Thursday, November 08, 2007

Novel Remaja Fantasi-Realiti Moden

Ini adalah contoh novel yang khusus ditargetkan kepada remaja perempuan usia belasan tahun yang tinggal di bandar-bandar besar.

Watak-watak utama dalam novel ini remaja perempuan belaka. Masing-masing dengan masalah dan harapan yang tipikal dialami oleh remaja perempuan anak-anak keluarga kelas menengah kotaraya.

Bagi saudara yang berminat menulis novel dengan tema kontemporari dunia remaja urban, bacalah novel ini.

Senang cakap: Apa yang ada dalam kepala remaja moden di kotaraya, itulah yang dijadikan tema utama dan tema-tema sampingan dalam novel ini.  

Pasaran novel jenis ini adalah baik, dan ia amat sesuai dijadikan konten-mobile. 

Kombinasi plot realiti dan plot fantasi mempunyai appealnya sendiri kepada pembaca remaja kerana remaja memang suka cerita-cerita fantasi.

Hantar sinopsis novel remaja saudara kepada editor PTS ONE supaya dibaca dan diberikan feedback.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Debat Dilema Apakah Patut Penulis Ikut Kehendak Pembaca

Azman Ismail menulis tentang isu ini di sini. Isu ini dibincangkan dengan panjang lebar dalam satu sesi khas pada Seminar Penulisan Cereka di Aswara minggu lalu.

Pada pendapat Sifu yang hadir dalam sesi itu, rata-rata orang masih percaya dilema ini dialami oleh penulis, oleh itu si penulis yang mesti membuat keputusan, mahu menulis demi kepuasan diri si penulis, ataupun mahu menulis demi memenuhi kehendak pembaca. 

Dunia industri buku tanah air kita yang tercinta ini sudah banyak berubah! Cara orang buat duit dalam industri penerbitan karya cereka Melayu sudah lain benar hari ini.

Barangkali, sebagai penerbit cereka, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sahaja yang belum berubah. 

Dari dulu sampai sekarang, cara kerja DBP masih serupa: Editor-editor di DBP masih kekal bekerja menggunakan pendekatan pasif-reaktif.

Penulis tulis apa yang mereka mahu tulis, kemudian hantarkan manuskripnya ke DBP.

Editor-editor DBP terima sahaja apa yang penulis hantar. Kemudian manuskrip itu dihantar kepada pakar luar supaya dinilai. Kemudian laporan pakar penilai itu dibincangkan oleh jawatankuasa penerbitan. Kalau lulus, luluslah. Kalau tidak, tidaklah.

Di luar pagar DBP, pengurusan bisnes penerbitan cereka sudah ikut model Amerika.

Yang menentukan buku ceraka apa yang ada dalam kedai-kedai buku, adalah penerbit, bukan penulis.

Masing-masing rumah penerbitan mempunyai dasar perniagaan masing-masing. Kalau penulis mahu karya mereka diterbitkan oleh sesuatu rumah penerbitan, dia terpaksa menulis dengan mematuhi kehendak penerbit itu.

Jadi, penerbitlah yang menentukan buku-buku apa yang masyarakat dapat beli di kedai-kedai buku, bukan penulis.

Justeru, dosa penerbitlah yang lebih besar apabila majoriti judul cereka yang sekarang dipamerkan di kedai-kedai buku, adalah judul-judul yang tidak bersifat rahmatul-alamin  -  tidak membawa kebaikan  -  kepada khalayak pembacanya. Penulis ikut berdosa kerana dia mahu diajak tidur sekatil dengan penerbit-penerbit seperti itu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku untuk Wanita

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 07, 2007

Buku untuk Guru Disiplin

Ini contoh buku pendidikan yang semua guru disiplin perlukan. Tetapi disebabkan PTS mengamalkan prinsip bisnes bebas-rasuah, buku-buku seperti ini tidak dipilih oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk projek kontrak pembekalan bukunya.

Walaupun dalam projek pembelian buku yang baru dilaksanakan baru-baru ini, BTP tidak memilih buku-buku pendidikan terbitan kita, PTS komited, akan terus menerbitkan buku-buku yang berkualiti dan penting bagi membantu guru-guru. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit!

Buku ini diramalkan akan menjadi satu lagi buku 'hit' PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-3

 
Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-3

Tarikh: 13-14 November 2007

Masa: 8.00 pagi-5.00 petang

Tempat: Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar Universiti Putra Malaysia

Ucap utama: Dato' Dr. Firdaus Abdullah, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Ucap dasar: Prof. Dr. Mana Sikana, Prof. Dr. Awang Sariyan, Prof. Dr. Zaharani Ahmad, Prof. Dr. Hashim Musa, Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin dan Prof. Madya Dr. Paitoon Chaiyanara.

Hubungi: Dr. Kamariah Kamarudin

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sifu Terima Nasihat

Sejak beberapa hari yang lalu, UNIKA banyak menyiarkan entri tentang pelbagai isu berkenaan rasuah yang melibatkan penerbit-penerbit "cap ayam" dan kontraktor buku dalam tender dan kontrak kerajaan.

Ada sahabat dan pembaca UNIKA yang berasa bimbang apabila membaca entri-entri itu. Mereka bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas bisnes PTS.

Salah seorang berpesan dengan bersungguh-sungguh. Katanya, pihak-pihak yang tidak suka apa yang Sifu tulis itu boleh menekan bank-bank PTS supaya menarik balik fasiliti yang diberikan kepada PTS. Ini biasa dilakukan kepada musuh-musuh politik orang politik. Tanpa dukungan bank, pasti PTS tersungkur, begitulah nasihat mereka kepada Sifu.

Terima kasih atas keprihatinan itu. Perkara ini sudah Sifu fikir masak-masak.

Sebagaimana ada pihak tidak suka membaca apa yang Sifu tulis itu, lebih banyak yang menyokong tulisan-tulisan itu. Maka, cukuplah Tuhan sebagai pelindung PTS....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Menulis Sai-Fai

Menulis fiksyen sains bukan sahaja perlu belajar tentang sains dan teknologi, tetapi aspek sosial dan sejarah. Karya sains juga memerlukan input yang meluas sebagai bahan. Antara yang menarik adalah peranan mimik muka dalam perhubungan serta perang siber....

Baca lebih banyak di Studio Inspirasi

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Isu Penulis Kahwin Lain


Assalamualaikum Puan Sifu yang saya sayangi dan kasihi. Diharap semua warga kerja PTS, sihat hendaknya.
 
Saya tertarik mengenai entri Apabila Penulis Tidak Sabar Menunggu Giliran, Lalu Kahwin Lain.
 
Saya ingin bertanya, jika saya sudah menghantar sebuah karya siri pertama pada si penerbit lain, adakah saya boleh menghantar siri kedua buku itu pada penebit yang lain, jika saya tidak berpuas hati dengan cara buku saya diterbitkan oleh penerbit yang pertama tadi. Sedangkan kontrak hanya untuk buku pertama sahaja.

Adakah tindakan ini wajar? Demi menjaga nama baik seorang penulis.

