Tuesday, March 03, 2009

Anak-anak Perdana Menteri Tidak Layak Menjadi Menteri Pelajaran

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam sejarah Malaysia, 2 orang anak bekas perdana menteri pernah menjadi menteri pelajaran, yakni Najib Razak dan Hishamuddin Hussein Onn.

Baik Najib mahupun Hishamuddin, masing-masing tidak pernah bersekolah dalam negara ini. Mereka disekolahkan di England.

Sepanjang-panjang mereka menjadi menteri pelajaran, mereka tidak pernah  -  walau satu kali pun  -  menjejakkan kaki ke sekolah di mana anak-anak orang miskin belajar, di mana anak-anak Orang Asli dan anak-anak Orang Penan belajar, di sekolah-sekolah di mana tidak ada bekalan api elektrik, di sekolah-sekolah di mana murid-murid masih menggunakan air telaga. 

Jumlah sekolah-sekolah miskin di kawasan pedalaman yang masih tidak mempunyai bekalan api dan air adalah sekitar 2 ribu buah.

Namun, Hishamuddin memberitahu kepada seluruh negara bahawa PPSMI telah berjaya meningkatkan pencapaian pelajar luar bandar.

Jika BN terus memerintah, ada kemungkinan Mukhriz bin Mahathir pula menjadi menteri pelajaran. Seperti Najib dan Hishamuddin, Mukhriz adalah pejuang bahasa Inggeris. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Menteri Pelajaran Salahkan Guru-guru Pula

Kita mendapat tahu maklumat yang mengatakan Menteri Pelajaran menyalahkan guru-guru yang dikatakan gagal melaksanakan PPSMI secara berkesan sehingga menyebabkan dasar itu sedang diperangi habis-habisan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu.

Itulah yang dikatakannya dalam bilik mesyuarat di kementerian.

Hanya sahaja, menteri itu tidak mahu mengakui perkara itu di depan wartawan kerana jika dia berkata begitu kesannya akan lebih buruk lagi terhadap kedudukan politiknya.

Dia tetap yakin dasar PPSMI adalah dasar yang betul dan baik, manakala yang gagal adalah guru-guru.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa UMNO Mesti Tukar Menteri Pelajaran

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Demi survival UMNO, Menteri pelajaran yang ada sekarang mesti ditukar dengan yang baru.

YB Senator Dato' Dr. Firdaus Abdullah mengatakan salah satu kesan buruk PPSMI adalah disebabkan rakyat menolak PPSMI maka mereka menterjemahkan penolakan itu menjadi sokongan undi kepada pembangkang.

Isu PPSMI telah digunakan dengan baiknya oleh Pakatan Rakyat bagi mendapatkan undi atas pagar pada PRU-12, dan PRU kecil di Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu. 

Calon menteri pelajaran baru yang paling cocok adalah Dr. Khir Toyo kerana beliau menolak PPSMI. Beliau juga asal budak kampung, dan lulusan Faktulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Rancangan Gapena Menjatuhkan Hishamuddin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kita mendengar bisik-bisik bahawa barisan kepimpinan tertinggi Gapena sudah sebulat suara bersetuju menjalankan kempen urat saraf supaya Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussein Onn dijatuhkan.

Punca sikap permusuhan Gapena terhadap Hishamuddin itu adalah kerana pertubuhan penulis paling besar itu tidak dapat menerima pemimpin politik Melayu yang tidak memperjuangkan kepentingan bahasa, kebudayaan dan kesusateraan Melayu, malah mengkhianatinya.

Menurut sumber, Gapena akan menggerakkan semua ahli-ahlinya di seluruh negara supaya menjalankan kempen itu di peringkat tempatan masing-masing. 

Ketua 1 Gapena adalah Tan Sri Ismail Hussein.

Baru-baru ini Gapena telah membuat laporan di Balai Polis Brickfeilds, Kuala Lumpur, berkenaan dasar PPSMI yang melanggar Perlembagaan Malaysia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Rupa-rupanya Menteri Pelajaran Malaysia Mencontohi Brunei

Menteri pelajaran menyebut Negara Brunei Darussalam sebagai contoh negara yang melaksanakan dasar PPSMI lebih awal dari Malaysia.

UNIKA mempersoalkan kewarasan daya-fikir dan rasionaliti menteri pelajaran itu.

Apakah asas pemilihan Brunei sebagai negara yang dijadikan ikutan oleh menteri ini? 

Apakah Brunei sebuah kuasa politik, ekonomi, sains dan teknologi modern, maka Malaysia patut menjadikan Brunei negara ikutan?

Apakah yang mendorong menteri UMNO itu tidak mahu mencontohi German, Peranchis, Italy, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Denmark, Finland, Austria, Switzerland, Iceland, Monaco, Rusia, Jepun, Korea, Taiwan dan Cina - yang semuanya menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai medium pendidikan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 02, 2009

Ada-ada Sahaja: Nasib Pembela PPSMI

Papan iklan di lebuhraya utara-selatan ini menunjukkan gambar TPM Dato' Seri Najib diconteng.

