Wednesday, September 26, 2007

Pasaran Novel Remaja: Perkembangan Terkini

Pasaran novel awal remaja dan remaja sedang meningkat dengan bagus sekarang. Data jualan PTS bagi kedua-dua kategori ini menunjukkan perkembangan yang amat sihat, yakni setiap tahun semakin meningkat.

Kita tahu perkembangan ini diperhatikan dengan serius oleh penerbit-penerbit milik pelabur Cina kerana mereka mula bertanya-tanya bagaimana keadaan pasaran novel-novel remaja sekarang.

Penerbit-penerbit Cina itu sebelum ini tidak berminat menceburi kategori buku komersial yang dijual di kedai-kedai buku kerana bisnes mereka adalah menjadi kontraktor skim pinjaman buku teks dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan menerbitkan buku-buku berset yang mahal tidak masuk akal, dan dijual secara direct ke sekolah-sekolah.

Apabila menteri pelajaran membuat pengumuman semua murid akan menerima buku teks pinjaman, penerbit-penerbit itu dalam keadaan ‘bingung’ kerana dasar itu menyebabkan mereka kehilangan bisnes utama mereka. Justeru mereka mencari-cari bidang penerbitan baru bagi diceburi.

Bagi PTS, kita mengambil perhatian serius perkembangan terbaru ini. Kemasukan penerbit-penerbit Cina ke dalam pasaran novel remaja boleh mengancam kedudukan PTS ONE, anak syarikat PTS yang khusus menggulati sektor ini.

Penerbit-penerbit Cina itu mempunyai wang bagi membeli dan membayar tunai manuskrip yang dihantar oleh penulis. Mereka tidak berminat dengan sistem royalti kerana ia lebih mahal oleh itu mengurangkan keuntungan mereka. Wang mereka itu dapat menarik penulis-penulis yang memerlukan wang segera.

Kemasukan mereka ke dalam pasaran akan menyebabkan berlakunya lambakan novel remaja dalam kedai-kedai buku, serupa dengan fenomena yang sedang berlaku dengan kategori novel cinta saat ini.

Bagi PTS, hanya ada satu strategi bagi mengekalkan kedudukannya dalam pasaran iaitu menerbitkan novel-novel berkualiti tinggi dengan idea-idea dan tema-tema baru dari masa ke masa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 25, 2007

Buku ini Seminggu Terbit Sudah Habis dalam Setor

Buku ini ditulis sewaktu pengarangnya dalam penerbangan yang panjang. Tajuk ini khusus diminta oleh PTS ISLAMIKA supaya beliau menulisnya.

Dalam tempoh seminggu selepas buku ini masuk setor, semua habis dipesan oleh ejen-ejen PTS.

Malah hampir 1000 naskhah sudah dipesan oleh kedai sebelum buku ini siap dicetak. Kedai-kedai memesan awal dengan menyemak “judul akan terbit” dalam web rasmi PTS.

Bahagian Pemasaran PTS pun keliru, mahu diulangcetak ataupun tidak, sebab bulan puasa sudah setengah jalan. Ejen dan kedai-kedai menjerit-jerit tidak menerima buku yang dipesan, tetapi jumlah yang mereka pesan tidak sampai 1000. Kalau dicetak lagi, khuatir banyak yang tidak habis dijual sampai tahun depan.

Ada penjual buku yang datang ke setor PTS dan membeli tunai buku ini… barangkali mahu dijualnya di perhimpunan di mana penulisnya menyampaikan ceramah agama…

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 24, 2007

Penulis Menjadi Penerbit

Banyak penulis tergoda dengan idea mahu menjadi penerbit, lalu mereka pun menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri. Majoritinya gagal dengan tangan terbakar. Maksudnya, sudahlah gagal, terpaksa pula menanggung kerugian.

Logik “kalau orang lain boleh buat, saya pun boleh buat” adalah logik yang amat tinggi risikonya. Logik itu mengandungi falasi serius. Kata-kata begitu adalah cakap-cakap yang tidak rasional, dan tidak empirikal.

Kata-kata seperti itu biasa diucapkan oleh individu yang mahu memberi semangat dan “perangsang kosong”. Ertinya, kata-kata individu itu tidak disertai dengan fakta-fakta yang sahih dan relevan dengan daya usaha yang diperlukan bagi berjaya.

Syarat-syarat kejayaan kita semestinya ada pada diri kita, BUKAN ada pada diri orang-orang lain. Kalau orang-orang lain boleh buat sama sekali bukan bukti bahawa kita pun boleh buat sebab kita mungkin tidak memiliki syarat-syarat kejayaan yang dimiliki oleh orang-orang lain itu.

Kita dapat melakukan apa yang orang-orang lain berjaya lakukan apabila kita memiliki semua faktor yang dimiliki oleh orang-orang itu. Jika orang lain tidak malu menagih hutang dari pintu-ke-pintu kedai, apakah kita juga memiliki muka tebal seperti orang itu.

Bagi menjadi penerbit yang berjaya, seseorang itu tidak perlu menjadi penulis yang berjaya. Realitinya, bakat menulis bukan salah satu prasyarat kejayaan sebagai penerbit. Ia serupa dengan membuka restoran. Bagi menjadi pengusaha restoran yang berjaya seseorang itu tidak wajib pandai memasak.

Syarat utama kejayaan dalam bisnes adalah pertama memiliki bakat bisnes (business accumen), kedua adalah memiliki ilmu-ilmu bisnes, dan ketiga adalah mahir dalam selok-belok bisnes. Tiga syarat ini jarang dimiliki oleh individu-individu yang berjiwa seni, seperti penulis.

Apabila seniman mahu menjadi penerbit, nanti yang dikejar belum tentu dapat, yang dikendong terpaksa diletakkan….

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Skim Pinjaman Buku Teks 100%: Apa Agenda Tersembunyi yang Rakyat Perlu Tahu

Pendahuluan: SPBT 100% adalah bantuan yang diberikan kepada ibu bapa kaya. Mereka pun tidak pernah meminta bantuan itu! Mengapakah menteri pelajaran kita memaksa kerajaan menanggung beban berjuta-juta ringgit bagi membiayai bantuan kepada ibu bapa yang kaya raya??? Apa untungnya kepada menteri?

PTS sedang kecut perut! Kita kecut perut meskipun kita tidak menerbitkan buku teks sekolah. Mengapa?

1. Masalah cash-flow kedai-kedai buku akan memukul penerbit

Kedai-kedai buku dan penerbit kecut perut sebab jualan buku teks di pasaran terbuka sangat penting kepada turnover kedai buku pada hujung tahun. Dulu, murid-murid yang tidak menerima SPBT pergi ke kedai bagi membeli sendiri buku teks mereka, jadi kedai dapat cari makan.

Apabila jualan buku teks hilang, maka kedai buku akan mengalami cash flow problem yang bukan sedikit. Apabila kedai buku mengalami krisis aliran tunai, para penerbit buku akan terpukul. Bayaran kepada penerbit seperti PTS akan dilambatkan, ataupun tidak dibayar langsung.

Bagi kedai buku yang banyak menjual kepada pasaran sekolah Cina, jumlah jualan yang hilang adalah sangat besar sebab banyak murid Cina tidak mendapat SPBT disebabkan ibu bapa mereka kaya. Dianggarkan sekolah-sekolah Cina hanya menerima lebih kurang 60% bantuan SPBT. Bakinya semua dibeli sendiri oleh ibu bapa kaya.

2. Masalah kepada pengusaha kedai-kedai buku dalam kawasan sekolah

Sebelum Bajet 2008, tender bagi menjalankan kedai buku koperasi sekolah sudah ditandatangani di banyak sekolah. Kedai-kedai buku yang agresif, sanggup membayar sehingga RM10 per murid untuk mendapatkan tender membuka kedai dalam kawasan sekolah. Ini berdasarkan anggaran bahawa mereka akan dapat menjual buku teks, buku kerja, bahan tambahan dan alat tulis kepada murid-murid sekolah.

Kini komponen terbesar jualan buku teks sudah hilang sebab semua murid menerima SPBT. Ada kedai buku yang akan hilang duit tahun ini. Kesannya bayaran kepada penerbit seperti PTS akan terjejas.

3. Masalah surat pekeliling melarang jualan buku latihan tambahan

Surat pekeliling ini sudah lama ada tetapi pelaksanaannya selalu tidak menjadi. Malah tahun lepas, menteri sendiri sudah melarang jualan buku latihan tambahan, tetapi ditarik balik pada saat-saat akhir atas rayuan penerbit dan penjual buku.

Nampaknya tahun ini surat pekeliling itu akan keluar lagi, dan kemungkinan akan dikuatkuasakan dengan tegas. Ada 2 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang sudah menghantar surat pekeliling ini. Maknanya, satu lagi sumber bisnes dan cash flow kedai-kedai buku akan terputus.

Mencari Remedi Mengatasi Masalah Ini

Kedai buku adalah salah satu komponen dalam service-chain buku yang sangat penting. Apabila kedai buku tumbang, maka saluran utama kita menyampaikan buku kepada masyarakat akan putus.

Tanpa adanya kedai buku bagaimanakah orang ramai hendak mendapatkan buku, khususnya di bandar-bandar kecil dan sederhana. Jualan buku melalui saluran lain, seperti internet, belum mencapai jumlah yang boleh disamakan dengan jualan melalui kedai buku.

Penerbit dan dan kedai-kedai buku perlu berganding bahu mencari jalan bagaimana hendak menarik ibu bapa dan pelajar masuk ke kedai-kedai semula hujung tahun ini. Jika tidak, ada kedai buku akan gulung tikar. Apabila kedai gulung tikar, habislah, penerbit tidak dapat menagih hutangnya!

Nota: Persatuan penerbit dan persatuan penjual buku tidak pernah dirundingi sebelum dasar 100% SPBT diumumkan.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Lelaki dan Komik: Surat Seorang Isteri

Salam muhibbah penuh sejahtera Sifu Ainon…

Saya sentiasa melayari laman sesawang UNIKA dan saya dapati Puan sentiasa menawarkan pakej-pakej penulisan yang amat menarik. Saya dan suami begitu teruja apabila Puan turut mengetengahkan kepada umum tentang projek hebat PTS iaitu novel berbentuk game dengan pihak METADOME.

Untuk pengetahuan Puan, suami saya adalah ‘hantu’ komik bersiri daripada China - Pahlawan Naga Kembar. Dia ketagih komik ini sejak di universiti sehingga sekarang. Malah, dia sanggup mengenepikan sebahagian kecil gajinya semata-mata untuk membaca komik yang pada pandangan saya langsung tidak menarik. Kadang-kadang, kerana terlalu taksub dengan jalan cerita komik berkenaan, dia menggadai nyawa membacanya sambil memandu. Alahai…

Saya selalu membebel dan pernah bertindak nekad membakar koleksi buku komiknya itu. Walaupun dia tidak marah, tetapi ternyata dia tidak pernah mengubah tabiatnya.

Pada pandangan saya sebagai seorang wanita, buku sedemikian langsung tidak bermanfaat dan tidak membawa apa-apa faedah selain membazir wang sahaja - biarpun saya tahu ia lebih baik daripada dia membeli rokok - mujur dia tidak merokok. Dalam pada itu, dia juga gila dengan game komputer, PS2 dan juga filem-filem thriller. Memang jiwa lelaki muda begitu agaknya.

