Friday, July 31, 2009

Siapa di Sebalik PTS

PTS adalah sebuah syarikat pengeluar barangan konsumer, sama seperti Ramly Burger, Adabi Food, Kicap Kipas Udang dan banyak lagi syarikat pengeluar barangan konsumer yang produk-produk mereka dijual di semua rangkaian supermarket. Bezanya, PTS mengeluarkan buku, manakala produk PTS dijual di semua rangkaian 'supermarket buku'.

Pada hari ini jumlah anggota staff sepenuh masa PTS sudah 82 orang dan nilai pasaran jualan buku-buku PTS bagi tahun 2008 adalah RM27 juta (yakni, sebelum diskaun kepada agen), manakala target bagi tahun 2009 adalah RM30 juta. PTS akan menambah jumlah staff menjadi 100 orang pada akhir 2009, selaras dengan targetnya menerbitkan 450 judul baru pada tahun 2010. 

Pada hari ini PTS adalah penerbit buku komersial tempatan yang paling aktif dalam pasaran, dengan menerbitkan 30 judul baru sebulan dan mengulangcetak 50 judul setiap bulan.

Saham PTS dimiliki 100% oleh adik-beradik kepada Chairmannya, yakni ia benar-benar milik Bumiputera 100%. Mereka adalah Ainon Mohd. (Chairman PTS), Abdul Aziz Mohamad, dan Arifin Mohamad.

Semua staff PTS adalah Bumiputera, kecuali seorang wanita India yang menjaga kebersihan bangunan.

Buku-buku PTS dipamerkan di semua rangkaian kedai buku elit dan kedai-kedai buku indie yang terkenal di kawasan masing-masing.

Jumlah penulis yang menerbitkan karya mereka dengan PTS sudah hampir 400 orang. Pada masa ini setiap tahun PTS membayar lebih RM1 juta dalam bentuk royalti kepada mereka.

PTS juga memiliki sijil dari Kementerian Kewangan yang mengesahkan bahawa PTS adalah syarikat yang bertaraf 'Bumiputera' dan layak menjadi kontraktor pembekal buku kepada kerajaan. Namun PTS tidak masuk tender kerajaan. PTS hanya menjual buku-bukunya kepada mana-mana kontraktor yang mendapat tender kerajaan. Pada masa ini 90% perolehan PTS adalah melalui jualan buku-bukunya dalam pasaran terbuka di kedai-kedai buku.

PTS mempunyai harta dalam bentuk bangunan ibu pejabatnya yang dibeli pada nilai RM5.7 juta, dengan nilai pasaran semasa RM7 juta.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Bagaimana Penulis PTS Membelanjakan Royaltinya

Penulis ngetop PTS, Prof. Muhammad Kamil Ibrahim adalah seorang profesor akaunting di UITM. Beliau menulis 2 buah buku "Travelog Haji" dan "Travelog Dakwah". Tulisan di bawah ini disalin daripada blog beliau:....

Dulu namanya Sekolah Rendah Tengku Mahmood [SRTM]. Inilah sekolah rendah saya. Malah hampir kesemua adik-beradik yang lain belajar di sini. Oh…. ia berlanjutan hingga kepada anak-anak saudara yang tinggal di Besut.

Saya sayangkan sekolah ini. Banyak kenangan manis. Di sini, sekurang-kurangnya ada 3-4 pelajar perempuan yang di”padan-padan”kan dengan saya. Main “hendak-hendak”. Seorang pelajar sekelas [darjah 2 x-press] mengadu kepada guru [Cikgu Rabiatul-Adawiah]: “Cikgu, orang gelarkan saya dengan Kamil. Saya tak [tidak] hendak!]. Cikgu Rabiatul memberi jawapan: “Kenapa tak hendak, eloklah tu….”

Kemudian, kami berpisah selepas menamatkan pengajian di darjah dua. Ah… anak DO! Kami berjumpa semula di MRSM, sekelas semasa di tingkatan 4 dan 5. Ketika ini, beliau sudah ada boy-friend! Akhirnya, kami bertugas di bawah satu bumbung, di UiTM.

Ingatan kepada guru-guru saya sentiasa ada. Saya doakan agar mereka sentiasa diberi ganjaran di dunia dan akhirat. Sebagai tanda sayang, bila saya menandatangani perjanjian buku Travelog Haji, saya peruntukkan 20% daripada bayaran royalti kepada SRTM.

Lazimnya, PTS akan membayar royalti 2 kali setahun. Bulan ini dan di penghujung tahun. Bulan lepas saya hubungi PTS dan bercakap dengan pegawai yang menguruskan bayaran royalti. “Puan, royalti saya [Travelog Haji], bahagian sekolah saya minta bayar penuh. Bahagian saya tidak kisah. Bayar hujung tahun pun tidak mengapa.”

Tujuannya mudah. SRTM boleh merancang bagaimana mahu menggunakan wang tersebut. Ia sedikit tetapi ia juga banyak dan boleh digunakan untuk pelbagai kegiatan terutamanya dalam konteks melahirkan pelajar cemerlang.

Saya terima cek royalti untuk mereka berjumlah hampir RM7000. Seronoknya saya! Lalu saya hubungi kakak saya di Besut: “Kak Yah, saya ada cek sekolah [SRTM] hampir RM7000. Bagi tahu guru besar kalau dia hendak cek ini, jemput saya bagi ceramah motivasi! Free of charge. Saya bayar sekolah lagi!”

Kakak saya ketawa dengan perangai adiknya. Memaksa orang untuk memberi dan mendengar ceramah sendiri. Akhirnya, guru besar - Cikgu Rahman Sardar - mengadakan program Sehari bersama Profesor Muhd Kamil Ibrahim untuk pelajar-pelajar tahun 6 dan ibu bapa mereka pada 6hb Ogos ini.

He… he…. saya bayar yuran untuk saya bercakap!

NotaMKI: Saya akan bercuti dan berada di Besut pada 6, 7 dan 8hb Ogos. Jemputlah saya untuk memberi ceramah di sekitar Besut dan Kelantan. InsyaAllah, saya akan hadir. Kosnya free.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Berhati-hati dengan Formula Pengiraan Royalti yang Ditawarkan Penerbit Buku

Masih ada yang bertanya bagaimana lazimnya sesebuah penerbit mengira royalti pengarang.

Jika tuan dan puan pernah menerbitkan buku dengan penerbit lain, berapakah persen royalti yang tuan terima daripada penerbit itu? 5%? 7%? 10%? 12.5%? 16%? 20%?

Jumlah persen royalti sering kali menjadi punca rosaknya hubungan baik antara penulis dan bakal penerbit karya si penulis. Ini terutamanya berlaku apabila si penulis baru kali pertama hendak menerbitkan karyanya dengan si penerbit itu.

Pernahkah tuan mendengar dialog seperti di bawah?

"Berapa persen royalti saya?" tanya si penulis.

"7%," jawab editornya.

"Tapi penerbit Polan-Polan Sdn. Bhd. memberi saya 10%!" si penulis membantah.

"Kami hanya mampu memberi 7% daripada harga buku yang dicetak di kulit belakang buku encik," kata si editor.

"Beginilah," kata si penulis. "Saya tarik balik cadangan saya hendak menerbitkan karya saya dengan syarikat awak!"

Banyak penulis tidak benar-benar faham implikasi persen-persen royalti yang ditawarkan kepada mereka. Lazimnya penulis hendak mendengar jumlah angka persen itu sahaja: 10%? 12.5%? 20%? Itu saja.

Banyak penerbit tahu benar kelemahan penulis dan mereka mengeksploitasi kelemahan itu. Ambil contoh-contoh kes berikut:

1. Sebuah penerbit menawarkan royalti 16%. Sekali pandang bunyinya sangat menarik. Tetapi penulis tidak peduli hendak bertanya 16% itu 16% daripada apa? Rupa-rupanya 16% daripada harga buku selepas ditolak diskaun kepada pengedar. Apabila tiba masa kiraan royalti barulah penulis tahu penerbit memberi potongan 50% kepada pengedar. Harga asal buku itu RM20, selepas ditolak diskaun pengedar harganya tinggal RM10. Penulis dibayar royalti 16% daripada RM10!

2. Sebuah pengedar menawarkan royalti 11% kepada penulisnya. Tetapi dalam dokumen perjanjian penerbitan tidak dituliskan berapa harga buku itu. Begitu juga harga itu tidak dicetak pada buku. Pada suatu hari si penulis pergi ke kedai buku dan nampak bukunya di atas rak. Dia pun mengambil bukunya. Pada bukunya itu ditampal stiker harga. Pada stiker itu tertulis harga bukunya RM18. Apabila tiba masa menerima royalti, dia tidak puas hati kerana jumlah wang yang diterima lebih rendah daripada jumlah yang dikiranya sendiri iaitu 11% daripada RM18. Penerbit mengatakan jumlah wang itu betul iaitu 11% daripada harga jualan RM14. "Kalau kedai naikkan harga, saya tidak tahu!" kata tuan punya syarikat penerbitan itu.

3. Seorang penulis ditawarkan royalti 10% daripada harga jualan yang tercetak. Harga buku itu RM15. Tetapi apabila tiba masa mengira royalti, penerbit menolak 300 naskhah promosi dan 100 naskhah peruntukan bagi buku yang rosak. Setahu penulis itu si penerbit tidak menjalankan apa-apa program bagi mempromosi bukunya menyebabkan jualan bukunya amat rendah.

