Wednesday, December 10, 2008

Surat: Bahasa Melayu Tinggi

Assalamualaikum puan,

Saya Shalida Mohd Rosnan daripada Jabatan Teknologi Percetakan UiTM, salah seorang pelajar yang hadir dalam bengkel puan pada 5 Januari lalu. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana bengkel tersebut memberikan banyak informasi antaranya tentang penggunaan Bahasa Melayu Tinggi (elaborated code).

Pada 7 Januari yang lalu, saya telah dijemput untuk memberi sedikit ucapan pada malam majlis bersama Ketua Jabatan Teknologi Percetakan dan saya telah mempraktikkan segala tips yang puan telah ajarkan apabila berucap di dalam majlis rasmi.

Teknik-teknik tersebut sangat berkesan kerana saya cuba menyampaikan sebuah ucapan yang ringkas dan padat serta berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar yang lain.

Alhamdulillah, saya mendapat respon yang positif daripada mereka kerana ucapan saya agak berlainan berbanding ucapan yang disampaikan oleh pelajar-pelajar lain, malah saya dapat berkongsi sedikit ilmu bersama mereka dan telah menyarankan kepada mereka supaya membaca bahan bacaan yang diterbitkan oleh PTS.

Terima kasih sekali lagi dan insyaAllah sekiranya saya diberi kelapangan saya akan terus menghadiri bengkel-bengkel yang puan adakan. Saya mendoakan agar syarikat puan akan terus kukuh dalam cabaran ekonomi kini serta saya sentiasa mendoakan agar PTS diberi rezeki oleh Allah untuk memiliki syarikat percetakannya sendiri kerana saya menumpang rasa bangga jika lebih banyak syarikat Bumiputera mampu bersaing di dalam industri penerbitan dan percetakan di negara kita ini.
Sekian terima kasih.

Yang ikhlas,
Shalida Mohd Rosnan

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Malaysiakini: Sah, Dato’ Dr. Hassan Ahmad Ketuai Bantahan PPSMI

Sah, Dr Hassan ketuai bantahan PPSMI
Jimadie Shah Othman | Jan 8, 09 5:11pm

Bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Hassan Ahmad secara rasmi memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang kini dikenali sebagai Gabungan Mansuhkan PPSMI - yang mengancam mengadakan perhimpunan besar ala-Bersih - bagi membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pengerusi Jawankuasa Pelaksana program berkenaan, Hasni Abas berkata, Dr Hassan akan bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa induk gabungan itu.

Menurutnya lagi, persetujuan itu dicapai dalam pertemuan beliau - yang mengetuai sembilan lagi wakil NGO dan sayap Pemuda parti pembangkang yang bergabung dalam GMP - dengan bekas ketua pengarah DBP itu di Yayasan Karyawan di Damansara tengahari tadi.

dr hassan ahmad and gmp 100 thousand protest anti english language 080109Isnin lalu, Dr Hassan dilaporkan menyatakan kesediaanya untuk memimpin gabungan itu bagi membantah pelaksanaan PPSMI.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hasni berkata, mesyuaratnya dengan Dr Hassan juga memutuskan untuk melantik sembilan tokoh politik dan bahasa berprofil tinggi bagi mengganggotai jawatankuasa induk itu.

Mereka termasuk Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Md Isa; bekas ketua pengarahDBP, Datuk Aziz Deraman; tokoh sastera Datuk Dr Anwar Ridwan dan penyair terkenal, Dinsman.

Ditanya tentang tugas pertama Dr Hassan, Hasni berkata: "Panggil mesyuarat jawatankuasa induk."

Perarakan keranda

Jawatankuasa induk yang dibentuk itu merupakan badan utama pembuat keputusan dalam GMP; manakala jawatankuasa pelaksana bertindak menggerakkannnya di peringkat bawah.

Hasni yang juga pengerusi Kesatuan Pekerja DBP berkata, jumlah ahli jawatankuasa induk mungkin ditambah daripada masa ke semasa, mengikut keperluannya.

Beliau sebagai pengarah jawatankuasa pelaksana, secara automatik bertindak sebagai setiausaha GMP.

Selain itu, jawatankuasa pelaksana GMP akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan gerak kerja lanjut bagi menjayakan perhimpuna besar yang dijadual Mac depan.

Selain perhimpunan ala-Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ) Mac depan, kerajaan juga mungkin berdepan dengan satu "perarakan keranda" Februari ini berhubung isu PPSMI oleh sebuah lagi badan bahasa, Gabungan Penulis Nasional (Gapena).

Perarakan sambil mengusung keranda sebagai simbol kematian bahasa Melayu - dinamakan Keranda 152 - akan menjadi sebuah lagi tindakan, selain tindakan mahkamah, selepas tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan PPSMI tidak diendahkan.

Selain NGO Melayu, persatuan pendidikan Cina turut membantah pelaksanaan dasar itu.

Lapan NGO itu, yang diketuai Dong Jiou Zong hari ini memberikan tarikh akhir kepada kerajaan sehingga Mac ini untuk membuat keputusan atau turut menghadapi siri-siri bantahan mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Hapuskan PPSMI dengan Mengundi PAS

.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saluran Pemasaran Buku

Jika saudara hendak menerbitkan buku, saudara perlu tahu bagaimana saudara boleh memasarkan buku terbitan saudara itu. Berikut adalah saluran-saluran penjualan buku yang diamalkan oleh penerbit-penerbit di negara ini.

(1) Rangkaian kedai buku besar seperti MPH, POPULAR, TIMES, MUDA OSMAN, SRI INTAN dan lain-lain.

Kedai rangkaian hanya mahu berurusan dengan penerbit dan pengedar yang sudah mapan, yakni established. Kalau saudara tidak mempunyai katalog buku, mereka tidak berminat berurusan dengan syarikat saudara.

Mereka juga meminta potongan diskaun yang besar. Tetapi pengurus di bank saudara 'suka' apabila melihat buku-buku saudara dipasarkan melalui rangkaian ini, kerana itu adalah bukti kedudukan bisnes saudara tegap.

Penulis-penulis juga suka menulis untuk syarikat saudara kerana buku mereka dipasarkan melalui kedai-kedai yang berimej. Disebabkan rangkaian kedai menggunakan sistem komputer yang canggih, soal kutipan hutang tidak ada masalah dengan mereka. Tanpa diminta mereka menghantar cek kepada saudara.

(2) Kedai buku tradisional milik peribadi.

Jumlah kedai-kedai ini banyak, mereka dominan di bandar-bandar sederhana besar di seluruh negara. Kecuali dengan beberapa buah kedai, kebanyakan kedai-kedai ini mempunyai masalah membayar saudara dengan cara yang 'gentleman'.

Kutipan hutang adalah masalah utama berniaga dengan mereka. Jika saudara penerbit baru, lebih susah. Mereka tahu tidak lama lagi saudara akan tutup bisnes, jadi buat apa bayar hutang saudara? Kerana mereka berperangai begitulah maka bisnes saudara tutup.

Risiko hangus tangan apabila membekalkan buku-buku kepada kedai-kedai ini adalah amat besar jika saudara penerbit kecil. Ada sebuah penerbit yang mengumpulkan hutang lapuk yang tak dapat dikutip daripada kedai-kedai kategori ini sebanyak RM180 ribu dalam masa 3 tahun pertama ia memulakan operasinya.

(3) Kontraktor buku yang membekalkan kepada kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan.

Mereka masuk tender bagi projek-projek khusus seperti pembelian yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), projek NILAM di bawah Kementerian Pelajaran, projek kemajuan masyarakat (KEMAS) dan pembelian oleh Perbadanan Perpustakaan Negeri.

Majoriti kontraktor ini bukan penerbit dan tidak mempunyai kedai buku. Mereka aktif berpolitik dan hanya masuk tender kerajaan. Jika buku terbitan syarikat saudara terpilih dalam senarai tender, pastikan kontraktor yang mendapat kontrak itu membayar tunai kepada saudara sebelum saudara bekalkan buku kepadanya.

(4) Syarikat-syarikat jualan langsung buku yang pergi dari sekolah ke sekolah.

Mereka ini mempunyai jurujual yang ramai di mana jurujual-jurujual itu bertugas mengikut zon masing-masing. Mereka mempunyai hubungan mesra dengan sekolah dan tahu keperluan sekolah. Mereka hanya memperkenalkan buku-buku yang sesuai sahaja dengan keperluan sekolah.

Berurusan dengan syarikat-syarikat ini serupa dengan berurusan dengan kedai-kedai milik peribadi.

(5) Syarikat-syarikat yang membuat pameran buku bergerak.

Syarikat ini milik peribadi, mereka mengadakan pameran secara kecil-kecilan dari satu tempat ke satu tempat, menjual terus buku-buku kepada pengguna. Pameran buku yang paling laku adalah pameran buku-buku agama.

Jualan buku melalui pameran lebih tinggi apabila pameran diadakan sempena seminar di mana di situ ramai guru-guru hadir. Kenakan deposit apabila pempamer datang membeli buku terbitan saudara. Lebih baik lagi, galakkan mereka membeli tunai dengan memberi diskaun yang lebih tinggi.

