Sunday, November 30, 2008

Novel Cinta sebagai Sumber Pendidikan Seks

Pada suatu waktu Sifu pernah berbincang-bincang dengan YM Puan Raja Kusyi Hirdan berkenaan isu ciri syariah-compliance dalam novel-novel cinta Melayu.

Sebagaimana biasa, saya ulang-ulangi kata-kata saya bahawa: Novel-novel cinta PTS tidak boleh mengandung apa-apa unsur asmara.

Kata saya kepada Puan Kusyi, "Dalam novel PTS macam-macam perkara tidak boleh ada. Dating tidak boleh. Pegang-pegang tangan tidak boleh. Menulis SMS I love you pun tidak boleh."

Lalu Puan Kusyi bercerita, semasa beliau belajar, pelajar-pelajar perempuan sangat gemar membaca novel-novel cinta. Apabila terjumpa babak-babak asmara, ada pelajar yang sengaja mengelepetkan muka surat yang mengandungi episod asmara itu. Dengan menandakan muka surat itu maka mudah dicari apabila ada keperluan membaca-bacanya semula.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 29, 2008

Iklan! Dicari -  Calon Tim Penterjemah Islamika

PTS Islamika memerlukan 20 penterjemah dari bahasa Melayu Indonesia ke Bahasa Melayu Malaysia untuk projek Tafsir Mishbah edisi Malaysia.

Set Tafsir Mishbah adalah 15 jilid, karya Prof. Dr. Qurais Shihab (foto).

Ciri-ciri calon yang dicari:

(i) Tidak wajib lulusan fakulti pengajian Islam, tetapi banyak membaca buku-buku agama, khususnya pernah membaca kitab-kitab tafsir.

(ii) Menguasai Bahasa Melayu modern dengan baik, maksudnya biasa membaca dan mengarang artikel dll dalam Bahasa Melayu.

(iii) Sanggup menghadiri siri kursus terjemahan, dan lulus ujian terjemahan, yang akan dikendalikan. 

Mendaftar di sini. Tulis nama, alamat emel dan nombor HP. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(44) Diskusi Kuliah | Permalink

Kedai Buku Orang Kecil, Kedai Buku Orang Besar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Barangkali, seni pameran dalaman bagi kedai-kedai buku yang ditargetkan kepada penduduk bandar-bandar kecil dan sederhana tidak boleh serupa dengan seni pameran gaya-MPH dan gaya-Kinokuniya yang ditargetkan kepada pembeli kelas menengah kota-kota besar.

Foto-foto di atas menunjukkan seni pameran dalaman di kedai buku MariBaca Kota Baru, Kelantan, yang terbukti kedai kecil ini berjaya survive

Sekali pandang kedai buku ini menggunakan konsep susun-letak ala-ala kedai runcit pekan kecil. 

Barangkali juga bagi peminat buku yang tidak biasa dengan MPH, POPULAR dan KINOKUNIYA, yang biasa masuk kedai runcit, susun-letak gaya kedai runcit membuat mereka berasa amat selesa. 

Nampaknya kita boleh gunakan istilah "KEDAI RUNCIT BUKU" untuk konsep ini. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Contoh Sinopsis Novel

Kepada saudara yang berminat menjadi penulis novel kanak-kanak, remaja dan dewasa bagi terbitan PTS, saudara diwajibkan menghantar sinopsis novel itu.

Tulis surat emel kepada SifuPTS bagi mendapatkan contoh format sinopsis yang digunakan di PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 28, 2008

‘Idea’ dan ‘Cerita’ Tidak Dilindungi Undang-undang Hakcipta

IDEA dan cerita adalah modal utama penulis. Apabila ada idea, barulah idea itu dapat dituliskan menjadi harta intelek.

Katakanlah si penulis berbual-bual dengan beberapa orang rakan. Dalam perbualan itu dia memberitahu rakan-rakannya dia hendak menyusun sebuah kamus istilah arkitek Melayu tradisional.

Enam bulan kemudian alangkah terkejutnya si penulis apabila dia ke kedai buku dan ternampak sebuah kamus istilah arkitek Melayu tradisional hasil karya salah seorang rakannya yang ikut duduk berbual-bual pada peristiwa itu.

Apakah yang harus dilakukannya?

Jangan lakukan apa-apa. Rakannya itu tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun dia memang mendapat idea kamus itu daripada sesi perbualan dengan si penulis.

Undang-undang harta intelektual di mana-mana negara sekalipun di dunia ini tidak melindungi 'idea' dan 'cerita' selagi idea itu belum dizahirkan dalam bentuk 'konkrit' - yakni baru bercakap-cakap sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Segera Terbit ‘Buku Bumper Kembar’ Buat Pasaran Musim Cuti Hujung Tahun

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Meskipun Ceritanya Bagus Tetapi Manuskrip Ditolak

Salah satu tugas editor adalah menilai dan memilih buku-buku yang akan diterbitkaan. Manuskrip yang ceritanya bagus, tetapi sukar diedit, maka manuskrip itu akan ditolak.

Antara alasan teknikal di PTS bagi menolak manuskrip adalah:

(i) Gaya bahasa yang berbelit-belit, sukar difahami, dan ayat yang panjang-panjang.

(ii) Tatabahasa yang salah. Sistem penambahan dan sendi tidak betul. Ayat tergantung.

(iii) Tanda bacaan yang salah, tidak bersistem.

(iv) Terdapat ayat-ayat terjemahan daripada buku-buku Inggeris ataupun Arab, bukan ayat original si pengarang.

(v) Terlalu banyak petikan daripada buku-buku lain.

(vi) Terlalu banyak definisi. Tidak banyak contoh.

Beli dan baca buku-buku panduan menulis yang banyak di kedai. Hadiri kursus penulisan. Apabila manuskrip yang saudara hantar itu 'cantik', kerja editor menjadi mudah. Saudara akan menjadi penulis kesayangan editor.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 27, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Sunnah Linguistik

Nabi Muhammad adalah kitab Quran yang berjalan-jalan. Itulah gambaran yang diberikan oleh salah seorang isteri beliau, iaitu yang bernama Aishah binti Abu Bakar.

Justeru, apabila Nabi Muhammad bercakap, ciri-ciri bahasa yang beliau gunakan menyerupai ciri-ciri bahasa yang digunakan dalam kitab Quran. Tidak mungkin Quran menggunakan bahasa lain manakala Nabi Muhammad menggunakan bahasa lain. 

Ini dapat dilihat pada rekod kata-kata yang beliau pernah ucapkan (istilahnya hadis) sebagaimana yang terdapat dalam buku-buku koleksi hadis yang autentik (istilahnya sahih).