PLUS sudah mengarahkan supaya papan iklan itu diturunkan serta merta.

 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Undi Buat Mengajar UMNO dan BN

Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, 76, menyarankan jika rakyat sayangkan bahasa Melayu mereka mesti menggunakan kuasa undi. Menurut beliau pemimpin-pemimpin UMNO hanya tahu 'bahasa undi'. Mereka tidak tahu bahasa Melayu.

Beliau berkata begitu semasa berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Dungun.

Katanya, pemimpin UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya dapat diajar dengan kuasa undi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Ulama pun Ikut Menentang PPSMI

Para ulama telah mengeluarkan dokumen Pengisytiharan Muafakat Ulama Membela Martabat Melayu dalam sebuah majlis yang diadakan di Madrasah An-Nur, Pendang, dekat sini baru-baru ini

Terbukti golongan ulama juga turut membantah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilancar sejak tahun 2002.

Berikut adalah teks penuh Pengisytiharan tersebut:

Segala puji hanya untuk Allah Rabbul 'Alamin, Yang Maha Pengasih, yang telah mengajar Al-Quran, Dia menciptakan insan, mengajarnya al-bayan, Dia cipta semua dengan segala aturannya agar insan tidak merosakkan keseimbangan, supaya ditegakkan kesimbangan itu dengan adil dan tidak mengurangi keseimbangan yang telah disusun dengan peraturanNya.

Selawat dan salam untuk junjungan kekasihNya Rasulullah s.a.w serta ahli keluarga baginda dan seluruh sahabatnya, yang menjadi qudwah hasanah untuk seluruh insan, membawa rahmat untuk sekalian alam, membawa petunjuk dari zulamat kepada nur yang menerangkan, membebaskan perhambaan insan kepada makhluk kepada pengabdiaan hanya kepada Allah, yang mengangkat semua kaum dari zillah kepada kekecemerlangan 'Izzah Islam.

Memahami bahawa bahasa mempunyai kaitan langsung dengan persoalan falsafah dan pegangan hidup seseorang Muslim,

Memahami bahawa dengan pemisahan agama dari bahasa akan membawa implikasi besar kepada kaum Muslimin dari sudut pandangan hidup Islam yang berasaskan Tauhid,

Menginsafi bahawa kepentingan penggunaan bahasa dalam Islam ada kaitan dengan makna yang boleh memberi kesan kepada nilai dan prinsip asas dalam kehidupan seseorang Muslim,

Meneliti bahawa fungsi bahasa sangat jelas kepentingan dan kedudukannya dalam pengembangan dan penyampaian risalah Islam,

Menginsafi betapa sekularisasi bahasa akan membawa kepada sekularisasi kehidupan kaum Muslimin, lantaran terpisahnya seorang Muslim dari bahasa yang mendidik konsep dan falsafah kehidupan beraqidah akan melunturkan kerangka berfikirnya terhadap tassawur Islam yang benar dan murni,

Menghayati betapa bahasa Melayu telah melalui sejarah Islamisasi yang tersendiri sejak kedatangan Islam di alam Melayu, oleh kerana itu ia telah menjadi bahasa yang terpilih untuk membentuk pegangan hidup Islam dikalangan ratusan juta kaum Melayu di nusantara ini,

Menerima bahawa Bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa kebangsaan negara ini,

Mengambil perhatian serius bahawa perlaksanaan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) sejak tahun 2002 , telah menjejaskan status dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dalam sistem pendidikan Negara,

Menyesali bahawa PPSMI telah dilaksanakan dengan secara tergesa-gesa tanpa penelitian yang lebih terperinci dan tanpa mengambil pandangan balas dari ahli cendekiawan dan ilmuan Islam,

Memandang serius bahawa perlaksanaan PPSMI telah memberi kesan negatif dalam jangka masa pendek mahupun dalam jangka masa panjang kepada tahap prestasi pelajar-pelajar di kawasan luar bandar,

Memberi perhatian berat kepada perlaksanaan PPSMI yang telah mengenepikan segala usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang berkeupayaan tinggi untuk mendidik anak bangsa khasnya dan warga negara amnya,

Memahami bahawa perlaksanaan PPSMI oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak mengambilkira segala hujah ilmiah berdasarkan undang-undang, sejarah, kesan sosio-budaya, pembinaan jati-diri dan tamadun bangsa, yang telah dibentang oleh pelbagai ahli pakar dan ahli akademik dalam negara,

Mengesahkan bahawa beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu ada kaitan dengan takrif seorang Melayu mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan ini bermakna keserasian Bahasa Melayu dengan KeIslaman bangsa Melayu tidak dapat dipisahkan,

Maka kami sebagai golongan agama yang prihatin terhadap sebarang hal-ehwal yang ada kaitan dengan kedudukan Islam dan kaum Muslimin di negara ini, berpendirian,

1. MENOLAK perlaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan negara,

2. MEMBANTAH penerusan perlaksanaan PPSMI kerana ia menjejaskan kedudukan bahasa Melayu yang sudah diangkat martabatnya sebagai bahasa ilmu dan sekaligus bahasa Islam,

3. MENEGASKAN bahawa dalil agama untuk mengembalikan pengajaran sains dan Matematik kepada bahasa Melayu sangat kuat kami sandarkan kepada nas-nas naqli berikut:

- Menggunakan bahasa yang dapat menerangkan dan memahamkan konsep dan falsafah kebenaran adalah matlamat utama kenapa Al-Quran menggunakan bahasa ibunda Arab sebagai penghantar untuk menjelaskan makna dan intisari ajaran Islam kepada bangsa Arab.

