Saturday, January 31, 2009

Pelancaran Gerakan Mansuhkan PPSMI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto menunjukkan pegawai-pegawai polis cuba memujuk Dato' Dr. Hassan Ahmad, pengerusi GMP, supaya meninggalkan Dataran Sogo.

Tengok lebih banyak foto di blog Prof. Abdullah Hassan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Data-data Pencapaian Pendidikan Melayu 1958 - 2002

Oleh: Prof. Dr. Shaharir bin Mohamad Zain
Mantan Profesor Matematik,
Pusat Sains Matematik Universiti Kebangsaan Malaysia, dan
Presiden, Akademi Sains Islam Malaysia

Fakta yang tidak diketahui?

Dalam masa empat dasawarsa sahaja, Malaysia mampu melahirkan sarjana bertaraf dunia dalam pelbagai bidang SAKTI. Sekaligus perkembangan dan kemajuan yang berlaku pada bahasa Melayu adalah pada tahap fenomenal.

Hanya mereka yang terbenam ria dalam budaya berbahasa lain sahaja yang tidak sedar atau tidak mahu mengakui hakikat ini.

Malangnya itulah yang nampaknya sedang berlaku di kalangan para pemimpin Melayu yang berkuasa sekarang yang mewarisi pemupukan dan pemagaran bahasa Melayu tetapi nampaknya sedang memakannya pula sehingga SITC , simbol pencapaian pendidikan Melayu pertama pada abad ke-20, telah menjadi mangsanya, dan dijangka tidak lama lagi UKM, simbol mercu pendidikan Melayu, turut musnah dengan tangisan tidak berlagu lagi.

Pencapaian prasiswwazah

UKM ditubuhkan pada 1970 bagi memajukan ilmu dalam bahasa Melayu dalam kebanyakan bidang ilmu dan sekaligus menjadi penyatu bangsa dan penyinambungan asas penubuhan SITC 1922 dan Kolej Islam Kelang 1955, dua institusi tertinggi yang menjadi kebanggaan Melayu sebelum merdeka! (Lihat sejarah UKM oleh Mohd Ali 1981).

UTM pula menjadi pelopor pendidikan kejuruteraan dan teknologi dalam bahasa Melayu sejak 1978. Universiti-universit awam yang lain turut berada dalam aliran ini sejak 1983.

Walaupun bidang perubatan, belum lagi dijalankan dalam bahasa Melayu sepenuhnya hingga kini, termasuklah di UKM, malah bidang ini hanya dijalankan dalam bahasa Melayu sehingga tahun ketiganya sahaja (tahun praklinik) dan dua tahun kemudiannya (peringkat klinik) hampir semuanya dalam bahasa Inggeris, namun semua universiti awam sudah menjadi universiti Melayu (bahasa pengantarnya dominan Melayu, dan begitulah juga dengan komposisi pelajar dan pekerjanya) sekurang-kurangnya sejak 1987 (tahun keramat semua universiti awam melahirkan prasiswazah aliran Melayu dalam semua bidang kecuali perubatan).

Satu-satunya universiti swasta pada masa itu ialah UIAM yang menggunakan bahasa Inggeris dan Arab sebagai bahasa pengantarnya.

Sejak kemeriahan bahasa Melayu 1987 itu, dianggarkan sekurang-kurangnya secara puratanya 4 ribu prasiwazah SAKTI aliran Melayu dihasilkan oleh universiti-universiti awam kita setiap tahun.

Jika dilihat dalam bidang teknologi maklumat (TM) pula, suatu bidang yang sering difitnahkan sebagai tidak layak diajar apatah lagi dimajukan atau dibangunkan dalam bahasa Melayu kerana kepantasan perkembangan ilmu itu dalam bahasa Inggeris dan kononnya pelajar aliran Melayu tidak mampu mengikutinya, maka data di UKM sahaja pun menyangkal keras prasangka buruk dan jahat ini.

Pertamanya, bidang ini telah diajar dalam bahasa Melayu di UKM sejak tahun 1975 lagi di bawah program sains komputer, dan ijazah dalam bidang ini pertama kali dikeluarkan oleh UKM mulai 1979, walaupun Fakulti Teknologi Maklumat UKM hanya ditubuhkan pada tahun 1994 sahaja.

Fakulti TM, sains maklumat, sains komputer atau gabungannya di IPTA lain telah beberapa tahun ditubuhkan lebih awal daripada 1990 lagi yang semua programnya dijalankan di dalam bahasa Melayu juga. Umpamanya Fakulti Sains Komputer dan Sains Maklumat (FSKSM) di UTM ditubuhkan pada 1984 lagi. Tetapi sebelum tertubuhnya fakulti ini pun, sejak 1985 lagi UTM sudah pun melahirkan puluhan prasiswazah TM dalam aliran Melayu setiap tahun (Sila rujuk sesawang UTM).

Sejak 1994 tidak kurang daripada 2 ribu orang prasiswazah SAKTI setahun, termasuk kira-kira 200 orang prasiswazah TM setahun, dapat dikeluarkan oleh setiap lima buah universiti awam besar (UKM, UM, UPM, USM dan UTM) dan semuanya dalam bahasa Melayu, tertutamanya selepas 1982).

Contohnya, dalam konvokesyen UKM 2001, seramai tidak kurang drp 2500 orang pelajar SAKTI dianugerahi ijazah pertamanya masing-masing termasuklah bidang TM seramai tidak kurang drp 400 orang (Buku cenderamata konvokesyen UKM 2001. Perincian data prasiswazah UKM sehingga 1994, lihqat risalah Intisari UKM 1995).

Kejayaan Malaysia dalam pembangunannya sejak 1974 (semenjak prasiswazah aliran Melayu wujud) dan dengan pesatnya dalam tahun 1980-an dan 1990-an itu tentunya sebahagian besarnya berupa sumbangan para lulusan aliran Melayu juga, sekurang-kurangnya mereka yang memperoleh pendidikan sains dan matematik sehingga ke peringkat SPM.

Kenapalah pemimpin kita lupa bahawa dalam tempoh itu juga, menerusi pendidikan alairan Melayu inilah puluhan ribu setahun pelajar Malaysia mampu bersaing di universiti antarabangsa (di negara-negara berbahasa Inggeris, negara-negara di Eropah, Jepun, negara-negara Arab dan lain-lain lagi) dengan membawa pulang ijazah masing-masing (termasuklah Melayu sekitar 5 ribu setahun itu).

Pencapaian Siswazah

Sementara itu, siswazah Sarjana aliran Melayu (kursus dan/atau tesisnya dalam bahasa Melayu) dalam bidang sains dihasilkan pertama kalinya pada tahun 1980 (geologi) dan Doktor Falsafahnya (D. Fal.) pada tahun 1985 (sains hayat) yang kedua-duanya di UKM.

Sarjana dalam TM (teknologi maklumat, bidang yang paling kerap dikatakan tidak sesuai/mampu dalam bahasa Melayu) dihasilkan mulai 1985 di UKM atas nama sains komputer; manakala peringkat D.Fal. dalam bidang TM dihasilkan mulai 1998.

Sejak 1980 hingga 2002 UKM sahaja telah menghasilkan kira-kira 2 ribu buah tesis Sarjana dan D. Fal., dan dalam bidang TM sahaja sejak 1995 hingga kini UKM telah menghasilkan hampir 300 buah tesis.

Jika universiti awam lain dianggap juga menghasilkan siswazah Sarjana dan D.Fal. dengan tesisnya dalam bahasa Melayu sekurang-kurangnya sejak 1990 (7 tahun selepas semua program ijazah pertamanya dalam bahasa Melayu) maka ribuan tesis lagi terhasil dari universiti-universiti awam lain itu.

Sejak 1990-an juga setiap tahun beberapa orang sarjana SAKTI Malaysia yang berpendidikan aliran Melayu sekurang-kurangnya sehingga SPM berjaya menggodol hadiah rekacipta bertaraf dunia yang diadakan di Eropah.

Yang lainnya, ada yang beroleh hadiah tesis Ph.D yang terbaik dan sebagainya di universiti-universiti terkemuka di seberang laut. Semua ini menyangkal dakwaan jahat yang kononnya lulusan aliran Melayu tidak berdaya saing atau tidak bertaraf dunia.

Pencapaian Dunia Akademia

Sekurang-kurangnya sejak 1994 lagi peratusan akademiawan bidang SAKTI universiti-universiti di Malaysia yang berijazah pertamanya dalam aliran bahasa Melayu dari UKM sahaja pun cukup ramai, iaitu melebihi 30% (UKM 44% bidang S & T dan 29% bidang kesihatan, UPM 24% , UTM kira-kira 46%).

Kini dianggarkan lebih daripada 50% kaki tangan akademik universiti-universiti kita terdiri daripada mereka yang sekurang-kurangnya berijazah pertamanya dalam aliran Melayu.

Ramai daripada mereka ini sudah membuktikan kehebatan pendidikan dalam aliran bahasa Melayu di antarabangsa pun menerusi forum-forum akademianya (penerbitan, persidangan dan sebagainya yang bertaraf dunia) dan peggondolannya hadiah di pertandingan rekacipta antarabangsa dan sebagainya.

Pencapaian Pengimbangan Kaum dalam Dunia Keikhtisasan SAKTI

Kejayaan pendidikan aliran Melayu juga dapat dilihat daripada segi kejayaan kita mengimbangi komposisi kaum dalam pelbagai sektor selain daripada sektor akademik.

Dalam tahun 1999, arkitek Melayu 29% (tahun 1970 hanya 4%), doktor gigi Melayu 35% (tahun 1970 hanya 3%), doktor haiwan 43% (tahun 1970 hanya 4%), doktor perubatan lain 37% (tahun 1970 hanya 4%), juru ukur 45% (tahun 1970 tiada datanya tetapi dipercayai tidak banyak jauhnya dearipa 4% itu) dan jurutera 27% (tahun 1970 hanya 7%).

Pemimpin-pemimpin persatuan berasaskan SAKTI kini kira-kira 50% orang Melayu (tahun 1970 dahulu datanya tiada, tetapi tentunya tidak lebih daripada angka 4%-7% itu).

Dalam dunia akademik dan penyelidikan SAKTI, peratusan Melayu dikira sudah tidak seimbang lagi, iaitu melebihi 80% kecuali kesihatan sekitar 50%, geologi sekitar 60% dan farmasi 70%. (Lihat juga Rajah 1, manakala perincian data ini ada dipaparkan dalam Shaharir 2002).

Pencapaian dalam Pengantarbangsaan SAKTI Melayu

Selain daripada kejayaan dalam pencapaian pertandingan rasmi atau tidaknya di arena antarabangsa di kalangan para lulusan atau sarjana Malaysia beraliran Melayu yang tersebut di atas, pengantarabangsaan bahasa SAKTI dan bahasa Melayu juga berlaku menerusi puluhan ribu tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu yang disebut di atas itu.

Ini berlaku apabila para sarjana luar negara terpaksa merujuk tesis-tesis ini apabila mereka ingin mengetahui dengan lebih terperinci lagi akan ilmu ciptaan siswazah Malaysia itu apabila mereka mengetahui kewujudannya menerusi penerbitan atau forum-forum ilmiah (seminar dan sebagainya).

Satu lagi kejayaan besar pendidikan SAKTI aliran Melayu ialah kejayaan kita mewujudkan para sarjana yang berfikir secara nasional walaupun bekerja di antarabangsa sehingga mereka ini mengantarabangsakan bahasa Melayu menerusi istilah bidangnya masing-masing.

Dalam bidang zoologi umpamanya kini sudah lebih daripada 300 istilah haiwan dalam bentuk L M dengan L dalam bahasa Latin dan M dalam bahasa Melayu daripada warna seperti hijau, jalur, tompok, dan sebagainya (contohnya, Arthrotus hijau); atau kata sifat seperti ajaib, cantik, lawa, indah dan sebagainya; atau daripada nama tempat di Malaysia seperti pahangi (drp Pahang); atau nama orang Melayu seperti ismaili (drp Ismail) seperti yang dipaparkan oleh Muhammad Salleh (2002).

Penulis ini sendiri memperkenalkan istilah resapion (drp resap + ion) dalam karyanya yang telah diantarabangsakan. Ini mustahil berlaku jika SAKTI kita tidak dalam aliran Melayu sebagaimana yang terbukti pada sarjana kita di Universiti Malaya sebelum 1983. Sekaligus terbuktilah juga kekosongan dakwaan “maju bangsa majulah bahasa” itu.

Masalah Pendidikan SAKTI dalam Aliran Melayu

Di samping kejayaan demi kejayaa yang tercapai menerusi pendidikan SAKTI dalam bahasa Melayu itu, sepertilah juga dengan aliran bahasa lain di dunia ini (termasuk aliran Inggeris di UK dan Amer. Syarikat pun!), pendidikan dalam bahasa Melayu telah tidaklah menghapuskan semua masalah pendidikan orang Melayu yang dihadapinya selama ini.

Malangnya, bagi pencita dan pengagum bahasa Inggeris (dan mungkin sekali kebudayaannya) masalah-masalah ini kononnya disebabkan oleh bahasa Melayu secara intrinsiknya.

Mereka percaya pula masalah-masalah yang masih wujud itu kononnya semuanya dapat diselesaikan menerusi penghayatan bahasa Inggeris dalam pendidikan “sains dan matematik” dalam bahasa Inggeris bahkan dalam seluruh kehidupan ini seperti yang nampaknya diimpikan oleh pemimpin besar Melayu Selangor.

Pihak-pihak yang memang gembira atau terpaksa bersetuju dengan dasar baru kerajaan mengenengahkan pelbagai helah untuk menegakkan akan wajarnya dasar itu dan ini dibicarakan satu persatunya di bawah ini.

Pantasnya sains dan matematik berubah

Helah kewajaran dasar bahasa baru di sekolah yang sering disuarakan ialah betapa sains dan matematik kini pantas berubah dan tidak mungkin dikejar dalam bahasa Melayu.

Mereka ini lupa bahawa seseorang perlu menguasai asas-asas sains dan matematik itu dahulu sebelum terlintas atau termampunya seseorang itu mahu mengejar ilmu berkenaan itu.

Jikalau diajar dalam bahasa sendiri pun kebanyakannya tidak dapat menguasai asas-asas itu, masakan berlaku sebaliknya jika diajar dalam bahasa bukan bahasa ibundanya?

Mereka juga lupa atau jahil betapa sains dan matematik sekolah adalah ilmu asas ynag berumur ratusan tahun dan tidak berubah sedikit pun, apatah lagi kononnya berubah-ubah menerusi bahasa Inggeris sahaja, sehingga tidak dapat dikejar dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris itu. Ini satu pembohongan semata-mata!

Malah sains dan matematik di peringkat universiti (peringkat ijazah pertama) pun hampir tidak berubah juga.

Yang berubahnya, selain daripada ilmu di peringkat pasca-siswazah, ialah teknologi terutamanya teknologi komputer sahaja, dan itu pun bikan menerusi bahasa Inggeris sahaja, tetapi banyaklah siswazah aliran Melayu (dan tidak semua aliran Inggeris pun) selama ini memang mampu mengikuti perkembangan itu.

Mungkin yang boleh diterima tak mampunya Malaysia (di bawah sistem pendidikan Melayu selama ini dan Inggeris sebelum itu!) ialah membuat inovasi sendiri atau mencipta yang baru sendiri.

