Wednesday, November 04, 2009

Komik-M Berjaya Lari dari Strok Jepun!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul Buku yang Diulangcetak pada Bulan Oktober

1. Hiasi Diri Dengan Doa
2. Siapa Khadijah binti Khuwailid?
3. Siapa Muhammad Bin Abdullah?
4. Ibu, Benarkah Tuhan Itu Ada?
5. 31 Kisah Teladan: Perisik Kota Saba'
6. 31 Kisah Teladan: Insaf Kerana Katak
7. Doa Ajaran Ilahi
8. Doa Ajaran Rasul
9. Doa Ajaran Sahabat
10. Muhammad Bin Abdullah: Peribadi Seorang Pahlawan
11. Sang Pemimpi
12. Syahadat Cinta
13. Edensor
14. Namun Ku Punya Hati
15. Curahan Cinta Niagara
16. Menjadi Muslim Terbaik
17. Memasak Itu Mudah
18. Setengah Berisi Setengah Kosong
19. Sukses Dalam Karier Untuk Muslimah
20. Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad bin Abdullah
21. Akrab Dengan Tuhan
22. Belajar Santai...Impak Maksima!
23. 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki
24. 99Q: Kecerdasan Berasaskan Asmaul Husna
25. Kenapa Perlu Bercinta?
26. Cepat Pandai Bahasa Inggeris - Edisi Kemas Kini
27. Fikah Itu Memang Best!
28. Smart Learning: Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang
29. Bermula Dengan Alif
30. Nomik: Impian Harlina
31. Nohan
32. Lompat Tikam, Belalang Goreng
33. Mendung Tidak Bererti Hujan
34. Tekad
35. Aku Mahu Naik Pangkat
36. Kepimpinan Instruktional
37. Bagaimana Memulakan Perniagaan
38. Kamus Peribahasa Inggeris-Melayu
39. Menjadi Jutawan MLM
40. Rahsia Buat Duit Dengan Internet + CD
41. 15 Teknik Efektif Internet Marketing
42. Sintaksis
43. Rahsia Cepat Naik Pangkat
44. Mengapa Bisnes Gulung Tikar
45. Beres Bos: Mengurus Rutin Harian Pejabat
46. Kerjaya Sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa
47. Law Of Attraction - Edisi Bahasa Melayu
48. Tip Menjadi Penulis Bestseller
49. Eksekutif Smart

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Jualan Buku-buku PTS kepada Rangkaian Kedai Buku MPH dan POPULAR

Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan jualan PTS memberitahu, walaupun ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan krisis kewangan dunia, jualan buku-buku PTS menunjukkan trend meningkat sepanjang tahun 2009 ini.

Menurut beliau lagi, dalam tempoh Januari - September 2009, nilai buku-buku PTS yang dijual kepada rangkaian POPULAR adalah RM4.1 juta, manakala kepada rangkaian MPH adalah RM3.9 juta.

Jumlah buku yang dijual kepada POPULAR adalah sekitar 215,000 unit, manakala kepada MPH adalah sekitar 206,000 unit.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pasaran Novel Ciklit Melayu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pasaran genre novel-novel ciklit Melayu sedang berkembang dengan menggebu-gebu saat ini. Genre ini ditargetkan kepada remaja perempuan yang belum memasuki alam perhubungan lelaki-perempuan.

Novel-novel ciklit terbitan PTS adalah syariah-compliant dan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Tema utama genre ini adalah alam remaja dan dunia pengajian di peringkat kolej dan universiti. Tema ini dipilih kerana matlamat PTS menerbitkan genre ciklit adalah bagi membekalkan bahan-bahan bacaan yang memberikan unsur hiburan-cum-motivasi pencapaian pendidikan kepada gadis-gadis remaja.

Pada masa ini ciklit PTS menjadi pesaing utama kepada novel-novel cinta popular.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 03, 2009

Laut Biru Novel Remaja Bertema Motivasi Keusahawanan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nabi Muhammad mula belajar secara praktikal kemahiran berdagang sewaktu berusia 12 tahun, yakni pada usia awal remaja.

