Buku Terjemahan

Monday, November 30, 2009

Satu Lagi Novel dari Bahruddin Bekri

Bahruddin Bekri dan Azrul Jaini adalah 2 orang penulis kreatif dari Sarawak yang menerbitkan karya mereka dengan PTS.

Kekuatan Bahruddin adalah pada cerita-ceritanya yang memberikan pengalaman baru dan sudut-pandang baru kepada pembaca.

Pada saat ini beliau sudah mempunyai peminat yang ramai.

Novel Di Mana Terangnya Bulan ini menceritakan kisah Kamarul, seorang pelajar IPT, yang lurus bendul dan takut dengan perempuan. Kamarul terlewat mendaftar dan penempatan di dalam kolej sudah penuh. Dia terpaksa menyewa dengan seorang lagi pelajar kolej yang pendiam dan murung.

Pada suatu hari teman serumah Kamarul hilang, diganti pula dengan seorang lelaki yang tegap, berwajah ganas dan suka mengarah. Lelaki itu menetap di rumah sewanya tanpa kebenaran. Lalu bermulalah kisah Kamarul, yang mencantumkan semua yang terjadi bagi menjawab persoalan yang datangnya tiba-tiba, di mana terangnya bulan.....

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Satu Lagi Ikan Besar Dunia Bisnes Blog Masuk PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam bengkel teknik surah Yusuf yang saya jalankan semalam, walaupun masih berhari raya, tetapi semua kerusi penuh.

Antara peserta adalah 2 orang tokoh paling popular dalam alam blog berbahasa Melayu. Mereka berdua beroperasi dari Johor Baru.

Dalam foto ini 2 ikan besar dalam dunia bisnes blog yang sangat terkenal adalah Tuan Mohd Zulfadli, atau lebih dikenal dengan nama Smartzul. Tn. Zulfadli datang dan memperkenalkan kepada PTS seorang lagi nama besar dalam dunia bisnes blog, iaitu Tuan Rohaizad. Blog beliau adalah rohaizad.com.

Mereka berdua hidup sepenuh masa dengan pendapatan daripada aktiviti bisnes blog. Perlu diingat 'bisnes blog' tidak serupa dangan 'blog bisnes'.

Bagi tuan dan puan yang mahu hidup sepenuh masa dengan pendapatan daripada blog, blog mereka adalah bacaan wajib. Menurut beliau, orang selalu keliru apabila mereka menyangka kononnya "blogger" profesional seperti beliau adalah serupa dengan "internet marketer". (Kedua-dua profesion itu amat berbeza, seperti labu dengan tembikai. -- Ainon)

Dalam FaceBook, Tn. Rohaizad menggunakan nama "ENCIK ROHAIZAD".

Nota: Dalam foto, Tn. Rohaizad berkacamata dan berdiri no. 2 dari kanan. Tuan Smartzul berdiri no.3 dari kanan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 29, 2009

Surat: Psikologi Menjual Buku

Assalamualaikum Puan,

Kaedah mengurut jiwa memang amat menarik jika dipraktikan. Saya pernah berjual pelbagai produk dan yang terbaru menjual buku-buku PTS di expo usahawan.

Unik sekali menjual buku di gerai expo, saya perlu tahu bila masa "jangan berkata" dan "bila perlu berkata".

Contohnya, saya tidak boleh memanggil-manggil kerana para pembaca buku akan menjauhi meja buku. Mereka lebih suka datang dan melihat buku dalam keadaan tenang. Jadi saya belajar untuk "tidak berkata" dan memberi ruang untuk mereka melihat-lihat.

Apabila tangan mereka memegang buku, itu bermakna mereka sudah ada pilihan. Ini masa saya untuk berkata dan memuji pilihan mereka dengan memberitahu mengenai kebaikan buku yang telah mereka sentuh itu.

Wallahualam. Saya masih belajar menjual buku. Semua ini pengalaman baru setelah isteri bergelar penulis. Wasalam.

Syaizul Amal

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 28, 2009

Inovasi pada Pakejing Buku Ilmiah

Bidang marketing adalah kombinasi seni dan sains. Jabatan editorial PTS kini sedang menjalankan eksperimen dan inovasi dalam bidang marketing buku-bukunya.

Yang terbaru adalah inovasi marketing yang dicubakan pada pakejing buku-buku akademik dan profesional terbitan PTS Professional Sdn. Bhd., di mana buku-buku nonfiksyen diberikan pakejing ala-ala buku fiksyen.

Kulit buku memainkan peranan penting dalam marketing kerana jika design kulit dapat memancing mata pengunjung kedai buku maka barulah ada harapan buku itu mungkin diambil dan dipegang oleh bakal pembeli.

 

Buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni" karya Tn. Syahrul Nizam, seorang pensyarah di UNIMAS, adalah buku profesional, tetapi judul dan design covernya dibuat ala-ala buku fiksyen.

Kandungannya adalah berdasarkan hasil-hasil kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar-pakar, khususnya mereka yang menjalankan kajian di US dan UK.

Buku "Sembuhkan Virus Bisnes" adalah buku buku keusahawanan. Cover buku ini dibuat ala-ala buku fiksyen sains.

Kandungannya buku ini menerangkan perkara-perkara yang kelihatan kecil dan remeh tetapi amat kritikal dijaga kerana jika tidak ia boleh menyebabkan syarikat bantut, malah mungkin tutup kedai.

Inovasi mempakejkan buku nonfiksyen sebagai buku fiksyen mula-mula dilakukan di Jepun, di mana sambutannya sangat baik. Idea itu kemudian ditiru oleh penerbit-penerbit di US. Dan sekarang PTS sedang mencubanya.

Jika inovasi marketing ini terbukti berjaya mencipta kesan positif, maka lebih banyak buku nonfiksyen PTS akan diberikan pakejing fiksyen....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 27, 2009

Buku-buku Kanak-kanak, Remaja dan Gadis Muda Amat Laku pada Musim Pesta Cuti Sekolah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apabila tiba musim pesta cuti sekolah yang panjang, yang kebetulan pula bersamaan dengan pesta Tahun Baru Cina, pesta Hari Natal, pesta tahun baru 2010, pesta musim kahwin, buku-buku yang paling laku adalah buku-buku kegemaran pelajar sekolah, remaja, dan gadis-gadis muda.