Tetapi penginovasian dan penciptaan tiada memihak kepada bahasa Inggeris sahaja! Malah sehingga kini orang Inggeris sendiri umpamanya bukanlah penginovasi atau/dan pencipta yang biak/produktif atau terhandal!

Bahasa Inggeris kunci ajaib-sakti penguasaan sains dan matematik

Satu lagi helah pewajaran dasar bahasa di sekolah ialah kononnya belajar dalam bahasa Inggeris boleh mempercepatkan dan meningkatkan pencapaian orang Melayu khususnya menguasai sains dan matematik.

Mereka ini mengeluh (seolah-olah merekalah sahaja yang prihatin!) kerana dengan pendidikan dalam bahasa Melayu selama lebih 40 tahun pun pencapaian Melayu yang cemerlang masih ketinggalan berbanding dengan kaum Cina. (Memang! Mengikut perkiraan penulis nisbahnya kira-kira 1: 9 di peringkat SPM dan 1:19 di peringkat universiti tempatan).

Mereka ini berhujah dengan yakin dan sombongnya (mungkin kerana kuasa di sebelahnya!) bahawa kononnya dengan dasar pengInggerisan pendidikan sains dan matematik sekolah, pada mulanya orang-orang Melayu mungkin akan menurun lagi pencapaiannya kerana masalah bahasa Inggeris itu, tetapi kemudiannya, atas kesedarannya, tekanan dan sebagainya, orang Melayu (di luar bandar sekali pun) akan menguasai bahasa Inggeris dan seterus dapat menguasai sains dan matematik dengan lebih baiknya.

Tidak lama selepas itu kononnya kita akan menjadi pencipta SAKTI! Hujah taajub inilah juga yang menyebab mereka ini mencanangkan slogan “maju bangsa majulah bahasa” kerana kononnya bahasa Melayu sekarang tidak maju-maju dan tiada siapa yang mahu belajarnya kerana orang Melayu mundur, sedangkan apabila Melayu maju kelak (menerusi bahasa Inggeris itu) maka baharulah bahasa Melayu pun akan turut menjadi maju dan ingin dipelajari oleh orang-orang lain seperti bahasa-bahasa negara maju sekarang. Ini memang hujah sewel, membodohkan rakyat dan berharapan kosong sahaja.

Tiada bukti dalam dunia ini, dan tidak masuk akal sesiapa pun yang waras dan ikhlas, yang kaedah sebegini memang berjaya seperti yang di-Mat-Jeninkan itu.

Kejayaan lebih daripada 5 ribu setahun pelajar Melayu dalam aliran Melayu memperoleh ijazah dalam aliran pelbagai bahasa di seberang laut, terutamanya dalam bahasa yang kerajaan begitu perihatin dan sangsi kebolehan anak Melayu, iaitu bahasa Inggeris, menyangkal tohmahan yang kononnya pendidikan dalam bahasa Melayu semakin melemahkan Melayu, tidak berdaya saing dan sebagainya itu.

Pencapaian anak-anak Melayu berbanding dengan bukan Melayu di semua peringkat sebenarnya jauh meningkat berbanding dengan zaman pendidikan bukan dalam aliran Melayu dahulu, walaupun jurangnya masih luas.

Sudah ramai anak Melayu yang malah dapat berada di universiti-universiti terkemuka di dunia, di Amerika Syarikat dan di United Kingdom, dan bersama-sama dengan yang di universiti lain ramai pula yang beroleh kelas pertama pun.

Jika pencapaian ini dicampurkan dengan yang di dalam negara, maka jurang pencapaian Melayu dengan suku kaum lain di Malaysia tidaklah seburuk yang digambarkan itu, malah mungkin sekali sama dengan jurang di peringkat SPM itu sahaja (yang perlu diakui masih luas jurangnya).

Tetapi hipotesis yang nampaknya begitu dipercayai oleh UMNO bahawa jurang ini dapat disempitkan apabila bahasa pengantar ilmu sains dan matematik dijadikan dalam bahasa Inggeris adalah suatu yang di luar khayalan dan kefahaman orang-orang yang tidak terserkap/terpesona dengan bahasa Inggeris. Malah hampir semua kajian berhubung dengan hal ini yang dilakukan di luar negara memang menunjukkan sebaliknya!

Tidak ada sebab seseorang tidak mahu mempercayai kajian ini. Lebih-lebih lagi apabila seseorang menyedari sebahagian besar negara maju sekarang (apatah lagi dahulu) bukannya negara yang sistem pendidikannya dalam aliran Inggeris!

Di dalam ketaasubannya kepada kebudayaan Inggeris, mereka ini sengaja enggan menerima hakikat tiada apa yang istimewanya bahasa Inggeris dalam penentuan tahap kejayaan atau pencapaian pendidikan atau penciptaan dan pembangunan SAKTI.

Mereka ini seolah-olah lupa bahawa setiap negara maju di dunia ini yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kehidupannya atau bahasa pengantar pendidikan SAKTI negaranya.

Dalam pembangunan dan penciptaan SAKTI amatlah jelas perkara ini kerana para ahli SAKTI besar dunia tidak didominasi oleh mereka yang berbahasa ibundanya Inggeris, atau mereka yang melalui sistem pendidikan aliran Inggeris sahaja, walaupun benar bahasa Inggeris semakin meluas penggunaannya sebagi bahasa komunikasi antarabangsa.

Ini dibuktikan lagi oleh hasil ujian berkala empat tahun terhadap pencapaian pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh dunia (kira-kira 40 buah negara yang mengambil bahagian) oleh pengkaji di Amerika Syarikat di bawah tajaan NSF-nya.

Kini sudah 4 kali dilakukan dan kali terakhirnya setakat ini ialah 1999 (lihat Newsweek December 2, 1996 dan Internet 1; sepatutnya ada ujian ini tahun 2003 tetapi tiada berita yang kami peroleh setakat ini).

Setiap kali kajian itu, hasilnya sepatutnya menyedarkan para pemabuk bahasa Inggeris di Malaysia ini kerana pencapaian negara-negara berbahasa Inggeris sekalipun (Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, dan Ireland) mendapat kedudukan yang ke bawah daripada negara-negara lain (yang tidak berbahasa Inggeris).

Yang menariknya lagi Thailand (yang menggunakan bahasa sendiri) berprestasi yang sebanding dengan negara-negara berbahasa Inggeris itu, dan negara yang menggunakan bahasa asing (bahasa penjajahnya seperti Sepanyol, Pertugis, Perancis dan Inggeris) dalam sistem pendidakannya mendapat tempat corot.

Negara kita (yang masih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan sehingga kini dan oleh itu kononnya tidak berdaya saing itu) masuk dalam penilaian ini hanya tahun 1999 dan pencapaian kita juga agak baik, iaitu dapat mengatasi kebanyakan negara yang berbahasa yang para pemimpin kita citai dan kagumi itu (bahasa Ingeris) dan mengatasi Phillipina (yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pendidikannya).

Satu-satunya negara yang tidak menggunakan bahasa sendiri dalam sistem pendidikannya tetapi berprestasi baik ialah Singapura.

Tetapi ini pun sepatutnya tidaklah begitu merayakan golongan pencita bahasa Inggeris di Malaysia (dan di mana-mana jua) kerana prestasi Singapura dalam pertandingan-pertandingan antarabangsa yang lain lagi tidaklah pula membanggakan seperti dalam Olimpiad subjek-subjek sains sekolah yang dibicarakan di bawah ini.

Tidak hairanlah, sejak 1999, Singapura sendiri tidak lagi percaya dasar ekabahasanya (bahasa Inggeris sahaja) dalam sistem pendidikannya boleh menjayakan Singapura pada masa hadapan kerana penyelidikannya membuktikan hanya sekitar 40% sahaja rakyatnya yang berpotensi menguasai bahasa Inggeris walaupun jumhur rakyat Singapura memang mengimpikan menjadi Barat lalu semakin ramai menjadi karikatur Barat.

Ekoran daripada itulah pemerintah Singapura mengubah sistem pendidikannya kepada dwibahasa (Inggeris & Mandarin; atau Inggeris & Melayu) sambil mewujudkan kempen besar-besaran kepada keperluan nilai-nilai Konfusisme sehingga 1999 dikatakan sekurang-kurangnya 60% pelajar Sekolah Singapura berpendidikan sekolah rendahnya dalam dwibahasa Cina-Inggeris (Lihat internet 3).

Kedudukan negara-negara dalam pertandingan tahunan Olimpiad Antarabangsa Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi juga lebih kurang seperti kedudukan dalam ujian yang tersebut di atas juga, iaitu kedudukan pertama hingga sepuluh 10 digondol oleh negara-negara yang bahasa pengantar sekolahnya dalam bahasa ibundanya. (lihat internet 4).

Umpamanya, Olimpiad Matematik Antarabangsa 2002 menintakan Republik China sebagai johan, diikuti oleh Rusia dan Amerika Syarikat, Bulgaria, Vietanam, Korea Selatan, Taiwan, Romania, India (satu-satunya bukan bahasa ibunda), dan Jerman.

Olimpiad dalam Fizik 2002 tidak dapat diketahui tetapi dalam 2001, pemenangnya pertamanya dari Rusia diikuti oleh Iran, Belarus, India, Poland, Republik China, Amerika Syarikat dan Taiwan.

Olimpiad dalam Kimia 2002 dimenangi oleh Republik China diikuti oleh India, Poland, Taiwan, Ukrain dan Korea Selatan. Olimpiad dalam Biologi dimenangi oleh Republik China diikuti oleh United Kingdom, Rusia, Taiwan, Korea Selatan.

Dalam pertandingan-pertandingan Olimpiad ini, Singapura mengatasi negara-negara ASEAN hanya dalam bidang Biologi sahaja dan Phillipina (satu lagi sistem pendidikan yang nampaknya diidami oleh Malaysia kerana Inggerisnya) berada di corot!

Mungkin para citawan Inggeris menonjolkan India pula, tetapi kenapa tidak negara-negara lain itu?

Semuanya ini hanya manifestasi hukum sosial tentang kerelevanannya bahasa sendiri dalam pembangunan dan juga menunjukkan adanya faktor lain lagi dalam pencapaian ilmu, bukannya soal kesuperioran bahasa Inggeris seperti yang dibayangkan oleh dasar bahasa kerajaan yang baru ini.

Tetapi, pemimpin Malaysia kini nampaknya membayangkan sikapnya yang berpendirian “lebih baik rakyat Malaysia ramai berbahasa Inggeris dalam kehidupan hariannya daripada berilmu tetapi tidak tahu Inggeris seperti Jepun”.

Aliran Melayu monyok, lemah dan tak boleh kerja dalam negara sendiri apatah lagi bersaing di antarabangsa.

Pandangan bahawa lulusan aliran Melayu adalah lemah, tak boleh bekerja dan tidak boleh bersaing secara seluruhnya itu adalah satu tohmahan yang berniat jahat sahaja.

Kejayaan lulusan sekolah pelajar-pelajar aliran Melayu yang diperihalkan pada awal makalah ini jelas menyangkal dakwaan ini. Kelemahan sana-sini tetap ada dan malangnya kelemahan itu ialah kerana sikap kita sendiri sahaja seperti yang dijelaskan di bawah ini.

Laporan jejak prasiswazah UKM yang dilakukan oleh Sham Sani et al. (1983) dan Faridah et al. (1987) kedua-duanya tidak banyak menimbulkan masalah keupayaan ilmu pada lulusan UKM (aliran Melayu) malah ada kemahiran lulusan UKM yang mengatasi lulusan dari universiti-universiti lain (dari luar atau dalam negara seperti aspek penyelidikan).

Tetapi kedua-dua laporan itu memang ada menimbulkan budaya komunikasi dalam bahasa Inggeris di swasta yang tidak cocok dengan lulusan UKM, dan ini menunjukkan masyarakat kita, khususnya swasta, tidak pernah dan tidak mahu berubah dalam aspek kebahasaan ini.

Inilah yang anehnya dan tidak kenanya dengan bangsa Melayu yang sudahpun ditonjolkan dengan sedih dan kesalnya oleh Munsyi Abdullah pada awal kurun ke-19M dahulu lagi, yang tidak berlaku pada bangsa lain yang maju di dunia ini, iaitu bangsa yang tidak mahu menggunakan atau memajukan bahasanya sendiri.

Masalah yang terjadi kepada lulusan aliran Melayu sebenarnya ciptaan orang Malaysia sendiri sahaja, yang boleh dihindari jika minda elitawan dan majikan Malaysia berubah.

Perbuatan siapakah sehingga walaupun sudah ratusan ribu siswazah aliran Melayu terhasil, namun bahasa Melayu di sektor berpengaruh (sehingga 2003, selain pendidikan) masih menjadi melukut di tepi gantang?

Dalam keadaan ini sudah tentulah lulusan aliran Melayu menghadapi masalah komunikasi di mana sahaja mereka bekerja samalah juga dengan lulusan Inggeris yang bekerja di Thailand atau Jepun umpamanya. Mereka ini menjadi monyok buat seketika.

Sepatutnya kerajaan yang betul wawasannya semestinya menyalahkan golongan elitawan kita, bukan sistem pendidikan aliran Melayu itu yang dihina dan dicela. Sepatutnya kerajaan tidak membiarkan DBP sahaja terkial-kial menjalankan Minggu Bahasa Kebangsaan Swasta yang gagal itu.

Sepatutnya kerajaan menawarkan berbagai-bagai bentuk insentif kepada swasta supaya mereka menggunakan bahasa rasmi negara dalam urusannya, bukannya membiarkan swasta yang menentukan nasib bahasa rasmi negara seperti yang berlaku selama ini.

Keberanian golongan citawan Inggeris muncul dengan hebatnya sejak 1990-an kerana sikap liberal kerjaaan dan arus sejagatisme serta kemelesetan ekonomi negara.

Pangkungan mereka kepada lulusan aliran Melayu dan dunia akdemik Malaysia amnya menjangkau kepada tuduhan kononnya akademikawan selepas peMelayuan sistem pendidikan negara kurang bermutu berbanding dengan yang di UM pada zaman berbahasa Inggeris dahulu.

Namun kajian Shaharir (1996) berasaskan pada karya-karya akademik para pensyarah UM (1966-1971) dan UKM (1980-1985) menunjukkan prestasi ahli akademik di kedua-dua universiti itu (dalam tempoh kajian itu) tidaklah berbeza sangat dalam kebanyakan bidang SAKTI, walaupun dalam bidang sains hayat dan matematik nampaknya pencapaian di UM lebih rendah, dan sarjana UKM jelas mengatasi UM dalam penulisan buku-buku teks pengajian tinggi.

Pendeknya, dakwaan para pengkritik bahawa sarjana kita pada zaman pendidikan aliran Melayu kurang bermutu daripada yang pada zaman aliran Inggeris dahulu adalah curahan sentimen melulu dan nita jahat semata-mata.

Masalah pengangguran siswazah di Malaysia yang dikaitkan semata-mata dengan pendidikan aliran Melayu memanglah berniat jahat.

Sebenarnya pengangguran itu lebih merupakan indeks keadaan ekonomi semasa sahaja dan indeks taburan pemilikan perusahaan mengikut kaum, bukannya indeks tahap kemampuan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sebesar seperti yang digembar-gemburkan itu.

