Saturday, August 15, 2009

Bedah Novel Sejarah “Salahuddin al-Ayubi” di UPSI

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 14, 2009

Penulis Perlu Membantu Mempromosi Bukunya dalam Media

Semua penerbit besar menyediakan bajet bagi mempromosi buku-buku terbitannya.

Sesetengah strategi promosi adalah mahal manakala ada yang tidak. Strategi promosi yang paling mahal adalah mengadakan majlis pelancaran besar-besaran dengan mengundang orang besar seperti DYMM Agong, ataupun Permaisuri Agong, ataupun YAB Perdana Menteri. Namun, data jualan menunjukkan tidak ada korelasi antara besarnya majlis pelancaran dengan statistik jualan buku yang dilancarkan.

Ada satu lagi pelancaran yang lazim dibuat oleh penerbit start-up, yang dipanggil "soft launching" ataupun pelancaran senyap-senyap. Di sini penerbit menggunakan hubungan baik mereka dengan media supaya buku yang baru terbit itu mendapat liputan dalam media mereka. Data menunjukkan buku-buku yang disorot dalam media mengalami peningkatan jualan.

Siapakah yang patut mengusahakan supaya buku mendapat liputan media? Pertama orang itu adalah pegawai publisiti di syarikat penerbitan. Kedua adalah penulis sendiri, iaitu dengan menggunakan hubungan baik dengan rakan-rakan di media.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Chef Hanieliza Dalam Nasi Lemak Kopi-O TV9 Ahad 9.00 pagi

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buat menyapu air mata….

Sebelum lumpuh dari dada ke bawah, Sdr. Kassim Selamat, seorang reformis tegar, pernah menjadi big-biker. Kini, apabila beliau perlu duduk di kerusi roda, tubuhnya diikatkan ke penyandar kerusi, supaya tidak tumbang ke depan. Dalam keadaan begitu beliau selamat mengerjakan umrah. Tudung yang saya gunakan buat menyapu air mata (dalam foto) telah beliau beli di Tanah Suci buat dihadiahkan kepada saya pada Pesta Buku 2006 di gerai PTS. Sekali itulah kami berjumpa...

Nota: Foto diambil oleh Tn. Zamri Mohamad sewaktu majlis membaca Yasin dan tahlil buat novelis PTS, Allahyarham Ahmad Zafran Abd. Mutalib, petang tadi di ibu pejabat PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Prasekolah Terbaru dari PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 13, 2009

Satu Harta Intelek, Banyak Lesen

Seandainya penulis 'Hikayat Hang Tuah' masih hidup sampai hari ini, dia mungkin menjadi penulis paling kaya sekarang, dengan pendapatan jauh melebihi pendapatan Shahnon Ahmad, A. Samad Said, Norhayati Berahim, ataupun Faisal Tehrani. Daripada potensi harta inteleknya, Hikayat Hang Tuah (HHT) mempunyai ciri-ciri yang hanya dapat diimpikan oleh mana-mana penulis lain hari ini. Penulis HHT boleh mendapat royalti daripada pelbagai sumber pelesenan harta intelektual karya itu:

  1. Lesen kepada penerbit buku.

  2. Lesen kepada penerbit siaran radio.

  3. Lesen kepada penerbit filem untuk izin menerbitkan HHT dalam bentuk filem.

  4. Lesen kepada penerbit siri televisyen.

  5. Lesen kepada penerbit CD.

  6. Lesen kepada penerbit buku komik.

  7. Lesen kepada penerbit siri animasi.

  8. Lesen kepada penerbit teater dan drama pentas.

  9. Lesen kepada penerbit yang berminat menerbitkan HHT versi terjemahan ke dalam bahasa-bahasa lain.

  10. Lesen untuk menghasilkan barangan merchandise.

  11. Lesen menerbitkan edisi-edisi dalam bahasa moden.

  12. Lesen menerbitkan versi yang diringkaskan.

  13. Lesen menerbitkan versi buku elektronik di internet.

  14. Lesen menerbitkan versi buku bergambar.

  15. Lesen menerbitkan versi kaset untuk si pekak.

  16. Lesen menerbitkan versi braille untuk si buta.

  17. Lesen menerbitkan versi hand-held devices.

  18. Lesen menghasilkan module latihan profesional bidang pengurusan berdasarkan teori perang Hang Tuah.

  19. Lesen kepada penerbit permainan komputer.

Setiap lesen itu adalah sumber pendapatan royalti kepada pengarang. Sebagai sebuah karya, HHT dapat dieksploitasi ke dalam pelbagai bentuk penerbitan dan penghasilan yang bernilai komersial.

Terbukti, selepas hampir 200 tahun karya itu dihasilkan, ia masih terus dikomersialkan oleh pelbagai pihak dalam pelbagai bentuk, tanpa membayar sebarang yuran pelesenan disebabkan tidak ada siapa yang mengetahui siapa pengarang asal karya itu.

Belum ada mana-mana karya sastera Melayu sehingga hari ini yang mempunyai ciri-ciri yang dapat dieksploitasi pengkomersialannya sebagaimana dengan halnya Hikayat Hang Tuah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Jawatan Kosong di PTS: Perlu Diisi Segera

Dimaklumkan sekarang ada jawatan kosong di PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. (PTS Pro) sebagaimana di bawah:
 
1. Editor Perolehan (Pendidikan)
 
Berikut adalah bidang tugas dan kelayakan yang diperlukan:

Bidang Tugas:
  1. Merancang dan membangun judul buku bagi diterbitkan oleh syarikat
  2. Mencadangkan konsep buku
  3. Mengurus manuskrip yang dihantar kepada syarikat
  4. Mengurus perjanjian penerbitan
  5. Membuat suntingan asas manuskrip
  6. Menyediakan anggaran untung rugi penerbitan buku
  7. Mengurus promosi buku
Kelayakan:
  1. Memiliki ijazah sarjana muda dari mana-mana IPT yang diiktiraf kerajaan
  2. Terbuka kepada calon lelaki sahaja
  3. Suka membaca buku 
  4. Minat dalam bidang penerbitan buku
  5. Mahir menggunakan komputer dan internet
  6. Suka belajar daripada orang lain dan suka bekerja dalam kumpulan
  7. Mampu bekerja dengan penyeliaan yang minimum
  8. Memiliki kenderaan sendiri sama ada motosikal ataupun kereta
  9. Berumur bawah 30 tahun
  10. Peramah dan memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi.
Calon yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kepimpinan pelajar ketika di kampus diutamakanSehubungan dengan itu, PTS Pro sekarang mempelawa mana-mana individu yang berminat mengisi jawatan itu dengan menghantar borang permohonan, cover letter dan resume terus ke Jabatan Sumber Manusia PTS (.(JavaScript must be enabled to view this email address)) ataupun saya sendiri (.(JavaScript must be enabled to view this email address)). Kemasukkan adalah segera.
 