FK

Respons Sifu: 

Tuan FK,

Adakah tuan menandatangani sebarang perjanjian di mana tuan bersetuju menulis lebih daripada 1 buku dengan penerbit pertama? Jika tidak, tuan boleh menghantar buku-buku kedua, buku ketiga dan seterusnya kepada penerbit lain. 

Bagi menjaga hubungan baik tuan dengan semua pihak, tuan dinasihati supaya secara terus terang memaklumkan kepada penerbit pertama akan hasrat tuan hendak memilih penerbit lain. Dengan itu penerbit pertama tidak berasa tuan seorang yang mempunyai tabiat suka main kayu tiga.

Penerbit baru tuan pun tidak mempunyai persepsi negatif bahawa tuan seorang yang tidak boleh diramalkan bagaimana tingkah laku tuan pada masa akan datang, sebab tuan seorang yang suka lari sana lari sini...

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 06, 2007

Memilih Judul Buku: Gunakan Perkataan yang Makna Konotasinya Positif Sahaja

Perkataan "BOS" dipopularkan oleh P. Ramlee pada tahun-tahun 70-an. Beliau menggunakan panggilan "bos" apabila dalam filemnya itu watak si bos itu mempunyai ciri-ciri bos yang tidak ideal.

Perkataan 'bos' kemudian menjadi ciri linguistik dalam filem-filem arahan pengarah-pengrah lain yang terdapat watak samseng dalam filem mereka.

Justeru sampai hari ini perkataan 'bos' mempunyai konotasi bos yang tidak ideal pada mata orang yang menggunakan perkataan itu apabila merujuk kepada si bos - meskipun bosnya bukan samseng!

Hati-hati apabila anak buah saudara menggunakan perkataan 'bos' apabila merujuk saudara, seperti apabila mereka berkata: "Bos panggil." ataupun "Bos suruh." ataupun "Bos ada?" 

Orang yang dipanggil dengan gelaran 'bos' adalah orang yang tidak disanjungi oleh si pemanggil.

Demikian juga apabila seseorang ketua itu dipanggil hanya dengan menggunakan ejaan singkat namanya, seperti "JJ" ataupun "Datin K" ataupun "Dato' F". Panggilan begitu adalah indikasi bahawa si pemanggil tidak menyanjungi orang yang dirujuk.

Hmm... apalah agaknya panggilan buat Sifu yang digunakan oleh Tim PTS di belakang Sifu! 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apabila Penulis Tidak Sabar Menunggu Giliran, Lalu Kahwin Lain

Sebelum ini sudah beberapa kali Sifu menulis entri berkenaan isu dan risiko penulis-kahwin-banyak-penerbit.

Salah seorang penulis Top-20 PTS telah menyerahkan sebuah manuskripnya kepada sebuah penerbit kecil, yang juga sahabatnya sendiri. PTS pula memang kenal peribadi penerbit itu kerana salah seorang pengarah syarikat itu adalah bekas pegawai DBP. 

Punca mengapa penulis itu hendak berkahwin dengan penerbit lain adalah disebabkan beliau tidak sabar hendak menunggu giliran di PTS. Beliau mahu bukunya terbit cepat, manakala di PTS, jadual penerbitan 2008 sudah penuh. (Buku chairman PTS pun dapat giliran November 2008!)

Maka sang penulis pun memberitahu PTS akan hasratnya yang mahu menyerahkan manuskripnya kepada sahabatnya itu, walaupun hati PTS berat hendak melepaskannya. PTS meminta beliau bersabar menunggu giliran, tetapi beliau tidak sabar.

Bagi PTS, buku beliau tidak boleh diberi layanan istimewa dengan mempercepatkan tarikh terbit bukunya. Jika PTS lakukan itu, bermakna PTS munafik, yakni mungkir janji, kerana semua penulis sudah diberitahu jadual terbit karya mereka. Jadi tidak bolehlan PTS anjakkan jadual orang lain semata-mata kerana hendak memberi laluan kepada buku penulis lain. 

Apabila bukunya itu diterbitkan oleh isteri barunya, terbukti buku itu amat laku kerana isinya baik, namanya pun sudah terkenal di kalangan peminat buku. Buku itu akan diulangcetak kerana permintaan masih ada.

Mesipun bukunya itu laku, sang penulis tidak puas hati dengan wajah bukunya itu yang katanya, tidak cantik, dibandingkan dengan buku-bukunya yang dterbitkan oleh PTS. Jadi beliau hendak menarik balik bukunya itu dan menyerahkannya kepada PTS.

Keadaan ini menyusahkan PTS. Memang benar, sang penulis sendiri yang tidak puas hati dan mahu menarik balik bukunya.

Tetapi, disebabkan PTS sudah besar, orang takkan percaya bahawa sang penulis sendiri yang sengaja menarik balik bukunya itu dan menyerahkannya kepada PTS.  Orang tetap akan mengatakan PTS yang mendorong penulis itu berbuat begitu disebabkan buku itu laku.

Jika PTS terima bukunya itu, imej PTS sebagai 'budak baik' tetap akan rosak. PTS akan dilihat sebagai budak tamak, walaupun sudah besar tetapi masih sanggup potong rezeki penerbit kecil.

Jadi, PTS mengajak para penulis berfikir dalam-dalam sebelum mencari isteri baru. Bukan hanya penulis susah, isteri tua pun susah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa PTS Tidak Menggunakan Perkhidmatan ‘Runner’ ke Sekolah

Pada masa ini, sekolah-sekolah membeli pelbagai buku daripada mereka yang dipanggil "runner".

Runners adalah individu-individu yang mengambil buku daripada penerbit dan membawanya ke sekolah bagi ditunjukkan kepada guru-guru, pengetua dan guru besar. Runner-runner itu meng-kontrol sekolah-sekolah tertentu, dan mereka tidak benarkan runner-runner lain pergi ke sekolah-sekolah itu.

Banyak runners datang ke PTS dengan cadangan mereka mahu membawa buku-buku PTS ke sekolah-sekolah yang mereka kontrol. Mereka datang mencari PTS sebab gu-guru meminta buku-buku PTS. Majoriti runners tidak suka membawa buku-buku PTS sebab harga jualan buku PTS sudah dicetak pada kulit buku, jadi runners tidak dapat hendak menaikkan harga buku-buku PTS.

Memang benar, runners adalah mata rantai penting bagi jualan buku-buku pendidikan terus ke sekolah-sekolah. PTS kehilangan banyak jualan kalau tidak mahu menggunakan perkhidmatan runners.

Buat masa ini PTS tidak berminat menjual buku-bukunya direct ke sekolah-sekolah dengan menggunakan perkhidmatan runners. Ini menyebabkan jualan buku-buku pendidikan PTS tidak sebanyak yang sepatutnya. Ini juga menyebabkan banyak guru merungut mereka sukar mendapatkan buku-buku PTS.

Majoriti runners adalah salesman Cina. Ini adalah faktor yang menyebabkan runners terkenal dengan main sogok kepada guru, guru besar dan pengetua sekolah. Maklumlah, mereka tidak mempunyai konsep 'dosa' dan 'pahala'.

Banyak runners Melayu pun sekarang sudah terikut-ikut dengan amalan sogok-sogokan.