Sebagai contoh, bahasa Quran adalah Bahasa Arab Tinggi, oleh itu Nabi Muhammad juga bercakap menggunakan Bahasa Arab Tinggi. Ayat-ayat dalam Quran lengkap subjek-predikatnya, maka apabila Nabi Muhammad bercakap, ayat-ayat beliau juga lengkap subjek-predikatnya.

Rekod-rekod hadis itu menunjukkan beliau secara konsisten, sentiasa bercakap menggunakan bahasa Arab Tinggi, walau di mana beliau bercakap, dengan siapa beliau bercakap, bila beliau bercakap, dan bagi tujuan apa beliau bercakap. Justeru apabila beliau bercakap dengan kanak-kanak sekalipun, beliau tetap bercakap menggunakan bahasa Arab Tinggi. Dalam Quran, Nabi Yaakub dan anaknya, Nabi Yusuf yang masih kecil, kedua-duanya bercakap menggunakan bahasa Arab Tinggi.

Model tingkah laku (istilahnya sunnah) linguistik Nabi Muhammad ini perlu diikuti dan diamalkan, lebih-lebih lagi bagi kaum penulis kerana bahasa yang digunakan oleh para penulis mempengaruhi penguasaan bahasa pembaca buku-buku mereka. 

Nota: Bagi pembaca blog ini yang beragama Islam, bacalah doa setiap kali selepas terbaca nama 'Nabi Muhammad'. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 26, 2008

Isu Bahan Bacaan Australia: KPM Membuang Panduan Daftar Kata KPM

Menyediakan bahan-bahan bacaan bergred bukanlah perkara susah. Malah ia komparitif mudah. Buku-buku untuk kegunaan sekolah-sekolah rendah di negara ini memang bercirikan bahan bergred!

Bahan bacaan bergred ditulis berpandukan kajian 'hitung kata' (word count).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memang ada mengeluarkan senarai daftar kata yang semestinya ada bagi setiap gred bahan bacaan. Justeru, para penerbit Malaysia menggunakan daftar kata KPM itu bagi memastikan perkataan-perkataan itu terdapat dalam bahan-bahan bacaan yang disediakannya. 

Daftar kata KPM itu dikemaskini dari masa ke masa mengikut perkembangan zaman. 

KPM mengeluarkan arahan supaya buku-buku yang dibekalkan ke sekolah-sekolah rendah wajib ditulis berpandukan kepada daftar kata KPM. Arahan ini adalah bagi semua buku teks dan buku pengkayaan.

Bahan bacaan bergred Australia tidak pula diwajibkan mematuhi arahan KPM sendiri, padahal ia menggunakan daftar kata Australia.

Bagi melihat contoh-contoh bahan bergred Australia klik lagi di sini.

Soalan: Syarikat manakah yang menjadi pembekal bahan-bahan Australia itu? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu Bahan Bacaan Australia: Budaya Barat untuk Pendidikan Acuan Malaysia

Bahan-bahan bacaan adalah produk budaya (cultural product).

Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memilih bahan-bahan bacaan bergred yang digunakan oleh kementerian pendidikan Australia, banyak unsur budaya Australia adalah tidak sesuai dengan budaya Malaysia, malah amat sensitif bagi sesetengah kelompok rakyat negara ini.

Penerbit-penerbit di Malaysia pun sudah menerbitkan bahan-bahan bacaan bergred yang dihasilkan oleh pakar-pakar bacaan (reading experts) tempatan.

Contoh di bawah terdapat dalam bahan bacaan bergred yang digunakan di Australia. (Lihat gambar paderi itu.)

 

Pay DirtPaf Dirt - cartoon by Moira Hanrahan

Mr Cash was the boss! He knew how to get the best out of his workers. Not with a big stick - but with a good story!

Paf Dirt - cartoon by Moira Hanrahan

 

Tengok lagi di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu Bahan Bacaan Australia: Contoh Kandungan

The HeroMick's mum and grandpa were mad at him

Mick's mum and grandpa were mad at him. His grandpa called him a waste of space. but when Mick went down to the river, something happened and Mick didn't feel so bad any more.

Mick didn't feel so bad any more

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu Bahan Bacaan Australia: Agenda Tersembunyi KPM

Apakah kriteria yang digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menilai kesesuaian bahan bacaan bergred yang dihasilkan oleh kementerian pendidikan Australia (KPM), maka ia dipilih. 

Australia bukan satu-satunya negara yang menghasilkan bahan-bahan bacaan bergred.

Semua syarikat penerbit gergasi dalam bidang pendidikan menerbitkan bahan-bahan bacaan bergred masing-masing yang dipasarkan ke seluruh dunia. Antara yang paling luas digunakan di seluruh dunia adalah bahan bacaan bergred terbitan Oxford University Press (OUP).

Mengapakah KPM tidak memilih bahan terbitan OUP?

Adakah kerana OUP sudah mempunyai agen tunggalnya di Malaysia, justeru jika KPM memilih bahan OUP maka tidaklah ada peluang syarikat-kroni menjadi pembekal bahan-bahan OUP itu kepada KPM.

Bahan Australia itu belum ada agennya di Malaysia. Maka barulah terbuka peluang bagi syarikat-kroni menjadi agen dan sekaligus pembekal bahan-bahan itu kepada KPM. 

Soalan: Syarikat manakah yang menjadi agen pelesenan bahan bacaan bergred Astralia itu, sekaligus ia menjadi pembekalnya kepada KPM? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu Bahan Bacaan Australia: Inikah yang Dibekalkan kepada KPM

KLIK DI SINI


AMES Real Life Readers, AMES, Victoria. Each kit contains – book + cassette

    * 'The huge shoe party' (CSWE II).
    * 'I love my husband' (CSWE I).
    * 'Isella's new job' (CSWE II).
    * 'Nancy's grandmother ' (CSWE III).
    * 'Taxi driver' (CSWE I).
    * 'The verandah ghost' (CSWE III).

Australian Readers Collection, NCELTR, Sydney. Each kit contains - book + cassette.

    * 'Between the Flags' (Elementary).
    * 'Life is full of surprises' (Elementary).
    * 'The lottery and other stories' (Elementary).
    * 'Mystery and murder in Australia' (Intermediate).
    * 'Wandering girl' (Intermediate).
    * 'The will to succeed' (Pre-intermediate).

Australian Readers series, AMES, NSW. Each kit contains - book + cassette.

