Tuesday, July 31, 2007

Tip Survival Penerbit: Cabaran Menjadi Gergasi di Tanah Liliput

Bagi saudara yang bergiat dalam sektor novel cinta, ini ada maklumat yang berguna bagi menyemak strategi kerja saudara.

Kajian yang kita jalankan mendapati para pengedar novel mempunyai mentaliti yang berbeza daripada penerbit. Mereka tidak membezakan novel cinta yang diterbitkan oleh penerbit A, B, C ataupun D.

Di mata pengedar novel-novel cinta, isi dan kualiti novel tidak penting sama sekali. Yang penting adalah diskaun, sebab mereka betul-betul survive atas diskaun.

Isunya, berapa diskaun penerbit sanggup beri: 30%? 40%? 50%? 60%? Pengedar lebih suka menge-push novel-novel penerbit yang memberi mereka diskaun tinggi, meskipun novel-novel itu tidak berkualiti.

Data mutakhir yang kita peroleh dari pasaran menunjukkan volume jualan novel cinta yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit indie sudah sama banyak dengan volume yang diterbitkan oleh penerbit gergasi ALAF21 dan Creative.

Penerbit indie biasanya adalah milik suami isteri, dan semua kerja mereka berdua sahaja buat sendiri, oleh itu kos operasi mereka rendah. Itu sebab mereka sanggup beri diskaun yang besar.

Pengedar novel cinta suka push novel-novel penerbit indie disebabkan mereka sanggup memberi diskaun yang lebih besar dibandingkan dengan diskaun penerbit gergasi. Ada penerbit indie sanggup beri sampai 55% diskaun.

Jadi tidak hairan jika novel-novel cinta terbitan penerbit indie boleh dilihat terdapat dalam banyak kedai di merata-rata tempat. Ini membuat penulisnya amat seronok, maklumlah novelnya ada di mana-mana.

Penerbit besar tidak akan memberi diskaun lebih daripada yang mereka mampu, lazimnya antara 35% - 40%, itu pun berdasarkan volume, sebab mereka menanggung kos operasi yang tinggi seperti cukai syarikat, sewa, gaji, caruman EPF, SOCSO, insurans kesihatan, pelbagai elaun dan seumpamanya.

Memang sebuah penerbit indie takkan menang melawan penerbit gergasi. Tetapi, seperti yang berlaku di Tanah Liliput, apabila jumlah penerbit indie begitu banyak, gergasi pun dapat ditumbangkan oleh mereka. Tetapi, seperti apa yang berlaku di Tanah Liliput, gergasi itu cuma tumbang sementara sahaja, tetapi tidak mati.

Namun game dunia bisnes bukan game yang simple. Ia amat kompleks. Kemenangan jangka pendek belum tentu baik bagi survival jangka panjang.

Apabila hari ini saudara beri diskaun 50% kepada pengedar saudara, sampai bilakah saudara sanggup beri diskaun sebesar itu? Jawabnya, selagi saudara sanggup terus buat kerja berdua suami isteri sahaja. Sudah tua bongkok pun saudara masih buat kerja berdua.

Jika saudara mahu hidup selesa pada zaman tua, saudara perlu membesarkan bisnes saudara. Saudara perlu mengambil pekerja dan mengeluarkan kos tambahan.

Semakin besar bisnes saudara, semakin besar kos operasi saudara. Saudara takkan dapat memberikan diskaun 50% tanpa termakan modal. Jika saudara terus memberi 50% diskaun kepada pengedar, itu harakiri namanya!

Apakah kaitan isu diskaun pengedar dengan penulis? Kaitannya amat kritikal.

Bagi penulis yang menghantar karyanya kepada penerbit kecil, risikonya amat tinggi. Apabila penerbit kecil termakan modal, langkah pertama untuk survive adalah dengan tidak membayar royalti penulis!

Perbuatan tidak membayar royalti penulis adalah harakiri kedua. Apabila saudara tidak membayar royalti, penulis tidak percaya lagi kepada saudara, nama baik saudara jadi busuk, dan saudara tidak mendapat bekalan manuskrip lagi.

Satu demi satu penerbit indie muncul dan kemudian hilang dari pasaran. Akhirnya penerbit besar dapat terus bertahan dengan amalan bisnes yang rasionalistik.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Novel Cinta Paling Laris

Tuan Mat Jan, semasa menyampaikan bengkel sai-fainya Sabtu lalu, beliau mengemukakan faktor-faktor di sebalik fenomena mengapa novel cinta menjadi buku Melayu yang ngetop julannya.

Kajian yang beliau jalankan di kedai-kedai buku utama mendapati kejayaan novel cinta Melayu adalah kejayaan yang di luar kebiasaan dalam erti kata ia adalah kekecualian.

Bagi sektor buku Inggeris dan buku Cina yang dijual di kedai-kedai utama, novel romance tidak menjadi buku paling ngetop jualannya. Bagi kedua-dua bahasa itu, pengarang-pengarang paling terkenal pun bukan pengarang novel-novel romance.

Mengapa novel cinta menjadi buku yang jualannya paling ngetop dalam sektor buku Melayu adalah disebabkan buku-buku lain tidak ada. Demikianlah hasil kajian Tuan Mat Jan.

Hmm... Alangkah banyaknya kawasan Laut Biru bagi industri buku Melayu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Khidmat Masyakarat: Maskara III Sabtu 4hb Ogos

Aktiviti: Baca novel, cerpen, puisi, dan main muzik.
Tarikh: 4 OGOS 2007
Masa: 8:45 Malam
Tempat: Rumah Pena

Seniman:
- Mohd Dahri Zakaria
- Mukhsen X
- Indera Kencana
- King Binjai
- Tifani Teh
- Fairul Nizam
- Sinaganaga
- Ramdan Che Hassan
- Anjang & the Gang

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Bagaimana Kedai Buku Indie Mencipta “Lingkaran Syaitan”

Peminat PTS komplen dan menulis emel menyatakan kesal sebab mereka sukar mendapatkan buku-buku PTS di tempat mereka.

Kita mendapat maklumat daripada pengedar PTS bahawa kedai-kedai buku indie, baik yang ada di Lembah Kelang, mahupun di kotamadya dan pekan-pekan kecil, mereka hanya mahu menjual novel-novel pop-cinta sahaja. Novel-novel remaja terbitan PTS pun mereka tidak mahu jual sebab "tidak laku".

Keadaan ini menyebabkan 2 pihak mengalami kesukaran. Pertama, penerbit buku bermutu tidak dapat memasarkan buku-bukunya dengan lebih merata-rata di seluruh negara.

Kedua, pembaca buku bermutu di luar bandar-badar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang dan Melaka, tidak dapat membeli dan membaca buku-buku bermutu.

Kedai-kedai buku indie ini mencipta "lingkaran syaitan" (vicious cycle) ke atas pembangunan modal insan di kawasan luar bandar.

Kedai-kedai buku menjual bahan bacaan yang merosakkan daya intelek orang luar bandar. Orang luar bandar yang daya inteleknya rosak hanya mahu membeli dan membaca buku-buku yang merosakkan daya intelek. Justeru kedai buku luar bandar hanya menjual buku-buku yang dimahukan oleh mereka yang daya inteleknya rosak. Begitulah lingkaran syaitan itu berpusing-pusing.

