Saturday, October 31, 2009

Cover Bagus!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Cik Norizah Wahid Melayan Sebarang Pertanyaan tentang Pembayaran Royalti PTS

Musim PTS membayar royalti kepada penulis adalah sepanjang bulan Jun hingga Desember setiap tahun. Ini bermakna, pada saat entri ini ditulis, pembayaran royalti bagi jualan tahun 2008 masih belum selesai.

Eksekutif di jabatan kewangan PTS yang mengira dan menyediakan laporan jualan setiap judul buku, mengira jumlah royalti, dan menyediakan jadual penghantaran cek-cek royalti kepada penulis adalah Cik Norizah Wahid (foto).

Tulis surat kepada Cik Norizah apabila tuan dan puan mempunyai sebarang pertanyaan. Emel beliau adalah .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Pada masa ini PTS sedang memindahkan proses pengiraan royalti daripada sistem separa-manual kepada sistem automatik sepenuhnya.

Proses pemindahan ini adalah kompleks disebabkan banyak faktor pembolehubah yang terlibat dalam pengiraan bagi tiap-tiap judul. Antara faktor-faktor itu adalah:

(i) Jumlah penulis: Ada buku royaltinya dimiliki oleh seorang penulis sahaja. Banyak buku royaltinya dikongsi oleh 2, 3, 4 malah lebih penulis.

(ii) Porsi royalti: Bagi buku-buku yang ditulis oleh 2 atau leih penulis, pembahagian royaltinya tidak semestinya 50-50.

(iii) Royalti progresif: Royalti PTS adalah progresif, yakni semakin banyak jumlah naskhah bagi setiap judul dijual, semakin tinggi peratusan royalti yang dibayarkan kepada penulisnya.

(iv) Jumlah judul: Majoriti penulis PTS mempunyai lebih daripada 1 judul buku.

(v) Edisi buku: Sesetengah judul diterbitkan dalam edisi kulit tebal, kulit lembut, edisi jimat dan edisi paperback. Masing-masing edisi menerima peratusan royalti yang mungkin sama ataupun berbeza.

(vi) Edisi Indonesia: Sesetengah penulis mempunyai judul yang dieksport ke Indonesia dan menerima royalti dari penerbit di sana. Royalti itu dikongsi dengan PTS sebagai agen eksportnya.

(vi) Waris: Ada penulis PTS yang sudah meningal dunia, dan royalti buku-buku mereka dihantar kepada penama waris.

(vii) Nama samaran: Ada penulis PTS menulis dengan menggunakan beberapa nama -- nama betul dan juga nama-nama samaran.

(viii) Ada penulis PTS yang memilih bayaran honorarium, bukan royalti bagi sesetengah buku mereka.

(ix) Bagi judul terjemahan karya kontemporari, penterjemahnya menerima peratus royalti yang berbeza daripada karya asli.

(x) Ada sesetengah judul, edisi lama dicetak semula dengan harga lama kerana dibeli oleh kontrak kerajaan.

(xi) Adanya faktor buku-buku 'return' iaitu buku yang dipulangkan oleh kedai kerana tidak laku dijual.

(xii) Adanya faktor buku rosak yang rotyaltinya tidak dibayar.

(xiii) Adanya faktor naskhah yang diberikan percuma untuk tujuan iklan, promosi, derma dan hadiah yang royaltinya tidak dibayar.

(xiv) Adanya penulis yang berada di luar negara dan royalti dihantar dengan menukar nilai matawangnya.

(xv) Jumlah judul yang diterbitkan sudah melebih 1,600.

(xvi) Jumlah penulis dan pelukis yang menerima royalti sudah melebih 400 orang.

NOTA: Sampai hari ini, sekali sekala masih ada penulis yang belum benar-benar faham konsep 'royalti'. Salah satu puncanya mereka tidak membaca dokumen perjanjian penerbitan dengan teliti. Justeru, mereka menyangka royalti di PTS dikira berdasarkan jumlah buku dicetak, jadi apabila royalti yang diterima kurang daripada apa yang dijangka, mereka mengatakan PTS (maksudnya saya - Puan Ainon Mohd.) menipu mereka. Sistem royalti PTS adalah dibayar berdasarkan jumlah naskhah yang terjual. Penulis yang keliru tentang sistem pengiraan royalti adalah mereka yang belum biasa dengan amalan-amalan lazim dalam dunia bisnes penerbitan buku dan tidak pula mengikuti kursus-kursus PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Hang Nadim

Hang Nadim ada di mana-mana. John C Maxwell dalam bukunya (edisi Melayu terbitan PTS) menulis tentang Hang Nadim Amerika:

Pada tahun 1916, seorang jeneral dalam tentera Amerika bernama Billy Mitchell dihantar bertugas di bahagian kapal terbang. Di situlah dia mula jatuh cinta dengan kapal terbang dan bidang penerbangan.

Dia mula menyedari potensi penggunaan kapal terbang dalam peperangan dan berusaha meyakinkan pihak-pihak atasannya supaya menubuhkan pasukan tentera udara, suatu perkara yang belum wujud pada masa itu.

Bagi membuktikan ideanya itu bagus dan sangat bermanfaat dalam kententeraan, beliau melakukan demonstrasi bagaimana kapal terbang dapat digunakan dalam peperangan.

Cadangannya ditentang oleh pihak-pihak atasannya. Pada tahun 1926, Jeneral Billy Mitchel dipaksa meletakkan jawatan.

Hanya selepas Perang Dunia II, itu pun selepas beliau mati, barulah kerajaan Amerika memberikan anugerah kepada mendiang atas sumbangan pemikirannya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Cover Yang Mana Lebih Cantik?

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Akademi-PTS Mengadakan Kursus Copy-Writing

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada 22 Oktober lalu, Akademi Latihan Penerbitan PTS (Akademi-PTS) telah mengadakan kursus copy-writing yang dihadiri oleh 25 orang eksekutif PTSdari Jabatan Marketing dan Jabatan Editorial.

Kursus dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad, seorang jurulatih profesional dan juga penulis PTS.

Tujuan kursus ini dijalankan adalah bagi meningkatkan mutu profesionalisme di kalangan staf PTS yang terlibat dengan tugas-tugas menulis pelbagai copy bahan-bahan periklanan dan promosi, serta penulisan blurp buku-buku PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Kelebihan Hero Lelaki

Walaupun untuk buku-buku cerita yang ditargetkan kepada perempuan, menjadikan heronya seorang lelaki adalah suatu kebijaksanaan. Faktor yang penting adalah isu pasaran buku itu.

Cerita yang heronya lelaki dibeli dan dibaca baik oleh lelaki mahupun oleh perempuan, manakala cerita yang heronya perempuan hanya dibaca oleh perempuan.

Kanak-kanak lelaki tidak mahu membaca cerita-cerita seperti Cinderella ataupun Sleeping Beauty.  Siri Harry Potter dan Doraemon diminati baik oleh remaja lelaki mahupun perempuan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, October 30, 2009

Van Pink AinMaisarah Selamat Diterima

Syukur, van pink bagi kegunaan program promosi PTS bersama Duta AinMaisarah sudah selamat diterima.

Foto menunjukkan van itu di hadapan pejabat PTS di Dolomite Business Park, Batu Caves, Kuala Lumpur.

Van ini akan dimuati dengan kargo buku-buku PTS yang akan dipamerkan dan dijual di mana-mana sahaja Pn. Ain Maisarah mengadakan acara promosi ke sekolah-sekolah di seluruh begara.

Dari kiri: En. Man (pilot lori PTS), Tn. Faris Hasbullah (Pengurus PTS Islamika, wakil rasmi PTS), dan Tn. Qalif, (eksekutif jualan dari Tan Chong Motors).

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku-buku Ini Dibeli Terus daripada Pengarang oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
(i) Usahawan Cilik: Garaj Aiman - Shamsuddin Abd. Kadir
(ii) Buat Duit Dengan Rumah -  Shamsuddin Abdul Kadir
 
Bagi setiap judul PNM membeli 1089 naskhah.
 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Akademi Latihan Penerbitan PTS

Akademi Latihan Penerbitan PTS (ALP-PTS) bertanggungjawab menjalankan program latihan untuk seluruh staf PTS bagi meningkatkan mutu profesionalisme mereka.