4. Seorang penulis ditawarkan royalti 14% oleh penerbitnya. Setahun kemudian dia diberitahu cetakan pertama bukunya adalah 2 ribu naskhah sahaja sebab penerbit tidak yakin buku itu laku. Dia hanya sekali menerima royalti sebanyak RM1,500. "Buku encik tak laku," kata si penerbit. Tiga tahun kemudian, daripada seorang petugas setor yang bekerja dengan penerbit itu, dia mendapat tahu bukunya setiap tahun dicetak semula tanpa menukar "cetakan pertama 1999".

5. Sebuah penerbit milik kerajaan menawarkan royalti 20% atas jumlah yang terjual, tetapi bukunya tidak dijual. Dia hanya pernah satu kali sahaja menerima cek royalti RM342.10 sen!

Ambil kira faktor-faktor lain yang lebih penting daripada faktor persen-persen sebelum membuat pilihan:

(a) Adakah penerbit itu jujur.

(b) Jumlah persen itu dikira berdasarkan harga apa?

(c) Adakah harga buku itu dicetak pada buku?

(d) Berapa potongan jumlah naskhah yang dikenakan bagi tujuan promosi?

(e) Adakah penerbit itu menyediakan dokumen perjanjian penerbitan?

(f) Adakah dituliskan dalam dokumen berapa nilai royalti itu?

Apabila saudara hendak menyerahkan buku saudara kepada mana-mana penerbit, jangan buat keputusan berdasarkan persen-persen. Sebagai tip umum, penerbit yang baik adalah penerbit yang mengamalkan amalan-amalan lazim dalam industri penerbitan pada peringkat antarabangsa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 30, 2009

MPH Memilih Buku-Buku Agama PTS sebagai Item ‘Window Display’  Sempena Bulan Ramadhan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dulu-dulu (maksudnya sebelum 5 tahun yang lalu) tidak pernah dimimpikan oleh pejuang buku Melayu bahawa kedai-kedai buku elit, seperti MPH, tergerak mahu memilih buku Melayu sebagai item bulk display dan window display.

Istilah bulk display bermakna buku itu disusun banyak-banyak betul-betul di depan pintu masuk kedai. Istilah window display bermakna buku itu dijadikan hiasan daya tarikan pada dinding kaca kedai. (Foto menunjukkan buku PTS Tunnels dijadikan item window display.)

Jika buku bulk display sudah berprestij, maka buku yang dipilih untuk window display jauh lebih berprestij. Ini disebabkan kriteria bagi memilih buku buat dijadikan window display adalah lebih banyak dan lebih susah dipenuhi.

Ruang adalah wang. Di dalam mall-mall besar seperti Mid-Valley dan Tesco, ruang window-display adalah punca pendapatan bagi pemilik kedai.

Bagi mendapatkan window-display selama 2 minggu, yuran yang dikenakan boleh mencecah sehingga RM10 ribu, bergantung kepada ruang yang disewa.

Justeru penerbit tidak berani menyewa ruang window kedai buku elitis seperti MPH bagi tujuan mempamerkan bukunya, melainkan dia yakin jualan buku itu dapat menutup kos window display yang terpaksa ditanggung.

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan, pihak pengurusan MPH akan mempromosi buku-buku agama PTS yang sesuai dijadikan bahan bacaan sepanjang bulan mulia itu. Jabatan Marketing PTS akan membuat window-display di 6 buah outlet MPH di lokasi yang ramai penduduk Melayu di zon itu. 

MPH Bukit Raja, Kelang.

MPH Alpha Angle, Wangsa Maju, KL

MPH One Utama Damansara, KL

MPH SACC Mall, Shah Alam

MPH MidValley Bangsar, KL

MPH Alamanda, Putrajaya

Kerja-kerja susun menyusun dan andaman window-display di kedai-kedai MPH itu akan bermula pada 17 Ogos.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Bagaimana PTS Menyusun Pasukan Jualan dan Khidmat Pelanggannya dan Pembahagian Tugas Mereka

Beberapa rakan penerbit bertanya apa rahsianya maka PTS dapat menjual buku-buku Melayu dengan begitu banyak setiap tahun.

Tidak dinafikan bahawa prestasi pasukan eksekutif jualan PTS memang cemerlang. Sebagai contoh, bagi tahun 2008, nilai pasaran (sebelum diskaun) buku-buku yang mereka jual adalah sebanyak hampir RM27 juta.

Padahal, bilangan eksekutif jualan PTS sangat sedikit, yakni cuma 4 orang sahaja.

Target jualan bagi tahun 2009 ini adalah RM30 juta. Menurut Tn. Zaharin Zain (foto), Pengurus Jabatan Sales PTS, daripada data jualan semasa, target itu dapat dicapai, insyaAllah.

Berikut adalah nama-nama eksekutif jualan PTS dan zon di bawah jagaan masing-masing:

(1) Tn. Nur Ikhram - Eksekutif jualan bagi Wilayah Persekutuan (menjaga akaun POPULAR, Times, Borders), Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura.

(2) Tn. Zulkimy - Eksekutif jualan bagi Wilayah Persekutuan (menjaga akaun syarikat-syarikat kontraktor buku), Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

(3) Tn. Azari - Eksekutif jualan bagi Wilayah Persekutuan (menjaga akaun kedai-kedai buku agama tradisional), Pahang, Terengganu dan Kelantan.

(4) Tn. Saiful -  Eksekutif jualan bagi Wilayah Persekutuan (menjaga akaun kedai-kedai buku indie), Sabah, Sarawak dan Brunei.

Mereka semua bertugas di ibu pejabat PTS di Dolomite Business Park, Kuala Lumpur. Setiap bulan mereka akan keluar melawat semua agen PTS (kedai buku) di negeri masing-masing bagi menyemak stok, mengambil pesanan baru dan membantu eksekutif credit controller PTS mengutip hutang dengan menjalin hubungan baik dengan para agen. Tempoh mereka keluar adalah antara 8 hingga 11 hari satu kali jalan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Terbaru Buku Agama bagi Memurahkan Rezeki

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Maklumat Terkini! MPH Sudah Mengubah Sikap Pemasarannya Terhadap Buku Melayu pada Bulan Puasa

Tidak pernah terbayangkan oleh pejuang buku Melayu bahawa syarikat rangkaian kedai paling ternama, paling cantik, paling elitis, paling pro-Kristian, dan paling pro-Inggeris, iaitu MPH, mulai tahun 2009 ini sudah melancarkan kempen besar-besaran mempromosikan buku-buku Melayu. Malah sempena bulan Ramadan MPH mempunyai program khusus mempromosi buku-buku agama Islam.

MPH sudah berusia 104 tahun. Nama asalnya adalah Malayan Publishing House. Ia ditubuhkan oleh mubaligh Kristian bagi menerbitkan Bible dan buku-buku agama Kristian. Jadi tidak hairanlah apabila MPH mempamerkan buku-buku Kristian yang cantik-cantik dalam bahasa Inggeris di depan pintu masuknya.

Tradisi mubaligh Kristian itu menyebabkan sehingga beberapa tahun yang lalu, MPH tidak menjual Quran dan buku-buku agama Islam. Setiap tahun, apabila tiba musim X'mas dan tahun baru, MPH menjalankan promosi buku-buku Kristian secara besar-besaran.

Beberapa tahun lalu PTS pernah berjumpa dengan pihak pengurusan MPH dengan cadangan supaya MPH melakukan kempen promosi buku-buku agama Islam sebelum tiba bulan Ramadhan, sebagaimana MPH melakukan kempen promosi buku Kristian menjelang Krismas.

Pada masa itu, cadangan PTS itu menerima respons negatif daripada pengurusan MPH berdasarkan faktor bahawa sememangnya cara orang Melayu meraikan bulan puasa dan hari raya tidak serupa dengan cara orang Kristian meraikan Krismas. 

Saban tahun, jualan buku-buku Kristian yang mahal-mahal dan cantik-cantik di MPH memuncak menjelang perayaan Krismas. Salah satu sebabnya adalah penganut Kristian suka membeli buku-buku agama itu sebagai hadiah Krismas.

Bagi orang Melayu pula, mereka tidak berpusu-pusu masuk ke kedai buku MPH menjelang bulan puasa dan sepanjang bulan puasa. Mereka sebaliknya masuk kedai-kedai yang menjual persiapan hari raya.

Tingkah laku orang Melayu di negara ini berbeza daripada tingkah laku penggemar buku di Indonesia. Di sana, bulan puasa adalah bulan 'menuai' bagi para penerbit buku. Di Indonesia trend bulan puasa sebagai bulan membaca mendapat dukungan kuat daripada para ulamak mereka yang berkempen supaya sepanjang bulan puasa masyarakat memberhentikan aktiviti non-agama dan menggantikannya dengan aktiviti ibadah membaca.

Sungguh luar biasa! Tahun 2009 ini pihak pengurusan MPH mengubah sikapnya terhadap buku-buku Melayu 180 darjah!

Nota: Memang betul Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari memiliki saham terbesar MPH, tetapi demi menjaga prestasi syarikat dan menguruskan risiko pelaburannya, beliau tidak menukar barisan eksekutif MPH dan beliau tidak mencampuri kuasa dan fungsi-fungsi pengurusan MPH, di mana semua jawatan eksekutif tertinggi syarikat itu adalah masih Cina belaka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 29, 2009

Penganjur Sayembara Novel Sai-Fai Tindas Penulis!