Memang dari sudut undang-undang, kedudukan PTS jelas: Runner-runner itu membeli buku dari PTS dan apa yang mereka buat di sekolah, itu tidak ada kaitannya dengan PTS.

Namun, PTS tidak mahu buku-bukunya dibawa ke sekolah oleh runners yang main-sogok sebab perbuatan runner-runner itu mencacatkan nama baik PTS sebagai penerbit yang bebas-rasuah. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 05, 2007

Apa Masalah Menteri Ini?

Menteri ini ada masalahkah dengan Mstar?

Mengapakah akhbar internet itu memilih foto buruk ini? Apa mesej editor Mstar?

Hari ini si fulan ini memberitahu isu istilah Bahasa Malaysia menggantikan istilah Bahasa Melayu sudah tamat.

Kita maafkanlah dia yang tidak tahu bahawa dalam dokumen Perlembagaan Malaysia, istilah ":Bahasa Melayu" itu belum ditukar lagi. Mana mungkin keputusan mesyuarat kabinet membatalkan perlembagaan.

Fulan ini bukan peguam, malah tidak masuk universiti pun.

Mudah-mudahan inilah penggal terakhir si fulan ini duduk dalam kabinet Malaysia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(13) Diskusi Kuliah | Permalink

Percuma! Kongres Sebudaya Serumpun di DBP 16-18 Nov 2007

Saudara dijemput hadir KONGRES BUDAYA SERUMPUN anjuran PENA, DBP dan KEKKWA.

Tarikh: 16 - 18 November 2007

Tempat: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mendaftar: .(JavaScript must be enabled to view this email address) (017 342 7991)

Nota: Pada mulanya kongres ini berbayar tetapi kini gratis! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Isu Buku Pusat Sumber Sekolah

Assalamualaikum,

Gambaran yang diberikan oleh Sifu sebagai penerbit nampak teruk, namun pengalaman saya dalam dunia buku untuk edaran ke sekolah rendah, bolehlah saya letakkan dalam kategori amat kritikal.

Namun di sekolah menengah, pengalaman saya sendiri sebagi guru mata pelajaran matematik serta rakan lain, sentiasa diberikan peluang untuk memilih buku sama ada untuk kegunaan dalam kelas ataupun untuk buku rujukan di perpustakaan. Maksudnya, banyak pengetua sekolah menengah menyerahkan bulat-bulat pembelian buku kepada guru-guru mereka.

Situasi amat berbeza dengan sekolah rendah, apabila semua pembelian buku dimuktamadkan oleh guru besar sahaja, sekalipun mungkin ada sepintas lalu perbincangan dengan guru perpustakaan.

Sebagai pengedar buku pula, saya amat faham, memang ada jurujual menawarkan diskaun sehingga mencecah 30 peratus kerana persaingan yang sememangnya `kotor`. Ke manakah wang 30 peratus itu disimpan, hanya Allah sahaja yang tahu.

Di daerah saya ini, ada sekolah rendah yang muridnya berjumlah hampir 3,000 orang. Bayangkanlah komisyen dari buku kerja, buku rujukan dan buku perpustakaan lain (ingat... banyak buku dan alatan tulis lain pun serupa komisyennya) dengan jumlah pelajar sebegitu besar.

Kussss semangat.....

ADNAN MOKSIN

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Buat Laporan Polis Apabila Skrip TV Saudara Diplagiat Penerbit

Salam Puan,

Entri puan (kes kontraktor menipu KEMAS) mengingatkan saya kepada perbualan dengan seorang penulis skrip di ASWARA semalam.

Beliau telah menceritakan bagaimana beliau menyelesaikan masalah karyanya diplagiat oleh penerbit drama atau dokumentari.

Beliau menasihatkan, apabila kita mendapati karya kita, dalam hal ini, skrip, ditayangkan di televisyen tetapi telah ditukar nama penulisnya, buat laporan polis.

Setelah itu, buat salinan laporan polis dan hantar ke RTM (bahagian yang menguruskan pembelian rancangan). RTM akan menghubungi penerbit dan kita akan terima bayaran daripada penerbit.

SITI HAJAR BAHARUDDIN 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Puji-pujian Buat Buku TRAVELOG HAJI

Ulasan ini dipetik dari sini.

Buku Travelog Haji tulisan Prof Dr Kamil ini adalah buku yang sangat memberi manafaat kepada semua muslimin muslimat. Ia dapat memberikan kita gambaran, suasana serta pengalaman menunaikan ibadat haji.

Bakal-bakal haji akan mendapat tips dan panduan untuk memudahkan urusan ibadat.

Bagaimanapun ilmu dan pengetahuan yang paling penting yang saya dapat setelah membaca buku ini adalah suatu perkara yang sering kita lupa apabila kita menunaikan ibadat. Iaitu keikhlasan kita menunaikan ibadat hanya kerana Allah dan bukan sekadar menyelesaikan ibadat tersebut.

Kerap kali apabila kita menunaikan ibadat (termasuk saya ketika saya menunaikan umrah) kita sibuk nak menyelesaikannya semudah dan mencari keselesaan yang sebaik mungkin hingga kadang kala kita lupa bahawa tujuan kita hanya kerana Yang Maha Esa dan bukan yang lain. Tolak menolak dan mementingkan diri sendiri bertentangan dengan ajaran dan suruhan agama Islam dan kita lakukannya hanya kerana mementingkan diri sendiri. Saya insaf setelah membaca buku ini.

Dalam buku ini juga saya dapat melihat sifat Prof yang berterus terang dan sanggup menceritakan kelemahan diri kepada seluruh pembaca dan cuba sedaya upaya untuk mengatasi kelemahan diri. Perkara ini sangat sukar dilakukan. Ia tidak mampu dilakukan oleh kebanyakkan pensyarah biasa yang biasanya dianggap orang yang berilmu apatah lagi seorang professor ulung di sebuah universiti!

Tahniah professor.

Saya melihat tujuan Prof. menulis buku ini lebih kepada sebagai ibadah dan dakwah. Oleh itu saya ingin mencadangkan bahawa buku-buku ini dibekalkan di perpustakaan di sekolah-sekolah terutama sekolah menengah. Kita dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar tersebut tentang ibadat haji.

Saya masih ingat lagi ketika di sekolah dulu ketika saya di peringkat SPM memang salah satu topik Pengetahuan Ugama Islam adalah tentang ibadat haji, tetapi kerana ibadat haji ini adalah berbentuk perbuatan saya tidak dapat membayangkan dan susah untuk memahami dengan mendalam tentang perlaksanaan ibadat tersebut.

Kalaulah buku ini telah wujud pada masa itu dan saya mendapat pengalaman dari buku ini, sudah tentulah topik tersebut menjadi terlalu mudah bagi saya seolah-olah saya sendiri yang telah melalui ibadat haji. Tambahan lagi biasanya sesuatu yang kita baca terutama penulisan yang beremosi ketika remaja dan zaman muda sangat melekat di dalam hati dan fikiran kita. Dan bagi sesetengah pelajar bukan Islam yang ingin mengetahui tentang ibadat haji orang Islam mereka akan mendapat cara untuk mengetahui ibadat ini melalui bahasa yang mudah dan penulisan yang menarik.

