Friday, June 15, 2007

Siapa Pembayar Royalti Paling Baik

Berdasarkan maklumat yang kita ada, penerbit yang paling berdisiplin membayar royalti pengarang-pengarangnya adalah ALAF21.

ALAF21 bukan hanya mengira dengan tepat jumlah royalti itu, malah syarikat tersebut membayar royalti 4 kali setahun. Tidak ada mana-mana penerbit lain, tidak juga DBP, memiliki kecekapan seperti itu.

Jadi, tidak hairanlah ALAF21 menjadi pilihan pertama semua penulis novel cinta.

Faktor yang membolehkan jabatan kewangan ALAF21 mencapai tahap kecekapan itu adalah cara bisnes ALAF21.

ALAF21 menjual novel-novel terbitannya secara tunai kepada pengedar dan kedai-kedai buku - macam kedai runcit! Tidak ada sistem hutang. Novel keluar, duit tunai masuk.

Jadi, bagi setiap naskhah yang keluar dari setor ALAF21, tidak ada yang 'return'. Jadi, buku akaun ALAF21 memang cantik, memang kemas.

ALAF21 juga mewajibkan para pengedarnya meletakkan wang cagaran tunai yang tinggi ke dalam akaun bank ALAF21. Pengurusan risiko seperti ini adalah amat bagus, sebab kalau pengedar tidak bayar hutang, wang cagarannya akan didebit.

Jadi, dalam sistem ALAF21 tidak ada risiko hutang lapuk, risiko buku return, ataupun risiko ditipu pengedar. Inilah faktor yang membolehkan ALAF21 membayar royalti dengan amat cekap.

Tidak ada penerbit lain di bumi Malaysia ini yang mampu buat bisnes cara ALAF21. DAWAMA-DBP pun tidak. PTS pun tidak.

Semua penerbit lain di Malaysia berniaga dengan memberikan kredit kepada pengedar, kedai-kedai buku dan agen-agennya.

Berniaga dengan cara kredit menyebabkan buku akaun penerbit tidak kemas. Ia comot - sebab ada rekod buku keluar setor, ada rekod jualan, ada rekod kutipan hutang, ada rekod hutang lapuk, ada rekod buku return, ada rekod buku rosak, ada rekod buku promosi, dan entah apa-apa lagi rekod...

Inilah faktor yang menyebabkan sistem pengiraan royalti menjadi rumit. Tetapi sistem kredit begini amat disukai oleh pengedar, kedai buku dan agen-agen... sebab buku-buku yang tidak laku dapat mereka pulangkan ke setor penerbit.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Terbaru Tuan Guru Abd. Hadi Awang

Ini satu lagi buku baru dari Tuan Guru Hj. Hadi Awang.

Semua royalti daripada jualan buku-buku beliau di PTS diwakafkan kepada sekolah agama yang beliau dirikan di Rusila.

Jumlah pelajar di sekolah itu hampir seribu orang dan tidak menerima sebarang bantuan lagi daripada pihak kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat.

Sehingga saat ini buku-buku beliau laku keras. Setiap kali saudara membeli buku-buku Tuan Guru, saudara membantu sekolah agama itu.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Bahasa Komitmen

Dalam salah satu hadith Nabi Muhammad, beliau tidak membenarkan kita menggunakan perkataan yang bermakna 'kalau' atas alasan perkataan itu adalah perkataan yang 'lemah'.

Rupa-rupanya, lebih seribu tahun kemudian, pakar-pakar konumikasi persuasif Barat juga menyenaraikan perkataan 'if' sebagai perkataan yang tidak boleh digunakan apabila kita bermaksud hendak mendapatkan keyakinan orang.

Alasan yang dikemukakan oleh pakar-pakar Barat itu adalah perkataan 'if' (kalau) adalah perkataan yang menunjukkan orang yang menggunakannnya itu tidak mempunyai komitmen mahu melakukan apa yang dikatakannya. Patutlah... perkataan 'if' dan 'kalau' menjadi perbendaharaan kata orang-orang politik.

Baca buku 'Straight Thinking, Crooked Thinking' yang amat terkenal itu, di mana kita diberitahu apabila kita hendak melepaskan diri daripada janji yang kita buat, gunakan 'if' dan 'kalau' sebanyak-banyaknya semasa membuat janji itu. Jadi, apabila orang menagih janji tersebut, kita dapat katakan, "Saya kata, 'kalau'...."

Rupa-rupanya, perkataan 'if' dan 'kalau' adalah salah satu ciri bahasa mereka yang hipokrit, yang munafik, yang berjanji palsu.

Patutlah Nabi Muhammad menggunakan perkataan 'apabila' atau 'when'. Perkataan ini adalah perkataan yang mengandungi komitmen.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 14, 2007

Ini Dia Fantasi Bermutu Sastera!



Jaka Suria penjejak penawar,
Cemeti Naga senjata setia.
Sekali dilibas musuh terketar,
Memohon ampun beria-ia.


Akan segera menemui remaja. Kini sedang dalam proses cetak....

Alamak! Kaki ayam pula hero kita!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(21) Diskusi Kuliah | Permalink

Selebriti dan Royalti

Ini gosip tentang cerita daripada sesama rakan penerbit buku. Ada sebuah penerbit yang berminat menerbitkan buku masakan dalam dua edisi, satu edisi Bahasa Melayu, satu lagi edisi bahasa Inggeris.

Si penerbit pun mencari seorang chef yang sudah ada nama, yakni sudah selalu muncul di TV supaya menjadi 'penulis' buku masakan itu.

Faktor 'nama' memang penting dalam sektor buku masakan, sebab buku yang 'ditulis' oleh chef popular terbukti jualannya lebih baik daripada buku yang ditulis oleh chef tanpa nama.

Tetapi chef tersebut meletakkan harga yang terlalu tinggi bagi poket si penerbit, lalu penerbit itu pun menarik balik tawarannya, dan sekarang sedang mencari chef lain.

Moral gosip ini: Hendakkan banyak sangat, langsung tidak dapat royalti...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Doa Nabi Yusuf

Bagi yang tidak ke masjid (mentee perempuanlah itu), jenguk blog Tuan Kahar Jalil. Ada entri yang menarik dalam laporan isi kuliah penulis PTS, Dr. Hassan Ali, di Johor Bharu baru-bari ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel PTS Mencetuskan Angan-angan

Kajian pakar-pakar psikologi kejayaan (success psychology) mendapati individu-individu yang berjaya mempunyai banyak perbezaan dengan mereka yang kurang berjaya.

