Friday, August 31, 2007

Ancaman POPULAR kepada Pengimpot Buku dari Indonesia

Sesudah POPULAR membuka pejabat di London bagi memilih dan mengimpot sendiri judul terbitan Britain untuk rangkaian kedai-kedainya, tidakkah mungkin POPULAR mengambil langkah mengimpot sendiri judul-judul Indonesia?

Barangkali, saiz dan nilai jualan buku-buku Indonesia di negara ini 30 kali besar daripada buku terbitan Malaysia. Ertinya, bagi setiap 1 judul buku terbitan Malaysia yang dibeli oleh rakyat Malaysia, mereka membeli 30 judul terbitan Indonesia.

99% buku Indonesia yang diimpot ke negara ini adalah buku-buku agama.

Di kawasan di mana lokasinya banyak penduduk Melayu, rangkaian POPULAR sudah membuka rak buku-buku agama Islam dan jualannya terus meningkat.

Pada masa ini buku-buku itu dibekalkan oleh pengimpot-pengedar Mamak. Mamak yang serupa juga membekalkan buku-buku agama yang sama ke rangkaian lain, seperti MPH.

Kalau POPULAR, yang terkenal suka bermain 'perang harga' bagi mencuri pelanggan MPH, mahu menurunkan harga buku-buku agama dalam kedai-kedainya, suatu strategi yang pasti akan diambil oleh POPULAR adalah mengimpot sendiri buku-buku itu dari Jakarta.

Peminat buku Indonesia sudah lama ditekan oleh pengimpot buku Mamak, yang menjual buku-buku Indonsia sekali ganda harganya.

Jika POPULAR semakin agresif bermain perang harga, bukan hanya dengan buku Inggeris, tetapi juga buku-buku Indonesia, keadaan ini menguntungkan pembeli.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 30, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Amanah dalam Perlembagaan Malaysia

Dalam perlembagaan Malaysia, adalah termaktub bahawa salah satu hak keistimewaan Orang Melayu ialah "hak menerima latihan". Hak yang ini tidak pernah diceritakan kepada orang Melayu!

Apabila kerajaan memaksa guru-guru dan pensyarah universiti mengajar subjek sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar yang datang daripada kampung-kampung dan kawasan pedalaman, ia melanggar Perlembagaan Malaysia.

Demikian pula apabila kerajaan memaksa pelajar-pelajar Melayu daripada kelompok pendapatan rendah meminjam wang bagi membayar yuran kolej dan universiti, ia melanggar Perlembagaan Malaysia.

Rakyat Malaysia, orang Melayu khususnya, mestilah memilih pemimpin-pemimpin kita daripada kalangan individu-individu yang amanah terhadap peruntukan hak-hak istimewa Orang Melayu dalam perlembagaan negara ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 29, 2007

Belajar Menulis Cerita

Apabila saudara membeli buku-buku self-improvement, cuba perhatikan, bukankah bagi setiap prinsip dan teknik yang diyerangkan dalam buku-buku itu, akan ada cerita yang digunakan bagi memperjelaskan lagi apa yang dimaksudkan oleh pengarang?

Bagi setiap prinsip ataupun teknik, akan diberikan 1 cerita.

Buku-buku motivasi Melayu perlu meniru buku-buku Inggeris itu kerana cerita-cerita itu membantu pembaca faham dengan lebih mudah apa yang cuba diterangkan oleh pengarang.

Menyampaikan ilmu menggunakan cerita adalah method Quran dan method Nabi Muhammad. Dalam Quran terdapat banyak cerita. Dalam hadis pun terdapat banyak cerita.

Mari belajar menulis cerita. Mari gunakan cerita sebagai alat memandaikan bangsa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Formula Menetapkan Harga Jualan Buku

Apabila saudara menerbitkan buku, bagaimanakah formula menetapkan harga jualan buku saudara?


Apabila formula yang saudara gunakan itu salah, saudara boleh rugi.


Kos yang wajib saudara kira adalah seperti berikut:


1. Diskaun pengedar: Para pengedar menerima potongan antara 35% - 45%, berdasarkan volume bisnes. Ada pengedar mahukan lebih daripada ini, khususnya pengedar jualan langsung ke sekolah-sekolah.


2. Kos cetak: Kos mencetak adalah antara 20% - 25%, berdasarkan volume cetakan.


3. Kos pengurusan: Pengurusan termasuklah pengangkutan, penstoran, penjualan, buku rosak, promosi, dan editorial adalah 15%.


4. Kos royalti: Royalti untuk penulis adalah antara 5% - 11% daripada harga jualan buku, berdasarkan kategori buku.


Margin keuntungan untuk penerbit adalah 5% ataupun lebih, bergantung kepada berapa harga jualan buku dan diskaun yang diberikan kepada pengedar.


Formula yang paling asas bagi menetapkan harga jualan adalah begini: Katakanlah kos mencetak buku saudara itu adalah RM3, dan saudara mencetak 3 ribu naskhah, harga jualannya adalah RM3 darab 4 = RM12.


Formula 3 X 4 ini adalah bagi buku tradebook, yakni buku-buku bacaan am yang dijual dalam kedai buku.


Formula 3 X 4 ini tidak boleh digunakan bagi buku-buku teks dan buku bacaan kanak-kanak sebab buku-buku itu mesti dijual pada harga yang lebih murah. Bukan semua ibu bapa mempunyai pendapatan tinggi, itulah sebabnya buku-buku yang dibaca oleh kanak-kanak mesti murah.


Buku-buku yang dibeli oleh remaja juga tidak boleh menggunakan formula 3 X 4 disebabkan remaja tidak mempunyai wang banyak, itulah sebabnya novel cinta remaja dijual pada harga murah.


Harga jualan bagi buku-buku yang diterbitkan khusus untuk dijual ke perpustakaan boleh dinaikkan kepada 3 X 5 ataupun lebih tinggi lagi disebabkan buku-buku itu dibeli menggunakan wang kerajaan ataupun syarikat.


Nota: Buku-buku PTS ditargetkan bagi jualan dalam kedai, oleh itu PTS menggunakan formula "harga patut" bagi semua buku-bukunya. Jika dibeli oleh perpustakaan, itu adalah bonus.


.


.


 


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Ibu Bapa Bukan Melayu Membeli Buku-buku PTS One

PTS ONE adalah penerbit buku-buku awal remaja dan remaja.

Kajian rambang yang kita lakukan mendapati buku-buku novel remaja PTS ONE juga dibeli oleh ibu bapa bukan Melayu.

Apabila kita bertanya kepada mereka mengapa membeli buku cerita Melayu, sedangkan banyak buku Inggeris, mereka menjawab, "Saya mahu anak-anak saya skor A bagi kertas Bahasa Melayu."

Justeru ibu bapa bukan Melayu itu tahu bahawa dengan menggalakkan anak-anak mereka membaca buku-buku PTS One, keputusan peperiksaan mereka dapat ditingkatkan lagi.

Buku-buku PTS One diedit dengan ketat dan teliti supaya ejaan dan tatabahasanya selaras dengan apa yang diajarkan oleh guru-guru Bahasa Melayu di sekolah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 28, 2007

PTS Melantik Pegawai Promosi Media

Dengan ini dimaklumkan PTS sudah melantik seorang Pegawai Promosi Media. Beliau adalah Puan Azharisyam Abu Hassan.

Beliau bertanggungjawab mempromosi PTS sebagai brand, buku-buku, para penulis serta aktiviti PTS dalam media TV, radio, akhbar, majalah dan internet.

Sebelum berkhidmat dengan PTS, Puan Azha bertugas di Prudential.

Ini adalah langkah agresif PTS bagi meningkatkan kuantiti jualan judul-judul terbitannya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Khidmat Masyarakat: Bengkel “Peluang-peluang Pekerjaan di UAE”

Gratis!

Bengkel "Peluang-peluang Pekerjaan di UAE" sempena Karnival Kerjaya Kuala Lumpur anjuran JTKKL, Kementerian Sumber Manusia.

Tarikh: 2 September 2007

Masa: 11.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat: Dewan Besar, UTM Kampus City, Cawangan Kuala Lumpur.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Status Hakcipta Puisi dan Artikel yang Terbit dalam Akhbar dan Majalah

Banyak penulis cuma faham sedikit-sedikit sahaja tentang konsep "hakcipta" apabila bercakap berkenaan karya mereka.

Apabila saudara menyerahkan manuskrip saudara kepada penerbit, ada 2 jenis hak yang disebutkan dalam perjanjian penerbitan yang saudara tandatangani:

Dua hak itu adalah: (1) Hakcipta (2) Hak Menerbitkan.

Apabila karya saudara terbit dalam akhbar, saudara masih tetap memiliki hakcipta karya saudara itu. Dengan demikian saudara boleh menerbitkan semula karya saudara dengan penerbit lain tanpa perlu mendapatkan izin daripada sesiapa.

Setiap kali saudara menghantar karya saudara kepada akhbar atau majalah, saudara hanya melesenkan hak menerbitkan karya itu kepada mereka. Saudara TIDAK menyerahkan hakcipta saudara kepada mereka.

Tempoh lesen penerbitan yang saudara berikan itu adalah 1 hari bagi akhbar harian, 1 minggu bagi akhbar ataupun majalah mingguan, ataupun 1 bulan bagi majalah bulanan. Hanya dalam tempoh itu sahaja saudara tidak boleh menerbitkan karya saudara di tempat lain.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 27, 2007

Bagaimana Menentukan Objektif dan Prioriti Projek Terjemahan

Apabila saudara mahu menerbitkan karya terjemahan, sebelum menyerahkan teks itu kepada penterjemah, tentukan dahulu kepada siapa terjemahan itu ditujukan. Kemudian beritahu dengan jelas perkara itu kepada penterjemah.

Di PTS, karya Sherlock Holmes dan Jules Verne diterjemahkan untuk bacaan remaja 12 tahun, yakni untuk bacaan pelajar tahun 6 sekolah rendah dan tingkatan 1.

