trainer-Penulis PTS: Memenuhi Pengharapan

Apabila trainer melangkah masuk bilik training, objektif trainer adalah memenuhi pengharapan para trainee.

Itu sebab banyak trainer membuka sesi dengan bertanya kepada trainees pertanyaan ini: "Apakah yang tuan-tuan mahukan daripada sesi ini?"

"Saya mahu tahu bagaimana..."
"Saya mahu belajar cara..."
"Saya mahu tahu apa saya dapat lakukan jika..."

Kemudian trainer akan menuliskan di papan putih satu-demi-satu jawapan-jawapan yang diberikan oleh trainees.

Kemudian, sepanjang masa trainer menyampaikan sesinya, dia memberikan jawapan-jawapan kepada pengharapan traineesnya itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Bahasa Melayu Tinggi: ‘di’ dan ‘dekat’

Saya tinggal di Kuala Terengganu. (BETUL)
Saya tinggal dekat Kuala Terengganu. (SALAH)

Makna 'dekat' adalah 'hampir', 'tidak jauh'.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Penerbit Tidak Mahu Membenarkan Penulis Tengok Kerja Editing Editor

PTS adalah sebuah penerbit yang mewajibkan semua editornya menghantar pruf terakhir kepada pengarang supaya pengarang sendiri membaca pruf itu dan mencari jikalau masih ada kesilapan ataupun ada pembetulan last-minute yang perlu dibuat.

Pengarang-pengarang PTS dikehendaki siap membaca pruf bukunya dalam tempoh 7 hari kerja. Jika gagal, maka PTS berhak menghantar pruf itu ke percetakan tanpa menunggu apa kata pengarang lagi! Prosedur ini dimasukkan dalam dokumen perjanjian penerbitan PTS.

Mengapakah penerbit lain tidak secara formal dan bertulis menjadikan dasar editorial bahawa setiap editornya mesti menghormati hak moral para pengarang mereka, yakni membenarkan pengarang tengok sendiri segala hasil editing yang telah dilakukan oleh editor.

Mana-mana editor yang melanggar tatakerja ini patut dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak pengurusan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 29, 2007

Hero dalam Teori Surah Yusuf

Dalam teori sastera Islami aliran Surah Yusuf, berikut adalah ciri-ciri 'hero' cerita:

(1) Hero itu lelaki.

Apabila hero cerita adalah lelaki, baik perempuan mahupun lelaki mahu membacanya. Jadi, pasaran karya itu luas. Cerita Cinderella ataupun Siti Zubaidah hanya dibaca oleh perempuan.

Apabila cerita itu dijadikan filem ataupun siri TV, cerita itu dapat ditargetkan kepada penonton lelaki dan perempuan. Filem dan siri TV di mana heronya perempuan hanya ditonton oleh khalayak perempuan.

(2) Hero itu lelaki yang memiliki ciri-ciri akhlak yang ideal.

Teori surah Yusuf menolak cerita yang menjadikan seseorang yang akhlaknya buruk sebagai hero. Perbuatan itu memberikan kemenangan moral kepada pedosa. Watak jahat boleh dijadikan hero dengan syarat dia akhirnya insaf akan kesalahannya.

Sastera tidak boleh memberi gambaran "Menjadi orang baik tidak berbaloi".

(3) Hero itu lelaki muda.

Kisah Nabi Yusuf ditamatkan sebelum beliau tua!

Cuba saudara fikirkan apa kelebihan hero lelaki muda, dan apa kelemahan hero lelaki tua?...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Lomba Novel Cinta Masih Berjalan

Kepada yang berminat ikut serta, dan yang sedang menulis novel cintanya, ambil perhatian, lomba ini masih berjalan, oleh itu teruskan menulis.

Pihak penganjur sedang mendapatkan sponsor hadiah tiket umrah bagi para pemenang. Proses mencari sponsor ini mendorong tarikh tutup pengiriman manuskrip novel masih belum ditetapkan.

Jadi tulislah!

Nota: Peserta amat dianjurkan mengikuti bengkel surah Yusuf dan bengkel KJ Method.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pembaca Buta: Sifu Berasa Amat Bodoh

Salam sejahtera buat Puan Ainon.

Sebelum saya meneruskan tulisan ini, terlebih dahulu saya meminta izin untuk menjadikan Puan sebagai sifu atau mentor saya, sama seperti orang lain.

Walaupun kita tidak pernah bersua secara fizikal namun ilmuyang saya pungut lewat laman http://www.universitipts sangat berharga untuk dinilai.

Sesungguhnya mengikut SaydinaAli karramallahuwajhah pernah berkata, "Barang siapayang pernah mengajarku walaupun satu alif dialahguruku." dan orang itu layak mendapat doa kebaikan dariku.

Setelah memasuki laman http://www.universitipts, ada beberapa perkara yang hendak saya utarakan untuk kebaikan bersama (sebenarnya untuk kebaikan saya).... tapi tak taulah kalau ada yang hendak menumpang kebaikan bersamaa.

Pada pandangan saya (adakah pandangan lagi) laman ini walaupun sarat dengan maklumat tetapi ianya tidak ramah oku, maksud saya orang buta seperti saya.

Ketika saya berada dalam laman ini selalu saya kehilangan punca dan terkadang tidak menuju ke arah yang saya kehendakki. Contohnya jika saya enter pada pautan buku braille, saya akan tercari-cari apakah maklumat yang akan dimuatkan (bukan dipaparkan).

Selalunya, saya akan terjerat ke dalam ruang bual-bual dan payah untuk keluar atau menghindirinya.

Untuk makluman Puan, saya menggunakan komputer yang termuat perisian bersuara.

Untuk memudahkan orang buta (atau saya sendiri) adalah dicadangkan agar webmaster laman ini mengikuti garis panduan yang disyorkan oleh w3c (http://www.w3c.com) sebagai rujukan.

Berkenaan dengan pautan buku braille, saya ada terbaca (sebenarnya terdengar) pihak pts ada menganjurkan bengkel penulisan untuk orang buta bersama-sama Persatuan Orang Buta Islam Malaysia.

Saya sangat ingin mengikuti bengkel seperti ini, namun syarat yang diberikan tiada padaku. Antara syarat yang tiada pada saya ialah kebolehan untuk menaip braille apatah lagi memiliki mesen taip braille.

Saya berharapn agar pada masa-masa yang akan datang syarat seperti itu dapat dilonggarkan atau diberi alternatif lain umpamanya menggunakan komputer bersuara.

Ada banyak idea, rasa dan cerita untuk saya akan lontarkan lewat buku yang akan saya siapkan untuk diterbitkan lewat PTS jika diizinkan Allah dan PTS sendiri.

