Tuesday, June 30, 2009

Buku Buat Duit Terbaru PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Pengurusan Terbaru PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Bagus tetapi Tidak Laku Keras

Buku-buku ini adalah buku-buku pengurusan, tetapi di sebuah outlet MPH, buku ini dipamerkan di rak buku-buku motivasi.

Kandungan 2 buah buku ini amat berguna bagi mereka yang mahu meningkatkan produktiviti, menjalin hubungan sekerja yang baik di tempat kerja, dan mahu cepat naik pangkat.

Pengarang buku-buku ini banyak merujuk kepada tip-tip yang ditulis oleh pakar-pakar bidang organizational behavior.

Namun jualan kedua-dua buku ini slowww....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(18) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 29, 2009

Tip Survival Penerbit: Memilih Saiz Buku

Banyak faktor memainkan peranan menentukan kejayaan buku dalam pasaran kedai buku. Saiz buku adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan sesuatu buku itu laku dijual di dalam kedai-kedai buku ataupun sebaliknya.

Katakanlah, kita merancang mahu menerbitkan novel, tetapi bukan novel cinta seperti persisnya novel-novel Alaf21. Katakanlah, novel yang akan diterbitkan itu adalah novel sastera berat.

Jika kita mahu menggunakan saiz yang serupa dengan saiz novel-novel Alaf21, novel itu akan dipamerkan oleh pekedai di rak yang sama dengan rak novel-novel cinta Alaf21.

Apabila novel kita itu duduk sebaris dengan novel-novel cinta Alaf21, hal itu mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri. Kelebihan yang paling jelas adalah, novel itu diletakkan di tempat yang strategik. Pembeli novel-novel Alaf21 akan ternampak novel itu, harap-harap mereka akan membelinya.

Kelemahan duduk sebaris dengan novel-novel Alaf21 adalah bakal pembeli mempunyai persepsi novel kita itu serupa sahaja isinya dengan novel cinta Alaf21. Pembeli buku yang tidak suka pada novel Alaf21 tidak akan ke rak itu. Maka mereka takkan terjumpa buku kita.

Lazimnya purata pembeli novel cinta membeli antara 1 ataupun 2 judul sahaja sebulan. Tetapi pada hari ini jumlah novel cinta yang diterima oleh kedai-kedai adalah 25 judul setiap bulan. Akibatnya, rak-rak novel cinta sudah sempit.

Apabila berdepan dengan pilhan yang terlalu banyak, manusia malas hendak menyemak setiap pilihan sebelum membuat keputusan. Lalu secara heuristik, mereka berpatah balik kepada pengalaman lalu, yakni memilih nama-nama pengarang yang mereka sudah selesa, kerana mereka tidak mahu mengambil risiko terbeli novel tidak bermutu. Jalan paling selamat adalah memilih nama-nama yang sudah terkenal.

Jadi, lebih baik kita tidak menggunakan saiz yang serupa dengan novel-novel cinta Alaf21, ya tidak ya, novel kita bukan sebarang novel cinta, tetapi novel sastera berat. TETAPI, jika kita menggunakan saiz yang lebih besar, sebagaimana saiz novel-novel DBP, novel kita itu akan diletakkan di rak lain sebab novel itu tidak muat  jika hendak diletakkan di rak novel Alaf21. Akibatnya, novel kita duduk tersorok dan terselit di antara buku-buku agama, buku motivasi, keibu-bapaan, bisnes, politik dan lain-lain lagi.

Salah satu tingkah laku pembeli novel cinta adalah mereka itu tidak pergi melihat-lihat buku yang dipamerkan di rak-rak selain rak novel cinta sahaja. Mereka tidak pergi ke rak kategori lain. Jadi mereka tidak akan ternampak novel kita itu.

Penerbit pula tidak dapat mencadangkan kepada kedai supaya menyediakan rak khas untuk novel-novel sastera berat. Di rak mana tuan kedai mahu mempamerkan sesebuah buku, itu adalah hak tuan punya kedai. Banyak faktor diambil kira oleh kedai sebelum dia mahu membuka rak khas untuk sesuatu kategori buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sherlock Holmes Terbaru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 28, 2009

Tip Survival Penerbit Buku: Panduan Memilih Pelanggan

Tuan Zain Aziz adalah Timbalan Pengurus Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS (lebih kerap disebut sebagai Jabatan Sales). Tanggungjawab utama beliau saat ini adalah meningkatkan kecekapan operasi di Jabatan Sales.

Tuan Zain Aziz menasihati penerbit kecil supaya tidak menyerahkan stok buku kepada individu secara kredit tanpa cagaran kerana apabila buku sudah diserahkan kepada individu, amatlah sukar hendak menagih hutang daripada mereka. Majoriti penerbit kecil yang gulung tikar adalah disebabkan mereka gagal mengutip hutang daripada individu.

Pelanggan jabatan sales adalah:

(i) Kedai-kedai buku yang mempunyai akaun dengan PTS.

Kedai-kedai buku dalam kategori ini adalah terdiri daripada rangkaian kedai buku elit (seperti MPH, POPULAR, Kinokuniya, Muda Osman, dll), dan kedai-kedai indie yang jumlah jualannya besar (seperti Badan Cemerlang, Harfa, Munirah dll).

(ii) Syarikat pengedar buku yang mengedarkan buku-buku kepada kedai-kedai kecil.

PTS tidak mengedarkan buku terus kepada kedai-kedai buku kecil yang bertaburan di seluruh negara. Justeru kedai-kedai kecil itu mendapatkan buku-buku PTS daripada pengedar buku (seperti Erfan, Fajar, Al-Hidayah dll.)

(iii) Kontraktor buku yang membekalkan buku kepada jabatan agensi-agensi kerajaan melalui sistem tender.

Dasar perniagaan PTS adalah tidak masuk tender kerajaan, sebaliknya PTS menjual buku-bukunya kepada kontraktor buku yang masuk tender. Semua kontraktor yang menang tender menerima diskaun 35% dari PTS. 

(iv) Pelanggan individu yang datang membuat pembelian besar secara bayaran tunai di depot PTS.

Individu yang datang membeli tunai dari PTS adalah terdiri daripada banyak kumpulan. Ada guru-guru sekolah yang membeli untuk perpustakaan sekolah. Ada wakil syarikat jurulatih yang menjual buku-buku PTS kepada peserta bengkel. Ada pemilik kedai buku online. Ada 'runners' iaitu individu yang menjual buku dari sekolah-ke-sekolah. Ada wakil NGO yang aktif mendirikan perpustakaan untuk rumah anak-anak yatim, dan lain-lain. Mereka diberi diskaun sama banyak dengan pengedar PTS, iaitu 35%.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

‘Sastera Jantan PTS’ bagi Membangunkan Ethos dalam Dada Para Remaja Lelaki

Banyak wang remaja lelaki dibelanjakan bagi membeli komik, sangat kurang bagi membeli buku fiksyen.

Di satu pihak lain, remaja perempuan menjadi pembeli utama fiksyen, sehinggakan dalam keadaan hari ini, jika tidak ada remaja perempuan, sektor fiksyen Melayu pasti ranap.

Sastera memainkan peranan penting dalam menyematkan dan memupuk nilai-nilai ethos ke dalam dada sesuatu bangsa. Justeru remaja lelaki perlu didorong supaya suka membaca sastera. 

Ethos melahirkan 'bangsa' dan 'keberbangsaan'. Tanpa ethos, yang wujud adalah 'orang', bukan bangsa. Perbezaan antara 'orang Melayu' dan 'bangsa Melayu' adalah pada ethos Melayunya.

