Tuesday, September 30, 2008

Sang Pemimpi

Dalam blognya Puan Bunnybaby menulis:

Lebih menyentuh dan lebih dekat pengalaman yang dititipkan penulis ialah semasa bapanya berbasikal sejauh 30 kilometer ke sekolah untuk mengambil laporan peperiksaan anaknya. Coretan kisah ini pasti akan menyentak pembaca mengimbau kembali pengalaman peribadi.

Paling menyentak hati ialah sepanjang pengajian mereka di sekolah menengah dan universiti, mereka bekerja keras di sebelah malam membawa ke subuh untuk membiayai belanja sehari-hari. Entah bilakah waktunya mereka berehat dan mengulangkaji?

Baca di sini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Satu Buku, Dua Terjemahan

Assalamualaikum, Puan. Semoga Puan dalam keadaan sejahtera dan dirahmati Allah s.w.t.

Saya ialah M.Fakhrulrazi, salah seorang bakal penulis di PTS apabila buku karangan saya, Bisnes Ikan Keli dan Bisnes Cendawan ditebitkan. Saya ada beberapa persoalan tentang buku terjemahan.

1. Jika sesebuah penerbitan telah menerbitkan buku terjemahan, bolehkah syarikat lain menerbitkan lagi? Dengan kata lain, dua syarikat menerbitkan dua terjemahan  buku yang serupa dengan penterjemah yang berlainan.

2. Bagaimana untuk mendapatkan hak penterjemahan untuk karya luar negara?

3. Saya telah membaca buku "Blue Ocean Strategy" dan tertarik tentang idea yang terkandung dalam buku tersebut. Saya ingin menterjemah buku tersebut tetapi malangnya buku tersebut telah diterjemahkan ke  dalam bahasa melayu Indonesia. Buku tersebut telah dijual di kedai buku sekarang. Setelah membelek buku tersebut, saya dapati agak susah  untuk memahami isi kandungan kerana menggunakan bahasa Indonesia dan diterbitkan oleh syarikat Indonesia (Serambi.co.id). Saya fikir, buku tersebut tentu lebih laku keras jika diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.

4. Apakah pendapat Puan jika saya mahu menterjemah karya tersebut dalam Bahasa Malaysia?

5. Jika pihak PTS bersetuju menterjemahkan karya ini ke dalam bahasa Malaysia, saya amat berbesar hati jika PTS melantik saya menjadi penterjemah tersebut.

Akhir sekali, saya amat berbesar hati jika Puan dapat menjawab emel saya ini. Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.

Terima Kasih.

................ 

Nota Sifu:

Perkara 1: Yang berhak menentukan siapa, dan berapa pihak, boleh menterjemah sesebuah buku adalah pihak yang memiliki hakcipta buku itu. Terpulang pada apa yang ditulis dalam perjanjian pelesenan buku itu. 

Perkara 2: Bagi mendapatkan lesen penterjemahan, caranya adalah dengan membuka laman web penerbit tersebut dan dapatkan maklumat di situ.

Perkara 4: Jangan menterjemah apa-apa buku sebelum mendapatkan lesen penterjemahannya. 

Perkara 5: Buat masa ini PTS mempunyai tim penterjemah yang sudah saya latih sehingga kemahiran mereka menterjemah mencapai piawaian PTS. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 29, 2008

Selamat Menyambut Hari raya

Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca UNIKPTS amnya dan kepada semua MenteeSifuPTS khususnya.

Kepada semua mentee yang sudah menghasilkan karya saya mendoakan moga-moga karya mereka laku keras.

Kepada mentee yang sedang bersungguh-sungguh menyiapkan karya saya mendoakan supaya proses penulisan menjadi semakin laju selepas cuti raya ini.

Sama-samalah kita saling maaf-memaafi jika ada apa-apa yang tersalah cakap antara kita selama berinteraksi sebagai Sifu dan Mentee. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(15) Diskusi Kuliah | Permalink

Memilih antara Diri yang Terkenal ataupun Buku yang Terkenal

Bagi penulis muda, lazimnya mereka menyimpan keinginan menjadi orang terkenal dan mempunyai banyak peminat. Dalam sesetengah bidang penulisan penulis dapat menjadikan terkenal, sebagai contoh dalam bidang novel ataupun puisi.

Penulis perlu memilih mahukan keterkenalan yang bagaimana:

(i) Diri penulis yang menjadi terkenal:

Dato' Dr. Mashitah Ibrahim terkenal daripada sudut ini. Beliau terkenal walaupun tidak mempunyai buku. Individu-individu seperti beliau terkenal disebabkan mereka memiliki wajah menarik dan banyak muncul di televisyen. Hasilnya, mereka menerima banyak undangan berceramah ke sana sini.

Kelebihan keterkenalan jenis ini adalah penulis mendapat undangan berceramah yang banyak. Semakin banyak berceramah, semakin penulis terkenal, semakin banyak sumber pendapatannya daripada yuran ceramah.

Kekurangannya adalah, disebabkan penulis mencari rezeki dengan bercakap, dia tidak boleh salah cakap walaupun hanya satu ayat.

(ii) Buku-buku penulis yang menjadi terkenal:

Ada penulis yang banyak menulis buku tetapi tidak muncul di televisyen dan amat memilih-milih majlis di mana dia ke depan dan bercakap. Hasilnya orang tidak kenal wajahnya, mereka hanya kenal tajuk-tajuk bukunya sahaja.

Kelebihannya cara ini adalah, penulis mempunyai banyak masa bagi menulis banyak buku. Walaupun dia tidak mendapat yuran berceramah, tetapi disebabkan bukunya banyak, pendapatan royaltinya tetap banyak.

Kelebihannya adalah, disebabkan penulis kurang bercakap di khalayak, kekerapan berlakunya masalah tersilap cakap juga kurang, dibandingkan dengan penulis yang banyak bercakap.

(iii) Diri dan buku-buku penulis sama-sama terkenal:

Dato' Dr. Fadhilah Kamsah, Dr. Danial Zainal Abidin, Dr. Robiah K. Hamzah, dan YM Dr. Tengku Asmadi terkenal daripada sudut ini.

Orang kenal wajah-wajah mereka dan orang kenal buku-buku mereka. Peminat mereka ramai, dan mereka membeli buku dan juga hadir mendengar mereka berceramah. Tokoh-tokoh seperti mereka menerima pendapatan daripada royalti buku dan yuran ceramah.

Apabila penulis memilih mahu menjadi orang terkenal, sebaik-baiknya dia memiliki ijazah Ph.D. Para penganjur majlis ceramah di Malaysia mementingkan Ph.D.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 28, 2008

Royalti Rendah Jualan Tinggi

Baru-baru ini, dalam suatu majlis berbuka puasa, Sifu berkenalan dengan seorang penceramah TV yang terkenal dan bertaraf selebriti. Saya pun salah seorang yang berminat mendengar tip-tip yang beliau berikan apabila beliau muncul di TV.

Beliau juga seorang konsultan dan trainer dalam bidang kepakaran beliau.  

Seperti biasa apabila bertemu dengan tokoh-tokoh selebriti seperti beliau saya akan memujuk supaya mereka menuliskan ilmu pengetahuan mereka itu menjadi manuskrip buku yang PTS dapat terbitkan.

Kepada selebriti itu saya berkata, "Tulislah buku, saya boleh terbitkan. Tuan mempunyai ilmu yang sangat berguna kepada orang ramai."

"Royalti PTS rendah sangat," jawab beliau. Daripada jawapannya itu saya tahu bahawa beliau tidak terdorong menulis bukunya. Isu royalti PTS yang rendah digunakan sebagai alasan sahaja.

Jadi, jangan tidak, saya pun berkata, "Royalti PTS rendah tetapi jualan PTS tinggi." 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Ke Angkasa dengan Bahasa Cina

Dalam tempoh 30 tahun sahaja, selepas China membebaskan ekonominya daripada sistem komunis ke kapitalis, negara itu berjaya membuktikan bahawa dengan menggunakan bahasa Cina mereka dapat melahirkan pakar-pakar sains dan teknologi yang kini setanding dengan pencapian bahasa Inggeris dan bahasa Rusia sebagai bahasa sains angkasa.

Di satu pihak lain, dengan menggunakan bahasa Inggeris, India telah gagal menyelesaikan masalah bahawa 35% daripada seluruh manusia yang hidup di bawah kadar kemiskinan hidup di negara itu. 

Ertinya, meskipun sudah lebih 100 tahun bahasa Inggeris digunakan sebagai alat memajukan bangsa-bangsa di India, terbukti jangankan mahu memandaikan 300 juta golongan miskin itu dalam bidang sains dan matematik, di luar Britain, Amerika, Kanada, Australia dan New Zealand, mahu mengisi perut si miskin pun bahasa Inggeris gagal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, September 27, 2008

Bilakah Perempuan Berhenti Membaca Novel Cinta

Buat masa ini buku untuk perempuan yang paling banyak diterbitkan dan paling besar jumlah jualannya adalah novel-novel cinta.

Sebuah rangkaian kedai buku terkenal negara ini menjual purata antara 4,500 hingga 5,000 naskhah novel-novel Melayu per bulan di setiap outletnya. Sebaliknya rangkaian itu hanya menjual antara 600 hingga 700 naskhah novel-novel Inggeris di setiap kedainya.

Penulis-penulis perempuan sekarang menguasai pasaran novel cinta kerana mereka lebih mahir mencipta cerita-cerita cinta. Trend ini begitu mendominasi pasaran sehingga ada penulis lelaki yang menggunakan nama samaran perempuan.

