Monday, July 23, 2007

Magik dalam Fiksyen Sains

Jikalau saudara berkata, "Niat ingsung, moto kaji, semar ngiseng!" lalu pintu gua terbuka... itu fantasi namanya.

Jika saudara membuka pintu gua itu dengan menekan punat pada sebuah mesin... itu fiksyen sains namanya.

Jika dalam cerita saudara itu, sang hero naik tikar yang dapat terbang lebih laju daripada cahaya, pergi dari satu planet ke planet lain, itu fantasi namanya, sebab penerbangan tikar itu menyanggah hukum-hukum alam semulajadi.

Tetapi jika dalam cerita itu pesawat time-machine ciptaan saudara itu mempunyai ciri-ciri teknikal yang membolehkan ia mematuhi hukum-hukum alam semulajadi ciptaan Tuhan, maka itu fiksyen sains namanya.

Justeru, bukan hanya dunia fantasi yang mesti mempunyai hukum-hukum semulajadinya sendiri, fiksyen sains pun begitu juga. Jika dalam cerita saudara itu ada pesawat yang mampu terbang lebih laju daripada kelajuan cahaya, saudara mesti terangkan perkara itu dari permulaan cerita lagi. Dengan demikian saudara memberitahu pembaca bahawa dalam alam aneh ciptaan saudara itu, penerbangan seperti itu adalah perkara lazim.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Ciri Magik yang Menjatuhkan Mutu Fantasi

Di manakah letaknya sempadan teknikal antara sai-fai dan fantasi?

(1) Apabila cerita itu berlaku di alam lain, tetapi hukum-hukum semulajadi di alam itu serupa dengan hukum-hukum semulajadi di Bumi kita, maka cerita itu adalah cerita sai-fai. Apabila ia tidak serupa, maka cerita itu adalah fantasi.

(2) Cerita sai-fai adalah cerita yang boleh berlaku, tetapi tidak berlaku. Fantasi adalah cerita yang tidak mungkin berlaku.

Kuasa magik adalah mustahil, justeru jika cerita saudara adalah berkenaan kuasa magik, itu cerita fantasi.

Jin tidak dapat dilihat, justeru jika dalam cerita saudara itu ada watak jin yang dapat keluar masuk botol dan dapat saudara suruh arah, itu adalah cerita fantasi.

Mustahil ada binatang yang menghembuskan api keluar dari mulut dan lubang hidungnya, justeru jika ada haiwan seperti itu dalam cerita saudara, maka itu adalah cerita fantasi.

Dalam cerita fantasi, semua boleh berlaku belaka. Menurut Orson Scott Card, apabila dalam cerita fantasi yang saudara cipta itu semuanya boleh belaka, cerita saudara itu tidak bermutu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Di Mana Sempadan Fiksyen Sains dan Fantasi

Sempadan antara fiksyen sains dan fantasi adalah jelas. Ia begitu jelas sehingga kita dapat mengenal pasti ada pengarang yang hanya menulis fiksyen sains, dan ada pula pengarang yang hanya menulis fantasi.

Perbezaan antara fiksyen sains dan fantasi adalah pada:

(a) Cara bagaimana cerita itu dituliskan.

(b) Pembacanya, di mana lebih banyak lelaki membaca fiksyen sains, manakala lebih banyak perempuan membaca fantasi.

Dalam kedai, buku-buku fiksyen sains dan fantasi dipamerkan di rak yang sama. Banyak pengarang yang terkenal menulis kedua-dua jenis buku, di mana mereka menghasilkan buku-buku fiksyen sains dan juga buku-buku fantasi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pokok yang Lebih Tinggi Lebih Banyak Mendapat Angin

Adat hutan, pokok yang lebih tinggi daripada pokok-pokok lain lebih banyak mendapat angin. Begitulah hukum alam.

Saudara mahu menjadi penulis yang lebih glamour daripada penulis-penulis lain, mahu banyak masuk media, mahu banyak muncul di atas pentas, mahu menerima tepukan daripada hadirin, tetapi saudara tidak sanggup dikritik dan dikutuk... saudara menentang hukum alam.

Sebagai penulis berstatus selebriti, saudara menjadi hak masyarakat. Apa yang saudara buat, apa yang saudara tidak buat, diperkatakan orang.

Di kawasan perumahan mana saudara tinggal, kereta apa yang saudara pandu, semuanya diperkatakan orang.

Siapa isteri saudara, apa taraf pendidikan dan profesion isteri saudara, itu pun orang ramai hendak tahu.

Bagi yang tidak sanggup banyak ditiup angin, duduklah sama tinggi dengan pokok-pokok lain.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ayat-ayat Terjemahan dalam Quran

Dalam Quran terdapat banyak ayat-ayat terjemahan. Justeru, bagi pakar-pakar terjemahan yang beragama Islam, ayat-ayat Quran adalah sumber utama bagi membangunkan teori, prinsip-prinsip dan teknik-teknik terjemahan.

Ayat-ayat terjemahan dalam Quran itu adalah ayat-ayat dialog yang diucapkan oleh para malaikat, syaitan, iblis, firaun, kaum-kaum dahulu kala, dan semua nabi sebelum Nabi Muhammad. Nabi Adam bukan Arab, tetapi dalam Quran beliau bercakap bahasa Arab, begitu juga para malaikat dan iblis, semuanya bercakap Arab.

Sebagai contoh, keluarga Nabi Yusuf bangsa Yahudi. Tetapi dalam surah Yusuf, mereka semua bercakap Arab. Ertinya, dialog keluarga Nabi Yusuf itu sudah diterjemahkan oleh Allah daripada bahasa Ibrani (Hebrew) ke dalam bahasa Arab, baru kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad, supaya Nabi Muhammad faham.

Ayat ke-2 dalam surah Yusuf: "Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab ini sebagai Quran yang dibaca dalam bahasa Arab, supaya kamu, wahai Muhammad, memahaminya."

Semua ayat terjemahan dalam Quran adalah 100% bahasa Arab tulen, tidak ada unsur-unsur bahasa asalnya. Ini prinsip yang penting bagi penterjemah. Sebagai contoh, ayat-ayat terjemahan dalam surah Yusuf tidak mengandungi kata-kata Ibrani ataupun unsur nahu Ibrani.

Nah! Mengapakah buku-buku agama yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu tengik dengan bau ketiak bahasa Arab?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Lagi lagi Meratap….

Sastera? Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan penulisan di negara ini. Malah, tidak ramai orang Malaysia yang sudi membaca karya-karya berbahasa Melayu. Tulis Azman Ismail melaporkan ratapan....

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 22, 2007

Kuasa Magik dalam Fantasi

Dalam dunia fantasi, semuanya boleh belaka. Namun, apabila semuanya boleh belaka, kualiti cerita jatuh.

Dalam alam fantasi yang semunya boleh belaka, peduli apa kalau hero terjatuh ke dalam perigi beracun? Bukankah dengan kuasa magik yang ada padanya, dan dengan menutup mata dan memanggil jin kesayangannya, dia dapat keluar dari perigi itu? Peduli apa?

Dalam cerita fantasi yang baik, kuasa magik watak-wataknya hendaklah dihadkan dengan jelas.

Dalam alam fantasi, had-had kuasa magik itu menggantikan hukum-hukum alam semulajadi ciptaan Tuhan dalam dunia realiti, yakni saudara ciptakan hukum-hukum yang menghadkan keupayaan manusia sepanjang perjalanan cerita fantasi itu.

Apabila saudara mencipta suatu dunia fantasi, saudara perlu mencipta suatu set hukum-hukum semulajadi bagi alam ciptaan saudara itu. Ertinya, dalam alam fantasi sekalipun mesti ada hukum-hukum alam yang menghadkan kuasa magik watak-wataknya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Banyak Bakat

Adakah saudara seorang yang mempunyai pelbagai bakat? Sebagai contoh saudara mungkin seorang yang mempunyai bakat menulis buku pengetahuan, tetapi saudara juga boleh novel, puisi, bermain alat muzik, menyanyi ataupun bakat-bakat lain.