Menurut Anton Chekov, peranan membangun ethos pada sesuatu kaum itu dimainkan oleh genre sastera rakyat dan lagendanya. 

Kita percaya ada cara di mana kita dapat mendorong remaja lelaki membeli buku, selain membeli komik. Pasaran remaja lelaki adalah satu lagi Laut Biru dalam industri buku Melayu.

PTS FORTUNA ditubuhkan khusus bagi menerokai Laut Biru ini dengan memfokuskan pada penerbitan 'Sastera Jantan'.

Pada masa ini, setiap bulan PTS FORTUNA menerbitkan 2 judul sastera jantan. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Semakin Banyak Penerbit Malaysia Menerbitkan Novel Cinta Indonesia

Akhir-akhir ini, jumlah novel Indonesia yang diterbitkan semula di Kuala Lumpur semakin meningkat, walaupun belum terlalu banyak. Ia banyak dilakukan oleh penerbit yang baru muncul.

Trend penerbitan novel Indonesia di Malaysia ini banyak manfaatnya. Namun trend peningkatan jumlah judul Indonesia ini juga cenderung berfokus pada kategori novel cinta popular, manakala peningkatan judul bagi kategori lain tidak menunjukkan trend yang serupa.

PTS sendiri menerbitkan novel-novel Indonesia yang berciri Islami. Dalam strategi bisnes PTS, pasaran novel cinta Islami adalah Laut Biru yang sedang diterokai dengan tekun. Setiap bulan PTS menernitkan 2 judul novel cinta Islami.

Matlamat PTS adalah menjadikan brand PTS sebagai penerbit novel cinta Islami yang paling aktif dan komited mengembangkan sektor buku-buku syariah-compliant.

Pada waktu yang sama PTS juga menerbitkan kategori-kategori lain yang dilesen dari Indonesia. 

Sememangnya sektor novel cinta adalah sektor yang besar, baik di mana-mana negara sekalipun. Dalam pasaran buku Melayu, sektor novel cinta sudah berkembang rancak, dan semakin rancak, dengan purata antara 25 - 30 judul baru diterbitkan setiap bulan.

Namun kategori-kategori lain perlu dikembangkan supaya masyakarat mendapat bekalan bahan bacaan yang memenuhi keperluan praktikal dan profesional mereka.

Meskipun jualan judul kategori bukan-cinta tidak sekeras novel cinta, tetapi pasaran itu ada dan saiznya cukup bagi membolehkan syarikat berkembang.

Selain judul novel cinta, pilihan judul-judul lain juga sangat banyak di Indonesia. Kita mengajak rakan-rakan penerbit supaya mengalihkan pandangan daripada setakat novel cinta kepada judul-judul lain juga.

Apatah lagi, maklumat pasaran yang dikumpulkan oleh  PTS menunjukkan jualan novel-novel cinta karya penulis tempatan adalah lebih tinggi daripada judul Indonesia versi Malaysia, kecuali bagi nama-nama besar seperti Andrea Hirata, Tuafiq Rahman dan Habiburrahman. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 27, 2009

Strategi RM10 bagi PTS Mengembangkan Sayapnya ke Bandar-bandar Kecil Seluruh Negara

Mulai tahun 2009 ini PTS mula melancarkan strategi pengedaran yang lebih agresif bagi meningkatkan jualan tiap-tiap judul yang diterbitkannya.

Pada masa ini buku-buku PTS dipasarkan melalui rangkaian kedai buku yang besar-besar di bandar-bandar utama sahaja. Buku-buku PTS masih belum dapat dibeli di kedai-kedai buku di bandar-bandar sederhana dan pekan-pekan kecil.

Salah satu faktor yang menyebabkan buku-buku PTS tidak dijual di kedai-kedai buku bandar sederhana seperti Kulim, Mersing, Banting dan Temerloh adalah disebabkan kedai-kedai buku takut dengan harga buku-buku PTS yang mereka anggap mahal bagi penduduk setempat.

Jadi, mulai tahun 2009 ini PTS mula menerbitkan beberapa siri buku-buku harga-patut, yakni di bawah RM10, yang ditargetkan khusus bagi menembusi pasaran bandar-bandar kecil dan sederhana.

Adalah diharapkan pembeli di bandar-bandar itu akan mula membeli buku-buku harga patut PTS itu, dan lama kelamaan akan ketagih membaca buku-buku PTS dan seterusnya sedia membeli buku-buku PTS yang lebih tebal dan lebih tinggi harganya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Setahun Selepas Sinopsis Lulus…......

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada Puan Ainon Mohd. Moga dirahmati Allah serta dimurahkan rezeki buat puan dan semua warga PTS. Saya berdoa agar semua usaha dan cita-cita puan akan termakbul.

Nama saya (dirahsiakan). Pada 29 Mei 2008 saya sudah menghantar sinopsis novel berunsur sains fiksyen dan fantasi kepada pihak PTS. Sinopsis tersebut telah lulus pada 1 Jun 2008. Untuk makluman pihak puan, sehingga kini saya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak puan. Secara umumnya sudah melebihi satu tahun. Saya tidak mengetahui status sinopsis tersebut. Jadi, besarlah harapan saya untuk memohon kembali sinopsis tersebut daripada pihak puan untuk simpanan saya. Bagaimanakah caranya saya boleh mendapatkan kembali sinopsis tersebut? Adakah saya boleh menarik kembali sinopsis tersebut secara automatik kerana ia belum menjadi manuskrip lagi? Di sini saya lampirkan sinopsis tersebut untuk rujukan pihak puan.

Yang benar,
Mohd ZI

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 26, 2009

MPH Midvalley KL Menokok Ruang Buku Melayu 4000%

Ini berita terbaik dari Pengurusan kedai buku elit MPH Midvalley Kuala Lumpur.

Ruang pameran buku-buku bahasa Melayu dalam kedai MPH Midvalley itu dibesarkan daripada 50 kaki persegi kepada 2000 kaki persegi -- 4 ribu kali lipat!

Tambahan ruang sebesar itu sangat sangat besar maknanya kepada perkembangan industri buku Melayu.

Tidak pernah tergambar dalam fikiran kita bahawa MPH, sebuah syarikat yang motonya adalah "The Best English Bookstore' kini amat komited kepada pengarang tempatan dan buku-buku Melayu.

MPH adalah rangkaian kedai buku yang amat elitis. Syarikat itu hanya membuka cawangan di bandar-bandar utama.

Bahawa MPH sanggup melabur pada peluasan ruang pameran bagi buku-buku Melayu membuktikan bahawa pembeli golongan elit kini sudah membeli dan membaca buku-buku Melayu.

Kedai buku MPH Midvalley adalah kedai buku terbesar dari sudut ruangannya, dan sewanya sangat tinggi. Ini bermakna jualan buku-buku Melayu sudah dapat membayar nilai sewa ruang yang diperuntukkan baginya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Berbaloikah Event ‘Author Appearence’?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rangkaian kedai buku MPH adalah kedai buku yang paling aktif mengadakan pelbagai aktiviti dengan pengarang-pengarang tempatan bagi tujuan mempromosi kedai-kedainya. Rangkaian POPULAR juga sudah ikut mengadakan aktiviti serupa itu.

Aktiviti yang paling lazim adalah 'author appearence' dan sesi tandatangan.

Apabila kedai-kedai buku mengadakan aktiviti promosi pengarang dan karyanya, PTS memberi komitmen dengan menghantar pengarang-pengarangnya supaya ikut sama memeriahkan sesi itu.

PTS tidak membayar sebarang elaun kepada penulis yang hadir dalam aktiviti promosi.

