Sunday, September 06, 2009

Buku Politik Paling Laku

Ini bukan buku terbitan PTS. PTS tidak menerbitkan buku analisis politik semasa.

Buku karya Hishamuddin Rais ini adalah buku politik berbahasa Melayu yang paling lama tersenarai dalam TOP10 di MPH, iaitu selama 10 minggu berturut-turut.

Beliau memberitahu, sehingga saat ini lebih 5 ribu naskhah sudah terjual.

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, September 05, 2009

Novel Sai-Fai “Armada Azur” Dibeli PNM Terus dari Pengarangnya

Pengarang novel sai-fai ini, Sdr. Firdaus Ariff, adalah seorang jurutera sistem (komputer), lulusan UIA.

Novel ini adalah judul kedua dalam trilogi Saga Empayar Kristal. Judul ketiganya sedang disiapkan.

Armada Azur ditulis dengan menggunakan teori dan teknik surah Yusuf, manakala proses pengkaryaannya menggunakan KJ Method (Kaedah Kawakitajiro). 

 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Mempromosi Buku Sendiri dalam FaceBook

Tip No. 1  Ikut tip oleh Guru seni menjual yang terkenal, yakni Tuan Zig Ziglar.

Beliau memberitahu supaya kita jual diri kita dahulu. Selagi orang belum suka tengok muka kita, jangan jual apa-apa. Tulis entri-entri yang orang suka baca, sebab entri-entri itu berguna kepada mereka. Tunggu sampai orang mula mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas apa yang kita tulis.

Tip No. 2  Fasa pertama adalah menjadikan diri kita seorang yang mudah disukai ramai dalam FaceBook.

Rajin-rajin menulis komen pada entri sesama warga FB. Komen itu komen positif. Apabila orang itu suka membaca komen kita, dia terdorong memohon menjadi rakan kita. Dengan cara itu customer-base kita bertambah ramai.

Tip No.3  Apa maknyanya apabila entri kita menerima banyak komen panjang-panjang.

Itu tandanya (i) entri kita dibaca orang, (ii) entri kita diberi perhatian dan (iii) entri kita ada peminat. Ertinya kita sudah dapat menjual diri kita. Ertinya kita sudah mempunyai daya pengaruh. Teruskan menulis entri yang seperti itu supaya kita lebih berpengaruh.

Tip No. 4 Tuliskan entri FB kita menggunakan sistem ejaan DBP dan ayat-ayat lengkap.

Kerana (i) Proses membaca jadi pantas, (ii) Cepat difahami apa yang kita terangkan, (iii) Orang tidak berasa menyampah (irritated), (iv) Kredibiliti kita kekal tinggi, (v) Imej profesional kita terjaga. Menjaga imej kita adalah menjaga imej produk kita.

Tip No.5  Jaga perkataan yang kita tuliskan dalam entri apabila mengiklankan bisnes kita.

Jangan tulis ayat-ayat yang memberi harapan palsu. Contoh ayat seperti itu adalah: "Ramai yang berminat rahsia menjana RM10k - RM20k sebulan dari rumah...." Integriti adalah modal utama orang bisnes, bukan wang yang banyak, bukan produk yang berkualiti, bukan wajah yang tampan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 04, 2009

Kempen Promosi “Marhaban Ya Ramadhan” PTS Menghasilkan Jualan Lebih Baik

Jabatan Marketing PTS membelanjakan RM50 ribu bagi membiayai program kempen menggalakkan umat Islam membeli dan membaca buku sempena bulan Ramadhan dengan melancarkan promosi "Marhaban Ya Ramadahan".

Wang itu digunakan bagi membeli ruang iklan dalam akhbar Harakah, mencetak banner, poster dan brosur, menganjurkan majlis pelancaran dan sidang media, serta membuat window-display dan bulk-display di kedai-kedai buku utama yang terpilih di Lembah Kelang, iaitu di beberapa oulet MPH, POPULAR dan GRAMEDIA.