Maklumat yang dikumpulkan oleh Bahagian Pemasaran PTS mendapati perempuan mula membaca novel cinta sejak usia 13 tahun dan mula mengalami rasa muak pada usia 26 tahun.

Pada usia 26 perempun mula mahu berpindah kepada bahan-bahan bacaan yang lebih serius daripada tema 'boy meets girl' kerana pada usia itu lazimnya mereka mula memasuki alam berumahtangga.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Saiz Novel Sejarah

Puan Ainon,

Saya merupakan salah seorang peminat buku-buku yang diterbitkan oleh PTS. Selain membeli buku-buku agama saya juga membeli novel kerana anak-anak saya juga suka membacanya. Malah sebagai ibu saya tidak bimbang apabila anak-anak kami membaca buku-buku yang diterbitkan oleh PTS. Antara yang menjadi kesukaan mereka novel sejarah pahlawan Islam.

Baru-baru ini saya membeli novel Leftenan Adnan Wira Bangsa tetapi saya berasa kecewa kerana sebagai orang yang telah berusia saya lebih suka kalau saiznya seperti novel sejarah Islam atau seperti novel Setelah Roboh Kota Melaka. Mudah dibaca. Sepatutnya pihak PTS kekalkan saiz novel sejarah seperti yang terbit sebelum ini. Tetapi kenapa saiznya kecil seperti novel popular?

Nor Hayati binti Mustafa

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 26, 2008

DAP Pertahankan Bahasa Melayu dan Hak-hak Orang Melayu

Pada tahun 2006 parti DAP telah menukar beberapa peruntukan dalam perlembagaan parti itu dan dengan demikian parti DAP juga kini berpegang pada prinsip-prinsip perlembagaan Malaysia di mana hak orang Melayu dan bahasa Melayu akan dipertahankannya. Malah hasil perubahan tersebut parti itu telah menerima Islam sebagai agama rasmi. Baca lagi di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Mencipta Konsep Cover Buku

Baca di sini sejarah bagaimana payahnya penciptaan konsep bagi sebuah cover buku  -  sampai-sampai mendorong Chairman dan Presiden syarikat ikut memerah otak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Baru Masuk Stor, Sudah Habis Licin

Pengurus PTS ISLAMIKA, Tuan Faris, menulis dalam blog:

Buku ini masuk stor Khamis lepas (18/9/2008). Pagi tadi staf di jabatan jualan maklumkan buku ini perlu diulang cetak.

Saya tanya kenapa? Beliau kata, dalam stor sudah licin. MPH dan Popular Bookstores sudah borong. 'Standing Order' untuk kedai-kedai lain tidak boleh dibuat.

Hemm.. nampaknya kedai-kedai lain perlu tunggu selepas raya baru dapat. Bajet percetakan untuk bulan September sudah habis, perlu tunggu bajet Oktober.

Alhamdulillah, ini yang dikatakan rezeki dari langit yang tidak disangka-sangka.. barakah bulan Ramadan.

Tahniah kepada penulis, Dr. Muhd Nurhakim dan Tim Editorial Islamika, terutamanya Tuan Imran yang berhempas pulas 'mencincang' layout buku ini agar menjadi menarik.

Terima kasih kepada Sifu PTS yang memberikan promosi awal untuk kulit buku ini di UNIKA. Untuk makluman, konsep kulit buku tersebut adalah ilham Tuan Imran dan divisualisasikan oleh Pengarah Kreatif PTS, Tuan Hisham Salmin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mualaf Membaca Buku PTS

Puan Aliya Yeoh adalah seorang saudara baru. Di dalam blog beliau, disenaraikan 12 buku kegemarannya. Tiga buah buku adalah terbitan PTS:

(i) Biografi Muhammad bin Abdullah

(ii) Minda Muslim Super 

(iii) Akidah Islam 

Dalam blognya, Puan Yeoh mencatatkan pelbagai pengalaman beliau sebelum dan selepas memeluk Islam. Beliau kini sedang menyusun bukunya untuk PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 25, 2008

Yang Dicari Trainer, Yang Datang Penceramah

Malam tadi Sifu berbuka puasa dengan ahli-ahli TAMRIN dan sempat berbual-bual dengan Tuan Shamsuddin Ab. Kadir. Beliau bercerita tentang seorang pelanggannya yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan trainer yang diambilnya.

Menurut beliau, pelanggannya itu merungut kerana 'trainer' yang datang itu banyak berceramah, menyebabkan peserta yang terdiri daripada budak-budak muda tidak suka dan tidak memberi perhatian kepada sesi-sesi yang dijalankan.

Keadaan seperti itu kerap berlaku di mana individu yang pandai berceramah dipanggil supaya menjalankan sesi training.

Banyak orang keliru antara 'trainer' atau jurulatih dan 'speaker' atau penceramah. Malah banyak penceramah pun keliru, di mana mereka sangka antara berceramah dan training adalah serupa sahaja. Justeru disebabkan mereka pandai berceramah maka mereka yakin mereka pandai training.

Bagi menjadi penceramah seseorang itu semestinya pandai bercakap di depan khalayak.

Bagi menjadi trainer, seseorang itu tidak perlu pandai bercakap. Bayangkan jika jurulatih pasukan bola berceramah kepada pasukan yang hendak dilatihnya.

Dalam bidang training, kemahiran pandai diam adalah amat penting! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Cabaran Menerbitkan Buku Melayu yang Tidak Perkauman

Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, menulis dalam blog beliau: “Sebarang perjuangan yang bersifat perkauman, atau hanya demi kepentingan kaum tertentu, amatlah tidak relevan untuk kehidupan dunia yang Allah ciptakan terdiri daripada berbagai puak dan bangsa. Sepatutnya, seorang muslim tidak bersifat perkauman kerana itu bercanggah dengan prinsip Islam yang merahmati semua bangsa yang diciptakan Allah. Baca lagi di sini.

Bagi penerbit buku seperti PTS yang berjuang demi memandaikan bangsa, kita perlu menerapkan prinsip non-perkauman itu, dan di sinilah cabarannya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Hari Ini Hari Yang Amat Sibuk di Setor PTS

Hari ini adalah hari kerja terakhir di PTS sebelum cuti raya bermula. Jabatan yang paling sibuk sepanjang minggu ini adalah Jabatan Sales, manakala lokasi yang paling sibuk adalah setor buku PTS.

Drebar dan kelendan lori-lori syarikat transport akan bercuti selama musim raya. Ini bermakna semua buku PTS yang dihantar ke agen dan kedai-kedai buku di seluruh negara mesti sudah tiba ke pusat pemunggahan syarikat pengangkutan paling lewat hari ini. Jika tidak buku tidak sampai ke Kota Baru, Johor Baru, Alor Setar dan lain-lain destinasi.

Beratus-ratus kotak buku mesti di-packing dan dipunggah ke atas lori PTS, lalu segera dihantar ke depot syarikat-syarikat transport. Yang paling leceh adalah kerja-kerja packing, sehingga para editor, baik lelaki baik perempuan, ramai-ramai turun dan masuk ke setor, bekerja dalam keadaan panas dan menjadi packers.

Peminat buku yang balik kampung akan membeli buku di bandar-bandar luar Lembah Kelang. Jadi, buku mesti lebih awal sam[ai ke kedai-kedai buku sebelum orang KL tiba di kampung masing-masing! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Penulis Gembira

Assalamualaikum,

Saya ingin berkongsi kegembiraan dan sedikit pengalaman. Alhamdulilah dalam kesibukan dan jadual mesyuarat yang padat, saya telah diizinkan Allah untuk dijemput memberi ceramah dan previu buku Haji Muda. Saya terkejut. Saya belum bersedia sebenarnya. Pada masa yang sama, saya tidak seharusnya menolak harapan orang.

Semalam saya berceramah tajuk Hajj: Changing One's Mindset di suatu organisasi korporat. Saya sempat 'cabut' sekejap dari pejabat semasa waktu rehat tengah hari.

Hari ini, baru sebentar tadi saya memberi tazkirah Ramadhan dan previu buku Haji Muda di sebuah surau di Shah Alam. Alhamdulilah, 20 buah buku habis. Saya tidak tahu apa rahsia keajaiban ini? Mungkin saya menulis buku dalam keadaan hati yang ikhlas sebagaimana keikhlasan Prof. Kamil. Saya yakin ini yang Prof. Kamil  pernah alami dan rasai.

Semalam  petang saya ziarah 3 orang profesor saya. Mereka terkejut bagaimana saya mampu menyiapkan satu buku motivasi, pada masa yang sama bekerja keras menyiapkan tesis kedoktoran dan bekerja sepenuh masa di sektor korporat? "Miracle and so thoughtful, Ridzwan!" begitulah feedback yang saya terima. Saya jawab, "Inilah dia rahsia Haji Muda!"

Seorang ulama (saya tidak ingat namanya) pernah menjawab soalan anak muridnya: "Bila masa tuan guru beristirehat. Saya perhatikan tuan guru bekerja di jalan Allah siang dan malam?" Maka jawab oleh ulama ini: "Saya kena bekerja keras sekarang dan rehat saya cuma di alam barzakh." Allahu akbar!

Saya yakin ada sesuatu yang Allah mahu kita lakukan melalui dakwah cara kita (DCK).  Saya pohon keampunan Allah dan minta nasihat dan bimbingan Prof. Kamil dan SifuPTS. InsyaAllah esok saya hendak hadiahkan buku ini kepada seorang bukan Islam. Moga Allah memberi hidayah kepada beliau selepas membaca buku ini.  Pahala ini juga bakal melimpah kepada Prof. Kamil dan Puan Ainon, InsyaAllah. Doakan saya.