Yang terbaru adalah kursus marketing dan sales. Foto menunjukkan Puan Norhazizam Abd. Rahman, Pengurus jabatan marketing PTS menjalankan kursus marketing kepada kumpulan editor-editor yang baru masuk bertugas.

Beliau menerangkan bagaimana cara dan proses kerja para editor sangat-sangat mempengaruhi kejayaan program marketing buku-buku PTS. Justeru beliau memberikan panduan-panduan praktikal kepada mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pasaran Buku Pendidikan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Buku-buku sains pendidikan mempunyai pasarannya sendiri. Buku "Kepimpinan & Penambahbaikan Sekolah" dan "Sekolah sebagai Pembangun Modal Insan" ini adalah 2 buku terbaru terbitan PTS Professional Sdn. Bhd.

Menjual buku-buku sains pendidikan tidak serupa dengan menjual buku-buku popular. Itulah sebabnya buku-buku kategori ini tidak dapat dibeli di kedai-kedai buku biasa.

Buku-buku pendidikan ditulis oleh pakar-pakar pendidikan yang menjadi pensyarah di universiti ataupun maktab-maktab perguruan.  Isi kandungannya adalah seputar subjek yang mereka kuliahkan. Oleh itu pembelinya adalah mahasiswa dan pelajar maktab.

Saiz pasaran buku-buku pendidikan adalah kecil, sekitar 2 ribu naskhah setahun bagi sesuatu judul. Apabila buku itu dibeli oleh kerajaan melalui kontrak KEMAS ataupun kementerian pelajaran, itu adalah bonus.

Dorongan utama pensyarah menulis buku-buku jenis ini adalah bagi tujuan kenaikan pangkat di universiti.

Disebabkan isi kandungan buku-buku jenis ini selaras dengan subjek kuliah pengarangnya, mereka menjadi agen utama jualan buku-buku mereka sendiri.

NOTA: Buku-buku akademik terbitan PTS diiktiraf layak dinilai bagi tujuan kenaikan pangkat di universiti.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 29, 2009

Pasaran Buku Parenting

Buku Didik Anak Jadi Pintar ini adalah buku parenting terbaru terbitan PTS.

Pada masa ini PTS adalah penerbit buku-buku parenting yang paling banyak menawarkan judul dalam bahasa Melayu.

Pasaran buku-buku parenting memang ada, meskipun tidak besar. Ia membolehkan 2 ribu hingga 3 ribu naskhah dijual setiap tahun.

Buku kategori parenting dibeli oleh pasangan yang sedang menunggu kelahiran anak pertama. Lazimnya, selepas kelahiran anak pertama mereka tidak lagi membeli buku-buku parenting.

Disebabkan pembeli buku parenting adalah pasangan yang masih muda, harga buku-buku ini tidak boleh melebihi RM25 ringgit, kerana pendapatan mereka adalah sederhana dan mereka perlu menyimpan bagi membeli rumah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 28, 2009

AHAD 7.11.10: Kursus Teori Sastera: Teknik Surah Yusuf

Teori dan Teknik Surah Yusuf adalah mazhab rasmi PTS. Teori ini digunakan bagi menulis semua kategori karya kreatif, baik untuk kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.

Tarikh: Ahad 7 November 2010

Tempat: Sekolah Al Ikhlas

Waktu: 10.00 pagi - 1.00 petang

Yuran: Gratis

Mendaftar di sini. Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

(Ke di Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, KL. Pergi ke GIANT Tmn. Permata. Cari 7-Eleven. Sederet dengan 7-Eleven ada Klinik Gigi NOORIAH. Sekolah al-Ikhlas berada di atas klinik gigi itu. Naik ke tingkat 2.)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(36) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku-Buku PTS yang Dipilih untuk Pembelian 2009 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1. KepadaMu Aku Berserah

2. Aku Mahu Saiz S

3. Misi Piramid

4. Belajar Teknik Belajar

5. Seindah Dafodil

6. Magis Piramid Tujuh: Kota Sigaraya

7. Master Your Mind

8. Menuju Puncak Kecemerlangan

9. Kembara Hafiz : Rahsia Terbongkar

10. Pendekar Merah Budiman

11. Sang Pemimpi

12. Adam Kecil: Terlebih Makan

13. Akademi Gemilang: Jejak Kuasa Alam

14. Akrab Dengan Tuhan

15. 31 Kisah Teladan: Insaf Kerana Katak

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

10 Kedai Buku Paling Banyak Menjual Buku-buku PTS

Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan jualan PTS melaporkan, dalam tempoh Januari - September 2009, berikut adalah 10 buah kedai yang paling banyak menjual buku-buku PTS. Nilai RM itu adalah harga pasaran stok yang dipesan oleh kedai-kedai itu:

1. Badan Cemerlang, Johor Baru  -  RM702 ribu

2. MPH Alamanda, Putrajaya  -  RM536 ribu

3. MPH Midvalley, Kuala Lumpur  -  RM364 ribu

4. MPH Shah Alam City Centre  -  RM354 ribu

5. MPH Alpha Angle, Kuala Lumpur  -  RM332 ribu

6. Hasani Edar, Sg. Petani  -  RM293 ribu

7. Galeri Buku Shahab  -  RM253 ribu

8. BookCafe PTS  -  RM204 ribu

9. POPULAR, Alor Star Parade  -  RM197 ribu

10. MPH One Utama, Damansara  -  RM189 ribu

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Jabatan Marketing PTS Dibesarkan

 

Foto di atas menunjukkan 5 orang pekerja kontraktor sedang mula hendak memecahkan dinding pejabat jabatan marketing PTS.

Puan Nor Hazizam Abd. Rahman, pengurus jabatan itu memberitahu bilik itu dibesarkan kerana jumlah eksekutif jabatan itu akan ditambah lagi. Pada masa ini pihak jabatan sumber manusia sedang memilih calon-calon yang sesuai.

Pertambahan itu dilakukan sebagai strategi meningkatkan jumlah jualan bagi setiap judul buku yang diterbitkan, supaya setiap judul dapat dijual minimum 10 ribu naskhah.

NOTA: Pada masa sekarang TimMarketing PTS terdiri daripada 10 orang eksekutif, 3 orang daripada mereka bertaraf pengurus.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 27, 2009

PTS Membuka Booth di “Indonesia International Book Fair 2009”

 

Indonesia Book Fair 2009 akan berlangsung antara 4 - 8 November 2009, di Jakarta Convention Centre, Senayan (foto).

Tahun ini, buat pertama kali PTS akan membuka sebuah booth dalam pesta buku terbesar di negara itu.

Tujuan PTS membuka booth bukanlah bagi menjual buku-buku terbitannya, sebaliknya hanya bagi memasarkan judul-judul PTS yang sesuai dilesenkan kepada penerbit-penerbit Indonesia.

Delegasi PTS tahun ini adalah seramai 8 orang. Mereka adalah: Tn. Fauzul Naim, Pengurus Besar Editorial PTS sebagai ketua delegasi. Lain-lain delegasi adalah Tn. Faris Hasbullah (Pengurus PTS Islamika Sdn. Bhd.), Cik Mazlia Murat (Pengurus PTS One Sdn. Bhd.), Tn. Ikram Wazir (Pengurus PTS Millenia Sdn. Bhd.), Puan Asma Fadila (Pengurus PTS Litera Utama Sdn. Bhd.), Tn. Irfan Jani (Editor Perolehan PTS Profesional Sdn. Bhd.), Tn. Azari dan Tn. Zulkimy (Eksekutif Jualan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Idea-idea dalam Buku Tidak Dilindungi oleh Undang-undang Hakcipta

Idea-idea dan maklumat yang dituliskan di dalam buku tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta, baik di negara kita mahupun di mana-mana negara lain.

Ini bermakna sesiapa sahaja boleh mengambil idea-idea dan maklumat yang dituliskan di dalam buku-buku pengarang lain dan memasukkannya ke dalam buku mereka sendiri.

Undang-undang hakcipta hanya melindungi bagaimana sesuatu idea itu ditampilkan, yakni ayat-ayat, susunan idea, ilustrasi, foto dan layout yang ada pada sesebuah buah buku itu. Justeru kita tidak dibenarkan menyalin ayat-ayat tulisan orang lain.

Itulah intipati kursus hakcipta yang saya sampaikan dalam bengkel. Saya juga memberikan latihan praktikal kepada para peserta supaya mereka benar-benar dapat membezakan antara "idea" dan "penampilan idea" kerana "idea" tidak dilindungi, sebaliknya yang dilindungi adalah "penampilan idea".