Di satu pihak lain, di bandar-bandar utama terdapat rangkaian kedai buku elit seperti MPH, POPULAR, KINOKUNIYA, TIMES dan BORDERS yang dikunjungi oleh golongan kelas menengah yang mengutamakan buku-buku bermutu.

Ini menyebabkan penerbit seperti PTS hanya dapat memasarkan buku-bukunya di mana rangkaian kedai-kedai buku elit itu membuka cawangannya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Memilih Isi Ceramah

Kajian menunjukkan, maklumat baru lebih meyakinkan daripada maklumat lama. Maklumat lama disebut dengan istilah "maklumat basi".

Apa itu maklumat baru? Maklumat baru adalah maklumat yang belum pernah didengar oleh hadirin yang datang mendengar saudara menyampaikan ceramah.

Tahukah saudara bahawa syarikat-syarikat Cina tempatan yang 20 tahun dahulu berjaya dan besar disebabkan banyak membuat kontrak-kontrak kerajaan hari ini sudah tidak ada lagi? Jika saudara tidak tahu, maka ini adalah maklumat baru bagi saudara.

Maklumat yang penting dan betul sekalipun, jika hadirin pernah mendengarnya di radio, TV, pernah disebut oleh penceramah lain ataupun dia pernah membacanya dalam surat khabar dan majalah, maka maklumat itu tidak meyakinkannya lagi.

Maklumat lama adalah ibarat pisau yang sudah tumpul, tidak berguna lagi bagi tujuan memotong daging.

Justeru jangan bercakap tentang maklumat ataupun statistik yang hadirin saudara sudah tahu, meskipun maklumat itu betul dan amat penting!

Katakanlah saudara fikir mereka sudah tahu bahawa 93% bisnes gulung tikar dalam tempoh 3 tahun selepas beroperasi. Maklumat ini memang betul, bukan hanya di Malaysia, malah di semua begara. Jika saudara fikir hadirin sudah tahu, jangan sebut maklumat ini dalam ceramah saudara. Sebut statistik lain.

*Jangan sebut ayat-ayat dan hadis-hadis yang hadirin sudah tahu.
*Jangan sebut kata-kata hikmat yang hadirin sudah tahu.
*Jangan ucapkan ayat-ayat yang sudah biasa diucapkan oleh penceramah lain. Itulah adalah ayat-ayat basi.


Apakah panduan bagi menentukan sama ada sesuatu maklumat itu baru ataupun maklumat basi?

Jika saudara sendiri sudah lama tahu maklumat itu, anggaplah maklumat itu maklumat basi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Penerbit dan Penulis Novel Melayu Mesti Menolong Guru-guru Bahasa Melayu

Penulis buku-buku cerita dan novel Bahasa Melayu mesti menolong guru-guru Bahasa Melayu, bukan sebaliknya.

Pada masa ini banyak novel-novel Melayu dalam pasaran yang menggunakan gaya bahasa yang tidak menolong guru-guru Bahasa Melayu mengajarkan subjek itu dengan lebih berkesan, malah menyusahkan kerja mereka.

Dalam bilik darjah guru-guru mengajarkan sistem ejaan dan tatabahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), tetapi apabila pelajar membaca novel-novel itu, mereka disogokkan dengan ayat-ayat yang salah tatabahasanya.

Sebagai contoh, guru-guru mengajarkan bahawa ayat mesti ada SUBJEKnya dan PRADIKETnya, tetapi dalam novel-novel itu banyak ayat tidak mempunyai SUBJEK. Dalam kertas peperiksaan, ayat-ayat seperti itu dipotong markahnya.

Demikian juga halnya dengan kata dan ejaan bahasa slanga, yang banyak terdapat dalam novel-novel itu.

Penulis-penulis novel Melayu mesti berkarya dengan sikap bertanggungjawab terhadap para pembaca remaja yang masih di bangku sekolah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(27) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 30, 2007

Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Buku Buat Duit

Kerajaan sudah mula menubuhkan Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD). Menterinya adalah Dato' Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Setiap majlis menerima RM60 ribu bagi membiayai aktivitinya.

PTS banyak menerbitkan buku yang kandungannya dapat dijadikan isi ceramah kepada hadirin majlis ceramah MPUD.

Kepada penulis-trainer PTS yang terlibat dalam bisnes training dan ceramah, tulis kertas cadangan dan gunakan maklumat dalam buku-buku bisnes PTS.

Gunakan network saudara yang ada bagi mengetahui pegawai di kementerian yang menjaga MPUD. Hantar kertas cadangan kepada beliau.

Antara isi ceramah yang dijamin disukai oleh para hadirin boleh dibaca dalam buku-buku berikut:

(i) Memulakan Bisnes Sendiri.
(ii) Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya.
(iii) Rahsia Bisnes Orang Cina.
(iv) Mengapa Bisnes Gulung Tikar.

Buat, jangan tidak buat! Kertas cadangan yang sama juga boleh dikemukakan bagi program pembangunan usahawan wanita di bawah kementerian wanita.

.

INI DIA RESPON BERGUNA dari Tuan Nazir!

Assalamualaikum,

Saya adalah seorang setiausaha MPUD Daerah Rompin, Pahang merangkap Pegawai MARA.

Selalunya buku koleksi saya di pejabat seperti Bagaimana Memulakan Perniagaan dan Membuat Rancangan Perniagaan sering dipinjam oleh bakal usahawan MARA yang datang ke pejabat saya. Sambutan amat menggalakan (sampai tak pulang-pulang buku-buku tu!).

Untuk pengetahuan Puan, semua pegawai MARA menjaga MPUD di daerah masing-masing.

Baru semalam 5 orang ADUN negeri Pahang menerima watikah perlantikan pengerusi MPUD dari Khaled Nordin.

Untuk sebarang kertas cadangan saya percaya, bolehlah dihantar ke Pegawai MARA untuk penilaian bersama pengerusi dan ahli mesyuarat.

Dari isi hati saya: Buget 60 ribu, impak pun kena setara atau lebih, berilah cadangan yang bernas sebab ahli-ahli mesyuarat majoritinya pegawai-pegawai kerajaan, kurang sikit idea bisnes.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Mengapa Ceramah di PLKN Pelaburan yang Baik

Bagi saudara yang merancang mahu menjadi trainer ataupun penceramah, saudara wajib melabur bagi mencari pelanggan masa depan.

Ikut contoh En. Sunthara Segar, seorang perancang kewangan peribadi. Salah satu tempat yang baik adalah menyampaikan ceramah saudara di pusat-pusat latihan khidmat negara (PLKN). Beliau aktif menyampaikan ceramah di PLKN.

Jangan lihat peserta PLKN dalam kedudukan mereka sekarang. Lihat mereka 10 tahun dari sekarang. Di manakah mereka itu berada pada waktu itu.

Lihat mereka 15 tahun dari sekarang. 20 tahun dari sekarang.

Jangan pandang duit yang saudara peroleh dari mereka sekarang. Sekarang memang mereka tidak banyak duit.