Akhir kalam kuunjuk kedua tangan memohon maaf jika tulisan ini tidak sepatutnya diemailkan kerana terlalu banyak yang saya minta tetapi tiada satu pun yang saya sumbangkan.

Dikarang di Tanjung Karang oleh pengembara malam lewat email .(JavaScript must be enabled to view this email address)
.
.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Program Pembangunan Bakat Penulisan Novel-novel Sai-Fai PTS FORTUNA

Otai Mat Jan sudah merangka program latihan ini berdasarkan perbincangan dengan Sdr. Fadli Akiti (penulis terbitan DBP), Sdr. Nazri M Annuar (penulis sci-fi Alya Elyana terbitan Gala Resources) dan Sdr. Firdaus Ariff (bakal penulis sci-fi tersohor).

Minta cadangan apa-apa yang perlu ditambah, semua jenis cadangan amat dialu-alukan.

Kelas 1: PENGENALAN (Ini sudah dijalankan)
Intro oleh Puan Sifu dan 'Magic dalam Islam' (mukjizat, karamah, maunah, istidraj, sihir) oleh Ustaz Faris.

Apa itu Sai-Fai? Apa itu Fantasi?' oleh Mat Jan, dan latihan berkumpulan (kendalian Mat Jan dan Syikin).

Kelas 2: Nak buat cerita apa?
SF, Fantasi atau hybrid Sains Fantasi? (Otai Mat Jan akan komen proposal-proposal yang sudah diterima, bagi memberi idea kasar kepada peserta-peserta yang belum menghantar apa-apa proposal.)

Salah satu cara membangunkan cerita: teknik 'memfantasikan sejarah'

Cerita tunggal atau bersiri? Kalau bersiri, perlu backstory yang kuat. (Untuk topik 'backstory' penceramahnya Sdr. Firdaus Ariff)

Kajian kes: Lord of the Rings (LOTR) dan Star Wars.
Otai Mat Jan akan rujuk 'LOTR' untuk teknik memfantasikan sejarah.
Sdr. Firdaus Ariff akan rujuk 'Star Wars' untuk topik backstory.

Jelaskan tentang topik akan datang, dan bekalkan kerja rumah kepada peserta (topik: elemen makro)

Kelas 3: Apa itu elemen makro? (tempat, zaman, masyarakat, budaya)
Peserta bergilir-gilir membentangkan kerja rumah minggu lepas, peserta lain memberi komen. (pengendali: Otai Mat Jan dan Cik Syikin)

Jelaskan tentang topik akan datang, bekalkan kerja rumah baru (topik: elemen mikro)

Kelas 4: Elemen mikro
Apa itu elemen mikro? (watak & objek) (contoh objek: senjata, kenderaan)
Peserta membentangkan kerja rumah minggu lepas / beri komen. (pengendali: Otai Mat Jan dan Syikin)

Kelas 5: Falsafah
Kelas terdahulu: Mengambil plot daripada fakta sejarah.
Kelas ini: Mengambil falsafah daripada karya agung Melayu.

Kajian kes (tempatan): Falsafah 'pertentangan nilai' dalam Hikayat Hang Tuah, dan cerpen Dunia Badang oleh Sdr. Saharil Hasrin Sanin (cerpen sci-fi yang menang Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran DBP)

Kajian kes (antarabangsa): Falsafah dalam anime dan manga (animasi & komik Jepun). Topik ini: Sdr. Firdaus Ariff dan Sdr. Nazri M Annuar.

Elemen agama dan etika dalam karya sci-fi dan fantasi.

Nota: Pada peringkat ini sebahagian peserta yang mengikuti bengkel sudah siap cerita masing-masing. Ada yang sudah masuk proses editing dan layout. Kita buat sesi pembentangan dan perbincangan karya-karya tersebut.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Ini Pula Nasib Penulis Buku Agama Ditipu Penerbit Buku Agama

Seorang ustaz mengadu begini: Beliau menghantar manuskripnya kepada sebuah penerbit buku-buku agama yang terkenal, penerbit "T-S-T Jbsa Sdn. Bhd.".

Penerbit ini sudah lama usianya. Ia sudah menerbitkan beratus-ratus judul kitab agama, daripada yang tebal-tebal, yang berjilid-jilid, yang kulit keras, sampai yang kecil-kecil.

Selepas itu si ustaz pergi melanjutkan pelajarannya ke Mesir, buat PhD di al-Azhar.

Kemudian adiknya terjumpa buku abangnya di kedai buku. Lalu si adik pun hantar SMS kepada abangnya di Mesir memberitahu bukunya sudah terbit.

Apabila beliau pulang bercuti, beliau pun pergi ke pejabat penerbit itu dan bertanyakan betulkah bukunya sudah terbit dan mengapa beliau tidak dimaklumkan.

Beliau pun diberi 8 naskhah percuma bukunya itu oleh si penerbit.

Selepas beberapa lama, beliau bertanya kepada penerbit itu bagaimana pula dengan royaltinya. Apa kata Mamak itu? - bukunya tidak laku, jadi tidak ada royalti.

Kepada penulis buku-buku agama yang baru belajar menulis, jangan yakin penerbit buku-buku agama tidak mungkin menganiayai penulis buku agama. Siasat dahulu latar belakang sesebuah penerbit itu sebelum menyerahkan manuskrip saudara kepadanya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 28, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Falsafah ‘Tangan Kapitalis’ Membantu ‘Misi Sosialis’

Pada suatu masa dahulu, ketua editor sebuah akhbar arus perdana yang besar pernah ditanya, mengapakah syarikatnya itu menerbitkan majalah-majalah yang membekalkan sampah-sarap ke dalam minda pembaca Melayu.

Dalam jawapannya, beliau menerangkan, majalah-majalah itu amat laku, dan wang daripada jualan itu digunakan bagi membiayai penerbitan akhbar jawi dan majalah agama yang tidak laku. Tanpa adanya 'tangan kapitalis' itu, syarikat tidak dapat menjalankan 'misi sosialis'nya.

Prinsip 'jahat-baik boleh seiring' begini amat popular, dan sampai hari ini masih banyak penerbit Melayu-Islam yakin bahawa inilah sahaja jalan yang ada jikalau penerbit mahu menerbitkan bahan-bahan ilmu dalam Bahasa Melayu.

Bukan seorang dua orang penerbitan, malah rata-rata, yang yakin penerbit mesti mencari wang dengan menjual sampah-sarap dan benda-benda terlarang supaya wang daripada jualan itu dapat digunakan bagi menerbitkan bahan-bahan baik.

Prinsip 'tujuan menghalalkan cara' adalah tidak dibenarkan dalam agama Islam.

Apabila kita yakin tidak ada cara lain, maka kita sudah berputus harap akan bantuan Tuhan, dan hukum berputus harap amat serius.