Berdasarkan sunnah itu PTS menerbitkan siri "Usahawan Cilik" yang mengajarkan prinsip-prinsip dan kemahiran berniaga dan menjadi usahawan bagi bacaan awal remaja.

Novel-novel dalam siri ini memberikan cerita yang menarik dan informasi yang betul berkenaan dunia bisnes.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Laut Biru Pasaran Komik Syariah-compliant

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komik-M "Shootz!" dan "Smash" ini adalah terbitan terbaru PTS.

Pasaran komik adalah amat besar saiznya. Semakin besar jumlah penduduk remaja lelaki, semakin besar saiz pasaran ini.

Semakin tinggi pendapatan ibu bapa mereka, semakin banyak wang saku yang mereka terima, semakin banyak mereka membeli komik.

Pada masa ini pasaran komik dibanjiri oleh komik-komik import dari Hong Kong, Jepun dan Korea, dengan sedikit-sedikit komik karya pelukis dalam negara.

PTS adalah satu-satunya penerbit komik yang khusus menerbitkan genre komik syariah-compliant. Pasaran genre ini ada. Saiznya membolehkan penerbit hidup dan berkembang secara organik.

Yang menjadi isu sekarang adalah jumlah judul yang masih sangat berkurangan bagi memenuhi permintaan yang ada.

NOTA: Pelukis komik "Smash" adalah pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan juga seorang hafiz Quran 30 juz.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pejabat Baru Jabatan Editorial PTS sedang Disiapkan

Foto menunjukkan kerja-kerja yang sedang dijalankan di bangunan yang baru dibeli oleh PTS bagi menempatkan semua 47 orang staf Jabatan Editorial yang sekarang menyewa di Wangsa Melawati.

Bangunan baru ini betul-betul terletak di belakang ibu pejabat PTS di Dolomite Business Park, Batu Caves, Kuala Lumpur.

Mulai 1 Desember 2009, semua operasi PTS akan berada di pejabat Batu Caves.

Menurut seorang mentor Cina PTS, beliau meramalkan dalam tempoh 3 tahun PTS terpaksa berpindah lagi kerana operasi PTS akan berkembang pesat sehingga premis yang ada tidak dapat menampung saiz stok buku yang diterbitkannya. Beliau menasihati PTS supaya mula menyimpan wang bagi membeli bangunan yang lebih besar.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 02, 2009

PTS Menubuhkan Unit Al-Quran

Pengurus PTS Islamika Sdn. Bhd., Tn. Faris Hasbullah memberitahu bahawa syarikat beliau sudah menubuhkan unit khas yang memfokuskan aktivitinya menerbitkan (i) pelbagai edisi al-Quran, (ii) Quran-Quran terjemahan, dan (iii) tafsir-tafsir Quran.

Sebagai permulaan adalah projek: (i) Terjemahan Quran ke dalam bahasa Iban dan (ii) Terjemahan Quran ke dalam bahasa Kadazan-Dusun. Dua projek ini sudah dimulakan.

Penubuhan unit ini memerlukan tenaga editorial yang pakar dalam (i) ilmu pengajian Quran, (ii) fasih membaca teks Arab dan (iii) menguasai Bahasa Melayu Tinggi dengan amat baik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Visi, Misi dan Dasar-dasar Korporat PTS

Setiap bisnes mempunyai dasar bisnes. Ada peniaga yang tidak menceritakan dasar bisnes mereka secara terang-terangan kepada kakitangannya, manakala ada yang melakukan hal itu secara rasmi.

PTS menerangkan secara rasmi kepada staf dasar-dasar bisnesnya. Tugas ini dilakukan oleh Akademi Latihan Penerbitan PTS (Akademi-PTS).

