Saturday, October 06, 2007

Isu Hakcipta dan Royalti: Penulis Skrip Lawan Penerbit Rancangan TV di Hollywood

Baca berita dalam BBC ini berkenaan perang antara penulis skrip rancangan TV dengan penerbit rancangan TV di Hollywood.

Penulis-penulis skrip TV tidak puas hati disebabkan apabila rancangan TV itu disiarkan dalam media selain TV, sebagai contoh dalam internet, dalam konten mobile, dalam DVD dan lain-lain, mereka tidak mendapat apa-apa bayaran tambahan. 

Ibaratnya... katakanlah begini: Kalau dalam kes penerbit buku, penulis cuma mendapat royalti daripada edisi buku. Apabila buku itu dijadikan skrip drama TV, ataupun dijadikan konten mobile, pengarang tidak mendapat apa-apa royalti tambahan.

Begitulah nasib penulis-penulis skrip rancangan TV di Hollywood. Di Malaysia pun, keadaannya begitu juga. Penulis skrip TV dan filem di negara ini hanya dibayar sekali sahaja. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mari Berpantun

Tuan Rastom dan kawan-kawan sedang berpantun. Klik di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Notis! Calon Penterjemah

Kepada semua yang sudah menghantar ujian terjemahan, calon-calon yang lulus ujian akan dipanggil bagi menghadiri bengkel teknik terjemahan selepas musim cuti raya. Mohon tuan-tuan dan puan-puan bersabar...

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Panjang Ayat dan Panjang Nafas

Salah satu ciri buku yang sedap dibaca adalah apabila ayat-ayatnya sama panjang dengan kepanjangan nafas, disebut "jeda nafas".

(a) Contoh ayat-ayat yang sama panjang dengan jeda nafas:

Setiap petang En. Rahim mengenakan pakaian joggingnya dan pergi berjogging mengelilingi tasik luas di Taman Tasik Titiwangsa. Dahulu dia tidak pernah berjogging ataupun melakukan sebarang riadah.

Hanya semenjak dia berkahwin dengan isterinya sekarang barulah setiap petang dia berjogging, kecuali jikalau petang itu hari hujan.

En. Rahim baru tiga bulan berkahwin dengan Sheliza, penyanyi di kelab dangdut yang menjadi tempat rehat kegemarannya. Dia meminta isterinya yang baru berusia 28 tahun itu berhenti menyanyi di situ tetapi kontraknya masih ada 2 tahun lagi.

Sheliza amat memberi perhatian pada kesihatan dan penampilannya. Itulah sebabnya dia taat dengan jadual joggingnya setiap petang.

Jadi, mahu tidak mahu, En. Rahim yang sudah berusia 61 tahun itu terpaksa ikut mengiringi isterinya berjoging. Termengah-mengah dia berlari-lari anak di belakang Sheliza.

(b) Contoh ayat-ayat yang tidak sama panjang dengan jeda nafas:

Pak Mail melamun sambil memikirkan masa depannya kerana semua anak-anaknya yang sudah meninggalkannya di kampung berhijrah ke Kuala Lumpur. Satu satu wajah anaknya muncul.

Mula-mula muncul Baharuddin. Kemudian Rokiah. Fatimah. Mahmud. Zaharah. Wajah anak bongsunya Zulkifli, muncul. Kemudian wajah arwah isterinya yang sudah dua tahun meninggal dunia itu pula muncul dalam ingatannya.

Pada cuti Hari Raya tahun lalu Rokiah pulang dengan suami serta empat orang anaknya manakala anak-anaknya yang lain tidak pulang kerana masing-masing dengan urusan masing-masing.

Rokiah mengajak Pak Mail pindah ke Kuala Lumpur, tinggal dengan mereka. Itulah yang sedang difikirkan oleh Pak Mail. Kalau pindah macam mana. Kalau tak pindah macam mana.

Apa akan jadi pada rumahnya. Pada sawahnya. Kerbaunya. Ayam-ayamnya. Tiga ekor kucing kesayangannya. Basikal tuanya. Kubur isterinya.

