Saturday, May 02, 2009

AHAD 17 Mei 2009

Bengkel Gaya Bahasa dalam Teknik Surah Yusuf

Tarikh: AHAD 17 Mei 2009

Waktu:  10.00 pagi - 5.00 petang

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur (klik butang peta) 

Yuran: Gratis

Saya akan mengadakan bengkel advance-level tentang Teori dan Teknik Surah Yusuf. Bengkel ini khusus menerangkan gaya bahasa dalam surah Yusuf.

Semua yang berminat menulis karya kreatif untuk terbitan PTS wajib hadir, baik buku cerita kanak-kanak mahupun novel dewasa. 

Semua penulis yang sudah mempunyai buku dengan PTS, tetapi belum menguasai gaya bahasa Surah Yusuf wajib hadir.

Semua editor free-lance PTS wajib hadir. Semua yang berminat menjadi editor PTS wajib hadir.

Mendaftar di sini. Tulis nama, nombor HP dan alamat emel. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(30) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 01, 2009

Ada-ada Sahaja

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sidang Media: Kenyataan Bersama Semua Sasterawan Negara tentang PPSMI

Pada hari SELASA 5 Mei 2009, jam 10.00 pagi, bertempat di Rumah PENA, Sasterawan Negara Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh dan Dato' A. Samad Said akan mengadakan sidang media.

Dalam sidang itu nanti mereka berdua akan mewakili semua Sasterawan Negara menyatakan pendirian mereka berkenaan PPSMI.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Terbaru dari JAKIM Sedang Dibuat: Panduan Konsep 1 Malaysia

Bernama melaporkan:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengeluarkan garis panduan mengenai konsep Satu Malaysia sebagai panduan kepimpinan negara, bagi mengelak salah tafsiran dan tanggapan negatif masyarakat mengenainya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Jamil Khir Baharom berkata, kepimpinan negara memerlukan garis panduan khusus mengenai konsep itu supaya apa yang diucapkan dapat difahami rakyat.

Katanya, sehingga kini rakyat belum dapat memahami konsep tersebut secara mendalam kerana matlamat dan gagasan Satu Malaysia sering diputar belit pihak tertentu untuk kepentingan sendiri. "Sebelum konsep ini dipolemikkan dengan lebih parah oleh pihak berkepentingan, kita perlu menyediakan panduan supaya gagasan ini dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci supaya ia berupaya membangunkan agama, bangsa dan negara," katanya selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat mengenai Konsep Satu Malaysia di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Hari Pekerja: Rakyat Malaysia Membayar Gaji Pekerja di Amerika, UK dan Australia

Hari ini adalah Hari Pekerja.

Dalam industri perbukuan, setiap tahun ratusan juta ringgit wang rakyat negara ini mengalir keluar bagi membayar harga buku-buku yang diimport. Buku-buku itu dicetak di luar negara, bermakna gaji pekerja di kilang-kilang percetakan di luar negara itu dibayar oleh pembeli buku-buku yang kita import.

Undang-undang import buku yang kita gunakan sekarang adalah undang-undang yang dibuat oleh penjajah Inggeris dahulu bagi membolehkan buku-buku yang dicetak di England dibawa masuk ke negara ini. Buku-buku itu pula tidak dicukai. Semua buku teks sekolah aliran Inggeris waktu itu adalah diterbitkan dan dicetak di England. Begitulah salah satu cara penjajah Inggeris merompak kekayaan kita bagi mengkayakan mereka sendiri.

Sehingga hari ini undang-undang yang digubal oleh pejajah Inggeris itu masih kekal seperti sedia kala.

Di negara-negara maju, undang-undang import buku adalah sangat ketat. Buku-buku yang dicetak di negara lain tidak dibenarkan dibawa masuk sesuka hati. Buku-buku itu dikenakan cukai yang tinggi. Bagi mengelakkan cukai tinggi, buku-buku mesti dicetak semula di negara pengimport.

Pada peringkat antarabangsa, undang-undang import buku serupa dengan undang-undang import kereta. Kereta siap-pasang yang diimport dikenakan cukai tinggi. Bagi mengelakkan cukai tinggi itu mereka terpaksa memasang kereta itu dalam negara pengimport. Dasar ini adalah bagi menjaga kepentingan ekonomi negara pengimport kereta itu.