Bukankah sebelum Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi siswazah aliran Melayu (bidang SAKTI) tetap memperoleh pekerjaan, dan bukankah siswazah di India dan di Phillipina yang beraliran Inggeris itu juga tidak mendapat pekerjaan di negara masing-masing?

Pendidikan dalam bahasa Melayu tidak digemari, memisahkan kaum dan tidak mampu menjadi bahasa perpaduan.

Gambaran bahawa kononnya pendidikan dalam bahasa Melayu selama ini tidak berjaya kerana Cina tidak mahu belajar di sekolah aliran Melayu dan orang Melayu sendiri semakin lari daripada sekolah Melayu itu adalah suatu yang tidak tepat sama sekali.

Di peringkat sekolah rendah memanglah betul tetapi amat wajar. Tetapi di peringkat yang lebih tinggi berlaku sebaliknya. Sebenarnya, hanya segelintir yang kecil sahaja pelajar aliran Cina ini meneruskan pengajiannya dalam aliran Cina di peringkat sekolah menengah.

Lebih daripada 80% menukar aliran ke Sekolah Kebangsaan (aliran Melayu) apabila mereka memasuki Sekolah Menengah walaupun mereka ini terus, dan memang wajar, mengambil bahasanya sebagai satu daripada mata pelajarannya. Aliran Melayu tidak gagal!

Kepopularan Sekolah Agama pula tidak bermakna aliran Melayu gagal, kerana sekolah itu juga aliran Melayu! Apa salahnya?

Pengaliran seperatusan kecil orang Melayu menghantar anaknya ke sekolah aliran agama SAR atau sekolah agama swasta (jika ada) hanya menunjukkan kekurangan sekolah Kebangsaan dalam mata pelajaran Agama dan bahasa Arab sahaja.

Jika faktor ini dapat diperbaiki di sekolah Kebangasaan, trend orang Melayu ke sekolah ‘aliran agama’ itu tentunya akan dapat dihentikan.

Betapa sekolah aliran Melayu menarik perhatian ibu-bapa India sehingga hampir 50% ibu-bapa India menghantar anaknya ke Sekolah Rendah aliran Melayu tidak pula ditonjolkan.

Kejayaan pelajar-pelajar Cina dan India di universiti-universiti awam (dalam bahasa Melayu) dan bagaimana pelajar-pelajar ini lebih selesa berbicara dalam bahasa Melayu sesama mereka dan dengan pelajar Melayu adalah tanda kejayaan pendidikan Melayu.

Kenapa pemimpin Melayu nampaknya lebih suka jika mereka ini bercakap Inggeris pula?

Bagaimana boleh bahasa asing menjadi bahasa perpaduan sedangkan kita telah pun melalui zaman itu sebelum 1970-an, dan perpaduan kita yang dibangga-banggakan selama ini tentunya manifestasi sistem pendidikan aliran Melayu.

Tiada kena mengenanya Identiti bangsa dengan aliran bahasa Pendidikan?

Mereka yang menegakkan teori bahawa kononnya pendidikan dalam aliran Inggeris sepenuhnya pun tidak akan menjejaskan identiti, kepatriotan dan kebudayaan, khususnya bahasa, bangsa apa pun di Malaysia, sebenarnya mereka yang sengaja tidak mahu mengiktiraf betapa bahasa itu jiwa bangsa, bahasa mempengaruhi keperibadian, tingkah laku, nilai dan cara hidup (kebudayaan) seseorang.

Pencerap sosial manakah yang sanggup menyatakan China di Amerika sama dengan China di Benua China, atau China di Malaysia sekalipun!

Pencerap sosial manakah yang sanggup memejamkan matanya untuk menegaskan bahawa Melayu yang mendapat pendidikan dalam aliran Inggeris dahulu sama dengan Melayu yang mendapat pendidikan dalam aliran bahasa Melayu pasca-Merdeka, atau Melayu yang mendapat pendidikan dalam aliran bahasa Arab?

Melayu mana yang Melayu 100% adalah masalah perbezaan nilai kerana latar belakang pendidikan juga!

Tetapi jika mengikut perlembagaan Malaysia sekali pun, orang yang tidak menggunakan bahasa Melayu di dalam sebahagaian besar kehidupannya (termasuk di rumah) tidak dianggap Melayu!

Bagaimana kita boleh menjamin sebahagian besar daripada orang Malayu yang mendapat pendidikan hampir sepenuhnya dalam bahasa Inggeris akan sebahagian besarnya menghayati bahasa Melayu dalam kehidupan hariannya?

Status penghayatan bahasa Inggeris sekarang pun (dalam keadaan dasar pendidikan kita hampir 100% bahasa Melayu) nampaknya masih mampu menjadi bahasa Melayu terpinggir, apatah lagi kelak dengan dasar bahasa baru ini?

Pengecualian tetap ada, kerana itulah tabii hukum sosial. Sebagai contohnya, mengikut kajian sosial mutakhirnya pada 1999 (lihat internet 3), setelah kira-kira 20 tahun Singapura menjalankan dasar pendidikan ekabahasa (bahasa Inggeris sahaja), kira-kira 40% China Singapura menghayati bahasa Inggeris dalam kehidupannya (bahasa Inggeris menjadi bahasa ibundanya, dan mereka ini tidak boleh bercakap dalam bahasa China lagi) kerana sistem pendidikannya beraliran Inggeris sepenuhnya sekurang-kurangnya pasca-sekolah rendah.

Ya, tiada siapapun mengatakan mereka ini menjadi orang Inggeris yang sama dengan orang Inggeris di England, walaupun pengkaji sosial mendapati mereka benar-benar mahu menjadi Inggeris dan menyukai kehidupan keInggerisan termasuklah keinginan tinggi memperisterikan atau mempersuamikan orang Inggeris.

Tetapi bukan sahaja pencerap sosial Singapura, malah pemerintah Singapura juga mendapati (dan tidak senang) dengan tahap keChinaan (nilai-nilai murni China) para citawan Inggeris ini!

Ini bermakna 40% China Singapura sudah bukan China yang diingini (bukan China 100%?) oleh bangsa China Singapura! Oleh itu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dasar ekabahasa sudah diubah sedikit kepada dasar dwibahasa (Inggeris dan Mandarin) kepada sekitar 20% penduduk Singapura dengan menubuhkan beberapa buah sekolah khas dwibahasa ini.

Bala Perbuatan sendiri?

Penulis merasakan bala yang menimpa orang Melayu menerusi nasib bahasanya (dan kebudayaannya) yang diperkecil dan disingkirkan oleh pemimpinnya sendiri yang berlaku kini ialah angkara perbuatan kelengahan/kealpaan para peikhtisas dan sarjana SAKTI Melayu sendiri juga. Mereka ini yang seharusnya menjaga dan mengembangkan bahasanya bertindak seolah-olah sebaliknya dalam kehidupannya seperti yang dibicarakan di bawah ini.

Bahasa Melayu tak boleh hidup dalam dunia amalan keSAKTIan

Siswazah aliran Melayu sebenarnya berubah menjadi manusia yang tidak mahu berbicara dalam bahasa Melayu setelah mereka bekerja lima-enam bulan sahaja di swasta.

Budaya berbahasa Melayu selama 3 atau 4 tahun di universiti pada tahap yang tinggi itu tidak melekat atau tidak dapat (tidak mahu / digalakkan / dibenarkan?) diamalkan dalam alam pekerjaannya akibat persekitarannya yang begitu kukuh dan kental dalam bahasa Inggeris, atau yang lebih dahsyat lagi kerana dasar organisasinya (penulis dimaklumkan umpamanya dalam perhotelan) sehingga sesiapa yang cuba menghayati bahasa Melayu dianggap ‘kurang cerdik’ atau ‘kurang berkebolehan’ atau ‘melanggar peraturan’.

Sehingga kini perubahan minda para majikan atau elitawan Malaysia mungkin tidak dapat berlaku walaupun sudah ratusan ribu siswazah aliran Melayu berada di pasaran kerana bilangan yang sama atau lebih siswazah aliran Inggeris dari seberang laut dan kini dalam negara sendiri ada bersamanya dan sebahagian besarnya bukan bumiputera pula yang sentimennya kepada bahasa Melayu jauh lebih rendah daripada orang Melayu pula.

Tetapi golongan peribumi yang dominan dalam sesuatu sektor SAKTI tidak pula memastikan tahap penghayatan bahasa Melayu tinggi kerana sifat Melayu Semenanjung yang pernah dikesali oleh Munsyi Abdullah pada awal abad ke-19 lagi itu, iaitu katanya Melayu ini satu-satunya bangsa dalam dunia ini yang tidak mahu menggunakan bahasanya sendiri!

Malah peratusan bumiputera/peribumi yang tinggi dalam dunia akademia lebih daripada 70% sejak 1990-an lagi tidak juga menjadikan dunia akademia di Malaysia berbudaya bahasa Melayu di dalam urusan kerjanya selain daripada pengajaran di bilik kuliah dan sebagainya.

Ini jelas terpancar daripada karya mereka dalam jurnal dan pascasidang dalam negeri yang masih dominan dalam bahasa Inggeris, iaitu mengikut kajian Shaharir (1991) hanya 30% sahaja dalam bahasa Melayu dalam bidang kejuruteraan dan sains hayat, dan hanya sekitar 5 peratus sahaja dalam perubatan, walaupun dalam sains fizis (geologi, kimia dan fizik) dan sains matematik peratusannya agak tinggi iaitu sekitar 80%.

Angka-angka ini dalam tahun 1990-an pun tidak banyak berubah kerana mengikut kajian Shaharir (1996), hanya sekitar 40% daripada makalah-makalah dalam jurnal SAKTI keluaran UKM sejak 1983 hingga 1996 yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Jelas, kecuali bidang sains fizik dan matematik, penghayatan bahasa Melayu dalam forum akademia (penulisan jurnal dan persidangan tempatan) masih jauh daripada memuaskan terutamanya dalam perubatan.

Ini mungkin tidak menghairankan kerana peratusan peribumi atau bumiputera dalam dunia akademia perubatan ialah 50%, sedangkan peratusan itu dalam bidang-bidang lainnya melebihi 80%. Namun, tidaklah juga benar bahawa peratusan yang tinggi Bumiputera/Peribumi sahaja dengan sendirinya penghayatan bahasa Melayu pun tinggi.

Malah, kajian tahun 1996 itu juga menunjukkan peratusan Bumiputera/Peribumi dalam komuniti akademia jurutera dan sains hayat juga sama atau melebihi bidang sains fizik dan matematik, tetapi jelas para jurutera Melayu dan ahli sains hayat Melayu sekalipun sengaja tidak mahu berkomunikasi dalam bahasanya sendiri.

Komuniti perubatan tentunya lebih hebat lagi keInggerisannya kerana pendidikan bidang ini pada peringkat penyudahnya (penting, iaitu peringkat klinik) selama 2 tahun memang dalam bahasa Inggeris.

Komunikasi rasmi para doktor di hospital-hospital kerajaan masih tebal dalam bahasa Inggeris. Tetapi ini hanya penyinambungan budaya pendidikan dalam bidang perubatan yang memang masih tebal dalam bahasa Inggeris di peringkat kliniknya (tahun 4 dan 5) di UKM sekalipun.

Baru-baru ini apabila penulis cuba mendapatkan tanda tangan daripada kalangan profesor perubatan di UKM bagi memorandum membantah dasar pengInggerisan sains dan matematik sekolah, hanya sekitar 40% sahaja yang bersetuju di kalangan Profesor Melayu tetapi tiada seorang pun daripada profesor bukan Melayu (berjumlah 12 orang).

Namun para Profesor SAKTI bidang bukan Perubatan di UKM amatlah dominan menyokong bantahan dasar pengInggerisan sains dan matematik sekolah (iaitu sekitar 90%).

Betapa hebatnya penghayatan bahasa Inggeris dalam persatuan-persatuan ikhtisas dan semi-ikhtisan dalam bidang SAKTI memang tidak perlu diperkatakan dengan panjang lebarnya di sini.

Satu daripada manifestasinya yang jelas dapat dilihat pada warkah berita atau buletin keluaran persatuan-persatuan yang anggotanya kebanyakannya akademiawan, dan Presidennya juga Peribumi/Bumiputera, hampir pasti dalam bahasa Inggeris [pada tahun 1995 penulis mendapati ada 40% persatuan SAKTI yang presidennya Melayu yang dapat dikesani, tetapi kini (tahun 2002) peratusannya meningkat menjadi 50% persatuan yang diketahui].

Bahasa komunikasi rasmi Akademi Sains Malaysia, badan yang anggotanya dianggap ahli SAKTI teratas Malaysia dan menjadi penasihat dasar SAKTI negara, adalah bahasa Inggeris.

Tidak hairanlah juga, selain daripada kerana “takut”, tidak banyak persatuan-persatuan ini yang mahu menyatakan penentangannya terhadap dasar bahasa dalam pendidikan, iaitu hanya sekitar 30% daripada persatuan tersebut sahaja, dan tiada sebuah persatuan SAKTI berpresiden bukan Melayu yang mahu menyuarakan tidak senangnya terhadap dasar tersebut.

Penghayatan bahasa Melayu dalam sektor awam pun semakin merosot. Komunikasi ahli-ahli SAKTI dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dalam hal penyelidikan di bawah rancangan IRPA (singkatan Inggeris) tajaannya hampir semuanya dalam bahasa Inggeris, terutamanya sejak 1994 kerana sejak itu semua borang permohonan penyelidikan dalam bahasa Inggeris dan laporan penyelidikan dikehendaki dalam bahasa Inggeris atas alasan demi memudahkan penilaian dari pembaca luar negara.

Pengelasan bidang-bidang penyelidikan anjuran IRPA yang dibuat oleh agensinya, MASTIC (singkatan Inggeris lagi), semuanya dalam bahasa Inggeris dan syor penulis supaya dibuat dalam dwibahasa Melayu-Inggeris tidak dilayan langsung.

Dalam urusan penenderan kerajaan yang berhubung dengan pembelian alat atau pembinaan bangunan SAKTI hampir semuanya masih dijalankan dalam bahasa Inggeris, walaupun urusan tersebut membabitkan urusan dalam negeri sahaja.

Tidak syak lagi, tabiat berbahasa Inggeris yang tebal di kalangan ahli SAKTI yang berpengaruh seperti perubatan dan jurutera di swastalah yang memberi gambaran dan kesimpulan (bagi sesetengah pihak) gagalnya, tidak relevannya, atau tidak cocoknya pendidikan SAKTI dalam bahasa Melayu: lain yang dilatih, lain yang diamal; cakap tidak serupa bikin; atau akademikawan SAKTI hidup bermuka-muka (di dalam bilik kuliah lain, di luarnya lain).

Sekarang inilah padahnya!

Tiadanya buku SAKTI peringkat IPT dalam Bahasa Melayu.

Satu perkara yang jelas menjadi faktor penyingkiran kesesuaian bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan SAKTI ialah tentang kedaifan industri buku dalam bahasa Melayu.

Andaian yang besarnya dan mudah diterima umum ialah, dengan ketandusan buku-buku dalam bahasa Melayu itu, pelajar universiti aliran Melayu tidak mungkin berilmu sehebat aliran Inggeris. Dengan penonjolan tidak putus-putus bahawa kononnya  “pelajar aliran Melayu buta Inggeris”, maka kesahihan andaian ini sukar ditepis.