Apabila saudara seorang yang 'multi-talented', saudara perlu memilih bakat mana yang saudara hendak jadikan modal utama bagi membina hidup selesa dalam dunia penulisan. Jikalau tidak, saudara akan hilang fokus.

Jangan tulis satu buku pengetahuan, satu buku novel, satu buku puisi dan seterusnya. Cara ini tidak membantu saudara menjadi penulis pakar dalam satu-satu bidang, akibatnya saudara tidak terkenal dalam mana-mana bidang, dan saudara tidak dapat membina kelompok peminat bagi karya-karya saudara.

Disebabkan buku-buku saudara itu amat berlainan bidang, buku-buku itu akan diletakkan di rak-rak yang berbeza di kedai buku. Akibatnya pengunjung tidak tahu bahawa saudara mempunyai lebih daripada satu buku. Ia juga menyebabkan nama saudara tidak tertonjol pada mana-mana rak.

Bagi tujuan mencari penerbit pula, saudara mungkin terpaksa mencari lebih daripada satu penerbit disebabkan penerbit yang menerbitkan buku-buku pengetahuan am mungkin tidak menerbitkan novel, manakala penerbit novel pula tidak menerbitkan buku puisi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Shahnon Ahmad dan Teori Rasmi “Sastera Islam”

Dalam bengkelnya di PTS, Sdr Faisal Tehrani memberitahu bahawa konsep sastera Islam yang dicipta oleh Shahnon Ahmad digunakan pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan lain-lain organisasi yang menganjurkan pelbagai pertandingan menulis sastera Islam.

Justeru bagi saudara yang ingin masuk sebarang pertandingan sastera Islam, ambil perhatian akan hal ini. Saudara mungkin tidak bersetuju dengan semua pendapat Shahnon Ahmad, namun ideanya itu diterima pakai oleh penganjur, justeru kalau mahu menang, ikut sahajalah idea Shahnon itu.

Mengikut Shahnon karya sastera Islam mesti menimbulkan kesan berikut:

(a) Kesan keperwiraan
(b) Kesan pengajaran
(c) Kesan mistik - menimbulkan kesedaran akan kewujudan Allah.
(d) Kesan kebebasan - tidak bergantung, melainkan kepada Allah.

Ambil kes (a) Kesan keperwiraan: Konsep "perwira" sentiasa dikaitkan dengan senjata. Ini berbeza dengan konsep "berani" yang ditekankan dalam Islam. Ukuran "berani" adalah berkata benar di depan penguasa yang zalim. Orang yang berani dengan senjata belum tentu berani berkata benar di depan penguasa yang zalim.

Justeru apakah benar karya sastera Islam perlu mencipta kesan "keperwiraan". Jika benar, maka teori sastera Islami aliran surah Yusuf dengan sendirinya tertolak disebabkan karya-karya yang ditulis dengan mengambil model surah Yusuf tidak dapat menimbulkan kesan keperwiraan kerana dalam surah itu tidak ada senjata langsung.

Dalam ukuran teori Shahnon Ahmad, apalah perwiranya Nabi Yusuf, dia cuma berani mempertahankan kesucian dirinya daripada serangan perempuan!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Perpustakaan Negeri Sarawak Paling Bagus

Di kalangan orang-orang perpustakaan, sesama mereka mengatakan bahawa Perpustakaan Negeri Sarawak adalah perpustakaan negeri yang paling bagus daripada sudut koleksi buku dan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Kebagusan itu bukan hanya pada peringkat perpustakaan di bandaraya Kuching tetapi juga pada peringkat perpustakaan daerah-daerahnya.

Perpustakaan Negeri ditubuhkan oleh kerajaan negeri, dan peruntukannya pun datang daripada bajet kerajaan negeri. Manakala Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memberi bantuan peruntukan tambahan.

Nota tambahan: Gosip-gosip di kalangan orang perpustakaan mengatakan perpustakaan negeri yang paling corot kebagusannya adalah Perpustakaan Negeri "M". Wallahua'lam....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Surah Yusuf dan Hati Yang Berduka

Surah Yusuf diturunkan kepada Nabi Muhammad semasa beliau masih tinggal di bandar Mekah, yakni sebelum beliau berpindah ke Madinah.

Kita tidak mungkin tahu mengapa Tuhan menurunkan sebuah cerita panjang kepada Nabi Muhammad di Mekah, dan bukan di Madinah. Kita hanya dapat mengagak.

Dalam ceramahnya di PTS, Prof. Dr. Zulkifli Mohd. Yusuf, memberitahu ada ulama yang mengatakan Tuhan menurunkan cerita panjang tentang Nabi Yusuf itu di Mekah kerana pada masa itu Nabi Muhammad sedang dalam keadaan berduka selepas isterinya, Kadijah, meninggal dunia, yakni Tuhan mahu menghiburkan hati beliau. Ini pendapat yang popular.

Sekiranya pendapat ini benar, maka kita dapat membuat ekstrapolasi bahawa (a) cerita mempunyai fungsi terapi psikologis, dan (b) kita harus menulis cerita-cerita panjang (novel adalah cerita panjang) yang fungsinya adalah bagi menghiburkan hati-hati yang sedang berduka.

Dengan mengkaji isi kandungan cerita dalam surah Yusuf itu, kita juga dapat menyenaraikan ciri-ciri cerita yang sesuai bagi tujuan menghiburkan hati-hati yang sedang beruka.

Bagi membukti pendapat ulama itu pendapat yang dapat dipegang, kita perlu melakukan 3 perkara:

(i) Jika benar bahawa cerita dapat berfungsi sebagai terapi psikologis, kita perlu mencari bukti-bukti daripada sejarah hidup Nabi Muhammad sendiri, yakni pernahkah beliau menggunakan cerita (tidak semestinya cerita Nabi Yusuf) bagi menghiburkan hati-hati yang sedang berduka.

(ii) Hipotesis ini akan menjadi lebih kuat apabila kita dapat membuktikan bahawa Nabi Muhammad pernah menggunakan kisah Nabi Yusuf itu sendiri bagi menghiburkan hati-hati para sahabatnya yang sedang berduka.

(iii) Akan semakin kuat lagi hipotesis ini apabila kita dapat mengemukakan fakta bahawa selepas kematian Khadijah, Nabi Muhammad banyak kali berduka, sehingga air mata beliau mengalir dan beliau pernah menggunakan surah Yusuf, ataupun cerita lain, bagi menghiburkan hatinya yang duka itu.

Allah jualah yang maha mengetahui mengapa cerita panjang Nabi Yusuf diturunkan di Mekah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 21, 2007

Faisal Tehrani: “Sastera Pop Islami”, “Mazhab Bentuk” dan “Mazhab Khayal”

Hari ini PTS mengadakan bengkel sastera Islami. Kuliah disampaikan oleh Sdr Faisal Tehrani. Bagus sekali isi kandungan kuliah beliau. Banyak perkara yang menarik.

Suatu perkara yang menarik adalah, menurut beliau pada masa ini sudah muncul novel-novel Islami "mazhab bentuk".

Antara ciri novel-novel Islami mazhab bentuk itu adalah:

(a) Judul karya itu menggunakan perkataan-perkataan pinjaman Arab yang berbau Islami.

(b) Lukisan kulitnya menujukkan pakaian orang Islam, seperti lelaki berketayap dan perempuan bertudung.

(c) Dalam buku itu ada halaman imprint yang dituliskan "Bismillah...."

(d) Cerita dalam novel-novel itu settingnya adalah kehidupan bandar kosmopolitan.

Menurut Sdr Faisal lagi, karya-karya "mazhab bentuk" itu dapat dikatakan sebagai "novel pop Islami" bukan "novel Islami".

(Urmm... Bercakap berkenaan ciri-ciri "mazhab bentuk" ini... Chairman PTS terasa-rasa bagaikan ada yang terkena pada batang hidung Chairman sendiri.)

Menurut beliau, niat sebenar novel-novel pop Islami itu ditulis adalah kerana si pengarang mahu menghiburkan pembacanya, bukan mahu beribadah. Novel yang ditulis bagi tujuan menghibur adalah novel "mazhab khayal".

Beliau berpandangan, apabila sesebuah novel itu tidak mengandungi ilmu-ilmu Islam, maka ia bukan "sastera Islam".