Salah satu perbezaan itu adalah jumlah angan-angan. Di dapati, individu-individu yang berjaya mempunyai lebih banyak angan-angan daripada mereka yang kurang berjaya.

Hasil kajian pakar-pakar psikologi itu membuktikan adalah salah apabila ibu bapa dan guru-guru tidak menggalakkan budak-budak memasang banyak angan-angan.

PTS akan menerbitkan novel-novel inspirasi dengan tujuan menyalakan mentol-mentol angan-angan budak-budak yang membaca novel-novel PTS.

Buku-buku PTS perlu memberikan maklumat pelbagai kerjaya supaya apabila budak-budak kampung membaca buku-buku itu, mereka timbul angan-angan mahu menjadi macam hero dalam cerita itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Bisnes Buku adalah Kebun Ular

Bisnes buku adalah kebun ular. Jika takut dipatuk ular, jangan masuk kebun ular.

Membuka bisnes penerbitan buku bukan mainan modal kecil. Apabila pengedar tidak mahu membayar hutang RM75 ribu, kerugian saudara bukan RM75 ribu tetapi lebih, sebab royalti buku-buku yang saudara sudah jual kepada pengedar itu, saudara wajib bayar juga!

Apabila pengedar tidak bayar hutang, itu bukan masalah pengarang. Saudara tidak boleh berkata kepada pengarang, "Minta maaf, Tuan Sheikh. Pengedar tidak bayar hutang, jadi kami tidak dapat bayar royalti tuan."

Isunya di sini, buku Sheikh itu sudah saudara jual kepada pengedar itu. Soal saudara gagal mengutip hutang, itu soal lain, itu masalah saudara, itu bukan masalah pengarang. Bayar royalti, mesti bayar!

Begitu juga, saudara tidak boleh berkata kepada pencetak, "Minta maaf, En. Pencetak. Pengedar tidak bayar hutang kami, jadi saya tidak dapat bayar hutang encik."

Si pencetak sudah cetakkan buku itu untuk saudara. Saudara mesti bayar hutangnya. Kalau tidak, lain kali dia tidak mahu mencetak buku-buku saudara lagi.

Kalau saudara fikir saudara boleh minta pencetak lain mencetak buku saudara, minta maaf, para pencetak itu semuanya saling rujuk-merujuk antara satu sama lain. Mereka saling bertukar-tukar maklumat tentang rekod putih-hitam penerbit.

Sudahlah saudara rugi RM75 ribu, saudara tetap kena bayar royalti buku-buku itu (kalau 10% = RM7,500.00), dan saudara mesti bayar hutang pencetak (kredit 3 bulan sahaja).

Kalau syarikat saudara kecil, hutang RM75 ribu itu memang boleh membuat saudara tersungkur. Duit itulah yang saudara perlu roll - pusingkan - bagi membayar gaji, sewa, hutang pencetak, utiliti dan lain-lain.

Apabila duit RM75 ribu itu tidak masuk, saudara tidak dapat membayar gaji, sewa, utiliti, pencetak... bisnes saudara tercekik. Habis cerita.

Melainkan modal saudara besar, jadi saudara dapat serap kerugian RM75 ribu itu.

Dunia bisnes adalah kebun ular yang di dalamnya ada batu geliga sakti. Untuk survive dalam kebun ini, saudara bukan setakat pandai menulis buku yang laku, saudara memerlukan ilmu yang banyak, dan saudara juga mesti mempunyai modal yang banyak.

Kita sangat menasihati saudara, fikir masak-masak sebelum hendak menjadi pengarang self-published. Nasib tak baik, kata orang, saudara yang 'miskin' jadi makanan pengedar kaya.

Kalau modal saudara tidak sampai minimum RM500 ribu, lebih baik saudara kekal menjadi penulis, serahkan manuskrip saudara kepada penerbit profesional, yang tahu bagaimana hendak ketuk ular-ular itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 13, 2007

Ini Pula Nasib Penerbit Ditipu Pengedar

Jika saudara sedang merancang hendak masuk dunia penerbitan buku Melayu, baca entri ini baik-baik. Maklumlah, banyak orang tengok dunia bisnes buku Melayu berkembang pesat, maka tergeraklah hati hendak masuk kebun ular ini.

Risiko saudara yang pertama-tama bukan buku saudara tidak laku, tetapi pengedar tipu saudara. Orang lama macam PTS sudah mengalaminya.

Pengedar penipu itu ("K..B..") adalah nama lama dalam dunia pengedaran buku, khususnya dahulu, ia amat aktif mengedarkan buku kanak-kanak, sekarang ia juga mengedarkan buku-buku umum dan novel.

Beginilah cara pengedar seperti "K..B.." menipu saudara.

Mula-mula, semasa saudara belum percaya kepadanya, berapa buku saudara hantar, dia bayar elok. Saudara pun hantar lagi, dia bayar lagi.

Makin lama, saudara makin menaruh kepercayaan kepada "K..B..". Dia pula semakin menaikkan jumlah pesanannya, makin lama makin besar. Mula-mula RM5 ribu, dia bayar. Naik RM10 ribu, dia bayar. Naik RM20 ribu, dia bayar. Naik, naik, naik... sampai RM75 dia tidak bayar!

"K..B.." bukan tidak ada duit. Buku-buku saudara pun laku dijualnya, maknanya duit itu ada.

"K..B.." mahu saudara tersungkur. Tutup bisnes. Gulung tikar. Dengan itu dia tidak perlu bayar hutang saudara! Yalah, buat apa bayar hutang syarikat yang sudah tutup?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

He he he…!

Ini dia buku yang ditunggu-tunggu!

Buku ini sedang berada di kilang cetak dan akan masuk setor dalam masa beberapa hari lagi.

Jangan malu membaca buku ini di tempat awam, seperti dalam LRT, di stesen kereta api, dalam bas, dalam cafe, malam dalam masjid. Pasti orang yang terpandang buku apa yang saudara sedang baca akan terkekek-kekek ketawa!

Wajah buku ini yang dibuat begitu 'lembut' dapat melembutkan hati sesiapa yang terpandang saudara sedang membaca buku ini.

Bagi saudara yang sedang berangan-angan mengamalkan Sunnah ini, membeli buku ini adalah pelaburan murah.

