Wednesday, September 30, 2009

Strategi Bagaimana PTS Menembusi Sektor Pasaran Kedai Buku Agama Tradisional

Buat sekian lama PTS tidak dapat menembusi sektor pasaran kedai-kedai agama indie. Walaupun kedai itu kecil-kecil tetapi jumlahnya banyak. Mereka hanya menjual buku-buku agama kategori tradisional, yakni buku-buku seperti kitab Quran, hadis dan panduan-panduan ibadat.

Meskipun PTS ISLAMIKA Sdn. Bhd. menerbitkan buku-buku agama, tetapi buku-buku itu hanya dapat dibeli di kedai-kedai buku elit seperti MPH, Popular dan lain-lain. Kedai-kedai agama tradisional tidak mahu menjual buku-buku agama PTS.

Pelanggan regular kedai-kedai buku tradisional itu pula tidak pergi ke kedai-kedai buku elit. Justeru, bagi meningkatkan jualan buku-buku agama PTS, kita tidak ada pilihan kecuali memujuk pemilik kedai-kedai tradisional itu supaya mahu menjual buku-buku PTS.

Situasi ini menyebabkan walaupun pasaran buku agama adalah sangat besar, tetapi PTS tidak dapat mencetak lebih daripada 3 ribu naskhah bagi setiap judul buku agamanya. Keadaan ini berlarutan selama bertahun-tahun.

Bagi menembusi sektor kedai buku agama tradisional itu, langkah pertama PTS adalah melantik seorang eksekutif jualan yang sudah sedia mempunyai hubungan baik dengan kedai-kedai itu. Beliau adalah Tn. Azari Hashim. (foto)

Tn. Azari adalah seorang yang waraq, oleh itu personaliti dan penampilan beliau yang saling tak tumpah bagaikan ustaz itu lebih mudah dapat mencipta kesan positif kepada pemilik kedai-kedai buku agama. 

Semasa Tn. Azari mula-mula memperkenalkan buku-buku agama PTS kepada kedai-kedai buku agama tradisional itu, mereka tidak berminat disebabkan pakejing buku-buku agama PTS yang tidak tradisional. Ada sesetengah pemilik kedai yang menolak buku-buku PTS dengan alasan PTS menghina Nabi Muhammad kerana tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti 'baginda' dan menggantikannya dengan perkataan 'beliau'.

Dengan sabar dan tekun, Tn. Azari berkali-kali pergi ke kedai-kedai itu dan menjalin hubungan saling percaya-mempercayai. Setiap kali beliau pergi, beliau menceritakan mengapa buku-buku PTS menggunakan pakejing dan gaya bahasa yang berbeza.

Beliau juga bercerita bahawa kedai-itu dan kedai-ini sudah menjual buku-buku PTS dan jualannya bagus.... sehingga perlahan-lahan kedai yang belum mahu menjual buku-buku PTS akhirnya mahu mencuba.....

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

30 Strategi Membina Pengaruh

Apabila kita tidak memiliki daya pengaruh, kita terpaksa melaksanakan kerja kita dengan menggunakan alat-alat kerja yang dapat mencipta kesan sebagai senjata makan tuan, yakni arahan, tekanan, paksaan, ugutan dan ancaman.

Pengaruh adalah alat kerja yang membolehkan orang dengan sukarela mahu dan suka mematuhi kehendak kita.

Individu yang memiliki daya pengaruh tinggi dilihat lebih tampan dan jelita daripada keadaan fizikal mereka yang sebenar.

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 29, 2009

Belajar Membuka Kedai Buku dari Pustaka Munirah di Taman Cukai Utama Kemaman

Bagi tuan yang berminat membuka kedai buku indie, barangkali tuan perlu berkenalan dengan Tn. Saifuddin Awang, pemilik PUSTAKA MUNIRAH di Taman Cukai Utama, bandar Kemaman, Terengganu. Dapatkan tip-tip daripada beliau bagaimana menjalankan bisnes buku di bandar kecil.

Tn. Saifuddin adalah seorang jurutera dan beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran bidang percetakan buku menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana beliau pernah lama bertugas di sebuah firma percetakan milik pelabur asing di Johor Baru.

PUSTAKA MUNIRAH adalah antara kedai buku milik usahawan Melayu yang dimasukkan dalam senarai "Pelanggan Emas" PTS.

Kedai-kedai yang tersenarai sebagai Pelanggan Emas PTS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Mereka komited mem-promote buku-buku PTS.

2. Rekod disiplin pembayarannya sangat baik.

3. Mempunyai standing-order dengan PTS. (Tidak banyak kedai buku Melayu ditawarkan standing-order oleh PTS)

4. Jumlah pesanan bulanan yang semakin meningkat. 

Ada beberapa ciri pada PUSTAKA MUNIRAH yang bagus diambil perhatian:

1. Kedai buku PUSTAKA MUNIRAH ini tidak terletak di tengah-tengah bandar Kemaman. Ia terletak di deretan kedai dalam taman perumahan, iaitu Taman Cukai Utama. Lazimnya, kedai buku di luar pusat bandar sukar survive.

2. Kedai PUSTAKA MUNIRAH ini kecil sahaja tetapi berhawa dingin, dan bisnes utamanya adalah menjual alat tulis.

3. Ia juga menyewakan novel. Selain itu ia menjual buku. Lapan puluh (80%) buku yang dipamerkan adalah buku-buku PTS.

4. Kedai ini tidak menggunakan rak yang khusus dibuat untuk buku. Ia menggunakan rak barangan biasa sahaja. Jadi, dari sudut seni-display, kedai ini tidak impresif. 

5. Pihak pengurusan PUSTAKA MUNIRAH pandai memilih judul-judul buku yang sesuai dengan kehendak pembeli buku di bandar Kemaman. Ia faham apa keperluan masyakarat Kemaman.

6. PUSTAKA MUNIRAH menggunakan maklumat jualan buku PTS di MPH Alamanda sebagai panduan memilih judul-judul yang dipesan. Buku-buku terbaru PTS semuanya ada dalam kedai itu.

7. Perolehan terbesar PUSTAKA MUNIRAH bukan datang daripada pelanggan yang masuk kedai membeli buku untuk bacaan peribadi. Sebaliknya, ia datang daripada pesanan supply daripada sekolah-sekolah, dan perpustakaan di seluruh daerah Kemaman.

Pemilik PUSTAKA MUNIRAH seorang yang memiliki bakat 'PR' yang sangat tinggi, menyebabkan beliau dapat menjalin hubungan baik dengan guru-guru dan pegawai-pegawai kerajaan di daerah Kemaman.

Bagi tuan yang serius mahu membuka kedai buku indie, elok sangatlah saudara pergi ke Kemaman dan lawati PUSTAKA MUNIRAH serta berkawanlah dengan Tn. Saifuddin Awang!

NOTA: Pustaka Munirah akan membuka cawangan utamanya di Jalan Air Putih, berhampiran dengan bangunan Majlis Perbandaran Kemaman, apabila proses pembinaan rumah-rumah kedai di situ siap hujung tahun ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Bukti Buku-buku Inggeris Tidak Laku

Foto inimenunjukkan rak-rak buku di dalam kedai buku terbesar di kompleks membeli-belah Mahkota Parade, Melaka, kompleks paling elitis di bandar itu.

Rak-rak dalam foto ini dahulu mempamerkan buku-buku pengurusan dan perniagaan dalam bahasa Inggeris.

Kini tempat itu diisi oleh buku-buku pengurusan dan perniagaan dalam Bahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, pengurusan kedai itu sedang mengadakan jualan murah besar-besaran stok buku-buku Inggerisnya, dengan menawarkan harga durian runtuh.

Nota: Foto dan maklumat ini dilaporkan oleh Tn. Zamri Mohamad di Facebook beliau.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 28, 2009

Perkataan Mempunyai Nilai Komersial

Sesetengah perkataan mempunyai daya tarikan dan nilai komersial yang tinggi, yakni apabila perkataan itu digunakan, buku, ceramah, ataupun bengkel kita laku, manakala ada perkataan yang sebaliknya. Maka itulah sebabnya, kita perlu memilih-milih perkatan-perkataan yang digunakan, khususnya bagi mencipta judul buku, tajuk ceramah, bengkel dan seminar.