Tujuannya PTS adalah mahu membekalkan bahan-bahan bacaan yang dapat membantu memandaikan remaja kelompok usia itu dalam (i) seni berfikir secara saintifik dan (ii) seni berfikir imaginatif.

Apabila objektif itu sudah terang dan jelas, barulah kita dapat menentukan apa yang prioriti dan apa yang bukan prioriti dalam proses terjemahan itu sendiri.

Sebagai contoh, dalam karya asal Sherlock Holmes, watak itu adalah seorang pemadat kokain, yakni beliau suka menghisap kokain! Apakah maklumat itu prioriti? Disebabkan tujuan projek terjemahan itu adalah bagi bacaan remaja 12 tahun, maka maklumat itu bukan prioriti, maka ia patut digugurkan.

Prioriti ditentukan oleh objektif. Objektif ditentukan oleh pembaca target.

Jika pembaca target adalah kelompok sasterawan, maka prioritinya adalah mengekalkan unsur-unsur "sastera". Sebaliknya unsur sastera bukan prioriti untuk remaja 12 tahun.

Justeru, tentukan dahulu pembaca target, kemudian tentukan prioriti unsur-unsur dalam teks asal yang mesti disampaikan kepada pembaca. Senaraikan apa yang prioriti dan apa yang bukan prioriti. Terangkan perkara itu kepada penterjemah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tim Projek Terjemahan Karya-karya Jules Verne

Kita mencari 4 orang untuk projek menterjemah 4 buah novel fantasi karya Jules Verne, bapa fantasi moden.

Kursus khas teknik terjemahan akan diadakan, dan 4 penterjemah terbaik akan dipilih.

Daftar di sini.

Tulis nama, emel, dan nombor hp.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Karya Terjemahan Sebagai Sumber Royalti

PTS FORTUNA akan menerbitkan karya-karya terjemahan daripada khazanah sastera klasik dunia.

Yang pertama akan diterbitkan adalah koleksi penyiasatan Sherlock Holmes. Selepas itu siri yang bakal menyusul adalah karya-karya terbaik Jules Verne.

Bagi projek sastera klasik ini PTS menawarkan sistem royalti. Dengan demikian para penterjemah berpeluang memiliki hakcipta karya terjemahan mereka.

Disebabkan karya yang dipilih itu adalah khazanah klasik, ia terjamin evergreen dalam pasaran, dengan itu setiap tahun penterjemah akan menerima royalti daripada jualannya.

Sebelum ini para penterjemah ibarat 'kais pagi, makan pagi' disebabkan mereka dibayar sekali sahaja dan dipaksa menyerahkan hakcipta terjemahan kepada penerbit buat selama-lamanya.

Akibatnya, setiap kali mereka memerlukan wang, mereka terpaksa menterjemah. Sekali menterjemah, sekali dibayar. Begitulah nasib penterjemah....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Jaga Hakcipta Harta Intelek Saudara Sebagaimana Menjaga Nyawa Sendiri

Jikalau saudara tidak sanggup menyerahkan isteri jelita saudara kepada lelaki lain, mengapakah saudara sanggup menyerahkan hakcipta karya saudara kepada orang lain?

Tiga (3) buah kamus ini adalah antara 6 buah kamus yang sudah dilesenkan kepada sebuah syarikat yang menerbitkan kamus elektronik dengan yuran RM5,000 bagi setiap lesen. Justeru 5,000 x 6 = RM30,000

Naskhah Kamus Peribahasa Kontemporari dan Kamus Inggeris-Melayu untuk Penterjemah pernah dilesenkan kepada McDonnald's Malaysia. Ia dicetak edisi kulit keras khas dengan logo MD, dan diedarkan percuma ke semua sekolah luar bandar seluruh Malaysia.

Kamus-kamus ini juga dilesenkan kepada MIMOS, dengan jumlah yuran (rahsia kerajaan).

Pada waktu yang sama edisi buku kamus ini diulangcetak setiap tahun semenjak ia diterbitkan 15 yang lalu.

Kepada mentee-mentee sekalian, ingat pesan Sifu, jaga harta intelek saudara baik-baik, macam menjaga nyawa sendiri.

Ingat! Jangan serahkan hakcipta karya saudara kepada sesiapa pun - kepada syarikat milik bapa mertua sendiri pun, jangan!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 26, 2007

Mengapa Buku Terbitan DBP Tiada di Kedai

Dato Joan


 


Di bawah perjanjian penswastaan DBP, DBP adalah penerbit, manakala DAWAMA adalah pengedar dan pencetak tunggal bagi DBP. Dari sudut prinsip bisnes, apabila buku-buku DBP tidak ada di kedai, itu bukan salah DBP, tetapi salah DAWAMA.


Meskipun DBP sudah lama tahu buku-buku terbitannya tidak ada dalam kedai-kedai utama, DBP tidak mengambil tindakan disiplin ke atas DAWAMA. Ini adalah situasi yang luar biasa.


Tidak ada salahnya DBP melantik SATU pengedar tunggal bagi pasaran dalam dan luar negara. Yang salahnya adalah DBP tidak memonitor prestasi pengedar tunggalnya.


Bisik-bisik yang kita dengar mengatakan pegawai tinggi DBP yang bertanggungjawab memonitor DAWAMA tidak pernah walau satu kali pun turun padang dan pergi menjalankan spot-check di kedai-kedai bagi menyiasat sejauh mana kedai-kedai itu berpuas hati dengan servis khidmat pelanggan DAWAMA.


Dalam amalan bisnes yang baik, penerbit segera mengambil tindakan disiplin ke atas pengedar tunggalnya apabila didapati prestasi pengedar itu tidak mencapai target yang diberikan.


Pengurus Besar Jualan sebuah rangakaian kedai buku utama menyatakan rungutannya kepada kita tentang bagaimana susahnya dia hendak mendapatkan buku-buku DBP daripada DAWAMA.


Berkali-kali permintaan dengan menggunakan telefon supaya DAWAMA menghantar buku-buku DBP ke rangakaian kedainya di seluruh negara tidak menghasilkan respons daripada pegawai DAWAMA yang bercakap.


"Dalam satu tahun tidak sekali salesman DAWAMA datang!" kata Pengurus Besar itu.


"Banyak pelanggan datang bertanyakan buku-buku DBP," katanya lagi. "Kita sudah beritahu DAWAMA, kalau DAWAMA tidak mahu hantar buku, apa kami mahu buat?"


Situasi begini tambah meyakinkan orang ramai bahawa DAWAMA memang tidak berminat mengedarkan buku-buku DBP, sebaliknya hanya berminat mengaut keuntungan besar daripada projek buku-buku teks yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran kepada DBP.


Dalam dunia bisnes, memang luar biasa apabila ada kedai buku meminta bekalan buku tetapi pengedar buat pekak!


Keadaan begini hanya berlaku dalam budaya bisnes jabatan kerajaan sedangkan DAWAMA adalah sebuah syarikat swasta.


Memang keuntungan daripada projek buku teks itu sudah cukup besar bagi DAWAMA, sedangkan kerja mengedar dan menjual buku ke kedai-kedai adalah kerja berat dan remeh.


Bagi mengedarkan buku teks, salesman DAWAMA tidak perlu bangun daripada kerusi empuknya, tidak macam kerja mengedarkan buku dari satu pintu kedai ke satu pintu kedai.


Tempoh konsesi buku-buku teks itu adalah selama 12 tahun, baki yang ada tinggal 8 tahun. Gosip pasaran mengatakan DAWAMA sibuk berhempas-pulas meminta supaya konsesi itu dipanjangkan sampai 20 tahun.


Jikalau DAWAMA berjaya mendapat pelanjutan konsesi itu selama 20 tahun lagi, maka buat 20 tahun tahun lagilah akan memburuk semua buku-buku terbitan DBP dalam setor DAWAMA!


Buat apa susah-susah hendak menjual buku DBP sedangkan makan duit buku teks pun salesman DAWAMA sudah gemuk?


Bagi orang ramai pula, kalau hendak membeli buku DBP, tunggulah setahun sekali DAWAMA mengadakan lelong jualan kilangnya.


.


.


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Kisah Kanak-kanak Maryam dan Perkataan “kole”

Maryam kanak-kanak Melayu tinggal bersama ibu bapanya di Sri Hartamas Kuala Lumpur.

Sejak lahir dia dibesarkan menggunakan bahasa Inggeris. Dia belajar Bahasa Melayu daripada pembantu rumah Indonesianya, dan kemudian daripada gurunya di sekolah.

Datuk lelakinya seorang profesor. Neneknya memiliki PhD dalam bidang psikologi kanak-kanak. Ayahnya seorang VP (Vice Presiden) sebuah bank. Ibunya pengurus rantau Asia Tenggara sebuah korporat Belanda.

Kecuali membaca buku teks, Maryam tidak pernah membaca buku Melayu. Paling baik prestasi subjek Bahasa Melayunya adalah 'C' itupun dengan bantuan guru tuisyen peribadi yang datang ke rumahnya.

Tiga (3) bulan lalu Maryam buat pertama kali membaca buku-buku cerita dalam Bahasa Melayu apabila sahabat neneknya menghadiahkan 12 buah buku-buku PTS One.

Sekarang Maryam sudah menambah koleksi buku-buku PTS One-nya sendiri. Apabila ibu bapanya belum sempat membawa dia ke MPH bagi membeli buku-buku baru, dia mengulang-baca koleksinya yang ada.

Yang paling digemarinya adalah siri "Sahabat Kole Kacang". Dia tidak tahu makna "kole". Ibunya menyuruh dia membaca kamus Melayu sebab ibunya pun tidak tahu. Sampai sekarang dia tidak tahu bagaimana rupa kuih kole kacang sebab di Sri Hartamas kuih itu tidak dijual.

Semenjak Maryam membaca buku-buku PTS ONE, prestasinya subjek Bahasa Melayunya mula naik, daripada C, ke C+, ke B-, ke B, dan terbaru B+.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 25, 2007

Dunia Penerbitan Buku Tidak ‘Seksi’

Amat banyak orang teringin pandai menyanyi, tidak kurang yang ingin menjadi penyanyi.