Sangat rugi kalau buku ini hanya dapat di baca oleh mereka yang boleh memahami bahasa Melayu sedangkan orang Islam ini pelbagai bangsanya. Saya berharap buku ini dapat diterbitkan juga di dalam bahasa-bahasa lain dan diekspot keluar negeri. Dengan ini pengalaman ini dapat juga dikongsi dengan umat Islam berbangsa lain di dunia ini.

ASHRAN HJ IDRIS

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Gosip Industri: Bagaimana Kontraktor Buku Rujukan Inggeris Menipu BTP

Apabila Kementerian Pelajaran menukar bahasa pengantar mata pelajaran sains dan matematik daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris, maka ada kontraktor-kontraktor buku Bumiputera mendapat durian runtuh. Mereka menerima kontrak membekalkan buku-buku rujukan bagi 3 subjek, iaitu Bahasa Inggeris, sains dan matematik, kepada semua pusat sumber sekolah di seluruh negara.

Jumlah kontrak itu berbelas-belas juta ringgit.

Harga yang dituliskan dalam borang tender adalah harga impot buku-buku Inggeris itu, yang semuanya diterbitkan di USA, Britain dan Australia.

Gosip-gosip mengatakan, apabila kontraktor-kontraktor Bumiputera itu sudah menerima surat kontrak dari Kementerian, apakah yang mereka lakukan?

Mereka tidak mengimpot buku-buku itu. Mereka beli satu naskhah sahaja, lalu mencetak semula buku-buku itu di sini, dengan kualiti cetakan yang lebih rendah, lalu dibekalkan kepada Kementerian... dengan mengenakan harga buku original dari luar negara.

Laporan daripada guru-guru pusat sumber sekolah-sekolah luar bandar yang kita jumpa memberitahu buku-buku Inggeris itu tidak disentuh oleh guru, apatah lagi murid, kerana mereka tidak pandai membacanya. 

Begitulah gosip yang kita dengar.

Bijak! Bijak!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

BTP: Apa Cerita Buku Pusat Sumber Sekolah

Buku-buku yang ada dalam pusat sumber sekolah datang dari 2 sumber:

(1) Buku yang dibeli secara kontrak bernilai berjuta-juta ringgit oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan dibekalkan ke sekolah-sekolah.

(2) Buku yang dibeli oleh guru besar dan pengetua sekolah menggunakan duit sekolah. 

Jika saudara masuk dan periksa satu, satu, buku-buku yang ada dalam pusat sumber sekolah-sekolah, saudara akan dapati, buku-buku yang ada itu tidak dapat dibeli dalam kedai-kedai buku. Keadaan ini lebih parah di sekolah-sekolah luar bandar, apatah lagi di sekolah-sekolah rendah.

Habis, jika buku-buku itu tidak ada dijual di kedai-kedai buku, dari mana sekolah membelinya? 

Jawapannya:

(a) Buku-buku cap ayam itu dibekalkan ke sekolah oleh para kontraktor buku (Bumiputera) yang masuk tender BTP.

(b) Buku-buku cap ayam itu dijual oleh door-to-door salesman yang datang ke sekolah-sekolah.

Salesman door-to-door itu datang ke sekolah membawa bermacam-macam buku dan carta alat bantuan mengajar. Salesman ambil buku-buku cap ayam itu daripada penerbit-penerbit cap ayam.

Penerbit-penerbit cap ayam mencetak buku-buku berkualiti cap ayam, kerana mereka tidak mempunyai editor. Mereka mengupah penulis-penulis dan pelukis-pelukis cap ayam yang mahu dibayar kontan dan amat murah.

Buku-buku cap ayam itu tidak laku kalau dijual di kedai-kedai buku. Bahasanya banyak kesilapan tatabahasa dan ejaan. Lukisannya buruk. Isi kandungannya tidak disukai murid. Tetapi, buku-buku cap ayam itu sangat laku apabila dijual secara door-to-door ke sekolah-sekolah.

Sudah menjadi amalan salesman, mereka menawarkan insentif sebagai ganjaran pembelian. Bagi menampung kos insentif untuk guru besar dan pengetua, buku-buku cap ayam itu terpaksa dijual dengan harga yang tidak masuk akal.

Di banyak sekolah, guru besar dan pengetua melarang salesman menemui guru-guru subjek. Jadi guru-guru subjek tidak ada peluang menilai kualiti buku yang dibawa oleh salesman. Guru pusat sumber pun tidak dibenarkan berjumpa salesman. Hanya guru besar ataupun pengetua sahaja yang boleh memilih buku apa yang akan dibeli untuk sekolah. 

Begitulah ceritanya bagaimana buku-buku cap ayam memenuhi pusat sumber sekolah-sekolah kita.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Gosip Industri: BPR Masuk BTP

Bahagian Buku Teks (BBT), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) adalah 3 bahagian dalam kementerian pelajaran yang mempunyai bajet berjuta-juta ringgit bagi pembelian buku. Di mana ada duit, di situlah ada pelbagai macam cerita duit, dan di situlah ada banyak kontraktor yang main-duit.

Di kalangan orang buku, pada saat ini desas-desus sedang bertiup kencang mengatakan pengarah BTP yang baru dilantik memegang jawatan itu, telah memanggil BPR supaya masuk dan melakukan siasatan ke atas bahagiannya itu.

Tentang BTP, banyak benar yang kita dengar daripada guru-guru di sekolah yang tidak puas hati dengan:

(a) Kualiti buku-buku yang dibekalkan oleh kontraktor-kontraktor BTP ke sekolah-sekolah.

Dalam kes ini, ambillah sebagai contoh, bagi pemilihan judul yang terbaru dijalankan oleh BTP, hanya 5 judul buku DBP terpilih, padahal kualiti buku-buku DBP adalah yang terbaik, dan DBP mempunyai ratusan judul yang sesuai dengan keperluan sekolah. Jika buku-buku DBP tidak layak dibekalkan ke sekolah-sekolah, buku penerbit yang macam apa yang lebih baik kualitinya?

Bagi PTS, hanya 3 judul terpilih. Salah satu judul PTS itu adalah "Kejayaan Dari Dalam" karya Ainon Mohd. (Ada sahabat berkata, "Pegawai BTP yang korup itu mahu tutup mulut puan, supaya blog UNIKA tidak tulis apa-apa! Ha ha ha...," sambil dia ketawa.)

(b) Buku-buku yang dibeli oleh guru besar dan pengetua sekolah.

Dalam kes ini, BTP setiap tahun menyediakan senarai buku-buku terbaru yang sudah disemak kualitinya kepada semua sekolah supaya guru besar dan pengetua menggunakan senarai itu apabila membeli buku, tetapi senarai itu tidak diambil endah. Guru besar dan pengetua membeli buku-buku daripada door-to-door salesman yang amat mahal harganya dan rendah pula kualitinya.

Ertinya, BTP cuma mempunyai kuasa me-rekomen sahaja kepada guru besar dan pengetua, supaya buku-buku itu dibeli buat kegunaan guru dan murid, tetapi BTP tidak berkuasa memastikan buku-buku itu dibeli. 

