Friday, July 04, 2008

Dicari! Model Lelaki dan Perempuan Untuk Penghias Cover Buku PTS

Klik Borang Calon Model

Kelayakan calon:

  1. Berusia 18 hingga 25 tahun
  2. Mempunyai potongan badan menarik
  3. Mempunyai paras  menarik
  4. Mempunyai personaliti menarik
  5. Fotogenik
  6. Sihat tubuh badan
  7. Tiada ikatan kontrak agensi modeling

Hantarkan borang beserta:

  1. Gambar ukuran 3R (Muka sahaja)
  2. Gambar ukuran 3R (Seluruh tubuh)

PENCARIAN MODEL KUMPULAN PTS
KUMPULAN PTS
NO. 9-1 & 11-1 JALAN WANGSA SETIA 3
WANGSA MELAWATI
53300 KUALA LUMPUR
MALAYSIA
NO. TELEFON: +603 4142 7413

Untuk maklumat lanjut hubungi Cik Siti Nor Fadilah Salleh 6016 6611 764 ataupun .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Diterjemah dan Diterbitkan

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku Selangor Disabotaj

 

Baca  lebih lanjut di  sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

SABTU 2 Ogos: Pengarang ‘Sayap Adinila’ di MPH City Squre Johor Baru

Pengarang: Firdaus Ariff

Acara: Sesi Autograf

Tempat: MPH City Square, Johor Baru

Masa: 3 - 4 petang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Tuhan dan Allah dalam Dakwah Fasa Mekah

Tidak ada sesuatu di alam ini melainkan semuanya diatur dengan rapi dan sempurna oleh Tuhan yang maha bijaksana.

Demikianlah halnya dengan penggunaan perkataan 'Rab' yang bermakna 'Tuhan' dan 'Allah' dalam Quran, di mana tidak mungkin penggunaan kedua-dua perkataan itu berlaku secara rawak, melainkan ada prinsip-prinsip di sebalik penggunaan itu.

Dengan keyakinan bahawa Quran adalah buku panduan yang lengkap, maka kita perlu menggali prinsip-prinsip yang menentukan di mana perkataan 'Tuhan' digunakan dalam Quran dan di mana pula perkataan 'Allah' digunakan.

Ayat Quran yang pertama diterima oleh Nabi Muhammad menggunakan perkataan Rab, bukan 'Allah'. Ayat itu bermaksud 'Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu.' Apabila ayat pertama itu menggunakan perkataan Rab, maka ada signifikan-nya dan ada implikasinya yang perlu difikirkan.

Sebagai contoh, dalam surah Qalam (Pena) yang mengandungi 52 ayat, yang digunakan hanya 'Tuhan'. Tidak ada perkataan 'Allah' digunakan. Begitu juga dalam surah Nas (Manusia), surah Falaq ( Subuh), surah Quraisy (Kaum Quraisy), surah Insyirah (Peluasan), surah Duha (Fajar), surah Mutafifin (Penipu), dan surah Naba (Berita).

Manakala dalam surah Mursalat (Angin) baik perkataan 'Tuhan' mahupun 'Allah' tidak digunakan sama sekali. Yang digunakan adalah perkataan 'Kami". Begitu juga pada surah Abasa (Muka Yang Berkerut), surah Takwir (Menggulung), surah Lail (Malam), surah Adiyat (Kuda), surah Zilzal (Gempa), surah Qariah (Mala Petaka), surah Takasur (Perlumbaan), surah Ash (Masa), surah Balad (Negeri), surah Maun (Perabot), surah Kafirun (Orang Kafir), dan surah Lahab (Lidah Api)

Pada umumnya, perkataan 'Tuhan' banyak digunakan dalam ayat-ayat Quran yang diterima oleh Nabi Muhammad semasa beliau masih tinggal di kota Mekah, tanah kelahirannya, yakni sebelum beliau dan para pengikutnya berpindah ke bandar Madinah. 

Pada khususnya, perkataan 'Tuhan' digunakan dalam ayat-ayat yang ditujukan kepada orang-orang yang tidak ataupun belum mempercayai bahawa Nabi Muhammad adalah wakil Tuhan dan segala apa yang diajarkan oleh beliau semuanya beliau terima dari Tuhan. 

Dengan mempelajari pola penggunaan 'Tuhan' dan 'Allah', maka dapatlah prinsip-prinsip di sebalik penggunaanya itu dijadikan garis panduan apabila menulis buku-buku agama, khususnya bagi buku-buku agama yang ditargetkan kepada 'pembaca baru'.