Tidak kurang juga banyaknya orang mahu menjadi penulis, khususnya menjadi novelis.

Tidak ada lulusan universiti yang sengaja bercita-cita mahu menjadi editor buku.

Menurut Encik Hasrom Haron, bekas pengurus Penerbit UKM, kerjaya dalam bidang penerbitan buku adalah kerjaya "tersandung". Ertinya, seseorang itu tidak merancang mahu menjadi editor buku, tetapi disebabkan faktor-faktor tidak sengaja, maka mereka "termasuk" ke dalam kerjaya ini.

En. Law, Presiden MABOPA dan CEO penerbit SASBADI juga mengakui bahawa industri penerbitan buku di negara ini tidak memiliki unsur "seksi". Akibatnya ia tidak menjadi pilihan pertama. Ertinya, selepas seseorang itu gagal masuk industri lain, barulah mereka masuk industri buku.

Dalam mencari bakat-bakat editor, industri buku tidak dapat bersaing dengan TV, radio, akhbar dan majalah. Tentu sekali, yang paling seksi adalah TV, diikuti oleh akhbar.

Para pemain utama dalam industri penerbitan buku perlu mencari jalan bagaimana hendak menjadikan industri buku di negara kita ini sebuah industri yang seksi.

Barangkali, En. Zulkifli, Tuan Pengarah Penerbitan DBP yang baru dilantik memegang jawatan itu, dapat memimpin...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Sambut Merdeka

Buku ini akan dilancarkan pada 31 Ogos 2007 di MPH Alamanda, Centre Court, Putra Jaya, jam 4.00 petang.

Antara mereka yang akan hadir adalah Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah sendiri, Sdr. Ahmad Fadzli Yusof.

Kepada saudara yang sudah mempunyai isteri, gembirakan hati isteri dengan membawa isteri dan anak-anak datang ke majlis ini.

Kebanyakan peminat Dato' Dr. Mohd. Fadzilah adalah kaum wanita.

Sambil itu bolehlah singgah ke MPH dan membeli buku-buku terbaru PTS ONE untuk anak-anak.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 23, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Mencari di Manakah Hero-Heroin Dewa-Dewi Suci dalam Novel Cinta Melayu

Dalam kitab Quran itu terkandung amat banyak cerita. Cerita-cerita itu diiringi dengan ayat yang membawa maksud "...sesungguhnya dalam cerita-cerita itu ada pengajaran bagi kamu...".

Nabi Muhammad juga banyak menyampaikan cerita, sebagaimana yang direkodkan dalam hadis-hadis beliau.

Seperti dalam siri TV, kanak-anak yang banyak menonton siri cerita-cerita tendang-menendang cenderung meniru tingkah laku tendang-menendang itu.

Watak hero dan heroin dalam novel cinta adalah berfungsi sebagai role-model, sebagai pecontoh, sebagai pendidik nilai-nilai moral kepada remaja perempuan yang membacanya.

Kita mengajak para penulis, khususnya penulis novel-novel cinta, supaya hanya menjadikan hero dan heroin dalam karya mereka, pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi yang suci, yang tidak pernah menyentuh kulit perempuan bukan muhrim, ataupun disentuh oleh lelaki bukan muhrim.

Dalam surah Yusuf, Nabi Yusuf yang tampan dan muda belia itu adalah seorang lelaki teruna yang suci, yang berjuang serta terpenjara bertahun-tahun akibat beliau berkeras mempertahankan kesucian dirinya.

Mudah-mudahan, dengan banyak membaca novel-novel cinta yang menghargai kesucian diri, perempuan-perempuan muda kita, dan lelaki-lelaki muda kita, akan meneladani hero dan heroin suci dalam novel-novel yang mereka baca.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 22, 2007

Mengurus Risiko Bisnes: Apabila 10% adalah Sihat, Manakala 20% adalah Tidak Sihat

Bagi orang yang baru masuk bisnes, mereka mempunyai angan-angan yang berbunyi lebih kurang begini: "Kalau dapat satu klien besar, sudah cukup!"

Memang sekali fikir angan-angan begitu adalah amat bagus. Kata orang putih, dream-come-true. Maklumlah, menjaga 1 klien besar bermakna tidak banyak pening kepala.

Jika kita boleh dapat bisnes RM10 juta dari 1 klien, buat apa mahu pening-pening kepala hendak berniaga dengan lebih 400 buah klien?

Lagipun, bukankah berniaga dengan kerajaan amat selamat disebabkan kerajaan tidak menipu dalam erti kata kerajaan sentiasa membayar hutangnya?

Namun angan-angan beginilah yang menjadi salah satu faktor kelemahan struktural pada bisnes orang-orang Melayu di mana mereka hanya mahu berniaga dengan 1 klien besar @ kerajaan. Cukup itu sahaja.

Pada realitinya, ditinjau dari sudut strategi mengurus risiko, angan-angan mahu berniaga dengan 1 klien besar adalah amat tidak sihat.

Sebagai penerbit, apabila daripada RM10 juta nilai jualan buku-buku saudara, 20% (RM2 juta) datang daripada sebuah rangkaian kedai buku, bagi orang biasa, ini angka yang bagus, maka patut bersyukur.

Fenomena ini sedang berlaku pada PTS. Statistik jualan PTS menunjukkan sebuah rangkaian kedai buku begitu berjaya mempromosi judul-judul PTS sehingga peratusan jualan PTS kepada rangkaian itu semakin naik setiap bulan, daripada 5% naik 10%, naik 15% dan sekarang sudah 20%.

Bagi orang bisnes yang rasional, angka ini tidak sihat kerana jika ada apa-apa berlaku kepada rangkaian kedai buku itu, bermakna ikan akan tarik pengail masuk ke dalam sungai!

Dalam pengurusan risikonya, PTS mahukan rangkaian itu semakin hari semakin meningkatkan jualan judul-judul PTS, daripada RM0.5 juta, ke RM1 juta, ke RM1.5 juta dan sekarang RM2 juta, ke RM3 juta. Tetapi kita tidak mahu peratusannya naik lebih tinggi daripada 10% daripada jumlah seluruh jualan PTS.

Ini dapat dielakkan apabila kedai-kedai buku lain juga berjaya meningkatkan jualan judul-judul PTS. Justeru PTS perlu membantu kedai-kedai lain meningkatkan jualan judul-judul PTS.

Pada saat ini pengurusan PTS sedang mengkaji kedai-kedai buku mana yang patut dibantu supaya ia dapat berkembang, dengan itu dapat dikurangi risiko adanya seekor ikan besar yang dapat menarik pengail masuk ke dalam sungai.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Mudahnya Berniaga dengan Rangkaian Kedai Buku Elit

Apabila saudara membekalkan buku ke kedai-kedai buku chainstores, seperti MPH, POPULAR, KINOKUNIYA, BORDERS, TIMES dan lain-lain, mereka sentiasa meminta diskuan yang lebih tinggi, sehingga boleh naik sampai 45%, berdasarkan volume bisnes.

Diskaun yang tinggi menyebabkan margin saudara menjadi amat tipis, sampai boleh turun serendah 3% sahaja. Ia boleh dikatakan tidak masuk akal. Carilah mana industri lain yang sanggup hidup dengan margin 3%. Memang tidak ada!

Diskaun yang begitu tinggi amat menekan pihak penerbit. Namun mengapakah penerbit sanggup ditekan oleh chainstores?

(a) Walaupun chainstores meminta diskaun tinggi, tetapi mereka menepati jadual membayar hutang.

(b) Mereka membuat pesanan yang besar.

Baru-baru ini kita bertanya kepada MIZAN Jakarta akan perkembangan mutakhir kedai buku chainstores di Indonesia.

Menurut wakil MIZAN, pada saat ini 70% jualan buku-buku MIZAN sudah terjual dalam kedai-kedai buku chainstores.

Peningkatan ini disebabkan oleh 3 faktor:

(a) Jumlah kedai buku chainstores yang semakin banyak dibuka.

(b) Jumlah kedai buku indie yang tutup akibat tidak dapat bersaing dengan chainstores.

(c) Sikap penerbit yang lebih suka berniaga dengan chainstores, disebabkan kurangnya risiko chainstores tidak membayar hutang.

Trend yang berlaku di Indonesia itu sudah mula berlaku di negara kita. Data jualan PTS juga menunjukkan trend yang serupa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 20, 2007

Mengapa Pesta Buku Amat Penting bagi Penerbit, Pengedar, Pustakawan dan… Penulis

Pesta buku 2008 akan diadakan pada April 2008, ertinya para penerbit hanya ada 7 bulan sahaja lagi untuk menerbitkan sebanyak-banyak judul baru.

Bagi saudara yang bukunya sudah dijadualkan terbit sebelum Pesta Buku 2008, kerja lebih kuat supaya jadual itu dipatuhi.

Ingat petua nombor 1 dalam disiplin mengurus waktu dan kerja: Buat yang IMPORTANT, bukan yang URGENT!

Pesta buku adalah amat penting bagi penerbit dan penulis kerana faktor-faktor berikut:

1. Penerbit dari Indonesia akan datang mencari judul-judul terbaru yang sesuai mereka lesen. Pada pesta 2007 seramai 110 orang delegasi Indonesia datang.

Jikalau semasa pesta buku itu buku saudara tidak sempat dipamerkan, maka janganlah bersedih!

Ambil kes novel siri pahlawan Islam oleh Abdul Latip Talib dilesen 4 serentak oleh Jakarta kerana ia terpamer pada Pesta Buku 2007. Begitu juga 3 buah buku tip kasih-sayang oleh Zamri Mohamad.

2. Agen-agen buku dari Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak turun bagi mendapatkan judul-judul terbaru yang dapat mereka bekalkan kepada jabatan-jabatan kerajaan di tempat masing-masing.