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Orang Melayu Sudah Mula Suka Membeli Buku

Orang Melayu sudah mula membeli buku!

Data jualan PTS menunjukkan 70% perolehannya datang daripada kedai-kedai buku. Hanya 30% datang daripada kontraktor-kontraktor buku yang membekalkan buku-buku kepada kerajaan.

Bagi tahun 2007, target jualan PTS adalah RM10 juta. Ertinya RM7 juta ditargetkan pada jualan buku dalam kedai-kedai buku.

Mari kita belajar menulis buku untuk dijual kepada pembaca Melayu. Inilah cabaran kita sekarang. Inilah yang mendorong PTS menjalankan kursus-kursus penulisan secara percuma.

Banyak penulis mempunyai idea yang 'bagus-bagus' tentang buku apa yang mereka mahu tulis. Buku yang 'bagus' belum tentu buku yang laku dijual.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Cepat! Kita Mahukan Buku-buku Cerita yang Mengajar Budak Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif

Kepada penulis buku-buku cerita terbitan PTS ONE, kita mahukan buku-buku cerita yang mengajar remaja berfikir lebih kreatif apabila menyelesaikan masalah.

Jadi, masukkan dalam cerita itu di mana watak-watak dalam buku itu mengalami pelbagai masalah...

Dan bagaimana mereka berusaha menyelesaikan masalah itu dengan pelbagai cara...

Ada cara yang gagal, ada cara yang betul...

Ada cara gila-gila, ada cara susah...

Ada cara senang, ada cara bodoh...

Ada cara saintifik, ada cara magik...

Macam-macam cara...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis, Blog, Blogger, Slander dan Libel

Katakanlah, ada blogger menulis dalam blognya di mana dia mengata saudara seorang penulis yang "pembohong" dan "penipu" sebab dalam buku saudara itu banyak maklumat yang dia ragui kesahihannya.

Saudara sakit hati lalu hendak menyaman malu (libel) blogger itu.

Dari sudut undang-undang, pertama-tama ada isu legal yang belum jelas, iaitu adakah blog bertaraf "media massa"?

NUJ (National Union of Journalists) masih berkempen mahukan supaya undang-undang negara ini mengiktiraf blog sebagai media massa supaya penulis blog mendapat kedudukan istimewa sebagai "wartawan". Kempen NUJ itu belum menghasilkan apa-apa kemajuan ke arah itu.

Jika blog sudah ditakrifkan sebagai media massa, macam TV, radio, akhbar dan majalah, barulah saudara boleh saman blogger itu di bawah undang-undang "libel".

Jika tidak, saudara hanya boleh saman blogger itu di bawah undang-undang "slander" sahaja. Kalau slander, saudara tidak dapat "buat duit" dengan menyaman si blogger itu.

Kepada mentee-mentee SifuPTS,

Jika kita bukan jutawan yang sudah tidak tahu apa hendak buat dengan duit yang banyak, jangan buang duit hendak menyaman blogger yang mengata kita dalam blognya. Kos bagi membiayai "perbicaraan dalam perbicaraan" adalah sangat mahal dan sangat lama tempohnya. Yang sudah tentu buat duit adalah peguam.

Pada tahun 1970-an dahulu, ada kes yang sangat melucukan, di mana 2 orang Mamak Pulau Pinang bergaduh. Dalam pergaduhan itu, yang seorang mengatakan yang seorang lagi "kurang ajar".

Kes itu naik ke mahkamah di bawah undang-undang "slander". Perjalanan perbicaraan itu dilaporkan hari-hari dalam surat khabar sebab ia bernilai sensasi dan menarik minat orang ramai.

Akhirnya hakim mengarahkan supaya defendan membeli ruang dalam akhbar di mana si defendan meminta maaf secara terbuka kepada si plaintif.

Lalu si defendan pun membeli ruang iklan dan menulis lebih kurang begini: "Dengan ini saya meminta maaf kerana mengata Si Fulan bin Si Fulan seorang yang kurang ajar."

Akibatnya, satu Malaysia tahu Hamba Allah itu dimaki orang. Puas hati!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 20, 2007

Apabila Penulis Selebriti Naik Mahkamah

Memang ada penulis yang mahu menjadi selebriti. Buktinya, sejak buku pertamanya dia sudah tampalkan mukanya pada kulit buku. Bukan penerbitnya yang tampal, dia yang tampal. Perangai suka tengok gambar sendiri adalah tingkah laku selebriti.

Siapakah selebriti di sebelah ini? Klik di sini. (Jangan marah, Prof! Nanti kena jual!)

Di kalangan penulis PTS, ada beberapa nama yang sudah lama menjadi selebriti. Ada pula beberapa nama yang sedang mula menaiki anak tangga menuju status penulis selebriti.

Bagi saudara yang berhasrat mahu menjadi selebriti, ada beberapa perkara yang saudara perlu terima sebagai risiko menjadi selebriti.

1. Sebagaimana kita menilai orang lain, orang-orang lain pun menilai kita. Ini sering kali kita lupa.

Sebagai selebriti, apa yang kita buat sudahlah tentu dinilai orang akan buruk baiknya. Yang kita tidak buat pun dinilai orang! Kata mereka, "Mengapa dia tidak buat itu? Mengapa dia tidak buat ini?" Namanya pun "selebriti".

Kalau saudara tidak sanggup berdepan dengan risiko peribadi dan karya saudara dinilai orang secara negatif, cukup dengan menjadi penulis sahaja, jangan jadi selebriti.

2. Sebagai selebriti, apabila saudara dijadikan bahan tulisan negatif, diam sahaja.


Jangan ambil pusing, apatah lagi jika tulisan itu cuma dalam blog. Bersabar, jangan buat apa-apa, jangan cakap apa-apa.

Jangan tumbuk orang yang mengutuk kita. Kalau orang kecil menumbuk orang kecil, itu bukan berita. Kalau selebriti menumbuk orang kecil, itu berita! Kalau suami selebriti menumbuk entah siapa pun masuk berita utama TV!

Jangan tarik orang kecil itu ke mahkamah. Sebagai selebriti, perbuatan menyaman malu sesiapa sahaja, adalah perbuatan memberi bahan berita sensasi kepada media yang memang hauskan berita-berita sensasi. Saudara habis duit, media buat duit!

Elok-elok tidak berapa orang yang tahu, apabila gambar saudara masuk muka depan akhbar, habis satu Malaysia tahu saudara dikutuk orang dalam blog!

Sudah menjadi psikologi manusia biasa-biasa, kalau ada berita buruk tentang selebriti, orang lebih percaya berita itu tentu ada asasnya. Semakin saudara nafikan, semakin orang percaya berita itu, tidak banyak sedikit, tentu ada benarnya.

Apabila saudara masuk mahkamah, peguambela defendan akan "telanjangkan" saudara dan akan dedahkan pekung-pekung saudara, bagi membuktikan apa yang ditulis oleh anak guamnya itu memang ada asasnya.

Peguam saudara takkan memberitahu bahawa dalam mahkamah nanti saudara akan ditelanjangkan habis-habisan oleh peguam defendan. Kalau dia terangkan, habislah bisnesnya!

Peguam saudara baru memfailkan saman saudara, wartawan sudah terhidu berita itu, besok pagi keluar cerita dalam surat khabar. Perbicaraan belum bermula, belum apa-apa, saudara sudah mendapat malu. Ingatkah lagi kisah selebriti dengan rumputnya?

Wartawan juga yang senyum-senyum, maklumlah dia mendapat berita bagi melariskan jualan surat khabarnya yang semakin merudum....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Daya Appeal Cerita dalam Surah Yusuf

Quran itu penuh dengan cerita. Nabi Muhammad banyak menyampaikan cerita, sebagaimana dapat dibaca dalam hadis-hadis beliau. Menyampaikan mesej dengan menggunakan cerita adalah sunnah Quran dan sunnah Nabi Muhammad.

Semua jenis karya kreatif menawarkan daya tarikan yang memenuhi keperluan psikologis pembacanya. Keperluan itu adalah keperluan mahu mengembara ke dalam dunia orang lain, ke alam-alam lain, selain alam yang dihidupinya sendiri.