"Dan demikianlah Kami wahyukan Al-Quran kepadamu dalam bahasa Arab, agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota (Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya serta memberi peringatan tentang Hari berkumpul (Qiamat) yang tidak diragukan adanya. Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka." (Asy-Syura: 7)

- Bahawa bahasa yang tidak tercemar dengan makna dan faham yang terlepas dari konsep ketauhidan Allah dan membolehkan mesej asas Islam mengenai Ketuhanan disampaikan adalah punca kenapa Al Quran memilih bahasa Arab sebagai bahasa penghantar. Lantaran itu Bahasa Melayu yang telah sarat melalui proses Islamisasi adalah bahasa yang paling wajar dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara untuk menjayakan proses pembinaan tamadun Islam dalam masyarakat Malaysia.

"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Quran berbahasa Arab, agar kamu mengerti." (Yusuf: 2)

"Dan demikian Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab dan Kami telah menjelaskan berulang-ulang di dalamnya sebahagian dari ancaman agar mereka bertaqwa atau agar (Al-Quran) itu memberi pengajaran bagi mereka"(Toha: 113)

"Dan sungguh te;lah Kami buatkan dalam Al-Quran ini segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka dapat pengajaran, iaitu Al-Quran dalam bahasa Arab, tiada ada kebengkokan (di dalamnya) agar mereka bertaqwa" (Az-Zumar: 27- 28)

"(Al-Quran ini) diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan bacaan dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui." (Fussilat: 2-3)

"Demi kitab (Al-quran) yang jelas. Kami jadikan Al-Quran dalam bahasa arab agar kamu mengerti." (Al Zukhruf: 3)

Semua ayat-ayat ini menjelaskan betapa bahasa ada kaitan dengan mesej risalah Islam yang disampaikan kepada manusia.

Manakala bahasa Melayu yang sarat dengan konsep Islam dari Al-Quran diketepikan penggunaannya dalam pengembangan ilmu, maka kesan sekularisasi bahasa yang telah berlaku dalam sejarah pengembangan bahasa inggeris yang sangat dipengaruhi oleh sejarah sekularisasi agama Kristian akan mempunyai impak kepada masyarakat Melayu Islam di negara ini.

4. MENDESAK supaya perlaksanaan PPSMI hendaklah diberhentikan dan penggunaan bahasa Melayu kembali digunakan sebagai bahasa pengantar dalam semua matapelajaran kecuali dalam pengajaran bahasa yang lain, di seluruh institusi pendidikan di semua peringkat.

5. MENUNTUT agar kerajaan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk membentuk tamadun tinggi dalam masyarakat, sementara memberi ruang untuk pelajar mempelajari pelbagai bahasa lain untuk meningkatkan keupayaan menguasai pelbagai ilmu dari sumber bahasa yang lain,

6. MENDESAK agar tulisan jawi kembali diperkasakan dalam sistem pendidikan negara termasuk mengalakkan urusan rasmi menggunakan tulisan jawi sebagai identiti negara,

7. MENEGASKAN bahawa pengajaran bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan kaedah dan pendekatannya, namun bukan dengan cara mengetepikan bahasa Melayu sebagai penghantar mata pelajaran seperti yang dilaksanakan dalam PPSMI masakini,

8. MENGGESA supaya penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar hendaklah diperundangkan dan dikuatkuasakan dalam semua sektor Negara semada awam mahupun swasta,

9. MENEGASKAN bahawa pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak boleh berdalih dengan alasan pencapaiaan UPSR, PMR mahupun SPM untuk menjadi asas untuk meneruskan atau memberhentikan perlaksanaan PPSMI,

10. MENDESAK supaya pihak kerajaan tidak menggunakan dalil mencapai kemajuan bertaraf dunia sebagai alasan untuk meneruskan PPSMI kerana hujah ini sudah muktamad ditolak oleh perbandingan dan bukti dengan pelbagai negara lain yang tidak mengutamakan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan sesuata bangsa dan Negara,

11. MENGESA agar seluruh warga pendidik dan waris pelajar-pelajar disemua institusi pendidikan negara agar bersama bersatu untuk membantah perlaksanaan PPSMI.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pemuda PAS akan Turun

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ketua Dewan Pemuda PAS, Tn. Salahuddin Ayub, mengarahkan pemuda-pemuda seluruh negara untuk sama-sama menyertai rapat raksasa anti-PPSMI pada SABTU 7 Mac.

Dengan kehadiran pemuda-pemuda PAS, rapat akan menjadi tambah meriah. 