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, October 26, 2009

Ikan Besar Internet-Marketing Terbaru yang Masuk Kolam PTS

Salah seorang "taiko" internet-marketing yang menghadiri bengkel adaptasi hari Ahad lalu adalah pengasas SmartUsaha.com (foto).

Kehadiran orang besar seperti beliau sangat tidak diduga dan telah menyebabkan peserta kursus yang lain berasa sangat gembira.

Tn. Zulfadli adalah pakar internet-marketing dalam bahasa Melayu yang paling ngetop saat ini. Selepas bengkel tamat, penulis-penulis PTS yang hadir (Zamri Mohamed, Izwan Robotys, Firdaus Ariff, Haekal, Azree) telah membawa beliau melepak di Janda Baik dan pulang keesokan harinya.

Pemuda ini sangat lemah-lembut orangnya, suaranya rendah. Apabila sesekali bercakap, beliau suka senyum sambil menundukkan pandangannya seolah-olah sedang memikirkan setiap perkataan yang mahu diucapkan.

Dalam perbualan, beliau tidak memulakan topik, melainkan menyumbang kepada topik yang sedang diperbincangkan.

Foto: Dengan ikhsan Tn. Firdaus Ariff.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, October 25, 2009

Tip Memilih Tema Buku yang Mahu Ditulis

Dalam isu memilih judul buku yang hendak ditulis, lazimnya penulis-baru mempunyai logik sendiri, manakala penerbit mempunyai logik sendiri juga. Apabila penulis menggunakan logik yang serupa dengan logik penerbit, ia membawa keuntungan bagi kedua-dua pihak.

Penulis-penulis baru lazimnya tidak faham logik penerbit. Sebagai contoh, penulis baru cuba menulis buku yang temanya belum ada dalam pasaran. Tetapi penerbit mencari buku yang temanya popular dalam pasaran.

Seorang penulis menghantar karyanya yang bertajuk 'Senjata-senjata Tradisional Masyarakat Melayu'. Katanya, "Buku seperti ini belum ada dalam pasaran."

Bagi penulis-baru, kalau sesuatu tajuk itu tidak ada dalam pasaran, itu bermakna peluang buku itu dibeli orang adalah lebih baik disebabkan buku itu tidak ada persaingan. Sebaliknya logik penerbit mengatakan, kalau tajuk itu tidak ada, jangan-jangan itulah tandanya tidak ada penerbit yang mahu menerbitkan tajuk seperti itu kerana mereka percaya tajuk itu tidak laku.

Apabila sesuatu tema itu banyak dalam pasaran, itu bermakna banyak penerbit menerbitkan buku-buku yang temanya serupa. Walaupun mereka bersaing sesama mereka tetapi tema itu tema yang popular dan evergreen. Mereka cuba menang bersaing dengan menerbitkan buku masing-masing dengan wajah kulit dan gaya olahan yang lebih digemari oleh pembaca.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pasaran Sastera Remaja Sangat Bagus

Pasaran sastera remaja adalah pasaran yang sedang berkembang dengan menggebu-gebu. Ini adalah petanda yang sangat bagus bagi para penerbit buku Melayu.

Sebagai contoh, data jualan buku-buku terbitan PTS One Sdn. Bhd. adalah seperti di bawah (sebelum diskaun kepada agen):

Tahun 2006 - RM2.2 juta

Tahun 2007 - RM3.9 juta

Tahun 2008 - RM5. 7 juta

Remaja yang gemar membaca diramalkan akan terus gemar membaca apabila mereka dewasa. Ini penting bagi penerbitan dan pemasaran buku-buku bacaan dewasa.

Apa yang diperlukan sekarang adalah mempelbagaikan genre sastera remaja. Pada masa sekarang sastera remaja yang mendapat sambutan hangat adalah sastera bagi bacaan remaja perempuan, manakala pasaran remaja lelaki masih belum berkembang dengan baik.

Kita masih tercari-cari kunci bagi membuka pintu pasaran sastera remaja lelaki pula....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, October 24, 2009

PTS Menterjemahkan Quran ke Bahasa Iban dan Kadazan

 

PTS Islamika Sdn Bhd sedang menterjemahkan Quran ke bahasa Iban dan Kadazan. Kos ditanggung sepenuhnya oleh PTS.

PTS sedang mencari 2 orang editor-cum-penyemak terjemahan. Jawatan yang ditawarkan adalah kontrak selama 2 tahun, dan perlu bertugas di ibu pejabat PTS di Kuala Lumpur. Tiada had umur.

Di bawah adalah contoh terjemahan Quran dalam bahasa Iban:

Surah an-Nas (Mensia)

Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta pemadu penyayau.

1. Sebut meh ulih nuan (nabi Muhammad s.a.w) aku belalai dalam kuasa Petara ti nyaga semua mensia.

2. Petara ti megai semua mensia.

3. Petara ti patut disembah kitai bansa mensia.

4. Ari penyai sitan ti belalai.

5. Sitan ti nelai ke penyai ngagai ati anak mensia.

6. Sitan ari bansa mensia enggau bansa antu.


Surah al Falaq (Pagi Ari)

Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta pemadu penyayau.

1. Sebut meh ulih nuan( nabi Muhammad s.a.w) aku belalai dalam kuasa Petara ti megai pagi ari.

2. Ari penyai semua utai.

3. Enggau penyai malam ari maia ari udah petang.

4. Sereta mega ari penyai orang indu manang ti besampi lalau niup ke leka sampi ia ngagai tali ti dikena. Ia ngerusak ke orang.

5. Enggu penyai anak mensia ti kepapa lebuh maia ia ti kepapa.


Surah al Ikhlas

Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau.

1. Sebut meh ulih nuan oh nabi Muhammad s.a.w,Allah Taala tu petara ti siko aja nadai dua nadai tiga.

2. Allah Taala tu endor semua utai begantong serta dikarap.

3. Ia nadai beranak lalu nadai mega diperanak ke sapa-sapa.

4. Lalu nadai mega sapa-sapa ti sama tauka sebaka enggau ia.


Surah al Masad

Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau.

1. Ancur meh tapa jari Abu Lahab (1) serta ia empu pan ancur.

2. Nadai siti pan ari reta tengkira ia ti ulih nulung pia mega ari utai ti digaga ia.

3. Ketegal ia ila tama ngagai api besai.

4. Lalu pia mega enggau bini ia,ke mai kayu api.

5. Ba rekong ia bisi tali ari sabut.


Surah al-Nashr

Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau.

1. Maia nya udah datai tulung ari petara serta orang islam menang.

2. Lalu nuan ulih meda bala mensia nerima pengarap ti betul enggau maioh.

3. Puji meh petara nuan serta minta ampun ngagai ia laban ia endang pemadu sayau serta ia ti nerima orang ti salah ngelaban ia.


Surah al-Kafirun

Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau.

1. Sebut meh ulih nuan oh nabi Muhammad s.a.w oh kita ti enda arap ka petara serta nyembah petara ti salah!

2. Aku enda nyembah utai ti disembah bala kita.

3. Lalu kita pan enda nyembah petara ti disembah aku.

4. Aku pan pia mega nadai nyembah utai ti disembah bala kita

5. Kita pan nadai kala nyembah petara ti disembah aku.

6. Enggi kita pengarap kita lalu,bagi aku pengarap aku.


Surah al-Kausar

1. Oh! Muhammad s.a.w kami meh ti meri ka nuan sebatang sungai di surge.

2. Patut lah bagi nuan semayang enggau meri makai ngagai anak mensia ari isi jelu ti halal.

3. Ka endar orang ti begedi ka nuan nya meh ti putus (nadai penyayau petara ka ia)


Surah al –Maauun

1. Kati nuan ngelala orang ti nipu pengarap islam?

2. Ia nya ari bala mensia ti nganu anak patu balu.

3. Lalu nadai meri makai ka orang ti suntok belanja.

4. Tulah meh ngagai bala anak mensia ti semayang,

5. Ari bala anak mensia ti bemain maia semayang.

6. Serta anak mensia ti ngerja ka pengawa ti mujur manah awak ka orang muji ia.

7. Serta anak mensia ti kepapa enggau reta tengkira ia maia orang datai minta tulung.


Surah al-Quraish

1. Ketegal udah selalu biasa sida bansa quraish tu.

2. Bejalai jauh bedagang ngagai menoa bukai.

3. Lalu dipadah ka ngagai sida ia sembah meh petara ti ngempu ka’abah tu.

4. Petara ti meri makaingagai sida ia awak ka sida enda lapar pungkang lalu nadai berasai takut maia bejalai.


Surah al-Fiil

1. Kati nuan enda merati ka bakani petara nuan ngancur ka raban sedadu ti mai gajah?

2. Kati ukai ia ka ti ngasoh bala sedadu nya putus pengarap ari ngancur ka ka’abah?

3. Lalu ia petara tu tadi ngelaban enggau nganjong ka sedadu nya burong pipit.

4. Burong nya nikau ka batu ngagai sida batu ari tanah ti udah ditunu.

5. Raban sedadu tu tadi nyadi baka daun kayu ti diempa ulat abis belubang.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pasaran Buku Siri Buat Duit

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Buku Buat Duit dengan Seminar dan Buat Duit dengan Video Kahwin adalah 2 tajuk terbaru siri Buat Duit terbitan PTS.