Puan Ainon yang saya hormati, semoga senantiasa dirahmati Allah dan dilimpahi keberkatan dariNya. Amin.

Saya telah mula menulis sebuah manuskrip novel fiksyen sains dan teknologi. Ide ini timbul setelah saya hadir pada bengkel Sayembara Novel Sai-Fai awal tahun 2009.

Daripada bengkel itu, saya sedar yang karya yang bakal terhasil mesti mempunyai dan menanamkan unsur-unsur nilai murni pada pembaca. Secanggih manapun dan semaju manapun penciptaan sains, kita tidak harus lupa diri akan adanya Yang Maha Pencipta yang lebih Agung dan lebih Bijaksana. Juga karya dapat menghasilkan sesuatu kepada generasi remaja supaya mereka seronok dan suka kepada sains dan teknologi dan mahu turut serta mempelajari mata pelajaran ini dengan bersungguh-sungguh.

Setelah karya saya hampir siap, saya emel kepada eksekutif kanan syarikat penganjur itu, bertanyakan status manuskrip peserta, hakcipta dan sebagainya sebab saya tidak jelas akan kedudukan manuskrip yang bakal dihantar. Jawapan yang saya terima adalah manuskrip yang dihantar menjadi hakmilik syarikat penganjur sayembara itu, dan sekiranya menang, maka dikira hakcipta telah dijual kepada mereka dan tempohnya pula sampai bila-bila.

Langsung, saya membuat keputusan membatalkan hasrat saya menyertai Sayembara itu.

(Nama pengirim emel dirahsiakan)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Menulis Buku untuk Pembeli dan Pembaca Baru

Dalam pasaran buku, akan sentiasa ada kelompok pembeli yang disebut sebagai 'pembaca baru' bagi setiap subjek. Mereka adalah individu yang baru pertama kali hendak membeli dan membaca subjek itu, ertinya mereka baru bermula dari 'sifar'.

Pasaran pembaca baru adalah besar dan evergreen. Semua penerbit besar di seluruh dunia menyediakan buku-buku yang ditulis khusus untuk pembaca baru. Yang terkenal adalah siri buku untuk 'dummy' ataupun siri 'idiot'.

Majoriti buku agama terbitan PTS adalah ditargetkan kepada pembaca baru. Sebagai contoh, buku-buku agama serta buku-buku bisnes dan pengurusan karya penulis tempatan PTS adalah untuk pasaran pembaca baru.

Apabila tuan menulis buku, tentukan apakah buku itu mahu ditujukan kepada pembaca baru (si dami) ataupun pembaca advance (si pandai). Teknik menulis dan menerbitkan dua ketegori buku ini berbeza. 

Menulis buku untuk bacaan golongan dami dan idiot adalah lebih sukar daripada biasa.

Buku-buku Islam untuk si dami tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan Arab, walaupun sesetengah perkataan Arab itu bunyinya macam sudah diketahui oleh semua orang. Sebagai contoh, perkataan solat dan solehah adalah sangat kerap digunakan, tetapi bagi si dami-Islam, mereka tidak tahu makna perkataan-perkataan itu. Maka digunakan perkataan sembahyang dan baik sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 28, 2009

Apabila Lori Kargo Tidak Berjalan 10 Hari….

PTS menggunakan perkhidmatan lori transport (lori kargo) bagi menghantar buku-buku ke kedai-kedai buku di seluruh negara.

Apabila tiba musim cuti raya nanti, semua lori kargo tidak dibenarkan bergerak di atas jalanraya utama di seluruh negara selama 10 hari bagi mengurangkan kesesakan jalanraya oleh kenderaan rakyat balik kampung.

Peraturan itu menyebabkan orang bisnes huru-hara bekerja, kerana ia bermakna semua kargo mesti dihantar ke pusat kutipan kargo sebelum drebar-drebar lori transport bercuti.

Bagi syarikat penerbitan buku seperti PTS, apabila tiba musim raya, orang mahu membeli buku-buku yang sesuai dengan mood berpesta. Jadi, buku mood raya mesti sudah ada dalam kedai buku sebelum cuti raya bermula.

Pada saat ini kerja-kerja di jabatan editorial sangat berat saat ini disebabkan proses menerbitkan buku adalah sangat rumit. Baik para editor, ilustrator, mahupun cover designer, semuanya terpaksa melipat-gandakan produktiviti sebelum bulan puasa lagi.

Tarikh terakhir buku mesti dihantar ke kilang percetakan adalah 15 Ogos 2009. Jika tidak, kilang cetak tidak berani menjamin buku-buku siap dicetak sebelum 31 Ogos.

Apabila buku-buku siap dicetak, bermulalah kerja-kerja packing dan shipment dalam warehouse PTS. Inilah kerja yang paling 'berat' - betul-betul berat kerana berpuluh-puluh tan kotak buku mesti diangkat, disusun, dibungkus, dan dinaikkan ke atas lori bagi dihantar ke depot syarikat transport yang akan menghantar ke semua kedai buku di seluruh negara.

Seminggu sebelum lori bercuti, semua 40 orang pegawai di jabatan editorial PTS akan turun pangkat, dari pangkat eksekutif kepada pekerja warehouse, membantu kerja-kerja packing yang berpuluh-puluh tan sehari, yang tidak mampu digalas oleh 15 orang pekerja warehouse yang ada.

Pada waktu itu, tidak ada kekecualian, dari Presiden PTS, ke Pengurus Besar, ke Pengurus anak-anak syarikat, editor kanan, dan editor, semuanya turun dan menyingsingkan lengan baju membantu jabatan sales.

Kerja packing adalah kerja yang berat dan rumit. Tidak ada 2 kotak buku yang isinya serupa, sebab setiap kedai buku membuat pesanan yang berbeza-beza. Kedai-kedai buku sangat marah jikalau buku yang salah yang dimasukkan ke dalam kotak mereka kerana ia menjejaskan jualan mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Bagaimana dan Mengapa Kaum Bangsawan Melayu Mengkhianati Bahasa Melayu

OLEH Hasmi bin Hashim

Bahasa Melayu bukan bahasa kelas bangsawan. Mereka akan sentiasa mencari sesuatu yang eksklusif, bukan inklusif; mencari ciri yang istimewa untuk diri mereka, dengan meninggalkan ciri yang ramai.

Hanya dengan itu, maka mereka kekal sebagai kelas bangsawan.

Saya merumuskan begitu. Sebabnya? Sebab kelas bangsawan tidak akan pernah berani bersaing di gelanggang terbuka. Demikian mereka merebut segala bentuk “dasar perlindungan”, untuk melindungi diri mereka. Bukan untuk melindungi rakyat jelata. Dan rakyat, selamanya akan kepanasan.

Kata WS Rendra dalam sebuah sajaknya yang utama, “Sajak Orang Kepanasan” yang tidak lain dihalakan kepada kelas berkenaan:

Karena kami kucel
Dan kamu gemerlapan
Karena kami sumpeg
Dan kamu mengunci pintu
Maka kami mencurigaimu

Apa itu yang saya maksudkan sebagai “dasar perlindungan.” Ada. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB), adalah dasar perlindungan. Lihat sahaja bagaimana para pembesar dan anak-anak mereka, dan menantu mereka beriya-iya melalak dan mahu DEB dipertahan.

Bukan untuk rakyat, sementara mereka tahu, keuntungan yang jauh lebih besar adalah untuk diri mereka sendiri–kalau boleh, mereka mahu meletakkan diri di atas segala undang-undang. Kalau boleh di atas Perlembagaan sekalipun.

Bangsawan, secara fitnah dan resamnya, tidak pernah, dan tidak akan berani. Ketidakberanian mereka itu, adalah karena kebangsawanan mereka itu, mereka warisi. Bukan dari kebijaksanaan mereka sendiri.

Sabtu sudah, saya berkesempatan berceramah dengan Sastewaran Negara, A Samad Said. Di kampung saya. Di Semerah, Johor.

Antara yang dikupas Pak Samad adalah, saya rumuskan, seperti yang saya rumuskan di atas– Bahasa Melayu adalah bukan bahasa golongan bangsawan feudal… kaum yang memiliki kekayaan, dan kedudukan tinggi di dalam pemerintahan, adalah karena ‘mewarisi’.

Perdana Menteri ke-6, sekarang, antara contoh jelas. Dia tidak akan melakukan kerja lain, selain sebagai orang politik, sepertimana bapanya, Tun Razak Hussein. Lihat sahaja bagaimana anak bekas PM-4, juga sedang meniti tangga politik dan mati-matian mempertahan dasar PPSMI yang diperkenal dan ‘diperturunkan’ oleh bapanya, Tun Dr Mahathir.

Ketua Pemuda Umno, anak seorang bekas duta; menantu PM ke-5… juga bangsawan yang punya nafsu politik bukan kepalang.

Kata Rendra lagi, dalam sajak yang sama:

Karena kami dibungkam
Dan kamu ncoros bicara
Karena kami diancam
Dan kamu memaksakan kekuasaan
Maka kami bilang TIDAK kepadamu

Apakah mereka peduli dengan “harga diri” dan maruah Bahasa Melayu? Tidak-tidak-tidak!