Para sarjana yang terbabit dengan pendidikan aliran Melayu selama ini tidak mengambil serius tentang perkara ini, walaupun imbauan demi imbauan dilakukan, dan berpuas hati dengan hanya memastikan pelajarnya boleh merujuk buku-buku dalam bahasa Inggeris itu sahaja.

Mengikut data-data dalam Shaharir (1991) dan Mohd Yusof (1995), sehingga 1994 hanya sejumlah 1073 buah buku SAKTI peringkat IPT dalam bahasa Melayu yang ada.

Ini jelas menunjukkan benarnya buku-buku SAKTI dalam bahasa Melayu amat tidak mencukupi kerana daya pengeluarannya hanya sekitar 80 buah setahun oleh hampir 2 ribu akademiawan bidang SAKTI , iaitu kira-kira 1 buah buku setahun bagi setiap 25 orang sarjana SAKTI (Mengikut Shaharir 1996, pada tahun 1994, bilangan akademiawan Bumiputera dalam SAKTI ialah 1863 orang: 984 orang berijazah D.Fal./Ph.D atau setara, dan 879 orang yang berijazah sarjana atau setara).

Tidak hairanlah begitu banyak kursus yang belum ada sebuah bukupun dalam bahasa Melayu.

Malah, mengikut kajian Shaharir (1991) hanya 30% daripada mata kursus dalam program bidang sains fizis dan sains matematik yang ada sekurang-kurangnya sebuah buku teks dalam bahasa Melayu; manakala bidang sains hayat hanya sebanyak 17% dan kejuruteraan hanya 6%.

Kini, mengikut buku panduan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM 2002, bidang yang selalu dirujuk kerana peranan dalam TMK/ICT dan sejagatisme/globalisme itu, didapati hanya kurang daripada 10% daripada mata kursusnya yang ada buku teks/rujukan dalam bahasa Melayu.

Dengan data yang seperti ini siapalah yang hendak percaya seseorang boleh menguasi ilmu TMK dalam pendidikan beraliran bahasa Melayu?

Nah! Dunia akademik Melayu yang malas berkarya dalam penghasilan buku-buku tekas pengajian bidang masing-masinglah yang menyebabkan tertimpanya bala ke atas bahasa Melayu sekarang!

Ini adalah kelemahan perancang bahasa yang tidak cukup mengambil berat tentang perkara ini. Sebabnya berlaku demikian sudah dibincangkan dalam seminar khas berkenaan dengan perkara ini pada 2001 (lihat kumpulan kertas kerja di Seminar Penerbitan Buku Sains dan Teknologi 2001, khususnya makalah Shaharir 2001).

Satu daripadanya yang ingin diulangi di sini ialah kekurangan keiltizaman kita terhadap penerbitan buku dalam bahasa Melayu. Umpamanya, kita tidak beriltizam atau berwawasan mahu melahirkan sebuah institusi penterjemahan yang setara dengan Bait al-Hikmah pada Zaman Tamadun Islam, dan Pusat Terjemahan Toledo pada Zaman Pertengahan Eropah yang bergerak cergas setiap satunya tidak kurang daripada 150 tahun sebelum tamadun-tamadun itu menghasilkan karya asli mereka sendiri.

Institut Terjemahan Negara (ITN) kita baru sahaja ditubuhkan, iaitu 1993, tetapi ironinya mulai tahun yang sama jugalah negara mula mengubah dasar bahasanya, seperti membenarkan bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar dalam SAKTI mulai 1994, mewujudkan Akta Pendidikan IPTS 1995 yang memberi laluan yang mudah untuk penubuhan kolej atau universiti swasta dalam bahasa Inggeris (kini dikatakan sudah berjumlah 700 kolej sedemikian).

Dasar pengInggerisan pendidikan “sains dan matematik sekolah” seluruhnya menjelang 2003 dan pendidikan SAKTI di universiti awam menjelang 2005 ini hanya padahnya sahaja!

Mengeyakan Globalisme/Sejagatisme Barat

Tidak syak lagi teori-teori sejagatisme/globalisme Barat yang sering dikutuk oleh pemimpin kita itulah juga yang mendorong atau mempengaruhi kerajaan kita melaksanakan peliberalan segala-galanya termasuklah pendidikan di negara kita ini semenjak 1990-an.

Teknologi maklumat (TM) yang menjadi komponen pentakrif utama sejagatisme itu memanglah begitu meluas meresapi ke segenap kehidupan manusia kini dan memanglah boleh melemahkan jiwa-jiwa manusia negara ketiga.

Tidak syak lagilah bahawa kewujudan pelbagai wahana komunikasi teknologi canggih ini dan limpahan perusahaan maklumat akan terus memberi peluang kepada bahasa-bahasa ilmu semasa, seperti bahasa Inggeris, untuk memperkukuh peranannya sebagai bahasa yang digunakan dalam dunia komunikasi antarabangsa.

Keadaan inilah yang melahirkan ramalan berakhirnya bahasa-bahasa bukan bertaraf bahasa ilmu kini, berakhirnya negara-bangsa, dan berbagai-bagai lagi termasuklah berakhirnya kebudayaan dan sistem nilai lain daripada Barat itu. Inilah juga dipercayai pendorong besar kepada dasar pengInggerisan pendidikan Malaysia.

Gambaran bahana TM yang dikatakan bahananya tidak boleh dielak-elak lagi itu sebenarnya tidaklah semuanya tepat, kerana sebahagiannya lebih merupakan pandangan, retorik dan strategi perang saraf (tindakan melemahkan jiwa atau menakut-nakutkan negara membangun/ketiga) dari negara maju yang sengaja mahu meneguhkan lagi hegemoninya dan kelestarian kekuasaannya.

Bahasa-bahasa negara maju sebelum mencapai tahapnya seperti sekarang ini juga mengahadapi perang psikologi yang sama, bahasa-bahasa di Eropah melawan bahasa Inggeris (sekarang) dan abad-abad sebelum abad ke-19 ialah Perancis, Latin, dan Arab; dan Jepun melawan bahasa-bahasa Eropah. Teknologi maklumat bukan sahaja menguntungkan negara-negara yang maju, tetapi juga bagi negara-negara yang sedang membangun.

Syaratnya, kita tidak mudah mengalah kerana jika kita mengalah, kita akan kalah sepanjang zaman pada hari muka ini, tetapi jika kita bersabar membina tamadun kita sendiri, dalam acuan kita sendiri, seperti sejarah kemajuan negara-negara maju itu, yang antaranya tentulah menerusi bahasa kita sendiri, maka TM boleh membantu kita mempercepatkan pembinaan tamadun yang kita impikan itu.

Sikap pemimpin Melayu yang mudah mengikut rentah analisis sarjana-sarjana Barat terhadap implikasi-implikasi TM kepada sesuatu bangsa itulah maka bahasa dan bangsa Melayu memang akan menerima padah yang diramalkan oleh penganalisis Barat tentang TM itu.

Feudalisnya, materialisnya dan buntunya fikiran Islamis Melayu.

Bibit pengInggerisan semula pendidikan di Malaysia boleh dikatakan bermula pada tahun 1985 lagi apabila kerajaan menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa yang tidak menjadikan bahasa Melayu sebagai satu daripada bahasa pengantarnya. Bahasa Melayu yang selama ini dianggap satu daripada bahasa yang paling akrab dengan Islam tidak mendapat tempat langsung di universiti tersebut.

Tetapi para Islamis atau nasionalis Melayu kita tidak berbunyi apa-apa pun kerana tunduknya mereka kepada pemimpinnya yang disanjungi, sayang akan kedudukannya (pangkat dan/atau harta) atau yang lainnya kerana tidak mampu mensentisiskan dengan adilnya akan hubungan Islam dengan bahasa (kononnya Islam tidak relevan dengan bahasa sesuatu kaum).

Kemudian bibit pengInggerisan ini merebak lagi apabila Perdana Menteri kita menyatakan hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini semasa beliau meletakkan batu asas kampus tetap UIA (aliran Inggeris) pada 24 Ogos 1993 dan diulanginya beberapa hari kemudian pada perasmian UNIMAS (yang para pemimpinnya memang terkenal bercita-cita pengInggerisan) pada 31 Ogos 1993. Tiada yang mempersoalkan kaedah pelaksanaan cita-cita ini vis-a vis bahasa Melayu.

Tidak berapa lama kemudian, pada 27 Disember 1993 (dilaporkan di media massa 28 Disember), Perdana Menteri kita juga mengisytiharkan bahawa universiti-universiti awam boleh menggunakan bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi, sedangkan semua universiti awam pada masa itu tidak menghadapi masalah yang besar pun dengan menggunakan bahasa Melayu.

Perisytiharan yang cukup berkesan kepada nasib bahasa Melayu di IPT ini juga tidak ditentang dengan hebatnya oleh nasionalis Melayu yang bersarang dalam GAPENA, GPMS, Kesatuan Guru-Guru Melayu dan sebagainya itu kerana tidak ingin melukai pemimpin besar Melayu yang disanjunginya selama ini atau kerana mengenangkan kedudukan masing-masing. Ini manifestasi dalamnya feudalisme atau materialisme di kalangan para nasionalis Melayu.

Kemalapan bahasa Melayu ini menjadi semakin luas jangkauannya dengan termaktubnya Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1995 yang memberi laluan mudah pihak swasta mengabaikan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan menubuhkan kolej/universiti dalam bahasa Inggeris sehingga kini dikatakan berjumlah lebih daripada 700 buah itu (hampir semuanya dalam bahasa Inggeris).

Pada masa yang sama kerajaan juga memberhentikan peruntukan kepada DBP dalam penerbitan buku IPT. Semua ini berlaku dalam keadaan yang sepatutnya begitu menghiris kalbu, atau membakar kemarahan para nasionalis Melayu tetapi feudalisme dan/atau materialisme menagatasinya, sehingga lagi sekali gerakan bantahan kepada kedua-dua peristiwa ini tidak seberapa juga. Dalam soal penerbitan buku IPT itu, DBP sendiri seolah-olah menerimanya dengan lapang dadanya sahaja hinggalah ke hari ini.

Nah! Lulus jarum luluslah kelindan.

Kini dengan penuh licik dan orkestranya dasar mengInggeriskan mata pelajaran “sains dan matematik” sekolah pun berjaya dilaksanakan mulai 4/5 Januari 2003 seperti yang dirancang. Itu pun para nasionalis masih tidak mahu menggores hati para pemimpin besarnya yang berkuasa. Bala sudah lengkap datangnya.

Malaysia boleh!

Hampir setiap negara yang mempunyai suku kaum minoritinya yang lemah dalam SAKTI dan bahasanya bukan bahasa pengantar pendidikan di negaranya mengadakan program pendidikan khas dalam sains dan matematik dalam dwibahasa (bahasanya dan bahasa pengantar rasmi) dengan tujuan menguatkan juga bahasa asing berkenaan.

Buku-buku teks sekolah bagi kaum ini biasalah diselang-selikan dengan bahasa ibundanya, dan malah dibenarkan juga gurunya menjelaskan sesuatu konsep itu dalam bahasa ibunda pelajar berkenaan (lihat bibliografi beranotasi tentang perkara ini di internet 2).

Langkah ini sebenarnya ekoran daripada adanya hasil-hasil penyelidikan dalam pendidikan, dan gerakan ilmuwannya dalam bidang etnosains dan etnomatematik (iaitu sains dan matematik yang dilihat daripada perspektif kaum), supaya sains dan matematik di peringkat sekolah rendah diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.

Di Amerika Syarikat kumpulan ilmuwan ini dalam matematik telah menubuhkan “The International Group of Ethnomathematics” sejak 1982 lagi.

Tidak syak lagi juga tindakan ini adalah dipengaruhi oleh banyak hasil kajian yang menunjukkan bahawa tahap kefasihan bahasa pengantar ilmu seseorang pelajar mempengaruhi pencapaiannya dalam SAKTI dan oleh sebab itulah bahasa pengantar ilmu dalam bahasa ibunda seseorang adalah yang terbaik.

Mereka ini juga tentunya tidak mahu tahu/percaya dengan pandangan Kuhnan sejak 1962 lagi (Kuhn 1962/1993) bahawa SAKTI itu tidak bebas bahasa dan kebudayaan amnya dan oleh itu pembangunan SAKTI menerusi bahasa dan kebudayaan yang berbeza itulah yang memberi persaingan hebat dalam penemuan/pembangunan SAKTI seperti yang terbukti sepanjang masa dan zaman.

Model pendidikan ini, iaitu Inggeris +{bahasa ibunda pelajar} ternyata tidak menarik perhatian para pemimpin Melayu Malaysia yang berkuasa. Inilah agaknya manifestasi “Malaysia boleh!” membelakangi ilmu.

Hakikat bahawa sehingga kini belum ada negara yang mencapai tahap negara maju dalam bahasa asing negara tersebut memang tidak diendah langsung oleh pihak berkuasa Malaysia. Jawabannya mungkin “Malaysia Boleh!” sahaja.

Hasil kajian (lihat umpamanya bibliografi beranotasi berkenaan bahasa dan matematik yang terdapat dalam internet 2) yang menunjukkan penguasaan sesuatu bahasa dahulu baharulah belajar SAKTI menerusi bahasa tersebut; dan pendidikan dalam bahasa ibunda adalah yang terbaik sekurang-kurang di peringkat sekolah rendahnya, malah sejarah pembangunan negara-negara maju membuktikan pendidikan dalam bahasa sendirilah yang paling berjaya lagi taidak mahu didengari. Kejayaan penyibaran ilmu semasa menerusi bahasa sendiri sudah menjadi hukum aqli dan naqli.

Kejayaan Malaysia sehingga kini yang dibincang di atas hanya menambah dalil empirik kepada hukum ini. Begitu juga hukum pembangunan/pemajuan ilmu.

Teori pendidikan dan penguasaan sesebuah bahasa juga tidak menyokong perbuatan menggunakan sains dan matematik sebagai caranya, malah cara ini akan menjejaskan pula prestasi mata pelajaran ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh kajian Marsh et al. (2000) di Hongkong dan kajian-kajian yang serupa di beberapa buah negara lain.

Semua ini tidak memberi apa-apa pengajaran kepada kerajaan Malaysia.

Hukum kemajuan bangsa menerusi bahasanya sendiri, sebenarnya juga terkandung dalam al-Quran seperti dalam Surah Ibrahim, Ayat 4, dan Surah Ali ‘Imran, Ayat 164 yang bermaksud “Allah tidak mengutuskan seorang rasul pun melainkan daripada kalangan bangsanya sendiri agar mereka mudah memahami pengajaran ilmu (al-Kitab dan hikmah)”.

Sesebuah negara yang tidak menginsafi hakikat ini, paling-paling baiknya negara-bangsa itu telah terbukti hanya menjadi karikatur daripada karikatur, komprador atau kreol sahaja!

Beberapa Syor

Walaupun tiada sarjana dunia yang membuat ramalan bahawa bahasa Melayu adalah satu daripada bahasa yang akan lenyap dalam era TM dan kerenah pemimpin bangsa berkenaa, tetapi kemalapannya sebagai bahasa ilmu tentunya akan berlaku jika langkah-langkah yang positif dan berani terus dilakukan mulai sekarang.

