Sudah Terbit
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Apabila PTS menerima maklumat 12 tajuk bukunya dipesan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebanyak 1089 naskhah bagi setiap judul, kita menarik nafas lega!
Jumlah 1089 itu adalah bukti bahawa PNM akan membekalkan buku-buku itu kepada SEMUA perpustakaan desa di semua negeri-negeri, baik yang di bawah kerajaan Barisan Nasional mahupun di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.
Ia adalah bukti sohih bahawa pegawai-pegawai PNM mengamalkan prinsip-prinsip pentadbiran yang beramanah, betul dan baik, dengan mendahulukan kepentingan pembangunan minda rakyat luar bandar di atas kepentingan politik mana-mana pihak.
UNIKAPTS dengan ini merakamkan pujian kepada semua kakitangan PNM atas profesionalisme mereka.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Menurut Cik Nurdiana, eksekutif sales PTS yang menguruskan bisnes BOOKCAFE, jualan online bulan September melepasi angka RM8,000-00. Buku ini adalah buku yang paling banyak menerima order.
Bagi membeli buku ini, klik butang BOOKCAFE di kolum kanan blog ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Assalamualaikum, Puan Ainon. Semoga puan senantiasa dipayungi rahmat Allah.
Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Mohd Azemi bin Ali. Saya akan menggunakan nama pena Azemi Ali. Saya adalah seorang Chartered Accountants (Akauntan Bertauliah) daripada badan profesional Institut Akauntan Malaysia (MIA). Memperolehi Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Diploma Perakaunan daripada UiTM. Mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai Akauntan. Pernah berkhidmat di syarikat swasta dengan pengalaman kewangan di sektor Pengurusan Hartanah, Pendidikan, ICT, Perkilangan dan Kejuruteraan dan Pelaburan dan pada masa kini berkhidmat sebagai akauntan di sebuah badan berkanun dengan pengalaman pengurusan kewangan di sektor awam.
Saya menghadiri bengkel Siri Buat Duit pada 28 jun 2008 dan puan menyarankan kepada saya supaya menulis novel kerjaya akauntan. Saya mengumpulkan sedikit sebanyak bahan untuk itu. Pada 17 September, puan bertanya "Bilakah buku tuan dapat PTS terbitkan" dalam blog Prof. Muhd. Kamil Ibrahim. Saya fikir kini sudah tiba masanya untuk menjawab soalan puan itu.
Saya menulis emel ini untuk minta izin puan. Saya berhasrat untuk menulis beberapa buku. Lebih kurang 20 judul/topik buku dalam senarai saya sekarang ini tetapi saya ingin mulakan dengan Novel Kerjaya: Akauntan (belum ada tajuk sesuai) seperti format Novel Meredah Samudera dan Kerjaya Sebagai Akauntan mengikut format Kerjaya dalam Bidang ICT. Saya berhasrat untuk menulis kedua-dua buku ini serentak.
Sekiranya PTS belum ada penulis untuk topik ini dan dengan izin puan saya akan menghantar cadangan saya dalam tempoh beberapa hari ini (cadangan itu sudah separuh siap).
Saya mempunyai rancangan untuk memasarkan buku ini diseluruh UiTM kerana terdapat ribuan pelajar-pelajar perakaunan. Sasaran seterusnya ialah di IPTA dan IPTS yang lain serta kolej-kolej yang menawarkan kursus perakaunan. Seterusnya pelajar-pelajar sekolah menengah yang masih mencari dan memupuk cita-cita dan mengenal apa itu kerjaya. Tidak dilupakan juga para graduan yang baru memulakan langkah di alam kerjaya.
Sebelum itu saya menunggu lampu hijau daripada puan. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serata dalam perjuangan memandaikan bangsa. Terima kasih.
AZEMI ALI
www.azemiali.blogspot.com
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Setiap tahun judul-judul PTS termasuk dalam senarai buku-buku yang dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi projek perbekalannya. Namun, PTS tidak masuk tender kontrak PNM.
Di kalangan penerbit buku, PTS adalah kekecualian. Semua penerbit lain masuk tender kontrak PNM, kecuali PTS.
PTS mempunyai sijil Kementerian Kewangan, dengan demikian PTS layak masuk tender dan menjadi kontraktor buku kepada kerajaan. Tetapi PTS tidak masuk tender, meskipun dengan itu kita melepaskan peluang membuat lebih banyak keuntungan. Sebaliknya PTS hanya membekalkan buku-bukunya kepada para kontraktor yang diberi kontrak oleh PNM.
Apabila kontraktor membeli buku-buku PTS, mereka menerima diskaun 35%. Itulah juga diskaun yang diberikan kepada semua kedai buku dan pengedar PTS. Daripada situ, terpulanglah kepada masing-masing kontraktor berapa pula diskaun yang mereka sanggup tawarkan kepada PNM.