Dia tidak sampai hati hendak meninggalkan kubur arwah isterinya yang setiap Jumaat dilawatinya sebab kubur itu terletak di tepi masjid.

Nota: Ada pakar muzik mengatakan, salah satu faktor mengapa lagu-lagu P. Ramlee digemari ramai, mudah diingat, dan evergreen adalah disebabkan bait-bait lagu beliau sama panjangnya dengan jeda nafas. .

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, October 05, 2007

Selepas 2 bulan… Streamyx Sifu Akhirnya Pulih

Syukur! Syukur! Berkat bulan puasa yang mulia...

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Pahala dan Rezeki Luas Bagi Usahawan Buku-buku Laut Biru

Apabila saudara mahu terjun ke dalam industri penerbitan, saudara mempunyai dua pilihan:

(a) Masuk sektor yang sudah terbukti berkembang pesat seperti sektor novel cinta, novel remaja, buku agama tradisional, buku motivasi, buku masakan dan seumpama itu.

(b) Masuk sektor yang berpotensi berkembang, tetapi buat masa ini belum ada pemainnya.

Dalam Islam, Allah menyediakan pahala yang besar bagi para peniaga. Malah Allah menyediakan pahala 2 kali lipat yang lebih besar bagi para peniaga yang menjual produk-produk yang belum dijual oleh peniaga-peniaga lain di sesuatu lokasi itu.

Dalam pasaran buku Melayu, terdapat banyak kategori buku yang belum ada dalam pasaran. Ini adalah daerah Laut Biru bagi para penerbit.

Maka tidaklah hairan apabila mana-mana penerbit yang memasuki daerah Laut Biru dalam industri buku Melayu menikmati kadar perkembangan syarikat yang mengatasi kadar perkembangan ekonomi negara.

Itulah janji Allah kepada peniaga yang menawarkan produk-produk baru. Dan yakinlah bahawa Allah itu menepati janji-janjiya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 04, 2007

Mencari Bakat-bakat Pelukis

PTS mencari bakat-bakat pelukis yang berdaya menghasilkan lukisan-lukisan bermutu tinggi bagi menghiasi cover pelbagai karya kreatif terbitannya.

Bagi PTS, cover buku adalah karya seni yang sangat penting peranannya bagi melakukan jualan buku-buku kreatif PTS.

Justeru kita mahukan lebih ramai pelukis-pelukis yang dapat menawarkan pengalaman visual yang mampu menyebabkan sesiapa yang terpandang buku PTS berseru, "Aduh! Alangkah cantiknya!" 

PTS tidak mahu cover buku-buku yang mempunyai ciri-ciri yang ada pada cover buku-buku terbitan DBP ataupun mana-mana penerbit lain. Kita tidak mahu bakal pembeli berkata, "Macam rupa buku DBP saja..."

Tulis dan link-kan alamat blog saudara di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Faktor Kejatuhan Pasaran Novel Cinta: “Cerita Recycle”

Industri novel cinta Malaysia memerlukan produk-produk baru dan segar, yang berbeza daripada apa yang ditawarkan sekarang.

Ada beberapa punca kejatuhan pasaran novel cinta.

Namun 2 faktor utamanya adalah:

1. Terlalu banyak judul baru diterbitkan oleh penerbit-penerbit kecil yang tidak teliti memilih manuskrip dan tidak profesional dari sudut editorial sehingga berlaku lambakan novel bermutu rendah dalam pasaran.

2. Tema dan cerita yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur baru sehingga semuanya hampir serupa, lalu mencipta istilah "recycle" di kalangan peminat novel cinta.

Dalam perbincangan dengan pegawai daripada sebuah rumah penerbit lain, isu ini ditimbulkan dan berikut adalah pandangan yang dikemukakan dalam perbincangan itu. Ada 3 faktor yang menghasilkan kualiti rendah novel-novel cinta sekarang:

1. Penulis novel cinta tidak membaca buku-buku bermutu hasil karya pengarang-pengarang lain.

Justeru mereka tidak mengetahui tentang pelbagai gaya penceritaan lalu mereka hanya menggunakan bakat semulajadi sahaja. Ini menyebabkan tidak ada peningkatan pada gaya penceritaan mereka, ia kekal serupa sahaja sebab mereka tidak pernah mengkaji gaya penceritaan pengarang-pengarang besar.