Tuhan jualah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Cinta Peminat Novel Cinta

Seorang peserta lelaki berusia 21 tahun, selepas bengkel penulisan PTS, menceritakan perihal dilema sahabatnya sedang mengalami masalah dengan girlfriendnya, seorang peminat novel-novel cinta.

Si girlfriend kecewa, lalu merajuk dan sudah hint-hint mahu memutuskan hubungan sebab, selama mereka menjalin hubungan cinta, dirinya tidak pernah diajak 'berdating' sebagaimana kawan-kawannya yang lain, yang pada hujung minggu berpeluang berdating dengan boyfriend masing-masing, sedangkan dia hanya duduk dalam bilik asramanya.

Si boyfriend adalah seorang pemuda yang idealistik tentang hubungan lelaki-perempuan, di mana dia mahu berkahwin dengan girlfriendnya itu nanti apabila sudah lulus pengajian. Dia tidak mahu bergaul dengan si girlfriend secara bebas sebelum itu.

Dilema pemuda itu, apakah dia harus melupakan prinsipnya tidak mahu berdating sebelum bernikah demi menyelamatkan perhubungan cintanya, ataupun merelakan girlfriendnya membuat keputusan sama ada mahu memutuskan hubungan mereka ataupun tidak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(28) Diskusi Kuliah | Permalink

Ciri-ciri Wajib pada Novel Thriller

Novel thriller mempunyai 3 ciri wajib:

(1) Ada misteri

Lazimnya dalam cerita thriller, ada kematian yang menjadi misteri. Namun ini tidak semestinya begitu. Thriller tanpa kematian pun masih dapat menarik minat pembaca.

(2) Ada suspens

Suspens - tanda tanya besar - adalah unsur yang menyebabkan pembaca terus membaca kerana dia hendak tahu apa yang sebenarnya menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku.

(3) Penceritaan yang laju

Membaca novel thriller adalah ibarat menonton siri TV. Babak-babak bergerak dengan cepat. Tidak ada deskripsi alam yang detail, tidak ada monolog, tidak ada dialog panjang-panjang.

Lazimnya, tempoh cerita thriller berlaku dalam masa 24 jam hingga 48 jam sahaja.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Itu Running Gag

Running gag ialah lawak yang berlaku secara berulang dalam sesuatu siri. Ia dipersembahkan dalam bentuk dialog, perlakuan atau visual.

Ada running gag yang tidak sengaja, ada juga yang sengaja dibuat oleh penulis...

Artikel yang menarik oleh Profesor Kecil Firdaus Ariff.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Akademi Penerbitan: Alahai Noh Omar…

Dato' Noh Omar sudah mengumumkan kerajaan akan menubuhkan akademi penerbitan (AP) dalam RMK ke-9.

Mengikut laporan Bernama, AP akan menawarkan kursus dalam bidang percetakan juga. Ini sungguh luar biasa.

Subjek percetakan tidak ada kaitan dengan penerbitan. Ia umpama epal dengan oren perbezaannya.

Penerbitkan dan percetakan adalah 2 bidang yang masing-masing berdiri sendiri.

Mahu mengajar penerbitan dan percetakan serentak adalah umpama mahu mengajar orang yang sama bagaimana menjadi jurutera kereta lumba dan menjadi drebar lumba kereta serentak.

Alahai Noh Omar! Siapalah yang menasihati timbalan menteri kita ini...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(19) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Thriller

Tiap-tiap genre itu mempunyai kelompok peminatnya sendiri. Novel cinta, novel fantasi, novel fiksyen sains, novel sejarah, novel perang, novel realiti sosial, semuanya mempunyai peminatnya masing-masing.

Salah satu genre yang berpotensi dikembangkan pasarannya adalah novel thriller. Terdapat banyak jenis thriller. Thriller seram, thriller jenayah, thriller undang-undang, thriller perang, thriller bisnes, thriller perubatan... macam-macam.

Bagi setiap genre itu ada pasarannya. Kaki thriller suka membeli thriller.

Jika saudara mahu menjadi penerbit novel, sektor thriller adalah sektor yang potensinya baik. Masukilah sektor ini dan fokuskan judul saudara pada pelbagai jenis thriller.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Belajar Menulis Skrip

Kepada semua penulis novel remaja dan dewasa PTS, belajar menulis skrip adalah pelaburan yang amat dianjurkan.

Saudara sudah mempunyai novel, baik terbitan PTS ONE mahupun PTS FORTUNA. Kedua-dua kategori ini sesuai dijadikan skrip TV.

Ambil semangat daripada tokoh seperti Sdr Meor Shariman, penulis siri Kembar Terpilih. Beliau menulis novel remaja dan juga terkenal sebagai penulis skrip filem.

Pendapatan daripada menulis skrip adalah baik. Banyak penulis skrip TV hidup sebagai penulis skrip sepenuh masa.

Barangkali, menulis novelnya adalah lebih susah daripada menulis skripnya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 27, 2007

RTM Mahukan Skrip Lengkap

Ini prosedur baru RTM: Mulai sekarang syarikat penerbit drama TV dikehendaki menghantar skrip lengkap kepada RTM bagi dinilai sama ada RTM mahukan skrip itu ataupun tidak.

Sebelum ini, RTM hanya memerlukan sinopsis sahaja. Apabila sinopsis diterima, barulah penerbit mengarahkan penulis skrip menuliskan skrip lengkapnya.

Pada teorinya cara kerja baru ini membolehkan RTM menilai skrip lengkap dan dengan itu tidak ada risiko RTM menerima drama berkualiti buruk. Ini teorinya.

Apakah teori ini terbukti benar, itu hanya dapat dilihat apabila dasar baru ini sudah dilaksanakan.

Kualiti drama yang disiarkan oleh RTM bergantung kepada banyak faktor. Skrip hanyalah salah satu daripada faktor-faktor itu. Bagaimana pula dengan kawalan ke atas faktor-faktor lain.

Cara kerja baru RTM ini membebankan syarikat penerbit sebab proses mendapatkan manuskrip lengkap menjadi lebih sukar dan lebih mahal.

Bagi para penulis skrip, cara kerja baru ini tidak mempunyai daya motivasi yang tinggi. Tanpa jaminan skrip lengkap itu diterima oleh RTM, pertama, apakah faktor yang hendak mendorong penulis skrip menuliskan skrip lengkapnya.

Kedua, apakah yang dapat mendorong penulis menyerahkan skrip lengkapnya kepada syarikat penerbitan melainkan harga skrip itu dibayar sepenuhnya semasa skrip itu diserahkan.

Bagi syarikat penerbit pula, ia terpaksa membayar harga penuh bagi skrip-skrip yang belum tentu RTM luluskan.