Antaranya ialah perkara-perkara yang dianggap unsur-unsur gagalnya pendidikan Melayu yang dibicarakan di atas itu perlulah ditangani seperti berikut:

S1. Kerajaan sekurang-kurang mestilahlah menjadikan pendidikan dwibahasa, Inggeris + {bahasa Melayu} dengan dominanya bahasa Melayu, dalam sains dan matematik di Sekolah-Sekolah Kebangsaan bagi menggantikan pendidikan ekabahasa (Inggeris sahaja) sekarang.

S2. Pihak berkuasa universiti awam perlulah kekal menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya. Contohnya, cadangan struktur baru pengajian SAKTI seperti di lampiran makalah ini patutlah diwujudkan oleh setiap universiti awam sebagai asas rundingan dengan pihak Kementerian.

S3. Universiti awam perlu mewujudkan perancangan strategi yang bermatlamat menjadikan p/rogram perubatan (peringkat klinik) di IPTA berjalan dalam bahasa Melayu sehingga ke tahap 60% dalam tempoh 10 tahun .

S4. Universiti Islam Antarabangsa memastikan dengan segera, kerana kemampuannya yang jelas, mengiktiraf hubungan rapat bahasa Melayu dengan Islam dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan memastikan sekurang-kurangnya 30% daripada kursusnya dalam bahasa Melayu dan seterusnya menuju kepada 60% dalam tempoh yang lebih singkat daripada universiti-universiti swasta yang lain.

S5. Institut Terjemahan Negara perlu bergiat cergas seperti Jabatan Karang Mengarang di SITC tahun 1950-an, Pusat Terjemahan Toledo abad ke-12M, dan Bait al-Hikmah di Baghdad abad ke-9M dengan sasaran yang munasabah dan penuh agresif seperti 1 buah buku setahun per 4 orang sarjana SAKTI (akan mengahsil kira-kira 500 buah buku setahun!). Sehubungan dengan ini IPTA (dan awam yang ingin ikut serta) diberi segala kemudahan prasarana (sumber) untuk penerbitan ini.

S6. Dewan Bahasa dan Pustaka menghidupkan kembali penerbitan buku-buku teks IPT walaupun peruntukan khusus untuknya tiada. Pada masa yang sama DBP perlulah berusaha tanpa jemu-jemu untuk meyakinkan Kementerian Pendidikan akan perlunya penerbitan buku peringkat IPT . DBP juga perlu merintis kerjasama penerbitan buku IPT dengan pihak Indonesia.

S7. Sebuah badan bukan kerajaan (BBK) seperti Persatuan Linguistik Malaysia bertindak menyatukan BBK yang turut memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bertindak bijak memepengaruhi kerjaaan supaya mengambil langkah-langkah yang berikut:

7.1. Kerajaan mengadakan berbagai-bagai insentif kepada syarikat (dalam bentuk cukai, subsidi dsbnya) yang menghayati bahasa Melayu dalam perjalanan urusan dan pentadbiran dalam sesuatu jabatan/bahagian syarikatnya. Sekaligus kerajaan atau mana-mana pihak perlulah memberhentikan rancangan memberi insetif kepada mereka yang menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan rasminya. Sehubungan dengan ini dasar peMelayuan swasta perlu dilakukan oleh Kerajaan

7.2. Kerajaan, menerusi LAN, meletakkan syarat ke atas kolej/universiti swasta supaya mengadakan dasar peMelayuan kolej/universitinya sebagaimana yang pernah dilakukan kepada IPT awam dalam tahun 1970-an dahulu, sambil memberi pelbagai insentif kepada kolej/universiti yang galak melakukannya.

7.4. Kerajaan perlu mengambil iktibar yang lebih lagi tentang sistem pendidikan SAKTI di negara-negara maju di Eropah khususnya konteks bahasa pengantar dan penguasaan bahasa Inggeris.

7.5. Kerajaan memastikan budaya berbahasa Melayu di Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar perlulah ditingkatkan sehingga 60% daripadanya di dalam bahasa Melayu dalam masa yang singkat ini.

7.6. Kerajaan memansukhkan segala akta yang boleh memberi laluan mudah kepada sesiapapun mengelak daripada menggunakan bahasa Melayu perlulah dilakukan seperti memberi kuasa penuh kepada Menteri Pendidikan mengizinkan sesebuah institusi pendidikan menjalankan kursus dalam bahasa selain drp bahasa Melayu seperti dalam akta IPTS, pengizinan kpd Jabatan Hasil Dalam Negeri menggunakan bahasa Inggeris dalam “pentaksiran komputer dan perakuann pungutan dan penyiasatan” dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (semakan 1971) seksyen 41, pengecualian penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan kedoktoran di Kementeraian Kesihatan dalam Akta yang sama dan lain-lain lagi.

S8. Setiap kelompok sarjana, institusi dan badan swasta yang terlibat dengan TM berusaha memperbanyakkan bahan-bahan (perisian) TM dalam bahasa Melayu dengan mengingatkan pasarannya cukup besar iaitu di Alam Melayu ini dengan penduduknya melebihi 200 juta orang. Di samping itu sebuah Institut Kejuruteraan Perisian Malaysia bagi tujuan menyemarakkan lagi pengeluaran perisian itu perlulah diwujudkan dengan kerjasama kerajaan dan swasta. Sebagai kegiatan tambahannya, Institut ini bolehlah juga memfokuskan pengeluarannya bagi keperluan umat Islam.

S9. Sekolah agama rakyat (di bawah majlis agama negeri atau swasta) seluruh Malaysia perlulah mewujudkan persatuan seperti Dong Jiau Zhong itu dan sekaligus juga mewujudkan sebuah konsortium bagi menjaga kepentingan sekolah ini seperti mengadakan peperiksaan serta sijilnya tersendiri dengan sukatan pelajaran yang setara dengan yang di Sekolah Kebangsaan tetapi dalam aliran Arab dan Melayu termasuklah sains dan matematik dalam aliran Melayu.

S10. PLM-DBP menggembleng seberapa banyak BBK untuk membagankan/mencartakan strategi dan melaksanakannya dengan menjajak seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada kumpulan-kumpulan berpengaruh akan pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Ini termasuklah juga tindakan membantu pihak-pihak yang memperjuangkan bahasa ibunda (selain daripada Melayu) dalam pendidikan di peringkat sekolah tadika dan rendah.

Rujukan

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Semakan 1971)

Akta Pendidikan 1995

Akta IPTS 1995

Akhbar perdana Mei 2002, khususnya Utusan Malaysia dan Berita Harian 16 Mei 2002

Buku Panduan IPT 1993/94

Faridah Karim et al. 1987. Laporan Kajian Prestasi Pelajar UKM.

Internet 1.http:// nces.ed.gov/timss/timss-r/figure_1.html. 12 Ogos 2002.
internet 2: http://www. Soton.ac.uk/rime/biblios/language.html. 12 Ogos 2002

Internet 3. Review of language, society and education in Singapore :http: //ccat.sas.upenn.edu/~haroldfs/messeas/handouts/ singapore/ gopi2. html. 12 Ogos 2002

Internet 4.Taipkan International X Olympiad, X = Mathematics, Physics, Chemistry dan Biology. 10 Januari 2003

Intisari UKM. 1995. Bil. 4. Okt/Nov.

Kuhn, T. 1962/1993. Struktur Revolusi Sains. DBP.Terj. drp karya aslinya dalam bahasa Inggeris 1970 (snt. ke-2) drp snt pertamanya 1962

Marsh, H.W., Hau, K-T. & Kong, C-K. 2000. Late immersion and language of instruction in Hong Kong High Schools: achievement growth in language and nonlanguage subjects. Harvard Educational Rev. Fall Issue: 302-346

Mohamad Salleh bin Mohamed Said. 2002. Qua Vadis Taksonomi Serangga. Syarahan Perdana UKM. Penerbit UKM

Mohd. Ali Kamaruddin. 1981. Sejarah Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi: UKM

Mohd. Yusof bin Hj. Othman. 1995. Penulisan sains dan teknologi dalamm bahasa Melayu: Satu tinjauan semasa dan masa hadapan. Konvensyen Penerbitan Kebangsaan. DBP: 4-6 Dis.

Newsweek 2 Dec. 1996

RML-RMDL. Laporan Rancangan Malaysia ke-5 hingga ke-8.

Shaharir bin Mohamad Zain. 2002. Berakhirnya SAKTI Melayu? Dewan Bahasa November

Shaharir bin Mohamad Zain. 2001. Masalah penerbitan buku pengajian tinggi dan strategi penyelesaiannya. Seminar Penerbitan Buku S & T anjuran UKM-DBP, 25 April 2001. Pascasidangnya diterbitkan oleh DBP 2002.

Shaharir bin Mohamad Zain. 1996. Pembangunan sains dan teknologi di Malaysia menerusi bahasa Melayu. Syarahan Raja Ali Haji 1996. Persatuan Linguistik Malaysia.

Shaharir bin Mohamad Zain. 1991. Tahap penghayatan bahasa Melayu dalam sains dan teknologi. Jurnal Dewan Bahasa. Dis., 1038-1051.

Sham Sani et al. 1983. Kajian Pengesanan Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1974-1980. Biro Penyelidikan dan Perundingan UKM.

Wawasan 2020. terj “Malaysia: The Way Forward” . Ucapan Dr. Mahathir Mohamad 28 Feb 1991 di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia K. Lumpur. Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Malaysia 1991

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Sangat Mengecewakan

Orang ini sangat mengecewakan para pejuang pendidikan Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 30, 2009

UMNO Menentang Pelajar, Profesor, Ilmuan, Sasterawan, Budayawan, Cendekiawan & Cerdik Pandai

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam isu PPSMI, kepimpinan UMNO ditentang dari dalam dan luar UMNO.

Sebagai contoh, Ketua Pemuda UMNO bermati-matian mempertahankan PPSMI, tetapi Timbalannya sendiri, Khairy Jamaluddin, dengan lantang menolak PPSMI.

Mohamad Taib (Mike Tyson), calon Timbalan Presiden UMNO, menolak PPSMI. 

Khir Toyo, calon Ketua Pemuda UMNO, juga menolak PPSMI.

Pak Lah, Presiden UMNO, berdolak-dalik. Di depan pejuang bahasa dia kata dia setuju PPSMI dimansuhkan. Semasa di Kuala Terengganu, juak-juaknya tidak membenarkan wakil-wakil Gerakan Menentang PPSMI (GMP) berjumpa dengannya bagi menyerahkan memorandum menolak PPSMI oleh GMP. Kemudian dia bercakap kepada wartawan dan memberi amaran kepada para pejuang bahasa supaya PPSMI jangan dipolitikkan.

Najib, Timbalan Presiden UMNO, tidak mahu membuat sebarang kenyataan. Juga, semasa di Kuala Terengganu juak-juak Najib tidak membenarkan wakil-wakil GMP berjumpa dengannya bagi menyerahkan memorandum menolak PPSMI oleh GMP.

Pemimpin Melayu dalam UMNO sekarang ditentang oleh golongan cerdik pandai Melayu sendiri.

Belum ada dalam sejarah dunia seseorang pemimpin yang ditentang oleh golongan cerdik pandai bangsanya sendiri yang dapat bertahan lama.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Designer yang Sama Tetapi Kualiti Cover Tidak Serupa

Kulit buku-buku untuk pembaca remaja mesti cantik di mata remaja.

Cover novel-novel ramaja PTS ONE banyak menerima pujian daripada peminat-peminatnya.

Sebenarnya, banyak designer luar yang menghasilkan cover-cover PTS One juga menghasilkan cover untuk penerbit-penerbit lain, tetapi kualiti cover-cover itu belum tentu serupa. 

Kualiti cover dipengaruhi oleh beberapa faktor. Yang lebih penting adalah peranan yang dimainkan oleh editor dalam proses penghasilan cover. 

Editor bertugas mencipta konsep bagi setiap cover buku. Kemudian editor menerangkan konsep itu kepada visualiser yang akan mencipta deraf visual bagi cover tersebut. Kemudian barulah deraf visual itu diserahkan kepada designer cover.

Designer akan menghasilkan beberapa design bagi dinilai oleh editor, design yang mana sesuai dengan konsep asal. Kemudian barulah design itu diperhalusi kualitinya sebelum dihantar ke kilang cetak. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 29, 2009

KDN, JAKIM dan Birokrasi Penerbitan Buku Agama

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau kegiatan penerbitan dan penyebaran bahan-bahan Quran dalam negara ini. Sebuah unit yang dipanggil Unit Penyemakan Teks al-Quran ditubuhkan khusus bagi menjalankan tugas itu.
 
Hanya terjemahan Quran yang dihasilkan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sebagaimana yang terdapat dalam kitab Tafsir Ar-Rahman terbitan JAKIM, yang boleh digunakan dalam apa-apa buku agama yang dijual dalam negara ini.
 
Apa-apa buku yang di dalamnya menggunakan teks dari Quran, hanya terjemahan JAKIM sahaja yang boleh digunakan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak membenarkan tesis dan desertasi menggunakan terjemahan selain terjemahan JAKIM.
 
Buku-buku terbitan tempatan yang mengandungi terjemahan Quran yang bukan terjemahan JAKIM boleh diarahkan oleh JAKIM supaya ditarik balik dari pasaran dan dibakar.
 
Jenis-jenis buku yang mesti mendapat kelulusan KDN dan JAKIM adalah:
 
(i) Sebarang buku terjemahan seluruh Quran.
 
(ii) Sebarang buku yang 50% daripada isinya mengandungi teks Quran, tanpa mengira ketebalan buku itu, contohnya buku surah Ya-Sin, mesti mendapatkan kelulusan KDN.
 
(iii) Buku yang mengandungi surah-surah pilihan dari Quran, seperti buku muqadam.
 
Penerbit dikehendaki menghantar seluruh manuskrip buku kepada KDN bagi disemak dan diluluskan. Kelulusan dibuat oleh sebuah jawatankuasa khas. JKK itu cuma bermesyuarat 2 kali setahun!
 
Yuran yang dikenakan adalah RM300 bagi satu judul, tanpa mengira buku itu nipis ataupun tebal.
 
Jika buku itu sudah diluluskan oleh autoriti luar negara seperti Mesir dan Arab Saudi sekalipun, penerbit dikehendaki menghantar manuskrip buku itu ke KDN bagi disemak dan diluluskan.
 
Jadi, sebagai langkah keselamatan dan peringatan, walaupun buku itu hanya mengandungi sepotong ayat terjemahan teks Quran, gunakan terjemahan JAKIM.
 
Dalam perkembangan terbaru, penerbit perlu mendapatkan kelulusan JAKIM dahulu, sesudah itu barulah manuskrip itu dihantar kepada KDN bagi mendapatkan kelulusan KDN.
 
Yang menjadi isu sekarang adalah tempoh masa yang diambil oleh KDN dan JAKIM bagi menjalankan tugasnya menyemak buku-buku itu, yang amat tidak mesra-bisnes. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tahun 2002: Profesor-profesor Sains dan Teknologi Sudah Membantah

Memorandum Akademi Sains Islam Malaysia kepada Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2002

PENDIRIAN BERSAMA PARA PROFESOR SAKTI SELURUH MALAYSIA TERHADAP DASAR PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH DALAM BAHASA INGGERIS

Kami para profesor dalam bidangn yang berasaskan sains, kejuruteraan dan teknologi atau ringkasnya SAKTI, dengan ini menyatakan bantahan terhadap dasar baru kerajaan untuk mengInggeriskan kembali pendidikan mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah (aliran sains sekolah) mulai tahun 2003 ini.