Bagaimanapun, persepsi saya berubah apabila meneliti idea tentang projek novel-game Puan itu. Rasanya ‘ketaksuban’ suami saya terhadap komik China itu boleh dieksploitasi supaya dia mencernakan semula jalan cerita komik itu kepada versi novel-game berjiwa tempatan. Saya tidak pasti sejauh mana kemampuannya, tetapi saya yakin Sifu PTS tentu sekali boleh membantu dan memberi tunjuk ajar.

Terima kasih sekian kali. Assalamualaikum wbt…
NT

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 23, 2007

Tip Survival Penerbit: Bertahan Menjalani Naik Turun Pasaran Buku

Semenjak PTS membuka pasaran buku-buku motivasi dan pembangunan diri 7 tahun lalu, pasaran kategori ini terus berkembang. Sehingga saat ini belum ada tanda-tanda ia mula menguncup.

Dibandingkan dengan pasaran novel-novel cinta yang saat ini sudah menyaksikan penguncupan, data jualan buku-buku motivasi PTS terus menunjukkan peningkatan normal, maknanya jualan judul-judul itu tidak meletup-letup, sebaliknya perlahan tetapi terus meningkat. Keadaan ini menbolehkan judul-judul motivasi PTS diulangcetak setiap tahun.

Mungkinkah jualan buku-buku motivasi PTS menguncup? Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu memahami faktor-faktor yang menyebabkan pasaran sesuatu kategori buku itu menguncup.

Turun naik pasaran sesuatu produk adalah fenomena normal. Prosesnya berlaku begini. Mula-mula ada sebuah penerbit yang amat berjaya membuka pasaran baru itu sehingga ia menjadi besar.

Melihatkan kejayaan penerbit itu, maka muncullah banyak penerbit kecil-kecil yang terjun masuk ke dalam pasaran.

Model bisnes yang digunakan oleh penerbit-penerbit kecil itu adalah “tidak sustainable” yakni tidak dapat bertahan lama.

Disebabkan mereka adalah penerbit kecil, mereka tidak memiliki staf profesisonal. Mereka ambil manuskrip tanpa memilih-milih dengan teliti, tidak diedit oleh editor profesional, tidak dipakejkan dengan betul, lalu diserahkan kepada pengedar dengan memberi diskaun yang tidak munasabah. Akibatnya mereka beramai-ramai melambakkan buku-buku yang kualitinya rendah ke dalam pasaran.

Meskipun buku-buku yang diterbitkan itu tidak berkualiti, namun ia tetap dapat merosakkan pasaran buku-buku terbitan penerbit besar. Ini yang berlaku apabila jumlah jualan novel-novel cinta ALAF21 jatuh daripada RM18 juta pada 2005 kepada RM15 juta pada 2006.

Sejak 2 tahun yang lalu ini, setiap bulan antara 15 hingga 20 judul baru novel cinta masuk pasaran, 3 judul sahaja oleh ALAF21, menjadikan sekitar 200 judul diterbitkan setahun.

Adakah lebih banyak judul diterbitkan menyebabkan lebih banyak judul terjual? Tidak semestinya. Malah salah satu tingkah laku pengguna adalah begini: Apabila terdapat terlalu banyak pilihan, pengguna akan berpatah balik kepada tabiat lama mereka, yakni membeli apa yang mereka sudah biasa beli.

Lihat sahaja tingkah laku ini dalam TV. Apabila terlalu banyak channel ditawarkan, pengguna cuma menonton beberapa channel sahaja.

Data yang dikutip oleh PTS menunjukkan, pada masa ini hanya sekitar 7 - 10 “nama-nama besar” dalam novel cinta sahaja yang jualan novel mereka masih bertahan. Manakala jualan nama-nama baru adalah lembap ataupun gagal.

Disebabkan penerbit-penerbit kecil itu menggunakan model bisnes yang tidak sustainable, bisnes mereka akan gagal. Dan ini sudah banyak berlaku ke atas penerbit-penerbit kecil. Fenomena ini disebut dengan istilah market-correction pada pasaran itu, dan akhirnya penerbit yang dapat bertahan adalah mereka yang menggunakan model bisnes yang sustainable.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Formula Hero Jepun

Di Jepun, ada begitu banyak siri-siri komik dan animasi diterbitkan saban tahun. Pelbagai topik yang diketengahkan seperti sukan, makhluk asing, angkasa lepas, mecha, drama sekolah hinggalah kepada tukang masak. Namun begitu, siri-siri yang berjaya nampaknya mempunyai formula tertentu.

Baca selanjutnya tulisan profesor kecil Firdaus di sini....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, September 22, 2007

Buku Besar, Buku Kecil

Lazimnya orang menyangka, wang besar ada pada projek-projek besar, manakala wang kecil ada pada projek-projek kecil. Dalam realiti, dalam projek-projek kecil pun banyak wang besar.

Dalam dunia penulisan pun demikian juga. Ada wang besar dalam buku besar, ada wang besar dalam buku-buku kecil.

Buku-buku besar hanya dapat dihasilkan apabila saudara mempunyai bakat penulisan yang besar. Buku besar lebih susah hendak dijual dan dipasarkan.

Salah satu faktor yang menyebabkan sesetengah individu yang bercita-cita besar gagal mencapai cita-citanya adalah disebabkan dia hanya mahu menghasilkan kerja-kerja besar sahaja. Kalau tidak besar, dia tidak mahu buat.

Apabila dia gagal menghasilkan karya besarnya itu, dia mencipta berbagai alasan bagi membela kegagalannya. Konon researchnya belum siaplah, dia perlu membaca lebih banyak bukulah, dia perlu edit bahasanyalah....

Jika saudara baru belajar berkarya, mulakan dengan projek menulis buku-buku kecil. Buku-buku kecil lebih mudah dihasilkan, lebih cepat disiapkan dan lebih mudah dijual.

Dengan menulis 10 buku kecil, saudara boleh mendapat jumlah royalti yang lebih banyak daripada sebuah buku besar.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Cerita Agama untuk Remaja

PTS ISLAMIKA akan terus secara konsisten dan komited menerbitkan koleksi cerita-cerita agama yang ditargetkan kepada remaja moden.

Cerita-cerita itu ditulis menggunakan bahasa Melayu kontemporari supaya sesuai dengan cita rasa linguistik remaja hari ini.

Jika saudara sejak remaja dahulu sudah cuba-cuba menulis cerpen, itu adalah antara tanda-tanda saudara mempunyai bakat menulis cerita.

Kita mencari lebih banyak penulis buku-buku agama yang pandai menulis cerita. Remaja tidak suka membaca kitab-kitab agama tradisional. Mereka suka membaca cerita.

Justeru PTS mencari penulis yang pandai menyampaikan maklumat hukum-hakam agama dengan menggunakan cerita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 21, 2007

Mencari Penulis Buku Cerita Tentera

Pasaran untuk buku-buku perang dan ketenteraan sentiasa ada. Justeru kita mahukan lebih banyak judul dalam kategori ini.

Majalah Perajurit dan Tempur dijual sekitar 15 ribu naskhah sebulan kepada pembaca remaja lelaki. Justeru peminat-peminta bahan bacaan kategori ini memang ada, isiunya sekarang adalah bagi mendapatkan lebih banyak penulis.

Bagi saudara yang kenal mana-mana anggota tentera yang berminat dalam bidang penulisan, mohon supaya perkenalkan mereka kepada kita.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 20, 2007

Notis! UNIKA Sedang Berpindah Server

Dimaklumkan bagi mengatasi kejadian CRASH akibat trafik UNIKA yang melebihi daya muatan, web rasmi PTS dan UNIKA sedang dipindahkan kepada server yang lebih besar.

Penjahatnya adalah UNIKA... apabila UNIKA crash, ditariknya web PTS ikut crash!

Kerja pindah-randah ini menjadi lebih banyak disebabkan pada waktu yang sama UNIKA juga akan dipindahkan dari WORDPRESS ke sistem lain yang lebih sofistikated.

En. Faisal dan krew jurutera PTS saat ini sedang berhempas pulas. Mohon kesabaran tuan-tuan dan puan-puan beberapa hari ini.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 19, 2007

Peluang Memiliki Harta Intelek dengan Menterjemah

Bakat menterjemah adalah salah satu bakat yang tinggi nilai ekonominya. PTS mencari lebih banyak individu yang memiliki bakat menterjemah karya kreatif.

Pada masa ini banyak karya sastera dunia sudah menjadi harta milik awam atau public domain. PTS mempunyai program menterjemahkan karya sastera dunia ke dalam Bahasa Melayu.

Bagi program ini PTS menawarkan sistem royalti. Sistem ini adalah menguntungkan penerbit dan penterjemah.

Terjemahan bermutu tinggi adalah hasil gabungan bakat dan teknik terjemahan. Bakat adalah anugerah Tuhan, manakala teknik perlu dipelajari dan dilatih-tubi.

Kita mencari BAKAT dahulu, kemudian kita akan terangkan teknik-teknik menterjemah yang betul.

Bagi saudara yang berminat hendak tahu apakah saudara mempunyai bakat, saudara perlu ambil ujian menterjemah dahulu. Tulis emel kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 18, 2007

Macam Apakah Citarasa Pembaca Kota Madya

Pada masa ini 60% jualan buku-buku PTS adalah dalam rangkaian kedai-kedai buku elit yang berada di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang, Melaka dan lain-lain.

Sebelum ini rangkaian MPH adalah saluran buku-buku PTS yang No. 1 dari sudut nilai jualan. Kedudukan itu sekarang sudah berpindah kepada POPULAR, apabila rangkaian itu banyak membuka outletnya di kota-kota madya di luar Lembah Kelang.

Penerbit dan penulis buku-buku Melayu mesti memecahkan persoalan ini bersama-sama: Apakah jenis-jenis buku yang dapat dijual kepada pembaca di bandar-bandar sederhana besar, seperti Keluang, Kemaman, Sungai Petani, Kuala Selangor, Tumpat dan lain-lain?

Pada suatu masa dahulu KFC mengambil risiko membuka restorannya di bandar-bandar kecil, dan terbukti pelaburan mereka itu berhasil.

Apabila POPULAR membuka cawangannya di bandar-bandar sederhana, ini adalah peluang bagi penerbit dan penulis buku-buku Melayu ikut menerokai potensi meningkatkan jualan buku-buku Melayu ke mana-mana POPULAR pergi.

Data jualan PTS menunjukkan apabila POPULAR membuka cawangannya di bandar Sungai Petani, Kedah, jualan sesetengah judul naik, manakala sesetengah judul tidak naik.

Buku "Pasar Malam" ini adalah contoh buku yang laku di bandar besar dan di bandar-bandar kecil. Buku ini habis terjual dalam tempoh 4 bulan sahaja!

Ini menunjukkan, ada jenis buku yang laku di kotaraya seperti Kuala Lumpur, dan laku juga di bandar seperti Sungai Petani.

Pada pendapat saudara, buku apakah lagi yang dapat dijual kepada peminat buku di kawasan sekitar kota-kota madya kita?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Di Mana Etika Penerbit Ini?