Kita bersyukur dan amat mengalu-alukan sikap Pengarah BTP yang baru ini, yang membuktikan bahawa beliau seorang yang tidak bertolak-ansur dengan amalan rasuah. Kita berdoa Allah melindungi beliau daripada segala marabahaya. Amin. Amin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kontrak PNM: Pesan Buat Penulis VIP

Pada saat ini jantung komuniti industri buku, baik penulis, penerbit, apatah lagi kontraktor, sedang berdebar-debar, dag-dig-dug, dag-dig-dug...

Daripada desas-desus yang kita dengar, mulai tahun 2007 ini, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mempunyai peruntukan khas yang digunakan bagi membeli buku-buku terus daripada pengarangnya.

Tujuan PNM ini adalah mahu menolong pengarang, terutama pengarang terkenal, yang selama ini sering kali menjadi mangsa penerbit yang tidak beretika. Dengan cara PNM membeli terus daripada pengarang, maka pengarang mendapat untung lebih.

Jika tuan seorang Sasterawan Negara ataupun sasterawan terkenal, buku tuan mungkin dipilih oleh PNM bagi pembelian istimewa ini.

Ini adalah pesan Sifu:

(1) Jika buku tuan itu sudah diterbitkan oleh mana-mana penerbit, umpamanya oleh DBP, tuan tidak boleh terus mencetak sendiri buku tuan itu dan dibekalkan kepada PNM. Baca dahulu dokumen perjanjian penerbitan yang tuan tandatangani dengan DBP.

Meskipun hakcipta buku itu milik tuan, tetapi hak menerbitkan dan hak memperdadangkan buku tuan itu sudah tuan serahkan kepada DBP. Jadi, hanya DBP yang boleh mencetak buku itu, dan membekalkannya kepada PNM.

(b) Hakcipta lukisan kulit buku, layout buku dan ilustrasi buku adalah hakcipta penerbit DBP, jadi tuan tidak boleh mencetak semula buku tuan menggunakan kulit, layout dan ilustrasi DBP. Tuan mesti buat lukisan cover, layout semula dan lukis ilustrasi sendiri.

(c) Hakcipta bahagian-bahagian yang sudah diedit oleh DBP dalam buku tuan adalah hak DBP, jadi tuan tidak boleh mencetak buku tuan menggunakan versi yang sudah diedit oleh DBP.  Tuan hanya boleh mencetak versi mentah yang betul-betul tuan tulis original dahulu, yang masih banyak kesalahan ejaan dan tatabahasanya.

Demikianlah juga halnya jikalau buku tuan yang dipesan oleh PNM itu diterbitkan oleh mana-mana penerbit selain DBP. Baca dahulu perjanjian yang tuan tandatangani supaya tidak berlaku saman-menyaman antara penerbit dengan penulis.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesan Buat Rakan Penerbit: Bagaimana Kontraktor Buku Menipu Kerajaan

Setiap tahun, setiap hujung tahun, macam-macam tender projek pembelian buku oleh kerajaan akan dilaksanakan.

Barangkali, dalam komuniti orang bisnes, golongan kontraktor projek-projek kerajaan adalah yang paling rendah etika bisnesnya.

Ambil sahaja sebagai contoh dalam kes perbekalan buku untuk pelbagai projek perpustakaan, umpamanya projek perpustakaan KEMAS (Kemajuan Masyarakat).

Jabatan Kemajuan Masyarakat mempunyai 800 tadika KEMAS di seluruh negara. Setiap tahun KEMAS mempunyai peruntukan buat membeli buku-buku bagi kegunaan guru-guru dan kanak-kanak tadika KEMAS.

Pegawai-pegawai KEMAS memilih buku-buku yang berkualiti, kemudian KEMAS melantik kontraktor bagi membekalkan buku-buku itu.

Apakah yang mungkin dilakukan oleh kontraktor?

Kontraktor itu memberitahu pegawai KEMAS, buku ini, ini, ini, dan ini, dan ini, dan ini... sudah tidak ada lagi. Kononnya penerbit buku-buku itu sudah tutup bisnes, sudah tidak dapat dihubungi lagi... jadi buku-buku itu tidak dapat dibekalkan. Kemudian, kontraktor mencadangkan buku-buku lain bagi menggantikan buku-buku itu.

Pegawai KEMAS yang lurus dan bersangka baik itu pun percaya sahaja cakap kontraktor itu. 

Buku-buku apa, dan buku-buku siapakah yang dicadangkan kepada pegawai KEMAS itu?

(a) Buku-buku terbitan kontraktor itu sendiri, yang tadinya tidak layak dipilih oleh KEMAS.

(b) Buku-buku penerbit "cap ayam" yang sanggup memberi 70% diskaun kepada kontraktor itu, ataupun kedua-duanya sekali.

Jika saudara seorang penerbit, ini pesanan Sifu:

Apabila sahaja buku saudara dipilih oleh KEMAS, cepat-cepat tulis surat kepada Pengarah KEMAS dan berjanji bahawa saudara akan membekalkan judul-judul itu dengan kualiti yang baik dan tepat pada waktunya. Dengan demikian, mana-mana kontraktor yang diberi tender perbekalan nanti tidak dapat hendak menipu pegawai KEMAS yang lurus-lurus dan baik sangka itu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Gosip Industri: Penerbit ‘well-connected’ akan Diberikan Projek PPK

Desas-desus sedang kuat berbunyi-bunyi di kalangan para penerbit yang bergiat dalam sektor buku bersilabus. Gosip mengatakan sebuah penerbit yang tidak terkenal "ADM Sdn. Bhd" akan diberi kontrak projek Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) yang bernilai berjuta-juta ringgit.

Penerbit yang dilabelkan sebagai "well-connected" itu dikatakan mempunyai tuan politik besar dalam kementerian.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Seminar Cereka ASWARA

Pada Sabtu dan Ahad lalu, Sifu berada di ASWARA menghadiri sepenuhnya 2 hari seminar itu. Ikut hadir sama adalah Cik Ashikin (PTS FORTUNA) dan Cik Nurul Hafizah (PTS MILLENIA).

Antara VIP yang hadir sepenuhnya dalam seminar itu adalah SN Dato' A. Samad Said, SN Dr. S. Othman Kelantan, Pemenang SEA Write Award Azizi Hj. Abdullah, Prof. Dr. Mana Sikana dan Dato' Prof. Dr. Hashim Awang.

Dalam ucapan khasnya, Dato' A. Samad Said menyuarakan lagi, tanpa apologi, bagaimana kenyataan beliau yang menentang dengan keras penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium sains dan matematik telah tidak disiarkan oleh media, sehingga timbul tuduhan yang mengatakan para sasterawan pengecut dan membisu.

Tiga kertas kerja yang sangat bermanfaat didengar oleh para penulis dan editor sastera adalah kertas oleh Dr. Salleeh Rahmad (UM), Dr. Sohaimi (USM), dan Prof. Dr. Mana Sikana dan Dato' Prof. Dr. Hashim Awang.

Dr. Salleeh bercakap tentang mazhab post-modernisme, manakala Dr. Sohaimi bercakap tentang teori peruntuhan sejarah atau deconstructing history.

