Monday, September 10, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuan MBA Dihantar ke Amerika Bagi Mempelajari Teori “The Long Tail”

Inilah Chris Anderson, pengarang buku panas terbaru dalam pasaran saat ini, "The Long Tail".

Sahabat baik dan pendukung PTS yang tidak asing lagi, Tuan MBA, baru balik dari Amerika sebab beliau dihantar oleh pejabatnya pergi ke Boston, antara tujuannya adalah menghadiri seminar yang diadakan oleh Chris Anderson berkenaan teori Long Tail.

Chris terkenal sebab dia mencipta nama komersial "Long Tail" itu, selama ini teori itu dikenal dengan nama-nama yang sudah lusuh seperti "niche marketing".

Orang-orang penting PTS sudah membaca buku Chris sebelum Tuan MBA mengambil tempat duduk beliau dalam pesawat MAS dalam kabin kelas satunya menuju negara Pak Tua Uncle Sam itu!

Malah PTS sudah mengamalkan teori dan strategi Long Tail semenjak syarikat ini ditubuhkan 7 tahun lalu. Teori Long Tail amat rapat aplikasinya dengan industri penerbitan buku dan CD-VCD.

Seperti biasa, buku-buku bisnes adalah lebih lambat masuk pasaran dibandingkan dengan jurnal bisnes, baik jurnal on-line mahupun yang bercetak. Jadi, isi kandungan buku-buku bisnes sentiasa sudah out-of-date berbanding isi kandungan jurnal.

Disebabkan orang-orang penting PTS membaca jurnal-jurnal bisnes, fenomena Long Tail itu sudah lama difahami dan dijadikan asas strategi bisnes PTS.

Chris membezakan antara produk "superstar" dengan produk "long tail". Justeru ada buku superstar dan ada buku long-tail. Mengikut Chris zaman produk superstar berakhir dengan terciptanya internet.

Isi kandungan buku Chris Anderson ini amat relevan bagi pengurus-pengurus syarikat penerbitan buku. Justeru ia juga amat relevan bagi penulis yang mahu hidup dengan wang royalti.

Ringkasnya, Chris Anderson berpesan: Lupakan buku superstar. Era itu sudah hampir sampai ke titik hujungnya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Penguji Pengetahuan Hantu

Seorang lagi pakar hantu menulis surat. Menurut Sdr. Saifuddin...

Kes syaitan yang merasuk itu membaca ayat al-Quran seperti ayat Kursi dan sebagainya. Ini berlaku kerana tuan yang bela syaitan itu yang mengajarnya baca ayat itu. Ia adalah salah satu cara untuk menakutkan kita manusia dan menunjukkan dia (syaitan) lebih hebat.

Saya pernah berdepan dengan kes rasukan, di mana jin tersebut menggunakan ilmu di dalam minda manusia itu. Jadi, dia boleh faham matematik, Bahasa Inggeris, Jawi, dan sebagainya. Tetapi setakat mana ilmu manusia itu ada. Saya sendiri pernah menguji sifir matematik, ejaan jawi, Bahasa Inggeris dan lain-lain. Tetapi kes begini, hanya boleh jadi apabila dirasuk jin kelas VIP sahaja. :)

Pengalaman saya dan kawan-kawan lain berperang dengan jin dan syaitan selama sebulan memang sangat memenatkan, tetapi jangan sekali-kali mengaku kalah.

Allah jua yang Maha Hebat…

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat dari Pakar Hantu

Seorang HambaAllah menulis....

Jangan takut menerbitkan karya cerita hantu. Apa yang penting bagaimana penulis menyampaikan ceritanya agar dapat memberi manfaat kepada pembaca dan kembali dengan ajaran Allah SWT sebagai pendinding melawan hantu jelmaan syaitan.

1) Hantu adalah gelaran jelmaan dari syaitan yang pelbagai jenis antaranya puntianak, pocong, hantu raya dan lain-lain lagi. Semua hantu ini dalah jelmaan syaitan dan digelar hantu oleh masyarakat Melayu.

2) Syaitan adalah Jin, kedua-dua makhluk ini dijadikan dari api dan digelar syaitan bagi membezakan ia adalah sejenis Jin yang melakukan kejhatan. Rujuk ustaz-ustaz untuk lebih tepat, ini asas dari bacaan dan kajian sahaja.

3) Syaitan hanya boleh berkomunikasi kepada manusia apabila masuk ke tubuh manusia lain. Ini berlaku yang digelar rasukan dan histeria. Lihatlah betapa lemah&bodohnya syaitan ini, hendak bercakap dengan kita pun guna badan manusia. Handphone pun mereka tidak mampu miliki!

4) Syaitan sangat takut kepada manusia yang kuat imannya dan kuat perpegang kepada ajaran Allah SWT.

5) Manusia yang lemah mudah didekati dan diganggu syaitan yang kita selalu sebut-sebutkan nama ‘glamernya’ hantu.

6) Apabila terjadinya rasukan seperti yang sering kita dengar dari perbuatan ilmu hitam iaitu sihir, syaitan jenis ini dipuja dan dibela oleh individu tertentu yang sesat dan terpesong dari ajaran agama. Budaya bomoh-bomoh ilmu hitam dalam dengki-mendengki ini masih kuat berlaku di Malaysia.

7) Cara mengatasi segala kejahatan syaitan ini adalah dengan mengamalkan bacaan surah Al-Fatihah dan 3 Qul selepas setiap kali solat 5 waktu dan bacaan ayat Kursi, sentiasa dalam keadaan berwuduk, selain sering membaca Al-Quran.

8) Saya pernah berhadapan dengan seorang perempuan yang diganggu syaitan lalu dibacakan oleh ahli keluarganya ayat Kursi kepadanya dan disambung oleh syaitan yang merasuki perempuan itu lalu ditambahnya (syaitan) 3 baris ayat lain yang tidak ada di dalam ayat Kursi lalu syaitan itu ketawa, melalui suara dan tubuh si perempuan yang dirasuki.

Ini kerana bacaan itu mungkin tidak betul sebutan ketika membacanya dan dalam keadaan takut barangkali.

Jadi, kembalilah kita kepada ilmu-ilmu bacaan yang baik dan tepat agar kita dapat mengatasi syaitan dengan ayat-ayat suci ini. Insyaallah..

Lakukanlah melalui buku bagi membuka minda pembaca agar tidak takut dengan gangguan syaitan kerana syaitan adalah musuh utama umat Islam yang harus kita berdepan dan kembalilah ke jalan Allah SWT. (Kerajaan sekarang hanya kempen dadah musuh negara, tetapi tidak kempen syaitan, musuh umat seagama pemimpin besarnya di negara ini.)

Ini adalah sebahagian pengalaman yang dilalui kerana saya sudah berdepan dengan situasi hantu jelmaan syaitan, rasuk, histeria dan melawan kerja-kerja sihir.