Seandainya orang Melayu seluruhnya bertutur di dalam bahasa Inggeris, ‘cair’ dan lancar, percayalah, kaum bangsawan ini akan mencari jalan untuk bertutur di dalam bahasa lain, selain daripada bahasa Inggeris. Mungkin waktu itu mereka akan bertutur di dalam bahasa Perancis, atau Jepun, atau Arab… tak mustahil di dalam bahasa Jawa kalau bahasa Jawa dilihat sebagai bahasa yang boleh menunjukkan mereka adalah kelas tersendiri: kelas bangsawan.

Saya agak terkejut apabila Pak Samad membawakan kenyataan kelas sebagai antara hujah mengapa bahasa Melayu dikhianati, bukan oleh orang asing, tetapi oleh pemimpin Melayu itu sendiri. Kenyataan ini adalah kenyataan besar, yang selain lama cuba disembunyikan.

Bangsawan Melayu itu, tidak lain adalah bangsawan feudal. Bangsawan lapuk. Bukan satu kelompok manusia yang gigih dengan perjuangan untuk hidup. Yang akhirnya berjaya. Bangsawan Melayu itu (juga bangsawan Cina dan India, yang lahir daripada kurniaan DEB) tidak pernah ada ketrampilan cediakawan di dalam diri mereka.

Perhatikan sahaja rumah mereka, yang barangkali berjuta, atau puluh juta ringgit, tidak ada perpustakaan walaupun sekecil tandas. Buku adalah perkara yang terakhir yang mereka fikirkan. Atau tidak fikirkan langsung.

Yang pertama bermain di dalam kepala mereka, adalah pakaian. Sudah tentu dengan jenama yang tiada tara. Jam tangan, kasut, kereta. Kemudian baru sukan atau gaya hidup yang perlu meyakinkan diri mereka sendiri bahawa mereka adalah bangsawan.

Rakyat bukan mereka. Mereka bukan sebahagian daripada rakyat. Rakyat bagi mereka boleh dibeli. Boleh diumpan. Boleh diikat hidungnya. Terutama dengan janji-janji pembangunan, dan wang ringgit.

Betapa jeleknya golongan bangsawan ini, seperti yang pernah saya saksikan sendiri, bagaimana misalnya anak-anak mereka pun dilarang untuk berkahwin dengan anak orang kebanyakan. Tidak boleh! Haram! Walaupun pencapaian anak orang bawahan itu, sesungguhnya jauh lebih baik daripada apa yang dicapai oleh anak-anak golongan bangsawan.

Kembali kepada mauduk dan persoalan bahasa, kaum elit dan bangsawan ini, tidak pernah peduli dengan bahasa Melayu… yang sekonyong-konyong mereka anggap sebagai “bahasa kampungan.” Betapa butanya mereka bahawa semua bahasa ada bahasa pasarnya sendiri, dan ada juga bahasa kelas tingginya sendiri.

Pengkhianatan terhadap bahasa ibuanda kita, bahasa Melayu, jelas nyata dilakukan oleh elit-bangsawan ini. Dan merekalah yang harus kita sasarkan serangan.

Sementara kita tahu besar, mereka akan mendirikan tembok dan perisai di kalangan rakyat biasa… yang belum punya kesedaran untuk membebaskan diri daripada janji manis, daripada umpan wang ringgit yang tak seberapa, dan daripada sistem feudal yang dipaksakan agar rakyat percaya dengan penuh yakin.

Karena kami arus air kali
Dan kamu batu tanpa hati
Maka air akan mengikis batu
.

Penentangan terhadap kelompok kecil ini, adalah penentangan terhadap feudalisme itu sendiri. Bukankah itu antara maknanya reformasi?

Baca tulisan asal di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Kisah Bagaimana PTS Memperoleh Pembiayaan Membeli Bangunannya

Di kalangan orang-orang yang tidak tahu selok-belok dan tendang terajang dunia bisnes, mereka percaya orang bisnes mesti menunjukkan bukti-bukti bahawa bisnes mereka berjaya dengan membeli kereta mewah dan tinggal dalam rumah besar, jikalau tidak, susah mereka hendak menjalankan bisnes mereka sebab kononnya nanti orang tidak percaya mereka banyak duit. Begitulah salahnya sangkaan orang-orang yang duduk di luar dunia bisnes!

Dalam dunia bisnes yang sebenar, bukti terbaik kejayaan bisnes seseorang bukannya kereta mewah dan rumah besar, tetapi keyakinan bank. Bank tidak peduli kereta apa yang kita pandu, dan bank tidak peduli mahu melihat gambar-gambar rumah besar kita.

Bukti terbaik kejayaan bisnes seseorang itu adalah keyakinan bank-bank Cina dan bank Yahudi kepada syarikat mereka, kerana bank-bank Cina dan Yahudi hanya memberikan pinjaman dan kemudahan kepada syarikat yang memenuhi kriteria yang sangat ketat.

Di Malaysia, bank Cina yang paling baik reputasi dan prestasinya adalah Public Bank. Adalah sangat sukar mendapatkan dukungan Public Bank disebabkan kriteria pinjaman bank itu terkenal amat ketat. Itulah sebabnya sangat sedikit syarikat Melayu yang mempunyai akaun di Public Bank.

Bank-bank Malaysia yang mempunyai link dengan kerajaan tidak menggunakan kriteria ketat semasa meluluskan pinjaman. Syarikat Melayu yang sap-sap-soi pun boleh diberi panjaman besar, malah berjuta-juta.

PTS pernah menghantar permohonan bagi mendapatkan kemudahan dari sebuah bank tempatan yang besar dan ternama. Salah satu dokumen yang diminta oleh pegawai bank itu adalah surat tawaran kontrak kerajaan kepada PTS. Disebabkan PTS tidak masuk kontrak kerajaan, maka permohonan PTS ditolak mentah-mentah, padahal PTS membekalkan laporan akaun bank PTS selama 6 bulan yang menunjukkan bisnes PTS sangat aktif dan sihat.

PTS kemudian cuba memohon pinjaman daripada bank Cina bagi membeli bangunannya. Pengurus Cawangan bank itu diam-diam datang sendiri lalu berdiri di depan pintu setor PTS selama 10 minit, matanya tajam memerhatikan aktiviti yang sedang berlaku di dalam setor PTS. (Petugas-petugas setor PTS menyangka lelaki Cina itu adalah pegawai dari syarikat percetakan, lalu mereka pun tidak ambil pusing dan terus sibuk menjalankan kerja-kerja packing, setakat bertanya-tanya dalam hati apa yang dibuat oleh lelaki itu berdiri lama di situ!)

Hanya selepas beliau berpuas hati melihat dengan mata kepalanya sendiri inventori, jumlah pekerja setor PTS dan kesibukan mereka, barulah beliau membuat temu janji dengan CEO PTS bagi merundingkan permohonan pinjaman itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 27, 2009

Tip Survival Penerbit: Strategi PTS Mengutip Hutang

Banyak penerbit telah tutup bisnes, bukan disebabkan buku-buku yang mereka terbitkan tidak laku, tetapi disebabkan buku-buku mereka sangat laku tetapi hutang tidak dapat dikutip.

Hutang penerbit dapat dikumpulkan ke dalam 4 kategori:

(i) Hutang semasa yang belum matang: Semua agen PTS diberi tempoh kredit 3 bulan. Buku yang laku dijual dalam tempoh itu akan dibayar hutangnya, manakala buku yang tidak laku dipulangkan ke setor PTS.

(ii) Hutang matang semasa: Hutang yang sudah sampai tempoh kreditnya, oleh itu mesti dikutip tepat pada masanya. 

(iii) Hutang matang tertunggak: Hutang ini masih belum dibayar walaupun tempoh kreditnya sudah tamat. Sesetengah agen sengaja melambat-lambatkan membayar hutang, ataupun membayar secara berdikit-dikit. Hutang jenis inilah yang menyebabkan aliran tunai kita tercekik. Jika masalah ini berpanjangan ia menyebabkan kita gulung tikar.

(iv) Hutang lapuk: Hutang yang tidak dapat dikutip disebabkan faktor-faktor seperti, (a) Berlaku kematian pemilik kedai, ataupun (b) Kedai buku itu sudah bangkrap (c) Kedai itu terletak terlalu jauh sehingga kos mengutip hutang lebih banyak daripada hutang yang hendak dikutip, (d) dan lain-lain.

Di PTS, pada saat artikel ini ditulis, jumlah semua jenis hutang yang perlu dikutip daripada agen-agen, pengedar dan kedai-kedai buku di seluruh negara adalah lebih sedikit RM8 juta. Daripada jumlah itu sekitar RM4 juta (50%) adalah hutang matang semasa (kategori ii), dan RM4 juta (50%) hutang matang tertunggak (kategor iii).

Pada tahun 2006, keadaan itu lebih buruk, yakni (60% - 40%), dan ia sangat membahayakan aliran wang tunai syarikat. 

Walaupun nisbah itu sudah bertambah baik, yakni 50-50, tetapi keadaan ini tidak cukup sihat bagi pengurusan PTS, dan banyak langkah sedang dilaksanakan bagi memperbaiki keadaan ini.

Langkah utama yang diambil adalah menambah jumlah pegawai sales.

Jika jumlah pegawai sales tidak banyak, mereka terburu-buru pergi dari satu kedai ke satu kedai bagi menyemak stok buku dan mengambil pesanan baru. Akibatnya mereka tidak mempunyai masa menjalin hubungan baik dengan pengurus kedai.

