Monday, August 31, 2009

Ucapan dan Kuliah yang Dirakam adalah Harta Intelek

Ucapan yang dirakam adalah harta intelek yang dilindungi di sisi undang-undang. Apabila tuan bercakap, dan percakapan tuan itu dirakam, automatik bahan yang terakan itu adalah harta intelek milik tuan. Dengan itu orang lain tidak boleh menggunakan ucapan tuan itu bagi sebarang tujuan yang menguntungkan dirinya sambil merugikan tuan.

Salah seorang tokoh tempatan yang paling banyak harta inteleknya dicuri orang adalah Tuan Guru Nik Aziz. Seorang lagi tokoh yang mengalami nasib serupa adalah Tuan Guru Abd. Hadi Awang. Kedua-dua ulamak ini banyak berucap di depan khalayak. Mereka juga banyak menyampaikan kuliah di masjid-masjid.

Banyak pihak memasang pita rakaman dan kamera video, dan merakam ceramah dan kuliah-kuliah mereka, lalu kemudian dijadikan 2 produk komersial iaitu:

(1) Kaset, CD dan VCD ucapan yang kemudian dijual.

(2) Disalin dan kemudian dicetak sebagai buku yang dijual. 

Ucapan yang dirakam adalah salah satu jenis harta intelek. Ucapan, baik yang ditulis mahupun yang dibacakan, ataupun yang disampaikan secara spontan dan dirakam, adalah dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

Perbuatan menjual salinan ucapan, baik dalam bentuk kaset, CD, VCD, mahupun diterbitkan dalam bentuk buku, tanpa mendapatkan izin bertulis daripada orang yang berucap itu, maka ia adalah salah di sisi undang-undang harta intelek.

Bukan hanya harta intelek Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Hadi Awang itu dirompak dengan berleluasa, tetapi individu-individu yang memperdagangkan harta intelek kedua-dua ulamak itu tidak memberi sebarang saguhati kepada mereka. Semua keuntungan dimasukkan ke dalam akaun bank sendiri.

Seandainya para ulamak telah mewakafkan harta intelek mereka, namun ia melibatkan fiqah harta waqaf, di mana harta waqaf hendaklah diperdagangkan dengan mematuhi fiqahnya. Pada masa ini waqaf harta intelek 2 orang ulamak itu dijadikan barang dagangan bagi tujuan mencari keuntungan oleh si pedagang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Dapat Mencontohi Budaya Kerja Para Karyawan dalam Dunia Muzik dan Perfileman

Jika dijalankan kajian tentang sikap penyanyi, pelakon, pemuzik, pengarah filem, jurukamera dan lain-lain, dengan bertanya soalan "Apakah tuan mahu hidup dengan menyanyi (berlakon dll) secara sambilan sahaja?" Barangkali tidak seorang pun yang menjawab, "Ya, saya mahu menjadi penyanyi (pelakon) sambilan sahaja...."

Disebabkan rata-rata golongan karyawan dalam dunia muzik, drama dan perfileman yakin mereka dapat mencari penghidupan dalam bidang masing-masing, justeru mindset mereka dihalakan ke arah itu, maka itulah yang mereka perolehi. Mereka dapat melakukan apa yang mereka yakini, yakni hidup sepenuh masa dengan bakat yang dimiliki.

Tetapi, fenomena sebaliknya yang berlaku dalam dunia penulisan. Banyak yang mempunyai bakat menulis tidak percaya bahawa mereka dapat hidup sepenuh masa dengan menulis. Akibatnya mereka tidak melakukan banyak perkara yang diperlukan bagi menjalani kehidupan sebagai penulis sepenuh masa.

Syarat pertama menjadi penulis sepenuh masa adalah mengetahui segala macam punca pendapatan yang ditawarkan oleh dunia penulisan.

Menulis adalah aktiviti bisnes. Apabila ada duit keluar, barulah ada duit masuk. Apabila ada modal yang dilaburkan, barulah ada pulangan yang masuk daripada pelaburan itu.

Dalam bisnes, wajib ada produk, ada pembekal, ada pelanggan. Sebagai penulis kita perlu mengenal pasti jenis-jenis penulisan (produk) yang dapat kita bekalkan kepada masing-masing pelanggan yang memerlukannya.

Kenal pasti semua jenis pelanggan yang memerlukan bakat-bakat penulisan kita. Cari di mana mereka berada, dan jalin hubungan baik dengan mereka.

Para karyawan dalam dunia muzik dan lakonan mengambil isu "belajar dan berguru" dengan serius. Mereka sanggup membayar mahal bagi mempelajari selok-belok menyanyi, berlakon, bermain alat muzik, mengarah, menggunakan kamera dan lain-lain ilmu. 

Di kalangan pelakon, semasa mereka sedang "bekerja", yakni semasa mereka menjalani sesi shooting, mereka taat kepada pengarah-pengarah, sanggup diteguri, malah sanggup dimarahi, oleh si pengarah. Sikap demikian juga adalah normal di kalangan penyanyi dan pemain muzik profesional. Begitulah budaya kerja dalam dunia profesional mereka.

Banyak yang dapat dicontohi daripada sikap, disiplin dan budaya kerja para karyawan dalam bidang muzik dan perfileman.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Memilih Perkataan untuk Judul

Judul buku mesti mempunyai nilai komersial.

Tidak semua perkataan sesuai dijadikan judul buku kerana ada perkataan yang mempunyai nilai komersial tinggi, manakala ada perkataan yang tidak mempunyai nilai komersial.

Contoh perkataan yang tinggi nilai komersialnya adalah 'kejayaan' dan 'jutawan' kerana banyak orang mahu hidup sebagai orang yang berjaya, dan banyak juga ingin menjadi jutawan.

Contoh perkataan yang tidak mempunyai nilai komersial tinggi adalah 'masalah' dan 'kegagalan'.

Perkataan yang digemari oleh lelaki tidak serupa dengan perkataan yang digemari oleh perempuan. Justeru, kenal pasti apakah buku itu ditargetkan kepada pembaca lelaki ataupun perempuan. Penerbit ALAF21 adalah contoh terbaik penerbit yang sangat mahir memilih perkataan-perkataan yang digemari oleh perempuan muda apabila mencipta judul novel-novel cintanya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 30, 2009

Isu Identiti Bangsa dan Agama: Gapena akan Jumpa Raja-raja Melayu

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) menuntut kerajaan supaya tidak menghapuskan identiti bangsa, kaum dan agama dalam sebarang borang rasmi kerajaan seperti dicadangkan pihak tertentu sebelum ini.

