Sunday, May 31, 2009

Perjuangan Payah Membuka Pasaran Laut Biru Komik Islami: Kisah Siri Komik-M

Siri Komik-M adalah komik karya pekomik-pekomik Malaysia yang menyumbangkan diri dan bakat mereka kepada idealisme mahu memberikan komik alternatif kepada ibu bapa, guru-guru dan penggemar komik.

Komik-M mempunyai 3 ciri yang membezakannya daripada komik-komik yang sedia ada dalam pasaran. Ciri-ciri itu adalah:

(i) Komik-M bersifat syariah-compliant, yakni seluruh isinya mematuhi apa yang halal dan apa yang haram diperdagangkan. 

(ii) Komik-M menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

(iii) Komik-M adalah berdasarkan nilai-nilai budaya Malaysia. 

Baca blog rasmi Komik-M.

Perjuangan menghasilkan, menerbitkan, memasarkan, mengedar dan menjual Komik-M adalah perjuangan yang meminta wang, darah, nanah, dan airmata. 

Pertama-tama, PTS memerlukan modal bagi membiayai penerbitan minimum 50 judul Komik-M sebelum kedai-kedai buku mahu memberikan rak khas bagi mempamerkan komik-komik itu.

Selagi Komik-M tidak diberi rak khas, selagi itu komik-komik itu akan terselit-selit dan bersepah-sepah di dalam kedai, menyebabkan orang tidak perasan pun akan kewujudannya.

Kedai hanya akan memberikan rak khas atas 2 pertimbangan: (i) komik itu sangat laku, dan (ii) siri komik itu sudah cukup banyak bagi mengisi satu rak khas.

Ini isu ayam dengan telur. Kedai mahu bukti bahawa Komik-M laku keras, baru dia mahu memberikan rak khas. Tetapi kalau tidak diberikan rak khas, bagaimanakah Komik-M mahu laku keras? 

Apabila semua Komik-M dipamerkan di rak khas, barulah orang-orang masuk ke dalam kedai ternampak wujudnya komik-komik itu. Barulah ada harapan Komik-M laku keras.

Kedua, PTS perlu memujuk banyak pekomik supaya mahu menghasilkan karya yang memenuhi 3 ciri Komik-M. Kalau tidak banyak pekomik yang mahu melukis untuk Komik-M, tidak banyak siri itu dapat diterbitkan, lalu sampai bila-bila pun Komik-M tidak akan mendapat rak khas.

Hendak memujuk pekomik tempatan yang ternama dan terkenal serta mempunyai banyak peminat supaya mahu cuba menghasilkan karya di bawah naungan Komik-M adalah sangat sukar. Mereka semua sudah selesa berkarya dengan penerbit gergasi komik yang sedia ada.

Hasilnya, mereka yang tidak mendapat tempat dengan penerbit gergasi komik sahaja yang berminat berkarya dengan PTS.

Di kalangan para pekomik pula, mereka sendiri kurang jelas apa yang dimaksudkan oleh PTS dengan istilah komik yang syariah-compliant. Mereka pun belum pernah melihat contoh komik yang syariah-compliant.

Ketiga, PTS terpaksa belajar mengedarkan Komik-M kepada gerai-gerai majalah, sedangkan selama ini PTS hanya pandai mengedarkan buku ke kedai-kedai buku elit. Komik dibeli oleh mereka yang tidak masuk kedai buku elit.

Jumlah kedai buku elit sangat sedikit, dan jualan komik melalui kedai buku elit adalah sangat sedikit berbanding dengan jualan komik melalui gerai majalah dan suratkhabar.

Berniaga dengan gerai-gerai majalah dan surat khabar adalah ibarat mahu berniaga dengan sebuah dunia asing sama sekali bagi PTS, kerana PTS mengamalkan budaya pengurusan korporat. Banyak pengusaha gerai-gerai itu tidak pandai membaca invois! 

Keempat, PTS terpaksa berdepan dengan prejudis masyarakat, yakni ibu bapa dan guru-guru, yang mempunyai persepsi sangat negatif tentang komik.

Bagaimanakah caranya PTS hendak memberitahu ibu bapa bahawa Komik-M adalah syariah-compliant oleh itu mereka tidak perlu was-was apabila anak-anak mereka meminta wang bagi membeli Komik-M.

Pada masa ini guru-guru tidak membenarkan murid mereka membaca komik dalam premis sekolah. Tetapi Komik-M adalah baik bagi pelajar-pelajar sekolah membacanya.

Bagaimanakah caranya PTS hendak berkempen bagi mengubah mindset guru-guru dan ibu bapa tentang budaya membaca komik.  

Kelima, PTS terpaksa mencari jalan bagaimana hendak menjual Komik-M dengan murah, sebab idea 'komik mesti murah' adalah teramat tebal.

Bagi menurunkan kos percetakan, Komik-M mesti dicetak banyak-banyak, mahunya minimum 20 ribu naskhah. Namun, kalau dicetak banyak-banyak, pasaran belum kenal Komik-M, jadi bagaimana PTS hendak menjual komik-komik itu.

Keenam, bagaimanakah Komik-M hendak bersaing dengan komik-komik terjemahan dari Jepun, Hong Kong dan Korea, yang kualiti lukisan dan ceritanya amat tinggi, dan sudah mendominasi pasaran, serta harga jualannya tersangat murah. 

Ketujuh, bagaimanakah PTS hendak menurunkan kos produksi Komik-M, sedangkan PTS juga mahu membela nasib pekomik tempatan dengan menawarkan sistem royalti, sedangkan sistem royalti meningkatkan kos penerbitan. 

Nota: Foto menunjukkan Editor Cik Husna Adnan, menjalankan tugas sebagai promoter Komik-M semasa Pesta Buku PABKL 2009 yang lalu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 30, 2009

Novel Ringan

 

 

 

 

 

 

 

 

Bangsa Jepun, yang bodoh bahasa Inggeris, tidak putus-putusnya mencipta konsep-konsep dan produk-produk baru, yang kemudian menjadi tiruan seluruh dunia.

Dalam sektor penerbitan buku, produk terbaru ciptaan otak Jepun adalah buku-buku yang disebut "novel ringan" atau "light novel". 

Mengapakah otak Jepun, bukan otak India dan Afrika yang fasih berbahasa Inggeris, yang terfikirkan konsep 'light novel' ini? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku PTS di Perpustakaan Sekolah: Indah Khabar daripada Rupa

Baca di sini maklumat daripada pelajar-pelajar sekolah yang majoriti melaporkan buku-buku PTS tiada langsung dalam perpustakaan sekolah mereka.