Semoga Berjaya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Up-date: Projek Animasi “NAGA” Tuan Martias

Mentee yang sudah menghantar sinopsis kepada Sifu adalah seperti di bawah:

1. Sdr. Mya Marja - "Beku"
2. Sdr. Mya Marja - "Cair"
3. Sdr. Maslina Ngadiman - "Ilmu yang Hilang"
4. Sdr. Sarimah Othman - Sinopsis (i)
5. Sdr. Sarimah Othman - Sinopsis (ii)
6. Sdr. Rozanna Abdullah - "Serangan Ular Serpentine"
7. Sdr. Siti Hajar Baharuddin - "Tarian"
8. Sdr. Harleem AD - "Jerung Kesek"
9. Sdr. Zalisa - "Rakus"
10. Sdr. Mya Marja - "Kering"
11. Sdr. Mya Marja - "Kulat"
12. Sdr. Mya Marja - "Bisa Lawan Bunga"
13. Sdr. Rozana Kasmani - "Ozon"
14. Sdr. Zamri Mohamad - "Geliga Puaka"
15. Sdr. Zamri Mohamad - "Suara Malam"
16. Sdr. Mya Marja - "Bandar Bersejarah"
17. Sdr. Mya Marja - "Jiwa Luka"
19. Sdr. Mya Marja - "Raja Funfair"
20. Sdr. Imran Yusuf - "Tidur"
21. Sdr. Azhar Mohd. Zin - Sinopsis (1 - 4)
22. Sdr. Rozanna Abdulah - "Taklukan"
23. Dr. Maimun Simun - "Lembu"
24. Sdr. Azhar Mohd Zin - "Bawah Tanah"
25. Sdr. Rozanna Abdullah - "Pertarungan"
26. Sdr. Maslina Ngadiman - "Padi Nan Segantang"

Nota: Saudara-saudara yang telah tidak hadir bengkel Tuan Martias menghantarkan sinopsis terkeluar daripada jalan cerita yang Tuan Martias mahukan!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Thriller Hantu: Kejayaan TJ dan Kegagalan MPH

Kejayaan siri "Bercakap dengan Jin" karya Tamar Jalis mendorong terbitnya siri "Singapore Ghost Stories" yang ditulis oleh pengarang Cina Singapura.

Selain ia laku keras di Singapura, SGS juga berjaya dalam pasaran Malaysia dan pembeli utamanya adalah pembaca-pembaca Cina berpendidikan Inggeris di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh.

Melihat kepada kejayaan SGS, pengurusan MPH mengambil keputusan menterjemahkan SGS ke dalam Bahasa Melayu lalu mencetaknya. Tetapi terbukti jualannya "flop"!

Adakah pembaca Melayu tidak suka buku hantu?

Kita berpandangan, orang Melayu tidak suka buku hantu yang ditulis oleh pengarang Cina kerana bagi orang Melayu cerita hantu mestilah mempunyai input Islamnya sebagaimana yang terdapat dalam karya-karya Tamar Jalis.

Pengurusan MPH waktu itu dipimpin oleh eksekutif-eksekutif Cina. Mereka melihat SBDJ Tamar Jalis laku amat keras, itu menunjukkan orang Melayu sangat suka buku hantu. Lalu mereka apun menterjemahkan SGS.

Eksekutif Cina MPH tahu bisnes buku, tetapi mereka tidak memahami mentaliti dan psikologi orang Melayu. Orang Melayu suka cerita-cerita hantu tetapi mereka tidak suka cerita hantu Cina!

Kegagalan MPH itu adalah bukti betapa pentingnya peranan pengetahuan tentang psikologi dan citarasa kelompok-kelompok pembaca yang ditargetkan.

Jika penerbit mahu menjual buku hantu kepada kepada Melayu peminat hantu, dia mesti terlebih dahulu memahami cerita-cerita hantu yang bagaimana yang digemari oleh kelompok itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Di Mana Kekuatan Tamar Jalis

Sdr. Zamri Mohamed menulis....

Saya adalah pengikut novel Tamar Jalis sejak zaman sekolah.

Daripada satu sumber, beliau telah menulis lebih 15 buah novel bagi siri ini. Harganya sekitar RM4.50-RM9.00. Diterbitkan oleh Variapop, penerbit majalah Variasari.

Kekuatan Tamar Jalis selain daripada kisah hantunya.

1. Bahasa Melayu yang digunakan Bahasa Melayu standard. Tidak ada bahasa pasar antara beliau dengan datuknya.

2. Petua-petua, adat, kepercayaan dan sosio ekonomi orang Melayu kampung dan bandar diceritakan dengan begitu baik sekali. Malah penulisnya dapat menceritakan dengan jelas beza hidup dan amalan seharian serta budaya Melayu semenanjung dan di seberang.

3. Saya masih tidak boleh melupakan watak nenek kepada Tamar Jalis. Gambaran wanita Melayu yang hebat bagi saya. Walaupun ditinggalkan suami bagi tujuan dan tempoh tertentu, masih tenang dan berani. Malah ada satu episod nenek Tamar sendiri berhadapan dengan hantu yang mengganggu tanpa rasa panik ketika dia dan cucunya ditinggalkan datuknya yang berada di kampung lain. Jauh berbeza dengan watak perempuan dalam filem Mmistik yang mudah dirasuk dan lari ke sana sini.

4. Novel Tamar Jalis menekankan kepada nilai. Bagaimana hubungan persahabatan orang tua digambarkan melalui karekter datuknya dan orang-orang sekeliling.

5. Siri hantunya kembali kepada satu konsep. Apa pun kekuatan yang dimiliki oleh jin, Allah jualah yang akan mengatasi.

6. Kebanyakan petua boleh digunakan oleh pembaca. Ia bukan petua-petua reka. Sebagai contoh pernah nenek kepada Tamar Jalis mengajar bagaimana mengubat bisa cakar dan gigitan kucing dengan sejenis daun. Kucing juga ada bisanya.

7. Jalan ceritanya menghubungan dua zaman, era datuknya dan zaman Tamar Jalis sendiri. Konflik timbul antara datuk dan cucu digambarkan begitu menarik dalam beberapa siri.

Puan,

Saya teruja dengan entri ini sehingga saya ingin berkongsi beberapa petikan dari blog (dengan izin) peminat-peminatnya.

Saudara Nizam Zakaria berkata:

“Tidak keterlaluan juga saya katakan bahawa buku SBDJ dan lain-lainnya membawa kisah ‘coming of age’ protagonis utamanya. Di dalam SBDJ, kita akan melihat bagaimana watak Tamar, dari seorang pemuda awal remaja yang keanak-anakan, berubah kepada seorang pemuda yang tabah, walaupun kadang kala kompleks idiosinkratiknya (kita ternyata mempunyai Harry Potter kita sendiri lama sebelum watak ini diwujudkan J. K. Rowling!).

Phillip Pullman, seorang penulis fantasi supernatural berkata bahawa kanak-kanak tidak semestinya mahu menjadi hero di dalam cerita yang mereka baca. Tetapi mereka mahu menjadi kawan kepada hero. Di dalam buku SBDJ, Tamar bukanlah hero, tetapi datuknya. Pendekatan yang digunakan Pullman sama dengan pendekatan yang digunakan oleh Tamar Jalis. Satu formula yang jelas berjaya di dalam konteks kaedah membawa pembaca mendekati kepada watak dan seterusnya jalan cerita.