"Kita tidak mahu perkara ini berlaku. Jika dihapuskan identiti, maka seluruh perjuangan untuk mengangkat status bumiputera akan terhapus atau tidak diberi penegasan," kata Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein.

Tuntutan itu terkandung dalam Deklarasi Inderapura Pahang Darul Makmur yang dikeluarkan sempena Seminar Kenegaraan dan Jati Diri Melayu 2009 hari ini, lapor Bernama.

Malaysiakini pula melaporkan Gapena akan menyembahkan deklarasi itu kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga Raja-raja Melayu yang lain dalam masa terdekat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Memiliki Edisi Ebook Tanpa Izin Pemilik Hakciptanya adalah Melanggar Undang-undang dan Berdosa

Seorang sahabat FaceBook saya menulis begini: "Hmm... semua ebook terjemahan PTS dari Brian Tracy saya dah milikinya... terima kasih puan atas makluman yang diberi."

PTS tidak pernah menerbitkan ataupun mengedarkan secara percuma edisi Ebook bagi buku-buku Brian Tracy yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Justeru PTS sedang menyiasat pengedaran edisi Ebook dua judul Brian Tracy itu, dan sebaik-baik kami ketahui pihak yang melakukannya, tindakan seterusnya akan diambil ke atas pihak-pihak yang terlibat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Gapena Desak Kerajaan Mansuh Segera PPSMI

KUANTAN: Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) hari ini mendesak kerajaan supaya memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan segera iaitu sebelum bermula sesi persekolahan Januari tahun depan.

Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein berkata, pemansuhan PPSMI yang sebelum ini diputuskan pada 2012 seharusnya dibuat serta merta dengan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dan bukan lagi secara dwibahasa.

Katanya, tindakan tersebut adalah wajar dan boleh dilaksanakan memandangkan keputusan pelaksanaan PPSMI enam tahun lepas mampu dibuat serta merta.

"Dulu masa kerajaan mahu tetapkan PPSMI, boleh dibuat sekelip mata tetapi mengapa nak memansuhkannya tidak boleh pula, kenapa mesti tunggu sehingga 2012," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kandungan Deklarasi Inderapura Pahang Darul Makmur yang dikeluarkan sempena Seminar Kenegaraan dan Jati Diri Melayu 2009 di sini hari ini.

Beliau berkata, tindakan pemansuhan segera itu dilihat boleh menyelamatkan pelajar yang mungkin gagal dalam peperiksaan disebabkan kelemahan mereka menguasai Bahasa Inggeris.

Ismail berkata, kandungan lain deklarasi itu ialah Gapena meminta kerajaan menyediakan peruntukan besar bagi menampung kos psarana pengajaran dan pembelajaran, elaun guru, menambah guru pakar, penterjemahan dan penerbitan bukubuku serta penambahan peralatan multimedia.

"Kita juga mahukan Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua fakulti peringkat pengajian tinggi awam dan swasta seperti mana sebelum tahun 2003," kata beliau.

Bagi membina jati diri bangsa, beliau berkata, Gapena mencadangkan mata pelajaran Sastera dan sejarah kebangsaan negara dijadikan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat pengajian dan aliran.

Ismail berkata, deklarasi itu juga menuntut kerajaan tidak menghapuskan identiti bangsa, kaum dan agama dalam sebarang borang rasmi kerajaan seperti dicadangkan pihak tertentu sebelum ini.

"Kita tidak mahu perkara ini berlaku. Jika dihapuskan identiti, maka seluruh perjuangan untuk mengangkat status bumiputera akan terhapus atau tidak diberi penegasan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menyembahkan deklarasi itu kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga Raja-raja Melayu yang lain dalam masa terdekat. BERNAMA

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 29, 2009

Majalah ‘Gedung Kartun’ Diramalkan Semakin Laku Keras Kerana Diharamkan

Tujuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan sesuatu buku, majalah ataupun akhbar adalah bagi menyekat bahan-bahan itu daripada sampai ke tangan orang ramai supaya isi kandungannya tidak mereka baca.

Namun, pengharaman dapat meningkatkan permintaan bagi bahan-bahan itu. Ini disebabkan apabila bahan itu diharamkan, peristiwa itu menjadi berita, maka semua orang mendapat tahu tentang kewujudan bahan itu.

Itulah yang berlaku dengan pengharaman majalah Gedung Kartun baru-baru ini.

Tuan Zunar mendapat liputan yang sangat baik akibat tindakan KDN mengharamkan majalah terbitan beliau itu.

Nilai promosi percuma yang beliau peroleh daripada pengharaman tersebut sukar dikira. Jika beliau terpaksa mengeluarkan bajet promosi secara konvensional, entah berapa juta ringgit yang diperlukan bagi mendapatkan liputan sebaik itu....

Langkah mengharamkan sesuatu bahan terbitan adalah ibarat pedang dua mata -- dihayunkan ke kanan pun ia dapat melukai, dihayunkan ke kiri pun ia dapat melukai. 

Apabila bahan yang diharamkan itu terbukti mempunyai permintaan yang tinggi, maka sistem pasaran gelap akan mula beroperasi dengan pantas sekali.

Dengan tiba-tiba sahaja akan muncul pencetakrompak yang dalam masa sahari semalam mereka dapat mencetakrompak bahan itu dan mengedarkannya dalam pasaran gelap!

Pasaran gelap adalah pasaran yang sangat efisien proses pengeluaran dan pengedarannya. Tiba-tiba sahaja bahan yang diharamkan itu nanti dapat dibeli di mana-mana di seluruh negara.

Lihat sahaja betapa pantas dan efisiennya gerak kerja pasaran gelap buku cetak rompak sebagaimana yang pernah berlaku pada novel SHIT karya Shahnon Ahmad.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Laut Biru pada Komik untuk Golongan Remaja Alim

PTS adalah sebuah penerbit yang suka dan selesa menerokai Laut-laut Biru dalam pasaran buku-buku Melayu. Itulah faktor yang menjadi PTS terkenal dengan siri-siri buku Melayu yang sebelum ini tidak ada dalam pasaran.

Terbaru, PTS sedang membuka sektor komik yang ditargetkan kepada remaja-remaja alim.

Remaja adalah remaja, baik yang alim ataupun yang tidak alim. Mereka suka membaca komik.

Selama ini remaja-remaja alim tidak mempunyai pilihan memilih komik disebabkan komik-komik yang ada dalam pasaran semuanya lebih sesuai untuk remaja yang citarasanya adalah 'biasa', manakala golongan remaja alim ini mempunyai citarasa 'luar biasa'.

Ketua Unit Komik PTS, Tn. Wan Zuhairi, baru melancarkan siri komik "TAKAZA" khusus ditargetkan kepada remaja alim. Beliau memberitahu, perkataaan takaza adalah dipinjam daripada bahasa Urdhu yang bermakna 'menyeru'.