Semasa saya berkempen di Bukit Gantang, Ketua Pemuda PAS Perak memberitahu pergerakan itu akan menghantar ahli-ahlinya sebanyak 40 bas. Setiap kawasan sudah diarahkan supaya menghantar sekurang-kurangnya sebuah bas.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, March 01, 2009

Yayasan Tamil Ikut Turun

Aktivis pendidikan Tamil dan Presiden Yayasan Tamil, K. Uthayasoorian turut menyokong perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke Istana Negara.

Beliau dan anggota-anggota pertubuhan yang dipimpinnya akan ikut turun besok.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Amaran Polis

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohammad Sabtu Osman hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perarakan yang dirancang penyokong Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Kuala Lumpur Sabtu ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sudah Terbit

Beli di BookCafe dengan diskaun 15%.

Harga asal RM15.00. Selepas Diskaun RM12.75. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 8 Mac: Pidato Kebangsaan oleh Anwar Ibrahim

 

 

 

 

Pada 8 Mac 2009, Anwar Ibrahim akan menyampaikan Pidato Kebangsaan sempena meraikan sambutan setahun kejayaan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu.

Pidato beliau akan menumpu pada isu-isu ke arah membina penyatuan rakyat Malaysia. Beliau juga dijangka akan mengumumkan pendekatan yang perlu diambil oleh pimpinan Pakatan Rakyat dalam menghadapi cabaran kemelesetan ekonomi serta perancangan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan usaha meningkatkan mutu pendidikan negara.

Butiran program:

Hari: Ahad 8hb Mac 2009
Masa: Jam 3.30 petang
Tempat: Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Istana Negara Setuju Terima Memorandum Anti-PPSMI

Dato' Dr. Hassan Ahmad, pengerusi GMP memberitahu bahawa pihak Istana Negara memberikan reaksi positif dan akan sedia menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Teresa Bersedekah RM10 Ribu untuk Surau

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wang itu adalah bagi membolehkan jawatankuasa Surau Darussalam, Puchong, membeli sistem pembesar suara baru.

Baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Dialog Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Bersama Penulis

Tarikh: KHAMIS 12 Mac 2009

8.15 pagi (pendaftaran)
8.45 pagi (ketibaan KP)
11.00 pagi (bersurai)

Tempat: Bilik Syarahan Aras 5, PNM

Objektif:   

1. Penerangan mengenai kepentingan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331) dan peranan Pusat Penyerahan Terbitan Negara,Perpustakaan Negara Malaysia

2. Menggalakkan penulisan dan penerbitan karya tempatan melalui peruntukan Dana Pembelian Terus Buku-buku Karya Tempatan

3. Menjana idea dan pandangan dalam memajukan dan mempelbagaikan karya terbitan di dalam industri perbukuan negara

4. Komitmen dan pelibatan Jabatan dalam membantu perkembangan industri perbukuan negara khususnya kepada golongan penulis tempatan.

Hubungi:  Pn Norazlin bt Naseri 019-2181531.

TERBUKA KEPADA SEMUA PENULIS 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Laporan Polis oleh GAPENA

Sebab-sebab bantahan kami adalah: Saya bersama Jawatankuasa Kerja GAPENA ingin membuat bantahan jika sekiranya Kementerian Pelajaran Malaysia meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah¬sekolah Rendah dan Menengah di seluruh negeri-negeri di Malaysia.

1. perlaksanaan PPSMI adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan Seksyen 17(1) Akta 550, Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152 (1) dan 152 (6), Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 17(1) Akta 550, memperuntukkan Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi Bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain dikecualikan daripada subseksyen ini.

Manakala Perkara 152 (1) memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang bahawa tiada siapa boleh dilarang atau dihalang menggunakan (selain bagi maksud rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain. Perkara 152 (6) pula memperuntukkan bahawa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran adalah bagi maksud rasmi.

Berasas kepada kehendak Perkara 152 (1) & (6) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17 (1) Akta 550, adalah wajib bagi semua mata pelajaran yang diajar di semua sekolah menggunakan bahasa Melayu.

2. Pelaksanaan PPSMI ini akan membunuh Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu dalam jangka masa yang panjang.

3. Kita menyokong sekuatnya pengajaran bahasa Inggeris sebagai suatu bahasa, tetapi tidak melalui mata pelajaran sains dan matematik.

Bertarikh: 15 Februari 2009
Ditandatangani oleh:

Nama: Tan Sri Dato’ Prof. Emeritus Ismail Hussein
Jawatan: Ketua Satu GAPENA

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PAS Pulau Pinang Ikut Turun

Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man mengumumkan ahli-ahli PAS negeri Pulau Pinang akan ikut turun menghadiri perhimpunan 100,000 rakyat di Istana Negara pada 7 Mac ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Nama 7 Orang yang Akan Menyampaikan Memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dato' Dr. Hassan Ahmad - Pengerusi GMP

Prof. Dr. Shaharir Mohd. Zain - Timbalan Pengerusi GMP 

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan - Naib Pengerusi GMP 

Tn. Hasni Abas - Pengarah GMP

Tn. Suhaizan Kaiat - Setiusaha GMP 

SN Dato' A Samad Said - AJK GMP

Pn. Ainon Mohd. - AJK GMP

Mereka akan berjalan di barisan depan sekali diiringi oleh semua peserta perhimpunan. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat: Hishammuddin upah budak-budak untuk tepuk tangan?

