Thursday, June 05, 2008

Akan Masuk Ulang Cetak Jun 2008

Apa pendapat saudara tentang kulit baru novel sai-fai ini?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(13) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Masuk Ulang Cetak Jun 2008

Apa pendapat saudara tentang kulit baru novel sai-fai ini?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Persidangan Penerbitan Buku Kanak-kanak Asia-Pasifik 2008

Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) dengan kerjasama International Board on Books for Young People (IBBY) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Persidangan Penerbitan Buku Kanak-kanak Asia-Pasifik 2008. Persidangan ini akan diadakan pada 1- 3 Julai  2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, KL, pada 1-3 Julai 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, KL.

Tema: Menginspirasikan Minda dan Kreativiti Kanak-Kanak (Inspiring Young Minds and Creativity).

Tujuan: Persidangan ini akan membincangkan isu-isu penting tentang perbukuan kanak-kanak dan remaja dengan menemukan para penggiat sastera dan perbukuan kanak-kanak khususnya penulis, penerbit, editor, ilustrator, pemasar buku, pendidik, pustakawan, penyelidik dan ibu bapa. 

Aktiviti: Persidangan akan meliputi pembentangan kertas kerja, bengkel dan pameran. Penceramah jemputan dari IBBY serta beberapa  penceramah dari organisasi lain akan membentangkan kertas kerja. Empat bengkel akan diadakan serentak dan setiap satu akan memberi tumpuan pada bidang-bidang tersendiri iaitu penulisan, ilustrasi, promosi dan aktiviti pembacaan dan pemasaran buku. Ruang pameran disediakan untuk memperagakan poster atau bahan-bahan penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Pada hari akhir persidangan, anda dijemput untuk menyertai acara lawatan ke studio seni dan  organisasi  penerbitan.

Penyertaan: Pihak penganjur mempersilakan  anda untuk menyertai persidangan ini sama ada sebagai peserta atau pembentang kertas kerja. Borang pendaftaran yang telah lengkap  hendaklah dikemuka kepada: Urus Setia Persidangan: Pn Suzliana Abd Hamid/Cik Norhafidah Ehawan. Faks: 03-55196045 atau e-melkan kepada: .(JavaScript must be enabled to view this email address) atau .(JavaScript must be enabled to view this email address) atau .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Yuran Persidangan: USD250.00 (Peserta Luar Negeri); RM600 (Peserta Tempatan). Yuran  termasuk kit persidangan, jemputan Majlis Perasmian, Majlis Makan Malam serta jamuan sepanjang Persidangan/bengkel. Bayaran boleh di buat melalui tunai/LO/cek di atas nama: "Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia" atau melalui Public Bank: No Akaun 3132226416

Pertanyaan: Sebarang pertanyaan lanjut  mengenai pendaftaran, sila hubungi Puan Suzliana Abd Hamid / Cik Norhafidah Ehawan di talian 03-55197667 ext 128 /202. Emel: .(JavaScript must be enabled to view this email address) atau .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Ini?

Baca cerita di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Janji Brand: ‘Familiar’ tetapi Belum Tentu ‘Dipercayai’

Banyak brand adalah 'familiar' yakni dikenal oleh orang ramai. Pada peringkat antarabangsa, contoh power-brand yang amat familiar adalah Coca-Cola dan MacDonald's.

Di rumah kita sendiri, brand 'RTM' dikenal oleh seluruh rakyat negara ini, oleh itu ia amat familiar. Tidak ada brand lain yang dapat mengalahkan RTM dari sudut ciri ke-familiar-annya.

Namun brand 'RTM' bukan power-brand disebabkan orang tidak percaya pada kualiti yang dijanjikan oleh RTM. Sebagai contoh, RTM menjanjikan berita yang tepat, tetapi orang ramai tahu berita-berita yang disiarkan oleh RTM banyak yang tidak tepat.

