Tuesday, April 08, 2008

Confirm Dilesen oleh Jakarta

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Minta Edisi Jawi dan Inggeris

Buku ini menerima permintaan supaya diterbitkan edisi Melayu tulisan jawinya. Ada pula wakil tadika aliran Montessori yang meminta edisi Inggerisnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 07, 2008

Apabila PR Memerintah Negeri, Apa Nasib Kontraktor dan Penerbit Buku

Kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, dan Kelantan menyebabkan hati para pemain dalam industri buku berdebar-debar.

Ada persoalan yang terus bermain-main dalam kepala para kontraktor buku dan penerbit buku.

Ada kebimbangan yang mengecutkan perut mereka.

Pengalaman bagaimana sumber kewangan persekutuan tidak disalurkan kepada kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu menyebabkan di kedua-dua negeri itu, bisnes buku dengan perpustakaan amat dingin.

Selepas Terengganu diperintah semula oleh Barisan Nasional (BN), perpustakaan awam negeri itu kembali membeli buku.

Mujurlah, PNM kemudian mengambil tanggungjawab membekalkan buku kepada semua perpustakaan awam di seluruh negara.

Kini ada 5 negeri di bawah kerajaan PR. Berikut adalah persoalan yang bermain dalam kepala kontraktor dan penerbit buku:

1. Apakah kerajaan persekutuan akan memberhentikan penyaluran wang kepada kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor pula? Tanpa wang dari kerajaan pusat, maka kerajaan negeri-negeri PR terpaksa berjimat cermat. Buku adalah item yang dianggap tidak kritikal, justeru tidak akan dibeli.

2. Apakah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan terus dibenarkan membekalkan buku-buku ke semua perpustakaan awam di negeri-negeri kerajaan PR ataupun tidak? 

3. Apakah PNM akan terus dibenarkan membuka perpustakaan awam baru di negeri-negeri PR ataupun tidak?

4. Apakah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan terus dibenarkan menyalurkan wang kepada sekolah-sekolah negeri PR bagi membeli buku untuk perpustakaan ataupun tidak?

Inilah persoalan yang secara langsung mempunyai kaitan dengan nasib para kontraktor buku dan penerbit buku. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Corat-coret Pesta Buku (16): Produser Drama TV Berminat Melesen Novel Remaja Ini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Hadiah Laptop Dell

Bagi saudara yang membeli buku ini di Pesta Buku, ada cabutan bertuah.

Pengarang buku ini menyediakan hadiahnya sebuah laptop Dell!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 06, 2008

Buku Sifu Masuk TOP TEN di Kalimantan Barat

Minggu, 9 Maret 2008
Buku laris
ROADMAP TO THE TOP
Ali Murtadlo dan Tatik Suryani, JP Books Surabaya, Maret 2008 (Manajemen)


1. POTRET KEBIJAKAN MONETER INDONESIA
Aulia Pohan, Rajawali Pers Jakarta, 2008 (Moneter)

2. FROM UNIO SQUARE TO ROME
Dorothy Day, Dioma Malang, Desember 2007 (Spiritualitas)

3. 100 WANITA PALING BERPENGARUH SEPANJANG MASA
Deborah G. Felder, Karisma Jakarta, Februari 2008 (Populer)

4. TRUST, HARGA SEBUAH KEPERCAYAAN
Charles Epping, Serambi Ilmu Semesta Jakarta, Januari 2008 (Novel)

5. FIKIH KORPORASI, MEMBINCANG HUKUM ORGANISASI BISNIS ISLAM
Imran Ahsan Khan Nyazee, JP Books Surabaya, Februari 2008 (Bisnis Islam)

6. RAHASIA SUKSES BISNIS MANDIRI
Ainun Muhammad, Hikmah Jakarta, Februari 2008 (Bisnis)


7. 25 TIP SUKSES MENITI KARIR
Ewang Sewoko, Andi Jogjakarta, 2008 (Pengembangan Diri)

8. YUK, BIKIN KOMIK
Dwi Koendoro Br., Dar!Mizan Bandung, 2007 (Komik)

9. WASIAT TERAKHIR SOEHARTO
Zaenal Ali, Narasi Jogjakarta, Febrauri 2008 (Tokoh)

10. TEKNOLOGI BETON
Paul Nugraha dan Antoni, Andi Jogjakarta, 2008 (Teknologi)

11. SAMITA, SEPAK TERJANG HUI SING, MURID PEREMPUAN CHENG HO
Tasaro, Dar!Mizan Bandung, Januari 2008 (Sejarah)

12. COKIN? SO WHAT GITU LOH!
Ivan Wibowo, Komunitas Bambu, 2008 (Pemikiran Tionghoa Muda)

13. REPUBLIK TANPA KPK: KORUPTOR HARUS MATI
Dr Eggi Sudjana SH MSi, JP Books Surabaya, Januari 2008 (Pemikiran)

14. THE HEAVENLY COUPLE, AIR MATA BERBURU BAHAGIA
Manije Armin, Iman, 2008 (Kisah Nyata)

......................

Nota: Judul asal buku itu adalah "MEMULAKAN BISNES SENDIRI" 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Corat-Coret Pesta Buku (15): Asma Nadia

Asma Nadia adalah antara nama novelis Islami yang paling ngetop di Indonesia saat ini. Beliau datang ke booth PTS bagi sesi perundingan pelesenan.

PTS MILLENIA telah menandatangani persetujuan dengan  penerbit MIZAN dan penerbit GRAMEDIA bagi menerbitkan novel-novel Asma yang bestseller yang mereka terbitkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Corat-coret Pesta Buku (14): Buku dan Selebriti

Nampaknya Pesta Buku 2008 lebih hebat daripada tahun 2007 jika diukur daripada kesungguhan penerbit mempromosi brand masing-masing.

BERITA Publishing membawa Dato' Siti Norhaliza. Dewan Bahasa dan Pustaka membawa Dato' Sharifah Aini. PTS membawa Dato' Dr. Mohd. Fadzillah Kamsah, penyanyi nasyid dan ahli silap mata Amar, dan untuk mempromosi Mbook PTS-METADOME membawa Alif Satar dari OIAM dan band Sixth Sense.