Walaupun tugas mengutip hutang adalah tugas pegawai credit controller, tetapi dengan lebih banyak pegawai sales, mereka mempunyai masa menjalin hubungan baik dengan pengurus kedai-kedai buku, seperti duduk minum kopi ataupun makan malam dengan mereka, di mana sambil minum-minum kopi mereka dapat berbincang tentang bisnes sambil mengingatkan pengurus kedai supaya menghantar cek hutang.

Dalam sistem pengurusan tradisional, kerja-kerja mengutip hutang adalah tugas pegawai credit controller, manakala tugas pegawai sales adalah menjual sahaja. Itulah sebabnya pegawai jualan tidak ambil pusing berapa hutang agen, pengedar dan pekedai kerana komisen pegawai sales dikira berdasarkan nilai jualan yang mereka capai.

Di PTS, sistem komisen PTS berbeza.

(i) Pertama, komisen jualan buku-buku PTS dikongsi oleh SEMUA anggota TimPTS yang sudah tetap jawatannya, bukan hanya dikongsi oleh pegawai jabatan sales sahaja.

(ii) Kedua, komisen dibayar berdasarkan jumlah hutang yang berjaya dikutip bagi bulan tersebut. Ini bermakna semakin banyak hutang yang dapat dikutip, semakin banyak komisen yang dibayar kepada semua TimPTS.

Sistem perkongsian komisen yang diamalkan di PTS itu mendorong semua anggota TimPTS tolong-menolong membantu tugas pegawai credit controller mengutip hutang. Yang paling kuat membantu adalah pegawai-pegawai sales, di mana setiap kali mereka keluar melawat kedai-kedai buku, mereka mengambil masa bagi menjalin hubungan baik dengan pengurus kedai dan mengingatkan mereka supaya tidak melambat-lambatkan menghantar cek ke PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Sumber-sumber Kewangan Penerbit Buku

Sebagai penerbit buku, PTS beroperasi dengan menggunakan duit-duit 5 pihak utama seperti berikut:

(i) Duit modal yang dikeluarkan oleh ahli-ahli lembaga pengarah, yang disebut dengan istilah 'modal berbayar'. (Pada hari ini modal berbayar PTS adalah RM1.5 juta dan akan dinaikkan menjadi RM3 juta pada tahun 2010).

(ii) Duit syarikat-syarikat pencetak yang memberi kredit selama 90 hari. (Pada masa ini hutang PTS kepada syarikat-syarikat pencetak adalah RM3 juta.)

(iii) Duit bank-bank yang memberikan kemudahan hutang (bank facility) khusus bagi membayar pencetak. (Bank membayarkan hutang-hutang PTS kepada pencetak, dan PTS membayar hutang bank.)

(iv) Duit bank-bank yang digunakan bagi membeli bangunan PTS di Dolomite Industrial Park, Batu Caves, Kuala Lumpur. (Nilai hutang pembelian bangunan PTS adalah RM5.7 juta.)

(v) Ada satu lagi pihak yang 'meminjamkan' wang mereka kepada PTS. Mereka adalah penulis-penulis PTS, iaitu melalui wang pembayaran royalti yang tertangguh, kerana royalti dibayar sekali setahun. Ertinya, wang royalti penulis-penulis PTS digunakan bagi mengulangcetak dan menerbitkan buku-buku baru, sehingga tiba tempohnya apabila royalti dikira dan dibayarkan kepada penulis.

Terakhir adalah duit daripada keuntungan jualan buku-buku terbitan PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Poster Kempen Promosi Buku-buku Agama PTS

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 26, 2009

Tip Survival Penerbit Buku: Jaga Hutang, Jaga Hutang, Jaga Hutang….

Selama 9 tahun PTS beroperasi, jumlah hutang dari kedai-kedai buku indie yang gagal dikutip dan sudah menjadi hutang lapuk adalah lebih RM400 ribu, yakni hampir setengah juta ringgit!

Banyak penerbit gagal bertahan bukan disebabkan buku-buku mereka tidak laku, tetapi disebabkan mereka gagal mengutip hutang. Jadi, buku laku, setor kosong, tetapi duit dalam bank pun kosong. Jikalau anggota lembaga pengarah PTS tidak cukup kuat mengepam duit baru bagi dijadikan modal tambahan, sudah lama PTS gulung tikar.

Di PTS, kita mempunyai 2 orang pegawai pengawal kredit (credit controller) yang tiap-tiap hari kerjanya adalah mengutip hutang yang sudah matang tempoh kreditnya. Mereka adalah Puan Khalilah Mad dan Puan Halimahton Abd. Rahman.

PTS sedang dalam proses mengambil seorang lagi pegawai bagi meningkatkan kecekapan kerja-kerja mengutip hutang.

Tugas mengutip hutang adalah amat mudah bagi pelanggan korporat seperti MPH, Popular dan Kinokuniya. Yang menjadi sukar adalah mengutip hutang daripada kedai-kedai buku indie, disebabkan mereka cenderung membayar secara berdikit-dikit. Istilah yang digunakan adalah mereka akan 'tarik' hutang kita selama tempoh yang boleh.

Tidak semua agen dan kedai buku indie suka menarik hutang kita lama-lama. Dalam senarai pelanggan PTS ada beberapa kedai yang sangat elok disiplin membayar hutangnya, seperti syarikat Badan Cemerlang, Pustaka Azhar dan kiosk buku Sabar RM di Bangi.

Beberapa faktor yang mendorong agen-agen pengedar dan kedai-kedai liat membayar hutang adalah:

(i) Duit kita itu digunakan untuk urusan bisnes rutin, seperti membayar sewa, gaji dll.

(ii) Duit kita itu disimpan dalam bank, dengan itu mereka sempat mendapat bunga lebih banyak daripada bank.

(iii) Mereka belum dapat mengutip hutang daripada peruncit yang mengambil bekalan buku daripada mereka.

(iv) Duit kita digunakan bagi urusan bukan bisnes, seperti membeli kereta mewah, bercuti ke luar negara, membesarkan rumah, kahwin lain dll.

Walaupun hutang buku belum dikutip, namun apabila penerbit mengira royalti penulis, royalti mesti dibayar, sebab buku-buku itu dikira sebagai sudah 'dijual' apabila ia keluar dari setor penerbit. Isu hutang gagal dikutip adalah masalah penerbit, bukan masalah penulis.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Terbaru dari PTS: Novel Sejarah “Mat Kilau” bagi Menyambut Bulan Merdeka

Setiap tahun, sebelum tiba bulan Ogos, para penerbit akan mengeluarkan dan menghantar ke kedai-kedai buku judul-judul yang sesuai dengan tema merdeka.

Termasuk dalam tema merdeka adalah buku-buku sejarah.

Kedai-kedai buku memang mahukan judul-judul tema merdeka kerana memang jualan buku-buku itu bagus sepanjang bulan Ogos setiap tahun.

Justeru, pada bulan Julai semua judul tema merdeka yang sudah habis dalam setor akan diulangcetak, supaya buku-buku itu dapat dihantar ke kedai-kedai buku sebelum 1 Ogos.

PTS mempunyai judul-judul tema merdeka dan sejarah Tanah Melayu yang sesuai dipromosikan sepanjang bulan Ogos.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS akan Mula Mengiklankan Buku-Bukunya dalam Akhbar Cina

Tn. Arief Rahmat, Presiden PTS, memberitahu bahawa mulai tahun 2010 PTS akan mula membeli ruang iklan dalam akhbar Cina bagi mempromosi buku-buku terbitan PTS.

Buku-buku yang dipilih adalah fiksyen kanak-kanak dan remaja PTS. Pilihan itu adalah berdasarkan kesesuaian kategori tersebut sebagai alat bantu pelajar-pelajar Cina memperbaiki prestasi peperiksaan mereka dalam subjek Bahasa Melayu.

Buku-buku PTS menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan mematuhi sistem ejaan dan tatabahasa yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

PTS ONE Sdn. Bhd. yang menerbitkan sastera remaja kini sedang menyediakan buku-buku fiksyen yang syariah-compliant, tetapi pada waktu yang sama ia tetap sesuai dipromosikan kepada kanak-kanak dan remaja Cina.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 25, 2009

Novel Dakwah yang Berlatar Belakang Cinta Remaja Kampung

Novel Hanya Tuhan Yang Tahu ini telah dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bagi dibekalkan kepada semua perpustaan awam di seluruh negara.

Dipetik dari resensi buku Berita Harian:

TEBAKAN awal bahawa Hanya Tuhan Yang Tahu karya A Razak Adam sebagai satu lagi klise dalam novel cinta remaja yang membanjiri pasaran buku tanah air ternyata silap terbukti silap apabila penulis membaca karya pengarang yang juga seorang guru.

Novel pengarang lelaki ini, nyata berbeza apabila A Razak mengetengahkan konsep cinta remaja berteraskan Islam pada setiap watak, sekali gus mempengaruhi minda pembaca remaja bahawa tidak semua kisah cinta berlangsung dalam suasana penuh romantis.

Sazali yang menjadi penggerak utama novel ini ditampilkan sebagai lelaki yang tahu menghormati orang lain dan terkenal di kampungnya kerana budi bahasanya dan kelebihannya itu, menjadikan beliau istimewa berbanding remaja lelaki seusianya yang lazimnya kurang dalam aspek terbabit.

