Thursday, August 14, 2008

Akan Terbit

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 13, 2008

Penulis PTS di MPH

 

Tarikh: 31 Ogos 2008 (Ahad)
Penulis: Sunthara Segar

Masa: 3 – 4 petang

Buku: Rahsia Mengurus Insuran Hayat

Diskripsi: Ketahui petua-petua mengurus risiko peribadi dengan polisi insurans hayat dan bagaimana memilih polisi yang sesuai agar ia tidak menjadi satu pembaziran.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 12, 2008

Tip Survival Penerbit: Jangan Serah Buku kepada Orang UMNO

Baca kes saman UMNO ini!

Seorang penulis PTS pun pernah mengalami kes yang serupa. Kita sudah berpesan kepada beliau, jangan percaya wakil rakyat UMNO, tetapi dia yakin wakil rakyat itu pasti akan membayar hutangnya sebab mereka kenal baik.

Penulis PTS yang satu ini sangat yakin wakil rakyat itu takkan menipunya, maklumlah penulis PTS yang ini adalah wartawan pendidikan dengan akhbar perdana. Dia yakin orang politik takkan berani menipu wartawan macam dia.

Dengan keyakinan dan baik sangka seperti itu, penulis PTS yang ini pun mengambil 500 naskhah bukunya dengan diskaun 35%. Itulah diskaun yang semua penulis PTS dapat apabila mereka membeli mana-mana buku terbitan PTS.

Wakil rakyat UMNO itu menggunakan buku itu sebagai cenderamata kepada pelajar-pelajar sekolah menengah kawasannya pada suatu program kem motivasi anjuran biro pendidikan UMNO bahagiannya.

Sudah masuk beberapa tahun, tetapi sampai sekarang penulis PTS yang satu ini masih tidak dapat menagih hutang bukunya.

Hendak jadi cerita, selepas ditolak dengan seluruh royaltinya pun dia masih tidak dapat melunaskan hutang akaunnya dengan PTS. Jadi, PTS pun sampai sekarang belum dapat menagih baki hutang si penulis itu.

Inilah yang dikatakan berniaga buluh kasap. Untung entah ke mana, modal pula sudah lesap. 

NOTA: Semenjak kes ini, pengurusan PTS mengenakan peraturan baru di mana penulis-penulis PTS tidak boleh mengambil buku melebihi RM2 ribu ataupun pada jumlah  yang sama dengan nilai royaltinya, kalau royaltinya melebihi RM2 ribu. (Puas hati! Satu orang punya kes, habis semua penulis PTS dikenakan peraturan baru itu!)

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit Sempena Bulan Merdeka

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Siapa Ketua Pengarah DBP?

Sudah beberapa bulan jawatan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kosong, iaitu semenjak kontrak perkhidmatan Dato' Dr. Firdaus Abdullah tamat. Sampai saat ini jawatan itu masih belum ada penggantinya. Keadaan ini tentulah tidak baik kerana banyak perkara tidak dapat dijalankan melainkan dengan kelulusan dan tandatangan ketua pengarahnya.

Menurut sumber-sumber yang dapat dipercayai, dikatakan ada surat hitam putih daripada Pak Lah kepada Dato' Hishamuddin Hussein supaya melanjutkan kontrak Dato' Dr. Firdaus. Tetapi Menteri Pelajaran itu masih belum juga mengeluarkan surat sambungan kontrak terseut.

Ada pula gosip yang mengatakan nama Dato' Dr. Anuar Redhuan disebut-sebut akan mengisi jawatan itu tetapi ahli-ahli lembaga pengarah DBP tidak setuju. 

Sampai bilakah keadaan tidak menentu ini akan berterusan.... 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sudah Terbit

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Khidmat Masyarakat: Bengkel Penulisan Faisal Tehrani Anjuran MPH

Bengkel Penulisan 'Karya nan Indah': MPH-FT

Tarikh: 17 Ogos 22008 (Ahad)

Waktu: 2.00 – 5.30pm

Tempat: MPH Megastore 1 Utama, Booker Room, Aras 2.

Hubungi 03-7726 9003 atau emel .(JavaScript must be enabled to view this email address) atau .(JavaScript must be enabled to view this email address).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Risiko Mengikat Penulis dengan Perjanjian Penerbitan Eksklusif

Ada 2 buah penerbit tanah air yang menggunakan perjanjian penerbitan eksklusif bagi mengikat penulis-penulisnya.

(i) Sebuah penerbit tidak membenarkan penulisnya menggunakan 'nama samaran' yang sama sekiranya dia hendak menulis buku untuk penerbit lain.

(ii) Sebuah penerbit lagi memberikan tempoh di mana dalam tempoh antara 3 - 5 tahun penulisnya tidak boleh menulis buku untuk penerbit lain. 

Perjanjian eksklusif itu adalah senjata yang diharapkan dapat membantu penerbit survive dalam pasaran yang amat kekurangan penulis-penulis berkualiti. Diharapkan dengan mengenakan syarat eksklusif seperti itu maka si penerbit dapat mengurangkan risiko penulisnya dicuri, ataupun lari, kepada penerbit lain.

PTS sendiri tidak mengenakan sebarang syarat eksklusif ke atas pengarang-pengarang yang bernaung di bawah benderanya. Hanya ada satu klausa di mana pengarang PTS tidak boleh menulis buku yang 'serupa' (competing product) tema dan isi kandungannya buat diterbitkan oleh penerbit lain. Klausa seperti itu adalah amalan standard antarabangsa.  

Klausa-klausa eksklusif tidak menjamin penulis tidak akan menulis untuk penerbit lain kerana mereka hanya perlu menggunakan nama-nama lain sama sekali.

Perjanjian eksklusif mendorong banyak penulis memakai banyak topeng. Dengan bertopeng-topeng, penulis rugi sebab beliau tidak berani muncul di khalayak ramai bagi mempromosikan buku-bukunya, sebab perbuatan itu akan menyebabkan rahsianya terbuka bahawa dia telah menipu penerbitnya. 

Perjanjian eksklusif juga mendorong penulis berkahwin dengan lebih daripada satu penerbit. Walaupun dikenakan syarat nama samaran eksklusif, penulis tetap lari kepada penerbit lain walaupun terpaksa mencipta nama komersial lain. Ini situasi yang merugikan baik penerbit mahupun penulis sendiri.

Risiko kedua adalah, apabila penulis terpaksa menggunakan nama-nama samaran yang berbeza-beza setiap kali beliau menyerahkan bukunya kepada penerbit lain, perkara ini merugikan penulis, sebab ia menyukarkan namanya dipromosi dan dijadikan 'brand'.