Jika sesebuah cerita itu sudah terlalu biasa, pembaca bosan, sebab dalam cerita-cerita biasa pembaca dapat mengagak apa penghujungnya.

Jika cerita itu terlalu luar biasa, pembaca mungkin menolak cerita itu sebab ia tidak dapat difahaminya, ataupun ia tidak masuk akal.

Justeru cerita yang diingini pembaca adalah cerita yang mengandung unsur-unsur luar biasa, tetapi tidak terlalu luar biasa. Barulah cerita itu mempunyai daya appeal.

Dalam surah Yusuf, unsur-unsur luar biasa itu adalah:

1. Anak-anak lelaki yang berebut kasih sayang ayah sehingga sanggup membunuh adik sendiri.

2. Budak yang dibuang ke dalam telaga tetapi tidak mati sebab sempat diselamatkan orang.

3. Isteri orang besar yang jatuh cinta kepada hambanya sendiri yang elok rupa parasnya sehingga sanggup menarik baju lelaki itu sampai koyak.

4. Perempuan-perempuan yang terpegun melihat keelokan rupa paras lelaki sehingga tidak sedar mereka melukai jari mereka sendiri.

5. Lelaki tua yang menangis terlalu lama sehingga matanya buta.

6. Baju yang dapat menyembuhkan mata orang yang buta lalu kembali melihat seperti sedia kala.

7. Lelaki muda yang sanggup dipenjarakan demi tidak mahu melayan nafsu berahi isteri majikannya.

8. Abang-abang yang tidak kenal lagi adik lekakinya yang sudah menjadi orang besar raja.

Semua unsur-unsur luar biasa dalam surah Yusuf adalah luar biasa tetapi tidak terlalu luar biasa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sirrah Nabawwiyyah versi User-freindly

Buku ini ditulis, diedit, dan dipakej supaya ia mempunyai appeal kepada golongan bukan agamawan.

Gaya bahasa dalam buku ini amat mudah, hampir menyerupai gaya bahasa orang bercerita.

Sejak buku ini mula-mula diterbitkan 6 tahun lalu, setiap tahun ia diulangcetak.

Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman adalah pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Apabila Penulis Saudara Bercerai ataupun Disaman Malu

Sebagai penerbit, macam-macam perkara akan saudara alami yang berkaitan dengan urusan peribadi para penulis saudara, yang melibatkan urusan dengan peguam. Justeru saudara perlukan semacam buku panduan kecil yang menerangkan dalam keadaan bagaimana, apa yang sebaiknya saudara lakukan.

Salah satu kes itu adalah apabila ada peguam, ataupun ada individu datang ke pejabat saudara, lalu meminta maklumat berkenaan latar belakang diri penulis saudara, ataupun berkenaan status hakcipta buku-bukunya, ataupun jumlah pembayaran royalti dan lain-lain.

Maklumat seperti itu diperlukan dalam kes-kes seperti:

(a) Penulis saudara dalam proses dituntut oleh bekas isterinya supaya menyerahkan harta sepencarian mereka.

Peguam bekas isteri penulis itu hendak tahu maklumat detail berkenaan harta intelek penulis saudara sebab harta intelek layak dimasukkan di bawah harta sepencarian.

(b) Penulis saudara kena saman malu disebabkan beliau dikatakan menulis dalam blognya ayat-ayat yang memalukan orang yang berkenaan.

Peguam si penyaman mungkin datang ke pejabat saudara dan minta saudara mengesahkan bahawa blogger itu adalah salah seorang penulis yang bukunya saudara terbitkan.

SANGAT PENTING: Semua maklumat berkenaan diri penulis saudara yang ada dalam dokumen syarikat adalah rahsia syarikat. Saudara tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat diri penulis saudara yang ada dalam rekod-rekod syarikat saudara kepada mana-mana pihak, melainkan (i) atas persetujuan bertulis daripada yang empunya maklumat, ataupun (ii) atas arahan mahkamah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat En. Martias

Asalamualaikum Puan,

Saya memerlukan sekurang-kurangnya 2 (maksimum 4 orang) orang penulis skrip bebas yang mahu berkerjasama dengan saya bagi menyiapkan sejumlah 3-6 telemovies dan sebuah siri 13 episod. Skrip penuh perlu disiapkan sebelum hujung bulan ini bagi dihantar ke RTM.

Untuk tujuan itu saya mahu mereka yang berminat bertemu saya dan membuat segala kerja-kerja itu di pejabat saya bagi memudahkan saya memberi tunjuk ajar secara terus.

Saya perlu respon mereka selewat-lewatnya pada hari Isnin depan.

Bagi mereka yang berminat boleh hubungi no HP saya 017-3701651. Jika mereka ini semunya datang dari PTS segala naskah itu nanti bolehlah di jadikan novel kelak. Pembayaran kepada pihak PTS dan Penulis boleh dibincang. Sekian. Terima kasih. Wasallam.

Yang Benar,
Martias Mohd Ali

Nota Sifu: Ini alamat pejabat En. Martias:
Lo2-3-9B, Tingkat 3, Wisma Rampai,
Wangsa Maju, Setapak. Kuala Lumpur.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Ahad 29hb Julai En. Martias Mahu Berjumpa Semua Penulis Sinopsis Drama TV

Kepada semua yang sudah menghantar sinopsis drama TVnya kepada Sifu, ambil perhatian!

En. Martias mahu berjumpa dengan semua bagi menunjukkan bagaimana teknik menyesuaikan semula sinopsis itu supaya menepati keperluan sinopsis skrip drama TV.

Tarikh cadangan: CONFIRM (Ahad 29 Julai 2007, jam 10 pagi di Sekolah al-Ikhlas).

Tulis nama di sini bagi saudara yang dapat hadir.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Bengkel II Fiksyen Sai-Fai Sabtu 28hb Julai - Gratis

Tarikh: 28 hb Julai 2007
Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata KL.
Masa: 10 pagi - 5 petang

Pembimbing 1: Otai Sdr Mat Jan
Pembimbing 2: Profesor Kecil Firdaus Ariff.

Daftar di sini. Tulis nama, no hp dan emel.

Nota: Sifu akan hadir sebagai peserta.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(31) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Cinta Boleh, Asmara Tidak Boleh

Apabila membaca novel-novel cinta yang ada dalam pasaran sekarang, didapati pengarang novel-novel itu tidak membezakan antara cinta dan asmara.

Dalam teori sastera aliran Surah Yusuf, unsur cinta hadir dengan amat jelas, iaitu kisah cinta isteri al-Aziz kepada Nabi Yusuf. Unsur yang sama sekali tidak ada dalam surah Yusuf itu adalah unsur asmara ataupun romance.

Justeru, dalam teori Surah Yusuf, pengarang novel Islami tidak dibenarkan menerangkan babak-babak asmara, sebagai contoh babak di mana hero berasmara dengan heroin.

Ini berbeza dengan novel-novel cinta yang ada dalam pasaran sekarang, yang menjadikan babak asmara unsur wajib ada. Malah, banyak babak-babak asmara itu menjurus kepada babak-babak di mana hero dan heroinnya bukan hanya berasmara, tetapi lebih daripada itu.

Ada gosip mengatakan, jika pengarang tidak tulis babak asamara, ada penerbit yang mengarahkan supaya ditulis juga, kalau tidak novel itu tidak diterbitkan.

Dalam banyak novel-novel cinta Melayu hari ini, terdapat babak-babak yang penerbit filem Melayu pun tidak berani buat kerana babak-babak begitu tidak akan dululuskan oleh Lembaga Penapisan Filem.

Perkara ini mencetuskan rasa prihatin kerana novel-novel cinta itu menjadi bahan bacaan gadis-gadis remaja Melayu serendah 11 tahun.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Skrip Drama TV En. Martias

Bagi saudara yang mahu membaca contoh skrip drama TV, klik di sini.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 19, 2007

Mengapa PTS Komited pada Sastera Sai-fai

Sastera sai-fai sudah membuktikan dirinya sebagai genre yang bermanfaat dibaca dan diajarkan kerana ia meninggalkan kesan positif pada kemajuan sains dan teknologi.