Sungguhpun begitu, Sazali tidak pernah memandang rendah kepada rakan sebayanya seperti Rizal yang terkenal dengan sifat gopohnya, Baharuddin (kasar), Ramlan (panas baran) dan juga Ah Seng, rakan Cina, tetapi berminat dengan Islam.

Segala pertanyaan mengenai Islam yang diajukan Ah Seng cuba dijawab Sazali dengan tenang sedaya mungkin selain pemuda itu sering menasihati rakan sepermainannya yang lain dengan harapan mereka akan mendekati Islam dengan penuh makna.

Foto di bawah menunjukkan novelis A. Razak Adam di sebuah sesi promosi novel beliau.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Mengamalkan Bisnes Bebas-Rasuah

Sejak hari pertama PTS beroperasi pada tahun 2000, ia sudah mengamalkan bisnes bebas-rasuah.

Banyak orang Melayu tidak percaya bahawa orang bisnes dapat bertahan begitu lama tanpa mahu terlibat dengan rasuah, walaupun RM1.00, apatah lagi jika bisnesman itu orang Melayu. Mereka percaya, jika bisnes itu bisnes kecil-kecilan macam kedai gunting rambut dan cuci kereta, ya, memang bisnes begitu dapat dijalankan secara bebas-rasuah, tetapi jika nilai bisnes itu berpuluh juta ringgit setahun, mereka tidak percaya itu dapat dilakukan.

Pada hari ini nilai pasaran buku-buku PTS sudah hampir RM30 juta setahun. Lebih 90% buku-buku PTS dijual dalam kedai-kedai buku di seluruh negara, termasuk Indonesia, Brunei dan Singapura. Kurang 10% lagi dijual kepada kontraktor-kontraktor buku yang mendapat tender kerajaan. PTS sendiri tidak masuk sebarang tender kerajaan.

Ada 2 sebab PTS tidak masuk tender kerajaan meskipun PTS memiliki sijil Kementerian Kewangan:

(i) Pertama, PTS mahu memastikan perniagaannya kekal bebas-rasuah, baik rasuah yang terang dan nyata mahupun rasuah yang samar-samar.

(ii) Kedua, PTS tidak mahu menikam agen-agennya sendiri dari belakang. Ini disebabkan banyak syarikat pengedar buku dan kedai-kedai buku yang menjual buku-buku PTS adalah juga kontraktor buku yang masuk tender kerajaan.

PTS tidak mahu bersaing dengan agen-agennya sendiri. Biar mereka mendapat kontrak, PTS akan menjual buku-bukunya kepada mereka dengan diskaun biasa, sesuai dengan prinsip PTS: "Cari makan sama-sama, makan pun sama-sama. Biar dapat sedikit seorang, yang penting semua orang merasa."

Disebabkan PTS bebas-rasuah, banyak pihak suka berurusan dengan PTS, kerana semuanya telus. Baik kontraktor buku, pencetak, pengedar, pekedai buku, penulis, penterjemah, ilustrator dan lain-lain supplier, semuanya tahu tidak ada urusan-bawah-meja dengan PTS.

Tanpa rasuah, bisnes dengan PTS menjadi murah, tidak perlu hulur-sana-hulur-sini apabila berurusan dengan pegawai-pegawai PTS. Semua supplier PTS (pencetak, penulis, penterjemah, ilustrator) tahu bahawa kualiti kerja merekalah yang menentukan apakah mereka dapat terus menjadi pembekal PTS ataupun tidak. Inilah faktor yang menyebabkan buku-buku PTS terkenal cantik dan bagus isi kandungannya, makanya buku-buku PTS laris terjual di kedai-kedai buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Panduan Hidup sebagai Penterjemah Sepenuh Masa

Saya kenal beberapa orang yang hidup sebagai penterjemah sepenuh masa. Mereka adalah pemegang ijazah belaka. Mereka bukan pesara. Salah seorang daripada mereka adalah seorang jurutera.

Sebagai penterjemah, pendapatan mereka datang daripada beberapa sumber:

(i) Mereka mempunyai satu senarai klien korporat yang dari waktu ke waktu menggunakan perkhidmatan mereka. Bahan-bahan korporat adalah panjang-panjang, bayarannya bagus tetapi sangat menekan dari segi jadual kerja. Kebanyakan bahan jenis ini adalah sangat teknikal. Bagi menterjemah bahan-bahan korporat mereka mengenakan bayaran lump-sum.

(ii) Mereka menterjemah dokumen-dokumen kecil daripada syarikat-syarikat kecil. Dokumen jenis ini paling bagus margin keuntungannya dan dapat disiapkan dengan pantas, tetapi ceknya kecil-kecil.

(iv) Bagi pelaburan jangka panjang, mereka menterjemah karya sastera dan buku-buku evergreen untuk penerbit yang kredibel dengan bayaran secara royalti. Setiap tahun mereka menterjemah 2 atau 3 buah buku.

Salah seorang daripada penterjemah yang saya kenal itu adalah seorang Cina, kini berusia 37 tahun. Dengan pendapatannya sebagai penterjemah, beliau sudah membeli 7 buah rumah teres dan sebuah banglo. Beliau hanya menterjemah daripada bahasa Melayu-Mandarin-Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 24, 2009

80 Sen pun Tidak Boleh Kurang

Di kalangan orang Melayu yang menjadi pembeli buku-buku Inggeris, mereka membayar harga buku yang dibeli tanpa rasa marah ataupun kecewa, meskipun harga buku-buku Inggeris mahal-mahal belaka.

Tingkah laku seperti di bawah mungkin tidak pernah berlaku di kalangan pembeli buku-buku Inggeris.

Pada suatu pesta buku, seorang ibu dan anak lelakinya yang berusia sekitar 11 tahun, datang ke booth PTS. Anak lelakinya memilih beberapa buku yang diminatinya.

“RM68.80 sen,” kata pegawai PTS yang bertugas menjaga mesin kashier.

“80 sen pun tak boleh kurang!” kata si ibu lalu mencampakkan wang syiling 80 sen ke atas meja kaunter, disaksikan pembeli-pembeli lain yang menunggu giliran membayar.

Selepas si ibu melangkah pergi, anak lelakinya berpatah balik ke belakang.

“Maaf, kak, ya! Maaf, kak, ya!” kata kanak-kanak itu, sambil menunduk-nundukkan kepalanya, kepada gadis mesin kashier yang masih terpinga-pinga.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Duit Raya: PTS Sudah Bersiap-siap Buat Duit

Apabila tiba Hari Raya Aidilfitri, kanak-kanak dan remaja akan mendapat banyak duit raya.

Orang bisnes sudah bersiap-siap dari sekarang dengan pelbagai produk dan strategi bagaimana hendak memujuk kanak-kanak dan remaja supaya membelanjakan duit raya mereka dengan cara yang menguntungkan bisnes masing-masing!

Bagi PTS sendiri, cara mendapatkan duit raya kanak-kanak dan remaja sudah tentulah dengan menerbitkan dan menjual buku-buku yang diminati oleh kanak-kanak dan remaja.

Semua anak syarikat PTS sedang bekerja keras menyiapkan buku-buku itu supaya dapat dihantar ke semua kedai buku di seluruh negara sebelum cuti raya bermula.

Otak orang bisnes memang tidak pernah kering dengan pelbagai idea....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

SABTU 1 Ogos 2 petang di Masjid Negara, Masjid Jamek dan Sogo

 

 

 

 

 

 

 

 

Blog ini menyokong perjuangan menentang ISA yang sudah banyak menzalimi kaum penulis. Oleh itu Chairman PTS, yang juga seorang penulis akan ikut berada bersama-sama penentang ISA.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 23, 2009

Penterjemah Buku Berhak Memiliki Harta Inteleknya

PTS menawarkan 2 pilihan kepada para penterjemahnya:

(i) Dibayar lump-sum, yakni dibayar tunai sekali sahaja sebaik-baik siap menterjemah dan kualiti terjemahannya diterima oleh PTS, ataupun,

(ii) Dibayar secara royalti.

Banyak penterjemah hidup macam peniaga mee goreng -- sekali dia menggoreng mee, sekali dia dapat makan, akibatnya apabila dia berhenti menggoreng, dia berhenti makan. Sekali dia bekerja, sekali dia makan. Begitulah nasib majoriti penterjemah di negara kita ini.

Organisasi penterjemahan milik kerajaan seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) pun melayan penterjemahnya seperti penggoreng mee. Meskipun ITNM menawarkan kadar bayaran khidmat terjemahan yang tinggi, tetapi syarikat kerajaan itu tidak memberi pilihan kepada penterjemahnya.

Seperti si penggoreng mee itu, bagi majoriti penterjemah, sampai rambut penuh uban di kepala, kalau dia perlukan wang, dia terpaksa menterjemah, tidak seperti bagaimana kehidupan pencipta dan komposer lagu yang dapat melakukan kerjanya sekali tetapi dia dapat makan berkali-kali.

Penterjemah mempunyai hak hidup selesa dengan memiliki harta intelek. Penterjemah boleh memilih hidup macam M. Nasir -- sekali beliau mencipta lagu -- sampai bila-bila dia dapat makan, tidak pedulilah siapa yang memainkan ataupun menyanyikan lagu ciptaannya itu, dia tetap mendapat royaltinya.