Sesuatu brand yang terkenal menjadi power-brand hanya apabila brand itu dipercayai. Contoh brand yang amat 'dipercayai' adalah jam tangan Rolex dan perkhidmatan kurier FedEx.

Syarikat pembuat jam tangan Rolex menjanjikan teknologi kalis air. Ia juga menjanjikan teknologi jam tangan yang tahan berpuluh-puluh tahun tanpa rosak. Orang percaya bahawa jam tangan Rolex memang terjamin kalis air dan usianya tahan berpuluh-puluh tahun.

Syarikat kurier FedEx menjanjikan kadar penghantaran pantas. Orang percaya FedEx sentiasa menepati janjinya bahawa barang yang dihantar akan sampai ke tangan penerima sebagaimana yang dijanjikan.

Dalam dunia penerbitan, ada penerbit yang logonya amat 'familiar' yakni amat terkenal di kalangan pembaca fiksyen terbitannya, tetapi kualiti brand itu tidak dipercayai oleh guru-guru disiplin di sekolah sehingga mereka merampas buku-buku brand itu apabila murid ditangkap membawanya dalam beg sekolah mereka. 

Lazimnya para penerbit memberikan janji-janjinya yang dicetak pada bahan-bahan promosinya seperti dalam katalog, poster, banner, iklan dan lain-lain.

Penerbit mesti berpegang pada janji-janjinya dalam setiap buku yang diterbitkan, barulah nanti ia dapat memiliki ciri 'dipercayai'.

Dalam kes PTS, ia berjanji bahawa buku-buku terbitannya adalah (i) buku berilmu, (ii) menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan (iii) syariah-compliant. Para pengarang yang bernaung di bawah brand PTS dikehendaki menepati ketiga-tiga janji itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Peminat Buku Melayu, Cina dan India Membeli Novel Sejarah Pahlawan Islam PTS

Novelis sejarah Abd. Latip Talib menandatangani bukunya.

Kelihatan lelaki Cina dan wanita India sedang menunggu giliran.

Baca laporan di blog Tuan Zamri

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 04, 2008

Brand: Brand yang Spesial

Sesuatu brand menjadi power-brand apabila ia memiliki 3 ciri iaitu (i) familiar, (ii) dipercayai dan (iii) spesial.

Di peringkat antarabangsa, contoh brand yang spesial adalah Apple Ipod, Harley Davidson, Starbucks dan TV LCD Aquos oleh Sharp. 

Sesuatu power-brand itu dikatakan spesial apabila ia (i) original, (ii) unik, (iii) amat berbeza, (iv) lain daripada yang lain. Ambil contoh motosikal Harley Davidson yang memiliki semua 4 ciri spesial itu sehinggakan bunyi enjinnya pun amat lain daripada bunyi motosikal brand-brand lain.

Inilah yang diusahakan oleh PTS, yakni menerbitkan buku-buku yang spesial, yang hanya ada pada terbitan PTS.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Baru 50 Hari Terbit Sudah Masuk Cetakan Ke-2

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Brand: Menjadi Power-Brand Lokal

Apabila kita berniaga, kita mesti bekerja keras menjadikan brand kita power-brand.

Kita tidak perlu menjadi power-brand di persada antarabangsa seperti restoran MacDonald's, kedai 7-Eleven ataupun kasut Nike.

Kita tidak perlu menjadi power-brand pada peringkat nasional ataupun peringkat negeri.

Kita boleh menjadi power-brand pada peringkat lokal, seperti kes Mi Bandung di bandar Muar. Baca power-brand lokal di Muar di sini.

Bagi PTS, kita mahu menjadi power-brand bagi buku-buku berbahasa Melayu sahaja. Itulah sebabnya kita tidak masuk ke dalam pasaran buku berbahasa Inggeris.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 03, 2008

Tip Survival Penerbit: Kuasa Branding dan Ikatan Emosi

Seorang pengunjung UNIKA yang menggunakan nama 'Edoray' menulis dalam komen blog ini begini: "Saya dan anak-anak saya adalah pemborong tetap buku-buku PTS setiap bulan di Popular Batu Pahat."