(Sekarang sudah jam 12mlm, saya hendak tidur. Jam 3 pagi saya kena bangun untuk menjemput hati meniti renjisan kedamaian.) Salam.

Ridzwan Bakar 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Editor DBP: Masuklah Kedai Buku

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah wujud lebih 50 tahun, tetapi judul-judul buku dan cover-cover buku terbitan DBP tidak menampakkan profesionalisme jabatan-jabatan editorialnya bertambah tinggi.

Salah satu faktornya adalah disebabkan para editor DBP tidak menjadikan kedai-kedai buku sebagai tempat mencari idea judul dan desain cover yang menarik di mata pembeli dan pembaca buku.

Bak kata seorang designer mantan DBP, kalau sesiapa pernah terserempak editor DBP sedang membelek-belek buku di dalam kedai buku seperti Kinokuniya di KLCC dan MPH di Midvalley, maka bolehlah dikatakan kejadian itu amat luar biasa.

Buku Suluk Cinta ini adalah koleksi puisi remaja. Ia bukan novel seram. Bukan buku tarekat sesat. Bukan juga cerita adventur eksplorasi di dalam gua tepi laut.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 24, 2008

Satu Syawal: Tiket Filem dan Buku Laku

Rekod jualan PTS menunjukkan pada hari-hari akhir bulan Ramadhan dan hari-hari awal bulan Syawal jualan buku-buku PTS naik lebih tinggi daripada hari-hari biasa.

Inilah faktor yang menyebabkan PTS melancarkan kempen promosi novel-novel Islami terbitannya menjelang bulan Syawal.

Trend jualan ini serupa dengan trend jualan tiket filem yang juga naik mendadak pada hari-hari awal bulan Syawal. 

Barangkali pada hari-hari awal Syawal banyak remaja pergi ke mall-mall bagi membelanjakan duit raya mereka, sama ada buat menonton filem, makan-makan, ataupun membeli buku. 

Pada saat ini kerja-kerja packing dan shipping amat sibuk di dalam setor PTS yang terletak di kawasan perindustrian di Batu Caves, sehingga Tim Editorial pun banyak yang turun membantu Tim Setor bagi memastikan semua buku sampai ke kedai-kedai buku sebelum orang ramai yang pulang ke kampung tiba di destinasi masing-masing. 

Nampaknya, apabila tiba musim cuti raya jualan buku-buku PTS di luar kota Kuala Lumpur naik menggebu-gebu macam apam tepung beras ragi tapai.

Menurut beberapa operator kedai buku yang kita tanya, semasa cuti raya banyak abang-abang dan kakak-kakak yang bekerja di bandar-bandar besar balik kampung lalu membawa adik-adik mereka yang masih bersekolah datang membeli buku sebagai cara memberi motivasi supaya mereka suka membaca.

Manakala ibu bapa yang pulang ke kampung membelikan buku-buku bagi bacaan anak-anak dalam kereta, supaya mereka kurang bising dan kurang boring sepanjang perjalanan jauh. 

Tidak kurang juga bagi orang muda-muda yang balik menaiki bas dan kereta api, ada yang membaca buku bagi mengurangkan rasa bosan. 

Itulah sebabnya jualan buku-buku remaja PTS laku keras pada musim cuti raya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Promosi Buku-buku Haji PTS

PTS menawarkan poster carta visual proses ibadah haji (lihat pada bintang merah dalam iklan ini).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

KDN Terbitkan Teks al-Quran sebagai Rujukan Utama

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan terbitan pertama teks al-Quran yang akan menjadi sumber rujukan utama bagi penulisan teks al-Quran di negara ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata penerbitan naskhah itu boleh dijadikan rujukan oleh pencetak, penerbit dan pengimport. "Penerbitan teks itu juga selaras dengan usaha kementerian untuk mencegah sebarang bentuk penyelewengan dan sesuai dengan fungsi utama kementerian selaku pengawal kepada kesahihan teks al-Quran.

"Usaha penerbitan itu sudah dimulakan sejak 2006 dan 30,000 naskhah akan dihasilkan, terbitan pertama sebanyak 5,000 naskhah akan diedarkan ke agensi-agensi kerajaan, masjid, surau, sekolah bermula bulan ini," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Mashaf al-Quran dan surah Yasin di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Syed Hamid berkata naskhah al-Quran itu juga akan diedarkan ke peringkat negara serantau. Turut hadir pada majlis itu ialah Mufti Perak merangkap Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Teks al-Quran KDN Datuk Seri Harussani Zakaria. BERNAMA

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Peraturan Menggunakan Perkataan ‘sila’

Dalam Bahasa Melayu Tinggi, perkataan 'sila' adalah kata arahan.

Disebabkan arahan hanya dapat dibuat oleh orang-di-atas kepada orang-di-bawah, maka perkataan 'sila' pun hanya boleh digunakan oleh orang-yang-lebih-di-atas kepada orang-yang-lebih-rendah.

CONTOH SALAH: 

(i) Seorang murid tidak boleh berkata kepada gurunya, "Cikgu, sila bercakap kuat sedikit, saya kurang dengar." 

(ii) Seorang jururawat tidak boleh berkata akepada doktor, "Sila datang sekarang, doktor. Pesakit sudah lama menunggu."

(iii) Seorang anak tidak boleh berkata kepada ayahnya, "Sila hantar duit poket saya bulan ini."

(iv) Seorang setiausaha tidak boleh berkata kepada ketuanya, "Sila turunkan tandatangan di sini."

(v) Seorang penulis tidak boleh berkata kepada penerbitnya, "Sila beritahu saya jika novel saya diterima." 

Kata arahan berbeza daripada kata permohonan. 

Dalam surat-menyurat, termasuk surat-surat emel, dalam apa jua konteks, gunakan kata permohonan, bukan kata arahan. Itu adalah teknik yang betul bagi mencipta kesan postitif pada perasaan orang yang menerima surat itu.

Bagi juruacara majlis ataupun para penyambut tetamu, gunakan perkataan 'dipersilakan' ataupun 'persilakan' BUKAN 'sila'. 

Penyambut tetamu di depan pintu masuk berkata: "Persilakan masuk, datin." BUKAN "Sila masuk, datin."

Juruacara dalam majlis berkata: "Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan menjamu selera di ruang legar dewan ini. Dipersilakan." BUKAN "Tuan-tuan dan puan-puan sila menjamu selera di ruang legar dewan ini. Silakan."

Kata permohonan dalam Bahasa Melayu Tinggi termasuklah:

(i) "Puan, mohon supaya saya diberitahu jika novel saya ditolak."

(ii) "Dapatlah kiranya saya dimaklumkan jika novel saya ditolak." 

(iii) "Puan, bolehkah saya diberitahu jika novel saya ditolak." 

(iv) "Puan, jika tidak menjadi keberatan, mohon apalah jua kiranya saya diberitahu jika novel saya ditolak." 

BUKAN:

"Sila beritahu jika novel saya ditolak." 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 23, 2008

Memilih Tema dan Topik Buku

Penulis adalah komponen penting dalam bisnes penerbitan buku. Justeru penulis perlu mempunyai 'hidung-duit' (business-sense), kalau tidak banyak, sedikit pun sudah memadai.

Penulis yang mempunyai business-sense amat menguntungkan bisnes penerbitnya sebab buku-bukunya memenuhi keperluan pembeli, oleh itu mudah dipasarkan.

Di kalangan penulis baru, lazimnya mereka mahu menulis buku yang temanya belum ada dalam pasaran, kerana mereka percaya buku seperti itu tentu lebih laku, maklumlah sebab tidak ada persaingan.

Penerbit pula mahukan buku-buku yang temanya sudah popular dalam pasaran. Jika sesuatu tema itu tidak ada, ataupun tidak banyak dalam pasaran, maka itu adalah tanda bahawa permintaan untuk tema seperti itu tidak ada. 

Bagi mengetahui tema yang popular dalam pasaran, cara yang mudah adalah dengan pergi ke kedai buku dan semak, jika kedai mempamerkan banyak buku oleh banyak pengarang bertemakan tema yang serupa, itu adalah tanda sahih tema tersebut mempunyai banyak pembeli.

Justeru, kita boleh lihat rak buku-buku self development, leadership, communication, relationship, sales, management, bisnes, personal finance, creativity dan banyak lagi tema, mempamerkan banyak judul oleh banyak pengarang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: MPH Almanda

Assalamualaikum Puan Ainon,

Minggu lepas saya beli buku LEFTTENAN ADNAN: WIRA BANGSA di MPH Alamanda, Putrajaya. Kenapa buku tersebut tidak diberi harga diskaun? Atau memang MPH tidak beri diskaun? Saya berpendapat, buku-buku PTS wajar diberikan diskaun, sekurang-kurangnya potongan 10 peratus. Sebab ada buku-buku penerbit lain, memberi harga diskaun antara 10 – 20 peratus.

Namun begitu, ketika pesta buku tempohari, sewaktu membeli buku-buku PTS, memang saya peroleh potongan diskaun. Malah hingga 30 peratus. Tapi itu PTS jual terus kepada pembeli. Tidak melalui pembekal. Mungkin juga sempena jualan Pesta Buku.

Perhatian puan terhadap emel ini amat diharga. Sekian, terima kasih.