Itulah sebabnya, menjelang hujung tahun, para penerbit buku akan menerbitkan sebanyak-banyak judul yang mereka mampu dalam kategori kanak-kanak, remaja dan perempuan muda.

PTS sendiri menerbitkan berpuluh-puluh judul dalam kategori itu, bagi memaksimumkan jualan sepanjang musim pesta-pestaan sekarang ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tidak Lama Lagi Usia PTS Genap 10 Tahun

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 26, 2009

Hadiah-Hadiah Peraduan “Baca & Menang” Buku-Buku PTS Sudah Dibeli!

Tuan Nazrul Samsudin, Ketua Unit Internet Marketing PTS, memberitahu bahawa semua 18 hadiah mingguan yang menanti para pemenang Peraduan Hadiah Saya Mahu Hadiah: Baca & Menang sudah pun dibeli pada 23 November 2009.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hadiah-hadiah ini berupa alat-alat elektronik yang menjadi buruan ramai peserta peraduan.

Hadiah inilah yang bakal menanti pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga setiap minggu

18 hadiah yang baru sahaja dibeli itu ialah:

  • iPod Touch 8GB - 1 unit
  • iPod Nano 8GB (model baru) - 2 unit
  • PSP2000 - 1 unit
  • PS2 - 2 unit
  • Nintendo Wii - 1 unit
  • Nintendo DS - 2 unit
  • Kamera kompak Panasonic Lumix FS6 - 2 unit
  • Kamera kompak Panasonic Lumix TZ11 - 1 unit
  • Telefon Nokia 5130c Xpress Music - 2 unit 
  • Telefon Nokia 5800d Xpress Music - 1 unit 
  • Telefon Sony Ericsson W205 - 2 unit
  • Acer Netbook Aspire One D250 - 1 unit

Pemenang hadiah bagi minggu pertama akan diumumkan minggu hadapan!

Sertailah peraduan yang PTS anjurkan ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengambil Ujian Bakat Menterjemah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Keadaan penuh sesak semasa bengkel menterjemah buku non-fiksyen yang saya jalankan pada minggu lalu menunjukkan banyaknya orang mula berminat hendak berkarya dalam Bahasa Melayu.

Bengkel itu diadakan bagi menjalankan ujian bakat menterjemah. Hanya mereka yang memiliki bakat 'gred A' sahaja yang dipilih bagi latihan lanjutan di PTS, dan seterus diuji lagi, sebelum diterima menjadi penterjemah projek-projek PTS.

Di PTS, semua calon penterjemah mengambil ujian bakat, tanpa mengambil kira mereka sudah memiliki sijil, diploma ataupun ijazah dalam bidang terjemahan kerana bakat menterjemah adalah faktor penting yang menghasilkan terjemahan yang sedap dibaca.

Foto di atas menunjukkan 2 orang peserta sedang menuliskan terjemahan yang mereka hasilkan supaya dapat dinilai oleh saya bagi membantu peserta lain memahami prinsip-prinsip penting dalam proses menterjemah.

Dua orang peserta dalam foto itu adalah seorang imam masjid sebuah universiti (kiri) dan seorang pengurus kanan sebuah bank (kanan). Pengurus bank itu sudah memiliki diploma penterjemahan daripada Persatuan Penterjemah Malaysia.

Foto di bawah menunjukkan antara peserta-peserta  lelaki dan wanita yang terpaksa duduk di lantai, termasuk peserta Cina.

Foto diambil oleh Tuan Zamri Mohamed.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 25, 2009

Kedai Buku Kecil dan Besar Menyokong Peraduan PTS

Kedai-kedai buku di seluruh negara yang menjual buku-buku PTS mempamerkan borang dan kotak peraduan "Baca & Menang" yang sedang diadakan sekarang.

Foto menunjukkan sebuah kedai buku dan alat tulis di Rawang, Selangor mempamerkan bunting, buku-buku PTS di pintu masuk beserta kotak borang.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pekomik Cina Menerbitkan Karya dalam Komik-M

Perkembangan terbaru tentang siri Komik-M yang syariah-compliant.

Dalam antologi Komik-M siri "Aku, Kau & Komik" ini, salah seorang pekomiknya adalah Tn. Tan Tek Hwa dengan judul karyanya "Tangerine".

Siri Komik-M PTS kini sudah semakin mendapat kepercayaan ibu bapa dan guru-guru sebagai komik yang sihat dan bagus sebagai alat bantu belajar.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Dilema Mengulangcetak Buku Lama ataupun Mencetak Judul Baru

Banyak penulis kecewa apabila buku mereka sudah habis stoknya dalam gudang PTS tetapi belum diulangcetak.

Dalam kes PTS, pada mana-mana hari, sistem inventori akan menunjukkan ada antara 100 - 120 judul menunjukkan stok sifar!

Setiap bulan PTS mengulangcetak 50 judul, tetapi akan ada 50 judul yang baru sahaja habis stoknya.

Bajet percetakan PTS adalah RM500 ribu sebulan. Kalau semua digunakan untuk mengulangcetak judul lama, nanti judul baru pula tidak dapat diterbitkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 24, 2009

Peri Pentingnya Penulis Mempunyai Strategi Positioning Sebelum Mula Menulis

Strategi 'positioning' adalah sangat penting dalam kejayaan branding dan marketing.

Saya pernah menginterviu Puan Nor Hazizam Abdul Rahman, pengurus jabatan marketing PTS, berkenaan beberapa perkara yang penulis-penulis perlu lakukan supaya beliau dapat memasarkan nama mereka dengan efektif.

Isu itu saya timbulkan kepada beliau disebabkan banyak penulis PTS masih belum menjadi brand meskipun buku mereka sudah banyak.