Apakah jenis-jenis karya terjemahan yang dapat menjadi harta intelek kepada penterjemah?

Semua karya yang evergreen boleh menjadi harta intelek penterjemah. Syaratnya, jangan jual hakcipta terjemahan saudara itu. Jangan mahu dibayar kontan. Sebagai contoh, jangan mahu dibayar RM3 ribu bagi menterjemahkan sebuah novel. Pilih sistem royalti. Selagi novel itu diulangcetak, selagi itu penterjemah menerima royaltinya.

Banyak buku adalah evergreen. Percayalah, lazimnya apabila penerbit memilih judul bagi diterjemahkan, penerbit itu memilih judul yang berpotensi diulangcetak berkali-kali.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Bagaimana Pengarang-bersama PTS Berkongsi Royalti

Apabila 2 ataupun beberapa orang penulis menghasilkan sebuah buku, mereka nakan berkongsi royalti hasil jualan buku itu.

Di PTS, ada beberapa cara bagaimana royalti dibahagi-bahagikan antara pengarang-bersama:

(i) Semua penulis berpakat dan bersetuju formula pembahagian royalti mereka, dan PTS ikut sahaja. Lazimnya penulis tidak selesa dengan cara ini sebab mereka malu hendak bercakap terus terang tentang duit dengan rakan penulis!

(ii) PTS akan menilai sumbangan setiap penulis dan mencadangkan formula pembahagian royalti yang adil berdasarkan sumbangan masing-masing. Lazimnya inilah yang berlaku di PTS.

(iii) PTS mencadangkan formula yang adil, tetapi ada penulis dengan rela hati memberikan lebih bahagiannya kepada rakan penulisnya. Katakanlah, PTS mencadangkan 50%-50%, tetapi ada penulis berasa dia cukup puas hati dengan 40% sahaja, maka diberikan tambahan 10 kepada rakannya.

Bilakah formula pembahagian itu ditetapkan? Lazimnya formula itu ditetapkan selepas selesai kerja penulisan, sebab pada waktu itu barulah dapat diketahui senang susah sumbangan masing-masing penulis.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 22, 2009

Berhentilah Menjadi Penulis Terkenal tetapi Tidak Menerima Banyak Royalti

Di persada dunia sastera negara kita, ada banyak penulis yang terkenal tetapi jualan karya-karya mereka tidak mencapai angka puluhan ribu naskhah, kerana itu pendapatan royalti mereka sangat tidak memuaskan hati mereka sendiri.

Dari satu sudut, seharusnya penulis yang terkenal juga memperoleh banyak royalti. Royalti yang tinggi banyak manfaatnya. Wang yang banyak sudah tentu memudahkan mereka berkarya lebih banyak, kerana wang itu dapat digunakan bagi menyelesaikan banyak urusan kehidupan sehari-harian.

Jika royalti masih berlebih, pengarang dapat membeli tiket penerbangan dan mengembara ke luar negara bagi mencari maklumat yang diperlukan untuk karya-karyanya yang akan datang.

Menulis adalah aktiviti bisnes. Ini realiti yang perlu diterima jika mahu menikmati kepuasan hidup sebagai penulis sepenuh masa.

Disebabkan menulis adalah aktiviti bisnes, justeru penulis perlu bekerja dengan sikap sebagai seorang bisnesman, yakni tidak boleh menulis dengan dorongan mencari kepuasan internal semata-mata, kecualilah jika penulis itu sudah mempunyai wang secukupnya lalu tidak memerlukan royalti lagi.

Salah satu strategi bisnes yang dapat dipraktikkan oleh penulis adalah membezakan antara:

(i) Karya yang ditulis demi mencari kepuasan dalaman, seperti kepuasan artistik dan kepuasan intelektual. Bagi karya jenis ini, penulis patut menggunakan namanya yang sudah menjadi terkenal itu, dan dihantar ke penerbit yang mampu menerbitkan karya-karya sastera yang sukar dijual.

(ii) Karya yang ditulis dengan ROI (return of investment) dalam kepala. Bagi karya jenis ini penulis menggunakan nama samaran (yang kemudian akan menjadi sangat terkenal juga), dan dihantar kepada penerbit yang pandai memasarkannya.

(iii) Karya sastera kanak-kanak dan remaja. Ini adalah genre yang sedang berkembang dengan menggebu-gebu.

Berpuluh-puluh penulis buku-buku dan novel popular kini menikmati royalti lebih RM50 ribu setahun. Ini berlaku apabila mereka bekerjasama dengan penerbit semasa merancang bagaimana menghasilkan judul-judul yang baik isi kandungannya serta dapat dijual dengan banyaknya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Diari Hidup Nabi Muhammad

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Maklumat Terkini tentang Projek Kota Buku

Projek Kota Buku sekarang sudah diambil alih oleh Majlis Kamajuan Buku Malaysia (MKBM). Majlis ini terletak dalam struktur Kementerian Palajaran.

Dalam keadaan sekarang projek Kota Buku tidak sepenting agenda nasional meletakkan semula status Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan negara.

Perkembangan industri buku berbahasa Melayu tidak memerlukan Kota Buku. Terbukti tanpa dukungan kerajaan, tanpa Kota Buku, industri buku Melayu sedang berkembang dengan menggebu-gebu semata-mata disebabkan faktor permintaan pasaran.

Yang sangat kritikal saat ini adalah menjadikan bahasa Melayu bahasa ilmu. Jangan lagi berulang isu buku Melayu tidak cukup judul maka bahasa Inggeris hendak dijadikan bahasa ilmu semula.

Bahasa Melayu memerlukan buku-buku, BUKAN memerlukan Kota Buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PPSMI: Mengapakan DBP Bisu?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah wira bahasa Melayu yang sejati. Dengan penuh keberanian beliau mengambil langkah menyediakan sebuah kertas kabinet yang penuh dengan fakta dan data tentang kegagaglan PPSMI, lalu beliau berjaya meyakinkan kabinet bahawa dasar PPSMI yang salah dan sangat merugikan negara itu perlu dimansuhkan.

Tetapi, semenjak PPSMI dimansuhkan, kita belum mendengar sebarang kenyataan sambutan daripada Dato' Termuzi, Ketua Pengarah DBP, sehingga kebungkemannya itu memberi gambaran bahawa bagi DBP seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku, sedangkan peristiwa pemansuhan PPSMI adalah sesuatu yang menggegarkan negara.

Demikian juga halnya dengan Dato' Johan Jaaffar, pengerusi ahli lembaga pengarah DBP. Beliau memang penyokong PPSMI, tetapi beliau wajib membezakan antara pendapat peribadi dan jawatan yang dipegangnya sebagai pengerusi lembaga pengarah DBP.

Dasar memansuhkan PPSMI adalah dasar kerajaan, maka ia hendaklah disambut dan dilaksanakan oleh semua organ kerajaan.

DBP selaku badan pengembangan bahasa Melayu seharusnya segera mengumumkan rancangan bagaimana ia akan melaksanakan dasar menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar ilmu sains dan matematik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 21, 2009

Jualan Novel Remaja dan Buku Agama akan Terus Meningkat

Tuan Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Sales PTS, memberitahu bahawa data-data jualan yang ada saat ini menunjukkan trend di mana permintaan untuk novel-novel remaja dan buku-buku agama akan terus meningkat sehingga hujung tahun 2009 dan melimpah ke tahun 2010.

Beliau membezakan antara buku cerita kanak-kanak (yang disebut readers) dan novel remaja.

Contoh novel kanak-kanak adalah siri Adam Kecil oleh Ashadi Zain dan Fred Suriya dan siri Penyiasat Ekstrovert oleh Mohd. Kholid Hamzah. Beliau meramalkan jualan buku kanak-kanak akan terus dalam keadaan 'normal'.

Namun beliau meramalkan novel remaja siri teenlit dan chicklit akan meningkat dengan sangat positif. Contoh novel teenlit adalah karya-karya Ain Maisarah.

Berkenaan buku-buku agama pula, beliau meramalkan buku-buku kategori 'Islam untuk Si Dami' akan terus meningkat dengan sangat positif juga.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Siri ‘Adam Kecil’ adalah Buku Sastera Kanak-kanak PTS Paling Berjaya dalam Pasaran

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Terbaru dari Ida Munira

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 20, 2009

RM500 Ribu Sebulan untuk Mencetak Buku-buku PTS

Tuan Fauzul Naim, Pengurus Besar (editorial) PTS, memberitahu bahawa pada masa ini setiap bulan kos mencetak buku-buku PTS adalah RM500 ribu. Jumlah itu adalah bagi mencetak judul-judul baru dan ulangcetak.

Menurut beliau, pada bulan Julai, PTS mencetak 27 judul baru dan 55 judul ulangcetak. Manakala pada bulan Jun, sebanyak 21 judul baru dan 58 judul ulangcetak telah dicetak.

Bajet percetakan PTS terdiri daripada (i) kos membeli kertas, dan (ii) kos upah mencetak kepada kilang percetakan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ahad 26 Julai 2009 Penulis PTS di Plaza Alam Sentral, Shah Alam

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sabtu 25 & 26 Julai 2009 Penulis PTS di IKANO Mutiara Damansara

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apabila POPULAR dan MUDA OSMAN Bersaing dalam KB Mall….

Ini maklumat yang mengejutkan kita di PTS.

