Unsur Kos dalam Sinopsis
Penerbit drama TV mempunyai bajet yang kecil, sebab stesen TV tidak berani membayar mahal. Oleh itu perkara-perkara yang menaikkan kos penerbitan perlu dikurangkan.
Sebagai contoh:
(a) Penggambaran dalam rumah adalah lebih murah daripada penggambaran di luar rumah.
(b) Lokasi yang berhampiran dengan Lembah Kelang adalah lebih murah daripada lokasi yang lebih jauh.
(c) Menyewa prop seperti kereta ambulans, kren, kuda dan yang seperti itu adalah mahal.
(d) Merosakkan kereta untuk babak kemalangan adalah mahal.
(e) Semakin banyak watak dalam stori, semakin tinggi kos produksi.
Faktor-faktor seperti ini perlu diambil kira apabila memilih stori.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Apa itu cross-over?







salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o