Beliau menyebut situasi di mana banyak penulis PTS yang sudah menerbitkan lebih daripada 5 buah judul tetapi beliau tidak dapat hendak mem-positioning mereka bagi tujuan kempen branding. Faktor yang paling kritikal adalah mereka menulis dalam banyak kategori, sebagai contoh antara buku-buku mereka itu ada cerita sai-fai, ada cerita teenlit, ada cerita agama, ada cerita kanak-kanak, ada buku parenting, ada terjemahan.

"Satu buku di sini, satu buku di sana, tidak ada tema fokus...." Puan Nor Hazizam mengeluh.

Ada beberapa penulis PTS yang sangat jelas positioning mereka, antaranya Dr. Danial Zainal Abidin (tema Islam kontemporari), Ahmad Fadzli Yusof (tema pembangunan diri), Abdul Latip Talib (novel sejarah), Ain Maisarah (siri teenlit Aku Mahu...), Farihah Iskandar (siri teenlit Dear Yayah) dan Ezee Rahmani (siri teenlit Sarah dan....). Apabila disebut sahaja nama mereka, orang terus terbayang judul dan cover buku-buku mereka.

Bertanyalah kepada petugas di kedai buku, "Di mana buku Ain Maisarah?" mereka akan terus tunjukkan arah rak di mana semua buku-buku Ain Maisarah diletakkan sederet. (Untuk makluman, 'Ain Maisarah' adalah nama samaran pengarang.)

Di satu pihak lagi, ada seorang penulis PTS yang jumlah bukunya sama banyak dengan buku Ain Maisarah. Nama samaran penulis itu adalah Imran Yusuf. 

Jika soalan yang serupa ditanyakan kepada petugas kedai buku, "Di mana buku Imran Yusuf?" petugas itu tidak dapat menunjukkan rak yang betul, disebabkan Imran Yusuf menerbitkan banyak kategori buku.

Di dalam kedai buku, buku-buku yang berlainan kategori, walaupun ditulis oleh penulis yang sama, buku-buku itu diletakkan di rak-rak yang berlainan.

Banyak penulis sudah menulis banyak buku, malah ada yang lebih banyak bukunya daripada Ain Maisarah ataupun Farihah Iskandar. Tetapi disebabkan buku-buku mereka itu bukan sejenis, melainkan banyak jenis, akibatnya sukar bagi jabatan marketing PTS hendak merancangkan kempen positioning dan branding bagi nama-nama mereka.

Disebabkan Ain Maisarah memang sejak sebelum mula berkarya beliau sudah merancang dengan spesifik positioning buku-buku yang mahu ditulisnya, iaitu teenlit-urban, maka strategi branding bagi nama beliau menjadi mudah dilaksanakan.

Pada saat ini jabatan markerting PTS sedang mengenalpasti nama-nama pengarang yang adakan ditonjolkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PABKL) pada bulan Mac akan datang. Barang-barang merchandise juga akan disediakan bagi nama-nama itu, yang akan dijual kepada peminat-peminat mereka. Sudah tentulah isu positioning menjadi faktor kritikal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 23, 2009

Kedai Buku, Buku Melayu dan Promosi Hari X-mas

Apabila tiba sahaja bulan November, pengurusan mall-mall dan kompleks-kompleks membeli-belah mula menghiasi premis masing-masing dengan pokok-pokok krismas, rusa, kapas salji dan Santa Claus. Sistem PA pula memainkan lagu-lagu Krismas yang bernada riang gembira.

Kedai-kedai buku dalam mall-mall pun ikut menghiasi kedai masing-masing dengan pokok-pokok Krismas juga. Semuanya dilakukan bagi mendorong pengunjung berasa seronok dan gembira, supaya mereka secara tidak sedar akan berbelanja secara impulsif.

Apa yang berlaku dalam kedai-kedai buku itu sangat menarik kerana ia mencerminkan paradigma kultural pengurusan tertinggi dalam syarikat yang memiliki kedai-kedai buku itu.

Di sesetengah kompleks membeli-belah yang terletak dalam kawasan majoriti penduduk Melayu, kita dapati kedai buku milik sebuah rangkaian yang terkenal bukan hanya sibuk memasang pokok krismas, malah ia sibuk mempromosi buku-buku Kristian yang mahal-mahal dan cantik-cantik.

Semua ruang premium dalam kedai buku itu digunakan bagi mempamerkan buku-buku Kristian belaka. Ruang window-display, ruang bulk-display, ruang buku new arrival, rak-rak di depan pintu masuk utama, semunya digunakan bagi mempamerkan buku-buku Kristian.

Nampaknya pengurusan kedai buku itu tidak sensitif terhadap perbezaan demografi dan budaya penduduk di kawasan lokasi kedai tersebut. Pengunjung Melayu yang menjadi majoriti pelanggannya tentulah datang ke kedai buku mencari buku-buku Melayu dan buku-buku agama Islam, bukan buku-buku Kristian!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 22, 2009

Penulis Pantau Bukunya Sendiri

Banyak yang dapat dilakukan oleh penulis bagi melariskan lagi jualan buku-bukunya.

Salah satu langkah yang berkesan adalah dengan pergi sendiri ke kedai-kedai buku dan semak bagaimana bukunya disusun oleh petugas kedai buku itu.

Ini yang dilakukan oleh penulis novel fantasi Pendeta Gua Khayalan.

Catatan bagaimana beliau menggunakan bantuan kaum keluarga dan rakan-rakan di seluruh negara bagi memantau novel beliau  dicatatkan di blog inderawangsa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 20, 2009

216 Blogger akan Menerima Buku PTS Percuma!

Sehingga 19 November 2009, PTS menerima dan meluluskan 216 permohonan daripada blogger untuk menjadi affiliate atau pengiklan bagi peraduan "Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang".

Kesemua blogger ini bakal menerima hadiah buku percuma PTS. Apa yang menarik, mereka semua boleh mencadangkan judul buku apa yang mereka mahukan sebagai hadiah.