Jika PTS masuk tender, tentulah PTS mampu menawarkan diskaun 35% kepada PNM. Maknanya, habislah peluang kontraktor buku hendak bersaing dengan diskaun PTS.
Adalah menjadi dasar perniagaan PTS tidak akan bersikap tamak. Kita akan menolong peniaga-peniaga lain sama-sama mencari rezeki. Kita membekalkan buku kepada kontraktor. Jadi, kita berilah peluang kontraktor yang mendapat tender membekalkan buku kepada kerajaan. Dengan demikian semua pihak dapat sama-sama mencari rezeki.
Motto PTS: "Cari makan sama-sama, dapat makan pun sama-sama."
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

.

Dear Pn. Ainon, Assalamualaikum.
I follow closely the information in the blog UNIKA PTS since a month ago. This is a very interesting blog which able to gather opinions from book lovers, writers and publishers. From here I also found that there are many courses ready to be offered to writers and 'writers-to-be'. If I have chance I would like to follow the courses 'KJ Method' and 'Bahasa Melayu Tinggi', however, at current stage I am being tied down by my baby and work. Hopefully next year I can allocate time for these kind of valueable courses.
The purpose I am writing this email tonight is about Bahasa Melayu and its 'translated' words. I read quite some Bahasa Melayu books and blogs in the past few months time and I found that in this modern world, people like to use direct translated words to substitute the Bahasa Melayu words that already exist.
For example:
Bahan Perhiasan - Bahan Dekor (I took a few minutes to figure out what these words means)
Kata Seerti - Sinonim
Menari - Dansa
Kumpulan - Tim
I found that this is not a good trend to be followed by people that love Language and Word. Some people told me this is due to Bahasa Melayu words are usually longer than Bahasa English words. For me, as a chinese from chinese school till SPM level, chinese words have more to 'write' in each chinese character. So, the issue long and short is not a problem(not an excuse).
Don't let a language and word fade away and being substituted. Jawi writing has been rarely used nowadays. It is not a very difficult writing to be learnt.
From the blog UNIKA PTS, I understand that Pn Ainon is a very reputable person in these industry. I hope Pn Ainon can consider these. Hope that writers can use more Bahasa Melayu words than those substitute words. I personnally feel very uncomfortable when come across these kind of 'translated' words.
Keep our own identity.
Best Regards,
Humairah Yeoh
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Buku-buku ini dipesan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebanyak 1089 naskhah setiap satu judul:
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Mengikut kajian Malaysian Institute of Economic Research (MIER), ekonomi Malaysia akan terjejas oleh gawat kewangan yang sedang melanda dunia saat ini.
MIER meramalkan perkembangan ekonomi negara akan jatuh daripada 5% ke 3% mulai tahun depan. Apabila ini berlaku jualan buku-buku PTS akan terjejas. Dengan itu pendapatan royalti pengarang juga akan jatuh.
Bagi pengarang yang juga aktif dalam bidang training mereka dijangka dapat survive disebabkan mereka mempunyai sumber pendapatan ceramah dan training.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Entah ya entah tidak, tetapi inilah gosip terbaru yang sampai ke telinga Sifu.
Nama Dato' Prof. Dr. Shaik Mohd Noor Alam S M Hussein disebut-sebut sebagai bakal Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Beliau adalah pakar undang-undang perdagangan dan beliau bertugas di Jabatan Pengurusan dan Pemasaran, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau seorang yang dihormati oleh para pejuang bahasa kerana perjuangannya menyokong kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
PTS mencadangkan supaya novel ini dijadikan hukuman kepada pelajar-pelajar yang derhaka kepada guru, seperti menendang guru.
Pelajar itu dihukum membaca novel ini kemudian dia dihukum menceritakan kisah watak utamanya di depan perhimpunan seluruh sekolah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Saya tinggal di kampung Janda Baik di daerah Bentong, Pahang. Kampung ini adalah salah sebuah kampung yang mempunyai perpustakaan desa.
Di kampung ini ada seorang guru KAFA bernama Ustazah Nabisah. Beliau adalah perempuan paling dihormati dan paling berpengaruh ke atas minda kaum ibu di kampung Janda Baik.
Beliau menubuhkan kumpulan menghafal kitab Yasin, doa selamat, doa tahlil dan Barzanji yang terdiri daripada kaum ibu Janda Baik. Kumpulan kaum ibu itu kerap diundang membaca Yasin, doa selamat dan Berzanji oleh penduduk kampung apabila ada kenduri kahwin, potong jambul ataupun menyambut Ramadhan.