Pandang duit yang saudara peroleh daripada mereka pada masa hadapan.

Waktu itu ada antara peserta-peserta PLKN yang mendengar ceramah saudara hari ini sudah menjadi pengurus syarikat-syarikat besar, sudah menjadi pegawai-pegawai tinggi dalam kerajaan, sudah menjadi jutawan, sudah menjadi ahli politik...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Manfaatnya Belajar Teori dan Teknik Menulis Skrip Drama TV

PTS mendorong saudara belajar teknik menulis skrip drama kerana:

1. Apabila saudara tahu unsur-unsur yang wajib ada dalam skrip drama, saudara dapat memasukkan unsur-unsur itu dalam buku saudara. Ini membuatkan novel saudara mudah dialihkan menjadi skrip oleh penulis skrip profesional. Novel-novel Harry Potter ditulis supaya mudah difilemkan.

2. Apabila saudara sendiri menulis skrip drama, saudara mempunyai sumber pendapatan tambahan yang membolehkan saudara hidup sebagai penulis sepenuh masa. Contoh yang sangat baik adalah En. Meor Shariman, penulis siri novel remaja "Kembar Terpilih".

3. Apabila karya saudara didramakan ataupun difilemkan, jualan buku saudara akan naik.

Masyarakat sasterawan tempatan banyak kali menyuarakan kritikan bahawa karya-karya sastera tempatan yang dikatakan bagus-bagus tidak dialihkan kepada versi filem dan drama TV.

Dalam perbualan Sifu dengan Puan Sujiah Salleh dan Dato' Yusof Haslam, mereka menerangkan perkara itu berlaku disebabkan karya sastera yang bagus tidak semestinya sesuai dialihkan menjadi skrip.

Selepas mengikuti bengkel En. Martias barulah kita faham peri pentingnya para penulis kreatif mengetahui sedikit sebanyak teori dan teknik menulis skrip supaya sewaktu menuliskan novel ataupun buku-buku cerita, unsur-unsur yang diperlukan oleh penulis skrip itu sudah sedia dimasukkan dalam bukunya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Laporan Bengkel En. Martias

Peserta macam tidak percaya apabila En. Martias tiba di bilik kuliah, lalu beliau mencadangkan bengkel dibuat di tempat makan!

Maka kami pun beramai-ramai turun lalu pergi ke Restoran Anwar, maka di situlah bengkel dijalankan sehingga jam 1.15 petang. Maka tuan punya dan para pelanggan restoran pun terpinga-pingalah melihat 16 orang sibuk mengambil nota apabila En. Martias bercakap.

Terbukti bengkel yang dibuat gaya kedai kopi itu lebih efektif.

Kepada semua yang hadir jangan lupa hantar 'tag-line' segera kepada Sifu!

Terima kasih banyak-banyak, En. Martias, atas ilmu yang dicurahkan kepada kami.

Pantun untuk En. Martias:

Naik sampan membawa peti,
Berisi gula dengan ramunya.
Orangnya tampan dan baik hati,
Bertambah pula bagus ilmunya.


.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Nota Kuliah En. Martias

(1) Tagline wajib ditulis, contoh: Wanita itu tahu suaminya mempunyai kekasih tetapi dia pura-pura tidak tahu.

(2) Dalam satu cerita ada 1 plot utama dan maksimum 3 subplot. Subplot adalah "Pada waktu yang sama..." dan menjawab pertanyaan: Mengapa, mengapa, mengapa.

(3) Subplot menghasilkan konflik.

(4) Plot utama dan semua subplot mesti ada penyelesaian. "Akhirnya..."

(5) Cara mencipta twist: Yakinkan penonton bahawa A adalah A, baru masukkan twist.

(6) Jumlah watak utama maksimum 3 orang. Sediakan maklumat latar belakang berkenaan setiap watak utama.

(7) Jumlah scene adalah antara 60 - 75, dengan 50% adalah scene subplot. Scene adalah kejadian yang berlaku pada satu masa di satu tempat.

(8) Treatment adalah deskripsi scene tanpa dialognya. Yang ada hanya watak dan action watak. Bagi setiap scene tuliskan EXTERIOR/INTERIOR dan PAGI/PETANG/MALAM.

(9) Semakin kurang dialog, semakin bagus drama itu.

(10) Subteks memberi makna tersirat. Contoh subteks visual: (a) Garfu dalam filem "Ibu Mertuaku". (b) Scene yang menunjukkan beca usang dengan bendera Malaysia masih terpasang.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 29, 2007

Peluang Ikut En. Martias Menjalankan Kajian Sejarah di Kuala Tembeling

En. Martias mencari 2 orang yang berminat ikut beliau membuat kajian lapangan di Kuala Tembeling selama 4 - 7 hari pada bulan Ogos 2007.

Kajian itu adalah bagi mendapatkan maklumat daripada masyarakat Kuala Tembeling tentang Pahlawan Tok Gajah dan Mat Kilau bagi digunakan dalam pembikinan filem tentang pahlawan itu. Tok Gajah adalah bapa Mat Kilau.

Kos selama menjalankan kajian itu akan dibayar oleh En. Martias. Selama menjalankan kajian, tempat menginap adalah di Rumah Rehat bandar Kuala Lipis.

Tugas-tugas yang dijalankan adalah menjejaki keturunan Mat Kilau, tempat-tempat bersejarah, menemubual, mencatat dan merakam data yang diperoleh daripada responden. Bawa pakaian, buku nota, pen dan laptop sahaja.

Saudara yang berminat, tinggalkan nama, nombor hp dan emel di sini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Perempuan Cantik dalam Sai-Fai

Salah satu isu yang ditimbulkan dalam bengkel sai-fai Sabtu lalu adalah isu karekter perempuan.

Otai Mat Jan dan Profesor Kecil Firdaus Ariff mengatakan sudah menjadi ciri sai-fai, watak perempuan hanya seorang, dan perempuan itu tidak perlu jelitawan. Wajah biasa-biasa pun dapat menghasilkan filem yang ngetop!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Penerbit Cari Penterjemah Inggeris-Melayu

Penerbit buku kanak-kanak dan anggota MABOPA Kohwai & Young mencari penterjemah profesional bagi projek freelance. Hantar resume kepada En. Young di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pelancaran Buku

Banyak penulis mahukan bukunya dilancarkan, sebab mereka percaya buku yang dilancarkan akan naik jualannya.

Data-data yang ada pada kita menunjukkan, di negara ini, tidak ada bukti bahawa jualan buku yang dilancarkan dapat membayar balik kos majlis pelancarannya!

Katakanlah kos pelancarannya RM4 ribu. Bagi buku yang berharga RM20 margin untuk penerbit adalah RM0.60 sen satu naskhah. Untuk mendapatkan RM4 ribu itu, penerbit mesti jual 7 ribu naskhah buku tersebut.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Bagaimana PTS Memilih Penulis Mana Mahu Dipromosi

Di PTS, editor saudara bertanggungjawab mula menyediakan bahan-bahan promosi buku-buku saudara sebelum buku saudara terbit.

Bajet bahan-bahan promosi disediakan oleh Jabatan Kewangan. Ini bermakna bahan-bahan promosi mesti dirancang supaya dengan bajet yang kecil, bahan-bahan promosi itu menghasilkan pulangan optimum.