Sitrahaslee, pelukis siri TAKAZA adalah pelajar Maktab Perguruan Islam. Watak utama dalam siri ini adalah seorang bekas anggota samseng!

Komik-komik terbitan PTS menggunakan brand Komik-M (Komik-Malaysia). Tiga ciri utama Komik-M adalah (i) syariah-compliant, (ii) berbudaya Melayu, dan (ii) menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 28, 2009

Mengapa PTS Hanya Menerbitkan Karya Kreatif yang Ditulis Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi

Setiap bulan PTS menerbitkan antara 30 - 35 judul baru. Antara 10 -15 judul-judul itu adalah judul-judul kreatif. Semua anak-anak syarikat PTS menerbitkan judul kreatif masing-masing.

Buku-buku kreatif PTS dibaca oleh semua golongan, daripada remaja awal sehingga mereka yang sudah bekerja. Namun 70% pembaca buku-buku kreatif PTS adalah mereka yang masih berada di sekolah dan universiti.

Dengan hal yang demikian, Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang digunakan dalam buku-buku PTS, termasuk komik-komik PTS, menjadi bahan bacaan yang membantu mereka meningkatkan penguasaan bahasa mereka. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Hari Ini Sabtu jam 2.00 ptg di Pusat Konvensyen KLCC: Ceramah Umum oleh Tn. Shamsuddin Abd. Kadir

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tuan Shamsuddin Abd. Kadir adalah seorang akauntan.

Pada usia 25 tahun, dengan menggunakan gajinya sebagai akauntan, beliau dapat meminjam wang dari bank bagi membeli 4 unit apartment harga sederhana.

Beliau adalah pakar hutang peribadi.

Sempena Pesta Buku BookFest yang sedang berlangsung sekarang di KLCC Convention Centre, hari ini Sabtu jam 2 pertang, beliau akan memberikan tip-tip cara yang betul berhutang bagi tujuan menghimpun harta.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit Buku: Mengapa Mesti Menerbitkan Fiksyen Popular untuk Perempuan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Trend pasaran buku di seluruh dunia menunjukkan 80% buku bacaan umum (tradebooks) yang terjual adalah kategori fiksyen. Hanya 20% sahaja kategori bukan fiksyen. Fakta ini membawa implikasi serius kepada penerbit komersial yakni, demi survival, penerbit terpaksa menerbitkan buku-buku fiksyen.

Daripada semua kategori fiksyen yang terjual itu pula, 80% adalah dibeli oleh perempuan! Inilah sebabnya penerbit novel-novel perempuan dapat hidup kayaraya tanpa menerbitkan kategori lain.

Justeru, jika penerbit komersial seperti PTS yang menerbitkan pelbagai kategori buku mahu survive, kita terpaksa juga menerbitkan fiksyen-fiksyen yang ditargetkan khusus kepada pasaran perempuan.

Kejayaan menerbitkan kategori fiksyen perempuan memerlukan pengetahuan berkenaan jenis-jenis fiksyen yang diminati oleh perempuan. Tidak semua kategori fiksyen dibeli oleh perempuan.

Fiksyen karya sastera yang berat-berat tidak dibeli oleh perempuan. Karya sastera berat hanya dibeli oleh peminat sastera berat, baik lelaki mahupun perempuan, manakala jumlah mereka amat kecil, tidak dapat menjamin survival penerbit.

Sektor fiksyen perempuan yang paling besar adalah sektor novel cinta. Sampai bila-bila pun novel cinta menjadi kegemaran perempuan. Pasaran novel cinta adalah ibarat telaga yang tidak ada dasarnya. Berapa banyak pun judul novel cinta yang sudah diterbitkan, mereka tetap mahukan lebih banyak judul baru diterbitkan....

Keuntungan yang diperoleh daripada jualan fiksyen perempuan itulah yang akan digunakan bagi membiayai penerbitan buku-buku kategori bukan fiksyen, yang jualannya kecil. Strategi ini disebut cross-publishing, yakni menggunakan keuntungan jualan daripada buku-buku lain bagi membiayai penerbitan buku-buku lain.

Penerbitan karya sastera berat terpaksa ditanggung oleh jualan novel-novel cinta popular. Realiti inilah yang menyebabkan setiap bulan PTS menerbitkan lebih banyak fiksyen perempuan daripada kategori lain. Hanya sahaja fiksyen popular terbitan PTS adalah syariah-compliant.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel remaja Terbaru PTS: Ikan Tawar untuk Lego

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 27, 2009

Sekolah Bakat

Banyak kajian sudah dilakukan tentang bakat, dan banyak pakar sudah dilahirkan dalam bidang ini.Banyak buku juga sudah ditulis berkenaan bakat.

Dalam bahasa Inggeris ada 2 istilah yang digunakan, yakni talent dan giftedness. Kita juga kerap keliru antara talent, giftedness dan satu lagi istilah yang sangat popular iaitu intelligence.

Ada pakar ekonomi yang mengatakan kita sekarang berada dalam era bakat (talent), maksudnya bakat menjadi faktor yang paling penting dalam ekonomi modern hari ini, bukan lagi faktor-faktor tradisional seperti tanah, modal dan tenaga kerja. (Dari satu sudut, umpamanya, PTS hidup semata-mata dengan memperdagangkan ayat-ayat yang dihasilkan oleh bakat penulisan para penulisnya.)

Sistem pendidikan kita hari ini tidak bersedia membangunkan bakat-bakat lain, selain bakat akademik. Malah, dalam banyak hal sistem pendidikan kita menekan, dan sebenarnya membantutkan, bakat yang dimiliki pelajar-pelajar, selain bakat akademik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ciklit Islami Terbaru dari PTS: “Gadis Lolipop”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Genre chicklit sangat popular dalam pasaran saat ini. Cerita-cerita dan tema genre ini adalah berkenaan dunia kehidupan perempuan-perempuan muda yang terpelajar dan persekitaran kota modern dan masih belum berumahtangga.

Di UK dan US, demikian popularnya genre ini sehingga ada sub-genre Christian chicklit, bagi memenuhi citarasa wanita muda yang mempunyai nilai-nilai spiritual. Dalam kategori Christian chicklit, watak utamanya percaya kepada Tuhan dan Jesus, serta mempraktikkan asas-asas ajaran agama itu.

PTS juga sudah mula menerbitkan ciklit Melayu yang syariah-compliant.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel-novel Pendidikan Keusahawanan Terbaru dalam Siri Usahawan Cilik PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PTS menerbitkan novel-novel keusahawanan dalam siri Usahawan Cilik yang ditujukan kepada pembaca remaja.