Ustazah Nabisah suka meminjam buku dari perpustakaan desa Janda Baik. Selain suka membaca buku yang dipinjamnya, beliau suka menyebut perkara-perkara yang dibacanya dalam buku-buku itu apabila beliau mengajar KAFA dan mengajar Yasin, tahlil dan Barzanji kepada kaum ibu yang dipimpinnya.
Memang kaum ibu tidak masuk perpustakaan desa, tetapi dengan adanya orang seperti Ustazah Nabisah, isi kandungan buku-buku yang dibekalkan ke perpustakaan desa Janda Baik akhirnya diterima secara tidak langsung oleh ramai kaum ibu di kampung ini.
Orang seperti Ustazah Nabisah disebut, dan berfungsi, sebagai 'transmitter' maklumat dari dalam buku kepada penduduk setempat, dan beliau menjalankan fungsi itu secara tidak formal.
Justeru walaupun sesebuah buku dalam perpustakaan desa Janda Baik itu mungkin hanya dibaca oleh SATU orang pembaca, tetapi maklumat dalam buku itu sampai kepada target yang lebih banyak.
Inilah peranan terpenting perpustakaan desa, yakni membekalkan buku kepada agen-agen perubahan sosial in-situ seperti Ustazah Nabisah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Menurut Cik Nurdiana, eksekutif khidmat pelanggan di BOOKCAFE, purata buku-buku yang banyak dipesan online di BOOKCAFE adalah buku-buku bisnes.
Buku Rahsia Buat Duit dengan eBay ini adalah antara yang kerap dipesan secara online.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Kepada peminat buku-buku PTS ONE yang sedang ternanti-nanti hadiah misteri "Aku Mahu Hadiah..." dimaklumkan hadiah-hadiah itu sedang dibungkus saat ini dan akan mula diposkan, secara berperingkat-peringkat, besok.
Sabar menunggu....
Nota: Ilustrasi hiasan disalin dari sini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Bilakah masanya seseorang pelukis itu lebih baik menyimpan hakcipta lukisannya yang digunakan sebagai ilustrasi buku?
Jikalau ukisan itu adalah untuk buku-buku teks sekolah, lebih baik dijual sahaja, sebab lukisan jenis itu tidak ada nilai jangka masa panjangnya. Silabus sekolah berubah-ubah, oleh itu lukisan tersebut tidak diperlukan lagi apabila silabus baru diperkenalkan. Lukisan dalam buku teks juga tidak mempunyai nilai seni.
Apabila pelukis diminta oleh penerbit supaya melukis ilustrasi buku-buku cerita rakyat dalam 4 warna untuk seluruh buku, lebih baik disimpan hakcipta lukisan itu.
Buku-buku cerita rakyat tidak dapat menjadi buku evergreen tanpa kualiti lukisan yang bernilai seni. Semakin cantik nilai lukisannya, semakin tinggi nilai buku-buku cerita rakyat itu. Maka semakin evergreen buku itu dalam pasaran.
Buku-buku evergreen adalah harta intelek yang tinggi nilainya. Ia diulangcetak bertahun-tahun, tahun demi tahun.
Sebelum mula melukis, tanya penerbit itu, apakah pelukis akan diberi pilihan sama ada menyimpan ataupun menjual hakciptanya.
Risiko pelukis ditipu sentiasa ada, walaupun penerbit itu memberitahu bahawa pelukis dibenarkan menyimpan hakciptanya. Selidiki dahulu rekod penerbit itu, apakah syarikat itu pernah menipu penulis ataupun pelukis-pelukis lain.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terbukti mempunyai genius yang pandai berfikir di luar kotak.
Mahu tahu apa yang tertulis pada banner dalam foto ini? - klik di sini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
PTS tidak mempunyai pejabat cawangan di zon-zon seluruh negara. Semua agen dan kedai buku diservis oleh eksekutif jualan yang bertugas di ibu pejabat PTS di kawasan perindustrian Batu Caves Kuala Lumpur.
Setiap bulan eksekutif sales PTS keluar out-station berhari-hari, ada masanya sampai 10 hari, melawat kedai-kedai buku zon masing-masing. Tn. Azari menjaga zon Pantai Timur. Tn. Zulkimy menjaga zon Utara. Tn. Nurikhram menjaga zon Selatan.
Apabila tiba musim hujan, mereka lebih banyak terdedah kepada bahaya. Di sesetengah tempat, garisan keselataman di atas jalan sudah kabur, dan itu menyukarkan mereka memandu pada waktu malam.
Di pekan-pekan kecil, keadaan hotel (yang terletak di atas kedai kopi) tidak selesa. Yang dikatakan 'hotel' adalah rumah tumpangan Cina. Tuala mandi yang disediakan amat kecil dan nipis (gambar raket badminton), sampai tidak cukup hendak dililitkan di pinggang (En. Azari)!