Bantahan kami ini bukan semata-mata “tidak mahu berpatah balik kerana tiada tanda-tanda sesat dan menyesatkan,” dan sekali-kali tidak kerana kononnya kami tidak mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris.

Pendirian kami ini didorong kuat oleh kesedaran kami yang berasaskan teori dan empirik tentang hukum (empirik, aqli dan naqli) pembangunan SAKTI zaman berzaman dan di negara-negara maju.

Oleh sebab kami juga terlibat secara langsung dengan pembangunan SAKTI negara ini yang kami ingin mengembangkannya dalam acuan negara ini sendiri, iaitu membangun, menyibar dan memajukan dalam bahasa dan budaya negara ini, maka kami menganggap amatlah wajar kami menyuarakan pandangan ini.

Tegasnya, walaupun kami amat bersetuju dengan keprihatinan Kerajaan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di mana peringkat jua pun tetapi kami amat tidak bersetuju dengan langkah peningkatan prestasi bahasa Inggeris itu, kita melakukannya menerusi pengajaran atau pendidikan Sains dan Matematik sekolah dalam bahasa Inggeris.

Ringkasnya, antara sebab-sebab bantahan kami adalah seperti berikut:

1. Langkah Pemunduran:

Dengan menjalankan pengajaran Sains dan Matematik di sekolah dalam bahasa Inggeris (sejak darjah satu!) bermakna tertutup langsunglah wadah penghayatan bahasa Melayu (bahasa keempat terbesar di dunia) dalam SAKTI, sedangkan bahasa Melayu di Malaysia sejak 1970-an telah berjaya dihayati di dalam pendidikan lisan dan penulisan ilmiah hingga ke peringkat ijazah kedua (Sarjana) dan ketiga (Doktor Falsafah). Malah kini tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu sudah menjangkau ribuan!

Langkah pengInggerisan sekolah ini jelas menyekat kemaraan malah mengkhianati dan bahkan membunuh potensi bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa yang diperjuangkan sekurang-kurangnya sejak tertubuhnya UKM 1970 dahulu.

Sekaligus langkah ini meremeh, mensia-sia dan menyiksa batin ratusan bahkan ribuan para sarjana kita sejak 1970 yang bertungkus lumus membangun bahasa Melayu dalam SAKTI menerusi pengajaran, pendidikan dan penyelidikan secara lisan dan tulisan.

Benar bahasa Melayu tidak akan hilang di dunia (seperti yang diramal oleh ahli-ahli bahasa dunia) walaupun dengan mengInggeriskan pendidikan sains dan matematik di Malaysia.

Tetapi amatlah jelas langkah ini akan menjadikan bahasa Melayu (di Malaysia) tidak akan berkembang lagi, malah akan semakin merosot, kerana kekurangan penggunaan dalam arena pendidikan yang amat berpengaruh itu.

2. Penyempitan peluang pemerolehan, pengembangan dan pembangunan SAKTI:

Secara empirikalnya, sejak zaman berzaman tamadun demi tamadun, dan sejarah pembangunan SAKTI di negara-negara maju kini menunjukkan penggunaan bahasa nasional masing-masinglah yang memungkinkan tersebar luas dengan mudahnya SAKTI dalam kalangan rakyat jelatanya.

Dengan inilah kemudiannya kita dapat memudahkan pengembangan dan pembangunannya sehingga di negara-negara itu menjadi ramai yang mencapai kefahaman asas SAKTI dan seterusnya menjadi kaya dengan SAKTI (pengguna, penyumbang dan pengeksport SAKTI).

Negara kita selama melaksanakan pendidikan dalam bahasa nasional kita sendiri juga menunjukkan keesahan hukum empirikal ini.

Kini, begitu ramai ahli sains kita yang berpendidikan dalam SAKTI yang mencapai taraf anatarbangsa menerusi penulisan dan rekaan aslinya hanya dalam masa 40 tahun sahaja. Sekaligus keseimbangan kaum dalam pencapaian SAKTI juga semakin terjadi dengan pantasnya.

3. Bertentangan dengan Hukum teori Pembangunan SAKTI:

Mengikut teori ilmu naqli (wahyu), Allah menegaskan betapa bahasa sesuatu kaum itu sendiri yang memudahkan mereka memperoleh ilmu daripada luar dan dalam.

Ini tafsiran yang lazim terhadap Ayat al-Quran, Surah Ibrahim, yang menegaskan bahawa Allah tidak mengutuskan seorang rasulNya pun yang tidak daripada kalangan sesuatu kaum berkenaan untuk memudahkan kaum tersebut memperoleh ilmu dan hikmah.

Mengikut teori dalam ilmu aqli (intelektual) pula banyak kajian yang lakukan oleh sarjana-sarjana dalam pemikiran, epistemologi dan daya pengaryaan pada abad ini seperti Ravetz, de Bono, Miller, dan d’Ambrosio (sekadar menyebut beberapa orang sahaja) menunjukkan yang manusia memang lebih mudah menguasai sesuatu ilmu (terutamanya di peringkat sekolah) menerusi bahasanya sendiri, dan sesuatu bahasa itu ada keistimewaannya tersendiri dalam peranannya sebagai mangkin dan wahana pengkaryaan atau penciptaan.

Malah de Bono menegaskan bahasa Inggeris bukannya bahasa yang superior dalam pencetusan daya pengkaryaan atau penciptaan. Teori ini sebenarnya disahkan oleh situasi negara-negara maju sekarang, dan situasi negara-negara yang ingin maju (dan tidak maju-maju!) tetapi tidak dalam bahasa nasionalnya.

Setiap bahasa sebenarnya ada kebitaraan atau keunikan tersendiri dalam berperanan daya pengkaryaan dan penciptaan SAKTI (atau bidang lain sekali pun).

Hasil kajian prestasi pelajar sekolah seluruh dunia yang dibuat beberapa kali oleh sekumpulan pengkaji Amerika Syarikat juga menunjukkan negara-negara yang tinggi pencapaian sains dan matematik di sekolah bukanlah datangnya daripada negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Para pelajar Eropah Timur, Jepun dan Korea sentiasa mencapai prestasi yang tertinggi!

4. Pendidikan dalam bahasa Melayu bukan penyebab pengangguran, tetapi keadaan ekonomi negara dan sikap majikan yang memandang serong dan berprasangka buruk serta memilih bangsa menjadi penyebab utama.

Lagi pun sikap kaum elit kita yang mahu mengekalkan budaya berbahasa Inggeris (tidak seperti elit di negara maju dan di bebrapa buah negara jiran kita) patut dipersalahkan juga.

5. Mata pelajaran Sains dan lebih-lebih lagi Matematik Sekolah adalah dua mata pelajaran yang terakhir yang menjanjikan seseorang pelajar dapat memperbaiki kefasihannya berbahasa (Inggeris).

PengInggerisan dua mata pelajaran ini hanya menjanjikan “Yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidak dapat.”

Yang pasti adalah kelemahan pelajar dalam dua mata pelajaran ini yang selama ini sentiasa menjadi isu, tidak akan bertambah baik di samping munculnya pelbagai masalah dan kerenah baru lagi.

Kajian tentang hubungan bahasa ibunda atau kemahiran bahasa sebagai faktor pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik memang banyak dan semuanya menunjukkan pembelajaran dalam bahasa sendiri ada advantejnya, dan kemahiran dalam sesuatu bahasa lain pula dapat memperbaiki pencapaian sains dan matematik.

6. Pendidikan dalam bahasa Melayu tidak memundurkan atau merugikan sesiapa pun: Pendidikan dalam bahasa nasional terbukti di negara-negara maju itu tidak merugikan negara tersebut.

Oleh itu andaian pihak yang berpendapat pendidikan dalam bahasa nasional Malaysia adalah merugikan dan memundurkan orang Melayu adalah tidak berasaskan ilmu, tetapi berasaskan emosi semata-mata.

Selama ini pun kita telah membuktikan kemajuan negara kita ini dicapai menerusi sumbangan ratus ribuan mereka yang berpendidikan dalam aliran kebangsaan sekurang-kurangnya sehingga SPM (dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu!)

Dengan ini, kami benar-benar berharap kerajaan dapat mempertimbangakan semula dengan penuh hikmahnya agar tidak melaksanakan dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam Sains dan Matematik Sekolah seperti yang telah diputuskan itu.

Sebaliknya kami menggesa kerajaan supaya meningkatkan lagi dengan berganda-gandanya usaha untuk memperbaiki sumber, prasarana dan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sehingga mencapai tahap maksimumnya, tetapi menerusi pendidikan matapelajaran ahasa Inggeris itu sendiri.

Ditandatangani oleh para Profesor SAKTI berikut:

Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan). KP: 601211-01-6269
Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273
Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP: 500922-07-5107
Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183
Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853
Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965
Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177
Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433
Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236
Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992
Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094
Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780
Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057
Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP.591108-11-5043
Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193
Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834
Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038
Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan). KP: 551108-03-5020
Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).
Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083
Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477
Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560
Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan). KP: 600702-01-5733
Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP: 520709-01-5373
Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491
Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147
Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP: 520912-01-5483
Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073
Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269
Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP: 550916-10-6179
Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan). K.P: 570324-06-5543
Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan). KP: 510927-06-5097
Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan). KP: 620404085491
Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167
Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan). KP: 520522-01-5541
Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan).
Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik).
Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273
Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032
Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415
Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203
Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat): KP. 3821920
Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan). KP: 520222-10-5035
Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419
Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377
Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283
Prof. Mohd Yusof Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131
Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119
Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepjal). KP: 470901075111
Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009
Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187
Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976
Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi). KP: 540618-07-5272
Prof. Othman Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173
Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291
Prof. Paden Morat (Bioperubatan). KP. 4380233
Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233
Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor). KP: 610927055049
Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan). KP: 470721-10-5141
Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan). KP. 560313-02-5459
Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665
Prof. Shahrim Ahmad (Fizik). KP: 600215025627
Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573
Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi aklumat): KP 4478636
Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan). KP: 551227-07-5447
Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575
Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101
Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-5623

 

Prof. Shahrir Mohamad Zain
Presiden
Akademi Sains Islam Malaysia

September 2002

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PPSMI - Kepintaran Linguistik - Kepintaran Matematik

Baca tulisan Juliana Es bt Mohamed Munawir ini dalam artikel menarik tentang kezaliman PPSMI dari sudut teori kepintaran Howard Gardner.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kempen Anti-PPSMI akan Dilebarkan ke Semua Negeri Sepanjang Bulan Februari

Badan penganjur Gerakan Mansuhkan PPSMI(GMP) akan menganjurkan kempen penerangan gaya 'road-show' ke peringkat negeri-negeri.

Kempen akan dilaksanakan selama bulan Februari.

Kempen penerangan itu adalah bertujuan memberi kefahaman kepada rkyat mengapa PPSMI mesti dimansuhkan, seterusnya mengajak semua lapisan masyarakat bersama-sama dalam Himpunan 100 Ribu di Istana Negara pada Sabtu 7 Mac akan datang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Persatuan-persatuan Guru Tidak Ikut

Ada 9 kesatuan dan persatuan guru-guru.

Hanya Persatuan Pengamal Pendidikan (PENDIDIK) ikut serta sebagai badan penganjur Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 28, 2009

Mesyuarat JK Pelaksana GMP

Pada hari Jumaat 30.1.09, jawatankuasa pelaksana Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan bermesyuarat bagi memastikan semua gerak kerja sudah disusun rapi untuk mengadakan majlis pelancaran pada SABTU 31.01.09 di depan kompleks membeli-belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL, jam 3 petang.

Antara agendanya adalah menetapkan gerak kerja melaksanakan kempen anti-PPSMI pada peringkat negeri-negeri di seluruh Malaysia. 

Pada hari Sabtu nanti, tuan-tuan dan puan-puan, saudara dan saudari, mari beramai-ramai makan angin dan bershopping di Jln. Tuanku Abdul Rahman, sekitar SOGO.

Apabila tiba waktunya, datanglah ke Dataran SOGO bagi memeriahkan majlis pelancaran itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Perhimpunan di Dataran SOGO

Antara yang akan hadir adalah Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof. Dr. Shahrir Md Zain, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Puan Ainon Mohd., Tn. Hasni Abas, Tn. Suhaizan Kayat, parti PAS dengan Dr. Nasharuddin Md. Isa, Tn. Hj. Mohd. Sabu bersama Pemuda PAS diketuai YB Salehuddin Ayub, manakala PKR dengan peneraju utama Tn. Shamsul Iskandar Md. Akin (Ketua AMK Pusat) bersama jentera padu AMK khususnya dari Wilayah Persekutuan dan Selangor dan disokong oleh ahli MPT PKR YB Tian Chua, Tn. Badrul Hisham Shahrin dan lain-lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PKPIM di Barisan Hadapan Menentang PPSMI

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menjadi tulang belakang sekretariat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Pejabat PKPIM dijadikan pejabat GMP disebabkan majoriti tenaga utamanya adalah anggota PKPIM. 

Mereka adalah Sdr. Saifullah Zulkifli (Setiausaha), Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Penolong Setiausaha), Sdr. Akmal Hisyam Abdul Rahim (Setiausaha Media), Sdr. Abu Qassim Nor Azmi (Jawatankuasa) dan banyak lagi petugas lain.

Sebelum ini PKPIM telah menyerahkan petisyen bantahan satu ribu tandatangan kepada Timbalan Menteri Pelajaran, namun sehingga kini, tiada respon diberikan. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pemuda PAS Ikut

Pemuda PAS confirm ikut serta dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Foto: YB Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Gamis Ikut

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) adalah antara pertubuhan yang ikut secara aktif Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Foto: Sdr. Redhuan Bakar, seorang anggota MT GAMIS sedang berucp. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, January 27, 2009

Pemuda UMNO Pengkhianat kepada Pendidikan Melayu

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

UNIKAPTS Seru Lebih Banyak ADUN dan MP Masuk PKR, DAP ataupun PAS

UNIKAPTS menyokong Pakatan Rakyat (PR) kerana PR sudah berjanji akan memansuhkan PPSMI.

Sebagai bukti, di Selangor, 2 buah universiti milik kerajaan negeri, iaitu Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) sudah kembali menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, atas arahan Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dengan ini UNIKAPTS menggesa lebih ramai ADUN dan MP BN melompat masuk PR sekarang. Ikut kebijaksanaan ADUN Bota.

Kalau mereka terus dalam BN, belum tentu pada PRU-13 akan datang mereka dipilih semula sebagai calon.

Seandainya dipilih semula sebagai calon sekalipun, belum tentu menang.

Calon BN mungkin ada yang menang, namun BN belum tentu menang dengan mendapat jumlah kerusi yang cukup bagi menubuhkan kerajaan. 

Semua analisis empirikal menunjukkan kerajaan BN akan kalah dalam PRU-13 akan datang. Jadi, masuklah PR sekarang!

Lebih ramai ADUN dan MP BN masuk PR, lebih cepat PR mengambil alih kerajaan pusat. Lebih cepat PPSMI dimansuhkan. 

Sangatlah banyak jawatan kosong menanti.

Ayuh! Cepat masuk PKR, DAP ataupun PAS. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

GAPENA Tidak Ikut

Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) sudah confirm tidak mahu ikut serta dalam Gerakan Menentang PPSMI (GMP).

