Friday, December 05, 2008

Khutbah Jumaat: Dasar Perniagaan Mudharabah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Istilah mudaharabah bermakna 'berkongsi risiko dan keuntungan'. Dalam sistem ini, semua pihak yang terlibat dalam perniagaan itu sama-sama untung, sama-sama rugi.

Sistem perniagaan mudharabah membolehkan penerbit menjadi kaya, penulis pun menjadi kaya, pegedar menjadi kaya, pekedai buku menjadi kaya, pencetak menjadi kaya, dan pembaca mendapat buku yang mereka perlukan pada harga patut.

Sistem membayar royalti kepada penulis adalah berdasarkan konsep mudharabah. Apabila buku yang diterbitkan itu tidak laku, pengarang rugi atas kerja-kerjanya berkarya yang tidak menghasilkan pulangan, manakala penerbit rugi atas kos penerbitan yang ditanggungnya.

Apabila buku itu laku keras, pengarang dan penerbit berkongsi keuntungan. Pengarang menerima pendapatan royalti yang lebih banyak, manakala penerbit memperoleh kutipan margin keuntungan yang lebih banyak. 

PTS adalah sebuah syarikat penerbitan yang mengamalkan dasar perniagaan secara mudharabah dengan para penulisnya, dan dengan agen-agennya.

Dalam hal pembayaran royalti kepada pengarang, PTS menawarkan formula royalti progresif, di mana kadar royalti semakin tinggi apabila jumlah buku yang terjual semakin banyak. 

Para penulis PTS juga menikmati peluang membuat keuntungan tambahan daripada buku-buku terbitan PTS. Apabila mereka membeli buku-buku PTS terus dari pejabat PTS, mereka menikmati diskaun yang serupa dengan diskaun para agen PTS. 

Apabila buku penulis PTS dibeli oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) secara terus daripada pengarang sendiri, mereka mendapat durian runtuh. Ini kerana mereka menikmati kadar diskaun agen PTS, selain tetap akan menerima royalti daripada jualan buku-buku itu.

Bagi para pengedar PTS dan kedai buku, semakin banyak buku-buku PTS yang mereka jual, semakin tinggi diskaun yang mereka nikmati.

Bagi para kontraktor buku pula, PTS juga sengaja tidak masuk tender kontrak kerajaan. Tujuan PTS adalah tidak mahu menikam dari belakang agen-agennya sendiri, sebab jika PTS pun masuk tender, tentulah PTS dapat menawarkan diskaun paling tinggi kepada kerajaan. Agen-agen PTS tidak dapat menawarkan diskaun yang yang sama tinggi, apatah lagi diskaun yang lebih tinggi.

Bagi para pekedai buku, PTS mengamalkan prosedur jualan 'returnable', di mana buku-buku PTS yang tidak laku dijual boleh dipulangkan kepada PTS, dengan demikian kedai-kedai buku tidak menanggung kerugian.

Lembaga Pengarah PTS berpegang pada prinsip bahawa penerbit yang hanya memfokuskan strategi bisnesnya pada isu survival syarikatnya sendiri, dengan tidak memikirkan survival penulis, pengedar, pekedai buku, kontraktor, pencetak dan lain-lain business partnernya, adalah sebuah syarikat yang bersikap zalim, meskipun jika buku-buku terbitannya bercirikan syariah-compliance.

Mudah-mudahan, PTS bukan hanya menerbitkan buku-buku yang syariah-compliant, tetapi juga mengamalkan prinsip-prinsip murni perniagaan Islami. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Hari Ini akan Diketahui Keputusan Pertandingan Duta Aku Mahu….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kumpulan manakah yang akan memenangi pertandingan ini? Baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Membangunkan Generasi Usahawan Cilik

 

 

 

 

 

 

 

 

Seumur hidupnya Nabi Muhammad tidak pernah makan gaji. Beliau seorang pedagang.

Beliau mula diajar dan belajar berdagang pada usia 12 tahun. Apabila dewasa, beliau pergi berdagang ke luar negeri, dan melakukan aktiviti ekspot-impot barang-barang keperluan.