Apabila menulis buku, perkataan-perkataan yang kita gunakan dapat menyebabkan buku kita dibeli orang ataupun sebaliknya.

Contoh perkataan yang tidak mempunyai nilai komersial adalah 'masalah'. Justeru perkataan 'masalah' tidak sesuai digunakan sebagai judul buku, seminar ataupun bengkel.

Bagi penulis yang juga bergiat aktif dalam bisnes bercakap (speaking) dengan menjadi hos radio, rancangan talk-show di TV, memberi kuliah, tazkirah, bengkel dan berceramah, supaya audiens suka mendengar kita bercakap, jangan sebut perkataan 'masalah', sebaliknya gantikan dengan perkataan situasi.

Contoh-contoh:

(a) Masalah remaja zaman sekarang.... (SALAH)

(b) Situasi remaja zaman sekarang.... (BETUL)

Dengan tidak menggunakan perkataan masalah, kata-kata yang kita ucapkan menjadi lebih sedap didengar, tutur kata kita menjadi lebih lunak dan manis, oleh itu kita dapat menaikkan mutu perkhidmatan kita, dan jumlah undangan akan meningkat.

Dalam percakapan harian pun begitu juga, jangan sebut perkataan masalah supaya orang di sekeliling kita suka mendengar percakapan kita. Hasilnya, ramai orang suka berinteraksi dengan kita, dengan itu kita dapat meningkatkan jumlah rakan-bisnes dan pelanggan kita.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengejutkan! Mengapa DBP Mati Akal Dibuat oleh Dawama

Malam tadi saya makan malam semeja dengan Dato' Termuzi Abd. Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau bercerita daya usaha yang beliau sudah lakukan bagi mencari jalan keluar pada masalah prestasi buruk pengurusan Dawama terhadap pengedaran dan penjualan buku-buku tebitan DBP.

Menurut Ketua Pengarah DBP itu, semenjak Dawama mengambil alih HAK mencetak, mengedar, mempromosi dan menjual buku-buku teks yang diterbitkan oleh DBP, lebih kurang RM550 juta sudah dibayarkan oleh kerajaan kepada syarikat itu.

Meskipun prestasi Dawama amat buruk, DBP hanya boleh menamatkan perjanjian penswastaan antara DBP dengan Dawama dengan SYARAT kedua-dua belah pihak sama-sama bersetuju.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 27, 2009

Saya Membentangkan Kertas Kerja

Pada pagi ini saya berada di Johor Baru bagi membentangkan kertas kerja pada Persidangan Bahasa Melayu Antarabangsa (28 - 30 Oktober 2009).

Tajuk kertas kerja saya adalah "Trend Kontemporari Pasaran Buku Melayu Dalam Negara dan Strategi Menembusi Pasaran Buku Antarabangsa".

Persidangan ini adalah sangat akademik sifatnya,  dengan penyertaan profesor-profesor bahasa Melayu dari dalam dan luar negara, namun permohonan saya bagi membentangkan kertas dari industri telah diterima oleh penganjur.

Objektif saya adalah menyampaikan maklumat berkenaan isu-isu penting yang dihadapi oleh pemain-pemain dalam sektor industri perbukuan di Malaysia, khususnya penerbit buku-buku Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, September 26, 2009

Testimonial dari Blog Orang Besar Lagi Terkenal

Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim, Pengarah UiTM Segamat menulis dalam blog beliau seperti di bawah:

PTS menerbitkan karya Ibnu Qayyim bertajuk Bahagiakan Hati Mu. Puan Ainon memetik tulisan Ibnu Qayyim berkaitan dengan airmata. Tulisan beliau di sini seperti berikut:

Ibnu Qayyim adalah salah seorang pakar psikologi Islami yang sangat terkenal. Beliau lahir hampir 800 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1292 Masehi di kota Damsyik, Syria. Sebagai contoh, menurut Ibnu Qayyim, tingkah laku menangis dapat dikategorikan ke dalam 10 jenis tangisan:

a. Air mata yang tercetus oleh emosi kasih sayang, dan hati yang lembut.
b. Tangisan yang disebabkan oleh perasaan amat takut.
c. Air mata yang disebabkan oleh rasa cinta.
d. Air mata gembira.
e. Tangisan yang disebabkan oleh penderitaan.
f. Air mata kesedihan.
g. Air mata yang mengalir disebabkan diri berasa lemah dan hina.
h. Air mata belas kasihan.
i. Menangis kerana terikut-ikut orang lain menangis.
j. Tangisan hipokrit, yakni pura-pura.

Saya cuba-cuba mengingati jenis-jenis tangisan yang pernah saya lalui. Saya menitiskan airmata apabila dikhabarkan yang ayah telah pergi buat selama-lamanya. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang daripada majlis Minggu Suai Kenal pelajar baru di UiTM Sarawak. Saya memberhentikan kenderaan dan membiarkan air mata mengalir.

Air mata saya juga mengalir ketika pasukan Kesatria UiTM Johor melakukan pembarisan hormat di awal-awal kedatangan saya sebagai Pengarah Kampus. Saya terfikir: “Adakah mereka sudah melakukan solat asar?”. Saya tidak nampak mereka di masjid dan masa di antara solat asar dan pembarisan mereka tersangat hampir. Saya bertekad untuk melakukan sesuatu.

Hampir setiap malam - selama setahun - saya menangis kerana takutkan Allah tidak menerima kedatangan saya di Mekah dan Madinah. Saya rasa lemah dan hina kerana tidak pandai membaca Al-Quran, tidak tahu berdoa dalam bahasa Arab dan ketika merayu-rayu supaya Allah menjadikan saya sebagai tetamu yang paling istimewa.

Saya pernah menitiskan airmata merasai pengorbanan Roza sebagai seorang isteri yang benar-benar bersabar dengan tingkah-laku saya terutamanya ketika saat-saat sebelum menunaikan fardhu haji.

Pagi ini, air mata saya mengalir ketika berjaya membaca surah 284-286 Al-Baqarah pada rakaat pertama menjadi imam subuh. Saya rasa sebak melihat makmum daripada Bahagian Keselamatan yang sentiasa menghidupkan Masjid As-Syakirin pada musim cuti kali ini.

Saya tidak pernah menitiskan air mata ketika menerima surat-surat layang. Kali ini saya menangis, bukan kerana surat tersebut tetapi apabila Tan Sri Naib Canselor menyebut: “Mil, youlah orang yang paling saya percaya dalam UiTM…….”. Saya percaya begitu tetapi ia tidak pernah terucap. Selepas 20 tahun berkhidmat, saya sangat terharu dengan kata-kata spontan yang keluar daripada bibir beliau.

Saya mengalirkan air mata apabila melihat Kaabah buat kali pertama.

Saya mengalirkan air mata setiap kali berdoa di Mekah dan Madinah. Menangis teresak-esak apabila berjaya khatam A-Quran buat pertama kali. Air mata mengalir ketika mengusung jenazah di Madinah.

Saya pernah menangis kerana “ikut-ikut” orang menangis dalam satu kursus motivasi.

“Tahniah, Dr Ibrahim,” kata Alex Russell selepas tamat VIVA PhD. Saya tidak menangis. Namun saya mengalirkan air mata ketika majlis konvokesyen. Ketika itu kesemua graduan berdiri, bertepuk tangan dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tersayang. Saya terharu melihat Roza, Sara dan Amirul berada di antara barisan hadapan tetamu yang hadir.

Seingat saya, saya tidak menitiskan air mata kerana berpura-pura terhadap sesuatu. Bagaimanapun saya menitiskan air mata mengenangkan bagaimana orang berpura-pura melakukan sesuatu kerana saya. Emmmm…..

Air mata bukanlah boleh dipaksa-paksa. Air mata saya sentiasa mengalir ketika menyampaikan syarahan yang berkait rapat dengan perjalanan hidup. Ia kekal begitu kerana setiap kali bercerita, emosi saya seolah-olah berada pada ketika dan saat tersebut.