Katakanlah, sesebuah penerbit hendak melesen novel PTS Kisah Satu Impian oleh Haslisa Ramli bagi dijadikan siri telenovela 10 episod. Kos menyediakan skrip lengkap bagi 10 episod itu tentulah mahal, sedangkan tiada jaminan ia akan diterima oleh RTM.

Tuan Meor Shariman mencadangkan, bagi menurunkan kos, syarikat penerbit boleh menggaji penulis skrip sepenuh masa, dan menurut beliau, langkah ini sudah pun dilakukan oleh syarikat yang tidak putus-putus membekalkan drama kepada RTM.

Cadangan Tuan Meor itu dapat dilakukan oleh syarikat-syarikat besar sahaja. Dengan membayar gaji, kos mendapatkan skrip dapat diturunkan.

Bagaimana pula dengan kualiti skrip, dan kualiti drama yang dihasilkan. Apakah kualiti kerja seni daripada orang yang dibayar gaji akan meningkat.

Tidakkah dengan cara kerja baru RTM ini, ia semakin menggalakkan amalan penerbit cuba berpakat-pakat dengan individu-individu yang berkuasa menilai, memilih dan meluluskan skrip?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Gosip Industri: Tan Sri Rashid Hussein Muncul Semula

Semalam, Selasa 26hb Jun, Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Noh Omar memanggil semua penerbit sebab beliau hendak berjumpa mereka.

Tidak ada apa-apa yang penting yang beliau sebut dalam ucapannya. Beliau cuma marah-marah dan beri warning supaya penerbit yang mendapat tender buku teks mesti hantar buku ikut jadual. (PTS tidak mendapat tender.)

Yang menyebabkan hadirin terkejut adalah kemunculan Tan Sri Rashid Hussein dalam majlis itu. Beliau masuk dewan dan duduk di kerusi depan.

Pada tahun 2006 gosip industri menyebut TSRH melobi hendak mendapatkan tender membekalkan buku teks bagi semua subjek wajib dari tingkatan 1 sampai tingkatan 6.

Tetapi, gosip mengatakan, tahun lalu pegawai-pegawai di kementerian tidak menyokong rancangan TSRH disebabkan beliau tidak mempunyai track-record dalam industri buku.

Semalam, Dato Noh marah-marah di atas pentas. Biasalah, tokoh kita yang ini memang sudah mempunyai trade-mark menteri yang suka marah-marah.

Apa yang menarik adalah, dalam beliau marah-marah itu, beliau menyebut bahawa kontrak buku teks yang diberikan kepada DBP sekarang bernilai RM300 juta.

Apakah ada kaitan antara kemunculan TSRH dengan angka RM300 juta yang diberikan kepada DBP-DAWAMA. Apakah ada kemungkinan RM300 juta itu akan diberikan pula kepada TSRH....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Judul Bestsellers Antarabangsa Menghasak Buku Tempatan - Kecuali dalam Dua Sektor

Di kebanyakan negara, judul-judul bestsellers antarabangsa memberi saingan sengit dan berjaya menghasak judul-judul karya pengarang tempatan ke tepi dinding.

Di Jepun, di Korea, di Thailand, di Indonesia, di Vietnam... 60% buku terlaris adalah karya bestsellers antarabangsa yang diterjemahkan.

Dalam sektor agama, gambarannya pun serupa. Judul-judul terjemahan daripada bahasa Arab memberi pukulan teruk kepada judul-judul penulis tempatan.

Namun ada sektor-sektor di mana karya tempatan dapat bertahan dan terus mengalahkan jualan judul-judul bestsellers antarabangsa.

Dua sektor itu adalah (a) buku cerita kanak-kanak, dan (b) fiksyen remaja. Terbukti fiksyen remaja karya pengarang tempatan mempunyai daya saing yang kuat.

Inilah sebabnya PTS melabur dengan bersungguh-sungguh mahu menjadi pemain utama sektor fiksyen remaja.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Fiksyen Sejarah

Walau apa sekalipun genre sesuatu karya itu, peminatnya tetap ada, cuma besar ataupun kecil jumlahnya. Jika jumlah itu tidak cukup besar, penerbit tidak akan melabur ke dalam sektor itu.

Peminat buku sejarah memang ada. Peminat novel sejarah pun ada. Empat buah novel pahlawan Islam karya Abdul Latip Talib laku dengan baik sekali.

Peminat buku fiksyen sejarah pun ada. Jikalau tidak laku, para penerbit tidak akan menerbitkan genre itu. Penulis fiksyen sejarah paling ngetop saat ini adalah Faisal Tehrani.

Fiksyen sejarah adalah genre evergreen. Ia juga berpotensi dijadikan skrip TV dan dikomikkan.

 


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuan Epol Memberi Penjelasan

Berikut penjelasan Tuan Epol kepada UNIKA:

Saya tertarik dengan perhatian yang saudara & saudari berikan berkaitan dengan skrip yang diperlukan. Untuk menjawab semua persoalan yang dikemukakan Saya mulakan dengan pengenalan Gong Klasik Sdn Bhd (GKSB). Satu syarikat induk yang memayungi beberapa syarikat penerbitan tv, album, pengurusan acara dan studio rakaman.

GKSB khususnya menjalankan penerbitan tv. Dahulunya adalah anak syarikat TV3. Pada 2001, berlaku perubahan pengurusan dan seterusnya menjalankan perniagaan dengan RTM.

Saya kagum dengan sikap yang ditonjolkan oleh saudara Jonos. Beliau mengambil langkah ke depan dengan cara bertanyakan kepada saya tentang perkara berbangkit.

Kita boleh berhati-hati dalam perkara ini tapi jangan sesekali prejudis. “Takde masa untuk menipu”. Nombor telefon telah diberi seharusnya telefonlah untuk mengetahui perkara sebenar, itu lebih baik bukan?

Saya hendak berkongsi sedikit pengetahuan dengan saudara & saudari semua. Sebelum ini sehinggalah 18/06/2007 proses penerbitan memerlukan penghantaran sinopsis tetapi kini RTM menetapkan bahawa setiap syarikat perlu sertakan skrip penuh.

Jika dilihat dari sudut positif situasi ini sebenarnya menyokong ‘INDUSTRI’ saudara dan saudari. Ini kerana syarikat perlu membuat perjanjian sama ada membayar penuh @ separuh @ deposit berdasarkan persetujuan saudara & syarikat.

MALAHAN KAMI SEBAGAI SYARIKAT TAKUT TERANIAYA SEKIRANYA SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT RTM TIDAK MENERIMA SKRIP SAUDARA DAN SAUDARI BERIKAN. Tolong jangan prejudis.

Untuk pengetahuan saudara dan saudari, GKSB adalah syarikat Kelas A yang digredkan oleh kementerian. Begitu jugalah halnya dengan syarikat-syarikat lain yang digredkan sebagai A, B dan C.

