Sukarnya Mendapatkan Kedai Buku yang Mahu Mempamerkan Buku Kita
Banyak orang menyangka, asalkan penerbit ada buku baru, tentulah kedai-kedai buku bersukacita mahu menerima buku itu bagi diletakkan dalam rak kedai mereka. Maklumlah, kedai buku hidup dengan menjual buku. Lebih banyak buku baru dipamerkan, tentulah lebih baik, sebab pembeli sentiasa mencari buku terbaru. Sangkaan begitu sangat meleset!
Kedai-kedai buku sangat cerewet memilih buku yang mereka mahu terima. Mereka hanya terima buku yang mereka yakin dapat dijual. Jika mereka ragu, mereka akan tolak buku itu.
Faktor utama mengapa kedai buku cerewet memilih buku adalah isu ruang. Ruang dalam kedai buku adalah sangat terhad. Ruang itu pula disewa ataupun dibeli secara berhutang dengan bank.
Kos operasi kedai buku adalah sangat tinggi. Semuanya dibayar dengan menggunakan hasil jualan buku. Inilah sebabnya kedai tidak mahu mempamerkan buku-buku yang tidak laku dijual.
Kedai buku hidup dengan menjual buku. Kedai buku bukan tempat para penerbit menyimpan buku-bukunya yang tidak laku.
Bagi penerbit macam PTS sekalipun, yang katanya sudah besar dan terkenal, bukan semua buku PTS diterima oleh kedai buku. Inilah sebabnya, demi mengelakkan berlaku kesilapan seperti itu, bagi judul-judul yang belum tentu laku, PTS akan bertanya dahulu kepada kedai-kedai buku utama apakah mereka mahu mengambil judul seperti itu. Kalau kedai buku memberitahu mereka tidak yakin buku seperti itu dapat dijual, maka PTS tidak jadi menerbitkannya.
Bagi buku-buku oleh pengarang baru yang tidak terkenal, pegawai-pegawai jualan PTS akan memberikan penerangan kepada pengurus kedai berkenaan keistimewaan buku itu, dengan harapan beliau terpujuk lalu mahu mengambil buku-buku itu. Inilah faktor yang menyebabkan penerbit mesti mempunyai pegawai khidmat pelanggan yang pandai memujuk dan menyakinkan pengurus-pengurus kedai.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006








salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o