Bagi saudara yang selalu tidak puas hati dengan cara saudara dilayan isteri, beli buku ini, simpan dalam laci kereta... isteri saudara akan dapat mesej itu! Insya Allah, saudara akan dapat melihat perubahan yang nyata!

Kepada Tim PTS ISLAMIKA diucapkan tahniah kerana desain cover buku ini memberikan gambaran poligami adalah konsep yang tidak menggerunkan.

Selepas ini ada sesiapa mahu menulis buku TIP-TIP ANTI-POLIGAMI?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(16) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 12, 2007

Surat dari Profesor Kecil Saya: Bagaimana Strategi Disney Masuk Pasaran India

Assalamualaikum, Pn. Sifu.

Moga dalam keadaan sihat sejahtera dan bisnes juga bertambah makmur.

Ayat-ayat seperti di atas sudah menjadi budaya mentee-mentee Puan. Bila kami saling berhubung ayat-ayat pemula sebegini menjadi motivasi juga!

Saya hendak kongsikan sesuatu yang saya baca dari Wall Street Journal edisi semalam. Terdapat satu artikel khas tentang bagaimana Disney hendak memasuki pasaran di India. Saya fikir ia sangat relevan dengan bisnes Puan.

Disney selama ini cuma mengasak pasaran India dengan produk-produk dari Barat tetapi kurang berjaya. Terlalu mahal, tidak diminati.

Masalah utama ialah masyarakat tidak dapat 'connect' dengan produk-produk Disney. Mungkin mereka belajar perkara ini daripada pengalaman mereka di China di mana pengunjung-pengunjung Disneyland Hong Kong tidak dapat 'connect' dengan watak-watak dan cerita di situ.

Kini, Disney akan bekerjasama dengan Yash Raj Films - produser filem-filem hit Bollywood itu.

Mereka mula mengadaptasi filem-filem Disney untuk disesuaikan dengan citarasa India. Contohnya 'High School Musical' versi US memaparkan sebuah pasukan bola keranjang. Versi Hindi akan ditukar kepada pasukan kriket. Ada logiknya kerana kriket adalah obsesi nasional di sana.

Merchandise juga diubah mengikut keperluan masyarakat India. Oleh kerana masyarakat kelas menengah semakin membesar dan mementingkan pendidikan maka mereka memilih untuk menjual alat-alat keperluan sekolah dahulu.

Beg sekolah di India adalah lebih besar dari versi US kerana sekolah India tiada locker, dan mereka menjual thermos sebagai ganti botol air biasa kerana banyak sekolah India tiada water cooler.

Disney juga memulakan produksi rancangan tempatan seperti "Dhoom Machaao Dhoom" iaitu kisah seorang remaja yang menemui kembali identiti India-nya selepas tinggal di Amerika. Juga ada siri "Vicky & Veetal" - kisah seorang budak dengan hantu baik. Di sini mereka mengambil kesempatan atas minat masyarakat terhadap perkara-perkara supernatural.

Reformulasi Disney Channel India juga telah berlaku di mana mereka 20%-40% kandungan tempatan. Tema baru juga telah dicipta iaitu "percaya diri, ekspresi diri, raikan keluarga anda".

Mereka juga telah mencipta genre "aspirational storytelling" - khusus untuk generasi baru yang mempunyai cita-cita yang lebih luas daripada ibu bapa mereka. Ini adalah genre yang sedang diusahakan PTS - maka mungkin PTS boleh eksport cerita-cerita ke India tidak lama lagi.

Sasaran Disney ialah pasaran luar US akan menyumbang 50% peratus perolehannya dalam masa terdekat ini. Mereka percaya kepada kuasa Asia maka tiada sebab mengapa kita tidak begitu. Saya juga perlu memastikan 'feel' Asia dalam projek novel itu kuat.

Oh ya, kalau hendak baca artikel penuh WSJ secara online Puan perlu bayar langganannya. Saya dapat baca pun sebab ada complimentary copy dari hotel yang mak saya bawa balik.

Saya memang suka baca WSJ, Newsweek, Times, Edge dan berita-berita ekonomi. Lepas itu, saya berangan-angan jadi owner syarikat-syarikat yang dipaparkan dalam itu! Haha.

Wassalam.

Muhammad Firdaus bin Ariff
Projek Trilogi Kristal

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku dan Yuran Training

Apabila saudara mahu hidup dalam sektor training, saudara perlu mempunyai buku dalam bidang yang saudara train.

Jika saudara mahu train orang teknik berunding yang efektif, saudara perlu menulis buku yang menerangkan teknik-teknik perundingan efektif.

Buku saudara itu memainkan peranan penting bagi menaikkan nilai diri saudara dalam pasaran. Tanpa buku, kredibiliti saudara rendah, oleh itu harga yuran saudara juga rendah.

Trainer yang tidak mempunyai buku dibayar berdasarkan kiraan jam-jaman. Lazimnya saudara dibayar mengikut kadar rasmi kerajaan, umpamanya, RM150 sejam. Dengan kadar ini, sukar bagi saudara hendak hidup sebagai trainer sepenuh masa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Majlis Baca HIKAYAT ABDULLAH

Penganjur: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Tarikh: Sabtu 30 Jun 2007

Tempat: Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

Masa: 9 pagi

Pendaftaran: Hubungi SMS 012-3368142

Hikayat Abdullah (PTS: 2007) dimodenkan oleh Hamzah Hamdani menjadi edisi semi-klasik. Penulis asal Hikayat Abdullah (1849) adalah Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir, guru Bahasa Melayu kepada Stanford Raffles, keturunan Arab-India.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 11, 2007

Menulis Novel yang Mudah Di-telenovela-kan

Novel-novel PTS wajib ditulis menggunakan teknik-teknik penulisan yang menjadikan novel-novel itu mudah dialihkan menjadi skrip animasi, skrip filem ataupun skrip TV.

Inilah sebabnya semua penulis kreatif PTS wajib hadir (a) kursus KJ Method dan (b) kursus teknik surah Yusuf.

Novel yang ditulis menggunakan KJ Method mudah dijadikan skrip filem sebab ia disusun berdasarkan episod-demi-episod, yakni peristiwa-demi-peristiwa.