Sebanyak 27 tujuh judul buku dipilih khusus bagi dipromosikan dalam kempen ini dan potongan sebanyak 20% diberikan bagi pembelian melalui kedai buku online PTS -- www.bookcafe com.my

Menurut Tn. Mohd. Nor Ikhram Hanafiah, eksekutif di Jabatan Sales PTS, pesanan dari kedai-kedai buku bagi 27 judul itu naik purata 20% tahun ini berbanding tahun lalu.

Tiga orang pengarang yang statistik jualan buku-buku mereka menunjukkan peningkatan tinggi adalah Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Abdul Latip Talib dan Dr. Danial zainal Abidin.

Menurut Tn. Azari Hashim, seorang lagi eksekutif di Jabatan Sales PTS, ada beberapa perkara yang dapat dipelajari daripada kempen membaca yang pertama kali dilancarkan oleh PTS ini, iaitu bagi memperbaiki keberkesanannya, khususnya berkenaan judul-judul yang sesuai dipilih dalam senarai buku yang dipromosi serta jadual penerbitannya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surah Yasin edisi PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terjemahan surah Ya-Sin ini adalah hasil kerja Chairman PTS dan diluluskan oleh Bahagian Hal-ehwal Agama, Kementerian Dalam Negeri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 03, 2009

Chef Hanieliza Kamarudin: Lebih 30,000 Naskhah Bukunya Terjual pada Bulan Julai & Ogos 2009

Rekod-rekod data jualan dari Jabatan Sales PTS menunjukkan 9 buah judul buku resipi masakan Chef Hanieliza Kamarudin terjual sebanyak 30,317 naskhah hanya dalam tempoh 2 bulan selepas diterbitkan.

Judul beliau yang paling laku adalah Senangnya Memasak Kerabu dan Salad (5110 naskhah) dan Senangnya Memasak Mi, Mihun dan Kuetiau (4005 naskhah).

Data jualan itu disediakan oleh Tn. Zain Aziz, Timbalan Pengurus Jabatan Sales PTS.

Dengan kejayaannya itu, Chef Hanieliza memecahkan banyak rekod PTS.

Rahsia kejayaan beliau adalah kesanggupan beliau berkorban masa, tenaga dan wang peribadi bagi membantu Jabatan Marketing PTS mempromosi buku-buku beliau itu.

Buku terbaru beliau yang akan terbit bila-bila masa sekarang adalah Senangnya Memasak Sambal dan Sos. 

NOTA: Istilah 'terjual' di sini bermaksud buku yang keluar dari setor PTS kerana dipesan oleh kedai-kedai buku di seluruh negara, termasuk juga kedai-kedai buku di Singapura dan Brunei.

 

 

 

.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

TOP 30 Judul PTS - Ogos 2009

1. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
2. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
3. Remaja@ptsone 2009
4. Al-Ma'thurat
5. Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah
6. Himpunan Soal Jawab Puasa
7. Diari Hidup Rasulullah
8. Berubat Dengan Solat
9. Terapi Ruqyah
10. Ramadan: Tetamu yang Dirindui
11. Kembara Hafiz 5: Selamat Hari Raya The Silver
12. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur
13. Senangnya Memasak Sayur
14. The Last Juror
15. J.I.N. (Jangan Ikut Nafsu)
16. Sarah dan Senduk
17. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
18. 100 Jam
19. Munajat Cinta 2
20. The Broker - Edisi Bahasa Melayu
21. 501 Persoalan Fikah Wanita
22. Ibu, Benarkah Duyung Itu Ada?
23. Buat Duit Dengan YouTube
24. Magnet Diri
25. 31 Kisah Teladan: Ikan Nun Dan Surat Tuhan
26. 31 Kisah Teladan: Cincin Delima Raja
27. Mat Kilau
28. Kotler On Marketing - Edisi Bahasa Melayu
29. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain
30. Bagaimana Islam Memerintah Negara