2. Mereka tidak membaca buku-buku ilmu-ilmu bantu.

Penulis novel cinta tempatan tidak membaca buku-buku lain, seperti buku sejarah, politik, psikologi, falsafah, budaya dan lain-lain. Ini menyebabkan novel mereka tidak mempunyai value-added, yakni tidak ada nilai tambah. Yang ada hanya cerita biasa-biasa, serupa dengan cerita-cerita yang ditayangkan dalam TV.

3. Mereka hanya membaca novel-novel cinta penulis tempatan.

Faktor ini menyebabkan berlakunya fenomena "mental in-breeding" pada idea cerita, gaya penceritaan dan gaya bahasa mereka. Mereka saling tiru-meniru kelemahan dan kesilapan sesama penulis novel cinta.

Jika penulis novel-novel cinta kita masih duduk pada takuk mereka sekarang, penerbit akan mencari produk-produk baru dengan melupakan pengarang-pengarang tempatan. . .

Nota: Wajah penghias cover novel cinta Islami terbitan PTS LITERA ini adalah milik Akauntan PTS! Cik Faraliza, namanya. Desain cover dan foto diambil di studio PTS oleh Pengarah Kreatif PTS, En. Hisham Salmin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 03, 2007

Gosip Kontrak Kementerian Pelajaran

Gosip-gosip isu kontrak pembelian buku untuk pusat sumber sekolah-sekolah yang diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) masih tak kunjung padam, terus diperkatakan oleh komuniti penerbit buku.

Memang tidak munasabah apabila daripada RM60 juta nilai kontrak itu, RM59.4 juta diserahkan kepada syarikat yang tidak diketahui kewujudannya selama ini. 

Salah seorang penerbit buku, yang juga sahabat kita marah-marah apabila sebuah bukunya yang dijual pada harga RM19 di pasaran, disebut harga oleh seorang kontraktor yang mendapat habuan projek BTP itu pada harga RM79! 

Sahabat kita itu sudah menulis surat kepada Ketua Pengarah Pelajaran menyatakan rasa kesal beliau itu sebab beliau tidak tahu menahu akan perbuatan kontraktor itu. Beliau juga tidak mahu pihak kementerian menyangka beliau yang sengaja menipu kerajaan dengan menaikkan harga bukunya.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Perlukah Ditubuhkan “Badan Pelindung Hakcipta”?

Baru-baru ini isu penulis menjadi mangsa penerbit yang tidak beretika bangkit lagi dan timbul usul supaya ditubuhkan semacam badan yang melindungi hakcipta para penulis tempatan.

Jika ada mana-mana pihak mencuri karya saudara, saudara boleh melakukan dua tindakan:

(1) Buat laporan polis. Perbuatan mencuri hakcipta orang lain ada jenayah di bawah hukum kanun kesiksaan. Si pencuri boleh dihukum penjara, tetapi penulis tidak mendapat pampasan.

(2) Bawa kes saudara ke mahkamah sivil. Tindakan ini sesuai bagi mendapatkan pampasan gantirugi. Tetapi ini adalah tindakan yang tinggi kosnya, dan mengambil masa yang lama.

Justeru Polis dan Mahkamah adalah 2 "badan" yang melindungi hakcipta penulis negara ini.

Penulis mesti tahu implikasi apa yang dia sendiri lakukan ataupun tidak mahu lakukan. Kalau dia "main sain sahaja" apa-apa kertas yang diberikan oleh penerbit, dengan tidak peduli hendak membaca dan memahami huruf-huruf kecil yang tercetak atas kertas itu, yang sebenarnya mengatakan bahawa dia setuju menjual menjual karyanya kepada penerbit itu, maka tidak ada mana-mana "badan" yang dapat menolongnya lagi.