Patutlah sepanjang Pesta Buku PABKL 2009 lalu, pelajar-pelajar sekolah datang membeli buku-buku PTS ONE dengan lahap sekali! 

Trend yang serupa juga berlaku setiap tahun sebelumnya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 29, 2009

Pelukis Animasi Sangat Bertuah, Tidak Seperti Nasib Penerbit Buku

Kerajaan, melalui kementerian MOSTI dan perbadanan MDEC,  memperuntukkan jutaan ringgit untuk pelukis-pelukis animasi sebagai penggalak kepada mereka supaya berkarya.

Berbagai geran disediakan, baik oleh MOSTI mahupun oleh MDEC. Berbagai program dan projek dilancarkan, semuanya menjanjikan peruntukan wang yang banyak kepada pelukis-pelukis animasi.

Boleh dikatakan wang yang banyak itu semacam diberikan percuma kepada mereka. Malah, sampai terasa seolah-olah duit ditabur-tabur sahaja kepada mereka.

Sungguh bertuah nasib para pelukis animasi di negara ini.

Tidak seperti nasib para penerbit buku yang tidak mempunyai dana yang dapat mereka pinjam, sedangkan penerbitan buku menunjang perkembangan intelek rakyat. 

Dikatakan bahawa filem animasi box-office Upin & Ipin menelan modal RM4 juta. Jika penerbitan filem animasi diberikan dukungan yang begitu baik, di manakah logiknya apabila penerbitan buku tidak diberikan dukungan yang serupa.

Modal berbayar PTS hanya setengah juta ringgit. Dengan modal sekecil itu pun, dalam tempoh 9 tahun, jumlah judul yang dapat diterbitkannya sudah lebih seribu judul. Manakala, jumlah peluang pekerjaan tetap yang diciptanya lebih 75 orang.

Seandainya, sebagaimana produksi Upin & Ipin, PTS mendapat dukungan RM4 juta, kita yakin dalam tempoh 9 tahun, kita dapat menerbitkan sekurang-kurangnya 10 ribu judul, dan mencipta 600 peluang pekerjaan tetap. 

Tetapi RM1 ringgit pun kerajaan tidak menyediakan dana yang dapat dipinjam oleh penerbit buku seperti PTS.

Sebaliknya, untuk penerbit filem konvensional, kerajaan menyediakan tabung RM50 juta (yang akan dinaikkan kepada RM100 juta), manakala untuk filem animasi pula, duit rakyat macam ditabur-tabur sahaja.

Sungguh bertuah menjadi penerbit filem di Malaysia.... 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Filem Cinta Islami Mengutip RM1.3 Juta dalam 1 Minggu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Metrowealth, penerbit filem Syurga Cinta ini, mengataka ia adalah sebuah filem cinta Islamik.

Kejayaan filem ini menunjukkan apa-apa yang mengemukakan tema dan nilai-nilai Islamik berpotensi mendapat sambutan panas daripada target sasarannya. 

Filem ini laku keras meskipun ketiga-tiga watak utamanya adalah muka baru sama sekali. 

Kejayaan Syurga Cinta ini mengulangi kejayaan filem Ayat-ayat Cinta di Indonesia. Ini membayangkan bahawa fenomena yang meletup-letup di Indonesia jika diimport bulat-bulat ke Malaysia belum tentu meletup. Sebaliknya, jika dihasilkan karya lokal yang serupa, ala-ala edisi Malaysia, maka sambutannya lebih baik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 28, 2009

Kesan Keindahan Fonologi dalam Surah Yusuf

Dalam blognya, Tn. Asyraff menulis:

Salah satu ciri keindahan dalam mana-mana karya sama ada karya puisi atau cerpen, gurindam atau pantun, syair dan lagu, adalah ciri melodi metafora (pengakhiran suku kata) bunyinya yang mempesonakan.

Oleh kerana ayat-ayat Al-Qur’an adalah ‘ayat-ayat cinta’ Tuhan, sudah tentu kalam Tuhan ini mengatasi segala bunyi melodi di dalam semua jenis karya di dunia ini!

Di dalam Al-Quran, ciri melodi yang diambil daripada fonologi bahasa Arab sendiri, menjadikan semua ayat Al-Quran mempunyai kesan linguistiknya tersendiri. Sesetengah ayat memberi kesan yang berbeza kepada pendengar. Bahasa Arab yang unik, apabila disinergikan dengan ayat Al-Quran, menghasilkan metafora, melodi yang begitu indah di jiwa manusia bahkan haiwan. Ciri-ciri linguistik Arab yang kita lihat aplikasinya dalam ilmu tajwid, menjadi salah satu sumber perubatan kepada rohani manusia. Sama seperti yang dilakukan pada zaman Abbasiyah, di mana hospital-hospital menggunakan muzik yang lembut untuk mengubati pesakit.

Jika dihitung-hitung jumlah metafora di dalam Surah Yusuf, hanya terdapat empat huruf sahaja yang digunakan, iaitu huruf nun, mim, ra dan lam. Kesemua huruf ini adalah huruf idgham (huruf yang mudah dicantumkan bunyinya dengan huruf lain), antara huruf yang paling tinggi kesan melodinya. Metafora dengan huruf lam terdapat pada ayat 66. Manakala untuk huruf ra, hanya ayat 39 & 65. Sedangkan untuk huruf mim, terdapat pada 15 ayat. Bakinya, iaitu 93 ayat, dikhususkan untuk huruf nun, huruf yang mempunyai kesan melodi paling indah dalam bahasa Arab!

Meskipun bahasa Melayu tidak sama dengan bahasa Arab terutama dari segi linguistiknya, namun kita mengharapkan agar pakar-pakar linguistik dapat mengutarakan satu kesan linguistik paling indah di dalam bahasa Melayu. Suku kata yang bagaimanakah yang paling sedap didengar dan dibaca agar kesannya melantun-lantun dalam jiwa? Bunyi metafora yang bagaimanakah dapat mempengaruhi pembaca menghabiskan karya kita dengan rasa puas?

Pada hemat saya, sekiranya kita dapat memaksimumkan penggunaan metafora di dalam karya kita, karya kita akan menjadi indah untuk dibaca.  Terfikir saya, melihatkan warisan sastera nenek moyang yang kerap menggunakan ciri metafora di penghujung ayat, karya mereka tetap evergreen sepanjang zaman. Mungkinkah manusia ini fitrahnya sukakan muzik linguistik?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Segera Terbit! Terjual 120,000 Naskhah dalam tempoh 1 Bulan di Indonesia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku-buku PTS Dibekalkan ke Masjid-masjid Singapura

Buku-buku PTS sekarang dapat dibaca di perpustakaan masjid-masjid di Singapura. Ini adalah berkat hasil usaha agen PTS di negara itu.