1. Visi PTS: Menjadi syarikat media ilmu yang sahamnya diperdagangkan di papan pertama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

2. Misi PTS: Menjadi penerbit bahan-bahan ilmu yang memandaikan bangsa.

3. Dasar perniagaan PTS: Mengamalkan urusniaga yang (i) bebas-rasuah (ii) syariah-compliant, dan (iii) membolehkan rakan-rakan niaganya sama-sama membuat keuntungan.

4. Dasar editorial PTS: Menerbitkan bahan-bahan bacaan yang (i) memandaikan bangsa, (ii) syariah-compliant dan (iii) menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

5. Budaya kerja PTS adalah:

(i) Mengutamakan kemahiran kooperatif dan saling hormat menghormati antara satu sama lain,

(ii) Mengutamakan kepentingan, kebaikan dan kebajikan pembeli dan pembaca produk-produk PTS,

(iii) Menghargai, memupuk dan melindungi bakat-bakat yang dimiliki oleh setiap anggota staf dan karyawan PTS,

(iv) Mengongsikan dan mengagihkan dengan adil keuntungan perniagaan dengan pemilik saham, staf, karyawan, agen dan pembeli produk-produk PTS,

(v) Membantu dan menolong penerbit-penerbit lain membangun dan mengembangkan bisnes mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 01, 2009

Komik-M akan Menerbitkan 3 Judul Setiap Bulan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ketua Unit Komik-M (singkatan Komik-Malaysia), Tn. Wan Zuhairi (foto) memberitahu unit itu akan menerbitkan 3 judul baru setiap bulan bermula bulan NOvember 2009. Sebelumnya unit itu menerbitkan 2 judul sebulan.

Perkembangan ini didorong oleh beberapa perkara:

(i) Bagi menambah judul Komik-M yang ada supaya lebih cepat kedai-kedai memberikan rak khas kepada Komik-M.

(ii) Jumlah manuskrip yang diterima daripada para pekomik sudah membolehkan 3 judul diterbitkan setiap bulan.

(iii) Jualan Komik-M sudah menunjukkan peningkatan apabila semua judul mula diulangcetak.

Komik-M PTS mempunyai ciri-ciri (i) syariah-compliant, dan (ii) menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

NOTA: Lembaga Pengarah PTS sudah bersetuju unit Komik-M akan dinaik-taraf menjadi syarikat sendirian berhad apabila jumlah produk dan jualannya sudah membolehkannya berdiri sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Kempen Peraduan PTS


Berikut ialah senarai tarikh dan media untuk iklan "Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS Baca dan Menang":

Harian Metro
• 7 November 2009 (Sabtu) Warna
• 14 November 2009 (Sabtu)
• 21 November 2009 (Sabtu)
• 28 November 2009 (Sabtu) Warna
• 5 Disember 2009 (Sabtu)
• 12 Disember 2009 (Sabtu)
• 19 Disember 2009 (Sabtu) Warna

Utusan Borneo
• 15 November 2009 (Sabtu)
• 6 Disember 2009 (Ahad)

Radio (Hot FM)
• 16 - 22 November 2009 (5 kali sehari)
• 14 - 20 Disember 2009 (5 kali sehari)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu ke-10