Pernahkah anda menangis atau mengalirkan air mata? Di bahagian mana air mata itu tumpah?

Saya akan mencari dan membeli buku ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 18 Oktober 2009: Bengkel Penulisan Novel Menggunakan Teknik Surah Yusuf

 

BAGI YANG TIDAK DAPAT HADIR PADA 18 OKTOBER, SAYA AKAN ADAKAN KURSUS TAMBAHAN YANG SERUPA PADA TARIKH LAIN.

 

Jikalau tuan dan puan berminat mahu menulis novel untuk terbitan PTS, bengkel ini adalah wajib.

Mendaftar di sini: Tulis nama, alamat emel dan nombor HP dalam kotak komen.

Tarikh: AHAD 18 Oktober 2009

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, KL. (Di depan GIANT, sederet dengan kedai 7-Eleven, di atas Klinik Gigi Nooriah.)

Masa: 10 pagi - 4. petang

Trainer: Puan Ainon Mohd.

Bengkel adalah gratis.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(131) Diskusi Kuliah | Permalink

Overhaul dan ‘revolusi pendidikan’

PENJELASAN kepada komen Dato' Salleh Majid oleh Datuk Radin Omar (Utusan Malaysia, 23 Oktober 2009) adalah amat menarik. Isu ini boleh dijadikan satu pelantar positif untuk umum membincangkan tentang perubahan kepada pengajian tinggi secara ilmiah demi kebaikan bersama.

Pada saya yang paling menarik sekali adalah istilah overhaul yang digunakan oleh kedua-dua penulis tersebut. Di satu tahap, istilah ini memang tepat untuk menggambarkan satu "pembaharuan" melalui proses pembersihan yang rapi, termasuk mengganti bahagian-bahagian yang tidak lagi berfungsi dan sebagainya seperti mana yang dilakukan kepada enjin kenderaan.

Inilah yang lazim berlaku apabila dioverhaul dengan tujuan membaik pulih sesuatu secara mekanikal. Ia membawa kefahaman bahawa "benda yang lama" diperbaiki/ditambah baik/diperbetulkan supaya prestasi sedia ada ditingkatkan semula.

Pokoknya, sejauh mana sekalipun prestasinya ditingkatkan "benda" tersebut masih yang lama pada asasnya. "Pembaharuan" yang dilakukan hanya secara relatif.

Pada pendapat saya, dalam membincangkan tentang masa hadapan pengajian tinggi amnya, dan universiti khususnya, apa yang utama adalah soal-soal "asas" dari mana terbit segala-galanya. "Asas" tersebut mesti sesuai dengan masa dan ketikanya, lantas prestasi yang dihasilkan turut mendatangkan manfaat sepenuhnya. Dan berkesan pula dari segi kos yang dibelanjakan.

Misalnya, selepas overhaul dilakukan, hasilnya perlu meningkat berlipat-lipat kali ganda ekoran kecekapan telah ditingkatkan. Namun demikian jika tidak sesuai atau sepadan seperti yang dibangkitkan oleh Dato' Salleh, maka ia akan terus menghantui.

Datuk Radin ada membayangkan cara penyelesaiannya dengan memperkenalkan konsep profil graduan, bermaksud jika profil graduan yang dihasilkan sesuai, maka soal sepadan tidak timbul.

Ini membuka satu persoalan lain: siapa yang menentukan apa yang sepadan atau tidak? Sudah tentu pihak majikan kerana akhirnya perkiraan kita adalah untuk memenuhi sektor pekerjaan. Ini semacam Indeks Prestasi Utama (KPI) sesebuah universiti. Jika semua keluaran institusi pengajian tinggi (IPT) mendapat pekerjaan yang sepadan dan cepat, maka dianggap "berjayalah" IPT tersebut. Begitu pula jika di sebaliknya.

Pendek kata, tidak banyak bezanya di antara sebuah "kilang" yang mengilang barangan buatan yang sepadan dengan pasaran, dengan sebuah universiti yang mengeluarkan (mengilang?) "graduan" - asalkan prinsip "keterpasaran" (marketability) dipatuhi.

Seperti barangan perkilangan, selagi ada permintaan, selagi itulah mesti ada pembekalan. Namun kerisauan yang "kita sudah sampai tahap terlalu banyak universiti" menggambarkan pula sumber bekalan sudah terlalu banyak, dan dikhuatiri melebihi permintaan, biar sepadan mana sekalipun!

Mujurlah yang dikatakan universiti khusus seperti - Multimedia, Telekom, Petronas - juga menentukan "permintaan" pasaran (sekali gus merupakan majikan utama kepada industri-industri utama negara). Oleh itu cerita kesepadanan tidak timbul bagi mereka.

Halnya amat berbeza dengan IPT yang lebih umum di mana mencari kesepadanan agak lebih rumit. Ini memandangkan IPT umum juga menyasarkan industri yang sama. Di sini timbul isu keterpasaran, apa lagi sekiranya pasar telah ditepukan oleh graduan universiti khusus tersebut, yang pada adatnya lebih cenderung ditempatkan di industri yang berkaitan.

Selainnya, IPT umum masih memikul amanah menawar dan membangunkan kursus-kursus yang dianggap kurang mendapat pasaran. Misal bidang falsafah, kesusasteraan tempatan, bidang agama, seni, budaya dan warisan. Industri mana agaknya yang memerlukan bidang ilmu ini secara berterusan, kalaupun ada?

Wajarkah oleh kerana tidak ada pasaran bidang-bidang ini dicicirkan dengan sengaja seperti menutup kilang yang rugi? Sudah tentu tidak, kerana apa yang dipentingkan oleh universiti adalah nilai ilmu tersebut berbeza dengan industri. Ternyata terdapat percanggahan nilai ilmu di sini.

Diandaikan sebuah universiti itu adalah "kilang," perhitungannya teramat mudah sekali; lantas IPT swasta lebih berkecenderungan tidak menawar kursus yang tidak laku di pasaran, tidak kira setinggi mana sekali nilai ilmunya! Maka tidak hairan, hampir tidak ada IPT swasta yang menawarkan bidang-bidang tersebut. Kalau ada pun umpama seni, kerana ia boleh dipasarkan! Anehnya IPT swasta rata-rata dianggap lebih berjaya dan kos-berkesan berbanding dengan IPT umum kerana mereka pandai memilih-milih kursus untuk diperagakan.

Ringkasnya, kekusutan ini timbul kerana kita masih tidak jelas tentang apa yang dikatakan "universiti"? Adakah untuk tujuan pasaran semata-mata, seperti yang sering dipolemikkan? Jika ya, apakah akibatnya nanti jika universiti menjadi Pak Turut kepada telunjuk pasaran dengan anggapan ia juga adalah tuntutan negara?

Untuk menjawabnya lihat sahaja apa yang berlaku hari ini di mana Malaysia dikatakan terperangkap dalam tingkat ekonomi sederhana. Antaranya ia disebabkan bahawa universiti atau IPT kita, baik awam mahupun swasta gagal menyediakan graduan untuk tingkat ekonomi yang lebih tinggi gara-gara memenuhi permintaan pasaran yang agak ketinggalan dalam usaha ini.

Dengan kata lain pasaran yang ada tidak langsung berupaya/berminat menjangkau masa hadapan, malah terus ketinggalan agak jauh ke belakang.

Ambil contoh, bidang bioteknologi. Pasaran untuk graduan berkemahiran dalam bidang ini amat terhad, malah tiada langsung beberapa tahun yang lalu.

Jadi apa yang hendak disepadankan jika tiada pasaran, atau terlalu kecil untuk menjadi penentunya. Lantas kita terus tercicir dalam bidang bioteknologi kerana "universiti" kita hanya dikehendaki "mengisi" pekerjaan yang ada dan bukan mengambil risiko membina pekerjaan hari esok.

Jadi tidak hairanlah jika ekonomi kita "terperangkap" dan sukar berkembang maju berlandaskan kepesatan bidang-bidang baru, kerana tiada permintaan pasaran! Hal ini berlaku lagi apabila jika berbincang tentang bidang nanoteknologi sedangkan negara saingan kita telah mencurahkan ribuan juta membangunkan bidang-bidang baru melalui "universiti" mereka.