Semalan (Ahad) sebuah penerbit buku jadi-kaya melancarkan serentak buku-buku oleh 7 orang pengarangnya dengan tidak membawa artis. Kerusi di depan pentas kosong.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Corat-coret Pesta Buku (13)

Hari ini hari Ahad. Jumlah pengunjung kurang berbanding dengan hari Sabtu. Menurut Mr. Law, pengerusi MABOPA merangkap pengerusi pesta, di semua dewan pameran jumlah pengunjung kurang. 

Nilai jualan PTS juga turun hari ini, iaitu RM35,000.

Diramalkan jumlah ini akan turun lagi sepanjang hari kerja Isnin-Khamis akan datang. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Al-kisah Ikan Kecil di Lautan Luas dan Penulis Kecil dalam Dunia Bisnes

Dalam lautan lyang luas pastilah terdapat ikan-ikan pemangsa yang besar-besar. Ikan makan ikan. Ikan-ikan kecil adalah makanan ikan-ikan besar.

Tuhan menjadikan ikan-ikan kecil, demi meningkatkan peluang survival, mereka berenang dalam kumpulan-kumpulan besar. Ia disebut strategi safety-in-number. Tentang strategi survival begini, Nabi Muhammad pernah berpesan bahawa kambing yang dibaham serigala adalah kambing yang keluar daripada kumpulannya.

Jika saudara seorang penulis, dan saudara yakin saudara mahu berenang sendirian alam dunia bisnes buku, berikut adalah risiko yang ada di depan saudara:

(1) Saudara lebih terdedah kepada peluang ditipu ataupun dimangsai oleh penerbit, baik penerbit buku, penerbit drama TV ataupun penerbit-penerbit media lain.

(2) Sukar bagi saudara menagih hutang, baik hutang royalti daripada penerbit, mahupun hutang jualan buku daripada pengedar dan pekedai.

(3) Jika karya-karya saudara diterbitkan oleh banyak penerbit, sukar bagi mana-mana satu penerbit saudara itu hendak mengeluarkan modal mempromosi buku saudara dengannya. Pertama buku saudara dengan penerbit itu tidak banyak. Kedua, tidak ada mana-mana penerbit yang komited mempromosi nama saudara dengan mengeluarkan belanja banyak, sebab ada kemungkinan buku saudara dengan penerbit lain pula yang lebih laku. Akibatnya, semua penerbit itu tidak mempromosi saudara.

(4) Sebagai penulis yang menulis ikut rancangan suka-suka hati sendiri, kemudian saudara mencari penerbit sendiri, dan menagih hutang royalti sendiri, sukar bagi saudara hendak survive. Kata pepatah, tangan 1-jari tidak serupa kekuatannya dengan tangan 5-jari.

Sebagaimana saudara tidak setia kepada mana-mana satu penerbit, demikianlah penerbit-penerbit saudara pun sukar hendak setia kepada saudara. Mereka berfikir, buat apa membelanjakan wang mempromosi saudara sedangkan karya-karya saudara yang akan datang mungkin saudara serahkan kepada penerbit lain.

Saudara seorang penulis. Jiwa saudara jiwa penulis. Dunia bisnes adalah lautan yang saudara tidak menguasai tipu-helah, putar-belit dan tendang-terajangnya. Sedangkan syarikat pun ditipu oleh syarikat-syarikat lain, inikan pula penulis solo.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 05, 2008

Corat-coret Pesta Buku (13): Pameran PeKOMIK Meletup!

Di luar dugaan! Pameran FOLIO ILUSTRATOR 2008 oleh PeKOMIK mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung pesta.

Meja demo melukis komik dikerumuni peminat sepanjang masa.  Ruang pameran folio sentiasa meriah.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Corat-Coret Pesta Buku (12): En. Zaharin Senyum Lebar

Pada hari Jumaat, yakni hari pertama pesta, En. Zaharin Zain, Pengurusan Jabatan Jualan PTS, tidak banyak senyum, kecuali apabila terpaksa. Booth PTS terletak di dewan seberang sungai PWTC. Pengunjung tidak banyak datang ke gerai. Sewaktu booth ditutup jam 9 malam, kutipan lebih sedikit RM8,000.

Hari ini, hari Sabtu, sekolah dan pejabat cuti. MasyaAllah, banyaknya orang berkerumun dalam booth PTS, sampai tergesel-gesel hendak berjalan. Baru jam 5 petang, kutipan hari ini sudah lebih RM48,000. Jam 7 malam, masih ramai pembeli di booth PTS.

Patutlah En. Zaharin senyum-senyum sepanjang petang sampai malam.... 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Corat-Coret Pesta Buku (11): Judul Agama Paling Ngetop

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Corat-Coret Pesta Buku (9): Lebih 200 Unit Terjual dalam 2 Hari

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Corat-coret Pesta Buku (8): Baru 2 Hari Pesta, Sudah Habis di Rak

Bagi setiap judul yang dipamerkan di PTS, bekalan yang dibawa ke PWTC adalah 40 naskhah. Antara buku-buku yang licin dalam masa dua hari adalah:

.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Corat-Coret Pesta Buku (7)

Novel ini dipegang-pegang, dibelek-belek oleh Tuan Abu Hassan Morad. Beliau tertarik oleh kulitnya yang amat Islami itu.

"Saya perlukan sinopsis novel ini," katanya sambil membolak-balik buku ini di tangannya. Lama dia merenung-renung kulit cantik novel ini yang sebenarnya dilukis di sebuah studio di Jakarta.

Kemudian novel Salju Sakinah ini diletakkan semula atas meja oleh penerbit drama TV Islami itu.

Tetapi buku novel Chef, buku Travelog Haji dan novel Cerita Satu Impian diletakkan atas pahanya.

"Nanti saya akan hubungi Tuan Zaid Akhtar," saya berjanji kepada beliau. 

Nota Sifu kepada Tuan Zaid Akhtar: Tolong tulis sinopsis novel Salju Sakinah segera! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Corat-coret Pesta Buku (6)

Sehingga sekarang Dato' Abdul Hadi Awang sudah menerbitkan 7 buah buku dengan PTS.