Adakah berbaloi bagi PTS dan bagi pengarang yang ikut serta dalam aktiviti promosi dalam kedai-kedai buku itu? Dan banyakkah buku yang terjual hasil daripada aktiviti itu?

Data dari Jabatan Sales PTS menunjukkan jumlah jualan buku pengarang pada majlis-majlis promosi dalam kedai tidak dapat menutup kos yang ditanggung, baik oleh PTS mahupun oleh pengarang. 

Namun, matlamat PTS menampilkan pengarang-pengarangnya dalam majlis-majlis itu bukanlah bagi mendapatkan jualan yang banyak pada majlis itu. Matlamat PTS adalah memberikan kerjasama kepada pengurusan kedai supaya kedai-kedai itu menjadi popular dan pengunjungnya meningkat. Apabila pengunjung meningkat, maka jualan buku-buku PTS akan meningkat.   

NOTA: Foto di atas menunjukkan Puan Ainin Naufal yang terkenal dengan novel remaja siri Melah Melia sedang menerangkan karyanya kepada pengunjung di dalam kedai MPH suatu waktu dahulu. Di sebelah kanan foto adalah Cik Siti Norfadila, Eksekutif Marketing PTS yang bertanggungjawab mengurus events PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 25, 2009

PTS Semakin Agresif di Internet

Inilah wajah karismatik Tn. Nazrul Samsuddin, Pengurus PTS Profesional Sdn. Bhd. yang telah menggalas tanggungjawab membuka Laut Biru pasaran tradebooks bagi buku-buku bisnes, pengurusan dan pendidikan dalam bahasa Melayu.

Beliau memegang ijazah Sarjana Muda (bachelor) dan Sarjana (master) dalam bidang undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).  

Beliau baru sahaja berpindah ke Jabatan Marketing PTS dengan tanggungjawab membangunkan strategi dan program internet-marketing PTS.

Anggota TimIM (IM = internet marketing) adalah Tn. Nazrul (sebagai Chief Strategist) dan 2 orang eksekutif: Tn. Azmi Mamat dan Tn. Sallehuddin. 

Pengurus Jabatan Marketing, Puan Norhazizam akan menumpukan kepakarannya dalam bidang (i) kempen periklanan, (ii) events promosi dan (iii) media konvensional, yakni televisyen, radio, akhbar dan majalah.

Anggota TimMedia adalah Pn. Norhazizam dan 3 orang eksekutif: Tn. Roslan Isa, Cikpuan Siti Norfadiladan Tn. Izwan Ibrahim.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit: Novel Nisah Haron

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel PTS Menang Hadiah Sastera Darul Ta’zim VII 2009

Dengan suka citanya, kami pihak PTS ONE mahu berkongsi berita gembira. Novel kanak-kanak PTS One iaitu Sekolah Kampung karya penulis berpotensi besar Puan Natasha Effyzal telah dipilih memenangi kategori novel kanak-kanak Hadiah Sastera Darul Ta'zim VII 2009.

Tahniah kepada Puan Natasha. Semoga pada masa hadapan, ada lagi buku-buku terbitan PTS One khasnya dan PTS umumnya mendapat pengiktirafan begini.

Mazlia Murat (Pengurus PTS One Sdn. Bhd.)

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Underground PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Sejarah Islam Terbaru PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Rangkaian MPH dan POPULAR Semakin Komited Mempromo Buku Melayu

MPH telah melancarkan program 'MPH Mutiara Minda', iaitu suatu program pemasaran buku Melayu paling besar yang diumumkan setakat ini oleh mana-mana kedai buku. Beberapa komponen utama program ini adalah:

(1) Menaikkan jumlah ruang untuk buku bahasa Melayu di 9 outlet MPH yang terpilih.

(2) Pengikalan konsisten dalam Harian Metro & Berita Harian.

(3) Menerbitkan katalog buku bahasa Melayu

(4) Menganjurkan Pesta Buku Mutiara Minda

Buat masa ini MPH sudah melantik rakan medianya bermula dengan Harian Metro, dan Berita Harian akan menyusul. Sehingga kini, 8 orang penerbit tempatan telah bekerjasama dengan MPH untuk membuat iklan setiap minggu di Harian Metro.

Baca lagi tentang komitmen rangkaian kedai buku elit MPH dan POPULAR mempromosi buku-buku Melayu di blog Tuan Arief Rahmat, Presiden dan CEO PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 24, 2009

Delegasi PTS ke Pesta Buku Jakarta

Besok, Jumaat 26 Jun 2009, adalah hari pertama Pesta Buku Jakarta yang sangat terkenal itu.

PTS menghantar 5 orang pegawainya, sebagaimana biasanya dipimpin oleh Tn. Fauzul Naim, Pengurus Besar Jabatan Editorial PTS, yang juga bertanggungjawab menguruskan pemerluasan perdagangan harta intelek PTS dengan rakan-rakan penerbit Indonesia.

Tiga penerbit terbesar Indonesia adalag PT Gramedia, PT Mizan dan PT Agromedia. Ketiga-tiga penerbit itu adalah juga rakan niaga utama PTS.

Mereka dalam delegasi adalah: Tn. Fauzul Naim, Tn. Muhammad Aizat Abdul Razak (editor kanan PTS Pro), Cikpuan Haryani Kamilan (editor perolehan PTS One), Cikpuan Siti Asyuura (editor pengurusan PTS Islamika), dan Tn. Baharuddin Bekri (editor pengurusan PTS Litera).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Triller Perang Terbaru PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sinopsis: Semuanya bermula tatkala sebuah pesawat pejuang milik tentera Singapura ditembak jatuh di Filipina. Pihak pejuang pemisah yang bermusuh dengan kerajaan Filipina telah dituduh bertanggungjawab. Setelah diselidiki, senjata yang digunakan untuk menjatuhkan pesawat Singapura itu dibangunkan oleh sebuah syarikat milik seorang rakyat Malaysia bernama Arman...

Apa kata tuan Rizal Rosli tentang triler ini:

Saya sudah baca kedua-dua episod: Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks. Kedua-duanya naskah yang sangat memberangsangkan. Sukar hendak berhenti apabila anda mulai membacanya. Sedar-sedar, kedua-duanya saya habiskan dalam masa 3 hari sahaja.

Penuh elemen suspen dan thriller. Terasa seperti benar-benar berlaku kerana bijak menyulam suasana politik Rantau Asia Tenggara dengan begitu baik di samping memaparkan imej Amerika Syarikat sebagai Polis Dunia. Jika benar-benar dihayati anda hampir sahaja membayangkan setiap rentak nadi cerita sebagai sebuah filem espionaj dan militer.

Saya juga terkesan keran Tuan Khairul, yakni penulisnya, bijak memaparkan aset-aset militer dengan baik. Satu bukti bahawa penulis melakukan kajian dengan mendalam.

Paparan watak yang bukan sahaja pelbagai rupa dan tingkahlaku, malah diversiti kaum yang ditonjolkan sangat-sangat menarik hati.

Usaha yang perlu dipuji yang kena dengan tema 1 Malaysia.

Syabas!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Akaun Hutang Kawan-kawan Seperjuangan

Jaga hutang. Jaga hutang. Jaga hutang.

Banyak penerbit kecil gulung tikar disebabkan mereka tidak mengamalkan disiplin kawalan kredit yang ketat, khususnya mereka tidak prudent apabila memberi kemudahan kredit kepada kawan-kawan dan saudara-mara sendiri yang datang mengambil stok buku.

Dalam bisnes, jangan beri layanan istimewa kepada sesiapa sahaja yang menjadi agen. Namun nasihat ini lebih mudah diucapkan daripada diamalkan.