(6) Agen pemasaran buku dalam Internet.

Berurusan dengan mereka sebagaimana saudara berurusan dengan agen-agen kecil lain.

(7) Kedai buku kecil-kecil yang menjual macam-macam majalah, suratkhabar dan gula-gula.

Penerbit besar tidak suka berurusan dengan mereka kerana risiko yang tinggi, oleh itu kedai-kedai itu mendapatkan bekalan buku mereka daripada pengedar-pengedar utama.

Kedai-kedai buku jenis ini berminat menjual buku-buku novel cinta, cerita hantu, buku agama yang kecil-kecil dan buku komik.

(8) Melalui pensyarah ataupun guru yang mengajarkan sesuatu subjek supaya menjual buku-buku itu kepada pelajar-pelajarnya.

Jurujual syarikat saudara perlu pergi menemui pensyarah-pensyarah berkenaan dan berikan kepada mereka diskaun yang menarik. Lazimnya pensyarah lebih suka menjual bukunya sendiri daripada menjual buku penulis lain kerana kandungan bukunya adalah juga kandungan kuliahnya.

Dengan maklumat di atas diharapkan saudara berfikir betul-betul sebelum menerbitkan buku saudara sendiri. Jangan menerbitkan buku sendiri hanya disebabkan saudara tidak puas hati dengan peratus royalti yang ditawarkan oleh penerbit saudara sekarang ataupun apa-apa alasan lain. Jalan yang lebih selamat adalah mencari penerbit lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Pintu Kedua Menjadi Chef di Hotel 5 Bintang

Novel jibunsyi ini adalah kisah benar bagaimana seorang budak Kedah yang tidak memiliki diploma profesional dalam bidang sajian hotel berjaya menjai chef di sebuah hotel 5 bintang.

Chef Zul memulakan career-nya dengan bekerja sebagai tangan-dapur, yakni pencuci pinggan, naik menjadi pemotong sayur, naik lagi menjadi tukang masak, sampailah akhirnya menjadi chef menu Melayu. 

Novel Chef menceritakan perkara-perkara yang sebenarnya yang berlaku dalam dapur hotel, termasuklah tingkah laku politik-dapur yang dilakukan oleh petugas-petugas dalam dapur hotel demi naik pangkat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Menghasilkan Novel Cinta Evergreen

Novel-novel cinta karangan Ratu Cinta Barbara Cartland (foto) mula terbit pada tahun 1940-an dan sehingga kini masih dibaca di seluruh dunia.

Barbara Cartland dan Agatha Christie adalah pengarang paling kaya di dunia sebelum munculnya JK Rowling. Nampaknya ketiga-tiga pengarang terkaya di dunia adalah perempuan.

Apakah ciri novel-novel cinta Barbara Cartland yang menjadikan beliau kaya-raya? (Kebetulan, beliau adalah nenek kepada Puteri Diana sebelah ibu.)

(i) Tema dalam novel-novel cintanya adalah tema universal.

Tema cinta antara dua darjat adalah tema universal. Tema universal membolehkan novel-novelnya diterjemahkan dan dinikmati oleh penggemar novel cinta di seluruh dunia.

(ii) Setting kisah-kisah cintanya sentiasa setting historis, dengan itu tidak akan berlaku isu cerita menjadi out-of-date.

Menulis kisah cinta yang berlaku dalam Istana Perak pada zaman sebelum Merdeka, membolehkan setting novel itu akan kekal evergreen. Fakta-fakta sejarah tidak berubah. Fakta-fakta sejarah dalam novel-novel Barbara Cartland sentiasa betul.

(iii) Hero dan heroin dalam novel-novel cintanya terdiri daripada gadis dan teruna yang ideal, dan kedua-duanya mempertahankan kesucian mereka sampailah mereka bernikah.

Novel-novel cinta Barbara Cartland juga sentiasa menampilkan nilai-nilai moral, sosial dan nilai-nilai kekeluargaan yang murni.

Novel-novel cinta beliau dapat diterima oleh pasaran masyarakat moden mahupun tradisional.

Tentu sekali, isu kesucian teruna-dara adalah isu kultural. Dalam masyarakat Inggeris tradisional, mereka menerima beberapa perlakuan asmara yang tidak diterima oleh masyarakat Timur tradisional, seperti perbuatan hero dan heroin duduk-duduk berdua memadu cinta.

Bagi menghasilkan novel-novel cinta yang evergreen, Barbara Cartland sudah menciptakan modelnya.

Namun, dari sudut pandang Islam, novel yang evergreen mungkin juga mengandungi ayat-ayat yang haram diperniagakan. Ayat-ayat yang menerangkan babak-babak asmara tidak diizinkan dijadikan barangan yang diperniagakan.

Bagi menghasilkan novel-novel cinta Islami yang evergreen, dan juga menjadi ibadah, modelnya adalah surah Yusuf.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku untuk Modul Latihan Komersial

Banyak buku-buku PTS dapat dijadikan asas bagi menghasilkan modul-modul latihan komersial. Berikut adalah antara soft-skills yang evergreen dalam pasaran training.

1. Meningkatkan Prestasi di Tempat Kerja

2. Pengurusan Pejabat yang Berkesan

3. Kemahiran Berunding di Tempat Kerja

4. Kemahiran Melatih dan Coaching Orang Bawahan untuk Penyelia dan Pengurus

5. Menurunkan Stress dan Meningkatkan Produktiviti di Tempat Kerja

6. Bahasa Inggeris Asas di Tempat Kerja

7. Nilai dan Etika di Tempat Kerja

8. Adab-adab dan Sopan Santun di Tempat Kerja

9. Kemahiran Memimpin untuk Kategori Penyelia

10. Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan

11. Sikap Positif dalam Budaya Kerja

12. Kemahiran Memimpin Orang Bawahan

13. Kemahiran Menyelia Orang Bawahan

14. Kemahiran Interpersonal di Tempat Kerja

13. Berfikir Secara Kreatif di Tempat Kerja

14. Kemahiran Memimpin Rakan Sejawat

15. Bahasa Melayu Profesional

16. Menulis Laporan

17. Menjalin Kerjasama di Tempat Kerja 

18. Menyelesaikan Masalah Secara Berkumpulan

19. Kemahiran Menjadi Orang Bawahan kepada Ketua

20. Kemahiran Menurunkan Tanggungjawab dan Tugas kepada Orang Bawahan 

21. Mengurus Kerja dan Waktu di Tempat Kerja 

22. Menulis dan Menyampaikan Ucapan di Tempat Kerja

23. Kemahiran Menyampaikan Taklimat, Kertas Kerja dan Presentation Projek 

24. Kemahiran Melayan dan Memuaskan Hati Pelanggan 

25. Kemahiran Mempengaruhi Pelanggan di Tempat Kerja 

26. Kemahiran Menulis Kertas Kerja Projek bagi Mendapatkan Kelulusan

27. Kemahiran Menjadi Pengerusi Majlis dan Mesyuarat 

28. Memahami Perbezaan Pola Komunikasi Lelaki dan Komunikasi Perempuan di Tempat Kerja

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Memisahkan Bakat-bakat bagi Mencipta Buku-buku Ngetop

Pada masa ini kita masih mengamalkan cara kerja lama di mana seluruh isi kandungan buku-buku cerita kanak-kanak dan remaja dicipta oleh satu orang. Dia mencipta watak, dia mencipta plot, dan dia juga yang menulis cerita. Kita memerlukan strategi dan prosedur kerja yang lebih efektif dan profesional.

Bakat yang digunakan bagi menghasilkan buku-buku cerita adalah:

1. Bakat mencipta cerita.

Bakat ini adalah bakat asas bagi menghasilkan karya sastera kanak-kanak, remaja, kartun, komik, drama dan novel. Dua komponen dalam bakat ini adalah:

(a) bakat mencipta watak dan perwatakan dan

(b) bakat mencipta plot dan sub-plot.

2. Bakat menuliskan cerita.

Seseorang yang pandai mencipta cerita tidak semestinya dia pandai menuliskan cerita.

Bakat ini menghasilkan ayat-ayat cerita yang dapat menggambarkan pelbagai unsur dalam cerita dengan jelas. Individu yang pandai mengarang ayat, tidak semestinya pandai mencipta cerita. Dalam menghasilkan siri kartun diperlukan bakat melukiskan wajah watak-watak dan aksi kartun-kartun itu. Pelukis kartun tidak semestinya mempunyai bakat mencipta cerita.

Penerbit-penerbit buku di Amerika, Eropah dan Jepun sudah meniru cara kerja penerbit siri televisyen sudah mula membezakan proses mencipta cerita dengan proses menuliskan cerita. Hasil daripada perubahan cara kerja ini menyebabkan pada masa ini, sudah menjadi amalan lumrah di negara-negara itu, royalti buku dikongsi antara pencipta watak, pencipta cerita, ilustrator dan penulis cerita.