Kepada Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad. Salam sejahtera dan semoga sihat sahaja. Saya menulis surat kepada Tun kerana ada banyak hal yang kita perlu muhasabahkan bersama.

Sebagai umat Islam yang mengaku menjadi umat Muhammad s.a.w, kita mestilah sentiasa memperbaharui taubat.

Saya menyeru diri saya sendiri termasuk Tun dan kepimpinan Melayu Umno dulu, kini dan selama untuk sama-sama bermuhasabah mengenai sejauhmanakah kita telah berusaha memperbaiki taraf hidup Melayu, Muslim dan bangsa Malaysia seluruhnya.

Mutakhir ini, kita melihat keadaan yang membimbangkan. Khir Toyo mula menyerang Elizabeth Wong dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Saya dapat menghidu semua ini. Selepas kes Eli, maka gambar mereka berdua disiarkan di Agenda Daily. Memang tepat. Khir Toyo akhirnya menyerang Khalid pula.

Rakyat tahu bahawa saat menjelangnya Perhimpunan Agung Umno, Khir Toyo cuba menonjolkan dirinya sebagai ‘bakal’ Ketua Pemuda dengan cara menunjukkan kejaguhan beliau menghentam parti lawan.

Walhal, apa salahnya mengorbankan lembu-lembu untuk rakyat. Beliau mengelak daripada memandu kereta rasmi, sebaliknya menggunakan kereta sendiri. Apa salahnya menggunakan peruntukan itu untuk ‘maintenance’ kereta peribadinya sendiri?

Kalau watak Khir soleh dan warak sangat, tanya semula anak-anak Selangor di Al-Azhar dan Timur Tengah yang terpaksa mengikat perut kerana sukar mendapat peruntukan wang zakat. Banyak betul kalau kita mahu bahaskan hal-hal hipokrit manusia yang bergelar pemimpin ini.

Rakyat tahu, pemimpin Umno rasa cemburu dan iri hati dengan kemenangan Pakatan Rakyat. Hal ini terpaksalah diakui oleh Khir sendiri. Siapa suruh beliau menghadiahkan penyapu kepada salah seorang kakitangan bawahannya?

Wanita-wanita yang teraniaya

Sejarah menunjukkan, sesiapa yang menganiayai wanita-wanita di dalam sesebuah negeri, maka kerajaan mereka bakal diterbalikkan oleh Tuhan.

Kita sama-sama anak Kedah. Langkawi bukan asing kepada kita. Pulau itu pernah ditimpa musibah akibat menghukum Mahsuri tanpa proses keadilan yang benar-benar telus. Sebelum meninggal dunia, Mahsuri bersumpah: “Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan!”

Doa orang yang teraniaya, khasnya wanita itu jangan kita buat main. Tidak lama sesudah itu, Langkawi diserang dan dilanggar dengan kejamnya.

Anak perempuan Sang Rajuna Tapa dibunuh sultan tanpa diteliti dosa-dosanya, isteri Laksamana Bentan Megat Seri Rama dibunuh cuma kerana mengidam buah nangka raja. Semua ini contoh-contoh klasik.

Bagaimana pula dengan contoh-contoh moderen dan pasca-moderen berhubung kaum wanita yang terbunuh tanpa keadilan ini?

Wanita berdoa menggunakan hati dan perasaan. Kaum Adam menggunakan pemikiran. Sebab itulah doa kaum wanita lebih mudah dimakbulkan Tuhan. Marilah kita lihat dan bermuhasabah, sudah berapa ramaikah wanita-wanita yang terbunuh di dalam negara kita mutakhir ini.

Kita mungkin terlupa nama Mustakizah. Contoh popular ialah Altantuya of Mongolia. Tunggulah azab Tuhan. Najib masih belum menerima pembalasan.

Tapi, mereka ini semuanya dilantik dan terangkat ketika tuan menjadi Perdana Menteri. Tun juga mesti bertanggungjawab termasuk rakyat yang mengangkat Najib melalui undi-undi mereka.

Keadilan sukar ditegakkan bagi kes-kes ini. Mereka sedang ghairah di puncak kekuasaan. Jadi, sebelum kita menyeru anak-anak didik kita bermuhasabah, marilah kita bermuhasabah mengenai hal-hal yang sedikit ringan. Apa kata Tun, untuk kali yang pertamanya, kita berbicara mengenai isu PPSMI ini?

Menjadi amalan khalifah terdahulu, mereka kerap bermuhasabah. Tapi, dalam realiti sekarang akhbar-akhbar boleh juga menjadi saluran, sumber peringatan kepada sang pemimpin untuk kembali membetulkan kesilapan mereka.

Hari kematian Tun makin hampir

Tiada siapa yang dapat menduga ajal seseorang. Mungkin Tun akan meninggal dunia esok, lusa, minggu ini, minggu depan, bulan ini atau bulan depan. Kita tidak tahu bilakah maut datang menjemput.