PTS menerbitkan buku-buku panduan memulakan bisnes kecil-kecilan ini bagi membantu mereka yang masih tercari-cari idea hendak memulakan bisnes apa.

Sebelum ini PTS sudah menerbitkan 20 judul dalam siri ini:

Buat Duit dengan You Tube

Buat Duit dengan Internet

Buat Duit dengan Cendawan

Buat Duit dengan Ikan Keli

Buat Duit dengan Pasar Malam

Buat Duit dengan Cenderamata

Buat Duit dengan Foto

Buat Duit dengan Rumah

Buat Duit sebagai Ejen Hartanah

Buat Duit sebagai Ejen Insurans dan Takaful

Buat Duit dengan Affiliate

Buat Duit dengan Restoran

Buat Duit dengan Lembu

Buat Duit dengan Jual Pakaian

Buat Duit dengan Cacing Tanah

Buat Duit dengan Blog

Buat Duit dari Rumah

Buat Duit dengan Menulis

Buat Duit dengan MLM

Buat Duit dengan eBay

Buku-buku bisnes PTS diterbitkan oleh anak syarikat PTS Professional Sdn. Bhd. 

Bagi tuan dan puan yang berminat menulis siri ini, sebelum menulis, hantar emel kepada Pengurus PTS Professional, Tuan Aizat di .(JavaScript must be enabled to view this email address) dan ceritakan bisnes apa yang tuan mahu tulis supaya tidak bertindan dengan judul yang sama yang sedang ditulis oleh penulis lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 22, 2009

Buku Bacaan Sains

Ini adalah buku terbaru dalam siri "Dunia Sains Aiman". Siri ini mendapat sambutan baik dalam pasaran. Semua buku dalam siri ini diulangcetak.

Dalam siri ini maklumat sains disampaikan menggunakan gaya kreatif. Inilah yang menjadi siri ini digemari oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Objektif siri ini adalah mendorong kanak-kanak meminati sains sejak kecil lagi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Remaja Lelaki 15 Tahun Sudah Bercinta Cinta Monyet

Novelis "Hanya Tuhan yang Tahu", A Razak Adam menulis:

Saya fikir kunci (minat remaja lelaki) boleh dilihat kepada anak remaja kita sendiri. Ini boleh dilihat secara pemerhatian terus. Mungkin anak remaja kita tidak boleh dijadikan sampel bagi mewakili seluruh remaja namun setidak-tidaknya sebagai petunjuk.

Anak-anak lelaki sekitar usia 9-15 tahun suka ‘pomen’ barang-barang yang ada. Mereka suka cipta sesuatu benda yang pelik dan sangat berminat untuk mengetahui apa yang ada di dalam barang yang dihadiahkan. Sebagai contohnya jam atau basikal. Jam itu kalau boleh dibuka maka akan dibuka dari belakang untuk lihat isinya. Basikal pula akan dibuka rodanya (sebab suka melihat cara bagaimana basikal itu boleh berfungsi).

Selepas umur 15 tahun mereka mungkin ikut rentak rakan sebaya di sekeliling mereka sebab ingin mencari jati diri. Mereka meminati idola mereka atau idola kumpulan rakan sebaya mereka. Pada peringkat ini cinta sudah bertapak (cinta monyet).

Pengalaman saya (mengajar) di sekolah menunjukkan pelajar lelaki tingkatan 2 sudah bercinta secara serius dengan pelajar seusia ataupun lebih rendah usianya berbanding mereka. Surat yang ditulis juga menggunakan bahasa-bahasa berbunga (dalam istilahnya 'pandai tekan ayat'). Mungkinkah ini sebahagian daripada kunci yang boleh dibincangkan?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penghargaan untuk Mentor-Mentor Cina PTS

 

Di belakang PTS adalah individu-individu Cina yang memberi banyak dorongan, tunjuk ajar dan dukungan kepada saya sendiri dan kepada pegawai-pegawai PTS.

Mereka terdiri daripada para pencetak, pemimpin persatuan penerbit, rakan-rakan penerbit buku, para pengedar buku, kontraktor buku, pekedai buku, pembekal kertas, pemilik syarikat lori transport, towkay-towkay bangunan yang kami sewa, kontraktor ubahsuai yang memasang pelbagai peralatan, pembekal pelbagai hardware dan software, agen hartanah yang mencarikan bangunan dan lokasi, dan pegawai-pegawai bank-bank Cina.

Dalam proses berurusan dengan mereka, dengan sabar mereka menjawab pelbagai pertanyaan kami, di mana jawapan-jawapan yang mereka berikan itu penuh dengan wisdom-wisdom bisnes, yang kami sematkan dalam hati sebagai panduan menjalankan bisnes.

Mereka tidak jemu-jemu memberi galakan dan tunjuk ajar kepada kami supaya PTS berkembang dengan baik.

Individu-individu Cina itu tidak tahu bahawa mereka dijadikan mentor oleh kami. Dengan mengamalkan tunjuk ajar mereka, PTS berkembang purata 60% setahun, setiap tahun, semenjak ia mula beroperasi pada tahun 2000. Pada tahun pertama nilai retail jualan buku-buku PTS RM23 ribu. Pada tahun 2008, ia meningkat kepada RM27 juta. Target tahun 2009 adalah RM30 juta.

Foto dari kiri: Tn. Yong Seng Huat, pengurus Public Bank cawangan Seri Gombak, Tn. Arief Rahmad, Presiden kumpulan syarikat-syarikat PTS, dan Tn. Koh Yok Hwa, pemilik Gemilang Publishing (penerbit buku Cina terbesar di Malaysia). Foto ini diambil oleh Cik Shaza pada majlis rumah terbuka PTS sempena kami masuk bangunan baru yang dibeli sendiri, sekaligus majlis jamuan hari raya baru lalu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Menterjemah Lebih Menguntungkan daripada Menulis Karya Asli

Inilah foto Tn. Imran Yusof. Beliau menulis karya asal dan juga menterjemah buku-buku terbitan PTS.

Beliau memberitahu, bagi pendapatan royalti 2008, ada perkara yang sangat menarik dalam laporan prestasi jualan buku-bukunya. 

Menurut beliau, walaupun bagi buku bisnes yang diterjemahkannya beliau hanya menerima 30% royalti (70% diberikan kepada penerbit dan pengarang), namun beliau menerima jumlah wang yang lebih banyak daripada jualan buku terjemahan dibandingkan dengan royalti daripada karya asal beliau sendiri. Antara faktor yang menyebabkan situasi begini adalah kerana harga buku terjemahan relatif tinggi.

 

NOTA: Tuan Imran adalah seorang eksekutif kanan di bahagian teknikal sebuah syarikat perkapalan.

Beliau adalah antara peserta kursus PTS yang belajar menulis dari sifar.

Sehingga sekarang beliau sudah menerbitkan 2 buah karya sendiri, 1 karya bersama, 3 terjemahan sendiri, 2 terjemahan bersama, 3 karya belum terbit, dan 3 lagi sedang diusahakan.

Beliau memegang rekod sebagai penulis PTS yang paling konsisten menghadiri semua kursus yang saya kendalikan, meskipun kursus itu sudah berkali-kali beliau hadiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 21, 2009

Testimonial tentang Buku-Buku PTS

Konsep Penerbit Buku PTS: Saya suka dengan konsep PTS iaitu mottonya "memandaikan bangsa" di mana kebanyakan buku-buku mereka tidak menyalah-nyalahkan pembaca atau meletak pembaca sebagai seorang yang bersalah, bodoh ataupun tidak tahu apa-apa. Sebaliknya, mereka menggunakan konsep mendidik, membimbing dan menyampaikan informasi. Selebihnya pembaca sendiri yang akan menentukan keadaan dan situasi mereka serta keputusan atau tindakan yang perlu mereka lakukan.