Sebuah penerbit novel-novel cinta (Penerbit "N") yang dulu aktif dalam pasaran tetapi kemudian gagal survive baru-baru ini menyerahkan semua novel-novel yang pernah diterbitkannya kepada sebuah penerbit Mamak dengan bayaran hampir RM50 ribu. Sudah tentu RM50 ribu itu masuk kantung pemilik Penerbit "N". Satu sen pun tidak dikongsi dengan penulis-penulis yang karya mereka telah dijualkan itu.

Penerbit Mamak (penerbit "F") itu kemudian menerbitkan semula novel-novel itu dan kini ia sudah dicetak dan sudah diedarkan ke seluruh negara.

Adakah Penerbit "N" mempunyai hak menyerahkan harta intelek novelis-novelis itu kepada Penerbit "F"?

Adakah penulis novel-novel itu tahu hak-hak mereka?

Bak kata pepatah Melayu, si bodoh makanan si cerdik. Selagi pengarang-pengarang kita tidak mahu memandaikan diri mereka dengan pengetahuan tentang undang-undang harta intelek dan hakcipta, selagi itulah nasib mereka tidak bertambah baik di tangan para penerbit yang tidak beretika.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 17, 2007

Penulis PTS Paling Setia

Inilah wajah penulis PTS yang paling setia. Beliau bersama PTS sejak tahun pertama PTS ditubuhkan.

Dalam saat belum ada pengedar dan kedai buku yang kenal nama "PTS", beliau adalah nama besar pertama yang tawakal menyerahkan karyanya kepada PTS.

Sebelum berkahwin dengan PTS beliau tidak bahagia dengan penerbit pertamanya. Pada awal perkahwinan dengan PTS, banyak isu-isu teknikal menimbulkan perbezaan pendapat dan cita rasa, tetapi akhirnya terbukti kesetiaan amat membantu mengatasi krisis rumahtangga antara penulis dan penerbit.

Berkat kesetiaan, buku-buku Tuan Dr. Danial Zainal Abidin sudah dilesen oleh Jakarta sejak 2005. Kini beliau dan Tuan Ahmad Fadli Yusof adalah 2 orang top-earners PTS.

Kesetiaan kaum penulis tidak datang menggolek kepada penerbit. Pertama-tama syarat mendapatkan kesetiaan penulis adalah modal karekter dan nilai-nilai peribadi pegawai-pegawai dalam syarikat penerbitan itu. Selagi penulis dapat menaruh kepercayaan kepada etika bisnes yang menjadi pegangan mereka, selagi itu mereka setia.

Bagi saudara yang baru menceburi bisnes penerbitan buku, penulis adalah modal utama sesebuah rumah penerbitan. Disebabkan penulis adalah modal utamanya, rumah-rumah penerbitan menyediakan pelbagai program setia atau loyalty programs, bagi mengurangkan risiko penulis lari kepada penerbit lain. Lebih banyak loyalty programs yang saudara sediakan, lebih baik.

Program setia untuk penulis di PTS termasuklah:

(1) Mengadakan pelbagai program promosi:

a. Promosi buku dengan menerbitkan kit pemasaran seperti katalog buku, poster dan bunting.

b. Promosi buku dalam media TV, radio, akhbar dan majalah.

c. Promosi buku dalam internet.

d. Promosi buku dalam pesta-pesta buku di luar negara bagi tujuan pelesenan, dan dalam negara pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.

e. Promosi buku dengan mengadakan majlis pelancaran buku dan majlis diskusi buku.

f. Promosi pengarang dalam media Internet, TV, radio, akhbar dan majalah.

g. Promosi pengarang dalam majlis-majlis pengarang-bertemu-peminat.

(2) Memberikan diskaun istimewa kepada pengarang. Dalam kes PTS semua pengarang PTS boleh membeli semua judul terbitan PTS pada diskaun pengedar!

(3) Memberikan kursus penulisan percuma kepada pengarang dan bakal pengarang PTS.

(4) Menawarkan skim perkongsian keuntungan melalui kadar royalti progresif kepada pengarang. Dalam kes PTS, semakin banyak buku pengarang terjual, semakin tinggi kadar royalti yang diterima.

(5) Menawarkan potensi buku pengarang diterbitkan dalam lebih daripada 1 edisi, yakni sesebuah judul mungkin diterbitkan dalam bentuk kulit lembut, paperback, dan kulit keras.

(6) Meneroka pasaran ekspot pelesenan judul-judul PTS ke negara lain seperti sekarang ke Indonesia, pada masa hadapan ke Vietnam, Thailand, Filipina, seterusnya ke Cina, Iran, Timur Tengah, dan lain-lain.

(7) Merancang supaya karya yang ditulis pengarang dijamin terbit dengan meluluskan projek penulisan itu sebelum buku ditulis.

(8) Menggalakkan pengarang PTS supaya menulis dan menerbitkan banyak judul dengan PTS.

(9) Mengadakan sistem mentor-mentee antara editor PTS dengan calon penulis baru.

(10) Menggalakkan penulis menulis pelbagai genre untuk penerbitan PTS.

(11) Menggalakkan penulis menulis untuk penerbitan semua anak-anak syarikat PTS.

(12) Memupuk bakat-bakat yang dimiliki penulis, selain bakat mengarang, supaya para penulis PTS dapat mencipta lebih banyak harta intelek.

(13) Menggalakkan penulis-penulis PTS bergerak sebagai suatu komuniti dan tim supaya mereka saling berkenalan dan saling dorong-mendorong.

(14) Melesenkan karya penulis kepada syarikat-syarikat media alternatif supaya dapat dipasarkan melalui pelbagai saluran media seperti konten mobile, buku elektronik dan lain-lain, dengan demikian mempelbagaikan sumber royalti penulis.

(15) Melesenkan karya penulis supaya dapat diterbitkan sebagai filem, siri animasi dan drama TV, dengan demikian mempelbagaikan sumber royalti penulis.

(16) Mengadakan skim latihan percuma bagi memupuk bakat penulis menjadi penceramah dan trainer.

(17) Menjaga hak moral para penulis dengan memastikan mereka dapat membaca dan menyemak pruf terakhir buku mereka, dan diberi peluang melihat cover terakhir buku mereka sebelum dihantar ke pencetak.

(17) Mengadakan program "Penulis Masuk Studio". Saat ini PTS sedang melabur dan menggerakkan kerja-kerja tapak bagi menerbitkan WEB-TV PTS, di mana "wartawan-wartawan" PTS akan mempunyai studio yang membolehkan mereka menerbitkan program TV dengan para penulis PTS. Tiga orang kuat WEB-TV PTS adalah En. Hisham Salmin (Pengarah Kreatif PTS), Rn. Wan Zu dan En. Mat Jan.

Ada apa-apa lagi saudara mahu dari PTS?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Patutkah Penulis Menerbitkan Karyanya Sendiri: Surat Tuan Osman Affan

Assalamualaikum.

Puan Sifu dan Dr. Asmadi yang saya hormati, semoga dilimpahi rahmat sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Setelah saya membaca tulisan Dr Asmadi beberapa kali, saya setuju dengan pendapat beliau mengenai penulis tidak menerbitkan buku sendiri. Bukan kerana hendak mengampu PTS, tetapi kerana kepakaran utama seorang penulis adalah untuk menulis, bukan untuk memerah otak mencari jalan bagaimana hendak mengedarkan buku tulisannya ke semua kedai buku.

Semasa saya hendak mula menulis dulu, saya ada mendapat nasihat yang sangat baik daripada En. Fauzul Naim mengenai perkara ini. Nasihat beliau ialah seorang penulis perlu fokuskan tenaganya kepada menghasilkan buku. Jika seorang penulis mahu jadi penerbit dan pengedar, pasti fikirannya akan lebih bercelaru dan akhirnya apa yang dikejar tak dapat, apa yang dikendong berciciran.

Saya juga ada menjual buku-buku saya melalui program saya sendiri namun saya tidak akan mampu menjual buku saya sebanyak mana yang dijual oleh PTS sendiri.

Saya pernah pergi satu kedai buku kecil di Terengganu dan merasa terkejut kerana ada juga buku saya di situ. Inilah hasil kerja orang yang mahir dalam bidang mereka (PTS).

Terima kasih kepada warga kerja PTS. :)

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Patutkan Penulis Menerbitkan Bukunya Sendiri: Surat Dr. Tengku Asmadi

Assalamualaikum Puan Sifu,


Saya tertarik dengan entri kali ini. Lebih-lebih lagi apabila buku saya dijadikan bahan grafiknya.


Sebagai seorang penceramah motivasi yang telah menjalankan program-program motivasi selama lebih 12 tahun pastilah perkara yang dibincangkan ini telah saya fikir semasak-masaknya.


Memang ramai yang menyarankan agar saya menerbitkan sendiri buku saya disebabkan jumlah peserta yang menyertai program-program motivasi saya telah melebihi 50,000 orang. Lagi pun nama Motivasi Alihan Pelajar itu sendiri sudah menjadi satu jenama yang semakin dikenali.


Kebanyakan mereka yang memberikan cadangan agar buku diterbitkan sendiri itu mengira dari segi keuntungan yang diperolehi semata-mata. Tetapi saya pula mengambil kira dari segi keupayaan teknikal, pemasaran, masa dan sinergi. Hendak menulis buku pun sudah cukup sibuk inikan pula mahu menerbitkannya? Ini belum lagi diambilkira masalah-masalah yang bakal timbul apabila terlibat dalam dunia penerbitan.


Malah daripada pengamatan saya mereka yang menerbitkan buku sendiri mampu memasarkan buku-buku tersebut di kalangan peserta kursus sahaja. Sukar bagi mereka menembusi pasaran luar. Kalau mereka mahu kembangkan pasaran, mereka perlu ada kakitangan yang melakukannya secara sepenuh masa dan pembentukan satu jabatan yang baru dalam syarikat memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan belum tentu dapat ditampung oleh keuntungan daripada jualan buku tersebut.


Apabila saya menggunakan penerbit yang sedia ada dan berpengalaman pula, mereka punya keupayaan teknikal yang tidak perlu saya pertikaikan lagi. Mereka juga sudah mempunyai jentera pemasaran yang membolehkan buku saya berada di seluruh pelusuk negara dalam masa yang singkat.


Sebagai contoh, buku Motivasi Alihan Pelajar saya kini boleh diperolehi melalui kedai-kedai buku ternama di seluruh negara. Cuma ada kalanya mereka kehabisan stok tetapi itu petunjuk baik bahawa buku itu laku.


Peratus keuntungan saya mungkin lebih kecil tetapi kuantiti yang terjual jauh lebih besar berbanding memasarkannya sendiri. Apabila ramai yang membaca buku Motivasi Alihan Pelajar maka program-program saya juga lebih mudah dipromosikan dan mendapat sambutan. Kerjasama dua hala yang wujud antara penulis dan penerbit banyak menjimatkan masa saya.


Apabila difikirkan masak-masak keputusan saya tidak menerbitkan sendiri buku adalah satu keputusan bijak. Malah saya tetap dapat menjual buku tersebut kepada peserta-peserta kursus kerana diberikan harga pengedar. Itu belum masuk pelbagai bentuk promosi yang telah dilakukan oleh pihak penerbit tanpa pengetahuan saya.


Terima kasih PTS dan Puan Sifu.