Di negara maju, universiti menjadi penyuluh masa hadapan untuk membuka pasaran baru dan membina kekayaan negara agar ekonomi mereka terus meningkat maju. Malangnya di Malaysia sebaliknya. Malah "universiti" didesak mengikut telunjuk pasaran bersuluhkan industri yang ada - tidak kira sejauh mana ia tercicir ke belakang, ataupun industri matahari terbenam asalkan sahaja mereka menawarkan pekerjaan.

Oleh itu, apa yang diperlukan bukannya overhaul, tetapi lebih hebat daripada itu. Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mengesyorkan tidak kurang daripada "revolusi pendidikan" untuk menangani masa hadapan Malaysia. Ini juga bermasuk "asas" pendidikan yang ada perlu di pugar semula melibatkan semua pihak, peringkat dan dasar.

Perubahan tempelan di sana-sini umpama proses overhaul pada "benda yang lama" lagi usang tidak lagi memadai; dan akan hanya membuang masa dan tenaga sahaja kerana keadaan sudah terlalu banyak berubah, dan tidak lagi sesuai, termasuk konsep sebuah "kilang." Apa lagi jika dihitung hari muka.

Inilah penyelesaian pokok yang perlu segera dilaksanakan. Soalnya bila, kerana ia menuntut satu bentuk keberanian untuk meroboh dan merubah dari segenap lapisan politik, ekonomi dan sosial?

(Disalin dari Utusan Malaysia)


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 25, 2009

Mengapa PTS Banyak PTS?

Salah satu pertanyaan yang biasa kita terima adalah, "Mengapakah PTS mempunyai banyak anak-anak syarikat?"

Ia adalah salah satu strategi bisnes PTS bagi meningkatkan dengan cepat produktiviti dan prestasinya. Tidak dinafikan bahawa strategi ini bukanlah tanpa risiko dan kelemahannya sendiri. Namun kelebihan dan manfaat strategi ini mengatasi risiko yang mungkin berlaku.

Berikut adalah kelebihan mempunyai banyak anak-anak syarikat:

(i) Setiap anak syarikat bebas membuat perancangan judul masing-masing. 

(ii) Masing-masing anak syarikat dapat mempraktikkan idea-idea kreatif mereka.

(iii) Kerenah birokrasi dapat dikurangkan.

(iv) Penulis PTS bebas berkarya dengan mana-mana anak syarikat dan ini meningkatkan produktiviti penulis.

(v) Persaingan yang menyeronokkan antara tim-tim anak syarikat menjadi pendorong berfikir secara kreatif yang sangat kuat.

dan (vi) Peluang naik pangkat lebih banyak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat: Bagaimana Proses Menterjemah Buku

Salam Pn Ainon,

Saya merasa kagum dan bangga dengan pencapaian PTS yang diterajui oleh puan. Pada pengamatan saya, PTS giat menerbitkan pelbagai ketogeri buku termasuk buku terjemahan. Buku terbaru - John Grisham edisi Melayu, The Last Juror.

Saya berminat membaca buku ICT terutamanya yang berkaitan dengan pemasaran internet. Saya dapati ada beberapa buah buku yang sangat menarik dan boleh membantu pembaca melaksanakan program pemasaran dan perniagaan mereka. Saya percaya ia juga mempunyai permintaan di pasaran buku Malaysia.

Soalan saya ialah:

1. Bagaimanakah cara kita boleh menterjemahkan buku ke edisi Bahasa Melayu?

2. Apakah keperluan sebelum kita meneruskan kerja menterjemah dan menerbitkan buku tersebut ke dalam edisi Bahasa Melayu.

Akhirnya, saya sangat berharap puan dapat membantu saya menjelaskan perkara tersebut. Terima kasih.

Zahari Sharit

.....................

 

Tuan Zahari,

Pertama-tama dapatkan dahulu dari penerbit asal izin menterjemahkan buku tersebut. Buka laman web penerbit itu dan tulis emel rasmi. Setiap penerbit mengenakan syarat-syarat dan terma-terma mereka sendiri dalam perjanjian pelesenan hakcipta terjemahan buku terbitan masing-masing.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tawaran Diskaun 30% Hanya untuk Ahli Kelab Peminat PTS 5 - 11 Oktober 2009

Cik Diana (foto), eksekutif yang mengurus kedai buku on-line PTS, BookCafe Sdn. Bhd., memberitahu bahawa mulai 5 - 11 Oktober 2009, beliau akan memberi diskaun 30% kepada ahli-ahli kelab peminat PTS dalam FaceBook.

Tawaran ini adalah bagi pembelian melalui BookCafe sahaja.

Semua buku diberikan diskaun ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 24, 2009

PTS akan Menjadi Penerbit Novel Terjemahan Paling Aktif

Pada masa ini PTS sudah menjadi penerbit 2 kategori karya kreatif yang paling aktif:

(i) Sastera kanak-kanak dan remaja.

(ii) Novel-novel cinta Islami.

Target seterusnya adalah menjadi penerbit novel terjemahan dari bahasa Inggeris yang paling aktif, dengan menerbitkan minimum 2 judul sebulan. Bagi mencapai target itu, PTS sedang dalam proses merekrut lebih banyak penterjemah gred A, iaitu melalui bengkel-bengkel latihan yang dikenadlikan oleh Puan Ainon Mohd. sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 23, 2009

Testimonial Pembaca Face Book Tentang Novel-novel Sejarah Karya Abdul Latip Talib

Seorang rakan FB saya yang menggunakan nama Ani-za menulis komen:

Tahniah, En. Latip. Baru tadi, anak-anak saudara saya membeli 5 buah buku En. Latip di MPH Ipoh. Sengaja saya membawa mereka berjalan-jalan ke MPH.

Saya tidak sangka novel En. Latip terkenal dalam kalangan kawan-kawan mereka. Along (bersekolah di asrama Tahfiz di KL) mengatakan kawan-kawannya ada koleksi novel En. Latip.

Kakaknya (yang bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA), berkata ustazahnya dan kawan-kawannya pun sibuk bercerita tentang novel En. Latip tersebut.

Selepas ke MPH, kami ke pusat boling pula, sambil berjalan, anak-anak saudara saya membaca novel itu.

Di pusat boling, ketiga-tiga anak saudara saya itu asyik baca novel En Latip. Dahsyat juga tarikan novel En. Latip.

Saya pula, sudah booking hendak meminjam novel-novel tersebut. Insyaallah, saya akan rekomen kepada library di sekolah saya supaya membeli set novel En. Latip.

Seorang lagi rakan FB yang bernama Suzianee Omar Ramih pula menulis komen:

Tadi saya pergi mencari novel ini di Borders Tropicana City Mall. Saya mahu membelinya, hendak baca dan simpan sebagai koleksi tetapi tidak ada di sana. Sudah habis stok.

Saya suka novel keluaran Abdul Latip Talib ni... Best!

Semoga lebih banyak dan berjaya hasilkan buku-buku macam ini.

Nota: Tn. Abdul Latip Talib menuliskan novel-novel beliau menggunakan Teknik Surah Yusuf.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Pengurus PTS Litera Berhari Raya ke Rumah Penulis

Puan Asma Fadila adalah Pengurus anak syarikat PTS Litera Utama Sdn Bhd., penerbit sastera perempuan dan sastera sejarah.

Pengarang PTS Litera yang paling ngetop adalah Tn. Abdul Latip Talib.

Puan Asma (baju putih) telah berhari raya ke rumah penulis itu di Petaseh, Jelebu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 22, 2009

PTS Menerbitkan Karya-karya Pakar Psikologi Islami Klasik

Ibnu Qayyim adalah salah seorang pakar psikologi Islami yang sangat terkenal.

Beliau lahir hampir 800 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1292 Masehi di kota Damsyik, Syria.