Seorang petugas di sebuah penerbit baru muncul memberitahu saya bagaimana beliau baru menerbitkan sebuah buku seorang penceramah agama yang sangat terkenal di negara ini dan buku itu sudah terjual lebih 40 ribu naskhah dalam tempoh 3 bulan sahaja.

Saya bertanyakan kepada beliau bagaimana beliau berjaya menjual buku itu dengan begitu hebatnya sebab saya tidak nampak buku itu di kedai-kedai buku utama di Kuala Lumpur.

Beliau memberitahu bahawa buku itu belum dipasarkan melalui kedai-kedai buku, sebaliknya hanya diedarkan di kalangan peniaga-peniaga buku bergerak yang menjual buku di mana-mana penceramah agama itu menyampaikan ceramahnya serta di mana-mana ada majlis ceramah politik.

Sudah bukan rahsia lagi bahawa disiplin membayar hutang di kalangan peniaga buku bergerak adalah sangat lemah. Mereka terkenal tidak membayar hutang kepada penerbit dengan deligent -- dengan lain perkataan mereka 'culas' membayar hutang.

Penjual buku bergerak tidak mempunyai sistem pengurusan wang yang ketat. Semua perkara main ingat-ingat sahaja. Mereka juga tidak mengasingkan duit peribadi dan duit bisnes.

Walaupun penjual buku bergerak itu mungkin saudara-mara sendiri, kawan-kawan, mahupun rakan seperjuangan, jangan main percaya dengan penjual buku bergerak. Nanti buku kita habis laku tetapi duit dalam bank kita kosong. Cara kerja beginilah yang menjadi punca utama cash-flow syarikat kita tercekik lalu bisnes kita gulung tikar.

Ikut cara bagaimana penerbit Mamak berniaga dengan penjual-penjual buku bergerak. Semuanya main beli tunai. Tidak ada duit, tidak ada buku! 

Penerbit Mamak memang memberikan diskaun tinggi kepada penjual buku bergerak, ada kalanya sampai setinggi 55%, tetapi semuanya main bayar tunai. Walaupun margin mereka kecil, tetapi tidak ada hutang lapuk.

Bagi penjual buku bergerak pula, walaupun mereka dipaksa membeli tunai, tetapi diskaun yang diberikan oleh penerbit Mamak amat menguntungkan. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Target PTS bagi Tahun 2010: 35 Judul Baru Setiap Bulan

Presiden dan Ketua Eksekutif PTS, Tuan Arief Rahmat, memberitahu UNIKAPTS bahawa PTS akan menerbitkan 35 judul baru setiap bulan mulai tahun 2010.

Bagi membolehkan target itu dilaksanakan secara konsisten setiap bulan, PTS sedang menjalankan langkah-langkah berikut:

(i) Mengambil editor-editor baru bagi semua anak syarikat PTS.

(ii) Menjalankan bengkel-bengkel latihan penulisan dan penterjemahan bagi meningkatkan jumlah dan kualiti penghasilan manuskrip daripada pengarang sedia ada dan pengarang-pengarang baru.  

(iii) Merancang siri-siri baru yang belum ada dalam pasaran buku Melayu.

(iv) Mengenalpasti Laut-laut Biru baru bagi buku Melayu. 

(v) Membeli satu pintu lagi bangunan bagi menambah ruang setor. 

Target PTS adalah dalam tempoh 8 tahun lagi, PTS dapat menerbitkan 1,000 judul setahun. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 23, 2009

Pro-dan-Kon Masuk Pertandingan Menulis Novel

Saya ditanya oleh seorang penulis PTS, apakah bagus jikalau beliau masuk pertandingan menulis novel yang dianjurkan oleh syarikat ataupun organisasi kerajaan.

Masuk pertandingan ada bagus dan ada tidak bagusnya. Yang tentu bagus adalah sekiranya hadiah pertandingan itu besar. Ini sangat berbaloi, sebab jumlah hadiah itu mungkin jauh lebih banyak daripada royalti yang diterima jikalau tidak masuk pertandingan. Lebih bagus lagi apabila hadiah dapat, royalti pun dapat.

Namun, memenangi pertandingan tidak menjamin banyak hal. Novel yang menang tidak dijamin laku lebih keras daripada novel-novel yang tidak masuk pertandingan.

Beberapa perkara perlu difikirkan sebelum memasuki sesuatu pertandingan:

(i) Pastikan syarat pertandingan itu tidak mewajibkan pengarang menyerahkan hakcipta kepada penganjur pertandingan. Jika itu menjadi syarat maka ia sangat merugikan pengarang.

(ii) Pastikan penganjur tidak mewajibkan pengarang menyerahkan hak penerbitan kepada penganjur lebih daripada 3 tahun. Jika tidak, hal ini pun sangat merugikan pengarang.

(iii) Pastikan pengarang tidak dipaksa menyerahkan semua hakcipta subsidiari kepada penganjur. Jika tidak, hal ini pun sangat merugikan pengarang.

Pihak yang menganjurkan pertandingan mungkin cuma mempunyai dana bagi menjalankan pertandingan, tetapi tidak mempunyai kekuatan pemasaran, akibatnya novel yang menang tidak dapat dipasarkan dengan agresif.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 22, 2009

Mengapa Ibu Bapa Cina Membeli Sastera Remaja PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ibu bapa Cina membeli buku-buku sastera remaja PTS disebabkan mutu Bahasa Melayu Tinggi yang digunakan dalam buku-buku PTS adalah memenuhi keperluan anak-anak mereka yang sedang bersekolah.

Buku-buku PTS tidak menggunakan Bahasa Melayu harian. Manakala sistem ejaan dan tatabahasanya mematuhi ejaan dan tatabahasa DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka). Justeru buku-buku PTS berfungsi sebagai alat bantu belajar Bahasa Melayu.

Subjek Bahasa Melayu adalah subjek wajib-lulus. Ibu bapa Cina tahu bahawa dengan membaca banyak buku-buku PTS anak-anak mereka dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu mereka. 

Foto di atas diambil semasa Pesta Buku ReadMalaysia di The Mines Covention Centre baru lalu.

Sembilan puluh sembilan peratus (99%) mereka yang datang ke pesta ReadMalaysia adalah kaum Cina, manakala 80% buku yang dipamerkan adalah buku-buku Cina.

Syarikat kedai buku MPH yang mempamerkan buku-buku Inggeris mula ikut serta tahun lalu (2008) dan ia rugi teruk, di mana jumlah jualan tidak dapat membayar kadar sewa booth. Pada tahun ini jualan MPH naik mendadak dan ia untung besar. 

Bagi buku-buku Melayu, mengikut wakil penganjur, jumlah jualan di booth PTS adalah yang 'terbaik' (hanya RM62 ribu berbanding lebih setengah juta ringgit pada PABKL) dibandingkan dengan booth-booth penerbit buku Melayu lain. 

Kita percaya jualan akan naik mendadak pada tahun hadapan, sebagaimana yang dialami oleh MPH. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Kucing-kucing Yang Dikasihi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebahagian daripada 60 ekor kucing melata yang saya kutip dan jaga.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(15) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Jawatan Kosong

PTS Mencari pejuang-pejuang buku Melayu bagi mengisi jawatan di bawah:
1. Editor Kanak-kanak
2. Editor Perolehan Pendidikan
3. Artis Grafik
4. Eksekutif Kawalan Kredit
5. Kerani Kanan Jualan
6. Kerani Jualan

http://pts.com.my/index.php/karier/

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Menulis adalah Bakat

Menulis adalah sejenis bakat, yakni Bakat Linguistik, istilah awamnya 'bakat bahasa'. Bakat linguitik adalah seperti bakat-bakat lain: Matematik, mekanik, bermain alat muzik, menyanyi, melukis, berlakon, memasak, dan bermacam-macam lagi.