Ada kalanya rumah tumpangan seperti itu hanya mempunyai bilik mandi kongsi, masih menggunakan kolah dan gayung. Sesekali mereka terpaksa berkongsi bilik air dengan pekerja-pekerja kontraktor potong rumput yang terdiri daripada warga negara asing!
Lelaki penghias cover buku ini adalah Tuan Azari.
Barangkali, suatu strategi meningkatkan keselesaan para eksekutif sales PTS adalah dengan mengamalkan apa yang disarankan oleh pengarang buku ini!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Assalamualaikum Puan Ainon,
Saya Azura dan baru sahaja melayari blog kepunyaan Puan Ainon. Saya begitu berminat mengani beberapa fakta yang telah Puan Ainon paparkan. Justeru itu, saya berminat untuk mendapatkan pandangan daripada Puan Ainon apakah perbezaan antara novel sisipan dan novel biasa yang terdapat di pasaran?
Diharap pandangan daripada Puan Ainon ini dapat membantu saya untuk mengenali ciri-ciri sesebuah novel dengan lebih tepat. Kerjasama daripada Puan Ainon amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Norhazura Hamzah
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Ke hadapan Puan Ainon Mohd. yang saya hormati. Semoga Puan berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf seandainya saya pernah terkasar bahasa atau tersilap perbuatan kepada Puan sebelum ini.
Puan, saya amat tertarik buku karya Abdul Latip Talib bertajuk Sultan Muhammad Al- Fateh: Penakluk Konstantinpel. Daripada teknik penceritaan yang mudah diikuti, bahasa yang mudah, pengupasan isi yang terperinci dan menarik, novel ini berpotensi menjadi salah satu novel yang akan laku keras, InsyaAllah.
Biasanya, saya tidak suka membaca novel Melayu kerana ia dipenuhi penceritaan yang meleret dan penuh dengan isu percintaan. Persepsi saya terhadap novel Melayu berubah sebaik sahaja membaca novel bertajuk Sultan Muhammad Al- Fateh: Penakluk Konstantinpel. Buat pertama kali dalam hidup, saya habis membaca sebuah novel dalam masa dua hari sahaja dan novel ini yang saya maksudkan.
Malah, adik-adik saya yang tidak suka kepada mata pelajaran Sejarah terus jatuh cinta kepada subjek tersebut setelah membaca novel ini.
Terima kasih. Wassalam
Mohd Aliff Mohd Nor
http://writerdruid.wordpress.com
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Kata pepatah Melayu: Bagai buluh membantu tebing.
Pada masa ini Puan Ain Maisarah adalah penulis PTS One paling ngetop. Dalam dunia novel remaja beliau sudah mencapai taraf selebriti.
Beliau adalah antara beberapa penulis PTS One yang buku-bukunya kini dicetak 5 ribu naskhah setiap kali dicetak dan diulangcetak. Beliau juga termasuk ke dalam senarai penulis angsa emas PTS.
Tepat seperti yang dilaporkan dalam hasil suatu kajian yang pernah dijalankan oleh seorang profesor di Havard Business School bahawa sikap kooperatif menghasilkan prestasi kejayaan yang lebih tinggi daripada sikap kompetitif, Puan Ain Maisarah mempunyai ciri personaliti kooperatif yang amat tinggi.
Beliau tidak pernah menolak apabila diminta datang dan memberikan tip-tip kepada penulis-penulis lain tentang bagaimana beliau menghasilkan satu-demi-satu novel remaja yang laku keras dalam pasaran.
Beliau juga membuktikan sokongan beliau kepada penulis-penulis PTS lain yang sedang berusaha mempromosi buku-buku mereka dengan menghadiri majlis-majlis penulis-penulis itu.
Baca laporan dalam blognya bagaimana beliau pergi ke majlis booktalk Faizal Dzasrik di MPH Subang Parade, dan kemudian bergegas-gegas pula pergi ke majlis pelancaran buku Puan Kusyi Hirdan di Pusat Sukan Kpg. Pandan Kuala Lumpur. Klik di sini dan klik di sini.
Puan Ain Maisarah juga menulis perkara-perkara positif tentang penulis-penulis lain. Sikap kooperatif dan positif beliau itu menyebabkan beliau amat disukai dan dikagumi oleh penulis-penulis PTS One yang lain. Hasilnya, mereka juga menuliskan perkara-perkara positif berkenaan beliau dalam blog mereka.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Gawat kewangan yang sedang melanda seluruh dunia saat ini menyebabkan semua orang bisnes berfikir apa yang sebaiknya dilakukan jika kegawatan di Amerika dan Eropah itu merebak lalu sampai ke negara kita.