Bagi penerbit sendiri, perjanjian eksklusif tidak menjamin survival bisnesnya. Ia juga tidak menjamin penulisnya tidak lari ikut pintu belakang. Para penulis adalah orang-orang yang pintar oleh itu mereka tidak akan berpuas hati dengan perjanjian penerbitan yang berat sebelah. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 11, 2008

Passion dan Penterjemahan Karya Sastera: Laporan Kongres FIT (vii)

Kongres Sedunia FIT diadakan 3 tahun sekali. Kongres akan datang pada 2011 akan diadakan di Los Angeles, Amerika.

Pada setiap kongres, majlis FIT memberi anugerah kepada penterjemah paling berjasa bagi kategori fiksyen, bukan fiksyen (baca, falsafah) dan sastera remaja. Bagi tahun ini ketiga-tiga anugerah itu dimenangi oleh penterjemah ke dalam bahasa Norway (fiksyen dan bukan fiksyen) dan bahasa Fin (sastera remaja).

Berdasarkan resume yang dibacakan, ketiga-tiga penterjemah itu memfokuskan kerja masing-masing menterjemah karya-karya pengarang pilihan. Sebagai contoh, bagi kategori bukan fiksyen, pemenangnya menterjemahkan karya-karya Karen Amstrong. Bagi kategori fiksyen, pemenangnya menterjemahkan karya-karya Doris Lessing, manakala bagi kategori sastera remaja, penterjemahnya menterjemahkan karya-karya JK Rowling.

Semasa menyampaikan ucapan ringkas selepas menerima anugerah, masing-masing bercakap penuh passion berkenaan pengalaman mereka menterjemahkan karya pengarang pilihan masing-masing. 

Nampaknya, kita di Malaysia dapat mencontohi kejayaan mereka, yakni menterjemah karya-karya pengarang yang kita benar-benar berpassion.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Industri Terjemahan di China: Laporan Kongres FIT (vi)

Wakil negara China memberitahu kongres bahawa nilai industri terjemahan negara itu pada tahun 2004 adalah USD49 juta. Kebanyakannya adalah upah yang dibayar untuk terjemahan bahan-bahan teknikal dan perdagangan.

Subjek terjemahan adalah diwajibkan bagi semua pelajar universiti yang mempelajari bahasa-bahasa asing. Terdapat lebih 100 buah persatuan penterjemah di negara itu kerana di setiap bandar terdapat persatuannya sendiri. Perkhidmatan terjemahan, khususnya terjemahan teknikal, diperlukan oleh syarikat-syarikat yang beroperasi di setiap bandar.

Industri penerbitan buku karya asal dan terjemahan di negara itu telah melonjak pada kadar yang luar biasa:

1978 - 15,000 judul baru diterbitkan

1995 - 101,000 judul baru diterbitkan

2006 - 230,000 judul baru diterbitkan

Judul-judul terbitan China yang paling banyak dilesenkan ke lebih 30 bahasa antarabangsa adalah buku-buku belajar bahasa Cina. 

Kadar royalti yang diberikan kepada penulis adalah antara 6%, 8% hingga 10%. Kadar 10% diberikan hanya bagi judul-judul yang laku lebih 50,000 naskhah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Kes Dunia Arab: Laporan Kongres FIT (ix)

Dalam kongres FIT, laporan dunia Arab disampaikan oleh wakil dari negara Palestin.

Menurut beliau jumlah bangsa-bangsa Arab adalah 5% daripada penduduk dunia, tetapi jumlah penerbitan di semua negara Arab hanya 1% daripada jumlah semua penerbitan dunia.

Semua negara Arab sudah menjadi anggota Konvensyen Berne, tetapi penguatkuasaan undang-undang hakcipta amat lemah. Boleh dikatakan penerbit-penerbit di negara-negara Arab tidak menghormati undang-undang harta intelek.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kes India: Laporan Kongres FIT (x)

Wakil India memberitahu negara itu mempunyai 122 bahasa yang dituturkan oleh rakyatnya. Kerajaan India mengiktiraf 55 bahasa sebagai bahasa rasmi. Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa penghantar pendidikan.

Bahasa rasmi yang paling banyak dipertuturkan adalah bahasa Hindi, di mana 41% rakyat India memahami bahasa itu.

Hanya 1% rakyat India mempunyai akses kepada internet, manakala hanya 7.5% rakyatnya menggunakan komputer.

Nilai industri terjemahan di India adalah:

Tahun 2005 - US$888 juta

Tahun 2007 - US$2.54 bilion

Industri terjemahan India berkembang pada kadar 2.5% setahun. (Di negara-negara maju kadar itu adalah 7.5%)

Kerajaan India sudah menggubal dokumen National Translation Mission of India (ITAINDIA). 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Industri Budaya di China: Laporan Kongres FIT (viii)

Wakil negara Cina memberitahu bahawa pada tahun 2004, nilai eksport industri budaya (cultural industry) negara itu adalah USD49 juta, dan angka itu semakin meningkat.

Wakil dari Australia bercakap tentang 'cultural productions' dan beliau juga mengemukakan konsep 'national creative industries'. 

Buku, baik karya asal mahupun terjemahan, adalah termasuk dalam kategori produk-produk industri budaya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Kursus PTS Diberi Gratis

Berkali-kali kita menerima komen yang mengandung rasa 'hairan' mengapa PTS 'amat baik hati' kerana tidak pernah mengenakan sebarang bayaran kepada peserta yang datang mengikuti kursus-kursusnya.

Bukan itu sahaja, PTS juga tidak mengenakan apa-apa jua syarat. Malah, peserta kursus PTS tidak dihalang daripada menggunakan ilmu yang dipelajarinya bagi menulis buku untuk penerbit-penerbit lain.

Jadi, ada yang bertanya apakah ada strategi di sebalik dasar PTS itu. Ya, tentu sekali ada. 

Dasar memberikan kursus secara gratis dan bebas-syarat menjadikan PTS sebuah penerbit yang memiliki 'kecantikan sosial'. Maksudnya, walaupun PTS adalah sebuah penerbit swasta tetapi ia tidak dipandang hodoh pada mata komuniti penulis dan peminat buku. Penulis tidak memandang PTS sebagai penerbit mata duitan. Orang menjadi yakin bahawa PTS ikhlas berjuang mahu menerbitkan buku-buku yang baik buat bacaan bangsanya.