Dato' Prof. Dr. Hashim Awang mengemukakan teori dan teknik penulisan "novel-hikayat". Beliau mengesyorkan supaya para penulis kembali kepada teknik-teknik penulisan yang terdapat dalam Quran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 04, 2007

Mengapa METADOME Memilih PTS

Metadome memilih PTS sebagai rakan niaganya bagi projek buku-mobile kerana:

(a) PTS sudah mempunyai nama baik dalam pasaran buku. Buku-buku PTS adalah sinonim dengan kualiti. Peminat-peminat buku Melayu sudah kenal brand PTS.

(b) Buku-buku PTS juga dipercayai oleh ibu bapa kelas menengah Melayu. Faktor ini amat penting kerana kumpulan ini mempunyai daya beli yang membolehkan mereka berbelanja buat membeli bahan-bahan bacaan tambahan.

(c) Guru-guru sekolah juga sudah mempercayai buku-buku PTS sebagai buku-buku yang membantu perkembangan akhlak dan pendidikan akademik pelajar-pelajar mereka.

(d) PTS menawarkan pilihan judul dan tema yang banyak. Ini membolehkan METADOME melancarkan siri-siri produknya, sebagai contoh: Siri novel remaja, siri motivasi remaja, siri motivasi kerjaya, siri motivasi agama, siri motivasi bisnes, siri motivasi keluarga dan banyak lagi siri.

Sehingga hari ini PTS sudah menerbitkan lebih 800 judul. Setiap tahun PTS akan menerbitkan 300 judul baru, dan jumlah ini akan terus ditingkatkan.

Aspek jumlah judul PTS ini amat kritikal bagi kejayaan buku-mobile kerana ia membolehkan METADOME mempunyai cukup judul bagi melancarkan kempen promosi secara berfasa-fasa bagi produk-produknya dengan cara yang efektif.

Biaya kempen promosi adalah tinggi. Ia dapat mencecah jutaan ringgit. Kos promosi ditanggung bersama antara METADOME dan MAXIS. Jadi amatlah penting bagi METADOME membuktikan kepada MAXIS bahawa METADOME mempunyai bekalan jumlah judul yang banyak, berkualiti, konsisten, dan lebih penting lagi, judul-judul itu sudah mempunyai track-record dalam pasaran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

WEB-TV PTS

Inilah gambar Tuan Hisham Salmin, pengarah web-tv PTS, dan En. Izwan Ibrahim, penolong pengarah, sedang sibuk bertugas dalam studio bagi menghasilkan rakaman program "Penulis dan Buku".

Program ini akan dapat disaksikan dalam portal PTS yang kini sedang dibangunkan.

Para penulis PTS akan diundang bagi rakaman secara bergilir-gilir. Editor saudara akan menghubungi saudara apabila giliran saudara tiba nanti. 

Web-tv PTS ini membolehkan bakal pembeli buku-buku PTS mendapat lebih banyak maklumat tentang penulis dan isi kandungan sesebuah buku sebelum membelinya.

Kita juga berharap, web-tv ini dapat meningkatkan lagi kepuasan penulis-penulis PTS dengan perkhidmatan yang diberikan oleh PTS bagi mempromosi buku-buku mereka. 

Gambar ini diambil semasa sesi rakaman program dengan Tuan Zamri Mohamed

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 03, 2007

Strategi Bisnes: Antara Menjual Lebih Banyak Buku ataupun Menerbitkan Lebih Banyak Judul Buku

Kita menerima banyak pertanyaan dan juga komplen daripada banyak pihak yang tidak puas hati terhadap isu buku PTS selalu out-of-stock (OS). Isu buku OS ini semakin hari semakin serius, kerana 40% judul PTS habis terjual dalam masa kurang 3 bulan. Dalam kes buku-buku seperti "Travelog Haji", judul-judul itu habis dalam masa kurang 1 bulan.

Yang paling tidak puas hati adalah pengedar dan kedai buku. Kedai tidak puas hati sebab buku yang di-order tidak dapat dibekalkan. Buku yang dipesan sudah OS, padahal buku itu baru beberapa bulan terbit. Customer masuk kedai mencari buku, tetapi buku tidak ada. Ini bermakna mereka hilang bisnes.

Kedua, pengarang juga tidak puas hati. Buku mereka sudah OS tetapi masih belum diulangcetak. Ini bermakna mereka hilang royalti.

Laporan inventori PTS menunjukkan, pada bila-bila masa, terdapat antara 80 - 100 judul yang OS. 

Keadaan ini timbul disebabkan PTS tidak mempunyai cukup modal bagi membiayai percetakan yang diperlukan. Jika PTS mempunyai suntikan modal RM3 juta, isu ini tidak timbul. 

Bagi mendapatkan fasiliti RM3 juta itu, PTS mesti meletakkan minimum RM1.5 juta dalam akaun simpanan tetap dalam bank peminjam. 

Jadi ada pihak berpendapat, PTS jangan menerbitkan sampai 30 judul baru sebulan, sebagaimana keadaannya sekarang. Sebaliknya terbitkan 10 judul sahaja, supaya wang yang ada itu dapat digunakan bagi mengulangcetak judul-judul yang sudah OS. 

Jika saudara hendak belajar menjadi penerbit, cuba saudara buat keputusan, apakah pilihan saudara? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Langkah PTS Membangunkan Tim Penulis Remajanya Sendiri (16-19 tahun)

PTS sedang mencari bakat-bakat penulis remaja khusus bagi projek menghasilkan novel-novel fantasi yang ditargetkan kepada golongan remaja. Mereka yang terpilih akan dilatih dalam siri bengkel-bengkel penulisan supaya karya mereka nanti mempunyai ciri-ciri:

1. Evergreen.

2. Mengandungi maklumat yang memandaikan remaja yang membacanya.

3. Mematuhi syariah.

4. Dapat diekspot.

5. Mudah dijadikan siri animasi dan game.

6. Digemari baik oleh remaja lelaki mahupun perempuan.

7. Dapat diterima oleh ibu bapa dan guru-guru.

8. Sesuai dibeli oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

9. Ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Matlamat jangka panjang projek membangunkan pasukan penulis remaja ini adalah supaya PTS mempunyai sekumpulan penulis yang memiliki pengetahuan dan kepakaran tinggi dalam bidang ini. Dengan demikian, PTS dapat secara konsisten menerbitkan karya-karya sastera remaja Islami yang berkualiti tinggi tahun demi tahun.

Adalah strategi bisnes dan komitmen PTS mahu menjadi pemain utama sektor sastera remaja. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 02, 2007

Patutkah PTS Menyewa di Sini: Fikir 2 Kali

Inilah bangunan yang menjanjikan banyak kepada peniaga dan usahawan Bumiputera.

Apakah PTS berminat menyewa ruang pejabat di dalam bangunan ini bagi menempatkan jabatan editorial, jabatan kewangan dan jabatan pengurusan korporatnya, yang saat ini jumlah stafnya hampir 40 orang? 

Persoalan ini menjadi tugas Chairman PTS memikirkannya. 