Para penerbit buku lebih terpukul apabila gawat menyerang kerana buku bukan barang wajib-beli. Buku dibeli menggunakan wang lebihan. Selepas membayar hutang rumah, kereta, minyak, barang dapur, belanja sekolah anak-anak, kalau masih ada duit lebih, barulah membeli buku.
Semasa kerajaan menaikkan harga minyak dengan mendadak, jualan di kedai-kedai buku di Lembah Kelang jatuh paling teruk dalam sejarah, sampai ada yang merekodkan kejatuhan 50%.
Bagi penerbit yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh (seperti ALAF21) serta bergiat dalam sektor buku yang potensinya bagus, zaman gawat adalah masa yang paling baik bagi memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam industri.
Semasa gawat, banyak syarikat pesaing yang kecil dan sederhana mungkin tidak mempunyai kewangan yang cukup kuat, akibatnya mereka mungkin tercungap-cungap macam ikan kekurangan air. Jadi inilah masa yang baik bagi penerbit gergasi berpeluang mencuri bakat-bakat - seperti editor dan designer - daripada pesaing.
Bagi penerbit yang tidak berapa kukuh kewangannya (seperti PTS), zaman gawat adalah masa yang paling baik bagi memfokuskan perhatian pada (i) proses penjimatan kos dan (ii) meningkatkan kepuasan pelanggan.
Walaupun mengurangkan kos adalah langkah penting, tetapi yang lebih penting lagi adalah meningkatkan jualan. Jikalau perlu, dalam zaman gawat, pindahkan sebahagian staf dari jabatan yang tidak terlibat secara langsung dengan pelanggan ke jabatan sales dan khidmat pelanggan.
Apabila berdepan dengan gawat, perkara yang paling berbahaya adalah sikap 'ikat perut' dan duduk menunggu sampai gawat berlalu. Bagi mengelakkan pengurangan pekerja ataupun bisnes gulung tikar akibat gawat, fokuskan produksi pada produk-produk yang permintaannya tinggi sahaja bagi menaikkan prestasi sales.
Susun semula jadual penerbitan judul-dudul baru, terutama karya penulis yang belum mempunyai banyak peminat. Terbitkan judul-judul baru dari pengarang yang sudah mapan dan banyak peminat. Tangguhkan penerbitan buku-buku tebal dan mahal. Dahulukan buku-buku harga rendah dan sederhana.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Isu peranan politik dan kejayaan bisnes sentiasa mengundang perbezaan pendapat. Ada kubu berpendapat bisnes dan politik tidak dapat dipisahkan. Di satu kubu lain ada pendapat mengatakan bisnes yang bergantung pada politik adalah amat berisiko, oleh itu jangan sekali-kali dilakukan. Dua kubu ini tidak pernah duduk semeja.
Menjadi penulis bermakna terlibat dalam dunia bisnes. Apabila penulis juga aktif dalam bisnes training ataupun speaking, keterlibatan itu menjadi lebih besar.
Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim adalah contoh penulis dan penceramah yang mempunyai blog yang berpengaruh ke atas pembaca-pembacanya.
Daya pengaruh adalah keupayaan mengubah sikap dan tingkah laku orang lain. Populariti tidak sinonim dengan daya pengaruh. Penulis yang popular tidak semestinya merupakan penulis yang berpengaruh.
Blog Prof. Dr. Kamil itu mendedahkan banyak tentang diri beliau dan kehidupan peribadi beliau, pada waktu yang sama beliau menjaga jenis-jenis maklumat peribadi yang bagaimana yang sesuai didedahkan.
Sebagai contoh, beliau sama sekali tidak pernah menuliskan pandangan peribadinya tentang tokoh-tokoh politik yang mempunyai kontroversi. Adalah tidak logik jikalau cendekiawan seperti beliau tidak mempunyai pandangan peribadi tentang politik dan orang-orang politik, tetapi beliau tidak pernah mendedahkannya dalam blog beliau.
Faktor ini menyebabkan blog beliau semakin hari semakin banyak dikunjungi kerana semua orang, tanpa mengira dari puak politik mana mereka datang, semua dapat berinteraksi dengan beliau.
Tentu sekali sikap merahsiakan kesetiaan politik itu sendiri mengundang kontroversi. Bagi sesetengah pihak, ia adalah tingkah laku hipokrit, suatu sikap yang amat dipandang rendah dalam dunia cendekiawan.
Di satu pihak yang lain, merahsiakan kesetiaan politik bukanlah tingkah laku hipokrit, melainkan suatu kebijaksanaan dalam kerjaya sebagai penulis, yang tujuannya adalah supaya pemikiran dalam karya-karyanya dapat disampaikan kepada semua kelompok pembaca tanpa mengira dalam kubu politik mana mereka berada.