Maklumat lanjut jawatan yang dipohon, syarat-syarat, borang permohonan dan cara-cara memohon jawatan kosong yang diiklankan, sila klik: http://pts.com.my/index.php/karier/

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senangnya Memasak Sambal dan Sos….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku-buku PTS dalam Carta Top 10 Rangkaian POPULAR

Tuan Fauzul Naim, Pengurus Besar (Editorial) PTS memaklumkan 6 buah judul PTS termasuk dalam senarai Top 10 Popular bagi kategori buku umu bulan Julai 2009:

Yakjuj & Makjuj (No. 1)

Magnet Rezki dengan Solat Duha (No. 2)

Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain (No. 5)

Aisyah - Keanggunan Sejati (No. 7)

Ajaibnya Sedekah (No. 9)

Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman (No. 10)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 12, 2009

Undang-undang Mewajibkan Buku Terbitan Luar Negara Dicetak di Malaysia

Di semua negara maju, undang-undang perdagangan bukunya digubal bagi tujuan:

(i) Melindungi dan membangunkan industri percetakan dalam negara.

(ii) Melindungi industri penerbitan tempatan daripada persaingan luar.

Undang-undang perdagangan buku di UK dan US menyebabkan buku-buku Inggeris yang diterbitkan dan dicetak oleh penerbit Malaysia tidak dapat dieksport ke Amerika ataupun ke England. Justeru jika kita mahu mengeksport karya sastera Malaysia yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris ke sana, karya itu mesti diterbitkan semula oleh penerbit yang berdaftar di Eropah ataupun di Amerika. 

Di Eropah, semua buku terbitan luar yang diimport dikenakan cukai yang tinggi. Itulah sebabnya kita masih boleh membeli buku Inggeris di kedai-kedai buku di negara-negara Eropah, tetapi harganya lebih mahal daripada harga di negara asalnya (UK, USA, Kanada dan Australia).

Malaysia patut mencontohi undang-undang perdagangan buku di UK, USA dan Eropah.

Pada masa ini rakyat Malaysia membelanjakan ratusan juta ringgit setiap tahun membeli buku-buku yang dicetak di UK, USA, Taiwan, Hong Kong dan China kerana buku-buku luar negara adalah bebas-cukai. Jika buku-buku itu dicetak semula di Malaysia, industri percetakan kita akan berkembang dan kita mencipta banyak peluang pekerjaan.

Perdangangan buku layak diurus serupa seperti perdagangan kereta. Kita perlu menggalakkan industri pemasangan kereta dalam negara. Namun semua model kereta import masih boleh dijual. Jika rakyat mahu membeli kereta yang dipasang di luar negara, maka mereka perlu membayar cukainya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Dari Chairman PTS kepada TimMarketing PTS

Saya mengambil kesempatan ini merakamkan rasa puas hati saya terhadap semua persiapan yang dibuat untuk majlis sidang media dan pelancaran kempen membaca Marhaban Ya Ramadan semalam.

Walaupun kehadiran media sangat sedikit, tetapi janganlah itu menjadikan kita patah semangat, kerana begitulah yang lazim berlaku apabila kita memulakan sesuatu. Sebesar-besar pokok, pada hari pertama ia tumbuh daunnya cuma 2 helai....

PTS belum pernah mengadakan majlis sidang media pelancaran sebarang kempen. Saya sebagai Chairman, yang saya perhatikan bukanlah jumlah wartawan yang datang, tetapi kualiti kerja dan profesionaslisme TimMarketing -- dari design-design pada poster, backdrop, kepada marketing kit, teks artikel untuk wartawan, isi kandungan taklimat, suara pengacara, Bahasa Melayu Tinggi, buah tangan, adab melayan tetamu, pakaian, hidangan dan semuanya, saya telah perhatikan dengan teliti dan kritikal. Saya puas hati.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sidang Akhbar PTS bagi Melancarkan Kempen Membaca Sepanjang Ramadhan

Pada hari ini, jam 2.00 petang, bertempat di bilik Seri Nilam, Istana Budaya, Jabatan Marketing PTS mengadakan majlis sidang akhbar sempena melancarkan kempen membaca sepanjang bulan Ramadhan dengan tema "Marhaban Ya Ramadhan".

Para wartawan yang hadir akan diberi taklimat berkenaan (i) Latar belakang dan objektif kempen membaca PTS, (ii) Buku-buku yang dipilih bagi kempen itu, dan (iii) Memperkenalkan penulis-penulis buku berkenaan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 11, 2009

Harga Buku Mahal kerana Malaysia Melindungi Kepentingan Syarikat India

Salah satu faktor mengapa buku mahal adalah disebabkan harga kertas yang mahal.

Di negara ini kertas yang digunakan bagi mencetak buku dikenakan cukai 'anti-dumping'.  Tujuan cukai anti-dumping adalah bagi melindungi industri kertas tempatan. Dengan mengenakan cukai anti-dumping maka harga kertas import menjadi mahal, oleh itu pencetak terpaksa membeli kertas buatan Malaysia.

Sebenarnya kertas yang dibuat di luar negara adalah lebih murah daripada kertas yang dibuat di Malaysia. Syarikat pengeluar kertas dalam negara adalah Sabah Forest Industries Sd. Bhd. Harga kertas yang dikeluarkannya adalah lebih mahal daripada kertas dari Indonesia, Thailand, Vietnam dan lain-lain negara. Tetapi disebabkan kertas import dikenakan cukai anti-dumping, yang menyebabkan kertas import lebih mahal, maka pencetak Malaysia terpaksa membeli kertas keluaran syarikat SFI Sdn. Bhd. itu.