Bakat linguistik terdiri daripada pelbagai kategori.

Ada orang mempunyai bakat belajar bahasa-bahasa lain, oleh itu mereka cepat pandai belajar bahasa, dan pandai bercakap dalam beberapa bahasa. Bukan semua orang mempunyai bakat belajar bahasa asing. Itulah sebabnya sangat zalim memaksa semua orang belajar bahasa asing sebagai syarat jikalau hendak belajar matematik dan sains.

Bakat lingusitik terdiri daripada pelbagai sub-kategori.

Orang yang pandai belajar bahasa asing belum tentu pandai mengarang. 

Ada orang yang pandai berceramah tetapi tidak pandai mengarang.

Ada orang pandai mengarang novel tetapi tidak pandai mengarang rencana. 

Ada orang pandai mengarang skrip drama tetapi tidak pandai mengarang puisi.

Dalam sub-kategori bakat menulis fiksyen, hal serupa begitu juga. Ada orang pandai menulis novel berat tetapi tidak pandai menulis novel cinta.

Seorang yang mempunyai bakat menulis novel cinta yang luar biasa adalah Barbara Cartland. Menurut Ensiklopedia Britannica, pada tahun 2000, novel-novelnya terjual lebih 1 bilion naskhah dalam 35 bahasa.

Pada tahun-tahun 1970-an, purata beliau menulis 23 novel setahun. Beliau sangat banyak berjalan sambil membuat kajian sejarah bagi setting cerita-ceritanya. Boleh dikatakan semua watak utama dalam novel-novel cintanya adalah dara jelita yang suci serta pemuda yang tampan. 

Banyak orang tidak perasan bahawa mereka mempunyai bakat linguistik, khususnya bakat mengarang. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 21, 2009

Wajah Pengarah Kreatif PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Inilah Pengurus Jabatan Kreatif PTS, Tuan Hisham Salmin. Beliau menggalas tanggungjawab menjaga dan meningkatkan kualiti pakejing buku-buku PTS.

Selain seorang pelukis, beliau juga seorang fotografer, big-bike-rider, dan pemain gitar yang baik. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tempoh Proses Menghantar Buku dari Setor PTS ke Kedai-kedai Buku

Banyak peminat buku-buku PTS merungut. Puncanya, mereka membuka web PTS ataupun UNIKAPTS dan melihat cover buku terbaru diiklankan sebagai "Sudah Terbit". Mereka pun ke kedai buku bagi membeli buku itu, tetapi diberitahu oleh petugas kedai bahawa buku itu belum diterima dari PTS.

UNIKAPTS bertanya kepada Tuan Zain Aziz, Timbalan Pengurus Jabatan Sales PTS berkenaan perkara itu bagi mendapatkan penjelasan.

Beliau memberitahu bahawa web PTS mempamerkan cover buku sebagai "Sudah Terbit" apabila buku itu sudah dihantar oleh pencetak ke setor PTS. Tempoh buku itu sampai ke kedai buku adalah minimum 14 hari kemudian. 

Berikut adalah anggaran tempoh penghantaran buku ke kedai buku. 

FASA 1: Tempoh daripada hari PO (puchase order) diterima dari kedai buku sehingga buku-buku siap dimasukkan ke dalam kotak = antara 1 hari hingga 3 hari.

FASA 2: Tempoh daripada hari kotak-kotak buku dihantar ke syarikat lori transport sehingga hari kotak tiba di kedai buku = antara 3 hari hingga 4 hari.

FASA 3: Tempoh daripada hari kotak buku diterima sehingga buku diletakkan di rak buku dalam kedai = boleh sampai 7 hari.

Nota: FASA 3 itu panjang, sampai 7 hari, sebab sebelum buku diletakkan di rak buku, kedai-kedai besar seperti MPH dan POPULAR mesti menaip dan mencetak stiker harga dulu, kemudian menampalkan stiker harga itu pada tiap-tiap buku menggunakan tangan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 20, 2009

Itik untuk Rumah Anak Yatim Tsunami di Aceh

Bayangkan bagaimana 1000 ekor itik boleh membela 60 orang anak yatim. Ini idea yang sungguh mudah tetapi luar biasa.

Baru-baru ini, saya berkesempatan melawat Banda Aceh sebahagian daripada tugasan untuk meninjau potensi pembiayaan dana projek pembangunan semula Aceh selepas 5 tahun dilanda bencana Tsunami.

Kami sempat melawat sebuah asrama anak yatim di pinggir kota Banda Aceh dan bertemu dengan pengurus asrama berkenaan yang bernama Ustaz Sarwo Edhie (mengingatkan saya kepada seorang tokoh besar militer Indonesia).

"Kami tidak mahu diberi dana untuk biaya anak-anak yatim ini," tegasnya.

"Selama mana kami harus mengharap belas ihsan orang lain. Kami harus berdikari, pak. Berikan kami biaya untuk membeli 1000 ekor bebek (itik) telur," ujarnya.

Melihat kami terpinga-pinga, beliau menjawab persoalan di hati kami.

"Begini, pak. Dengan 1000 ekor itik yang boleh bertelur,kami boleh menjual telurnya ke pasar. Harga telur itik mahal di Aceh. Kami sudah membuat kira-kira dengan 1000 ekor itik, kami bisa membiayai sara hidup 60 orang anak-anak yatim Aceh!"

"Bagaimana dengan kos makanannya kelak?" kami bertanya lanjut.

"Oh, mudah sahaja, pak. Itik-itik ini suka makan keong (siput babi). Petani-petani di sekitar tempat ini tentu suka sekali kalau siput-siput babi yang selama ini merosakkan tanaman mereka berjaya dihapuskan dengan adanya itik-itik ini," beliau memberikan jawapan.

Tanpa menunggu kami untuk terus menyoalnya, dia menerangkan, "Lagipun, membela itik ini mudah. Tidak perlu ruang yang luas. Paya di sebelah asrama ini akan menjadi tempat mereka mencari makan. Lagipun itik-itik ini biasanya tahan penyakit."

Dia menambah, "Anak-anak yang lasak ini pula suka menjaga itik-itik ini dan setiap petang mereka akan mencari siput di kebun-kebun untuk dijadikan makanan itik."

Saya kagum dengan mereka kerana menyelesaikan masalah yang kompleks dengan cara yang paling mudah dan murah.

Baca tulisan asal Tn. Iskandar Syah di sini.

Nota: Dengan kerjasama Tn. Iskandar saya menghantar wang zakat saya ke rumah anak yatim ini bagi menambah jumlah itiknya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Rak Promosi Fiksyen Top-Seller PTS

PTS melaburkan banyak wang bagi mempromosi 2 kategori fiksyen iaitu (i) Novel remaja terbitan PTS One Sdn. Bhd. dan (ii) Novel Islami terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd. dengan membekalkan rak khas kepada kedai-kedai yang terpilih (foto).

Ruang pada rak-rak buku dalam kedai-kedai buku adalah sangat terhad. Faktor ini menyebabkan novel-novel PTS sukar mendapatkan tempat di rak-rak yang terletak di kawasan strategik dalam kedai-kedai buku.

Lokasi yang paling strategik adalah di kawasan berdekatan dengan pintu masuk kedai. 

Bagi memastikan novel-novel PTS ditempatkan di depan pintu masuk kedai, PTS kini membekalkan kepada kedai-kedai buku rak-rak beroda bagi mempamerkan novel-novel PTS yang termasuk dalam senarai top-seller PTS.