Gapena mengambil tindakan sendiri. Ia berkata, ia akan membawa kes PPSMI ke mahkamah. Ia juga akan mengadakan acara bantahan di dalam kawasan Rumah Gapena sahaja. 

Foto: Tan Sri Ismail Hussein, Ketua 1 Gapena.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Kanak-kanak Mahu Dijadikan Pakar Rujuk Membuat Keputusan Dasar Pendidikan Kebangsaan

 

Apa agenda di sebalik penyiaran artikel di atas?

Akhbar Inggeris itu mahukan buah fikiran kanak-kanak dan remaja di atas diambil kira oleh Menteri Pelajaran supaya mengekalkan PPSMI.

Bagi akhbar itu, kanak-kanak dan remaja antara 8 tahun - 17 tahun itu layak dijadikan 'pakar rujuk' dalam urusan penggubalan dasar-dasar pendidikan kebangsaan.

Dalam isu PPSMI, akhbar berbahasa Inggeris itu mahukan supaya Menteri Pelajaran kita mendengar buah fikiran kanak-kanak. Bukan mendengar pemikiran para profesor dan para pengkaji. Bukan mendengar pemikiran para educationists. Bukan juga mendengar pendapat para pemikir dan cendekiawan.

Malaysia Boleh!

Baca lebih banyak di sini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 26, 2009

Dolak-dalik Pak Lah

Beberapa lama dahulu, saya pernah minum satu meja dengan bekas Ketua Pengarah DBP, YB Senator Dato' Dr. Firdaus Abdullah (beliau baru mengangkat sumpah minggu lalu).

Dato' Dr. Firdaus Abdullah, melalui sejarah GPMS (Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung), mempunyai hubungan baik dengan Pak Lah. 

Beliau memberitahu saya bahawa Pak Lah sudah mengarahkan menteri pelajaran, Hishamuddin Husein Onn, supaya memansuhkan PPSMI. Tetapi itulah yang masih tidak dilakukan oleh Hishamuddin.

Dato' Dr. Firdaus Abdullah juga pernah memberitahu saya bahawa apabila kontraknya sebagai KP DBP tamat, Pak Lah telah mengeluarkan surat kepada Hishamuddin supaya melantik semula beliau sebagai ketua pengarah DBP, tetapi menteri pelajaran itu sampai sekarang tidak mahu mengeluarkan surat perlantikannya. (Sampai hari ini jawatan KP DBP masih kosong.) 

Jika benar apa yang dikatakan oleh Dato' Dr. Firdaus Abdullah itu, nampaknya menteri pelajaran itu tidak mematuhi arahan Perdana Menteri. 

Tetapi betulkah Pak Lah tidak berdusta kepada Dato' Dr. Firdaus Abdullah?

Jika Hishamuddin tidak mahu memansuhkan PPSMI, sebagai Perdana Menteri Pak Lah sendiri lebih berkuasa dan boleh membatalkannya. Mengapa itu tidak dilakukannya? 

Nota: Semasa berkempen di Kuala Terengganu, Pak Lah memberi amaran kepada para penentang PPSMI supaya jangan mempolitikkan PPSMI. Dengan berkata begitu, tidakkah dia juga mempertahankan PPSMI?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Bota, Pengundi Muda dan PPSMI

Pengundi muda menentang PPSMI.

Apabila ADUN Bota keluar UMNO dan masuk PKR, Tan Sri Tajol Rosli, Pengerusi BN Perak, berkata BN di Perak berazam mahu merampas semula Perak daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang. BN mendapati kekurangan undi pada pilihan raya umum ke-12 adalah di saluran 3 dan 4, yakni saluran pengundi muda. Beliau akan gerakkan jentera bagi mendapatkan sokongan pengundi muda daripada saluran tersebut.

Terbaru, ada 3 lagi ADUN UMNO akan masuk PKR. Itulah yang dikatakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan oleh Menteri Besar Perak kepada para wartawan.

Selama ini, 'jentera' apa lagi yang masih belum digunakan bagi mengugut, menggertak, memancing dan membeli undi orang muda, Tan Sri?  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Angkatan Muda PKR Ikut

Angkatan Muda PKR sudah confirm ikut serta dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dan menjadi penganjur aktif.

Foto: Ketua Angkatan Muda PKR, Tn. Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pemuda UMNO Tidak Ikut

Sehingga hari ini Pergerakan Pemuda UMNO masih tidak mahu ikut serta dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Ketua Pemuda UMNO adalah juga Menteri Palajaran Malaysia yang berusha bersungguh-sungguh mempertahankan PPSMI. 

Timbalan Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin, tidak pernah berganjak daripada pendiriannya yang menentang PPSMI.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Orang-orang Kuat GMP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto disalin dari blog ini

Nota: SifuPTS memakai baju kurung putih. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pemuda DAP Ikut

Pergerakan Pemuda DAP akan ikut serta dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI.

Foto: Dato' Ngar Kor Ming, Ketua Pemuda DAP dan anggota Exco kerajaan negeri Perak. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 25, 2009

Jerit Ikut

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gerakan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) sudah confirm akan ikut melibatkan diri dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Hishamuddin Diminta Pergi ke Sabah dan Sarawak

Menteri Pelajaran Malaysia memang tidak mahu berjumpa dengan ibu bapa miskin dan mendengar apa pendapat mereka dalam isu PPSMI.

Dia juga tidak mahu berjumpa dengan guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah luar bandar dan mendengar sendiri dengan kedua-dua belah telinganya apa yang akan dilaporkan oleh guru-guru itu.

Pak Menteri itu hanya medengar kenyataan yang dibuat oleh pengerusi persatuan guru-guru yang kuat mengampu dia. 

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU), William Ghani Bina, meminta supaya Hishamuddin datang ke Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan maklumat yang betul sebelum membuat keputusan meneruskan PPSMI.

Baca lagi di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Kata Akhbar Cina

Wakil pertubuhan pendidikan Cina Dong Ziau Jong yang hadir dalam mesyuarat bandan-badan penganjur Gerakan Mansuhkan PPSMI (PPSMI) pada 20.1.09 yang lalu memberitahu hadirin sebuah akhbar Cina melaporkan bahawa:

(i) Kementerian Pelajaran akan membenarkan sekolah rendah mengajar sains dan metematik  dalam bahasa  ibunda.

(ii) Pada tahun 5 dan 6, istilah-istilah sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan diperkenalkan kepada murid-murid.

(iii) Pada peringkat sekolah menengah sains dan matematik akan diajarkan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

UNIKA bertanya 2 soalan: 

(i) Siapakah pakar-pakar pendidikan matematik dan sains yang menasihati Kementerian Pelajaran? 

(ii) Model sistem pendidikan negara maju manakah yang hendak ditiru oleh Kementerian Pelajaran? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Memorandum ASASI kepada Menteri Pelajaran

Memorandum ASASI tentang Pengajaran Sains dan Matematik Sekolah dalam Bahasa Inggeris

28 Ogos 2008

Perbincangan Meja Bulat Pengajaran Sains dan Matematik Sekolah dalam Bahasa Inggeris di Pusat Persidangan Antarabangsa Putra jaya pada 27hb Ogos 2008

1. Prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik di dalam bahasa ibunda lebih cemerlang

Para sarjana Dunia telah ijmak bahawa penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan peringkat awal lebih berkesan daripada penggunaan bahasa asing pada tahap pendidikan itu. Banyak kajian penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan yang telah diperakui oleh UNESCO menunjukkan pelajar di peringkat permulaan pendidikan yang diajar dengan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar mempunyai prestasi lebih cemerlang daripada pelajar yang diajar di dalam bahasa asing.

Banyak kajian di Malaysia menunjukkan prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik di dalam bahasa pengantar bahasa Inggeris menurun berbanding dengan prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik di dalam bahasa pengantar bahasa Melayu dahulu itu.

2. Bahasa Inggeris bukan bahasa tunggal S & T

Kajian sejarah S & T telah membuktikan bahawa hampir semua penemuan sains penting bukan dalam bahasa Inggeris tetapi di dalam bahasa ibunda penemunya. Setiap bangsa maju itu mempribumi dan mengungkap S & T dalam bahasanya sendiri mengikut kosmologi, pandangan alam dan nilai agama serta budayanya sendiri, menguasainya serta mengkritiknya dan akhirnya mengarya saisn dan teknologinya sendiri. Tiada bangsa maju yang mengarya S&Tnya dalam bahasa asing.

3. Kejayaan pembudayaan S &T tidak bergantung kepada penguasaan bahasa Inggeris

Pendidikan S & T dalam bahasa Melayu di Malaysia sejak dasar pendidikan beraliran bahasa Melayu dalam masa 20 tahun ini telah melahirkan ahli sains dan jurutera yang berwibawa dan berjaya. Kemenangan ahli sains dan jurutera Melayu berpendidikan aliran bahasa Melayu di Salon International des Invention, Geneve, Switzerland; World Exhibition of Innovation, Research and New Technologies, Brussels, Belgium; British Invention Show, London; dan Seoul International Invention Fair membuktikan keampuhan bahasa Melayu melahirkan ahli sains dan jurutera Melayu bertaraf Dunia itu. Kecemerlangan mereka tidak sedikit pun tercela dengan pendidikan bahasa Melayu.

4. Bahasa Melayu adalah faktor genting dalam pembudayaan S &T di Malaysia

Pembudayaan S&T yang sebenar amat berhubung rapat dengan pencernaan S &T dalam sistem pemikiran yang serasi dengan kosmologi dan pandangan alam sesuatu bangsa yang terungkap di dalam bahasa ibundanya. Oleh yang demikian kejayaan pembudayaan S&T di Malaysia amat bergantung kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Inilah inti pati daripada slogan “bahasa jiwa bangsa”. Impian para pemimpin Malaysia untuk menjadikan Malaysia maju dalam acuannya sendiri akan kekal menjadi angan-angan sahaja jika S&T masih terus dibudayakan dalam bahasa asing.

5. Bahasa Melayu bukan faktor pembantut penguasaan S &T

Kejayaan yang luar biasa Malaysia dalam masa 20 tahun dengan dasar bahasa Melayu dalam pendidikannya merupakan bukti keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa poengantar S&T. Kemenangan ahli sains dan jurutera Melayu berpendidikan aliran bahasa Melayu di Salon International des Invention Geneve; World Exhibition of Innovation, Research and New Technologies, Brussels, Belgium; British Invention Show, London; dan Seoul International Invention Fair menunjukkan bahawa keampuhan bahasa Melayu melahirkan ahli sains dan jurutera Melayu bertaraf Dunia itu amatlah ketara dan tidak boleh dinafikan lagi.

6. Mendahulukan Penguasaan S & T bangsa Melayu dengan menggunakan Bahasa Inggeris akan membunuh Bahasa Melayu

Dasar meninggalkan bahasa Melayu dahulu dalam mengejar kemajuan ekonomi dalam bahasa Inggeris, dan setelah berjaya kelak barulah memperkasakan bahasa Melayu adalah tidak akan berjaya kerana sejarah telah menunjukkan bahawa tiada bahasa yang ditinggalkan begitu lama dapat disesuaikan semula dengan perkembangan zaman (contoh: bahasa Latin). Malah kemajuan bahasa-bahasa maju tidak pernah berlaku mengikut cara ini.

7. S & T sarat nilai dan tidak neutral kerana dibentuk oleh kosmologi, pandangan alam dan nilai budaya sesuatu bangsa

Pada hakikatnya S&T yang dipribumi dan diungkap dalam bahasa nasional setiap bangsa maju diwarnai kosmologi, pandangan alam dan nilai budaya. Maka S&T yang diungkap dalam bahasa Inggeris itu dibebani kosmologi dan pandangan alam Inggeris yang asing bagi banga Melayu. S&T di Malaysia semestinyalah diungkapkan dalam bahasa Melayu yang beracuan Islam yang lebih dekat dengan budayanya kerana Malaysia mempunyai sejarah hubungan rapat dengan Islam.

8. Pengajaran S&T dalam bahasa Inggeris tidak akan menghasilkan lebih ramai orang Malaysia menguasai bahasa Inggeris

Penguasaan bahasa Inggeris tidak ada hubungan langsung dengan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Bahkan pelajar pada peringkat permulaan pendidikan akan mengalami kesukaran memahami S&T kerana terpaksa menterjemahkan dahulu istilah bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu, memahaminya dahulu sebelum mencuba memahami ilmu sains dan matemtik pula.

9. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tidak akan mudah berintegrasi menggunakan bahasa Inggeris yang asing

Penggunaan bahasa Inggeris di India sebagai bahasa rasmi kerajaan dan pendidikan gagal mengintegrasi rakyat India berbilang kaum kerana bahasa Inggeris itu asing bagi rakyat jelata India. Pelajar sekolah di bawah sistem pendidikan kebangsaan ternyata lebih berpeluang bersaling tindak yang jauh lebih luas dan lebih hebat antara pelbagai kaum dalam bahasa Melayu.

10. Desa sejagat dan kepelbagaian bahasa

Pengiktirafan hanya kepada satu bahasa atas alasan desa sejagat yang de facto berbahasa Inggeris dengan mengabaikan atau mematikan sesuatu bahasa lain adalah bertentangan dengan hak asasi manusia yang menuntut pengiktirafan bahasa-bahasa lain untuk kenal-mengenali antara satu dengan yang lain seperti yang dianjurkan oleh UNESCO. Peluang perniagaan juga tidak tergantung kepada bahasa Inggeris akan tetapi kepada bahasa tempatan pasaran dan kerana itulah antara lain perisian komputer Microsoft juga ditulis dalam bahasa Cina untuk pasaran besar Cina.

11. Dasar pendidikan kebangsaan selama ini tidak merugikan Melayu

Dasar pendidikan negara maju bukan Inggeris seperti Jepun dan Korea telah berjaya mencapai S&T yang setara atau lebih tinggi lagi. Kemampuan orang Melayu kini yang semakin kuat menyaingi kaum lain berbanding dengan nasib malang orang Melayu ketika pendidikan aliran Inggeris dahulu menunjukkan dasar pendidikan kebangsaan menguntungkan lagi orang Melayu.

12. Terjemahan ilmu ke bahasa Melayu amat perlu bagi mengejar kepantasan perkembangan ilmu

Sejarah tamadun membuktikan bahawa peranan terjemahan dalam pembinaan sesuatu bahasa sebagai bahasa ilmu itu adalah teramat penting. Terjemahan karya pilihan amat perlu dan banyak menguntungkan perkembangan ilmu dalam sesebuah negara. Para penterjemahlah yang mula sekali memahami ilmu yang diterjemahkannya itu. Jika ramai sarjana Melayu terlibat dalam penterjemahan maka ramailah sarjana Melayu yang tinggi kefahaman ilmunya sehingga mempercepatkan lagi proses kritikan ilmu semasa dan seterusnya meningkatkan kemampuan mengarya ilmu baru ciptaan sendiri pula.

13. Bahasa Melayu tidak menghalang pelajar Malaysia menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

Perisian komputer sekarang semakin mesra pengguna sehingga seseorang yang buta bahasa Inggerispun boleh berinteraksi dengan komputer peribadinya dengan mudah.