Inilah yang menyebabkan PTS tidak berminat dengan penulis yang cuma mempunyai 1 ataupun 2 judul buku, sebab kos menyediakan bahan-bahan promosinya menjadi mahal per judul.

Jika saudara cuma mempunyai 1 judul, sedangkan ada penulis lain, En. Karim Rudin misalnya, sudah mempunyai 4 judul, lebih baik bajet itu digunakan bagi mempromosi buku-buku En. Karim Rudin.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Islam untuk Bukan Islam

Buku ini adalah contoh buku yang ditulis khusus untuk dibaca dan difahami oleh pembaca bukan Islam.

Ramai paderi Kristian dan Yahudi memeluk Islam sesudah merela membaca Quran dan sejarah hidup Nabi Muhammad secara objektif dan rasional lalu membandingkan Quran dengan isi kandungan kitab-kitab suci agama mereka tersendiri.

Dr. Danial adalah seorang doktor perubatan.

PTS memerlukan lebih banyak buku-buku agama yang ditulis khusus bagi pembaca bukan Islam.

Kita juga memerlukan buku-buku agama yang ditujukan kepada orang Islam yang tidak mempunyai latar pendidikan agama sama sekali, yakni mereka itu Islam keturunan, oleh sebab itu mereka tidak pandai membaca tulisan Arab, tidak tahu makna perkataan-perkataan Arab yang dianggap lazim.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 28, 2007

Artis Sebagai Duta Buku

Ada penerbit baru masuk padang buku sedang mengupah penulis hantu menulis manuskrip novel cinta popular untuk diterbitkan di bawah nama 3 orang artis yang sedang naik nama mereka sekarang.

Novel-novel itu ditargetkan kepada remaja yang meminati ketiga-tiga artis itu. Andaiannya adalah peminat mereka yang ramai akan berminat membeli novel-novel itu.

Setiap novel itu akan dicetak 10 ribu naskhah.

Apa pendapat saudara? Adakah strategi pemasaran menggunakan artis sebagai duta produk dapat melariskan jualan novel-novel itu?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 27, 2007

Teknik Menggambarkan Ketampanan Lelaki dalam Surah Yusuf

Dalam surah Yusuf, hero ceritanya adalah seorang lelaki yang tampan. Ini bermakna, bagi menghasilkan sebuah kisah yang indah, heronya hendaklah lelaki, dan lelaki itu lelaki yang tampan.

Seperti filem dan komik, cerita yang heronya lelaki dibaca baik oleh lelaki mahupun perempuan, manakala apabila heronya perempuan, hanya perempuan yang membacanya.

Dalam surah Yusuf, tidak ada langsung maklumat tentang ciri-ciri fizikal ketampanan Nabi Yusuf. Sebagai contoh, pembaca tidak diberitahu apa warna mata, rambut dan kulit Nabi Yusuf.

Allah menerangkan ketampanan Nabi Yusuf menggunakan 2 cara:

(1) Menggunakan dialog watak-watak pembantu.

Apabila Zulaikha mengundang kawan-kawan perempuannya datang menjamu selera, apabila perempuan-perempuan itu ternampak Nabi Yusuf, mereka berkata, "Maha Suci Allah. Ini bukan manusia biasa. Ini malaikat suci yang menjelma."

Dari sini kita dapat membuat kesimpulan, bagi menerangkan ketampanan lelaki, caranya adalah dengan menggunakan ayat-ayat dialog, bukan menggunakan ayat-ayat naratif.

(2) Menggunakan peristiwa sebagai bukti.

Dalam majlis januan yang sama, kawan-kawan perempuan Zulaikha telah terpotong jari mereka sendiri apabila mereka terpandang Nabi Yusuf.

Dari sini kita dapat membuat kesimpulan, bagi menerangkan ketampanan lelaki, caranya adalah dengan menceritakan episod yang dapat membuktikan bahawa lelaki itu tampan, bukan dengan menggunakan ayat naratif yang menerangkan ciri-ciri ketampanan lelaki itu.

Contoh ayat naratif:
(a) Hamdan seorang yang tampan. (SALAH)
(b) Dia membetul-betulkan misainya yang lebat. (SALAH)
(c) Rozi jatuh cinta pada Karim yang berdada bidang. (SALAH)

Contoh ayat dialog:

(a) "Kamu jatuh cinta kepada Hamdan sebab dia tampankah?" Safiah bertanya kepada Zaiton. (BETUL)

(b) "Apakah kamu selalu teringat akan misainya yang lebat itu?" tanya Faridah sambil mentertawakan Laili. (BETUL)

(c) "Lupakanlah sahaja Karim yang berdada bidang itu. Dia tidak sesuai dengan kamu," Mariam menasihati Rohani. (BETUL)

Allah jualah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Isu Ijazah

Salah satu isu yang lazim difikirkan oleh calon trainer profesional adalah isu adakah ijazahnya akan dipersoalkan oleh pelanggannya.

Banyak program training yang diperlukan oleh pelanggan tidak memerlukan sebarang ijazah khusus. Sebagai contoh adalah:

(1) Program melatih petugas kaunter kemahiran melayan pelanggan yang datang dengan komplen dan marah-marah.

(2) Program meningkatkan produktiviti pekerja dengan melatih mereka supaya mahir mengurus kerja masing-masing.

(3) Program melatih pekerja kemahiran mengurus waktu.

(4) Program melatih pekerja supaya mahir menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan kepadanya.

(5) Program melatih pekerja supaya mahir bekerja dalam pasukan.

(6) Program melatih pekerja menjadi intrapreneur dalam organisasi.

(7) Program melatih pekerja lelaki supaya mahir bekerja dengan bos perempuan.

(8) Program melatih ketua-ketua lelaki supaya mahir bekerja dengan staf bawahan perempuan.

(9) Program melatih pekerja perempuan bagaimana bekerja dengan lelaki.

(10) Program melatih ketua-ketua supaya mahir mendorong semangat kerja orang bawahan.

(11) Program melatih ketua-ketua supaya mahir menentukan target produktiviti dan cara-cara mencapai target.

(12) Program melatih pekerja supaya pandai menyelesaikan masalah secara kreatif.

(13) Program melatih pekerja cara melayan pelanggan yang berduit.

(14) Program melatih pegawai supaya pandai menyampaikan pelbagai jenis ucapan yang berkesan.

Bagi program-program seperti di atas, sebarang ijazah adalah berguna. Jangan benarkan ijazah saudara menjadi faktor yang menghalang saudara menjadi trainer yang efektif dan memuaskan hati pelanggan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Kapal Generasi dalam Sai-Fai

Penerbangan dari bintang ke bintang dapat dilakukan menggunakan idea kapal generasi. Kapal jenis ini bergerak kurang daripada kelajuan cahaya oleh itu ia mengambil waktu yang lama, dan terpaksa membawa bahan tenaga yang banyak.

Walau bagaimanapun, ada suatu perkara yang bagus pada idea kapal generasi. Di ruang angkasa lepas hampir tidak berlaku geseran, oleh itu pada kelajuan yang tertentu kapal itu dapat terus meluncur dan terbang laju pada hala yang sama, tanpa memerlukan bahan bakar lagi.