SBDJ telah ditulis di dalam era selepas merdeka. Kesemua cerita di dalam siri ini ditulis pada tahun 60-an….” http://nizamzakaria.diaryland.com/021113_87.html

Ada juga siri-siri lain yang mengikut jejak Tamar Jalis seperti Tok Awang Ngah yang merantau dari satu tempat ke tempat dan pada masa sama menyelesaikan masalah hantu dan jin dengan ayat-ayat Quran

Puan,

Sekiranya PTS mahu turut serta dalam penerbitan buku seram yang ada dua nilai agama dan bahasa, siri Bercakap Dengan Jin adalah siri yang dicadangkan diterbitkan semula.

Penerbit filem seram mesti menjadikan siri ini rujukan membuat filem yang bagus.

Jangan Pandang Belakang adalah contoh filem yang hampir kepada siri Bercakap Dengan Jin.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(18) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 09, 2007

Rekod Jualan Buku Thriller Hantu Tamar Jalis Mengalahkan DaVinci Code

Buku "DaVinci Code" terjual lebih 150,000 naskhah dinegara ini.

Dapatkah buku-buku thriller Melayu mengalahkan rekod jualan thriller Inggeris?

Orang menyangka buku thriller Inggeris takkan dapat dikalahkan jualannya di negara ini. SALAH! Sangkaan ini tidak benar.

Sesiapa yang berusia lebih 30 tahun pada hari ini tahu bagaimana popularnya thriller Melayu karya Tamar Jalis yang berjudul siri "Bercakap dengan Jin".

Prof. Dr. Adnan Nawang pernah membuat anggaran siri Tamar Jalis itu tercetak lebih sejuta naskhah. Sayangnya, disebabkan siri itu teramat popular, ia dicetak rompak dan dijual di mana-mana, sehingga di pekan-pekan kecil, kedai runcit Mamak dan Cina pun menjual siri itu!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Elektronik Lagi

Ini satu lagi gadget buku.

Kita perlu mencari cara membolehkan buku-buku Melayu yang kita terbitkan dimasukkan ke dalam benda-benda macam ini.

Bukan semua orang mahu membaca buku kertas. Lagi pun teknologi kuno buku kertas menyebabkan banyak pokok ditebang.

Baca lebih lanjut di blog Tuan Rastom.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Laut Biru: Buku Cerita untuk Target Remaja Awal

Inilah contoh buku-buku cerita untuk remaja awal perempuan.

Pasaran sektor ini amat besar dan masih belum dibangunkan. Ertinya, mana-mana penerbit yang menekuni sektor ini berpeluang mendominasinya.

Sehingga saat ini belum ada penerbit yang terkenal khusus menerbitkan buku bagi kategori ini sahaja, baik karya asal mahupun karya terjemahan.

Justeru, bagi pelabur baru, kategori ini adalah Laut Biru yang relatif selamat bagi pelaburan disebabkan belum ada persaingan yang kuat.

Ada dua kategori produk yang patut dihasilkan. Pertama adalah buku-buku cerita yang ditulis oleh penulis-penulis tempatan. Yang kedua adalah karya terjemahan. Kedua-duanya mempunyai potensi yang amat baik.

Bagi para penulis kreatif tempatan pula, mereka patut mempelajari psikologi kelompok ini bagi mengetahui ciri-ciri buku yang diminati oleh mereka.

Cerita-cerita yang baik bagi kelompok ini berpeluang menjadi karya evergreen, yang dapat diulangcetak berpuluh-puluh tahun lamanya.

Dalam kedai buku, judul-judul remaja awal diletakkan di rak yang sama dengan buku untuk kanak-kanak yang belum pandai membaca sendiri, kerana jumlah judul dalam sektor remaja awal masih belum cukup banyak bagi melayakkannya diberikan rak sendiri.

Remaja awal adalah antara 8 tahun hingga 10 tahun. Ciri-ciri remaja awal adalah:

(a) Mereka sudah pandai membaca sendiri. Justeru mereka mahukan buku yang mempunyai lebih banyak ayat-ayat bagi mereka baca sendiri tanpa bantuan ibu.

(b) Mereka masih suka membaca lukisan tetapi mereka juga sudah meminati cerita. Jadi mereka mahukan cerita-cerita yang menarik berkenaan watak kanak-kanak lain.

(c) Mereka suka berkhayal dan berangan-angan. Justeru, remaja awal perempuan suka cerita-cerita yang ada watak binatang pandai bercakap, ada tuan-tuan puteri, ada ikan duyung dan lain-lain. Remaja awal lelaki suka cerita watak-watak orang kuat, robot, naga dan yang seperti itu.

(d) Mereka sudah mempunyai angan-angan mahu menjadi doktor, guru, penyanyi dan lain-lain profesion yang mereka tonton dalam TV, dan yang mereka lihat di sekeliling mereka.

Kita mengajak sahabat-sahabat penerbit masuk ke dalam sektor yang masih merupakan Laut Biru ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, September 08, 2007

Sektor Buku Laku: Buku Parenting

Buku-buku parenting adalah antara buku-buku yang laku jualannya sepanjang tahun dan tanpa musim, tidaklah laku meletup-letup, tetapi laku.

Pembeli utama buku-buku parenting adalah bakal-bakal ibu dan ibu-ibu yang baru mempunyai anak pertama.

Persamaan tema tidak menyekat jualan setiap judul buku. Katakanlah, sudah ada buku bertajuk "Panduan Mendisiplinkan Anak-anak", jika diterbitkan buku tema yang serupa dengan judul "Mahu Dirotan ataupun Tidak", kdua-dua buku tetap laku.

Pada masa ini PTS adalah penerbit buku-buku parenting yang paling aktif. Namun kita masih tetap mahukan lebih banyak judul parenting disebabkan pasaran sektor ini adalah baik.

Buku-buku parenting PTS sudah mula dapat diekspot ke Indonesia kerana di sana juga pasaran sektor ini adalah baik.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 07, 2007

Buku-buku Panduan Haji untuk Target Pembaca “Dummy”

Bulan puasa belum bermula. Musim haji masih jauh. PTS sudah mula mencetak buku-buku panduan haji.

Ini kerana orang sudah tahu jika mereka akan pergi menunaikan haji pada tahun tahun ini, oleh itu mereka sudah mula membeli bahan-bahan bacaan yang diperlukan.

Nota: PTS ISLAMIKA akan menerbitkan sebuah novel-travelouge haji berdasarkan kisah benar seorang profesor akaunting yang pada ketika itu masih layak dilabelkan sebagai seorang "dummy" dalam bab-bab agama... tiba-tiba entah bagaimana tergerak hatinya hendak naik haji! Maka beliau pun menonong naik haji.

Novel-tarvelogue beliau adalah contoh baik teknik menulis manual naik haji untuk bacaan dummies yang ditulis oleh seorang dummy.