Tetapi di negara kita ini, tidak. Buku-buku cetakan luar negara boleh diimport sebanyak-banyaknya dan sebebas-bebasnya, malah tidak dicukai walau sesen pun. Ini bukan hanya menyebabkan wang rakyat banyak mengalir keluar, ia juga menyebabkan kerugian yang sangat besar kepada industri percetakan dalam negara.

Pada prinsipnya, kita tidak boleh menyekat rakyat kita membaca buku yang diterbitkan di luar negara, sebagaimana kita tidak boleh menyekat rakyat kita membeli dan memandu kereta yang dipasang di luar negara.

Pada waktu yang sama kita mestilah menggalakkan pertumbuhan ekonomi sektor kereta kita sendiri, bukan membantu perkembangan sektor kereta negara lain, dengan membayar gaji pekerja kilang-kilang pemasangan kereta mereka, sedangkan aktiviti itu sudah mampu dilakukan oleh pekerja tempatan.

Undang-undang Malaysia mengizinkan buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit UK, USA dan Australia, dan dicetak oleh kilang-kilang cetak di sana, dibawa masuk ke negara ini sebebas-bebasnya. Tetapi buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit Malaysia dan dicetak di Malaysia tidak dibenarkan diimport ke negara itu sebebas-bebasnya, melainkan jika buku-buku itu sebenarnya diterbitkan oleh penerbit di UK, USA dan Autralia, dan hanya dicetak di sini sahaja. 

Kerajaan mestilah menyemak semula undang-undang import buku supaya ia selaras dengan amalan peringkat antarabangsa di seluruh dunia. 

Kita mestilah menggalakkan undang-undang jual-beli perlesenan dan hakcipta buku. Inilah trend perdagangan harta intelek era sekarang. Undang-undang import buku yang masih kita gunakan sejarang adalah undang-undang yang lapuk, ketinggalan zaman, dan menguntungkan industri percetakan luar negara.

India dan Indonesia adalah contoh 2 buah negara yang sejak selepas merdeka mereka mengenakan undang-undang import buku yang ketat bagi melindungi dan membangunkan industri percetakan dalam negara masing-masing. Terbukti pada hari ini, 2 buah negara itu berjaya meningkatkan kualiti buku-buku yang mereka cetak ke taraf yang serupa dengan negara-negara maju.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Kempen Pendidikan Sedunia 2009

Di dalam blog beliau, Prof. Emeritus Abdullah Hassan menulis:

"Majoriti yang tidak dapat membaca ini adalah kebanyakannya dari negara-negara Afrika yang mempercayai mereka dapat memandaikan warga mereka melalui bahasa Inggeris.

Sudah berabad lamanya, hasrat menggunakan bahasa negara maju bagi memandaikan warga di negara membangun tidak tercapai.

Inilah dasar yang kita mahu contohi!

Dalam pada itu, negara-negara China, Iran, Turki, Korea, Jepun, dan Taiwan terus maju dalam pendidikan dan ekonominya ke depan dengan menggunakan bahasa sendiri.

Dan jangan lupa, negara-negara seperti Amerika Syarikat, Inggeris, Jerman, Perancis, IItali, Rusia, Belanda, Belgium, Luxemburg, Spanyol, Portugis, Denmark, Finland, Sweden, Norway, Lituania dll. adalah semuanya membangun melalui bahasa sendiri."

Baca lagi di sini. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 17 Mei: RTM 10 pagi Tn. Sunthara Segar

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Siapakah Mereka

Tiga orang lelaki Cina yang dalam foto di atas menimbulkan tanda tanya apa tujuan mereka datang ke pesta buku amnya, dan ke booth PTS khususnya.

Lelaki Cina yang berbaju petak-petak itu pula banyak mengambil foto di booth PTS.

Mereka mungkin datang dengan tujuan membuat tinjauan potensi industri buku Melayu.

Orang Cina memang sudah lama menyedari bahawa daya beli orang Melayu semakin hari semakin meningkat. Ini adalah peluang bisnes bagi mereka, iaitu dengan mengenal pasti produk-produk yang diperlukan oleh orang Melayu.

Industri buku Melayu sedang berkembang dengan menggebu-gebu. Mungkinkah mereka sedang melakukan tinjuan terhadap buku-buku yang banyak permintaannya.... 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 3 pages  <  1 2 3