    * 'Average dead body'.
    * 'Baku the boy who loved sums'.
    * 'Beyond belief'.
    * 'The case of the smiling corpses'.
    * 'Man for hire' (Intermediate).
    * 'Out in all weather'.
    * 'Paradise Beach' (Pre-intermediate).
    * 'The Shark'. (Beginner)
    * 'The story of the Japanese sword'.
    * 'Taxi driver and other stories'. (Post-beginner)
    * 'Wartime romance and other stories'.

Beginning reader series, AMES, NSW. Each kit contains - book + cassette

    * 'Close encounters'.
    * 'Shop till you drop'.
    * 'When things go wrong'.

Elementary reader series, AMES, NSW. Each kit contains - book + workbook + cassette.

    * 'Growing Up'.
    * 'Our island home'.
    * 'Working Lives'.

Family/school life series, Western Australian Department of Education and Training. Each kit contains book + audiocassette.

    * 'Bad Hair Day'.
    * 'A Day to remember'.
     * 'Snag-free barbie'. (Beginner)

Macquarie Readers, NCELTR.
Series of readers; Set in Australia; Contain culturally relevant materials for migrants; Include short stories, longer fictional narratives, informational texts

    * 'At the footy and other stories'. (Elementary - ASLPR 0+ - 1+)
     * 'Australians in the news'. (Intermediate - ASLPR 1+ - 2)
    * 'The girl next door'. (Elementary - ASLPR 0+ - 1+)
    * 'A knock at the door and other stories'. (Intermediate - ASLPR 1+ -2)
    * 'Like to learn something new'. (Elementary - ASLPR 0+ - 1+)
    * 'Parakeet farm'. (Intermediate - ASLPR 1+ - 2)
     * 'Unusual lives: four extraordinary Australians'. (Elementary - ASLPR 0+ - 1+)
     * 'We came to Australia: the stories of six migrants'. (Intermediate - ASLPR 1+ - 2)

PRACE Pageturners series PRACE (Preston Reservoir Adult Community Education, Inc.), Reservoir, Vic.
PRACE Pageturners is a series of graded reading materials written for beginning and emerging adult readers (literacy rather than specifically ESL)

    * 'The beach'.
    * 'Bikini sandals'. (Klik di sini untuk tengok contoh isi buku ini.)
    * 'Convicts'.
   * 'Cuc's bed'.
   * 'A dog's life'.
    * 'The duck'.
    * 'The hero'.
    * 'I want a holiday'.
    * 'Just one friend'.
    * 'Mizuri the cat'.
    * 'Not any more'.
    * 'Pay dirt'.
    * 'Robots'.
    * 'The stud'.
    * 'Spare parts'.
    * 'Tattoos'.
    * 'Too many Marias'.

Read to Learn series, TAFE SA English Language Services, 2006

    * 'Going to the library'.
    * 'On cold winter days'.
     *
'On hot summer days'.
     *
'Summer clothes'.
     *
'Winter clothes'.

Start to Read series, NSW AMES.
Each kit contains reader, sentence strips, word strips, colour pictures, activity sheets, CD (audio + pdf files). For early beginner readers.

    * 'Coffee time'.
    * 'Moving house'.
    * 'A New hairstyle'.
    * 'The Soccer club'.
    * 'The Soccer game'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu Bahan Bacaan Australia: Bahan Sekular untuk Murid Sekolah Rendah Malaysia

Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membelanjakan puluhan juta ringgit bagi menanggung kos melesen penggunaan modul bahan bacaan bergred yang dibuat oleh kementerian pendidikan Australia bagi digunakan di sekolah-sekolah Malaysia, keputusan itu tentu dipertikaikan oleh pakar-pakar bacaan kita.

Wang puluhan juta (malah mungkin ratusan juta) itu, apabila diberikan kepada Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), tentu sekali PPK dapat bekerjasama dengan pakar-pakar bacaan di universiti kita bagi menghasilkan bahan bacaan bergred yang menggunakan acuan Malaysia.

Kementerian pendidikan Australia mengamalkan dasar pendidikan sekular, oleh itu input spiritual tidak ada dalam bahan-bahan bacaan yang digunakan dalam modulnya.

Australia adalah sebuah negara sekular. Bahan-bahan bacaan sekular adalah untuk sistem pendidikan sekular.

Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mempertahankan hak rakyatnya menganuti agama-agama lain. Malaysia mengamalkan 5 prinsip dalam Rukun Negara, di mana prinsip yang pertama adalah "Kepercayaan kepada Tuhan".

Dengan membelanjakan puluhan juta ringgit bagi melesen bahan-bahan bacaan sekular ciptaan pakar-pakar Australia, jelas sekali KPM bukan hanya melupakan ideologi nasional negara kita dan falsafah pendidikan kebangsaan, malah KPM sendiri menjadi agen proses pensekularan sistem pendidikan negara ini.

Satu soalan yang kita mahukan penjelasannya adalah: Syarikat manakah yang menjadi ejen pelesenan, sekaligus pembekal, modul bacaan bergred dari Australia yang sekular itu? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu Bahan Bacaan Australia: Di Manakah Penggabung-Jalinan Acuan Malaysia

Strategi dan metodologi pengajaran dan pembelajaran secara penggabung-jalinan pelbagai nilai dan maklumat adalah ciri yang diutamakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebagai contoh, bahan-bahan yang digunakan bagi mengajarkan bahasa Melayu dikehendaki supaya mengandungi pelbagai maklumat yang diajarkan dalam subjek-subjek lain seperti:

(i) Unsur-unsur sejarah Malaysia

(ii) Perlembagaan Malaysia

(iii) Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia

(iv) Budaya-budaya masyarakat Malaysia

(v) Pendidikan akhlak dan nilai-nilai murni

(vi) Kajian tempatan Malaysia

(vii) Sains, dan lain-lain subjek. 

Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membelanjakan puluhan juta ringgit bagi melesen bahan-bahan bacaan bergred dari kementerian pendidikan Australia, tentulah semua aspek gabung-jalin acuan Malaysia tidak ada.

Sebaliknya, yang terkandung dalam bahan-bahan dari Australia itu adalah unsur-unsur gabung-jalin acuan Australia. 

Satu soalan yang pembayar cukai Malaysia mahukan penjelasannya adalah: Syarikat manakah yang menjadi ejen pelesenan, sekaligus pembekal, modul bacaan bergred dari Australia itu?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu Bahan Bacaan Australia: Nilai Kontrak

Amatlah mudah bagi membuat anggaran kasar saiz keuntungan yang akan diterima oleh syarikat yang diberikan kontrak membekalkan bahan-bahan bacaan bergred buatan kementerian pelajaran Australia kepada sekolah-sekolah di seluruh negara. 