Yang menjadi isu sekarang, syarikat Sabah Paper Industries Sdn. Bhd. itu sudah lama dibeli oleh pelabur India, yang bernama Ballapur Industries Limited!!!! 

SFI Sdn. Bhd. bukan lagi syarikat milik Malaysia, cuma namanya sahaja yang dikekalkan. Cukai anti-dumping yang terus dikenakan ke atas kerta murah dari luar negara sekarang memaksa pencetak terus membeli kertas milik Ballapur Industries Limited. 

Bagi penerbit buku, kos kertas yang mahal itu dipindahkan kepada pembeli dengan menaikkan harga jualan buku.

Apa perlunya cukai anti-dumping ke atas kertas import itu diteruskan? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Ali Baba dan Harta Intelek

Jika sendainya Ali Baba masuk ke dalam gua dan dia terjumpa hanya sebiji berlian, maka Ali Baba terjumpa sebiji berlian, dia tidak terjumpa harta karun. Istilah harta karun bermakna harta itu banyak jumlahnya, bukan setakat sebiji ataupun dua biji berlian.

Kata pepatah Tamil, “Satu batang pokok getah tidak menjadi satu estet.” Begitulah ibaratnya.

Jikalau seseorang itu hanya menulis sebuah buku, yang terbit sekali cetak sahaja, buku yang ditulisnya itu adalah buku, bukan harta karun, bukan harta intelek.

Apabila tuan menulis 10 buah buku, setiap buku itu pula diulangcetak setiap tahun, tahun demi tahun, selama bertahun-tahun, barulah semua 10 buah buku itu menjadi harta karun.

Maka tulislah banyak buku...

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 10, 2009

Komik Syariah-compliant dari PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 09, 2009

Kempen Membaca oleh PTS bagi Meraikan Kedatangan Ramadhan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perang pertama dalam sejarah Islam, iaitu perang Badar, berlaku pada Bulan Ramadhan. Justeru bulan Ramadhan adalah bulan perjuangan.

Ayat Quran yang pertama, iaitu ayat Iqra (Bacalah) diturunkan pada bulan Ramadhan. Justeru bulan Ramadhan juga bulan membaca.

PTS meraikan kedatangan Ramadhan dengan melancarkan kempen membaca. Sempena kempen ini PTS mengiklankan 12 buah novel sejarah pahlawan-pahlawan Islam yang terkenal karya Abdul Latip Talib.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Dasar Bahasa PTS: Mengapa Hanya Bahasa Melayu Tinggi

PTS adalah sebuah penerbit buku-buku ilmu yang bebas-rasuah, syariah-compliant, dan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Dalam hal itu, apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang kontroversial, maka persoalan itu akan dirujukkan kepada Quran dan hadis bagi mencari kata putusnya.

Sebagai contoh, dalam kes isu perbezaan pandangan berkenaan penggunaan bahasa tinggi (high variety) dan bahasa rendah (low variety). Sesetengah pendapat mengatakan bahasa rendah tidak patut digunakan kerana ia menurunkan mutu keindahan nilai susastera karya itu. Pada pihak lain, ada pula pendapat yang mengatakan bahasa rendah patut dibiarkan kerana ada nilai komersialnya, di mana terdapat banyak pembaca yang suka membaca buku-buku yang ditulis menggunakan bahasa pasar, bahasa popular, atau 'bahasa sempoi'.

Sebagai penerbit yang syariah-compliant, isu penggunaan bahasa tinggi dan bahasa rendah dirujukkan kepada Quran kerana kitab itu adalah panduan bagi orang-orang Islam.

Dalam Quran, tidak ada walau sepotong ayat pun yang tidak betul nahunya, ataupun yang menggunakan bahasa Arab rendah, ataupun yang mencampur-adukkan bahasa-bahasa lain. Semua dialog dalam Quran menggunakan bahasa Arab tinggi. Dialog kanak-kanak sekalipun tetap menggunakan bahasa Arab Tinggi. (Rujuk dialog Nabi Yusuf kepada bapanya.) Pada peringkat lebih detail, dalam Quran tidak terdapat penggunaan perkataan kontot seperti tak, dah, nak, ni, tu dan lain-lain.

Selepas merujuk kepada Quran, rujukan dibuat pula pada sunah Nabi Muhammad SAW. Pada peringkat sunah Rasulullah, rekod-rekod hadis sahih menunjukkan beliau sentiasa bercakap menggunakan bahasa Arab tinggi, meskipun sewaktu beliau bercakap kepada kanak-kanak. (Rujuk rekod percakapan beliau dengan Abdullah bin Umar sewaktu kanak-kanak itu berusia 7 tahun.)

Inilah yang dijadikan asas dasar linguistik di Jabatan Editorial PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Cinta Karya Ustaz Lulusan Sekolah Pondok…..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 08, 2009

Novel Sastera dan Novel Picisan

Banyak novel yang bermutu sastera sebenarnya ceritanya biasa-biasa sahaja. Banyak juga novel picisan yang mengemukakan cerita yang bermutu.  Yang mengangkat cerita menjadi sebuah karya sastera adalah bahasanya.

Apalah luar biasanya cerita seorang perempuan bernama Salina, yang berhati mulia, tetapi telah menjadi perempuan-P akibat Perang Dunia II yang menimpa Singapura. Apalah luar biasanya cerita gadis kampung bernama Siti Nurbaya di Sumatera pada tahun 1940-an, yang dipaksa berkahwin dengan lelaki tua kayaraya akibat ibu bapanya yang tidak mampu membayar hutang kepada si tua itu.

Cerita biasa-biasa seperti kisah Salina dan Siti Nurbaya, apabila ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, maka cerita itu menjadi luar biasa disebabkan bahasanya yang luar biasa, yang tidak akan kedengaran digunakan orang di kaki lima, di stesen LRT, di dalam disko, dan di gerai nasi campur.   