Kota Baru Mall (KB Mall) adalah kompleks membeli-belah yang terbesar di bandar Kota Baru. Di dalam mall itu, syarikat kedai buku POPULAR dan syarikat MUDA OSMAN sama-sama membuka kedai. 

Yang luar biasanya, kedai buku POPULAR terletak betul-betul di hadapan pintu masuk kedai buku MUDA OSMAN.Jadi, bak kata orang, berlakulah apa yang disebut pintu-lawan-pintu.

PTS pula memang membekalkan buku kepada kedua-dua syarikat POPULAR dan MUDA OSMAN. 

Apa yang berlaku, jualan buku-buku PTS menunjukkan kenaikan, baik dalam kedai POPULAR mahupun dalam kedai MUDA OSMAN!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 19, 2009

Pengarang PTS Perlu Menentukan ‘positioning’ bagi Membantu Jabatan Marketing Mempromosi Mereka

Puan Nor Hazizam Abd. Rahman, Pengurus Jabatan Marketing PTS, memberitahu bahawa beliau menggunakan teori 'positioning' bagi mempromosi pengarang-pengarang PTS. Positioning atau 'duduk-letak' seseorang pengarang adalah sangat berguna apabila beliau hendak mempromosi seseorang pengarang.

Sebagai contoh, positioning Ain Maisarah adalah sebagai novelis remaja kategori teenlit. Positioning Abdul Latip Talib adalah sebagai novelis sejarah. Manakala positioning Dr. Danial Zainal Abidin adalah sebagai penulis Islam kontemporari.

Bagi menggunakan contoh dari penerbit lain, salah seorang novelis yang amat jelas positioningnya adalah Ramlee Awang Morshid di Alaf21. Beliau juga hanya menerbitkan karyanya dengan Alaf21.

Banyak pengarang PTS menulis dalam banyak kategori, oleh itu mereka mempunyai banyak judul. Salah satu kesan sampingannya adalah pengarang itu tidak mempunyai positioning. Tanpa positioning, maka Jabatan Marketing PTS tidak dapat menyediakan kempen khusus bagi mempromosi pengarang berkenaan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 18, 2009

PTS akan Membeli Bangunan Lagi

Lembaga Pengarah PTS bersetuju supaya PTS membeli sebuah lagi pintu kilang berderet bagi membesarkan ruang setornya, sebagai persiapan 450 jumlah judul baru yang akan dicetak pada tahun 2010.

Kali ini kilang yang yang dibeli itu berharga RM1. 7 juta, dan ia terletak di sebelah dinding kiri bangunan yang sedia ada.

Dengan pembelian ini maka PTS mempunyai 4 pintu kilang berderet di Dolomite Business Park, Batu Caves, Kuala Lumpur, dengan nilai semasa RM6.7 juta.

Selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, semua staf editorial PTS yang kini masih menyewa di Wangsa Melawati akan dapat berpindah ke ibu pejabat PTS di Batu Caves. Adalah dianggarkan pada hujung tahun 2009, jumlah staf PTS akan mencapai 100 orang.

Manakala, dari sudut jumlah judul yang terbitkan, pada hujung 2009, jumlah semua judul yang diterbitkan akan mencapai 2000 tajuk, dan ini memerlukan ruang setor yang lebih besar. 

Tambahan pula, dengan tertubuhnya Akademi Latihan Penerbitan PTS yang kini diketuai oleh Puan Nurulhilyati Abd. Halim, ruang juga diperlukan bagi bilik-bilik latihan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Menjalin Hubungan Positif dengan Media dari Tuan Roslan Isa (Eksekutif Media PTS)

Sebagai pengamal media, ataupun PR, kita sentiasa mengharap balasan yang positif daripada media. Apabila respons media yang diterima adalah tidak memuaskan, kita perlu menjawab dengan pihak pengurusan dan pelanggan. Saya belajar beberapa perkara penting dalam memikat hati media.

Mempunyai cerita yang menarik dan bagus

Apabila berada dalam keadaan membosankan, ia berbahaya bagi pengamal media. Cara berfikir yang berbeza dan kreatif diperlukan. Skil membayangkan diri adalah editor ataupun wartawan diperlukan. Fikir jika kita sebagai wartawan, adakah program itu berbaloi dan mempunyai nilai bagi dihadiri. Ia membantu dalam menyediakan kenyataan akhbar.

Mewujudkan hubungan professional yang tinggi

Mengurus kenyataan akhbar dengan menghantar emel kepada pihak media bagi rujukan awal mereka. Kemudian kita perlu menghubungi bagi mendapat maklum balas. Mereka akan gembira menjawab soalan kita. Namun jangan terus tanya. “Adakah pihak tuan akan mengulas program kami?” “Bila cerita ini akan keluar?” Mulakan dengan kata-kata yang memotivasi diri dan media yang dihubungi.

Semasa pertama kali berhubung boleh bertanya soalan itu, Cuma jangan diulang berkali-kali. Namun jika hubungan professional terjalin baik, urusan itu lebih mudah. Kita perlu menetapkan jadual setiap bulan seperti 2 ataupun 3 kali melawat media. Menjalinkan hubungan itu bukan sekadar suka-suka, tetapi lebih kepada konsep menang-menang.

Mempelbagai dan mengetahui saluran

Secara asasnya menghantar kenyataan media di akhbar ataupun majalah adalah cara tradisional yang perlu diteruskan. Namun kita perlu ingat media baru yang juga disukai dan dipraktikkan pihak media. Saluran kini juga terbuka melalui Facebook, Twitter, blogs, My-Space dan sebagainya.

Pengamal perlu mengetahui saluran yang perlu dijangkau. Pilihan daripada segi kekuatan, respons pembaca ataupun pendengar dan konsep yang bersesuaian dengan produk perlu diambil tahu. Urusan lebih mudah apabila kita paham kerja mereka dan mereka berasa mudah bekerja dengan kita.

Jangan tipu

Bersikap jujur dan penuh integriti mampu membantu anda dalam berurusan dengan media. Jangan terlampau ingin dapatkan pendedahan, segala fakta bernombor dan info diberi dalam kadar yang tidak munasabah. Ia menjatuhkan imej syarikat dan kepercayaan media kepada anda.

Merancang pelan media

Bagi setiap syarikat ataupun institusi pasti mempunyai pelbagai program, produk dan servis yang ditawarkan setiap bulan. Ada yang memang mempunyai nilai komersial, namun terlampau banyak juga menyusahkan media memandangkan nilai berita ataupun rencana itu. Pengamal perlu merancang produk itu bersesuaian dengan saluran yang bakal dipilih.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 17, 2009

Promosi Buku: Penulis Mesti Ambil Daya Usaha Sendiri dan Jangan Bergantung kepada Penerbit

Penerbit tidak dapat bergantung kepada kedai-kedai buku bagi mempromosi buku-buku terbitannya. Ini disebabkan kedai buku menjual beribu-ribu judul buku dan masing-masing kedai mempunyai fokus dan prioritinya sendiri.

Sebagai contoh, apabila tiba musim Krismas, kedai buku akan mempromosi buku-buku Kristian, buku-buku lain ditolak ke tepi-tepi, sebab memang jualan buku-buku Kristian tinggi pada waktu itu.

Kalau penerbit buku-buku Islam tidak mengambil inisiatif sendiri mempromosi buku-bukunya, habislah....

Demikianlah halnya dengan penulis. Penulis tidak dapat bergantung kepada penerbit bagi mempromosi buku masing-masing disebabkan penerbit mempunyai beratus-ratus penulis dan masing-masing penerbit mempunyai fokus dan prioritinya sendiri.

Sebagai contoh, apabila tiba bulan puasa, penerbit akan mempromosi buku-buku agama dan buku resipi, buku-buku lain ditolak ke tepi-tepi buat sementara waktu.

Inilah sebabnya penulis perlu menggunakan internet bagi mempromosi buku-buku sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Terbaru Dari PTS Buku ‘Berubat dengan Solat’

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Terbaru Dari PTS: Komik-M

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Mempromosi 40 Judul Baru Sempena Ramadhan

Tn. Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Sales PTS, memberitahu bahawa semua persiapan sedang diatur bagi memulakan kempen promosi buku-buku PTS yang sesuai dengan mood bulan Ramadhan.

Buku-buku itu terdiri daripada 4 kategori:

(i) 40 judul baru buku-buku bertemakan agama

(ii) Buku-buku agama lama yang diulangcetak

(iii) Buku-buku agama harga rendah (kurang dari RM10) untuk pasaran kedai luar bandar

(iv) Buku resipi masakan dan kuih muih.

Trend tahun-tahun lalu menunjukkan jualan buku agama meningkat sejak sebelum bulan Ramadhan bermula.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Dari PTS Buku Cerita Hantu Islami

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PTS mahukan lebih banyak buku cerita hantu-mantu yang Islamik untuk bacaan remaja.

Maksudnya, cerita-cerita hantu-mantu itu memberikan pedidikan akidah yang betul tentang ilmu tauhid, supaya pembaca mendapat pencerahan berkenaan apa yang dikatakan dosa-dosa syirik kecil dan syarik besar.

Sebagaimana buku cerita hantu yang digemari ramai, buku-buku PTS juga mempunyai unsur-unsur seram, tetapi kemudian terbukti apa yang disangka hantu itu tidak betul pada hujung ceritanya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 3 pages  1 2 3 >