ZAINAL ABDUL KADIR
Peminat Beli Buku
Seri Kembangan, Selangor.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Hadiah Misteri PTS ONE

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Puan, Saya doakan semoga Puan berada dalam kerahmatan dan berkat dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Puan, sebenarnya agak berat dan segan untuk saya menaip emel ini.  Walaubagaimanapun, anak saudara saya Ammar (10 tahun) telah berkali-kali bertanya saya samada saya sudah hantar emel inikah belum. Ammar memang suka membaca, apalagi buku-buku PTS.  Isunya begini, di belakang novel-novel PTS One ada diberikan keratan yang perlu dikumpulkan dan dihantar kepada PTS One bagi mendapatkan hadiah misteri. 

Ammar begitu bersemangat sekali mengumpul keratan tersebut, hinggakan ada novel-novel yang telah dibeli tetapi tanpa keratan tersebut hendak dibeli sekali lagi dengan duit simpanannya sendiri bagi mendapatkan keratan itu.  Setelah cukup dikumpul dan ditampal, maka borang dan keratan itu telah dihantar kepada alamat yang tertera.  Namun sehingga kini (lebih dari setahun) beliau masih belum menerima apa-apa hadiah.  Dan dia tidak lupa, tidak pernah lupa kerana dia amat mengharapkan hadiah misteri tersebut. 

Beberapa kali dia bertanya saya samada saya benar-benar poskan borang tersebut.  Kemudian, dia menelah adakah PTS sudah menipu?  Saya merasa amat tidak selesa, kalau boleh saya ingin belikan sendiri hadiah tersebut dan katakan bahawa itulah hadiahnya.

Saya faham mungkin pihak PTS One agak sibuk dan akhirnya borang yang dikirim oleh Ammar telah tercicir atau tersalah letak atau telah ditenggelami dengan dokumen-dokumen lain.  Saya tidak salahkan PTS.

Jadi, apa yang harus saya lakukan?  Sekiranya saya perlu membeli sendiri hadiah tersebut, bolehkan Puan nyatakan apakah hadiah misteri yang diberikan itu?  Kalau boleh saya tidak mahu Ammar terus merasa tertipu.  Agak sukar juga untuk memahamkan kepadanya akan suasana kerja yang boleh menyebabkan borangnya itu tercicir.  Dan saya harap ianya tidak akan terjadi kepada borang-borang orang lain juga. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Wan Norjihan binti Wan Abdullah
www.norjihan.net

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 22, 2008

Tip Survival Penerbit: Memilih Item untuk Promosi ‘Lead Product’

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Istilah 'lead-product' adalah produk yang dipilih supaya dijadikan produk utama yang dipromosikan.

Sebagai contoh, pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 lalu, novel Salju Sakinah karya Zaid Akhtar dijadikan lead-product PTS.

Buat musim raya ini, novel Bukan yang Pertama dipilih sebagai lead-product bagi kategori novel-novel cinta Islami PTS.

Diharapkan, apabila pengunjung memasuki kedai buku bagi mencari novel Bukan yang Pertama, mereka akan terpandang lain-lain novel cinta Islami PTS yang dipamerkan sederet dengan novel Bukan yang Pertama.

Justeru, lead-product berfungsi sebagai umpan. 

Kos mempromosi lead-product adalah besar disebabkan ia melibatkan kos (i) yuran iklan media, (ii) mencetak item-item marketing kit seperti poster, beg kertas, T-shirt (foto), book-mark, stiker dll., serta (iii) stok untuk pameran bulk-display, bagi semua outlet yang terpilih.

Berikut adalah kriteria memilih buku yang sesuai dijadikan lead-product

(i) Buku yang dipilih sebagai lead-produk itu berpotensi laku keras.

(ii) Nama pengarangnya sudah sedia mempunyai reputasi baik dalam pasaran. 

(iii) Peminat pengarang itu banyak sebagaimana yang sudah terbukti oleh jualan buku-buku yang terdahulu.

(iv) Pakejing fizikal judul itu impresif. Bukan yang Pertama adalah 800 halaman. Cover novel ini dihasilkan di Jakarta, di mana jabatan grafik PTS hanya membekalkan foto model yang dihasilkan di studio PTS oleh Pengarah Kreatif PTS, Tn. Hisham Salmin.

(v) Kempen promosi perlu dilancarkan pada tarikh yang sesuai.

(vi) Penerbit sudah menerbitkan banyak judul lain dalam kategori yang sama, supaya jualan judul-judul lain itu dapat ditingkatkan. PTS sudah menerbitkan 42 novel cinta Islami.

Semua 6 kriteria itu mesti ada serentak, baru berbaloi menjalankan kempen promosi menggunakan lead-produk. Jika tidak, kos besar yang ditanggung mungkin hangus sahaja.

Tiga perkara penting lain yang tidak-boleh-tidak mesti dilakukan apabila menjalankn kempen lead-product adalah:

(i) Mendapatkan banyak kedai buku utama di seluruh negara supaya memberikan kerjasama kepada kempen itu.

Kerja-kerja mendapatkan kerjasama daripada pengurus kedai-kedai buku perlu dilakukan lama sebelum buku dihantar kepada mereka.

Mereka mesti diyakinkan bahawa buku lead-product itu akan laku keras, itu sebabnya mereka perlu bersetuju menampalkan poster di dinding pintu masuk kedai, memberi ruang di depan pintu masuk untuk bulk-display dan apabila perlu, mengadakan acara book-signing oleh pengarang. 

(ii) Menghantar stok tambahan yang banyak kepada setiap kedai buku terpilih supaya dibuat bulk-display. Ini bermakna buku itu mesti dicetak banyak, tidak cukup jikalau hanya 2 ribu naskhah.

(iii) Mendapatkan kerjasama daripada wartawan akhbar dan majalah, penerbit TV dan radio, dan pengulas-pengulas buku bagi mendapatkan liputan dalam media.

Disebabkan persiapan kempen promosi lead-product adalah banyak dan rencam, makanya tidak semua penerbit berupaya menjalankannya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat terbuka Zaid Ibrahim kepada Perdana Menteri

Surat ini disalin dari MalaysiaKini:

Sewaktu mengisytiharkan kemerdekaan negara, Perdana Menteri pertama kita telah melaungkan aspirasi dan mimpi indah rakyat Malaya: bahawa Malaya adalah diasaskan di atas prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan serta di atas janji bahawa kita beramai-ramai akan sentiasa berjuang bagi meningkatkan lagi kebajikan dan kebahagiaan rakyatnya.

Bertahun telah berlalu sejak peristiwa penting itu berlangsung, namun aspirasi dan mimpi tersebut masih benar dan masih relevan kepada kita hari ini sepertimana ia benar dan relevan kepada kita sebelum ini. Ini dimungkinkan dengan adanya satu pegangan teguh terhadap asas-asas negara pada peringkat awal kewujudannya. Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang dibuat sehubungan dengannya diletakkan di atas asas yang kukuh di mana ia menggabungkan elemen-elemen penting demokrasi yang dibina di atas Kedaulatan Undang-Undang.

tunku abdul rahmanSatu ketika dahulu, Kehakiman Malaysia sangat dihormati oleh warga Malaysia malah turut dijadikan panduan oleh negara-negara lain. Perdana Menteri-Perdana Menteri kita yang terdahulu, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein Onn, adalah pemimpin-pemimpin yang sangat berintegriti, adalah pejuang-pejuang mengikut cara mereka yang tersendiri dan, yang paling penting sekali, adalah individu-individu yang serba sederhana. Mereka mempunyai kepercayaan terhadap prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam Perlembagaan kita dan membina negara ini berpandukan kepadanya.

Tatkala mereka terpaksa meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1960, sekalipun mereka melakukannya dengan sangat berhati-hati dan dengan bersikap apologetic mengenainya. Tunku menyatakan dengan jelas bahawa tujuan Akta ini diluluskan adalah bagi menangani ancaman komunis.

'Saya dan rakan-rakan saya dalam kabinet berjanji kepada Parlimen dan kepada negara bahawa kuasa-kuasa luas yang diberikan kepada Kerajaan di bawah ISA tidak sesekali akan digunakan bagi mengekang bangkangan dan ketidaksetujuan yang dibuat mengikut undang-undang' adalah apa yang diucapkan oleh Tunku dahulu. Ketetapan ini dikukuhkan lagi kemudiannya oleh Perdana Menteri ketiga kita, Tun Hussein Onn, yang menyatakan bahawa ISA bukanlah dimaksudkan untuk mengekang bangkangan politik yang dibuat secara sah atau untuk menyekat aktiviti demokrasi rakyat.

Beberapa peristiwa yang berlaku tiga minggu lepas bagaimanapun telah memaksa saya mengkaji semula cara ISA digunakan. Sungguh menyedihkan sekali kerana kesimpulan yang saya perolehi darinya ialah bahawa Kerajaan telah berulang-ulang kali menghampakan rakyat negara ini dengan berulang-ulang kali juga memungkiri janji yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman tersebut.

Ini berlaku kerana Kerajaan dan undang-undang yang digubalnya telah dengan secara tidak betul memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan sesiapa sahaja atas apa sahaja alasan yang difikirkannya perlu. Budi bicara yang subjektif ini telah disalahgunakan bagi menjaga kepentingan-kepentingan politik tertentu.

Sejarah adalah guru agung yang dapat menjelaskan banyak perkara dalam hal ini. Semakan sepintas lalu ke atas cara ISA digunakan sejak ia diluluskan sekalipun akan mendedahkan betapa tujuan asal ISA telah dikesampingkan oleh keperluan politik semasa.