Jadi, yang dikatakan sastera itu ada pada bahasanya. Ayat-ayat dan dialog-dialog yang tertulis dalam karya sastera itu tidak akan dapat didengar dalam percakapan sehari-harian.                             

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Futsal: TimPTS lawan PenulisPTS

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto menunjukkan barisan pasukan futsal TimPTS sebelum memulakan permainan pada hari Jumaat malam Sabtu 6 Ogos, berlawan dengan pasukan yang terdiri daripada penulis-penulis PTS.

Yang berdiri memakai T-shirt kuning itu adalah Tuan Fauzul Naim, Pengurus Besar PTS (editorial).

Inilah budaya kerja PTS, di mana team-working mengalir dalam darah keluarga besar bisnes PTS. Sebelum ini TimPTS bermain paint-ball bersama-sama dengan staff syarikat percetakan yang mencetak buku-buku PTS dan staff syarikat kontraktor buku yang membekalkan buku-buku PTS kepada pelanggan kerajaan.

Lebih banyak foto ada di blog Tuan Zamri Mohamad.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Mencari Penterjemah Fiksyen Inggeris-Melayu

PTS sedang mencari penterjemah yang dapat menterjemah novel berbahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

Syarat-syarat utama calon penterjemah novel fiksyen Inggeris yang dicari:

1. Pernah menterjemah novel Inggeris ke bahasa Melayu.

2. Banyak membaca novel fiksyen Inggeris.

3. Memiliki ijazah dalam terjemahan dari USM ataupun universiti lain.

4. Menguasai Bahasa Melayu moden dengan baik, maksudnya biasa membaca dan mengarang artikel dalam Bahasa Melayu.

5. Sanggup menghadiri satu perjumpaan yang akan diadakan pada hari Selasa 25 Ogos.

6. Sanggup melakukan ujian terjemahan yang akan diberikan bagi menentukan sama ada calon layak ataupun tidak melakukan kerja terjemahan.

 

Kualiti diri dan peribadi

1. Teliti, cermat dan tepat dalam melakukan terjemahan.

2. Mampu bekerja dengan deadline yang diberikan

3. Tekun dan sabar

Sila e-melkan resume dan permohonan saudara kepada Puan Nurulhilyati Abdul Halim .(JavaScript must be enabled to view this email address).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, August 07, 2009

Senangnya Memasak Kerabu dan Salad….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ada-ada Sahaja! Mahukan Buku bagi Membantu Suami Berbahagia dengan Madunya….

Salam,
 
Saya Pn. Shams yang begitu tertarik dengan comment Puan Ainon mengenai buku-buku poligami yang ada. Ya, saya bersetuju tentang berpoligami itu adalah diterima di sisi Islam.
 
Masaalahnya sekarang, tiada buku panduan bagi isteri-isteri yang dipoligamikan tiada. Ini pun atas pengetahuan saya yang limited. Saya google bertanyakan "How to live in poligamy", ternyata banyak yang keluar adalah tentang penerimaan poligami dan bukan cara hidup.
 
Ini adalah kerana saya baru sahaja mendapat tahu yang suami tercinta bernikah lagi. Dahulu, sudah pernah berlaku, namun tidak dapat saya hendak menyelamatkan perkahwinan suami yang kedua itu. Kini berlaku lagi.. (jarak masa antara satu sama lain adalah 5 tahun). Kalau boleh saya tidak mahu pernikahannya kali ini mendapat jalan buntu seperti dahulu.
 
Mungkin kisah saya ini agak pelik. Biar saya bercerita sedikit. Suami saya amat sayang kepada saya, cuma tugasnya dan penampilannya selalu sahaja mendapat tarikan anak gadis muda juga mak janda. Sambil itu dia memang yang agak "lemah iman", mudah terpikat...
 
Kedua-dua pernikahannya itu dirahsiakan daripada saya, atas dasar "tidak hendak menyaikiti hati saya" walaupun saya berulang kali memberitahu dia kalau hendak nikah lagi beritahu sahaja. Saya boleh menerima cuma saya tidak suka ditipu. Jadi, bila saya sudah dapat tahu secara automatik saya kelihatan "berlakon" tidak kesah. Mungkin lakonan saya yang tidak berjaya, kerana suami saya akan menjadi lebih concern dan risau.  Ini yang merisaukan saya, kerana tugasannya memerlukan konsentrasi.
 
Jadi saya mencari artikel atau buku yang mengajar untuk hidup berpoligami. Manalah tahu kali ini dia akan dapat berbahagia bersama saya dan bersama yang lagi satu....
 
Di sini saya hendak bertanya adakah buku sedemikian atau adakah sesiapa yang puan kenal yang boleh menjadi sahabat perunding untuk masalah saya ini.
 
Wasalam.
Shamsia

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Senangnya Memasak Mi, Mihun dan Kuetiau….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Menawarkan 5 Jawatan Kosong Sebagai Editor Fiksyen

PTS menawarkan 5 jawatan kosong untuk calon editor fiksyen! Kriteria yang dicari (i) Memiliki ijazah - tidak semestinya dalam bidang sastera, (ii) Memiliki bakat kreatif - yakni suka menulis puisi, cerpen, novel - meskipun tidak pernah diterbitkan, (iii) Banyak membeli dan membaca buku-buku fiksyen, (iv) Setuju dengan nilai-nilai bisnes PTS - iaitu bebas rasuah, syariah-compliant dan Bahasa Melayu Tinggi. Tulis nama, nombor HP dan alamat emel dalam komen.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(53) Diskusi Kuliah | Permalink

Dahsyatnya Doa Ibu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, August 06, 2009

Apabila Penulis tidak Puas Hati Kepada Penerbit….

Dalam kehidupan sebagai pengarang buku, yang paling penting adalah menjaga hubungan baik dengan editor dan penerbit. Bagi penerbit pula, yang penting adalah menjaga hubungan baik dengan penulis kerana, penulis yang puas hati akan terus berkarya untuk penerbit, dan mereka tidak akan lari kepada penerbit lain. Semua masalah dapat diselesaikan melalui jalan perbincangan dan perundingan, selagi hubungan masih baik antara editor dan penulisnya.