Siri Beriman ini terdiri daripada 5 buah buku. Penerbit PT AgroMedia Pustaka dari Jakarta berminat melesen siri ini. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 04, 2008

Corat-Coret Pesta Buku (5)

Tuan Abu Hassan Morad, seorang penerbit drama-drama TV Islami, datang ke booth PTS pada jam 8 malam dan berbincang dengan En. Faris Hasbullah sehingga lampu dewan pameran di malapkan, tanda pesta akan ditutup!

Inilah 2 buah buku yang amat menarik perhatian beliau untuk dinilai kesesuaiannya bagi dijadikan siri drama TV. 

Menurut beliau, beliau sedang mencari novel yang jalannya cerita sesuai bagi program bulan Ramadhan akan datang. 

Mudah-mudahan beliau akan memilih kedua-dua buku ini.

Apabila beliau memutuskan mahu melesen hak drama TV buku-buku ini, barulah rundingan berkenaan terma-terma pelesenan dibincangkan dengan Puan Nor Hazizam, Pengurus Jabatan Pemasaran PTS. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Corat-coret Pesta Buku (4): Khabar Buruk Buat DBP

Petang tadi juga Sifu berbual panjang dengan Tuan Norden Muhammad, Pengurus Besar ALAF21, dan Tuan Helmy Samad, Pengurus Besar WIRA BUKIT.

Tuan Helmy memberitahu, WIRA BUKIT akan menghantar surat peguam selewat-lewatnya pada bulan Jun akan datang kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) jikalau DBP masih tidak mahu melepaskan hak penerbitan karya-karya Sasterawan Negara (SN) Dato' A Samad Said.

Menurut anak sasterawan itu, DBP tidk mahu melepaskan hak penerbitan karya-karya ayahnya disebabkan khuatir nanti pengarang-pengarang lain akan ikut menarik balik hak penerbitan buku-buku mereka. 

Kita berpandangan, kalau DBP tidak mahu memulangkan hak penerbitan kepada pengarang, cetaklah semula karya-karya itu.

Adalah tidak patut apabila DBP tidak mahu mengulangcetak tetapi tidak mahu pula memulangkan hak penerbitannya kepada Dato' A. Samad Said, supaya beliau dapat menerbitkan karya-karyanya sendiri.

Yang lebih tidak sedap didengar, apabila anak Allahyarham Dato' Usman Awang menghantar surat peguam meminta hak penerbitan karya ayahnya, Tulang-Tulang Berserakan, DBP setuju pula memulangkan hak itu. Malah, DBP membayar sagu hati lagi kepada anak beliau.

Nota Sifu: Di PTS, beginilah amalan kita  -  sebagaimana termaktub dalam dokumen perjanjian penerbitan PTS, apabila perjanjian itu genap 3 tahun usianya, secara automatik pengarang berhak menyemak, merundingkan semula, menyambung, ataupun menarik balik hak penerbitan karyanya, sama ada PTS suka ataupun tidak. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Corat-coret Pesta Buku (3)

Petang tadi, 3 orang eksekutif kanan daripada penerbit Indonesia P.T. AgroMedia Pustaka datang ke booth PTS dan menunjukkan minat mahu menilai bagi tujuan melesen 2 buah buku ini.

Mudah-mudahan mereka akan melesen buku-buku ini sekembalinya mereka ke Jakarta.

PTS berkenalan dengan AgroMedia sewaktu kita menghantar pegawai-pegawai PTS ke pesta buku Jakarta tahun lalu. Inilah sebabnya amat penting penerbit Malaysia menghantar misi perdagangan ke pesta-pesta buku luar negara. 

PT Agromedia adalah penerbit buku ke-3 terbesar di Indonesia dari sudut nilai jualannya. Ia mula-mula ditubuhkan sebagai penerbit buku-buku pertanian, tetapi kini ia sudah melebarkan kategori penerbitannya kepada buku-buku umum lain. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Corat-coret Pesta Buku (2)

Selepas selesai majlis perasmian pesta buku, Sifu berbual-bual dengan Mr Law King Hui, Presiden MABOPA (Malaysian Book Publishers Association) dan Pengarah Urusan SASBADI, penerbit buku bersilabus terbesar di Malaysia saat ini.

Turut berbual adalah Tuan Haji Hassan Hamzah, Presiden Persatuan Kontraktor Buku Bumiputera. (Beliaulah yang telah disaman RM10 juta oleh Vincent Tan, di mana keputusan kehakiman dalam kes itu telah ditulis oleh peguam Vincent Tan, Mr. Correct3X.)

Dalam perbualan itu Mr. Law memberitahu bahawa dalam senario bisnes penerbitan seperti sekarang, banyak perkembangan positif sedang berlaku. Jumlah penerbit makin bertambah. Jumlah outlet buku bertambah. Jumlah judul yang diterbitkan bertambah. Jumlah jualan buku di kedai buku juga bertambah. Beliau kemudian menyebut PTS sebagai contoh penerbit komersial yang sedang berkembang dengan baik.

Menurut Mr. Law, kunci survival dalam industri penerbitan buku adalah keupayaan "membaca trend". "Penerbit yang dapat membaca trend dengan betul akan survive," kata beliau. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Corat-coret Pesta Buku (1)

Majlis perasmian Pesta Buku tidak jadi dilakukan oleh Dato' Hishamuddin Tun Hussein, menteri pelajaran kita. Beliau digantikan oleh timbalannya, Datuk Razali Ismail.  Dato' Razali adalah bekas  Pengarah Latihan Guru di kementerian, oleh itu tidak hairanlah beliau pandai menyampaikan ucapan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi yang disulami dengan pepatah dan gurindam yang indah-indah. Selepas setiap gurindam yang diucapkannya, hadirin memberi tepukan.

Selepas majlis, novelis Islami yang terkenal, Abu Hassan Morad, menyampaikan cerita kepada Sifu. Kata novelis itu, sewaktu persidangan akhbar ada wartawan bertanya kepada Timbalan Menteri itu mengapa Dato' Hishamuddin tidak dapat datang. Disampuk oleh seorang pegawainya yang ada di situ, "Dia tak mahu jumpa Ainon Mohd." Entah ia, entah tidak, tetapi begitulah seloroh Abu Hassan Morad. 

