Tuesday, January 13, 2009

Kedai Runcit Janda Baik

Seorang pekedai runcit di kampung Janda Baik memberitahu sejak 2 bulan yang lalu, jualan kedainya jatuh lebih 50%.

Orang kampung hanya datang membeli barang-barang yang betul-betul perlu sahaja, begitulah kata beliau.

Kilang Elektrisola, satu-satunya kilang yang ada di Janda Baik, sudah mula memberi cuti 2 minggu tanpa gaji kepada pekerjanya.

Bagaimanakah nasib bisnes buku dalam keadaan ekonomi lembap seperti sekarang, sedangkan buku bukan barang perlu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senyum Sedikit!

Baca di sini cerita tentang sarung surat ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Strategi PTS Memasuki Sektor Buku Agama

Dalam industri buku berbahasa Melayu, sektor buku agama adalah paling besar.

Peberbit buku agama yang paling besar di Malaysia adalah Al-Hidayah Publishers. Al-Hidayah sudah menerbitkan hampir 1,000 judul

Disebabkan sektor ini besar, maka mana-mana penerbit yang mahu survive terpaksa menerbitkan juga buku-buku agama. Inilah faktor yang mendorong PTS memasuki sektor buku agama dengan menubuhkan PTS Islamika.

Dalam keadaan sekarang, sektor buku agama tradisional sudah mempunyai banyak penerbit. Malah sektor ini dapat dikatakan sudah menjadi Laut Merah.

Salah satu tanda-tanda bahawa sesuatu sektor buku itu sudah menjadi Laut Merah adalah apabila persaingan sengit  menyebabkan para penerbit berlawan dengan cara menurunkan kos pengeluaran dan harga jualan.

Penerbit kecil tidak mampu menerbitkan bukunya semurah buku-buku terbitan Al-Hidayah. Syarikat itu sudah amat besar, oleh itu ia memiliki modal tunai yang cukup besar bagi membeli kertas sendiri dan mencetak setiap judul paling minimum 5 ribu naskhah.

Strategi PTS Islamika memasuki sektor buku agama adalah dengan membuka sub-sektor baru sama sekali (Laut Biru), yakni ia menerbitkan buku-buku agama non-tradisional yang ditargetkan kepada golongan yang tidak faham apabila cuba membaca buku-buku agama tradisional.

Itulah sebabnya buku-buku agama PTS mempunyai ciri-ciri yang amat berbeda apabila dibandingkan dengan buku-buku terbitan Al-Hidayah.

Dua buku di bawah ini menunjukkan perbezaan antara buku terbitan Al-Hidayah dan terbitan PTS:

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Ada-ada Sahaja: Bas Janda Baik Kosong

Janda Baik adalah kampung asal Menteri Besar Pahang. Hampir seluruh penduduk kampung mempunyai talian kekerabatan dengan beliau.

Orang kampung lebih mesra memanggil beliau 'Long Nan'. Sebgai Menteri Besar, beliau sangat pandai mengambil hati pengundi Janda Baik, apatah lagi beliau amat pemurah dengan duit.

Setiap tahun beliau menghantar sebuah bas bagi membawa orang kampung datang ke majlis berbuka puasa di kediaman rasminya di Kuantan. Setiap orang kampung yang datang mendapat duit raya. 

Minggu lalu, MB Pahang itu mengadakan sebuah majlis kekeluargaan secara besar-besaran. Tiga buah bas khas dihantar dari Bentong bagi membawa kaum keluarga, sahabat handai dan penyokongnya yang ingin menghadiri majlis itu.

Ketiga-tiga buah bas itu balik ke Bentong dalam kedaaan kosong!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 12, 2009

Kita Tolak PPSMI

* PPSMI adalah idea mantan Presiden UMNO dan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang.

* Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI.

* PPSMI hanya menguntungkan anak-anak yang ibubapanya bertutur bahasa Inggeris di rumah.

* PPSMI menguntungkan anak orang kaya-kaya di bandar.

* Ibubapa yang tidak bertutur bahasa Inggeris tidak dapat menolong pelajaran anak-anak mereka di rumah.

* Anak-anak keluarga miskin dalam bandar dan di luar bandar menjadi mangsa PPSMI.

* PPSMI akan menyusahkan anak orang miskin dan orang kampung menjadi saintis, doktor, jurutera dll.

* PPSMI dibuat oleh kerajaan BN tanpa berunding dengan rakyat.

* Kerajaan BN tidak pernah mendapatkan pandangan guru-guru sebelum membuat dasar PPSMI.

* PPSMI dilaksanakan dengan cara paksaan walaupun ditentang oleh majoriti rakyat.

* Guru-guru tidak pernah bersetuju dengan PPSMI.

* Cendekiawan dan cerdik pandai Melayu tidak pernah dirundingi oleh kerajaan BN sebelum melaksanakan PPSMI.

* Kerajaan BN membakul-sampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI.

* PPSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian oleh bijak pandai di universiti mendapati dasar itu gagal.

* Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan demi mengaburi mata rakyat.

* PPSMI menguntungkan kontraktor kroni yang membekalkan bahan-bahan bahasa Inggeris.

* Kaum Cina pun menentang PPSMI.

* Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan elitis yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris.

* PPSMI tidak sah di sisi perlembagaan negara.

* PPSMI menghina bahasa Melayu.

* PPSMI membunuh masa depan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

* Bahasa Inggeris gagal mengkayakan Filipina, India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, negara-negara di benua Afrika yang meminjamnya.

* Semua 40 buah negara maju di dunia menggunakan bahasa masing-masing.

* Semua negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi negara maju dan kayaraya.

* Di mana-mana negara pun bahasa penjajah gagal memandaikan rakyatnya yang miskin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 3 pages  <  1 2 3