Justeru sebagai syarikat Kelas A tidak semudah itu untuk menipu. Lainlah yang datangnya dari individu yang tidak diketahui syarikat dan stesennya. Sebab itulah saya katakan saudara Jonos telah mengambil langkah ke depan untuk mengetahui sesuatu perkara!

Saudara April… anda benar! GKSB juga melalui syarikat Gong Production & Matahati adalah syarikat & studio rakaman. Antara artis kami satu ketika dahulu; Ruhil Amani, Aris Ariwatan, Roy, Kumpulan Kris, Medicine dll.

Benar inilah masanya untuk saudara dan saudari ke depan. Peluang terbuka sekarang. Tampil dan pelbagaikan genre dan perbanyakkan bilangan penulis skrip di Malaysia. TQ.

Tuan Epol,

Terima kasih kerana memberi maklumat yang sangat berguna kepada kita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Kontraktor Buku Sedang Teruja

Maklumat terkini yang sedang panas diperbualkan di kalangan kontraktor-kontraktor buku adalah tender Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Mengikut yang empunya cerita, PNM sudah bersiap sedia hendak memulakan kerja-kerja membuat pemilihan judul bagi perbekalan 2007.

PTS tidak pernah masuk tender membekalkan buku-buku PTS kepada PNM, meskipun PTS mempunyai lesen pembekal daripada Kementerian Kewangan. Lesen itu dibuat semacam 'tangkal' sahaja....

PTS hanya membekalkan buku-bukunya kepada kontraktor-kontraktor yang mendapat tender PNM. Dengan cara ini semua orang dapat cari makan. PTS menjual buku kepada kontraktor. Kontraktor menjual buku kepada PNM.

Jadi, tidak timbul isu PTS tikam agen-agennya dari belakang dengan sama-sama masuk tender, sama-sama berlawan harga dengan kontraktor. Kalau berlawan harga, tentu PTS dapat menawarkan diskaun yang lebih baik kepada PNM bagi buku-buku PTS sendiri.

Jantung para penerbit buku sedang dag-dig-dug. Berapakah judul buku masing-masing akan dipilih oleh PNM....

Mari kita sama-sama minta pertolongan daripada Yang Maha Menolong hambanya, mudah-mudahan banyaklah judul PTS dipilih PNM tahun ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 26, 2007

Hakcipta: Jangan Malu Minta Editor PTS Terangkan Kandungan Dokumen

Bagi saudara yang bukunya akan diterbitkan oleh PTS, ambil makluman bahawa dalam bengkel hakcipta yang lalu, Puan Nisah Haron telah menerangkan satu persatu makna setiap klausa dalam dokumen perjanjian hakcipta PTS kepada semua Tim Editorial PTS.

Justeru semua editor PTS kini sudah faham dan dapat menerangkan implikasi setiap klausa itu kepada penulis.

Jadi, sebelum saudara menandatangani dokumen itu, jangan malu meminta editor saudara menerangkan makna klausa-klausa itu. Mereka bertanggungjawab memastikan saudara faham hak-hak saudara sebagai penulis PTS.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

3 Bukunya Dilesen oleh Jakarta Serentak

Penulis PTS paling ngetop bulan ini adalah Sdr Zamri Mohamed.

Tiga buah bukunya dilesen oleh Jakarta serentak. Ini adalah pencapaian luar biasa bagi penulis PTS yang masih amat muda ini.

Buku pertamanya diterbitkan sewaktu beliau masih menuntut dalam tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa.

Pencapaian beliau membuktikan resipi penulis dan penerbit bekerja sebagai regu adalah amat mujarab.

Moral daripada kejayaan Sdr. Zamri adalah, apabila penulis masih muda dan baru mula masuk pasaran, bergurulah dengan penulis yang lebih senior, dan ikut nasihat penerbit tentang trend-trend pasaran buku.

Siapa kata penulis muda tidak dapat melakukan lompat katak - leap-frogging - dalam mencapai kejayaan?

Gabungan bakat, disiplin kerja, dan dukungan penerbit dalam memasarkan bukunya, serta dengan izin Tuhan, insyaAllah ia dapat dilakukan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa PTS Pertahankan Hakcipta Penulisnya

Apabila novel penulis PTS dijadikan siri telenovela, penerbit siri telenovela itu akan membayar royalti kepada PTS. Jumlah royalti itu dibagi dua - 70% kepada penulis - 30% kepada PTS.

Inilah faktor yang menyebabkan PTS akan mencari penerbit yang baik bagi melesenkan karya PTS. Penerbit yang rekod bisnesnya baik, yang tidak menipu. Sebab ada duit PTS dalam projek itu. 30% bukan sedikit!

Kalau 30% daripada 1 novel, memang jumlahnya kecil. Kalau RM10 ribu, cuma RM3 ribu.

Tetapi jika 30% daripada 50 buah novel PTS yang berjaya dilesenkan? - RM150 ribu!

Kalau penulis pandai-pandai sendiri melesenkan karyanya, penulis kena berani-berani sendiri mengejar dan menitik penerbit yang menipunya.

Kerja menagih hutang bukan kerja yang seronok. Di PTS, ada pegawai khas di Jabatan Kewangan yang bertugas menagih hutang....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tahniah kepada Tuan Martias Mohd. Ali

Pada malam ini Tuan Martias Mohd Ali akan menerima anugerah sempena hari terbuka FINAS di mana skrip filem pendek beliau disenaraikan sebagai calon pemenang (cuma belum diberitahu pada kedudukan berapa).

Tahniah! Tahniah!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Setuju? Usul Sifu kepada Tuan Martias Mohd. Ali

Kepada mentee-mentee sekalian!

SifuPTS mengusulkan kepada Tuan Martias Mohd. Ali cadangan seperti berikut:

Tuan Martias menjadi mentor kepada penulis-penulis PTS di mana beliau akan mengajar dan membimbing mentee-mentee tentang format dan teknik yang betul menulis sinopsis cerita yang bakal dikemukakan kepada RTM.

Apabila RTM meluluskan sinopsis itu, Tuan Martias akan mengajar dan membimbing mentee-mentee teknik yang betul menulis skripnya.

Apabila skrip yang ditulis di bawah bimbingan Tuan Martias itu diterima oleh penerbit, mentee bersetuju membalas budi baik Tuan Martias sebagai mentor dengan berbagi honorarium 70 mentee - 15 mentor - 15 PTS.

Tuan Martias juga akan memilihkan penerbitnya, supaya risiko kemungkinan mentee ditipu penerbit jahat dapat dikurangkan.

Bagi saudara yang setuju dengan usul Sifu ini, tulis nama, hp dan emel.