Rak-rak beroda ini mudah ditolak ke depan pintu di mana orang yang lalu-lalang di depan kedai mudah ternampak. Ia juga mudah ditolak masuk semula ke dalam kedai apabila kedai ditutup.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 19, 2009

Sektor Remaja Cina adalah Target Fiksyen Melayu

Kaum Cina yang pandai membaca tulisan Cina mempunyai banyak pilihan jika membaca buku dalam bahasa Cina. Dalam kedai-kedai buku Cina terdapat banyak judul bagi memenuhi pelbagai keperluan dan citarasa mereka.

Besarnya pasaran buku Cina dapat dilihat apabila syarikat kedai buku POPULAR setiap bulan mengimport antara 2 ribu hingga 3 ribu judul buku Cina dari Cina, Taiwan dan Hong Kong.

Meskipun kerajaan berkempen supaya rakyat menguasai bahasa Inggeris, namun pasaran buku Cina (dan buku Melayu) tumbuh dan berkembang dengan menggebu-gebu, manakala pasaran buku Inggeris sejak 5 tahun belakangan ini tidak berkembang. 

Ada sebahagian kaum Cina yang tidak pandai membaca tulisan Cina. Mereka juga tidak fasih membaca dalam bahasa Inggeris. Mereka pandai membaca dalam bahasa Melayu. Mereka terdiri daripada:

(i) Remaja Cina di bandar-bandar besar yang tidak bersekolah di sekolah-sekolah Cina, sebaliknya belajar di sekolah aliran kebangsaan. Mereka tidak fasih bahasa Inggeris kerana ibu bapa mereka tidak bercakap Inggeris di rumah.

(ii) Remaja Cina yang tinggal di bandar-bandar kecil di mana di situ tidak ada sekolah menengah Cina, oleh itu mereka pergi ke sekolah aliran kebangsaan.

Remaja Cina yang tinggal di bandar-bandar besar dan datang daripada keluarga kaya dapat membaca dalam bahasa Inggeris disebabkan ibu bapa mereka menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Pada waktu yang sama mereka juga dapat membaca dalam bahasa Melayu kerana mereka pergi ke sekolah aliran kebangsaan.

Pasaran remaja Cina yang pandai membaca dalam bahasa Melayu inilah yang menjadi Laut Biru bagi fiksyen Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Bajet Promosi PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jabatan Marketing PTS mempunyai 6 orang pegawai dan bajet tahunannya sendiri.

Pengurusnya adalah Puan Norhazizam Abd. Rahman. Beliau berkuasa meluluskan perbelanjaan bagi semua aktiviti promosi yang dijalankan.

Fungsi jabatan marketing adalah mempromosi (i) brand 'PTS', (ii) produk-produk PTS, dan (iii) pengarang-pengarang PTS.

Kos promosi adalah mahal, oleh itu setiap perbelanjaan promosi dibuat dengan teliti bagi memastikan kos promosi itu dapat membantu Jabatan Sales meningkatkan pesanan daripada pengedar, pekedai dan kontraktor buku.

PTS kerap menerima surat-surat yang memohon PTS supaya menaja pelbagai event yang dianjurkan oleh parti politik, persatuan, sekolah, masjid dan jabatan kerajaan.

Tiap-tiap permohonan itu dinilai dari sudut ROInya (return of investment). Jabatan Marketing PTS mempunyai formula bagi mengira ROI setiap ringgit kos promosi yang dikeluarkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 18, 2009

PTS Membeli Satu Pintu Lagi Bangunan Baru

Syukur kepada Allah, Tuhan yang maha pemurah lagi maha membantu hamba-hambanya yang yakin dan kuat bekerja memandaikan bangsanya.

Lembaga Pengarah PTS telah bersetuju menokok jumlah saham yang dibenarkan dan saham berbayar dalam anak syarikat PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. bagi membolehkan anak syarikat itu membeli bangunan baru lagi. 

Pada masa ini PTS sudah membeli 2 pintu bangunan kilang berderet di Dolomite Business Park, Batu Caves, Kuala Lumpur. Minggu ini pihak pengurusan PTS telah membayar pendahuluan sebanyak RM89 ribu bagi membeli satu pintu yang bernilai RM1.68 juta. Unit itu terletak betul-betul di belakang 2 unit yang ada sekarang.

Unit baru ini akan (i) Menempatkan pejabat editorial PTS yang kini menyewa di rumah kedai milik Cina di Wangsa Melawati, dan (ii) Menambahkan ruang setor, sebagai persediaan bagi pertambahan jumlah judul baru dan judul ulangcetak yang terus meningkat.

Pada bila-bila masa ada lebih 100 judul PTS sudah habis stoknya dan perlu diulangcetak. Salah satu faktor yang menyebabkan buku tidak dapat diulangcetak segera adalah isu ruang dalam setor PTS yang sendat.

Jika buku terlalu banyak masuk serentak dari kilang, tidak ada ruang bagi menyimpan buku-buku itu.

Isu judul lama tidak dapat diulangcetak segera adalah salah satu punca yang menyebabkan PTS mengalami kerugian-tak-ketara, di mana PTS sebenarnya tiap-tiap tahun rugi disebabkan buku-buku tidak dapat dibekalkan kepada kedai-kedai, oleh itu jumlah jualan buku-buku PTS tidak optimum.

Pada tahun 2008 sahaja, dianggarkan nilai pesanan dari kedai yang tidak dapat dibekalkan adalah sekitar RM4 juta.

Dengan pembelian unit baru ini PTS akan dapat mengurangkan kesan kerugian-tak-ketara itu. (Itu pun entah buat berapa lama, sebab keadaan ini akan berulang lagi kerana PTS akan meningkatkan jumlah judul terbitannya setiap bulan menjadi 35 judul sebulan pada tahun 2010.) 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Tan Sri Senator Jins Shamsuddin Melawat PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dari kiri: Tn. Azmi Mamat (Eksekutif  Marketing), Cikpuan Husna Adnan (Editor PTS One), Tan Sri Senator Jins Shamsuddin, Tn. Sallehuddin (Eksekutif Marketing), dan Cikpuan Shazarina Azmy (Pengurus Jabatan HRD).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Terbaru Buku Parenting PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Saya Tidak Menjawab Kritikan dan Cercaan

Ada pembaca blog UNIKAPTS (Universiti Terbuka PTS) membuat komen mengapa saya tidak menjawab komen-komen yang mencaci dan mencera saya. Hal itu memberi gambaran seolah-olah komen-komen itu betul dan saya salah.

Inilah penjelasan saya:

Saya tidak menjawab cacian dan cercaan itu kerana saya menulis dengan menggunakan disiplin "parallel thinking".

Sebagaimana istilah "lateral thinking" dicipta oleh Edward de Bono, demikian juga halnya dengan istilah "parallel thinking".

Garisan-garisan yang parallel, atau selari, tidak pernah bertemu. Masing-masing garisan mempunyai trak masing-masing, dari titik-mula sampai ke hujungnya. 

Apabila tuan-tuan dan puan-puan mempunyai sudut pandang sendiri tentang sesuatu perkara ataupun isu, dan tuan mahu supaya pembaca  terpengaruh dengan sudut pandang tuan, menulislah dengan menggunakan teknik parallel-thinking.

Ertinya, tuan tulis sahaja apa yang tuan mahu tulis. Jangan peduli apa orang lain tulis, walaupun perkara yang mereka tulis itu salah, ataupun mereka meng-attack peribadi tuan, biarkan sahaja.

Teruskan menulis dengan mengemukakan hujah-hujah tuan. Jangan dijawab hujah-hujah yang dikemukakan oleh orang-orang lain. Biarkan pembaca membuat penilaian hujah siapakah yang lebih rasional.