Tetapi idea kapal generasi begini ada pula kelemahannya. Bahan tenaga yang diperlukan bagi mengangkat kapal itu keluar dari ruang orbit Bumi menjadi sebahagian daripada jisim yang mesti diangkat.

Jadi bahan tenaga yang diperlukan bagi meningkatkan kelajuan kapal itu akan menjadi beban tambahan yang mesti ikut dibawa kapal sehingga menyebabkan kapal itu tidak dapat hendak menaikkan kadar kelajuannya.

Bukan itu sahaja, disebabkan kapal itu memerlukan bahan tenaga bagi memerlahankan kelajuannya apabila sudah hampir tia ke destinasi, dan tenaga bagi fasa memasuki orbit dan pendaratan, ertinya kapal itu terpaksa membawa bahan tenaga yang banyak. Bagaimana pula jika di bintang sana tidak ada bekalan bahan tenaga itu. Ertinya, ia mesti membawa bahan tenaga empat kali ganda lebih banyak daripada jisimnya, jikalau tidak kapal itu tidak dapat balik ke Bumi.

Bagi mengatasi masalah banyaknya bahan tenaga yang diperlukan bagi mengeluarkan kapal angkasa yang besar dari dalam orbit Bumi, kapal itu dapat dibina di angkasa, dan di lancarkan dari stesen yang jauh daripada Matahari. Apabila kapal itu tiba ke Dunia Baru, kapal itu diletakkan dalam orbit, manakala para penumpangnya turun ke muka planet itu dengan menaiki pesawat shuttle.

Menggunakan teknologi yang hebat itu pun kapal tersebut tidak akan dapat terbang lebih laju daripada 10 peratus kelajuan cahaya – yakni cuma 67 juta batu sejam. Pada kelajuan itu pun perjalanan ke bintang yang paling dekat mengambil masa 300 tahun.

Itulah sebabnya kapal jenis ini dinamakan kapal generasi. Kapal itu mempunyai persekitaran dalaman yang menyerupai keadaan di Bumi, lengkap dengan tumbuh-tumbuhan yang membekalkan makanan dan oksigen. Anak-anak kapal itu lahir dan mati dalam kapal itu. Mayat mereka diproses dan dijadikan bahan ekosistem dalam kapal itu.

Idea kapal generasi sudah banyak ditulis orang, khususnya dalam cerita-cerita tentang kapal di mana anak-anak kapalnya sudah lupa dari planet mana mereka berasal, malah lupa bahawa mereka sebenarnya berada dalam kapal.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: 1 Huruf 7 Pahala

Bagi setiap kebaikan, meskipun ia sebesar biji sawi, ia tetap dibalas dengan kebaikan yang berlipat ganda, mungkin 7 kali ganda, mungkin 10, mungkin 700 kali ganda.

Sebutir huruf adalah ibarat sebutir biji sawi.

Apabila seseorang itu menulis buku, beliau menulis beribu-ribu huruf, maka amatlah besar ganjarannya.

Marilah kita belajar menulis buku-buku bagi membantu orang yang membacanya menjadi lebih pandai.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saintis Steampunk

Idea! Idea! Idea! Di manakah kau, idea?

Ini satu lagi sumber idea bagus bagi saudara-saudara yang berkarya dalam Tim Sai-Fai PTS di bawah pimpinan Sdr. Mat Jan.

Komputer mekanikal adalah lebih lasak daripada komputer silikon. Justeru banyak sekali kegunaan komputer lasak ini dalam cerita-cerita sai-fai.

Baca seterusnya tulisan Profesor Kecil Firdaus Ariff di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 26, 2007

Perang yang Dicicirkan dalam Sejarah Rasmi Bangsa

Buku genre fiksyen sejarah ini karya En. Akiya, seorang penulis Orang Asli.

Apa yang dikemukakan dalam novel ini adalah benar daripada sudut sejarah sebagaimana yang tercatat dalam minda Orang Asli yang menghuni kawasan Perak Selatan.

Sejarah ditulis oleh pihak yang menang. Disebabkan dalam Perang Sangkil itu orang Melayu menang, maka orang Melayulah yang menuliskan sejarah Perak.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Gosip Industri: Ghairah Buku Hantu-Mantu

Gosip yang kita dengar mengatakan banyak penerbit sedang ghairah dan berlumba-lumba hendak menerbitkan buku-buku fiksyen bertemakan cerita hantu-mantu.

Sebuah cawangan penerbit antarabangsa di Kuala Lumpur - penerbit "M-C" - pun ikut terjun ke dalam sektor buku hantu. Gosip mengatakan ia akan menerbitkan buku bertemakan jenis hantu-hantu Malaysia!

Trend ini tidak sihat dan tidak menyihatkan minda rakyat Malaysia.

Bagaimanakah negara kita hendak mengembangkan minda "kelas dunia" jika para penerbit membekalkan buku-buku yang menjadikan minda pembacanya "tidak ada kelas"?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Dua Lagi Buku PTS Dilesen Jakarta

Kita baru sahaja menerima permohonan Mizan Jakarta mahu melesen buku ini. Tentu kita setuju!

Kadang-kadang kita pun tidak menyangka judul yang bagaimana yang sangat dimahukan oleh Jakarta.

Yang penting, ini semua adalah rezeki dari Tuhan yang maha memberi ganjaran kepada buku-buku yang ditulis dengan niat yang baik dan teknik penulisan yang betul.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mizan Jakarta Luncurkan dengan Besar-besaran Buku-buku Ann Wan Seng

Penerbit Hikmah, anak syarikat Kumpulan Mizan Indonesia, telah menghantar jemputan rasmi kepada En. Ann Wan Seng bagi mengadakan promosi besar-besaran 4 buku beliau di Indonesia bermula 17-22 Ogos 2007.

Buku-buku beliau itu dilesenkan oleh Penerbit Hikmah daripada PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Senarai buku-buku yang dilesenkan itu sebagaimana berikut:

1. Rahsia Bisnes Orang Cina

2. Rahsia Bisnes Orang Jepun

3. Rahsia Bisnes Orang Korea

4. Formula Bisnes Negara China

Antara aktiviti promosi yang dirancang sepanjang En. Ann Wan Seng berada di sana ialah:

1. Grand launching 4 buku di atas (Siri Bisnes Asia) oleh Ann Wan Seng.

2. Roadshow di beberapa kedai buku utama di Jakarta dan Bandung.

3. Talkshow dengan beberapa media massa utama.

Penerbit Hikmah memaklumkan buku-buku Ann Wan Seng ini telah terjual lebih daripada 20 000 naskhah sejak ia diterbitkan secara berperingkat bermula awal tahun 2007.

Hehehe!....

Ada sesiapa lagi masih tidak yakin bahawa pengarang PTS dapat ngetop di Indonesia?

Tulislah buku saudara dengan mengambil kira ia bakal meletup di negara itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Perlu Mencipta Peri-peri Bahasa

Sekolah tidak mengajar pelajar-pelajar mencipta ayat-ayat yang indah, sedangkan ayat-ayat yang indah mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sekolah hanya mengajar ejaan dan tatabahasa. Ejaan dan tatabahasa yang betul menghasilkan ayat-ayat yang betul, tetapi tidak tinggi nilai ekonominya.