Mahkamah pun tiak dapat menolongnya. Faktor "saya tidak tahu" bukan alasan yang membolehkan penulis mengadu minta tolong kepada polis ataupun mahkamah.

Itulah sebabnya, selagi penulis tidak mahu meningkatkan pengetahuannya tentang undang-undang hakcipta, selagi itulah dia terdedah menjadi mangsa kepada pihak yang tidak beretika.

Langkah terbaik mengelakkan penulis daripada ditipu, pilih penerbit dengan hati-hati, macam hendak memilih isteri ataupun suami.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 02, 2007

Novelet Sejarah

Ini sebuah novelet sejarah yang ditulis oleh anggota pasukan keselamatan.

Kita mencari lebih banyak bakat kreatif di kalangan anggota tentera, polis dan bomba.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Mencari Calon Penterjemah Buku Profesional

PTS PROFESSIONAL mencari bakat menterjemah bagi buku-buku bisnes. Saudara yang berminat mengambil ujian terjemahan projek ini, tulis emel kepada Sifu bagi mendapatkan teks ujian.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

UNIKA Sedang Diandam

Mohon maaf kerana proses mengandam UNIKA terkial-kial, mohon kesabaran tuan-tuan dan puan-puan. Ada ciri-ciri UNIKA lama yang belum ada pada UNIKA baru:

(a) Kategori entri - yang ini paling memeningkan jurutera, sampai saat ini belum berjumpa penyelesaiannya.

(b) Chatbox - sedang dicarikan chatbox untuk EE.

(c) Most recent comment

(d) Statistik pengunjung

En. Faisal dan krew juruteranya kini sedang kelam-kabut menjalankan migrasi web rasmi PTS pula. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(25) Diskusi Kuliah | Permalink

“pakai” dan “guna”

Banyak penulis keliru apabila menggunakan perkataan "pakai" dan "guna".

Punca kesilapan itu adalah dalam Bahasa Melayu Rendah (BMR) perkataan "pakai" digunakan bagi semua perkara seperti "pakai gasak", "pakai buat sahaja", "pakai buang" dan banyak lagi.

Gunakan perkataan "pakai" dan "guna" dengan betul sebab apabila buku saudara hendak dilesenkan ke Jakarta, penutur Bahasa Indonesia tidak faham "pakai" dengan maksud "guna".

Justeru apabila mereka mendengar orang Malaysia berkata, "Dia pakai Mercedes.", mereka tidak faham bagaimana Mercedes dapat "dipakai".

Perkataan "pakai" bermakna benda itu diletakkan pada tubuh badan si pemakain.

 

Baju dipakai.

Cermin mata dipakai.

Kalung dipakai.

Kasut dipakai.

Bulu mata palsu dipakai.

Mahkota dipakai . 

Jam tangan dipakai.

 

Bahasa digunakan 

Nama samaran digunakan.

Gelaran digunakan.

Kunci digunakan.

Pisau digunakan.

Laptop digunakan.

Telefon digunakan.

Kereta digunakan. . . 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Huru-hara Pasaran Buku Sekolah

PTS PROFESSIONAL menerbitkan sudah hampir 100 judul buku-buku yang ditargetkan bagi membantu guru-guru meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka.

Sejak 1 tahun yang lalu, jualan judul-judul pendidian PTS dapat dikatakan 'melembap'. Ini menyebabkan royalti para penulis buku pendidikan juga turun. Apakah punca kelembapan ini?

Sejak 2 tahun yang lalu, tidak ada kontrak projek skim pinjaman buku teks baru daripada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Kontrak akan datang adalah pada tahun 2009/2010. (Nota: PTS gagal menerima kontrak skim pinjaman buku teks BTP!)

Keadaan ini menyebabkan pada masa begini, penerbit-penerbit buku teks "tidak ada kerja", terutama penerbit saiz kecil dan sederhana.