Cerita-cerita dalam siri ini dipilih supaya dengan membaca novel-novel itu remaja dapat mempelajari maklumat-maklumat penting dalam dunia perniagaan.

Siri ini menerangkan kepada remaja konsep-konsep asas dalam bidang keusahawanan supaya mereka faham bagaimana seseorang itu menjadi manufacturer (pengeluar), marketer (pemasar), distributor (pengedar) dan seterusnya menjadi retailer (peruncit) bagi produk-produk yang dikeluarkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 26, 2009

Buku Import Layak Disama-kategorikan dengan Kereta Import

Di semua negara maju, undang-undang perdagangan bukunya digubal bagi tujuan:

(i) Melindungi dan membangunkan industri percetakan dalam negara.

(ii) Melindungi industri penerbitan tempatan daripada persaingan luar.

Undang-undang perdagangan buku di UK dan US menyebabkan buku-buku Inggeris yang diterbitkan dan dicetak oleh penerbit Malaysia tidak dapat dieksport ke Amerika ataupun ke England. Justeru jika kita mahu mengeksport karya sastera Malaysia yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris ke sana, karya itu mesti diterbitkan semula oleh penerbit yang berdaftar di Eropah ataupun di Amerika. 

Di Eropah, semua buku terbitan luar yang diimport dikenakan cukai yang tinggi. Itulah sebabnya kita masih boleh membeli buku Inggeris di kedai-kedai buku di negara-negara Eropah, tetapi harganya lebih mahal daripada harga di negara asalnya (UK, USA, Kanada dan Australia).

Malaysia patut mencontohi undang-undang perdagangan buku di UK, USA dan Eropah.

Pada masa ini rakyat Malaysia membelanjakan ratusan juta ringgit setiap tahun membeli buku-buku yang dicetak di UK, USA, Taiwan, Hong Kong dan China kerana buku-buku luar negara adalah bebas-cukai. Jika buku-buku itu dicetak semula di Malaysia, industri percetakan kita akan berkembang dan kita mencipta banyak peluang pekerjaan.

Perdagangan buku layak diurus serupa seperti perdagangan kereta. Kita perlu menggalakkan industri pemasangan kereta dalam negara. Namun semua model kereta import masih boleh dijual. Jika rakyat mahu membeli kereta yang dipasang di luar negara, maka mereka perlu membayar cukainya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku YM Dr. Tengku Asmadi Menang Tempat Pertama

Petang tadi telah berlangsung majlis menyampaikan hadiah bagi keputusan Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian & POPULAR.

Buku karya YM Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif  telah menang tempat pertama bagi kategori bukan fiksyen.

Majlis berlangsung di Pusat Konvensyen KLCC sempena Pesta Buku anjuran POPULAR.

Hadiah disampaikan oleh YM Prof. Diraja Ungku Aziz.

YM Dr. Tengku Asmadi adalah salah seorang penulis ngetop PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 25, 2009

Meningkatkan Visibiliti Buku-buku Melayu: Saranan untuk ITNM dan DBP

Buku-buku Melayu mesti memiliki ciri visibiliti, yakni ada dipamerkan di mana-mana, supaya orang ramai selalu ternampak buku-buku Melayu. Lebih penting adalah supaya orang bukan Melayu pun selalu ternampak buku Melayu ada di sana-sini. Dengan itu imej buku Melayu menjadi amat positif.

Inilah perang psikologi dalam dunia pemasaran. Semua penerbit buku Melayu mesti bekerjasama bagi memenangi perang psikologi ini. Buku Melayu mesti visibel. Produk Melayu mesti visibel. Inilah perang psikologi yang mesti dimenangi oleh buku-buku Melayu.

Sehingga 7 tahun yang lalu, buku-buku Melayu tidak visibel dalam kedai-kedai buku elit, hanya visibel dalam kedai-kedai buku kecil-kecilan. Akibatnya orang ramai mendapat gambaran buku Melayu tidak ada, buku Melayu adalah buku murahan, buku kampungan, buku orang tidak berduit....

Pada saat ini buku-buku Melayu sudah visibel dalam kedai-kedai buku elit. Kedai-kedai seperti MPH, Kinokunia, Popular, Borders, Times, semuanya didatangi oleh orang-orang bukan Melayu. Sekarang baru mereka nampak bahawa ada banyak buku-buku Melayu yang cantik-cantik wajahnya dan bagus-bagus isinya.

Syarat buku-buku menjadi visibel adalah kuantiti buku. Apabila sesebuah penerbit itu mempamerkan banyak judul, barulah mata pengunjung kedai perasan kehadiran buku-buku penerbit itu. Jika tidak banyak, buku-buku itu akan duduk terselit-selit di antara buku-buku penerbit lain, dan orang tidak perasan.

Dua buah penerbit Melayu yang sangat penting peranannya adalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Insitut Terjemahan Negara (ITNM). Dua buah organisasi ini mesti menjadikan buku-buku terbitannya sangat visibel dalam kedai-kedai buku elit.

Maksudnya, DBP dan ITNM mesti menyumbatkan sebanyak-banyak bukunya ke dalam kedai-kedai buku, supaya pengurusan kedai memberikan rak-rak khusus bagi buku masing-masing, dan rak-rak itu diletakkan di hadapan pintu masuk kedai. Barulah buku-buku DBP dan ITNM benar-benar visibel.

Banyak pengurusan kedai buku menyewakan ruang dalam kedai mereka kepada penerbit. ITNM dan DBP mampu menyewa ruang dalam kedai-kedai buku yang utama. Pilih beberapa buah kedai buku utama dan sewalah ruang di hadapan pintu masuk bagi mempamerkan judul-judul terbaik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Terbaru dari Ezee Rahmani untuk Peminatnya: “Sarah dan Senduk”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nama sebenar Ezee Rahmani adalah Engku Zainon Engku Abd. Rahman. Latar belakang beliau adalah bidang perakaunan. Beliau adalah salah seorang pengarang bestseller PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa PTS Menolak “Bahasa Komik”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komik-komik PTS menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Dalam erti kata lain, bahasa komik PTS mematuhi sistem ejaan dan tatabahasa DBP.

PTS tidak menggunakan bahasa slanga yang lazimnya digunakan dalam komik-komik popular kerana faktor-faktor berikut:

(i) Semboyang PTS adalah "memandaikan bangsa". Oleh itu kita mahu supaya dengan membaca komik-komik PTS, pelajar-pelajar sekolah dapat belajar bahasa yang betul, dengan itu meningkatkan prestasi pelajaran Bahasa Melayu mereka di dalam bilik darjah.