Dan, saya juga risau, jika usia muda saya direnggut sekarang, maka tidak sempatlah saya sampaikan peringatan kepada tuan berhubung maksud kehadiran surat ini.

Maka, sebelum terlambat.. Saya rasa perlulah saya menyampaikan peringatan kepada Tun berhubung isu-isu yang pernah Tun lakukan sepanjang pemerintahan sebelum ini.

Kalau mahu disentuh semua, tentulah panjang berjela. Maka, saya memilih satu perkara sahaja yang rasanya perlulah Tun lakukan sebelum Tun meninggal dunia.

Hal itu berkaitan dengan PPSMI. Umum diketahui bahawa Tun adalah pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini. Jadi, saya dan rakan-rakan amat berharap supaya Tun dapat segera betulkan hal ini melalui kenyataan-kenyataan Tun. Jangan sampai murid-murid dan guru-guru sekolah kita menderita dengan sebab PPSMI ini.

Roh Tun di alam barzakh kelak akan terseksa dengan sebab PPSMI ini. Dasar ini telah banyak memenatkan mereka. Pada era penjajahan, sememangnya keseluruhan murid-murid pada zaman itu terpaksa belajar dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Sebenarnya, mereka pun bermasalah dengan matapelajaran mereka itu. Tetapi, apabila ditinjau semula, kita masih boleh menerima keadaan tersebut kerana kita belum merdeka sepenuhnya.

Kini, selepas merdeka, kebanyakan guru, murid-murid dan setiap anggota masyarakat kita tidak dapat menerima dasar tersebut. Dasar ini telah menyusahkan mereka. Di sini, kalau Tun enggan membantah PPSMI, maka padah akan menimpa roh Tun kelak setelah kematian Tun nanti.

Setiap kali mereka merungut dengan sebab kesusahan ini, maka roh Tun akan terseksa mendengar kutukan dan kecaman mereka ke atas Tun. Sekurang-kurangnya, Tun perlu mengeluarkan kenyataan membantah PPSMI ini. Tiada salahnya..

Kenapa dahulu, Tun boleh keluarkan kenyataan bahawa AUKU sudah tidak lagi diperlukan, dan sekarang tidak boleh keluarkan pandangan membantah PPSMI? Sedangkan kedua-duanya; AUKU dan PPSMI adalah produk dasar yang diperkenalkan melalui gagasan Tun.

Usia Tun sudah lanjut dan hampir menuju ke alam barzakh. Banyak betul yang perlu Tun perbetulkan segera. Saya dan rakan-rakan cuma meminta agar Tun dapat berikan kenyataan kepada kerajaan supaya PPSMI itu ditarik balik pelaksanaannya.

Itu saja. Kami tidak minta lebih-lebih. Sementara waktu yang masih tersisa ini, manfaatkanlah segala waktu dengan membanyakkan muhasabah.

Umno berjiwa Inggeris?

Arakian, baru-baru ini, saya membeli buku Memoir Shamsiah Fakeh. Termuat di dalamnya beberapa pandangan berhubung perbezaan antara Umno dan PKMM.

Menarik juga sesekali diselak jendela pemikiran watak-watak Melayu berhaluan kiri. Pandangan beliau mengenai Umno adalah seperti berikut:-

Sewaktu aku berada di Kampung Gemuruh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, aku sering ikut dalam pertemuan yang dianjurkan oleh UMNO iaitu kependekan dari bahasa Inggeris, United Malaya National Organization.

Sebenarnya dalam bahasa Melayunya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau singkatannya Pekembar, tetapi pertubuhan ini lebih suka memakai nama Umno. Seterusnya, nama UMNO saja yang digunakan sehingga sekarang.

Tun, nampak kelihatan jelas di sini bagaimana Shamsiah Fakeh tidak senang dengan sikap UMNO yang mengenepikan nama pertubuhan Pekembar, bahasa Melayunya sendiri. Pemakaian nama UMNO itu sendiri menunjukkan bagaimana UMNO terjajah dengan mudahnya daripada sudut pemikiran mereka.

Oh ya Tun, sekarang jam 10:15 malam. Kebetulan ketika sedang menaip kepada Tun ini, mesin faks di tepi saya sedang mencetak surat cabaran daripada Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub kepada Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Saya catit sedikit kenyataan yang tertera di dalam surat tersebut.

“Saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini mengemukakan cabaran untuk berdebat dengan YB Dato’ Seri sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

“Saya menyerahkan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai kepada pihak YB Dato’ Seri dan mencadangkan supaya ianya disiarkan secara langsung di mana-mana saluran televisyen untuk membolehkan rakyat mengadilinya.

“Saya berharap YB Dato’ Seri dapat memberikan jawapan dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini.”

Tamat isi surat. Tapi, menurut Tun, adakah Hishammuddin itu boleh berdebat? Saya tidak fikir beliau berani. Seorang ahli remaja Putera Umno pernah memberitahu saya tentang sikap Hishammuddin ketika beraksi di atas pentas sebelum berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO dahulu.