NOTA: Senarai ini disediakan oeh Tuan Zain Aziz, Timbalan Pengurus Jabatan Sales PTS, berdasarkan jumlah buku yang keluar dari setor PTS atas pesanan kedai-kedai buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku-buku Ini Dibeli Terus daripada Pengarang oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

1. Emilda oleh Sharliza Ahmad

2. Usahawan Cilik: Kerepek AF oleh  Abd. Razak Adam

3. Tempat Ke-2? oleh Rafiza Abd Rahman

3. Geng Genius: Misteri Luqman oleh Syarafudin Sulaiman

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Bagaimana PTS Mengeksport Hampir 100 Judulnya ke Indonesia

Semenjak 5 tahun yang lalu, hampir 100 judul PTS sudah diterbitkan semula di Indonesia oleh 4 buah penerbit Indonesia, iaitu PT Gramedia, PT Mizan, PT Agromedia dan PT Salamadani. Buku-buku itu diterbitkan semula sebagai edisi Bahasa Indonesia.

Judul PTS yang paling berjaya di Indonesia adalah buku Rahsia Bisnes Orang Cina karya Ann Wan Seng. Buku ini sudah terjual 35 ribu naskhah di Malaysia, manakala di Indonesia ia sudah terjual 80 ribu naskah.

Pada waktu yang sama, PTS sudah melesen hampir 200 judul daripada penerbit-penerbit Indonesia, dan akan terus melesen lebih banyak judul, bagi diterbitkan semula sebagai edisi bahasa Melayu Malaysia.

Semenjak PTS mula mengkesport dan mengimport judul antara Malaysia-Indonesia, banyak penerbit Malaysia sudah ikut melakukan perkara yang sama. Perkembangan ini adalah sangat sihat bagi industri perbukuan kedua-dua buah negara.

Bagi tuan-tuan yang berminat melesen judul-judul Indonesia, caranya adalah dengan pergi ke Pesta Buku Jakarta bagi (i) Berkenalan dengan penerbit Indonesia, dan (ii) Melakukan survei judul-judul yang sesuai dilesen untuk pasaran Malaysia.

Semua terma-terma pelesenan adalah terpulang kepada persetujuan antara 2 belah pihak. Tidak ada apa yang disebut 'standard practice'.  Jadi, tuan-tuan cadangkanlah kepada rakan penerbit Indonesia terma-terma yang sesuai dengan tuan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 02, 2009

TOP 30 Judul PTS - Julai 2009

1. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung

2. Senangnya Memasak Ayam

3. Senangnya Memasak Nasi

4. Senangnya Memasak Ikan

5. Senangnya Memasak Sayur

6. Senangnya Memasak Daging

7. Senangnya Memasak Makanan Laut

8. Senangnya Memasak Kambing

9. Bilal Bin Rabah

10. Lentera Mustika

11. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur

12. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem

13. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain

14. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha

15. Legasi Blok E: Kebangkitan Kuasa

16. Siri Muaz & Haikal: Along Hilang

17. Petua Membantu Anak Berjaya

18. Young Aisyah: Sayang Cikgu

19. The 360 Degree Leader

20. Islam Adil untuk Semua

21. Wo Ai Ni Allah

22. Ajaibnya Sedekah

23. Misi Suhana: Saya Sayang Mama

24. Krew Rinching: Kawan Baru Saya

25. Sherlock Holmes 3: Wira Kota London

26. Aku, Dia & Coklat

27. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

28. Tak Bisa Memilihmu

29. Aku Mahu Ke New York 1

30. Galaksi Muhsinin

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, Timbalan Pengurus Jabatan Sales, berdasarkan jumlah buku yang keluar dari setor PTS atas pesanan oleh kedai-kedai.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Teknik-Teknik Menulis Novel Islami Tidak Serupa dengan Teknik Menulis Novel Konvensional (2)

Pada masa ini sudah terdapat puluhan judul novel-novel cinta Islami ala-ala Ayat-Ayat Cinta dalam pasaran.