Ayat di atas itu adalah petanda bahawa jenama atau brand 'PTS' sudah menjadi perkara yang dibeli orang. Inilah fenomena power-branding. Orang membeli sesuatu produk itu disebabkan dia menaruh kepercayaan kepada kualiti brand-nya.

Namun brand 'PTS' bukan hanya logo 'PTS'.

Brand bukan hanya 'nama syarikat', ataupun 'judul buku', ataupun 'nama-nama pengarang'. Brand PTS bukan hanya 'buku-buku' terbitan PTS itu sendiri.

Brand adalah semua itu, ditambah dengan ikatan emosi si pembeli dan pembaca. Ikatan emosi bermakna: Orang akan membeli buku-buku yang mereka sukai dan percayai. 

Apabila kita sedang berusaha membina brand, ciri-ciri terbaik dalam buku-buku kita adalah perkara yang tidak penting kepada si pembeli. Yang penting kepada si pembeli adalah berapa banyak faedah yang dia perolehi dengan membeli dan membaca buku-buku kita itu. 

Kita boleh mendakwa buku-buku kita mempunyai sekian-sekian kualiti, tetapi jika kualiti itu tidak dikehendaki oleh pembeli, maka kita gagal mencipta ikatan emosi dengan pembeli itu dan dia tidak akan membeli buku-buku kita, walaupun mungkin buku kita itu menang dalam pelbagai pertandingan dan anugerah.

Apabila Edoray menulis "Saya dan anak-anak saya adalah pemborong tetap buku-buku PTS" sesungguhnya beliau itu menaruh kepercayaan bahawa buku-buku PTS menjanjikan kualiti dan banyak faedah apabila dibeli dan dibaca oleh anak-anaknya. Itulah yang dikatakan 'ikatan emosi' antara pembeli dengan brand 'PTS'. Ikatan emosi itulah yang mendorong Edoray membeli buku-buku PTS.

Justeru, sebagai penerbit, apabila kita mahu mencipta brand, jangan sibuk mempromosi logo, jenama ataupun nama syarikat saudara. Jangan sibuk mempromosi nama-nama pengarang kita. Jangan sibuk mempromosi judul-judul buku kita. 

Sibuklah mencipta ikatan emosi antara pembeli dan pembaca dengan logo, jenama, pengarang dan buku-buku terbitan kita.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Strategi Menjadikan PTS Suatu Power-Brand

'RTM' adalah brand tetapi ia bukan power-brand. 'DBP' pun brand tetapi bukan power-brand. Puncanya kerana orang ramai kenal 'RTM' dan 'DBP' tetapi orang tidak menaruh kepercayaan pada kualiti brand 'RTM' dan 'DBP'.

Sesuatu brand menjadi power-brand apabila brand itu memiliki 3 unsur:

1. FAMILIAR

a. Orang perasan

b. Terkenal

c. Disukai

d. Mesra

Ini bermakna semua kedai buku mesti ada mempamerkan buku-buku PTS. Buku-buku PTS itu pula mesti dipamerkan di posisi yang mudah dilihat oleh pengunjung kedai itu.

Sebagai contoh, buku-buku PTS mestilah dipamerkan betul-betul di hadapan pintu masuk kedai. Barulah nanti logo 'PTS' menjadi logo yang amat familiar kepada peminat buku-buku Melayu yang memasuki mana-mana kedai buku.

Ini juga bermakna PTS mesti menerbitkan ribuan judul buku supaya jumlah judul yang banyak itu dapat dipamerkan pada rak-rak yang banyak, barulah nanti logo PTS menjadi familiar kepada mata pengunjung kedai buku. 

Ini bermakna PTS mesti mempunyai pengarang-pengarang yang merupakan tokoh-tokoh yang sedia sudah familiar, sudah terkenal, sudah bertaraf selebriti, sudah kerap muncul di media. 