“Dato’ Hishammuddin upah budak-budak untuk tepuk tangan kepadanya ketika dia mahu naik ke pentas untuk berucap,” kata ahli Putera UMNO tersebut.

Bermakna, Dato’ Hishammuddin sendiri sedar bahawa beliau tiada sokongan akar-umbi ke atas dirinya sendiri, sehinggakan beliau terpaksa ‘mengupah’ orang-orang tertentu untuk bertepuk tangan apabila dia sedang berucap.

Sebab itu, saya yakin bahawa cabaran Salahuddin Ayub yang baru saya taip kepada Tun ini tidak akan disambut oleh Hishammuddin. Saya lebih yakin kepada Tun untuk mempertahan PPSMI itu sendiri. Tun mungkin tidak lari.

Sebaliknya, Hishammuddin akan mencari helah nanti. Kalau tidak percaya, tengoklah selepas ini. Bukannya mudah Kumpulan Prihatin mahu menyusun pertemuan dengan Hishammuddin.

“Pembantu Hishammuddin akan selalu cakap bahawa jadual menteri tu dah penuh,” kata seorang penggiat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP). “Jadi, kami tak dapat ruang untuk turut berbincang dengan Hishammuddin berhubung isu PPSMI ini.”

Kemudian, apabila GMP mengajak orang-ramai pakat-pakat turun ke jalan raya, Hishammuddin, Naina Merican GPMS dan juak-juaknya mula menyusun ayat-ayat klise, “Kenapa harus turun ke jalanan. Marilah berbincang secara elok-elok.”

Apa Tun rasa kalau Tun berada di tempat saya? Memang mulut dan hati saya jadi jahat dan panas baran tatkala mendengar perkataan seumpama ini. Nak maki, mencarut pun ada.

Tapi, itulah ujian dan dugaan dalam perjuangan ini. Saya memang panas baran. Mamalialah katakan. Lagi pun saya orang muda yang memang disifatkan sebagai ‘angry young man’ (tetapi sedikit berjiwa romantis).

Saya yakin Hishammuddin akan mengelak pertembungan dengan Salahuddin Ayub. Sehingga surat ini ditulis, saya tidak tahu adakah Tun mahu bermuhasabah terhadap keburukan PPSMI atau masih lagi mahu memperjuang dasar tersebut.

Jika Tun mahu menebus kesilapan, maka saya syor Tun menggantikan tempat Salahuddin dan betulkan semula Hishammuddin (itu pun kalau Hishammuddin berani sahut cabaran Salahuddin).

Tapi, jika Tun tetap tegar pendirian dalam mempertahan PPSMI, maka saya ada syor lain pula.

Antara ramai-ramai Menteri Pelajaran Umno, selain Tun dan Hishammuddin, Tun Abdul Rahman Yaakob adalah sosok yang begitu istiqamah menentang PPSMI.

Jadi, jika debat antara Hishammuddin dan Salahuddin itu terbatal, tertangguh atau ditunda, maka ruang kekosongan itu mungkin boleh diisikan dengan debat antara Tun dengan Tun Abdul Rahman Yaakob. Ini berlaku jika Tun masih lagi tegar mempertahan PPSMI.

Soalan cepu saya kepada Tun, beranikah Tun berdebat dengan Tun Abdul Rahman Yaakob berhubung isu PPSMI itu?

Sekian, Tun. Tun buatlah keputusan dengan bijaksana dan penuh waspada. Jika Tun insaf dengan kesilapan Tun dalam memperkenal PPSMI, maka saya minta Tun dapat menasihati Abdullah Ahmad Badawi, Hishammuddin dan kelompok mereka agar segera memansuhkan PPSMI itu.

Tetapi, jika Tun masih tegar dengan pendirian Tun, bahawa PPSMI ini suatu tindakan yang sah, betul dan wajar, maka saya mencabar Tun berdebat dengan mantan Menteri Pelajaran, Tun Abdul Rahman Yaakob sebelum menjelangnya kematian Tun, sebelum ajal datang menyambar maut.

Kalau Tun bijaksana dalam bermuhasabah, bermula hari Tun membaca surat ini, maka hendaklah Tun melakukan solat sunat istikharah, memohon petunjuk kepada Allah untuk mendapatkan petunjuk yang tepat tentang bagaimana yang seharusnya Tun lakukan selepas ini.

Saya berwasiat begini, kerana usia dan hayat tempoh Tun akan berakhir tidak lama lagi. Mungkin juga hayat dan tempoh hayat saya juga tak panjang. Soalnya, yang paling penting.. adakah kita bersedia bertemu Tuhan di Padang Mahsyar kelak untuk bersoal jawab dengan Tuhan berhubung isu PPSMI ini?

Malam ini juga, di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, telah berhimpun segala pimpinan Pakatan Rakyat dalam meratibkan jiwa sengsara rakyat dalam isu PPSMI ini. Dan mereka telah berusaha keras untuk memansuhkan PPSMI.

Harap Tun membuat keputusan dengan bijaksana sebelum ajal Tun menjelang tiba tidak berapa lama lagi.