Permohonan menjadi pengiklan bagi peraduan PTS ini masih dibuka hingga 1 Disember 2009.

Caranya cukup mudah. Tuan hanya perlu salin kod yang kami sudah sediakan. Ada 4 kod yang berbeza mengikut saiz banner yang sesuai bagi ditampal pada blog dan laman web tuan.

Jadi pilih sahaja kod mana yang sesuai dan tampal pada blog tuan.

Bagi menebus hadiah, isi borang online yang kami sediakan. Kemudian, kami akan periksa blog tuan sebelum memberi kelulusan.

Jadi, bagi tuan yang berminat mengiklankan peraduan yang PTS sedang anjurkan ini di blog ataupun laman web tuan, sila klik butang ‘Buku Percuma’ pada bahagian paling atas laman web http://www.pts.com.my ini.

Anda juga boleh klik banner di sebelah kanan laman http://www.pts.com.my ini. Maklumat lanjut tuan boleh perolehi dengan membaca syarat-syarat yang disenaraikan.  

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kedai Buku Badan Cemerlang di Kompleks Angsana Johor Baru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Banyak kedai buku sudah memberikan rak-rak khas bagi mempamerkan buku-buku terbitan PTS.

Bukan itu sahaja, malah kedai-kedai itu meletakkan brand "PTS" bagi menamakan rak-rak itu.

Situasi ini membantu faktor visibiliti buku-buku PTS.

Kedai buku Badan Cemerlang di kompleks membeli-belah Angsana Johor Baru adalah supermarket buku Melayu yang terbesar di Malaysia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 19, 2009

Perihal Pegawai Keselamatan MPH Midvalley

Saya salin di bawah ini posting di blog Kubu Buku:

 

Sebenarnya, saya baru nak melambung-lambungkan nama MPH Mid Valley (kalau nak tunggu buku saya dijual oleh mereka, tak payahlah, tapi itu cerita lain) kerana apa yang mereka sudah buat untuk Sastera Malaysia, tetapi ada dua insiden yang telah menyinggung perasaan saya. Oleh sebab di MPH tidak banyak kerusi, jadi terpaksalah saya duduk atas tangga batu di kawasan tengah MPH. Tiba-tiba saya didatangi seorang pegawainya meminta saya jangan duduk di atas tangga dengan amat kasar sekali (biasalah, orang Malaysia). Saya tanya dia, di mana perlu saya duduk kalau begitu. Dia menunjukkan saya sebuah bilik legar yang mana, berderet pelanggan yang duduk membaca. Entahlah, saya tak tahu strategi MPH tetapi saya kini sudah faham sangat, kalau mahu berlibur dengan buku sambil membelinya, pergilah ke Borders Berjaya Times Square, Times Pavillion atau Kinokuniya KLCC yang tidak pernah menyinggung saya. Tetapi jika mahu terus pilih (browse) dan keluar cepat-cepat, pilihlah kedai buku MPH Mid Valley ya tuan-tuan dan puan-puan.

Hal keduanya, saya telah ditegur oleh pengawal keselamatannya kerana menangkap gambar rak buku ITNM yang ingin benar saya kongsikan kepada para pembaca tentang ANUGERAH buat kami para pembaca ini tentang rak ITNM ini. Ya, saya diminta untuk jangan ambil foto. Entahlah, saya tak tahu bagaimana lagi pencinta buku hendak berkongsi hal yang baik kepada kawan-kawannya tentang kemajuan MPH Mid Valley ini.

Baiklah, begini, ada dua perkara, malah berita baik buat para pembaca Sastera Malaysia.

Pertamanya, kelihatan koleksi buku berbahasa Melayu penuh dalam satu sudut di MPH Mid Valley, PENUH (menggantikan sudut buku-buku Nasrani yang kemungkinan kurang penjualannya). Malah tempat sasteranya juga bagus, bukan seperti yang berlaku tahun lepas apabila diletakkan (jauh) daripada pandangan pembaca. Malah ada pula rak PILIHAN MENARIK buat pelbagai buku terbitan pelbagai syarikat penerbit (dipilih oleh MPH, semacam Highlights atau Must Read). Syabas MPH Mid Valley!

Keduanya, ya rak buku yang mempamerkan buku-buku terbitan ITNM, wahhh! Saya sungguh teruja, malah sempat membeli beberapa buku terbitannya. Ada buku sastera Malaysia yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan ada juga buku antarabangsa yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Antara yang menarik adalah buku sastera Rusia yang dikumpulkan oleh Dr. Victor Pogadev (fonnya agak kecil), novel terjemahan Abdullah Hussain yang amat susah hendak dicari sekarang, novel terjemahan novel Shaari Isa yang amat ditunggu-tunggu, terjemahan Dunia Sophie (Sophie's World), dan pelbagai lagi judul-judul yang terus mengujakan saya (saya jujur, kalau saya tidak fikirkan wang, saya sudah tentu borong semua judul sastera di rak itu). Syabas ITNM! Syabas MPH Mid Valley kerana perkembangan baru ini!

Nota: Pemilik blog Kubu Buku adalah Tn. Fadli al-Akiti

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Cetakan Pertama: Dari 2,000 Naskhah Kini 15,000 Naskhah

Pasaran novel-novel ramaja semakin hari semakin menggebu-gebu peningkatan jualannya.

PTS mula meneroka Laut Biru sastera remaja dalam Bahasa Melayu 4 tahun yang lalu.

Sewaktu PTS mula-mula memasuki pasaran sastera remaja, kedai-kedai buku utama tidak mahu menjual novel-novel remaja dalam Bahasa Melayu.

Apabila akhirnya mereka mahu cuba menjual, tidak ada rak khas diberikan untuk mempamerkan novel-novel remaja dalam Bahasa Melayu. Novel-novel remaja yang mula-mula diterbitkan oleh PTS diletakkan bersama-sama buku kanak-kanak belajar mewarna dan menulis!

Sukarnya menjual sastera remaja menyebabkan PTS hanya berani mencetak 2 ribu naskhah sahaja. Itu pun mengambil masa yang lama bagi menghabiskan stok yang ada.