Ini juga bermakna PTS mesti memilih antara ratusan nama-nama pengarangnya yang belum terkenal, pengarang yang mana yang dapat ditonjolkan dalam media supaya menjadi orang terkenal bertaraf selebriti. 

2. DIPERCAYAI

a. Diyakini

b. Dipercayai

c. Dapat diharapkan

Ini bermakna buku-buku PTS ditulis oleh pengarang-pengarang yang memiliki kredibiliti dan integriti. Isi kandungan buku-buku PTS mestilah dapat dipertahankan kebebarannya.

Ini bermakna buku-buku PTS mesti ditulis oleh pengarang-pengarang yang melakukan penyelidikan dan pembacaan luas. 

Inilah yang menyebabkan buku-buku PTS mesti memiliki ciri-ciri syariah-complaint, ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, dan memenuhi pengharapan ibu-bapa, guru-guru, serta pensyarah dan para agamawan. 

3. ISTIMEWA

a. Original

b. Unik

c. Lain daripada yang lain

d. Amat berbeza 

Inilah faktor yang paling sukar dimiliki oleh sesebuah penerbit. Dari satu sudut, buku-buku PTS mesti unik, tetapi tidak boleh terlalu berlainan daripada buku-buku yang popular dalam pasaran, kerana jika terlalu asing buku seperti itu tidak laku.

Sebagai contoh, pembeli buku-buku agama dan novel PTS mahukan buku-buku yang familiar. Tetapi, jika buku-buku agama dan novel-novel PTS serupa sahaja dengan buku-buku penerbit lain, PTS tidak dapat menjadi suatu power-brand bagi dirinya sendiri.

Ini bermakna buku-buku agama PTS, dan buku-buku fiksyen PTS, mesti mempunyai ciri-ciri yang tidak ada pada buku-buku agama dan fiksyen oleh penerbit lain. 

Bagi menjadi sebuah penerbit bertaraf power-brand, PTS mesti mendapatkan kerjasama semua pengarangnya. Mereka mesti diberi kefahaman yang jelas mengapa mereka wajib menulis menggunakan format yang disediakan oleh PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Kedai Buku: Isu Poster Buku

Sifu menerima surat daripada penulis yang mencadangkan supaya PTS mencetak poster bagi semua buku yang baru terbit supaya dapat ditampal di dinding kaca kedai-kedai buku sebagai iklan.

Saya bertanyakan kepada Tuan RR, seorang pengurus outlet sebuah kedai buku elit berkenaan isu poster dan pengurusan sesebuah kedai buku.

Berikut adalah surat penerangan daripada beliau:

Assalamualaikum,

Puan Ainon yang saya hormati, semoga sentiasa di dalam lindungan Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Menyentuh berkenaan poster ini kadang-kadang akan menjadi satu dilema kepada kedai buku. Untuk kedai-kedai buku seperti MPH, Kinokuniya, Popular, Times atau Borders, poster digunakan untuk tempoh tertentu sahaja. Contohnya, ketika ada promosi, tajuk-tajuk bestseller akan terbit ataupun sudah terbit dan aktiviti berkaitan akan, sedang diadakan.

Adalah menjadi kewajipan pengurus kedainya bagi memastikan kedainya dalam keadaan yang teratur, ringkas tetapi menarik. Apabila terlalu banyak poster, informasi akan membuat perhatian pelanggan yang datang terganggu. Ini boleh memberi kesan kepada hasil jualan juga imej kedai itu sendiri.

Emosi pelanggan yang datang khususnya kedai buku akan memberi kesan kepada jualannya. Biasanya mereka yang datang ke kedai buku ini dalam keadaan yang tenang tanpa gangguan visual yang terlalu banyak, audio yang terlalu bising juga keramahan pembantu kedai yang terlalu ramah sehingga mereka berasa terkongkong.