Pada tahun ini 2008 jumlah enrolmen sekolah rendah adalah 3 juta orang. Pada tahun 2010 jumlah enrolmen itu menjadi 3,195,977 orang.

Satu soalan yang kita mahukan penjelasannya adalah: Syarikat manakah yang menjadi ejen pelesenan, sekaligus pembekal, modul bacaan bergred dari Australia yang sekular itu?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu Bahan Bacaan Australia: KPM Mengaibkan Pakar Pendidikan Malaysia

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil modul daripada sistem pendidikan Australia, bermula daripada murid tahun pertama sekolah rendah.

Langkah KPM menggunakan modul ciptaan pakar-pakar Australia adalah tempelakan besar kepada profesor-profesor dan pakar-pakar bacaan tempatan.

Apakah pakar-pakar bacaan dalam negara tidak mampu menghasilkan modul bahan bacaan bergred yang sesuai bagi sekolah-sekolah tanah air kita?

Apakah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak mampu menghasilkannya?

Apakah fakulti-fakulti pendidikan di IPTA-IPTA kita tidak mampu menghasilkannya?

Apakah KPM tidak menaruh kepercayaan bahawa profesor-profesor tempatan mampu menghasilkannya?

Sudahkan modul itu dinilai terlebih dahulu oleh pakar-pakar bacaan tempatan perihal kesesuaiannya dengan iklim budaya dan falsafah pendidikan nasional kita?

Satu lagi 'Million Dolar Question': Syarikat manakah yang menjadi agen pelesenan, dan sekaligus pembekal, bagi modul Australia itu kepada KPM? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 25, 2008

Isu PPSMI: Testimoni Pelajar Sekolah Melayu

Saya sendiri adalah generasi yang mendapat pendidikan ke peringkat SPM dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Setelah SPM, saya dihantar ke UiTM untuk kursus intensif bahasa Inggeris sebelum dihantar ke New Zealand.

Kursus 6 bulan itu berjaya memberikan saya kefahaman bahasa Inggeris yang sepatutnya menjadi pengisian dari Tingkatan 1 lagi dalam menguasai bahasa Inggeris.

Di New Zealand, sewaktu di Tingkatan 7, saya mengambil subjek bahasa Inggeris yang mempunyai bahan kesusasteraan Inggeris dan New Zealand. Mulanya terkial-kial tetapi akhirnya, alhamdulillah menambah minat saya untuk menguasai bahasa Inggeris sehingga mengambil subjek minor ke tahun dua dalam kesusasteraan Inggeris.

Baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Seloka PPSMI

SELOKA NASIB MELAYU

Aduhai malang nasibmu Melayu
dagang lalu disangka wali
rupanya dagang mencari pitis
ada tanah dilaburkan
anak sendiri hidup menumpang
ada bahasa dibuang-buangkan
bahasa penjajah juga dipandang
kerana anak lemah Inggeris
seluruh ilmu hendak diInggeriskan
aduhai malang nasibmu Melayu
ada pemimpin asyik bersengketa
hidup rakyat tidak terbela
orang lain berjalan lurus
engkau berjalan bengkang-bengkok
aduhai malang nasibmu Melayu
bahasa orang diwajibkan di universiti
bahasa sendiri kurang dipercayai

oleh: Nassury Ibrahim

Disalin dari blog Dato' Baha Zain 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tahniah!

UNIKAPTS mengucapkan tahniah kepada Dato' Baha Zain kerana telah terpilih sebagai Presiden PENA (Persatuan Penulis Nasional).

Beliau sedang mengusahakan penghantaran memorandum oleh gabungan pertubuhan-pertubuhan Melayu kepada sultan-sultan sebagai langkah penerusan perjuangan menentang dasar Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik PPSMI). 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Minta PTS Mengedarkan Buku Terbitan Sendiri

PTS sudah beberapa kali diminta oleh rakan dan kenalan supaya mengedarkan karya yang mereka terbitkan sendiri. Pada masa ini PTS mengadarkan karya-karya Sasterawan Negara Dato' A Samad Said yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn. Bhd.

Berikut adalah syarat PTS:

(1) Jangan terbitkan dahulu karya saudara itu kemudian baru datang ke PTS membawa naskhah contoh dan meminta PTS mengedarkannya.

(2) Saudara perlu datang dahulu ke PTS, perkenalkan diri saudara, dan berbincang dengan Pengurus Jabatan Jualan PTS tentang cadangan saudara hendak menerbitkan sendiri karya saudara. Beliau akan membuat kajian pasaran dan analisis risiko terlebih dahulu apakah karya saudara itu dapat diedarkan dengan berkesan.

(3) Apabila PTS mendapati karya saudara berpotensi dipasarkan, PTS akan menerangkan terma-terma bisnes yang baik bagi kedua-dua belah pihak saudara dan pihak PTS.

(4) Apabila saudara sudah setuju dengan terma-terma bisnes itu, PTS akan memberi khidmat nasihat kepada saudara tentang strategi bisnes dan program penerbitan yang sebaiknya saudara laksanakan, supaya dengan itu PTS dapat mengedarkan buku-buku saudara dengan berkesan.

(5) Apabila saudara sudah jelas tentang strategi bisnes yang saudara perlu gunakan, barulah PTS menerangkan pula ciri-ciri fizikal buku itu yang saudara perlu patuhi apabila menerbitkannya supaya buku-buku itu dapat dipasarkan dengan efektif oleh PTS.

Pengurus Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS adalah En. Zaharin 016 661 1470 atau .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Menang Anugerah Kerana Mengutuk Agama dan Bangsa Sendiri

Novel sulung ARAVIND Adiga The White Tiger memenangi Hadiah Man Booker 2008.

Empat pengarang India lain yang pernah memenangi Hadiah Man Booker adalah VS Naipaul (1971), Salman Rushdie (1981); Arundhati Roy (1997) dan Kiran Desai (2006).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip untuk Penulis-Trainer PTS: Menetapkan Yuran

Salah satu perkara triki yang dihadapi oleh trainer ataupun penceramah yang masih fresh adalah berapa banyak RM yuran yang hendak dikenakan kepada pelanggan.

Isu menetapkan yuran training dan yuran ceramah adalah perkara yang tidak ada formulanya.

Kes Dato' Dr. Sheikh Muszaphar adalah contoh yang terbaru. Beliau dikatakan mengenakan yuran sampai RM8 ribu sekali datang. Banyak pihak marah kerana menganggap jumlah itu terlalu tinggi. Beliau cepat-cepat menafikannya. Kementerian meminta bukti jikalau memang betul tuduhan itu berasas. Maka bukti-bukti pun dikemukakan. Baca di sini. Siasatan akan dimulakan minggu hadapan.