Bukan salah kedai buku apabila sastera remaja dalam Bahasa Melayu tidak diiktiraf sebagai kategori tersendiri yang diasingkan daripada buku kanak-kanak.

Memang sehingga 4 tahun yang lalu tidak ada penerbit buku Melayu yang komited menerbitkan sastera remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sendiri telah menutup bahagian penerbitan buku-buku remajanya.

Pada masa ini rak sastera remaja dalam Bahasa Melayu diletakkan di hadapan pintu masuk kedai-kedai buku. Bagi sesetengah pengarang PTS yang sudah mempunyai banyak peminat, cetakan pertama karya mereka dinaikkan kepada 15 ribu naskhah.

Nota: Novel remaja terbaru dalam siri Dear Yayah ini dipesan oleh rangkaian POPULAR sebanyak 5 ribu naskhah.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Jualan Buku Melayu dan Cina Melambung Apabila Tiba Musim Cuti Sekolah

Hujung tahun sentiasa ditunggu-tunggu oleh penerbit dan kedai buku, kerana inilah musim hari raya bagi orang-orang dalam industri buku.

Semenjak bulan Oktober lagi kedai-kedai buku sudah menunggu penerbit menghantar judul-judul terbaru dalam 3 kategori (i) buku cerita kanak-kanak, (ii) novel remaja dan (iii) novel perempuan dewasa.

Tiga kategori itu laku keras apabila tiba musim cuti sekolah dan musim festif hujung tahun.

Sebagai contoh, sebuah rangkaian kedai buku terkenal telah memesan 5 ribu naskhah bagi setiap judul novel remaja terbaru daripada penulis-penulis ngetop PTS!

Bagi penulis-penulis ngetop PTS pula, semenjak bulan Jun mereka sudah bersedia dengan manuskrip terbaru supaya dapat diterbitkan pada hujung tahun.

Inilah faktor yang menyebabkan penerbit berlumba-lumba mengeluarkan judul-judul terbaik mereka pada musim begini.

Data jualan PTS menunjukkan walaupun hujung tahun adalah musim hujan dan banjir tetapi jualan buku tetap lebih tinggi daripada bulan-bulan lain sepanjang tahun.

Bagi memaksimumkan keuntungan musim hujung tahun, PTS sendiri 'mengepam' lebih 30 judul fiksyen yang ditargetkan kepada kanak-kanak, remaja dan gadis-gadis sempena musim orang ramai bergembira pergi membeli-belah di mall-mall.

Sebulan sebelum tiba musim cuti sekolah hujung tahun, kedai-kedai buku indie di seluruh negara sudah bersiap sedia menangguk keuntungan daripada jualan buku-buku Melayu dan Cina.

Kedai-kedai buku Cina awal-awal sudah memenuhkan rak dengan judul-judul Cina yang terbaru. Begitu juga halnya dengan kedai-kedai buku Melayu yang mempamerkan buku-buku Melayu terbaru juga.

Setiap hujung tahun Jabatan Sales PTS menerima pesanan yang lebih tinggi daripada bulan-bulan lain. Pesanan itu meningkat kerana kedai-kedai buku indie akan mengadakan 'pesta jualan buku' di kedai masing-masing dengan menyediakan pelbagai insentif kepada pelanggan supaya mereka membeli lebih banyak daripada biasa.

Sebagai contoh, jabatan sales PTS baru menerima pesanan dari kedai buku Badan Cemerlang di Johor Baru bernilai RM80 ribu (selepas diskaun) bagi memastikan pelanggannya mendapat bekalan buku-buku terbaru dari PTS.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 18, 2009

Apa Kata Seorang Peminat Lagu Metal, Speed Metal dan Metal Gothik tentang Novel “Bidadari Paderi”

Usai membaca novel Bidadari Paderi, saya buka pemain MP3 di komputer riba. Sudah agak lama tidak layan lagu-lagu Iron Maiden. Ah! Saudara terkejut? Memang saya meminati lagu-lagu metal, speed metal dan metal gothik sejak dahulu lagi. Lagu pertama yang didengar ialah Only the Good Die Young. Dan novel Bidadari Paderi berkait rapat dengan tajuk lagu ini; hanya yang terbaik meninggal ketika masih muda belia.

Novel sejarah di tanah adat Minangkabau ini menyaksikan banyak kematian. Masing-masing sanggup syahid demi sebuah cinta agung. Kisah berlatarbelakangkan penentangan komuniti Minangkabau terhadap penjajahan Belanda sekitar tahun 1800-an.

Gerakan utama jihad ini diterajui oleh sebuah kumpulan yang bernama Kumpulan Paderi. Kumpulan ini merujuk kepada gerakan pembaharuan Islam yang berlangsung di Minangkabau, Sumatera Barat. Kumpulan pejuang Islam ini terkenal dalam sejarah Indonesia ketika penjajahan Belanda, berkembang sekitar tahun 1800 – 1830an. Kata Paderi bermaksud golongan ulama.

Novel ini memang memuatkan kisah cinta, tetapi bukan cinta biasa-biasa sesama insan. Cinta yang dibawa dan diulit oleh watak-watak merupakan kecintaan kepada agama, iman dan pertiwi. Dalam cubaan mewarnai tanah Minangkabau dengan keindahan cinta Allah itu, golongan Paderi dan pejuang syahidnya terpaksa bertembung dengan kumpulan adat.

Pertembungan antara adat dan agama tidak pula melunturkan semangat pembaharuan dan jihad kumpulan Paderi itu. Akhirnya gerakan mereka direstui oleh kumpulan adat dan para pendekar seni persilatan.

Pastinya di sepanjang sejarah perjuangan ada sahaja pembelot dan pengkhianat di kalangan anak peribumi sendiri. Justeru itu, pengkhianat agama dan bangsa dicemuh.