3. Semua pustakawan daripada pelbagai perpustakaan di seluruh negara datang bagi mendapatkan judul-judul terbaru.

4. Semua kontraktor buku dari peringkat daerah, negeri dan persekutuan datang bagi mendapatkan judul-judul terbaru.

5. Semua pengurus jabatan buku Melayu dari semua rangkaian kedai buku elit, seperti MPH, POPULAR, KINOKUNIYA, BORDERS, TIMES dan lain-lain datang bagi melihat sendiri prestasi gerai-gerai para pembekal buku ke kedai mereka.

6. Semua pemilik kedai buku indie dari seluruh negara datang bagi mendapatkan judul-judul terbaru.

7. Pesta buku adalah tempat paling penting bagi aktiviti branding, promosi tokoh pengarang, dan promosi judul-judul baru yang diramalkan dapat dilesenkan ke Jakarta.

8. Pada pesta bukulah pelbagai "deal" berjaya dibuat antara penerbit dengan pelbagai pihak.

9. Pada pesta bukulah penerbit dapat menebar jala dengan amat berkesan bagi mendapatkan pengarang-pengarang baru.

10. Pada pesta bukulah komuniti pengarang dan editor dapat berjumpa dan mempererat hubungan profesional sedia ada.

11. Pada pesta bukulah pengarang dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana buku mereka dibeli, ataupun tidak dibeli, oleh pengunjung.

12. Pada pesta bukulah, penerbit dapat mengukur kedudukan prestasi masing-masing berbanding penerbit lain.

Nota: Pada pesta buku 2008 nanti, InsyaAllah antara produk-prooduk baru yang akan dilancarkan oleh PTS adalah novel-novel sai-fai Melayu. (Itu sebab Otai Mat Jan sudah mula stress....)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Perjanjian Lesen Penerbitan PTS: Disemak 3 Tahun Sekali

Dunia teknologi penerbitan berkembang dengan amat pesat. Ini menyebabkan kita perlu menyemak semula terma-terma dalam dokumen perjanjian penerbitan supaya kemas kini dengan perkembangan teknologi.

Bagi saudara yang menerbitkan buku dengan PTS, ambil perhatian bahawa setiap 3 tahun, PTS akan menyemak isi kandungan dokumen itu supaya tidak ada terma-terma yang sudah ketinggalan teknologi, dan bagi membolehkan baik penulis mahupun PTS bertambah untung.

Buat masa ini PTS baru selesai menyemak dokumen yang terpakai sekarang dengan tujuan memasukkan terma-terma baru memandangkan dokumen itu digubal 8 tahun yang lalu. Dalam dunia teknologi, 8 tahun adalah tempoh yang amat lama.

Lapan tahun dahulu belum ada istilah "mobile-book"!

Lapan tahun yang lalu, belum ada istilah "down-loadable book" dan "nondown-loadable book".

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 19, 2007

Pengaruh Sastera Klasik

Selepas menerbitkan Hikayat Abdullah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiyah, PTS akan terus menerbitkan lebih banyak teks sastera klasik.

Teks klasik yang bakal terbit dalam masa terdekat adalah Hikayat Hang Tuah, Hikayat Amir Hamzah diikuti oleh Sejarah Melayu dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.

Komitmen PTS ini adalah berdasarkan hasil kajian yang mendapati bahawa, pengarang-pengarang novel sains sekalipun, mereka membaca sastera klasik. Ertinya sastera klasik memainkan peranan positif ke atas proses kreativiti.

Richard Powers, yang memenangi hadiah National Book Award 2006 membaca karya-karya klasik seperti Illiad dan The Odyssey. Beliau sudah menerbitkan 9 buah sains. Karya beliau yang memenangi anugerah itu adalah The Echo Maker.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Si Bongkok Tanjung Puteri

Baca di Berita Minggu hari ini. "Si Bongkok Tanjung Puteri" adalah gelaran seorang pemuda cacat yang memimpin pasukan menentang penjajah Inggeris di Johor.

Novel sejarah ini adalah karya Abdul Latip Talib. Ini adalah novel sejarah beliau yang ke-6 dengan PTS FORTRUNA.

Beliau baru sahaja menyelesaikan novel ke-7nya "Sultan Muhammad al-Fateh", pahlawan muda belia yang berjaya mengalahkan penjajah Romawi di kota Costantinople, lalu menamakan kota itu Istanbul.

Kini Abdul Latip Talib sedang menuliskan sejarah bagaimana tentera Mongolia di bawah pimpinan Hulagu Khan, cucu Genjis Khan, berjaya menawan Baghdad.

Empat (4) buah novel Siri Pahlawan Islam beliau telah dilesen serentak oleh Jakarta.

Kita positif novel "Sultan Muhammad al-Fateh" dan "Hulagu Khan" juga akan dilesen oleh Jakarta.

Apabila itu berlaku, Abdul Latip Talib akan menjadi penulis Malaysia paling banyak bukunya diterbitkan di Indonesia!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 18, 2007

DBP+PTS+UPND = 1%

Gosip-gosip di kalangan anggota Persatuan Kontraktor Buku Bumiputera (PKBB) mengatakan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) akan membuat pembelian 2007 untuk semua perpustakaan sekolah rendah dan menengah dengan nilai sekitar RM60 juta.

Di kalangan anggota MABOPA, (Persatuan Penerbit Buku Malaysia) mereka terkejut beruk (istilah slanga budak-budak muda sekarang) apabila 3 buah penerbit buku terbesar, mendapat nilai belian 1% sahaja!

Tiga buah penerbit terbesar buku Melayu di negara Malaysia yang tercinta ini adalah DBP, UPND (Utusan) dan PTS.

Mereka bertiga menerbitkan antara 50 - 70 judul baru setiap bulan. Mereka menerbitkan antara 600 - 700 judul buku baru setahun.

Di mana masuk akalnya apabila ketiga-tiganya, secara combined hanya mendapat 1% daripada RM60 juta nilai pembelian BTP.

DBP+UPND+PTS = dapat sekitar RM600 ribu = 1%

Komuniti buku bertanya: Buku-buku terbitan siapakah yang dipilih oleh BTP untuk dihantar ke sekolah-sekolah?

Jika buku-buku terbitan DBP, UPND dan PTS tidak layak dibekalkan kepada perpustakaan sekolah, buku terbitan penerbit yang macam apakah yang dipilih dan layak mendapat RM59.4 juta lagi!

Apabila Kementerian membuat pembelian, 2 perkara yang sentiasa 'membingunkan' komuniti buku adalah:

(i) Buku-buku penerbit macam apa yang terpilih dan,

(ii) Kontraktor buku macam apa yang terpilih.

Timbul isu kontraktor yang gagal menyempurnakan kontrak pada tahun sebelumnya pun masih menerima kontrak baru.

Hairan! Buku-buku di sebelah ini tidak terpilih.

Sekolah-sekolah memang tidak puas hati menerima buku-buku yang bermutu rendah:

(a) Ada buku-buku yang pada kulit buku pun sudah terdapat kesilapan ejaan dan tatabahasa.

(b) Sesetengah buku yang dibekalkan adalah buku terbitan beberapa tahun lampau justeru isinya sudah ketinggalan masa, sudah out-of-date.

(c) Banyak buku yang dibekalkan itu isinya tidak berguna kepada guru-guru mahupun pelajar.

Anggota persatuan penerbit terkejut beruk apabila:

(a) Buku penerbit-penerbit yang tidak mempunyai editor mendapat nilai berjuta-juta.

(b) Penerbit yang kononnya di-blacklist pun menerima berjuta-juta. Dulu penerbit itu pernah membekalkan buku-buku lama yang diberi judul dan kulit baru sahaja.

Mari memandaikan bangsa!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Sektor Sastera: Mana Sastera Jantan

Apabila saudara masuk kedai buku, saudara dapat lihat buku-buku sastera remaja sudah (a) diberi rak-rak khas, dan (b) diletakkan di kawasan tidak jauh dari pintu masuk.

Dua perkara itu adalah bukti bahawa buku-buku sastera remaja bergerak laju.

Isunya sekarang adalah (i) mempelbagaikan isi kandungan cerita dalam sastera remaja, dan (b) membanyakkan lagi judul baru setiap bulan.

Dalam keadaan sekarang, majoriti sastera remaja adalah ditargetkan kepada remaja perempuan. Jadi tidak hairanlah apabila perempuan lebih banyak membaca novel.

Buku-buku fantasi pun dipakejkan supaya remaja perempuan suka membeli dan membacanya. Itulah sebabnya wajah kulit buku-buku itu memang sesuai dengan citarasa perempuan.

Jadi kita melihat kesan "ayam dengan telur" sedang berlaku. Penerbit menerbitkan novel untuk perempuan. Perempuan baca novel. Lelaki tidak baca novel. Penulis lelaki pun menulis novel untuk perempuan. Penerbit pun semakin menerbitkan novel untuk perempuan.

Bak kata Sdr. Mat Jan, kita amat mahukan sastera remaja yang lebih "jantan" bagi memenuhi keperluan remaja lelaki. Beliau dipertanggungjawabkan oleh pengurusan PTS supaya membuka pasaran sastera jantan. Berat mana mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 17, 2007

Surah Yusuf dan Dialog Orang Yahudi

Apabila saudara menulis novel di mana dalam cerita itu terdapat watak orang-orang bukan Melayu, adakah saudara perlu menterjemahkan dialog mereka ke dalam bahasa Melayu?

Berdasarkan teori sastera Islami aliran surah Yusuf, ya, semua watak bercakap dalam Bahasa Melayu.

Watak-watak dalam kisah Nabi Yusuf semuanya bukan bangsa Arab. Nabi Yusuf adalah orang Yahudi dan beliau serta keluarganya berasal dari bumi Palestina, kemudian berpindah ke Mesir.

Walau bagaimanapun, dalam surah Yusuf, semua watak Yahudi itu bercakap dalam bahasa Arab. Ini adalah bukti bahawa dialog asal yang dalam bahasa Ibrani itu telah diterjemahkan oleh Allah ke dalam bahasa Arab.

