Hubungan Tidak Sihat antara Pengedar dan Penerbit
Disebabkan peranannya yang amat penting itu, kedudukan pengedar menjadi sangat kuat, membolehkan mereka menekan pengeluar supaya (i) memberi diskaun yang tidak munasabah, dan (ii) memberi tempoh kredit yang tidak munasabah.
Dunia bisnes buku tidak terkecuali daripada hubungan tidak sihat antara pengedar dengan penerbit. Penerbit-penerbit kecil sering kali menjadi makanan pengedar besar.
Meminta diskaun lebih daripada 40% adalah tidak munasabah. Meminta tempoh kredit 6 bulan adalah tidak munasabah. Tetapi inilah yang berlaku dalam industri buku Malaysia.
Keadaan ini menyebabkan penerbit indie yang bermodal kecil akan mati dengan sendiri. Bagaimana mereka tidak mati: Pencetak memberi kredit 3 bulan. Pengedar minta tempoh kredit 6 bulan dan lebih! Sewa, gaji, dan utiliti mesti dibayar tiap-tiap bulan. Akibatnya cash-flow penerbit berhenti flow!
Industri buku dapat berkembang apabila semua mata rantai dalam industri itu berfungsi dengan baik. Apabila putus 1 mata rantai, seluruh industri menanggung kesannya dalam erti kata kek ekonomi sektor itu tidak membesar.
Bagi penerbit yang hendak survive, keadaan tidak sihat ini memaksa mereka mengedarkan sendiri buku-buku yang diterbitkan. Dan ini bermakna, modal operasi syarikat perlu besar.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006








salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o