Satu kali fikir... Banyak sekali kelebihannya apabila 3 jabatan itu beroperasi dalam bangunan ini.  

Pertama-tama, kos sewa ruang tentulah lebih murah sedikit berbanding sekarang. Saat ini PTS menyewa ruang swasta milik orang Cina. 

Tetapi 2 kali fikir... Ada pula bahayanya membuka pejabat dalam bangunan ini.

Bahaya yang paling berbahaya adalah timbulnya persepsi negatif bank-bank dan rakan-rakan niaga PTS, seperti pencetak, pengedar dan pekedai buku.

Selama ini mereka melihat PTS sebagai sebuah syarikat yang "berniaga macam Cina" dan banyak menerima dukungan daripada rakan-rakan niaga Cina.

Pencetak-pencetak Cina berani memberi kredit percetakan kepada PTS bernilai hampir RM2 juta. Rangkaian kedai-kedai buku milik Cina mempromosi buku-buku PTS dengan komitmen tinggi. Bank Cina memberi pinjaman hampir RM3 juta bagi membeli bangunan PTS (akan siap awal 2008) dan overdraf bernilai RM100 ribu (diluluskan dalam masa 3 hari selepas melawat setor PTS).

Ada kemungkinan jika PTS beroperasi dari dalam bangunan ini, maka persepsi positif itu berubah menjadi negatif. Maka rakan-rakan niaga Cina kita menganggap PTS pun serupa macam peniaga-peniaga Melayu lain yang dipayungi oleh pemilik bangunan ini  -  maksudnya "tidak bayar hutang" dan "banyak main politik dan rasuah bagi mendapatkan tender kerajaan".

Hmm...

Chairman PTS mesti memikirkan yang mana lebih penting: Menurunkan kos operasi PTS, dengan itu menaikkan margin keuntungan syarikat, ataupun menjaga persepsi rakan-rakan niaga. 

Satu kali fikir... dua kali fikir... 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Mendemokrasikan Ilmu Agama

Nabi Muhammad SAW dihantarkan kepada semua orang. Sunnah beliau juga ditujukan kepada semua orang. Demikian pula, mesej al-Quran ditujukan kepada semua orang.

Pada masa ini banyak buku-buku agama dalam Bahasa Melayu tidak dapat dibaca dan difahami oleh semua orang. Sepatutnya, buku-buku agama dalam Bahasa Melayu dapat dibaca dan difahami oleh sesiapa sahaja yang tahu membaca dalam Bahasa Melayu, baik dia itu orang Islam ataupun bukan Islam.

Di kalangan orang Melayu yang berpendidikan tinggi dan profesional sekalipun, ramai yang tidak faham apabila mereka cuba membaca buku-buku agama dalam Bahasa Melayu yang banyak dalam pasaran. Ini menjadikan mesej dalam buku-buku konvensional itu tidak demokratis. Islam menjadi agama yang amat elitis, kerana hanya elit agama sahaja yang dapat membaca dan memahami mesej yang terkandung dalam buku-buku itu konvensional itu.

Malah, di kalangan mereka yang lulus fakulti pengajian Islam sekalipun, ada yang tidak dapat memahami ayat-ayat dalam buku-buku agama Bahasa Melayu itu.

Sudah sampai masanya kita, sebagai penulis, penterjemah dan penerbit, menjadikan buku-buku agama dalam Bahasa Melayu benar-benar menampilkan Islam sebagai suatu agama yang demokratis. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 01, 2007

Sejarah Sebagai Sumber Plot dalam Fiksyen Sains

Baca di sini bagaimana realiti dalam sejarah dunia dapat dijadikan sumber plot realiti alternatif dalam fiksyen sains.

Mata pelajaran sejarah adalah antara subjek paling tidak popular di kalangan pelajar-pelajar kita. Namun sejarah adalah sumber ilham yang tidak pernah tuntas.

Sesiapa sahaja yang mahu menjadi pengarang berjaya wajib membaca banyak buku-buku sejarah.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

SABTU 24.11.07 Bengkel Menulis Cerita Hantu Islami

Ambil perhatian!

Kita akan mengadakan bengkel menulis cerita-cerita hantu aliran Islami yang tujuannya adalah memandaikan bangsa.

Tarikh: Sabtu 24.11.07

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Kuala Lumpur KL.

Waktu: 10 pagi - 5 petang

Daftar di sini. Tulis nama, nombor hp dan emel.

Nota: Kita amat menggalakkan para penulis novel remaja hadir dalam bengkel ini. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(34) Diskusi Kuliah | Permalink

Jangan Lupa! SABTU 24.11.07

BICARA PENULIS: RAHSIA MELABUR DALAM UNIT AMANAH  

Tarikh: SABTU 24 November 2007
Tempat: Centre Court, Alpha Angle
Masa: 2.00 petang – 3.00 petang
Penceramah: En. Sunthara Segar
Buku: Rahsia Melabur dalam Unit Amanah

Program: Penulis menerangkan buku tulisan beliau selama setengah jam yang pertama. Kemudian beliau memberi maklumat peri penting pelaburan dan jenis-jenis pelaburan yang selamat dan untung.
2.00 petang: Diskusi buku
2.30 petang: Pelaburan itu apa?
2.45 petang: Jenis-jenis pelaburan
3.00 petang: Sesi tamat

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu Moral dalam Produk Impot

Kartun-kartun produk Jepun yang dialih bahasa ke bahasa Malaysia menggunakan istilah-istilah yang sama sekali tidak mendidik. Anda tentunya akan sentiasa mendengar kata seperti ‘tak guna’, ‘kurang ajar’ dan lain-lain yang dituturkan oleh watak.

Dalam Neon Genesis Evangelion ada banyak adegan yang tidak layak ditonton kanak-kanak. Misalnya, adegan ketika watak Eva-01 menikam Angel ke-3. Juga adegan pilot Eva-02, Asuka, telanjang di bilik air. baca di sini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Hakcipta: Apabila Ulamak Berkata, “Saya waqafkan ilmu saya.”

Banyak individu yang aktif merompak harta intelek teks ucapan dan kuliah ulamak popular seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang mempertahankan apa yang mereka lakukan itu dengan mengemukakan hujah bahawa kedua-dua tuan guru itu sudah 'mewaqafkan' ilmu yang mereka sampaikan dalam ucapan dan kuliah mereka.

Di sisi undang-undang hakcipta, 'ilmu' yang terkandung dalam teks ucapan dan kuliah itu disebut dengan istilah 'idea'.

Undang-undang hakcipta tidak melindungi 'idea', justeru 'ilmu' dalam teks ucapan ulamak-ulamak itu memanglah tidak dilindungi. Sesiapa sahaja boleh menyebar-luaskan ilmu-ilmu ulamak itu tanpa perlu meminta izin daripada mereka.

Apa yang dilindungi oleh undang-undang hakcipta adalah ayat-ayat yang dilafazkan oleh kedua-dua orang ulamak itu sewaktu mereka berucap ataupun menyampaikan kuliah.