Bahan pendidikan peringkat sekolah dalam internet tidaklah banyak sehingga tanpa penggunaan internet pelajar sekolah akan ketinggalan. Bahkan bahan peringkat sekolah di internet sudah pun banyak dalam bahasa Melayu dan perisian untuk sekolah bestari telah dibuat dalam bahasa Melayu. Penggunaan komputer untuk tujuan menyelesaikan masalah dan menjana ilmu baru itulah memerlukan hanyalah daya khayalan, daya pengaryaan dan kepintaran seseorang tanpa perlu fasih bahasa Inggeris kerana komputer itu alat yang amat mesra pengguna.

14. Penemuan Ilmu Sains Baru dalam bahasa Melayu

Sains yang sedang dikaji kini seperti bioteknologi dan nanoteknologi telah ditemui pada awal abad ke-20 hinggalah ke tahun-tahun 70an. Ilmu sains kini merupakan inovasi kepada penemuan-penemuan asal itu dan telahpun mencapai tahap ketepuan dan kelesuan. Presiden Universiti John Hopkins yang juga merupakan ahli sains tersohor telah menyarankan supaya penyelidikan sains hendaklah kembali menumpu kepada penemuan ilmu sains baru yang akan menghasilkan teknologi masa depan (Financial Times 20/8/2005). Ini merupakan peluang keemasan bagi ahli sains Malaysia untuk menemui ilmu sains baru dengan menggunakan bahasa Melayu yang sarat budaya Melayu dan agama Islam. Sumber tabii pribumi yang belum diterokai mengandungi fenomena alam baru yang dapat menghasilkan ilmu sains baru yang terbina atas kerangka paradigma Melayu dan Islam.

Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud
Presiden
Akademi Sains Islam Malaysia

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 23, 2009

SABTU 7 Mac 2009 Tarikh Perhimpunan Raksasa Menentang PPSMI oleh GMP

Mesyuarat badan-badan penganjur Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) membuat keputusan tarikh himpunan raksasa bagi membantah PPSMI adalah pada 7 Mac 2009.

Tarikh SABTU 7 Mac dipilih kerana pada hari itu semua penyokong GMP di semua negeri-negeri Semenanjung bercuti, oleh itu mereka dapat turun ke Kuala Lumpur. 

Himpunan ini akan dijalankan seperti juga Himpunan Bersih! 

Himpunan raksasa itu nanti adalah bagi mengiringi para pemimpin GMP menyampaikan memorandum kepada ke Bawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.  

Ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang menjadi mangsa PPSMI akan hadir dengan membawa bersama-sama anak-anak mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

MCA Ikut Menentang PPSMI Selepas Memahami Kesan Negatif PPSMI ke atas Pelajar Cina

Dalam mesyuarat badan-badan penganjur rapat raksasa Gerakan Menentang PPSMI (GMP), wakil Dong Jiau Zong (DZJ) bercakap panjang lebar tentang respon kaum Cina terhadap PPSMI.

Beliau memberitahu golongan orang Cina yang menyokong PPSMI adalah amat kecil, iaitu hanya mereka yang kaya, terdidik dalam aliran Inggeris, dan tinggal di bandar-bandar utama. 

Kata beliau lagi, pada mulanya pemimpin parti MCA macam menyokong PPSMI, tetapi selepas mereka diberi taklimat dan penerangan oleh Dong Jiau Zong, MCA juga sekarang menentang dasar itu.

Nota: Foto menunjukkan wakil Dong Jiau Zong (DZJ) bercakap dalam mesyuarat badan-badan penganjur rapat raksasa Gerakan Menentang PPSMI (GMP) yang berlangsung pada 20 Feb 2008 lalu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Orang Patut-patut Melayu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Malah, ‘orang patut-patut’ Melayu pada masa itu tidak rela anak mereka duduk sederet dengan anak bekas hambanya.

PPSMI akan mengembalikan orang Melayu luar bandar dan miskin di pinggir bandar ke zaman “supaya mereka diberi sedikit pelajaran supaya lebih pandai sedikit sahaja daripada ibu bapanya, tidak juga akan menjadi lebih pandai daripada anak 'orang patut-patut'."

Baca lagi di blog Prof. Emeritus Abdullah Hassan

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mari Ikut GMP Berhimpun di Depan Parlimen!

Salah satu kesetujuan yang dicapai dalam mesyuarat badan penganjur Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) pada Isnin 20 Februari lalu adalah menghimpunkan orang ramai bagi mengiringi wakil-wakil GMP menyampaikan memorandum menentang PPSMI kepada semua ahli parlimen yang bersidang waktu itu.

Tarikh sudah dipilih, manakala jumlah pengiring yang dirancangkan adalah sekitar 4 ataupun 5 ribu orang.

Penggal ke-2 sidang parlimen mula bersidang pada 16 Februari 2009. 

Pada hari pertama parlimen bersidang itu nanti, YB Abdul Wahid Endut akan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen dan dijangka banyak wartawan akan berada di parlimen. 

Kehadiran wartawan yang banyak itu amat bagus bagi tujuan mendapatkan liputan. Tetapi, penyerahan memorandum itu tidak akan dilakukan pada hari pertama parlimen bersidang disebabkan pada hari itu akan berlangsung majlis perasmian oleh DYMM YDP Agong.

Pada hari itu akan ada banyak sekatan dan langkah keselamatan yang tidak membolehkan orang ramai memasuki kawasan parlimen.

Bagi tuan-tuan yang mahu turut serta mengiringi penyerahan memorandum itu, ikuti blog ini dari masa ke masa bagi mendapatkan maklumat tentang tarikh dan tempat berkumpul.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Akibat PPSMI Calon UMNO Gagal Mendapatkan Undi Kakitangan Kerajaan

Akibat dasar PPSMI, calon PAS menang undi daripada kakitangan kerajaan. Ini lebih-lebih lagi ketara di kalangan kakitangan perempuan. Dulu mereka undi UMNO, kali ini mereka swing ke PAS.

Faktor yang mendorong kakitangan kerajaan itu menolak UMNO adalah disebabkan mereka mempunyai anak-anak yang sedang bersekolah. Mereka tahu kesukaran yang dialami oleh anak-anak mereka akibat pelaksanaan dasar PPSMI.

Mereka membandingkan antara prestasi matematik dan sains anak-anak yang belajar sebelum dasar PPSMI dengan prestasi anak-anak mereka yang sekarang dipaksa belajar dalam PPSMI. 

Mereka yang belum mempunyai anak dapat melihat kesan buruk PPSMI ke atas prestasi adik-adik mereka. 

UMNO kalah kerana kesan swing PPSMI, tetapi UMNO tidak mahu menerima hakikat ini. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 22, 2009

Dasar Bahasa di Universiti Nabi Muhammad

Nabi Muhammad (SAW) mendirikan masjid dan berkuliah di dalam masjidnya. Masjid Nabi (Muhammad) yang terletak di bandar Madinah itu adalah universiti paling tua di dunia. Justeru, dari satu sudut, Nabi Muhammad adalah profesor pertama di dunia.

Nabi Muhammad orang Arab, apabila beliau mengajar murid-muridnya yang terdiri daripada orang-orang Arab, beliau menggunakan bahasa Arab.

Ada muridnya yang datang dari luar negara - (Bilal dari Afrika, dan Salman dari Iran) - maka mereka berdua itu terpaksa belajar bahasa Arab, bagi mengikuti kuliah Nabi Muhammad.

Tidaklah pula, disebabkan ada segelintir pelajar luar negara dalam kelasnya, maka Nabi Muhammad pun menyampaikan kuliahnya menggunakan bahasa orang asing, (umpamanya bahasa Latin, bahasa dunia pada zaman itu).

Begitulah sunnah Nabi Muhammad.

Entah sunnah nabi mana yang digunakan oleh kerajaan kita hari ini, apabila ada pelajar asing dua-tiga kerat dalam kelas, maka pensyarah diwajibkan mengajar dalam bahasa Inggeris.

Sunnah Nabi Muhammad adalah berdasarkan prinsip “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”.

Apabila Bilal dan Salman datang belajar di negeri Arab, mereka belajar bahasa Arab. (Natijahnya, kalau hendak belajar di negeri Cina, mestilah belajar bahasa Cina. Kalau hendak belajar di negeri Jepun, mesti belajar bahasa Jepun.)

Tidaklah pula Nabi Muhammad sebagai pensyarah, dan semua pelajar-pelajarnya, dipaksa mempelajari bahasa ketiga, umpamanya bahasa Latin, demi hendak mengajar pelajar asing yang ada dalam kelas.

Ini yang berlaku di negara kita sekarang. Semua pensyarah dan semua pelajar, tidak kira dari mana negara asal mereka, dan apa bahasa ibunda mereka, semuanya dipaksa belajar bahasa Inggeris.

Kita mesti kembali kepada Quran dan Sunnah, baru betul apa yang kita buat.

Tengoklah dengan mata kepala kita sendiri apa yang berlaku di negara-negara yang meminjam bahasa bekas penjajah masing-masing - India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Filipina, Burma, Ghana, Zambia, Kenya, Zimbabwe, dan seluruh benua Afrika dan Latin Amerika, sudahkah taraf pendidikan mereka sama maju dengan taraf pendidikan di UK, USA, Australia, Kanada, dan New Zealand?

Sudahkan negara-negara itu menjadi aman, makmur dan kaya raya?

Bandingkan dengan negara-negara di seluruh Eropah, Jepun, Korea dan lain-lain yang semuanya ‘ikut’ sunnah Nabi Muhammad (SAW) yakni mereka semua memandaikan rakyatnya dengan menggunakan bahasa mereka sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 21, 2009

SABTU 31.02.08

Mari kita semua berhimpun secara besar-besaran!
 
Tarikh: SABTU 31.1.2009

 
Waktu: 3 Petang

 
Tempat: Di Hadapan Kompleks SOGO, JLN Tuanku Abdul Rahman, KL.
 
Turut hadir: Tokoh-tokoh pejuang bahasa
 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Calon UMNO Gagal Mendapatkan Undi Golongan Muda Disebabkan Isu PPSMI

Calon PAS berjanji kepada para perwakilan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang datang ke Kuala Terengganu bagi menyampaikan memorandum membantah PPSMI bahawa beliau akan bercakap dalam parlimen berkenaan isu PPSMI.

BN kalah kepada PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu disebabkan BN gagal mendapatkan undi orang muda.

Banyak pelajar IPT yang pulang mengundi menolak calon BN disebabkan mereka menentang penggunaan bahasa Inggeris di IPT. Mereka adalah golongan yang paling terkesan oleh dasar itu, maka tidak hairan mereka membenci BN.

Ratusan anak-anak muda anggota Pertubuhan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah berkerja bertungkus-lumus bagi memenangkan calon PAS dengan menggunakan isu PPSMI bagi meyakinkan para pengundi muda.

UMNO tidak mahu mengakui bahawa salah satu isu yang menyebabkan calonnya kalah adalah isu PPSMI. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 19, 2009

Andai Kata

Andai kata Hishamuddin Tun Husein Onn mengumumkan di Kuala Terengganu bahawa beliau berjanji akan memansuhkan PPSMI apabila calon BN menang, mungkinkah umpan itu dapat memberikan kemenangan kepada calon UMNO (biarpun dengan majoriti 1 undi)?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ada-ada Sahaja: Beban Kalah

 

 

 

 

 

 

 

Antara 2 orang pemimpin UMNO dalam foto di atas (bersongkok hitam), beban yang dirasai oleh Hishamuddin lebih terpancar.

Wajahnya murung, lehernya terkulai ke depan, bahunya jatuh, tulang belakangnya lebih bengkok, tangannya lebih stress, manakala jari-jarinya bekerja. 

Foto ini di salin dari blog Perak Express.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 18, 2009

Pengundi Muda

PPSMI ditentang oleh dua golongan: (i) Pemimpin pelbagai pertubuhan dan gerakan intelektual dan kebudayaan, dan (ii) Golongan muda dan pelajar.

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu sekali lagi menyaksikan bagaimana (sampai mempadahkan dirinya sendiri) UMNO tetap tidak ambil peduli kehendak, pendapat dan emosi golongan intelektual, orang muda dan pelajar.

Foto disalin dari blog Penarik Beca

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 16, 2009

Peta Kemiskinan Bertindan dengan Peta Bahasa Penjajah sebagai Bahasa Penghantar

Nota: Di mana-mana sahaja bahasa penjajah digunakan dalam sistem pendidikan, di situ tercipta kemiskinan dan kemelaratan.

Dalam peta ini warna merah menunjukkan kawasan di mana lebih 50% kanak-kanak di bawah 5 tahun mengalami bantut disebabkan tidak cukup makan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Malaysia Patut Mencontohi Negara-negara Benua Eropah, Bukan Benua India dan Afrika

Semua negara-negara Eropah mengajarkan sains dan matematik kepada kanak-kanak sekolahnya menggunakan bahasa masing-masing.

Malaysia mahu maju sebagaimana majunya negara-negara Eropah, tetapi dalam pengajaran sains dan matematik kita ikut pula cara negara-negara miskin di benua India, Afrika dan Latin Amerika yang menggunakan bahasa-bahasa bekas penjajah. 

Bandingkan pendapatan per kapita negara-negara yang meminjam bahasa bekas penjajah dan negara-negara yang menggunakan bahasa masing-masing. Baca di sini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Itu Model Eropah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peta di atas menunjukkan negara-negara Eropah Barat yang pernah dijajah oleh Bangsa Romawi, yang bahasanya dikenali sebagai bahasa Latin.

Selama dijajah oleh bangsa Romawi, seluruh Eropah dipaksa menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa penghantar. Akibatnya, selama 1000 tahun Eropah berada dalam Zaman Kegelapan.

Kemudian bangsa-bangsa Eropah itu memberontak dan berjaya menumbangkan penjajahan Romawi lalu mendirikan negara-bangsa yang dikenali sebagai England, Peranchis, Jerman, Spanyol, Portugal, Greece dan lain-lain.

Setiap bangsa-bangsa Eropah itu membuang bahasa Latin sebagai bahasa penghantar, dan menggantikannya dengan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu. 

Baca lagi di sini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Strategi Linguistik Jepun Meniru Model Eropah

Jepun meniru model Eropah, yakni memandaikan bangsanya menggunakan bahasa sendiri. Hasilnya, Jepun berjaya mengkayakan seluruh rakyatnya.

 

 

 

 
India mencipta modelnya sendiri, yakni dengan menggunakan bahasa pejajah.

Selepas 400 tahun menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar bagi memandaikan rakyatnya, hasilnya adalah: Yang kaya kekal kaya, manakala yang miskin kekal miskin.

 

Nota: Data from a study by Indian National Institute of Urban Affairs (NIUA) reported that among the poorest cities were Calcutta (89% below the poverty line), Bangalore (73%) and Indore (68%).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 15, 2009

Kita Tolak Model Benua Eropah, Kita Gantikan dengan Model India

Jumlah seluruh penduduk dunia yang miskin adalah adalah 1.1 bilion. Daripada jumlah itu 41.01% (400 juta orang) adalah rakyat India. Ini berlaku selepas 400 tahun negara itu menggunakan bahasa Inggeris bagi memandaikan rakyatnya.

Selepas 30 tahun Malaysia meniru kejayaan negara-negara Eropah yang menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa penghantar sains dan matematik, sekarang kita tukar strategi itu dan meniru India yang menggunakan bahasa Inggeris! 

Baca lagi di sini

Dan baca lagi di sini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 3 pages  1 2 3 >