Sebagai contoh, menurut Ibnu Qayyim, tingkah laku menangis dapat dikategorikan ke dalam 10 jenis tangisan:

a. Air mata yang tercetus oleh emosi kasih sayang, dan hati yang lembut.

b. Tangisan yang disebabkan oleh perasaan amat takut.

c. Air mata yang disebabkan oleh rasa cinta.

d. Air mata gembira.

e. Tangisan yang disebabkan oleh penderitaan.

f. Air mata kesedihan.

g. Air mata yang mengalir disebabkan diri berasa lemah dan hina.

h. Air mata belas kasihan.

i. Menangis kerana terikut-ikut orang lain menangis.

j. Tangisan hipokrit, yakni pura-pura.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 21, 2009

Menunggu Cinta Tuhan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Rak Peragaan Dapat Menaikkan Jualan

Pada bulan Februari 2009, Jabatan Marketing PTS melancarkan strategi meningkatkan jualan novel-novel remaja PTS dengan membekalkan rak-rak peragaan bagi novel-novel itu kepada kedai-kedai terpilih.

Kedai-kedai yang dipilih itu adalah kedai-kedai buku agama tradisional yang sebelumnya tidak menjual novel-novel remaja kerana mereka mempunyai persepsi bahawa novel-novel remaja adalah bukan buku agama, dan isi kandungannya tidak cukup 'agama'. Mereka juga beranggapan pelanggan regular mereka tidak berminat membeli novel remaja.

Setiap rak itu berharga RM150.00 (foto) dan designnya ditempah khusus dari pembuatnya.

Rak-rak itu diperbuat daripada besi dan dipasangkan roda supaya mudah ditolak dan ditarik. Ini menggalakkan pekedai meletakkan rak di depan kedai, dengan itu orang yang lalu-lalang di hadapan kedai akan terpandang novel-novel yang dipamerkan.

Laporan daripada Tn. Azari Hashim mengatakan hasilnya amat baik. Jumlah jualan novel-novel PTS ONE meningkat di kedai-kedai di mana rak itu dibekalkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 20, 2009

Kedai Buku Marwilis di Shah Alam Bertukar Pemilik

Ini berita terbaru untuk peminat-peminat buku di kawasan bandar Shah Alam.

Kedai buku MARWILIS yang terletak di kompleks membeli-belah PKNS sudah dijual oleh pemilik asalnya kepada syarikat An Nahl Honey. Walau bagaimanapun, pemilik baru itu akan terus mengekalkan nama 'MARWILIS'. 

Pemilik baru MARWILIS sedang dalam proses mendapatkan bekalan buku-buku PTS dengan jumlah yang banyak. Menurut eksekutif fi jabatan jualan PTS, Tn. Azahari Hashim, nilai buku-buku yang dipesan adalah RM50 ribu.

Nota: An Nahl Honey dimiliki oleh sepasang suami isteri Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, September 19, 2009

Surat: Pesanan dari Peminat Buku-Buku PTS

Salam kepada Puan Ainon, semua warga PTS dan rakan-rakan. Selamat Berpuasa.

Tahniah kepada PTS kerana menambah lagi tim Marketingnya. Semoga ianya akan melonjakkan lagi nama PTS dan menambahkan lagi jualan PTS. Saya amat-amat berharap dan berdoa semoga cerita di bawah tidak akan berlaku kepada PTS.

Syarikat ABC adalah sebuah syarikat percetakan yang mencetak buku-buku yang ditempah oleh penerbit luar negara. Apabila bulan Julai sehingga September setiap tahun, ABC amat sibuk dengan kerja-kerja percetakan. Jabatan Sales dan Marketing amat sibuk mengambil tempahan dan cuba memenuhi target jualan mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan tempahan yang terlalu banyak, pihak pengeluaran / production tidak dapat memenuhi tempahan berkenaan atau dalam kata lain buku tidak dapat disiapkan dalam masa yang dikehendaki.

Pihak Sales dan Marketing menyalahkan jabatan Pengeluaran kerana kegagalan itu. Pihak pengeluaran membalas semula tuduhan itu dengan mengatakan mereka memaksimumkan kapasiti mereka sehingga telah mencapai 200% dari kapasiti biasa mereka. Masing-masing tidak mahu mengalah... tetapi hakikatnya nama ABC sudah menjadi buruk di kalangan pelaggan utama mereka.

Apa yang saya cuba sampaikan ialah PTS mungkin menerima lebih banyak tempahan dengan adanya pertambahan tim Marketing itu. Tetapi PTS tidak boleh lupa bahawa kejayaan utama PTS ialah menerbitkan buku dan buku-buku itu ada di kedai buku pada waktu yang SESUAI. Apa yang saya maksudkan ‘sesuai’ di sini ialah menepati kehendak pelanggan atau “conformance to the client’s requirement”. Contoh: Buku mengenai puasa mesti ada di kedai buku sebelum atau di awal bulan puasa, bukan selepas seminggu berpuasa.

PTS juga tidak boleh lupa bahawa kedai-kedai buku adalah pelanggan utama PTS. Tuan punya kedai buku amat berbangga mengedar buku PTS kerana PTS sudah menjadi satu jenama yang terkenal. Mereka tidak perlu bersusah payah memperkenalkan PTS kepada guru-guru sekolah kerana guru-guru ini sudah kenal PTS. Tetapi tuan buku panik dan malu apabila buku yang ditempah dari PTS tidak sampai mengikut waktunya. Ini akan memburukkan nama tuan punya kedai buku itu... sama seperti cerita syarikat ABC di atas.

Saya berharap agar cerita saya tidak berbelit-belit dan mudah difahami. Apa yang saya cuba sampaikan ialah PTS mesti “streamline all the processes” supaya matlamat utama PTS iaitu menjual buku-buku yang memandaikan bangsa akan tercapai.

Maaf jika terkasar bahasa. Selamat Hari Raya.

Saifuddin Awang.
Pembaca buku PTS sejak 2005.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 18, 2009

Persatuan Penulis Buku Pembangunan Diri akan Ditubuhkan

Assalamualaikum Puan Ainon, Semoga Allah menempatkan Puan sentiasa dikalangan orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah di dunia dan di akhirat. Amin.

Puan, kami iaitu Tuan Fadzli Yusof, Tuan Zamri Mohamad dan saya sendiri, sedang dalam proses bagi menubuhkan Persatuan Penulis Buku Pembangunan Diri 'Self Help' di peringkat nasional. Kami ketika ini sedang meneliti beberapa nama penulis yang menulis dalam bidang pembangunan diri 'self help' bagi menganggotai AJK protem bagi persatuan yang bakal ditubuhkan dengan izin Allah itu. Kami sedang mencari beberapa orang lagi individu yang boleh bekerja dan memberi sumbangan sebagai AJK Protem. Mesyuarat biasanya akan di adakan pada waktu pejabat sahaja, oleh itu kami memerlukan penulis yang benar-benar komited sahaja.

Kami juga mengalukan kepada penulis-penulis buku pembangunan diri yang bermastautin di luar lembah kelang untuk turut serta, kerana persatuan ini adalah di peringkat nasional. Kami amat berbesar hati jika Puan Ainon sudi bagi mencadangkan beberapa nama penulis yang sesuai dan komited bagi menganggotainya. Jemputan kami ini juga tidak terhad kepada penulis PTS sahaja.

Di peringkat awal perbincangan kami bertiga sebulat suara ingin menjemput Puan Ainon Mohd sebagai salah seorang penasihat kepada persatuan ini jika mendapat perkenan Puan Ainon nanti. Insyaa-Allah jemputan rasmi akan menyusul apabila semua persiapan sudah lengkap. Sekian, saya suka.

Shamsuddin Kadir
Trainer & Author
11-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300
H/P: 019 300 1 200

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sasterawan Muda Syafiq Zulakifli Dilantik Menjadi Editor Sastera di PTS FORTUNA

Inilah wajah Tn. Syafiq Zulakifli, penulis muda dari Johor yang bakatnya amat menjanjikan.

Beliau yang baru sahaja pulang dari menuntut di Universiti al-Azhar, Kaherah, akan mula bertugas di PTS selepas cuti hari raya.

Jawatan beliau adalah Editor Pengurusan (Sastera) di PTS FORTUNA.

PTS FORTUNA bertanggungjawab membangunkan sektor pasaran fiksyen serius, khususnya novel-novel sastera jantan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 16, 2009

Tip Survival Penerbit: Katalog Menaikkan Jualan

Menurut Tn. Azari, eksekutif sales PTS, katalog buku memainkan peranan penting menaikkan angka jualan.