Maksud hubungan yang baik adalah, baik pihak penulis mahupun pihak editor, masing-masing saling suka-menyukai berurusan secara profesional antara mereka berdua. Pihak editor mahukan supaya penulis mengirimkan lebih banyak karyanya bagi diterbitkan, manakala penulis pula suka editornya membantu memberikan komen-komen bagi meningkatkan lagi mutu karyanya sebelum diterbitkan.

Dalam perhubungan antara pengarang dan editor, tentu berlaku banyak perkara dan peristiwa yang tidak memuaskan hati pengarang mahupun editor.

Risiko meluahkan perasaan tidak puas hati dengan menulis emel kepada editor dan dengan menyenaraikan semua kesilapan dan kelemahan editor adalah sangat berisiko. Ia boleh menghasilkan fenomena "kancil yang ditembak, gajah yang mati" di mana dengan menghantar emel itu pengarang puas hati sebab sudah meluahkan perasaannya, tetapi yang rosak adalah hubungan baik dengan editornya.

Memang ada pihak yang masih percaya bahawa meluahkan perasaan tidak puas hati itu bagus, konstruktif, membina, demi kebaikan.... dan macam-macam alasan lagi. Tetapi jika tersalah teknik, ia merosakkan perkara-perkara yang sangat berharga dan penting bagi kejayaan. (Itu sebabnya Nabi Muhammad tidak melakukan perbuatan meluahkan perasaan tidak puas hatinya. Meskipun dalam banyak peristiwa beliau sangat tidak puas hati, beliau tidak meluahkannya, sebaliknya beliau hanya menjauhkan diri, diam seribu bahasa, bersabar, dan hanya berdoa sahaja.)

Ambil kes ini sebagai contoh, di mana seorang editor lambat menghantar naskhah perjanjian penerbitan disebabkan dokumen itu belum dihantar untuk stamping. Dalam kes ini, buku sudah terbit tetapi pengarang belum menerima salinan naskhah yang sudah ditandatanganinya. Kelewatan seperti ini sebenarnya biasa berlaku kerana editor mahu menghantar banyak-banyak dokumen sekaligus, bukan satu-satu, bagi menjimatkan kos penghantaran ke pejabat stamping. Di PTS, setiap judul baru ada dokumen perjanjian baru. Dengan 30 judul baru diterbitkan setiap bulan, jika dihantar satu-satu, maka kos penghantaran naik 30 kali lipat!

Justeru, sekiranya penulis menulis emel dan menyatakan rungutan mengapa dia lambat menerima salinan perjanjian yang sudah ditandatanganinya, rungutan itu boleh menyebabkan editor berasa penulis tidak mempercayai bahawa dia seorang editor yang jujur, bahawa dia tidak akan menipu penulisnya.

Apabila pengarang berasa sangsi akan kejujuran editor, caranya bukan dengan menulis emel, tetapi bertanya dahulu kepada penulis-penulis lain apakah editor itu mempunyai track-record menipu mereka. Jika testimoni penulis-penulis lain mengatakan mereka tidak pernah ditipu oleh penerbit itu, maka demi menjaga hubungan baik dengan editor, langkah seterusnya adalah berbaik sangka sahaja, dan tunggu posmen datang membawa naskhah tersebut....

Inilah faktor mengapa para penulis sangat perlu berkawan dengan penulis-penulis lain, yakni supaya dapat bertukar-tukar maklumat sesama penulis berkenaan pelbagai kerenah dan masalah berurusan dengan editor-editor sesebuah rumah penerbitan. Sesama penulis mereka dapat berkongsi maklumat tentang perbezaan personaliti, mood, perangai-perangai pelik, sensitiviti, kegemaran dan kebencian setiap editor, dan dengan maklumat itu mereka dapat menjalin hubungan yang lebih memuaskan kedua-dua belah pihak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Mencari Editor Freelancer

PTS mencari individu yang berminat menjadi editor freelance. Syarat: (1) Memiliki ijazah, (2) Sedia menghadiri siri bengkel latihan software dan bahasa, (3) Memiliki laptop. Prioriti adalah calon perempuan yang memang mahu bekerja dari rumah. Tulis dalam komen di sini (a) nama, (b) nombor HP, (c) alamat emel.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(53) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 05, 2009

Strategi Kerjasama 3 Syarikat Kedai Buku Terbesar Milik Melayu di Johor Baru

Di bandar Johor Baru, ada 3 buah syarikat kedai buku yang terbesar, iaitu kedai buku Badan Cemerlang,  kedai buku Pustaka Azhar dan kedai buku Pustaka Amira. Nilai bisnes PTS dengan ketiga-tiga kedai buku itu adalah lebih RM2 juta setahun.

Menurut Tn. Nor Ikhram Hanafiah, eksekutif jualan PTS bagi zon selatan, ketiga-tiga buah kedai buku itu juga menjalankan bisnes mengedarkan buku. Mereka adalah 3 pelanggan terbesar PTS di zon selatan. Beliau juga memberitahu bahawa tiga buah kedai buku itu sangat berdisiplin membayar hutang mereka.

Ada suatu maklumat yang menarik berkenaan 3 buah syarikat itu. Mereka berniaga di bandar yang sama. Mereka berniaga dalam aktiviti bisnes yang serupa, dan mereka menjual buku-buku yang serupa. Tetapi mereka tidak bersaing antara satu sama lain, sebaliknya mereka bekerjasama dan tolong-menolong!

Tn. Nor Ikhram memberitahu, jika ada antara mereka yang kehabisan stok buku, mereka boleh pergi ke kedai buku milik syarikat yang dua lagi, dan mengambil stok dari situ! Malah, adalah perkara normal jika terjumpa staff satu syarikat berada dalam kedai syarikat yang dua lagi bagi mencari stok buku yang mereka perlukan.

Ketiga-tiga syarikat itu juga tidak saling berebut pelanggan ataupun curi-mencuri pelanggan masing-masing.

Syarikat Badan Cemerlang mempunyai kedai buku terbesar di Johor Baru. Di kedai buku Badan Cemerlang itu, jualan paling tinggi adalah buku-buku teks sekolah terbitan DBP-DAWAMA. Bagi kategori buku umum, jualan buku-buku PTS adalah yang tertinggi.