Saya pernah membaca beberapa buah buku dan penulisnya adalah seorang motivator. Sebahagian besar kandungan bukunya asyik ‘menyalah-nyalahkan’ pembaca sehingga menyebabkan akhirnya saya keliru… “Penulis ini mahu menyampaikan ilmu ataupun mahu meleteri aku?” Akibatnya saya tidak habis membaca buku itu walaupun saya cuba untuk menghabiskannya.

Kita tidak perlu mengajar-ngajar orang lain untuk jadi betul walaupun jelas mereka tidak tahu. Cukup kita sampaikan informasi dan seterusnya biar mereka yang menentukan apa jua keputusan. Tugas kita hanya menyampaikan sahaja dan membantu jika mereka memerlukannya.

Mohd. Zulfadli (melalui FaceBook)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tim PTS Professional Sdn. Bhd

Pada masa ini, PTS Professional Sdn. Bhd. adalah penerbit buku-buku pengurusan, bisnes dan pendidikan yang paling aktif dalam pasaran. Setiap bulan ia menerbitkan 5 ataupun 6 judul baru.

Buku-buku bisnes dan pengurusan dibeli oleh golongan yang sudah bekerja, oleh itu mereka mempunyai wan. Dengan demikian, faktor harga buku bukan faktor utama mereka membeli ataupun tidak membeli sesebuah buku.

Faktor paling utama buku-buku bisnes dan pengurusan dibeli orang adalah isi kandungannya memenuhi keperluan pembaca.

Ada 2 unit di PTS PRO:

(i) Unit dewasa, dan

(ii) Unit Teen.

Unit Teen menerbitkan buku-buku bisnes yang ditargetkan kepada remaja dengan objektif mahu mendorong dan mendidik remaja supaya tidak mahu makan gaji, sebaliknya mahu membayar gaji.

FOTO: Dari diri ke kanan: Pn. Fatin (buku terjemahan), Pn. Norfadilawati (buku pendidikan), Cik Marliana (buku bisnes & pengurusan),  Tn. Aizat (Pengurus), Cik Nuris (buku bisnes teen), Cik Shiela (buku bisnes teen). Duduk: Tn. Irfan (buku bisnes & pengurusan).

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Peraduan PTS

Beli buku berharga RM25 dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM70,000!

Hadiah Utama:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selain mendapat TV LG Plasma 42", pemenang utama juga dapat buku-buku PTS bernilai RM10,000.
Judul-judul yang disukai juga akan dipilih sendiri oleh pemenang.
Pilih saja yang mana suka! Semuanya boleh dipilih sendiri hingga bernilai RM10,000.
 
Hadiah Pertama:



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pemenang tempat pertama pula akan menerima kamera video SONY
Buku-buku PTS bernilai RM8000 juga akan jadi milik pemenang.
 
Hadiah Kedua:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hadiah kedua juga tidak kurang hebatnya. Mesti ramai nak memiliki laptop ACER ini.
Tambah lumayan, pemenang tempat kedua juga dapat buku-buku PTS bernilai RM5000!
 
Hadiah Mingguan


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Lihatlah betapa banyaknya hadiah-hadiah lumayan untuk pemenang mingguan:

(a) Minggu Pertama

1. iPod Touch 8GB + Buku PTS bernilai RM100
2. Nokia 5130 XpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
3. Nintendo DS + Buku PTS bernilai RM100

(b) Minggu Kedua

1. PSP + Buku PTS bernilai RM100
2. SonyEricsson W205 + Buku PTS bernilai RM100
3. Kamera Digital Canon Powershot A480 + Buku PTS bernilai RM100

(c) Minggu Ketiga

1. Acer Netbook Aspire One D250 + Buku PTS bernilai RM100
2. iPod Nano 8GB + Buku PTS bernilai RM100
3. PS2 + Buku PTS bernilai RM100

(d) Minggu Keempat

1. Nintendo Wii + Buku PTS bernilai RM100
2. Nokia 5130 XpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
3. Kamera Digital Canon Powershot A480 + Buku PTS bernilai RM100

(e) Minggu Kelima

1. Nokia 5880 ExpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
2. PS2 + Buku PTS bernilai RM100
3. iPod Nano 8GB + Buku PTS bernilai RM100

(f) Minggu Keenam

1. Kamera Digital Canon Powershot A2100 IS + Buku PTS bernilai RM100
2. SonyEricsson W205 + Buku PTS bernilai RM100
3. Nintendo DS + Buku PTS bernilai RM100

Beli buku PTS banyak-banyak dan simpan resitnya untuk masuk peraduan ya! Satu resit bernilai RM25 boleh dikepilkan dengan satu borang peraduan yang rupanya begini:



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Borang peraduan ini dengan mudah sahaja boleh didapati apabila membeli buku di kedai-kedai terkemuka MPH dan Popular.
Atau boleh download dan klik borang di sini.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
-- Beli buku PTS bernilai RM25 dalam satu resit
-- Isi borang dengan jawapan yang betul dan kepilkan resit
-- Hantar borang ke dalam kotak peraduan @ poskan ke alamat yang tertera.

 

Inilah rupa kotak peraduan PTS. Kotak ini diletakkan di semua 200 buah kedai buku yang turut serta dalam peraduan ini, di seluruh negara.

Masukkan borang-borang peraduan yang sudah tuan dan puan isi, dan masukkan ke dalam kotak ini.

 

 

 

 

 

 

 

Di bawah ini adalah T-Shirt rasmi peraduan yang dipakai oleh petugas kedai-kedai buku.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Testimonial Pembaca oleh Welma Laanda

Baca. Menangis. Baca lagi. Menangis lagi. Memang novel air mata. Tere Liye sendiri mengatakan novel ini ditulis sambil menangis. Tidak hairan kalau para pembaca Bidadari-Bidadari Surga menjadi sungguh cengeng apabila membaca novel ini. Mungkin itulah yang dikatakan - tulisan dari hati untuk hati. Oleh kerana itu, karya-karya Tere Liye menjadi bahan bacaan wajib dibaca setakat ini untuk diri saya. Bukan untuk menikmati keindahan sastera, tetapi lebih kepada mahu mendengar khabar-khabar bahagia tentang kehidupan dari penulis. Mungkin kerana itu juga, saya sangat mengutamakan membaca dalam naskhah asal. Maksud saya bukan terjemahan. Tetapi terpulang kepada individu itu juga. Ada yang tidak faham dengan Bahasa Indonesia. Jikalau begitu, lebih baik membaca dalam edisi terjemahan. Tidak menjadi masalah.

Tere Liye menerusi karya fiksyen Bidadari-Bidadari Surga ini sekali lagi seperti novel-novelnya terdahulu mewujudkan watak kanak-kanak sebagai penguat cerita. Namun kali ini, penulis tampil dengan memperkenalkan watak seorang gadis yang luar biasa ketabahannya bernama Laisa sebagai tunjang novel ini. Tidak seperti penulis-penulis lain yang apabila bercerita tentang watak utama seorang perempuan, pasti perempuan itu digambarkan sebagai seorang yang sangat cantik, hidung mancung, bibir merah merekah atau mata yang memikat. Berbeza dengan Tere Liye, Laisa digambarkan sebagai seorang gadis kerdil, berkulit hitam dan rupa yang jelek. Tidak menawan langsung.

Jarang sekali saya membaca novel yang mempunyai watak utama seorang perempuan yang hodoh. Bagi saya, majoriti penulis amat gemar menggambarkan perempuan cantik apabila melibatkan watak perempuan sebagai karakter utamanya. Sebagai seorang perempuan yang tidak cantik, saya hanya mampu katakan - diskriminasi dalam dunia penulisan! Tidak keterlaluan kalau saya mahu katakan yang sudah banyak karya fiksyen berjaya mengajar para wanita bahawa orang yang berjaya dalam kehidupan dan dicintai ialah perempuan yang cantik sahaja. Jadi, tidak hairan bukan jikalau ramai sahaja para wanita pada hari ini menjadi semacam rendah diri atau malu kerana kurang cantik dari sudut fizikal.