Dari 69 masjid, sekarang sudah ada 70 buah masjid di Singapura. Masjid-masjid yang baru itu dibina menggunakan wang daripada sumbangan masyarakat Islam sendiri.

Di Singapura, sudah ada fatwa yang membolehkan tanah-tanah wakaf yang kecil-kecil, terbiar dan tidak produktif itu dijual.

Wang daripada jualan tanah-tanah itu digunakan bagi membina masjid dan lain-lain harta kekal.

Harta itu kemudian disewakan, dan wang sewanya digunakan bagi membiayai program-program kebajikan.

Di Malaysia sekarang, nilai tanah-tanah wakaf yang kecil-kecil, bertaburan di sana-sini, dan semak samun ditumbuhi lalang, dianggarkan lebih daripada RM1.3 bilion.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, May 27, 2009

Risiko Bersaing

Bersaing adalah menang dengan cara mengalahkan orang-orang lain. Sikap suka bersaing banyak risikonya. Salah satu risiko itu adalah jalan kejayaan menjadi lebih sukar. 

Apabila kita suka bersaing, kita mencipta banyak pesaing bagi diri kita. Orang-orang yang kita kalahkan tidak akan menjadi sahabat baik kita.

Modal sosial (social capital) adalah salah satu modal penting dalam kejayaan. Semangat persaingan tidak menokok nilai modal sosial kita, malah menurunkannya. 

Apa yang menokok nilai modal sosial kita adalah jaringan persahabatan. Orang yang fokus pada persaingan mencipta banyak musuh bagi dirinya, bukan banyak sahabat.

"Business is friends," kata orang-orang bisnes. Maksudnya, "Berniaga adalah bersahabat." Semakin banyak sahabat kita, semakin mudah kita menjalankan dan mengembangkan bisnes kita. 

Jumlah sahabat kita bertambah apabila kita banyak menabur budi dengan membantu dan memberikan kerjasama kepada orang-orang lain supaya bisnes mereka berkembang maju.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Strategi Survival dalam Keadaan Ekonomi Menguncup

"Ekonomi negara dijangka menguncup bawah -1.0 peratus pada tahun ini di tengah-tengah iklim ekonomi semasa," kata menteri kewangan kedua. "Saya tidak dapat memberitahu anda (angka itu) tetapi ia tentunya di bawah - 1.0 peratus," kata Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. - Malaysiakini.

Semua penerbit buku sangat khuatir dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang.

Buku bukan barang wajib-beli seperti beras dan minyak masak. Buku dibeli menggunakan wang lebihan (surplus money). Dalam zaman gawat, tidak semua jenis buku dapat dijual.

Buku-buku mahal sukar dijual dalam masa gawat. Ini bermakna penerbit memerlukan buku-buku harga murah dan sederhana untuk survive. Fokuskan jualan pada buku-buku yang berharga kurang RM20.00.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, May 26, 2009

Strategi Perkembangan Bisnes PTS Islamika

Tuan Faris Hasbullah, Pengurus PTS Islamika Sdn. Bhd. memberitahu UNIKAPTS bahawa penerbit itu sedang melaksanakan strategi pembesaran dengan menerbitkan 4 kategori produk buku-buku berkenaan Islam:

(i) Buku-buku Islam untuk pembaca dami-Islam urban dan modern.

Buku-buku dalam kategori ini ditujukan kepada orang Islam-keturunan dan orang-orang bukan-Islam, baik yang Melayu ataupun bukan-Melayu, yang ingin tahu tentang Islam.

Ciri utama kelompok ini adalah: (a) Mereka tidak pandai membaca tulisan Arab. (b) Mereka tidak mempunyai latar belakang agama, meskipun tentang perkara yang basik-basik berkenaan Islam. (c) Mereka mempunyai pendidikan modern dan sekular. (d) Mereka mempunyai pendapatan tinggi. (e) Mereka tinggal di bandar. 

(ii) Buku-buku Islam untuk dami-Islam tradisional. 

Buku-buku dalam kategori ini ditujukan kepada orang Islam yang mempunyai citarasa tradisional. Dalam golongan ini, mereka mempunyai citarasa tradisional tentang rupa wajah buku agama. Sebagai contoh, walaupun mereka tidak fasih membaca tulisan Arab, tetapi mereka tetap mahukan buku-buku agama yang ada tulisan Arab di dalamnya.  

(iii) Buku-buku Islam untuk pembaca pandai-Islam.

Buku-buku dalam kategori ini ditujukan kepada pembaca yang mempunyai pengetahuan luas tentang Islam.

(iv) Buku-buku sastera agama.

Buku-buku dalam kategori ini ditujukan kepada peminat fiksyen, baik kanak-kanak, remaja, mahupun dewasa. 

Bagi tujuan membesarkan operasi dan meningkatkan produktivitinya, pada saat ini PTS Islamika sedang menambah jumlah editornya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

.o

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, May 25, 2009

Kalau Mahu Maju dalam Bisnes, Jangan Bersaing

 
Axiom, ejaan Melayunya aksiom, adalah kata-kata orang biasa yang sangat diketahui ramai dan dipercayai sebagai sesuatu yang benar.

Salah satu aksiom dunia bisnes  yang sering kita dengar adalah: Kalau mahu berjaya dalam bisnes, kita mesti belajar bersaing dan mesti pandai bersaing.

PTS adalah sebuah syarikat yang tidak menganuti aksiom 'Kalau mahu berjaya, kita mesti bersaing.' Pendek kata, PTS adalah sebuah syarikat yang tidak percaya kepada persaingan.

Kita tidak berpegang pada konsep bersaing kerana kita belum berjumpa dengan nas yang mengatakan 'kalau mahu berjaya dalam perniagaan, kita mesti belajar bersaing dan mesti pandai bersaing'.

PTS percaya kepada konsep bisnes dalam Islam, yakni konsep 'berlumba-lumba'.

Konsep berlumba-lumba sangat berbeza daripada konsep bersaing. Bersaing bermakna mendapatkan kemenangan dengan cara mengalahkan orang-orang lain. Berlumba-lumba bermakna tidak ada yang kalah, yakni semua orang menang, cuma siapa yang lebih menang, itu sahaja. 

Inilah faktor yang mendorong TimPTS sentiasa memberikan kerjasama kepada sesiapa sahaja demi membantu bisnes mereka supaya berjaya.

Inilah juga yang menyebabkan kita membuka blog UNIVERSITI TERBUKA PTS (UnikaPTS) di mana saya menuliskan pelbagai pengetahuan dan maklumat yang dikumpulkan dan dipunyai oleh pegawai-pegawai PTS berkenaan bisnes penerbitan buku Melayu.