PTS membekalkan buku-bukunya kepada pengedar-pengedar buku. Pada masa ini jualan PTS kepada Badan Cemerlang adalah yang paling tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, August 04, 2009

Masa Hadapan PTS dan Persoalan Mengapa CELCOM Tidak Digunakan oleh Kaum Cina

Adalah menjadi cita-cita Lembaga Pengarah PTS bahawa satu hari nanti PTS akan menjadi syarikat awam dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Ini bagi memastikan PTS dapat kekal bertahan beratus tahun dalam pasaran, dan supaya manfaat hasil kejayaan pelaburan PTS itu dapat diperkongsikan dengan masyarakat.

Disebabkan PTS akan menjadi syarikat awam, PTS perlu mencantikkan wajah awamnya terlebih dahulu sebelum memasuki BSKL, dengan itu barulah nilai sahamnya meninggi. Jika PTS kekal dengan imejnya yang eksklusif Melayu, maka hanya pelabur Melayu sahaja yang berminat membeli saham PTS, akibatnya nilai saham PTS tidak tinggi.

Persepsi kaum Cina sangat mempengaruhi kejayaan sesebuah syarikat menembusi pasaran Cina. Sebagai contoh, kaum Cina tidak menggunakan perkhidmatan CELCOM disebabkan mereka mempunyai persepsi bahawa saham syarikat itu 100% dipegang oleh orang Melayu.

Pengalaman Celcom perlu difikirkan masak-masak jikalau PTS mahu menembusi pasaran pembaca Cina dan India dengan lebih berkesan, sebagai contoh, jika PTS mahu menjual RM10 juta setahun nilai buku-bukunya kepada pembeli Cina dan India di negara ini.

Langkah pertama adalah mengubah persepsi orang Cina supaya mereka tahu bahawa saham syarikat PTS bukan 100% dimiliki oleh orang Melayu.

Langkah kedua adalah mengambil pekerja Cina bertugas dalam PTS.

Langkah ketiga adalah menerbitkan lebih banyak buku karya penulis-penulis Cina yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu dan sebaliknya.

Salah satu cara PTS dapat mentransformasikan pemilikian sahamnya adalah dengan cara PTS membeli saham majoriti sebuah syarikat penerbitan ataupun percetakan yang kini dimiliki oleh orang Cina....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Seminar Kesusasteraan Percuma di ASWARA

Tn. Ridzuan Harun mengundang tuan-tuan/puan-puan hadir ke Seminar Kebangsaan Pendidikan Kesusasteraan anjuran Fakulti Penulisan ASWARA pada 10-11 Ogos 2009 ini bertempat di Dewan Orkestra ASWARA, 464 Jalan Tun Ismail, KL jika tidak berhalangan. Maklumat seminar ada saya attachkan. Pensyarah dialu-alukan membawa pelajar dari IPT masing-masing jika turut berminat. Masuk percuma. Maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian 03-26971145/012-2774518. Terima kasih. Salam hormat,
 
Ridzuan Harun
Fakulti Penulisan ASWARA

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Budaya Bebas Rasuah Sangat Menguntungkan

Etika adalah besi berani dan modal bisnes yang sangat penting. Sebagai modal, peranan etika adalah lebih penting daripada wang! Dengan mengamalkan etika bisnes yang tinggi, banyak masalah dengan sendirinya akan selesai, termasuk masalah wang.                        

Semenjak mula beroperasi 9 tahun lalu, setiap tahun PTS berkembang purata 60%, suatu pencapaian yang luar biasa. Banyak faktor yang mendorong prestasi cemerlang PTS. Salah satu daripadanya adalah budaya kerja bebas-rasuah yang diamalkan oleh setiap anggota TimPTS.

Nilai bebas-rasuah ini diketahui oleh semua rakan niaga PTS, dari pengedar, kontraktor, pekedai, agen, pencetak, penulis, penterjemah, ilustrator, desainer, editor feelancer dan sesiapa sahaja yang berurusan dengan PTS. Kesannya, mereka suka berniaga dengan PTS kerana sangat murah -- murah, disebabkan mereka tidak perlu mengeluarkan kos bagi merasuah pegawai-pegawai PTS.

Penerbit hidup disebabkan adanya bekalan manuskrip yang laku dalam pasaran. Jadi, penulis adalah sumber bisnes paling utama bagi penerbit. Penulis adalah serupa dengan penyanyi bagi syarikat rakaman muzik dan pelakon bagi syarikat pengeluar filem.  

Dengan mengamalkan budaya bebas-rasuah itu, banyak penulis suka menulis untuk PTS. Inilah salah satu magnet yang menyebabkan PTS dapat menarik penulis-penulis yang berkualiti sehingga dalam tempoh 9 tahun jumlah penulis PTS hampir mencecah 400 orang. Jumlah yang ramai itu membolehkan PTS menerima bekalan manuskrip bermutu tinggi yang mengalir berterusan sepanjang tahun menyebabkan PTS tidak mengalami masalah kekurangan manuskrip.

Apabila penerbit sudah besar,  isu mendapatkan penulis tidak lagi sukar, tetapi semasa penerbit baru beroperasi, --  masih sangat kecil, belum ada rekod, belum ada nama -- adalah sangat sukar mendapatkan manuskrip yang berkualiti daripada penulis yang berkualiti. Salah satu daya tarikan yang digunakan oleh PTS 9 tahun dahulu adalah dengan mengamalkan etika bisnes yang amat tinggi bagi mengatasi kelemahan-kelemahannya sebagai penerbit kecil. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Mengamalkan Perkongsian Komisen Jualan Ikut Cara Nabi Muhammad

Sesiapa yang pernah datang ke pejabat PTS akan perasan suatu perkara: Yakni, suasana kerja di PTS yang menunjukkan TimPTS masing-masing sedang tekun bekerja, tetapi tidak pula kelihatan mereka sedang stress.

Ada seorang pelawat pernah berkata kepada saya, katanya, "Orang PTS bekerja rajin macam dalam syarikat Cina!" Lalu beliau bertanya apakah rahsianya maka staf Melayu dalam syarikat Melayu tetapi tingkah laku kerja mereka macam Cina.

