Saya mempunyai banyak kenalan penulis kreatif sezaman dengan saya, yang pernah sangat terkenal, dan pada zaman itu novel-novel mereka laku keras. Mereka menjadi sangat popular, mempunyai banyak peminat, tetapi genarasi sekarang tidak kenal mereka.
Saya tidak akan sebut nama-nama mereka demi menjaga hubungan baik saya dengan mereka. Saya menulis entri ini supaya apa yang berlaku ke atas mereka dapat dihindari oleh penulis zaman sekarang.
Pada tahun-tahun 70-an nama-nama mereka menjadi nama basahan di bibir pembaca novel-novel popular Melayu. Tetapi pada hari ini, nama dan novel-novel mereka tidak dikenali sama sekali oleh generasi sekarang kerana novel-novel mereka tidak ada di kedai-kedai buku.
Mereka mempunyai bakat, dan sangat rajin menulis. Ada seorang kenalan saya yang menghasilkan lebih 50 buah novel popular. Namun, daripada 50 karyanya itu, satu pun tidak ada yang bertahan dalam pasaran.
Salah satu faktor yang menyebabkan sesebuah novel itu cepat tamat hayat pasarannya adalah gaya bahasa yang digunakan dalam dialog watak-wataknya.
Watak-watak dalam novel-novel popular menggunakan gaya cakap harian. Inilah kesilapan yang sangat serius.
Bahasa cakap harian sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Sesuatu yang cepat berubah, tidak tahan lama. Justeru novel-novel popular yang ditulis menggunakan gaya cakap harian tidak tahan lama dalam pasaran.
Inilah faktor yang menyebabkan pengarang-pengarang sezaman dengan saya itu, meskipun mereka pernah sangat terkenal, dan mereka menghasilkan berpuluh-puluh novel popular, tetapi dalam zaman tuanya mereka tidak menerima cek-cek royalti lagi.
Di PTS sendiri, masih ada penulis PTS yang melakukan kesilapan serius ini, yakni dialog watak-watak dalam novel mereka menggunakan bahasa cakap harian. Saya sangat prihatin berkenaan perkara ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o