Saya sendiri berkali-kali ditanya oleh penulis PTS yang sedang bersiap sedia mahu terjun ke dalam sektor training dan ceramah, bagaimana hendak menetapkan yuran mereka.

Bagi saudara yang baru hendak memulakan bisnes training ataupun ceramah, yang paling utama adalah mendapatkan klien dahulu. Dapatkan klien pertama, kedua, ketiga, dan keempat saudara itu dahulu.

Pada fasa awal masuk pasaran, ada kalanya saudara perlu memberi gratis. Itu adalah apa yang dipanggil kos pemasaran dan kos periklanan.

Perkenalkan dahulu produk saudara. Berikan 1 ataupun 2 jam sesi percuma. Apabila bakal pelanggan yakin produk saudara sesuai untuk mereka, barulah mereka akan bercakap tentang kemungkinan mereka undang saudara bagi menjalankan modul lengkapnya.

Yuran saudara akan dapat dinaikkan sedikit demi sedikit apabila jumlah klien saudara semakin banyak.

Ikut macam penganjur acara lelong. Mulakan daripada harga terendah, makin banyak yang mahukan perkhidmatan training saudara, semakin saudara berpeluang menaikkan harga saudara. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

Buku jenis ini berpotensi dijadikan modul training komersial.

Tema budaya belajar dalam organisasi mempunyai potensi pasaran yang baik, sama ada dalam sektor kerajaan apatah lagi dalam sektor swasta.

Dalam pasaran sekarang, belum ada modul tema ini yang dicipta oleh pakar tempatan, khususnya modul yang dijalankan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. 

Justeru, buku ini amat berguna bagi tujuan memperkenalkan konsep Learning Organisation kepada bakal-bakal pelanggan di negara ini. 

Budaya belajar dalam organisasi adalah salah satu faktor yang membolehkan organisasi survive dan terus berkembang.

Nota:

PTS adalah sebuah syarikat yang mengamalkan budaya belajar. Setiap hari Tim PTS belajar perkara-perkara baru, dan menyebarkan apa yang mereka pelajari itu kepada anggota Tim PTS yang lain, serta kepada para penulis PTS. 

Blog UNIKAPTS ini adalah salah satu bukti bagaimana PTS belajar dan berkongsi perkara-perkara baru yang dipelajari itu dengan orang lain. 

Banyak entri dalam UNIKAPTS ini adalah disumbangkan (diceritakan) oleh Tim PTS kepada Sifu. 

Kursus-kursus penulisan gratis yang dijalankan oleh PTS untuk calon-calon penulis adalah satu lagi bukti sejauh mana PTS mementingkan budaya belajar, bukan hanya di kalangan anggota Tim PTS sendiri, tetapi di kalangan para penulisnya. Inilah salah satu rahsia kejayaan PTS dalam mencari bakat-bakat baru dalam bidang penulisan dan penerbitan buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Pautan pada Web Rasmi PTS

Assalam alaikum wbt,

Tuan dan Puan dirahmati Allah. Saya doakan Tuan dan Puan berada dalam keadaan sihat sejahtera dan diberikan kelapangan serta keceriaan dalam setiap urusan yang dijalankan.

Selepas sesi brainstorming dan perbincangan secara ringkas bersama Tuan Aizat Abdul Razak pada Selasa 18 November 2008, saya ingin mencadangkan satu idea kepada pihak PTS bagi dinilai sama ada ia bersesuaian atau sebaliknya.

Ketika ini salah satu promosi yang giat dijalankan oleh pihak PTS ialah seminar Law of Attraction yang dikendalikan oleh Micheal J Losier.

Seminar Law of Attraction ini mengingatkan saya kepada laman web PTS terdahulu tahun 2005. Dalam paparan laman web PTS versi terdahulu terdapat pautan seminar. Dalam pautan itu ia mempromosikan dua woksyop kendalian dua penulis PTS iaitu Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof dan Tuan Naim Jaafar.

Mohon rujuk contoh di sini: http://www.pts.com.my/v2/modules.php?name=News&op=theindex&new_topic=17

Saya mencadangkan laman web rasmi PTS menghidupkan semula pautan seminar atau diberi nama lain seperti woksyop, kursus, bengkel atau seumpamanya sebagai sebahagian cara menarik pengunjung ke laman web rasmi PTS.

Berdasarkan orientasi bengkel dikendalikan oleh Puan Ainon Mohd, latihan penulisan yang diberikan juga memberi fokus kepada pembangunan penulis sebagai trainer mengikut lapangan masing-masing. Ini dapat dilihat apabila para penulis yang dibimbing dilatih menjadi trainer dalam bidang yang berbeza. Sebagai contoh:

Tuan Shamsuddin Ab Kadir dalam bidang pengurusan kewangan.

Puan Norlela Zubir dalam bidang perniagaan keluarga dan keusahawanan wanita.

Tuan Wan Mohd Syazwan Wan Sukri dan Sabri Hassan Assa'ari dalam bidang keusahawan internet.

Tuan Azahar Abdul Rahman dalam bidang bisnes E-bay.

Tuan Sunthara Segar dalam bidang pengurusan risiko unit amanah.

Terdapat beberapa lagi penulis PTS yang sudah menerbitkan buku mereka di bawah penerbitan ini yang memfokus kepada peluang training ini. Ini ditambah lagi dengan penulis-penulis selebriti yang sudah menjalankan khidmat yang sama sebelum menjadi penulis PTS seperti YM Dr Tengku Asmadi, Tuan Osman Affan, Ustaz Mohd Zawawi Yusoh.

Saya ingin mencadangkan laman web PTS diwujudkan bahagian seminar dan kursus untuk para jurulatih dan perunding yang mahu mempromosikan khidmat mereka. Namun demikian, ia masih menekankan konsep menang-menang-menang kepada penerbit, penulis dan pembaca.

Penulis merangkap trainer diberi ruang mempromosikan program mereka. Ia boleh dibuat melalui hebahan ringkas, imej dan pautan muat turun risalah dalam format PDF. Setiap penulis-trainer PTS dibahagikan mengikut kategori khidmat latihan yang diberi.

Pihak penerbit memberikan ruang untuk promosi tersebut dengan syarat yuran pelanggan yang dikenakan kepada peserta oleh penulis-trainer turut memasukkan satu judul buku yang dibeli oleh penulis untuk peserta.