Demikian pula, Raja Mesir dan penduduk pribumi Mesir pada zaman Nabi Yusuf bukan bangsa Arab. Namun dalam surah Yusuf, dialog asal mereka semua diterjemahkan oleh Allah ke dalam bahasa Arab.

Malah, dalam seluruh kitab Quran, semua malaikat, iblis, syaitan, jin, haiwan, orang-orang dahulu kala, malah Allah sekalipun bercakap dalam bahasa Arab walaupun mereka bukan orang Arab.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 16, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Persahabatan adalah Senjata

Kepada para penulis PTS, bersahabatlah sesama penulis. Persahabatan adalah senjata orang Islam.

Nabi Muhammad itu berjuang dengan menggunakan persahabatan sebagai senjatanya, bukan pedang. Selepas musuh-musuhnya mengangkat pedang mereka bagi membunuhnya, barulah beliau mengangkat pedangnya, itu pun bagi mempertahankan dirinya sahaja.

Demikian pentingnya peranan persahabatan dalam perjuangan, sehinggakan Nabi Muhammad menyenaraikan tanggungjawab seseorang itu kepada sahabat-sahabatnya - selama sahabatnya masih hidup, sehingga selepas sahabatnya meninggal dunia.

Dan, beliau berpesan supaya, apabila ibu bapa kita sudah meninggal dunia, kita ziarahilah sahabat-sahabat mereka yang masih hidup.

Apabila saudara menulis bagi diterbitkan oleh PTS, saudara automatis masuk barisan penulis-penulis yang berjuang memandaikan bangsa.

Bersahabatlah sesama penulis. Sentiasa saling dorong-mendorong. Selalu saling bertukar-tukar kata-kata "Tahniah" bagi membakar semangat kerja sesama sendiri.

Mari kita raikan setiap kali sahabat kita berjaya menerbitkan buku terbarunya, ataupun bukunya diulangcetak, ataupun bukunya dilesen oleh Jakarta.

Taati pesan Nabi Muhammad, jangan bersaing, sebaliknya bekerjasama, dan naiklah bersama-sama.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Gosip Kontrak Pembelian Buku BTP

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) membelanjakan RM60 juta bagi pembelian buku tahun 2007 untuk perpustakaan sekolah-sekolah.

Buku PTS 3 tajuk dipilih - nilai sekitar RM100 ribu.
DBP dapat 3 tajuk - nilai sekitar RM100 ribu (gosip)
Utusan dapat 5 tajuk - nilai sekitar RM200 ribu (gosip)

Hmmm....

Kalau DBP pun cuma dapat 3 judul, judul-judul siapakah yang dipilih oleh BTP?

Bagi orang yang tidak biasa dengan perniagaan, RM100 itu bunyinya banyak. Tetapi jualan PTS sudah mencecah antara RM700 - RM800 ribu setiap bulan.

Apa yang berlaku dengan kontrak-kontrak kerajaan menjadi faktor utama yang mendorong PTS bersungguh-sungguh belajar berniaga "main-kedai", tidak mahu "main-kontrak".

Tim PTS belajar hidup cara susah, tebalkan kulit muka, pekakkan telinga, kuatkan semangat... bawa buku dari kedai-ke-kedai, pujuk tuan kedai supaya mahu ambil buku PTS dan pamerkan dalam kedainya.

Tim PTS belajar kutip hutang dari pintu-ke-pintu kedai dan pengedar.

Tim PTS belajar ikat perut, menangis dengan air mata mengalir ke dalam, apabila ditipu kedai dan pengedar, dengan nilai hutang lapuk yang gagal dikutip lebih RM300 ribu.

Kita bersyukur, PTS tidak diberi kontrak, baik oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Bahagian Buku Teks (BBT) mahupun Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).

Memang PTS pun tidak masuk tender. 3 judul PTS yang dipilih BTP itu disubmit oleh kontraktor buku.

Kita bersyukur PPK, BBT dan BTP melayan buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit Bumiputera tulen macam PTS ini begini sekali.

Ada hikmah besar di sebalik kepayahan-kepayahan yang dilalui. Tim PTS terpaksa belajar berniaga macam Cina berniaga. Fikir kedai, kedai, kedai....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Sensitiviti Pegawai Kerajaan Terhadap Kereta Trainer

Apabila klien saudara adalah jabatan kerajaan, gunakan kereta yang lebih mahal sedikit sahaja daripada kereta milik pegawai latihan yang menguruskan sesi kursus saudara. Jika beliau memandu Wira, saudara bolehlah memandu Waja.

Simpan BMW saudara di rumah. Gunakan buat bawa isteri dan anak-anak makan angin, maklumlah trainer selalu out-station....

Jangan datang dengan memandu kereta saudara yang mahal, walaupun second-hand.

Kereta mahal menyakitkan mata dan hati pegawai latihan jabatan kerajaan, apatah lagi apabila kualiti kursus yang saudara kendalikan itu setakat cukup makan.

Mereka berasa saudara buat duit berlebih-lebihan, tidak padan dengan kualiti kursus saudara. Mereka berasa saudara tipu mereka, sebab kualiti kursus saudara setakat biasa-biasa, tetapi saudara tekan harga premium, sampai mampu beli kereta mahal.

Jaga hati dan perasaan pelanggan, kalau salah pilih kereta, memang itulah kali pertama dan terakhir saudara buat bisnes dengan mereka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Diskusi Quran Saintifik Di Alamanda Putrajaya Sabtu, 18 Ogos 2007

PTS Millennia Sdn. Bhd. menjemput saudara dan saudari ke program "Bicara Penulis Dr. Danial Zainal Abidin" yang dianjurkan sempena MPH Bookfair dengan kerjasama erat MPH Bookstores Sdn. Bhd. bagi mempromosikan buku terbaru Dr. Danial iaitu Quran Saintifik : Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains. Bicara penulis ini akan diadakan mengikut perincian berikut :

  • Tempat : Centre Court, Alamanda, Putrajaya,

  • Tarikh : 18 Ogos 2007 (Sabtu)

  • Masa : 2.30 petang hingga 4.30 petang


Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Ini saya sertakan petikan video diskusi buku ini di Selamat Pagi Malaysia buat tatapan semua sebelum bersama kami di Alamanda Putrajaya

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kereta Trainer: Isu “tricky”

Sebagai trainer, apakah model kereta yang bagus bagi bisnes saudara?

Ya... bagus bagi bisnes saudara... bukan bagus bagi diri saudara! Kereta yang bagus untuk ego saudara mungkin membahayakan bisnes saudara.

Bagi lelaki yang baru berhenti kerja daripada jawatan yang bagus, lalu membuka bisnes sendiri banyak yang terdorong cepat-cepat membeli kereta yang lebih mahal daripada kereta yang digunakannya sewaktu masih makan gaji.

Jika sewaktu makan gaji dia memandu Wira, lepas berhenti kerja dia cepat-cepat hendak memandu Waja, kalau boleh dia hendak memandu Perdana.

Jika dulu dia memandu Perdana, sekarang dia membeli Mercedes, biarpun Mercedes terpakai.

Mereka membeli simbol-simbol kejayaan. Ego mereka yang mahukan simbol-simbol itu. Bisnes mereka tidak memerlukan simbol-simbol itu.

Petua memilih kereta mana yang sesuai digunakan ke tempat di mana latihan diadakan:

(1) Jika kursus itu dihadiri oleh peserta 'top management', saudara datanglah dengan memandu kereta yang setaraf dengan kereta mereka.

(2) Jika kursus dihadiri oleh guru-guru, gunakan Perdana.

(3) Jika kursus dihadiri oleh mahasiswa, gunakan Waja.

(4) Jika kursus dihadiri oleh pelajar sekolah menengah, gunakan Waja.

(5) Jika kursus dihadiri oleh pelajar sekolah rendah, gunakan Wira.

(6) Jika kursus dihadiri oleh peserta UMNO, gunakan Perdana.

Nota1: SUV X-Trail sesuai digunakan dalam semua keadaan!

Nota2: Mercedes model lama tidak sesuai dalam semua keadaan...

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Sabtu 18 Ogos 2.30 ptg MPH Alamanda Putrajaya: Dr. Danial Zainal Abidin

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Lagi Buku Bulan Puasa

Aduuuh! Cantik-cantiknya cover buku-buku mulia ini!

Beginilah wajah buku agama yang friendly. Judulnya pun seindah judul novel. "Tetamu yang Dirindui", "Takut tetapi Rindu".

Tuan Guru tentu senyum....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 15, 2007

Usianya Belum 30 Tahun Beliau Sudah Memiliki 20 Buah Judul Harta Intelek

Inilah wajah tampan penulis PTS paling prolifik dan "Top-earner" PTS selama 4 tahun berturut-turut (...selepas ehem! ehem!).

Berdasarkan ranking beliau sebagai pengarang PTS paling top jualannya bagi tahun 2006, PTS memberi bonus dengan membawa beliau ikut serta dalam rombongan delegasi rasmi ke Pesta Buku Jakarta Jun lepas.

Bakal tokoh Motivator Nasional ini seorang yang berjiwa dan bersemangat team-player.

Kita meramalkan suatu hari nanti beliau akan diundang ke Jakarta dan berceramah di sana. Buku all-time best-seller beliau "55 Petua Orang Berjaya" sudah berada di pasaran Jakarta sejak 2006.

Jadi Pak Fadzli perlu berlatih bicara omong Indonesia mulai saat ini, ya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Bagaimana Buku Dipilih oleh Bahagian Teknologi Pendidikan

Buku-buku ini dipilih oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk projek pembelian 2007.

Kementerian Pelajaran mempunyai dana khas bagi pembelian buku secara terpusat.

Dua bahagian yang mempunyai projek buku terpusat adalah (i) Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), dan (ii) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Disebabkan projek kedua-dua bahagian ini bernilai berjuta-juta, para penerbit sanggup melakukan apa sahaja supaya buku mereka dipilih.