Penulis-penulis novel PTS diseru mencipta dan memasukkan bunga-bunga bahasa ke dalam karya mereka supaya gaya bahasa dan gaya penceritaan menjadi lebih indah.

Peribahasa mudah dicipta. Ia menggunakan perkataan seperti, umpama, bagaikan dan ibarat.

Jika saudara belum mahir mencipta peribahasa yang 100% baru, saudara boleh ambil peribahasa yang sedia ada dan tukar salah satu unsur pada peribahasa lama itu. Contoh:

Lama: Bagai si kudung diberi cincin.
Baru: Bagai si bisu diberi mikrofon.

Sambung...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Hukum Hyperspace dalam Sai-Fai

Dalam genre fiksyen spekulatif, salah satu idea bagaimana manusia dapat melepasi batas hukum kelajuan cahaya adalah dengan mencipta hukum hyperspace atau ruang-hiper.

Dalam teori yang ada sekarang, atau ruang, adalah bersifat 3-dimensi. Dalam idea hyperspace, space bersifat 4-diemensi ataupun lebih. Justeru dalam dimensi ke-4 itu, ruang dapat dilenturkan, dapat dibengkokkan, dan dapat dilipat-lipat. Macam tiub getah, hujung A dapat dibengkokkan dan didekatkan kepada hujung B. Jadi apa yang di hujung sana dapat didekatkan ke hujung sini dengan membengkokkan tiub getah itu.

Justeru, Bumi yang jauh dari bintang dapat didekatkan dengan melipat ruang yang memisahkannya.

Isunya sekarang, bagaimanakah manusia dapat melompat keluar daripada ruang di mana kita sekarang berada, yakni ruang yang bersifat 3-dimensi ini.

Kalau manusia dapat melompat keluar, bagaimana pula kita dapat memasuki ruang hyperspace yang bersifat 4-dimensi itu. Kemudian, manusia mesti mempunyai cara bagaimana dapat masuk semula ke ruang 3-dimensi yang ditujunya itu.

Perjalanan melalui trowong ruang hyperspace ini disebut “the jump”. Banyak hukum-hukum telah dicipta oleh pengarang sai-fai berkenaan perjalanan dalam trowong hyperspace.

Issac Asimov mengemukakan cara bagaimana manusia dalam pesawat yang masuk ke dalam trowong hyperspace itu lenyap buat sementara, seakan-akan mati sementara, sebelum ia dapat keluar semula di destinasinya.

Ada pula pengarang sai-fai yang tidak menggunakan pesawat langsung. Sebaliknya pengarang itu mengatakan trowong hyperspace memang wujud. Yang perlu adalah mengetahui di mana letaknya pintu keluar-masuk yang menyambungkan pintu di Bumi dengan pintu di Planet X. Jadi kita tahu di mana ada pintu keluar masuk di Bumi dan di Planet X, manusia boleh melangkah masuk ke dalam trowong hyperspace itu dan berjalan sampai tiba ke pintu keluar di Planet X.

Larry Niven pula mengatakan pintu masuk trowong hyperspace itu bukan sedia wujud, sebaliknya ia dicipta menggunakan mesin. Mesin itu mencipta lorong-lorong ke mana ia hendak pergi melalui ruang hyperspace.

Ada lagi idea tentang ruang hyperspace yang mengatakan kalau manusia mahu melompat keluar dari ruang 3-dimensi masuk ke ruang hyperspace, kita mesti berada hampir dengan bintang besar supaya dapat melompat.

Ada pula idea yang mengatakan kita tidak boleh berada di tempat di mana di situ ada sumber graviti yang besar sebab graviti itu akan mendistorsikan lompatan yang dilakukan.

Idea “hyperspace” dicipta oleh pengarang-pengarang sai-fai bagi membolehkan watak-watak dalam ceritanya mengembara dari satu dunia ke dunia lain dengan cara yang cepat dan murah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Astaghfirullah!

Baca artikel ini. Klik di sini.

"Buku" yang sejak ia pertama kali diterbitkan seribu lima ratus tahun dahulu, dan sampai hari ini, masih duduk di tempat pertama carta dunia, adalah al-Quran.

Quran adalah buku yang paling banyak dibaca orang di planet yang namanya Bumi. Ini diakui oleh Guiness Book of World Records.

Kita boleh tambah rekod-rekod dunia yang dipegang oleh al-Quran:

Quran adalah buku yang paling lama survive dalam pasaran.

Quran adalah buku yang teks asalnya paling lama kekal, satu huruf pun tidak berubah.

Quran adalah buku yang paling banyak pernah diulangcetak.

Quran adalah buku yang paling banyak dihafal orang.

Quran adalah buku yang paling banyak dikaji orang.

Quran adalah buku yang isi kandungannya paling banyak dipraktikkan orang.

Quran adalah buku yang paling banyak dipetik orang apabila mereka berhujah.

Quran adalah buku yang paling banyak dibaca oleh kanak-kanak sampai orang tua.

Quran adalah buku yang paling banyak sekolah khusus dibuka bagi membaca, menghafal dan mengkajinya.

Quran adalah buku yang paling banyak dipamerkan di muzeum-muzeum seluruh dunia.

Quran adalah buku yang petikannya paling banyak dijadikan seni hiasan di bangunan-bangunan awam di seluruh dunia.

Quran adalah buku yang paling besar sumbangannya kepada ekonomi.

Quran adalah buku yang paling besar pengaruhnya ke atas sejarah bangsa manusia.

Suhanallah! Maha suci Allah, 'pengarang' buku yang tidak mungkin akan ada manusia yang dapat mengalahkan kehebatan 'karya'Nya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Jumlah Cetakan dan Kulit Buku

Buku yang dijual di kedai-kedai buku adalah barangan konsumer. Pembeli barangan konsumer mempunyai citarasa yang suka berubah-ubah. Oleh itu kulit buku perlu berubah-ubah bagi memenuhi citarasa pembeli buku.

Pemilik kedai buku mahukan supaya setiap tahun kulit buku berubah-ubah disebabkan faktor pembeli yang mahukan desain-desain baru setiap tahun.

Bagi buku-buku yang laku 2 ribu naskhah setahun, cetak 2 ribu naskhah sahaja, supaya cetakan itu habis terjual dalam tempoh 1 tahun. Tahun hadapan, cetak semula buku itu dengan kulit baru!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 25, 2007

Sayembara Sai-Fai!

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sedang mengadakan Sayembara Novel Cerita Sains dan Teknologi.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Baru

Buku ini akan terbit.

PTS mahukan lebih banyak buku panduan menghimpun harta cara Islami.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Ada-ada Sahaja

Ada beberapa kali orang muda-muda bertanya, bagaimana mahu menjadi penulis...

Kalau mahu belajar main golf, berkawanlah dengan kaki golf. Kalau mahu menjadi penulis, sebaiknya berkahwin (satu lagi) dengan penulis....