Syahadan. Tun, berjuanglah bersama kami. Mansuhkan PPSMI!

ALI BUKHARI AMIR
10:57 p.m, 23 Februari
Sekolah Pemikiran Kg Baru

*Syor, kritikan dan maklumbalas boleh dimajukan lewat mel-e .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Barisan AJK GMP yang Bersedia Ditahan Polis Esok

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PPSMI: Komen Rasional tentang Sikap Menteri Pelajaran dari Penyokong UMNO

Baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Baju Putih pada SABTU 7 Mac

Tuan-tuan dan puan-puan yang akan turut serta mengiringi 7 pejuang bahasa menghantar memorandum anti-PPSMI kepada DYMM yang DiPertuan Agong diminta memakai baju putih.

Bagi kaum wanita, jika tiada mempunyai baju putih, diminta memakai tudung ataupun skarf putih. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Seluruh Anggota Pemuda PAS Diarahkan Turun

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengarahkan pemuda-pemuda PAS seluruh negara sama-sama menyertai perhimpunan aman membantah PPSMI ESOK SABTU 7 Mac.

Katanya, "Ahli yang mengaku mereka adalah pemuda PAS haruslah memastikan kehadiran mereka sebagai komitmen terhadap perjuangan mengembalikan serta memartabatkan Bahasa Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar PPSMI." - Harakah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

1000 Anggota Unit Amal

Seramai 1000 orang anggota Unit Amal dari PAS akan membantu pihak polis mengawal ketenteraman pada SABTU 7 Mac.

Mereka akan sentiasa bersama-sama para peserta rapat raksasa dari lokasi permulaan sehinggalah tiba ke pintu Istana Negara.

Tuan-tuan dan puan-puan diminta sentiasa ikut nasihat dan arahan dari mereka supaya keadaan lalu-lintas sentiasa terkawal, yakni tidak menyusahkan orang ramai yang menggunakan jalanraya. 

Tiga tempat lokasi berkumpul adalah:

(i) Masjid Negara - 7 orang wakil pejuang bahasa yang membawa memorandum akan berada di sini. Tepat jam 2 petang mereka mula berjalan menuju Istana negara.

(ii) Di depan kompleks SOGO. Kebanyakan peserta muda suka berkumpul di sini. Mereka akan mula bergerak menuju Masjid Negara jam 1.30 petang.

(iii) Central Market. Peserta muda juga suka berkumpul di sini. Ikut arahan Unit Amal tentang jalan yang akan digunakan bagi menuju Istana Negara.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Anwar Ibrahim akan Turut Serta dalam Rapat Raksasa Anti-PPSMI

Presiden PAS, Dato' Seri Tn. Guru Hj. Abd. Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ikut bersama GMP menyampaikan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong pada hari Sabtu nanti.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Panduan Menghadiri Rapat Anti-PPSMI Hari Ini

Tempat berkumpul:

1. Di depan Sogo: Mula bergerak jam 1.30 ptg.

2. Pasar Seni: Mula bergerak jam 1.30 ptg.

3. Masjid Negara: Mula bergerak jam 2.00 ptg.

Pakaian: Baju putih.

Bawa: Air minuman dan tuala kecil.

Peringatan: Ikut arahan daripada Unit Amal supaya ketenteraman awam terjaga. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pelajar UKM Bidang Dakwah Melawat PTS

Pada 3 Mac lalu, sekumpulan pelajar bidang dakwah dari UKM datang melawat PTS Islamika bagi mempelajari bagaimana buku-buku agama yang khusus ditujukan kepada golongan dami-Islam dan kepada kanak-kanak ditulis, diedit, dipakej dan diterbitkan.

Foto menunjukkan pelajar-pelajar itu bersama Pengurus PTS Islamika, Tn. Faris Hasbullah (kiri sekali). 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Masjid USM

Wakil GMP di Pulau Pinang memberitahu khutbah sembahyang Jumaat di masjid Universiti Sains Malaysia (USM) semalam menyeru para pelajar universiti itu supaya turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur dan menyokong GMP.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

5000 dari GAMIS

Lima ribu (5000) orang pelajar IPT yang menganggotai Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) akan turun ke Kuala Lumpur bagi menyertai rapat raksasa anti-PPSMI.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

7,000 dari PKPIM

Sdr. Hasni Abas, Setiusaha GMP, memaklumkan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sebanyak 7000 anggota pertubuhan itu akan turun dari semua kampus IPT di seluruh negara bagi menyertai rapat raksasa anti-PPSMI.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kereta Api dari Kota Baru Penuh

Jam 10.00 malam tadi, semasa majlis ceramah Agung PPSMI sedang berjalan di Markas PAS, Taman Melewar, setiausaha GMP, Sdr. Hasni Abas memaklumkan kepada dewan yang penuh sesak dengan hadirin bahawa beliau baru menerima berita dari wakil GMP di kelantan.

Wakil itu memberitahu semua 16 buah koc kereta api malam dari Kota Baru ke Kuala Lumpur semuanya penuh oleh para penyokong GMP.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 7 of 7 pages « First  <  5 6 7