Sebagai seorang bisnesman, beliau tidak menceburi bidang pembuatan (manufacturing) ataupun perkhidmatan (services). Beliau melakukan jual-beli (trading). Justeru, beliau menunjukkan kepada para pengikutnya bahawa kemahiran berjual-beli adalah kemahiran paling asas dalam dunia bisnes. 

PTS melancarkan siri usahawan cilik bagi menanamkan semangat keusahawanan kepada kanak-kanak. Mudah-mudahan mereka membesar dengan mengikut jejak Nabi Muhammad. 

Nota: Bagi pembaca blog ini yang beragama Islam, bacakanlah doa salam dan selawat selepas setiap kali terbaca nama 'Nabi Muhammad'. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 04, 2008

Box Office! Diulangcetak dalam Masa Seminggu

Buku ini baru 7 hari masuk setor, semua 5 ribu naskhah habis dipesan oleh kedai-kedai buku utama.

Dalam masa 7 hari itu banyak kedai sudah memesan lebih banyak naskhah supaya segera dihantar.

Kedai-kedai indie banyak yang marah-marah kerana mereka masih belum menerima penghantaran standing order. 

Maka tergesa-gesalah Jabatan Sales PTS mengarahkan pencetak supaya mencetak 5 ribu naskhah lagi. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Menulis Buku untuk Kanak-kanak

Penulis baru lazimnya menyangka, menulis buku kanak-kanak adalah lebih mudah daripada menulis buku remaja. Menulis buku remaja pula lebih mudah daripada menulis buku untuk orang dewasa. Jadi ramai penulis baru yang hendak mula menulis dengan rancangan menulis untuk bacaan kanak-kanak dahulu.

Begitu juga ramai menyangka menulis buku untuk golongan berpendidikan rendah adalah lebih mudah daripada menulis untuk golongan berpelajaran tinggi. Sangkaan itu tidak benar. Buku-buku untuk setiap kategori pembaca mempunyai ciri-cirinya sendiri.

Buku kanak-kanak ditulis dengan menggunakan apa yang disebut ‘hitung kata’ yang sesuai untuk kanak-kanak. Hitung kata untuk buku kanak-kanak mesti sesuai dengan tahap kognitif mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak di bawah 7 tahun belum dapat memahami ayat-ayat hipotetikal, oleh itu ayat-ayat ‘seandainya’ tidak boleh digunakan.

Sesetengah struktur ayat tidak boleh digunakan dalam buku kanak-kanak. Walaupun ayat itu pendek tetapi jika ayat itu adalah jenis ayat pancangan, maka ia tidak boleh digunakan seperti ayat ‘Walaupun nakal, Mamat yang suka bergurau, adalah budak yang baik hati.” Jikalau ayat itu panjang, tetapi jika ia adalah ayat gabungan, maka ia boleh digunakan, seperti ayat ‘Mamat suka bangun pagi, lalu dia terus pergi mandi, memakai baju, kemudian baru dia sarapan, lalu pergi ke sekolah berjalan kaki.”

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu Bahan Bacaan Australia: Bahan untuk Projek PERMATA

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah lubuk emas. Dan lubuknya banyak sekali, serta besar-besar pula.

Cakap-cakap di kalangan para penerbit buku bersilabus, dalam sektor pembekalan kepada KPM bahan-bahan pengajaran bahasa Inggeris yang boleh diimport sahaja dari UK, Australia ataupun Amerika, salah satu lubuk emas yang akan datang adalah bahan-bahan untuk Projek PERMATA.

Projek PERMATA adalah salah satu daripada projek-projek favorit isteri timbalan perdana menteri. 

Pihak KEMAS sudah bersetuju akan memberikan kerjasamanya kepada projek PERMATA. 

Million-dollar-question: Syarikat manakah yang sedang melobi bagi mendapatkan projek perbekalan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk projek PERMATA. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Mentee Bertanya Sifu Menjawab

Assalamu'alaikum, Puan Sifu. Semoga dikurniai Allah kesejahteraan demi meneruskan perjuangan memandaikan bangsa.