Selamat Berpuasa.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Bisnes Buku Training: Surat Tuan Mohd Nadzrin Wahab

Assalamualaikum Sifu,

Sudah lama rasanya tidak ketemu di sini. Saya pernah mengikuti kursus penyuntingan dan rekaletak bagi editor sambilan di PTS Janda Baik pada tahun 2005. Ilmu yang sifu (dan saudara Fauzul) berikan cukup berguna hingga hari ini, walaupun tidak terlibat secara langsung dengan PTS.

Kini saya bertugas sebagai Jurulatih Korporat dalam bidang penulisan dokumen piawai dan kami gunakan kaedah ProWriting yang didasari kaedah antarabangsa Information Mapping hasil kajian Robert E. Horn.

Daripada pemerhatian saya dalam dunia latihan korporat, rata-ratanya syarikat latihan hard skills menerbitkan buku kerja atau manualnya sendiri. Difotostat dengan muka depan berwarna, dilapis plastik dan dijilid secara ‘comb’ atau ‘ring’. Kebiasaannya kualiti isi manual ini terlalu rendah, walaupun muka depan dicetak laserjet.

Berlainan daripada kursus soft skills yang membolehkan jurulatih menjual buku terbitannya, kursus ‘hard skills’ tidak memerlukan perubahan drastik cara pemikiran atau emosi, hanya sebagai penaiktarafan cara kerja sahaja.

Pendapat saya, jika satu hari nanti PTS ingin mengolahkan buku-buku teknikal terbitan anda yang sedia ada kepada buku kerja latihan korporat, ini satu Laut Biru yang belum diceburri, kerana banyak syarikat latihan korporat hard skills yang walaupun cerdik dari segi melatih, tapi lemah dari segi penyusunan bahan. Kadang kala dikepil ala kadar daripada sumber-sumber berlainan dengan format yang tidak konsisten. Hasilnya, selepas pulang ke pejabat masing-masing, buku-buku itu dicampak, dibiar berkerak, ataupun duduk di rak sebagai bukti kepandaian, never to be opened again!

PTS boleh bekerjasama dengan syarikat latihan untuk menerbitkan buku-buku kerja itu berdasarkan kaedah kebolehbacaan dan ‘kebolehcarian’ maklumat supaya rentak laju dalam kursus itu dapat ditandingi buku kerjanya sendiri! Jika tidak, kebanyakan masa habis dengan peserta tercari-cari padanan percakapan jurulatih dengan konten buku.

Disebabkan jumlah cetakan yang rendah, mungkin mahal sedikit, tetapi syarikat latihan tetap mengenakan caj mahal dan boleh disediakan bajet untuk penerbitan buku-buku ini secara kustom. Pendek kata, nama PTS akan turut dikenali dalam bidang teknikal.

Ramadan Mubarak!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Pendidikan Seks

Inilah buku pendidikan seks untuk remaja yang ditulis oleh doktor pakar di Hospital UKM.

Dr. Harlina adalah juga Ketua Wanita pergerakan JIM (Jamaan Islah Malaysia).

Walaupun buku ini ditujukan kepada ibu bapa dan guru-guru, tetapi ia sesuai dihadiahkan kepada anak-anak remaja supaya mereka baca sendiri.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 16, 2007

Patutkah Pengarang Menerbitkan Bukunya Sendiri

Apabila buku saudara sudah terbit dan laku keras, akan ada individu-individu yang membakar semangat saudara supaya menerbitkan buku-buku saudara sendiri.

Alasan yang dikemukakan adalah, kalau diterbitkan sendiri tentulah lebih untung, sebab kononnya duit yang diserahkan kepada penerbit dan pengedar dapatlah diambil oleh penulis sendiri.

Keupayaan individu yang menjadi penerbit takkan serupa dengan penerbit yang beroperasi sebagai syarikat. Ibarat tangan cuma ada satu jari... takkan dapat melakukan apa yang tangan 5 jari dapat lakukan.

Jangan dengar cakap-cakap orang yang tidak mempunyai pengalaman ilmu perniagaan, khususnya dalam bidang bisnes buku. Kalau perbezaan antara ISBN dan CIP pun orang itu tidak tahu, jangan ambil dia sebagai penasihat masa depan saudara sebagai penulis.

Jika saudara seorang trainer dan penceramah, ada harapan saudara dapat menjual buku saudara kepada para peserta seminar dan ceramah saudara. Itu pun macam-macam masalah timbul...

Tanyalah mereka yang sudah melakukannya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Sifu Mengarang Buku Apa Saat Ini?

Sifu sedang menulis buku "Prinsip dan Strategi Motivasi Perubahan Tingkah Laku Cara Nabi Muhammad"

Contoh isi dan struktur buku:

Tunjukkan kepada orang yang mahu diajari contoh perbuatan salah itu secara 'live' dan terangkan alasannya.

Pada suatu hari Nabi Muhammad masuk ke dalam masjid. Beliau ternampak ada seorang lelaki duduk di tengah-tengah masjid sambil menyilang-nyilangkan jari-jari tangan kiri dan kanannya. Nabi Muhammad memberi isyarat kepada lelaki itu tetapi dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh beliau. Kemudian Nabi Muhammad menoleh kepada Abu Said lalu berkata, “Apabila ada antara saudara yang melakukan sembahyang, jangan silangkan jari-jemari tangan kiri dengan jari-jemari tangan kanan, kerana itu adalah perbuatan syaitan. Seseorang itu dikira masih dalam sembahyangnya selagi dia berada di dalam masjid sehinggalah dia keluar darinya.”

Konteks teknik ini:
a. Kesalahan itu adalah pada tatacara melakukan sesuatu pekerjaan.
b. Yang melakukan kesalahan itu adalah orang lain.
c. Orang yang hendak diajar supaya jangan melakukan kesilapan seperti itu adalah orang lain.

Teknik Nabi Muhammad: Tunjukkan contoh perbuatan yang salah itu secara 'live' dan terangkan mengapa perbuatan itu salah.

Nota: Dalam zaman sekarang, contoh-contoh 'live' itu dapat digantikan dengan rakaman kejadian sebenar, dilakonkan, dianimasikan, dan dilukiskan.

Keterangan kes: Dalam kes ini, Abu Said tidak tahu bahawa perbuatan menyilangkan jari-jemari tangan kiri dan kanan semasa sedang bersembahyang adalah salah. Nabi Muhammad mahu menerangkan kepada Abu Said apa sebenarnya perbuatan itu. Lalu beliau menunjukkan kepada Abu Said kesalahan itu yang sedang dilakukan oleh orang lain.

Aplikasi: Di sini, apabila kita mahu mengajarkan jenis-jenis tingkah laku yang salah kepada seseorang, caranya adalah dengan menunjukkan contoh sebenar kepada orang itu, yakni pada waktu kesalahan itu sedang dilakukan oleh orang lain.

Sebagai contoh, apabila kita mahu menunjukkan cara duduk yang salah apabila berada dalam majlis, tunjukkan kesalahan itu apabila kita ternampak ada orang lain yang sedang duduk dengan cara-cara yang salah itu. Sambil itu kita mesti terangkan mengapa cara duduk begitu adalah cara yang salah.

Menunjukkan contoh tingkah laku yang salah dengan tidak memberitahu orang yang mahu diajari itu mengapa tingkah laku itu salah adalah tidak berkesan.

Sebagai contoh, seorang ibu menunjukkan kepada anak gadisnya perbuatan sekumpulan remaja perempuan yang tidak menutup aurat dengan berkata, “Tengoklah itu, banyak remaja sekarang tidak mahu memakai tudung!” Si ibu itu hanya menunjukkan tingkah laku yang salah tetapi tidak menerangkan mengapa perbuatan tidak menutup aurat itu salah.

Contoh-contoh lain adalah kata-kata di bawah yang menunjukkan contoh tingkah laku salah tetapi tidak diikuti oleh penerangan mengapa tingkah laku itu salah.

a. “Jangan terikut-ikut budaya remaja Amerika.” (Contoh tingkah laku buruknya disebut, tetapi penjelasannya tiada diberikan. Katakan, “Jangan terikut-ikut budaya remaja Amerika kerana itu adalah budaya orang bukan Islam.”)

b. “Jangan ikut perangai Si Polan, dia sudah besar, tetapi tidak mahu sembahyang.” (Contoh tingkah laku buruknya disebut, tetapi penjelasannya tiada diberikan. Katakan, “Jangan ikut perangai Si Polan, dia sudah besar, tetapi tidak mahu sembahyang kerana sembahyang adalah tiang agama.)

c. “Apa hendak jadi dengan budak-budak sekarang yang suka menghabiskan masa melepak di dalam shopping complex.” (Contoh tingkah laku buruknya disebut, tetapi penjelasannya tiada diberikan. Katakan, “Apa hendak jadi dengan budak-budak sekarang yang suka menghabiskan masa melepak di dalam shopping complex kerana orang yang membuang waktu adalah ibarat membuang emas.)

d. “Kamu jangan terikut-ikut perangai budak-budak jahat itu yang suka menghabiskan masa di cyber cafe.” (Contoh tingkah laku buruknya disebut, tetapi penjelasannya tiada diberikan. Katakan, “Kamu jangan terikut-ikut perangai budak-budak jahat itu yang suka menghabiskan masa main game di cyber cafe sampai lupa sembahyang kerana bermain game tidak mendatangkan pahala, malah boleh mendatangkan dosa.”)

Apabila kata-kata teguran itu tidak disertai dengan alasan yang kukuh, kata-kata itu dianggap sebagai leteran, rungutan, kritikan dan kongkongan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, September 15, 2007

Buku Panduan Pandai Membiakkan Duit

Buku ini adalah dalam siri "Pandai Buat Harta".

Pada masa ini semua bank menawarkan pelaburan dalam pelbagai unit amanah. Namun majoriti orang Melayu cuma kenal Amanah Saham Nasional sahaja, sedangkan ada bank-bank lain yang prestasi unit amanahnya lebih tinggi daripada ASN, tetapi orang Melayu tidak tahu.

Buku ini ditulis bagi pembaca yang malu hendak mengaku mereka sebenarnya sangat ingin belajar cara-cara membiakkan duit yang sedikit supaya terkumpul menjadi banyak.

Encik Sunthara Segar adalah seorang penasihat kewangan peribadi.

Beliau sedang menulis siri buku panduan membiakkan duit peribadi dengan cara-cara yang risikonya rendah.

Beliau juga seorang penceramah yang popular, sayangnya sebelum ini ceramah-ceramah beliau disampaikan dalam Bahasa Inggeris oleh itu kebanyakan orang Melayu tidak mengenali beliau.

Saudara tidak perlu menjadi orang bisnes bagi mengumpul harta. Bukan semua orang memiliki bakat dan ketahanan psikologis dalam dunia perniagaan. Dengan wang gaji pun saudara dapat menghimpun wang dan harta.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Cikpuan Wan Nor Ainon Wan Abdullah

Saya telah memulakan dengan meletakkan buku-buku PTS di atas dulang hantaran perkahwinan adik lelaki saya November 2006. Buku-buku itu diikat dengan reben organza bersama Tafsir Pimpinan Al-Rahman.