Istilah 'pembaca baru' adalah individu-individu yang baru pertama kali dia membaca sesebuah buku tentang Islam.

NOTA: Kepada orang Islam yang terbaca entri ini, bacalah selawat setiap kali apabila terbaca nama 'Nabi Muhammad' kerana sangat besar pahalanya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 03, 2008

Ada-ada Sahaja: Bahasa Persuasif

"Timbalan Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak mengenali Altantuya." - Utusan online.

Skrip penafian itu bunyinya serupa benar dengan skrip lelaki curang yang berdusta kepada isterinya, semasa berada di dalam bilik tidur di rumah mereka. 

Tentulah skrip-pendustaan-dalam-bilik-tidur tidak sesuai digunakan oleh lelaki yang sama, tetapi kali ini dalam kapasiti sebagai bakal perdana menteri, bagi meyakinkan seluruh dunia. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Cerita Kedai Buku Agama Tradisional

Kedai-kedai buku agama tradisional bukan hanya menjual buku-buku agama. Mereka menjual bermacam-macam barangan lain yang ada kaitan dengan ibadat-ibadat agama seperti tasbih, sejadah, kopiah, telekung, kain ihram, dan kain kafan.

Termasuk antara barangan lain adalah ubat-ubatan tradisisonal, seperti minyak urut, akar-akar kayu, jamu dan kayu sugi. Barang-barang itulah yang diletakkan di bahagian depan kedai.

Termasuk dalam senarai buku adalah kitab al-Quran. Buku-buku agama diletakkan di bahagian dalam, sehingga dari luar kedai tidak kelihatan langsung buku-buku itu.

Jadi status buku dalam kedai-kedai buku tradisional seperti itu adalah ibarat produk kelas-2. Pemilik kedai-kedai itu tidak mempunyai iltizam kuat mempromosi buku-buku yang ada di dalam kedainya.

Mereka tidak melakukan apa-apa bagi menarik orang yang berjalan di kaki lima kedainya supaya masuk dan tengok buku-buku apa yang ada di dalam kedainya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Edisi Paperback PTS

Sebanyak 22 judul PTS sudah diterbitkan sebagai edisi paperback. Tengok di sini klik.

Edisi paperback PTS dipilih daripada judul-judul yang sudah lama terbit dan terbukti buku-buku itu laku tahun-demi-tahun dalam pasaran.

Justeru, jika buku saudara sudah lebih 3 tahun laku dalam pasaran, buku saudara mungkin dipilih supaya diterbitkan juga dalam edisi paperback. 

Apabila sesebuah judul itu diterbitkan sebagai edisi paperback, edisi kulit lembutnya tetap terus diterbitkan. Walaupun edisi paperback jauh lebih murah, hal itu tidak pula menyebabkan edisi kulit lembutnya tidak laku. Malah kedua-duanya tetap laku, walaupun dipamerkan dalam kedai yang sama.

Ertinya, saudara akan menerima royalti daripada kedua-dua edisi itu. 

Jadi, timbul pertanyaan, jika edisi kulit lembutnya tetap laku, mengapakah PTS menerbitkan edisi paperbacknya yang lebih murah? Tidakkah itu menyebabkan kerugian dari sudut margin keuntungan?

Inilah jawapan kita: PTS menerbitkan edisi paperback bagi buku-buku yang laku demi membolehkan golongan yang tidak kaya mampu membeli dan membaca buku-buku PTS yang berkualiti.

Bagi membolehkan edisi paperback PTS dijual pada harga murah, semua penulis buku-buku itu bersetuju royalti mereka hanya 5% sahaja, manakala margin keuntungan PTS hanya 2% sahaja.

Inilah pengorbanan penulis-penulis PTS demi memandaikan bangsa.

NOTA: Buku Seni Bercakap-cakap dan Berbual-bual terbit dalam edisi kulit lembut dan paperback. Kedua-dua kekal laku walaupun dalam kedai yang sama. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 02, 2008

Kulit Mana Perempuan Lebih Suka?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(20) Diskusi Kuliah | Permalink

Orang Sabah Membaca Buku Apa

Di kompleks Centre Point Kota Kinabalu, ada sebuah kedai buku bernama EATON'S BOOK. Ia adalah outlet retail yang paling kuat di Sabah.

Dalam kompleks Centre Point itu juga ada oulet POPULAR. POPULAR juga mempunyai outlet di kompleks City Mall. MPH belum membuka outlet langsung di Sabah.