Tujuan UnikaPTS adalah membantu penerbit-penerbit lain mengembangkan perniagaan mereka, supaya dengan itu industri buku Melayu berkembang dengan sihat.

Menerbitkan buku adalah kerja penerbit. Manakala mengurniakan duit adalah kerja Tuhan. Tuhanlah yang menentukan siapa yang mendapat banyak duit, dan siapa yang mendapat lebih banyak duit. 

Atas nama persaingan, orang-orang yang pandai merosakkan bisnes orang lain, belum tentu dia yang dikurniai paling banyak duit oleh Tuhan.

Yang sudah pasti Islam menjanjikan: "Apabila kamu meringan beban saudara kamu, maka Allah akan meringankan beban kamu."

Kerana mengharapkan Allah meringankan beban PTSlah maka PTS membantu rakan-rakan penerbit lain dengan menyebarkan apa jua maklumat bisnes penerbitan buku yang berguna kepada mereka.

Nota: Foto di atas menunjukkan sebahagian daripada TimPTS meraikan kejayaan PTS mengutip hasil jualan tunai lebih RM600 ribu sepanjang Pesta Buku 2009. Mereka  bertugas sehari suntuk sejak jam 8.30 pagi sehingga jam 11.00 malam kerana berkemas dan menutup gerai pada malam penutup pesta. Foto dirakamkan sejurus sebelum mereka berpisah pada malam itu bagi pulang ke rumah masing-masing. Mereka dalam keadaan amat penat, namun mereka seperti tidak penat langsung!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

SABTU 6 Jun 2009 Kursus Terjemahan Mazhab Dinamik untuk Karya Bukan-Kreatif

Tuan-tuan yang mendaftar untuk bengkel terjemahan Bahasa Indonesia - Bahasa Melayu wajib hadir bengkel ini.

Tarikh: SABTU 6 Jun 2009

Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Hulu Kelang, KL. 

Bakat menterjemah adalah serupa dengan bakat menulis.

Di PTS, syarat paling penting menjadi penterjemah adalah memiliki bakat menulis.

Mendaftar di sini. Tulis nama penuh, nombor HP dan alamat emel.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(25) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 14 Jun 2009 Taklimat Strategi Bisnes dan Bagaimana PTS Membina Judul Buku yang Laku

Tarikh: AHAD 14 Jun 2009

Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Tmn. Permata, Hulu Kelang, KL. 

PTS adalah 'penerbit kuih tempah'.

PTS menjalankan kajian pasaran bagi mengenal pasti judul-judul buku yang dikehendaki oleh pasaran. Kemudian, barulah PTS mencari para penulis bagi menuliskan buku-buku itu.

Dalam taklimat ini nanti, saya akan terangkan cara kerja PTS, strategi-strategi bisnes yang kami cipta sendiri dan gunakan, dan produk-produk yang kami mahukan.

Mendaftar di sini. Tulis nama penuh, nombor HP dan alamat emel.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(26) Diskusi Kuliah | Permalink

Kedai Buku di Tingkat 3 Bangunan GIANT Tmn. Permata Hulu Kelang.

Kedai buku ini banyak menjual buku-buku PTS.

Foto disalin dari blog Tn. Zamri Mohamed.

 

 

 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, May 24, 2009

Pinjam Sahaja Istilah Asal

 

 

 

 

 

 

 

Bahasa Melayu perlu diperkayakan dengan meminjam perkataan daripada bahasa-bahasa di seluruh dunia, bukan hanya daripada bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris pun memperkayakan perbendaharaan katanya dengan meminjam perkataan daripada bahasa-bahasa lain, dan sehingga hari ini ia masih terus meminjam.

Meminjam perkataan adalah proses natural pemerkayaan bahasa. Menentang proses meminjam adalah sikap yang membawa kemunduran bahasa.

Bagi penulis PTS yang menulis buku-buku tentang teknologi terbaru dalam internet, tuan-tuan perlu berlapang dada apabila meminjam sahaja istilah-istilah teknologi itu.

Istilah-istilah dalam internet adalah istilah-istilah konsumer. 

Sesuatu barang itu dikatakan 'barangan konsumer' apabila barang itu dapat dibeli dari kedai. Computer, dan pizza dapat dibeli di kedai, maka 'computer' dan 'pizza' adalah istilah konsumer. 

Nama-nama barangan konsumer boleh dipinjam terus ke dalam bahasa Melayu. Jika mahu mengekalkan ejaan asalnya, itu boleh. Jika mahu memelayukan ejaannya, itu pun boleh.

Istilah-istilah konsumer bukan istilah sains. Oleh itu penulis dan penterjemah jangan mencari istilah-istilah Melayunya dalam daftar istilah terbitan DBP. Istilah dalam internet amat kontemporari, sekontemporari teknologinya, oleh itu jangan ditunggu DBP mencipta istilah Melayunya.

Hayat istilah-istilah teknologi pada barangan konsumer sangat singkat. Apabila teknologi itu sudah luput, istilahnya pun ikut luput.

Gunakan istilah asal kerana satu dunia menggunakan istilah asal itu. Dengan mengekalkan istilah asal kita mempermudah proses membaca bukunya dengan proses menggunakan teknologi internetnya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 23, 2009

Wallpaper AinMaisarah

Puan Ain Maisarah baru sahaja melancarkan wallpaper beliau sendiri.

Pelancaran wallpapernya adalah inovasi terbaru yang dilakukan oleh Ain Maisarah bagi mempromosi jualan novel-novel beliau, di samping menjana perolehan daripada jualan merchandise Sekolah Seri Bangsar. 

Sebelum ini beliau membuka kedai on-line bagi menjual buku-bukunya kepada peminat tegarnya. 

Novel-novel beliau juga dijual sebagai mobile content dan dapat dibeli serta dibaca dengan menggunakan HP biasa dalam semua nombor 012, 019, 016, 017, 013 dan 014. 

Ain Maisarah kemudian membuka sekolah on-line, yakni Sekolah Seri Bangsar. Dalam tempoh tidak sampai 1 bulan sahaja selepas pelancaran, pendaftaran pelajar sekolah itu melepasi jumlah 1 ribu. 

Ain Maisarah adalah penulis PTS paling ngetop. Beliau sudah menerbitkan 10 judul novel remaja, dan akan menerbitkan lebih banyak lagi sepanjang tahun ini.