Pada hari Ahad nanti, Sifu dan Abu Hassan Morad akan berunding tentang kemungkinan syarikat beliau mengalihkan novel-novel PTS menjadi drama TV. Beliau adalah penerbit majalah ANIS. Beliau juga seorang penerbit drama-drama TV.

Nota: Datuk Razali adalah calon BN yang mengalahkan calon PAS, Mohamad Sabu, di Kuala Terengganu pada PRU12 yang lalu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Entri Sempena Hari Perasmian Pesta Buku: Industri Buku Melayu adalah Industri Matahari Terbit

Hari ini adalah hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.

Seorang sahabat baik dan juga tokoh media yang terkenal, "Dato' JJ", pernah cuba mempengaruhi Sifu supaya menerbitkan buku-buku Inggeris. Hujah yang beliau kemukakan adalah, dengan penekanan kerajaan pada bahasa Inggeris, permintaan bagi buku-buku Inggeris akan naik, manakala permintaan bagi buku-buku Melayu akan turun.

Sepatah kata beliau, industri buku Melayu adalah "industri matahari terbenam". 

Pada bulan Mac 2008, di outlet MPH Alamanda Putra Jaya, sebanyak 2284 unit buku-buku PTS terjual di situ sahaja. Ini berlaku dalam suasana pra-dan-pasca pilihanraya PRU12, pada waktu jualan buku di Lembah Kelang jatuh teruk, kerana orang ramai tidak keluar makan-makan angin dalam mall-mall.

PTS memberi tumpuan istimewa pada trend dan data jualan di MPH Alamanda kerana beberapa faktor:

1. Putra Jaya adalah komuniti orang yang bekerja dengan kerajaan.

Kita mahu melihat apakah orang makan gaji dengan kerajaan banyak membeli buku Melayu, dan buku-buku apakah yang banyak mereka beli.

2. Putra Jaya adalah komuniti kelas menengah Melayu. 

Kita mahu melihat ciri-ciri buku Melayu yang bagaimana yang dibeli oleh kelas menengah Melayu, yang menguasai bahasa Inggeris. Lazimnya, golongan berbahasa Inggeris memandang tinggi apa-apa yang Inggeris, tentu sekali termasuk buku Inggeris.

Dengan menganalisis data jualan di MPH Alamanda, kita dapat melakukan eksperimen-dan-kajian pasaran, serta perubahan citarasa kelas menengah Melayu ke atas buku-buku dalam Bahasa Melayu.

Data jualan buku-buku PTS yang dikumpulkan dari MPH Alamanda menunjukkan kelas menengah Melayu di Putra Jaya sudah mula membeli buku-buku Melayu. Trend baru ini berlaku meskipun pada waktu kerajaan memberi tekanan kepada bahasa Inggeris. 

Justeru kita dapat menyimpulkan bahawa pasaran buku Melayu adalah pasaran matahari terbit. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Menulis dan Menerbitkan Buku Islam untuk Rak Buku Profesional

Isi kandungan dan mesej-mesej Quran adalah diturunkan supaya disampaikan kepada semua manusia, baik manusia Islam mahupun manusia bukan Islam. Kita sebagai penulis dan penerbit buku-buku agama memikul tugas menyampaikan mesej-mesej Islam kepada bukan Islam juga, bukan hanya kepada orang yang sudah Islam.

Dari sudut dunia buku, ini bermakna buku-buku tentang Islam tidak patut dipamerkan dalam kedai-kedai buku dengan mengasingkannya daripada buku-buku lain. Tetapi inilah keadaan yang berlaku sekarang dalam semua kedai buku di mana buku-buku tentang Islam diberikan rak khas, diasingkan dan diletakkan di sudut terasing  -  di seksyen 'Islam'.

Dalam situasi sekarang buku tentang sistem politik, ekonomi, pengurusan, perniagaan, kewangan, perbankan, insurans, saham, undang-undang, psikologi, perubatan, kesenian, sejarah, sains, senibina dan kejuruteraan Islam dipamerkan di rak yang sama dengan buku-buku panduan solat, puasa, haji, taubat, mandi junub, sifat dua puluh, doa-doa harian dan lain-lain subjek seumpama itu.

Pengasingan seperti itu menyebabkan buku-buku profesional Islam tidak ditemui oleh golongan pembeli profesional yang masuk ke kedai buku mencari buku di rak-rak buku profesional.

Seorang peminat buku psikologi akan terus pergi ke rak "psychology". Justeru, apabila buku berjudul "Psikologi Dalam Quran dan Hadith" tidak diletakkan di rak "psychology" maka dia tidak akan terjumpa buku itu. Demikianlah juga nasibnya bagi buku-buku profesional lain yang tulis menggunakan perspektif Islam, yang dipamerkan di rak "Islam".

Keadaan ini tidak pula berlaku pada buku-buku profesional yang membawa mesej Kristian dan agama-agama lain. Buku berjudul "Tsun Zhu's Art of War for Managers" diletakkan di rak seksyen 'management". Manakala buku "Pengurusan Islam" diletakkan di rak seksyen 'Islam'.

Buku "7 Habits of Highly Effective People" yang membawa mesej agama Yahudi diletakkan di rak 'Management' manakala buku-buku motivasi karya Paderi Norman Vincent Peale yang terang-terangan membawa mesej Kristian diletakkan di rak 'self-Improvement'. Manakala buku "10 Tips Cemerlang dari al-Quran" diletakkan di rak 'Islam', yakni tidak diletakkan bersama-sama dengan buku-buku Norman Vincent Peale.

Apabila buku-buku Paderi Norman Vincent Peale diletakkan di rak 'self-improvement' banyak pembeli Melayu membeli dan membaca buku-buku paderi itu. Dengan demikian mesej Kristian beliau sampai kepada pembaca-pembaca Melayunya.