Kementerian Pelajaran juga memberi dana kepada setiap sekolah di mana Guru Besar dan Pengetua sekolah bebas memilih buku apa yang mereka mahu beli untuk pusat sumber sekolah masing-masing. Pasaran ini dikuasai oleh syarikat pengedar yang mempunyai jurujual dari-sekolah-ke-sekolah, menjual buku-buku berset yang harganya amat mahal, sampai tidak masuk akal.

Bagaimanakah caranya penerbit hendak memasukkan buku-bukunya dalam projek pembelian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)? Masing-masing penerbit mempunyai strategi sendiri.

Cara PTS memasarkan buku untuk projek BTP adalah dengan melantik agen.

Dalam kes ini agen PTS adalah syarikat Bookman Sdn. Bhd. Bookman yang memilih dan submit judul-judul PTS yang difikirkan sesuai dengan keperluan projek kementerian disebabkan Bookman memahami kehendak kementerian.

Daripada beratus-ratus judul yang disubmit oleh para penerbit, pegawai kementerian kemudian memilih judul-judul yang layak dibeli.

Kementerian kemudian mengeluarkan tender kepada kontraktor-kontraktor buku Bumiputera bagi membekalkan judul-judul yang dipilih itu kepada sekolah-sekolah yang ditetapkan.

PTS membekalkan buku-buku itu kepada Bookman dengan diskaun, dan kontraktor mendapatkan bekalan daripada Bookman dengan diskaun.

Dengan cara begini, semua orang dapat makan seorang sedikit. PTS dapat makan, Bookman dapat makan, kontraktor dapat makan, penulis pun dapat makan....

Nota kaki: Bookman dimiliki oleh En. Amini yang berpengalaman 15 tahun dalam bidang jualan buku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Lagi Teknik Backstory dalam Sai-Fai

Siapakah lelaki tua dengan 2 pistol ini? Baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Jangan Keliru antara “Promosi Buku” dan “Event-Buku”

Ada sebuah penerbit sudah 2 kali mengadakan majlis besar-besaran di tempat mahal, atas nama mempromosi buku pertama yang diterbitkannya.

Melakukan promosi buku amat penting supaya angka jualan buku itu naik. Semasa jumlah judul masih sedikit, baru 1 ataupun 2, kos promosi akan ditanggung oleh 1 ataupun 2 buku itu sahaja. Ini tidak ekonomikal. Apatah lagi jikalau promosi itu melibatkan kos yang tinggi.

Mengadakan majlis-majlis pelancaran buku, majlis baca buku, baca puisi, pameran mengenang pengarang, dan seumpamanya adalah aktiviti event-management.

Penerbit buku jangan sampai keliru antara "promosi buku" dan "event-managemet".

Majlis-majlis "event" yang gilang-gemilang belum tentu berjaya meningkatkan jualan buku, malah data yang ada menunjukkan kos event itu tidak dapat dibayar daripada hasil jualan bukunya.

Apabila saudara mahu hidup sebagai penerbit buku, fokuskan perbelanjaan saudara pada penerbitan buku. Terbitkan sekurang-kurangnya 2 judul sebulan, baru saudara dapat survive dan berdaya maju sebagai penerbit buku.

Mengapa 2 judul sebulan?

Dengan menerbitkan minimum 2 judul sebulan, pada tahun pertama saudara sudah mempunyai 24 back-title. Pada tahun berikutnya saudara sudah mempunyai judul-judul yang dapat diulangcetak. Margin judul ulangcetak adalah lebih besar daripada margin judul baru.

Dengan jumlah 2 judul sebulan itu saudara dapat pusingkan duit saudara cukup-cukup bagi membayar kos operasi syarikat saudara yang masih kecil itu, pada waktu yang sama, jumlah itu membolehkan bisnes saudara berkembang.

Jika duit modal bisnes yang ada digunakan bagi mempromosi 1 judul, nanti cash-flow saudara tercekik. Hendak membayar pencetak pun duit sudah tidak ada lagi. Mengadakan event-buku tidak wajib diadakan, manakala membayar hutang pencetak wajib.

Semua pencetak berkawan sesama mereka dan mereka saling bertukar-tukaran maklumat berkenaan penerbit mana yang membayar hutang dan yang tidak membayar hutang. Itulah cara mereka menjaga risiko ditipu penerbit.

Apabila saudara tidak membayar pencetak ikut tempoh kredit yang diberikan, dalam masa sekejap sahaja pencetak-pencetak lain sudah tercium bau saudara. Tidak ada lagi pencetak yang berani beri kredit kepada saudara.

Tanpa kepercayaan pencetak, saudara takkan dapat survive sebagai penerbit.

Promosi buku yang paling efektif adalah:

(1) Menghadiahkan buku itu kepada orang yang banyak menulis dan menerbitkan ulasan-ulasan buku dalam media seperti akhbar dan majalah. Mudah-mudahan beliau suka buku itu dan menuliskan ulasannya lalu ulasan itu terbit.

(2) Menghadiahkan buku itu kepada penerbit rancangan radio dan TV, mudah-mudahan mereka suka dengan buku itu lalu mengundang pengarangnya muncul di radio dan di TV sebagai tetamu dan buku itu diperkenalkan kepada pendengar dan penonton.

(3) Menghadiahkan buku itu kepada editor majalah dan kolum sastera dalam akhbar, mudah-mudahan buku itu dijadikan bahan artikel dan berita. Ini adalah cara yang amat berkesan sebab gambar pengarang dan kulit buku dapat dijadikan hiasan pada artikel itu. Lazimnya gambar itu disiarkan 4-warna!

Tiga cara promosi di atas adalah berkesan dan amat murah.

Bagi mendapatkan kerjasama pengulas buku, penerbit rancangan radio, TV, editor kolum sastera, dan editor majalah, yang diperlukan adalah kemahiran menjalin dan mengekalkan persahabatan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 14, 2007

Mengapa pada Musim Raya Baju Laku, Kasut Laku, Buku pun Sama Laku

Apabila tiba bulan puasa, drebar-drebar teksi mengeluh. Orang Melayu tidak keluar malam! Kaki disko pun kurang keluar malam....

Sebaliknya, walaupun puasa dan hari raya masih jauh, tetapi para penerbit sudah siap sedia dengan buku-buku yang ditargetkan khusus bagi jualan sebelum musim puasa dan hari raya tiba.

Selepas raya, jualan buku jatuh merudum!

Orang yang tidak bergiat dalam bisnes buku menyangka buku-buku tidak laku sepanjang musim bulan puasa dan hari raya, kecuali majalah kuih-muih, fesyen dan hias menghias rumah.

Sangkaan ini tidak betul!

Data jualan dan pengalaman PTS menunjukkan, pada setiap musim puasa dan cuti raya:

(i) Buku-buku agama laku keras, yakni semua tema agama laku.

(ii) Buku-buku bacaan remaja laku keras, lebih-lebih lagi judul-judul untuk bacaan remaja perempuan.

Daripada analisis data jualan musim raya tahun-tahun lalu, Jabatan Pemasaran PTS mengarahkan Jabatan Editorial supaya:

(i) Menerbitkan judul-judul musim puasa, musim hari raya dan musim orang naik haji jauh lebih awal.

(ii) Mengulang cetak judul-judul yang dicari-cari oleh pembeli sempena bulan puasa dan bulan orang naik haji.

Apabila tiba musim mood raya, mood pesta, memang orang ramai mempunyai mood berbelanja lebih daripada biasa.

Mood itulah yang mendorong mereka membeli lebih banyak buku-buku yang moodnya ceria, seronok, gembira... menggunakan istilah slanga remajanya... mood "hepi-hepi". Justeru design kulit perlu design yang menimbulkan mood "hepi-hepi".

Dua judul baru ini mengandungi cerita-cerita pendek karya pengarang-pengarang dan pelukis komik PTS ONE yang sudah mempunyai banyak peminat di kalangan remaja awal perempuan.

Mengapakah buku-buku musim raya amat cepat diterbitkan? Bulan puasa belum tiba, buku-buku musim raya sudah siap dipamerkaan di kedai-kedai.

Sebab... ibu bapa membawa anak-anak awal remaja pergi shopping raya untuk membeli pakaian sebelum bulan puasa bermula!

Mereka pergi ke mall-mall bagi membeli pakaian raya, dan lazimnya remaja peminat PTS ONE akan singgah ke MPH, POPULAR dan Kinokuniya bagi membeli buku terbaru terbitan PTS ONE.

Jika buku PTS ONE lambat terbit, waktu itu wang sudah perlu digunakan bagi membeli barang-barang keperluan lain yang lebih dekat dengan hari raya.

Bagi rakan-rakan penerbit yang tahun ini tidak sempat menerbitkan buku-buku sempena pesta balik kampung, pastikan tahun depan sempat!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Al-Kisah Lagi Surat Royalti

Assalamualaikum Puan Sifu yang budiman,

Semoga Puan dirahmati Allah hendaknya.

Tentu sekali para penulis PTS sekarang amat sibuk membicarakan tentang royalti. Saya juga tidak terkecuali.

"Berapa agaknya royalti aku tahun ini?" mula mengira-ngira sebab ada rakan penulis sudah maklum beliau menerima cek royalti dari PTS.

Satu hari tanpa diduga, sampailah surat keramat itu. Sah! Cek royalti sudah berada di tangan saya. Alhamdulillah. Terasa sangat berbaloi menulis selama ini.

Cek pertama, dalam RM 2,600.

Tidak lama selepas itu, terima lagi penyata. Bila dicampur tolak, hampir RM11,000. Biar betul!

Memang benar. Saya memang tidak sangka akan memperolehi jumlah sebanyak ini. Memang tidak jadi jutawan tetapi banyak perkara dapat diselesaikan. Tabik springggg! (Ikut iklan Petronas baru..)

Tabik kepada staf bahagian Kewangan yang jujur dan tidak penat-penat mengira royalti kami. Cuma saya hendak bertanya, apakah itu polisi baru PTS membayar sebahagian sahaja royalti? Sekiranya benar, bilakah pula akan menerima bakinya? Bolehkah kami para penulis tahu apa sebabnya? (Tersenyum meleret kerana cek masih di tangan.)