Manakala gaya penceritaan yang menggunakan teknik-teknik surah Yusuf menjadikan novel itu mudah dijadikan skrip kerana jalan cerita dikembangkan menggunakan dialog dan action.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 10, 2007

Laporan Perjumpaan Sifu dengan AJK SWAM

Jam 3.30 petang hari Sabtu Sifu akan hadir dalam mesyuarat AJK SWAM. Pengerusi SWAM adalah Dato' Yusoff Haslam. Minta mentee-mentee semua menolong Sifunya dengan berdoa.

Laporan: Dalam perjumpaan itu PTS diwakili oleh Chairman PTS sendiri, Prof. Abdullah Hassan (Penasihat PTS), dan Sdr Mat Jan (dari PTS FORTUNA yang diamanahkan memikul tanggungjawab melaksanakan projek-projek dengan SWAM). Seramai 10 orang AJK SWAM hadir.

Dalam fasa pertama pertama PTS dan SWAM akan menerbitkan buku panduan belajar menulis skrip filem dan TV. Buku ini akan diterbitkan sebelum pesta filem 2008. Puan Sujiah Salleh dan Encik Akmal Anas ditugaskan bekerjasama dengan Sdr. Mat Jan melaksanakan projek ini.

Sementara itu Sdr. Mat Jan akan menjalin hubungan kerja dan bisnes dengan orang-orang penting SWAM bagi agenda pelesenan karya-karya penulis PTS bagi tujuan difilemkan, ditelenovelakan dan dianimasikan. Sewaktu perkara ini saya sebutkan dalam perbincangan itu, AJK SWAM menunjukkan minat yang tinggi. Syukur.

Pulang dari majlis perbincangan itu, suatu perkara yang impres saya adalah, wajah-wajah penulis skrip dalam AJK itu ceria-ceria belaka, tidak ada saya dengar ratapan dan keluhan, banyak gurauan dan gelak ketawa, dan masing-masing bercakap tentang kesibukan mereka dengan jadual skrip-skrip yang mereka terpaksa siapkan sebab shooting sudah bermula.

Jadi, alangkah baiknya penulis-penulis novel PTS belajar menulis skrip bagi karya masing-masing nanti.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Nasib Penulis Novel Cinta

Penulis-penulis novel cinta yang baru mencuba nasib, yang belum ada nama, amat terdedah kepada risiko tidak menerima royalti.

Penerbit novel cinta yang membayar royalti penulis dengan betul adalah amat-amat kecil, hanya dua atau tiga sahaja. Yang paling baik rekodnya adalah ALAF21.

ALAF21 menjadi tumpuan semua penulis novel cinta. ALAF21 hanya menerbitkan 3 buah novel sebulan.

Nama UTUSAN tidak sewangi nama ALAF21. UTUSAN juga tidak menjamin dapat menerbitkan novel mereka dengan cepat.

Kebanyakan penulis baru tidak sanggup menunggu lama bagi mendapatkan giliran novel manuskrip mereka diterbitkan oleh ALAF21. Mereka amat ingin melihat novel mereka terbit. Ertinya mereka terpaksa mencari penerbit lain.

Penerbit selain ALAF21 mempunyai kredibiliti yang kurang baik. Yang dulu rekodnya amat baik, sekarang sudah tidak baik lagi, macam-macam cerita yang tidak elok beredar dari mulut ke mulut.

Penerbit baru macam KarnaDya pula tidak masuk ke dalam sektor novel cinta, oleh itu ia memulangkan semua manuskrip yang diterimanya. KarnaDya memfokuskan pada novel-novel remaja sahaja, itu pun mesti ikut kehendaknya.

Yang sanggup menerbitkan novel mereka dengan cepat adalah penerbit-penerbit yang baru muncul di atas persada novel cinta. Maka ke situlah penulis-penulis baru itu menghantarkan manuskrip mereka.

Maka di situlah mereka terkena....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tiru Motivator Ini!

Apabila Dr. Tengku Asmadi menerima pertanyaan daripada mereka yang mendengar ceramahnya, beliau memberikan jawapan sebagaimana doktor-doktor memberikan jawapan.

Doktor-doktor tidak menjawab pertanyaan dengan mengucapkan janji-janji.

Doktor-doktor tidak menyalahkan orang yang bertanya.

Doktor-doktor tidak menyeru-nyeru!

Doktor-doktor hanya menerangkan teknik rawatan dan ubat yang diperlukan oleh orang yang bertanya.

Demikian juga halnya dengan Dr. Tengku Asmadi.

Apabila Dr. Tengku Asmadi ditanya, beliau memberikan teknik 1, teknik 2, teknik 3 dan seterusnya.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Lagi-lagi Penerbit Tak Bayar Royalti

Kita banyak menerima maklumat ada sebuah penerbit novel cinta yang sedang naik namanya yang tidak membayar royalti. Penerbit ini penerbit baru tetapi sudah menerbitkan hampir 40 judul novel cinta.

Di sesetengah kedai buku novel-novel penerbit ini sudah mendapat rak sendiri.

Tiga orang penulis yang tidak puas hati telah pergi mencari alamat penerbit itu, dan akhirnya mereka berjumpa alamat yang tercetak dalam novel-novelnya. Alamat itu adalah alamat sebuah rumah murah yang disewa oleh sekumpulan gadis-gadis kilang.

Kita menasihati penulis-penulis muda supaya berhati-hati memilih penerbit. Tanya dahulu penulis-penulis lain yang lebih senior dan dapatkan maklumat tentang latar belakang sesebuah penerbit sebelum menyerahkan karya saudara.

Untuk info tambahan, tulis emel klik di sini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Apabila Orang Pandai Menulis Buku

Adakah saudara memiliki ijazah PhD?
Adakah saudara seorang pensyarah universiti?
Adakah saudara seorang profesor?
Adakah saudara seorang pegawai tinggi kerajaan?

Banyak orang pandai menulis dengan tujuan hendak membuktikan dirinya lebih pandai daripada orang lain.

Penerbit buku tidak peduli apa tujuan saudara menulis. Bagi penerbit, yang paling penting adalah buku saudara itu dapat dijual!

Bagi PTS, buku saudara itu bukan hanya dapat dijual, pada waktu yang sama buku itu dapat memandaikan bangsa.

Tempat yang tepat bagi saudara menunjukkan saudara lebih pandai daripada orang lain adalah di seminar-seminar akademik. Di situlah orang-orang pandai dalam bidang kepandaian saudara berkumpul. Tunjukkan kepandaian saudara di situ.