Tajuk dipilih sudah tentu berkaitan perkahwinan dan hubungan suami isteri. Ia berbaloi diletakkan terbuka kerana kulit buku yang menarik baik dari sudut ilustrasi mahupun warna.

Harapnya ia membuka minda para tetamu untuk menitik beratkan ilmu pengetahuan sebagai bekalan maha penting dalam melayari alam rumah tangga yang serba mencabar.

Nota Sifu: Jikalau ada fotonya dulang hantaran itu, alangkah bagusnya, dapatlah dijadikan contoh....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 14, 2007

PTS akan Menerbitkan Lebih Banyak Buku Indonesia

Trend positif yang sedang berlaku saat ini pada jualan buku-buku motivasi dan panduan bisnes menunjukkan pembeli buku Melayu mahukan lebih banyak judul dalam kategori buku bisnes.

Trend positif ini juga sedang berlaku di Jakarta. Inilah faktor yang mendorong rakan niaga kita di sana, penerbit MIZAN, melesen judul-judul bisnes PTS.

PTS juga sedang melakukan yang serupa, yakni melesen judul-judul Indonesia bagi memenuhi permintaan bagi lebih banyak buku bisnes oleh pembaca di negara kita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Satu Lagi Daerah Laut Biru: PTS Memperkenalkan Kategori Baru

Inilah buku pertama dalam SIRI CERITA RAKYAT PTS. Projek ini sudah mula dikerjakan sejak 2 tahun lalu oleh sebuah tim 8 orang penulis PTS.

Manuskrip-manuskrip siri ini sudah lama siap, baru sekarang jadual penerbitannya dimulakan.

Siri ini terbit dalam bentuk novel klasik yang tebalnya 350 halaman ke atas, dijual pada harga lebih RM20.

Selepas ini, akan terbit lepas satu, satu lagi, judul-judul lain yang berikutnya.

Siri ini dirancang khusus bagi memenuhi citarasa penggemar cerita-cerita klasik, baik yang lelaki mahupun perempuan. Pasaran kategori ini adalah Laut Biru yang selama ini terbiar tidak dieksploitasi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Hamper Islami

Buku kulit keras berharga RM49.90 ini dipilih oleh sebuah korporat bagi dijadikan hadiah sempena menyambut Ramadhan kepada semua staf Islamnya yangberjumlah lebih 100 orang, bersama-sama sedekah paket buah kurma.

Kita percaya tradisi meraikan bulan mulia dengan menghadiahkan buku-buku agama akan menjadi amalan lazim pada suatu masa yang tidak lama lagi.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 13, 2007

Khutbah Jumaat: Rezeki yang Tidak Disangka-sangka

Tuhan menggalakkan kita meminta sebanyak-banyak permintaan. Salah satu permintaan yang Tuhan mahu kita minta adalah supaya diberikannya "rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka".

Bagi kaum penulis, pasaran konten mobile adalah salah satu sumber rezeki yang tidak disangka-sangka.

HP kini menjanjikan peluang-peluang ekonomi baru kepada para pencipta harta intelek, khususnya penulis, sebagaimana yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya.

Bayangkan bahawa antara produk spiritual konten mobile METADOME yang paling laku sekarang adalah bacaan Surah Yasin! Ya, banyak orang sudah membeli bacaan Quran menggunakan HPnya.

Sebelum ini, ekonomi bacaan ayat-ayat Quran dimonopoli oleh pengeluar CD, VCD dan kaset, serta oleh qari-qari terkenal.

Kini, individu yang bersuara lunak dan sekadar pandai membaca Quran pun sudah dapat menikmati royalti besar daripada rakaman bacaannya yang dijual sebagai konten mobile. Dia tidak perlu faham apa yang dibacanya. Dia boleh masuk ke studio rakaman dengan memakai T-shirt sahaja.

Gaya dan lagu membaca ayat-ayat Quran untuk didengar menggunakan HP tidak boleh serupa dengan gaya dan lagu membaca ayat-ayat Quran dalam pertandingan musabaqah, ataupun membaca Quran dalam masjid ataupun dalam dewan.

Demikian pula gaya dan lagu membaca Quran untuk kegunaan orang yang sedang belajar membaca Quran tidak boleh serupa dengan gaya dan lagu membaca Quran untuk orang yang sudah fasih membaca Quran.

Membaca tulisan pada skrin tidak serupa dengan membaca tulisan atas kertas. Justeru, menulis novel untuk konten mobile tidak serupa 100% dengan teknik menulis novel konvensional.

Marilah kita dekati teknologi HP demi memandaikan bangsa dengan menyalurkan bahan-bahan bermutu melalui teknologi ini.

Media dan tabiat membaca golongan remaja sudah berubah. Apabila berdepan dengan teknologi terbaru, realitinya adalah: Teknik-teknik menulis konvensional kini di ambang ketinggalan zaman.

Angin musim baru sudah bertiup, marilah kita kembangkan layar!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Makluman: PTS dan METADOME akan Memulakan Rundingan Pelesenan

Pihak PTS dan METADOME akan memulakan proses berunding bagi mengenalpasti cara-cara yang terbaik supaya buku-buku terbitan PTS dapat dilesenkan kepada METADOME dan dijadikan konten mobile.

Objektif perundingan itu adalah mencari formula di mana ketiga-tiga pihak, yakni PTS, METADOME dan Penulis, masing-masing berpuas hati.

Kita yakin jualan versi konten mobile dapat meningkatkan jualan edisi buku konvensional sebagaimana yang berlaku di negara-negara lain, sekaligus meningkatkan pendapatan ketiga-tiga pihak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pengalaman Bekerja dengan Pelukis Cover Indonesia

Di Kuala Lumpur, tidak banyak yang dapat dibeli dengan wang RM150. Tetapi relatif, banyak yang dapat dibeli di Jakarta dan Bandung.

Bagi pelukis Indonesia, wang RM150 itu dapat menyelesaikan banyak perbelanjaan hidup harian. Ini menyebabkan kerja-kerja melukis untuk cover buku Malaysia amat berbaloi. Lalu mereka dapat menumpukan masa sepenuhnya kepada kerja menghasilkan cover buku yang dipesan dari Kuala Lumpur. Ini membolehkan mereka mematuhi jadual kerja penerbit di Kuala Lumpur.

Berbanding dengan keadaan di Malaysia. Pelukis tidak dapat memberi tumpuan sepenuh masa melukis sebab mereka mempunyai pekerjaan sepenuh masa. Justeru melukis dibuat selepas waktu kerja. Ini menyebabkan isu kualiti dan kerja lambat diselesaikan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Gaduh-gaduh Pelukis Cover Buku: Menang 5 sen, Kalah 5 ringgit

Melukis cover buku tidak menghasilkan harta intelek kepada pelukis sebab, (i) cover dibayar sekali sahaja dan (ii) desain cover tidak evergreen, malah hayatnya sangat pendek.

Pelukis jangan terperanagkap dalam isu siapa yang mendapat kerja melukis desain cover buku sebab duitnya amat kecil, dan dibayar sekali sahaja. Kerja melukis cover buku ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Biar sebesar mana bakat seseorang pelukis, dia tidak dapat hidup selesa dengan mencari makan dengan melukis desain cover buku.

Fikirkan konten.

Cipta konten.

Lukis konten.

Konten adalah harta intelek.

Bandingkan antara bayaran untuk sekeping cover dengan potensi nilai royalti sebuah konten yang evergreen.

Ikut langkah Tuan Nuriazam yang sudah mula mencipta konten. Ikut langkah Tuan Alif, yang sudah lama mencipta konten. Tuan Faisal Nordin pun sudah mula mencipta kontennya sendiri.

Jadikan kerja melukis cover dan ilustrasi yang dibayar eceran itu sebagai sumber pendapatan sampingan sahaja.

Pelukis-pelukis animasi Malaysia yang terlibat dengan projek hebat studio-studio luar negara itu dibayar eceran. Ada kerja, ada duit. Tidak ada kerja, tidak ada duit.

Mekipun mereka menghasilkan lukisan yang berkualiti dunia, tetapi IPnya tetap milik studio-studio luar negara itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 12, 2007

Tip Survival Penerbit: Banyakkan Ilustrator dan Artis Kulit Buku

Saudara mungkin penerbit kecil yang menerbitkan satu judul sebulan.

Namun, sama ada syarikat saudara kecil ataupun besar, saudara perlu menggunakan banyak artis bagi membekalkan ilustrasi dalam buku dan desain cover buku.

Stroke pelukis adalah seperti cap ibu jarinya. Ia serupa dengan suara penyanyi. Menyanyilah lagu apa, suaranya serupa.

Demikian pula dengan pelukis. Meskipun subjek dalam lukisannya berbeza, strokenya serupa. Orang dapat kenal jikalau cover buku-buku itu dilukis oleh artis yang sama.

Salah satu kesan negatif apabila seorang pelukis digunakan bagi melukis 4 atau 5 cover novel adalah berkait dengan faktor "kesan pertama". Jika novel pertama yang dibacanya dirasakan "tidak ok", dia akan anggap novel-novel lain pun serupa sahaja mutunya, padahal novel-novel itu ditulis oleh pengarang-pengarang lain. Puncanya adalah cver novel-novel itu semacam "serupa" sahaja.

Lebih banyak artis yang saudara gunakan, itu adalah lebih baik, supaya wajah buku-buku yang saudara terbitkan sentiasa fresh dan unik. Ini lebih-lebih lagi penting bagi judul-judul kreatif.

Setiap buku cerita, ataupun novel adalah produk yang unik. Justeru stroke pelukis cover yang digunakan hendaklah unik.

Di PTS One, sesetengah cover novel remaja perempuan pun dilukis oleh pelukis Jakarta, hanya disebabkan kita mahukan stroke-stroke yang unik.

Pada saat ini cover untuk kategori fiksyen sains PTS One sedang dilukis di Jakarta disebabkan kita tidak berjumpa dengan pelukis tempatan yang dapat menghasilkan cover sai-fai pada kualiti yang kita mahu.

Justeru, jangan rasa bersalah apabila mahu menukar-nukar artis bagi kategori buku-buku yang sama.

Artis yang sama perlu dikekalkan bagi judul-judul dalam siri yang sama sahaja. Sebagai contoh, pelukis yang sama digunakan untuk siri "Penyiasat Ekstrovert", siri "Sahabat Kole Kacang" siri , dan siri "Adam Kecil".

Untuk ketegori yang sama, gunakan artis yang berlainan. Sebagai contoh, 3 buah buku "Puasa" ini adalah dalam kategori yang sama, bukan siri yang sama. Ketiga-tiga buku ini dilukis oleh 3 orang pelukis yang berlainan supaya ketiga-tiganya mempunyai wajah unik.

Bagaimanakah cara mendapatkan bekalan ramai artis? Mudah sahaja. Artis berkawan dengan artis. Minta artis saudara sekarang supaya perkenalkan networknya kepada saudara.

Satu cara lagi yang lebih mudah, artis-artis mempunyai blog masing-masing. Masuklah blog mereka dan jalin hubungan dengan mereka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Cover Buku: Surat dan Memo Tuan Ameine Rev kepada peKOMIK

Selamat berjuang En. Jonos, selamat berjuang Tuan Azhar. Saya gembira mendengar mengenai kewujudan PeKOMIK.