Mengenai 'arahan' Puan pada hari Sabtu lalu, saya sudah pun berjaya mendapatkan 4 buah buku 'negotiating skills', 2 buah buku 'persuasion', 1 buah buku 'workplace communication', 1 buah buku 'winning leaders make great calls (judgement)'.

Selain mulai membuat pengumpulan 'kad' saya juga bercadang mendapatkan buku-buku dalam Bahasa Melayu pula bagi menambah-banyakkan sumber rujukan untuk projek buku yang akan dijadikan modul training itu nanti.

Saya sudah membuat sedikit search dalam internet, dan sudah ada organisasi yang menawarkan kursus 'kemahiran berunding' dan 'membuat keputusan.' Jadi soalnya, angle atau slant manakah yang Puan cadangkan boleh saya ambil dalam membuat proposal buku yang akan saya tulis nanti?

I.Y.

.................

Tuan I.Y. yang dihormati dan dikasihi,

Terima kasih atas doa yang dikirim buat saya dan perjuangan saya. Saya juga mendoakan tuan dikurniai Allah kesejahteraan, ditambah dengan doa moga-moga Allah membantu tuan menjadi trainer yang memandaikan bangsa, disamping dimurahkan dengan rezeki yang datang tidak disangka-sangka. Amin.

Apabila sudah banyak agensi menawarkan sesuatu kursus, itu adalah petanda bahawa tema kursus itu mempunyai pasaran yang baik! (Serupalah juga dengan muzik, apabila banyak album rock dibikin orang, itu tandanya pasaran muzik rock bagus.) 

Dalam modul yang sudah ada pesaing, modul yang kita tawarkan harus mempunyai 2 bahagian.

(i) Bahagian pertama: Input yang serupa dengan modul-modul pesaing.

Input ini terdapat dalam semua buku-buku penulis terkenal. Bacalah mana-mana buku tentang 'negotiation skills', pasti input itu ada diterangkan dalam buku-buku tersebut. Jadi, modul kita semestinya memperkenalkan perkara-perkara asas itu.

Tuan perlu mengikuti mana-mana training yang dikendalikan oleh pesaing bagi mempelajari kekuatan dan kekurangan module mereka. Ini pelaburan wajib apabila tuan mahu bersaing dalam pasaran. (Saya akan tulis entri khusus tentang ini.) 

(ii) Bahagian kedua: Input yang tidak ditawarkan oleh modul pesaing. Input ini adalah hasil kajian dan kreativiti kita. 

Bahagian kedua ini menjadi sangat penting kerana:

(i) Input tambahan kita itu menjadi daya penarik kepada bakal pelanggan supaya mahu mencuba menggunakan perkhidmatan training kita. Apabila dia mahu mencuba, dan kemudian terbukti dia puas hati dengan modul kita itu, maka dia akan berulang kali mengundang kita, lalu kita berjaya mendapat 'repeat sales' dari pelanggan yang sama.

(ii) Input tambahan kita itu menjadikan modul kita lebih relevan dalam konteks pelanggan dan dalam konteks budaya lokal. Ini kelebihan produk kita itu dibandingkan dengan produk yang difrancais.

Ambil sebagai contoh, modul 'negotiation skills' yang ada dalam pasaran tidak menerangkan 'model Islami', lalu kita jalankan kajian bagi menggali etika, strategi dan taktik yang digunakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau berunding. Sebagai contoh, tuan kajilah 3 unsur itu dalam sejarah apa yang berlaku sebelum, semasa dan sesudah perundingan Hudaibiyah.

Nota: Dalam buku ini ada bab 'berunding'. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 03, 2008

Dr. Haji Muda

UNIKA merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah buat pengarang buku ngetop Haji Muda, Tuan Ridzwan Bakar, yang baru memperoleh ijazah doktor falsafah (Ph.D) dari UiTM.

Supervisor beliau adalah Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim, pengarang buku paling ngetop Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

Ke mana lagi tumpah kuah, jikalau tidak ke nasi.... 