Bagi penerbit, buku saudara akan dijual dalam kedai-kedai buku. Kalau selepas 1 bulan buku saudara tidak laku, kedai buku akan pulangkan buku itu ke setor penerbit.

Dalam setor itu buku saudara mengumpulkan habuk. Penerbit pula mengumpulkan hutang kepada pencetak.

Habis cerita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 09, 2007

Penulis Belajar

Kalau pemuzik dan penyanyi dapat hidup sepenuh masa menggunakan bakat mereka, mengapakah penulis tidak dapat hidup selesa dengan pendapatan daripada tulisan mereka.

Ada beberapa perkara penulis dapat belajar daripada mereka dalam industri muzik.

Pertama-tama adalah: Mereka belajar secara formal.

Para penyanyi memang belajar teknik-teknik menyanyi yang betul. Mereka pergi kelas menyanyi. Mereka berguru. Mereka tidak mengharapkan bakat semula jadi sahaja.

Seperti penyanyi, pemain alat-alat muzik memang belajar membaca nota muzik. Mereka belajar teknik-teknik bermain alat-alat muzik. Mereka juga pergi ke kelas muzik. Dan mereka juga berguru.

Mereka sanggup ditunjuk, diajar, dikritik, malah dimarahi oleh guru dan penasihat mereka. Mereka tidak membela diri, tidak defensif.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 08, 2007

Teropong PTS: Apabila POPULAR Membuka Pejabat di London

Ini bukan gosip lagi!

Pengurusan POPULAR sudah mengenal pasti nama eksekutif seniornya yang akan ditugaskan membuka pejabat di London.

Misi pejabat POPULAR di London adalah memilih dan mengimpot sendiri buku-buku Inggeris terbitan Britain bagi dibekalkan ke seluruh rangkaian kedai-kedainya. Jadi, POPULAR tidak akan bergantung lagi kepada pengimpot buku bagi bekalan buku Inggeris dari Britain. Ini adalah berita buruk bagi pengimpot buku Inggeris yang selama ini membekalkan buku-bukunya ke POPULAR.

Dengan mengimpot sendiri, POPULAR dapat menjual buku-buku itu pada harga yang lebih berpatutan. Perang harga ini menguntungkan pembeli. Ini adalah khabar buruk bagi penjual buku Inggeris seperti MPH dan Borders.

Dahulu, dan sampai saat ini, POPULAR terkenal sebagai pengimpot dan penjual buku-buku Cina terbesar di negara ini.

Nampaknya, ada tanda-tanda POPULAR juga mahu menjadi pemain utama sektor buku Inggeris dengan menjadi pengimpot dan penjualnya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu Honorarium

Dalam bahasa biasa, makna honorarium adalah saguhati. Justeru, ia berbeza daripada istilah royalti.

Honorarium dibayar satu kali sahaja. Akhbar dan majalah membayar honorarium kepada penyumbang artikel.

Salah sebuah akhbar Melayu terbesar tidak secara automatik membayar honorarium kepada penulis artikel, cerpen dan sajak yang mereka terbitkan.

Jadi penulis-penulis itu sendiri terpaksa membuat fotokopi karyanya yang diterbitkan itu, hantar kepada akhbar tersebut, dan tagih honorariumnya! Baru dapat bayaran.

Cerita akhbar dan majalah tidak membayar honorarium adalah cerita yang biasa berlaku. Dalam kes seperti ini, kedudukan penulis amat lemah. Hampir tidak ada cara yang munasabah bagi membela nasib sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Tiga Kali Khatam

Kita menerima laporan daripada seorang ibu yang menghadiahkan novel ini kepada anak remaja lelaki yang berusia 19 tahun, bahawa sang anak itu 3 kali 'khatam' membaca novel ini dalam masa 1 minggu.

Kes ini membuktikan bahawa sejarah yang ditulis semula secara kreatif dapat membangkitkan minat generasi muda membacanya dengan sepenuh hati.

Kita juga menerima laporan seorang ayah bahawa anak lelakinya yang berusia 10 tahun selesai membaca novel ini dalam masa 2 hari.

Saya pinjamkan naskhah saya kepada tukang kebun Indon yang menjaga taman seorang jutawan di Janda Baik. Isteri Pak Indon itu membantu menjaga rumah saya.

Saya pinjamkan novel itu kepadanya pagi, petang dia sudah datang dan bersungguh-sungguh dia menceritakan kehebatan sifat-sifat mulia Sultan Salahuddin kepada saya... (Apa dia fikir saya belum baca!) "Sultan Salahuddin mati meninggalkan uang 4 dinar sahaja!" katanya.

Demikianlah kehebatan karya Abdul Latip Talib ini.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Renungan Hari Jumaat: Mentaliti Hadiah-hadiahan

Malam tadi Sifu hadir forum di DBP yang membincangkan Hadiah Nobel, sempena seminar sastera perbandingan yang diadakan mulai Jumaat sampai Ahad ini.

Lagi-lagi isu bagaimana sasterawan Malaysia hendak diketengahkan supaya layak memenangi Hadiah Nobel.

Nabi Muhammad tidak meninggalkan sunnah yang mengajar kita supaya berkarya bagi mendapatkan hadiah-hadiah daripada sesama manusia, apatah lagi hadiah daripada orang-orang kafir!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Jihad Memerangi ‘Infomation Deficit’

Budak-budak di sekolah-sekolah kampung menderita gejala 'kemiskinan maklumat'. Kemiskinan jenis ini adalah lebih berbahaya daripada kemiskinan harta-benda.

Kemiskinan maklumat menyebabkan si mangsa terus kekal miskin.

Penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajarkan subjek sains dan matematik kepada budak-budak kampung semakin memburukkan lagi penderitaan kemiskinan maklumat yang menimpa mereka.

Maksud ayat 4 dalam surah Ibrahim: Allah tidak menghantar Rasul kepada mana-mana kaum melainkan dalam lidah kaum itu.

Keempat-empat buah kitab suci Islam semuanya dalam empat bahasa ibunda nabi-nabi itu yang menerimanya.

Maka kepada orang-orang Arab, Allah menghantar Rasul yang bercakap bahasa Arab, Allah menurunkan wahyunya menggunakan bahasa Arab, Jibrail mengajar Nabi Muhammad menggunakan bahasa Arab, manakala Nabi Muhammad mengajarkan Quran kepada orang-orang Arab menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa penghantar.