Tema: Kesusasteraan Melayu Dalam Rentas-Ilmu
Tarikh: 18-19 November 2009
Tempat: Dewan Kuliah 3B-301, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan (UKM)
Jadual Sesi Pembentangan SAKM X
18 Nov 2009
8.00 - 8.30: Pendaftaran
8.30 - 9.00: Ketibaan tetamu
9.00 - 9.30: Majlis Pembukaan
9.30 - 10.30:
Sesi Ucap Utama: Prof Dato Siti Hawa Salleh
Pengerusi: Prof Madya Dr Misran Rokimin
10.30 - 11.00: Minum pagi
11.00 - 1.00:
Sesi 1: Sastera-Agama (Pengerusi: Dr Hanafi Ibrahim)
    * Prof Dr Sahlan Mohd Saman
    * Sdr Cahyaningrum
    * Dr Pabiyah Hajimaming
1.00 - 2.00: Makan tengahari dan Rehat
      2.00 - 3.30:
Sesi 2: Sastera-Sejarah (Pengerusi: Dr Rahilah Omar)
    * Prof. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman
    * Sdr Sudibyo
    * Dr Ahyar Anwar
3.30-5.30
Sesi 3: Sastera-Kreativiti (Pengerusi: Sdr Mohamad Saleeh Rahamad)
    * Prof Dr Noriah Mohamed
    * Sdr Shamsudin Othman
    * Prof Madya Dr Ampuan Brahim Tengah
    * Sdr Nizal Mohammad
5.30: Minum petang
19 Nov 2009
8.30 - 10.30
Sesi 4: Sastera-Pendidikan (Pengerusi: Prof Madya Ajid Che Kob)
    * Dr. Novi Siti Kussuji Indrastuti
    * Sdr Hara Shintaro
    * Sdr Hj Nafi Mat
    * Sdr Hjh Siti Aisah Murad
10.30 - 11.00: Minum pagi
11.00 - 1.00
Sesi 5: Sastera-Sains Sosial (Pengerusi: Dr Karim Harun)
    * Sdr Isa Kamari
    * Sdr Siti Rafiah Sulaiman
    * Sdr Nisah Hj Haron
    * Prof Dr Ungku Maimunah Mohd Tahir
1.00 - 2.00: Makan tengahari dan Rehat
2.00 – 3.30:
Sesi 6: Sastera-Sains (Pengerusi: Puan Zaiton Ajmain)
    * Prof Dr Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah
    * Dr Rahmat Haroun, MD
    * Sdr Sharkawi Che Din
3.30 – 5.00
Sesi 7: Sastera-Seni Persembahan (Pengerusi: Dr Abdul Samad Kechot)
    * Sdr Abang Patdeli Abang Muhi
    * Sdr Rahimidin Zahari
    * Sdr Ahmad Fedtri Yahya
5.00: Majlis Penutup
5.30: Minum Petang
6.30: Bergerak ke DBP untuk Majlis Makan Malam
Maklumat Lanjut:
Sekretariat SAKM X
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi,Selangor DE,Malaysia
603 8921 5288 (Dr. Mawar Shafei)
603 8921 5573 (PM Dr Misran Rokimin)
.(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pertemuan Penyair Nusantara Ke-3

Jumaat (20 November)

PENDAFTARAN
9 pagi hingga 12 tengah hari
@ DBP
FORUM PENYAIR: PUISI MANCANEGARA
2.30 hingga 4.30 petang
@ DBP
* Pengerusi: Mohamad Shahidan
* Malaysia: Malim Ghozali Pk dan Abizai Abi
* Indonesia: Ahmadun Yosi Herfanda
* Brunei Darussalam: Sheikh Mansor
* Thailand: Abdul Razak Panaemale
* Singapura: Djamal Tukimin
MAJLIS PERASMIAN
8.45 hingga 11 malam
@ DBP
* Ucapan sambutan: Presiden Pena, Pengerusi Lembaga ITNM, Ketua Pengarah JKKN
* Ucapan perasmian: Ketua Pengarah DBP
* Pelancaran antologi puisi Suara Kemanusiaan Nusantara
* Deklamasi puisi, persembahan tradisional dan lagu rakyat
Sabtu (21 November)
SEMINAR
8.30 pagi hingga 2.30 petang
@ DBP
* Ucap Utama oleh Sasterawan Negara (SN) Prof Dr Muhammad Haji Salleh
* Pembentangan kertas kerja
* Malaysia: Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan Jasni Matlani
* Indonesia: Maman S Mahayana
* Singapura: Rasiah Halil
BACA PUISI MENARA KUALA LUMPUR
2.30 hingga 6.30 petang
@ Menara Kuala Lumpur
MALAM BACA PUISI
8.30 hingga 10.30 malam
@ Rumah Pena
Ahad (22 November)
PERSIDANGAN PENYAIR: KERJASAMA PENYAIR DALAM MENGATASKAN SUARA KEMANUSIAAN
8.30 hingga 10.30 pagi
@ DBP
* Pengerusi: Mohamad Saleeh Rahamad
MAJLIS PENUTUP
10.45 hingga 1.30 tengah hari
@ DBP
* Ucapan Pengarah PPN3
* Ucapan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP

NOTA: Foto hiasan adalah Tn. Syafiq Zulakifli, Editor PTS FORTUNA, sedang membaca puisi. Beliau adalah jawatankuasa bagi pertemuan ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Komik-M yang Paling Ngetop Jualannya Saat Ini

Tn. Wan Zuhairi, ketua unit komik PTS, memberitahu sehingga hari ini PTS sudah menerbitkan lebih 20 judul komik. Yang terbaru adalah komik "Shootz" karya Reja.

Menurut beliau, data jualan dari jabatan sales menunjukkan Shootz adalah komik PTS yang paling laju jualannya.

Komik-M (sangkatan Komik-Malaysia) terbitan PTS mempunyai 2 ciri utama: (i) syariah-compliant, yakni tidak mengandungi lukisan yang tidak diizinkan oleh Islam, dan (ii) menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Reja adalah juga ilustrator siri Young Aisyah.

Menurut Tn. Faris Hasbullah, pengurus PTS Islamika Sdn. Bhd. siri Young Aisyah kini sudah dilesen oleh PT Gramedia untuk diterbitkan semula di Indonesia.

Nota: PT Gramedia adalah penerbit buku, majalah dan akhbar terbesar di Indonesia. Gramedia menerbitkan lebih seribu judul buku setahun. Gramedia juga memiliki rangakaian kedai buku terbanyak di negara itu. Terbaru Gramedia sudah mengembangkan sayapnya dengan membuka rangkaian kedai buku di Singapura dan Malaysia.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Masuk Kampung Orang Asli

Semalam, Sabtu 31.10.09, saya masuk kampung Orang Asli (Kpg. Songkok, Hulu Yam, Selangor) dengan 20 orang pelajar Cina dan India dari Kolej HELP.

Projek kali ini adalah membersihkan kampung dan menghantar bantuan makanan.

Ini adalah tahun ke-3 saya menjalankan pelbagai aktiviti membantu survival penduduk kampung itu. 

Pelajar-pelajar ini adalah anggota 'Child Psychology Club' di kolej tersebut. Setiap tahun, ahli-ahli kelab itu datang membantu projek saya di kampung itu sekurang-kurangnya 3 kali dengan membawa pelbagai bahan makan dan kain baju terpakai.

Foto ini menunjukkan sebahagian pelajar itu duduk dalam trak Nissan Navara kami. Mereka adalah anak-anak dari keluarga berada. Inilah salah satu faktor mereka dapat mengumpulkan wang bagi membeli bahan-bahan makanan yang diberikan kepada penduduk kampung. Meskipun mereka penat, namun mereka gembira. 

Saya membawa 4 guni ubi kayu dari kebun saya sendiri untuk mereka. Orang Asli suka makan ubi kayu tetapi tidak dapat menanamnya sebab babi hutan banyak berkeliaran, ubi belum sebesar ibu jari sudah disodoknya!

Selepas ini projek akan datang adalah membekalkan 10 ekor anak ayam kampung kepada setiap keluarga. Mereka perlu membuat reban ayam daripada buluh dan kayu hutan yang ada di sekeliling rumah mereka.

Bersama-sama anak ayam itu kita akan bekalkan makanan ayam secukupnya sehingga anak -anak ayam itu besar dan pandai mencari makan sendiri. Makanan ayam mesti dibekalkan, sebab hendak membeli beras pun susah, apatah lagi hendak membeli makanan ayam.

Selepas itu, projek tahun depan adalah membekalkan benih limau nipis dan limau kasturi. Saya akan tolong ajar mereka jangan malu hendak menjualkan limau itu ke kedai-kedai makan di pekan Goh Thong Jaya di mana di situ banyak restoran Cina, dan juga di pekan Batang Kali.