Sebelum ini Ain Maisarah menerbitkan buku-bukunya dengan PTS One Sdn. Bhd. Terbaru beliau menerbitkan dengan PTS Professional Sdn. Bhd. Akan datang beliau juga akan menerbitkan dengan PTS Millenia Sdn. Bhd. 

Nilai jualan eceran (retail price) novel-novel beliau bagi tahun 2008 adalah hampir RM700 ribu.  

Target beliau bagi jualan tahun 2009 adalah RM1 juta. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Lagi Tokoh Sastera Tolak PPSMI

Lagi tokoh sastera tolak PPSMI
Jimadie Shah Othman | May 23, 09 4:26pm
Walaupun berbakat besar dan disebut-sebut sebagai calon Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan mungkin mengalami laluan sukar mencapainya.

Beliau semakin lantang mempertikaikan dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) - hari ini di depan 200 penulis muda dunia sastera Melayu.

"Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya, sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara," katanya dalam ucap utama di perhimpunan terbesar sasterawan muda Malaysia.  

"Jika sesuatu dasar, seperti dasar PPSMI ini hanya memberi faedah kepada segelintir pelajar, tetapi dalam masa yang sama mengecewakan begitu banyak pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman, maka dasar itu boleh dianggap gagal.

"Para pelajar di luar bandar, ceruk dan pedalaman bukan sahaja tidak dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, malah lebih malang lagi tidak dapat menguasai ilmu sains dan matematik yang disampaikan bukan melalui bahasa ibunda mereka.

"Jika kegagalan itu berterusan, dan dianggap remeh pula oleh kementerian yang berkenaan, maka satu generasi pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman (kebanyakannya Melayu) menjadi mangsa kepada dasar yang tidak adil ini.

"Akibat kegagalan itu, mereka akan terlepas peluang pekerjaan yang lebih baik."

Bekas pengarah penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu yang terkenal dengan novel Naratif Ogonshoto – satira politik yang mengecam kerakusan orang berkuasa – menyampaikan ucapannya berjudul 'Arah dan Cabaran Penulis Muda' di Melaka pagi ini.

Dalam ucapannya kira-kira sejam, beliau menegur ahli politik Melayu dalam kerajaan yang menjadi pencetus utama timbulnya rasa tidak yakin terhadap bahasa mereka sendiri.

"Sejak sedekad yang lalu, masyarakat Melayu pada umumnya meragui adanya rasa bangga (terhadap) bahasa Melayu di kalangan ahli politik Melayu yang berkuasa," katanya.

Anwar berkata, sikap pemimpin tersebut digambarkan melalui penggunanan bahasa Inggeris dalam majlis rasmi dan tidak bersungguh-sungguh membina jati diri kolektif pelajar menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang tunggal.

"Mereka mempunyai pertimbangan lain, termasuk politik, yang dilihat lebih besar dan wahid (pertama) berbanding bahasa bangsanya," katanya.

Teks ucapannya juga boleh diperolehi di blognya.

Kritikan Anwar hari ini yang pertama dilontar di depan khalayak sebesar itu, selain wawancara di sebuah tabloid politik dan dialog-dialog kumpulan kecil masyarakat sastera.

Walaupun pelbagai pihak dan tokoh budaya sebelum ini lantang menuntut pemansuhan dasar kontroversi itu – sehingga membawa kepada demonstrasi besar 7 Mac lalu – Anwar dilihat tidak lantang sebelum ini.

Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2000 melalui novelnya itu turut terkenal dengan novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Arus.

Selain Anwar, tokoh-tokoh lain yang disebut layak untuk Sasterawan Negara penyair Datuk Baharuddin Zainal dan novelis Zaharah Nawawi.

Malaysiakini difahamkan Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 selama tiga hari sejak pagi tadi akan merumuskan satu resolusi membantah dasar PPSMI.

Awal bulan ini, kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup termasuk Muhammad Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain menolak dasar kontroversi itu - pertama kali gabungan tokoh besar budayawan Melayu secara terbuka dan berani menentang dasar kerajaan. - Malaysiakini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 22, 2009

Kota Buku

Konsep 'kota buku' (book city) adalah konsep fizikal, seperti juga halnya dengan konsep 'kampung buku' (book village). Bezanya, kota buku terletak dalam kota, manakala kampung buku terletak dalam kawasan kampung.

Kota buku adalah suatu tempat di mana di situ terdapat  dewan pameran buku-buku dipamerkan, tempat pelbagai aktiviti perbukuan diadakan, ada muzium buku, kedai-kedai buku, pejabat persatuan-persatuan perbukuan, dan yang seumpama dengan itu.

Ada berita angin mengatakan kota buku yang disebut-sebut itu akan dibuat di bangunan lama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

No. 1 di MPH

Lihat di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ulang Cetak dengan Wajah Ketiga

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Buku ‘Haji Muda’ Kini Bergelar ‘Dr’

UNIKAPTS mengucapkan tahniah kepada Dr. Ridzwan Bakar yang baru sahaja ber-konvokesyen bagi ijazah kedoktoran falsafah dari UiTM.

Penyelia doktorat Dr. Ridzwan Bakar adalah Prof. Dr. Muhamad Kamil Ibrahim.

Nampaknya Prof. Kamil (penulis buku ngetop Travelog Haji) cekap melahirkan pemegang doktorat.

UNIKAPTS menggalakkan penulis-penulis PTS yang berminat mengikuti program doktorat supaya mendaftar di bawah seliaan beliau. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

IP, IP, IP

Apabila album dengan cover gambar mecha dapat dijual dengan harga lebih tinggi daripada foto seorang perempuan jelita!

Mesti baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Temui Penulis Malaysia di Pesta Buku ReadMalaysia

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 21, 2009

Strategi Memecahkan Ruyung Pasaran Pembaca Cina

 

 

 

 

 

 

 

 

Banyak orang Cina Malaysia yang pandai berbahasa Melayu dengan baik. Mereka itu bersekolah di sekolah aliran kebangsaan, justeru bahasa Melayu mereka bagus.

Penerbit buku-buku Melayu patut membuka Laut Biru pasaran pembaca Cina. Mereka mempunyai daya beli yang tinggi.

Isunya sekarang adalah:

(i) Mengenal pasti buku-buku yang mempunyai appeal kepada pembaca Cina.

(ii) Bahasa Melayu yang bagaimana yang mempunyai appeal kepada mereka. 

Penulis-penulis Melayu selama ini, dalam otak bawah sedar mereka, apabila mereka menulis, mereka menulis berkenaan tema-tema yang sesuai dengan citarasa orang Melayu, dan bagi dijual kepada orang Melayu.

Desainer cover-cover buku Melayu pun demikian juga. Cover-cover novel Melayu menggunakan wajah-wajah Melayu.