Beliau memberitahu, katalog berwarna penuh (full-colour) yang mempamerkan cover buku dapat menaikkan angka pesanan dari kedai-kedai buku sehingga antara 20 - 30%. Puncanya adalah, apabila pekedai melihat cover-cover itu, mereka dapat memilih dengan lebih tepat buku-buku yang dapat mereka jual di kedai-kedai mereka.

Bagi menyemak katalog terbaru PTS, klik di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit: Di Dunia Ada Syurga

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sekali Menerbitkan Buku, Tidak Boleh Berhenti Menerbitkan Buku Lagi, Sampai Bila-bila

Apabila tuan mahu menerbitkan sebuah buku, bersedialah... selepas buku pertama, setiap bulan tuan mesti menerbitkan buku baru. Jadi, tuan memerlukan modal operasi yang besar.

Semua kedai buku dan pengedar akan berhutang kepada penerbit. Mereka tidak membayar harga buku yang diterima pada hari yang sama. Semuanya main kredit.

Mengutip hutang daripada kedai buku dan pengedar buku indie adalah kerja sukar, melainkan penerbit datang dengan membawa buku hutang berserta buku baru yang pekedai yakin akan laku keras.

Tunjukkan buku baru itu, kalau pekedai mahu buku itu, dia perlulah membayar dahulu hutang buku-buku lama.

Cara mengutip hutang adalah serupa sahaja bagi semua jenis bisnes.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 14, 2009

Dana RM50 Juta Setahun untuk Penerbit Filem, RM00 Juta untuk Penerbit Buku Ilmu

Kerajaan sudah lama menubuhkan dana RM50 juta setahun bagi dipinjamkan kepada penerbit-penerbit filem supaya mereka dapat menerbitkan filem mereka. 

Kerajaan juga melantik seorang senator daripada kalangan tokoh filem, iaitu Tan Sri Jins Shamsuddin, dengan itu suara industri filem tempatan mempunyai jurucakap yang efektif. Beliau sedang bekerja kuat mendesak supaya dana RM50 juta itu dinaikkan menjadi RM100 juta setahun.

Untuk industri penerbitan buku, tidak ada dana. RM1.00 ringgit pun tidak ada dana yang dapat dipinjam oleh penerbit buku bagi menerbitkan buku-buku ilmu.

Penerbit seperti PTS terpaksa mendapatkan dana dengan meminjam duit dari bank-bank komersial.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Akademi Latihan Penerbitan PTS akan Berkembang Menjadi Organisasi Komersial

Jadilah peminat Akademi Latihan Penerbitan PTS.

Akademi Latihan Penerbitan PTS (ALP-PTS)pada masa ini adalah sebuah unit dalam Jabatan HRD PTS. 

Pengarah ALP-PTS adalah Puan Nurulhilyati Abdul Halim. Beliau adalah editor paling senior di PTS sebelum dilantik ke jawatan sekarang. Pn. Nurul memegang ijazah matematik dari Universiti Sains Malaysia.

Pada masa ini ALP-PTS sedang melaksanakan fasa 1 fungsi-fungsinya, iaitu menjalankan program latihan dalam bagi meningkatkan profesionalisme anggota staf PTS.

Dalam perancangan jangka panjangnya,  ALP-PTS akan menjadi sebuah syarikat, dan akan mengkomersialkan program sijil dan diploma dalam bidang industri penerbitan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tahun 2010 PTS akan Mula Mengiklankan Buku-buku Terbitannya dalam Media Radio Tradisional

Mulai 1 September 2009, Tn. Hisham Salmin (foto), Pengarah Kreatif PTS, kini dipindah ke jabatan marketing PTS bagi memperkuatkan lagi TimMarketing. Tugas-tugas lama beliau kini digalas oleh Tn. Zaidi.

Dengan kehadiran Tn. Hisham, kini anggota TimMarketing PTS menjadi 9 orang, 3 orang daripada mereka adalah bertaraf pengurus. PTS mempunyai rancangan menambah anggota TimMarketing menjadi 10 orang pada akhir tahun 2009. Ini menjadikan PTS sebuah penerbit buku ilmu yang mempunyai jabatan marketing paling kuat dan paling agresif.

Ketua pengurus jabatan marketing adalah Puan Norhazizam Abdul Rahman.

Ketua Unit Internet Marketing adalah Tn. Nazrul Samsudin (sebelum ini beliau adalah Pengurus PTS Profesional Sdn. Bhd.). Promosi dalam radio internet adalah di bawah tugas beliau.

Ketua Unit Periklanan adalah Tn. Hisham Salmin. Tuan Hisham kini menggalas tugas dan tanggungjawab membangunkan strategi periklanan PTS dalam media cetak, radio dan (akhirnya TV).

Puan Norhazizam menumpukan daya kreativiti beliau dalam aktiviti promosi PR (public relations), Events (promosi di dalam kedai buku dan di luar kedai buku) dan Merchandising (yang akan membolehkan jabatan marketing sebagai pusat keuntungan).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, September 12, 2009

Eksploitasi Penerbit ke atas Pelukis Kartun dan Komik

Dalam kalangan karyawan buku dan majalah, golongan pelukis komik dan kartun adalah antara mereka yang paling rendah pendapatannya dan paling teruk dieksploitasi, berbanding dengan pengarang dan penterjemah. Pelbagai eksploitasi dilakukan ke atas kelompok itu. Salah satu eksploitasi oleh penerbit paling teruk yang mereka alami adalah berkaitan hakcipta dan harta intelek mereka. 

Penerbit-penerbit karya kartun dan komik di negara ini, pada umumnya mereka tidak mempunyai dasar bisnes yang dengan jelas menawarkan sistem pelesenan dan royalti bagi karya komik ataupun kartun yang mereka terbitkan.

Maksud sistem pelesenan adalah di mana pelukis memberi izin kepada penerbit menerbitkan karya mereka sahaja, dan sebagai imbalannya penerbit membayar royalti kepada pelukis. Hakcipta lukisan-lukisan itu tetap dimiliki oleh para pelukis. Pada masa ini, itulah yang tidak dilakukan oleh penerbit buku, dan penerbit majalah komik dan kartun. 

Lazimnya, di kalangan penerbit majalah komik, mereka menggaji pelukis komik sebagai staf, dan apa jua lukisan yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis itu dalam waktu pejabat adalah menjadi harta milik syarikat sampai bila-bila, yakni selagi ada bulan dan matahari. Ini adalah eksploitasi yang ekstrem. Yang lebih adil adalah di mana karya pelukis itu menjadi milik syarikat bagi tempoh yang terhad sahaja, selepas tempoh itu hakcipatnya dikembalikan kepada pelukis.

Para penerbit itu juga mengamalkan dasar membeli hakcipta lukisan yang mereka terbitkan. Pelukis-pelukis itu dibayar satu kali sahaja, dan mereka dikehendaki menjual hakcipta karyanya kepada penerbit. Dengan itu harta intelek mereka menjadi harta penerbit sampai bila-bila.

PTS adalah sebuah penerbit yang tidak membeli hakcipta harta intelek para pelukis kartun dan komik yang buku-buku mereka diterbitkan dalam siri Komik-M (singkatan Komik-Malaysia)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Kekuatan Terkini Jabatan Editorial PTS

Staf Jabatan Editorial PTS kini berjumlah 37 orang, yang terdiri daripada seorang pengurus besar, 31 orang editor dan 5 orang ahli grafik.

Menurut Pengurus Besar Tn. Fauzul Naim Ishak, jumlah itu akan ditambah 8 orang lagi sebelum tamat Desember 2009, menjadikan jumlahnya 42 orang. Pertambahan itu diperlukan bagi menaikkan jumlah judul-judul baru yang ditargetkan pada tahun 2010, iaitu sebanyak 450 judul. Ini tidak termasuk 50 judul ulangcetak setiap bulan.