Selain itu jika setiap buku yang terbit lahir bersama poster, ini akan menimbulkan masalah kepada kedai buku. Lebih teruk jika poster tersebut tidak digunakan oleh pihak kedai, akhirnya ia cuma menjadi kertas kitar semula.

Dengan melekatkan terlalu kerap poster boleh menyebabkan kerosakan kepada dinding, tingkap ataupun rak kedai buku. Ada kedai-kedai buku ini telah menyediakan tempat khas bagi poster ini. Agak terhad tempatnya, kalau sebulan terbit seratus judul maka ada seratus poster maka akan berbarislah poster ini menunggu gilirannya.(ini cuma gurauan)

Sudah menjadi aturan atau amalan kedai-kedai buku besar, hanya poster yang benar-benar sesuai sahaja akan digantung. Sesuai dengan promosi, tema, aktiviti, perayaan dan feng shui... poster itu dapat panggil wang besar.

Apa yang saya jelaskan di sini bukanlah melarang penerbit mencetak dan menyediakan poster mempromosi buku. Fungsi utama poster ialah sebagai alat bantu bagi memberi informasi kepada pembaca tentang buku baru atau lama.

Poster yang bagus (dicetak dan dipasang) adalah poster-poster yang mampu memberi impak besar kepada mereka yang melihatnya. Pemasangan poster yang secara teratur dan berjadual adalah perlu dan lebih berkesan.

Manakala pemasangan poster tanpa motif, tema, bercelaru dan terlalu banyak akan kadang-kadang menyebabkan pelanggan muak ataupun pening dan hilang perhatian.

Selain itu poster itu sendiri juga perlu menepati kehendak tuan punya kedai buku dan pelanggan juga sesuai untuk mempromosi buku. Jika ia tidak sesuai dan cara serta masa pemasangan tidak sesuai bukan itu sahaja imej kedai akan jatuh, malah imej penerbit dan penulis juga sedikit sebanyak mendapat kesan negatif disebabkan perkara ini.

Pemilihan buku yang perlu datang dengan poster harus dirancang secara teratur. Adakah ia mampu membawa kesan jika ia diposter secara bersendirian ataupun kesannya lebih hebat jika digandingkan dengan judul yang lain.

Ini lebih memudahkan kedai-kedai buku untuk memasang poster bersama-sama buku-bukunya sekali. Mudah dan jelas untuk tuan punya kedai dan yang lebih penting mudah untuk pelanggan melihat poster dan menyentuh buku tersebut.

Puan, itulah yang dapat saya kongsikan bersama semua. Kalau ada lagi nanti saya akan kongsikan bersama. Wassalam. Juga saya sampaikan salam daripada isteri saya, Puan Aida.

RR

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 02, 2008

Top 30 Buku PTS di MPH Alamanda Putrajaya bagi Mei 2008

BUKU BISNES & PROFESIONAL

1. KAYA DENGAN RUMAH
2. 15 TEKNIK EFEKTIF INTERNET MARKETING
3. HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG
4. MENJADI JUTAWAN MLM
5. KERJAYA SBG. PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
6. RAHSIA BISNES ISTERI NABI: KHADIJAH
7. RAHSIA BISNES ORANG CINA
8. BUAT DUIT DARI RUMAH
9. RAHSIA MELABUR DALAM UNIT AMANAH
10. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN E-BAY
11. PDA UNTUK PEMBENTANGAN BERKESAN
12. DUIT BANYAK BERTAMBAH BANYAK
13. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN INTERNET
14. SIRI MULA BISNES LEMBU
15. BOS DIPUJI BOS DIBENCI
16. BUAT DUIT DENGAN MLM
17. TEORI DAN TEKNIK KEPIMPINAN
18. MEMULAKAN BISNES SENDIRI
19. CARA MUDAH DAPAT PINJAMAN BISNES
20. RAHSIA AJAIB UNTUK BERJAYA
21. 21 INDISPENSABLE QUALITIES (PEMIMPIN EFEKTIF)
22. RAHSIA BISNES ORANG JEPUN
23. MENJADI USAHAWAN
24. SIRI MULA BISNES : RESTOREN
25. APA YANG DIAJAR DI AKADEMI JUTAWAN
26. HENDAK SUSAH ATAUPUN SENANG
27. RAHSIA MENGURUS INSURANS HAYAT
28. KERJAYA SBG. PENSYARAH
29. THE PSYCHOLOGY OF SELLING (PSIKOLOGI MENJUAL)
30. BERUCAP DENGAN YAKIN 