Dalam novel ini, walaupun sekadar kubur, seorang penghianat dihina orang kampung. Kuburnya sentiasa dilempar batu. “Ya, kubur penghianat. Dia membantu Belanda lolos sampai ke Matur. Orang kampung enggan dia dikuburkan di kampungnya. Kerana itulah dia berkubur di situ.” Kuburnya di dalam semak!

Isi novel yang menggugah kelesuan jiwa, cinta yang mencair hati. Perjuangan suci memerlukan pengorbanan, hatta nyawa sekalipun. Narasi yang bisa memahat kebencian terhadap penjajahan. Bait-bait kata yang meruntun nubari saya, insyaAllah.

Kematian berseni syahid. Hanya yang terbaik dianugerah syahid oleh Allah. Subhanallah!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Laku tetapi Tiada di Kedai

Salah satu perkara yang mengecewakan penulis adalah apabila bukunya laku tetapi tiada di kedai-kedai buku. Ada beberapa faktor yang menyebabkan kedai tidak mempamerkan sesebuah buku:

1. Kedai itu bukan agen penerbit yang menerbitkan buku itu.

2. Kedai itu agen, tetapi pemilik kedai tidak tahu buku itu dapat dijual, jadi dia tidak memesan buku itu. Memang kedai tidak memesan semua buku, cuma buku yang dia yakin laku sahaja.

3. Buku itu sudah habis terjual, tetapi kedai belum menghantar pesanan baru.

4. Kedai sudah memesan tetapi buku belum sampai dari penerbit, sebab kedai berada jauh dari gudang penerbit.

5. Kedai sudah lama memesan, buku-buku itu pun sudah lama siap di-pack dalam kotak, menunggu dihantar sahaja, tetapi kedai belum membayar hutang lama, jadi buku-buku itu di-hold oleh penerbit.

6. Akaun kedai itu sudah ditutup oleh penerbit sebab rekod hutang yang buruk.

7. Buku itu belum diulangcetak oleh penerbit.

NOTA: Di sesetengah negeri, ada semacam pola perangai bisnes yang dominan di kalangan pekedai-pekedai bukunya. Didapati majoriti pekedai buku indie di negeri itu tidak dipercayai oleh penerbit sebab mereka tidak mengamalkan disiplin membayar hutang yang baik. Jadi penerbit tidak berani memberi kredit kepada mereka. Kalau mereka mahu buku, mereka dimestikan membayar tunai dahulu. Di negeri seperti itu, buku-buku PTS memang sukar dicari, kecuali dalam rangkaian kedai MPH dan POPULAR.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Isu Memilih Judul Komik-M

Di bawah ini adalah catatan oleh Tn. Syazul Amal yang mempunyai pengalaman mengadakan pameran buku-buku PTS di sekolah-sekolah:

Saya tidak tahu hendak kategorikan jenis-jenis kartun tetapi saya lihat jenis lukisan menjadi pilihan kepada para pembeli remaja lelaki.

Pilihan pertama adalah lukisan kartun seakan-akan manga. Mungkin kerana terpengaruh dengan pelbagai kartun jepun yang banyak ditayangkan di TV dan komik manga.

Pilih kedua adalah lukisan kartun ala-ala Ujang, Kecemprengman. Mungkin kerana pengaruh pelukis kartun Malaysia dan komik MOY dan Gila-Gila.

Pilihan ketiga adalah lukisan pahlawan-pahlawan dahulu. Kurang pengaruh, jadi jualan sedikit kurang.

Pilihan keempat adalah komik SciFi. Mungkin kerana tajuk yang mereka tidak faham, maklumlah budak-budak lelaki darjah 4, 5 dan 6. Contoh perkataan-perkataan Hibrid dan TwinX. Yang ini saya pun tidak faham, kenapa kurang jualan walhal jenis kartun Jepun juga.

Jadi saya cuba membuat kesimpulan di sini,pembaca komik ini sukakan fantasi yang dekat dengan dunia mereka. Contoh, seorang budak sekolah menengah yang pandai main bola dan punya kuasa sepakan berapi.

Walaupun begitu, pasaran komik masih laut biru, jadi strategi PTS untuk mencuba semua kategori memang tepat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 17, 2009

Surat dari Cik H yang Menggumbirakan!

Salam, Puan Ainon.

Maaf seandainya e-mel ini mengganggu tugas puan. Saya menulis sekadar mahu berkongsi cerita. Semalam, saya berbual-bual dengan sahabat saya yang merupakan pekerja sebuah syarikat penerbitan gergasi yang menerbitkan majalah dan surat khabar di Malaysia. Dia bercerita tentang mesyuarat tergempar mereka, apa tujuan mesyuarat itu tidaklah diberitahu pada saya. Cuma menurutnya, bosnya telah beberapa kali memuji PTS dan mahu pekerja-pekerjanya menjadikan PTS sebagai contoh. Beliau mahu mereka rajin seperti PTS, pantas berfikir seperti PTS, kreatif seperti PTS. Mendengarkan kata-kata sahabat saya itu, buat hidung saya kembang kempis menahan rasa bangga. Bukan saya mahu mendabik dada, tetapi kata-katanya benar-benar membangkitkan semangat untuk bekerja lebih kuat. Saya yakin dengan kesungguhan, keikhlasan dan kejujuran kita semua. PTS satu hari nanti mampu menjadi penerbit terulung di Malaysia.

Baiklah, saya mahu kembali bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Terima kasih!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Mencari Tapak Bangunan Sendiri

Tn. Arief Rahmad, Presiden Kumpulan Syarikat-syarikat PTS, memberitahu bahawa PTS sekarang sudah membeli 3 unit dan menyewa 1 unit kilang berderet di Dolomite Business Park, Batu Caves, Kuala Lumpur.

Bagi menampung keperluan yang lebih besar selaras dengan perkembangan bisnesnya, selepas ini PTS tidak akan membeli tambahan unit kilang berderet di Dolomite Business Park, sebaliknya PTS akan mencari tanah bagi tujuan membina bangunannya sendiri.