Dengan tidak mengenakan sebarang syarat ke atas peserta kursus, komuniti penulis memandang PTS sebagai penerbit yang tidak menekan penulis. Malah syarikat-syarikat penerbit lain tidak memandang PTS sebagai penerbit yang mementingkan survival bisnesnya sendiri, sebaliknya suka membantu penerbit lain dengan membekalkan kepada mereka penulis-penulis dan calon editor yang berkualiti.

Di sebalik dasar ini juga adalah keyakinan bahawa 'duit adalah kerja Tuhan'. Jadi kita tidak risau walaupun harus menanggung kos latihan yang tinggi, sedangkan mereka tidak diwajibkan menulis untuk PTS. Mereka bebas memilih penerbit mana yang mereka suka. Kos yang ditanggung oleh PTS adalah sedekah kita. Semakin banyak kita bersedekah, semakin maju bisnes kita. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Buku PTS, MHP, dan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

Assalamualaikum, Puan Sifu.
 
Semoga Puan sentiasa dikurniai Allah dengan rahmat dan berkatNya. Alhamdulillah Puan sudah selamat pulang ke tanah air. Tidak lupa saya mengucapkan terima kasih kerana membawa ole-ole berupa ilmu pengetahuan dari Shanghai.
 
Untuk pengetahuan Puan, saya kini mengedar buku-buku PTS kepada kawan-kawan saya di pejabat lama. Ramai yang belum lagi kenal buku-buku PTS itu rupanya. Apabila mereka melihat buku kanak-kanak seperti Dunia Sains Aiman dan Siri Adam Kecil, mereka begitu teruja sekali. Kata mereka, "Tidak rugi membayar RM11, RM12 sebab bukunya tebal dan kulit bukunya cantik sekali!
 
Saya turut menerima soalan-soalan seperti apa perjuangan PTS. Saya cuba menjawabnya sedapat mungkin. Terdapat satu komen yang mengatakan, "Sudah tentu buku PTS mudah memasuki kedai MPH kerana ia milik Syed Mokhtar."
 
Saya kurang pasti bagaimana mahu menjawab komen sebegini. Dari apa yang saya faham, buku-buku PTS sudah berjaya masuk ke MPH walaupun ketika itu nama Syed Mokhtar belum muncul lagi. Oleh itu, kejayaan PTS menembusi MPH dirasakan amat manis sekali. Maafkan saya jika tersilap. Tetapi, sebagai pemilik/pemegang saham, Syed Mokhtar memudahkan lagi laluan buku-buku melayu yang lainnya dijual di MPH. Adakah ini benar?
 
Komen seperti ini timbul apabila saya nyatakan yang buku-buku PTS boleh juga didapati dari Popular Bookstore, Kinokuniya, MPH dan sebagainya. Diharap Puan sudi meluangkan masa bagi menjawab soalan yang tidak seberapa ini. Sekian, terima kasih.
 
HMD

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu Kontrak Penulis Tidak Boleh Menerbitkan Karya dengan Penerbit Lain

Kepada peguam syariah yang membaca blog ini, kita meminta pandangan berkenaan isu perjanjian antara penerbit dan penulis yang tidak mengizinkan penulis menerbitkan karya akan datang dengan penerbit lain.

Ada beberapa penerbit yang memaksa penulis menandatangni perjanjian bahawa dalam tempoh 3 tahun akan datang apabila si penulis menulis buku, dia tidak boleh menulis buku untuk mana-mana penerbit lain.  

Persoalannya: Bolehkah seseorang itu melakukan urusniaga atas benda yang belum ada.  Dalam kes ini, buku itu belum ditulis oleh si pengarang tetapi dia dikehendaki menyerahkan buku itu kepada penerbitnya sahaja, dan hanya penerbitnya sahaja yang berhak menerbitkan bukunya itu.

Pada pandangan kita, kes ini tidak serupa denggan kes kontrak menempah baju ataupun kontrak membina rumah. Dalam kes menempah baju dan membina rumah, perincian baju yang ditempah dan rumah yang akan dibina itu sudah ada, malah detail sekali, siap dengan design dan bahan-bahan yang dipersetujui.

Dalam kes buku, tidak ada sebarang maklumat berkenaan buku yang akan ditulis, tetapi penerbit sudah mengenakan syarat buku itu tidak boleh diserahkan oleh penulis kepada mana-mana penerbit lain. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 10, 2008

Penulis dan Faktor Glamour: YM Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Surat daripada 'SS' yang berasa dirinya tidak glamour, maka beliau malang, sudah banyak menerima respon daripada penulis-penulis PTS. Mereka menyebut nama Dr. Tengku Asmadi sebagai contoh penulis glamour dan pandai mempromosi bukunya.

Penulis-penulis PTS yang menerima royalti paling tinggi bagi jualan 2007 adalah:

(i) Mereka mempunyai banyak judul yang sudah terbit, kecuali Dr. Tengku Asmadi yang hanya mempunyai 1 judul sahaja.

(ii) Mereka juga personaliti yang banyak muncul di media massa.

Faktor paling utama yang menyebabkan buku MOTIVASI ALIHAN PELAJAR menjadi judul paling banyak menerima royalti adalah disebabkan Dr. Tengku Asmadi amat banyak menjalankan bengkel motivasi yang menggunakan brand 'Motivasi Alihan Pelajar'.

Setiap minggu beliau menjalankan bengkel itu di merata tempat di seluruh negara. Jadi, beliau adalah agen penjual terbesar buku beliau sendiri. 

Saya sudah berjumpa banyak ibu-ibu yang menghantar anak mereka ke bengkel MOTIVASI ALIHAN PELAJAR dan mereka berpuas hati. Ini adalah faktor yang menyebabkan bengkel dan buku beliau semakin laku. Pelanggan yang berpuas hati menjadi promoter bengkel dan buku MOTIVASI ALIHAN PELAJAR kepada kaum keluarga, sahabat dan jiran-jiran mereka.

Dr. Tengku Asmadi juga sudah lama muncul dalam siri motivasi di skrin TV. Beliau juga mempunyai ruangan di radio. Beliau juga menulis untuk kolum beliau dalam media. 

Beliau adalah bekas pensyarah di Universiti Sains Malaysia. Ph.D. beliau adalah dalam bidang kejuruteraan. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Dato’ Baha Zain Menulis Lagi

"...setiap seorang pemimpin sosial, lebih-lebih lagi pemimpin politik yang mentadbirkan negeri ataupun negara, harus berfikir tentang pembangunan sosial, pembangunan moral dan akhlak, pembangunan akal budi, pembangunan estetik, pembinaan kreativiti dan inovasi dan lain-lain pembangunan kemanusiaan, pembangunan yang manusiawi sifatnya..."