Pelayar laman web PTS juga berpeluang mendapatkan informasi program yang dijalankan oleh penulis-trainer PTS.

Jangkaan daripada implementasi idea ini:

Pertama, penulis diberi ruang dan peluang mempromosikan program latihan mereka melalui laman web berkredibiliti seperti laman web PTS.

Kedua, laman web PTS menjadi rujukan pencari buku dan mereka yang mahu menyertai kursus dan mengendali kursus di tempat mereka.

Ketiga, jualan buku secara konsisten dapat digerakkan melalui kursus mingguan atau bulanan yang dijalankan penulis. Ini dapat dilihat melalui belian buku yang dimasukkan dalam yuran peserta. Buku yang dibeli bertindak menjadi bacaan tambahan dan modul program sendiri.

Keempat, trafik web PTS meningkat dengan kata kunci yang relevan dalam enjin pencari Google dan Yahoo.

Mohon idea, kritikan, cadangan dan maklum balas Tuan dan Puan berkenaan cadangan ini. Terima Kasih.

ZAMRI MOHAMAD
Dapatkan sesuatu yang akan mengubah hidup anda.
Layari www.zamrimohamad.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 24, 2008

Fakta-fakta Menarik tentang Sumbangan Cerdik Pandai Yahudi kepada Dunia

Baca blog Penarik Beca.

Mari kita menulis buku-buku yang memandaikan bangsa. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Naib Canselor Paling Muda dalam Sejarah IPT Malaysia

Prof. Dato' Dr. Ir. Zaini Ujang (43) adalah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang baru dilantik Oktober lalu.

UNIKAPTS dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah kumpulan syarikat PTS merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau. 

 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Blog PTS ISLAMIKA Kategori Teen

 Klik di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Adakah Ini Melanggar Undang-undang Hakcipta

Tuan Zamri Mohamed melaporkan dalam blog beliau perkara seperti di bawah:

"....satu laman web yang mengumpulkan artikel-artikel percuma dalam laman web dalam satu e-buku.

Artikel-artikel tersebut dikumpul daripada pelbagai sumber termasuk daripada individu-individu saya kenal seperti Tuan Azizi Ali, Tuan Irfan Khairi, Tuan Sabri Saifulsham dan Tuan Shamsuddin Kadir.

Kumpulan artikel itu tidak dijual tetapi usaha individu berkenaan mengumpulnya dikenakan bayaran. Alasan penjual, harga yang dibayar adalah atas usaha dan masa mengumpulnya."

Adakah pemilik laman web itu melanggar akta hakcipta? 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku-buku Farish Noor ‘Diharamkan’ oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Inikah tanda-tanda awal bahawa Mahathirisme sudah mula menampakkan giginya? 

Baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sudah Terbit

Kisah di sebalik cover buku yang diramalkan bakal ngetop ini menarik juga, jadi Sifu ceritakan di sini.

Cover versi beta dahulu menggunakan konsep ikan-ikan keli yang sedang dipanggang panas-panas, dan kelihatan sungguh menyelerakan.

Mungkin fotografer Jabatan Grafik PTS pergi ke pasar Ramadhan di Taman Melawati bagi mengambil foto itu!

Sekali pandang gambar dan konsep cover itu memang cantik dan dipercayai cover itu dapat menjual buku ini dengan bagus sekali. 

Cover itu kemudian ditunjukkan kepada Tim Sales PTS bagi mendapatkan komen mereka.

Seorang anggota Tim Sales segera menulis komen yang menusuk kalbu Sang Editor buku ini, dan menyebabkan rakan-rakan di Tim Editorial PTS ketawa terbahak-bahak. Manakan tidak, Sang Komentor  telah menunjukkan kesilapan yang sangat serius pada konsep design tersebut.

Menurut Sang Komentor itu, dengan cover yang menggunakan foto ikan-ikan keli sedang dibakar, apakah PTS mahu mengajar orang bagaimana memulakan bisnes menjual ikan keli bakar, ataupun bisnes memelihara ikan keli?!

Aduh! Sungguh menusuk komen itu.... Lalu Sang Editor pun memikirkan konsep baru.

Dengan konsep baru itu Sang Fotografer terpaksa membuat research mencari maklumat di mana terdapat ladang ikan keli yang memberikan persepsi ladang itu ladang yang moden, besar dan amat menguntungkan, serta tepat sebagaimana teknologi pemeliharaan ikan keli yang diterangkan dalam buku itu.

Hmm.... Bukan mudah menghasilkan cover buku! 

Yang ini pula akan segera terbit. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sudah Hampir Masuk Kilang Cetak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Bagaimana Kontraktor Menipu PNM

Baru-baru ini Sifu terjumpa seorang agen pengedar buku, yang juga pembaca regular UNIKA. Beliau mengadukan apa yang beliau pernah alami berkaitan kontrak perbekalan buku Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk perpustakaan desa seluruh negara.

Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan apa yang beliau beritahu saya. Jika cerita ini betul, PNM perlu memperbaiki cara kerjanya, khususnya prosedur mengeluarkan cek kepada kontraktor buku.

Pengedar buku itu adalah pengedar tunggal bagi semua buku terbitan Yayasan Karyawan, iaitu penerbit set Karya Agung Melayu yang terkenal itu. 

Set Karya Agung Melayu ini terbit dalam edisi mewah dan harganya mahal. Set ini pernah dipilih oleh PNM.

Pengedar itu tahu berapa jumlah set yang dipesan oleh PNM. Sebagai pengedar tunggal bagi set Karya Agung Melayu itu beliau menunggu para kontraktor datang ke pejabatnya bagi membeli set tersebut.

Setelah beberapa lama, sepatutnya semua buku sudah dibekalkan ke semua perpustakaan desa, dan kontraktor sudah mendapat cek bayaran dari PNM, tetapi ada kontraktor yang telah tidak datang membeli set Karya Agung Melayu itu. 

Jadi, beliau mengesyaki ada sesuatu yang tidak betul, lalu beliau pergi ke beberapa buah perpustakaan desa bagi menyiasat. Perpustakaan yang dilawatinya itu berada dalam senarai perpustakaan yang menerima bekalan daripada kontraktor buku yang telah tidak datang membeli set Karya Agung Melayu darinya.

Tepat sebagaimana yang disyakinya, ada perpustakaan desa yang dikunjunginya sudah menerima bekalan buku dari kontraktor tersebut, tetapi set Karya Agung Melayu itu tidak ada diterima.