Strategi parallel-thinking ini amat persuasif, ertinya ia efektif bagi tujuan mempengaruhi pembaca, kerana:

(i) Dengan menggunakan strategi parallel-thinking, kita tidak terjebak ke dalam defensive-mode. Bahaya defensive-mode adalah kita boleh hilang fokus dalam penulisan, dan hal itu melemahkan daya pengaruh tulisan kita ke atas minda pembaca.

(ii) Pembaca yang terpelajar dan kritikal adalah orang-orang yang tidak suka diberitahu siapa salah, siapa betul. Mereka pandai berfikir sendiri. Mereka mahu supaya kita mengemukakan hujah-hujah yang konkrit dan logikal sahaja. Mereka sendiri akan menilai dan memutuskan apakah hujah kita itu dapat mereka terima.

Moga-moga penjelasan ini menenteramkan hati penyokong-penyokong saya dalam peperangan menentang rasuah dalam kerajaan. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 17, 2009

JUMAAT 19 Jun 2009 Tolong Beli BERITA HARIAN dan Undi! Jangan Tidak Undi!

Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular 2009

Fiksyen:
Aisya Sofea - Selagi Ada Dia
Anis Ayuni - Seribu Kali Sayang
Fauziah Ashari - Rindu Cintaku
Damya Hanna - Ternyata Cinta
Ramlee Awang Murshid - Hijab Sang Pencinta
Siti Rosmizah - Andai Itu Takdirnya
Norhayati Berahim - Kembalikan Cintaku
Aleya Aneesa - Segalanya Untukmu
Mimie Affnie - Kalau ada Jodoh
Zaid Akhtar - Salju Sakinah

Non-fiksyen:

Dr. H.M. Tuah Iskandar - Fikir-Fikiran
Sheik Mustapha - Menggapai Bintang
Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim - Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
Dr. Tengku Asmadi - Teknik Memotivasi Anak Cara Positif

Dato Ustazah Nor Bahyah Mahmood - Hadiah untuk Muslimah
Dr. H.M. Tuah Iskandar - Membina Cinta Sayang
Dr. Danial Zainal Abidin - Minda Muslim Super
Dato Dr. Mohd. Fadhilah Kasmah - Langkah Bijak Usahawan Terbilang
Azahar Abdul Rahman - Rahsia Buat Duit Dengan Ebay

Cara undian adalah:

1. Undian melalui borang dalam Akhbar Berita Harian
2. Borang Undian yang diberi disemua rangkaian Popular seluruh Malaysia.

Majlis penyampaian anugerah ini akan berlangsung di KLCC CONVENTION CENTRE, pada RABU 26.08.2009, jam 2:00 petang hingga 4.30 petang. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Majlis Raja-Raja Melayu akan Menolak PPSMI

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan menyampaikan memorandum dengan tangan kepada semua Raja-Raja Melayu.

Hujah yang akan diberikan kepada Raja-Raja Melayu mengapa isu PPSMI sangat penting dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu adalah perkaitan kuat antara bahasa Melayu dengan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Menurut Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Naib Pengerusi GMP, Bahasa Melayu adalah tonggak yang berperanan menjaga nilai-nilai taat setia kepada Raja-Raja Melayu.  Bahasa Inggeris pula adalah anti-raja. Justeru bahasa Inggeris memainkan peranan penting dalam sejarah penghakisan nilai-nilai pro-istana Melayu dan penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu.

Sudah terbukti bahawa golongan yang paling kuat menentang Raja-Raja Melayu, dan mereka yang mahu menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu dengan mengubah Perlembagaan Malaysia, adalah golongan yang berpendidikan Inggeris serta mengagung-angungkan bahasa Inggeris.

Jika Raja-Raja Melayu tidak sedar fakta ini, malanglah nasib Raja-raja Melayu. Pertama, kedudukan mereka sendiri akan semakin terancam. Kedua, rakyat akan bertambah kecewa terhadap peranan Raja-Raja Melayu sebagai penjaga kepentingan agama dan kebudayaan Melayu, di mana bahasa adalah komponen paling penting dalam kebudayaan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Bukit Jackie Chan di Banda Aceh

Baru-baru ini sekumpulan pelajar Fakulti Perubatan Hospital USM Kubang Krian menjalankan projek sosial ke Aceh. Saya sempat berkirim wang zakat untuk rumah anak-anak yatim yang mereka lawati.

Mereka sempat melawat taman perumahan yang seluruhnya didermakan oleh Jacky Chan.

Tengok lebih banyak gambar rumah-rumah itu di blog ini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Memorandum Mansuhkan PPSMI akan Dihantar kepada Semua Raja-Raja Melayu

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) terus berjuang sehingga dasar PPSMI dimansuhkan.

Langkah menghantar memorandum kepada Penyimpan Mohor-Mohor Besar Raja-Raja Melayu adalah sebagai usaha supaya isu PPSMI di masukkan ke dalam agenda dan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.

Seterusnya adalah langkah penyampaian salinan memorandum itu kepada tiap-tiap Raja Melayu. 

Wakil GMP akan memulakan jadual penyampaian dengan tangan memorandum itu kepada DYMM Sultan Kedah. 

Nota: Walaupun sebelum itu memorandum tersebut telah diserahkan kepada Ke Bawah DYMM Yang DiPertuan Agong, namun penyandang jawatan Yang DiPertuan Agong Agong tidak duduk dalam Majlis Raja-Raja Melayu, kerana Majlis Raja-Raja Melayu sudah wujud sebelum jawatan DYMM Agong diwujudkan.

Mana-mana Raja Melayu yang menjawat jawatan sebagai Yang Di Pertuan Agong hanya menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja melayu sebagai Raja ataupun Sultan negerinya sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 16, 2009

PTS Menggunakan Strategi Linguistik bagi Menjual Fiksyen Melayu kepada Pembaca Cina

Banyak remaja Cina dan India belajar di sekolah aliran kebangsaan, dan banyak antara mereka yang mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan kertas Bahasa Melayu.

Disebabkan mereka dapat membaca dalam Bahasa Melayu dengan baik sekali, maka pasaran mereka adalah Laut Biru yang menjadi salah satu target PTS.

Namun, Bahasa Melayu yang dikuasai dengan baik oleh pelajar-pelajar Cina itu adalah laras Bahasa Melayu Tinggi (BMT), sebagaimana yang mereka pelajari dalam buku-buku teks.

Faktor itulah  yang menyebabkan pelajar-pelajar Cina mendapat markah cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu, berbanding dengan pelajar Melayu sendiri, kerana pelajar-pelajar Cina itu bercakap dan menulis menggunakan tatabahasa yang betul.

Pelajar-pelajar Cina itu tidak fasih dengan Bahasa Melayu Rendah (BMR). Inilah yang menyebabkan novel-novel yang ditulis menggunakan Bahasa Melayu basahan tidak dibeli oleh pembeli Cina, kerana mereka sukar memahami dialog-dialog yang ditulis menggunakan bahasa cakap harian.

Bagi membolehkan buku-buku fiksyen PTS dibaca dengan mudah dan lancar oleh remaja bukan-Melayu, PTS mewajibkan penulis-penulisnya supaya menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu-isu Mengapa Buku Melayu Belum Dibaca oleh Kaum Cina

Tuan Zamri Mohamed menulis:

Sasaran jumlah pengunjung berbangsa Cina ke Pesta Buku Antarabangsa sangat dipengaruhi oleh persepsi terhadap buku-buku yang ditawarkan kepada pengunjung.

Seorang rakan saya berbangsa Cina yang saya kenal sejak sekolah hanya datang ke PBAKL pada umur 28 tahun. Beliau berkata selama ini rakan-rakannya berkata, PBAKL hanya menawarkan buku pada orang Melayu, pilihan sedikit, dan tidak sebesar mana.

