Pegawai-pegawai di Jabatan Pemasaran PTS dan di Jabatan Jualan PTS sentiasa berhadapan dengan fenomena 'tembok psikologi' atau 'psychological barrier'.
Fenomena 'tembok psikologi' adalah sejenis 'ketakutan'. Ia dialami oleh semua orang. Ada kalanya fenomena ini disebut dengan istilah 'mental wall'.
Banyak perbuatan tidak berani kita melakukannya kerana kita tidak pernah melakukannya. Jadi, kita takut melakukan perbuatan itu semata-mata disebabkan kita belum pernah melakukannya. Sebagai contoh, kita tidak berani masuk ke dalam gereja disebabkan kita belum pernah masuk mana-mana gereja.
Dalam bidang penerbitan buku Melayu, banyak peminat novel Inggeris tidak mahu cuba membeli dan membaca novel Melayu kerana mereka belum pernah mencuba novel Melayu. Jadi, sebagai penerbit buku Melayu, kita perlu memujuk mereka supaya mahu cuba membaca novel Melayu.
Banyak kedai buku agama tradisional mengambil masa yang lama sebelum mahu menjual buku-buku PTS disebabkan mereka mempunyai 'tembok psikologi' terhadap pakejing buku-buku PTS itu. Selama ini mereka tidak pernah melihatbuku agama yang dipakej ala-ala buku bukan-agama.
Banyak penulis bukan-ustaz tidak mahu menulis buku agama, walaupun bagi buku agama yang sebenarnya adalah buku untuk kanak-kanak disebabkan mereka mempunyai perasaan takut membuat kesilapan.
Dalam bidang politik, banyak orang tua-tua di kampung-kampung tidak berani mengundi selain parti dacing disebabkan mereka belum pernah mengundi calon selain calon parti dacing.
Sebaliknya, pengundi-pengundi muda, disebabkan mereka baru pertama kali pergi mengundi, mereka tidak mengalami fenomena 'tembok psikologi' terhadap calon-calon parti pembangkang. Oleh itu mereka berani mengundi mana-mana calon.
Apabila BN menakut-nakutkan orang tua-tua di kampung-kampung dengan memberitahu mereka "Kalau BN kalah, nanti kita makan ubi kayu lagi, macam zaman Jepun dahulu." adalah dengan motif mahu menguatkan lagi tembok psikologi orang tua-tua itu, yakni membuat supaya mereka terus takut hendak cuba mengundi calon bukan-BN.
Orang-orang tua itu terus mengundi BN bukan disebabkan mereka diberi kain batik ataupun kain pelekat. Jika mereka tidak diberi kain batik sekalipun mereka tetap akan mengundi calon BN disebabkan mereka mengalami gejala tembok psikologi terhadap calon bukan-BN.
Fenomena tembok psikologi ini mempunyai implikasi ke atas cara kerja penerbit novel-novel Melayu dan buku-buku agama.
Sebagai contoh, bagi memujuk pembaca novel Inggeris supaya mahu cuba membaca novel Melayu, pakejing novel Melayu mesti dibuat supaya ala-ala novel Inggeris.
Banyak pembaca muda tidak mahu membaca buku-buku agama disebabkan mereka mempunyai tembok psikologi terhadap buku-buku agama tradisional. Bagi mengatasi tembok psikologi itu, pakejing buku-buku agama PTS yang ditujukan kepada pembaca muda hendak mempunyai ciri ala-ala buku orang muda.
Ini yang dilakukan oleh PTS Islamika apabila ia mula menggunakan pelukis-pelukis komik bagi mencipta cover buku-bukunya.
Buku-buku PTS Islamika juga tidak lagi menggunakan ikon-ikon agama seperti kubah masjid, pohon kurma, tulisan Arab dan yang seumpamanya itu bagi buku-buku yang ditargetkan kepada pembaca muda.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o