Baca lagi di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Delegasi Norway: Laporan Kongres FIT (v)

Semasa kongres FIT, jumlah delegasi Norway adalah yang paling banyak, seramai 50 orang.

Sifu sempat berkenalan yang membuat interviu ringkas dengan salah seorang daripada mereka, seorang profesor universiti yang sudah bersara dan kini menjadi penterjemah karya sastera antara bahasa Norway dan bahasa Rusia.

Persatuan penterjemah Norway sangat kuat dan banyak menerima bantuan daripada pemerintah negara itu. Setiap kali ada kongres FIT, pemerintah memberi biasiswa kepada 50 orang anggota FIT bagi menghadirinya, baik sebagai pembentang kertas kerja mahupun sebagai peserta biasa.

Jumlah penduduk Norway adalah 4 juta orang. Penerbit-penerbit buku negara itu amat aktif menterjemah daripada pelbagai bahasa dunia ke dalam bahasa Norway. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 09, 2008

Kontrak dengan Penerbit: Isu Karya Masa Depan

Banyak penulis tidak membaca dengan teliti dokumen perjanjian penerbitan yang mereka tandatangani.

Ada sekurang-kurangnya 2 buah penerbit yang menindas penulis kerana antara klausa-klausa yang terdapat dokumen perjanjian penerbitannya, terdapat suatu klausa yang mempunyai implikasi legal seperti berikut:

(i) Hakcipta karya itu diserahkan kepada si penerbit buat selama-lamanya.

(ii) Apa-apa juga karya lain yang akan ditulis oleh penulis itu pada masa depan, maka karya-karya itu tidak boleh diserahkan kepada penerbit lain, hanya boleh diserahkan kepada si penerbit itu sahaja.

Jika saudara sendiri, sebagai penerbit, bolehkah saudara meniru dasar bisnes seperti itu?

Ada peguam berpendapat, perkara (ii) menyebabkan perjanjian seperti itu dengan sendirinya BATAL dan tidak sah, berdasarkan hujah bahawa sesuatu kontrak itu tidak boleh dibuat ke atas benda-benda yang belum wujud. Justeru karya masa depan adalah benda-benda yang belum wujud.

Dalam kes si penerbit itu, dia juga tidak menetapkan had tempoh kuatkuasa perjanjian itu. Ini bermakna, semua perjanjian penerbitan yang selama ini ditandatangani oleh penerbit itu dengan para penulisnya adalah TIDAK SAH.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Ramalan Masa Depan Ekonomi Bahasa: Laporan Kongres FIT (iv)

Tuan Yohannes Mengesha adalah Assistant Secretary-General for General Assembly and Conference Management PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu). Beliau menguruskan lebih 2,500 jurubahasa dan penterjemah yang bertugas di PBB.

Beliau adalah salah seorang daripada 4 tokoh dunia dalam bidang terjemahan dan interpretasi yang menyampaikan ucap-utama dalam kongres FIT.

Dalam ucapannya beliau mengemukakan ramalan PBB berkenaan masa depan bahasa-bahasa dunia:

(i) Bahasa Inggeris akan terus menjadi bahasa komunikasi (ingat, bahasa KOMUNIKASI   -  bukan bahasa ekonomi ataupun bahasa ilmu) antarabangsa yang utama.

(ii) Peranan bahasa-bahasa nasional akan menjadi semakin penting disebabkan penuturnya mahukan identiti.

(iii) Ekonomi berasaskan bahasa akan meningkat pada kadar 7.5% setahun.

(iv) Bagi tujuan survival, bahasa Inggeris sahaja tidak cukup. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Nasib Penulis Tidak Glamour

Assalamualaikum wbt buat Puan. Moga sihat bersama keluarga.
 
Pertama,saya ingin ucapkan terima kasih kerana PTS sudi menjemput saya untuk program sign book di PKNS dan PWTC. Walaupun di hati kecil agak kecewa kerana ketika program tersebut berjalan, tiada pembeli yang sudi meminta tanda tangan atau beramah mesra dengan saya.Walau bagaimana pun, saya tidak pernah putus asa. Mungkin ada hikmahnya perkara tersebut berlaku.
 
Buat pengetahuan Puan, saya pernah berbincang dengan seorang penulis yang telah banyak menulis buku-buku di PTS, menurut beliau, glamournya seseorang adalah penting untuk membantu peningkatan jualan sesebuah buku.
 
Soalan saya, benarkah pendapat penulis tersebut? Beliau memberitahu bahawa Puan ada membuat analisis dan fakta berkenaan perkara tersebut. Benarkah? Jika ya, saya ingin mendapat maklumat lanjut tentang nilai glamour seseorang boleh meningkatkan jualan buku seseorang penulis.
 
Bagi saya, pembaca membeli buku, kebanyakan melihat kepada tajuk dan isi, bukan kepada siapa yang menulis. Jika benarlah glamour boleh melariskan buku seseorang penulis, maka saya adalah orang yang rugi kerana saya tidak glamour dan tak dikenali. Malah staff PTS pun ramai tidak mengenali saya, namun saya tidak berkecil hati kerana PTS mempunyai ratusan penulis dan mungkin ribuan pada masa akan datang.
 
Buat pengetahuan Puan, saya pernah berniaga secara bergerak di kawasan Batu Caves pada tahun 2006 lalu. Malah saya pernah 2 kali memberikan makanan dan minuman percuma kepada staff PTS di Batu Caves. Saya tidak mengenalkan diri kerana saya sebenarnya tidak mahu dikenali atau gila glamour!
 
Saya berharap Puan memberikan penjelasan selanjutnya. Dan jika benarlah pendapat dan kajian  mengatakan glamour boleh melariskan buku, mungkin buku2 saya akan terus gagal di pasaran kerana saya tidak glamour... ia adalah kerugian kepada saya.
 
SS 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(20) Diskusi Kuliah | Permalink

Perdagangan Buku di Australia: Laporan Kongres FIT (iii)

Jumlah penduduk Australia adalah 20 juta orang. Pada tahun 2006-2007 rakyat Australia membeli 80 juta naskhah buku. Jumlah buku yang diterbitkan dalam negara itu adalah 14,258 judul.