Kontroversi menjatuhkan daya pengaruh. Justeru, penulis perlu mengelak supaya dirinya sendiri tidak menjadi sebahagaian daripada kontroversi dunia politik. Kontroversi bermakna orang mempertikaikan kejujuran, keikhlasan, tujuan, agenda dan motif sebenar tulisan seseorang.
Tidak dinafikan bahawa blog-blog penulis politik mendapat hit tinggi, tetapi hit yang tinggi tidak semestinya membuktikan daya pengaruh blog itu juga tinggi.
Sebagai penulis, yang lebih utama adalah bukunya merupakan karya yang berpengaruh, supaya selesai membacanya, pembaca terkesan dan mengambil langkah melakukan perkara-perkara baik yang dianjurkan dalam buku itu.
Dengan tidak menulis komen-komen politik, Prof. Kamil menjauhkan dirinya daripada menjadi bahan kontroversi, dengan demikian blog serta buku beliau amat berpengaruh ke atas minda, emosi dan rohani pembacanya, sebagaimana yang terbukti pada komen-komen yang ditulis oleh pengunjung blog beliau.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Baik mengendalikan sesi training mahupun speaking, kedua-dua aktiviti itu menggunakan kemahiran berlakon. Dengan demikian pengalaman dalam bidang lakonan drama pentas menjadi relevan pada kejayaan sebagai trainer ataupun speaker.
Antara begitu banyak kemahiran lakonan pentas, dua aspek yang amat relevan adalah (i) latihan vokal, dan (ii) interaksi dengan audiens.
Suara adalah salah satu daripada beberapa modal asas bagi kejayaan yang penting baik dalam drama pentas mahupun dalam bisnes training dan speaking.
Contoh trainer-speaker yang mempunyai vokal baik adalah Yang Mulia Dr. Tengku Asmadi, justeru tidak hairanlah apabila bisnes training beliau amat berjaya.
Disyorkan supaya penulis PTS yang berminat menceburi bisnes training dan speaking memasuki kelas latihan drama pentas ataupun kelas vokal.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Pandai berfikir secara analitikal adalah kemahiran yang penting kerana analisis sangat berguna bagi tujuan memahami sesuatu. Meskipun penting, setakat pandai melakukan analisis sahaja tidak cukup, apatah lagi dalam dunia bisnes. Demikian juga, setakat memahami sesuatu itu pun tidak cukup.
Jenis analisis yang majoriti orang pandai lakukan adalah analisis sebab-akibat. Sebagai contoh, apabila berlaku sesuatu maka banyaklah orang akan mengemukakan analisis yang cuba menerangkan punca-punca dan sebab-sebab perkara itu berlaku.
Semakin pandai dan terpelajar seseorang itu semakin dia mampu menghasilkan analisis yang mendalam dan kompleks.
Analisis sebab-akibat dapat menyebabkan berlakunya paralisis mental. Masing-masing penganalisis cuba meyakinkan orang lain bahawa analisisnya betul. Tetapi masing-masing tidak pula dapat mengemukakan penyelesaiannya.
Menurut Edward de Bono analisis bukan jentera mental yang berfungsi mencipta idea-idea. Justeru kita dapat lihat bagaimana para penganalisis yang pintar-pintar tidak mengemukakan idea.
Design-thinking adalah suatu cara berfikir yang membolehkan pelbagai idea dicipta bagi mengatasi sesuatu keadaan meskipun dalam keadaan di mana kita mungkin tidak pasti apa yang menjadi punca sebenar keadaan itu.
Dalam design-thinking kita tidak diwajibkan tahu dengan tepat apa PUNCAnya, kita hanya perlu mencipta JALAN KELUARnya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Kata pepatah Melayu: Seperti resam padi, semakin berisi semakin tunduk.
Dalam budaya Melayu, salah satu ciri orang besar yang amat digemari oleh orang di sekeliling adalah sifat pandai merendah diri.
Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim adalah contoh penulis yang sebenarnya adalah seorang orang besar. Beliau seorang pemegang ijazah Ph.D dan profesor akaunting serta memegang jawatan pengarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kemahiran beliau merendah diri dapat dilihat pada blog beliau.
Sebagai seorang orang besar, tentu sekali beliau mempunyai banyak rekod kejayaan, tetapi beliau tidak mempamerkan senarai pelbagai kejayaan yang diperolehnya di blog beliau pada kolum maklumat latar belakang diri beliau. Sebaliknya inilah yang beliau tulis bagi memperkenalkan siapa dirinya. Klik di sini.