Penerbit siri kartun dan komik luar negara sudah lama membezakan bakat mencipta cerita daripada bakat melukis kartun ataupun komik. Oleh sebab itu mereka membeli cerita daripada orang lain dan kemudian menyerahkan cerita itu kepada penulis skrip dan seterusnya diserahkan kepada pelukis. Demikian juga penerbit siri televisyen, di mana mereka membezakan bakat mencipta cerita daripada bakat menulis skrip.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tanda Bacaan Dialog

Ramai penulis tidak tahu cara menggunakan dan menaip tanda bacaan. Berikut adalah cara betul apabila menaip dialog:

 

Tanda (“) dan (”) sentiasa rapat.

“ Saya tidak suka, ” katanya. (SALAH)

“Saya tidak suka,” katanya. (BETUL)

“ Kamu hendak ke mana? ” tanya Ramli. (SALAH)

“Kamu hendak ke mana?” tanya Ramli. (BETUL)

 

Tanda koma (,) di hujung dialog.

“Saya tidak suka.” Kata Mamat kepada Ramlah. (SALAH)

“Saya tidak suka,” kata Mamat kepada Ramlah. (BETUL)

 

Huruf kecil selepas dialog.

“Kamu mahu apa?” Tanya Mamat. (SALAH)

“Kamu mahu apa?” tanya Mamat. (BETUL)

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit: Novel Terakhir Allahyarham Ahmad Zafran

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Bible dalam Bahasa Melayu

Inilah dilema orang Melayu dan bahasa Melayu saat ini.

Orang Melayu mahu bahasa Melayu diterima oleh semua golongan rakyat negara ini dan mahu supaya bahasa itu digunakan dalam semua bidang, selaras dengan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatuan dan kesatuan negara ini.

Pada waktu yang sama orang Melayu mahukan bahasa Melayu itu bersifat eksklusif, khususnya dalam kes penterjemahan Bible ke dalam bahasa Melayu.

Orang Melayu mahu orang-orang Kristian khususnya, dan juga semua penganut agama lain umumnya, menerima bahasa Melayu, mencintai bahasa Melayu, dan menggunakan bahasa Melayu bagaikan bahasa mereka sendiri. Pada saat yang sama orang Melayu tidak membenarkan bahasa itu digunakan dalam urusan agama mereka.

Jika logik eksklusiviti-bahasa ini digunakan oleh penganut agama-agama lain, bagaimanakah reaksi orang Melayu.

Sebagai contoh, jika orang Iban dan orang Kadazan tidak membenarkan Quran diterjemahkan ke dalam bahasa Iban dan Kadazan, apakah orang Melayu setuju?

PTS sekarang sedang mengusahakan projek menterjemahkan Quran ke dalam bahasa Iban dan bahasa Kadazan.

Nota: Foto sebuah gereja di Taiping. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Apabila Ekonomi Merudum Orang Ramai Mulai Meninggalkan Mall dan Pergi ke Hipermarket

Baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pasaran Fiksyen Bisnes

Ada Hadis yang bermaksud: “Tempat peniaga yang jujur dan amanah adalah bersama nabi-nabi, para siddiqin dan para syuhada.”

Hadis itulah yang mendorong PTS PROFESSIONAL menerbitkan buku-buku fiksyen bisnes. 

Buku-buku fiksyen bisnes mempunyai appealnya sendiri kepada pembaca yang sedang dalam proses memotivasi diri sendiri ke arah menerjuni dunia perniagaan.

Pada bila-bila masa sentiasa ada orang-orang yang baru mula hendak berjinak-jinak dengan angan-angan mahu menjadi peniaga dan usahawan. Golongan inilah yang menjadi pembeli buku-buku motivasi bisnes dalam bentuk fiksyen.

Menulis buku fiksyen bisnes memerlukan gabungan bakat penulisan kreatif dan pengetahuan tentang perkara-perkara yang paling asas dalam kerjaya bisnes.

Razzi Armansur, ataupun nama popularnya Kang Razzi, adalah penulis fiksyen bisnes dalam Bahasa Melayu yang paling banyak bukunya. Bacalah buku-buku beliau bagi mendapatkan gambaran kasar tentang genre ini. 

Buku-buku motivasi jenis fiksyen bisnes mempunyai ciri-ciri evergreen. Pasarannya baik. Pengarangnya juga mempunyai peluang menjadi motivator, dengan itu beliau mempunyai 2 sumber pendapatan yakni daripada royalti buku dan daripada yuran ceramah dan sesi training. 

PTS sedang mencari lebih banyak 'Kang Razzi'. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Trend Positif Jualan Buku Melayu

Beberapa waktu yang lalu saya sempat minum petang sambil berbincang-bincang dengan Tuan Zaffri Hassan, salah seorang Pengurus Wilayah MPH di Lembah Kelang, berkenaan mood pasaran buku-buku Melayu.

Tuan Zaffri mengurus outlet-outlet MPH di Midvalley, di Sunway Pyramid, di Bangsar, dan di Alamanda.

Beliau memberitahu maklumat yang sangat menarik berkenaan tingkah laku pembeli buku-buku Melayu.

Menurut beliau, pada suatu masa dahulu, sukar hendak menjual buku-buku Melayu yang tebal, berkulit keras dan harganya lebih daripada RM20. Itu berlaku meskipun di MPH Alamanda yang terletak di kawasan kelas menengah Melayu.

Tetapi sekarang trend itu sudah berubah. Menurut Tuan Zaffri, peminat buku-buku Melayu di Lembah Kelang sudah berani membeli buku-buku yang berharga lebih RM40.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Chicklit Islami

Genre chicklit dalam bahasa Inggeris laku keras di Amerika, dan trend itu terbawa-bawa ke negara ini juga, yakni di kalangan peminat novel-novel popular import.

Lihat contoh-contoh novel chicklit yang paling ngetop di sini

Chicklit memang ditulis dan dipasarkan kepada pembaca perempuan muda, khususnya perempuan yang bekerja dan masih belum berkahwin.

Cerita-cerita dalam chicklit adalah kisah kehidupan perempuan muda dalam bandar dengan segala isu-isu seputar hidup dalam dunia modern, seperti hubungan persahabatan, konflik di tempat kerja, naik pangkat, sambung belajar, shopping, mencari bakal jodoh, menjaga kereta, menjaga berat badan dan lain-lain seperti itu.

Gaya penceritaannya pula santai. 

Unsur humor adalah unsur yang wajib ada dalam chicklit.

Chicklit berbeza daripada novel cinta kerana dalam chicklit cinta bukan perkara paling utama, walaupun dalam chicklit tetap ada unsur cinta dan asmara.

Pasaran chicklit Islami adalah Laut Biru. Bagi meneroka kategori ini kita memerlukan konsep yang jelas tentang apanya yang 'Islami' dalam genre ini nanti.

PTS sudah berjaya menerokai Laut Biru teenlit Islami, dan penulisnya yang paling terkenal adalah Ain Maisarah.

Kini PTS berminat menerokai Laut Biru chicklit Islami. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Novelis Perempuan Kurang Ilmu Bantu

Benarkah pandangan umum yang mengatakan pada amnya novel-novel karya pengarang perempuan adalah lebih 'cetek' daripada novel-novel karya pengarang lelaki?

Apabila kita membuka blog-blog pengarang lelaki, banyak blog mereka yang mempamerkan buku-buku terbaru yang sedang mereka baca. Namun tidak begitu halnya di kalangan blog-blog penulis perempuan.

Sebagai contoh, buka blog penulis lelaki yang baru berusia 23 tahun ini. Klik di sini.

Ada seorang penulis perempuan yang banyak mempamerkan buku yang sedang dibacanya. Klik di sini. Blog beliau adalah kekecualian.  

Dengan banyak membaca buku-buku bermaklumat, barulah matlamat dan perjuangan 'memandaikan bangsa' tercapai. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Strategi PTS bagi Mempertahankan Posisinya

Perkembangan pesat permintaan bagi karya kreatif dalam Bahasa Melayu mendorong lebih banyak penerbit menceburi kategori ini. Ini adalah perkembangan yang sihat dan memang diperlukan oleh industri buku Melayu.

Di sisi lain, pemain-pemain yang sedia ada harus berdepan dengan pendatang baru yang mungkin lebih kreatif dan agresif. Bagi PTS, ia menggunakan strategi serampang banyak mata:

(i) PTS akan terus mempertahankan posisinya dalam kategori-kategori buku di mana ia sudah dominan. Sebagai contoh, PTS akan terus mengekalkan kedudukannya sebagai penerbit buku-buku pembangunan diri dan motivasi, buku bisnes dan sastera remaja.

(ii) PTS akan membesarkan share-nya dalam kategori di mana ia bukan pemain utama. Sebagai contoh, PTS akan lebih fokus dan agresif dalam kategori buku agama dan novel dewasa Islami.

(iii) Dari masa ke masa PTS akan membuka Laut Biru baru. 

Sastera Jantan adalah salah Laut Biru yang sudah mula diterokai oleh PTS. Pada masa ini Laut Biru ini belum mempunyai raknya sendiri dalam kedai buku.

PTS akan melipatgandakan penerbitan karya sastera jantan supaya apabila pengurusan kedai-kedai buku membuka rak khusus bagi kategori ini, maka buku-buku PTS akan menyesakkan rak itu. 