Menurut wakil Australia, hampir tidak ada buku pengarang Asia diterbitkan di Australia, dan demikian juga teramat sedikit buku Australia yang dilesenkan ke negara-negara Asia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kita Sokong Sebab Calon Ini Memberi Harapan Baru bagi Kemajuan Industri Buku Nasional

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(21) Diskusi Kuliah | Permalink

26 Ogos Aura Reiki di UiTM

Master Hazil Azran Ramli, penulis buku Aura Penyembuhan Reiki akan menemui pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA sempena Karnival Mini "The Magicial Aura Healing" seperti butiran berikut:

Tarikh: 26 Ogos 2008
Tempat: Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Puncak Perdana
Masa: 11.00 pagi

Antara program menarik yang akan dilaksanakan:
1. Ceramah perihal aura dan promosi buku terbaru Aura Personaliti Warna
2. Pameran dan jualan siri barangan produk-produk aura (7 Chakra, aromaterapi dan kristal)
3. Demo rawatan aura dan Reiki
4. Sesi bersama penulis buku Aura Penyembuhan Reiki
5. Sesi foto aura

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 08, 2008

Ole-ole dari Shanghai

Disebabkan Sifu menghadiri Kongres Sedunia Persidangan FIT (Federation of International Translators) dengan pembiayaan sepenuhnya oleh ITNM (Institut Terjemahan Negara Malaysia) maka saya menginap di hotel yang sama dengan staf ITNM yang lain dan juga ahli-ahli PPM (Persatuan Penterjemah Malaysia) yang menumpang pakej yang sama.

Bagi mengurangkan kos, hotel kami berada di pinggir kota Shanghai, bertaraf 3 bintang sahaja. (CEO ITNM, Tuan Mohd. Khair Ngadiron, dan Pengurus Kanan Korporat ITNM, Tuan Razin Abdul Rahman, pun sanggup menginap di hotel yang sama, dan mereka menaiki bas yang sama dari mula sampai akhir, padahal mereka layak menginap di hotel 5 bintang.)

ITNM telah melantik sebuah agensi pelancongan tempatan bagi menguruskan bas pengangkutan kami setiap hari. Pemandu pelancongnya seorang wanita muda bernama Amy. Beliau lulus jurusan Bahasa Indonesia di Pusat Pengajian Bahasa-bahasa Antarabangsa di Beijing.

Agensi di mana Amy bertugas mempunyai 3 orang pemandu pelancong yang pandai berbahasa Indonesia dan oleh itu banyak mendapat bisnes daripada agensi pelancongan di Indonesia dan Malaysia.

Disebabkan Amy banyak menguruskan pelancong Malaysia dan Indonesia, beliau juga fasih Bahasa Melayu, dan faham banyak perkara tentang pantang larang pelancong Islam. 

Selama di Shanghai, setiap malam kami dibawa ke restoran Muslim yang berlainan, yang dimiliki oleh orang Cina Islam. Berdasarkan pelanggan tempatan yang kami lihat datang makan di restoran-restoran itu, nampaknya mereka semua minum arak, lebih-lebih lagi bir, baik lelaki mahupun perempuan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Kisah Kejayaan (dan Kerugian) Penterjemah Jerman: Laporan Kongres FIT (ii)

Dibandingkan dengan persatuan lain, Persatuan Penterjemah Sastera Jerman adalah persatuan yang paling berjaya memperjuangkan hak-hak penterjemah. Mereka berjaya mendorong pemerintah negara itu membuat undang-undang yang menetapkan kadar minima upah terjemahan bagi buku-buku sastera.

Bukan itu sahaja, mereka juga berjaya mendapatkan undang-undang yang mewajibkan penerbit negara itu membayar royalti kepada penterjemah karya sastera yang dicetak lebih 5 ribu naskhah. 

Menurut laporan wakil Jerman, dalam semua kes mahkamah yang melibatkan hak-hak penterjemah, hakim membuat keputusan yang menyebelahi penterjemah. 

Apa yang berlaku di Jerman patut difikirkan oleh kita di Malaysia, yakni apakah kita perlu mencontohi rakan-rakan kita di Jerman ataupun tidak. 

(i) Kejayaan penterjemah Jerman mendapatkan undang-undang upah minimum dan royalti gagal mendorong penerbit-penerbit Jerman menerbitkan banyak karya terjemahan. Nampaknya, di sisi lain, kejayaan itu merugikan penterjemah kerana ia menyebabkan tidak banyak kerja terjemahan dikeluarkan oleh para penerbit.  

(ii) Undang-undang upah minima terjemahan menyebabkan kos penerbitan buku terjemahan naik, oleh itu harga jualan buku bertambah tinggi, justeru ia menurunkan jumlah buku yang terjual. Lebih 90% judul terjemahan dicetak antara 2 - 3 ribu naskhah sahaja. Akibatnya, penerbitan buku terjemahan menjadi berisiko. Ini menyebabkan penerbit Jerman lebih berminat menerbitkan karya original. 

(iii) Walaupun undang-undang Jerman mewajibkan penerbit membayar royalti bagi judul yang dicetak lebih 5 ribu naskhah,  99% buku terjemahan dicetak kurang daripada 5 ribu naskhah, jadi penterjemah di Jerman tetap gagal mendapat royalti.

Pada pendapat saya, Jerman adalah negara yang besar, oleh itu ia mempunyai banyak pengarang karya original yang bagus-bagus. Industri buku di negara itu tidak bergantung hidup pada karya terjemahan. Mereka dapat hidup dengan menerbitkan buku-buku karya asal sahaja.

Perjuangan mendapatkan upah minima dipelopori oleh para penterjemah Jerman yang 'senior', yang sudah 'tua-tua', yang sudah terkenal. Mereka itu lazimnya menterjemah untuk penerbit gergasi seperti Bertelsman, yang mampu mengeluarkan modal besar bagi menterjemahkan judul-judul besar.

Tetapi, apabila semua penerbit Jerman dipaksa membayar upah minima, akibatnya penterjemah yang baru hendak menceburkan diri dan baru hendak mencipta nama, semuanya terpukul. Penerbit kecil tidak mampu membayar upah minima, oleh itu tidak banyak kerja terjemahan ditawarkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pasaran Buku Terjemahan dalam Bahasa Inggeris: Laporan Kongres Sedunia FIT di Shanghai (i)

Sifu selamat pulang dari Shanghai. Lebih 1,400 orang hadir dan lebih 100 kertas kerja dibentangkan dalam 15 bilik bengkel yang berjalan serentak selama 4 hari. Sebagai penerbit, saya tumpukan perhatian kepada bengkel hakcipta dan perdagangan karya terjemahan.