Baca buku "Tip-Tip Poligami" oleh Imran Yusuf!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Pasang Surut Pasaran Buku

Seperti pasang-surut ekonomi yang berlaku antara 5-7 tahun sekali, begitu juga halnya dengan pasaran produk-produk lain, termasuk buku.

Pada suatu masa dahulu album nasyid meletup-letup. Pada saat ini, amat bertuah jikalau album nasyid dapat dijual lebih daripada 5 ribu naskhah.

Banyak kategori buku mempunyai musim pasang-surut. Termasuk dalam ketegori ini adalah buku-buku cerita, novel popular, cerita hantu, buku motivasi, buku politik, buku kisah hidup selebriti, buku skandal orang ternama dan lain-lain lagi.

Buku yang memenuhi CITARASA pembaca bersifat cepat pasang, cepat surut. Cita rasa adalah unsur yang tidak stabil, dan ia sentiasa berubah, sentiasa mahukan yang baru, yang baru dan yang baru.

Buku yang memenuhi KEPERLUAN pembaca lebih tahan lama dalam pasaran. Inilah faktor yang menyebabkan buku-buku agama tidak menghadapi ancaman pasang-surut.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Hukum Alam Semulajadi dalam Dunia Fantasi

Sebagai pengarang cerita sai-fai mahupun fantasi yang berkualiti tinggi, yakni cerita-cerita yang seronok dinikmati oleh pembaca-pembaca pintar, fasa pertama adalah saudara perlu mencipta cerita yang penuh dengan makna.

Mula-mula sekali, saudara perlu mempertajamkan pemahaman saudara tentang dunia realiti, bukan tentang dunia fantasi dalam cerita saudara itu nanti. Saudara perlu memahami hukum-hukum alam semulajadi yang Tuhan cipta sebelum saudara menciptakan hukum-hukum alam bagi dunia fantasi saudara.

Dunia-dunia fiksyen spekulatif sentiasa berbeza daripada dunia realiti. Ini menyebabkan pembaca saudara tidak pasti apa barangkali yang boleh berlaku dan apa yang tidak boleh berlaku dalam buku cerita dunia fantasi yang baru mula hendak dibacanya.

Justeru, sebagai pengarang, saudara perlu dengan jelas menerangkan hukum-hukum ciptaan saudara itu pada bahagian awal buku ceritanya. Ini bermakna, saudara takkan dapat menerangkan hukum-hukum itu melainkan saudara faham hukum-hukum itu.

Sebagai contoh, ambil kes cerita pengembaraan angkasa atau space-travel. Awal mula pertama mula, mengapakah cerita-cerita sai-fai perlu mencipta konsep “space travel”

Jika saudara hendak mencipta cerita penerbangan antara-planet yang berkualiti tinggi bagi pembaca pintar, saudara perlu memahami 2 hukum alam semulajadi ciptaan Tuhan iaitu (1) hukum kelajuan cahaya, dan (b) hukum nisbah antara jisim bahan-tenaga dengan tenaga bahan-tenaga.

Teori Einstein mengatakan tidak ada sesuatu yang dapat terbang lebih laju daripada cahaya. Apa-apa yang terbang sama laju dengan cahaya akan bertukar menjadi tenaga.

Pesawat dari Bumi yang menuju bintang mengambil masa yang panjang sebelum tiba ke bintang itu. Ini bererti jika juruterbangnya manusia biasa, dia akan tua dan mati dalam perjalanan.

Justeru, apakah strategi bagi membolehkan manusia mengatasi batasan hukum semulajadi ciptaan Tuhan, yakni hukum kelajuan-cahaya itu?

Itulah sebabnya, pada awal-awal cerita lagi saudara perlu menerangkan kepada pembaca hukum-hukum penerbangan antara planet yang berlaku dalam cerita saudara itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Bahasa Makhluk Asing

Ada bunyi-bunyi cakap mulut yang khusus keluar dari mulut orang Melayu, seperti hoi, eh, eleh, jom, alamak, aduh, cis, ewah dan lain-lain.

Apabila bunyi-bunyi khusus-Melayu itu digunakan dalam dialog, pembaca yang sedang berada di bumi fantasi berasa dia ditarik turun ke bumi realiti.

"Eh! Apa yang berlaku?” (Bunyi macam orang Melayu yang bercakap disebabkan ada bunyi “Eh!”)

"Apa yang berlaku?” (Makhluk asing pun boleh berkata begini.)

"Alamak! Bagaimana dapat kubuka pintu besi ini?” (Bunyi macam orang Melayu yang bercakap disebabkan ada bunyi “Alamak!”)

"Bagaimana dapat kubuka pintu besi ini?” (Makhluk asing pun boleh berkata begini.)

Jangan gunakan sebarang ekspresi lisan yang khusus digunakan oleh orang Melayu kerana ia menjadikan dialog itu dialog alam realiti, bukan dialog alam fantasi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Steamboy

Baca artikel menarik ini klik di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Profesional: Menyalakan Mentol Motivasi dan Angan-angan

Kanak-kanak 6 tahun sudah pandai berangan-angan. Budak lelaki 6 tahun sudah mahu menjadi superman, sudah mahu menjadi askar, sudah mahu memandu kereta. Budak perempuan 6 tahun sudah ingin memakai kasut tumit tinggi, sudah mahu menjadi tuan puteri, sudah mahu menjadi penyanyi popular.

TV amat mempengaruhi angan-angan kanak-kanak, baik lelaki mahupun perempuan. Sayang sekali role-model yang ditampilkan dalam rancangan TV kanak-kanak dan remaja amat terbatas. Ini membatasi input angan-angan mereka.

Disebabkan ustaz dan ustazah tidak ditampilkan sebagai hero dalam program TV kanak-kanak, maka kanak-kanak tidak berangan-angan mahu menjadi ustaz dan ustazah.

Disebabkan tidak ada hero doktor pakar bius dalam rancangan TV kanak-kanak dan remaja, maka mereka tidak tahu akan profesion itu. Mereka hanya tahu 'doktor'.

Di sinilah pentingnya peranan buku cerita kanak-kanak dan remaja yang heronya terdiri daripada pelbagai ahli profesional.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 24, 2007

Bisnes Buku, Bisnes Majalah

Banyak juga kita menerima cadangan dan pertanyaan mengapa PTS sendiri tidak menerbitkan majalah.

Untuk makluman saudara, bisnes buku dan bisnes majalah macam epal dengan oren bezanya.

Mindset orang buku tidak serupa dengan mindset orang majalah.

Cara kerja orang buku amat berlainan daripada cara orang majalah bekerja. Buku memerlukan editor perolehan. Majalah memerlukan wartawan.

Buku tidak perlukan iklan. Majalah tidak dapat hidup tanpa iklan.

Pengedar buku mengedarkan buku sahaja. Pengedar majalah mengedarkan majalah sahaja.

Desainer kulit buku tidak pandai desain kulit majalah. Desainer kulit majalah tidak pandai desain kulit buku.

Pencetak buku tidak mencetak majalah. Pencetak majalah tidak mencetak buku.

