Penerbit buku-buku Melayu mesti mempunyai misi yang dengan jelas mahu menguntungkan orang Melayu. Dengan menguntungkan orang Melayu, kita menguntungkan semua pihak dalam negara ini.
Bangsa-bangsa lain di negara ini tidak mungkin untung apabila orang Melayu mengalami pelbagai masalah ekonomi, sosial dan pendidikan, kerana apabila orang Melayu melihat bangsa-bangsa lain lebih untung maka orang Melayu berasa tidak puas hati. Perasaan tidak puas hati ras itu adalah bom jangka politik yang amat berbahaya.
Penerbit buku-buku Melayu tidak boleh mempunyai sikap
monkey-see-monkey-do: Tengok apa penerbit asing buat, ikut apa penerbit asing buat, tanpa mengira kesan negatifnya ke atas ekonomi, sosial dan pendidikan Melayu.
Sebagai contoh, kalau penerbit asing mewajibkan unsur asmara panas dalam novel popular, maka penerbit novel Melayu pun memasukkan unsur asmara panas dalam novel-novel terbitannya.
Ataupun, kalau penerbit asing menerbitkan buku-buku pelancongan yang menguntungkan negara-negara Barat dan musuh Islam, maka penerbit buku Melayu pun ikut menerbitkan buku-buku pelancongan yang menguntungkan negara-negara Barat dan musuh Islam.
Ataupun, apabila penerbit asing menerbitkan komik-komik remaja yang diselitkan unsur-unsur cabul, maka penerbit Melayu pun ikut menerbitkan komik-komik Melayu yang menyelitkan unsur-unsur cabul.
Cukuplah dengan sikap
monkey-see-monkey-do yang berleluasa diamalkan oleh stesen-stesen TV negara ini.
Penerbit buku-buku Melayu tidak patut bekerja dengan sikap anti-intelek sebagaimana yang ada pada kalangan peneraju media hiburan kita.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o