Baca di sini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Foto Sesi Pengarang Sai-Fai PTS Bertemu Peminat

Klik di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 Klik lagi di sini!

 

 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Nilai Terapi daripada Penggunaan Teknik Surah Yusuf

Artikel ini sungguh mengejutkan!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Kulit Buku-buku PTS

Rol, pengunjung blog ini menulis: Harap jangan murka, Puan, tapi saya ingin bertanya apa pendapat Puan tentang stail cover buku tempatan dan stail cover buku keluaran negara luar (Barat, Jepun, China, Timur Tengah dan lain-lain)?

Begini respons Sifu:

Mata dan persepsi adalah sangat bersifat kultural dan individual. Apa yang 'cantik' kepada sesuatu bangsa, belum tentu dilihat sebagai 'cantik' juga oleh bangsa-bangsa lain. Kulit buku yang digemari oleh orang Amerika belum tentu digemari oleh orang Jepun.

Di kalangan individu pun demikian juga halnya. Di kalangan pembeli buku PTS, bagi mereka yang banyak membeli dan membaca buku-buku terbitan Amerika, maka buku PTS yang ala-ala kulit buku Amerika dikatakan 'cantik'. 

Malah citarasa lelaki dan perempuan pun tidak serupa.  

Kita mempunyai pengalaman bekerja dengan editor-editor di Jakarta. Mereka memberitahu bahawa gaya kulit buku PTS tidak digemari oleh pembeli Indonesia, justeru mereka terpaksa mengeluarkan modal men-design cover baru bagi buku-buku PTS yang mereka lesen.

Tetapi yang sebaliknya berlaku. Cover-cover yang di-design di Jakarta diterima baik oleh pembeli Malaysia. Justeru, buku-buku Indonesia yang dilesen oleh PTS banyak mengekalkan cover originalnya, seperti novel-novel Andrea Hirata. Malah PTS banyak menggunakan perkhidmatan studio Jakarta bagi menghasilkan cover-cover buku penulis Malaysia, seperti cover novel Salju Sakinah dan Bukan yang Pertama.

Geografi juga mempengaruhi citarasa pada warna. Negara-negara yang mengalami musim salji, mereka suka warna putih pada kulit buku.

Negara-negara dari kawasan khatulistiwa yang panas dan hujan sepanjang tahun, justeru subur, kaum wanitanya menyukai warna yang terang-terang dan berwarna-warni. Cubalah perhatikan warna pakaian kaum wanita negara-negara latitud khatul istiwa, baik di Afrika, di Latin Amerika mahupun di Asia.

Mendesign kulit buku untuk pasaran Malaysia adalah sangat triki. Penduduk Malaysia adalah multi-ras dan multi-kultur.

Lihat sahaja citarasa warna dan motif pada pakaian perempuan-perempuan Malaysia.

Perempuan Cina tidak memakai baju yang menggunakan motif bunga-bungaan seperti yang perempuan Melayu sukai. Warna pakaian perempuan Cina juga tidak terang-benderang, apatah lagi kilat-milat, berkelip-kelip oleh manik-manik dan batu-batu, sebagaimana keadaannya dengan baju dan tudung perempuan Melayu.

Justeru, designer cover-cover buku PTS harus mencipta design yang 'neutral', yang membuatkan buku-buku PTS dapat dipandang cantik oleh semua sub-kelompok dalam pasaran buku Malaysia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Risiko Menjual Buku dari Pintu Sekolah ke Pintu Sekolah

Ramai salesman syarikat-syarikat penerbitan buku sekolah berhenti kerja kerana hendak membuka perniagaan sendiri dengan menjadi agen kepada pengedar dan penerbit-penerbit buku bagi menjual buku-buku terus ke sekolah.

Sekolah mempunyai banyak wang yang diperuntukkan bagi membeli buku perpustakaan. Kementerian memperuntukan RM15 bagi setiap pelajar. Semakin besar jumlah murid di sekolah itu semakin besar jumlah wang yang diterima oleh sekolah daripada kementerian.

Selain daripada itu guru-guru kaunselor dan guru-guru pusat sumber diberi peruntukan khas masing-masing untuk membeli buku.