Lembaga Pengarah PTS sudah bersetuju brand PTS FORTUNA akan dijadikan unit sastera jantan sepenuhnya.

Beban membuka rak kategori sastera jantan digalas oleh regu yang mempunyai pengetahuan banyak tentang citarasa pembaca jantan dan produk-produk jantan: Tuan Mat Jan dan Mr. Vovin.

Mulai sekarang PTS FORTUNA komited menerbitkan 2 buah novel jantan setiap bulan. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Trend Jualan BookCafe PTS

Cik Diana, eksekutif sales yang menguruskan kedai on-line PTS, BookCafe, memberitahu:

(i) Buku-buku yang banyak dibeli adalah terbitan PTS PROFESSIONAL Sdn. Bhd.

(ii) Buku-buku PTS ONE tidak banyak dibeli.

(iii) Pembeli wanita lebih banyak daripada lelaki.

Remaja sangat kurang membeli buku melalui BookCafe, barangkali disebabkan mereka tidak memiliki kad kredit ataupun mesin faks. Ataupun barangkali mereka berasa lebih puas pergi ke kedai dengan sahabat karib dan dapat berbincang-bincang sewaktu membuat pilihan judul.

Menurut Cik Diana, buku bisnes yang paling laku adalah BUAT DUIT dengan eBay. Buku pendidikan yang paling laku adalah Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Dulu Sangat Laku, Sekarang Tidak

Sepuluh tahun dahulu, buku resipi membuat roti sangat laku.

Demikian juga mesin membuat roti sangat laku - yang pada waktu itu berharga antara RM500 - RM600 seunit - kini sudah tidak laku lagi.

Pasaran tidak lagi mahukan buku resipi roti dan mesin membuat roti.

Di satu sudut yang lain, jualan roti di Malaysia semakin naik. Ekonomi dan daya beli yang meningkat menyebabkan rakyat Malaysia memakan lebih banyak roti.

Apakah faktor-faktor yang mengubah trend jualan buku resipi roti? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Mula Terbit: Siri Young Aisyah

Siri Young Aisyah diterbitkan oleh PTS ISLAMIKA.

Young Aisyah adalah novel-novel remaja Islami yang tujuannya adalah memberi dan menerangkan maklumat-maklumat agama dengan menggunakan cerita-cerita dunia kehidupan modern.

Novel-novel siri ini ditulis menggunakan teknik surah Yusuf dan Bahasa Melayu Tinggi. 

Kategori novel remaja Islami mempunyai pasaran yang baik dan evergreen. Oleh itu menghasilkan karya dalam kategori ini adalah rancangan pelaburan yang amat baik.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kontraktor Buku Marah-marah PTS

Bukan semua agen PTS menjadi kontraktor buku kepada kerajaan. Banyak kontraktor adalah orang politik UMNO. Mereka itu hanya mempunyai syarikat berdaftar yang aktivitinya adalah buku. Mereka tidak mempunyai kedai buku ataupun penerbitan buku. Namun mereka tetap mendapat kontrak perbekalan buku.

Tn. Zain Abd. Aziz, timbalan pengurus Jabatan Sales PTS, menceritakan ada beberapa kontraktor buku yang 'bercakap-cakap' di belakang PTS disebabkan mereka tidak puas hati dengan diskaun yang mereka terima. Mereka mahukan diskaun 35%, tetapi tidak dapat.

Puncanya adalah PTS melantik pengedar tunggal untuk semua judul yang dipilih dalam kontrak kerajaan. Pengedar itu adalah Farana Book Resources Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Puan Rozila, seorang agen PTS yang sangat dipercayai etika bisnesnya.

Farana menerima diskaun 35% daripada PTS. Semua kontraktor terpaksa membeli buku-buku daripada Farana. Ini menyebabkan Farana memberikan diskaun kurang daripada 35%.

Ada kontraktor yang datang berjumpa dengan Tn. Zain dan berjanji mahu membayar tunai kepada PTS asalkan mereka mendapat diskaun 35%, jadi mereka tidak perlu membeli daripada Farana.

Tn. Zain menolak permintaan kontraktor itu kerana berpegang teguh pada dasar perniagaan PTS yang tidak akan menikam agen-agennya dari belakang. 

Nota: PTS setuju melantik Farana dengan syarat Farana tidak boleh memberikan diskaun lebih rendah daripada apa yang diizinkan oleh PTS. Jika PTS menerima sebarang aduan dari kontraktor, PTS tidak akan melantik Farana lagi. Ini adalah bagi memastikan semua pihak yang berniaga dengan PTS dapat makan sedikit seorang.

Sebenarnya margin yang diterima oleh Farana adalah kecil. Walaupun kecil, Farana suka menguruskan projek kontrak itu kerana ia bagus untuk rekod duit keluar masuk dalam akaun banknya yang aktif dan nampak macam besar sangat!

PTS pula melantik Farana sebagai pengedar khusus untuk projek kontrak kerana ia berlaku setahun sekali dan PTS tidak mempunyai staf khusus untuk menguruskan projek kontrak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Memilih Perkataan untuk Judul Buku

Salah satu judul buku yang mendapat sambutan hangat di pasaran sekarang adalah RAHSIA BISNES ORANG CINA

Banyak buku yang kandungannya baik tetapi tidak berapa laku dijual disebabkan judul buku itu. Contoh judul buku yang tidak mendapat sambutan adalah Menangani masalah Keruntuhan Akhlak Remaja Melayu.

Tidak semua perkataan sesuai dijadikan judul buku. Ada perkataan yang mempunyai nilai komersial tinggi, manakala ada perkataan yang tidak mempunyai nilai komersial.

Penerbit yang baru mula menceburi perniagaan penerbitan buku biasanya tidak mengubah judul asal yang dicipta oleh penulisnya. Mereka masih baru oleh itu pengetahuan mereka tentang bidang penerbitan belum banyak.

Lazimnya para penulis tidak menggunakan maklumat pasaran apabila mencipta judul buku yang mereka tulis. Itulah sebabnya banyak judul buku yang dicadangkan oleh penulis ditolak oleh penerbit yang sudah lama dalam pasaran.

Penulis lazimnya memilih judul yang pada pandangan mereka dapat dengan tepat mencerminkan isi kandungan buku. Sebagai contoh buku yang ditulis berkenaan pelbagai masalah yang dialami oleh ibu-ibu tunggal mungkin diberi judul "RANJAU-RANJAU IBU TUNGGAL". Memang judul ini memberikan gambaran tepat berkenaan isi kandungan buku itu, tetapi penerbit akan menolaknya kerana perkataan 'ranjau' dan 'ibu tunggal' tidak mempunyai nilai komersial.

Contoh perkataan yang tinggi nilai komersialnya adalah 'kejayaan' dan 'jutawan' sebab ramai orang hendak berjaya dan ingin menjadi jutawan.

Buku dijual sebagai suatu 'pakej'. Isi kandungan buku mesti memenuhi keperluan pembaca sasaran. Judulnya mesti mempunyai nilai komersial. Wajah kulit dan wajah dalamannya juga mesti menarik.

Blurp mestilah dapat meyakinkan pembeli bahawa dengan membeli buku itu ia adalah suatu pembelian yang menguntungkannya.

Judul buku dicipta dengan menggunakan beberapa patah perkataan sahaja. Lebih sedikit jumlah perkataan, itu lebih baik.

Jika judul buku panjang ia terpaksa menggunakan saiz huruf yang kecil, kalau tidak judul itu tidak muat dituliskan pada kulit buku. Judul yang kecil tidak dapat dibaca oleh pelanggan yang masuk kedai yang harus membaca dari jarak jauh.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Sampai Sekarang Tiada Kedai Buku Besar di Kuala Terengganu

Malang sungguh nasib orang Kuala Terengganu. Bangunan shopping mall sudah lama siap, tetapi akibat 'faktor politik' mall masih tidak dapat dibuka.

Baca lagi di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Tuan Roslan Isa tentang Menggunakan SMS dan Menulis Surat Emel

Assalammualaikum, Puan Ainon. Semoga PTS terus berjaya dan dirahmati Allah.

Saya mahu berkongsi pandangan balas terhadap entri Puan, "Panggilan Telefon kepada Editor". Sekadar berkongsi pandangan daripada sisi pemain media.

Ini saranan saya berkenaan komunikasi korporat menggunakan SMS dan surat emel.

Tip Memperkenalkan Diri

1. SMS: Mohon di-SMS mereka dahulu apabila mahu telefon ataupun mahu memberi info. Contoh: "Salam, saya Roslan PTS, boleh saya hubungi sekarang."

Biasanya penerima akan berasa dihormati. Jika bernasib baik penerima yang akan hubungi kita. Sentiasa ingat kita pun mempunyai senarai nombor yang banyak disimpan, begitu juga orang lain. Jadi, kenalkan diri.

2. Emel: Mohon tulis emel sebagaimana menulis surat rasmi yang mempunyai markah penuh bagi tujuan peperiksaan. Jika penuh formatnya maka penuhlah sambutan yang diterima oleh penerima. Sesudah emel dihantar, SMS mereka menyatakan emel baru dihantar dan mohon disemak.