REMAJA

1. DEAR YAYAH 4
2. ADAM KECIL: SAKIT GIGI
3. AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA
4. AKU MAHU POPULAR
5. MY SECRET
6. TAK BISA MEMILIHMU
7. AKU MAHU SAIZ 'S'
8. KEMBAR TERPILIH: DI AMBANG MAUT
9. G.I.M ( GEMUK ITU MENARIK)
10. KOMIK IBADAH: MENCONTOHI NABI
11. KOMIK IBADAH: SAHABAT-SAHABAT KECIL
12. ADAM KECIL: HAMPIR KENA TANGKAP
13. SEKOLAH MENENGAH?
14. ADAM KECIL: LARI DARI RUMAH
15. INI SUATU CERITA
16. KOMIK IBADAH: MARI BERDIKARI
17. MELAH MELIA 1
18. KOMIK IBADAH: NURUL DAN NAUFAL
19. SARAH DAN KASUT TUMIT TINGGI
20. SEKOLAH KAMPUNG
21. KOMIK IBADAH: ALLAH IS THE BEST
22. DEAR YAYAH 3
23. DUNIA SAINS AIMAN: DUNIA SEMUT
24. SEUNGU LAVENDER
25. ADAM KECIL: BERTARUNG DENGAN KERENGGA
26. KEMBAR TERPILIH: DALAM BAHAYA
27. KOMIK IBADAH: TIDAK NAKAL LAGI
28. ADAM KECIL: TERLEBIH MAKAN
29. KOMIK IBADAH: PANDAI BERKAWAN
30. KOMIK IBADAH: SUKA DUKA FIFI

BUKU UMUM & FIKSYEN 

1. SALJU SAKINAH
2. TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN
3. QURAN SAINTIFIK
4. LANGKAH BESTARI ISTERI MITHALI
5. AISYAH UMMUL MUKMININ: KEANGGUNAN SEBENAR
6. MASTER YOUR MIND DSIGN YOUR DESTINY
7. PETUA MENDAPAT PASANGAN
8. INGAT TUHAN SAMPAI MATI
9. SALAHUDIN PENAKLUK JERUSALEM
10. MOTIVASI ALIHAN PELAJAR
11. LANGKAH BESTARI SUAMI MITHALI
12. 55 PETUA ORANG BERJAYA
13. KELUARGAKU SYURGAKU
14. RAHSIA ISLAM DI CHINA
15. INDAHNYA BUDI PEKERTI
16. KELEBIHAN SEMBAHYANG
17. 55 PETUA SERONOK BEKERJA
18. SETENGAH BERISI, SETENGAH KOSONG
19. 55 SILAP MATA MUDAH
20. DATO' HARUN DIN: MENJAWAB FIKAH HARIAN
21. MINDA MUSLIM SUPER
22. WARKAH CINTA BERBAU SYURGA
23. KHADIJAH: CINTA ABADI KEKASIH NABI
24. MENJADI MUSLIM TERBAIK
25. MENCARI JALAN PULANG
26. 3T: TAUBAT, TASBIH & TAHAJUD
27. 40 HADIS IMAM NAWAWI
28. SUKSES DENGAN DOA
29. MULAKAN KERJA DENGAN DOA
30. 77 TIP MELEMBUTKAN HATI LELAKI

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Memilih Buku yang Dijadikan ‘Lead Product’

Siapa sangka siri minuman FRUIT TREE adalah keluaran syarikat yang sama yang mengeluarkan siri minuman ini, dan siri minuman ini, dan siri minuman ini, dan juga siri minuman ini.