Tungguuuu.... jeng jeng jeng (sebut dengan bunyi loghat Kelantan!)....

Ada-ada sahaja!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Buku Agama Berupaya Menerima Royalti Lebih Mewah daripada Penulis Novel Cinta

Pada masa ini orang ramai mendapat gambaran hanya penulis novel cinta mampu menikmati royalti besar. Gambaran ini tidak tepat.

Sebenarnya penulis buku-buku agama menerima royalti yang lebih lumayan berbanding dengan penulis novel cinta.

Ambil contoh buku ini. Dalam masa 5 bulan sahaja buku ini sudah terjual 13,000 naskhah.

Dengan harga RM26.00 senaskhah, jika royalti buku ini RM2.00 bagi setiap naskhah, royaltinya sudah RM26,000.

Tidak seperti novel cinta, buku agama tidak pernah "out-of-date". Justeru, ramalan konservatif kita mengatakan buku ini dapat dijual minimun 10,000 naskhah setiap tahun selama bertahun-tahun. InsyaAllah, dalam tempoh 5 tahun, royalti terkumpul buku ini mencecah RM100,000-00.

Itu baru statistik 1 buah buku. Penulis ini sudah menerbitkan 7 judul dengan PTS, semuanya laku keras. Sebanyak 10 buah judul lagi sedang dalam proses penulisan dan penerbitan.

Memandangkan buku-buku beliau adalah evergreen, judul-judul itu akan terus diulangcetak setiap tahun selama berpuluh-puluh tahun.

Buku yang ini pula berharga RM18.00. Ia terjual lebih 7 ribu naskhah dalam masa 2 bulan.

Pengarang buku ini sudah menerbitkan 8 buah judul dengan PTS, sebuah lagi akan terbit dalam waktu terdekat.

Berdasarkan ramalan sangat konservatif, jika setiap judul beliau laku 10 ribu naskhah setahun, dengan royalti minimum RM1.00 senaskhah, ini bermakna beliau menerima RM80,000-00 setiap tahun selama berpuluh-puluh tahun. (Beliau telah mewakafkan semua royalti beliau kepada sekolah tahfiznya di Rusila.)

Kini beliau sedang menulis lebih banyak judul-judul baru yang ditargetkan kepada pembaca yang "baru berjinak-jinak dengan Tuhan". Judul-judul itu dirancang bersama dengan PTS.

Dibandingkan dengan penulis novel cinta, pendapatan royalti penulis buku-buku agama adalah jauh lebih besar.

Berbanding dengan buku agama, berapa puluh tahun novel cinta komersial dapat bertahan dalam pasaran?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Pelabur Baru dalam Industri Buku Melayu

Cerita industri buku yang sedang mengalami perkembangan pesat saat ini sudah menjadi pengetahuan ramai.

Sebagai contoh jualan ALAF21 pada tahun 2005 adalah RM18 juta, manakala pada 2006 jumlah jualannya RM15 juta.

PTS sendiri purata berkembang 60% setiap tahun semenjak ia ditubuhkan 7 tahun yang lalu! Data ini amat menggiurkan!

Justeru banyak juga individu-individu yang mempunyai wang tertarik menceburi industri ini dengan harapan mereka dapat membuat duit dengan banyak dan cepat.

Sektor buku yang paling banyak menarik pelabur-pelabur baru adalah novel-novel cinta. Gosip yang kita dengar, sekitar 70 peratus pelabur baru dalam sektor ini adalah pemodal Cina dan Mamak, di mana mereka membiayai penerbit Melayu baru muncul dengan mengeluarkan modal mencetak novel-novel yang diterbitkan.

Disebabkan sekarang ini banyak pemodal sanggup melabur dalam industri buku, maka banyaklah penulis-penulis Melayu yang menubuhkan syarikat penerbitan sendiri dengan cara menerima duit pelabur Cina dan Mamak bagi mencetak novel-novel yang mereka terbitkan.

Sejauh manakah penerbit-penerbit baru itu akan dapat bertahan dan berkembang?

Kumpulan RYTHM, sebuah korporat anggota BSKL, telah menceburi industri novel cinta tetapi ia terpaksa menutup bisnes novel cintanya selepas 3 tahun bermain dalam sektor ini.

Gosip mengatakan gergasi itu gagal bersaing dengan ALAF21 dan CREATIVE, lalu ia tidak tahan menanggung kerugian akibat jualan novel-novel cintanya yang tidak menguntungkan.

Akibatnya, berpuluh-puluh penulis menanggung kerugian disebabkan mereka tidak menerima royalti bagi karya mereka yang sudah terjual.

Jika gergasi yang bernama RYTHM pun payah hendak survive, bagaimanakah pula masa depan penerbit-penerbit Melayu yang dibiayai oleh pelabur Cina dan Mamak?

Faktor-faktor kejayaan dalam bisnes penerbitan adalah banyak dan pelbagai. Modal wang hanyalah salah satu sahaja daripada faktor-faktor itu.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat: Penulis-PTS-METADOME dan Fenomena 3-G

Pada masa ini jualan terbesar dalam sektor konten-mobile di seluruh dunia adalah 3-G:

Girls (Perempuan)
Game (Permainan)
Gamble (Perjudian)

Ketiga-tiga "G" itu adalah bahan-bahan membodohkan bangsa. Pembeli utamanya adalah remaja.

Fenomena "3-G" ini menjadikan strategi dakwah menggunakan konten mobile semakin kritikal peranannya bagi menyelamatkan akhlak dan iman remaja.

Remaja tidak suka menonton program agama dalam TV. Remaja tidak suka mendengar khutbah masjid. Remaja tidak suka ke perpustakaan. Remaja tidak suka membaca kitab tradisional.

Remaja suka main-main dengan HPnya.

Ini bermakna peranan penerbit dan kaum penulis memasuki sektor ekonomi teknologi HP semakin penting.

Kita tidak boleh marah-marah sambil mengutuk produk 3-G dan remaja yang membelinya sedangkan kita sendiri tidak menghasilkan bahan-bahan yang baik, yang dapat memandaikan bangsa, yang dapat dijual dan dibeli sebagai konten mobile menggunakan hp.

Pada masa ini 19 juta penduduk Malaysia memilik hp.

Sudah sampai masanya penerbit dan penulis sama-sama belajar cara-cara baru berdakwah dan memahami aplikasi pelbagai teknologi baru bagi menyampaikan mesej kita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 06, 2007

PTS Tempat OKU Berkarya

Puan Siti Rafidah Hassan Basri adalah seorang yang layak menggunakan label "OKU" bagi dirinya kerana disebabkan oleh penyakit saraf yang dihidapinya beliau bergerak dengan menggunakan kerusi roda ataupun dipapah.

Disebabkan beliau tidak dapat memanjat tangga bagi menghadiri kursus PTS di sekolah al-Ikhlas, beliau mengikuti program khas distance-tutoring SifuPTS yang hanya ditawarkan kepada para OKU sahaja.

Beliau yang memegang ijazah UKM kini mengajar anak-anak jiran tetangganya membaca Quran di rumahnya.

