Pertanyaan tentang Syarat Menjadi Penterjemah
Puan Ainon,
Dalam terjemahan, apakah seseorang mesti menguasai bahasa yang ingin diterjemah dengan baik ataupun cukup sekadar mengetahui kaedah penterjemahan dan berpandukan kamus. Saya berminat tetapi persoalan ini selalu bermain dalam kotak fikiran saya.
Hashimah Hashim
..................................
Dalam keadaan ideal, yang terbaik adalah penterjemah menguasai kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan baik, dan menguasai teori dan teknik-teknik terjemahan dengan baik.
Dalam keadaan kurang ideal, penterjemah hanya perlu menguasai bahasa Inggeris secukupnya sahaja bagi tujuan memahami makna ayat-ayat yang mahu diterjemahkan. Jadi, jikalau penterjemah tidak fasih bahasa Inggeris pun tidak mengapa.
Yang paling penting penterjemah mesti faham makna ayat-ayat dalam bahasa Inggeris. Jangan hairan, banyak orang yang fasih bahasa Inggeris belum tentu faham makna ayat yang hendak diterjemahkannya. Ini berlaku apabila dia mahu menterjemah teks yang bukan bidang kepakarannya. Sebagai contoh, si penterjemah bukan peguam tetapi mahu menterjemah teks undang-undang.
Yang lebih penting lagi adalah, penterjemah mesti menguasai bahasa Melayu tinggi dengan amat baik! Ini bermakna penterjemah adalah seorang yang mempunyai pengalaman banyak membaca buku-buku bahasa Melayu yang bahasanya baik.
Kalau penterjemah tahu makna ayat-ayat dalam bahasa Inggeris, tetapi bahasa Melayunya buruk, maka terjemahannya pasti buruk!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Inilah desain baju-T yang akan dipakai oleh petugas-petugas kedai buku yang terlibat dalam peraduan "Saya Mahu Hadiah PTS: Baca dan Menang"
Semasa novel siri pahlawan Islam karya Tuan Abd. Latip Talib, mula diperkenalkan, jabatan editorial menggunakan imej-imej yang saya fikir tidak sesuai dengan pembaca remaja dan perempuan!
Alhamdulillah, bulan lepas saya berjaya mendapatkan senaskah buku yang tuan tulis iaitu TIP MENJADI PENULIS BESTSELLER. Saya tidak langsung mengenali tuan dan apa yang membuatkan saya membeli buku tuan adalah kerana hasrat saya ingin mendapatkan buah fikiran dan khidmat nasihat tentang kemahiran menulis. Telah lama saya cari bahan-bahan untuk dibuat rujukan. Maklumlah, saya bukannya dari latar belakang keluarga usahawan mahupun dikelilingi oleh rakan-rakan yang suka menulis yang boleh berkongsi ilmu. Memang ada beberapa rakan yang berkarier sebagai wartawan, tetapi saya malu pula nak bertanya.
Bagi menembusi sektor kedai buku agama tradisional itu, langkah pertama PTS adalah melantik seorang eksekutif jualan yang sudah sedia mempunyai hubungan baik dengan kedai-kedai itu. Beliau adalah Tn. Azari Hashim. (foto)







salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o