Adalah dikesali yang Tunku Abdul Rahman sendiri pun telah memungkiri janjinya. Pada 1965, pentadbirannya telah menahan Burhanuddin Helmi, iaitu seorang intelektual Melayu yang cukup hebat dan seorang nasionalis yang kebetulannya juga turut menjadi seorang pemimpin PAS. Dia telah diletakkan dalam tahanan sehingga dia meninggal dunia pada 1969.

Helmi hanyalah seorang musuh politik dan tidak dapat dibayangkan yang dia boleh dikatakan terlibat dalam pemberontakan bersenjata atau komunisme yang ISA dirangka untuk menangani. Penahanannya ini adalah sesuatu yang menyimpang dan menjadi satu detik menyedihkan di mana kepentingan politik telah dibenarkan mengatasi Kedaulatan Undang-Undang.

Ia malangnya seakan menjadi satu 'precedent' dan banyak lagi penahanan ke atas individu-individu yang dianggap menjadi ancaman kepada pentadbiran waktu itu menyusulinya tahun demi tahun. Malah tokoh kesusasteraan kita, 'sasterawan negara' Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail juga telah ditahan di bawah ISA pada 1976. Bagaimana mungkin beliau boleh menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara?

Tidak perlulah saya mengingatkan anda mengenai impak dahsyat Operasi Lalang 1987. Kesannya menghantui Kerajaan sepertimana juga ia menghantui rakyat negara ini yang cintakan keamanan kerana ia menebarkan kegelapan ke atas setiap dari kita. Terdapat banyak soalan yang masih belum terjawab mengenai detik-detik gelap tersebut bila lebih daripada seratus orang telah ditahan kerana dikatakan menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Sebab mengapa mereka ditahan tidak pernah dinyatakan dengan jelas kepada rakyat Malaysia.

Begitu juga tiada penjelasan diberikan tentang sebab mengapa mereka tidak pernah didakwa di mahkamah. Termasuk dalam senarai mereka yang ditahan ini adalah beberapa Ahli Parlimen kanan pembangkang yang masih lagi aktif dalam Parlimen hari ini. Sesatunya perkara yang benar-benar jelas mengenai tempoh itu adalah UMNO pada waktu itu sedang berhadapan dengan satu krisis kepimpinan. Apakah ia bukan satu kebetulan yang tangkapan-tangkapan di bawah ISA baru-baru ini berlaku bila UMNO sekali lagi mengalami satu krisis kepimpinan?

Pada 2001, aktivis-aktivis 'reformasi' Keadilan telah ditahan dalam satu tindakan yang kemudiannya diisytiharkan sebagai dibuat secara tidak betul dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan. Penahanan berterusan mereka yang tidak dibebaskan lebih awal di pusat tahanan Kamunting hanya dibolehkan kerana ISA telah dipinda dalam cara yang meragukan pada 1988 bagi tidak lagi membenarkan semakan kehakiman dibuat ke atas arahan Menteri untuk menahan. Rakyat Malaysia dimaklumkan bahawa tahanan-tahanan ini telah cuba menggulingkan Kerajaan melalui cara-cara militan dan demonstrasi-demonstrasi liar.

Tujuh tahun telah berlalu sejak kejadian ini berlaku tetapi hingga kini belum ada sebarang bukti bagi menyokong dakwaan ini dikemukakan. Menambahkan lagi kekeliruan rakyat, salah seorang daripada mereka yang dikatakan "ganas dan militan" itu ialah Ezam Mohamad Noor. Inilah orangnya yang baru-baru ini disambut kembali ke dalam UMNO dengan sambutan besar-besaran, seolah-olah ianya merupakan satu kejayaan besar.

Lebih kurang pada masa yang sama, ahli-ahli PAS juga telah ditahan kerana dikatakan menjadi militan dan kerana kononnya mempunyai pertalian dengan rangkaian pengganas antarabangsa. Mereka yang ditahan itu termasuklah Nik Adli, anak kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan. Kerajaan ketika itu berjanji akan mendedahkan kepada rakyat Malaysia mengenai bukti kegiatan-kegiatan ganas dan pertalian tahanan-tahanan ini. Sehingga sekarang tiada bukti sebegini pernah diberikan.

Formula yang sama telah digunakan pada akhir 2007 bila 5 pemimpin HINDRAF ditahan. Rakyat Malaysia dimaklumkan sekali lagi bahawa individu-individu ini terlibat dalam aktiviti-aktiviti penggulingan Kerajaan dan mempunyai perkaitan dengan gerakan militan Pemisah Tamil Eelam Sri Lanka. Sehingga sekarang tiada bukti kukuh pernah dikemukakan bagi menyokong dakwaan ini.

Jadi apa yang boleh dilihat ialah kelima-lima mereka ditahan kerana melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membawa kepada satu mobilisasi masyarakat India Malaysia bagi meluahkan secara aman kekecewaan mereka ke marginalisi yang dilakukan ke atas masyarakat mereka. Perjuangan ini kemudiannya telah diiktiraf sebagai satu perjuangan yang sah. Demonstrasi HINDRAF bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana perhimpunan-perhimpunan seperti itu diiktiraf di seluruh dunia sebagai satu cara pernyataan yang sah.

Dalam nada yang sama, asas-asas yang diberikan bagi menyokong penahanan terbaru Tan Hoon Cheng, Teresa Kok dan Raja Petra Kamarudin menimbulkan banyak persoalan. Penjelasan bahawa Tan Hoon Cheng ditahan bagi menjamin keselamatan dirinya adalah melucukan. Kenyataan bahawa Teresa Kok telah menyalakan sentimen-sentimen keagamaan juga adalah tidak berasas sebagaimana terbukti oleh pembebasannya selepas itu.

Mengenai pengkritik tersohor Kerajaan, Raja Petra Kamarudin pula, semakan ke atas tulisan-tulisannya akan menunjukkan bahawa dia mungkin telah menghina Kerajaan dan individu-individu tertentu di dalam Kerajaan. Bagaimanapun, bersikap kritikal dan menghina tidak boleh dalam apa cara pun dianggap sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara. Jika tulisan-tulisannya dianggap menghina Islam, orang-orang Islam atau Nabi Muhammad (saw), dia sepatutnya didakwa di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya ditahan di bawah ISA.

Apa pun, dia juga telah didakwa atas kesalahan menghasut dan melakukan fitnah jenayah berhubung dengan beberapa kenyataannya. Dia telah meminta dibicarakan, dan ini menunjukkan kesediaan serta kemampuannya untuk mempertahankan dirinya sendiri. Cara terbaik bagi memastikan keadilan terlaksana adalah dengan memberikannya peluang mempertahankan dirinya di mahkamah lebih-lebih lagi di mana dalam pandangan umum Kerajaan adalah dalam satu kedudukan konflik kerana telah menjadi sasaran kritikan kerasnya.

Contoh-contoh yang diberikan di atas menjadi petanda jelas bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah Kerajaan yang tidak demokratik. Perspektif inilah yang telah sejak lebih 25 tahun lalu membawa kepada Kerajaan kelihatan dengan sewenang-wenangnya menahan musuh-musuh politik, pejuang-pejuang pertubuhan sivil dan kepenggunaan, penulis-penulis, usahawan-usahawan, pelajar-pelajar dan wartawan-wartawan yang kesalahannya, jika ia boleh dikatakan sebagai kesalahan, adalah bersikap kritikal terhadap Kerajaan. Bagaimana individu-individu ini boleh dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan negara adalah di luar dari kefahaman saya. Realiti yang terbukti adalah ketidaksetujuan yang dibuat secara sah telah dan sedang dikekang melalui penggunaan secara semberono ISA.

Terdapat mereka yang menyokong dan memperjuangkan bacaan secara 'carte-blanche' ISA ini. Mereka akan berusaha untuk meyakinkan anda bahawa kepentingan-kepentingan negara memerlukan kuasa sebegitu dikekalkan dan bahawa keamanan dan kestabilan yang dinikmati rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh kewujudan undang-undang seperti ISA ini. Ini bagaimanapun gagal mengambil kira fakta asas bahawa rakyat Malaysia dari semua kaum mengagungkan keamanan. Kita hidup bersama secara aman sejak 400 tahun lepas bukan kerana adanya undang-undang ini tetapi walaupun adanya undang-undang ini.

Saya percaya rakyat negara ini sudah cukup matang dan bergeliga bagi membezakan di antara tindakan-tindakan yang merupakan satu ancaman 'sebenar' terhadap negara dengan tindakan-tindakan yang mengancam kepentingan-kepentingan politik. Rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa ISA digunakan terhadap musuh-musuh politik dan kelihatannya bila kepimpinan sedang menghadapi cabaran sama ada dari dalam parti pemerintah sendiri atau dari elemen-elemen luar.

Rakyat Malaysia hari ini mahu melihat sebuah Kerajaan yang komited terhadap proses mahkamah bagi menentukan kebersalahan atau ketidakbersalahan walaupun untuk tindakan-tindakan yang dikatakan mengapi-apikan sentimen perkauman atau keagamaan. Kini mereka tidak begitu mempercayai bahawa hanya seorang individu, iaitu Menteri Dalam Negeri, yang paling tahu mengenai soal-soal keselamatan negara walaupun mereka sebelum ini pernah mempercayainya. Mereka menghargai kebebasan dan perlindungan ke atas kebebasan-kebebasan sivil dan ini pun benar bagi rakyat negara-negara lain juga.