PTS mengamalkan beberapa prinsip pengurusan syarikat yang betul-betul meniru apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad. Salah satu prinsip itu adalah prinsip perkongsian hasil keuntungan. 

Berniaga adalah ibarat berperang. Lembaga pengarah PTS bersetuju supaya PTS mengamalkan cara perkongsian keuntungan dengan meniru bagaimana Nabi Muhammad berkongsi harta rampasan perang, istilah Arabnya ghanimah.

Apabila Nabi Muhammad membahagi-bahagikan ghanimah, semua orang yang ikut dalam pasukan perang mendapat bahagiannya daripada ghanimah itu. SEMUA.

Di PTS, 'ghanimah' PTS adalah duit hasil jualan buku-bukunya. Setiap bulan, semua TimPTS (yang sudah ditetapkan dalam jawatan) menerima komisen, tanpa kekecualian. SEMUA.

Nabi Muhammad memberikan porsi (portion) yang berbeda kepada anggota tenteranya, yakni (i) tentera berkuda, yang menerima porsi paling besar, (ii) tentera pemanah, yang menerima porsi kedua terbesar, dan (iii) tentera berjalan kaki, yang menerima porsi ketiga terbesar.

Di PTS, semua TimPTS dibahagikan kepada:

(i) Tentera berkuda PTS, yakni mereka yang di barisan paling hadapan, yakni yang akan mati dahulu (contohnya pegawai Jabatan Sales PTS, kalau jualan rendah, mereka ditanya dulu).

(ii) Tentera pemanah PTS, yakni mereka yang di barisan pertahanan (contohnya pegawai Jabatan Editorial PTS, kalau buku tidak cantik dan tidak memenuhi kehendak pasaran, mereka ditanya kemudian).

(iii) Tentera berjalan kaki PTS, yakni mereka yang melakukan flanking dan logistik (contohnya petugas warehouse PTS yang membuat kerja-kerja packing dan shipment, yang ditanya jika buku lambat sampai ke kedai-kedai buku).

Masing-masing kumpulan menerima porsi yang ditetapkan.

Setiap bulan, pegawai-pegawai credit contoller PTS mengutip hutang dari kedai-kedai buku, para pengedar dan kontraktor. Sebahagian daripada hutang yang dikutip itu diambil supaya dibahagi-bahagikan sebagai komisen kepada SEMUA TimPTS. Wang komisen itu dibayarkan pada tarikh 15 haribulan setiap bulan.

Komisen yang mereka terima datang secara langsung daripada hasil jualan dan hutang yang dikutip. Semakin cantik buku-buku PTS, semakin laku buku PTS, semakin banyak buku terjual, semakin cepat buku dihantar ke kedai, semakin banyak hutang dapat dikutip, maka hasilnya semakin banyak komisen yang mereka SEMUA terima setiap bulan.

Prinsip ini selaras dengan maksud ayat Quran yang bermakna: "Kamu mendapat apa yang kamu usahakan."

Nota: Selain komisen bulanan, PTS juga membayar bonus kepada SEMUA TimPTS.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, August 03, 2009

Buku Karya Hassan Al-Bana RM3.00 dari PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

RM4.00 buku Amalan 24 Jam dalam Kehidupan Nabi Muhammad

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

RM4.50sen Buku Pendinding Diri daripada Gangguan Sihir, Jin dan Syaitan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Macam Tak Masuk Akal tetapi Benar! Harga Buku Ini Cuma RM4.50 sen….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, August 02, 2009

Apa Maksudnya Apabila PTS Berpegang Pada Prinsip Bisnes Bebas-Rasuah

PTS berpegang pada 3 nilai kudus yang menjadi tonggak perniagaannya. Nilai 'kudus' bermakna prinsip-prinsip yang tidak ada tolak ansur baginya.

Nilai-nilai itu adalah: (i) Mengamalkan budaya bisnes bebas-rasuah, (ii) Hanya menerbitkan buku-buku yang syariah-compliant dan (iii) Hanya menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dalam buku-buku terbitannya.

Dalam mengamalkan prinsip berniaga dengan cara-cara bebas-rasuah, ini bermakna:

(1) Ahli-ahli Lembaga Pengarah PTS adalah bersih daripada bersahabat dengan mana-mana tokoh politik ataupun pegawai tinggi kerajaan dengan tujuan mencari kabel bagi mendapatkan sebarang 'deal' dengan mana-mana pihak bagi mendapatkan layanan istimewa ataupun bagi mendapatkan kontrak.

(2) Ahli-ahli Lembaga Pengarah PTS adalah bersih daripada merasuah mana-mana pegawai bank bagi mendapatkan kemudahan dan pinjaman.

(3) Pegawai di Jabatan Human Resource PTS adalah bersih daripada rasuah apabila mengambil pekerja ataupun apabila menaikkan pangkat mereka.

(4) Pegawai-pegawai peringkat pengurusan tertinggi PTS, yakni mereka yang bertaraf pengurus, adalah bersih daripada perbuatan merasuah mana-mana pegawai dalam kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan bagi mendapat kontrak perbekalan buku.

(5) Pegawai-pegawai di Jabatan Kewangan PTS adalah bersih daripada menerima rasuah apabila memilih pencetak ataupun mana-mana pembekal.

(6) Pegawai-pegawai di Jabatan Kewangan PTS adalah bersih daripada menerima rasuah apabila mengeluarkan cek pembayaran kepada pembekal, ataupun cek royalti kepada penulis, ataupun cek bayaran kepada penterjemah, ilustrator, desainer dan lain-lain.

(7) Pegawai-pegawai di Jabatan Sales PTS adalah bersih daripada memberi rasuah kepada mana-mana pegawai syarikat kedai buku supaya menerima buku-buku PTS ataupun supaya meletakkan rak-rak buku PTS di depan pintu masuk kedai mereka, ataupun semasa memberi diskaun kepada mana-mana kontraktor, agen dan pembeli buku PTS.

(8) Pegawai-pegawai PTS di Jabatan Editorial PTS adalah bersih daripada menerima rasuah dari penulis, editor freelance, penterjemah, ilustrator dan desainer cover buku apabila memilih karya mereka bagi diterbitkan.