Kita mengajak para penulis dan penerbit buku-buku agama supaya mencipta inovasi supaya buku-buku bermesejkan Islam dipamerkan di rak-rak di mana pembeli bukan Islam berpeluang menyentuh, membuka dan menyelak-nyelak halaman buku-buku itu. Mudah-mudahan mereka mahu membeli dan membacanya. Dengan demikian, mesej Islam sampai dan tersebar di kalangan mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 03, 2008

Bagaimana Duit Cukai Rakyat untuk Buku Melayu Dihantarkan ke Jerman

Setiap tahun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membelanjakan ratusan juta ringgit buat perbekalan buku melalui kontrak-kontrak Bahagian Buku Teks (BBT), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).

Tetapi wang pembelian buku oleh KPM sebenarnya tidak disuntikkan ke dalam industri buku tempatan supaya industri itu berkembang dengan menggebu-gebu. Ertinya tidak semua wang itu akhirnya menghasilkan lebih banyak buku Melayu di dalam kedai-kedai buku.

Apabila kontrak perbekalan buku KPM untuk sekolah-sekolah di seluruh negara diberikan kepada syarikat-syarikat TST (tahu-sama-tahu) yang aktivitinya bukan buku, keuntungan itu tidak dilaburkan semula bagi menghasilkan lebih banyak buku.

Bak kata orang-orang dunia buku, "Apabila bisnesman TST yang sekategori dengan kontraktor JKR kelas F, operator kantin sekolah, dan towkay driving-school pun diberikan kontrak membekalkan buku kepada KPM, maka duit KPM itu tidak mungkin digunakan oleh syarikat-syarikat TST itu buat menerbitkan buku."

Maka duit keuntungan atas angin yang diterima oleh kontraktor-kontraktor Bumiputera "Kelas TST" itu digunakan bagi membeli Mercedes dan BMW baru mereka.

Begitulah proses bagaimana duit cukai yang dikutip daripada rakyat Malaysia yang rajin bekerja itu diserahkan kepada Jerman bagi membesarkan lagi industri permotoran negara itu.

Justeru, duit yang dikeluarkan untuk industri buku Melayu sebenarnya banyak membantu mengembangkan industri permotoran mewah luar negara. Kebocoran seperti ini dapat berlaku disebabkan pelbagai amalan pemberian kontrak perbekalan buku di KPM dijalankan dengan cara-cara tidak jujur.

Dan sekarang, dengan projek Learning Grid Guide dan robot F1, maka KPM sebenarnya membantu mengembangkan industri permotoran sport United Kingdom (UK) pula.

Bak kata budak-budak sekarang, "Pandai! Pandai!"

Nota: Correct 3X! 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Bertemu dengan Penulis Selebriti PTS

Program Bersama Penulis: Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah

Tarikh: Sabtu 5 April 2008
Masa: 10.00 - 11.00 pagi
Tempat: Booth PTS (Tun Razak 2, Lot 2071-2075 & 2080-2084), PWTC

Diskripsi: Penulis akan berkongsi input-input motivasi kecemerlangan berdasarkan buku bestseller beliau, Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah. Pengunjung berpeluang beramah mesra bersama penulis disamping sesi autograf. Maklumat lanjut, hubungi Nurul Hafizah Muhamad Mokhtar, 016- 661 1764. Semua dijemput hadir.


Program Bersama Penulis: Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Tarikh: Khamis 10 April 2008
Masa: 1 – 2 petang
Tempat: Pentas Utama, Dewan Tun Razak 2, PWTC

Diskripsi: Penulis buku bestseller Motivasi Alihan Pelajar ini akan menemui pengunjung Pesta Buku bagi berkongsi tip-tip pelajar cemerlang. Pra promosi buku terbaru Teknik Memotivasikan Anak Positif juga akan diadakan. Maklumat lanjut, hubungi Nurul Hafizah Muhamad Mokhtar, 016- 661 1764. Semua dijemput hadir.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Ini Diramalkan Laku Keras

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Dari Sang Guru Seni Kejurujualan

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Inspirasi

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Maklumat Elok Tentang Buku Elektronik

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan artikel yang informatif tentang buku-buku elektronik dalam pasaran. Turut diliputi dengan panjang lebar adalah projek Mbook PTS-METADOME. Baca lagi di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sifu di Pesta Buku: UNIKA Di-update Waktu Malam

Besok Jumaat 3hb April, Pesta Buku 2008 bermula.

Sepanjang pesta, saya akan berada diPWTC bagi pelbagai aktiviti dan tujuan, oleh itu UNIKA hanya di-update pada waktu malam sahaja. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 02, 2008

Terbit Sempena Pesta Buku

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Iklan: Buku Komik Novel PTS

Iklan ini adalah ditujukan kepada pelukis-pelukis komik.

Adakah saudara berminat menghasilkan novel grafik tetapi tidak mempunyai jalan cerita yang baik?

Tuan Wanzu, Editor Pengurusan siri KOMIK MALAYSIA, mempunyai projek menerbitkan edisi novel grafik bagi novel-novel terbitan PTS yang ada. Sebelum memilih mana-mana novel, tulis dahulu surat emel kepada beliau. Klik di sini.

Jangan diam-diam mula melukis novel pilihan saudara. Jangan-jangan sudah ada pekomik lain yang juga melukis novel yang sama!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Andrea Percuma!

PTS Litera Utama Sdn Bhd menjemput tuan-tuan dan puan-puan sama-sama memeriahkan Diskusi Tetralogi Laskar Pelangi pada Pesta Buku Antarabangsa Malaysia 2008 nanti.

Oleh kerana tempat adalah terhad, pendaftaran secara online dibuka mulai sekarang.

Mendaftar dengan menghantar maklumat berikut kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address) sebelum 10 April 2008 (Khamis).

Nama penuh
No kad pengenalan
No. telefon
Alamat E-mel

30 peserta terawal yang mendaftar akan mendapat salah sebuah buku Andrea Hirata secara percuma dan goodie bag yang menarik. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Bulan Mac Lalu adalah Bulan Duka Buat Penerbit dan Kedai Buku

Sepanjang bulan Mac, angka jualan buku di Lembah Kelang jatuh merudum. Sepanjang musim kempen pilihanraya, jualan sudah turun, tetapi tidak parah.

Angka jualan amat merudum sebaik-baik keputusan pilihanraya umum (PRU12) diumumkan.