YAB Perdana Menteri, keputusan-keputusan Pilihan Raya Umum lalu adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia sedang menuntut satu pemulihan semula Kedaulatan Undang-Undang. Saya telah dilantik sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal undang-undang dan reformasi kehakiman, walaupun hanya sekejap. Dalam kapasiti itu, saya dapat memahami dengan lebih mendalam betapa ramai dari kita mahukan reformasi, bukan semata-mata atas kepentingan reformasi itu, tetapi atas tahap di mana institusi-institusi kita telah dilemahkan oleh kejadian-kejadian dan impak yang dihadapkannya kepada masyarakat.

Dengan restu anda, saya telah cuba menggerakkan reformasi. Berada di atas dalam senarai keutamaan saya adalah satu pemulihan semula ke atas kuasa kehakiman (judicial review) yang boleh dilakukan melalui satu pengembalian semula satu peruntukan penting perlembagaan ke bentuk sebelum ia dipinda secara kontroversial pada 1988. Tidak perlulah saya mengingatkan anda bahawa pindaan perlembagaan itu didorong oleh satu siri peristiwa sama yang membawa bukan hanya kepada Operasi Lalang tetapi juga kepada pemecatan Ketua Hakim Negara dan dua Hakim Mahkamah Agung pada waktu itu.

Salah satu keutamaan saya ialah cara dalam mana bidang kuasa dan kuasa Mahkamah-Mahkamah untuk membuat pembetulan ke atas tindakan wewenang dan di luar perlembagaan Eksekutif telah dikeluarkan oleh Parlimen dan tahap di mana ini telah menyebabkan berlakunya kemerosotan ke atas kebebasan-kebebasan sivil rakyat Malaysia. Pindaan perlembagaan inilah yang telah membuka jalan kepada peruntukan 'ouster' dalam ISA yang secara efektifnya memberi imuniti kepada Menteri dari semakan kehakiman, di mana ini adalah satu peruntukan yang menjadi contoh betapa pindaan perlembagaan 1988 telah membuka ruang untuk berlakunya ketidakadilan.

Saya juga telah cuba memperkenalkan cara-cara dengan mana langkah-langkah boleh diambil bagi membantu Kehakiman memperolehi semula reputasi kebebasan dan kecekapan yang pernah dipunyainya dahulu. Malangnya, ini dianggap tidak diperlukan oleh sesetengah pihak kerana Kehakiman yang bebas akan membawa makna Eksekutif akan menjadi kurang 'berpengaruh'.

Saya telah cuba melakukan perkara-perkara ini dan perkara-perkara lain kerana menyedari Kedaulatan Undang-Undang dan tradisi-tradisi demokratik di Malaysia sedang terhimpit. Apa pun, tiada orang yang rugi dengan memberikan setiap rakyat negara ini sebuah Kehakiman yang bebas dan peluang ke atas satu perbicaraan yang adil. Ini adalah konsisten dengan norma-norma sejagat mengenai hak-hak asasi manusia dan ia juga adalah konsisten dengan ajaran-ajaran Islam, iaitu agama bagi Persekutuan.

Kuasa tidak terbatas untuk menahan atas kehendak seorang individu adalah penindasan yang paling tinggi. Malah, di Israel, iaitu sebuah negara yang sentiasa berada dalam keadaan berperang sekalipun, kuasa untuk menahan tidak diberikan pada seorang individu seperti di Malaysia dan arahan-arahan penahanan memerlukan pengesahan daripada seorang hakim.

Jika terdapat pertimbangan-pertimbangan keselamatan negara, maka ini boleh ditangani tanpa mengenepikan kawalan-kawalan keselamatan yang dimaksudkan bagi melindungi rakyat dari dihukum secara tidak betul. Dalam bidang-bidang kuasa lain yang terlibat dalam konflik-konflik bersenjata, perbicaraan-perbicaraan dikendalikan secara sulit bagi membenarkan penelitian kehakiman dibuat ke atas bukti yang dianggap terlalu sensitif untuk didedahkan kepada umum bagi memenuhi kehendak-kehendak keadilan. Jika ini boleh dilakukan dalam bidang-bidang kuasa lain, mengapa tidak di sini di mana pertempuran bersenjata terakhir dapat kita saksikan, yang menjadi punca kepada wujudnya ISA, telah berakhir pada 1980-an?

Sebarang keraguan mengenai kerelevanan ISA dalam bentuknya sekarang sepatutnya sudah terhapus oleh rekomendasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bahawa ISA perlu dimansuhkan dan bahawa sebuah undang-undang anti-keganasan yang bersesuaian dengan masa kini perlu diluluskan bagi menggantikannya. Mengandungi satu klausa 'sunset' dalam masa asalnya, ISA tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi satu ciri asas dalam landskap perundangan Malaysia.

Melalui penggunaan berterusannya dalam cara yang diterangkan di atas dan berhadapan dengan sentimen umum, adalah natural bahawa ISA telah melekat di dalam fikiran orang ramai sebagai satu alat penindasan dan Kerajaan yang ada sebagai satu Kerajaan yang membuka ruang untuk berlakunya penindasan. Penggunaan berterusannya tidak menjadi petanda baik bagi sebuah masyarakat yang sedang berjuang untuk mencari tempatnya dalam arena global. Ia juga tidak menjadi petanda baik bagi demokrasi yang sangat penting bagi membolehkan kita membangun secara berterusan.

YAB Perdana Menteri, saya mengingati dengan sangat jelasnya apa yang anda sebutkan dahulu, iaitu bahawa jika seseorang itu mempunyai kesempatan untuk melaksanakan apa yang baik dan betul untuk negaranya, maka dia mestilah melaksanakan tugasan itu. Saya sangat menghormati anda kerananya. YAB, anda masih lagi Perdana Menteri buat masa ini dan masih lagi mempunyai kesempatan untuk meninggalkan jejak anda dalam sejarah Malaysia. Saya menyeru anda berbuat begitu dengan memansuhkan terus ISA.

Marilah kita cuba memenuhi janji yang dibuat oleh Perdana Menteri pertama kita yang dikasihi kepada rakyat negara ini.
 
Yang benar
ZAID IBRAHIM

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kamunting untuk Blogger

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Anjurkan Majlis Infak Ramadhan untuk Rumah-rumah Anak Yatim, Orang Tua, dan Kanak-Kanak HIV

 Baca di sini lagi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Beg Kertas Promosi Novel ‘Bukan yang Pertama’

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dapatkan novel Bukan Yang Pertama ini dan beg kertas di lokasi-lokasi terpilih:

JOHOR

1. Badan Cemerlang Plaza Angsana Johor.

2. City Star Book Centre Muar.

3. Johore Central Store Plaza Kota Raya Johor Bahru.

4 Popular Book Johor Bahru.

5. Popular Book Summit Batu Pahat.

6. Popular Book Batu Pahat Mall.

7. Popular Book Jusco Tebrau, Johor Bahru.

8. Pustaka Azhar Skudai Johor.

9. Tanjong Mas Bookcentre Muar.

10. Tanjong Mas Bookcentre Giant Muar.

11. Tanjong Mas Bookcentre IOI Kulai.

KEDAH 

12. Hasani Edar Sg. Petani.

13. MPH Bookstores Tesco Sg. Petani.

14. Popular Book Centre Point Sg. Petani.

15. Popular Book City Plaza Alor Star.

16. Popular Book  Alor Star Parade.

17. Popular Book  Tesco Mergong Alor Star.

KELANTAN 

18. Kedai Buku Banggol Tanah Merah.

19. Popular Book Co  Kota Bharu Mall.

20. Syarikat Muda Osman Kota Bharu.

KUALA LUMPUR 

21. Kinokuniya Book Store KLCC.

22. MPH Bookstores  Alpha Angle Wangsa Maju.

23. MPH Bookstores Mid Valley.

24. MPH Bookstores Jusco Maluri Cheras.

25. Popular Book Tesco Ampang.

MELAKA 

26. Popular Book Tesco Peringgit Melaka.

27. Popular Book Jusco Melaka.

28. Thai Kuang Melaka.

29. Thai Kuang Mahkota Parade Melaka.

NEGERI SEMBILAN 

30. MPH Bookstores Giant Senawang.

31. MPH Bookstores Jusco Seremban

32. Popular Book Jusco Seremban.

PAHANG 

33. Popular Book Kuantan Mega Mall.

PULAU PINANG 

34. Popular Book Mega Mall Penang.

35. Popular Book Prangin Mall Penang.

36. Popular BookJusco Perda Bkt. Mertajam.

37. Syarikat Harfa Butterworth.

PERAK 

38. MPH Bookstores Kinta City Ipoh.

39. PGN Media Services  Ipoh.

40. Popular Book Kinta City Ipoh.

41. Popular Book Ipoh Parade.

42. Popular Book Wisma Palaniapa Taiping.

43. S. S. Mubaruk & Bros Ipoh.

PUTRAJAYA 

44. MPH Bookstores Alamanda Putrajaya.

SABAH 

45. Popular Book Centre Point Kota Kinabalu.

SARAWAK 

46. MPH Bookstores The Spring Kuching.

47. Popular Book Miri Bintang Plaza.

48. Sinar Suci Kuching.

49. Union Books Miri.

SELANGOR 

50. MPH Bookstores SACC Shah Alam.

51. MPH Bookstores Subang Parade.

52. MPH Bookstores Giant Shah Alam.

53. MPH Bookstores Jusco Bukit Raja Klang.

54. MPH Bookstores One Utama Bandar Utama.

55. Popular Book Jusco Balakong.

56. Popular Book Selayang.

57. Popular Book Ampang Point.

58. Popular Book Ikano Power Centre.

59. Popular Book IOI Mall Puchon.

60. Popular Book Jusco Bukit Tinggi Klang.

61. Sabas RM Warta Bangi.

TERENGGANU 

62. Kedai Buku Banggol K. Terengganu.

63. Popular Book Mesra Mall Kemaman.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Pentingnya Kawalan Kualiti Cerita

Pada masa ini makin hari makin banyak penerbit menceburi sektor novel remaja. Perkembangan ini amat bagus bagi membesarkan saiz industri buku Melayu. Semakin banyak novel remaja dipamerkan dalam kedai-kedai buku, semakin meriah rak-rak buku Melyu, maka semakin banyak remaja berminat membeli dan membaca buku-buku Melayu.