Perbuatan guru-guru Melayu mengajar budak-budak Melayu sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris adalah perbuatan mencela Allah, Quran dan Nabi Muhammad.

Tuhan jualah maha mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 07, 2007

Tema Novel-novel Cinta PTS: Kesucian ‘is in’, Kebernodaan ‘is out’

PTS akan menerbitkan novel-novel cinta yang mesejnya sangat jelas: Cinta Suci. Gadis suci. Teruna suci.

Misi PTS adalah membantu para kaunselor, pendidik dan ibu bapa dengan membekalkan kisah-kisah cinta yang indah: Moralnya indah. Ceritanya indah. Bahasa Melayunya indah.

Misi ini misi payah sebab media hiburan, TV khususnya, setiap hari memujuk remaja supaya mencampakkan kesucian mereka ke dalam tong sampah. Lawan tetap lawan. Buku mempunyai pengaruhnya sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Pengantin Suci dalam Novel-novel Cinta PTS

Misi novel-novel cinta PTS berlainan daripada misi novel-novel cinta yang banyak dalam pasaran hari ini sebab hero dan heroin dalam novel-novel cinta PTS adalah teruna dan dara yang mengekalkan kesucian mereka sehingga ke jinjang pelamin.

Adalah misi PTS membekalkan novel-novel percintaan indah yang mendorong remaja supaya memelihara kesucian mereka untuk pasangan mereka nanti.

Sematkan mesej Quran yang membawa maksud perempuan penzina adalah untuk lelaki penzina. Lelaki suci adalah untuk perempuan suci.

Justeru, dengan halus novel-novel cinta PTS mengasuh remaja yang mahu naik pelamin dengan pasangan suci, mereka sendiri mestilah suci semasa menaiki jinjang pelaminnya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Format Sinopsis

Kepada saudara yang mahu menulis untuk PTS,

Tulis emel kepada SifuPTS klik di sini bagi mendapatkan contoh format sinopsis bagi semua cerita, baik cerita novel remaja, novel jibunsyi, novel fantasi ataupun novel sejarah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Pasaran Mahukan Lebih Banyak Novel Jibunsyi

Data jualan novel-novel PTS menunjukkan jualan jibunsyi semakin meningkat hari-demi-hari. Judul-judul yang mula-mula diterbitkan semua sudah habis dalam setor dan sekarang sedang diulangcetak.

Ini adalah indikator bahawa peminat novel Melayu sudah mula kenal novel jibunsyi dan peminat novel ini sudah mula bertambah banyak jumlahnya.

Jualan jibunsyi meningkat apabila pembaca puas hati lalu menceritakan novel itu kepada sahabatnya. Rekomendasi personal begini berlaku perlahan-lahan tetapi kesan amat efektif.

Perkembangan ini mendorong PTS FORTUNA mahukan lebih banyak penulisnya menghasilkan karya jibunsyi orang-orang di sekeliling mereka.

Bagi saudara yang sudah menerbitkan jibunsyi saudara, kita mahukan saudara terus menghasilkan jibunsyi-jibunsyi baru. Dengan demikian para peminat saudara dapat terus menikmati karya baru saudara dari waktu ke waktu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 06, 2007

PTS akan Fokus Pada Novel Cinta Teruna-Dara Suci

PTS akan mula menerbitkan novel-novel cinta untuk pasaran remaja dengan memperkenalkan konsep cinta Islami di mana hero dan heroinnya adalah teruna dan dara suci.

a. Heroin tidak pernah mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

b. Heroin tidak pernah disentuh lelaki bukan muhrimnya, dalam erti kata bersalaman pun dia tidak pernah.

c. Hero dan heroin tidak pernah berada dalam kelompok manusia lelaki perempuan dalam majlis ataupun acara yang tidak dibenarkan agama.

d. Selama percintaan mereka, hero dan heroin tidak pernah berdua-duaan.

e. Pada akhir cerita hero dan heroin tidak jadi berkahwin, ataupun berkahwin dengan orang lain, dan masing-masing bahagia.

Percintaan yang bagaimanakah yang mempunyai ciri-ciri plot begini?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(27) Diskusi Kuliah | Permalink

P. Ramlee - Bapa Bahasa Melayu Moderen Surrealistik

Dalam filem Ibu Mertuaku Kassim dan ibu mertuanya, masing-masing menggunakan gantinama aku dan engkau apabila bercakap sesama mereka berdua. Dalam realiti dunia material, tidak ada orang Melayu yang bercakap menggunakan bahasa sebagaimana yang digunakan oleh Kassim dan ibu mertuaya itu, sebagaimana tidak pernah ada lelaki yang membutakan dirinya sendiri menggunakan garfu. Dalam dunia mental Ibu Mertuaku, P. Ramlee mencipta fenomena linguistik surreal di mana seorang anak menantu yang elok karekternya, dalam keadaan mentalnya waras, tetapi bercakap kepada ibu mertuanya menggunakan gantinama aku dan engkau. Menonton Ibu Mertuaku bukan menonton dunia real, melainkan menonton dunia surreal. Dunia surreal adalah dunia mental. Realiti surreal adalah realiti ciptaan yang hanya wujud dalam minda manusia. .

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 05, 2007

Bahasa Melayu Sur-Realistik

Istilah sur-real, sur-realisme dan sur-realistik lazimnya digunakan dalam seni lukis.

Imbuhan sur bermakna lebih tinggi atau di atas. Justeru sur-real bermakna lebih tinggi daripada yang 'real'.

Bagi saudara yang berminat melihat contoh Bahasa Melayu gaya sur-real, tulis emel kepada klik SifuPTS.

Lukisan ini karya Salvador Dali, bapa aliran surrealisme moderen dalam senilukis.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Pasaran Novel Cinta

Sudah dua tahun pasaran novel cinta jatuh.

Pemain-pemain dalam sektor ini sedang memikirkan apakah strategi yang dapat digunakan bagi mendapatkan semula keyakinan khalayak novel cinta supaya kembali membeli novel-novel cinta.

Pengedar terbesar novel cinta di Malaysia adalah Syarikat FAJAR. Semua penerbit novel popular menggunakan Syarikat FAJAR sebagai pengedar.

Semasa Pesta Buku 2007 (PBAKL) di PWTC yang lalu, kita sempat membuat kiraan judul-judul novel cinta yang terbaru dalam booth FAJAR.