Ada laporan kajian yang menunjukkan saintis-saintis dan ahli teknologi yang kreatif adalah mereka yang membaca sai-fai semasa remaja.

Baca di sini tulisan Profesor Kecil Firdaus bagi mengetahui bagaimana siri Star Wars melahirkan inovasi yang berguna kepada manusia.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Rezeki Baik Bagi Penulis Sai-Fai PTS!

Puan,

Saya menawarkan kepada penulis-penulis buku sai-fai PTS dapat menulis dalam cerpen juga dan menghantarnya kepada kami untuk diterbitkan di dalam Dewan Kosmik.

Buat masa ini, cerpen sai-fai Saudara Firdaus bakal diterbitkan bagi keluaran September.

Nota Sifu: Hantar emel kepada Tuan Anuar Manshor, Editor Dewan Kosmik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Siapa Menumbuk, Siapa Penumbuk

Wahai mentee-menteeku,

Orang baik-baik tidak akan menghayunkan penumbuk pertama. Sesiapa yang mula-mula mengeluarkan buku limanya, dia merosakkan nama baiknya sendiri.

Dalam dunia bisnes buku, nama baik adalah modal utama kita. Orang membeli buku kita selagi mereka yakin kita penulis yang berperibadi baik.

Justeru, apabila peribadi dan buku saudara dikritik dan dikutuk orang, ikut sunnah Nabi Muhammad. Jangan buat apa-apa, bersabar sahaja. Selepas 100 hari, orang lupa.

Apabila kita diam, orang yakin kita orang baik-baik, manakala cakap-cakap orang yang mengutuk kita itu tidak betul, itu sebab kita tidak ambil pusing. Begitulah cara orang Melayu menilai tingkah laku kita.

Apabila kita saman-menyaman, orang akan berkata dalam hati, "Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang."

Di kalangan orang Melayu, membuktikan kita betul, orang lain salah - itu bukan misi penting. Sama sekali tidak penting. Membuktikan kita adalah orang baik-baik - inilah yang paling penting.

Kekalkan nama baik kita. Jangan jadi pihak yang mula-mula menghayunkan penumbuk!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Risiko Sosial Menjadi Penulis

Sesiapa yang mempunyai urusan dan bisnes dengan orang ramai perlu menerima hakikat bahawa diri kita dan produk kita akan dinilai oleh orang ramai.

Tidak mungkin kita dapat menjadi penulis terkenal yang hanya dipuji-puji, yang tidak pernah dikritik oleh pihak lain, baik kritikan itu ditujukan kepada peribadi kita mahupun buku-buku kita.

Tidak mungkin kita dapat menjadi wira tinju jika tidak sanggup menahan sakit dan muka kita lebam-lebum.

Sebagai penulis, jika kita tidak mahu dikritik, malah mungkin dikutuk, jangan jadi penulis. Cukup dengan menjadi pembaca buku-buku orang lain sahaja.

Kritikan dan kutukan bukan semestinya bukti kita penulis yang bodoh, pendusta, penipu. Nabi Muhammad pun dikutuk orang. Sampai saat ini beliau masih dikutuk, sedangkan beliau adalah sebaik-baik manusia, terpelihara daripada melakukan kesilapan.

Jika kita sudah menerbitkan buku, tetapi tidak pernah dipuji dan dikritik, itu bermakna buku kita tidak dibaca orang.

Wahai mentee-menteeku, bersedialah menerima pujian, kritikan, dan mungkin juga kutukan....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Bertaraf Selebriti Mahu Saman Blogger

Seorang blogger dengan nama samaran "Razzman", di dalam blognya, mengata-ngata seorang penulis terkenal dengan mendakwa penulis itu penipu, menyebabkan penulis itu mahu menyaman malu blogger tersebut.

Penulis itu pun mengupah seorang penyiasat persendirian bagi mendapatkan maklumat di mana alamat rumah kediaman blogger tersebut. Hmm... belum apa-apa RM sudah terbang....

Jika saudara pun pernah mengalami nasib yang serupa, sebelum menghabiskan duit saudara bagi membayar (a) yuran perkhidmatan penyiasat persendirian dan (b) membuka fail dengan peguam (minimum, yuran membuka fail bagi peguam libel yang bagus adalah RM20 ribu), fikirkan perkara-perkara berikut:

(1) Kes mengenal pasti identiti blogger.
Bagaimanakah saudara dapat membuktikan siapa sebenarnya identiti blogger yang menggunakan nama samaran "Razzman" itu.

Sesiapa sahaja boleh membuka blog menggunakan nama orang lain. Klik di sini untuk melihat blog palsu Steve Jobs. Kes blog palsu Steve Jobs ini amat terkenal di US.

(2) Kes mengenal pasti siapa yang menulis entri.
Bagaimanakah saudara dapat membuktikan entri yang mengutuk saudara itu memang ditulis oleh si polan itu? (Betulkah semua entri dalam UNIKA ini ditulis oleh 1 orang Sifu? hahaha...) Saudara yang menuduh, saudara yang mesti membuktikan tuduhan saudara.

(3) Kes mengenal pasti provider.
Kalau si blogger menggunakan server provider di Malaysia, mungkin saudara boleh bawa provider itu ke mahkamah, itu pun belum tentu provider itu akan dengan mudah mendedahkan identiti para pelanggannya, sebab dia pun hendak menjaga kepentingan bisnesnya. Kalau provider itu di luar negara?

(4) Kes blog sudah ditutup.
Kalau blogger itu tutup blognya, bagaimana saudara hendak membuktikan kes saudara. Printout? Bagaimana saudara hendak membuktikan printout itu berasal dari blognya? Lainlah di Amerika. Di sana sudah diadakan undang-undang semua server provider mesti menyimpan semua data selama 5 tahun.

(5) Kes blogger miskin.
Katakanlah, entah bagaimana, nasib menyebelahi saudara - mungkin disebabkan saudara mempunyai kabel kuat dengan orang-orang yang berupaya mempengaruhi keputusan mahkamah - di mana mahkamah mungkin membuat keputusan saudara layak menerima ganti rugi RM2 juta, maklumlah saudara penulis terkenal, adakah si blogger itu mampu membayar pampasan itu?

Mari kita dengar pendapat dan nasihat mentee-mentee yang lulus undang-undang. Kita mulakan dengan ulasan Cik Aini Murni. Mana Cik Aini Murni?....

Apa? Ponteng kuliah?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Pembaca Sai-fai

Menurut Orson Scott Card, dari sudut pandang penulis buku-buku cerita, khalayak sastera yang paling bagus adalah para penggemar sastera sai-fai.

Banyak faktor yang menjadikan mereka audiens yang bagus.

(1) Pertama-tama penggemar sai-fai adalah individu-individu yang pintar otaknya.

(2) Kedua mereka bersikap amat terbuka, open-minded.

(3) Ketiga, mereka bukan hanya mahu merasai apa yang mereka baca, mereka juga mahu memikirkan apa yang mereka baca.

(5) Keempat, mereka bukan hanya mahu memahami cerita yang dibaca, mereka juga mahu berangan-angan.

(5) Dan yang paling istimewa tentang penggemar sastera sai-fai, mereka itu mahu dan suka dibawa ke tempat-tempat di mana tidak ada sesiapa pernah pergi ke situ.

Apabila saudara berpeluang menulis cerita-cerita bagi bacaan golongan ini, ia adalah suatu kedudukan yang istimewa dalam dunia penulisan, dan apabila mereka menggemari karya yang saudara hasilkan, ia adalah penghormatan yang amat istimewa bagi penulis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Itu Fiksen Spekulatif

Menurut Orson Scott Card, cerita-cerita yang termasuk ke dalam kategori fiksyen spekulatif adalah:

(1) Apa sahaja cerita yang settingnya adalah masa depan kerana masa depan adalah sesuatu yang kita tidak tahu. Justeru apa juga cerita yang meramalkan terciptanya pelbagai teknologi masa depan adalah termasuk dalam kategori ini.

(2) Apa sahaja cerita yang settingnya adalah pada masa lampau, yang bertentangan dengan fakta-fakta sejarah sebagaimana yang diketahui.