Kedai buku EATON'S BOOK itu adalah kedai yang paling banyak menjual buku-buku PTS di bandar Kota Kinabalu. Semua judul PTS ada dipamerkan dalam kedai itu.

Trend jualan buku di EATON'S BOOK menggambarkan trend semasa pembacaan dan pasaran buku di Sabah.

Permintaan bagi judul novel cinta adalah sangat tinggi di EATON'S BOOK. Kedai buku itu berani mempamerkan 500 unit bagi setiap judul novel cinta tulisan pengarang yang popular. Justeru jualan novel-novel ALAF21 amat kencang di kedai itu.

Walaupun trend jualan novel cinta di Semenanjung sudah menurun tetapi di Sabah novel cinta masih laku keras.

Bagi buku-buku PTS pula, trend jualan di EATON'S BOOK menunjukkan judul-judul motivasi dan novel remaja laku dengan baik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Pasaran Buku Perubatan Herba

Statistik yang dihebah-hebahkan oleh media mengatakan industri perubatan herba dan makanan kesihatan yang berasaskan herba berkembang dengan pesatnya di negara kita.

Namun, jualan buku-buku tentang panduan penggunaan herba dalam makanan dan ubat-ubatan tidak meletup-letup.

Soalan tutorial hari ini: Mengapakah walaupun industri herba berkembang pesat tetapi buku-buku herba tidak laku keras? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 01, 2008

Surat Pilihan: Mengapa Cina Beli Komik ‘Kecemprengman’

Puan yang dihormati,
 
Maafkan saya kerana mengambil masa puan membaca emel ini. Sudah lama rasanya tidak minum semeja dengan puan, berbual pelbagai perkara. Saya juga sudah lama tidak hadir ke bengkel PTS bagi menimba ilmu.
 
Saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang perjuangan bahasa dalam buku-buku terbitan PTS.
 
Pada Sabtu, 28 Jun lalu, PeKOMIK mendapat jemputan mengadakan program kecil untuk kanak-kanak dan remaja dalam acara pelancaran sebuah pasaraya, SOHO-KL di Mont Kiara.
 
Program sehari bermula jam 11:00 pagi hingga 6:00 petang diambil peluang oleh PeKOMIK mempromosikan pendaftaran ahli, menjual pelbagai komik lama dan baru, demonstrasi mereka watak komik, lakaran langsung karikatur dan lain-lain lagi. Pengunjung tidak begitu ramai kerana hujan dan kebanyakannya adalah berbangsa cina.
 
Dalam banyak-banyak komik yang diletakkan di atas meja, komik Kecemprengman terbitan Komik Malaysia PTS Millennia paling mendapat perhatian. Pembelinya bukan kanak-kanak Melayu tetapi berbangsa Cina, umurnya sekitar 9 hingga 11 tahun. (Memang golongan remaja tidak ramai pada hari itu.)
 
Kami berpandangan sesama sendiri. "Kanak-kanak Cina membaca komik Bahasa Melayu?" fikir saya.
 
Apa yang membuatkan kanak-kanak berbangsa Cina ini membeli Kecemprengman adalah kerana bahasanya. Kecemprengman menggunakan gaya bahasa Melayu yang mereka pelajari di sekolah. Jadi, kanak-kanak Cina itu boleh faham ceritanya, boleh faham dialognya, sebab itu mereka membelinya.
 
Selain itu watak super hero rekaan pelukisnya, rekaan kulit komik, dan harganya yang berpatutan juga menjadi sebab Komik Malaysia PTS dibeli.
 
Sayangnya, kami tidak merakamkan gambar kanak-kanak yang membeli komik Kecemprengman itu kerana tidak membawa kamera. Apa yang sempat dirakamkan adalah gambar kanak-kanak yang menyertai aktiviti mereka watak komik.
 
Yang benar,
jOnOs

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Penasihat PTS Dilantik Pengarah Institut Peradaban Melayu UPSI

Dimaklumkan penasihat PTS, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dilantik sebagai Pengarah, Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, mulai 1 Julai 2008 sehingga 30 Jun 2010.

Pelantikan itu dibuat oleh Prof. Dato' Dr. Aminah binti Ayob, Naib Canselor UPSI. 

UNIKA PTS merakamkan ucapan tahniah kepada beliau. 

Nota: Prof. Dato' Dr. Aminah binti Ayob adalah salah seorang penulis PTS.