Pustakawan yang menjaga perpustakaan desa itu tidak dibekalkan oleh PNM senarai buku-buku yang dia wajib diterima dari kontraktor, jadi si pustakawan tidak dapat mengesahkan buku yang dihantar itu menepati senarai buku-buku yang sepatutnya dibekalkan oleh PNM.

Tanpa senarai itu, si pustakawan desa tidak dapat mengesahkan item-item itu sudah diterima dalam jumlah yang betul dan dalam keadaan yang baik.

Jadi siapa yang mengesahkan bahawa kontraktor PNM telah membekalkan buku-buku dengan betul kepada semua perpustakaan desa yang disebut dalam kontrak?

Tanpa pengesahan daripada tiap-tiap pustakawan desa, PNM mengeluarkan cek pembayaran kepada kontraktor.

NOTA: Patutlah kontraktor yang berkenaan itu telah membeli BMW 7 Series brand new sebaik-baik menerima cek PNM pada tahun berkenaan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Duit Buku Buat Beli Rumah

Pengarang buku ini, Tuan Salehuddin Md Dahan, memberitahu peserta-peserta yang menghadiri kursus Bahasa Melayu Tinggi semalam bahawa duit daripada buku Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik membolehkan beliau membeli rumah kedua.

Tn. Salehuddin adalah seorang pegawai kanan di Putrajaya.

Beliau adalah antara penulis PTS yang rajin berulang-ulang kali menghadiri kursus-kursus penulisan PTS bagi tujuan mengulangkaji dan berkenalan dengan penulis-penulis baru.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ulang Cetak dengan Cover Baru

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 23, 2008

Duit Komik Melayu untuk Penerbit Cina

Remaja lelaki adalah lubuk duit bagi penerbit-penerbit komik. Sayang sekali duit remaja lelaki Melayu tidak dikaut oleh penerbit-penerbit Melayu.
 
Komik-komik yang mendominasi pasaran kita sekarang adalah 90 peratus komik impot dari Hong Kong, Taiwan dan Jepun yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
 
Kita harap fenomena ini bersifat sementara dan fasa peralihan sahaja, iaitu sebelum penerbit-penerbit tempatan dapat merancang dengan betul bagaimana mereka dapat menghasilkan komik-komik yang digemari oleh remaja tempatan. Walaupun penerbit tempatan tahu lubuk emas ini tetapi mengapakah mereka tidak dapat menghasilkan komik-komik yang dapat mengalahkan komik-komik impot?
 
Kegagalan penerbit komik tempatan adalah pada cara kerja kita yang tidak saintifik. Penyelidikan psikologi sudah mengenalpasti bahawa kepintaran mencipta cerita, menulis cerita dan melukis jarang sekali dimiliki oleh seseorang individu.
 
Penerbit tidak boleh menyuruh pelukis-pelukis komik melakukan 3 tugas yang sangat berbeza, iaitu mencipta cerita, menulis skrip komik, dan melukis. Inilah yang menyebabkan mutu cerita dalam komik-komik tempatan tidak dapat bersaing dengan mutu cerita komik-komik Cina dan Jepun.
 
Di Jepun, Korea dan Taiwan, pelukis komik hanya melukis komik. Itu sahaja. Cerita dicipta oleh orang lain, iaitu pembuat cerita. Skrip komik disediakan oleh orang lain. Pekomik hanya melukiskan komik sahaja.
 
Kata pepatah Melayu, yang memanjat kelapa biar memanjat kelapa, yang melapah kerbau biar melapah kerbau, yang merendang biar merendang. Jangan disuruh orang yang memanjat kelapa juga melapah kerbau dan memasak rendang sampai siap.
 
Kata Nabi Muhammad, jangan serahkan kerja kepada orang yang bukan pakarnya, nanti binasa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Lebih Banyak Entri Pertandingan Duta Aku Mahu….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lihat lebih banyak foto entri di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Itu Sastera Islam - oleh Sekolah Pemikiran Kg. Baru

Apa takrif Sastera Islam?

Itu merupakan salah satu kes di mana penangan AAC (Ayat-ayat Cinta) menyebabkan beliau mula kerap diundang menyampaikan ceramah agama. Tapi, beliau kerap merendah diri. Dia tidak banyak mendabik dada ketika membicarakan AAC itu.

"Saya tak meletakkan novel itu sebagai sastera Islami. Saya hanya letakkan novel itu sebagai novel pembangun jiwa. Tapi, khalayak ramai kemudiannya meletakkan karya itu sebagai sastera Islam.

"Saya tidak melihat Sastera Islam itu mestilah ciri-cirinya berlatarbelakangkan masjid, Makkah dan Madinah. Ini satu tanggapan yang mesti dibetulkan," katanya lagi.

Malah katanya, novel berjudul Harimau Harimau oleh Mochtar Lubis juga boleh diangkat sebagai sastera Islam. Ini kerana katanya, karya itu terselit di dalamnya unsur kesufian daripada segi perasaan al-Khauf (takutkan pembalasan Allah) dan al-Raja' (pengharapan).

"Latarbelakang pengkisahannya cuma hutan dan bukannya di masjid, Mekah dan Madinah. Sekumpulan manusia mula tersesat di hutan dan masing-masing takut mati dibaham harimau. Pada saat itu, mereka mula menghitung nasib diri, amalan berhubung dosa dan pahala. Nah! Ada unsur tasawuf di situ," tambahnya lagi.

Selain itu Kang Abik turut memetik lagi beberapa buah novel yang beliau masih ingat. Antaranya kisah sebuah kampung petani yang tanaman mereka tidak menjadi kerana dilanda musim kemarau. Tiba-tiba ada seorang petani tua yang berpesan agar jangan mudah menyerah kalah kepada kemarau itu.

"Petani tua itu berkata, di sana ada danau yang masih boleh diambil airnya. Ambil dan siramkan tanaman itu. Dan ini ada hubungan dengan firman Tuhan - Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang bertindak mengubahnya.

"Jadi, jangan disempitkan lagi sastera Islam itu dengan berlatarbelakangkan cuma masjid, Makkah dan Madinah sahaja," kata beliau lagi.

Baginya, penafsiran yang melihat sastera Islam itu cuma terhad kepada latarbelakang Makkah, Madinah, masjid itu akan menyebabkan sastera Islam akan menjadi makin sempit, walhal Islam itu luas dan rahmatnya melimpah ke serata alam. Islam ada pada setiap bangsa dan ia hadir di semua negara.

"Malah sastera Islam itu masuk mengalir ke Indonesia itu serentak dengan kehadiran Islam itu sendiri," kata beliau lagi sambil merujuk kepada tradisi dakwah Wali Songo yang menggunakan elemen, tradisi hiburan.