Tetapi itu tidak terjadi pada watak Laisa di dalam Bidadari-Bidadari Surga. Maksud saya, Laisa seperti saya. Tidak malu, malah tidak sedikit pun rupa paras yang tidak cantik itu menjadi penyebab untuk rasa rendah diri. Ada sisi lain yang lebih penting selain kecantikan fizikal iaitu soal hati dan soal kebesaran jiwa walaupun seringkali itu semua tidak langsung dipandang sebagai kecantikan. Tidak mengapa bukan, kerana orang yang merdeka dirinya sentiasa percaya, di syurga nanti dia tetap menjadi cantik. Menjadi bidadari syurga. Semestinya, pendamping bidadari-bidadari syurga ini bukan pencinta-pencinta kecantikan dunia bukan.

Itulah mesej utama yang cuba ditampilkan di dalam novel Bidadari-Bidadari Surga. Ada kecantikan lain yang lebih penting selain kecantikan fizikal. Kecantikan-kecantikan yang hanya difahami dengan pandangan hati itulah yang menyarati novel ini dari halaman awal hingga akhir.

Novel ini berkisahkan Laisa yang menetap di Lembah Lahambay bersama mak Lainuri dan 4 saudaranya : Dalimunte, Wibisana, Ikanuri dan Yashinta. Kehidupan yang sangat sederhana itu menjadi penyebab Laisa berkorban berhenti sekolah semata-mata untuk memberi laluan kepada Dalimunte, Wibisana, Ikanuri dan Yashinta. Mereka tidak seibu. Tidak juga sebapa. Namun, Laisa tetap ikhlas berkorban membanting tulang mencari duit untuk pendidikan adik-adiknya. Dia tidak kisah berpanas sehingga bertambah legam membantu mak Lainuri di ladang dan mengumpul damar di hutan. Malah tidak kisah juga bangun seawal 4 pagi semata-mata untuk menyiapkan gula oren dan tiap-tiap malam menganyam rotan. Laisa juga berani mengambil risiko menanam buah strawberi semata-mata untuk mendapat duit lebih untuk persekolahan adik-adiknya. Bagi Laisa adik-adiknya harus ke sekolah. Dia tidak mahu adik-adiknya mewarisi kemiskinan mereka dan menghabiskan seluruh masa depan di kampung itu. Mereka harus menjadi orang yang berjaya. Laisa tekad. Itu cita-citanya.

Yashinta itu adik bongsu Laisa. Mungkin sudah kelebihan Tere Liye apabila menulis dan menggambarkan karakter kanak-kanak terutama kanak-kanak perempuan. Entah kenapa setiap situasi yang diceritakan itu betul-betul dapat dirasakan kecomelan kanak-kanak tersebut. Melihat berang-berang. Lucu kata Yashinta. Senyumnya meleret melihat haiwan itu. Laisa tidak mahu menganggu. Dia senang sekali melihat kegembiraan adiknya itu. Sudah berapa kali impiannya mahu melihat berang-berang. Baru hari ini tercapai. Kembali ke rumah, berang-berang itu siap dilukiskan. Tambah gembira lagi apabila Ikanuri dan Wibisana menghadiahkannya warna krayon. Yashinta semakin gembira apabila dia juga boleh ke sekolah. Asyik katanya. Fikir Yashinta anak perempuan tidak payah ke sekolah. Kak Laisa tidak sekolah pun. Oh, comel sungguh! Bagi Yash, Laisa ialah kakaknya. Kakak yang sentiasa menjaganya. Kakak yang pernah berkorban mencari ubat untuknya apabila dia demam panas dengan meredah hujan lebat. Tiba-tiba kaki Laisa tersadung dan kakinya terseliuh. Namun digagahkan juga berjalan semata-mata mendapatkan doktor untuk Yash. Aduh! Sedih. Sedih.

Dalimunte menyaksikan Laisa mengurut kakinya setelah berjaya mendapatkan doktor untuk Yash. Laisa mengasingkan diri. Dali perasan ada yang tidak kena dengan kakaknya. Biarkan kakak sendirian, begitu kata Laisa. Laisa tidak mahu adik-adiknya menyaksikan dia dalam kesakitan. Dia mahu sentiasa terlihat berdaya di mata mereka. Dali karakternya seorang yang sangat prihatin terhadap Laisa. Dia tahu Laisa bukan kakak kandungnya. Tetapi dia tidak peduli. Baginya Laisa ialah kakaknya yang tersayang. Dali paling bijak di antara mereka. Malah Dali membesar menjadi seorang professor yang termasyhur di kemudian hari. Itu semua jasa Laisa. Laisa yang sentiasa percaya kebolehan adiknya. Contohnya renung sahaja peristiwa kincir air. Penduduk kampung hampir tidak percaya dengan idea kincir air yang dicadangkan oleh Dali, seorang budak hingusan pada ketika itu. Tiba-tiba Laisa bersuara, "Tentu saja kincir-kincir itu bekerja"(Halaman 89). Laisa bangun membela idea adiknya dan meyakinkan penduduk kampung. Mereka harus mencuba cadangan Dali. Sampai bila mereka mahu bergantung kepada cara pengairan lama. Itulah Laisa.

Dia tidak akan pernah membiarkan adik-adiknya kecewa. Tidak akan pernah membiarkan adiknya berasa malu. Jika harus ada yang kecewa dan malu, itu adalah ia. Bukan adik-adiknya. Bagi Laisa, sejak babak pergi, hidupnya amat sederhana. Adik-adiknya berhak atas masa depan yang lebih baik dibandingkan dirinya. (Halaman 92)

Berbanding Yashinta dan Dalimunte, Ikanuri dan Wibisana sedikit berbeza karakter mereka. Mereka ini sedikit nakal. Malas ke sekolah. Selalu menjadi bahan marah Laisa dan Mak Lainuri. Akibat bengang dengan kakaknya Laisa, Ikanuri menghina kakaknya. Kakaknya pendek, Laisa bukan kakak mereka dan pelbagai lagi. Wibisana tidak ikut mengejek. Saya kira ini perkara biasa budak-budak kecil apabila marah suka menghamburkan apa sahaja yang ada di dalam hatinya.Tetapi situasi ini hanya berlaku 2 kali saya kira sepanjang novel ini. Itu pun berlaku ketika Ikanuri masih kecil. Tetapi sungguh sedih rasanya apabila Ikanuri terkenang kembali kata-katanya itu apabila dia dalam perjalanan menziarahi Laisa yang sedang tenat. Aduh!

Tetapi Laisa tetap Laisa. Laisa yang sama sekali tidak akan pernah ambil hati walaupun kata-kata Ikanuri itu betul-betul menusuk hatinya. Laisa juga tidak ralat ketika mempertaruhkan nyawanya menyelamatkan Ikanuri dan Wibisana daripada diterkam harimau walau sebelum itu Ikanuri mencaci-maki Laisa. Begitu kata Laisa di Gunung Kendeng sejurus selepas terselamat dari terkaman harimau, "Ikanuri, Wibisana, suatu saat nanti kalian akan melihat betapa hebatnya kehidupan ini. Betapa indahnya kehidupan di luar sana. Kalian akan memiliki kesempatan itu, yakinlah. Kakak berjanji akan melakukan apapun demi membuat semua itu terwujud. Tapi sebelum hari itu tiba, sebelum masanya datang, dengarkan kakak, kalian harus rajin sekolah, rajin belajar dan bekerja keras." (Halaman 138)

Itulah kecantikan-kecantikan Laisa. Kecantikan yang tidak boleh difahami dengan mata melainkan mata hati. Seumur hidupnya dicurahkan untuk memberi kebahagian buat Dali, buat Ikanuri, buat Wibisana dan buat Yash. Kerja keras. Kerja keras. Itulah yang dilaung-laungkannya. Ya, kerana kecantikan Laisa itu hanya boleh dilihat dengan mata hati, maka mungkin disebabkan itu juga wajah hodohnya selalu menjadi penghalang untuk lelaki jatuh cinta kepadanya. Mungkin betul ada orang kata, rupa paras tidak penting, akhlak dan peribadi yang paling penting, tetapi apabila berhadapan dengan Laisa, eh tiba-tiba bertukar fahaman pula, "Tapi maksudku, setidaknya cantik adalah menarik hati." (Halaman 233). Lalu kata saya, "Apa boleh dibuat Laisa, banyak orang mahukan bidadari dunia". Wallahu alam.