Tetapi disebabkan pada hari itu beliau tergerak ke sana, akhirnya beliau membeli banyak buku-buku dalam bahasa Melayu dalam pelbagai topik termasuk daripada penerbitan Hidayah sendiri.

Itu cerita persepsi terhadap PBAKL, bagaimana pula persepsi terhadap novel dalam bahasa Melayu?

----

Penerimaan novel Melayu boleh dikatakan semakin hari semakin mendapat respon positif. Dalam pengamatan secara rambang di Melaka misalnya keadaan ini dapat dikesan.

Ada staf-staf berbangsa Cina yang bertugas menjaga premis perniagaan mereka membaca novel dalam bahasa Melayu ketika menunggu pelanggan.

Contohnya di Giant, Melaka kerap saya melihat staf berbangsa cina yang menjual aiskrim di pintu masuk premis membaca novel Alaf dalam pelbagai tajuk ketika menunggu pelanggan.

---

Meskipun media mengatakan adanya perpaduan kaum yang erat di kalangan Melayu, Cina dan India, didapati di peringkat sekolah, corak persepsi terhadap Melayu masih menebal.

Pada tahun 2001, saya diberitahu oleh para pelajar pra U berbangsa Cina, sikap Melayu yang sensistif terhadap isu agama dan bangsa menjadikan mereka sukar mengajukan soalan-soalan.

Mereka dianggap menyerang jiwa orang Melayu sendiri. Mereka menghormati sikap berprinsip tetapi apa yang menjauhi mereka adalah sikap latah tanpa rasional.

---

Sikap latah tanpa rasional mempengaruhi cara ibu bapa mereka mendidik anak-anak. Masih ada lagi di Melaka, Merlimau, bandar Melaka dan sekitar, kepercayaan bahawa produk Melayu yang masuk ke dalam rumah akan memelayukan agama dan cara hidup mereka.

---

Keterbukaan orang Melayu terhadap sikap ingin tahu mereka memberi kesan kepada persepsi mereka. Apabila mereka selesa dengan keterbukaan maklum balas, apa sahaja yang dicadangkan akan diterima termasuk karya yang baik.

Generasi baru Cina lebih terbuka tetapi isu kepercayaan Melayu sebagai individu perlu dibina ketika mana usaha memperkenalkan karya Melayu kepada mereka dilakukan.

---

Di sekolah saya dahulu, pengerusi Kelab Bimbingan Kaunselingnya adalah Melayu, jawatankuasanya 95% berbangsa Cina. Bayangkan, sambutan Maulidur Rasul, hadiah Al Quran kepada pengetua pun dilakukan dan dipersetujui oleh mereka.

---

Ciri-ciri budaya tidak sekadar pakaian kebangsaan dan perayaan sahaja

Ciri-ciri novel Melayu juga perlu mempunyai budaya fikir dan sudut pandang bangsa Cina. Ini bukanlah seperti diuar-uarkan dalam media tradisional, memahami bangsa dengan pakaian tradisional, sambutan perayaan dan amalan ziarah antara kaum (?)

Ciri-ciri novel Melayu perlu mempunyai elemen sudut pandang, konsep hidup, persepsi dan budaya komuniti Cina itu sendiri. Ia dapat dilakukan sama ada diterjemah dalam paparan dunia Melayu atau mencipta variasi komuniti dalam sebuah novel.

---

Bedah siasat karya Cina

Tidak dinafikan faktor bahasa sangat penting dalam penghasilan karya yang baik.

Mungkin kita sudah boleh bermula dengan membedah siasat bagaimana novel-novel dalam bahasa Cina dihasilkan kemudian elemen karya mereka juga dapat diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

---

Promosi bersama

Pada peringkat promosi novel di kedai buku, saya kira satu perkara yang boleh dilakukan ialah promosi bersama.

Yakni penulis novel Cina dan Melayu dalam genre dan subjek yang sama, duduk semeja berhadapan dua kumpulan pembaca membicarakan mengenai novel mereka yang ditulis dalam dua bahasa berbeza.

Ya, ia satu sistem yang kelihatan mustahil. Tetapi adakah ia boleh dilakukan?

Saya beri contoh, bolehkah dua penulis mewakili dua bangsa dari dua penerbitan berbeza bersama dalam Local Author Month sempena hari kemerdekaan di MPH mempromosikan karya mereka menggunakan bahasa kebangsaan?

Ini mungkin tidak membantu jualan pada peringkat awal, tetapi membuka ruang kepada pembaca bukan Melayu bagi memahami apakah di sebalik sebuah karya ditulis oleh penulis Melayu dalam bahasa Melayu.

---

Karya Melayu bereksperimen

Selain itu lancarkan karya eksperimen yang diterjemah dalam bahasa Cina sebagai pengenalan kepada minda dan budaya penulis Melayu ke dalam bahasa mereka.

---

Kerjasama pertukaran karya

Kerjasama pertukaran karya ini diharap membuka pintu awal kepada dua penerbit yang saling bekerjasama. Ia memerlukan penterjemah yang baik untuk kedua-dua pihak mendapat novel terjemahan yang berkualiti selain daripada isu kos yang perlu dibincangkan.

---

Penulis Cina dalam penerbitan Melayu

Projek melahirkan penulis Cina yang menghasilkan karya Melayu di bawah penerbitan Melayu juga dapat digerakkan dari peringkat novel kanak-kanak, remaja sehingga dewasa.

Ia memerlukan satu sesi brainstorming bagi mencari model yang sesuai.

---

Pengiklanan

Mampukah pada satu hari nanti penerbit Melayu membawa ulasan buku kita ke akhbar dan majalah berbahasa Cina bagi paparan ulasan buku. Atau bersediakah kita menyediakan iklan berbayar untuk mempromosikan buku-buku Melayu dalam teks iklan berbahasa Cina?

Kita sudah lakukan melalui majalah Quill MPH, dan Popular. Bagaimana pula majalah dan akhbar berorientasi pembaca Cina?

Kelihatan sukar, tetapi kegilaan kita bereksperimen mungkin memberi satu lagi jalan keluar.

----

Secara umum

1. Bina keselesaan dengan memperkenalkan karya kategori ‘selamat’ terlebih dahulu.
2. Bina kepercayaan dengan memperkenalkan karya yang baik dari segi bahasa, persamaan persepsi dan sudut pandang hidup.
3. Bina kerjasama bermula daripada penerbit, sesama penulis dan media kaum lain.
4. Bentuk persefahaman bersama melalui aktiviti promosi, penterjemahan dan pengedaran.

----

Pandangan saya mungkin ada lebih salah dari benarnya, sekadar melontarkan apa yang saya rasa berkaitan dengan isu ini.

ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Menjual Buku Fiksyen Melayu kepada Cina

Majoriti generasi Cina yang mengikuti sekolah aliran kebangsaan amat fasih membaca dalam Bahasa Melayu. Tetapi mereka tidak ghairah membaca buku-buku Melayu.

Menurut pendapat Tuan Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Sales PTS, kategori buku yang sepatutnya paling mudah dapat dipasarkan kepada pasaran Cina tempatan adalah buku-buku fiksyen, yakni novel.

Dalam apa jua bahasa, dan di negara mana sahaja, sektor terbesar pasaran fiksyen adalah novel cinta. Demikian juga dalam bahasa Melayu. Namun remaja Cina tidak membeli dan membaca novel-novel cinta Melayu.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja perempuan Cina tidak membeli dan membaca novel-novel cinta popular Melayu? Dan, bagaimanakah dapat kita buka pasaran Cina tempatan?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 3 pages  1 2 3 >