Puan Siti Rafidah amat produktif. Ini adalah bukunya yang pertama terbit. Tujuh buah judul lain sudah siap ditulis dan sedang menunggu giliran diterbitkan lepas satu, satu. Salah satu daripada karyanya adalah jibunsyi.

Sebelum ini PTS menerbitkan 3 buah karya Hamedah Wok Awang yang lumpuh parah dari paras dada ke bawah. Beliau bekas Pengetua Cemerlang dan pensyarah maktab perguruan. Karya beliau setiap tahun diulangcetak.

Kita menunggu karya Kassim Selamat pula!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(13) Diskusi Kuliah | Permalink

Klausa dalam Perjanjian: Hati-hati Apabila Penulis Mahu Berpoligami dengan Penerbit

Seorang penulis mula-mula menulis sinopsis bukunya dan dihantar kepada Penerbit A. Kemudian Penerbit B mahukan buku itu. Bolehkah dia menulis buku yang serupa dalam 2 versi?

Boleh. Tetapi kedua-dua versi diserahkan kepada penerbit yang sama.

Dalam dokumen perjanjian hak penerbitan, semua penerbit memasukkan klausa yang dengan jelas mengatakan penulis tidak boleh menulis buku lain untuk penerbit lain yang akan bersaing dengan bukunya dengan penerbit yang asal.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip untuk Penulis-Trainer PTS: Memilih Warna Kereta

Apabila saudara menceburi bisnes training, bagaimana penampilan saudara sewaktu datang ke premis pelanggan amat mempengaruhi persepsi pelanggan ke atas peribadi dan personaliti saudara.

Antara faktor yang berperanan mencipta persepsi positif tentang diri saudara adalah warna kereta yang saudara pandu.

Ada warna kereta yang menyebabkan orang melihat saudara sebagai seorang yang teknikal, rasional, kredibel, profesional, berintegriti, dan stabil.

Ada warna kereta yang menyebabkan saudara dilihat seorang yang berhati muda, emosional, impulsif, suka main-main, tidak serius, tidak profesional.

Ada warna kereta yang menyebabkan saudara dilihat sebagai seorang yang baik, jujur, ikhlas dan lurus.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Apabila Saudara Dilamar Penerbit Lain

Di mulut naga lagikan direbut, inikan pula di tangan orang (baca: penerbit)....

Demikianlah kisah bagaimana perempuan jelita (dan penulis berbakat) menjadi rebutan! Memang begitulah adat dunia.

Minggu ini Sifu menerima sepucuk lagi emel yang diterima oleh seorang salah penulis PTS daripada penerbit lain yang melamar beliau supaya menulis untuk penerbit itu. Dengan emel terbaru ini Sifu sudah menerima sekitar 9 ataupun 10 emel forward seperti itu, tidak termasuk apa yang dilaporkan oleh penulis secara lisan sahaja.

Seperti penulis itu, baik dengan penerbit mana saudara sekarang berkahwin, suatu hari nanti, percayalah, sebagai penulis berbakat, saudara akan menerima emel daripada penerbit lain yang melamar saudara supaya menghantar karya saudara kepadanya pula.

Apabila saudara menerima surat seperti itu, apakah yang sebaiknya saudara lakukan?

(a) Jikalau saudara puas hati dengan etika bisnes dan cara kerja penerbit saudara sekarang, forwardkan surat itu kepada editor saudara sekarang. Editor saudara perlu tahu penerbit mana yang sedang cuba melarikan saudara. Dengan itu dia akan memperbaiki lagi hubungan kerjanya dengan saudara.

(b) Jikalau saudara TIDAK puas hati dengan penerbit saudara sekarang, lakukan yang serupa, yakni forwardkan surat itu kepada editor saudara sekarang, supaya dia memperbaiki cara kerjanya sekarang.

(c) Siasat prestasi dan etika kerja penerbit yang melamar saudara itu. Bertanya kepada penulis-penulis lain dan dapatkan maklumat.

Bersikap telus adalah amat penting bagi (i) menjaga hubungan baik yang sedia ada antara saudara dengan penerbit sekarang, dan (ii) menjaga nama baik saudara sebagai penulis.

Dunia penerbitan di negara kita ini amatlah kecil. Ia macam lidi sebatang. Saudara takkan dapat bersembunyi di sebalik lidi sebatang. Saudara takkan dapat menyembunyikan apa yang saudara lakukan daripada diketahui oleh penerbit saudara.

Demikian juga halnya dengan penerbit. Penerbit yang tidak baik etika bisnesnya takkan dapat bersembunyi daripada diketahui oleh komuniti penulis.

Sebagai mana penerbit berhak memilih karya penulis mana yang mahu diterbitkannya, penulis berhak memilih penerbit mana yang mereka mahu serahkan karyanya.

Sentiasa beritahu apa yang saudara sedang fikirkan sekarang kepada editor saudara supaya beliau kekal menaruh kepercayaan yang tinggi ke atas etika bisnes saudara.

Dalam kes PTS yang mempunyai 5 anak syarikat penerbitan, katakanlah saudara sudah lama menulis untuk PTS ONE, apabila saudara mahu menulis untuk anak syarikat lain pun, maklumkan perkara itu kepada editor saudara di PTS ONE.

Dengan cara kerja yang telus itu saudara membantu meningkatkan lagi (i) hubungan kerja yang baik dan (ii) sangka baik, antara editor-editor dalam kumpulan PTS.

Jika saudara hendak masuk sebarang pertandingan menulis sekalipun, maklumkan hasrat saudara itu kepada editor saudara.

Isu penulis lari kepada penerbit lain adalah amat sensitif kepada editor. Ia ditafsirkan sebagai saudara menjatuhkan talak kepada editor saudara. Ia amat memalukan kerana ia ditafsirkan sebagai kegagalannya menjaga jodoh profesional yang berpanjangan dengan penulisnya.

Penerbit yang baik mengutamakan kepercayaan para penulisnya, kerana mereka tahu bahawa penulis adalah modal utama perniagaan sesebuah rumah penerbitan. Justeru para penerbit mencipta pelbagai program kesetiaan atau loyalti programs supaya penulis mereka tidak lari kepada penerbit-penerbit lain.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(15) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Cerita-cerita Agama untuk Remaja

Mulai 2007, PTS ISLAMIKA sudah mula menceburi pasaran buku cerita-cerita agama yang ditargetkan khusus kepada awal remaja antara 8 - 12 tahun.

Program melatih calon-calon penulis buku-buku cerita agama sudah dijalankan oleh PTS sejak tahun 2006.

Antara karya yang sudah terbit adalah "Bahtera Nabi Nuh dan Cerita-cerita Lain" karya Saridah Hamid dan "Cerita Si Burung Pipit" oleh Engku Zainun.

Berdakwah dengan menggunakan cerita adalah sunnah Quran dan sunnah Nabi Muhammad. Justeru PTS akan terus menerbitkan lebih banyak buku-buku cerita agama secara konsisten.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 05, 2007

Konten Buku Mobile: Mencari Remaja Gila-Gila Game

Buat masa ini majoriti buku yang laku dijual sebagai konten mobile adalah buku-buku yang ditargetkan kepada remaja kerana ia dijual-beli menggunakan handphone.