Bagi yang tidak bersetuju, tulis rasional dan kemukakan cadangan balas yang lebih baik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(17) Diskusi Kuliah | Permalink

Tender RTM: 200 jam program TV

Maklumat yang kita terima mengatakan RTM mengeluarkan tender bagi mendapatkan bekalan 200 jam rancangan TV. Sebahagian besar adalah bagi rancangan drama dan telenovela.

Syarikat-syarikat penerbit drama TV akan cuba mendapatkan berapa-berapa jam program bagi dibekalkan kepada RTM. Caranya adalah dengan mengemukakan sinopsis isi kandungan rancangan yang mereka akan bekalkan.

Selepas sinopsis itu diterima oleh RTM, barulah skrip mula ditulis. Itulah sebabnya kemahiran menulis sinopsis amat penting.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Nasib Penulis Skrip

Seorang nama besar di PTS (maklum sudah punya 4 novel) pernah mengalami nasib begini:

Sebuah penerbit drama TV menghubungi beliau dan meminta beliau menulis skrip drama sejarah bertajuk Si Bongkok Tanjung Puteri, dengan janji beliau akan dibayar sekian ribu, sekian ribu, apabila skrip itu sudah diterima.

Maka beliau pun menuliskan skrip itu lalu diserahkan kepada syarikat tersebut.

Maka ditunggulah ribu ribu yang dijanjikan, maka tidak datang juga.

Beberapa lama kemudian beliau mendapat maklumat syarikat itu gulung tikar. Tidak mengapalah. Yang mengejutkan adalah, syarikat itu telah menjual skrip tersebut kepada penerbit lain!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Hubaya-hubaya! Musim Tender Rancangan RTM Sudah Bermula

Kepada penulis-penulis PTS yang berminat mencari peluang dengan bekerjasama dengan syarikat penerbit rancangan TV, hubaya-hubaya.

Sejak Isnin 25hb Julai, semalam, RTM sudah mengeluarkan borang-borang tender kepada syarikat penerbit rancangan TV.

Baik beringat-ingat: Dalam apa jua sektor industri, ada pemain baik, ada pemain jahat.

Dalam chatbox UNIKA sudah ada pengunjung dengan nama samaran epol yang mencari skrip!

Apabila saudara dihubungi oleh mana-mana syarikat penerbit rancangan TV yang mahu menerbitkan karya saudara buat RTM, beritahu orang itu bahawa saudara sudah melantik PTS sebagai wakil sah saudara dalam semua urusan pemerdagangan karya saudara. Mereka mesti menghubungi PTS.

Perlantikan PTS sebagai wakil sah saudara adalah termaktub dalam dokumen perjanjian penerbitan yang saudara tandatangani.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 25, 2007

Sikap Pencuri Hakcipta Buku Agama

Dari sudut psikologi, bagaimanakah ustaz-ustaz dan penerbit buku-buku agama tergamak mencuri hakcipta buku-buku agama, baik dari Indonesia mahupun dari negara-negara Arab.

Mereka mewajarkan perbuatan itu dengan berkata kepada diri sendiri, lebih kurang begini: "Tok-tok Arab itu mewakafkan ilmu mereka dalam buku-buku itu." Mereka tidak pula menghubungi Tok-tok Arab itu bagi mendapatkan kepastian apakah benar buku-buku itu diwakafkan.

Sikap yang sama mereka lakukan ke atas buku-buku karangan penulis Indonesia dan Malaysia.

Buku-buku asli karangan Tok-tok Guru Malaysia dicuri hakciptanya oleh penerbit-penerbit Malaysia. Mereka cetak dan jual buku-buku Tok-tok Guru itu dengan tidak menghantar satu sen pun royalti kepada Tok-tok Guru itu.

Harta-harta wakaf mempunyai undang-undang syariahnya sendiri. Seseorang itu tidak boleh mencuri harta-harta wakaf, lalu memperdagangkannya dengan niat membuat keuntungan bagi kepentingan diri sendiri.

Mereka terbitkan buku-buku Tok-tok Guru itu, jual dan kutip keuntungannya masuk dalam kantung masing-masing. Royalti yang sepatutnya dibayarkan kepada Tok-tok Guru itu mereka kaut, sampai menjadi kaya-raya.

Bagi buku-buku yang sah sudah diwakafkan, cara yang betul adalah, terbitkan buku itu, serahkan royaltinya kepada baitulmal, ataupun serahkan kepada Tok Guru, biar beliau yang menentukan bagaimana royalti itu mahu dimanfaatkannya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Orang Melayu Tidak Suka ‘saya’

Jangan gunakan 'saya' apabila bercakap!

Dalam sebuah kajian psikologi persuasi yang dijalankan di Amerika, para penyelidik cuba mencari apakah terdapat perbezaan antara gaya bahasa yang digunakan oleh individu-individu yang berjaya dengan gaya bahasa mereka yang gagal.

Para penyelidik itu merakamkan perbualan dan percakapan dua kelompok individu - (a) mereka yang berjaya dan (b) mereka yang gagal. Kemudian data rakaman itu dianalisis.

Mereka mendapati memang terdapat perbezaan-perbezaan yang nyata antara bahasa mereka yang berjaya dengan mereka yang gagal.

Salah satu perbezaan itu adalah pada penggunaan kata gantinama - pronoun - I (saya). Mereka mendapati golongan yang gagal lebih banyak menggunakan kata gantinama I (saya) apabila bercakap.

Sebaliknya, individu-individu yang berjaya menggunakan banyak we (kita) dan they (mereka) apabila bercakap.

Mengapakah perbuatan suka bercakap menggunakan I (saya) menghasilkan kegagalan?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Menjadi Trainer: Nota untuk Cik Fifi

Cik Fifi bertanya, semasa dalam sesi training, apakah beliau harus (a) menggunakan nota power-point dalam bahasa Inggeris, dan (b) bercakap campur-campur bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, bagi menunjukkan beliau pandai bercakap dalam dua bahasa itu.

Apabila trainer masuk bilik training, matlamatnya adalah memuaskan hati peserta program trainingnya, yakni memuaskan hati pelanggan.

Adakah dengan menunjuk-nunjuk kita ini orang yang pandai berbahasa Inggeris peserta kursus akan jadi amat puas hati, ataupun tidak puas hati, tentang kualiti training yang mereka terima dalam sesi itu?

Lebih awal, kita sudah berjanji kepada pelanggan bahawa kita akan train ini, ini, dan ini. Itu janji kita, yang kita tuliskan dalam hitam-putih pada brosur training.

Anak panah trainer mesti betul. Apa yang kita cakapkan mesti memuaskan hati peserta. Nanti mereka akan minta kita sambung training lagi.

Objektif kita adalah train, train, train.