Orang Melayu hanya mahu menjual kepada orang Melayu. Ini suatu kotak perangkap mental.

Penulis dan penerbit buku-buku Melayu menjalankan aktivitinya dalam kotak Melayu.

Kotak pasaran Melayu adalah relatif kecil disebabkan jumlah penduduk Melayu yang relatif kecil. Walaupun jumlah penduduk Cina kurang daripada jumlah penduduk Melayu, namun kuasa ekonomi mereka lebih besar. 

Penerbit buku-buku Melayu patut mula menghasilkan buku-buku yang dibeli oleh pembaca Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan. Kita perlu mencari formulanya sahaja. 

Ini yang sedang diusahakan di PTS. Kita sedang menerbitkan buku-buku yang temanya 'Malaysia' dan wajahnya 'Malaysia'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Yakjuj & Makjuj Diterbangkan dari Jakarta

Buku Yakjuj Makjuj: Bencana disebalik Gunung, Bapak Muhammad Alexander bersempena dengan Pesta Buku Read Malaysia, The Mines, diterbangkan khas dari  Indonesia untuk bersama-sama pembaca di Malaysia berdiskusi tentang buku beliau.

Berikut adalah maklumat berkaitan program :-

1. SABTU 30 Mei 2009 - 3.00 petang hingga 4.00 pertang - Diskusi Buku di MPH Mid Valley.

2. AHAD 31 Mei 2009 - 11.00 hingga 1.00 petang - Forum Diskusi di Pentas Utama, Pesta Buku Read Malaysia, The Mines (Rakaman bersama IKIM.FM dalam rancangan Duniaku Buku)
Panel: Bapak Muhammad Alexander (Penulis Buku Yakjuj Makjuj)
        : Dr Muhd Rumaizuddin Ghazali (Pensyarah USIM)
Moderator: Ustaz Zamri Zainal Abidin

3. AHAD 31 Mei 2009 - 3.00 petang hingga 4.00 petang - Diskusi Buku di MPH Alamanda, Putrajaya.

4. AHAD 31 Mei 2009 - 7.30 Malam - Kuliah Maghrib di Masjid Putra Nilai, Nilai.

5. ISNIN 1 Jun 2009 - 7.30 Malam - Kuliah Maghrib di Surau An-Naim, Seksyen 4, Wangsa Maju.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

SABTU 6 Jun 2009 di Plaza Angsana Johor Baru Jam 3.00 petang

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pengarang PTS Membuka Sekolah Bakat

Tn. Ahmad Naim Jaafar kini sedang mempopularkan idea tentang BAKAT.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, May 20, 2009

Akan Terbit

A. Ubaidillah adalah pensyarah syariah dan seorang hafiz.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pakatan Rakyat Mahu Semua Top Scorers Diberi Biasiswa

Baca di sini.

Foto disalin dari Malaysiakini.

 

 

 

 

 

 

Dalam Islam, ganjaran diberikan kepada daya usaha (effort). Semakin banyak dan semakin berat daya usaha yang dijalankan, semakin besar ganjaran yang diberikan.

Dalam Islam, ganjaran tidak diberikan kepada hasil (outcome). Meskipun hasilnya gagal, Islam tetap memberikan ganjaran ke atas daya usaha yang telah menghasilkan kegagalan itu.

Al-Quran mengatakan: Kamu mendapat apa yang kamu usahakan - Itulah Islam. Orang yang mati (baca, 'kalah' atau 'gagal') dalam perang membela agama diberi sebesar-besar ganjaran, yakni terus masuk syurga.

Begitulah prinsip pemberian ganjaran dalam sistem Islam.

Markah A, B, C, D, E, dan F adalah hasil (outcome). Hasil tidak semestinya berkorelasi dengan daya usaha (effort).

Banyak hasil penyelidikan yang mendapati bahawa score akademik di sekolah sangat dipengaruhi oleh status ekonomi dan persekitaran tempat tinggal pelajar.

Dapatan demi dapatan menunjukkan anak-anak kelas menengah di bandar-bandar besar sentiasa menunjukkan prestasi akademik yang lebih baik daripada anak-anak kelas rendah dan kelas petani.

Score akademik tidak menggambarkan effort. Siapakah yang lebih banyak effortnya bagi mendapatkan 1 A -- anak jurutera yang tinggal di Lembah Kelang ataupun anak nelayan sungai di Ulu Kinabatangan. 

Memberikan ganjaran berdasarkan score adalah suatu prinsip yang zalim.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

GMP Lancarkan Kempen Satu Juta Poskad

Dari Malaysiakini:

Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.

Katanya, GMP berharap, pelaksanaan kempen itu - dinamakan "Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran" - dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.

"Kalau tiap-tiap hari beliau buka pintu, tengok ada poskad (bantahan), takkan beliau tidak terfikir hendak mansuhkan PPSMI," katanya kepada Malaysiakini.

ppsami samad saidHasni berkata, kempen tersebut dilancarkan Jumaat lalu di Pagoh, Melaka oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dalam sebuah majlis ceramah bersama Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi GMP, Dr. Shaharil Mohamad Zain; pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau sendiri.

Mengulas lanjut, Hasni berkata, kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis itu dan seribu poskad telah diedarkan.

Tiada had masa


Pihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) - sebuah NGO yang bergabung dalam GMP - di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping.

Hasni bagaimanapun menafikan pihaknya cuba mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan daripada penjualan bahan kempen tersebut.

"Tak ada (buat untung). Kos cetak pun sekeping dah berapa," katanya sambil menjelaskan bahawa buat permulaannya 5,000 keping poskad telah dicetak.

anti english language ppsmi a million post card campaign 200509Beliau yang juga pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, GMP tidak menetapkan sebarang garis masa bagi program itu.

Bagaimanapun, katanya, ia akan dijalankan "selagi PPSMI tidak dimansuhkan" dan "selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar".

Awal bulan ini, kerajaan dilaporkan memerlukan lebih masa bagi menilai perlaksaaan dasar itu kerana "keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal".

Muhyiddin juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya sebelum ini.

Menurut beliau, dalam sesi perbincangan tersebut, kadangkala pandangan yang dikemukakan tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya apa yang dirasai.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, May 19, 2009

Beberapa Minggu Lagi

Keputusan mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dijangka diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi, kata Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. - Berita Harian.

Nota: Semasa UMNO hendak menukar bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dahulu, tidak ada apa-apa kajian dilakukan terlebih dahulu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Dulu Kampung Buku di Langkawi, Hari ini Kota Buku di Kuala Lumpur

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mewujudkan Kota Buku sebagai langkah untuk membuka ruang kepada penulis dan penerbit buku tempatan memasarkan hasil karya mereka. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan Kota Buku yang akan diwujudkan di Kuala Lumpur menjelang akhir tahun ini akan turut membolehkan peminat sastera menikmati pelbagai karya bermutu dari pelbagai penerbitan.