(ii) PTS mahu supaya komik dapat dibawa masuk ke dalam premis sekolah kerana komik PTS dapat berfungsi sebagai salah satu alat bantu-mengajar Bahasa Melayu yang digunakan oleh guru-guru subjek Bahasa Melayu.

(iii) PTS mahu supaya ibu bapa tidak menghalang, malah menggalakkan, anak-anak mereka membaca komik-komik terbitan PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sastera Remaja Islami Terbaru dari PTS….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 24, 2009

Maksimum 3 Kali Klik

Laporan kajian yang pernah dilakukan mendapati pengguna emel dan internet tidak suka membuka apa-apa halaman yang menyebabkan mereka terpaksa mengklik lebih daripada 3 kali.

Inilah faktor yang menyebabkan pembaca internet:

(i) Tidak suka mengklik "read more"....

(ii) Tidak suka mengklik "baca di sini".

(iii) Tidak suka mengklik "link".

(iv) Tidak suka membuka fail attachment.

Sinopsis dan contoh-contoh bab hendaklah dihantar dalam emel itu sendiri.

NOTA: Semua agen literari kepada penerbit buku antarabangsa tidak membenarkan sinopsis dihantar dalam bentuk fail attachment. Penghantaran menggunakan fail attachment adalah faktor paling utama mengapa emel tidak menerima respon cepat, ataupun tidak menerima respon langsung, daripada editor!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 23, 2009

Komik-M PTS Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PTS Millenia Sdn. Bhd. mempunyai unit penerbitan komik. Unit itu sudah menerbitkan 18 siri "Komik-M" (singkatan Komik-Malaysia). Dua orang pegawainya adalah Tuan Wan Zuhairi dan Tn. Alif Firdaus.

Setiap bulan PTS menerbitkan minimum 2 judul komik.

Menurut Tuan Wan Zuhairi, ciri-ciri utama yang membezakan komik terbitan PTS daripada komik lain dalam pasaran adalah:

(i) Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu Tinggi (BMT) bukan Bahasa Melayu Rendah (BMR). Dengan demikian, bahasa dalam komik terbitan PTS dipastikan betul tatabahasanya dan sistem ejaannya.

(ii) Kandungan dan lukisan komik PTS adalah syariah-compliant. Ini bermakna, dalam komik PTS tidak terdapat unsur-unsur yang menyalahi hukum-hakam agama.

(iii) Watak-watak dalam komik terbitan PTS adalah watak-watak Alam Melayu, oleh itu komik-komik tersebut mendukung aspek-aspek budaya Melayu yang positif.

Tiga ciri utama itu membolehkan komik-komik PTS dibaca oleh anak-anak dengan selamat.

Menurut Tn. Wan Zuhairi, siri Komik-M adalah satu lagi media yang digunakan bagi memenuhi moto PTS "Memandaikan Bangsa". 

Lembaga Pengarah PTS sudah bersetuju bahawa unit komik di PTS Millenia itu satu hari nanti akan dijadikan sebuah anak syarikat sendiri supaya PTS dapat berjuang memandaikan bangsa dengan lebih tangkas dalam sektor Laut Biru ini. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 22, 2009

Cover Trilogi John Grisham adalah Hasil Sentuhan Jari-jari Tn. Hisham Salmin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cover buku-buku PTS terkenal sebagai yang terbaik dalam pasaran.

Di sebalik kualiti cover-cover itu adalah wawasan dan impian Pengarah Kreatif PTS, Tn. Hisham Salmin, yang mahukan imej buku-buku Melayu setanding dengan buku-buku di negara maju.

Beliaulah yang mengawasi dan mengawal kualiti cover buku-buku PTS.

Sebagai seorang cover-designer, banyak desian cover buku-buku PTS dihasilkan oleh beliau sendiri.

Cover 3 buah trilogi John Grisham ini adalah karya Tn. Hisham Salmin yang terbaru.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku POPULAR BookFest Malaysia 22 - 31 Ogos 2009 di Pusat Konvensyen KLCC

Di Malaysia, ada 3 pesta buku yang paling besar dan meriah:

(i) Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL), anjuran Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Pesta ini 90% menjual buku-buku Melayu.

(ii) Pesta buku dan pendidikan ReadMalaysia anjuran The Mines, di Pusat Konvensyen MINES Kuala Lumpur. Pesta ini dulu-dulunya hanya mempamerkan buku-buku Cina, tetapi sejak 2008 sudah mempamerkan buku Inggeris, dan pada 2009 sudah mula mempamerkan buku-buku Melayu.

(iii) Pesta buku BookFest@Malaysia anjuran Popular Bookstores di Pusat Konvensyen KLCC, Kuala Lumpur. Pesta ini paling banyak diturut-sertai oleh penerbit buku Cina dari Hong Kong, Taiwan dan Republik Rakyat Cina. 

Sejak awal, fokus BookFest adalah buku-buku Cina, manakala buku Melayu hanya ibarat melukut di tepi gantang sahaja. Tetapi, hasil trend peningkatan jualan buku-buku Melayu yang berlaku sejak 5 tahun yang lalu, pada tahun 2009 ini, penganjur BookFest melancarkan kempen khas bagi menarik lebih banyak pengunjung Melayu dengan memberikan ruang yang lebih besar bagi mempamerkan buku-buku Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 21, 2009

Ruangan Sastera dalam Berita Harian

Bermula 17 Ogos 2009, ruangan Sastera dapat dibaca setiap hari dalam akhbar Berita Harian, seperti berikut:

Isnin, 1 muka surat: Rencana dan Di Sana Sini (ruangan hebahan aktiviti, perlu hantar seminggu sebelum tarikh terbitan dan tarikh program)

Selasa, 1 muka surat: Rencana dan Sastera.com (memaparkan info sastera daripada pandangan blog, forum, web. oleh penulis, pengkritik dan penggiat sastera di dalam dan luar)

Rabu, 1 muka surat: Warna Kehidupan (membincangkan sosio budaya masyarakat setempat). Emel & Anda (pembaca boleh menghantar pandangan, saranan dan kritikan ke .(JavaScript must be enabled to view this email address))

Khamis, 2 muka surat: Rencana, Mewah Bahasa (belajar dialek setiap negeri). Godam (ruangan khas Editor Sastera)

Jumaat. 2 muka surat: Galeri (aktiviti artis, seni, teater dan pelukis). Kanvas (hebahan aktiviti seni, kadang-kadang program PTS pun masuk sini) Dunia buku (carta buku terlaris, ulasan buku dan profil penulis serta 3 ulasan ringkas).

Sabtu: Bisanya ada cerpen.

Ahad: (Tidak dapat makluman).