Keadaan ini memaksa mereka menerbitkan buku-buku berset yang dapat dijual direct ke sekolah-sekolah, khususnya sekolah rendah. Buku-buku set itu dijual dengan harga yang "tidak munasabah", yakni amat mahal, sedangkan isinya tidak seberapa, dan kualitinya rendah.

Pada masa begini, jurujual-jurujual buku direct-marketing ke sekolah-sekolah "tidak pandang sebelah mata" kepada buku-buku PTS disebabkan 3 faktor:

(1) Harga buku-buku PTS adalah "rendah", semuanya kurang daripada RM30. Jadi diskaun mereka juga rendah. Bandingkan dengan harga buku berset yang rata-rata lebih daripada RM150 satu set, ada yang sampai RM300. Mereka anggap tidak berbaloi menjual buku-buku PTS.

(2) Harga buku-buku PTS dicetak pada kulit buku, jadi mereka tidak dapat "mark-up" atau naikkan harga sesuka hati mereka. Amalan menaikkan harga buku yang dijual ke sekolah adalah amalan standard di kalangan syarikat penjual buku direct-marketing ke sekolah-sekolah.

(3) PTS "berdegil" tidak mahu memenuhi kehendak mereka supaya memberikan diskaun yang tidak masuk akal, yakni sehingga 60% - 70%. Sedangkan penerbit-penerbit buku berset itu sanggup memberikannya.

Kelembapan jualan buku-buku PTS akan berterusan sehingga tahun 2009/2010 apabila BTP mengeluarkan kontrak skim pinjman buku teks baru. Waktu itu mereka akan sibuk semula dengan kontrak BTP dan tidak akan menerbitkan buku-buku berset.

Waktu itu syarikat-syarikat direct-marketing itu tidak mempunyai produk baru. Barulah mereka mahu membawa buku-buku PTS ke sekolah-sekolah semula, walaupun diskaunnya rendah. . .

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pasaran Buku Superstar lawan Buku Long Tail

Dalam buku Chris Anderson "The Long Tail", beliau mengatakan pada masa depan, ekonomi akan berubah daripada ekonomi tradisional sebelum berlakunya revolusi internet, yakni ekonomi yang bersifat "economy of scarcity" kepada ekonomi baru yang bersifat "economy of abundance".

Pasaran buku sudah mula mengalami perubahan itu. Pada masa lalu, buku dijual dalam kedai-kedai buku. Justeru isu ruang kedai yang terhad menentukan buku apa yang kedai mahu jual?

Kedai-kedai buku hanya mahukan judul yang laku keras. Ini menyebabkan tidak banyak jenis buku yang dapat diterbitkan dan dijual. Ini menyebabkan penerbit mahukan "buku superstar" yang meletup-letup. Situasi ini mencipta lingkaran jahat.

Ruang kedai yang terhad menyebabkan tidak banyak judul yang dipamerkan. Jadi judul-judul itu sahaja yang laku. Disebabkan judul itu laku, kedai mahu judul itu sahaja. Jadi judul itu tambah laku!

Tetapi dengan terbukanya kedai buku on-line, isu ruang kedai sudah tidak relevan lagi. Ini membolehkan kedai buku on-line mempamerkan dalam internet segala macam judul buku.

Dengan demikian pembeli dapat membeli apa sahaja buku yang dimahukannya. Ini membolehkan judul-judul yang satu masa dahulu penerbit tidak mahu terbitkan pun kini dapat diterbitkan dengan jumlah cetakan terhad dan dijual dalam kedai buku on-line. Ini yang dikatakan "buku-buku long tail" macam ekor meteor yang panjang.

Kata Chris Anderson, "The future of business is selling less of more (titles)".

Implikasinya bagi pengarang dan penerbit, jangan cuba menulis sebuah buku yang laku 100 ribu naskhah setahun, kemudian tidak laku lagi (buku superstar).

Tulislah 20 judul buku yang setiap satu laku 5 ribu naskhah setiap tahun tetapi laku bertahun-tahun (buku meteor ekor panjang). . .

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 2 pages  <  1 2