Daripada lebih 40 jenis minuman yang dikeluarkan oleh syarikat Fraser & Neave (F&N Malaysia) minuman Coca-Cola dipilih sebagai lead-product syarikat itu. Puluhan juta ringgit dibelanjakan bagi mempromosi brand Coca-Cola. Orang kenal Coca-Cola sehingga mereka tidak kenal nama syarikat pengeluarnya.

Meskipun lain-lain minuman keluaran syarikat Fraser & Neave tidak diberikan peruntukan yang banyak bagi mempromosinya, namun brand-brand itu tetap laku dalam pasaran, sehingga menjadikan syarikat F&N pengeluar minuman ringan terbesar di Malaysia.

Lead-product adalah amat penting peranannya bagi tujuan mencipta power-branding

Dalam bisnes, mencipta brand sahaja tidak cukup. Yang lebih penting adalah mencipta power brand.

Bagi menerangkan konsep brand dan power-brand, ambil contoh brand 'RTM'. Meskipun orang ramai amat kenal 'RTM' sebagai brand, tetapi 'RTM' bukanlah power-brand oleh sebab mereka tidak percaya kepada kualiti brand 'RTM'.

Apa yang berlaku kepada brand 'RTM' juga sedikit sebanyak berlaku kepada brand 'DBP'. 

PTS tidak mahu apa yang berlaku ke atas brand 'RTM' dan 'DBP' berlaku juga kepada brand 'PTS', di mana orang kenal 'PTS' tetapi orang tidak percaya kepada kualiti buku-buku 'PTS'.

Penerbit buku perlu memilih pengarang mana, ataupun judul mana, yang hendak dijadikan lead-product syarikat itu. Sebagai contoh syarikat penerbit Oxford University Press memilih Oxford Dictionary-nya sebagai lead-product-nya.

PTS dan anak-anak syarikat PTS juga perlu memilih pengarang-pengarang dan judul-judul yang dijadikan lead-product masing-masing anak syarikat.

Strategi branding dan power-branding memakan belanja yang amat besar. Inilah yang menyebabkan tidak semua pengarang, dan tidak semua judul, akan diberikan peruntukan kewangan yang sama banyak bagi mempromosinya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Penulis Tidak Puas Hati dengan Layanan PTS

Asalamualaikum, Puan Ainon.
 
Mengapakah tidak semua penulis PTS mendapat layanan baik? Memang tidak dinafikan ada sesetengah penulis kerdil merasa kecewa kerana program bersama penulis PTS hanya melibatkan penulis tertentu sahaja. Ini akan melahirkan tidak puas hati dan rasa sedih penulis.
 
Jika PTS bercadang membuat program book talk dan lain-lain, cubalah beri peluang kepada semua penulis agar mereka merasa mendapat keadilan sepenuhnya. Sebagai contoh, program di PWTC book fair.
 
Ada penulis yang mendapat program tahun lepas, mendapat lagi program bersama PTS tahun ini. Memang tidak dinafikan, penulis tersebut memang baik bukunya namun penulis lain mahu juga berkesempatan mendapat peluang program sedemikian.
 
Memang susah untuk memberi layanan sama rata kepada semua penulis kerana sesebuah penerbit mempunyai ratusan penulis dan mungkin ribuan. Namun usaha perlu dilakukan demi menjaga kebajikan semua penulis tanpa mengira nama, pangkat ataupun keturunan. Wasalam.
 
SS

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 01, 2008

Komik ‘Anak-anak Sidek’ Diekspot ke Brazil

Pada 31 Mei 2008, Siri KOMIK MALAYSIA PTS selamat dilancarkan oleh Y. Bhg. Tuan Kamil Ahmad Dato' Mohd. Othman, Timbalan Presiden Jabatan Multimedia Kreatif (MDEC), sempena BookFest 2008 di Pusat Konvensyen KLCC.