Sebaik-baik rakyat tahu Barisan Rakyat menang di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Kuala Lumpur, penduduk Lembah Kelang memilih duduk di rumah dan tidak keluar makan-makan ataupun pergi membeli-belah.

Mall-mall lengang dan sunyi. Semua bisnes dalam mall jatuh merudum, tidak terkecuali kedai-kedai buku elitis seperti MPH, KINOKUNIYA dan POPULAR.

Kejatuhan angka jualan buku hanya berlaku di Lembah Kelang. Di bandar-bandar lain, jualan normal seperti biasa. Namun Lembah Kelang adalah lubuk pasaran buku. Justeru kejatuhan itu amat memukul!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Syarat-syarat Projek F1

Sejak 3 hari lalu website "Learning Grid Guide UK" tidak dapat diakses.

Antara maklumat latar belakang Learning Grid:

...The Learning Grid is promoted and funded by Motorsport Development UK, an industry body whose aims are to sustain and develop Britain’s world-leading motorsport industry.... (terjemahan: Learning Grid dipromosi dan dibiayai oleh Motorsport Development UK, sebuah perbadanan industri yang matlamatnya adalah membangunkan dan melestarikan industri kereta sport UK yang terbaik di dunia....)

Tetapi sehingga pagi ini web F1inSchool (Malaysia) masih dapat dibuka. 

Syarat bagi guru-guru adalah seperti berikut:

Teacher Criteria to join the F1 Technology Challenge
- Highly Interested
- Fluency in English Language
- Background in Rekacipta/Science/ Physics
- IT Literate

Peralatan yang diperlukan untuk makmal rekacipta adalah seperti berikut:

Equipments for Reka Cipta labs
Following is the list of equipments for schools supplied under the Reka Cipta category:

Item Code     Description     Units

FIXED MACHINE       
RC 001     BENCH DRILL 1
RC 002     BENCH GRINDER 1
RC 003     PEDESTAL GRINDER 1
RC 004     DISC & BELT SANDER 1
RC 005     SCROLL SAW "TABLE TYPE" 1
RC 006     MITRE SAW 1
RC 007     AIR COOLED COMPRESSOR (PORTABLE) - type S series 1
RC 008     SPRAY GUN (SUCTION FEED) 1
RC 009     TABLE VICE "METAL" 1
RC 010     WOOD VICE "SIDE" 1
RC 011     ANVIL 1
RC 012     PORTABLE DUST EXTRACTOR 1
RC 013     AIR FILTER 1
             
ACCESSORIES      
RC 014     PROGRAMMABLE LOGIC CONTROL TRAINING KIT (PLC)  1
RC 015     PNEUMATIC TRAINER KIT SET 1
RC 016     INDUSTRIAL VACUUM CLEANER 1
RC 017     WORKBENCH  1
RC 018     COMPUTER SET 4
RC 019     SIGNWRITING PLOTTER/CUTTER MACHINE 1
RC 020     LCD PROJECTOR 1
RC 021     HYDRAULIC SYSTEM TRAINING KIT 1
RC 022     REGULATED POWER SUPPLY 4
RC 023     RHEOSTAT  4
RC 024     SOLAR PANEL 24 WATT  1
RC 025     SCANNER  1
RC 026     SOLIDEDGE 3D DESIGN SOFTWARE  6

Equipments for Reka Cipta labs
Following is the list of equipments for schools assigned as F1 in Schools Manufacturing Centres:

Code     Description     Units
             
SOFTWARE      
MC 001     Quick Cam 3D Software  1
MC 002     Virtual Wind Tunnel Software  1
             
HARDWARE      
MC 003     Denford MicroRouter Compact (with accessories)  1
MC 004     Scout Wind Tunnel (With Fog Generator)  1
MC 005     Elevated Race Track     1
MC 006     Impulse Race System (With Timing Software)  1
MC 007     Weighing Machine  1
MC 008     Computer Tables  6
MC 009     Computer Desktop  2
MC 010     Workbenches  2
MC 011     Training Manual  2
MC 012     Manufacturing Video  2
MC 013     Studio Security Provision  1
             
CONSUMABLES PACKAGE      
MC 014  F1 Consumables      
       - R Type Balsa Wood Blank (300 units per pack)  1
       - Fusion Wheels - Black (600 units per pack)  1
       - Fusion Aluminium Hubs - Black (200 units per pack)  1
       - Screw Eyes 1/4" (400 units per pack)  1
       - Long Axles - 65mm (200 units per pack)  1
       - Straw Wheel Spacers (500 units per pack)  1
       - Washers - 4mm (600 units per pack)  1
       - Stickers (500 units per pack)  1
       - Paint Stand (30 units per pack)  1
       - CO2 Test Cartridges - 8gm (360 units per pack)  1
       - 1/4" Dia Ball Nose Extra Long Series Cutter (Solid Carbide)  (3 sets per pack)  1
             
MC 015  SOLIDEDGE 3D Design Software come with 3 Days CAD Training (30 teacher with license)  30
      Service & Maintenance (1st year only)      
      F1 Program Licensing & Copyright 

.....................

Nota kaki: Peralatan di bawah ini digosipkan berharga RM130,000.

MC 003     Denford MicroRouter Compact (with accessories)  1

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(25) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 01, 2008

Mbook PTS-METADOME Sudah Boleh Dibeli!