Saya akan membuat ulasan persatuan ini nanti di dalam blog saya, pada masa yang sesuai sebagai satu sokongan terhadap usaha PeKOMIK.

Saya berharap agar PeKOMIK dipromosikan secara meluas, supaya dapat memberikan perkhidmatan yang wajar dalam semua bidang berkaitan grafik dan animasi.

Bertahun-tahun dahulu saya kecewa dengan tidak pernah ada usaha keras pencebur-pencebur bidang grafik dan animasi untuk mempromosikan kehebatan karya tempatan.

Apa yang dilakukan oleh En. Jonos, Tuan Azhar dan yang lain-lainnya adalah gelombang baru dalam bidang ini. Pastikan harga yang ditetapkan wajar dan sesuai.

Sebenarnya, bercakap mengenai harga karya tempatan yang mahal, isu ini mungkin boleh dikurangkan dengan pelbagai usaha yang melibatkan kesatuan ahli-ahli PeKOMIK.

1. Harga perisian grafik yang mahal boleh dikurangkan menerusi pembelian lesen secara bulk (PeKOMIK sebagai satu syarikat), dan setiap ahli PeKOMIK boleh mendapatkan lesen daripada PeKOMIK untuk menggunakan perisian tersebut bagi tujuan komersil. Boleh juga menggunakan perisian grafik open source atau yang dihasilkan menerusi GNU Project, contohnya GIMPshop dan DogWaffle.

2. Penetapan wajar harga-harga pasaran bagi karya-karya grafik tempatan. Untuk tujuan ini, perlu ada kerjasama erat antara PeKOMIK dengan syarikat-syarikat penerbitan dari seluruh Malaysia, Singapore, Thailand dan Indonesia. Cuba berikan sampel hasil karya terbaik. Jangan fikir soal rezeki atau periuk nasi. Ambil contoh drama Korea, apabila Winter Sonata berjaya menembusi pasaran drama tempatan, drama-drama Korea yang lain turut dapat masuk. Mind-set (first expression) yang menunjukkan karya-karya tempatan adalah menarik, ilustrator-ilustrator berkonsepkan customer always right, mengutamakan kualiti hasil perkhidmatan dan kepercayaan terhadap pelanggan melebihi ganjaran; akan menyebabkan karya-karya tempatan mudah mendapat tempat di luar negara. Ini satu perkembangan pasaran yang baik bagi PeKOMIK.

3. Promosi secara meluas mengenai hasil kerja ahli-ahli PeKOMIK. Gunakan semua saluran yang ada, sama ada menerusi surat khabar, penglibatan menerusi aktiviti pelajar di sekolah atau di IPT, perbincangan dengan pihak-pihak penerbitan sama ada menerusi pesta buku, personal atau sebagainya, dengan menunjukkan contoh-contoh karya atau katalog.

Hubungi semua pihak yang terlibat dengan penerbitan majalah kartun, komik dan manga tempatan. Di kedai-kedai buku pasti ada kita lihat karya-karya tempatan (yang menghasilkan majalah komik atau kartun tempatan), supaya turut melibatkan diri dalam PeKOMIK.

4. Mengeluarkan e-book karya-karya tempatan secara percuma dan dikirimkan kepada pelbagai pihak penerbitan dan organisasi tempatan. E-book tidak melibatkan kos cetakan dan dakwat, e-book boleh dikirimkan secara e-mel kepada mana-mana syarikat penerbitan. Barangkali sebagai hadiah hari istimewa seperti hari raya, sambutan ulang tahun, penghargaan, persahabatan dan sebagainya.

5. Menghasilkan buku PeKOMIK yang menggunakan Bahasa Ibunda. Galakkan karyawan PeKOMIK supaya berusaha menghasilkan suatu karya yang mampu menarik perhatian khalayak pembaca tanpa perlu merosakkan bahasa. Dalam erti kata lain, tanpa menggunakan bahasa-bahasa picisan, kata-kata kutukan (contohnya: asbestos, bagero, korok mu, unta dll), kata-kata yang berbunyi lucu pun, pembaca boleh tergelak.

Cuba teliti lawak-lawak yang diterapkan dalam karya-karya Jepun. Mereka menggunakan logik untuk mencipta lawak. Tidak semata-mata bergantung kepada percakapan yang kasar atau bahasa-bahasa ‘makhluk asing sesat’ untuk mewujudkan suasana kelakar.

Karya-karya humor yang masih dapat mengekalkan Bahasa Ibunda akan mudah mendapat pasaran luar. Senang diterjemahkan. Lawaknya masih ada biarpun diterjemahkan pasaran luar. Bak kata, hasilkan lawak yang berbudaya tempatan, tapi masih diterima di peringkat global. Perhatikan karya-karya Datuk Lat. Perhatikan karya-karya Imuda. Perhatikan karya-karya Jaafar Taib.

Saya sangat menekankan aspek Bahasa Ibunda ini.

6. Ahli-ahli PeKOMIK juga digalakkan untuk menjadi sukarelawan yang menyumbang tenaga karya secara percuma atau tidak berkonsepkan ganjaran mahal dalam mana-mana peristiwa penting di negara ini. Contohnya, pihak PeKOMIK boleh menghasilkan karya khusus untuk mengingati peristiwa-peristiwa penting, contohnya Hari Kemerdekaan, Sukan, Bola Sepak, Badminton, Hari Kanser (MAKNA) dan sebagainya. Untuk hari-hari yang penting ini hasilkan karya yang menyokong, contohnya buku khas,poster, banting, karya-karya sukarelawan untuk diedarkan secara percuma e-book kepada semua rakyat.

Sekiranya perlu melibatkan kos, maka utamakan kos modal sahaja sebagai keutamaan sebelum berpusatkan keuntungan. Tingkatkan hubungan dengan organisasi-organisasi kebajikan yang lain.

Saya berharap dengan penglibat berterusan menyokong aktiviti-aktiviti bertaraf kebangsaan seperti ini akan membolehkan kewujudan dan kepentingan PeKOMIK disedari di pihak yang lebih tinggi, ini memudahkan mendapat penajaan daripada pihak kerajaan, korporat dan badan-badan tertentu.

7. Wujudkan anugerah-anugerah khas yang menekankan unsur-unsur patriotik. Ambil contoh kejayaan Datuk Lat.

8. Wujudkan usahasama antara pelukis komik, kartun dan manga tempatan dalam PeKOMIK dengan syarikat penerbitan animasi atau pertubuhan animator yang lain. Bincangkan bagaimana karya-karya dalam majalah tempatan boleh diangkat menjadi animasi. Cuba lihat Sin Chan yang diangkat menjadi animasi Sin Chan. Semasa mengubah skrip animasi, pastikan bahasanya diperbaiki.

Lebih mudah untuk menghasilkan animasi berdasarkan karya kartun, komik atau manga sedia ada. Ini kerana semua karya-karya itu sendiri boleh dijadikan storyboard untuk penghasilan animasi.

9. Wujudkan Tabung Sinopsis dan skrip untuk majalah kartun. Galakkan penyertaan orang awam. Sebab itu saya menggalakkan pihak PeKOMIK supaya bersahabat dengan semua pihak. Orang awam pasti ada idea-idea menarik. Pastikan mereka memiliki hakcipta terhadap sinopsis dan skrip masing-masing.

Sinopsis ini boleh digunakan untuk menghasilkan jalan-jalan cerita bermutu untuk dihasilkan dalam majalah kartun, komik atau manga tempatan.

Para karyawan PeKOMIK diharap berlaku jujur dalam soal hakcipta. Keyakinan para penyumbang sinopsis dan skrip terhadap PeKOMIK akan membantu perkembangan sihat dalam menjana produktiviti karya-karya bermutu tempatan.

Apabila penyumbang-penyumbang mendapat tahu sama ada sinopsis, skrip mereka diterima oleh PeKOMIK untuk diterbitkan dalam majalah kartun, ini turut meningkatkan pasaran. Kawan-kawan atau saudara mara penyumbang mungkin berminat untuk membaca/membeli majalah tersebut, kerana ingin melihat bagaimana karya dibentuk berdasarkan sinopsis atau skrip.

Bagaimana pula kalau-kalau ada antara kaum kerabat penyumbang sinopsis atau skrip itu merupakan orang penting dalam sektor penerbitan? Fikir-fikirkan.

10. PALING PENTING (maaf saya melaung), jangan ‘bermusuh’ dengan masyarakat dan kerajaan khususnya Datuk Rais Yatim. (Tersenyum: maksud saya, aspek bahasa). Wajibkan semua ahli PeKOMIK memperjuangkan Bahasa Ibunda. Kalau boleh biar semua orang tahu:

“Oh, pelukis komik ni pasti dari PeKOMIK. Cuba lihat, dialognya, cuba lihat bahasa yang digunakan. Tetap kelakar biarpun dialognya mengunakan Bahasa Ibunda.”

“Cuba lihat. Lawaknya profesional. Ini bukan sebarang majalah kartun. Karya satiranya menyengat. Kartun-kartunnya pula menarik! Bahasanya baik dan memikat!”

Berbaiklah, berdiplomasilah dengan masyarakat dalam aspek bahasa supaya PeKOMIK dapat diterima masyarakat.

Saya mencadangkan agar dalam organisasi PeKOMIK adanya unit atau biro seperti berikut:

Biro Tabung Sinopsis dan Skrip - bertindak mennyelaras sinopsis-sinopsis yang diterima yang boleh dijadikan karya bersiri.

Sekiranya beban tugas adalah banyak, maka unit-unit tersebut boleh dipecahkan kepada dua.

Biro ini bertujuan untuk meneliti mana-mana sinopsis yang boleh dijelmakan dalam bentuk komik.

Selain itu biro ini juga bertanggungjawab melakukan promosi untuk menggalakkan penyumbangan sinopsis daripada peminat, pelukis, penggemar komik.

Dalam konteks di atas, perlu dimaklumkan mengenai hakcipta bagi setiap sinopsis atau skrip. Ini memerlukan perbincangan yang sangat teliti. Harap hasilnya adalah menang-menang bagi meningkatkan lebih kepercayaan terhadap persatuan ini.

Bengkel-bengkel penulisan skrip komik juga wajar diadakan supaya karya-karya dapat diteliti dari aspek bahasa terutamanya sebelum dilaksanakan dalam bentuk lakaran dan akhirnya lukisan.

Saya rasa pihak PeKOMIK lebih arif berbanding saya dalam soal ini. Apa pun, idea ini diharapkan dapat diterima demi meningkatkan mutu karyawan tempatan.

Tekankan pembelaan hakcipta! Itu paling penting. Utamakan kualiti. Moga-moga hasil karya PeKOMIK dapat diterima di peringkat global. Ini doa saya. Ini impian (mungkin saya tidak ditakdirkan untuk berjuang dalam bidang ini, sebab saya sudah ada komitmen lain, tetapi sekiranya ada apa-apa yang boleh saya bantu atau sokong, saya bersedia!)

Setakat ini sahaja idea-idea saya untuk PeKOMIK. Sekiranya ada apa-apa yang memerlukan bantuan, pemikiran atau idea, saya sedia membantu kalau ada apa-apa kelapangan.

Selamat maju jaya warga PeKOMIK! Semoga perjuangan anda kekal dengan niat murni dan tindakan yang wajar!