Kru PTS berpeluang makan tengah hari dengan beliau, dan kami sempat berbual panjang berkenaan industri kreatif Malaysia masa kini.

Menurut Tn. Kamil, kita di Malaysia mempunyai mentaliti di mana kalau kita mahu mengekspot karya seni Malaysia, kita asyik memikirkan ekspot ke Amerika, UK dan Eropah. Kata beliau lagi, kita sepatutnya memikirkan ekspot ke benua-benua lain seperti Afrika, Timur Tengah dan lain-lain.

Beliau memberitahu bahawa komik berbahasa Melayu siri Anak-anak Sidek telah berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa Portugis dan diekspot ke Brazil. (Brazil adalah bekas tanah jajahan Portugis.)

Nota Sifu: Kejayaan komik Anak-anak Sidek diekspot ke Brazil membuktikan bahawa produk-produk berbahasa Melayu dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Yang penting adalah kualiti.

Apabila produk-produk dalam Bahasa Melayu itu mempunyai unsur-unsur yang sesuai untuk pasaran ekspot (istilahnya export-ready) isu mencarikan penterjemahnya adalah perkara semudah 'makan kacang putih'!

Hidup Komik Melayu! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Satu Lagi Bestseller Indonesia

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Kedai Buku Pilihan: ‘Pustaka Darussalam’ di Alor Setar

Salah sebuah kedai buku milik usahawan Melayu di Alor Setar adalah PUSTAKA DARUSSALAM (PD).

Kedai Buku PD terkenal di kalangan pelanggan tertentu sahaja, kerana ia menjual buku-buku agama dan kitab-kitab Arab terbitan luar negara yang banyak digunakan oleh sekolah-sekolah Arab di Utara Semenanjung.

Pada mulanya PD kurang berminat menjual buku-buku PTS kerana PTS bukan penerbit buku-buku agama tradisional, oleh itu produk PTS seolah-olah tidak selaras dengan tabiat membeli pelanggan PD.

Tetapi akhirnya selepas wakil PTS datang dan menerangkan falsafah dan dasar penerbitan PTS yang syariah-compliant, maka PD pun sudi mencuba membawa buku-buku PTS juga. Hasilnya buku-buku PTS dibeli oleh pelanggan PD. 

Kini PD adalah antara pelanggan terbesar PTS di Utara. Eksekutif jualan dan khidmat pelanggan PTS Zon Utara, En. Zulkimy, beliau melaporkan bahawa setiap kali beliau pergi ke PD bagi menyemak stok buku-buku PTS dalam kedai, beliau tidak pernah pulang dengan tidak membawa cek bayaran daripada PD.

Baru-baru ini PD membuka cawangan baru. Tuan punya PD meminta En. Zulkimy supaya 'memenuhkan' kedai barunya itu. 

Selepas mendapat kelulusan daripada En. Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Jualan PTS, maka dengan perasaan yakin En. Zulkimy membekalkan semua jenis buku-buku terbitan PTS yang bernilai RM40 ribu. Ya, bukan RM4 ribu tetapi RM40 ribu!

Jumlah RM40 ribu adalah 'amat berisiko', maklumlah ada kemungkinan pekedai tidak membayar hutang. Namun, rekod bisnes PD dengan PTS yang tanpa-cacat selama bertahun-tahun menyebabkan PTS berani membekalkan jumlah itu.

Nota: Pemilik Pustaka Darussalam bernama Tn. Hj. Abdul Hadi Awang. Kad bisnes beliau mempunyai foto wajah beliau bagi menunjukkan bahawa kad bisnes beliau itu bukan kad bisnes Tuan Guru Abd. Hadi Awang. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buat Penyokong Buku PTS di Melaka: 5-7 Jun di Mahkota Parade MELAKA


Foto dengan ikhsan blog Tuan Zamri Mohamad.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 3 pages  <  1 2 3