Apa perkaitan antara menunjuk-nunjuk kita pandai cakap campur-campur Inggeris-Melayu dengan kualiti training yang disampaikan, dengan objektif memuaskan hati peserta dan dengan menepati janji kita... ayuhai Cik Fifi!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Mencari Idea bagi Fiksyen Sains

Alangkah bagusnya tulisan Profesor Kecil Firdaus Ariff kali ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ancaman Serius Mentaliti “Business-as-Usual”

Bisnes boleh bungkus disebabkan ancaman dari luar dan dari dalam.

Contoh ancaman dari luar adalah perkembangan ekonomi internet. Di negara-negara maju, kedai buku on-line sudah menyebabkan 60% kedai-kedai buku indie bungkus.

Di negara ini, kita meramalkan merebaknya POPULAR ke kota-kota madya diramalkan dapat menyebabkan kedai-kedai buku indie di kota-kota itu bungkus. Fenomena begini sudah berlaku apabila supermarket masuk kota-kota madya, lalu menyebabkan kedai-kedai runcit bungkus.

Salah satu ancaman survival dalam dunia bisnes adalah ancaman-ancaman dari dalam yang disebut 'business-as-usual'.

Dalam fenomena ini, dunia di luar sudah menampakkan tanda-tanda perubahan besar akan melanda, tetapi pegawai-pegawai dalam syarikat tidak perasan akan hal itu, lalu mereka terus menjalankan kerja-kerja hariannya dengan rasa selesa macam biasa....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Undang-undang Hudud dan Perlindungan Hakcipta Karya Terjemahan Teks Quran dan Hadith

Undang-undang hakcipta melindungi karya terjemahan serupa seperti karya asal.

Orang lain tidak boleh mencuri ayat-ayat daripada karya terjemahan saudara sebagaimana karya asal saudara tidak boleh dicuri.

Banyak ustaz-ustaz Malaysia, apabila menulis buku, mereka senang-senang menyalin (baca 'mencuri') ayat-ayat terjemahan Quran dan hadith yang dibuat oleh ustaz-uztaz Indonesia dalam buku-buku yang diterbitkan di Indonesia. Perbuatan ini adalah salah.

Menyalin terjemahan orang lain adalah jenayah mencuri. Ia jatuh di bawah hukum hudud.

Karya terjemahan adalah 'karya asal'. Hakcipta karya asal adalah pada pengarang asal. Hakcipta terjemahannya adalah pada penterjemahnya. Itulah sebabnya perbuatan menyalin terjemahan ayat Quran dan hadith yang dibuat oleh penterjemah lain adalah jenayah.

Apabila sesebuah karya itu diterjemahkan oleh 5 orang penterjemah, maka setiap penterjemah memegang hakcipta terjemahan masing-masing.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Ustaz Tulis Buku

Seorang pensyarah fakulti Islam menulis buku "Halal Haram Kewangan Islam". Katanya, tujuan dia menulis itu adalah supaya pembacanya tahu apa yang halal dan apa yang haram dalam kewangan Islam.

Maka editornya memberitahu bahawa adalah dasar editorial PTS bahawa buku-buku yang ditargetkan bagi bacaan orang awam (bukan ustaz), maka teks Arab tidak diperlukan, cukuplah dengan terjemahannya sahaja.

Si ustaz berkeras mahu supaya dalam buku beliau teks Arabnya mesti dikekalkan. Tujuannya, si ustaz itu mahu mempertahankan ilmunya, yakni supaya ustaz-ustaz lain yang membaca bukunya yakin bahawa ilmu si ustaz itu tinggi, tidak perlu diragui.

Misi PTS adalah memandaikan bangsa, yakni buku-buku PTS adalah bagi bacaan orang biasa-biasa yang tidak tahu membaca tulisan Arab.

PTS tidak menerbitkan buku-buku berkenaan Islam bagi membantu ustaz-ustaz mempertahankan ilmu mereka di depan mata ustaz-ustaz lain.

Tetapi si ustaz itu berkeras mahu bukunya terbit bagi mempertahankan ilmunya.

Hmmm....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku untuk Perpustakaan Desa

Perpustakaan Negara Malaysia membekalkan buku-buku ke semua perpustakaan desa dan perpustakaan KEMAS di seluruh negara.

Bagi saudara yang berminat menulis buku yang sesuai dibeli oleh PNM, tulislah buku-buku yang diperlukan oleh perpustakaan desa.

Sebarang buku yang membantu kerajaan memajukan ekonomi dan penduduk desa adalah sesuai dibekalkan oleh PNM ke perpustakaan desa, seperti topik berikut:

(a) Buku-buku yang membantu orang kampung meningkatkan ekonomi melalui perniagaan kecil.

(b) Buku-buku yang meningkatkan mutu hasil pertanian dan penternakan.

(b) Buku-buku kesihatan dan kesejahteraan keluarga.

(d) Buku-buku motivasi dalam bidang kepimpinan belia dan pendidikan.

(e) Buku-buku yang membantu program-program kerajaan khusus bagi memajukan masyarakat luar bandar.

Setiap tahun PNM menerima bajet khas bagi pembelian buku. Sebagai penulis, kaitkan buku yang saudara tulis dengan keperluan PNM.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 24, 2007

Pesan En. Martias Mohd. Ali

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus ini adalah digalakan untuk menghadiri sesi peneragan mengenai program-program yang ditanderkan oleh pihak RTM sebagai salah satu dari garis panduan bagi membekal skrip kepada produksi yang berdafter dengan pihak RTM. Diadakan pada 25hb Jun 2007 bertempat di RTM pada jam 9 pagi.

Terima Kasih.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Apakah Trainer Perlukan Syarikat

Jika saudara sudah mempunyai buku, apakah saudara perlu mempunyai syarikat sebelum boleh mula masuk ke dalam pasaran training?

Ada trainer yang masuk pasaran sewaktu masih bekerja makan gaji. Apabila mendapat job, beliau ambil cuti, ataupun ambil job pada hujung minggu sahaja.

Apabila saudara buat kerja secara part-time, yuran yang saudara terima pun yuran part-time juga. Ini kerana pelanggan saudara mempunyai persepsi kualiti perkhidmatan saudara adalah kualiti yang sub-standard. Lazimnya saudara dibayar secara jam-jaman.

Ada trainer yang mendaftarkan syarikatnya dahulu, kemudian berhenti kerja, lalu terus 100% masuk pasaran dan tidak mahu toleh belakang lagi, sain mati, kata orang.

Ada trainer yang sejak keluar dari universiti, beliau terus terjun ke dalam pasaran, langsung tidak mahu makan gaji dengan sesiapa.

Ketiga-tiga cara ini semuanya boleh menghasilkan kejayaan mahupun kegagalan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS dan Tali Politik

PTS 'main kedai'. Itulah istilah orang bisnes. PTS tidak 'main politik'. Itulah istilah orang politik.