NOTA: Dua jenis buah ini (limau) tidak dimakan oleh kera dan beruk yang banyak di hutan. Kalau buah rambutan dan manggis, memang tidak merasalah...

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Chef Zul adalah Juga Seorang Novelis

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Salah seorang novelis PTS adalah Chef Zulkifli Desa. Karya beliau novel "Chef" adalah kisah bagaimana seorang kanak-kanak kampung dari Kedah berjaya menjadi chef di hotel lima bintang.

Kini Chef Zul dengan sahabat baiknya yang mempunyai nama serupa, kecuali ada perbezaan ejaan, iaitu Chef Dzul, akan menghasilkan siri buku resipi masakan Melayu tradisional dengan PTS.

Keistimewaan siri buku resipi Chef Zul & Chef Dzul adalah, disamping memberikan resipi yang lazat-lazat, mereka juga menunjukkan cara-cara simpel seni menghias hidangan ala-ala gaya hotel.

NOTA: Dalam buku resipi "Rendang" ini, di dalamnya ada resipi membuat rendang pucuk ubi. Saya pernah memakan rendang pucuk ubi ini di kampung Janda Baik, di rumah seorang perempuan tua, sewaktu saya diajak ke majlis kenduri membaca tahlil. Daun pucuk ubi itu krispi (rangup) sekali!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 29 November 2009: Bengkel Teknik Surah Yusuf

Bagi mereka yang tidak dapat hadir dalam bengkel menulis karya fiksyen menggunakan teknik surah Yusuf yang lalu, saya akan mengadakan bengkel lain.

Tarikh: AHAD 29 November 2009

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, KL. (Di depan GIANT, sederet dengan kedai 7-Eleven, di atas Klinik Gigi Nooriah.)

Masa: 10 pagi - 4. petang

Trainer: Puan Ainon Mohd.

Bengkel adalah gratis.

Mendaftar semula di sini. Tulis nama, alamat emel dan nombor HP.

Bagi yang membaca iklan ini dalam FaceBook saya, mendaftar di http://universitipts.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(51) Diskusi Kuliah | Permalink

Cover Bagus!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Cik Norizah Wahid Melayan Sebarang Pertanyaan tentang Pembayaran Royalti PTS

Musim PTS membayar royalti kepada penulis adalah sepanjang bulan Jun hingga Desember setiap tahun. Ini bermakna, pada saat entri ini ditulis, pembayaran royalti bagi jualan tahun 2008 masih belum selesai.

Eksekutif di jabatan kewangan PTS yang mengira dan menyediakan laporan jualan setiap judul buku, mengira jumlah royalti, dan menyediakan jadual penghantaran cek-cek royalti kepada penulis adalah Cik Norizah Wahid (foto).

Tulis surat kepada Cik Norizah apabila tuan dan puan mempunyai sebarang pertanyaan. Emel beliau adalah .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Pada masa ini PTS sedang memindahkan proses pengiraan royalti daripada sistem separa-manual kepada sistem automatik sepenuhnya.

Proses pemindahan ini adalah kompleks disebabkan banyak faktor pembolehubah yang terlibat dalam pengiraan bagi tiap-tiap judul. Antara faktor-faktor itu adalah:

(i) Jumlah penulis: Ada buku royaltinya dimiliki oleh seorang penulis sahaja. Banyak buku royaltinya dikongsi oleh 2, 3, 4 malah lebih penulis.

(ii) Porsi royalti: Bagi buku-buku yang ditulis oleh 2 atau leih penulis, pembahagian royaltinya tidak semestinya 50-50.

(iii) Royalti progresif: Royalti PTS adalah progresif, yakni semakin banyak jumlah naskhah bagi setiap judul dijual, semakin tinggi peratusan royalti yang dibayarkan kepada penulisnya.