Bidang kepakaran beliau adalah pendidikan prasekolah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Mengapa Lebih Banyak Judul Baru Diterbitkan daripada Judul Ulangcetak

Istilah back-title bermakna buku-buku yang SUDAH terbit. Makin banyak judul back-title yang ada, makin stabil syarikat, yakni kemungkinan saudara gulung tikar apabila ekonomi meleset adalah kurang.

Tanpa ribuan back-title, apabila ekonomi meleset, sukar bagi saudara hendak survive sebab back-title yang banyak berfungsi sama seperti wang simpanan dalam tabungan saudara.

Jumlah minimum back-title mestilah 1000 judul, barulah syarikat saudara stabil. Back-title yang banyak memudahkan saudara memilih judul-judul back-title yang saudara dapat luncurkan semula ke dalam pasaran apabila berlaku gawat.

Sebagai contoh, apabila harga minyak naik dan ekonomi meleset seperti sekarang, orang tidak mempunyai banyak wang bagi membeli buku yang tebal dan mahal, tetapi ada kategori buku yang masih dibeli orang. Jangan terbitkan buku-buku tebal dan mahal. Terbitkan semula buku-buku harga rendah yang ada dalam senarai back-title saudara.

Justeru syarikat saudara mesti menerbitkan banyak judul baru, sebab semakin banyak judul baru, maka semakin banyak judul back-title saudara.

Pada peringkat penulis, saudara perlu mempunyai banyak back-title saudara sendiri. Bagi penerbit dan penulis, logik bisnesnya adalah serupa, yakni semakin banyak back-title saudara, semakin kukuh ekonomi saudara.

Jika semua buku saudara mahal-mahal belaka, pada zaman gawat buku mahal sukar dijual.

Apakah implikasi menerbitkan banyak judul baru setiap bulan?

Pertama, margin keuntungan saudara amat tipis, ataupun setakat pulang modal sahaja, disebabkan kos pracetak menerbitkan judul baru adalah tinggi. TETAPI, judul-judul baru laju bergerak!

Ertinya, judul baru lebih mudah dijual, justeru cash-flow syarikat saudara baik, sebab buku judul baru tidak lama berlonggok dalam setor. Cash-flow (duit tunai masuk, duit keluar) adalah nyawa syarikat.

Walaupun keuntungan menerbitkan judul baru adalah kecil, tetapi judul baru mudah dijual, maka duit masuk laju, maka setiap bulan saudara dapat membayar hutang pencetak, hutang bank, sewa pejabat dan gaji (duit keluar laju).

Di PTS, majoriti judul baru dapat dijual dalam tempoh 3 - 6 bulan. Ertinya kita dapat membayar hutang kepada pencetak dengan mematuhi tempoh kredit 90 hari.

Buku-buku ulangcetak laku, tetapi lambat bergerak. Selepas 90 hari, tempoh kredit pencetak sudah tamat, hutang mesti dibayar, tetapi buku ulangcetak masih banyak di dalam setor.

Apabila buku lambat bergerak, ini menyebabkan saudara tidak dapat membayar hutang pencetak. Akibatnya, pencetak tidak mahu mencetak buku-buku saudara selagi saudara tidak membayar hutang yang ada. Itulah sebabnya, tanpa buku baru, penerbit boleh gulung tikar.

Setiap bulan, nisbah buku baru dan buku ulangcetak adalah 7:3 yakni 7 judul baru, 3 judul ulang cetak. Dengan menerbitkan 7 judul baru yang dapat dijual dengan lajunya, saudara dapat membayar hutang mencetak buku-buku ulangcetak yang lambat bergerak itu. 

Apabila syarikat survive, semua pihak yang menanggung risiko akan selamat. Mereka yang menanggung risiko adalah bank-bank, syarikat finance, pencetak, pemilik bangunan yang kita sewa, staf, EPF, SOCSO, orang ahli lembaga pengarah yang menjadi penjamin peribadi liabiliti syarikat kepada bank-bank, syarikat insurans dan takaful, pembekal alat pejabat, dan banyak lagi, (tidak dilupakan senarai penerima-penerima zakat syarikat).

Data inventori PTS menunjukkan, pada mana-mana hari, daripada 1000 lebih judul yang sudah diterbitkan, ada antara 80 - 100 judul buku PTS yang kehabisan stok. Pekedai merungut, penulis merungut, agen merungut.... Erm... Masalah PTS adalah buku-bukunya terlampau laku! (Sifu garu-garu kepala).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 4 of 4 pages « First  <  2 3 4