Ambil sebagai contoh kemahiran beliau menceritakan kejayaannya tanpa menimbulkan kesan bahawa beliau riak dengan kejayaannya itu.
Apabila beliau menceritakan kejayaannya mengajak pelajar-pelajar UiTM segamat supaya datang bersembahyang di masjid kampus (yang sebelumnya selalu lengang) - beliau tidak menggunakan perkataan 'berjaya' ataupun 'kejayaan' bagi menggambarkan kejayaan beliau itu. Meskipun tanpa menggunakan perkataan 'berjaya' dan 'kejayaaan' para pembaca blognya tetap tahu bahawa beliau telah berjaya tanpa mereka menganggap beliau seorang yang suka memuji-muji diri sendiri.
Faktor beliau yang mahir dalam seni merendah diri menyebabkan jumlah pembaca blog beliau semakin banyak, dan beliau menerima semakin banyak undangan berucap di khalayak umum. Semakin banyak beliau naik ke pentas menyampaikan ucapan, semakin kerap beliau berdakwah, justeru semakin tinggi populariti dan jualan buku beliau.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Kata pepatah Melayu: Mati bawang ditimpa jambaknya.
Bagi sesetengah penulis, apabila buku mereka terbit, berkat apa yang mereka tulis itu tiba-tiba mereka menerima banyak peluang menjadi orang terkenal.
Mereka mula menerima undangan berceramah, tampil bercakap di skrin TV, wajah menjadi penghias cover majalah, ditemui wartawan dan menjadi bahan artikel dalam media, dan seumpamanya. Ke mana-mana mereka pergi, ada sahaja orang-orang yang mahu mengambil foto dengan mereka, sampaikan ke majlis-majlis kahwin pun ada peminat meminta mengambil foto.
Salah satu kemahiran yang diperlukan oleh penulis adalah kemahiran mengurus kejayaan.
Contoh penulis-penulis PTS yang amat mahir menguruskan kejayaannya adalah Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim dan Puan Ain Maisarah. Banyak dapat kita pelajari daripada apa yang mereka lakukan DAN apa yang mereka tidak lakukan.
Kedua-dua penulis itu datang daripada dunia yang amat berbeza. Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim adalah contoh penulis yang mempunyai banyak peminat di kalangan orang dewasa, manakala Puan Ain Maisarah mempunyai banyak peminat di kalangan remaja perempuan. Mereka berdua menjadi popular selepas buku mereka terbit.
Dari masa ke masa, Sifu akan menulis siri entri berkenaan petua-petua mengurus kejayaan sebagai pengarang popular berdasarkan apa yang Sifu perhatikan tentang dua orang penulis ngetop PTS ini. Mudah-mudahan penulis-penulis PTS lain dapat belajar daripada entri-entri itu.
Nota: Bidalan 'mati bawang ditimpa jambaknya' bermakna 'ditimpa nasib malang akibat kejayaannya sendiri' kerana pokok bawang, apabila ia tumbuh subur, daun-daunnya yang subur itu (disebut 'jambak') kemudiannya membusuk di atas bawang itu, lalu menyebabkan bawang itu mati busuk.
Nota: Foto disalin dari http://www.ainmaisarah.com
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Dalam blognya Puan Bunnybaby menulis:
Andrea Hirata, pada pandangan saya, ibarat seorang pemanah yang handal, sehandal Robin Hood. Panahan mesejnya begitu tepat di sasaran. Gaya penulisannya cerdas, tidak membazirkan masa dengan ayat panjang berjela-jela yang tidak membawa sebarang makna. Walaupun demikian, bahasanya indah teratur. Menghayati novel ini memberikan makna kepuasan yang baru dalam pembacaan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Dalam blognya Puan Bunnybaby menulis:
Saya amat tersentuh dengan watak Lintang, seorang pelajar lelaki genius yang amat miskin. Lintang perlu berbasikal sejauh 20 kilometer berulang-alik ke sekolah setiap hari. Pernah pula suatu hari dalam perjalanannya ke sekolah, dia dihadang oleh seekor buaya yang besar. Begitu susah sekalipun, sehingga terpaksa mempertaruhkan nyawa, dia tidak pernah ponteng. Semangatnya untuk belajar amat tinggi. Sayang sekali kecerdasannya terbazir apabila dia terpaksa berhenti sekolah setelah kematian ayah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Buku Tn. Shamsuddin Abd. Kadir ini sudah terbit di Jakarta dalam edisi Indonesia dan dijual di kedai-kedai buku utama di semua kota-kota besar negara itu. Judul edisi Malaysia buku ini adalah Hidup Tenang Walaupun Berhutang.
Sampai saat ini sudah 67 judul PTS dilesenkan kepada 4 buah penerbit terbesar di Indonesia.