Dalam alam fiksyen sains, ini disebut dengan istilah cerita-cerita "alternate world". Sebagai contoh, apa yang berlaku sekiranya Parameswara tidak pernah masuk Islam, ataupun Sultan Mahmud tidak pernah berkahwin dengan puteri Cina yang bernama Hangli-Po, sebaliknya berkahwin dengan puteri dari India yang bernama Sairabanu.

(3) Apa sahaja cerita yang settingnya bukan di planet Bumi, sebab belum ada manusia yang pernah sampai ke sana. Tidak kiralah apakah watak-watak dalam cerita-cerita itu melibatkan manusia ataupun bukan manusia, kalau settingnya bukan Bumi, maka ia termasuk dalam fiksyen spekulatif.

(4) Apa sahaja cerita yang kononnya berlaku di Bumi, tetapi pada masa dahulu kala, sebelum sejarah dicatat manusia, pada zaman yang tiada bukti-bukti arkelologi sebagai bukti kewujudannya - cerita-cerita kononnya makhluk asing pernah datang ke Bumi, cerita-cerita tentang tamadun manusia yang tidak terdapat bukti peninggalannnya, ataupun cerita-cerita tentang kerajaan-kerajaan purba yang kononnya masih wujud sehingga hari ini.

(5) Apa sahaja cerita yang bertentangan dengan hukum-hukum alam semulajadi ciptaan Tuhan. Dalam kategori ini termasuklah cerita-cerita ilmu ghaib, magik, sihir, tahyul. Ada juga jenis fiksyen sains yang masuk dalam kategori ini: cerita-cerita tentang pengembaraan waktu (time travel) ataupun manusia halimunan.

Ringkasnya, cerita-cerita dalam fiksyen sains dan fiksyen fantasi adalah cerita-cerita yang berlaku di tempat-tempat yang tidak pernah wujud ataupun di luar pengetahuan manusia.

Dalam karya Orson yang bertajuk Invasive Procedures, George Galen adalah seorang ahli sains yang brilian, pelopor terapi gen. Tetapi dia mempunyai kegilaan yang sangat membahayakan.

Dia sudah berjaya mencipta kaedah mengubah DNA manusia, bukan sahaja bagi tujuan perubatan, tetapi juga supaya "membaiki" lagi manusia - mereka dapat sembuh lebih cepat dan akan ikut sahaja semua arahannya.

Frank Hartman adalah pakar virologi yang brilian, bertugas di agensi rahsia pertahanan bio-hazard milik kerajaan.

Dia sudah tahu bagaimana melemahkan virus pengubah-DNA ciptaan Galen. Dengan itu Hartman menjadi satu-satunya penghalang cita-cita Galen mahu "membaiki" seluruh bangsa manusia.

Thriller sains ini membawa pembaca jauh ke masa hadapan bagi melihat janji-janji kebaikan dan kecelakaan yang dapat diciptakan oleh sains perubatan genetik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Fiksyen Spekulatif

Istilah speculative fiction memasukkan baik fiksyen sains mahupun fiksyen fantasi ke dalam satu kategori, yakni fiksyen spekulasi. Semua cerita yang berlaku di tempat-tempat yang tidak mempunyai sebarang keserupaan dengan alam realiti adalah termasuk dalam fiksyen spekulatif.


Dua ciri utama yang ada dalam fiksyen spekulatif adalah kegemaran pada gajet-gajet dan pengembaraan ke alam-alam yang penuh misteri dan benda-benda pelik.

Pada masa ini di Amerika, jualan fiksyen sains jauh lebih besar daripada jualan fiksyen fantasi. Pembaca lelaki lebih gemar membeli fiksyen sains.

Pembaca perempuan menggemari fiksyen fantasi. Pendek kata, pasaran fantasi adalah kecil.

Karya fiksyen fantasi yang paling terkenal adalah Lost Horizon, karya James Hilton. Beliaulah yang memperkenalkan istilah Shangri-La ke dalam Bahasa Inggeris. Buku ini mencipta sejarah apabila ia menjadi buku pertama pernah diterbitkan dalam bentuk paperback.

Lost Horizon menceritakan kewujudan suatu tempat yang menyamai syurgaloka, yang kehadirannya di pergunungan Himalaya dirahsiakan oleh sami-sami Budha yang mengetahui tentang kewujudannya.

Di lembah Shangri-La itu, masa tidak bergerak, justeru semua yang hidup dalam lembah itu tidak pernah tua.

Dalam fiksyen ini hero terjatuh ke dalam lembah Shangri-La apabila kapal terbangnya jatuh. Di situ dia bertemu dan jatuh cinta dengan seorang perempuan muda yang amat jelita. Apabila mereka keluar dari lembah itu, perlahan-lahan perempuan jelita itu bertukar menjadi perempuan yang sudah amat tua.

Dalam kategori fiksyen spekulatif kontemporari, antara kategori yang paling baru muncul di Amerika adalah Aboriginal Science Fiction (fiksyen sains bangsa-bangsa purba) dan Amazing Stories (cerita-cerita laur biasa).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Seminar Bahasa Rojak

Semalam 18hb dan hari ini 19hb, sedang berlangsung Seminar Bahasa Rojak di Dewan Bahasa dan Pustaka. Ucap utama disampaikan oleh Dato' Hassan Ahmad. Sudah dijangka, beliau akan mengulangi teorinya bahawa bahasa yang tidak baik tidak mungkin dapat menghasilkan pemikiran yang elok-elok.

Bagi kita di PTS, bahasa yang tidak elok bukan stakat tidak dapat menghasilkan buku yang elok-elok, malah ia tidak membolehkan PTS berkembang.

Buku-buku yang mengandungi bahasa rojak tidak diterima oleh Kementerian Pelajaran bagi dibekalkan ke perpustakaan sekolah. Perpustakaan Negara Malaysia pun tidak akan membelinya bagi dibekalkan kepada semua perpustakaan awam. Hendak diekspot ke Indonesia pun tidak dapat.

Bahasa Quran dan bahasa Nabi Muhammad itu adalah bahasa yang 100% Arab, tatabahasanya betul, peri-peri bahasanya indah. Tidak ada unsur bahasa campur-campur, sekerat ular sekerat belut.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

H.G. Wells dan Jules Verne

H. G. Wells dan Jules Verne dikenali sebagai bapa-bapa fiksyen sains moden.

Tiga karya H.G. Wells yang paling terkenal adalah The Time Machine, The War of the Worlds, dan The Invisible Man.

Ketiga-tiga buku beliau itu sangat berbeza cerita dan isinya. Yang serupa hanya satu, iaitu semua ceritanya bertema kemajuan alam sains.

H.G. Wells mengatakan karya-kraya beliau adalah "scientific romances" (roman sains)

Jules Verne juga menghasilkan buku-buku bertemakan kemajuan alam sains, seperti Twenty Thousand League Under the Sea. Bezanya Verne tidak bercerita tentang keburukan dan pelbagai musibah yang dapat dihasilkan oleh kemajuan sains.

Justeru tema kemajuan alam sains tidak menjadi bahagian pokok pada karya-karya Verne. Sebaliknya beliau menumpukan perhatian kepada tempat-tempat pelik dan perkara-perkara luar biasa yang terdapat di dunia yang tidak pernah dikunjungi manusia.

Dalam Twenty Thousand League Under the Sea, cerita pokoknya bukan kapal selam yang dinaiki Nemo, tetapi dunia pelik dan luar biasa yang dapat dilihat melalui lubang jendela kapal selamnya itu.

Dalam Journey to the Centre of the Earth, cerita pokoknya bukanlah ciri-ciri saintifik pada kenderaan yang digunakan bagi memasuki pusat bumi, tetapi perkara-perkara pelik yang berjaya kekal hidup dalam dunia pelik dan luar biasa.

Termasuk dalam cerita Journey to the Centre of the Earth itu adalah kisah-kisah karut-marut tentang kewujudan tamadun Atlantis dan dinasaur yang masih hidup jauh di bawah tanah dalam perut bumi.