Beberapa maklumat penting dan sangat relevan kepada kita adalah seperti berikut: 

(i) Laporan dari wakil Amerika memberitahu bahawa pasaran buku-buku sastera terjemahan di negara itu adalah 'very weak', menggunakan kata-kata beliau sendiri.

Saya terkejut juga apabila mengetahui perkara itu. Keadaan ini perlu diambil kira bagi kita di Malaysia yang selama ini percaya kononnya dengan menerbitkan karya dalam bahasa Inggeris maka kita dapat memasarkannya ke Amerika.

(ii) Laporan dari wakil Jerman juga memberitahu pasaran buku-buku terjemahan sastera dan bukan sastera di negaranya tidak besar. Menurut beliau 99% peratus buku terjemahan dicetak antara 2,000 - 3,000 nakshah sahaja.

(iii) Seorang penganalisis pasaran buku terjemahan dari Australia melaporkan, daripada 6,000 judul yang diresensi oleh Publisher's Weekly, tidak sampai 200 adalah buku terjemahan.

(iv) Laporan dari wakil Norway memberitahu pasaran buku-buku terjemahan ke dalam bahasa-bahasa Scandinavia (Denmark, Norway dan Finland) adalah amat aktif. Mereka juga aktif menterjemah daripada bahasa Rusia dan Estonia.

(v) Laporan dari wakil Austria (negara itu menggunakan bahasa Jerman) memberitahu penerbitan karya sastera terjemahan adalah amat berisiko. 

Sifu akan menganalisis maklumat yang diperolehi selama menghadiri kongres sedunia FIT (Federation of International Translators).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

SABTU 23 Ogos: Bengkel Adaptasi dan KJ Method untuk Bakal Penulis Buku-buku Non-Fiksyen PTS

Dengan menggunakan teknik adaptasi dan KJ METHOD, saudara dapat menulis 5 buku serentak.

Tarikh: SABTU 23 Ogos 2008

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Tmn. Permata Hulu Kelang. (Klik peta di kolum kiri blog ini.)

Masa: 10 pagi - 5 petang 

Mendaftar di sini bagi mengikuti bengkel. Tulis nama, emel dan nombor HP.

Bengkel adalah gratis.

NOTA PENTING: Apabila datang ke bengkel, bawa 5 buah buku rujukan utama yang saudara akan gunakan apabila menuliskan buku-buku saudara nanti.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(55) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 24 Ogos 2008 Bengkel Bahasa Melayu Tinggi untuk Semua Bakal Penulis PTS

Semua penulis PTS wajib menuliskan bukunya, baik fiksyen mahunpun non-fiksyen, dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Mendaftar di sini. Tulis nama, emel dan nombor HP.

Bengkel adalah gratis.

Tarikh: AHAD 24 Ogos 2008

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Tmn. Permata Hulu Kelang. (Klik peta di kolum kiri blog ini.)

Masa: 10 pagi - 5 petang 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(65) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Buku Agama Buat ‘Zeila’

PTS adalah penerbit buku-buku agama buat pembaca yang mempunyai banyak persamaan dengan latar belakang kehidupan spiritual individu-individu seperti Datin Zeila Jalil.

Kumpulan sasaran buku-buku agama terbitan PTS adalah individu-individu yang disitilahkan sebagai 'dami'. Mereka tidak mempunyai banyak ilmu agama, tetapi mereka sangat ingin memperbaiki pengetahuan agama mereka dengan membaca buku-buku.

Mereka tidak bersekolah di sekolah-sekolah aliran agama, sebaliknya mereka bersekolah di sekolah-sekolah biasa. Oleh hal yang demikian pengetahuan agama mereka tidak banyak, setakat apa yang dibaca dalam buku teks sahaja, itu pun bagi tujuan lulus peperiksaan.

Ibu bapa mereka pula bukan lebai, ustaz ataupun ustazah, oleh yang demikian mereka tidak mendapat pendidikan agama yang mendalam daripada ibu bapa mereka.

Disebabkan mereka tidak bersekolah aliran agama, mereka tidak faham bahasa Arab. Malah mereka mungkin tidak pandai membaca tulisan Arab. Kalau mereka tengok dalam buku itu banyak tulisan Arab, mereka tidak jadi hendak membacanya, lalu diletakkan semula di rak buku.

Individu-individu macam Datin Zeila Jalil mempunyai citarasa yang sofistikated. Mereka orang bandar. Mereka mempunyai wang. Isu harga buku bukan isu besar. Kalau mereka suka, mereka mampu membelinya, walaupun harganya mahal.

Disebabkan mereka mempunyai citarasa yang tinggi, mereka hanya mahu membeli barang-barang yang cantik designnya. Dalam memilih buku sekalipun, mereka mementingkan design kulit dan layout dalaman yang cantik.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 07, 2008

Tip Survival Penerbit: Siapa Membeli Buku Kanak-kanak

Buku kanak-kanak dibeli oleh ibu-ibu, bukan oleh kanak-kanak. Saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana seorang kanak-kanak berusia 4 tahun beria-ia mahu membeli buku Bacakan Saya Satu Cerita, tetapi sampai habis ibunya tidak mahu membelikan buku itu.

Justeru, apabila menulis dan menerbitkan buku kanak-kanak, yang perlu diberi tumpuan adalah keperluan ibu-ibu, bukan keperluan kanak-kanak.

Jadi, fahami apa yang dicari oleh ibu-ibu apabila mereka memilih buku untuk kegunaan anaknya. 

Buku yang dipilih oleh ibu-ibu belum tentu disukai oleh anaknya, jadi banyak buku pilihan si ibu tidak dibaca oleh si anak. Apabila ini berlaku, dari sudut bisnes ia menguntungkan sebab buku itu sudah terjual. 

Tetapi, apabila si anak tidak suka, lain kali si ibu pun tahu, jadi dia tidak akan membeli lagi buku seperti itu sebab ia cuma merugikannya sahaja. 

Justeru, buku kanak-kanak MESTI disukai oleh si ibu dan juga si anak! 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Remaja Menulis Buku untuk Remaja

Idea supaya penulis remaja ataupun penulis remaja awal diminta menulis buku-buku untuk bacaan golongan remaja awal dan kanak-kanak bukanlah suatu idea baru. Idea ini sudah sejak lama dahulu dicuba di serata dunia.