Jargon 'main kedai' bermakna mind-set Tim PTS adalah menerbitkan buku-buku yang laku dijual di dalam kedai-kedai buku. Itulah sebabnya Tim PTS berfikir kedai, kedai, kedai.

Buku PTS diterbitkan dengan isi kandungan dan rupa wajah yang kedai-kedai buku mahu ambil dan pamerkan dalam kedai. Mudah-mudahan pengunjung kedai mahu membeli buku-buku PTS yang dipamerkan.

Tujuh puluh lima peratus (75%) pendapatan PTS adalah daripada jualan buku dalam kedai-kedai buku, manakala 25% lagi adalah jualan kepada kontraktor-kontraktor buku yang dapat tender membekalkan buku kepada perpustakaan awam. Para kontraktor itu tidak dapat tidak ada 'main tali politik'.

Main kedai adalah cara kerja yang susah. Tetapi ia lebih selamat. Dengan mengamalkan dasar perniagaan main kedai, kita tidak risau siapa turun-naik dalam politik. Kita juga terlepas daripada mengamalkan perkara-perkara yang menyalahi etika bisnes orang Islam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 23, 2007

Bengkel Penulisan Novel Islami Popular (PENDAFTARAN DITUTUP!)

Pihak PTS Millennia Sdn Bhd dalam proses mencari bakat-bakat penulis yang berminat bekerjasama dengan pihak kami bagi menghasilkan novel Islami. InsyaAllah dalam masa terdekat pihak PTS Millennia akan menganjurkan satu bengkel khusus bagi melatih bakat-bakat ini mengenai dunia penulisan novel Islami popular.

Bengkel tersebut akan dikendalikan oleh saudara Faisal Tehrani, seorang sasterawan muda yang meningkat naik. Kepada sesiapa yang berminat menyertai bengkel ini, boleh menghantarkan email kepada Cik NurulHafizah Mokhtar di email .(JavaScript must be enabled to view this email address) ataupun terus menghantarkan diskusi di ruangan artikel ini.

PENDAFTARAN DITUTUP!


Tarikh dan tempat akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih.

Terima kasih di atas minat yang ditunjukkan. InsyaAllah pihak kami akan maklumkan bengkel yang seterusnya daripada masa ke semasa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Permalink

Bisnes adalah Reputasi

Kata orang putih: Business is raputation. Maknanya: Bisnes adalah nama baik.

Dalam dunia bisnes, penulis adalah orang bisnes. Bisnes penulis adalah membekalkan kepada penerbit manuskrip-manuskrip yang berpotensi laku di pasaran.

Penerbit dan penulis adalah rakan niaga. Selagi reputasi sesebuah penerbit itu kekal baik, selagi itu penulis mahu membekalkan manuskrip kepadanya.

Demikianlah halnya dengan penulis. Selagi reputasinya baik, selagi itu penerbitnya mahu menerima manuskrip yang dibekalkan oleh penulis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ada-ada Sahaja - Penulis Tarik-tarik Rambut

Pada masa ini salah satu cerita hangat dalam blog-blog penulis perempuan adalah kes penulis perempuan hendak menyaman penulis blog perempuan yang mengutuk karyanya dalam blog. (Kira macam perempun tarik-tarik rambut jugalah.)

Katanya, penulis itu sudah buat laporan polis. Kononnya polis sedang buat siasatan. (Biar betul. Kes libel - saman malu - adalah kes sivil, bukan kes jenayah. Bukan kerja polis hendak siasat kes perempuan mengumpat perempuan.)

Pada suatu masa dahulu, Sifu pernah dikutuk oleh seorang nama besar dalam dunia kritikan sastera. Beliau menyiarkan kutukannya itu dalam ruangan sastera akhbar perdana. Puncanya, saya mengkritik karya beliau dengan menyenaraikan bahagian-bahagian yang pada pendapat saya tidak berkualiti.

Kawan baik saya yang mula-mula terbaca artikel itu dan bertanya, "Hang dah baca?"

"Belum," jawab saya.

"Eloklah hang jangan baca. Nanti hang pengsan!" kata kawan baik saya itu sambil mencampakkan akhbar itu ke atas sofa.

"Dia tulis apa?" saya bertanya.

"Dia suruh hang masuk sekolah balik!" kata kawan baik saya.

Saya pun ikut nasihatnya. Saya tidak baca artikel yang mengutuk saya itu.

Beberapa lama kemudian, saya berjumpa tokoh itu dalam seminar sastera. Saya buat baik sahaja. (Drama!)

Selepas seminar saya belanja dia minum. Saya pura-pura tidak pernah tahu apa yang dia pernah tulis tentang kebodohan saya. Sampai sekarang dia senyum lebar dan amat ramah apabila bertemu saya dalam majlis-majlis sastera.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Benda Elok: Mengapa Orang Tidak Suka

Mari kita belajar menulis.

Manusia suka benda-benda baik. Wajah yang tampan, orang suka. Perempuan jelita, lelaki suka. Kereta yang cantik, orang suka. Rumah yang bagus, orang suka. Makanan yang lazat, orang suka. Ini hukum alam.

Banyak buku dan majalah yang isi kandungannya baik, dan ditulis dengan niat baik, tetapi orang tidak suka beli, dan tidak suka baca. Pengedar pun tidak mahu edarkan buku itu. Akhirnya berlonggok dalam setor.

Banyak rancangan TV yang baik, tetapi orang tidak suka menontonnya. Banyak khutbah yang mesejnya baik, tetapi jemaah tidur... Ini menyalahi hukum alam. Tentu ada yang tidak betul.

Mari kita belajar teknik menulis dan menerbitkan buku-buku yang baik, supaya orang suka membeli dan membaca buku kita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Menulis dan Menerbitkan Benda-benda yang Betul

Di luar sana begitu banyak perkara yang tidak betul, antaranya adalah rancangan TV, akhbar, majalah-majalah dan buku-buku yang memperdagangkan bahan-bahan tidak betul, yang membahayakan masyarakat.

Sebagai penulis dan penerbit, kita mempunyai dua pilihan:

(1) Menulis dan mengutuk benda-benda yang tidak betul itu.

(2) Menulis dan menerbitkan bahan-bahan yang betul.

Kuasa menapis benda-benda yang tidak betul ada pada (a) Kementerian Dalam Negeri dan (b) Kementerian Penerangan.

Jika kita mengutuk benda-benda tidak betul itu, orang awam akan bertanya, "Mana dia yang betul supaya kami baca dan tonton?"

Jadi, mari kita menulis benda-benda yang betul, supaya kita dapat memberitahu orang awam, "Ini yang betul. Bacalah ini."

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 4 pages  1 2 3 >  Last »