Menurut beliau, luas tanah yang diperlukan adalah minimum 1 ekar, dan lokasinya di tempat yang memudahkan operasi bisnes PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 16, 2009

Risiko Menggunakan Wang sebagai Pendorong Produktiviti dan Kreativiti

Motivasi adalah suatu cabang ilmu psikologi yang sudah lama mempunyai disiplin sains empirikalnya sendiri. Sains motivasi paling banyak digunakan dalam persekitaran di tempat kerja.

Sains motivasi berkembang jauh di hadapan amalan-amalan motivasi, sehingga hal ini menjadikan apa yang dilakukan oleh ketua-ketua pejabat dan majikan-majikan merupakan sesuatu yang bukan hanya salah dari sudut sainsnya, malah amat merugikan organisasi, di mana semakin banyak wang dikeluarkan, semakin rendah prestasi yang dihasilkan.

Banyak majikan menggunakan cara-cara yang salah apabila mahu memotivasi para pekerjanya. Mereka menggunakan wang, sebagai contoh sistem bonus dan komisen, bagi mendorong peningkatan produktiviti, maksudnya supaya pekerja mahu bekerja dengan lebih kuat dan lebih rajin.

Namun kajian-kajian saintifik mendapati, di kalangan pekerja yang berkelulusan tinggi, wang tidak dapat meningkatkan keseronokan dan kekhusyukan pekerja semasa melaksanakan kerja-kerja mereka. Ganjaran wang hanya dapat meningkatkan produktiviti selagi kerja yang dilakukan itu adalah kerja-kerja mekanikal, seperti menyusun bata, membelah kayu api, memotong rumput, dan lain-lain kerja yang tidak menggunakan ilmu.

Namun, banyak majikan masih menggunakan strategi pengurusan yang salah dari sudut sains psikologinya ke atas pekerja yang berkelulusan tinggi. Jika wang dapat menaikkan prestasi pekerja manual, maka wang juga digunakan bagi mendorong pekerja berkelulusan tinggi.

Hasil-hasil kajian sains motivasi mendapati semakin banyak wang ditawarkan kepada golongan berpendidikan tinggi sebagai ganjaran prestasi tinggi, semakin rendah pencapaian yang dihasilkan. 

Syarahan tentang kelemahan strategi motivasi dengan menggunakan wang sebagai alat mendorong pekerja supaya bekerja lebih produktif dapat diikuti di sini http://www.mattjmcd.com/2009/11/daniel-pink-on-the-science-of-motivation/

Dalam sains psikologi, wang adalah sejenis ganjaran ekstrinsik. Gaji, bonus, komisen dan lain-lain adalah penting pada peringkat asas bagi menjalankan kerja-kerja asas. Wang tidak lagi mendorong apabila keperluan-keperluan asas sudah dipenuhi.

Bagi pekerja berilmu yang melaksanakan kerja-kerja yang menggunakan ilmu sebagai bahan mentah utamanya, mereka hanya terdorong bekerja dengan khusyuk dan seronok apabila kerja-kerja yang diserahkan kepada mereka mampu memberikan ganjaran-ganjaran intrinsik.

Contoh ganjaran intrisik adalah seperti mereka mempunyai kuasa membuat keputusan berkenaan kerjanya sendiri, mempunyai kebebasan menentukan cara bagaimana dia mengurus tugas-tugasnya, dan lain-lain.

Apabila pekerja pintar menerima ganjaran intrinsik (contohnya rasa kepuasan kerana diberikan kuasa membuat keputusan), dengan sendirinya prestasi mereka meningkat, dan dengan sendirinya keuntungan syarikat datang sendiri, dengan tidak perlu menabur janji-janji ganjaran kewangan sebagai umpan.

Contoh kuasa yang paling asas adalah kuasa meluluskan cuti orang bawahan. Jika dalam hal sekecil meluluskan cuti pun seseorang pegawai kanan tidak diberi kuasa, situasi begitu akan dipersepsi oleh si pegawai kanan sebagai dirinya tidak diberi kuasa langsung, kerana dia diberi kerja dan beban tugas tanpa diberi kuasa. Dia akan melihat dirinya sebagai seorang kecil yang tidak penting. Lebih serius lagi, dia melihat ketuanya tidak meletakkan kepercayaan langsung kepada dirinya kerana kuasa sekecil meluluskan cuti pun tidak mahu diberikan kepadanya. Kerana tidak berkuasa meluluskan cuti mereka, si pegawai kanan malu kepada orang bawahannya sendiri.

Isu siapa yang berkuasa meluluskan cuti ini mungkin dilihat perkara remeh, tetapi perkara remeh itu boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati terhadap orang atasan yang kini berkuasa meluluskan cuti orang bawahannya, dan orang atasan yang tidak mahu memberikan kuasa meluluskan cuti kepada pegawai kanannya akan dipersepsi sebagai orang yang tamak-kuasa.

Tidak ada pekerja berkelulusan tinggi yang seronok bekerja di bawah penyeliaan orang atasan yang mereka sudah labelkan sebagai orang yang tamak-kuasa. Itulah sebabnya isu delegasi kerja dan delegasi kuasa wajib dilaksanakan serentak. Ini bagi mengelakkan perasaan tidak puas hati di kalangan pekerja berkelulusan tinggi.

Skim-skim gajaran ekstrinsik (seperti bonus tambahan) tidak dapat membuang persepsi dan label tamak-kuasa terhadap ketua-ketua yang mencipta skim ganjaran ekstrinsik itu. Ia malah berisiko dilihat sebagai alat-kerja yang digunakan oleh orang yang tamak-kuasa bagi memanipulasi orang-orang bawahan supaya bekerja lebih kuat demi kepentingan orang atasan itu sendiri, kerana prestasi orang atasan bergantung kepada prestasi orang bawahan.

NOTA: (Nabi Muhammad tidak menjanjikan ganjaran kewangan....)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 15, 2009

Bisnes Penerbitan: Semakin Sedikit Jumlah Penulis dan Jumlah Judul, Itu adalah Lebih Baik

Jikalau dengan menerbitkan 3 judul sebulan sesebuah syarikat penerbit buku sudah dapat menjual 100 ribu naskhah sebulan, itu adalah lebih baik daripada ia menerbitkan 10 judul sebulan dengan menjual 100 ribu naskhah sebulan.