Terima kasih.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pada Harga RM50.00 Namun 600 Naskhah E-Book Ini Terjual dalam Masa 4 Hari Pertama Selepas Terbit

Beginikah masa depan pemasaran buku?

Akan tiba masanya apabila penulis tidak memerlukan penerbit seperti PTS lagi.

Akan tiba masanya apabila kedai buku tidak diperlukan lagi. 

Baca dan beli buku ini di sini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Chicklit Kristian

Genre chicklit Kristian laku keras.

Pada asasnya genre itu mengajak pembaca supaya membanyakkan berdoa, membanyakkan membaca Bible, dan jangan obsesif, yakni jangan melampau-lampau, jangan tergila-gila tentang apa-apa sahaja.

Klik di sini bagi melihat foto penulis-penulis chicklit Kristian.

Barangkali tema yang serupa dapat ditiru bagi chicklit Islami: Banyakkan sembahyang, banyakkan membaca Quran, dan selalu redha. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Panggilan Telefon kepada Editor

Selepas tamat sesi sebuah bengkel, seorang peserta yang juga penulis PTS, dan juga mentee saya, bertanya kepada saya, "Puan, bolehkah saya menelefon editor buku saya selepas waktu pejabat?"

Beginilah jawapan saya, "Saya Chairman PTS, saya juga pemegang saham terbesar PTS, dan saya juga penulis PTS. Saya tidak benarkan diri saya menelefon editor buku saya selepas waktu pejabat."

Jika berlaku 'kecemasan', saya gunakan SMS sahaja. (Contoh 'kecemasan' adalah apabila saya ternampak dalam web PTS ada kesilapan pada judul buku saya yang akan terbit.)

Jika saya terpaksa bercakap, saya SMS dahulu dengan menulis: "Asalamualaikum. Boleh saya call?" (Contoh 'terpaksa bercakap' adalah apabila saya hendak menulis entri dalam UNIKA dan saya perlu 'interviu' editor bagi mendapatkan maklumat betul sebelum menulis entri.)

Panggilan telefon adalah salah satu daripada pelbagai sumber stress yang dialami oleh editor kita. Panggilan telefon selepas waktu pejabat menyebabkan editor berasa dirinya 'disuruh-suruh' dan 'ditekan-tekan' oleh penulis. Ini merosakkan perasaan suka editor kepada pemanggil.

Nota: Adalah amalan yang baik apabila kita mengurangi jumlah panggilan telefon kepada editor. Gunakan SMS dan emel, kerana kedua-duanya memberi fleksibiliti kepada editor bila dan bagaimana mereka mahu memberi respons kepada komunikasi kita.

Emel adalah alat yang paling efektif bagi menjaga hubungan dengan editor kerana dalam emel kita dapat membuka surat dengan doa-doa, meminta maaf dahulu sekiranya kita mengganggu editor yang sibuk, mengucapkan terima kasih atas daya usaha editor menjadikan buku-buku kita elok dan cantik, sebelum mengemukakan idea, cadangan, pertanyaan, ataupun permohonan, ataupun ucapan penghargaan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

HarakahDaily: PENA Beri Kata Dua kepada Kerajaan

Himpunan 100,000 Selamatkan Bahasa Melayu
Nyza Ayob
Fri | Jan 09, 09 | 9:29:24 am MYT

'Tiada pilihan, kerajaan mesti batalkan terus PPSMI!' Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan sahaja mencabar tokoh bahasa bahkan turut mendapat bantahan kalangan badan bukan kerajaan (NGO), parti politik, individu prihatin, juga ibu bapa. Mereka mahukan bahasa Melayu kembali didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan dalam pengertian sebenarnya. Wartawan Harakah, NYZA AYOB menemu bual Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dato' Baharuddin Zainal, yang lebih dikenali sebagai Baha Zain mengenai isu yang hangat diperkatakan ini, Selasa, 6 Januari lalu.

HARAKAH: Sehingga kini apa tindak balas kerajaan terhadap bantahan pelaksanaan PPSMI ini?

BAHA ZAIN:
Nampaknya tidak ada respons daripada pihak kerajaan. Sessi persekolahan telah pun dibuka dan sistem PPSMI ini masih diteruskan. Tiada perubahan.

HARAKAH: Ada badan penulis yang mahu mengambil tindakan terhadap kerajaan kerana meneruskan PPSMI. Sejauh mana perkembangan terkini mengenai hal tersebut?

BAHA ZAIN: Persatuan-persatuan penulis akan bekerjasama dengan Gapena bagi mengambil tindakan berkenaan. Sekarang ini nampaknya Gapena bukan sahaja mendapat sokongan badan gabungannya tetapi NGO di luar gabungannya. Gapena sedang mengatur langkah untuk mengambil tindakan undang-undang. Pada 15 Februari akan datang, Gapena akan mengadakan satu perhimpunan dan jika pada waktu itu kerajaan masih tidak memberi sebarang respons sewajarnya, Gapena akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang. Jadi, sebagai badan gabungan, Pena akan memberi kerjasama kepada Gapena.

HARAKAH: Sekiranya tindakan undang-undang terhadap kerajaan dapat dilaksanakan, apakah Dato' yakin PPSMI ini tidak akan diteruskan?

BAHA ZAIN: Kita berharap langkah kita yang terakhir itu berjaya setelah membuat banyak rayuan dan gesaan. Malangnya pihak Kementerian Pendidikan seperti tidak mengetahui kehendak intelektual. Kita telah mengadakan pelbagai forum dan dialog mengenai isu ini, termasuklah membuat rayuan.

Sekarang 'bola' itu di 'kaki' kerajaan dan pihak kerajaan mesti melakukan tindakan yang tegas. Jadi, kita sebagai gabungan penulis, menetapkan pendirian kita, yakni tidak mahu kerajaan membuat keputusan 'separuh-separuh'. Kerajaan mesti membatalkan terus dasar PPSMI ini dan mengembalikan bahasa pengantar bagi subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu, di sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Begitu juga dengan kehendak golongan cendekiawan dan NGO yang bersama-sama dengan persatuan penulis ini. Kami mahukan pengajaran kedua-dua subjek ini dikembalikan sebagaimana asal. Jika kerajaan memikirkan beberapa langkah untuk pengajaran kedua-dua subjek ini dalam bahasa Inggeris, ia tidak boleh diterima oleh persatuan-persatuan penulis. Semua ingin ia dikembalikan sebagaimana sebelum ini. Terbaru timbul pula keputusan untuk menganjurkan 'Himpunan 100 ribu Selamatkan Bahasa Melayu'.

HARAKAH: Sejauh mana sokongan yang telah diberikan oleh persatuan-persatuan penulis kepada inisiatif terbaru ini?

BAHA ZAIN: Program 'Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu' disepakati oleh Jawatankuasa Panitia, yang melibatkan antara lain Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ABIM, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Teras dan banyak lagi. Jadi, kami di kalangan persatuan penulis menyokong himpunan tersebut. Ia merupakan satu gerakan yang lain daripada yang dilakukan sebelum ini. Kami memberikan sokongan kepada perhimpunan ini.

HARAKAH: Lebih banyak kumpulan yang menentang PPSMI ini, saya rasa ia lebih baik. Mungkin perhimpunan ini nanti merupakan kemuncak bagi bantahan terhadap pelaksanaan PPSMI?

BAHA ZAIN: Tidak semestinya. Kumpulan yang ingin menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara merupakan satu kelompok. Dan perhimpunan pada 15 Februari anjuran Gapena adalah satu kelompok yang lain.

HARAKAH: Bagaimanapun kita saling sokong menyokong setiap bantahan yang dilakukan. Maknanya, Gapena mempunyai tindakan yang lain bagi bantahan tersebut?

BAHA ZAIN: Sekarang kami persatuan penulis dalam peringkat merayu kepada kerajaan agar menghentikan PPSMI ini. Tetapi kami akan membuat keputusan terakhir pada perhimpunan 15 Februari ini. Pada perhimpunan ini Gapena akan menganjurkan pembacaan puisi selama satu atau dua hari.

Sebenarnya Gapena telah memberi tempoh sehingga 31 Disember lalu kepada kerajaan tetapi nampaknya tidak ada sebarang respons. Jadi 15 Februari merupakan tarikh akhir bagi Gapena meneruskan tindakannya. Seterusnya kami akan membuat laporan polis dan tindakan undang-undang jika kerajaan tidak memberikan sebarang respons apa yang dikehendaki Gapena.

Jika kerajaan hanya mengumumkan PPSMI ini tidak akan diteruskan di peringkat sekolah rendah tetapi akan tetap diteruskan di peringkat sekolah menengah, perkara itu juga tidak dapat diterima oleh Gapena.- azm

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PPSMI: Peranan Pengundi Kuala Terengganu

Pengundi Kuala Terengganu mempunyai peluang menghantar signal yang terang dan jelas kepada UMNO bahawa rakyat menolak PPSMI.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Blog Pilihan Kali Ini

 

 

 

 

 

 
Penulis blog ini bukan Islam, tetapi kandungan Islam dalam blog beliau amat menarik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sai-Fai dan Fantasi yang Masih Dicari PTS

Tuan Mohd. Syafizan, ataupun nama glamornya 'Mat Jan', adalah editor yang menggalas tugas dan tanggungjawab membuka Laut Biru 'sastera jantan'.