MOHD ROSLAN MD ISA
Eksekutif PR, Jabatan Marketing PTS

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Membaca dan Quran

Al-Quran adalah kitabullah yang diturunkan pada bulan Ramadan. Kelebihan bulan Ramadan sebagai bulan membaca tidak dapat disangkal lagi apabila setiap kali menjelang Ramadan, Rasulullah dan para sahabat aktif mengulangkaji bacaan al-Quran.

Mungkin secara kebetulan atau ada hikmah yang tersembunyi, kalimah pertama yang diturunkan di dalam al-Quran pada bulan Ramadan adalah “Iqra’” bermakna, “Bacalah.”

Sudah tentu ayat ini tidak membataskan bacaan al-Quran secara tilawah sahaja bahkan menuntut umatnya supaya mengkaji dan membaca buku-buku tambahan bagi memantapkan iman dan mengukuhkan ilmu ibadat. Dari sini, para sahabat mengembang ilmu al-Quran, menjadi penafsir dan penterjemah serta membukukan khazanah-khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya.

Rasulullah menyatakan kelebihan orang berilmu, “Seorang yang berilmu itu lebih susah dipengaruhi syaitan daripada seribu orang abid (ahli ibadah).” (Hadis ini direkodkan oleh at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Daripada sebuah kitab yang mengandungi 30 juzuk, 140 surah, ilmu-ilmu Islam terus berkembang pesat hingga mengubah suatu bangsa daripada kehidupan Jahiliyah kepada bangsa yang bertamadun. Jelas Islam mengusai empayar-empayar yang dahulunya mustahil untuk dikalahkan. Rom, Parsi dan Jerusalem berjaya dibuka oleh umat Islam dengan mempunyai pemahaman yang tinggi tentang maksud al-Quran.

Walaupun Islam berjaya membina peradaban, buku-buku ilmiah tidak pernah dipinggirkan. Justeru, lahir pusat-pusat cendekiawan bagi mengkaji dan menulis ilmu-ilmu baharu. Baik daripada sumber al-Quran mahu pun falsafah Yunani, semuanya direkod dan disimpan untuk generasi akan datang. Antara contoh teragung adalah usaha menterjemah buku-buku daripada bahasa Yunani, Parsi dan Syiria ke dalam bahasa Arab. Usaha ini terus berkembang pesat pada zaman pemerintahan Abbasiah. Antara buku yang diterjemahkan adalah buku mengenai bahasa, sastera, etika, falsafah, perubatan dan pemerintahan.

Pembacaan al-Quran tidak semestinya terbatas dengan aktiviti-aktiviti tilawah dan tadarus sahaja. Malah, pemahaman al-Quran juga perlu digarap dengan majlis-majlis ilmu dan bacaan-bacaan tambahan bagi menguatkan pemahaman berkenaan Islam itu sendiri.

Rasulullah berkata. “Apabila kamu melalui taman-taman syurga, minumlah sehingga puas. Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu?"

Nabi menjawab, “Majlis-majlis ilmu.”

Tanpa mengabaikan kelebihan amalan-amalan baik sepanjang bulan Ramadan, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. mengajak para Muslimin dan Muslimat supaya menjadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan membaca. Tema yang diutarakan adalah Ramadan tetamu yang dirindui, bulan perjuangan, bulan Nuzul Quran, mencerdaskan minda, mencari Lailatul Qadr dan menunaikan Haji ke Mekah.

PTS melihat bulan Ramadan perlu diisi dengan aktiviti membaca kerana secara umumnya umat Islam mempunyai lebih banyak masa rehat yang tidak diisi dengan makan dan minum. Justeru, masa ini perlu dimanfaatkan dengan sekurang-kurangnya sehari selembar halaman buku.

Istimewanya bulan Ramadan adalah ia sebagai bulan muhasabah amalan yang lepas bagi memperbaiki amalan pada tahun berikutnya. Antara cara terbaik memperbaiki amalan yang lepas adalah dengan mengukuhkan ilmu dan antara cara yang termudah adalah dengan membaca.

Selain memeriahkan bulan Ramadan dengan aktiviti membeli juadah berbuka puasa, bulan Ramadan juga perlu meriah dengan aktiviti ke perpustakaan, kedai-kedai serta pengedar buku. Masa yang terluang pada bulan ini adalah masa yang terbaik bagi membaca. Sekiranya pada bulan lain, masa banyak dihabiskan dengan makan dan minum di luar, kenapa tidak masa itu digantikan dengan duduk dan membaca buku?

Ada beberapa cadangan dirancang bagi merancakkan lagi ibadah bulan ini, antara langkah-langkah yang boleh diturut serta:

(a) Menggalakkan penyertaan pertubuhan NGO bagi mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan membaca sepanjang Ramadan. Kerjasama yang lebih erat perlu dijalin antara NGO-NGO dengan penerbit dan pengedar buku bagi mendapatkan lebih banyak judul buku, diskaun harga dan bekalan ke lokasi-lokasi tertentu.

(b) Menyeru kepada penerbit-penerbit buku supaya mengadakan diskaun istimewa bagi menggalakkan pembaca membeli dan membaca buku tertentu khusus pada bulan Ramadan.

(c ) Menggiatkan aktiviti wakaf buku kepada organisasi-organisasi yang memerlukan seperti masjid, sekolah, rumah kebajikan dan sebagainya.

(d) Bekerjasama dengan media cetak dan media elektronik bagi menyiarkan pandangan buku, artikel, aktiviti diskusi, debat dan sebagainya bagi sesuatu buku. Lebih sesuai sekiranya diwujudkan satu kolum/ rancangan bagi rakyat Malaysia berkongsi pandangan tentang sesuatu buku yang dibaca.

(e) Penyertaan badan kerajaan bagi mempromosikan kempen membaca pada bulan Ramadan ke setiap jabatan, bahagian dan sebagainya. Selain itu, aktiviti ini boleh digerakkan ke setiap negeri, daerah dan kawasan-kawasan bandar dan luar bandar.

(f) Aktiviti-aktiviti masjid, surau boleh digiatkan dengan membaca buku. Antara masalah ketara di kebanyakan masjid dan surau adalah kekurangan bahan bacaan selain daripada mushaf, yasin dan tahlil. Adalah suatu langkah murni sekiranya individu atau badan yang bermurah hati mewakafkan sebahagian buku-buku yang berkualiti di pasaran untuk jemaah surau dan masjid.

(g) PTS juga giat mempromosikan kempen membaca sepanjang bulan Ramadan. Sebagai pendahuluan, PTS menyediakan lebih 27 judul buku dengan potongan harga istimewa pada bulan Ramadan ini. Bagi memeriahkan kempen ini, PTS menyeru penerbit-penerbit dan pengedar-pengedar buku supaya tampil mengadakan promosi dan diskaun istimewa sepanjang bulan Ramadan.