Nota: Bagi saudara yang mahu mengarang untuk PTS cerita-cerita bertemakan mesin waktu, baca di sini How To Build A Time Machine. Artikel ini menerangkan dengan cara mudah teori-teori sains tentang waktu.

PTS sangat mahukan cerita-cerita mesin waktu karya asli pengarang tempatan supaya hero-heronya adalah bangsa kita sendiri.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 18, 2007

Bisnes yang Cantik

Ada penerbit buku yang dipandang cantik oleh masyarakat, manakala ada yang dipandang tidak cantik. Kecantikan jenis ini dipanggil social beauty. Lawannya adalah social ugliness, lebih mudah dikatakan, socially ugly.

Meskipun sesebuah syarikat penerbitan itu mungkin berjaya menjadi kaya raya, namun pada pandangan masyakarat ia bukan penerbit yang cantik disebabkan produk-produknya meninggalkan pengaruh tidak baik ke atas minda dan akhlak pembacanya.

Penerbit majalah Playboy adalah contoh penerbit yang kaya raya dan terkenal, namun ia tidak dipandang cantik oleh masyarakat.

Syarikat-syarikat yang memiliki kecantikan sosial berkembang dan kemudian berjaya menjadi kesayangan masyarakat disebabkan syarikat-syarikat itu berpegang pada nilai-nilai murni.

Bisnes yang berlandaskan nilai-nilai murni itu dipandang cantik oleh pelanggan dan penggunanya. Salah satu syarikat seperti itu adalah pembikin mainan Lego.

Baca di sini tulisan Profesor Kecil Firdaus bagi mengetahui apa yang menjadi nilai perniagaan Lego sehingga membolehkan ia menjadikan syarikat kesayangan orang ramai di seluruh dunia.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Orson Scott Card

Di Amerika, ada 2 hadiah bagi genre fiksyen sains: Hugo Award dan Nebula Award.

Orson Scott Card pernah memenangi kedua-dua hadiah itu 2 tahun berturut-turut. Belum ada mana-mana pengarang lain berjaya menandingi rekod beliau.

Karya beliau yang terkenal adalah Speaker for the Dead dan Ender's Game, kedua-dua buku ini memenangi Hugo Award dan Nebula Award.

Sifu akan menuliskan semula dengan cara bebas idea-idea pokok dalam buku beliau How To Write Science Fiksyen and Fantasy, diterbitkan oleh Writer's Digest Books, Cincinnati, Ohio 1990.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Kempen Membaca, Kempen Menulis

Setiap tahun kita mempuyai gerakan Kempen Membaca yang diterajui oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan bajet yang besar. Kempen itu sudah menunjukkan bukti-bukti kejayaannya.

Pertama, pengusaha kedai-kedai buku meningkatkan pelaburan membuka kedai-kedai buku baru. Ini adalah respons mereka kepada permintaan orang ramai bagi buku.

Kedua, meningkatnya jumlah penerbit buku.

Ketiga, meningkatnya angka judul buku dan angka jualan buku bagi setiap judul yang diterbitkan.

Sekarang kita memerlukan satu lagi kempen, iaitu "Kempen Menulis". Rakyat mahukan lebih banyak judul buku kerana mereka mahukan pilihan yang lebih menarik. Bagi mendapatkan lebih banyak judul, kita memerlukan lebih banyak penulis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Memasarkan Sastera Serius

Apabila PTS LITERA UTAMA meluncurkan novel berat "Laskar Pelangi" oleh Andrea Hirata ke dalam pasaran terbuka pada wal 2007, dalam tempoh tidak sampai 4 bulan, cetakan pertama sebanyak 2 ribu naskhah bersih terjual.

Novel-novel jibunsyi PTS dalam siri Diari Sebuah Kehidupan juga diterima baik oleh peminat. Judul-judul jibunsyi terawal yang diterbitkan oleh PTS FORTUNA semuanya sudah habis terjual dan kini sedang diulangcetak.

Terakhir, 4 buah novel dalam siri Pahlawan Islam sedang laku keras di Malaysia dan sudah dilesen oleh Jakarta. Laporan dari jabatan pemasaran PTS menunjukkan siri ini amat disukai oleh guru-guru pusat sumber dan pustakawan.

Data jualan novel-novel serius PTS menunjukkan tempurung pasaran novel serius dapat dibelah dengan menggunakan strategi berkesan.

Jadi, jangan percaya lagi dengan kata-kata orang-orang besar DBP yang mengatakan kononnya sastera serius tidak laku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Cobaan Kejayaan

Apabila karya saudara terbit, maka saudara berpeluang menjadi terkenal oleh kebagusan karya saudara itu. Ini lebih-lebih lagi benar bagi saudara yang menghasilkan novel dan antologi puisi.

Maka saudara akan mendapat peminat daripada kalangan strangers yakni individu-individu yang tidak saudara kenali sebelum saudara menjadi pengarang terkenal.

Saudara mudah tergoda oleh kata-kata puja-puji dari mulut para strangers yang memberikan gambaran seolah-olah apa juga yang saudara ucapkan dan tuliskan betul dan bijak belaka. Apatah lagi apabila strangers itu adalah perempuan-perempuan muda dan cantik pula.

Isteri saudara tidak dapat bertanding dengan puja-puji para strangers itu. Tidak dapat! Isteri saudara sangat kenal akan siapa saudara yang sebenar.

Puja-puji daripada strangers yang muda dan cantik mudah menyebabkan pengarang lupa akan siapa dirinya yang sebenar, lalu dia terjatuh ke dalam perangkap di mana dia mula berlakon menjadi apa yang strangers itu mahukan daripada pengarang yang diminatinya.

Ini biasa berlaku kepada pengarang yang lemah peribadinya dan kurang berhati-hati apabila menerima puja-puji daripada peminat @ penggoda.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Notis! Entri Sai-fai dan Fantasi

Kepada semua mentee yang ikut dalam Tim Sai-fai dan Tim Fantasi PTS!

Dimaklumkan Sifu sedang membuat persediaan bagi menerbitkan entri-entri tentang penulisan novel sai-fai dan fantasi dalam UNIKA.

Objektif PTS bersungguh-sungguh memulakan program penerbitan novel sai-fai secara konsisten dan berterusan adalah bagi menggalakkan budak-budak supaya seronok belajar sains dan menyalurkan teori-teori sains kepada mereka.

Ikuti siri entri ini bagi memahami perbezaan antara sai-fai dan fantasi serta ciri-ciri sai-fai dan fantasi yang bermutu tinggi.

Otai Mat Jan akan mengadakan siri bengkel teknik menulis sai-fa yang bermutu tinggi dan evergreen, maka jangan tidak hadir. Kita mahu sai-fai yang dapat diekspot ke Jakarta!

Nota: Sifu sedang membaca buku rujukan "How To Write Science Fiction and Fantasy" oleh Orson Scott Card, pemenang Hugo Award dan Nebula Award, yang dipinjamkan oleh Otai Mat Jan.

(Di mana hendak dicari macam ini punya Sifu - sanggup membaca buku dan tuliskan ilmu dalam buku itu demi memandai mentee-menteenya, supaya mereka berjaya memandaikan para peminat sai-fai dan fantasi yang dihasilkan!)

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 17, 2007

Berniaga Cara Nabi Muhammad: Tolongi Pesaing-pesaing Kita Supaya Perniagaan Mereka Maju

Dalam teori berniaga cara konvensional, sesiapa yang berniaga dengan menawarkan produk yang serupa dengan produk saudara, maka mereka adalah pesaing saudara, oleh itu mereka merupakan ancaman kepada perniagaan saudara.

Apabila saudara berniaga cara Nabi Muhammad, saudara tidak dibenarkan bersaing, sebaliknya saudara digalakkan bekerjasama, tolong menolong dan bantu membantu dengan peniaga-peniaga lain.

Sebagai contoh, penerbit buku menolong penerbit-penerbit buku lain mengembangkan perniagaan mereka.

Ada 2 cara membantu sesama peniaga:

(1) Membantu secara langsung
Sebagai contoh UNIKA dibangunkan khusus bagi membantu secara langsung semua yang terlibat dalam industri buku dengan menerbitkan pelbagai maklumat berguna berkenaan dunia dan bisnes buku supaya penerbit-penerbit lain mendapat manfaat daripada apa yang terbit dalam UNIKA ini.