Salah satu ciri tingkah laku remaja adalah mereka sukakan bahan-bahan yang mengandungi unsur hiburan. Game adalah unsur hiburan.

Siapakah yang pandai menulis buku-buku cerita dan novel yang digabungkan dengan unsur game? Sasterawan? Penulis matang? Penulis remaja?

Penulis yang pandai mencipta game adalah mereka yang suka bermain game. Tetapi lebih banyak mereka yang pandai bermain game tidak pandai menulis buku cerita.

Barangkali sudah sampai masanya kita menubuhkan pasukan yang terdiri daripada penulis dan pencipta game bagi menghasilkan buku-buku konten mobile yang digemari remaja.

Kita sangat mahukan remaja yang otaknya gila-gila supaya datang ikut serta dalam bengkel menulis konten mobile yang akan dikendalikan oleh Tuan Syaizul Amal nanti.

Bagi saudara yang mempunyai anak remaja yang kaki main game, bawalah mereka hadir bengkel kita.

Pada zaman ini kita sudah menyaksikan bagaimana banyak remaja yang gila-gila berpeluang menjadi kaya raya dengan mencipta pelbagai produk internet.

Remaja yang menciptakan game bagi buku konten mobile PTS-METADOME berpeluang memiliki harta intelek dan menikmati royalti daripada game yang mereka cipta.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(15) Diskusi Kuliah | Permalink

Apabila Puan Khalilah Cuti Sakit

Puan Khalilah Mad dan Puan Halimahton Ab. Rahman adalah 2 orang pegawai credit-controller PTS. PTS mempunyai lebih 400 buah pengedar, ejen, kontraktor dan kedai buku yang menerima supply buku-buku PTS.

Tugas pegawai credit-controller yang paling penting adalah menagih hutang. Tiap seorang, Puan Khalilah dan Puan Halimahton masing-masing meng-control credit 200 buah pengedar dan ejen PTS.

Sudah 6 hari Puan Khalilah cuti sakit disebabkan pembedahan batu dalam hempedu. Kutipan hutang bulan ini jatuh teruk!

Demikianlah pentingnya tugas menagih hutang.

Banyak orang yang tidak tahu bisnes buku menyangka paling susah adalah menjual buku. Bukan!

Menjual buku amat mudah. Mengutip hasil jualan buku adalah amat payah!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Melayu dalam Kedai Buku Elit

Pada masa ini kedai-kedai buku elit sudah mahu mempamerkan buku-buku Melayu di depan pintu masuknya. Ini lebih-lebih lagi benar apabila kedai elit itu berada dalam kawasan perumahan Melayu ataupun ia dikunjungi banyak pembeli Melayu.

Fenomena ini tidak pernah terbayangkan suatu masa dahulu disebabkan selama 50 tahun DBP menerbitkan buku Melayu, buku-buku DBP gagal masuk kedai buku elit, apatah lagi hendak dapat dipamerkan di depan pintu masuknya.

Apa yang berlaku hari ini adalah disebabkan buku-buku Melayu mendapat sambutan hangat dalam pasaran.

Bagi pekedai, mereka mahukan buku yang laku dijual, sebab hanya buku yang laku dijual sahaja yang dapat membawa wang masuk ke dalam akaun bank mereka. Mana-mana buku yang laku keras, itulah buku yang akan dipamerkan di depan pintu masuk.

Buku-buku Inggeris pun, jika ia tidak laku keras, ia akan dipamerkan jauh dari pintu masuk kedai.

Nilai sewa lantai di depan pintu masuk adalah amat mahal. Jadi buku-buku yang kurang laku dipamerkan jauh dari ruang depan pintu masuk - di depan pintu juga... tetapi di depan pintu tandas!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Modal Kecil

Makoto Shinkai menerima anugerah The Highest Award di Tokyo International Animation Fair 2002.

Keseluruhan proses penciptaan filem ini dibuat sendiri oleh Makoto Shinkai menggunakan komputer Macintosh beliau sahaja!

Lakonan suara pula disumbangkan oleh beliau sendiri dan tunangnya (kini isterinya) manakala rakannya Tenmon menyumbangkan muzik.

Baca lagi di sini....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Belum Siap Ditulis, METADOME sudah Mahukannya

Sdr. Zakir Husin adalah seorang bekas pegawai penjara. Beliau tidak pernah tahu beliau mempunyai bakat kreatif sehinggalah beliau menghadiri bengkel surah Yusuf dan KJ Method.

Novel beliau menceritakan apa yang berlaku ke atas budak-budak Mat Rempit yang dipenjarakan akibat kesalahan melanggar undang-undang lalu lintas.

Beliau juga menerangkan dengan detail proses bagaimana 2 orang banduan menjalani hukuman gantung sampai mati serentak.

Selepas membaca bahagian yang sudah ditulis, METADOME memaklumkan ia mahu menerbitkannya sebagai konten mobile!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Inggeris: Duit Besar dan Kejayaan

Siapakah yang lebih cenderung berjaya dalam apa yang dimahukannya - individu yang angan-angannya besar ataupun individu yang angan-angannya sederhana?

Contoh angan-angan besar adalah seseorang itu mahu menulis bukunya dalam bahasa Inggeris sebab dengan demikian, dia yakin bukunya akan laku di seluruh dunia, dengan demikian dia berpeluang menerima royalti besar, berjumlah berjuta-juta ringgit... ala-ala JK Rowling.

Contoh angan-angan sederhana adalah seseorang itu mahu menulis 10 buah buku cerita rakyat yang evergreen dalam Bahasa Melayu, sebab jika 1 buku dapat menghasilkan RM3 ribu royalti setahun, dia boleh mendapat RM30 ribu setahun selama berpuluh-puluh tahun.

Kajian dan eksperimen yang dilakukan oleh Prof McClelland, Bapa "psikologi kejayaan" moden mendapati salah satu ciri individu pegagal adalah "angan-angan besar" manakala salah satu ciri individu pejaya adalah "angan-angan sederhana".

Buku 55 Petua ini ditulis sewaktu penulisnya baru bersuia 24 tahun, baru tamat menduduki peperiksaan tahun akhir di universiti.

Buku ini diulangcetak setiap tahun dan sudah terjual lebih 30 ribu naskhah di Malaysia, dan merupakan judul pertama PTS yang berjaya dilesenkan ke Jakarta sebagai edisi Bahasa Indonesia.

Jika 1 naskhah buku ini menghasilkan royalti RM1.50sen, buku ini sudah menghasilkan sekitar RM50k royalti.

Disebabkan buku ini amat popular, penulisnya juga banyak menerima undangan menyampaikan ceramah dan training berdasarkan buku ini dengan menerima yuran ceramah yang bagus.

Kita menganggarkan buku ini sudah menghasilkan sekitar RM80 - RM100k kepada penulisnya semenjak ia diterbitkan, dan ia akan terus menghasilkan lebih banyak royalti dan yuran ceramah bagi beliau.