Bagi penerbit yang baru menceburi pasaran novel remaja, strategi mengawal kualiti cerita adalah unsur paling penting yang menentukan sama ada novel akan laku keras ataupun tidak. 

Di PTS, penulis dikehendaki menghantar sinopsis cerita dahulu. Selepas sinopsis itu diluluskan oleh editor barulah proses menuliskan novel itu dimulakan.

Justeru jabatan editorial perlu mencipta senarai semakan bagi mengawal mutu cerita dengan menentukan ciri-ciri yang wajib ada, ataupun yang tidak dibenarkan ada, dalam cerita novel yang akan diterima ataupun tolak.

Di PTS, disebabkan dasar bisnesnya adalah menerbitkan buku-buku yang syariah-compliant, maka novel-novel terbitan PTS dengan ketatnya mematuhi syariah, sehinggakan tidak boleh digambarkan babak-babak seperti 'dating' dan 'berpegang-pegang tangan'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 21, 2008

UIAM Setakat Mengumpulkan Terjemahan al-Quran

Berita bahawa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai projek mahu mengumpulkan sampai sebanyak 100 terjemahan al-Quran dalam pelbagai bahasa dapat dibaca di sini.

Fungsi yang lebih penting dimainkan oleh sebuah universiti Islam adalah menghasilkan terjemahan, kerana menurut ulamak Manna Khalil al-Qattan (yang kitabnya digunakan sebagai teks di UIAM), aktiviti menterjemahkan al-Quran adalah wajib hukumnya, (bukan mengumpulkan terjemahan-terjemahan al-Quran).

Dalam konteks Malaysia, al-Quran masih belum diterjemahkan ke dalam banyak bahasa-bahasa tempatan, seperti Iban dan Kadazan, sedangkan kitab Bible sudah lebih 25 tahun dapat dibaca dalam kedua-dua bahasa itu. 

Nota: PTS akan mewakafkan RM30 ribu bagi memulakan projek menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Iban dan Kadazan. Kita sedang mencari individu Iban dan Kadazan yang beragama Islam. Jika tuan-tuan dan puan-puan mengenali individu seperti itu, mohon hubungi saya melalui emel klik di sini ataupun HP 016 661 1439.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Laut Biru Sektor Buku Terjemahan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sektor buku terjemahan adalah satu lagi Laut Biru dalam industri penerbitan buku-buku Melayu. Hasil pemerhatian kita mendapati di negara-negara seperti Jepun, Korea, Cina, Taiwan, Thailand dan Indonesia, sektor terjemahannya adalah amat besar.

Sektor ini mempunyai potensi yang baik, dalam erti kata kalau ada mana-mana penerbit yang hendak menerbitkan buku-buku terjemahan sahaja, maka ia boleh hidup dengan memilih judul-judul yang laku dalam pasaran.

Jadi, kita perlu menjalankan kajian pasaran bagi mengenal pasti sektor buku-buku terjemahan yang berpotensi baik. Kajian seperti ini tidaklah susah dijalankan. Ia perlu dibuat sebagai langkah menguruskan risiko sahaja, yakni supaya buku yang diterjemahkan itu berbaloi diterbitkan.

PTS sendiri sudah mula menge-test sektor buku terjemahan dan hasilnya menunjukkan pasaran itu memang ada.  Inilah sebabnya dari waktu ke waktu PTS menerbitkan judul-judul terjemahan.

Sektor buku terjemahan memang mempunyai potensi. Namun potensi sahaja tidak cukup. Potensi itu perlu dibangunkan dengan cara melambakkan banyak judul yang popular di dalam kedai-kedai buku.

Sekarang ini, apa yang diperlukan oleh industri buku Melayu adalah sebuah penerbit yang fokus menerbitkan buku-buku terjemahan sahaja.

Memang kita sudah mempunyai Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) tetapi ia tidak berupaya membangunkan potensi sektor ini disebabkan banyak faktor. Industri ini memerlukan pemain swasta yang aktif dan agresif. ITNM diperlukan bagi memainkan peranan sebagai pendorong kepada perkembangan sektor ini di tangan pemain-pemain swasta. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Bisnes Training dan Showmanship

Banyak penulis PTS tidak mempunyai 'percaya-diri' bahawa dirinya dapat berjaya dalam bidang training. Puncanya adalah mereka menganggap mereka tidak memiliki bakat 'showmanship'. Dengan keyakinan begitu mereka lantas tidak mahu mencuba menjadi trainer.

Faktor showmanship tidak diperlukan jika saudara mahu menjadi trainer. Showmanship diperlukan apabila saudara mahu menjadi speaker.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, September 20, 2008

Surat Pilihan: Tanda-tanda Awal Satu Lagi Bestseller akan Muncul

Assalamualaikum & Salam Ramadhan,

Alhamdulialh dan terima kasih dengan penghantaran buku Haji Muda ke pejabat saya.

Buku tersebut tiba di pejabat saya hari Khamis jam 12tgh sebanyak 200 naskhah. Pagi ini Sabtu 20 Sept, selepas tidak sampai dua hari saya sudah kehabisan stok. Subhanallah!

Saya sujud syukur kerana tidak sangka sambutan rakan, kenalan dan orang-orang yang saya tidak tahu siapa, telah datang mencari buku Haji Muda. Ianya di luar jangkaan saya!

Sejak 2 hari lalu jadual tugas dan mesyuarat saya penuh. Tetapi menghairankan, ada yang sanggup tunggu sehingga saya habis mesyuarat semata-mata untuk mendapatkan autograf saya. Semalam sahaja tidak kurang dari 40 naskhah buku saya diminta untuk sign autograf.

Saya dijemput menghadiri satu majlis tarawikh yang turut dihadiri oleh seorang YB Ahli Parlimen pada hari Isnin 22/09/08.  Saya diminta untuk memberi sedikit preview buku Haji Muda tetapi saya sudah kehabisan stok.  Bolehkah tolong hantar 200 buah buku lagi pada hari Isnin tengah hari 22/09/08? 

Terima kasih kepada Tim PTS Islamika kerana telah berjaya menampilkan grafik buku yang menarik dan susunatur kandungan. Kepada Pn. Ainon dan Prof. Muhd. Kamil, terima kasih dengan perkongsian kelahiran Haji Muda di blog Universitipts dan blog Prof. Kamil. Salam.

Ridzwan Bakar

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Sudah Terbit

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 19, 2008

Kisah Buku PTS, Prof. Kamil dengan Puan Roza

Baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Memilih Saiz Buku

Banyak faktor memainkan peranan menentukan kejayaan buku dalam pasaran kedai buku. Saiz buku adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan sesuatu buku itu laku dijual di dalam kedai-kedai buku ataupun sebaliknya.

Katakanlah, saudara merancang mahu menerbitkan novel, tetapi bukan novel cinta seperti persisnya novel-novel Alaf21. Katakanlah, novel yang akan saudara terbitkan itu adalah novel cinta Islami.

Jika saudara mahu menggunakan saiz yang serupa dengan saiz novel-novel Alaf21, novel saudara itu akan dipamerkan oleh pekedai di rak yang sama dengan rak novel-novel cinta Alaf21.

Apabila novel saudara duduk sebaris dengan novel-novel cinta Alaf21 mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri. Kelebihan yang paling jelas adalah, novel saudara itu diletakkan di tempat yang strategik. Pembeli novel-novel Alaf21 akan ternampak novel saudara, harap-harap mereka akan membelinya.

Alaf21 menggunakan saiznya sekarang sebab saiz itu mula-mula digunakan oleh novel-novel Creative. Dengan menggunakan saiz yang serupa, novel-novel Alaf21 dapat berkongsi rak dengan novel-novel Creative di dalam kedai buku. Strategi ini ditiru oleh Times, Utusan, dan lain-lain.

Kelemahan duduk sebaris dengan novel-novel Alaf21 adalah bakal pembeli saudara belum apa-apa sudah mempunyai persepsi novel saudara itu serupa sahaja isinya dengan novel cinta Alaf21. Pembeli buku yang tidak suka pada novel Alaf21 tidak akan ke rak itu. Maka mereka takkan terjumpa buku saudara.

Lazimnya purata pembeli novel cinta membeli antara 1 ataupun 2 judul sahaja sebulan. Tetapi pada hari ini jumlah novel cinta yang diterima oleh kedai-kedai adalah antara 15 hingga 20 judul setiap bulan. Akibatnya, rak-rak novel cinta sudah sempit.

Apabila berdepan dengan pilhan yang terlalu banyak, manusia malas hendak menyemak setiap pilihan sebelum membuat keputusan. Lalu secara heuristik, mereka berpatah balik kepada pengalaman lalu, yakni memilih nama-nama pengarang yang mereka sudah selesa, kerana mereka tidak mahu mengambil risiko terbeli novel tidak bermutu. Jalan paling selamat adalah memilih nama-nama yang sudah terkenal.