"Penubuhan pusat ini diharap akan menjadi satu nukleus yang membolehkan para usahawan persatuan dan perusahaan membabitkan buku beroperasi di bawah satu bumbung. Kita sudah ada bangunan yang kita akan majukan di Kuala Lumpur. Sebahagiannya untuk dijadikan sebagai Muzium Guru manakala sebahagian lagi sebagai Kota Buku. Ia akan dimulakan akhir tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM20 juta dan dijangka siap tahun depan. Pembinaannya hanya memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian," katanya selepas majlis pelancaran koleksi buku terjemahan siri sastera Malaysia di sini, hari ini."

Nota: Kontraktor sudah senyum-senyum.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

1 Sekolah untuk Semua: Malaysia Mahu Melaksanakan Model Benua India

Blogger RockyBru adalah pemuja Mahathirisme. Terakhir beliau membangkitkan semula idea Mahathir dan Mukhriz yang mahukan hanya satu aliran sekolah sahaja untuk semua anak Malaysia, yakni sekolah aliran Inggeris. Mereka mahu supaya dihapuskan aliran kebangsaan, Cina, Arab dan Tamil.

Benua India adalah benua yang mula-mula menggunakan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikannya, iaitu sudah 400 tahun lamanya.

Hari ini terbukti bahasa Inggeris gagal memandaikan majoriti bangsa India, dan gagal menghapuskan kemiskinan dan kedaifan di benua itu.

Bahasa Inggeris dipinjam oleh semua bekas-bekas tanah jajahannya di seluruh dunia -- di benua Afrika (Ghana, Kenya, Zambia, Namibia, Zimbabwe dll), di benua India (India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka), dan di Asia (Filipina & Burma).

Hanya Malaysia sahaja yang menolak dan menggantikan bahasa Inggeris dalam dasar pendidikan kebangsaannya. 

Terbukti, berdasarkan semua indikator kemajuan ekonomi, Malaysia paling makmur. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, May 18, 2009

Emel Pilihan: Keliru Banyak PTS

Assalamualaikum Pn. Ainon,

Semoga Puan sentiasa berada dalam lindungan Allah sentiasa.

Puan, saya adalah seorang yang sangat suka membaca. Ketika berada di bangku sekolah, saya sangat mencintai novel dan koleksi novel milik saya sudah membolehkan saya membuka sebuah perpustakaan mini di rumah.

Namun, benarlah kata-kata guru saya, anjakan usia akan mengubah selera membaca seseorang. Dari novel, saya mula meminati buku-buku ilmiah. Walau bagaimanapun, minat saya terhadap novel tidak terkubur, cuma minat tersebut telah beralih arah dari novel terbitan penerbit lain kepada novel terbitan PTS. Alasan saya mudah, saya lebih berpuas hati dengan kualiti (gaya penulisan dan tema) novel terbitan PTS.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya cenderung memiliki buku-buku terbitan PTS berbanding beberapa penerbit lain. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kemusykilan apabila saya mula mengemas kini perpustakaan mini milik saya (saya suka mengasingkan buku-buku mengikut penerbit). Ketika menyusun buku-buku terbitan PTS, saya dapati ada beberapa perbezaan label (atau logo?) pada setiap buku PTS sedangkan sekali pandang, buku itu seolah-olah berada dalam kategori yang sama dan menggunakan logo yang serupa.

Contohnya, buku berjudul 'Tariq: Menang ataupun Syahid' memiliki label PTS Fortuna. Buku berjudul 'Salahuddin Ayubi: Penakluk Jerusalem' pula memiliki label PTS Millennia. Puas saya teliti kedua-dua buku tersebut. Kedua-duanya adalah novel sejarah Islam yang ditulis oleh penulis yang sama. Justeru, saya ingin tahu mengapa keduanya dilabel dengan label yang berbeza? Apakah maksud PTS Millennia dan PTS Fortuna? Saya memiliki buku 'Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain' yang dilabel sebagai PTS Millennia. Saya juga telah memiliki buku berjudul 'Yakjuj & Makjuj' yang dilabel pula sebagai PTS Islamika.

Saya agak keliru dengan label Fortuna, Islamika dan Millennia ini. Pasti ada perbezaannya, bukan?

Mohon maaf jika pertanyaan saya sudah memberatkan tugasan Puan. Saya sekadar ingin tahu dan tidak pula mendesak jawapannya daripada Puan. Mungkin pada satu ketika yang Puan berkelapangan, Puan boleh menulis berkaitan perbezaan ini di blog Puan. Pasti ramai pembaca buku terbitan PTS juga ingin tahu. Apapun, saya mendoakan semoga usaha Puan dan PTS menempa tradisi kegemilangan ilmu dipermudahkan Allah. Sekian, wassalam.

Marniyati Mohd. Nor
Puchong, Selangor
18 Mei 2009

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Emel Pilihan: Sastera Cina

Salaam Puan Ainon,

Saya dididik di sekolah kebangsaan vernakular Cina. Ketika saya berusia lebih kurang 9 tahun, saya terjumpa beberapa buah novel yang tebal-tebal belaka di antara rak-rak fiksyen Cina. Terus saya ambil beberapa buah dan bawa balik ke rumah secara 'haram'. Jangan marahkan saya, memang saya merupakan pustakawati yang suka mengeksploit peluang yang ada hahaha smile lagipun, buku itu tidak disentuh sesiapa, mungkin kerana ketebalannya yang menggerunkan.