Salam kejayaan daripada saya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Tulis Buku Sambil Berpuasa

Sepanjang bulan puasa ini para penulis mendapat peluang banyak membaca buku dan menulis buku.

Waktu baik bagi menulis adalah selepas bangun sahur sehingga sekitar jam 10 pagi.

Bagi sesetengah orang, jam 6 petang sehingga masuk waktu berbuka adalah masa yang produktif menulis.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tahun 2015: Liberalisasi Media dan Masa Depan PTS

Pada tahun 2015 akan berlaku apa yang disebut liberalisasi media. Ertinya syarikat-syarikat media - TV, radio, akhbar, majalah dan buku - luar negara akan bebas sebebas-bebasnya masuk dan melabur ke dalam industri media negara ini. Begitu juga sebaliknya.

Sebagai contoh, industri perbankan sudah diliberalisasikan. Bank-bank luar negara bebas membuka bisnes mereka di sini. Mereka juga bebas membeli bank-bank tempatan.

Bagi PTS, pada tahun 2015, dapatkah PTS kekal wujud sebagai penerbit buku, sedangkan penerbit-penerbit luar negara bebas masuk ke negara ini? Dapatkah PTS bersaing dengan penerbit multinasional itu?

Mungkinkah PTS berdaya menahan dirinya daripada ditelan oleh multinasional?

Daripada tinjauan yang kita lakukan, para pemain industri media Malaysia jangan tidak tahu akan potensi syarikat-syarikat media Singapura dan Thailand membeli saham-saham syarikat media Malaysia.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Cover Buku: Surat Tuan jOnOs

Assalamualaikum..

“Sebelum memberi sedikit pandangan diharap tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak karyawan dan penerbitan.”

1) Satu langkah baru bagi memberi daya tarikan kepada pengunjung kedai buku dengan satu sentuhan seni karyawan luar, tahniah!

2) Buat sahabat karyawan Malaysia terutama yang terlibat di dalam PEKOMIK semoga tenang dan tidak memberi satu tindakan tingkah laku dalam melihat persaingan.

3) Mari kita mengambil peluang belajar dan melihat seni dari negara jiran kita ini.

4) Lawan! Bukan PERANG ayat.. bukan PERANG seni berunsur negatif.. tetapi PERANG karya masing-masing andai mahu merebut kemenangan ini.

7) Bidang muzik bersaing, bidang filem bersaing, bidang animasi bersaing.. dan kini bidang seni lukis dan grafik bakal turut bersaing malah sudah lama bersaing tanpa disedari.

6) Lihat persaingan ini secara positif… Insyaallah kita akan dapat melihat siapa diri kita..

Nota: Ini adalah pendapat ‘jOnOs’ secara peribadi sebagai salah seorang yang terlibat di bidang ini. Semoga tidak menyinggung mana-mana pihak..

“SeLaMaT BeRpUasA”

Tabik!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Cover Buku: Surat Tuan Azhar

Salam,

Saya salah seorang dari AJK PeKOMIK agak terkejut dengan situasi ini… ada Pro dan Kontra..

Pertama-tama sekali saya akui PeKOMIK masih setahun jagung. Saya yakin ramai yang tak mengetahui akan kewujudan peKOMIK.

PeKOMIK adalah Persatuan Penggiat Komik Malaysia, setakat ini sudah ada 100 keahlian terdiri dari peringkat amatur ke professional.

Mungkin pihak penerbit tidak tahu untuk mencari illustrator maka mereka mencari illustrator dari luar. Kami dari PeKOMIK akan berusaha untuk menjadikan badan yang menyalurkan ilustrator & database pelukis komik/illustrator/penulis di Malaysia.

Kemasukan komik luar memang satu saingan sengit kini kemasukan illustrator luar lagi menjadikan satu saingan yang lebih hebat.

Ini akan menjadikan peKOMIK bertanggungjawab untuk mengatasi kemasukan ini dengan menjadikan ianya satu saingan sihat. Maka peKOMIK dan para ahlinya perlu bangun dan sedar demi ilustrator/pengiat komik Malaysia.

AYUH PEKOMIK DAN AHLINYA… KINI TIBA MASANYA.. MALAYSIA BOLEH.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Cover Buku: Surat Ameine Rev

Sekiranya PTS mahukan bakat-bakat yang hebat, cuba ke Institut The One Academy, saya yakin dengan kualiti ilustrator yang ada di sana.

Mengenai sesetengah bakat-bakat tempatan, saya sudah lama menegur sikap golongan ini beberapa tahun lepas menerusi satu komuniti khusus untuk golongan ini.

Dalam kes ini, mereka tidak boleh bekerjasama. Maka biarlah kita cari pesaing-pesaing mereka. Lingkup periuk nasi mereka pun tak apa sebab, animator-animator seperti ini, menerusi alasan mereka, ternyata mereka hidup bukan kerana memperjuangkan seni itu sendiri, tetapi duit poket sendiri.

Cuba tengok, betapa mahalnya bayaran yang mereka kenakan untuk bengkel-bengkel kepada pelajar, mengalahkan pensyarah sedangkan mereka belum memiliki Sarjana atau Ph.D dalam bidang tersebut. Saya dan kawan-kawan saya yang sudah tahu/mahir dalam bidang ini cuma boleh kata:

“Pandai mereka ‘menipu’ budak U. Budak undergraduate tahun satu memang senanglah. Silibus yang diberikan biasa sahaja. Modul yang dibuat pun terlalu basic!”

Hubungan saya dengan DeviantArt-DeviantArt dari luar negara, membuktikan hal ini. Sebab itu mereka suka bekerja di luar negara berbanding Malaysia.

Industri grafik dan animasi di Malaysia ternyata pendek akal dalam memperjuangkan bidang ini.

Bila saya menegur mereka. Semua diam. Tidak ada yang berani memintas hujah-hujah saya. Akhirnya cuma ada seorang sahaja, yang memberikan sebab. Kononnya berkaitan dengan syarat yang dikenakan oleh pihak penyiaran TV menyebabkan hasil kualiti mereka rendah. Itu satu-satu sahaja alasan yang dapat diberikan.

Kalau sudah tahu pasaran Malaysia ini kecil, sebab apa tidak serang pasaran antarabangsa? Bila dikaji balik, ternyata hal ini berkaitan dengan soal cara bersosial golongan ini.

Mereka cenderung mengutuk golongan baru, junior dalam bidang ini, seolah-olah mereka sendiri hebat. Bila diminta tunjuk ajar, mereka mengutuk dan mengeluarkan kritikan yang sememangnya teruk dan lari daripada etika (penghormatan), bukan untuk mendidik, tetapi untuk merosakkan lagi. Gaya bahasa yang dilontarkan tidak menghormati bahasa ibunda. Sikap suka berkasar mereka inilah menyebabkan mereka sentiasa berada di taraf underground.

Bila mereka ditegur kerana kekasaran mereka, mereka bercakap (tulisan di bawah ini adalah untuk menunjukkan bahasa yang mereka gunakan tetapi apa yang saya paparkan ini tidaklah begitu mirip gaya komunikasi mereka):

“Rileks la. Korang ni tak tahan kena kutuk n kena sembur. Kita orang dulu-dulu pun kena jugak, diam je. Bla.. blaa bla..)

Aktiviti ragging yang kuat di kalangan mereka dan sikap kuat sembur-menyembur tanpa batas dan bahasa-bahasa yang merosak menjadi budaya mereka.

Malah sehingga ke hari ini, saya lihat begitulah mereka, tidak ada apa-apa peningkatan. Sikap kasar dan orang gasar yang diamalkan sesama mereka menyebabkan mereka kekal pada tahap itu. Tidak ada apa-apa lonjakan yang dapat mereka buat untuk negara. Sudah bertahun-tahun lamanya.

Bila ramai orang luar yang baru hendak menjejaki dunia grafik menegur mereka, mereka mula reda. ‘Bertaubat’. Namun selepas itu, peristiwa ini berulang lagi, seolah-olah sikap ini merupakan satu keseronokan yang menjadi ketagihan di kalangan golongan ini.

Cuma beberapa orang sahaja dari golongan ini yang boleh dibawa berunding, namun itu pun terhad dan agak tidak menyeronokkan kerana golongan ini belum dapat menyisihkan budaya ‘gelap’ tersebut sepenuhnya.

Bahasa rosak, kelucahan, kutukan dan seumpamanya. Barangkali PTS patut mendekati golongan ini supaya mereka menggunakan Bahasa Ibunda dengan betul untuk memandaikan bangsa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(18) Diskusi Kuliah | Permalink

Cover Buku: Surat Cik Siti Hajar

Salam,

Ini isu menarik.

Saya harap para ilustrator menerima berita ini dengan positif. Ini sebenarnya pembuka mata bagi mereka bahawa sebagai rakyat Malaysia mereka tidak memiliki secara eksklusif pasaran ilustrasi bagi Malaysia.

Mereka juga harus sedar pasaran bagi karya mereka sebenarnya bukan terhad hanya di Malaysia. Malaysia negara kecil. Pasarannya kecil. Sudah tiba masa bagi mereka terjun ke pasaran global. Pasaran itu lebih besar, lebih ramai pemain dan yang lebih menyeronokkan, harga karya lebih mahal.

Akan ada nanti dalam kalangan ilustrator Malaysia ini yang tidak akan lagi sanggup mengambil tugasan dari Malaysia. Mereka akan merasa bayaran di sini murah berbanding bayaran yang mereka terima daripada tugasan luar. Yang penting mereka harus mempertahankan harga karya mereka dan tidak menerima harga murah hanya kerana mahukan tugasan.

Ini situasi yang menyeronokkan. Ini situasi yang bakal melonjakkan kualiti karya ilustrator tempatan. Saya mohon kalian agar jangan melihat ini sebagai suatu malang. Bukalah minda, berbincang sesama sendiri, dan uar-uarkan kewujudan kalian ke seluruh dunia.

Saya doakan kalian berjaya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Cover Buku: Surat Alif F. Azis

"Bangsa yang kuat adalah bangsa yang berani mencabar di luar negara."

Isu mengimport artis luar untuk produk tempatan dirasakan menghalang periuk nasi Malaysia. Isu ini bukan timbul dalam dunia penerbitan sahaja. Industri animasi juga begitu. Sebab utama penerbit Malaysia ambil karya kreatif luar adalah faktor kualiti.

Walau pun begitu, ada juga pelukis Malaysia yang menjadi buruan syarikat luar negara. Saya sendiri pernah buat cover majalah Counter Action yang diterbitkan di USA. Begitu juga dalam bidang animasi. Animator kita menjadi tulang belakang pada animasi Transformer dan Dragon Ball. Ada juga yang dilamar menjadi orang kuat Pixar Animation Studio (sebelum ia bergabung dengan Disney). Syarikat luar memilih pelukis tempatan atas alasan yang sama dengan kita. Iaitu kualiti.

Selepas kualiti, adalah harga. Harga karya luar lebih murah dari harga karya tempatan. Contoh. anime dari Jepun dijual pada stesen TV dengan harga diskaun dan sampai satu tahap, beli satu siri, akan dapat satu siri percuma (p/s: Spongebob di TV9 diberi secara percuma kepada TV9). Lagi satu, animasi Doraemon menerima rate paling tinggi untuk stesen NTV7 dan ia adalah karya luar (dan murah). Bermakna pulangan sewa iklan tertinggi di NTV7 adalah ketika tayangan produk luar.