Beliau memberitahu mulai 2009 PTS mahukan cerita-cerita yang temanya adalah tema baru, yakni tema itu belum pernah diterbitkan oleh PTS.

Sebagai contoh, PTS sudah mempunyai pengarang sai-fai yang menghasilkan:

(a) Tema angkasa lepas (Nazri Annuar: Opera Angkasa)

(b) Tema perubahan genetik (Amir Husaini: Transgenesis

(c) Tema zaman purba (Zaki Zainol: Takluk Jagat)

Justeru, bagi penulis baru, mereka perlu mengkaji tema-tema sai-fai dan fantasi yang sudah diterbitkan oleh PTS sebelum menghantarkan sinopsis.

Bagi saudara yang perlu tahu format menulis sinopsis yang digunakan di PTS, tulis emel kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address) Saya akan hantarkan contoh sinopsis itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Siri Chicken Soup Tidak Laku Lagi

Kajian pasaran yang dilakukan di PTS mendapati siri Chickern Soup yang pernah laku keras sekarang tidak tidak laku lagi.

Perkara ini disetujui oleh seorang pengurus cawangan kedai buku elit di Kuala Lumpur. 

Menurut beliau,  pemerhatiannya mendapati hayat pasaran buku-buku motivasi popular adalah sekitar 10 tahun sahaja. Selepas tempoh itu jualan buku-buku itu jatuh dan tidak bangun-bangun lagi.

Trend ini berlaku juga ke atas nama-nama besar dalam kategori buku self-help.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Edisi Indonesia Lebih Sedap Dibaca

Seorang peminat buku-buku PTS pernah membaca karya Tuan Shamsuddin Hidup Tenang Walau Berhutang, edisi Indonesia, dan membandingkannya dengan karya asal edisi Malaysia.

Beliau melaporkan bahawa beliau lebih puas membaca edisi Indonesianya.

Kita ingin bertanya kepada tuan-tuan dan puan-puan: Seandainya PTS mengimport buku-buku PTS yang diterbitkan semula di Jakarta sebagai edisi Indonesia, adakah tuan-tuan berminat membelinya? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

40 Minit

Baru-baru ini eksekutif sales PTS yang pergi ke MPH Alamanda bagi menjalankan kerja-kerja stock-check di kedai itu terkejut apabila mendapati rak-rak buku PTS hampir kosong. Maksudnya, buku-buku PTS hampir habis terjual.

Lazimnya, proses stock-check di MPH Alamanda mengambil masa sekitar 3 jam baru selesai. Tetapi kali ini hanya 40 minit sahaja.

Kerja-kerja stock-check termasuklah:

(i) Mengira buku-buku yang masih ada di rak.

(ii) Mengambil pesanan baru.

(iii) Menyusun semula buku-buku yang sudah tunggang terbalik dan bersepah di rak lain supaya kemas dan menarik perhatian pengunjung kedai.

(iv) Mengkaji buku-buku terbitan terbaru oleh penerbit-penerbit lain.

(v) Bercakap-cakap dengan pihak pengurusan kedai bagi mendapatkan sebarang feedback dan mengumpulkan komplen, jika ada. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Demo 100 Ribu Lawan PPSMI

Bakal adakan himpunan rakyat ke Istana Negara, mansuhkan PPSMI
Intan Abdullah
Fri | Jan 16, 09 | 10:32:34 am MYT

KUALA TERENGGANU, 16 Jan (Hrkh) - Bekas Presiden Persatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, Nordin Mahmood, berpendapat hanya terdapat dua cara sahaja perjuangan mengembalikan maruah dan kedudukan Bahasa Melayu dalam konteks menentang PPSMI.

"Yang pertama melalui undang-undang, dan yang keduanya tindakan yang bercorak politik," katanya kepada Harakah. Jelasnya, tindakan undang-undang akan dimulakan tidak lama lagi oleh Gapena dan beliau yakin ianya akan berhasil walaupun memakan masa yang agak panjang.

Menurutnya kes yang sama telah dibawa ke mahkamah pada tahun 2006, namun sehingga kini ianya masih belum dibicarakan. Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Nordin ini berkata tindakan politik ini akan memberikan kesan terutamanya dalam suasana masa kini yang kian menekan perasaan mereka yang marah dengan tindakan kerajaan.

"Dengan tidak ada sikap tolak ansur Menteri Pelajaran yang berdolak dalik untuk mempertahankan diri pada saat akhir yang tidak mahu tunduk kepada apa jua tekanan dan pengaruh," ujarnya.

Kemuncak kepada amarah ini adalah perarakan 100,000 rakyat ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada yang DiPertuan Agong yang dirancang pada satu tarikh yang masih belum diputuskan, katanya. "Saya yakin dengan tindakan politik yang disertai dengan tindakan undang-undang, perkara ini akan berjaya," katanya lagi. Selain itu, beliau menegaskan bahawa perjuangan bagi memansuhkan PPSMI ini adalah merupakan perjuangan semua pihak tidak hanya khusus kepada orang Melayu sahaja.

"Ianya adalah perjuangan semua bukan hanya orang Melayu sahaja tetapi semua kerana sekiranya PPSMI ini diteruskan, Bahasa CIna dan Bahasa Tamil juga akan turut terjejas. Kerana mereka terpaksa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah mereka," katanya lagi.

Beliau turut melahirkan rasa dukacita atas sikap kerajaan yang tidak konsisten dan tegas dalam isu tersebut iaitu sama ada ingin meneruskan atau terus menghentikannya. "Ia seolah-olah menunjukkan bahawa mereka ini sebagai orang melayu tetapi tidak mencintai bahasa sendiri. Sikap yang ditunjukkan ini menggambarkan dua perkara iaitu tidak patriotik kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa negara yang termaktub dlam perlembagaan tetapi mereka tidak begitu senang untuk melaksanakan perkara ini.

"Yang kedua, mereka tidak berperikemanusiaan pendapat daripda tokoh-tokoh pendidik yang telah dibuat kajian dalam tahun 2006 menyatakan bahawa 500,000 pelajar akan tercicir akibat daripada pelaksanaan PPSMI. Begitu juga dengan satu kajian yang dibuat oleh UPSI menyatakan bahawa 60 hingga 70 peratus mereka yang terlibat dengan PPSMI ini tidak memahami konsep sains dan matematik," ujarnya lagi.

Tegasnya, akibat buruk daripda pelaksanaan PPSMI ini adalah kepada pelajar luar bandar dan golongan miskin di bandar yang tidak mempunyai latar belakang keluarga berbahasa Inggeris. "Jadi, mereka ini memang tidak patriotik dan tidak berperikemanusiaan kerana kalau kita rasa marah dengan pembunuhan di Gaza, Iraq dan Afghanistan, kita juga sedang melakukan pembunuhan secara perlahan-lahan.

"Bagi saya tanpa ilmu pada hari ini samalah juga seperti kita sedang melakukan pembunuhan, dan ini kita tidak sedar, sangat mendukacitakan," katanya lagi yang kesal kerajaan yang diketuai oleh orang Melayu tetapi sukar menerima hakikat perjuangan orang Melayu. - azm

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

HarakahDaily: PPSMI Makin Merosakkan, Hapuskan Segera!

PPSMI makin merosakkan, hapuskan segera!
Salmiyah Harun
Fri | Jan 09, 09 | 7:03:47 am MYT

KUALA LUMPUR,9 Jan (Hrkh) - "Kerajaan tidak perlu menunggu sehingga tahun depan untuk memutuskan sama ada PPSMI itu diteruskan atau tidak.

"Seharusnya kerajaan menghapuskan segera dasar itu kerana ianya jelas satu dasar yang salah," demikian penjelasan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' Dr Hassan Ahmad.

Beliau ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kajian itu tidak perlu ditangguh dari setahun ke setahun kerana dasar itu sudah banyak mengundang 'kerosakan'.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan nama Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu (Selamat) itu perlu diubah kepada Sekretariat Hapuskan PPSMI.

Beliau juga akan memastikan himpunan 100,000 rakyat untuk Hapuskan PPSMI berjalan secepat mungkin bukan sebagaimana didakwa akan dilakukan hujung tahun ini.

"Ada beberapa perkara yang hendak dipersiapkan dan akan diketahui dalam beberapa hari lagi, hendak buat perhimpunan dengan segera," katanya.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana sekretariat ini baru ditubuhkan ianya perlu sedikit masa bagi menyelaraskan termasuklah perjalanan perhimpunan itu nanti.

"Ini termasuklah dari segi organisasi dan di mana himpunan itu akan diadakan," katanya.

Dalam pada itu Sekretariat Himpunan Hapuskan PPSMI sedang berusaha mengumpul NGO dan parti politik yang akan turut serta dalam perhimpunan itu nanti.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Karyawan menegaskan, desakan bagi memansuhkan PPSMI "harus datang dari dalam Umno" sebagai parti terbesar orang Melayu dalam gabungan BN.