Buku 55 Petua ini berpotensi menjadi karya berstatus "modern classsic" sebagaimana buku How To Win Friends and Influence People oleh Dale Carnegie dan Management by Objective oleh Peter Drucker dan banyak lagi.

Bagaimanakah angan-angan besar menghasilkan kegagalan, bukan kejayaan?

Menurut McClelland, angan-angan besar cenderung menghasilkan kegagalan disebabkan individu yang berangan-angan besar mempunyai ciri-ciri:

(a) Tidak berfikiran realistik

(b) Tidak berminat dengan fakta, statistik dan maklumat

(c) Tidak mengutamakan perancangan kerja yang teliti

Yang dinamakan "kejayaan" adalah hasil daripada adanya "daya usaha". Matlamat dan angan-angan tidak manjamin kejayaan.

Justeru, daya usaha dengan sendirinya menghasilkan kejayaan. Lebih besar daya usaha seseorang itu, maka lebih besar kejayaan yang terhasil.

Tuhan menjanjikan kepada manusia "Kamu mendapat apa yang kamu usahakan" bukan "apa yang kamu angan-angankan". Malah manusia ditegah daripada mempunyai "angan-angan yang panjang".

Apabila seseorang itu medefinisikan dirinya sebagai seorang "pemburu kejayaan" maka dia telah menjadikan "kejayaan" sebagai matlamat. Ini adalah ciri-ciri psyche pegagal.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 04, 2007

Tulis Buku Inggeris Boleh Kaya?

Salah satu mindset penulis tempatan yang fasih berbahasa Inggeris adalah pasaran buku Inggeris itu satu dunia luasnya, justeru mereka menyangka dengan menulis buku dalam bahasa Inggeris bukunya itu dapat dipasarkan ke seluruh dunia.

Pola fikir begini tidak mengambil kira banyak fakta.

Pertama-tama, katakanlah saudara hendak menulis buku Inggeris, dan hendak menghantarkan buku itu supaya diterbitkan di USA ataupun UK. Cuba lihat, sudah ada berapa ratus judul buku Inggeris bagi bidang yang sama yang diterbitkan di USA dan di UK. Apa peluang buku saudara dapat diterbitkan oleh penerbit-penerbit itu?

Kata pepatah Melayu, mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

Pasaran buku-buku Melayu dalam negeri adalah cukup bagi tujuan hidup selesa sebagai penulis sepenuh masa, tetapi masih ada orang yang tidak mahu menulis buku Melayu sebab kononnya pasaran buku Inggeris sebesar dunia.

Strategi mengejar pasaran satu dunia dengan menulis buku dalam bahasa Inggeris adalah ibarat mengejar kelip-kelip yang disangka api.

Buku-buku Inggeris yang diterbitkan di Kuala Lumpur pula tidak akan diimpot oleh negara-negara lain disebabkan banyak faktor. Yang paling utama adalah sekatan undang-undang dan prosedur impot-ekspot buku di negara-negara itu.

..

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Potensi Ekonomi Konten Mobile: Penulis dan Penerbit Jangan Cemburu!

Apabila bercakap tentang potensi pasaran konten mobile, sebagai penulis dan penerbit buku, ada yang elok kita pelajari daripada kumpulan rock - yakni memahami tingkah laku pengguna handphone.

Di Malaysia, lagu "Langkah Baru" oleh kumpulan rock Indonesia Radja, terjual 50 ribu naskhah dalam masa 6 bulan.

Lagu Radja "Jujur" pula terjual 108,000 naskhah pada bulan pertama. Dalam tempoh 6 bulan lagu itu terjual 380,000 naskhah.

Gosip-gosip yang kita dengar, pelawak Apek sudah menerima royalti terkumpul sebanyak RM180 ribu daripada jualan ringtone "Nak Cari Siapa?"

Pada masa ini Apek menerima royalti lebih RM30 ribu setiap bulan daripada jualan klip-klip 30 saat ringtone beliau.

Penulis dan penerbit perlu keluar dari zon selesa, belajar ilmu-ilmu baru tentang ekonomi media baru yang ditawarkan oleh teknologi handphone generasi baru.

Lain padang, lain belalang.

Buku yang laku dicetak atas kertas belum tentu laku dijual sebagai konten mobile. Demikian juga dengan novel-novel.

Para penulis perlu memahami kelebihan dan keterhadan hp sebagai media penerbitan dan pemasaran buku, dan dengan demikian kita perlu belajar teknik-teknik menulis buku dan novel yang sesuai dengan media baru ini.

Hp adalah media yang lebih berkesan bagi menyampaikan bahan-bahan bacaan yang baik kepada remaja. Teknologi hp adalah medan perjuangan baru yang mesti kita dekati.

Nampaknya industri hiburan lebih cepat berubah dan mengambil peluang-peluang baru yang ditawarkan oleh teknologi hp. Manakala masyarakat penulis sangat lambat berubah, malah semacam tidak mahu berubah....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 03, 2007

Buku Mobile, Buku Kertas, Kedai Buku dan Nasib Penulis

Dalam bengkel Tuan Syaizal pada Ahad 2 September, beliau memberitahu perkembangan terkini pasaran buku mobile, iaitu itu buku yang dijual melalui handphone.

Menurut beliau, pada 2006, di Jepun 5 buah buku cetak yang masuk dalam carta Top Ten di negara itu adalah bermula sebagai buku mobile. Maksudnya buku-buku itu sudah dijual sebagai buku mobile barulah kemudian diterbitkan sebagai buku konvensional.

Buku mobile Jepun "What the Angel Gave Me" terjual 1 juta naskhah sebelum ia diterbitkan dalam bentuk buku kertas.

Apa yang berlaku di Jepun itu menunjukkan:

(a) Jualan buku mobile tidak mengurangkan jualan buku kertas. Ini tentulah berita baik untuk penerbit buku-buku konvensional seperti PTS dan kedai-kedai buku tradisional. Sebelum ini ada kekhuatiran apabila buku dapat dibeli menggunakan handphone, orang tidak berminat membeli buku kertas di kedai buku.

(b) Buku mobile dapat meningkatkan jualan buku kertas. Berita ini lebih baik. Apabila buku-buku yang ada dilesenkan kepada METADOME supaya dipasarkan sebagai buku mobile, maka ada harapan jualan edisi kertasnya naik lebih tinggi.

Perkembangan pasaran buku mobile ini adalah berita buruk kepada penulis-penulis yang telah menjual hakcipta karya mereka kepada penerbit.

Apabila penerbit menyerahkan buku itu kepada content-developer seperti METADOME supaya dijual sebagai buku mobile, penulis gigit jari. Satu sen pun dia tidak dapat. Semua royalti bukunya dikaut oleh penerbit. Ibarat menang sorak, kampung tergadai. Bukunya terkenal, namanya makin terkenal, penerbit kaya raya, penulis tengok sahaja....