Besarlah harapan PTS sekiranya kempen ini berjaya dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Semoga apa yang dirancang dan diusahakan mendapat sebaik-baik ganjaran di akhirat kelak.

(Azmi Mamat, PTS Marketing)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku-buku Agama PTS Menjadi Item Window-display MPH Alamanda Putrajaya dan MPH Midvalley

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Window-display Buku-buku Agama PTS di POPULAR Ampang Point, IOI Mall Puchong, Bukit Tinggi Kelang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Terbaru dari Siri Young Aishah: Ponteng Puasa….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

ITNM akan Membuka Kedai Bukunya Sendiri

Semasa menyampaikan ucapan dasarnya di Persidangan Penterjemahan Antrabangsa ke-12 di Pulau Pinang, Tuan Mohd. Khair Ngadiron, Ketua Eksekutif Insitut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) mengumumkan kepada peserta bahawa dalam masa yang tidak lama lagi ITNM akan membuka kedai bukunya sendiri di bangunan ITNM.

UNIKAPTS ini sangat mengalu-alukan langkah ITNM itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 20, 2009

Kempen Marketing PTS untuk Bulan Desember 2009 Difokuskan pada Kategori Fiksyen

Tuan Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Sales PTS, memberitahu bahawa data jualan PTS pada tahun 2008 menunjukkan pada bulan Desember sahaja, nilai pasaran jualan buku-buku fiksyen PTS melebihi RM900 ribu.

Menurut beliau, angka jualan itu ada kaitannya dengan mood festival yang tinggi pada bulan Desember. Beliau akan melancarkan strategi jualan fiksyen PTS yang sangat agresif pada bulan Desember 2009 nanti.

Puan Nor Hazizam Abd. Rahman, Pengurus Jabatan Marketing PTS, memberitahu jabatannya akan melancarkan kempen marketing bagi menyokong strategi Jabatan Sales.

PTS sudah menerbitkan lebih 200 judul karya fiksyen. Pada masa ini banyak judul fiksyen PTS terbitan pra-2009 sudah habis dalam setor, oleh itu perlu diulangcetak. Kerja-kerja ulangcetak itu memerlukan cover baru yang sesuai dengan citarasa tahun 2009/2010. Bukan setakat cover perlu baru, malah banyak judul yang perlu di-layout semula saiznya. 

Itu semua akan menyebabkan Jabatan Editorial PTS sangat sibuk menguruskan kerja-kerja ulangcetak berpuluh-puluh judul fiksyen bagi memastikan Tuan Zaharin Zain berjaya mencapai target jualan Jabatan Sales.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Menteri Dato’ Dr. Rais Yatim Arahkan UKM Menjalankan Kajian Harga Buku

Tuan Roosfa Hashim, dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sedang menjalankan kajian tentang harga jualan buku di Malaysia. Projek itu adalah atas arahan Dato' Dr. Rais Yatim.

Menurut Tuan Roosfa, apabila beliau menemuramah pengedar-pengedar buku utama, mereka melaporkan buku-buku PTS adalah paling mahal harganya tetapi sangat laku.

Walau bagaimanapun, apabila beliau membandingkan harga sebenar buku (novel-novel) terbitan PTS dengan novel-novel terbitan syarikat-syarikat lain, beliau mendapati novel-novel PTS termasuk dalam kategori harga sederhana. Cara beliau mengukur harga adalah dengan membahagikan harga jualan buku dengan jumlah halaman buku.

Analisis beliau mendapati harga novel-novel ALAF21 lebih murah daripada novel PTS. Tetapi harga novel terbitan syarikat-syarikat yang baru muncul adalah yang paling tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Bisnes dari PTS….

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Komik-M yang Syariah-Compliant dari PTS….

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Cinta Popular Islami “Lukisan Jiwa” dari PTS….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Majlis Berbuka Puasa dengan Penulis PTS Anjuran MPH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 19, 2009

Tugas Pegawai Publisiti di Syarikat Penerbitan Buku

Promosi buku memang mahal. Penerbit yang agresif mengadakan pelbagai aktiviti bagi memperkenalkan nama penulis dan buku-bukunya dengan harapan aktiviti itu dapat menarik minat wartawan menghadirinya dan kemudian menyiarkan laporannya dalam media.

Pegawai publisiti bertugas sepenuh masa menjalankan tiga perkara:

(i) Mempromosi nama penerbit supaya menjadi brand yang dipercayai oleh penulis dan pembeli sebagai penerbit yang kredibel dan bertanggungjawab,

(ii) Mempromosi buku-buku yang diterbitkan supaya kehadiran buku-buku diketahui oleh banyak pembeli dan,

(iii) Mempromosi nama dan wajah tampan para penulis supaya mereka banyak menerima undangan muncul di televisyen, radio, dan seminar-seminar awam.

Antara tugas-tugas rutin yang dilakukan oleh pegawai promosi adalah:

(i) Menjalin hubungan baik dengan seramai-ramai orang media.

(ii) Mencipta pelbagai aktiviti yang mempunyai nilai berita dalam media.

(iii) Melobi stesen tv dan radio supaya menjemput penulis-penulisnya muncul sebagai tetamu rancangan stesen-stesen.

(iv) Melobi pengulas-pengulas buku supaya tertarik mengulas buku-buku terbitan syarikatnya.

(v) Melobi editor-editor majalah supaya memberi publisiti dalam bentuk artikel tentang penulis buku sebagai personaliti.

Alat lobi yang paling penting adalah buku-buku yang dihadiahkan kepada semua pihak yang dapat memberi liputan bagi buku dan diri si penulis sebagai personaliti. Itulah sebabnya mutu buku penulis amat kritikal peranannya. Kalau wartawan itu suka membaca buku itu, barulah dia berminat mengulasnya. Kalau penerbit siaran TV dan radio itu berminat membaca buku itu, barulah dia berminat mengundang si penulis sebagai tetamu dalam rancangan terbitannya.

Jadi, tulislah dengan teliti dan hati-hati. Melaburlah pada kualiti karya, dengan berbuat begitu kita sudah melabur pada promosi buku kita sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS akan Mengeluarkan Barangan Merchandise Sendiri

Puan Norhazizam Abdul Rahman, Pengurus Jabatan Marketing PTS, memberitahu bahawa jabatan beliau akan mengeluarkan sendiri beberapa jenis item merchandising. Sebagai langkah pertama beliau sudah menjalankan survey jenis-jenis mesin dan peralatan produksi yang perlu dibeli.