Jadi, lebih baik saudara tidak menggunakan saiz yang serupa dengan novel-novel cinta Alaf21, ya tidak ya, novel saudara bukan sebarang novel cinta, tetapi novel Islami.

TETAPI, jika saudara menggunakan saiz yang lebih besar, sebagaimana saiz novel-novel DBP, novel saudara akan diletakkan di rak lain sebab novel saudara tidak muat  jika hendak diletakkan di rak novel Alaf21.

Akibatnya, novel saudara duduk tersorok dan terselit di antara buku-buku agama, buku motivasi, keibu-bapaan, bisnes, politik dan lain-lain lagi.

Salah satu tingkah laku pembeli novel cinta adalah mereka itu tidak pergi melihat-lihat buku yang dipamerkan di rak-rak selain rak novel cinta sahaja. Mereka tidak pergi ke rak kategori lain. Jadi mereka tidak akan ternampak novel saudara itu.

Penerbit pula tidak dapat mencadangkan kepada kedai supaya menyediakan rak khas untuk novel-novel Islami. Di rak mana tuan kedai mahu pemerkan buku, itu adalah hak tuan punya kedai buku itu. Banyak faktor diambil kira oleh kedai sebelum dia mahu membuka rak khas untuk sesuatu kategori buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Edisi Indonesia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sehingga saat ini PTS sudah berjaya melesenkan lebih 60 judul buku-buku terbitannya kepada 4 buah penerbit di Indonesia supaya diterbitkan semula di negara itu sebagai edisi Indonesia.

Dua buah buku di atas adalah contoh perbezaan pakejing buku asal edisi Malaysia dan edisi Indonesianya.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit: Diari untuk Peminat Siri Dear Yayah

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Bisnes Buku: Mempakej Buku Agama untuk Perempuan Remaja

Perempuan adalah pembeli terbesar buku-buku dalam kedai buku. Buku-buku agama sekalipun lebih banyak dibeli oleh perempuan daripada lelaki.

Seorang pengedar buku-buku terbitan tempatan pernah berkata, "Nasib baik ada perempuan, kalau tidak, kita mahu cari makan pun susah!"

Bagi penerbit, buku-buku yang ditargetkan kepada perempuan perlu dipakejkan sesuai dengan citarasa perempuan.

Lihat contoh cover buku di sebelah ini. Buku itu ditargetkan kepada perempuan remaja. Justeru, konsep cover buku agama itu adalah ala-ala cover novel cinta pop!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 18, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Membangunkan Bakat-Bakat Sasterawan-Agamawan

Berdakwah menggunakan cerita-cerita adalah metodologi yang terdapat dalam kitab suci al-Quran dan dalam rekod-rekod hadis Nabi Muhammad (bacalah salam dan salawat buat beliau, anggota keluarga beliau, dan sahabat-sabahat beliau). Al-Quran itu penuh dengan cerita-cerita, manakala Nabi Muhammad juga menyampaikan cerita-cerita.

Justeru, aktiviti serta kemahiran menghasilkan cerita dalam bentuk novel dan cerpen perlu diperkenalkan kepada pelajar-pelajar jurusan agama. Sekolah-sekolah agama perlu menggalakkan para pelajar menubuhkan persatuan sastera.

Kejayaan novelis Habiburrahman El-Shirazy menghasilkan karya-karyanya yang mendapat sambutan luar biasa adalah contoh peri pentingnya peranan yang dapat dimainkan oleh sasterawan daripada golongan agamawan dalam menyampaikan mesej-mesej Islam melalui novel.

Novel beliau yang paling laku adalah Ayat-Ayat Cinta, yang telah difilemkan dengan judul serupa, di mana filem itu juga menerima sambutan panas sehingga bukan hanya panggung menjadi sesak oleh gadis-gadis remaja dan surirumah, malah filem itu turut ditonton oleh Presiden Indonesia, yang juga telah menyebabkan beliau menitiskan airmata.

El-Shirazi adalah seorang ustaz lulusan dari Universiti al-Azhar, universiti tertua dan paling berprestij dalam dunia Islam. Beliau adalah ilmuan agama yang paling berjaya dalam dunia sastera Melayu Indonesia-Malaysia, apabila diukur daripada jumlah pembaca karya-karyanya. Demikian besarnya jumlah royaltinya sehingga beliau mampu membuka sebuah pesantren di kampung halamannya di Demak, Pulau Jawa, khusus bagi melahirkan usahawan-usahawan Islami.

Di Indonesia, banyak penulis yang menghasilkan novel-novel Islami. Namun, El-Shirazi berbeza daripada mereka dari sudut latar belakang aliran pendidikan.

Tidak seperti El-Sharizi yang fasih bahasa Arab serta memiliki ilmu mendalam tentang al-Quran dan hadith, majoriti penulis Islami lain adalah lulusan Universiti Indonesia, Universiti Gadjah Mada, Universiti Padjajaran, dan Institut Teknologi Bandung, yang berpendidikan sekular, tetapi kemudian banyak membaca kitab-kitab agama terjemahan dalam bahasa Indonesia, lalu menjadi Islami hasil ikutserta dalam gerakan tarbiyah.

Nota: Foto hiasan disalin dari blog Tuan Syafiq Zulakifli

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Risiko Mengundang Orang Politik Melancarkan Buku

Isi kandungan buku yang baik dan berguna tidak menjamin buku itu laku. Maka tidak hairanlah apabila banyak buku yang menang anugerah dan hadiah jarang sekali mengalami peningkatan jualan selepas kemenangan itu diisytiharkan.

Laku ataupun tidak sesebuah buku itu ditentukan oleh banyak faktor. Antara faktor-faktor itu adalah kesanggupan penerbit menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran.

Penerbit-penerbit kecil lazimnya tidak menjalankan usaha promosi dan pemasaran oleh itu mereka tidak melabur dalam pembiayaan kos promosi dan pemasaran disebabkan modal perniagaan mereka yang terbatas. Oleh itu mereka hanya berusaha menjual sahaja. Tanpa promosi yang kuat, jualan tidak dapat ditingkatkan.

Ada pula penerbit besar yang mampu membiayai kos promosi, sayangnya strategi promosi yang mereka gunakan bukan strategi berkesan. Sebagai contoh, mereka melaburkan banyak wang bagi mengadakan majlis pelancaran buku, sedangkan kajian mendapati tidak terdapat perkaitan langsung antara gaya mewah majlis pelancaran buku yang dijalankan di negara kita ini dengan peningkatan jualan buku yang dilancarkan itu.

Strategi mengundang 'orang besar politik' bagi melancarkan buku adalah strategi yang paling membazir apabila diukur dari sudut keberkesanan jualan buku. Pendek kata, orang politik bukan duta buku yang baik, meskipun orang politik itu adalah seorang perdana menteri.

Inilah yang lazimnya berlaku: Selepas majlis pelancaran, wartawan akan bertanya kepada orang besar itu soalan-soalan yang tiada kaitan langsung dengan buku yang dilancarkan. Wartawan pun tidak ambil pusing hendak menulis berkenaan buku itu ataupun pengarangnya. Jadi, orang besar itulah yang mendapat banyak 'perbatuan' dalam media massa, bukan buku itu.

Paling-paling ayat laporan akhbar itu berbunyi lebih kurang begini, "Tan Sri Si Fulan membuat kenyataan itu dalam majlis pelancaran buku "anu-anu" yang diadakan kelmarin....." Selebihnya, yang dilaporkan dalam media adalah cerita Tan Sri Si Fulan itu dan kementerian yang di bawah jagaanya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Minta Perhatian Perpustakaan Awam Kulim Supaya Baca Komen Pengunjung Ini

Francis albukuki menulis:

Di negeri Kedah Perpustakaan Awam Alor Setar bisingnya tidak terkawal. Lebih baik baca buku di stesen bas atau di pasar pasar saja. Kereta dilarang masuk (sedangkan ruang parking masih kosong). Memang sengaja tidak mahu mesra pengunjung?

Yang terbaik ialah Perpustakaan Awam Kulim. Ruang parking kereta ada, suasana tidak bising. Syabas! Kalau saya PM, orang Perpustakaan Kulim saya bagi bonus 3xbulan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Ambil Inisiatif Melancarkan Bukunya Sendiri

Buku yang baik sekalipun tidak terjamin akan laku dalam pasaran, melainkan ia dipromosikan dengan berkesan.

Memang tanggungjawab promosi adalah pada pihak penerbit tetapi dengan lebih 1000 judul yang sudah diterbitkan maka tidak mungkin PTS dapat mempromosi tip-tiap buku yang diterbitkan. Justeru, apabila penulis ikut membantu dengan mempromosi buku sendiri maka usaha itu amat dihargai.

Bagi mempromosi buku Haji Muda, penulisnya sendiri, Tuan Ridzwan Bakar, akan melaksanakan program Karnival Haji tentatif pada  13 Okt - 17 Okt 2008 dengan kerjasama dan sokongan daripada Bahagian Corporate Event Telekom Malaysia.

InsyaAllah, jika tiada apa-apa aral melintang, buku Haji Muda dapat dilancarkan pada 13 Okt 2008 nanti. 

PTS amat menghargai daya usaha penulis-penulis yang bersusah payah membantu promosi buku-buku mereka.

Nota: Tuan Ridzwan Bakar adalah tokoh korporat dan kini sedang menyelesaikan Ph.Dnya. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 3 pages  1 2 3 >