Dalam Teori dan Teknik Surah Yusuf, faktor yang membezakan novel cinta konvensional dengan novel cinta Islami bukanlah ceritanya, tetapi adalah teknik penceritaannya.

SEbagai contoh, dalam penulisan novel cinta Islami, perbuatan-perbuatan mungkar, umpamanya tingkah laku pergi berdating, tidak boleh diceritakan menggunakan ayat-ayat naratif.

Di bawah ini adalah contoh penulisan novel cinta konvensional, di mana adegan dating ditulis dengan menggunakan ayat-ayat naratif:

Ahmad duduk berlunjur di atas katilnya. Rahim, rakan sekamarnya sedang membaca akhbar internet di meja tulisnya. Dalam kepalanya, Ahmad sedang merancang mahu berjumpa dengan Aminah apabila tiba cuti semester akan datang. Dia akan mengajak Aminah makan burger di restoran segera di bandar. Dia sudah lama tidak berjumpa Aminah dan hatinya sangat rindu mahu menatap wajah jelita anak Pak Itam itu, yang dikenali sejak di sekolah menengah lagi. Kali terakhir mereka berjumpa adalah sewaktu cuti hujung tahun lalu. Kebetulan kolej mereka memulakan cuti semester pada tarikh yang sama, lalu dapatlah mereka pulang ke kampung menaiki bas yang sama juga. Ahmad masih terkenang-kenang peristiwa manis duduk di sisi Aminah dalam perjalanan yang mengambil masa 4 jam itu.

Sebaliknya, dalam teknik penceritaan berdasarkan Teori Surah Yusuf, adegan yang mengandungi unsur-unsur perbuatan mungkar diceritakan menggunakan teknik dialog, seperti di bawah:

Ahmad yang duduk berlunjur dikatil memandang keluar jendela kamar asramanya. Dalam hatinya dia berkata, "Kalau aku dapat berjumpa dengan Aminah di restoran burger cuti semester nanti, alangkah bagusnya. Aduhai... sakitnya perasaanku merinduimu, Aminah."

Rahim yang sedang membaca akhbar Harakah dalam internet menoleh dan memandang rakan sekamarnya yang asyik termenung itu, lalu mengusik. Katanya, "Kamu merindui Aminah, ya?"

Ahmad pura-pura tidak mendengar kata-kata Rahim. Dia terus memandang ke luar jendela. Lalu Rahim berkata lagi, "Cuti semester lalu, ada orang ternampak kamu naik bas duduk berdua sebelah menyebelah dengan Aminah."

Mendengar kata-kata itu, Ahmad tersentak lalu memandang kepada Rahim dan bertanya, "Betulkah? Siapa?"

Kata Rahim, "Orang yang sedang dilamun cinta tidak perasaan kehadiran orang-orang lain di sekeliling mereka. Kamu fikir, kamu seorang sahaja menaiki bas itu?"

Ahmad membetulkan duduknya. Tadi dia berlunjur, sekarang dia bersila. "Siapa?" dia mengulangi pertanyaannya.

Dijawab oleh Rahim, katanya, "Aku!"

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Teknik-Teknik Menulis Novel Islami Tidak Serupa dengan Teknik Menulis Novel Konvensional (1)

Pada masa ini sudah terdapat puluhan judul novel-novel cinta Islami ala-ala Ayat-Ayat Cinta dalam pasaran.

Dalam Teori dan Teknik Surah Yusuf, novel Islami boleh menceritakan apa-apa sahaja.

Cerita Nabi Yusuf adalah cerita tentang pelbagai jenis kejahatan personal yang dinamakan manusia lelaki dan perempuan. Termasuk dalam cerita Nabi Yusuf itu adalah cerita anak-anak derhaka, adik-beradik yang cemburu, abang-abang yang sanggup membunuh adik sendiri, hakim yang korup, suami dayus, isteri curang dan macam-macam lagi.