Welma Laanda

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 20, 2009

PTS Menceburi Pasaran Buku Kanak-kanak

Mulai November 2009 PTS akan menubuhkan unit buku kanak-kanak. Unit ini diletakkan di bawah PTS One Sdn. Bhd. Ketua unitnya adalah Puan Nisaak (foto), yang sebelum ini bertugas di PTS Millenia Sdn. Bhd.

100 judul sudah dikenalpasti akan diterbitkan sepanjang 2010.

Yang dikategorikan sebagai buku kanak-kanak adalah buku untuk kanak-kanak yang sedang belajar membaca sendiri. Justeru buku untuk kanak-kanak digunakan oleh ibu dan guru bagi membantu si anak memahami apa yang ada dalam buku itu.

Menulis buku kanak-kanak mempunyai disiplin ilmu-ilmunya yang tersendiri. Penulis yang pandai menulis buku untuk remaja dan dewasa lazimnya tidak pandai menulis buku untuk kanak-kanak kerana bakat-bakat yang diperlukan tidak serupa.

Melukis untuk buku kanak-kanak juga sangat berbeza dengan melukis untuk buku bacaan remaja dan dewasa. Lukisan yang disukai oleh kanak-kanak mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

Bagi tuan dan puan yang berminat dengan buku kanak-kanak, alamat emel Puan Nisaak adalah .(JavaScript must be enabled to view this email address)

NOTA: Sebelum menulis buku, tulis surat dahulu kepada Puan Nisaak dan ceritakan buku apa yang mahu ditulis. Ini bagi memastikan karya tuan itu dapat diterima oleh beliau.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip dari Brian Tracy: Apabila Pelanggan Membeli ataupunTidak Mahu Membeli, Itu adalah Maklumbalas

Menurut Brian Tracy, kajian di US menunjukkan bahawa setiap tahun seorang daripada 3 jurujual akan keluar meninggalkan bidang kerjaya itu.

Punca utamanya adalah jiwa mereka tidak tahan apabila pelanggan tidak mahu membeli apa yang mereka cuba jual.

Orang tidak mahu membeli apa yang kita jual adalah normal. Ini adalah realiti dalam dunia bisnes. Ia adalah perkara biasa, ia lumrah berniaga. Jurujual yang gagal tidak dapat menerima lumrah itu. Dengan itu perkara yang lumrah telah dijadikan batu penghalang kejayaan. Jurujual yang berjaya menerima lumrah itu dengan sikap terbuka, tidak ada-apa.

Bagi orang yang baru hendak belajar menjadi jurujual, mereka tidak dapat membezakan antara (i) pelanggan yang menolak produk, dan (ii) pelanggan yang menolak peribadinya. Jadi, apabila pelanggan tidak mahu membeli produknya, dia berasa seolah-olah pelanggan telah menolak dirinya. Itulah yang membuat jiwanya terseksa, lalu tidak tahan, lalu tidak mahu terus belajar menjual.

Mana mungkin pelanggan menolak dirinya kerana pelanggan itu belum pun mengenali siapa dirinya. Pastilah, pelanggan cuma tidak mahu membeli produknya. Itu sahaja.

Apabila pelanggan tidak mahu membeli, itu hanyalah berupa maklumbalas kepada usaha kita menjual. Kalau pelanggan membeli, itu pun adalah maklum balas. Jadi, tidak ada istilah 'kegagalan'.  Setiap kali pelanggan mahu membeli, ataupun tidak mahu membeli, kita mendapat pelajaran.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penerbit Universiti Utara Malaysia Melawat PTS

Pengurus Besar PTS, Tuan Fauzul Naim Ishak (berbaju putih) bergambar dengan rombongan dari Penerbit UUM semasa mereka datang membuat lawatan sambil belajar di pejabat PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Memilih Editor Buku: Faktor Personaliti Sangat Penting

Sastera kanak-kanak dan remaja awal adalah pasaran yang sedang berkembang dengan menggebu-gebu. Braket usia golongan ini adalah antara 8 - 12 tahun.

Bagi penerbit yang mahu memasuki sektor ini, editor yang sesuai adalah mereka yang mempunyai ciri-ciri 'gila-gila yang keanak-anakan'. Golongan ini memang suka bekerja dengan kanak-kanak dan remaja awal. Dengan memiliki personaliti begitu, jika mereka tidak menjadi editor, mereka pasti menjadi guru sekolah rendah yang popular!

Personaliti editor tertumpah ke dalam buku-buku yang mereka terbitkan. Editor yang serius suka menerbitkan buku-buku serius. Editor yang gila-gila suka menerbitkan buku yang gila-gila.

Malah personaliti editor juga mempengaruhi jenis-jenis pengarang yang mereka sukai. Mereka suka bekerja dengan pengarang yang mempunyai banyak keserupaan dengan personaliti mereka.

PTS ONE Sdn. Bhd. adalah penerbit sastera remaja paling aktif dalam pasaran sekarang.

Foto menunjukkan tim PTS One. Dari kiri: Cik Haryani (editor), Cik Mazlia (pengurus), Mr. Jimmy (designer), Pn. Rafiza (senior editor), dan Cik Husna (editor).

Tim PTS One ini memang gila-gila dan keanak-anakan. Sebagaimana kanak-kanak dan remaja awal yang sukar dikawal, begitu jugalah tim ini. (Mereka buat apa yang mereka mahu buat....) Namun hasilnya sangat berbaloi!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, October 19, 2009

Pasaran Novel Cinta Popular Islami Makin Berkembang

Novel "Titian Nabi" ini adalah novel terbaru dari PTS. Ia sedang dalam proses cetakan saat ini.

Novel-novel cinta pop berfungsi sebagai bahan bacaan hiburan santai para gadis dan wanita muda. Membaca novel cinta adalah serupa dengan menonton drama TV kisah-kisah cinta.

Sehingga hari ini pun demikian juga, majoriti judul novel cinta ditulis, diterbitkan, dibeli dan dibaca bagi tujuan bersantai.

PTS memasuki pasaran sektor novel cinta dengan menerbitkan novel-novel cinta yang ditulis bagi memenuhi keperluan spiritual pembaca. Justeru novel-novel cinta terbitan PTS membawa mesej-mesej cinta yang suci dan diredai.

Sektor pasaran novel cinta Islami tidak sebesar, malah relatif masih kecil, dibandingkan dengan pasaran novel cinta pop yang amat besar.

Novel-novel cinta popular dapat dijual sehingga ratusan ribu naskhah. Sebaliknya, buat masa ini, novel-novel cinta Islami dapat dijual purata 3 ribu naskhah sahaja setahun, namun sektor ini sedang berkembang secara perlahan-lahan tetapi konsisten.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Jangan Marah!.....

 

Gambar ini diambil di kampung Janda Baik, Bentong, Pahang pada pagi Isnin 26 November 2009.

Dari kiri Azree, Haeqal, Prof. Abdullah Hassan, Pn. Ainon (Chairman PTS), Zamri, Zulfadli. Tiada kelihatan dalam foto adalah Izwan Robotys. Foto diambil oleh Firdaus Ariff.

Mereka sedang bersarapan pagi di warung kepunyaan Sdr. Izzat Ibrahim.

Malam sebelumnya penulis-penulis muda PTS itu bermesyuarat sehingga jam 1.30 pagi. Agenda mesyuarat adalah projek penubuhan Sekolah Keusahawanan.

Kemudian, mereka tidur bergelimpangan di atas lantai di dalam bilik bacaan Prof. Abdullah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Testimonial Ayah kepada Pembaca Novel ‘Sultan Muhammad al-Fateh’

Puan,

Anak saya di Tingkatan Satu, sudah tiga kali khatam membaca kisah Mohamed Al Fateh Penakluk Konstantinopel. Katanya, menambah semangat unuk memegang teraju tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia suatu hari nanti...

Abdul Aziz Hj. Man.

Nota: Nota ini dikirim dalam Face Book saya.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Fantasi PTS

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Novelis Singapura Isa Kamari adalah Seorang Arkitek

Isa Kamari adalah nama besar dalam dunia sastera Melayu. Beliau adalah tokoh sastera terbaru yang turut menaruh kepercayaan kepada PTS.

Beliau warga negara Singapura, dan seorang arkitek profesional.