Didapati, 75% judul novel popular terbaru yang dipamerkan adalah terbitan nama-nama penerbit baru! Hanya 25% judul baru adalah terbitan 2 buah pemain utama tradisonalnya, yakni ALAF21 dan CREATIVE.

Dalam perbualan dengan pemilik Creative semasa pesta buku itu, beliau melaporkan jualan di booth Creative menurun berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Perbualan dengan petugas di booth FAJAR juga memberikan maklum balas yang serupa, bahawa jualan novel popular tahun 2007 menurun.

Nampaknya, pada saat pasaran novel cinta sedang mengalami kejatuhan, kita menyaksikan kemunculan penerbit-penerbit baru dalam sektor itu. Ini adalah fenomena yang tidak disangka-sangka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Perkataan ‘Malaysia’ Dianggarkan Bernilai RM300 juta

Adalah dianggarkan, apabila perkataan 'Melayu' pada istilah Bahasa Melayu ditukar kepada 'Malaysia' nilai bisnes yang dicipta adalah sekitar RM300 juta. Itulah nilai buku-buku sekolah yang mesti dicetak semula dan dibekalkan semula kepada Kementerian Pelajaran.

Inilah dia yang dikatakan 'repeat-business'. Buku-buku yang sama dijual 2 kali kepada Kementerian Pelajaran.

Jangan tanya nilai buku-buku teks yang mesti dibuang, yang dulu sudah dibeli menggunakan duit rakyat. Itu tidak relevan.

Empat lima tahun lagi, "Malaysia' akan ditukar pula kepada Bahasa 'Melayu' lagi... Repeat-business lagi!

Apakah ini tanda pilihanraya sudah amat dekat. Mungkinkah sebahagiannya daripada RM300 juta itu dapat dimasukkan ke akaun politik Si Fulan-Fulan yang mencipta peluang bisnes itu.

Nota: Rugilah PTS tidak dapat durian runtuh daripada repeat-business ini sebab PTS asyik gagal mendapat kontrak membekalkan buku teks kepada Kementerian Pelajaran!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

‘Bahasa Malaysia’: Siapa Hilang Duit, Siapa Buat Duit

Apabila istilah 'Bahasa Melayu' ditukar menjadi 'Bahasa Malaysia' ada orang hilang duit, ada orang dapat duit!

Penerbit buku-buku sekolah tiba-tiba pening kepala. Buku-buku yang sekarang menggunakan istilah 'Bahasa Melayu' dalam sekelip mata sudah out-of-date. Apa mereka hendak lakukan kepada buku-buku yang masih ada dalam setor?

Jika Kementerian Pelajaran mahukan supaya semua buku sekolah menggunakan istilah 'Bahasa Malaysia' pencetak buat duit. Tidak semena-mena mereka dapat durian runtuh!

Berpuluh-puluh juta RM nilai buku sekolah yang terpaksa dicetak semula. Siapakah pencetak yang memilik mesin cetak web?

Buku-buku yang ada terpaksa dijual sebagai kertas buruk. Syarikat penjual kertas buruk pun dapat duit! Siapakah pemilik, pembeli dan kilang pengitar kertas buruk itu?

Kedai-kedai buku terpaksa bekerja lebih memulangkan buku-buku ke setor penerbit. Buku-buku baru terpaksa dihantar ke semua kedai dan semua sekolah.

Syarikat lori pengangkutan dapat bisnes! Siapa pemilik lori-lori itu?

Penjual kertas tersengih! Tiba-tiba beratus tan kertas dipesan oleh pencetak. Siapakah pengimpot, pengedar dan penjual kertas itu?

Penjual dakwat cetak pun tersengih. Siapakah pengimpot, pengedar dan penjual dakwat cetak?

Syarikat binding buku dan pemotong buku pun tersengih! Siapakah mereka?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(30) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Popular

Baca Nazmi Yaakub melaporkan pandangan Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM), UKM, Prof Madya Dr Misran Rokimin tentang senario pasaran novel popular dalam Berita Harian hari ini.

Ahli akademik itu mengatakan novel-novel popular masih laku 50 ribu naskhah. Dari mana beliau mendapatkan statistik itu, tidak pula disebut sumbernya.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 04, 2007

Ancaman POPULAR kepada Kedai Buku Indie

Kemaraan POPULAR ke kota-kota madya, atau bandar saiz sederhana, di seluruh Malaysia adalah khabar yang sudah lama diharap-harapkan oleh para penerbit buku ilmu seperti PTS, kerana ini bermakna infrastruktur pemasaran buku ilmu akan bertambah baik.

Selama ini kota-kota madya Malaysia tidak mempunyai kedai-kedai buku yang baik. Kedai-kedai yang ada hanya menjual buku-buku ulangkaji peperiksaan dan alat tulis. Inilah faktor yang menyekat peningkatan jumlah jualan buku-buku ilmu.

Apabila POPULAR membuka cawangannya di kota-kota madya seluruh negara, ini bermakna, bagi penerbit seperti PTS, automatis ia dapat meluaskan daerah pasaran buku-bukunya. Pendek kata, ke mana POPULAR pergi, ke situlah buku-buku PTS dapat ikut pergi.

Selama ini 80% buku-buku terbitan PTS dijual dalam kedai-kedai buku di Lembah Kelang dan bandar-bandar utama seperti Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kota Bharu.

Namun, apabila ada pihak yang beruntung, akan ada pihak yang kerugian. Kemaraan POPULAR ke kota-kota madya seperti Segamat, Kemaman, Temerloh, Taiping dan lain-lain adalah ancaman paling serius yang dihadapi oleh kedai-kedai buku indie di kota-kota madya itu.

Dapatkah kedai-kedai buku indie survive apabila budak besar yang bernama 'POPULAR' ini masuk bermain dalam padang kecil mereka?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Adat Berniaga dengan Rangkaian Kedai Buku Elit

Setiap korporat mempunyai budaya niaganya masing-masing. Kedai-kedai buku korporat seperti POPULAR dan MPH pun demikian jugalah. Masing-masing mempunyai tatakerja dan pantang-larang masing-masing.