Sesiapa yang mahu menjual ilmu-ilmu yang diajarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi Awang, dia mesti menerangkan ilmu-ilmu itu dengan menggunakan ayat-ayatnya sendiri. Jadi, dia mesti menulis bukunya sendiri, di mana dalam buku itu dia menerangkan ilmu-ilmu kedua-dua ulamak itu. Kemudian dia juallah buku tulisannya itu, dan ambillah semua keuntungan daripadanya.

Jangan pula dia salin ayat-ayat dalam ucapan dan kuliah mereka, lalu dicetak menjadi buku, lalu dijual. Ayat-ayat itu adalah harta intelek hakmilik tuan-tuan guru itu, maka perbuatan menyalin dan menjual ayat-ayat mereka itu adalah perbuatan mencetak-rompak harta mereka berdua.

Banyak orang tidak faham perbezaan antara 2 konsep asas dalam undang-undang hakcipta, yakni konsep 'idea' dan konsep 'penzahiran idea'.

Undang-undang hakcipta tidak melindungi 'idea'. Yang dilindungi adalah bentuk-bentuk 'penzahiran idea'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Hakcipta: Apakah Unsur-unsur yang Dilindungi dalam Teks Bertulis

Dalam surat aduan Tuan jOnOs, beliau meminta penjelasan berkenaan apa unsur-unsur yang dilindungi dalam sesebuah teks yang ditulis. Barangkali banyak penulis lain juga memerlukan maklumat ini.

Pertama-tama, apa-apa sahaja ayat yang saudara tulis, secara automatik dilindungi, ertinya orang lain tidak diizinkan menyalin ayat saudara itu.

Sebarang ayat yang saudara tulis dalam tesis akademik, dalam tugasan sekolah, dalam surat-surat peribadi, dalam emel, dalam blog, dalam diari, dalam catatan mesyuarat, dalam SMS, dalam senikata lagu, dalam puisi, dalam lukisan, pada T-shirt, pada kad undangan, pada skrip ucapan, pada kain rentang, pada iklan, pada tin dan bungkusan produk, pada poster, pada brosur, pada skrin TV, waima yang ditulis pada batang pokok, pada tembok... semuanya dilindungi.

Berikut adalah unsur-unsur dalam teks yang dilindungi oleh undang-undang:

1. Walaupun saudara hanya menuliskan 1 potong ayat, maka ayat itu tetap dilindungi.

Kalau saudara menulis sebuah novel, orang tidak boleh menyalin walaupun cuma 1 potong ayat saudara. Kalau saudara menulis puisi, orang tidak boleh menyalin walaupun hanya satu baris puisi saudara.

2. Susunan perkataan-perkataan dalam ayat adalah dilindungi.

3. Susunan idea-idea dalam ayat adalah dilindungi.

4. Susunan ayat-ayat dalam perenggan adalah dilindungi.

5. Susunan perenggan-perenggan dalam bab adalah dilindungi.

6. Susunan bab-bab dalam buku adalah dilindungi. 

Dalam kes Tuan jOnOs, jika terdapat 1 potong ayat yang sama dalam artikel Mohd. Khuzairi Ismail dengan entri dalam blog Tuan jOnOs, itu adalah bukti bahawa Mohd. Khuzairi Ismail mencuri harta intelek Tuan jOnOs.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Inikah Wajah Sasterawan Negeri Sembilan 2007

Kita di PTS tumpang berdebar-debar hendak tahu adakah ini wajah penerima anugerah Sasterawan Negeri Sembilan 2007.

Kita berdoa anugerah itu diterima oleh Abdul Latip Talib, tokoh sastera sejarah yang sudah menerbitkan 6 buah novel dengan PTS, dan semua novel beliau laku dalam pasaran.

Ya Allah, Tuhan yang maha memberi balasan baik kepada hambanya yang berbuat baik, terimalah doa kami. Amin. Amin.

Novel sejarah yang terbaru selesai ditulis oleh tokoh ini adalah "Sultan Muhammad al-Fateh", sultan Turki yang berjaya merampas semula kota Constantinople daripada maharaja Rom, lalu dinamakan semula sebagai Istanbul.

Saat ini beliau sedang menulis novel "Jatuhnya Kota Baghdad" kepada serangan tentera berkuda Hulaku Khan, cucu Ganjis Khan. Mengikut ceritanya, Hulaku membakar perpustakaan diraja Baghdad dan habuk buku-buku itu dibuang ke dalam sungai Euphrates sehingga airnya menjadi hitam.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Inilah Novelis “Tegar”

Inilah wajah "Panaharjuna" ataupun nama sebenarnya Ahmad Zafran Abdul Mutalib.

Beliau adalah novelis remaja berasal dari Negeri Sembilan yang kini paling ngetop dengan karya beliau "Tegar", "Sahabat Kole Kacang 1", "Sahabat Kole Kacang 2", "Pendekar Budiman" dan "40 Lukisan Hati".

Kita berdoa salah satu karya beliau memenangi hadiah dalam anugerah Sasterawan Negeri Sembilan 2007, khususnya bagi kategori sastera remaja. Amin. 

Seorang yang mempunyai network yang luas di kalangan pekomik dan pekartun, beliau banyak berjasa kepada PTS dengan memperkenalkan bakat-bakat baru kepada kita. Beliau sekarang aktif menghidupkan semula persatuan PEKOMIK bagi membela kepentingan karyawan bidang tersebut.

Kini beliau sedang menyiapkan 3 novel serentak. Karya terbaru beliau yang akan terbit sedikit masa lagi adalah "Sahabat Kole Kacang 3".

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Siapa Terbitkan Buku Catatan Pengalaman Anwar Ibrahim 6 Tahun Merengkok dalam Penjara

Petikan: ...Ada pegawai tertentu berdiri di belakang Anwar sewaktu dia membaca buku, membaca al-Qur'an dan menulis. Anwar tegur supaya dia tidak mengganggunya tetapi dijawab pegawai itu, "Ini memang kerja saya," katanya, yang enggan dikenali.

Penasihat PKR itu juga merungut tentang banyaknya tikus di penjara, sambil mengenangkan kempen mengawal tikus sewaktu beliau sebagai Menteri Pertanian pertengahan 1980-an. "Dia tidak sangka, masalah tikus ini masih tidak selesai-selesai," kata penyusun....

Alangkah bertuahnya jika PTS yang diberikan kepercayaan menerbitkan dan mengedarkan buku itu. 

Baca di sini. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Jangan Lupa!  AHAD 25.11.07

  DISKUSI BUKU: TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN

 Tarikh: AHAD 25 November 2007
 Tempat: Centre Court, Alpha Angle
 Masa: 2.00-3:00 petang
 Penceramah: Prof. Muhd. Kamil Ibrahim
 Buku: Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

Program: Penulis menerangkan buku tulisan beliau selama setengah jam yang pertama. Kemudian, beliau berkongsi maklumat dan pengalaman dengan peserta khususnya mengenai tatacara mengerjakan Haji Tamattuk, kaedah-kaedah dan petua-petua bersama peserta.
2.00 petang: Ucapan aluan Pengerusi Majlis
2.05 petang: Penulis membentangkan penulisan beliau.
2.35 petang: Sesi soal jawab: Perkongsian maklumat dan pengalaman
3.00 petang: Sesi tamat

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 3 pages  <  1 2 3