Novel MENARA ini sudah pernah diterbitkan di Singapura, manakala edisi Malaysianya diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

PTS Litera dimiliki oleh PTS (51%) dan penerbit Mizan dari Indonesia (49%). Misi PTS Litera adalah membolehkan karya sastera Indonesia dan Malaysia saling seberang-menyebarangi Selat Melaka.

Pengurus PTS Litera adalah Puan Asma Fadila.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Foto Keluarga Besar PTS

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Datang Bengkel dengan Mesin Bernafas

Gadis dalam foto ini bergantung kepada mesin oksigennya 24 jam sehari disebabkan paru-paru beliau rosak. Sewaktu sedang mandi sekalipun mesin itu mesti disambungkan  ke hidungnya.

Semalam beliau turut hadir bengkel Teknik Surah Yusuf.

Beliau terpaksa duduk di pintu masuk bilik bengkel kerana di situ ada suis elektrik. Makan tengah harinya dihantar oleh adiknya naik ke atas kerana bilik kuliah terletak di tingkat 2 bangunan.

Nota: Mesin oksigen itu berharga RM25 ribu.

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, October 18, 2009

Hujung Tahun adalah Musim Jualan Buku yang Bagus

Rekod dan data jualan buku-buku PTS menunjukkan trend peningkatan pada musim hujung tahun. Trend positif ini lebih jelas bagi kategori fiksyen.

Musim hujung tahun adalah musim pelbagai pesta, jadi orang ramai berada dalam mood festif. Dalam mood seperti itu mereka cenderung lebih banyak berbelanja bagi tujuan bergembira. 

Hujung tahun juga adalah musim cuti sekolah yang panjang. Semasa cuti sekolah ibu bapa mengambil masa membawa anak-anak berjalan-jalan dan shopping di mall-mall, di mana di situ terdapat kedai buku yang bagus-bagus.

Inilah faktor yang mendorong PTS melancarkan kempen marketing besar-besaran pada hujung tahun seperti sekarang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Testimonial Pembaca: Novel Islami “Bidadari-Bidadari Syurga”

Saya gapai “Bidadari-Bidadari Syurga” dari rak kedai buku dengan tujuan untuk menghadiahkannya kepada seorang teman.

Hingga hari ini teman itu masih belum menuntut hadiahnya. Maka saya gunakan waktu yang ada dengan menyelak setiap lembar novel ini.

Nyata, pilihan saya tidak sia-sia. Malah saya berharap, andai teman itu nanti berpeluang memiliki hadiahnya ini, novel ini mencetus semangat juang dalam dirinya dalam mendaki puncak ilmu.

Novel ini berkongsi kisah, anak-anak yatim di Lembah Lahambay - Laisa yang sentiasa berkerja keras, Dalimunte yang bijaksana, Ikanuri dan Widapatna - dua musang nakal  dan Yashinta - puteri ayu penyayang fauna.

Dalam serba kekurangan, Laisa mengorbankan persekolahannya demi membantu ibu yang tersayang, Mak Lainuri, memastikan adik-adiknya terus berpeluang menimba ilmu.

Lima kincir air ciptaan Dalimunte pula membantu penduduk kampung mengairi tanaman mereka tanpa bergantung kepada hujan sekaligus meningkatkan kaedah pertanian dan pendapatan penduduk kampung seluruhnya.

Kehadiran siswa-siswi melalui program latihan dan lawatan mereka pula kemudiannya membuka peluang kepada Laisa untuk membuka ladang strawberi di tanah mereka.

Empat beradik ini, terus membesar dalam lautan kasih sayang dan titik peluh Laisa dan Mak Lainuri, hingga memungkinkan Dalimunte bergelar Profesor, Ikanuri dan Widapatna memiliki bengkel motokar mereka sendiri dan Yashinta giat dalam usahanya menyelamatkan haiwan liar di tengah belantara.

Namun, ada rahsia yang tidak pernah mereka tahu. Harga yang perlu dibayar Laisa dalam usaha membesarkan adik-adiknya menuntut bukan satu pengorbanan. Laisa berkorban jiwa dan raga. Laisa berkorban jasad dan perasaan hanya untuk melihat setiap adiknya berjaya dalam lapangan mereka. Juga demi memastikan adik-adiknya membina mahligai bahagia bersama pasangan masing-masing. Apakah harga yang menuntut jiwa dan jasad gadis kampung bernama Laisa? Tekunilah “Bidadari-Bidadari Syurga” hingga ke halaman terakhir.

Novel ini bermula dengan huraian yang agak leceh apabila Puan Pengacara Majlis di sebuah seminar berjela-jela memperihalkan Profesor Dalimunte.  Saya menyabarkan hati membacanya kerana saya tahu, ada kisah yang lebih menarik lagi di sepanjang novel ini.

Kesabaran saya berhasil apabila setelah melepasi bab itu, ceritanya bergerak laju, berselang seli antara kisah semasa dan imbas kembali zaman kanak-kanak mereka lima beradik.  Jalinan cerita yang kemas, tidak meleret-leret diselangi bunga bahasa yang indah (dan juga tidak meleret) memudahkan lagi pembacaan saya malah sering membuat saya tidak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Tahniah saya ucapkan kepada Tere Liye. Kini saya tidak sabar untuk membaca ‘Hafalan Solat Delisa’ dan ‘Moga Bonda Disayang Allah’. Terima kasih juga kepada PTS Litera yang menerbitkan edisi terjemahan ini dan kepada penterjemahnya Tuan Mohd. Rosdi Mohd. Zin.  Demikian aktiviti penterjemahan memperkayakan pengalaman dan pengetahuan kami yang sentiasa dahaga.

“Yakinlah, wanita-wanita solehah yang sendiri, namun tetap mengisi hidupnya dengan indah, bersedekah dan berkongsi, berbuat baik dan bersyukur. Kelak di hari akhir sungguh akan menjadi bidadari-bidadari syurga. Dan khabar baik itu pastilah benar; bidadari syurga parasnya cantik luar biasa.” (hal. 383, Bidadari-Bidadari Syurga)

Zaharanum Kamaruddin (menulis di Face Book beliau).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Petikan dari Buku John C Maxwell

Dalam senarai syarikat terbesar di dunia (mengikut ranking Fortune 500) lebih daripada 50% CEOnya cuma memperoleh gred C dan C- semasa di universiti.

Di kalangan presiden-presiden Amerika, lebih 75% pernah duduk dalam kelas corot semasa di sekolah.

Lebih 50% usahawan yang paling berjaya (di Amerika) tidak menyelesaikan pengajian mereka di universiti.

Yang membolehkan mereka berjaya adalah keghairahan dan semangat mereka yang amat tinggi.

John C Maxwell menasihati kita supaya apabila kita patah semangat, kita perlu bergaul dengan orang-orang yang bersemangat. 

Semangat dan keghairahan adalah dua perkara yang boleh berganda dan berjangkit. Dengan bergaul dengan orang-orang yang penuh semangat dan ghairah, mereka dapat menghidupkan semula semangat kita yang tadinya patah....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Membeli Van untuk Duta PTS One Mempromosi Brand dan Buku-buku PTS

 

 

Puan Ain Maisarah adalah Duta PTS One Sdn. Bhd. Beliau adalah novelis remaja PTS yang paling ngetop saat ini.

Inilah van baru Nissan model Urvan Panel yang dibeli oleh PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. khusus untuk membantu Puan Ain Maisarah mempromosi brand PTS apabila beliau menjalankan aktiviti roadshow ke sekolah-sekolah.

Ke mana-mana beliau pergi maka van ini akan mengiringi beliau dari belakang dengan membawa muatan pelbagai buku PTS yang akan dipamerkan dan dijual kepada mereka yang hadir. Buku-buku itu bukan buku-buku beliau sahaja tetapi semua pengarang PTS yang sesuai dengan target promosi.

Van ini hampir siap proses dicat semula menggunakan warna pink Honda Jazz 2004 kerana warna itu adalah identiti Puan Ain Maisarah. Selepas ini dimulakan proses menghias dindingnya pula.

Konsep design dinding van ini direka oleh Tn. Hisham Salmin. Apabila siap nanti, dijamin akan terbeliak mata peminat-peminat AinMaisarah yang kebetulan terpandang van ini.

Agen Tan Chong Motors yang menjual van ini adalah Tn. Muhamad Qalif dari KeretaBagus.com. HP beliau 012 2777 629.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 2 pages  1 2 >