Orang-orang yang menuturkan bahasa Inggeris selalu berkata, lebih kurang begini bunyinya: “Tulis buku dalam bahasa Inggeris, ia boleh dijual secara global.”
Undang-undang perdagangan di Indonesia, Thailand, India, Pakistan, Jepun, Korea, Hong Kong, Taiwan, China, Rusia, Amerika, Canada, Australia, Britain, German, Perancis, Itali dan lain-lain negara di dunia ini, mewajibkan buku-buku yang hendak dijual di negara-negara itu mesti diterbitkan di negara itu.
Begitulah cara-cara yang diamalkan oleh negara-negara maju bagi memastikan industri penerbitan dan percetakan dalam negara masing-masing maju dan berkembang. Peraturan sekatan perdagangan seperti itu membolehkan para penerbit dan pencetak mereka mendapat peluang menjana keuntungan dan pekerjaan.
Dasar protectionist seperti itu terbukti berjaya membangunkan industri percetakan di Indonesia, Thailand, dan India sehingga buku-buku yang mereka cetak sekarang sangat tinggi kualitinya.
Dengan adanya undang-undang sekatan seperti itu di seluruh dunia, maka tidak ada jalan bagi penerbit Malaysia yang menerbitkan dan mencetak buku-buku Inggeris di sini mengekspot buku-buku itu secara global.
Hanya Malaysia, Singapura dan Filipina sahaja yang membenarkan buku-buku yang diterbitkan dan dicetak di luar negara diimpot sebebas-bebasnya, dan sebanyak-banyaknya, malah TANPA CUKAI!
Tepung kunyit yang diimpot dari India itu pun dicukai, manakala buku-buku dan majalah dalam bahasa Inggeris, Cina dan Tamil tidak dicukai.
Jika PTS mahu menterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris buku bestseller "TRAVELOG HAJI" karya Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim, supaya dapat dipasarkan ke Amerika, kita dipaksa menerbitkan edisi terjemahan itu di Amerika.
Jika kita kemudian mahu menjual buku TRAVELOG HAJI itu ke Britain, kita dipaksa menerbitkan semula buku itu di Britain.
Jika kita kemudian mahu menjual buku TRAVELOG HAJI di Indonesia, kita dipaksa menerbitkan semula buku itu di Jakarta. Inilah yang sedang dilakukan oleh PTS. Hingga saat ini 45 buah judul PTS sudah diterbitkan dan dicetak semula di Jakarta, oleh penerbit dan pencetak Indonesia, buat pasaran Indonesia.
Undang-undang perdagangan buku kita sebenar-benarnya hanya menguntungkan ekonomi negara-negara asing - terutamanya ekonomi negara China, Taiwan, Hong Kong, Britain dan Amerika - dan penerbit dan pencetak asing.
Masa untuk berubah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o