Terima kasih kepada Tuhan, yang melimpahi PTS dengan menghantarkan kepada kumpulan syarikat PTS anggota timPTS dan para penulis, penterjemah, desainer dan ilustrator yang kreatif, dinamik, tekun dan berjiwa pejuang, sehingga selama 9 tahun beroperasi, PTS berkembang purata 60% setiap tahun, suatu pencapaian yang luar biasa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Penerbit Established Sukar Mendapatkan Calon Editor Berijazah

Seorang Ketua Eksekutif dalam sebuah syarikat penerbitan buku-buku Melayu bersilabus memberitahu maklumat yang mengejutkan. Menurut beliau, sangat payah bagi syarikatnya hendak mendapatkan calon editor, padahal syarikat beliau sudah berusia 25 tahun, jumlah kakitangannya lebih 150 orang, dan nilai bisnes tahunannya sekarang sekitar RM100 juta setahun.

Dalam tempoh 25 tahun itu, stafnya yang dahulu berusia 25 tahun sekarang sudah 50 tahun, sudah dipanggil 'uncle-uncle' oleh remaja. Apa yang berlaku, staf yang sudah uncle-uncle itu kini menjadi barisan pengurusan tinggi dalam syarikatnya. Merekalah yang menjalankan interviu ke atas calon-calon yang memohon menjadi editor.

Selepas interviu, mereka yang lulus tidak mahu datang bekerja! Siasat punya siasat, apabila orang-orang muda yang datang interviu itu nampak muka uncle-uncle yang menginterviu mereka, sekonyong-konyong mereka hilang minat hendak bekerja di bawah ketua yang sudah layak menjadi uncle-uncle!

Rupa-rupanya, orang muda-muda sekarang mahukan ketua yang muda-muda juga....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, August 01, 2009

Bagaimana Buku-Buku Melayu untuk Remaja Membodohkan Remaja

Mengapakah buku-buku Harry Potter diterbitkan dengan dua wajah kulit yang berbeza? Harry Potter pada asalnya memang dikarang dan diterbitkan untuk pembaca remaja. Kemudian penerbit menerima permintaan daripada pembaca dewasa yang mahu membaca buku-buku itu tetapi malu hendak memegang buku yang kulitnya berwajah remaja. Jawapannya: Satu kulit untuk pembaca remaja, dan satu lagi kulit untuk pembaca dewasa. Keadaan ini menunjukkan trend terbaru dalam dunia sastera remaja hari ini di mana perbezaan antara fiksyen untuk remaja dan dewasa sudah tidak wujud lagi.

Dalam sebuah seminar, seorang pustakawan dari Perbadanan Perpustakan Negeri Selangor mengkritik para penulis dan penerbit buku-buku Melayu yang beliau sifatkan sebagai tidak kenal minda pembaca kanak-kanak dan remaja awal. Beliau mengatakan para remaja awal tidak suka meminjam dan membaca buku-buku nipis, tetapi buku-buku bacaan remaja dalam bahasa Melayu terus diterbitkan dalam bentuk nipis.

Buku-buku bacaan remaja yang nipis meninggalkan banyak kesan negatif, baik ke atas minda pengarang, apatah lagi ke atas minda kanak-kanak dan remaja awal yang membacanya.

Kesan negatif ke atas pengarang yang paling ketara adalah, apabila buku nipis, plot cerita tidak panjang dan kompleks. Ini menyebabkan pengarangnya tidak perlu mempunyai pemikiran yang tinggi dan kompleks bagi menghasilkan buku-buku bacaan remaja itu.

Plot yang ringkas dan pendek tidak memerlukan pengarang menjalankan penyelidikan ataupun pembacaan yang luas, cukuplah dengan menggunakan imaginasi simpel dan akal biasa sahaja.

Kesan negatif buku-buku nipis ke atas minda kanak-kanak dan remaja tidak perlu diperjelaskan. Cukup dengan sekadar kita mengatakan, buku-buku nipis memperbodoh remaja.

Anggapan bahawa kanak-kanak dan remaja hari ini tidak mampu membaca dan memahami isi kandungan buku-buku tebal adalah tidak berdasarkan ilmu psikologi kanak-kanak dan remaja. Anggapan itu sama tidak benarnya dengan sangkaan bahawa buku yang tebal semestinya susah dibaca dan difahami oleh remaja. Lihat sahaja bagaimana remaja awal perempuan dengan banyaknya membaca novel-novel cinta yang tebal-tebal.

Buku-buku bacaan yang kompleks dan mengandungi maklumat saintifik dan teknikal melatih otak remaja berfikir secara kompleks dan teknikal. Tetapi, bagi menghasilkan karya-karya seperti itu kita memerlukan penulis-penulis yang berpengetahuan tinggi dan memiliki bakat bercerita yang tinggi juga.

Di kalangan penerbit yang sudah menyedari perkara ini, mengapakah mereka masih menerbitkan buku bacaan remaja yang nipis? Perkara itu terpaksa dilakukan disebabkan sikap pentadbiran sekolah-sekolah rendah negara ini yang masih mahukan buku-buku nipis untuk perpustakaan. Sekolah-sekolah rendah mahu buku-buku bacaan yang nipis dan murah-murah. Jadi keadaan ini menghasilkan putaran negatif di mana sekolah mahukan buku nipis, lalu pengarang menerbitkan buku nipis, meskipun murid-murid mahu membaca buku-buku tebal.

Kita mencadangkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan garis panduan baru kepada sekolah-sekolah rendah dalam memilih buku-buku bacaan untuk perpustakaan. Buku-buku yang kurang daripada 120 halaman sesuai untuk bacaan murid-murid darjah 2 dan 3. Bagi murid-murid darjah 4, 5 dan 6, buku-buku untuk mereka semestinya antara 200 hingga 300 halaman.

Garis panduan ini dapat memaksa para pengarang menghasilkan bahan-bahan bacaan yang isi kandungannya kompleks dan penuh dengan maklumat teknikal yang terperinci. Ini memaksa para pengarang melakukan pembacaan yang luas dan menjalankan penyelidikan sebelum mula mengarang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 2 pages  <  1 2