Buka laman web METADOME klik di sini bagi membeli buku-buku Mbook PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Carta TOP 30 Buku-buku PTS ONE di MPH Alamanda Mac 2008

1. MELAH MELIA 2
2. AKU MAHU BULI
3. ADAM KECIL: SAKIT GIGI
4. SARAH DAN ANTING-ANTING
5. TABIK CIKGU
6. AKU MAHU SAIZ 'S'
7. AKU MAHU POPULAR
8. DUNIA SAINS AIMAN: DUNIA SEMUT
9. ADAM KECIL: DICAKAR HANTU
10. PUTERI IKAN EMAS
11. BACAKAN SAYA SATU CERITA
12. ADAM KECIL: HANMPIR KENA TANGKAP
13. INI SUATU CERITA
14. DEAR YAYAH 3
15. G.I.M (GEMUK ITU MENARIK)
16. DEAR YAYAH
17. DUNIA SAINS AIMAN: KERETA SOLAR
18. KEMBAR TERPILIH: DI AMBANG MAUT
19. DEAR YAYAH 2
20. KONSPIRASI DOKTOR
21. AKADEMI GEMILANG: JEJAK KUASA ALAM
22. ADAM KECIL: BERTARUNG DENGAN KERENGGA
23. NUR BUAT GEMINI
24. IMPIANA 2
25. SEKOLAH KAMPUNG
26. SEUNGU LAVENDER
27. ADAM KECIL: SUNGAI KHAYALAN
28. IMPIANA 1
29. UMAIRAH DAN KUDA PUTIH
30. PENGEMIS ITU IBUKU

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Carta TOP 30 Buku-buku Umum PTS di MPH Alamanda Mac 2008

1. HADIAH UNTUK PENGANTIN
2. PETUA MEMBENTUK CINTA ABADI
3. AHMADINEJAD: SINGA BARU DUNIA
4. LANGKAH BESTARI SUAMI MITHALI
5. HIASI DIRI DENGAN DOA
6. SUKSES DENGAN DOA
7. LANGKAH BESTARI ISTERI MITHALI
8. MINDA MUSLIM SUPER
9. QURAN SAINTIFIK
10. PETUA MENDAPAT PASANGAN
11. SETENGAH BERISI, SETENGAH KOSONG
12. DATO' HARUN DIN MENJAWAB FIKAH HARIAN
13. PERUBATAN ISLAM DAN BUKTI SAINS MODEN
14. 55 PETUA ORANG BERJAYA
15. 55 SILAP MATA MUDAH
16. TERAPI SOLAT TAHAJUD
17. SALAHUDIN PENAKLUK JERUSALEM
18. MOTIVASI ALIHAN PELAJAR
19. HIKAYAT AMIR HAMZAH JILID 1
20. TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN
21. SOLAT KHUSYUK SOLAT SMART
22. MASTER YOUR MIND DESIGN YOUR DESTINY
23. KUASA HIJRAH KUASA UNTUK BERUBAH
24. TEORI KAUNSELING AL-GHAZALI
25. BUDAK TAKRAW
26. 30 WASIAT IMAM SYAFIE
27. WARKAH CINTA BERBAU SYURGA
28. INGAT TUHAN SAMPAI MATI

29. ACAN & UCIN
30. TARIQ MENANG ATAUPUN SYAHID

 

Nota: Dalam kategori ini buku Sifu langsung tidak termasuk. Aduh! Aduh!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Carta TOP 30 Buku-buku PTS Profesional di MPH Alamanda Mac 2008

1. MENJADI JUTAWAN MLM
2. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN E-BAY
3. RAHSIA MELABUR DALAM UNIT AMANAH
4. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN INTERNET
5. CARI DUIT CARA MUDAH SEBAGAI PENULIS BEBAS
6. HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG
7. RAHSIA MINDA JUTAWAN
8. BUAT DUIT DENGAN MLM
9. DUIT BANYAK BERTAMBAH BANYAK
10. RAHSIA BISNES ORANG CINA
11. BAGAIMANA MEMULAKAN PERNIAGAAN
12. SUPAYA POKET TIDAK KOSONG LAGI
13. PDA UNTUK PEMBENTANGAN BERKESAN
14. FORMULA MENJADI USAHAWAN
15. KEMAHIRAN MEMIMPIN
16. RAHSIA BISNES ORANG JEPUN
17. KUASA MINDA SEPARA SEDAR
18. BERUBAH UNTUK KAYA
19. MEMULAKAN BISNES SENDIRI
20. RAHSIA AJAIB UNTUK BERJAYA
21. KAYA DENGAN RUMAH
22. HENDAK SUSAH ATAUPUN SENANG
23. DUNIA INI PENUH WANG
24. KAMUS SIMPULAN BAHASA
25. MENJADI USAHAWAN
26. RANCANGAN PERNIAGAAN
27. BUAT DUIT DARI RUMAH
28. BAGAIMANA MENGURUS HARTA PUSAKA
29. SIRI MULA BISNES: RESTORAN
30. SIRI MULA BISNES: LEMBU

Nota: Hmm... Buku Sifu cuma dapat nombor 19.

Aduh! Nampaknya mentee Sifu sudah mengalahkan Sifu!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat

Puan Sifu,

Saya baru selesai membaca komen-komen terhadap sebahagian daripada isi emel saya tentang cerita BTP. Saya hanya mampu senyum sendiri. Bagi saya, siapa yang memberi komen defensif mungkin terasa pedasnya, wallahualam.

Saya memberitahu Puan Sifu berdasarkan pengalaman saya sendiri tetapi saya memang tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menyokong pengalaman saya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang telah berlaku.

Jalan cerita di Bahagian Teknologi Pendidikan sama sahaja dengan jalan cerita projek F1 di Bahagian Sekolah. Apabila puan aktif menulis entri tentang projek F1, ia membuatkan saya teringat kembali projek Sekolah Bestari dan projek perisian kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan satu ketika dulu. Hanya mereka yang betul-betul terlibat dalam situasi sedemikian akan lebih memahami apa yang puan cuba bongkar berkenaan isu korup dalam KPM.

Syarikat di mana saya bekerja dahulu memang memiliki kepakaran sumber manusia untuk membangunkan perisian kursus. Tetapi, ketika kami cuba untuk mendapatkan projek untuk membangunkan perisian dari BTP menggunakan jalan yang lurus, kami dipinggirkan kerana kami tidak menggunakan kabel politik.

Oleh itu, pihak pengurusan akhirnya terpaksa juga memilih untuk menggunakan jalan yang digunakan oleh kontraktor-kontraktor lain, iaitu mendapatkan khidmat "rahsia" daripada seorang pegawai BTP untuk mengetahui tentang spesifikasi yang ditetapkan oleh BTP bagi perisian kursus (courseware) yang akan dibekalkan kepada sekolah-sekolah.

Sebagai balasan budi, syarikat saya terpaksa memenuhi kehendak-kehendak peribadi pegawai berkenaan yang tidak masuk di akal hanya untuk memastikan nama syarikat berkenaan termasuk dalam senarai pembekal.