Bagi tuan yang kaki buku, dan mahu ikut berjuang memandaikan bangsa, serta berminat bertugas sebagai editor di PTS, klik butang iklan kerja kosong laman web rasmi PTS www.pts.com.my

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 11, 2009

Buku ‘Yakjuj dan Makjuj’ ini Diulangcetak 6 Kali dalam Tempoh 5 Bulan

Luar biasa! Itulah yang dapat dikatakan tentang prestasi buku ini dalam pasaran.

Tuan Faris Hasbullah, Pengurus PTS Islamika Sdn. Bhd. memberitahu, jumlah yang sudah terjual adalah 33 ribu naskhah, dan baru dicetak 3 ribu naskhah lagi.

Manuskrip buku ini dihantar terus ke PTS oleh pengarangnya yang tinggal di Bandung.  Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) April 2009 lalu, PTS menerbangkan beliau ke Kuala Lumpur bagi mempromosi buku beliau.

Di mana-mana masjid yang beliau menyampaikan kuliah berkenaan isi kandungan buku ini, sambutannya sangat luar biasa. Hadirin penuh sesak dan tidak bergerak sampai tamat acara.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 10, 2009

USIM dan Akibat Dasar Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar

'Pensyarah kedekut markah' buat laporan


YASMIN menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Brickfields, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Selepas lapan bulan menahan sabar dan seksa, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Yasmin Norhazleena Md. Noor, 35, yang mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan tampil membuat laporan polis bagi menegakkan keadilan.

Yasmin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini pukul 11.15 pagi semalam.

Semasa ditemui selepas membuat laporan, wanita itu berkata, tujuan laporan polis itu dibuat kerana Kementerian Pengajian Tinggi didakwa tidak menjawab surat aduan yang dihantar pada 19 Jun 2008.

Semasa isu itu dibangkitkan April lalu, Yasmin berkata, beliau tidak sangka dengan tindakan universiti itu yang mendesak supaya beliau meluluskan para pelajar gagal.

Lebih sedih apabila Timbalan Naib Canselor Universiti itu juga mengeluarkan kata-kata fitnah bahawa beliau mempunyai niat jahat dalam menggagalkan pelajarnya.

"Saya mahu keadilan kerana Timbalan Naib Canselor juga memaki-hamun dan menghalau saya keluar dari USIM gara-gara saya enggan memanipulasikan markah pelajar untuk meluluskan mereka yang gagal," dakwanya.

Baca asalnya berita dalam Kosmo!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat: Bakal Doktor-doktor Perlukan Trainer bagi Membantu Mereka Belajar Menjadi Penulis Kreatif

Salam puan,

Saya, Khairatun Hisan, pelajar farmasi  dari International Medical University (IMU), Bukit jalil. Saya sedang mencari seorang novelist untuk mengendalikan bengkel penulisan kreatif di IMU dan berharap agar puan dapat membantu.

Bengkel ini diadakan bersempena minggu kebudayaan Melayu (bermula  pada 28 september-2 oktober), iaitu satu acara tahunan universiti yang dianjurkan oleh Persatuan Kebudayaan Melayu IMU. Tahun ini baru masuk tahun kedua kami mengadakan program seperti ini di IMU.

Untuk pengetahuan puna, majoriti pelajar di IMU adalah bukan Melayu, jadi kami menganjurkan sambutan minggu kebudayaan Melayu ini untuk memperkenalkan budaya Melayu kepada bangsa lain serta mencungkil bakat terpendam ahli-ahli persatuan. Aktiviti sepanjang minggu termasuklah permainan sukan rakyat, persembahan teater, pameran dan bengkel penulisan kreatif.

Pada saat-saat akhir, penceramah kami telah menarik balik kesudiannya untuk mengendalikan bengkel ini. Kami tidak berhasrat membatalkan bengkel ini sebab harapan kami bengkel ini akan mencungkil bakat warga IMU dan membuka peluang kepada mereka yang ingin mencuba dalam bidang penulisan, jadi kami perlu mencari pengganti yang boleh mengendalikan bengkel ini.

Maklumat bengkel ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 30 September (Rabu)

Masa: 5.00 ptg - 6.30 ptg

Tempat: IMU, Bukit Jalil

Topik: Asas-asas penulisan kreatif (pengenalan, jenis, sumber inspirasi dan bahan, teknik penulisan, stail penyampaian, penggunaan bahasa, dan format)

Bengkel singkat ini terbuka kepada semua warga IMU, termasuk staff dan pensyarah. Saya berharap puan dapat memberikan sebarang cadangan supaya kami dapat melangsungkan program ini. Sekian, terima kasih.

Kahiratun Hisan

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Infak Korporat PTS Sempena Ramadhan

Setiap tahun, apabila tiba bulan puasa, PTS mengeluarkan infak korporatnya.

Pada tahun ini, antara rumah kebajikan dan perlindungan yang terpilih adalah, Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor. Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa, Kuala Lumpur, Rumah Fakir dan Miskin anak yatim di sekitar Gombak.

Laporan penuh dapat di baca di web rasmi PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kerahan Tenaga: Semua Editor PTS Turun Pangkat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Setiap tahun, beginilah ceritanya. Semua anggota jabatan editorial PTS akan diturunkan pangkat menjadi tangan-tangan gudang, bagi membantu kerja packing buku-buku PTS yang wajib dihantar ke lokasi syarikat lori pengangkutan.

Semua lori pengangkutan tidak dibenarkan berada di jalanraya selama 10 hari semasa cuti hari raya akan datang. Justeru buku-buku mesti sampai ke gudang lori pengangkutan sebelum lori-lori itu bercuti.

(Maaf, kualiti foto tidak elok disebabkan jurufoto profesional PTS pun ikut menjadi tangan setor. Foto ini diambil menggunakan HP (jenis murah) sahaja....)

Laporan penuh dapat di baca di web rasmi PTS. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apakah Hadiah Idaman yang Tuan Mahu dari PTS?

Tn. Nazrul Samsudin, ketua unit Internet Marketing PTS memaklumkan bahawa PTS akan melancarkan peraduan "Saya Mahu Hadiah PTS - Baca & Menangi" bermula Oktober - Disember 2009.

Apakah hadiah yang tuan idamkan yang bernilai RM1,500 ke bawah seandainya tuan memenangi peraduan itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 09, 2009

Mengapa Iklan dalam Akhbar Harakah Efektif

PTS membelanjakan RM20 ribu bagi mengiklan buku-buku agama terbitannya dalam akhbar Harakah. Sebanyak 27 tajuk buku dipilih khusus untuk diiklankan sempena kempen membaca "Marhaban Ya Ramadan".

Menurut Tuan Mohd. Azari, eksekutif di Jabatan Sales PTS (foto), yang bertugas menjual buku-buku PTS kepada kedai-kedai buku agama 'indie', kesan positif tersiarnya iklan dalam Harakah itu memang dapat dirasakan.

Sebaik-baik iklan-iklan PTS itu tersiar, jabatan sales menerima tempahan buku-buku itu pada kenaikan antara 15% sehingga 20% berbanding sebelumnya.

Faktor yang mendorong kenaikan itu adalah, akhbar Harakah dibaca oleh towkay-towkay kedai buku agama. Jadi, apabila mereka terbaca iklan PTS itu mereka pun terus membuat pesanan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Politik Pejabat DBP Bergolak Lagi….

Semalam, Selasa 8 September 2009, Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, telah membuat keputusan bahawa Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai lokus standi mencabar keputusan Lembaga Pengarah DBP dalam isu pelantikan Timbalan Ketua Pengarah DBP yang sekarang ini memegang jawatan itu.

Demikian dimaklumkan oleh Pengerusi kesatuan itu, Tn. Hasni Abas.

Apa lagi yang akan berlaku di DBP selepas ini.....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 08, 2009

Surat dari Seorang Perempuan Muallaf Cina

Assalamualaikum Pn Ainon yang Dihormati,
 
Sebagai peminat setia PTS Publications and Distribution, saya ingin mengucapkan tahniah atas perkembangan pesat PTS dalam dunia penulisan dan penerbitan.  Berharap dengan 'KPI' baru PTS, lebih banyak judul yang berkualiti dapat dikongsikan bersama para pembaca.
 