Ingat pesan Sifu, jangan serahkan hakcipta harta intelek saudara kepada sesiapa, kepada syarikat milik bapa mertua sendiri pun jangan!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Rasmi! METADOME dan PTS Kini Rakanniaga Pintar dalam Projek Buku Mobile

PTS dan METADOME kini rasmi menjadi rakanniaga pintar dalam usaha membangunkan pasaran buku mobile di negara ini.

Buku-buku ini adalah antara 20 judul PTS yang dipilih sebagai kumpulan pertama dan kini sedang dalam proses "content-development" bagi diterbitkan sebagai buku mobile oleh METADOME.

Pihak PTS sedang mengenal pasti dan memilih lebih banyak judul buku yang diramalkan sesuai dipasarkan sebagai buku mobile.

Kita percaya dengan terjalinnya sinergi korporat antara PTS-METADOME, perkembangan sektor pasaran buku-buku Melayu yang berkualiti dapat dimeriahkan lagi.

Kita juga percaya, perkembangan terbaru ini dapat menjadikan PTS lebih menarik sebagai penerbit pilihan pertama pengarang-pengarang tempatan yang berjuang memandaikan bangsa melalui karya mereka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Iklan! Metadome Mencari Artis

METADOME kini mencari saudara yang mempunyai bakat untuk (1) artis suara ringtone dan (2) pelakon untuk produk-produknya termasuk buku mobile.

Daftar di sini. Tulis nama penuh, emel dan nombor hp.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Notis! KIRIM Surat Emel kepada Sifu bagi Mendapatkan Teks Ujian

Kepada yang mendaftar untuk projek ini, minta KIRIMKAN surat emel kepada Sifu bagi mendapatkan teks ujian!

............

PTS LITERA UTAMA mencari 5 orang penterjemah karya-karya kreatif untuk projek terjemahan Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu.

Syarat utama mesti mempunyai bakat menulis kreatif.

Bengkel latihan akan diadakan.

Daftar di sini. Tulis nama, emel dan nombor hp.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(35) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 02, 2007

Mengapa Jadual Penerbitan Lari…

Nota: Entri ini ditulis bagi menerangkan kepada penulis yang tidak puas hati disebabkan jadual penerbitan bukunya lari....

Jadual penerbitan karya saudara digubal oleh jabatan editorial. Ini membolehkan penulis-penulis PTS diberitahu lebih awal tarikh karya mereka akan dihantar ke kilang cetak. Ini juga membolehkan para pengedar dan kedai buku membuat pesanan lebih awal bagi judul-judul yang bakal terbit.

Walau bagaimanapun, jadual itu mungkin berubah. Apabila ini berlaku memang penulis kecewa!

Ada beberapa faktor yang menyebabkan pengurusan PTS tiba-tiba memaksa jabatan editorial meng-adjust jadual penerbitan buku yang sudah digubal lebih awal.

Berikut adalah punca-punca perubahan jadual penerbitan:

(1) Apabila tiba-tiba berpuluh-puluh judul PTS yang sudah 'out-of-stock' dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Judul-judul itu terpaksa dicetak semula dengan serta-merta. Ini menyebabkan jabatan kewangan PTS memaksa semua bajet yang sudah diperuntukkan bagi mencetak judul-judul baru digunakan bagi mencetak judul-judul kontrak PNM.

(2) Apabila jabatan pemasaran PTS menerima pesanan besar bagi judul 'out-of-stock' yang digunakan oleh IPT sebagai buku bacaan wajib pelajar, manakala semester baru sudah amat hampir dibuka.

(3) Apabila ada judul yang tidak disangka-sangka meletup, yakni baru terbit 2 ataupun 3 minggu, sudah kosong dalam setor, dan pengedar-pengedar besar PTS 'menjerit-jerit' mahukan bekalan baru segera dihantar sebab pekedai 'menjerit-jerit' kepada pengedar.

(4) Apabila berlaku perubahan suasana dalam pasaran yang menyebabkan bahagian pengurusan mengeluarkan arahan supaya "pelampung keselamatan" dipakai.

Itulah 4 faktor yang memaksa jabatan editorial menunda tarikh terbit judul baru sebulan ataupun dua bulan lebih lewat.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, September 01, 2007

Ya Allah, berilah daku sabar!

Sudah masuk hari ke-17 streamyx tidak berfungsi di Janda Baik! TMnet pula asyik putus-putus.

Telekom janji... janji Telekom....

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(32) Diskusi Kuliah | Permalink

Notis! Projek Terjemahan Jules Verne

Kepada mentee-mentee yang sudah hadir bengkel terjemahan, tulis surat emel kepada Sifu bagi mendapatkan teks ujian terjemahan karya Jules Verne.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Gosip Industri: “Melayu Baru” dan Buku Melayu

Ini gosip terbaru dalam pasaran!

Dua orang tokoh terkenal, iaitu Dato' Johan Jaaffar dan Dato' Zaid Ibrahim, sudah menubuhkan syarikat penerbitan.

Berita angin yang kita dengar mereka akan masuk sektor buku up-market, yakni buku-buku mewah dan mahal-mahal - sudah tentulah dalam bahasa Inggeris.

Begitulah jiwa-jiwa mereka yang dikatakan "Melayu Baru". Mereka itu asalnya "Melayu Kampung".

Aduhai nasib bangsaku!

Tinggallah Tim PTS yang terus mengabdi pada perjuangan memandaikan bangsa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Ancaman POPULAR kepada Pengimpot Buku dari Indonesia

Sesudah POPULAR membuka pejabat di London bagi memilih dan mengimpot sendiri judul terbitan Britain untuk rangkaian kedai-kedainya, tidakkah mungkin POPULAR mengambil langkah mengimpot sendiri judul-judul Indonesia?

Barangkali, saiz dan nilai jualan buku-buku Indonesia di negara ini 30 kali besar daripada buku terbitan Malaysia. Ertinya, bagi setiap 1 judul buku terbitan Malaysia yang dibeli oleh rakyat Malaysia, mereka membeli 30 judul terbitan Indonesia.

99% buku Indonesia yang diimpot ke negara ini adalah buku-buku agama.

Di kawasan di mana lokasinya banyak penduduk Melayu, rangkaian POPULAR sudah membuka rak buku-buku agama Islam dan jualannya terus meningkat.

Pada masa ini buku-buku itu dibekalkan oleh pengimpot-pengedar Mamak. Mamak yang serupa juga membekalkan buku-buku agama yang sama ke rangkaian lain, seperti MPH.

Kalau POPULAR, yang terkenal suka bermain 'perang harga' bagi mencuri pelanggan MPH, mahu menurunkan harga buku-buku agama dalam kedai-kedainya, suatu strategi yang pasti akan diambil oleh POPULAR adalah mengimpot sendiri buku-buku itu dari Jakarta.

Peminat buku Indonesia sudah lama ditekan oleh pengimpot buku Mamak, yang menjual buku-buku Indonsia sekali ganda harganya.

Jika POPULAR semakin agresif bermain perang harga, bukan hanya dengan buku Inggeris, tetapi juga buku-buku Indonesia, keadaan ini menguntungkan pembeli.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 2 pages  <  1 2