Faktor yang membezakan antara novel cinta konvensional dengan novel cinta Islami bukanlah pada ceritanya, tetapi adalah pada teknik-teknik penceritaannya. Ertinya, cerita yang sama, tetapi teknik penceritaannya yang berbeza. Jadi dapat disimpulkan bahawa ada teknik penceritaan yang Islami yang yang tidak Islami.

Sebagai contoh, dalam isu menggambarkan kisah kejelitaan watak-watak perempuan, teknik penceritaaan dalam novel konvensional membenarkan pengarang menggunakan ayat-ayat naratif bagi menggambarkan unsur-unsur kejelitaan fizikal pada watak perempuan. Tetapi, tidak demikian dalam teknik penceritaan novel Islami.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 01, 2009

Buku PTS Ini Terjual Lebih 100 Ribu Naskhah

Tuan Fauzul Naim bin Ishak, Pengurus Besar PTS (editorial), melaporkan bahawa buku Rahsia Bisnes Orang Cina ini telah terjual sebanyak 35,000 naskhah di Malaysia dan 80,000 naskhah di Indonesia.

Edisi Indonesia buku ini diterbitkan oleh penerbit PT Mizan Bandung dengan melesen hak penerbitannya daripada PTS.

Bagi membantu program promosi buku ini di Jakarta, PT Mizan membawa penulisnya, Tuan Ann Wan Seng, ke Jakarta bagi kemunculan di TV dan radio, wawancara dengan wartawan, dan sesi tandatangan di kedai-kedai buku.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 akan diadakan pada 19 - 28 Mac 2010 di Putra World Trade Centre (PWTC).

Kepada penerbit buku yang masih belum menempah booth, segeralah menempahnya!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Ucapan dan Kuliah yang Dirakam adalah Harta Intelek

Ucapan yang dirakam adalah harta intelek yang dilindungi di sisi undang-undang. Apabila tuan bercakap, dan percakapan tuan itu dirakam, automatik bahan yang terakan itu adalah harta intelek milik tuan. Dengan itu orang lain tidak boleh menggunakan ucapan tuan itu bagi sebarang tujuan yang menguntungkan dirinya sambil merugikan tuan.

Salah seorang tokoh tempatan yang paling banyak harta inteleknya dicuri orang adalah Tuan Guru Nik Aziz. Seorang lagi tokoh yang mengalami nasib serupa adalah Tuan Guru Abd. Hadi Awang. Kedua-dua ulamak ini banyak berucap di depan khalayak. Mereka juga banyak menyampaikan kuliah di masjid-masjid.

Banyak pihak memasang pita rakaman dan kamera video, dan merakam ceramah dan kuliah-kuliah mereka, lalu kemudian dijadikan 2 produk komersial iaitu:

(1) Kaset, CD dan VCD ucapan yang kemudian dijual.

(2) Disalin dan kemudian dicetak sebagai buku yang dijual. 

Ucapan yang dirakam adalah salah satu jenis harta intelek. Ucapan, baik yang ditulis mahupun yang dibacakan, ataupun yang disampaikan secara spontan dan dirakam, adalah dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

Perbuatan menjual salinan ucapan, baik dalam bentuk kaset, CD, VCD, mahupun diterbitkan dalam bentuk buku, tanpa mendapatkan izin bertulis daripada orang yang berucap itu, maka ia adalah salah di sisi undang-undang harta intelek.

Bukan hanya harta intelek Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Hadi Awang itu dirompak dengan berleluasa, tetapi individu-individu yang memperdagangkan harta intelek kedua-dua ulamak itu tidak memberi sebarang saguhati kepada mereka. Semua keuntungan dimasukkan ke dalam akaun bank sendiri.

Seandainya para ulamak telah mewakafkan harta intelek mereka, namun ia melibatkan fiqah harta waqaf, di mana harta waqaf hendaklah diperdagangkan dengan mematuhi fiqahnya. Pada masa ini waqaf harta intelek 2 orang ulamak itu dijadikan barang dagangan bagi tujuan mencari keuntungan oleh si pedagang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 2 pages  <  1 2