Buku adalah marketing kit yang paling baik bagi para trainer dan speaker yang mahu memasuki pasaran training ataupun ceramah.
Dengan terbitnya buku ini di Indonesia, maka pengarangnya mempunyai peluang menyampaikan ceramah ataupun mengendalikan bengkel training di negara itu.
Bagi merealisasikan potensi tersebut, pengarang perlu belajar bercakap menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (dialek supra) yang dapat difahami baik di Malaysia mahupun di Indonesia.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Menyampaikan mesej-mesej Islam dengan menggunakan cerita-cerita adalah salah satu strategi kerja yang termaktub dalam Quran. Kitab suci itu penuh dengan berbagai-bagai cerita, ibarat, tamsil dan anologi. Nabi Muhammad juga menggunakan cerita-cerita bagi menyampaikan mesej Islam.
Dalam Quran, cerita tentang sejarah hidup Nabi Yusuf (Joseph) dibuka dengan ayat yang bermaksud, "Kami sampaikan kepadamu, wahai Muhammad, sebaik-baik kisah...." Justeru, dalam teori sastera Islami aliran Surah Yusuf, kualiti cerita adalah unsur yang amat dipentingkan.
Selepas selesai membaca, 'cerita' adalah unsur yang tinggal berbekas dan kekal dalam memori. Bagi orang biasa-biasa seperti kanak-kanak, remaja dan orang awam, selepas tamat membaca cerita, yang paling terpahat dalam ingatannya bukan ayat-ayat, bukan gambaran-gambaran, bukan struktur, bukan simbolisme, bukan lapisan-lapisan tafsiran - melainkan cerita.
Yang secara langsung berkesan dalam menyampaikan pesan-pesan, pengajaran, peringatan dan teladan adalah cerita, justeru cerita adalah unsur yang paling penting dalam karya. Dalam Quran, selepas Allah menyampaikan cerita, berkali-kali cerita-cerita itu diikuti oleh ayat yang mengatakan bahawa sesungguhnya dalam cerita-cerita itu terkandung pengajaran (kecuali cerita Nabi Yusuf yang tidak diiringi oleh ayat seperti itu).
Dalam menyampaikan kisah hidup Nabi Yusuf, Allah memberikan ciri-ciri cerita yang apabila digunakan maka ia dapat menghasilkan karya sastera yang indah dibaca serta mencetuskan kesan-kesan baik ke atas pemikiran dan keyakinan pembaca. Terbukti, ada orang bukan Islam yang memeluk Islam selepas terbaca surah Yusuf. Salah seorang daripada mereka adalah penyanyi pop Britain yang sangat terkenal pada tahun 1970-an, Cat Stevens, yang kemudian mengambil nama Yusuf Islam.
Nota: Kepada pembaca blog ini yang beragama Islam, bacalah selawat dan salam selepas terbaca nama 'Muhammad' kerana amat besar pahalanya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Bagi setiap pembelian buku haji PTS, pembeli menerima carta ini. Selagi ada stok.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

![]()

Sebaik-baik musim raya tamat, sebagaimana biasa jualan buku-buku haji akan meningkat. Jadi kedai-kedai buku agama akan menyimpan barangan kegunaan bulan puasa dan hari raya serta memulangkan kepada pembekal kuih-muih tradisional yang tidak laku.
Sebagai ganti mereka akan mempamerkan keperluan musim haji seperti buku-buku haji, kain ihram, ketayap, capal, telekung dan lain-lain.
Bagi penerbit pula mereka sudah mula mencetak semula buku-buku haji yang sudah habis stoknya supaya dapat dibekalkan ke kedai-kedai buku.
Tahun lalu PTS mempunyai 4 judul haji. Tahun ini kita mempunyai 5 judul dengan terbitnya buku Haji Muda oleh Ridzwan Bakar.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Berkahwin dengan penulis ngetop mempunyai plus-plus dan minus-minusnya sendiri.
Barangkali, sedikit sebanyak pengalaman berkahwin dengan penulis ngetop mempunyai persamaan dengan berkahwin dengan penyanyi ngetop.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Dalam blognya Puan Bunnybaby menulis:
Lebih menyentuh dan lebih dekat pengalaman yang dititipkan penulis ialah semasa bapanya berbasikal sejauh 30 kilometer ke sekolah untuk mengambil laporan peperiksaan anaknya. Coretan kisah ini pasti akan menyentak pembaca mengimbau kembali pengalaman peribadi.
Paling menyentak hati ialah sepanjang pengajian mereka di sekolah menengah dan universiti, mereka bekerja keras di sebelah malam membawa ke subuh untuk membiayai belanja sehari-hari. Entah bilakah waktunya mereka berehat dan mengulangkaji?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o