(iv) Jumlah judul: Majoriti penulis PTS mempunyai lebih daripada 1 judul buku.

(v) Edisi buku: Sesetengah judul diterbitkan dalam edisi kulit tebal, kulit lembut, edisi jimat dan edisi paperback. Masing-masing edisi menerima peratusan royalti yang mungkin sama ataupun berbeza.

(vi) Edisi Indonesia: Sesetengah penulis mempunyai judul yang dieksport ke Indonesia dan menerima royalti dari penerbit di sana. Royalti itu dikongsi dengan PTS sebagai agen eksportnya.

(vi) Waris: Ada penulis PTS yang sudah meningal dunia, dan royalti buku-buku mereka dihantar kepada penama waris.

(vii) Nama samaran: Ada penulis PTS menulis dengan menggunakan beberapa nama -- nama betul dan juga nama-nama samaran.

(viii) Ada penulis PTS yang memilih bayaran honorarium, bukan royalti bagi sesetengah buku mereka.

(ix) Bagi judul terjemahan karya kontemporari, penterjemahnya menerima peratus royalti yang berbeza daripada karya asli.

(x) Ada sesetengah judul, edisi lama dicetak semula dengan harga lama kerana dibeli oleh kontrak kerajaan.

(xi) Adanya faktor buku-buku 'return' iaitu buku yang dipulangkan oleh kedai kerana tidak laku dijual.

(xii) Adanya faktor buku rosak yang rotyaltinya tidak dibayar.

(xiii) Adanya faktor naskhah yang diberikan percuma untuk tujuan iklan, promosi, derma dan hadiah yang royaltinya tidak dibayar.

(xiv) Adanya penulis yang berada di luar negara dan royalti dihantar dengan menukar nilai matawangnya.

(xv) Jumlah judul yang diterbitkan sudah melebih 1,600.

(xvi) Jumlah penulis dan pelukis yang menerima royalti sudah melebih 400 orang.

NOTA: Sampai hari ini, sekali sekala masih ada penulis yang belum benar-benar faham konsep 'royalti'. Salah satu puncanya mereka tidak membaca dokumen perjanjian penerbitan dengan teliti. Justeru, mereka menyangka royalti di PTS dikira berdasarkan jumlah buku dicetak, jadi apabila royalti yang diterima kurang daripada apa yang dijangka, mereka mengatakan PTS (maksudnya saya - Puan Ainon Mohd.) menipu mereka. Sistem royalti PTS adalah dibayar berdasarkan jumlah naskhah yang terjual. Penulis yang keliru tentang sistem pengiraan royalti adalah mereka yang belum biasa dengan amalan-amalan lazim dalam dunia bisnes penerbitan buku dan tidak pula mengikuti kursus-kursus PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Hang Nadim

Hang Nadim ada di mana-mana. John C Maxwell dalam bukunya (edisi Melayu terbitan PTS) menulis tentang Hang Nadim Amerika:

Pada tahun 1916, seorang jeneral dalam tentera Amerika bernama Billy Mitchell dihantar bertugas di bahagian kapal terbang. Di situlah dia mula jatuh cinta dengan kapal terbang dan bidang penerbangan.

Dia mula menyedari potensi penggunaan kapal terbang dalam peperangan dan berusaha meyakinkan pihak-pihak atasannya supaya menubuhkan pasukan tentera udara, suatu perkara yang belum wujud pada masa itu.

Bagi membuktikan ideanya itu bagus dan sangat bermanfaat dalam kententeraan, beliau melakukan demonstrasi bagaimana kapal terbang dapat digunakan dalam peperangan.

Cadangannya ditentang oleh pihak-pihak atasannya. Pada tahun 1926, Jeneral Billy Mitchel dipaksa meletakkan jawatan.

Hanya selepas Perang Dunia II, itu pun selepas beliau mati, barulah kerajaan Amerika memberikan anugerah kepada mendiang atas sumbangan pemikirannya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Cover Yang Mana Lebih Cantik?

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 2 pages  <  1 2