Persiapan Pesta Buku: Permohonan kepada Semua Penulis PTS!
Pada Pesta Buku 2008, seorang pegawai PTS yang bertugas di booth PTS telah memujuk novelis Zaid Akhtar supaya membeli novel Salju Sakinah.
Kalau difikir-fikir, peristiwa itu macam tidak patut berlaku kepada Tn. Zaid Akhtar, disebabkan Salju Sakinah adalah karya beliau!
Namun kejadian seperti itu tidak mustahil mungkin berlaku lagi tahun ini sebab bukan semua pegawai PTS mengenali rupa wajah tiap-tiap penulis PTS.
Jadi, bagi tuan-tuan penulis PTS yang akan datang ke booth PTS, mohon perkenalkan diri kepada pegawai-pegawai yang bertugas!
Jangan malu, jangan segan berkata: "Saya..... Saya pengarang buku.... Saya datang mahu membantu mempromosi buku saya."
Sebenarnya, macam-macam peristiwa berlaku di booth PTS.
Ada penulis PTS yabg kecil hati sebab tidak diberi diskaun apabila membeli bukunya sendiri. Ini pun berlaku disebabkan pegawai yang menjaga mesin duit tidak kenal bahawa beliau adalah penulis PTS.
PTS mempunyai lebih 300 orang penulis. Majoriti pegawai di jabatan-jabatan sales, marketing, kewangan, pentadbiran tidak pernah berkenalan dengan para penulis.
Tahun ini PTS banyak mengambil pegawai baru. Mereka lebih tidak kenal rupa wajah penulis-penulis PTS. Jadi, mohon jangan malu memperkenalkan diri kepada mereka.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya seorang usahawan yang aktif sebagai penerbit buku Melayu. Saya juga ahli lembaga pengarah Koperasi Buku Malaysia.
Majlis: "Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu"


Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat 2 jawatan, iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sebagai Menteri Pelajaran.

1. Ain Maisarah (43,917 naskhah)
. 

.
.
Sebaliknya Najib tetap tidak mahu memansuhkan PPSMI, sedangkan isu PPSMI ini sudah membuktikan ia adalah ancaman serius kepada UMNO melalui perhimpunan raksasa pada 7 Mac 2009 yang lalu.


Kedatangan PT Gramedia ke dalam dunia rangkaian kedai buku sedang menyebabkan jantung-jantung pemain utama seperti MPH dan POPULAR berdegup lebih kencang daripada biasa.
Tuan Shamsuddin Abd. Kadir akan muncul di TV:








salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o