Pembeli buku belum tentu membaca majalah. Pembaca majalah belum tentu membaca buku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(13) Diskusi Kuliah | Permalink

Fenomena “dunia aneh” dalam Fiksyen Spekulatif

Orson Scott Card mengatakan penulis fiksyen spekulatif hendaklah mencipta sebuah dunia yang aneh, kemudian dari awal-awal lagi dunia itu sudah diperkenalkan kepada pembaca.

Dalam karya fantasi yang berkualiti, pengarang bukan hanya mencipta dunia aneh itu, dia juga mencipta satu set hukum-hukum alam semula jadi yang hanya berlaku dalam dunia anehnya itu. PENTING: Segala peristiwa dalam cerita saudara itu hendaklah mematuhi hukum-hukum tersebut dari awal cerita sehingga hujung cerita.

Contoh sebuah dunia aneh adalah di mana, dalam dunia itu, sang hero dapat berjumpa dan bercakap-cakap dengan dirinya sendiri.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan Profesor Kecil Firdaus Ariff apabila beliau mengatakan dengan menciptakan hukum-hukum alam semula jadi yang berlaku hanya di dunia aneh itu, kita secara automatis terlepas daripada sekatan konsep yang terpakai dalam dunia realiti seperti konsep magik, sihir, karomah, mukjizat dan seumpamanya.

Justeru, di dunia aneh yang saudara ciptakan, ada hukum semulajadi yang membolehkan semua warga dunia itu berjumpa dengan dirinya sendiri. Ini hanya berlaku di dunia aneh itu sahaja.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Brand Penulis: Product-Line dan Lead-product

Penulis yang berjaya hidup sebagai penulis sepenuh masa perlu mempunyai product-line, atau barisan-produk. Antara barisan produk itu, perlu ada sebuah yang menjadi lead-product, atau raja-produk.

Syarikat F&N mengeluarkan berbelas jenis minuman bergas. Product-line F&N adalah pelbagai minuman bergas. Lead-productnya adalah "Coca-Cola".

Sarikat Ramly mengeluarkan beberapa jenis makanan segera. Product-line beliau adalah makan berproses berasaskan daging ayam dan lembu. Lead-productnya adalah "burger" Ramly.

Peter Drucker menulis banyak buku pengurusan, justeru product-line beliau adalah buku-buku pengurusan. Antara buku-buku beliau yang banyak itu, bukunya yang menjadi lead-product adalah "Management by Objective". Buku ini sudah bertaraf modern-classic sekarang.

SN Shanon Ahmad menulis banyak novel. Novelnya yang menjadi lead-product adalah novel "Ranjau Sepanjang Jalan".

SN A Samad Said menulis banyak novel, cerpen, drama dan puisi. Bukunya yang menjadi lead-product adalah novel "Salina".

Imam Ghazali menulis banyak kitab. Kitabnya yang menjadi lead-product adalah "Ihya Ulumuddin".

Imam Nawawi menulis banyak kitab. Kitabnya yang menjadi lead-product adalah "Riadhus-Solihin".

Ahmad Fadzli Yusof menulis banyak buku tip-tip kejayaan. Bukunya yang menjadi lead- product adalah "55 Petua Orang Berjaya".

Raja-produk memainkan peranan penting pada kejayaan branding. Ia menjadi pembawa bendera saudara. Sebut tajuk buku itu, orang terus percaya pada kualiti buku-buku saudara yang lain.

Apabila saudara menulis banyak buku, fikirkan buku yang mana yang saudara mahu ia menjadi raja-produk saudara.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Meratap-ratap Mahukan Hadiah Lebih Besar

...Zurinah Hassan yang mengeluh mengenai perbezaan ganjaran hadiah yang diterima orang sastera berbanding mereka dalam seni hiburan mahupun sukan sehingga menerima habuan ratusan ribu ringgit.

“Orang filem dan penyanyi berpeluang mendapat pelbagai hadiah termasuk pertandingan nyanyian yang menawarkan hadiah kereta mewah serta wang ringgit mencecah sejuta ringgit, tetapi tidak kalangan sasterawan,” katanya. Baca lagi di sini....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Game Struktural dalam Sai-Fai

Karya-karya H. G. Wells adalah logikal dan serius. Dalam cerita-cerita ciptaannya seperti dalam The Time Machine, beliau mebuat ekstrapolasi berkenaan pelbagai mesin dan kenderaan yang dapat dicipta oleh kemajuan sains, serta perkara-perkara yang mungkin akan terjadi.

Dari sudut kandungan teori-teori dan logik sains, karya-karya Jules Verne, penulis berbangsa Perancis, kurang serius. Sebagai cobtoh, karya beliau yang paling terkenal i seluruh dunia Around the World in Eighty Days mengandungi cerita-cerita pelik berkenaan dunia sebenar semasa zaman Verne hidup.

Cerita Around the World in Eighty Days menjadi fiksyen sains disebabkan penutup cerita itu adalah didasarkan pada pengetahuan tentang suatu fakta sains - bahawa apabila seseorang itu mengembara dengan mengambil jalan yang menuju arah timur, hero dalam cerita itu sampai 1 hari lebih awal, yakni apabila dia melintasi Garis Waktu Antarabangsa.

Dalam The War of the World karya H.G. Wells, makhluk-makhluk dari planet Marikh yang menyerang Bumi kalah kepada serangan penyakit selsema biasa.

Kesudahan cerita dalam kedua-dua buku itu mengembalikan keyakinan pembaca terhadap hukum-hukum alam semulajadi ciptaan Tuhan. Inilah yang dikatakan unsur "game struktural" dalam fiksyen sains dan fantasi.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 23, 2007

Tip Survival Penerbit: Bos Sudah Tua Tetapi Masih Menentukan Manuskrip yang Terbit

Entri ini ditulis bagi bacaan saudara yang memiliki syarikat penerbitan.

Banyak syarikat penerbitan tidak dapat berkembang dan membesar dengan sepatutnya disebabkan pemilik syarikat bertahun-tahun terus terlibat memilih manuskrip mana yang akan diterbitkan.

Ada syarikat yang sampai pemiliknya daripada 'muda' sampai sudah 'tua', tetapi dia masih melakukan tugas menilai dan memilih manuskrip buku yang akan diterbitkan oleh syarikatnya. Ini bermakna tidak ada penurunan kuasa daripada pemilik syarikat kepada staf syarikat.

Sebaik-baik saudara sudah mengambil staf, mulakan proses melatih staf saudara cara-cara mengenal ciri-ciri manuskrip bagaimana yang berpotensi laku dan yang tidak laku dalam pasaran.

Selepas itu mulakan proses menurunkan kuasa membuat keputusan kepada staf saudara.

Langkah pertama, kenal pasti keputusan-keputusan apa yang saudara mahu mereka buat sendiri, dan yang mana yang saudara sendiri akan ambil. Contoh: Staf pilih manuskrip tetapi saudara pilih jumlah cetak dan pencetak.

Langkah kedua, kenal pasti target pencapaian. Contoh target: Dalam masa 6 bulan, dia mesti membawa masuk 10 orang penulis baru.

Langkah ketiga, monitor pencapaian staf saudara, supaya semakin hari saudara dapat turunkan lebih banyak kuasa kepadanya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 5 pages  1 2 3 >  Last »