Saya tidak tahu apa yang terjadi pada projek berkenaan kerana ketika perbincangan melobi masih berjalan, saya sudah meninggalkan syarikat berkenaan.  Oleh itu, saya tidak mempunyai fakta atau bukti terperinci untuk menguatkan lagi "andaian" saya.

Saya lega sebenarnya kerana tidak lagi terlibat dengan hal-hal berkenaan tapi selepas saya meletakkan jawatan daripada syarikat itu, saya masih lagi menjadi pendengar setia luahan rasa dan hati bekas bos/pengurus saya yang tersepit di tengah-tengah di antara pihak pengurusan dan BTP.

Yang penting bagi saya, saya tidak mahu mengorbankan prinsip hidup saya hanya kerana projek-projek kerajaan yang bernilai berjuta-juta ringgit.

Biarlah apa yang saya dapat selama ini mungkin bernilai kecil bagi mereka yang mahu jadi cepat kaya dengan jalan pintas tetapi sekurang-kurangnya ianya lebih barakah dan diredai Allah. Insya Allah.

Salam,
HKAH

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Lateral Thinking di PTS

Lateral thinking adalah teknik berfikir bagi mencipta idea-idea baru.

Di PTS, setiap hari lateral thinking digunakan oleh semua anggota Tim PTS bagi menghasilkan pelbagai "desain lembut"  -  daripada memikirkan desain projek-projek penerbitan baru sehinggalah kepada desain strategi menolong kedai menjual lebih banyak buku Melayu.

Sesuatu idea itu dikatakan 'lateral' apabila idea itu tidak pernah ada sebelumnya.

Ini adalah contoh idea lateral: Mulai hari ini, April 1hb, PTS menganjurkan pertandingan antara kedai-kedai buku, iaitu kedai buku mana yang paling banyak menjual buku "Tunnels".

Hadiah yang ditawarkan adalah wang tunai. Wang itu adalah buat Pengurus Kedai membelanja makan semua staf kedainya.

Idea ini menguntungkan semua pihak. Buku PTS lebih laku. Pengurus dapat meningkatkan jualan di kedainya. Staf kedai dapat makan free! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(13) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Remaja dalam Bahasa Melayu Mula Dibaca Anak-anak Kelas Menengah

Pada suatu masa dahulu, apa-apa yang 'Melayu' dikaitkan dengan apa-apa yang kampungan, yang miskin, yang bawahan, yang tidak berkualiti, yang tidak laku, yang mundur, yang lokal.

Membaca blog Puan Ain Maisarah menemukan kita dengan bukti kukuh bahawa anak-anak kelas menengah Melayu sudah mula membaca novel-novel remaja yang ditulis dalam Bahasa Melayu.

Ini adalah perkembangan yang membuktikan bahawa anak-anak golongan keluarga berada memang mahukan produk-produk dalam Bahasa Melayu.

Isunya adalah, produk-produknya yang sesuai dengan citarasa mereka yang tidak masih cukup banyak dalam pasaran.

Jadi, pasaran sastera kanak-kanak dan remaja adalah pasaran yang baru dibangunkan dan sedang berkembang dengan menggebu-gebu. Masih banyak ruang untuk pemain-pemain baru masuk ke dalam padang ini.

Masukilah pasaran ini, kerana apabila sejak remaja mereka sudah banyak membaca dalam Bahasa Melayu, apabila mereka membesar dan dewasa, mereka akan terus meminati buku-buku Melayu. Sektor ini masih Laut Biru.

Bagi penulis-penulis pula, nama-nama pengarang yang dibaca semasa remaja akan kekal diminati apabila mereka dewasa. Oleh itu menulislah karya remaja, selain karya dewasa.

Ikut jejak SN Dato' A Samad Said yang juga menghasilkan banyak karya kategori remaja. 

Pada masa ini PTS adalah penerbit novel kanak-kanak dan remaja paling aktif dalam pasaran. Kita akan terus meningkatkan jumlah dan kategori sastera kanak-kanak dan remaja yang ada.

Ini bermakna PTS mahukan lebih banyak kepelbagaian cerita bagi buku-buku terbitannya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Bungkus Belacan dan Dasar Protectionist Perdagangan Buku

Pada suatu masa dahulu, komuniti buku di Malaysia memandang rendah buku-buku terbitan Indonesia, dan amat berbangga dengan kualiti kertas, percetakan dan binding buku-buku terbitan Malaysia, khususnya buku-buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bagi kita di Malaysia waktu itu, buku Indonesia dan buku India sama taraf sahaja, yakni taraf buku negara miskin. Dulu-dulu, kata orang kita lagi, buku Indonesia buku kertas bungkus belacan, baru dibuka, sudah terkoyak!

Saat ini, sesiapa yang pernah memasuki kedai buku di Indonesia dan India takkan berkata begitu, kerana buku-buku terbitan negara itu sudah jauh meninggalkan kualiti fizikal dan intelektual penerbitan kita di Malaysia. 

Seperti di India, pemerintah Indonesia tidak membenarkan buku-buku yang dicetak di luar negara diimpot ke negara itu. Buku luar negara dikenakan duti impot. Disebabkan adanya dasar protectionistic itu, bagi mengelakkan duti impot, ia memaksa buku-buku asing dicetak semula dalam negara. Dengan itu, pencetak tempatan mendapat banyak peluang kerja cetak-mencetak. Harga jualan buku pun dapat diturunkan.

Justeru dasar protectionist pemerintah Indonesia dan India membolehkan industri percetakan negara-negara itu berdaya saing dan berdaya maju sehingga mereka mampu membeli mesin-mesin cetak yang berteknologi terkini. Mesin-mesin cetak itulah yang kini membolehkan buku-buku terbitan Indonesia menikmati kualiti fizikal mutu tinggi.

Sekarang ini, kita malu apabila membandingkan kualiti fizikal buku-buku kita dengan buku-buku Indonesia. Kita lebih-lebih lagi malu apabila membandingkan kualiti isi kandungan buku-buku kita dengan buku-buku Indonesia. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 3 pages  <  1 2 3