Hassan berpandangan sekarang merupakan masa yang tepat untuk menyuarakannya bantahan itu memandangkan pemilihan agung parti itu hanya tinggal dua bulan lagi.

Beliau juga melahirkan kekecewaan kerana kebanyakan pemimpin Umno dan ahli-ahlinya lebih bersikap mengikut sahaja keputusan yang dibuat.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar parti-parti pembangkang lebih aktif menyuarakan bantahan itu.

"Kalau PAS (membantah), kuat suaranya. Kalau KeADILan bersuara, kuat," katanya.

Semalam, Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishamuddin Hussein berkata pihaknya masih ada masa untuk menentukan keputusan berkenaan dengan membuat kajian teliti serta pertimbangan mendalam terhadap perkara itu.

Oleh itu, kerajaan akan menunggu sehingga tahun depan untuk menentukan sama ada keputusan pelaksanaan dasar PPSMI diteruskan atau tidak. - mks.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Modal Budaya

Banyak orang percaya jika kita menulis buku dalam bahasa Inggeris, maka buku itu dapat dijual lebih banyak sebab ia dapat dieksport ke Amerika, UK, Australia dan seluruh dunia di mana ada orang yang pandai membaca bahasa Inggeris.

Bukan semua buku, apabila ditulis dalam bahasa Ingeris, maka ia dapat dijual.

Penerbit di UK dan Amerika sangat memilih-milih buku yang mereka sanggup terbitkan.

Buku-buku yang bagaimanakah yang mempunyai appeal kepada pembaca di luar negara?

Jawapannya: Buku-buku yang mengandungi banyak maklumat budaya tempatan yang eksotik, yang pelik-pelik, yang buruk-buruk, dan yang bernuansa kisah-kisah romantika.  

Baca di sini tentang buku ini. Buku ini adalah sebuah travelog.

Paul Spencer Sochaczewski adalah bekas anggota Peace Corp Amerika yang bertugas di Sarawak pada tahun-tahun 70-an dahulu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Agama untuk Remaja yang Tergoda oleh Agama Kristian

Sabatina adalah contoh remaja Islam yang masuk Kristian. Dia sekarang dilindungi polis German kerana ayahnya mengancam akan membunuhnya jika dia tidak kembali kepada Islam.

Di negara kita sendiri, agama Kristian dan ritual-ritual Kristian, mempunyai appeal yang sangat kuat kepada remaja kita yang fasih berbahasa Inggeris, tanpa mengira kaumnya.

Di kalangan orang Cina dan India, tidak semua yang fasih bahasa Inggeris masuk Kristian, ada yang tidak masuk Kristian. Tetapi semua yang masuk Kristian adalah yang fasih berbahasa Inggeris. 

Tidak ada orang Cina yang cuma tahu bahasa Cina sahaja, ataupun orang India yang tahu bahasa Tamil sahaja, yang masuk Kristian. 

Golongan pengagum bahasa Inggeris menyamakan apa-apa yang Inggeris dengan kemajuan, kemodernan, kebagusan, kebenaran dan kecantikan. 

Jika sesuatu itu mempunyai persamaan ciri dengan padanannya yang Inggeris, maka ia lebih bagus, lebih cantik. Wajah yang cantik adalah wajah yang mempunyai persamaan dengan rupa orang putih. Makanan yang sedap adalah makanan orang putih.

Bagi remaja pengagum Inggeris, agama Kristian disamakan dengan agama orang putih, agama bangsa-bangsa yang maju, yang kayaraya, dan modern. Perkara ini memang ada betulnya.

Mereka tidak berminat dengan agama Islam kerana agama Islam disamakan dengan agama bangsa-bangsa yang mundur, agama orang miskin, agama orang kampung, agama bangsa-bangsa yang rupa paras mereka tidak secantik orang putih. Agama Islam adalah agama yang menyusahkan mereka. Perkara ini pun memang ada betulnya.

Di negara kita, agama Kristian amat 'cantik' dan amat 'cool' di mata remaja pengagum bahasa dan budaya Inggeris. Dalam hati mereka, dan dalam tingkah laku mereka, sebenarnya mereka turut sama merayakan dan meraikan hari Krismas, sanubari mereka ikut mendendangkan lagu-lagu X'mas carols, cuma mereka tidak pergi ke gereja.

Remaja kelompok ini membaca buku-buku Inggeris yang ditulis oleh pengarang-pengarang Inggeris sahaja. Mereka yakin buku-buku Inggeris berkualiti tinggi. Bagi mereka buku-buku Melayu tidak berkualiti. Mereka yakin pengarang Inggeris lebih tinggi ilmunya. Manakala pengarang Melayu cetek ilmunya.

Di sinilah frontier kita sebagai penulis dan penerbit buku-buku Melayu. Kita mencari formula bagaimana kita dapat memujuk remaja Melayu pengagum bahasa dan budaya Inggeris supaya mahu membaca buku-buku agama dalam bahasa Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Demam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Penulis-penulis ngetop PTS sudah mula merancang pelbagai aktiviti yang dapat mereka lakukan sebagai penulis bagi membantu PTS mempromosi karya mereka dalam booth PTS pada PBAKL yang akan berlaku pada bulan April nanti.

Tuan Shamsuddin Kadir dan Tuan Zamri Mohamed akan berada di booth PTS setiap hari bagi menemui para pengunjung yang berminat membeli buku-buku mereka dan menjawab pertanyaan-pertanyaan peminat, dan mendapatkan feedback untuk menuliskan buku-buku baru mereka akan datang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Dinsman Ajak Pejuang Bahasa ke Kuala Terengganu

Pencinta bahasa Melayu, datanglah ramai-ramai ke KT
Dinsman
Wed | Jan 14, 09 | 11:59:11 pm MYT

Malam itu kawan-kawan saya - Razali, Kassim, Hasni, Ainon, Anuar, Sutung, Mohd Daud, Rahimidin, Dr Saiful, meneruskan 'mesyuarat' di luar pintu rumah Gapena, sambil berdiri. Mesyuarat dengan Gapena di dalam sudah selesai. Tetapi kawan-kawan ini banyak tak puas hati dengan hasil mesyuarat. Tak perlulah saya ceritakan lagi apa hasilnya itu. Baha Zain pun sudah menceritakannya dalam Harakah keluaran lalu. Berkenaan dengan tindakan yang hendak diambil bagi menghalang PPSMI diteruskan.

Tak selesai juga mesyuarat sambil berdiri itu, kami sambung ke kedai mamak, tak jauh dari bangunan DBP. (Ainon dan Anuar tak ikut). Berbincang dan berbincang, akhirnya timbul cadangan untuk bawa isu PPSMI ini ke Kuala Terangganu. Minta kerjasama kawan-kawan orang politik (PAS atau KeADILan), berikan sedikit ruang untuk para penulis dan penyair membaca puisi khas membantah pelaksanaan PPSMI.

Ajak sesiapa yang berminat

Kami pun menghubungi kawan-kawan politik di Kuala Terengganu, menyatakan hasrat itu. Dan sambil itu kami juga menghubungi kawan-kawan penulis dan ahli bahasa di seluruh negara, ajak sesiapa yang berminat untuk turun memeriahkan kempen kita membantah diteruskan pelaksanaan PPSMI. Kita menumpang kempen pilihanraya itu.

Sebenarnya bukan kita menumpang. Isu PPSMI adalah satu isu besar, yang boleh menggugat keutuhan bangsa Melayu sebagai suatu bangsa berdaulat, dan boleh menyebabkan bahasa Melayu akan pupus suatu hari nanti. Kita tidak menumpang dalam kempen itu, tetapi isu ini sebenarnya adalah isu yang penting. Ia sebahagian daripada masalah utama yang dihadapi rakyat Malaysia hari ini.

Sementara itu pada pagi Khamis 8 Januari, kami membuat pertemuan dengan Datuk Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini adalah lanjutan inisiatif Hasni Abas, Presiden Kesatuan Pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka, untuk menggembleng tenaga ke arah perhimpunan 100 ribu rakyat Malaysia menuntut supaya PPSMI dihapuskan. Turut sama dalam rombongan kami ialah rakan-rakan politik dari PAS dan KeADILan, dan juga wakil ABIM. Tujuannya, meminta persetujuan Datuk Hassan untuk mengetuai gerakan.

Alhamdulillah, setelah berdolak-dalik dan berbasa-basi, cuba menolak, akhirnya dia bersetuju. Kami berbincang panjang. Datuk Hassan membatalkan temujanji makan tengaharinya di luar, sebaliknya kami makan tengahari bersama, sambil berbincang. Begitu begini, tanpa diduga akhirnya dia juga bersetuju untuk pergi ke Kuala Terengganu, pada 14 Januari.

Ajak Datuk Hassan

Memang itulah yanag saya harap-harapkan. Sehari sebelumnya saya telah berbincang dengan Hasni, untuk cuba mengajak Datuk Hassan datang ke Kuala Terengganu, bagi memeriahkan lagi majlis bacaan puisi-puisi menentang PPSMI. Bukan setakat memeriahkan, tetapi memberi makna dan impak yang besar.