Apabila kita mempunyai bisnes dengan mereka, ada adat dan adab-adab kerja yang mesti dipatuhi, supaya hubungan perniagaan itu terus berkembang dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Ambil kes POPULAR yang sedang mengadakan Bookfest 2007 di KLCC CC saat ini. Sempena event itu, pengurusan POPULAR mengadakan makan malam gala di Mandarin Hotel. Mereka menjemput semua pembekal buku dan stationary POPULAR membeli meja pada malam itu.

Disebabkan harga setiap meja itu mahal, PTS (pembekal buku umum terbesar - ambil 5 kerusi), HIDAYAH (pembekal buku agama terbesar - ambil 2 kerusi) dan FAJAR (pembekal novel popular terbesar - ambil 3 kerusi) berkongsi membeli sebuah meja. Jumlah 10 kerusi. Itulah 1 meja 'Melayu' pada malam itu.

Kata Encik Saiful dari HIDAYAH, "Kita dapat duduk di sini malam ini pun sudah kemajuan! Dulu Melayu tidak merasa berniaga dengan POPULAR..."

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Nasib Penulis: Kali ini Penulis Novel Fantasi

Dalam bengkel fantasi anjuran PTS yang lalu, begitu ramai yang hadir sehingga tidak cukup kerusi. Ada yang duduk di luar bilik kuliah sahaja, kepala terjengah-jengah dalam pintu!

Salah seorang peserta yang hadir, menunjukkan kepada Sifu 2 naskhah novel fantasinya.

Saya tengok, kedua-dua naskhah itu adalah novel yang serupa. Sebagai 'orang lama' dalam dunia buku, mata saya tajam, lalu serta-merta saya dapat melihat kedua-dua buku itu serupa serba-serbi, kecuali warna kertasnya!

Saya mengesyaki, novel beliau itu sudah diulangcetak, itu sebab kertasnya tidak serupa, tetapi tidak dinyatakan demikian pada halaman imprintnya.

Perbuatan seperti ini lazim dilakukan apabila penerbit tidak mahu membayar royalti tambahan bagi naskhah ulangcetak. Mereka akan berdusta dengan berkata, "Buku awak tidak laku." meskipun kedai buku memberitahu bahawa buku itu laku, dan sudah banyak kali membuat re-order kepada penerbit.

Novel beliau diterbitkan oleh 'nama baru'. Penerbit baru itu adalah anak syarikat sebuah penerbit komik Melayu yang terkenal saat ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

“Mahukah kamu…”

Sifu sedang melakukan kajian linguistik jenis-jenis frasa yang Nabi Muhammad gunakan apabila beliau bercakap.

Frasa pertama yang saya mahu kaji, dari sudut posisi dan fungsi semantikya, adalah "mahukah kamu...".

Kepada saudara yang hafal hadis, mohon tuliskan contoh ayat-ayat hadis yang dimulakan dengan frasa pertanyaan "Mahukan kamu..."

Saya tidak perlukan matan Arabnya. Cukup dengan terjemahan Melayunya sahaja.

Terima kasih banyak-banyak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 03, 2007

Notis: Anak-anak Yatim Mula Pindah Rumah Sewa Baru

Syukur kepada Tuhan yang maha membantu hamba-hambanya.

Mulai semalam dan hari ini, dengan bantuan sukarelawan dari Security Commission, anak-anak yatim yang menumpang di premis saya akibat rumah sewa mereka terbakar disambar petir dua bulan lalu, akhirnya dapat mula berpindah ke rumah sewa baru.

Rumah sewa baru itu di seberang jalan premis saya! Kalau ada yang menangis kuat-kuat, saya boleh dengar.

Sepanjang mereka berada di bawah jagaan kami berdua, banyaklah pihak yang datang membantu dengan berbagai cara, maka mereka tidak sedikit pun menjadi beban kepada kami.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku KL 2007 dan Bookfest 2007: Apa Bezanya

Pesta Buku Antarabangsa KL 2007 (PBAKL) di PWTC dianjurkan oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan, Kementerian Pelajaran. Anggota-anggota MABOPA secara sukarela membantu kementerian.

Bookfest 2007 di KLCC Convention Centre, dianjurkan oleh pengurusan rangkaian kedai buku POPULAR. Dia satu orang buat! Tidak ada mana-mana pihak lain membantu. Kita tidak boleh komplain apa-apa.

Fokus PABKL mempamerkan buku-buku Melayu dan Inggeris. Fokus Bookfest mempamerkan buku-buku Cina.

Buku-buku Melayu dan Inggeris yang dipamerkan di Bookfest adalah buku-buku Melayu yang dijual dalam rangkaian kedai buku POPULAR. Jadi, buku-buku Melayu yang tidak dibekalkan kepada kedai POPULAR memang takkan ada dalam Bookfest.

Antara judul Melayu di Bookfest, judul PTS paling banyak sebab PTS adalah pembekal judul Melayu paling banyak ke rangakaian POPULAR. Malah dari segi nilai bisnes PTS, bekalan ke POPULAR adalah paling tinggi, mengatasi bekalan ke mana-mana pengedar dan kedai buku lain.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Diskusi Sastera Islam

Razali Endun menulis pelbagai pendapat tentang apa itu sastera Islam yang dikemukakan oleh pemikir-pemikir sastera Melayu.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 02, 2007

Penulis Patut Masuk Pasaran Ceramah

Katakanlah, saudara sudah menerbitkan buku yang bertajuk 'Ibu Bapa sebagai Kaunselor Anak'. Dalam buku itu saudara menerangkan bagaimana cara-cara yang betul bagi ibu bapa menguruskan pelbagai keperluan psikologi dan emosi anak-anak sendiri.

Jualan buku saudara itu nampaknya bagus sebab belum sampai 8 bulan dalam pasaran, ia sudah diulangcetak oleh penerbit. Ini menunjukkan banyak ibu bapa berminat mengetahui cara-cara yang betul memberikan kaunseling kepada anak-anak mereka.

Berdasarkan rekod jualan buku itu, saudara patut masuk ke dalam pasaran ceramah.

Bagaimanakah caranya jika saudara berminat menjadi penceramah bagi menerangkan isi kandungan buku saudara itu?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Khidmat Masyarakat: Pencalonan Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2007

Adakah saudara penulis kelahiran Negeri Sembilan? Pencalonan untuk Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2007 sudah dibuka. Bagi mendapatkan maklumat lanjut baca blog Puan Nisah Haron, Setiausaha PEN (Persatuan Penulis Negeri Sembilan).

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 4 pages  <  1 2 3 4 >