Didapati jualan buku remaja dan kanak-kanak yang ditulis oleh penulis-penulis remaja dan kanak-kanak tidak memberangsangkan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini:

(i) Daya imaginasi remaja dan kanak-kanak adalah amat terbatas hanya disebabkan mereka itu masih amat muda. Mereka belum mempunyai banyak pengalaman, oleh itu mereka belum dapat mencipta pelbagai angan-angan yang membuka daya imaginasi pembaca remaja dan kanak-kanak.

(ii) Bakat bercerita remaja dan kanak-kanak belum cukup berkembang oleh itu mereka belum dapat mencipta plot dan sub-plot cerita yang kompleks.

(iii) Penguasaan bahasa remaja dan kanak-kanak juga belum cukup berkembang bagi membolehkan mereka menghasilkan pelbagai bentuk ayat-ayat dan perbendaharaan kata yang segar.

(iv) Remaja dan kanak-kanak belum mempunyai ilmu-ilmu bantu yang penting bagi menghasilkan cerita-cerita yang menarik.

(v) Remaja dan kanak-kanak belum lama hidup oleh itu mereka belum mempunyai kebijaksaan atau 'wisdom' tentang manusia dan kehidupan yang dapat dijadikan mesej tersembunyi di sebalik cerita-cerita yang dihasilkan.

Penulis remaja dan kanak-kanak tidak dapat menghasikan cerita-cerita seperti siri Sang Kancil, Micky Mouse, Donald Duck, Harry Potter ataupun cerita-cerita Hans Christian Anderson.

Justeru siapakah yang lebih berupaya menghasilkan buku-buku cerita untuk bacaan remaja dan kanak? Jawapanya: Penulis dewasa yang memahami jiwa remaja dan jiwa kanak-kanak.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Makna Rujukan, Makna Konotasi, Makna Emosi

Judul buku sangat mempengaruhi "kesan pertama" pada minda bakal pembeli buku.

Justeru, apabila mencipta judul buku, pilih perkataan yang betul 'makna'-nya kerana ada 3 jenis makna:

(i) Makna rujukan

(ii) Makna konotasi

(iii) Makna emosi 

Apakah perbezaan antara makna perkataan-perkataan wanita, perempuan dan betina? Ketiga-tiga perkataan itu mempunyai makna rujukan yang sama tetapi apabila seseorang itu dipanggil dengan nama 'wanita', makna konotasi 'wanita' berbeza dengan 'perempuan' dan 'betina'. Ketiga-tiga perkataan itu pula mencetuskan emosi yang berbeza, sebagaimana dalam contoh di bawah: 

(i) "Wanita zaman sekarang..."

(ii) "Perempuan zaman sekarang..."

(iii) "Betina zaman sekarang..." 

ataupun

(i) "Kathy seorang wanita yang..." 

(ii) "Kathy seorang perempuan yang..." 

(ii) "Kathy seorang betina yang..." 

Justeru, judul buku yang 'betul' bagi golongan ustaz belum tentu betul bagi golongan remaja hip-hop. Begitu juga, judul buku yang betul bagi golongan tua belum tentu betul bagi golongan profesional.

Perkataan-perkataan yang disukai oleh sesuatu kelompok belum tentu disukai oleh kelompok-kelompok lain. Malah perkataan yang digemari lelaki belum tentu digemari oleh perempuan. 

Judul "TRAVELOG HAJI" mencipta persepsi amat positif bagi golongan profesional kerana perkataan pinjaman Inggeris "travelog" itu mempunyai appeal atau daya-tarikan yang kuat di kalangan mereka yang suka akan bahasa Inggeris. Jika buku itu menggunakan judul "CATATAN KEMBARA HAJI" ataupun "PENGALAMAN HAJI" persepsi yang diciptanya akan amat berbeza.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 06, 2008

Hakcipta Terjemahan

Sifu menerima pertanyaan daripada seorang yang mahu menterjemah novel kegemarannya. Beliau mahu tahu tentang hakcipta karya terjemahan.

Beliau sudah menterjemahkan karya mendiang penulis pemenang Nobel Prize itu ke dalam Bahasa Melayu, tetapi dia menterjemahkannya dengan tidak meminta izin daripada pihak yang memiliki hakcipta karya itu.

Dalam keadaan begini, kedudukannya adalah seperti berikut:

(i) Apabila seseorang itu menterjemah karya orang lain, maka hakcipta ke atas terjemahan yang dihasilkan itu adalah hak si penterjemah. Tidak kiralah apakah dia mendapat izin ataupun tidak daripada pemilik hakcipta karya asal.

(ii) Walau bagaimanapun, dia hanya boleh menerbitkan terjemahannya itu dengan meminta izin daripada daripada pemilik hakcipta karya asal. Ertinya, dia hanya boleh menyimpan sahaja terjemahannya itu untuk kegunaannya sendiri.

(iii) Orang lain pula tidak boleh menerbitkan hasil terjemahannya itu tanpa izin daripadanya. Ertinya, jikalau ada orang lain menerbitkan terjemahannya itu tanpa izinnya, orang itu sudah mencuri hakciptanya.

Itulah sebabnya, kita mesti meminta izin secara bertulis daripada pemilik hakcipta sesuatu karya sebelum menterjemahkan karya itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Manuskrip Ditolak Penerbit

Di Eropah dan di Amerika, 99 peratus manuskrip yang dihantar ke penerbit ditolak oleh penerbit atas berbagai alasan. Di Malaysia pun keadaannya lebih kurang begitu. Berikut adalah beberapa faktor mengapa manuskrip saudara ditolak:

(i) Kualiti manuskrip rendah.

(ii) Topik-topik dalam manuskrip itu bukan topik-topik yang dicari oleh pembaca.

(iii)Tema dalam manuskrip itu tidak selaras dengan program penerbitan si penerbit.

Penerbit-penerbit yang berjaya dalam pasaran mempunyai “FORMULA” bagi buku-buku mereka. Saudara perlu menulis mengikut formula penerbit saudara.

Alaf21 mempunyai formula sendiri bagi novel-novel cinta remaja terbitannya. Begitu juga penerbit Creatif bagi novel-novel yang diterbitkannya. Novel-novel yang diterbitkan oleh kedua-dua penerbit itu mempunyai identiti sendiri.

Bagi mengetahui formula kejayaan novel-novel Alaf21, baca novel-novel Alaf21 dengan sikap mahu membuat analisis kandungannya. Daripada analisis itu saudara mendapat formula itu. Tulislah novel saudara menggunakan formula tersebut.