Yang sudah pasti, item yang mula-mula akan dikeluarkan adalah pelbagai T-shirt.

Beliau memberitahu, pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PABKL 2010) nanti, sebanyak 50 jenis item merchandising akan dikeluarkan. Kebanyakan daripada item itu adalah untuk dijual kepada peminat buku-buku PTS.

Puan Norhazizam juga memberitahu beliau akan membuka 1 booth yang khusus menjual barangan merchandising PTS. Kebanyakan daripada barangan itu ditargetkan kepada peminat buku-buku remaja terbitan PTS ONE Sdn. Bhd. kerana kelompok remaja paling meminati barangan seperti itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 18, 2009

Pendapatan Penulis akan Menyamai Pendapatan Artis

Menurut Presiden PTS, Tuan Arief Rahmad, sudah mula kelihatan tanda-tanda yang jelas bahawa dalam masa setahun dua tahun ini akan ada kumpulan penulis yang akan dapat menikmati royalti buku yang sama banyak, kalau pun tidak lebih banyak, dibandingkan dengan royalti album yang diterima oleh para penyanyi yang terkenal.

Perkembangan ini amat sihat bagi industri perbukuan dalam negara ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tingkah Laku Kedai Buku Agama Tradisional Apabila Menjelang Ramadhan

Kedai-kedai buku agama tradisional mempunyai cara sendiri apabila menyambut bulan Ramadhan.

Pada masa ini kedai-kedai itu sudah mengetepikan buku-buku agama -- kecuali Quran, buku panduan puasa, sembahyang tarawih serta buku-buku haji dan umrah.

Barang-barang seperti kurma, sejadah, telekung, songkok, kopiah, serban, tudung, kain pelekat, baju Melayu, capal, tasbih, minyak attar, malah kuih-muih pun ada yang sudah mula diletakkan di bahagian hadapan kedai.

Begitulah yang berlaku setiap tahun....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 17, 2009

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Bermula Hari Ini

Pada pagi ini bermulalah Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-12 (18 - 20 Ogos) di Park Royal Hotel Pulau Pinang. Lebih 100 kertas kerja akan dibentangkan.

Saya akan membentangkan kertas sidang pleno dengan tajuk "Trend Kontemporari Pasaran Buku Terjemahan". Maklumat yang saya sampaikan adalah bagi mendorong lebih banyak pelabur memasuki sektor buku terjemahan disebabkan permintaan buku-buku terjemahan adalah baik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Itu Dasar Editorial

Tiap-tiap rumah penerbitan mempunyai dasar editorial masing-masing. Dasar editorial menentukan jenis-jenis buku, isi kandungan dan gaya bahasa yang diterima oleh sesebuah rumah penerbitan.

Dalam operasi syarikat, dokumen Dasar Editorial menjadi panduan para editor:

(i) Memilih karya yang boleh diterima bagi diterbitkan ataupun ditolak.

(ii) Melakukan kerja-kerja editing isi kandungan buku.

(iii) Melakukan proses editing gaya bahasa.

Di PTS, dasar editorialnya adalah:

(i) PTS hanya menerbitkan buku-buku ilmu yang dapat memandaikan bangsa.

(ii) Isi kandungan buku-buku PTS adalah syariah-compliant.

(iii) Buku ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 16, 2009

Tarikh Kiraan Royalti

Tiap-tiap syarikat penerbitan mempunyai tarikh 'tahun royalti' masing-masing. Faktor ini selalunya tidak diketahui oleh penulis baru.

Tahun kiraan royalti tidak serupa dengan tahun kalendar biasa. Jabatan Kewangan PTS mula membuat kerja kira-mengira angka jualan buku-buku PTS antara 1hb Januari - 31 Disember pada bulan Januari tahun berikutnya. Cek bayaran royalti mula dihantar berfasa-fasa mulai 1hb Jun sehingga semuanya habis dibayar pada 31 Desember.

Tugas mengira royalti adalah rumit. PTS mempunyai seorang eksekutif khusus bagi menjalankan beban kerja ini. Beliau adalah Cik Norizah Wahid (emel .(JavaScript must be enabled to view this email address)). Penulis PTS yang mempunyai sebarang pertanyaan, mohon hubungi beliau.

Bagi penulis yang bukunya terbit antara 1hb Januari - 31 Disember 2008, mereka mula menerima royalti pada musim ini. Setiap tahun cek royalti mula dihantar kepada penulis bermula pada bulan 1hb Jun sehingga Desember setiap tahun.

Jika buku tuan terbit mulai 1 Januari 2008, itu bermakna tuan akan menerima royalti antara Jun - Desember 2009. Semua cek royalti bagi jualan tahun 2008 akan selesai dihantar pada bulan Desember 2009. (Chairman PTS sentiasa menjadi penulis terakhir menerima cek royaltinya.)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Bagaimanakah Caranya Hakcipta Karya Didaftarkan?

Bagaimanakah caranya hakcipta karya didaftarkan? Ini adalah soalan yang lazim ditanyakan dalam kursus-kursus PTS.

Undang-undang hakcipta menyatakan bahawa hakcipta diperolehi secara automatik. Bagi menerangkan prinsip ini, ambil kes saya yang sedang menulis artikel ini. Sebaik-baik saya selesai menuliskan artikel ini, dengan sendirinya hakciptanya adalah saya punya. Saya tidak perlu mendaftarkan artikel ini di mana-mana pejabat kerajaan.

Jikalau besok pagi saya nampak mana-mana bahagian dalam artikel ini terkandung dalam buku orang lain, saya boleh membuat laporan polis, bahawa harta intelektual saya sudah dicuri orang orang itu.

Apabila harta intelektual tuan dicuri oleh orang lain, tuan perlu dapat membuktikan bahawa karya itu adalah hasil karya yang tuan hasilkan. Disebabkan tuan yang mendakwa orang itu mencuri hakcipta tuan, maka tugas tuanlah membuktikannya. Bagi pihak si pencuri, dia mesti membutikan dia tidak mencuri harta tuan.

Akta harta intelektual negara kita tidak memberitahu cara-cara spesifik bagaimana kita mesti mendaftarkan karya kita. Mengikut pandangan peguam, ada dua cara yang kita boleh lakukan.

(i) Kita buat pengakuan bersumpah bahawa karya itu adalah karya kita.

(ii) Kita poskan karya itu kepada alamat kita sendiri dengan menggunakan surat berdaftar.

Kedua-dua cara itu tidak wajib dibuat. Itu cuma nasihat peguam sahaja seandainya kita hendak mengadakan perlindungan yang lebih rapi ke atas harta-harta intelektual milik kita.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 2 pages  1 2 >