Kelebihan menjual buku ke sekolah adalah tidak ada masalah pelanggan lari tanpa membayar hutang. Kita juga tidak perlu mempunyai kedai buku. Kita hanya perlu mempunyai akaun dengan pengedar besar dan penerbit buku-buku sekolah.

Risiko berniaga dengan sekolah berpunca amalan cara-cara sekolah membeli buku. Sekolah membuat semua pembelian daripada pembekal dengan menggunakan borang pesanan yang disebut LO (Local Order).

Katakanlah kita berjaya mendapat pesanan LO daripada 20 buah sekolah bagi membeli buku-buku perpustakaan bernilai RM40 ribu. Maka kita pun membuat pesanan kepada pengedar dan penerbit bagi mendapatkan buku-buku itu.

Kita diberi kemudahan kredit 90 hari oleh pembekal dengan diskaun 30%. Ertinya kita berpeluang membuat keuntungan sebanyak RM12 ribu dalam tempoh itu. Sekali fikir nampaknya perniagaan membekalkan buku-buku ke sekolah amat mudah dan sangat menguntungkan.

Di manakah risikonya?

Risikonya terletak pada tempoh kredit 90 hari daripada pengedar dan penerbit. Selepas 90 hari kita mesti membayar hutang buku-buku itu. Jika kita gagal membayar, kita tidak dibenarkan mengambil lebih banyak buku untuk dihantar ke sekolah-sekolah lain yang sudah mengeluarkan LO pembelian buku kepada kita.

Barangkali saudara tidak tahu bahawa boleh dikatakan tidak ada sekolah yang dapat membayar LO dalam tempoh 90 hari. Banyak yang mengambil masa lebih 6 bulan baru dapat membayar LO mereka. Ada yang sampai berganti tahun lamanya.

Jangan ambil LO melebihi RM40 ribu. Lebih dari itu kita akan tercekik oleh hutang kepada pengedar dan penerbit.

Inilah faktor yang menyebabkan pembekal-pembekal buku yang tidak mempunyai modal tunai besar tidak dapat bertahan menjadi pembekal sekolah. Mereka tidak mempunyai nafas yang cukup panjang sementara menunggu berbulan-bulan sekolah membayar LO.

Jika sekolah belum dapat membayar LO, kita hendak makan apa? Inilah faktor yang mencipta fenomena “buku laku tetapi bisnes bankrap”.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tabik kepada Presiden Bambang kerana Menandatangani Undang-undang Anti-Porno

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono hari ini dikritik hebat kerana menandatangani undang-undang antiporno yang disifatkan oleh pihak penentang mengancam penyatuan nasional.

Nota: Presiden Bambang seorang yang bersih rasuah dan sudah banyak memenjarakan tokoh-tokoh politik dan pegawai awam berjawatan tinggi yang terbukti terlibat dengan rasuah. Beliau lulus sarjana bidang pengurusan dari Amerika, dan lulus Ph.D dalam bidang ekonomi pertanian dari Institut Pertanian Bogor. 

Baca berita lanjut di laman LUAR NEGARA klik di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 14 Dis. RTM1 Selamat Pagi Malaysia

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 02, 2008

JUMAAT 12. Disember jam 9.00 pagi di Perpustakaan Awam Johor

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

JUMAAT 12 Dis. TV3 Jam 8 Pagi

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tomboy dan Pengkid:  Apa Pendirian PTS

Kita pernah menerima cadangan daripada seorang penulis yang mahu menulis novel di mana watak utamanya adalah seorang tomboy - gadis yang berlagak macam lelaki yakni perempuan kasar. Dalam novel itu nanti juga ada watak-watak lelaki lembut.

Tujuan penulis itu adalah dia mahu menerangkan dunia dan kehidupan sebenar golongan perempuan kasar dan lelaki lembut.

Cadangan itu kita tolak atas rasional PTS menggunakan teori dan teknik surah Yusuf sebagai mazhab rasminya.