Sesetengah penerbit seperti PTS mewajibkan penulis menghadiri kursus dan taklimat yang diadakannya supaya saudara diberi penerangan jelas berkenaan formula yang mereka gunakan. Hadirilah kursus dan taklimat-taklimat itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Promo Isu-isu Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu

Sepuluh emel terbaik pembaca yang disiarkan oleh Berita Harian akan dipilih setiap bulan untuk tempoh tiga bulan. Emel yang terpilih akan menerima cenderamata daripada MPH Sdn Bhd, KarnaDya Solutions Sdn Bhd dan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Tulis dan emelkan pandangan saudara tentang bahasa, sastera, budaya dan masyarakat Melayu ke .(JavaScript must be enabled to view this email address).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tesis PhD Tidak Dapat Dijadikan Buku Komersial

Kita banyak menerima undangan daripada universiti supaya mengadakan kursus mengajar pensyarah bagaimana cara mengedit tesis MA dan PhD mereka sehingga sesuai diterbitkan sebagai buku.

Tesis tidak sesuai dijadikan buku umum. Tesis ditulis bagi tujuan akademik, yakni mendapatkan ijazah MA ataupun PhD. Manakala buku umum ditulis bagi tujuan komersial, yakni buku itu dapat dijual di kedai-kedai buku.

Justeru struktur isi kandungan tesis ditulis bagi memenuhi syarat-syarat akademik, sedang isi kandungan buku umum ditulis bagi memenuhi keperluan pembeli buku. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 05, 2008

Pasaran Buku Inggeris Terbitan Tempatan

Orang-orang yang menuturkan bahasa Inggeris selalu berkata, lebih kurang begini bunyinya, “Lebih baik terbitkan buku dalam bahasa Inggeris. Boleh jual di serata dunia.”

Undang-undang di Amerika, Canada, Australia, Britain, German, Perancis, Itali dan lain-lain negara Eropah mewajibkan buku-buku yang hendak dijual di negara-negara itu mesti diterbitkan dan dicetak di situ, ataupun sudah mendapat keizinan khas untuk dipasarkan di negara-negara itu. Begitulah cara negara-negara maju mengawal pasaran buku mereka. Dasar begitu adalah amat bijaksana kerana dengan cara itu para penerbit dan pencetak di sana mendapat peluang menjana keuntungan dan pekerjaan. Tetapi, dengan adanya undang-undang itu tidak ada jalan bagi penerbit Malaysia mengeksport buku yang diterbitkan dan dicetak di negara ini ke sana.

Data jualan buku-buku bahasa Inggeris yang ditulis oleh penulis tempatan tidak dapat dijual dengan larisnya di sini. Rakyat Malaysia yang membaca dalam bahasa Inggeris mempunyai sikap memandang rendah buku-buku Inggeris yang diterbitkan di Malaysia, tanpa mengira siapa penulisnya.

Itulah sebabnya mengapa penerbit Malaysia menggunakan alamat Singapura ataupun Hong Kong pada buku mereka untuk mengaburi mata pembaca tempatan. Orang Malaysia yang pandai bahasa Inggeris yakin sesiapa yang namanya nama Inggeris, buku orang itu ada kualiti. Sesiapa yang namanya 'Chong' atau 'Ahmad' atau 'Muthu' bukunya tiada kualiti.

Sedangkan penulis Malaysia berbangsa Cina pun dipandang rendah oleh pembaca buku-buku Inggeris, inikan pula penulis yang menggunakan nama Melayu!

Hati-hati apabila memproses pendapat individu-individu yang tidak tahu menahu tentang industri perbukuan di negara ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Dicari: Penulis Siri YOUNG AISYAH

PTS ISLAMIKA akan menerbitkan siri novel remaja untuk bacaan kanak-kanak perempuan. Baca di sini.

Mendaftar di sini bagi saudara yang berminat. Tulis nama, nombor HP dan alamat emel. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(17) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penulis: Menulis Buku Sastera Awal Remaja dan Remaja

Braket usia awal remaja adalah antara 9 - 12 tahun. Manakala braket usia remaja adalah antara 13 - 16 tahun. Selepas usia 16 tahun, remaja membaca buku-buku yang ditulis untuk pembaca dewasa. 

Buku remaja dipilih dan dibeli oleh remaja, dengan menggunakan duit saku yang dibekalkan oleh ibu bapa. Justeru, buku-buku remaja tidak dapat dijual dengan harga mahal. 

Golongan remaja mempunyai banyak ciri. Salah satu ciri mereka adalah tidak tahu apa yang mereka sendiri mahu.

Dari satu sudut, perkara ini memudahkan penulis dan penerbit sebab kita dapat membentuk citarasa mereka. Ertinya, kita dapat membiasakan mereka sehingga mereka menyukai buku-buku yang kita hasilkan.

Remaja tidak membeli sesebuah karya kita itu kerana mereka tahu segala kebaikan buku-buku yang kita tulis, ataupun kerana mereka faham ciri-ciri istimewa yang ada pada karya kita.

Bagi penulis, remaja membeli buku kita kerana mereka itu yakin KITA faham dan tahu apa yang mereka mahu. 

Bagi penerbit buku-buku remaja pula, kita perlu faham bahawa remaja membeli buku-buku terbitan kita kerana mereka yakin KITA pandai memilih pengarang-pengarang dan cerita-cerita yang menuhi kehendak remaja.

Justeru, sangatlah penting bagi pengarang dan penerbit buku-buku remaja memahami apa kemahuan remaja. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 04, 2008

Novel Khalid dan Salahudin Dijadikan Modul Latihan Motivasi

Semasa Sifu dan YM Dr. Tengku Asmadi menghadiri majlis taklimat program pembangunan modal insan negeri Selangor pada hari Khamis lalu, saya didatangi oleh 4 orang wakil sebuah syarikat training.

Ketua kumpulan itu memberitahu bahawa beliau menggunakan novel Khalid dan Salahudin sebagai modul bagi mencetuskan rasa berani dan sanggup berkorban demi agama.

Selepas si ketua bercakap, semua 4 orang wakil syarikat itu berebut-rebut bercakap memuji-muji kebagusan novel tersebut dan bagaimana teknik-teknik yang mereka gunakan.

Rasanya, di negara kita hanya syarikat itu yang menerokai strategi menggunakan novel sebagai modul latihan motivasi pembangunan insan.

Usaha menggunakan karya kreatif sebagai asas modul latihan mempunyai banyak manfaatnya, apatah lagi apabila karya yang dipilih adalah sastera sejarah. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 4 pages  <  1 2 3 4 >