Ada akan kata, penerbit hendak produk murah. Jawapannya boleh dibahaskan. Kita ambil contoh Media Prima. Anugerah Juara Lagu anjuran TV3 yang diadakan setiap tahun memakan belanja tinggi. Saya pernah menjadi orang belakang Anugerah Juara Lagu dan saya terperanjat dengan pembelanjaan yang dikeluarkan TV3. Bagi mereka, apalah sangat keluarkan belanja yang banyak asalkan mereka dapat hidangkan benda berkualiti pada penonton.

Berbalik pada isu harga produk luar. Kemasukan anime dilihat menggugat penggiat animasi tempatan. Antaranya, pihak stesen akan bandingkan harga animasi kita yang jauh lebih mahal dari anime. Harga animasi tempatan untuk 24 minit hanya dibayar RM44000. Harga ini amat sedikit untuk produksi tempatan yang hanya fokus pada pasaran tempatan. Bagi penerbit yang memikirkan hanya untuk market tempatan, memang mereka tidak untung banyak. Hasilnya juga, animasi tempatan menjadi tidak setanding animasi luar kerana faktor harga rendah yang dibayar stesen TV.

Kenapa animasi tempatan tak boleh dibayar tinggi? Sebabnya, stesen akan kata, "Kami dapat animasi berkualiti yang lebih murah dari luar, mengapa mahu bayar mahal untuk animasi tempatan." Jawapannya memang pedih. Tetapi kita fikir balik.

Penerbit tempatan akan kata pula. "Bagaimana mahu buat animasi setanding Jepun dan USA, bayaran kami ciput." Sekali lagi masalah harga dijadikan alasan.

Ya, memang itu masalah utama. Tetapi, kita fikir balik. Adakah animasi-animasi luar yang berkualiti itu hanya dipasarkan pada satu stesen TV sahaja? Tidak! Mereka pasarkan diserata dunia. Mereka jual dengan harga yang murah pada banyak stesen TV di dunia dan apabila dikumpul, mereka untung besar. Sebab itu mereka tidak kisah buat animasi gempak-gempak kerana market mereka mahu jual sebanyak mungkin. Ada syarikat animasi tempatan yang menggunakan langkah ini. Saya sendiri pernah ke studio mereka dan percayalah. Bakat Malasyia memang hebat.

Berbalik pada isu buku. Jangan anggap kemasukan artis luar sebagai penghalang cari makan. Rezeki itu luas. Artis kita ada yang berjaya di luar negara kerana kualiti mereka. Mengapa mesti risau? Penerbit kita masih perlukan artis tempatan kerana artis kita ada citarasa tempatan. Citarasa unik. Masalah utama, motivasi dan cara kerja. Perlu agresif dan kreatif. Masalahnya pelukis kita banyak alasan.... tu kadang2 fade up tu!

Jangan cepat lemah dan cari alasan. Bangsa Melayu kuat di luar negara.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

2008: PT Gramedia akan Buka Outlet di Singapura, Malaysia dan Brunei

PT Gramedia adalah penerbit buku, akhbar dan majalah terbesar di Indonesia.

Kumpulan Gramedia bukan hanya menguasai media cetak, malah radio dan TV. Ia mempunyai rangkaian kedai buku terbanyak, rangkaian hotel, rangkaian agen travel, dan bank sendiri!

Tuan Fauzul, Pengurus PTS Millenia, saat ini sedang berada di Jakarta atas urusan ekspot-impot lesen buku-buku PTS.

Semalam beliau sempat berjumpa dengan orang penting PT Gramedia yang memberitahu bahawa gergasi itu akan membuka kedai buku di Singapura, Kuala Lumpur dan Brunei pada tahun 2008.

Ini tentu berita buruk bagi:

(1) Para pengimpot buku agama milik Mamak yang sekarang menguasai pasaran buku agama terbitan dan cetakan Indonesia.

(2) Penerbit buku Melayu Malaysia, seperti PTS, yang berasa selesa sebab selama ini mereka tidak bersaing dengan lambakan buku-buku Indonesia.

Bagi PTS sendiri, kita yakin bahawa membuka oulet adalah Langkah 1 PT Gramedia masuk dan mengembangkan sayapnya di sini. Gergasi itu tentu sudah mempunyai "Pelan Besar Bisnes" bagaimana ia mahu bermain dengan rancaknya dalam padang hijau di sini.

PT Gramedia mempunyai berpuluh ribu judul terbitan dan tidak mempunyai masalah mahu mengisi kedai bukunya nanti dengan buku-buku berkualiti daripada semua penerbit utama di Indonesia.

PTS sedang berfikir...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 11, 2007

Kejayaan Tamar Jalis adalah Disebabkan Ia Membuka Kategori Buku Baru Dalam Suasana Pasaran Lesu

Kejayaan buku-buku siri Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis adalah serupa dengan kejayaan DaVinci Code oleh Dan Brown, siri Harry Potter oleh JK Rowling dan La Tahzan - Jangan Bersedih oleh Aaid ibn Abdullah al-Qarni.

Ketiga-tiganya membuka kategori buku baru dalam pasaran buku yang sudah lesu oleh tema-tema lama pada waktunya.

Pada masa-masa itu pembaca sudah muak dengan buku-buku dengan tema yang itu, itu juga. Tiba-tiba muncul Tamar Jalis, Dan Brown, JK Rowling dan al-Qarni menawarkan tema dan cerita-cerita yang tidak ada sebelumnya.

Fenomena "buku memuakkan" kini sedang berlaku pada novel cinta. Pembaca menanti-nanti pengarang yang menawarkan tema baru, yakni buku kategori baru.

Kedai-kedai buku kini menunggu-nunggu bilakah akan munculnya judul baru yang dapat membuka kategori baru.

Apa yang disebut "Kesan DaVinci Code", "Kesan Harry Potter" dan "Kesan La Tahzan" sudah menampakkan ciri-ciri sejuk.

"Kesan Tamar Jalis" sudah lama habis.

Bilakah akan munculnya kategori baru?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Desain Cover dari Studio Jakarta

Kulit novel remaja ini dilukis oleh pelukis sebuah studio di Jakarta.

Ini bukan desain cover PTS yang pertama di-outsource dari Jakarta dan Bandung. Lebih banyak cover akan di-outsource dari luar.

Pada masa akan datang ada kemungkinan PTS akan outsource desain cover buku dari Manila, khususnya buku kanak-kanak kerana mutu lukisan pelukis di Manila sudah amat tinggi.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Sang Pemimpi - Andrea Hirata

Inilah wajah novel kedua Andrea Hirata selepas Laskar Pelangi yang diterbitkan oleh PTS.

Semua 4 buah novel Andrea sudah dilesen oleh PTS bagi pasaran Malaysia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

“Profesor Hantu” Menulis

Tuan Zamri menulis....

Minggu lalu saya berkesempatan berbual dengan seorang bekas pensyarah (kini bekerja dengan konsultan perunding) mengenai fanomena hantu. Beliau menulis dan mengkaji secara ilmiah mengenai vampire (sedang mencari penerbit) dan juga mengkaji hikayat raja bersiong.

Dari mana datangnya hantu dalam masyarakat Melayu?

Menurut beliau, “Hantu adalah mekanisme yang mengawal sosial masyarakat Melayu terdahulu. Dahulu, jarak kawasan dari satu rumah ke satu rumah lain sangat jauh. Sehinggakan melalui kawasan hutan jika hendak ke rumah jiran terdekat. Menggunakan cerita hantu bertujuan menjaga masyarakat dari sudut cara hidup.”

“Selepas kebanyakan hutan diterokai, masyarakat mula duduk dalam kelompok dan cerita hantu tidak menjadi begitu relevan dan tidak menjadi dalam konteks mengawal amalan sosial masyarakat,” katanya lagi.

Lebih menarik lagi, bagi sesetengah kaum, hantu tidak dilihat sebagai sesuatu yang menakutkan. Sebaliknya hantu dilihat sebagai penjaga manusia. Kerana itu kelompok yang duduk di dalam hutan tidak gusar atau gerun. Mereka melihat hantu sebagai sahabat.

Seperti vampire, dalam dunia Melayu, ia dilihat sebagai pontianak. Kajian rakan saya mendapati vampire dan pontianak adalah dua benda berbeza.

Vampire dalam masyarakat asalnya adalah konsep. Iaitu manusia mencipta vampire sebagai menterjemah sikap-sikap buruk dalam diri manusia. Mereka menjadikan konsep kepada benda bagi menggambarkan satu sisi lagi dalam diri manusia, iaitu kejahatan.

Kejahatan digambarkan dengan wajah yang hodoh dan buruk.

Malah cerita yang disampaikan konsisten, membunuh vampire dengan mencucuk hatinya dengan kayu runcing. Bukankah setiap perbuatan digerakkan melalui hati?

Mesejnya, bunuh keburukan dalam hati kamu.

Jika hantu dalam konteks Melayu, kita boleh andaikan perkara yang sama. Hantu adalah sikap buruk yang ada dalam diri dan dijelmakan sebagai sesuatu yang mengganggu kawasan putih (sisi baik) dalam manusia.

Pakar psikologi seperti Carl Jung menggunakan subjek hantu sebagai bahan kajian mengkaji personaliti dan pemikiran manusia. Apa yang disebutkan sebelum ini merupakan sebahagian daripada teori beliau mengenai dunia hantu dan kepercayaan manusia.

Bagaimana cerita hantu memandaikan bangsa?

Fokus penulisan cerita hantu perlu jelas dari segi mesej. Pengulangan mesej dalam cerita hantu perlu ada bagi memastikan cerita hantu dapat menjadi elemen pendidikan. Hantu dalam sebuah cerita adalah kepercayaan yang kini menjadi hiburan.

Jika cerita hantu semata-mata dengan pengakhiran yang baik mati dan yang jahat terseksa atau terus mengganggu, di mana solusi mengatasi kejahatan?

Maka jalan penceritaan mestilah konsisten. Jahat akan tewas kepada kebaikan. Dari satu siri ke satu siri inilah mesej yang cuba disampaikan.

Hantu boleh menjadi alat menyesatkan dan hantu juga boleh dimanipulasi bagi menunjukkan ia sebenarnya tidak apa-apa kesan kepada manusia.

Kita menggunakan apa yang sudah sedia ada dipercayai oleh masyarakat sebagai tool bagi mengaplikasi reverse psychology.

Orang sanggup membayar bagi mendapatkan sesuatu yang dapat menakutkan dirinya dan pada masa sama menyeronokkan. Kerana itu cerita hantu mempunyai kepentingan dari segi perniagaan.

Bentuk perniagaan yang baik atau buruk menentukan hasil produk hantunya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 10, 2007

Inilah Desain Kulit Buku Melayu Yang Belum Dapat Dikalahkan Rekod Jualannya Hingga Saat Ini

Gambar kulit buku Tamar Jalis ini dipautkan dari blog Tuan Zamri.

Jika buku ini diulang cetak dengan mengekalkan desain ini, dapat ia mengulangi kejayaannya dahulu?

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 2 pages  1 2 >