Saya menaruh harapan yang besar kepada bekas boss saya sewaktu di DBP dahulu itu, untuk sanggup turun bersama memperjuangkan isu bahasa ini. Turun bergerak bersama-sama dengan rakyat. Tetapi walaupun menaruh harapan besar, saya tidaklah menduga yang dia akan bersetuju untuk turun ke gelanggang secepat itu.

Biarlah tak usah disebut apa agenda Datuk Hassan turun ke Kuala Terengganu pada 14 atau 15 Januari itu. Yang pentingnya ialah dia juga akan hadir ke majlis bacaan puisi dan ceramah pendek mengenai PPSMI yang akan kita adakan pada 14 - 16 Januari, sempena kempen pilihanraya kecil itu. Ini yang sangat menarik pada saya.

Orang-orang sastera, orang-orang bahasa, orang-orang budaya, turun mengisi pentas kempen pilihanraya, dengan membawa satu isu yang besar, yang menyentuh keutuhan dan kedaulatan bangsa. Kita turun ke dalam kempen politik, tetapi kita tidak berpolitik, sebaliknya kita berkempen untuk kepentingan kebudayaan dan tamadun bangsa kita.

Ini yang cukup menarik. Perjuangan bahasa kembali menjadi isu penting dalam politik Malaysia. Suatu waktu dulu, dalam tahun-tahun 60-an, isu bahasa pernah menjadi isu penting dalam politik kita. Tetapi apabila agenda ekonomi mengambil tempat utama dalam kehidupan orang Malaysia sekitar tahun-tahun 80-an dan 90-an, isu bahasa dan budaya pun terpinggir.

Kejar kemajuan

Begitu tidak pentingnya bahasa dan budaya bagi orang-orang Malaysia yang sedang mengejar kemajuan materialisme ini, hinggalah apabila Perdana Menterinya menukar penggunaan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, pun mereka menerimanya. Padahal penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di sekolah dan di universiti itu adalah suatu pencapaian besar dalam perjuangan nasional mereka beberapa tahun sebelumnya.

Alhamdulillah, hari ini kesedaran budaya itu nampaknya mulai hidup kembali dalam jiwa sebahagian orang Malaysia. Mungkin dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu ini kita akan dapat melihat bagaiamana faktor budaya (bahasa) akan mengambil peranan penting bagi menentukan masa depan politik Malaysia.

Saya sangat gembira apabila wakil-wakil dari parti politik yang menyertai "Gerakan Mansuhkan PPSMI" sengaja mencari orang budaya untuk memimpin gerakan tersebut, manakala mereka bersedia meneyertainya sebagai AJK biasa, dan PAS misalnya mewakilkan Timbalan Presidennya sendiri, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, untuk menjadi AJK gerakan ini.

Maka dalam suasana inilah saya ingin menyeru kepada kawan-kawan penulis dan aktivis seni di seluruh negara, marilah kita sama-sama meraikan kesedaran budaya yang sedang memekar ini, dengan hadir beramai-ramai ke Kuala Terangganu, bagi menjayakan majlis bacaan puisi yang menyuarakan bantahan terhadap PPSMI.

Kita bukannya nak bantah apa pun. Kita membantah usaha-usaha yang hendak meminggirkan bahasa Melayu. Itu saja. Tak ada sebab pun bahasa Melayu hendak dipinggirkan, melainkan kalau otak kita masih lagi terjajah oleh anasir-anasir jahat yang kini sedang berusaha untuk meletakkan seluruh dunia di bawah kuasa penjajahan materialisme mereka. Wallaahu a'lam!

(Tuan Dinsman dapat dihubungi dengan emel .(JavaScript must be enabled to view this email address) atau sms 0136362408) 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sabtu 17 Januari di DBP Majlis Diskusi Karya Mantan MPR 2009

Salina Ibrahim adalah salah seorang mantan peserta program Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Novel Bukan yang Pertama adalah salah satu karya yang akan dikupas dalam majlis itu.

Novel ini sudah lebih 4 bulan termasuk dalam senarai TOP 20 MPH.

Maklumat lanjut majlis itu ada di sini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kesan Positif Menjadi Tetamu IKIM.fm

Apabila penulis diundang menjadi tetamu di radio, jangan ditolak undangan itu.

Salah satu manfaat bercakap di radio adalah peluang memperkenalkan diri pengarang dan karya-karyanya.

Ambil sebagai contoh pengalaman Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim menjadi tetamu di IKIM.fm pada 25 Disember lalu.

Salah seorang yang kebetulan mendengar talk-show beliau itu adalah seorang pegawai tinggi kerajaan bertaraf 'ketua pengarah' di sebuah jabatan. Keesokan harinya, 26 Disember, VIP itu pergi membeli buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah lalu membacanya.

Semalam, 27 Disember, Prof. Kamil menerima panggilan daripada VIP itu. Beliau memberitahu Prof. Kamil bahawa beliau hendak membeli 400 naskhah Travelog Haji dan 400 naskhah Travelog Dakwah. Buku-buku itu hendak dijadikan hadiah kepada semua staf yang bertugas dalam jabatannya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Remaja Urbanite Tolak Imej Bertudung

Seorang agen PTS memberitahu saya pengalamannya menyewa ruang dan membuka meja pameran di dalam sebuah kompleks membeli-belah di Lembah Kelang bagi menjual buku-buku PTS, termasuk novel-novel Islami PTS.

Kompleks itu dikelilingi oleh kawasan perumahan kelas menengah Melayu yang mewah. Ia tidak terlalu sibuk, tetapi mereka yang datang ke situ memang mempunyai wang.

Menurut agen PTS itu, ibu-ibu muda dan modern yang tidak bertudung banyak membeli buku-buku PTS One untuk anak-anak mereka. 

Wanita profesional yang bertudung banyak membeli buku hard-cover Aisyah

Lelaki profesional banyak membeli novel siri pahlawan Islam Abd. Latip Talib. 

Agen PTS itu beberapa kali cuba memperkenalkan novel-novel Islami PTS kepada remaja perempuan yang bergaya modern urbanite. Mereka semua menolaknya  -  malah memegang novel yang diunjukkan itu pun, mereka tidak mahu. Padahal novel itu antara novel PTS yang paling laku dan paling cantik covernya.

Justeru, mesej Islam yang terdapat dalam novel-novel Islami PTS tidak sampai kepada remaja urbanite disebabkan mereka menolak desain cover yang menggunakan imej perempuan bertudung. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Contoh Format Menulis Surat Komplen yang Betul

Assalamualaikum, Puan Editor.

Saya doakan semoga Puan sentiasa berada dalam keadaan yang amat selesa, memuaskan, gembira dan dalam kesihatan yang amat baik.

Sebenarnya saya amat keberatan untuk menulis e-mel ini. Pn. Ainon sendiri pun telah meminta saya menulis kepada editor lebih daripada tiga bulan yang lalu. Namun hanya sekarang saya diberikan peluang dan kesempatan olehNya untuk menulis.

Sebelum meneruskannya, saya memohon beribu ampun maaf terlebih dahulu sekiranya apa yang dituliskan ini membuatkan Puan berada dalam situasi yang kurang menyenangkan:

Selepas buku saya "Kerjaya Dalam Bidang ICT" diterbitkan, PTS melalui editor perolehan pada masa tersebut, Tuan Fadzli, telah meminta supaya saya menulis beberapa buah buku lagi. Akhirnya proposal buku "50 Jawatan Terpilih Dalam Kerajaan" dan "50 Jawatan Terlaris Dalam ICT" telah diterima oleh PTS.

Saya telah pun menulis dan menghantar manuskripnya kepada PTS pada 15 Mei 2008 sebagaimana yang dipersetujui dan diperlukan oleh pihak PTS. Manuskrip bercetak diposkan kepada Tuan Fadzli dan softcopy disalinkan kepada Pn. Ainon, Tuan Roslan dan Puan Editor sendiri.

Selepas ianya dikemukakan, saya menghubungi Tuan Fadzli untuk bertanyakan mengenai perkara ini. Beliau memaklumkan bahawa manuskrip telah diterima dan telahpun disemak dan dikemukakan kepada Puan untuk tindakan selanjutnya.

Sehingga kini saya tidak menerima sebarang berita mengenai manuskrip tersebut. Walau bagaimanapun saya ada menerima beberapa berita tidak rasmi seperti berikut:

1. PTS akan memperlahankan penerbitan buku kerjaya dan menumpukan kepada buku "buat duit".
2. Buku kerjaya tidak akan diterbitkan lagi.

Sama ada berita ini benar ataupun tidak, saya tidak dapat pastikannya kerana tidak ada sebarang berita mengenainya diterima. Sekiranya memang manuskrip tersebut tidak akan diterbitkan, saya memohon supaya ianya dapat dipulangkan kepada saya supaya saya dapat mencari penerbit lain yang sudi untuk menerbitkannya. Saya akan bayar semula belanja penghantarannya.

Sekian, semoga mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak Puan. Wassalam.

http://muhamadbinali.com
http://perjasa.net
http://myjica.net

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 6 pages  <  1 2 3 4 5 >  Last »