Mengarang dari Hati

"Mungkin kerana AAC berlatarbelakang al-Azhar, maka ia diangkat sebagai sastera Islam. Tetapi, saya ingin katakan bahawa jika saya tak belajar di al-Azhar dan di Timur Tengah sekali pun, saya tetap akan mengarang Ayat-Ayat Cinta."

Kami cuba mencungkil rahsia resipi Kang Abik dalam menyediakan ramuan novel sebagai hidangan jiwa, santapan rohani dan kini ia menjadi juadah pembuka selera bicara bagi penggemar sastera kini.

"Biasa saja, sesuaikan tema novel dengan judulnya. Malah AAC itu sudah ada berapa buah judulnya dalam fikiran saya sebelum ini," kemudian dia terdiam sebentar.

"Ya, selain itu ada juga kita bertafakur, bermenung sendirian..."

Saya yakin, Kang Abik tergolong dalam kumpulan manusia, atau watak-watak penulis yang mengarang bukan lagi lewat jari-jemari, malah mereka mengarang daripada hati-hatinya.

Seperti kata Buya Hamka dalam salah satu catatannya, orang yang mengarang dari hatinya, tulisan mereka itu akan terpancar dan kesannya terus masuk ke dalam hati manusia lain.

10:00 p.m, 20 November
Sekolah Pemikiran Kg. Baru

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Ini Dipilih Bahagian Teknologi Pendidikan untuk Projek Pembelian 2008

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

PNM Beli Terus dari Penulis

Tahun ini Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) meneruskan projek membeli buku terus dari pengarang, bukan dari penerbit.

Projek ini dimulakan pada tahun 2007 semasa Dato' Dr. Rais Yatim menjadi menterinya. Tujuan pembelian begini adalah bagi membolehkan penulis-penulis tanah air menikmati pendapatan yang lebih banyak daripada titik peluh mereka berkarya.

Bagi penulis-penulis PTS yang bertuah kerana bukunya terpilih di bawah projek ini, mereka menerima diskaun dari PTS sama banyak dengan diskaun pengedar PTS. Mereka juga menerima royalti sebagaimana biasanya. Justeru projek pembelian ini memang amat menggembirakan penulis PTS.

Kepada penulis PTS yang menerima surat pembelian PNM, segera faks-kan surat itu kepada PTS 03-6189 0316, ataupun telefon Pengurus Sales En. Zaharin Zain 016-661 1470, ataupun timbalannya, En. Zain Aziz 016-661 1478.

Tolong buat segera sebab Jabatan Sales perlu memeriksa stok buku itu, sekiranya stok tidak cukup, buku itu perlu cepat-cepat diulangcetak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 22, 2008

Tip Buat Pengarang (yang ‘ter’ingin) Berpoligami

Sebelum tuan membaca entri ini, baca kisah poligami bertajuk Strategi Tujuh Bahagian ini dahulu.

Adakah saudara seorang pengarang? Berapa ribukah pendapatan saudara daripada royalti buku-buku saudara? (Beberapa orang pengarang PTS sudah mula menerima royalti lebih RM70 ribu setahun.)

Karya-karya saudara adalah harta. Cuma nama harta itu adalah HARTA INTELEK. Manakala harta-harta lain seperti tanah, rumah dan kereta disebut dengan istilah 'harta' sahaja.

Harta intelek tetap harta. Apabila seseorang itu mengarang buku-bukunya semasa dia sedang berkahwin dengan pasangannya, maka karya-karya itu bertaraf harta sepencarian juga.

Jangan terkejut: Pendapatan royalti daripada karya-karya saudara itu boleh dimasukkan ke dalam tuntutan pembahagian harta sepencarian yang dikemukakan oleh pasangan saudara.

Kalau saudara lelaki, bekas isteri saudara boleh menuntut bahagian harta sepencariannya ke atas royalti saudara. Kalau saudara perempuan, bekas suami saudara pun boleh menuntut bahagiannya juga. 

Jadi, kalau tidak mahu berkongsi royalti setiap tahun dengan bekas pasangan, jangan bercerai-berai. Tetapi kalau isteri tidak mahu bermadu dan berkeras mahukan perceraian, isu buku saudara sebagai harta sepencarian tetap akan timbul.

Bagi saudara yang bertuah kerana isteri-isteri saudara sanggup bermadu, saudara boleh menghadiahkan harta intelek saudara kepada isteri-isteri saudara supaya apabila saudara wafat, mereka tidak bergaduh berebut royalti saudara.

Kepada isteri tua, hadiahkan hakcipta buku pertama saudara. Kepada isteri muda, hadiahkan hakcipta buku kedua saudara. Tetapi ini pun tidak menjamin mereka puas hati. Buku kedua mungkin lebih laku dan lebih evergreen daripada buku pertama....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Iklan! AHAD 7 Dis. Zaid Akhtar di Perpustakaan Awam Johor Baru Jam 2.00 ptg

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Iklan! Untuk Penulis PTS yang Bukunya Sudah Terbit: Mahu Masuk TV?

Salam, rakan-rakan semua.

Ada sebuah syarikat penerbitan menjemput saya sebagai tetamu TV. Jadi saya bertanya kalau-kalau mereka perlukan panel lain, saya boleh tolong mencarikan. Penerbit itu berminat, dan memberikan saya jadual di bawah ini.

Sesiapa yang rasa berminat, minta tulis emel kepada saya (.(JavaScript must be enabled to view this email address)), dan saya akan berikan nama saudara kepada penerbit. Penerbit akan menghubungi Tuan semua secara personal. Nama syarikat ialah NHF Production. Terima kasih.

Klik di sini: Fadzli Yusof

NOTA: Topik dari episod 5 hingga episod 8, tarikh penggambaran untuk episod 5 hingga 8 ini adalah pada 5 hingga 13 Disember.

episod 5 - Tips Tangani Stress
episod 6 - Menangani perasaan cemburu buta
episod 7 - 5 tip tingkatkan keyakinan diri, perceraian
episod 8 - 9 tip untuk menyesuaikan diri, mengatasi kemurungan

Bagi episod 9 hingga 13, tarikh penggambaran untuk episod 9 hingga 13 ini pula adalah pada 14 hingga 21 Disember.

episod 9 - Mengatasi perasaan marah
episod 10 - Pengurusan kewangan
episod 11 - Kerjaya atau keluarga
episod 12 - Merancang percutian

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Nombor 4 dalam Senarai TOP 10 MPH (judul lokal)

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 4 pages  1 2 3 >  Last »