Saya telah memperolehi banyak pengetahuan dari siri penerbitan PTS Islamika.  Daripada tidak faham penyusunan ayat-ayat  dalam terjemahan Al Quran, kini saya boleh memahami terjemahan Al Quran dengan baik.  Selain itu, melalui buku-buku PTS saya juga memperolehi pengetahuan yang banyak mengenai latar belakang dan sejarah dunia Islam.  Terima Kasih.
 
Kini, saya sedang membaca buku Tuan Arieff Salleh Rosman yang bertajuk 'Yakin & Ikhlas: Kisah-kisah Dakwah Nabi Muhammad di Madinah'. 
 
Harap semua mualaf, yang menganut agama Islam kerana berminat ataupun atas sebab berkahwin, boleh mempelajari agama ini secara bersungguh-sungguh.  Saya yang tidak mempunyai latar belakang mengenai apa-apa agama, kini boleh menjadi berminat sungguh dalam Islam dengan membaca buku-buku terbitan PTS.
 
Saya juga tidak lupa tentang penulisan buku yang pernah dijanjikan.  Itu juga salah satu sebab saya giat membaca dan mempelajari pengetahuan tentang Islam.  Harap semasa saya siap menyediakan cerita-cerita pendek, Pn. Ainon masih berminat dengan terbitan buku tersebut.
 
Saya teringin sangat mengikuti kursus 'Bengkel Bahasa Melayi Tinggi' tetapi setakat ini belum tentu lagi kerana saya ada anak baru yang berumur tidak sampai 2 bulan.
 
Terima kasih banyak-banyak.
 
Humairah @ Yvonne Yeoh.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

KPI di Jabatan Editorial PTS

Ada rakan penerbit bertanya bagaimana caranya PTS mencapai produktiviti tinggi di kalangan staf editorialnya kerana beliau mahu mencontohi prestasi PTS. Beginilah penerangan kita:

Jabatan Editorial PTS kini mempunyai 37 orang anggota, dan akan menjadi 40 orang selepas cuti hari raya nanti. Mereka bekerja dalam unit-unit yang berbeza, masing-masing unit menerbitkan produk masing-masing.

Unit-unit itu adalah:

(1) PTS One yang menerbitkan sastera remaja.

(2) PTS Millenia yang menerbitkan buku-buku umum.

(3) PTS Islamika yang menerbitkan buku-buku agama.

(4) PTS Litera yang menerbitkan sastera dewasa.

(5) PTS Profesional yang menerbitkan buku-buku pengurusan, bisnes dan pendidikan.

(6) PTS Fortuna yang menerbitkan sastera jantan.

(7) PTS Komik-M yang menerbitkan buku-buku komik.

Menurut Tn. Fauzul Naim Ishak, Pengurus Besar Jabatan Editorial PTS, KPI (key performance index) setiap unit editorial adalah menerbitkan jumlah buku yang sama banyak dengan jumlah anggota pasukan dalam unit tersebut.

Sebagai contoh: Satu unit editorial mempunyai 1 orang pengurus, 3 orang editor perolehan dan 4 orang editor pengurusan. Justeru, jumlah anggota pasukan dalam unit itu adalah 8 orang. Oleh itu KPI bagi unit editorial itu adalah menerbitkan minimum 8 judul tiap-tiap bulan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 07, 2009

Bengkel Strategi Marketing untuk Meng-agresif-kan Lagi Promosi Buku-buku PTS

Semalam, bertempat di bilik latihan, di ibu pejabat PTS, telah berlangsung bengkel strategi marketing selama 3 jam (foto).

Bengkel itu dikendalikan oleh Tuan Syaizul Amal, pengerusi eksekutif Metadome Sdn. Bhd, syarikat pembekal mobile-content yang sangat terkenal dalam pasaran.

Laporan penuh baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat: Buku Mewarna Tidak Syariah-compliant

Assalamu'alaikum Puan Sifu,

Semoga Puan dan Prof Abdullah Hassan dikurniakan oleh Allah kesejahteraan serta kekuatan menjalankan ibadat puasa di samping perjuangan memandaikan bangsa semoga tamatlah PPMSI denga segera atau penguasa pro-PPMSI segera tumbang dan hancur lebur.

Anak saya yang berumur tujuh tahun (menuntut di darjah satu) amat suka membaca dan juga melukis, antara aktiviti melukis yang dia sukai ialah mewarna gambar yang telah siap 'outline' dan sumber gambar untuk diwarnai ialah buku-buku mewarna yang dijual dikedai buku.

Sayangnya banyak sekali buku-buku mewarna tersebut bergambarkan kartun dari hikayat Eropah atau Timur yang tidak syariah-compliant. Bayangkanlah anak-anak kita ditanam secara begitu halus dan 'subtle' sekali sejak dari mereka tahu mewarna gambar lagi.

Oleh yang demikian, sukacitalah saya mencadangkan agar PTS mula menerbitkan buku-buku untuk segmen pasaran kanak-kanak "peringkat mewarna" ini. Sekiranya Puan setuju tentunya pihak PTS boleh memulakan 1-2 buku untuk menguji pasaran, dan apabila hasilnya memberansangkan bolehlah 'masuk pasaran secara berbondong-bondong. Anak saya, Hanisah, yang sekarang belajar bidang Kejuruteraan Awam tahun 2 di UiTM Permatang Pauh boleh menjadi salah seorang daripada penyumbang gambar-gambar untuk diwarnai itu.

Sekian terima kasih dan wassalam.

ImranYusuf (019 333 5921)
http://meredahsamudera.blogspot.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, September 06, 2009

Pensyarah Universiti Diajak Ikut Memandaikan Bangsa yang Berada di Luar Kampus

Seorang rakan FaceBook saya mengeluh dengan mengatakan dekan fakultinya menghalang pensyarah menulis makalah.

Ada pula universiti yang mahukan supaya para pensyarahnya menulis artikel untuk jurnal antarabangsa sahaja, jika mereka mahu pengiktirafan bagi kenaikan pangkat. Jurnal antarabangsa yang mereka maksudkan itu adalah jurnal dalam bahasa Inggeris.

Dengan menulis dalam bahasa Inggeris, sebenarnya cerdik pandai kita menyumbang kepada pengkayaan kepustakaan ilmu dalam bahasa Inggeris, dan tidak menyumbang kepada pengkayaan kepustakaan ilmu Bahasa Melayu.

Universiti-universiti kita membiayai penyelidikan pensyarahnya menggunakan wang daripada titik peluh rakyat yang membayar cukai, tetapi hasil penyelidikan itu kemudiannya kita letakkan elok-elok di dalam dulang bagi dipersembahkan kepada kepustakaan Inggeris.

Saya juga mendengar keluhan di kalangan kenalan yang mengatakan universiti mereka tidak menggalakkan pensyarah menulis buku-buku umum. Jika pensyarah tidak menulis buku-buku umum yang dapat diterbitkan bagi memandaikan bangsa, penerbit buku-buku umum seperti PTS akan putus bekalan manuskrip buku-buku ilmu bagi pasaran orang awam. 

Rakyat diutamakan!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Kempen Promosi “Marhaban Ya Ramadhan” PTS Menghasilkan Jualan Lebih Baik

Tuan Mohd. Azari Hashim, eksekutif di Jabatan Sales PTS, memberitahu bahawa kempen promosi "Marhaban Ya Ramadhan" berjaya menjual 6 ribu naskhah buku "Ramadan Tetamu Yang Dirindui" ini.

Sebenarnya, buku karangan Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini bukan buku baru. Buku ini sudah diterbitkan 3 tahun yang lalu. Namun jualannya paling rancak hanya pada tahun ini, berkat kesan kempen promosi yang dijalankan oleh Jabatan Marketing PTS.

Terbuktilah, buku-buku lama, apabila dipromosi-semula (re-launch), jualannya tidak kalah berbanding dengan judul baru.

Fenomena yang serupa juga berlaku pada jualan buku-buku karangan Dr. Danial Zainal Abidin. Semua buku beliau yang dipilih dalam siri kempen membaca "Marhaban Ya Ramadhan" kembali laku semula dalam pasaran, meskipun buku-buku bukan judul baru.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 2 pages  1 2 >