Tidak lupa juga kepada warga PTS yang lain seperti para editor yang sangat mudah bekerjasama dengan saya. Hendak maklumkan, bahawa saya juga telah "diorat" oleh penerbit lain untuk menulis dengan mereka.

"Benar. Masih bersama PTS," jawab saya.

"Bagaimana jika puan menulis dengan kami? Banyak projek ni," wakil itu memberi cadangan.

Saya terdiam. Di dalam benak masih teringat pesan sifu, jangan kahwin dengan ramai penerbit.

"Biarlah dahulu. Saya senang bekerja dengan editor di PTS. Saya pun tidak sempat hendak menyediakan manuskrip kerana dengan PTS, saya sudah biasa dengan gaya penulisan yang lebih mudah," itu alasan saya.

Mujurlah dia tidak memujuk lagi. Saya yakin kerana selama bekerjasama dengan PTS, tiada masalah besar timbul. Terima kasih puan kerana sentiasa memberi dorongan dan semangat.

"Bangun. Siapkan buku puan," SMS diterima daripada Puan Sifu pada jam 4 pagi. Mengantuknya... tetapi demi mandaikan bangsa, saya turuti juga. Tidak sia-sialah pengorbanan suami saya yang setia menghantar saya menuntut ilmu dengan sifu di Bukit Tinggi (ofis lama PTS).

Kepada mentee-mentee lain, belajarlah dengan Puan Sifu secara konsisten dan teruskan menulis. Bangga dan gembira apabila melihat buku kita dipamerkan di rak-rak buku.

Terima kasih lagi, puan. Wassalam.

IYT

Beginilah wajah-wajah cover buku Puan Ida Rizyani Tahir.

Beliau saat ini adalah pensyarah pengurusan perniagaan di Universiti Pahang Malaysia, Kuantan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Memanjangkan Hayat Pasaran Buku

Berapa tahunkah buku saudara dapat dijual? 5 tahun? 10 tahun? 50 tahun?

Ada unsur-unsur yang menyebabkan hayat pasaran buku saudara panjang, amat panjang, ataupun... belum sempat terbit sudah menjadi buku usang, yakni out-of-date.

Jika saudara menulis buku yang temanya "Islam Hadhari", kita meramalkan buku saudara itu tidak panjang hayat pasarannya (dengan andaian ia laku dipasarkan-lah).

Gosip yang kita dengar mengatakan apa-apa yang menggunakan perkataan "hadhari" tidak laku di kedai-kedai buku, ertinya buku itu tidak mempunyai hayat pasaran langsung.

Jika saudara menulis novel remaja yang temanya adalah perjuangan sekumpulan artis menjalani transformasi dalam siri Akademi Fantasia, itu pun tidak panjang hayat pasarannya. Siri program itu nanti akan diganti dengan siri program baru.

"Islam Hadhari" dan "Akademi Fantasia" adalah label-label yang current, yang semasa, oleh itu ia bukan label-label evergreen.

Jika dalam novel remaja saudara itu terdapat mesej-mesej emel, chat, SMS, Friendster, blog, dan yang serupa itu, ambil ingatan bahawa teknologi telekomunikasi adalah teknologi konsumer yang sangat cepat berubah dan menjadi absolete, yakni usang.

Jika dalam buku yang saudara sedang tulis itu wataknya masih menggunakan buku Yellow Pages, mesin faks ataupun PC, buku saudara sudah usang.

Banyak teknologi yang pada saat ini sangat baru dan terkini sebenarnya amat singkat usia teknologinya. Belum apa-apa sudah ada gadget yang lebih baru, yang lebih 'in'.

Banyak tempat-tempat yang "cool" hari ini tidak tahan lama. Justeru apabila nama-nama hotel, disko, butik, resort dan lain-lain yang menjadi simbol status hari ini disebut dalam novel, novel saudara itu cepat usang. Apabila pengurusan hotel itu bertukar tangan, nama hotel itu mungkin ditukar juga.

Manusia pun begitu juga. Hati-hati apabila memilih nama-nama tokoh yang akan disebut dalam buku saudara. Pilih nama-nama yang evergreen sahaja. Contoh nama-nama tokoh evergreen adalah nama-nama ulama, tokoh sejarah, ahli sains terkemuka, pencipta teknologi dan yang seperti itu.

Semasa Tun Dr. Mahathir masih berkuasa, banyak buku-buku motivasi ditulis dengan menggunakan nama beliau sebagai tokoh role-model. Apabila beliau sudah hilang kuasa, tamatlah hayat pasaran buku-buku itu.

Banyak tokoh-tokoh yang amat popular hari ini, besok lusa sudah digantikan dengan tokoh popular terbaru. Akibatnya, buku-buku yang menggunakan nama-nama tokoh itu cepat menjadi buku usang.

Apabila saudara menulis buku-buku motivasi, jangan gunakan contoh daripada:

(i) Individu yang masih hidup: Buku saudara cepat menjadi out-of-date, sebab dia itu mungkin bertukar jawatan, ataupun terguling daripada jawatannya sekarang, ataupun meninggal dunia. Ulama adalah kekecualian.

(ii) Individu yang usianya masih muda: Kita tidak tahu apa individu itu akan lakukan kemudian, maklumlah dia masih muda. Sebagai contoh, pasangan muda itu mungkin bercerai, ataupun si suami berpoligami. Banyak jutawan muda terbukti kemudian mereka itu bukan jutawan yang tulen, sebaliknya jutawan perasuah, kroni orang politik, dan jutawan penyamun tarbus!

(iii) Individu dari industri entertainment: Individu dari dunia hiburan tidak dianggap oleh orang yang kuat nilai-nilai agamanya sebagai orang yang layak dijadikan teladan, jadi buku saudara tidak sesuai bagi semua orang.

(iv) Individu orang kaya: Orang kaya tidak sesuai dijadikan pecontoh atau role-model dalam buku-buku motivasi sebab tujuan buku motivasi bukan mendorong orang menjadi kaya. Kedua, orang kaya jarang tidak mempunyai cacat-cela yang serius pada budi pekerti mereka.

Semakin singkat hayat pasaran buku saudara, semakin pendeklah rezeki royalti saudara....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Gunakan Buku “Biasa-Biasa” sebagai Senjata Menagih Hutang daripada Pengedar d

Bisnes buku, sebagaimana bisnes-bisnes lain, adalah bisnes yang hidup dengan hutang, hutang, hutang.

Pada bila-bila masa, sesebuah penerbit yang nilai jualan bukunya sekitar RM7 juta setahun, sekurang-kurang dia berhutang RM700 ribu kepada pencetak-pencetaknya, manakala agen-agen buku berhutang kepadanya sekitar RM2.5 juta!

Berhutang dalam bisnes adalah normal. Nabi Muhammad pun berhutang dan membayar hutang.

Kecekapan mengurus risiko hutang dan disiplin membayar hutang adalah antara syarat-syarat kejayaan bisnes. Maksudnya, jika penerbit itu pandai mengurus hutangnya, lazimnya, dia pandai mengurus bisnesnya.

Penerbit berhutang kepada bank-bank yang memberi pelbagai fasiliti.

Penerbit berhutang kepada pencetak. Dalam tempoh 3 bulan saudara mesti bayar pencetak, kalau tidak dia tidak mahu mencetak buku saudara lagi.


Penerbit juga berhutang kepada penulis, yang bukunya sudah dijual tetapi royaltinya belum dibayarkan. Kalau penerbit tidak membayar royalti, penulis tidak mahu menghantar manuskripnya lagi.


Pencetak berhutang kepada pembekal kertas. Kalau dalam tempoh 3 bulan tidak dibayar, dia tidak dapat bekalan kertas.


Pengedar berhutang kepada penerbit. Kalau dia tidak bayar hutang, penerbit tahan bekalan buku-buku yang dipesannya.


Kedai buku berhutang kepada pengedar. Kalau dia tidak bayar hutang, pengedar tidak akan menghantar bekalan buku baru.


'Runner buku' berhutang kepada kedai buku. Kalau dia tidak bayar hutang, kedai buku tidak benarkan dia ambil buku lagi.


Jadi, setiap bulan saudara mesti menerbitkan buku-buku baru yang laris dalam kedai buku. Buku-buku laris adalah senjata penerbit menagih hutang.

Apabila pengedar dan kedai buku hendakkan bekalan buku-buku baru saudara, minta dia membayar dahulu hutangnya yang ada. Mereka mesti hantar cek dahulu, tidak ada cek, tidak ada buku baru!

Pencetak pun menggunakan cara yang sama bagi menagih hutang daripada penerbit. Dia tunggu cek penerbit, tidak ada cek, dia tidak mahu cetak buku baru.

Sebagai penerbit, apa yang saudara lakukan adalah: Tarik hutang sini. Bayar hutang sana. Jika ada lebihan, itulah margin saudara. Syukur.

Banyak penerbit baru muncul terkial-kial bisnesnya disebabkan: (i) Dia tidak membayar hutangnya kepada pencetak dengan berdisiplin, (ii) Dia tidak dapat menagih hutang daripada pengedar dan kedai buku dengan berkesan.

Jika saudara baru hendak jadi penerbit, terbitkan buku "biasa-biasa" sebab buku jenis biasa mudah dijual. Pengedar dan kedai buku suka buku "biasa-biasa".

Jangan mulakan bisnes dengan menerbitkan buku kulit tebal dan edisi mewah. Buku "luar biasa" sukar dijual, oleh itu tidak dapat digunakan sebagai senjata berkesan bagi menagih hutang dari pengedar dan kedai buku.

Saudara tidak dapat berkata kepada Mamak kedai buku itu, "Kalau awak mahu buku ini, bayar hutang saya dulu." sebab si Mamak memang tidak mahu buku "luar biasa" macam itu.