Mengapa?

Kerana menerbitkan 10 judul sebulan bermakna kita perlu mengambil bekerja lebih banyak editor dan artid grafik. Bermakna kos pengurusan kita lebih tinggi, oleh itu margin keuntungan kita lebih nipis.

Begitu juga halnya dengan jumlah penulis. Jikalau dengan mempunyai 20 orang penulis yang menghasilkan 36 judul setahun kita dapat menjual RM10 juta buku setahun, itu adalah lebih baik daripada mempunyai 50 orang penulis yang membawa jualan RM10 juta setahun.

Mengapa?

Menguruskan 20 orang penulis adalah lebih mudah dan lebih murah daripada menguruskan 50 orang penulis.

Ini adalah logik bisnes yang sangat asas, yakni selagi boleh, turunkan kos, turunkan kos, turunkan kos. Sebab bagi setiap ringgit kos yang diturunkan bermakna kita sudah menaikkan profit.

Logik inilah yang dijadikan rasional mengapa penerbit suka pengarang yang mengarang banyak buku. Pengarang seperti itu juga mempunyai banyak peminat. Jumlah peminat yang banyak membolehkan jumlah cetakan setiap judul dinaikkan. Jumlah cetak yang besar menurunkan kos percetakan bagi setiap naskhah. Kos cetak yang lebih rendah bermakna margin keuntungan yang lebih tebal.

Dengan menurunnya kos pengurusan dan percetakan, ditambah lagi dengan kerja-kerja pemasaran dan jualan yang berjaya dipermudahkan, maka hasilnya bisnes menjadi lebih efisien dan menguntungkan.

Justeru, kunci bisnes penerbitan yang menguntungkan adalah: (i) Kurangkan jumlah penulis, (iii) Naikkan jumlah cetakan setiap judul. Contoh penerbit yang mengamalkan strategi ini dengan jayanya adalah ALAF21.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 13, 2009

RM30 ribu adalah Kos Iklan PTS dalam HOT.FM 97.6 (Lembah Kelang)

Tuan Hisham Salmin, Pengarah Seni di jabatan marketing PTS memberitahu bahawa kos menerbitkan dan menyiarkan iklan Peraduan "Baca dan Menang" PTS yang disiarkan di radio HOT.FM berharga RM30 ribu ringgit.

Iklan selama 30 saat itu menggunakan suara 3 orang talent, seorang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Yuran bagi setiap talent adalah RM500-00.

Iklan itu akan disiarkan sebanyak 70 kali.

Foto menunjukkan sesi rakaman iklan PTS itu di studio HOT.FM.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 12, 2009

Kementerian Pelajaran akan Menamatkan Kurikulum KBSR dan KBSM yang Ada Sekarang

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memperkenalkan "Kurikulum Transformasi" bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang digunakan sekarang. Kenyataan itu disampaikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimudddin, kepada para penerbit buku pada suatu majlis taklimat  baru-baru ini.

Perbezaan yang paling besar antara KBSR & KBSM dengan Kurikulum Transformasi adalah pada isu peperiksaan. Dalam Kurikulum Transformasi, tekanan pada peperiksaan akan dikurangkan. Ini bermakna, bagi para penerbit, apabila Kurikulum Transformasi dilaksanakan, mereka akan kehilangan bisnes menerbitkan buku-buku teks dan buku-buku ulangkaji peperiksaan.

Sebaliknya, permintaan bagi buku-buku pengkayaan pelbagai subjek akan meningkat. Maksudnya, sekolah akan memerlukan buku-buku sains, matematik dan lain-lain, yang ditulis bukan sebagai buku teks, tetapi sebagai buku rujukan, buku bacaan umum dan juga dalam bentuk buku-buku cerita.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 10, 2009

TOP 20 Buku Bisnes dan Pengurusan di MPH Alamanda Putra Jaya Bulan Oktober 2009

1. Buat Duit Dengan Blog
2. Bisnes Internet: Bina.Upload.Urus
3. Internet Marketing Dengan Facebook, Myspace.com & Twitter
4. Buat Duit Dengan Ikan Keli
5. Rahsia Bisnes Orang Cina - Edisi Jimat
6. Buat Duit Dengan YouTube
7. Internet Marketing Dengan Facebook, Myspace.com & Twitter
8. Buat Duit Dengan Tuisyen
9. Buat Duit Dengan Lembu
10. Buat Duit Dengan Foto
11. Buat Duit Sebagai Ejen Insurans & Takaful
12. 101 Idea Bisnes Home-Based
13. Buat Duit Dengan Restoran
14. Buat Duit Dengan Affiliate
15. Kotler On Marketing - Edisi Bahasa Melayu
16. Hidup Tenang Walaupun Berhutang
17. Buat Duit Dengan Jual Pakaian
18. Hidup Tenang Walaupun Berhutang
19. Buat Duit Dengan Cendawan
20. Buat Duit Dengan MLM

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

TOP 20 Buku Umum di MPH Alamanda Putra Jaya Bulan Oktober 2009

1. Senangnya Memasak...Ikan
2. Senangnya Memasak...Daging
3. Senangnya Memasak...Mi, Mihun & Kuetiau
4. Senangnya Memasak...Kerabu & Salad
5. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - (edisi kulit lembut)
6. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
7. Senangnya Memasak...Ayam
8. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain
9. Senangnya Memasak...Sambal & Sos
10. Senangnya Memasak...Sayur
11. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - (edisi jimat)
12. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
13. Doa Insan Berkasih
14. Ajaibnya Sedekah
15. Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok
16. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur
17. Quranic Law Of Attraction - Edisi Bahasa Melayu
18. Aisyah: Keanggunan Sejati - Soft Cover
19. Sultan Muhammad Al-Fateh
20. Ali Bin Abi Talib

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 3 pages  1 2 3 >