Dalam cerita Nabi Yusuf, watak utama adalah watak ideal, yakni Nabi Yusuf sendiri sebagai watak utama yang ideal. Watak tomboy dan mak nyah bukan watak-watak ideal.

Walaupun watak-watak pembantu dalam cerita Nabi Yusuf adalah watak-watak tidak ideal, seperti abang-abang Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha, tetapi mereka semua akhirnya insaf dan pulang ke pangkal jalan.

Justeru, PTS boleh menerima cerita tentang watak-watak yang tidak ideal, seperti tomboy dan pengkid, namun pada akhir cerita mereka hendaklah pulang ke pangkal jalan.

Sastera Islami mazhab Surah Yusuf berfungsi sebagai alat bagi membangunkan jiwa manusia, bukan sebagai pendedah dan pembela dunia realiti yang penuh dengan perkara-perkara yang buruk dan salah. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

SABTU 13 Nov. di MPH Midvalley Kuala Lumpur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Target 2009: Kekal RM15 juta (selepas diskaun)

Pakar-pakar ekonomi meramalkan tahun depan (2009) sektor peruncitan akan mengecut. Orang ramai tidak mampu berbelanja, kecuali bagi membeli bahan-bahan keperluan hidup. 

Buku bukan barang keperluan. Buku dibeli menggunakan wang lebihan. 

Namun Tim PTS komited dengan target jualan sebanyak RM15 juta selepas ditolak purata diskaun 35% kepada pengedar dan agen. Sebelum diskaun nilai jualan itu adalah sekitar RM21 juta.

Nampaknya Tim PTS sangat berani! Orang-orang lain sudah mula menurunkan target, malah saat ini sudah ada penerbit yang membuang pekerja, tetapi Tim PTS membuat keputusan mengekalkan target yang dibuat sebelum berlakunya krisis kewangan sekarang.

Bagi mengekalkan target itu, peranan jabatan editorial menjadi amat penting, di mana hanya buku-buku yang berpotensi laku dijual dalam zaman gawat sahaja yang akan diterbitkan.

Ini bermakna, PTS meminta para penulis memberikan fokus pada penulisan judul-judul yang sesuai dengan zaman gawat. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 01, 2008

Tip Survival Penerbit: Senjata Mengutip Hutang

Bagi penerbit yang mempunyai banyak pengarang popular, menjual buku adalah perkara yang amat mudah. Yang amat susah adalah mengutip hutang daripada agen, pengedar dan kedai buku.

Amalan yang lazim dilakukan oleh penerbit adalah berkata kepada yang berhutang: "Kalau mahu order buku-buku baru, bayar dahulu hutang lama yang belum dibayar!" 

PTS menentukan jumlah maksimum hutang bagi tiap-tiap agennya. Ada yang RM100 ribu, ada yang RM50 ribu, ada yang RM20 ribu, masing-masing agen mempunyai amaunnya sendiri. Apabila hutang agen sudah mencecah jumlah maksimum, PTS tidak akan menghantar buku-buku lagi kepada agen itu, sehinggalah isu hutang itu dibereskan.

Tetapi senjata itu mempunyai kesan sampingannya sendiri.

Apabila pembeli buku pergi ke kedai buku mencari buku-buku terbaru PTS, lalu didapati tidak ada, pembeli sangat kecewa. Persepsi si pembeli adalah jabatan sales PTS tidak efisien. 

Sebenarnya PTS sangat efisien - sistem pengurusan berkomputer yang digunakan oleh PTS (sistem SAP buatan German) secara automatik tidak meluluskan PO (puchase order) dari agen yang hutangnya sudah maksimum.

Setiap hari Puan Halimahton ataupun Puan Khalilah (mereka adalah eksekutif credit control PTS) menelefon agen-agen yang akaunnya sudah maksimum, memberitahu bahawa buku-buku yang mereka pesan sudah siap bagi dihantar sebaik-baik cek diterima. 

Puan Halimahton dan Puan Khalilah memonitor hutang-piutang lebih 400 agen PTS di seluruh negara, Singapura dan Brunei.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 6 of 6 pages « First  <  4 5 6