Kursus-kursus PTS adalah gratis dan kakitangan syarikat-syarikat penerbit lain dijemput mengikuti kursus-kursus PTS.

Nabi Muhammad mengajarkan kepada para peniaga cara-cara berniaga yang dijamin menguntungkan. Beliau tidak pernah rugi berniaga. Beliau trader yang amat berjaya.

Sebagai seorang yang maksum, beliau seorang yang tidak melakukan sebarang kesilapan. Cara-cara berniaga yang diajarkan oleh Nabi Muhammad tidak mungkin silap, tidak mungkin merugikan.

Beliau beberapa kali menjadi jutawan, iaitu daripada hasil rampasan perang. Tetapi semua harta kekayaannya yang berjuta-juta itu dibelanjakan bagi mempromosikan lagi produknya yang bernama Islam.

(2) Membantu secara tidak langsung
Dengan menjadi anggota persatuan perniagaan dalam bidang yang diceburi, dan menyumbangkan tenaga bagi mengembangkan memajukan industri itu.

Penerbit buku masuk menjadi anggota MABOPA bukan supaya dia dapat kontrak kerajaan ataupun supaya bukunya lebih banyak laku di kedai. Orang bisnes masuk persatuan bukan bagi membesarkan bisnesnya sendiri.

Fungsi dan matlamat persatuan orang-orang bisnes adalah membesarkan saiz industri. Ia serupa dengan membesarkan kolam ikan supaya ikan-ikan yang ada di dalamnya dapat berenang-renang dengan lebih aktif, dengan itu badannya dapat membesar. Juga, supaya lebih banyak ikan dapat dimasukkan ke dalam kolam itu.

Apabila akuarium itu kecil, anak ikan jerung yang ada di dalamnya pun tidak dapat membesar. Jika kita mahu menjadi ikan besar, kita mesti membesarkan saiz kolam di mana kita berada di dalamnya.

Berkenaan peri pentingnya masuk persatuan (istilah lain, berjamaah), Nabi Muhammad berpesan bahawa kambing yang dapat dibaham serigala adalah kambing yang tidak berada di tengah-tengah kumpulannya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Siri Novel Sejarah PTS

Bermula dengan novel-novel siri pahlawan Islam, PTS terus menerbitkan novel-novel sejarah.

Tiga novel sejarah yang akan terbit sedikit masa lagi adalah "Si Bongkok Tanjung Puteri", "Setelah Roboh Kota Melaka" dan "Perang Sangkil".

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Bahasa Sebagai Senjata Memasuki Pasaran Indonesia

Tulis buku saudara menggunakan Bahasa Melayu Tinggi supaya dengan itu buku saudara mempunyai peluang dilesenkan ke Jakarta.

Bahasa Melayu Tinggi mempunyai banyak persamaan dengan Bahasa Indonesia. Dengan demikian ia lebih mudah diadaptasikan ke dalam bahasa itu, dan kos mengedit buku saudara lebih murah bagi penerbit di sana.

Baca buku-buku terbitan Indonesia supaya kita mendapat gambaran gaya bahasa itu dengan dengan demikian dapat menulis menggunakan gaya yang mirip-mirip Bahasa Indonesia.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku-buku PTS Mengamalkan Psikologi Positif

Pada masa dahulu, ilmu psikologi mengkaji tingkah laku manusia yang tidak normal - yang gila, yang sakit jiwa, yang cemburu buta, yang memukul isteri, yang malas, yang penakut, yang tamak, yang murung, yang kecing malam, dan seterusnya, dan seterusnya.

Aliran psikologi lama itu disebut psikologi negatif, yakni ilmu yang mengkaji segala macam tingkah laku manusia yang menyalahi fitrah, supaya dapat dirawat.

Pada masa ini sudah ada ilmu psikologi aliran baru, yang disebut psikologi positif. Aliran ini mengkaji mengapa sesetengah individu kekal normal, meskipun mereka mengalami pelbagai kesukaran dan kepayahan.

Dengan mengetahui faktor-faktor yang membolehkan manusia kekal normal, kekal berjaya, kekal bahagia, meskipun mengalami pelbagai masalah hidup, pakar-pakar psikologi dapat memberikan panduan bagaimana kita boleh berjaya dan bahagia manakala, dalam keadaan yang yang serupa, orang lain gagal dan menderita jiwa.

Buku-buku PTS mengamalkan pendekatan psikologi positif. Fokus buku-buku PTS bukan menerangkan "Ini tidak betul." sebaliknya menekankan "Beginilah yang betul!"

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Flanking Bukan Bersaing

Flanking bukan strategi bersaing. Flanking adalah strategi masuk pasaran yang sudah ada pemain-pemain besar di dalamnya dengan tidak mahu bersaing, tidak mahu berlawan dengan budak-budak besar itu.

Bersaing bermakna buat seperti orang berlumba lari - semua mula dari garis mula yang sama, kemudian mereka berlawan sesama sendiri, siapa yang ototnya lebih kuat, siapa yang langkahnya lebih laju, dia yang memang.

Bersaing bermakna masuk ikut pintu di mana budak-budak besar itu sudah siap menunggu dengan tukul di tangan.

Bersaing bermakna menang dengan cara mengalahkan orang lain.

Flanking tidak begitu. Flanking amat berbeza. Matlamat flanking bukan hendak menjatuhkan sesiapa. Bukan mengalahkan sesiapa.

Flanking bermakna masuk ikut pintu-pintu lain. Pintu-pintu di mana tidak ada budak besar menunggu di situ.

Flanking bermakna semua orang menang. Tidak ada sesiapa yang kalah.

Sektor restoran makanan segera sudah ada budak-budak besar di dalamnya. Budak-budak besar itu berkawan dengan Israel, justeru sesiapa yang masuk ke dalam restoran-restoran itu mengirimkan sebahagian duit mereka ke Tel Aviv. Walaupun makanan yang mereka jual itu disembelih, ia tetap tidak boleh dimakan oleh orang Islam yang mahu menjaga agamanya dengan baik.

Justeru kita perlu memasuki pasaran restoran makanan segera dan menawarkan makanan yang tiada hubungan dengan Israel dan Tel Aviv.

Kita masuk bukan sebab hendak bersaing dengan budak-budak besar itu. Kita bukan hendak melawan mereka. Kita bukan hendak mengetuk mereka.

Kita masuk bagi membolehkan orang Islam memilih sama ada mahu makan dalam restoran yang beniaga dengan Israel ataupun dalam restoran yang tidak berniaga dengan Israel.

RamLY burger menawarkan pilihan seperti itu: Pengguna mempunyai pilihan mahu makan burger sahabat Israel ataupun mahu makan burger RamLY.

Perkembangan francais restoran Kayu menawarkan pilihan itu: Pengguna mempunyai pilihan mahu makan dalam restoran berafiliasi Israel ataupun makan dalam restoran berafiliasi India.

Objektif flanking RamLY bukan hendak mengetuk kepala McD ataupun A&W. Kedua-dua budak besar itu masih wujud dan terus berkembang, manakala RamLY juga terus berkembang.

Objektif flanking restoran nasi kandar Kayu bukan hendak mengetuk kepala KFC ataupun PizzaHut. Kedua-bua budak besar itu masih wujud dan terus berkembang, manakala Kayu juga terus berkembang.

Objektif flanking Nabi Muhammad apabila beliau memperkenalkan produknya yang bernama Islam, beliau bukan mahu mengetuk kepala budak-budak besar yang bernama idolisme, Kristianiti dan Judaisme sampai mati. Sehingga hari ini semua budak-budak itu masih wujud dan terus berkembang, manakala Islam juga terus berkembang.

Bersaing tidak memerlukan seni berfikir. Ia adalah amat logikal. Ia adalah otot-lawan-otot.

Flanking adalah berfikir dengan berseni. Kita akan kaji seni berfikir Nabi Muhammad sebagai seorang ahli strategi.

Nota: Jangan percaya sangat hasil kajian ustazah palsu ini....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 5 pages  <  1 2 3 4 >  Last »