En. Zulkimy adalah pegawai jualan dan khidmat pelanggan PTS yang menjaga zon Utara.
Menurut beliau, jualan buku-buku PTS di Alor Setar sedang berkembang dengan menggebu-gebu sekarang ini, meskipun harga makanan sedang naik dengan banyaknya.
Di bandar Sungai Petani yang tidak berapa besar itu pun, MPH dan POPULAR berani membuka outlet masing-masing dan bersaing.
Di Alor Setar, MPH belum membuka outletnya. Manakala POPULAR membuka 3 outlet: 1 di kompleks CITY PLAZA, 1 di kompleks STAR PARADE dan yang terbaru di TESCO Mergong.
Apa yang berlaku antara POPULAR di kompleks City Plaza dan POPULAR di kompleks Star Parade adalah amat menarik dan elok kita ceritakan di sini.
Kompleks City Plaza kini dalam keadaan "zaman malap" dari sudut bisnesnya. Hampir separuh ruang kedai dalam kompleks itu sudah tutup. Namun jualan buku-buku PTS di POPULAR City Plaza adalah yang paling besar dibandingkan dengan POPULAR di Star Parade dan POPULAR dalam TESCO Mergong.
Kompleks Star Parade dan TESCO Mergong banyak dikunjungi oleh pengunjung berfamili. Mereka mempunyai dayabeli yang lebih tinggi, namun jualan buku-buku PTS di situ, walaupun laku, tetapi ia kalah kepada jualan di Plaza City, yang bagaikan hidup segan mati tak mahu itu.
Apakah yang menyebabkan buku-buku PTS lebih banyak terjual di POPULAR City Plaza?
Kedai-kedai yang masih beroperasi dalam kompleks City Plaza menjual barang-barang yang dibeli oleh orang-orang muda-mudi, oleh Mat-Mat Rempit, seperti berbagai gajet, CD, kasut tumit tinggi, jeans, T-Shirt, tali pinggang dan yang seumpamanya. Ia ala-ala Pertama Kompleks di Kuala Lumpur.
Meskipun dayabeli pengunjung kompleks City Plaza relatif rendah, namun jualan buku PTS di situ paling tinggi.
Siapa kata Mat-Mat Rempit dan Minah-Minah Rempit tidak membeli buku?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
wah…. ini list 200 besar ya… semoga tambah sukses penjualannya…