Peranan buku "biasa-biasa" adalah luar biasa.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 13, 2007

Al-Kisah Cek Royalti Pertama daripada Buku Pertama

Sifu dan rakan-rakan yang dihormati,

Alhamdulillah, pada Sabtu, 11 Ogos ketika saya sedang sibuk menguruskan persediaan majlis kesyukuran, anak saya menjerit dari luar:

“Mak ada surat!” jerit anak saya dari ruang tamu sambil berlari ke arah saya.

“Bacakan untuk mak,” kata saya bersikap endah tidak endah sahaja sambil tangan mengacau adunan kek di dapur.

“Ee! bestnya…. Mak dapat cek dua ribu, kayalah mak!” sambil menghulurkannya pada saya. (bila dengar saja mak dapat cek, anak yang lain pun turut serbu… isk, isk..)

“Biar betul, siapa yang bermimpi siang hari ni?” saya terus melihat sambil tersenyum simpul (masa buat kek tadi muka serius semacam saja. Siap merungut dalam hati, kalau beli kan senang…)

“Wah! hebat tu PTS. Baguslah PTS ni, tak sangka pulak dapat cek. Ha, ni mak bersemangat nak menulis lagi ni!” terpacul laju kata-kata saya sambil menatap cek berkali-kali.

“Sebenarnya mak dapat RM3,281.76 sen tau! Kenapa dapat RM2,000 sahaja?” kata anak sulong saya sambil membaca surat.

“Tak kisahlah tu… Itu kerja orang PTS,” kata saya lagi.

“Aha! oklah tu, Along ni tamaklah,” kata anak saya yang seorang lagi.

“Itulah, lepas kenduri ini mak kena serius balik menulis,” kata anak sulong saya.

“Betul tu, sekurang-kurangnya lepaslah duit belanja Bib di universiti,” saya menambah.

“Biar kita orang buat kerja rumah, mak tak payah buat. Bolehlah mak menaip,” terpacul kata-kata anak lelaki bongsu saya. (Kata-kata Muhammad mengejutkan kami empat beranak, kerana Muhammad ni liat sikit buat kerja rumah.)

“No hal, tapi kau kenalah ikut jadual betul-betul,” kata anak ketiga saya menyokong.

“Oklah, kita start hari Isnin ni, Along akan tampal jadual di dapur. Semua kena ikut peraturan.”

Begitulah al-kisah sebahagian dari perbualan kami anak beranak ketika menerima cek pertama dari PTS. Penulis sambilan seperti saya ini, hendak capai taraf jutawan, jauh panggang dari api. Tetapi sekurang-kurangnya nilai-nilai murni bermuafakat yang terbentuk ketika mendapat cek menyeronokkan saya.

Oleh itu saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Puan Ainon yang telah membuka peluang kepada saya untuk menulis. Terima kasih, Puan Ainon, kerana bayaran royalti itu. Kepada En. Nazrul, Pengurus PTS yang sentiasa menjawab setiap pertanyaan saya. Semasa berurusan dengan beliau, pening juga kepala dengan soalan-soalan saya, dan Cik Majidah, Editor yang rajin memantau perkembangan buku pertama saya.

Kepada rakan-rakan, jangan bertangguh, mulalah menulis. InsyaAllah tuan-tuan dan puan-puan akan dapat merasai nikmatnya mendapat bayaran royalti buku pertama.

Salam.
Rashidah Mat Nor.

Nota: Ini pula cover buku-buku penulis yang terbit tahun 2007, oleh itu royaltinya akan mula diterima tahun depan.

Puan Rashidah adalah pegawai di Lembaga Kepala Sawit Malaysia (MPOB).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Tulislah Novel “Biasa-Biasa”

Tulislah novel yang "biasa-biasa".

Novel "biasa-biasa" mudah ditulis. Orang yang bakat kreatifnya setakat "biasa-biasa" pun dapat menghasilkannya.

Pasaran novel "biasa-biasa" amat besar - semua perpustakaan awam, sekolah, terutama kedai-kedai buku.

Jadi novel-novel itu mudah dijual. Malah ia dapat diulangcetak setiap tahun, selama bertahun-tahun, disebabkan penggemarnya yang banyak.

Majoriti pembeli novel adalah orang "biasa-biasa". Justeru mereka itu mahukan novel yang "biasa-biasa" sahaja, yang watak-wataknya adalah orang-orang biasa macam mereka, yang mesejnya elok dan mudah difahami, yang ditulis menggunakan bahasa yang bagus, yang syariah-compliant.

Jangan tulis novel "luar biasa" untuk bacaan golongan "luar biasa". Pasaran novel "luar biasa" adalah kecil, hendak dijual 1000 naskhah pun susah.

Nanti Pengurus Kewangan tidak ada duit hendak membayar sewa, gaji, pencetak, bank, EPF, Socso, insuran kesihatan, yuran setiausaha syarikat, yuran auditor luar, peguam, yuran penceramah kursus, bayar elaun perjalanan, utiliti, ganti air-con rosak, beli komputer baru, beli bangunan sendiri, bayar ansuran lori, sewa gerai pesta buku, menghantar delegasi ke luar negara bagi membuka pasaran baru....

Tulislah novel "biasa-biasa".

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Ciri-ciri Trainer Premium

Tidak sebagaimana dengan nasib penyanyi kelab malam, yang semakin tua semakin turun status dan yuran show-nya, bagi trainer pula ia terbalik, semakin tua semakin tinggi yuran profesionalnya.

Bagi saudara yang merancang dan nekad mahu masuk industri latihan secara profesional, status trainer premium diperoleh secara gradual.

Antara ciri-ciri trainer premium adalah:

1. Saudara, mempunyai senarai pelanggan korporat bertaraf premium.
Contoh pelanggan premium adalah seperti Bank Negara Malaysia, Kementerian Pertahanan, Jabatan Perdana Menteri, Nestle, Maybank, BSKL, Petronas, dan banyak lagi yang seperti itu.

Di sini, produk saudara mungkin "biasa-biasa" sahaja seperti kursus mengurus waktu, tetapi disebabkan perkhidmatan saudara digunakan oleh pelanggan premium bagi melatih staf mereka, maka orang percaya saudara seorang trainer yang berkualiti premium.

Mendapatkan pelanggan premium bukanlah perkara yang amat sukar. Majoriti pegawai latihan mereka adalah Melayu, justeru ia ibarat pintu sudah separuh terbuka. Mereka mahukan produk yang relevan dengan keperluan mereka, itu sahaja.

2. Mempunyai bekas peserta bertaraf premium sebagai duta.
Siapakah yang pernah menyertai kursus saudara suatu masa dahulu? Apakah ada bekas peserta yang sekarang sudah menjadi tokoh dihormati ramai, yang puas hati dengan kualiti kursus dan mencadangkan nama saudara kepada pelanggan lain.

Apabila seorang Pengurus Besar mencadangkan nama saudara kepada seorang Pengurus Besar lain, saudara mempunyai harapan dianggap seorang trainer berkualiti premium.

3. Mempunyai produk bertaraf premium.
Contoh produk premium adalah kursus teknikal yang diperlukan oleh kategori eksekutif seperti kursus re-engineering, pengurusan projek, pengurusan kualiti, dan yang seperti itu yang tidak banyak pembekalnya dalam pasaran. Ciri ini hanya dapat diperoleh bagi mereka yang datang daripada latar belakang teknikal juga.

4. Mempunyai buku
Apabila saudara mempunyai buku dalam bidang yang saudara kursuskan, peluang status saudara naik menjadi trainer premium adalah lebih tinggi lagi.

Jadi, tulislah buku, istiqamah, dan jaga kualiti, nanti satu hari saudara dapat menikmati yuran premium!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Apakah Benar dengan Menulis Dapat Menjadi Jutawan

Banyak orang yakin kalau mahu kaya, caranya adalah dengan membuka bisnes sendiri. Justeru banyak buku ditulis tentang bagaimana cara membuka bisnes dan mengurus bisnes.

Tetapi, cuba lihat di sekeliling kita, alangkah banyaknya orang yang membuka bisnes sendiri tetapi tidak juga kaya-raya.

Saat ini sudah ada buku yang mengatakan dengan menjadi penulis seseorang itu dapat menjadi jutawan (bukan buku PTS).

Benarkah sudah ada penulis Malaysia yang menjadi jutawan hanya dengan menulis? Mana dia penulis itu!

Ada 2 kemahiran duit: (i) Kemahiran membuat duit, dan (ii) Kemahiran mengurus duit.

Orang yang pandai buat duit belum tentu pandai mengurus duit. Di kalangan orang bisnes pun banyak yang tidak pandai mengurus duit, akibatnya syarikatnya terkial-kial walaupun produknya laku.

Manakala banyak pula orang yang kurang pandai buat duit, jadi dia makan gaji sahaja, tetapi dia pandai mengurus duit, sehingga dengan gaji yang tidak seberapa itu dia pandai menghimpun harta.

Menjadi kaya amat bergantung pada bagaimana seseorang itu mengurus duit yang diperoleh daripada bisnesnya, ataupun daripada royalti buku-bukunya, ataupun wang gajinya.

Banyak orang hanya pandai berbisnes... sebagai contoh dia pandai menguruskan restorannya, tetapi tidak pandai mengurus duitnya, apatah lagi mengembangkan duitnya. Akibatnya, bertahun-tahun sumber pendapatannya hanyalah restoran itu. Dia tidak mempunyai sumber-sumber pendapatan lain.

Keuntungan daripada restorannya itu entah di mana... Bertahun-tahun dia membuka restoran, tetapi dia tidak mempunyai simpanan, oleh itu dia tidak mampu membuat pelaburan baru, justeru bagaimana pula dia dapat menjadi kaya-raya....

Banyak orang kuat bekerja dan pandai mencari duit, tetapi tidak juga kaya-kaya... sebab dia tidak pandai mengurus duitnya dan tidak tahu cara-cara yang betul mengembangkan duitnya.

Tulislah buku-buku yang menerangkan bagaimana duit dapat dikembangkan supaya beranak-pinak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 3 pages  1 2 3 >