Buku yang berjudul She Diao Ying Xiong Chuan itu merupakan antara buku yang paling hebat pernah saya baca. Maksud tajuknya ialah Lagenda Wira Pemanah Helang. Saya merupakan seorang budak kampung, fiksyen Melayu yang saya jumpa semuanya remeh belaka walaupun dijumpai di perpustakaan daerah. Namun, buku itu bagaikan memberi saya tenaga untuk terus membaca dan membaca, biarpun halaju bacaan bahasa Cina pada waktu itu masih terkedek-kedek. Lagenda Wira Pemanah Helang mempunyai 4 jilid. Dengan kosa kata Cina yang ada, buku itu habis saya uliti dalam masa 2 minggu. Dan terus saya cari siri-siri cerita kepahlawanan yang lain daripada penulis yang sama, Jin Yong. Ada 8 tajuk novel Jin Yong yang pernah saya baca, antaranya:

1. Shu Jian En Chou Lu (Catatan Tentang Kitab Dan Pedang)
2. Bi Xue Jian ( Pedang Berdarah Raja)
3. She Diao Ying Xiong Chuan (Lagenda Wira Pemanah Helang)
4. Shen Diao Xia Lu (Pasangan Pemanah Helang) yang merupakan sambungan Lagenda Wira Pemanah Helang
5. Xue Shan Fei Hu (Musang Terbang Dari Gunung Ais)
6. Fei Hu Wai Chuan (Cerita-Cerita Lain Berkenaan Musang Terbang)
7. Yi Tian Tu Long Ji (Cerita Pengejar Syurga & Pembunuh Naga)
8. Xiao Ao Jiang Hu (Lagenda Pendekar Yang Tertawa Sombong)

Nasib menyebelahi saya. Selepas 'terpisah' daripada karya Jin Yong selepas tamat darjah 6, saya ditemukan kembali dengan siri buku-buku Jin Yong semasa di tingkatan lima. Ayah saya yang selalu pening-pening kepala selepas seharian bekerja di klinik (beliau merupakan seorang doktor) membaca komik kepahlawanan yang diterjemahkan untuk melepaskan stres.

Sekian,
Mastura.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, May 17, 2009

Agensi-agensi di bawah Kementerian Pelajaran Belum Ditetapkan Siapa Menjaganya

Malam tadi saya dan Prof. Abdullah Hassan menghadiri majlis persandingan puteri Dato' Dr. Hassan Ahmad di Dewan Merak Kayangan di Kuala Lumpur. Banyak VIP politik dari Johor hadir, termasuklah YAB TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kami didudukkan di meja nombor 5. VIP di meja kami adalah YB Dato' Dr. Puad Zarkasyi, Timbalan Menteri Pelajaran.

Dalam perbualan, beliau memberitahu bahawa beliau ingin supaya Dewan Bahasa (DBP) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) diletakkan di bawah jagaan beliau.

Hmm.... Rupa-rupanya Tan Sri Muhyiddin sampai hari ini belum membahagi-bahagikan tugas antara dua orang timbalan beliau. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 7 Jun 2009 di Pesta Buku ReadMalaysia di MINES KL

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Mentee Saya yang Sangat Eksperimental

Semalam saya menjalankan bengkel Tatabahasa Melayu Tinggi (BMT).

Salah seorang peserta telah menjalankan suatu ujikaji simpel dalam situasi real-life tentang kesan penggunaan BMT.

Beliau bercakap menggunakan BMT kepada seorang penjual keropok lekor.

Baca di sini apa yang berlaku dalam ujikaji tersebut.  

Foto disalin dari FaceBook beliau. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 16, 2009

Tip Survival Penerbit: Pilih Lead-Writer

Product-line syarikat F&N adalah pelbagai minuman bergas. Lead-productnya adalah "Coca-Cola".

Lead-product atau produk utama berfungsi menjadi duta syarikat, oleh itu ia diberi peruntukan lebih bagi mempromosinya. Fungsi lead-product adalah menghimbau orang supaya datang dan membeli dirinya dan juga produk-produk lain yang ditawarkan.

Penerbit buku mempunyai 2 jenis produk. Pertama adalah penulis-penulisnya, dan kedua adalah buku-buku yang diterbitkannya.

Penerbit yang sederhana besar seperti PTS mempunyai lebih 300 penulis dan lebih 1000 judul yang sudah diterbitkan.

Sebagai strategi pemasaran, penerbit buku boleh meniru strategi pemasaran yang diamalkan oleh syarikat gergasi seperti F&N, yakni menggunakan strategi lead-product.

Bagi setiap kategori buku yang diterbitkan, pilih seorang penulis duta. Fungsi penulis duta adalah:

(i) Pertama, menaikkan brand syarikat penerbit, yakni ke mana-mana duta itu pergi, namanya dan nama penerbitnya sentiasa bergandingan.

(ii) Kedua, menaikkan jualan semua produk yang diterbitkan oleh syarikat penerbitnya. 

Sebagai contoh, bagi produk-produk sastera remaja terbitan anak-anak syarikat PTS, maka PTS memilih AinMaisarah sebagai duta.

PTS mempromosi AinMaisarah supaya beliau mempunyai sebanyak-banyak peminat.

Apabila peminat AinMaisarah pergi ke kedai buku bagi mencari buku-bukunya, maka mereka akan terpandang barisan buku-buku pengarang lain dan akhirnya tertarik lalu membeli juga buku-buku lain itu.

Nama baik AinMaisarah diharap dapat menaikkan nama baik semua buku-buku PTS dalam kategori sastera remaja.

Penulis yang sesuai dipilih menjadi duta perlu memenuhi beberapa kriteria WAJIB dan kriteria BONUS:

(i) Penulis mempunyai latar belakang akademik, profesion, wajah, penampilan dan personaliti yang menarik supaya menjadi daya tarikan dan sumber inspirasi kepada peminat-peminatnya. 

(ii) Penulis mempunyai karya-karya yang berpotensi evergreen dan dapat dijual melebihi 50 ribu naskhah setiap satu. 

(iii) Penulis sanggup terlibat aktif dalam pelbagai aktiviti promosi yang dirancangkan oleh penerbit.

(iv) Penulis sanggup menjadi 'harta awam' di mana beberapa aspek kehidupan peribadinya mungkin menjadi pengetahuan umum. 

(v) Penulis sanggup sentiasa kelihatan 'cantik-dan-baik' apabila berada di luar rumah, meskipun apabila pergi ke supermarket, sebab pada bila-bila masa sahaja, di mana-mana sahaja, akan ada peminatnya yang minta bergambar bersama -- berkat teknologi kamera hanfon. 

(vi) Penulis aktif mengambil pelbagai inisiatif sendiri mempromosi nama baiknya supaya menjadi brand, dan mempromosi buku-bukunya.

(vii) Penulis mempunyai blog dan menubuhkan kelab peminatnya sendiri.

(viii) Penulis tahu melakukan 'viral marketing' dalam internet dengan mengeksploitasi pelbagai media komunikasi komuniti, seperti FaceBook, MySpace, Friendster, Twitter dan yang seperti itu. 

(ix) Penulis pandai menjalin hubungan baik dengan wartawan dan orang media.

(x) Penulis fasih bercakap di depan khalayak menggunakan bahasa yang halus, betul sebutan dan tatabahasanya. 

Semakin banyak kriteria di atas yang ada pada seseorang penulis itu, maka makin sesuai beliau dipilih menjadi lead-product penerbit. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Foto-foto Penanti

Lebih banyak foto di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 3 pages  1 2 3 >