Thursday, December 31, 2009

Formula Kejayaan Siri ‘Dear Yayah’

Siri 'Dear Yayah' adalah siri novel remaja yang sangat laku dalam pasaran. Semenjak siri pertama terbit, tiap-tiap sirinya berkali-kali diulangcetak.

Yang terbaru, rangkaian kedai buku POPULAR membuat pesanan khas di bawah labelnya sendiri, sebanyak 5 ribu naskhah, di mana semua 5 novel siri ini diterbitkan sebagai satu buku edisi mewah dengan harga RM39.90 (Semenanjung).

POPULAR sanggup membayar tunai untuk semua 5 ribu nakskhah itu, dengan syarat edisi itu hanya dibekalkan kepada POPULAR sahaja.

Formula kejayaan siri Dear Yayah adalah:

(i) Ceritanya adalah berdasarkan kisah benar. (Ini prinsip dalam teknik Surah Yusuf.)

(ii) Dunia Yayah adalah dunia persekolahan di asrama, dunia remaja, dan dunia persahabatan. 

(iii) Watak-watak dan isu-isu yang diceritakan adalah isu-isu yang dekat di hati remaja.

(iv) Di sebalik cerita-cerita itu adalah mesej tentang nilai pendidikan dan akhlak yang baik.

Kejayaan siri Dear Yayah membuktikan bahawa novel remaja yang ditulis dalam bentuk bersiri lebih mudah dipasarkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Mengendalikan Bengkel yang Menerangkan Ilmu dalam Buku-buku Terkenal

Tuan Zamri Mohamad (kanan) dan Tuan Izwan Wahab (kiri) adalah dua orang penulis PTS yang juga mengendalikan bengkel-bengkel latihan profesional.

Saya peribadi pernah ikut serta belajar teknik menulis copy iklan dalam bengkel bimbingan mereka di Learning Station, studio latihan mereka di Wangsa Melawati, dan saya dapati mereka memang bagus.

PTS sendiri pernah mengambil khidmat mereka bagi melatih pegawai-pegawai PTS dalam bidang copy-writing bagi meningkatkan mutu blurp buku-buku PTS dan copy pada kit marketing PTS.

Bagi orang yang sibuk macam saya, dan tidak mempunyai banyak waktu mahu membaca pelbagai buku, masuk bengkel mereka sangat berbaloi. Malah ia lebih murah daripada membeli buku-buku itu!

Apa yang mereka lakukan, mereka memilih buku-buku bisnes dan pengurusan yang sedang ngetop dalam pasaran, lalu membacanya, dan kemudian mengajarkan ilmu dalam buku itu kepada peserta bengkel.

Buku-buku itu tidak ada yang lebih murah daripada RM60.00 manakala yuran bengkel mereka cuma RM50.00.

Mereka bukan mengajarkan isi kandungan buku-buku itu dengan cara memberi kuliah. Tidak. Mereka menggunakan prinsip dan teknik-teknik training, oleh itu apa yang mereka terangkan itu melekat dalam kepala saya.

Nota: Regu Tuan Zamri (pengamal media) dan Tuan Izwan (jurutera dan konsultan sekuriti komputer) sekarang sedang menyusun jadual kursus bagi period sepanjang tahun 2010.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 30, 2009

Blogger WebSutera Menegur PTS

Selain membaca beberapa buah buku dewasa dalam satu masa, saya juga cuba membaca dan meneliti buku kategori kanak-kanak dan remaja. Buat masa ini saya tumpukan kepada pembacaan buku atau fiksyen yang diterbitkan oleh rangkaian syarikat PTS.
 
Salah satu buku yang sudah dibaca ialah fiksyen siri Usahawan Cilik berjudul Taman Botani Harapan yang diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Plot okey, jalan cerita mudah dan sesuai bagi pembaca sasaran, iaitu remaja sekolah. Banyak unsur motivasi diterapkan oleh penulis A. Razak Adam. Ciri pengajaran, usaha, bersifat rajin, yakin diri, dan bertawakal diolah baik oleh penulis. Ciri-ciri masyarakat Malaysia pelbagai ras juga dijalin dan dipersembahkan secara bersahaja, tetapi penuh bermakna.


Harapan menggun
ung Azlan disaring oleh nenek menerusi nasihat dan tamsil ibarat. Pengalaman hidup nenek yang sudah tua itu dinarasikan melalui bait-bait nasihat berbaur cinta dan sayang terhadap seorang cucu lelaki tunggal.

Dalam pada itu, untuk kesekian kalinya, PTS gagal mengotakan prinsip yang lantang dilaungkan, iaitu penggunaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Di sana-sini hampir di semua sub-plot Bahasa Melayu Rendah (BMR) mencemari keindahan akhlak yang diperjuangkan oleh penulis.


Penggunaan perk
ataan kontot yang amat ketara ialah ‘tu’, ‘ni’ dan ‘tak’. Selain itu, beberapa kata ‘ke’ digunakan. Satu lagi ada ketika sub-plot melompat tanpa ada ruang atau tanda peralihan.

Inilah kegagalan ketara dalam fiksyen ini. Saya bukan suka-suka mencari kesalahan. Justeru buku ini ditujukan k
epada pelajar sekolah, maka penggunaan perkataan kontot menggambarkan bahawa itulah yang betul.

Sekali lagi saya bertanya, “Editor PTS, adakah ajaran dan wawasan Puan Ainon bagaikan melepas batuk di tangga sahaja?


Saudara editor perlu membaca buku sains-fiksyen (sai-fai) Ahmad Patria Abdullah.
Salah satu novel sai-fai beliau yang saya baca ialah Kota Arialun. Inilah salah satu buku fiksyen terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang menggunakan sepenuhnya BMT. Tiada satu pun kesalahan nahu dan ejaan. Walaupun novel ini diterbitkan tahun 1988, namun ternyata bahawa Ahmad Patria Abdullah sudah terkehadapan mengamalkan BMT.
 
Tulisan original beliau dapat di baca di sini WEB SUTERA

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(16) Diskusi Kuliah | Permalink

Universiti Malaya Tidak Mengizinkan Tesis Ditulis Menggunakan Bahasa Melayu

Sewaktu membentangkan kertas kerjanya dalam Seminar Peradaban Melayu I pada 23 & 24 November 2009 yang lalu, Dato' Prof. Madya Zainal Abidin Borhan, Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM), memberitahu para peserta seminar bahawa Universiti Malaya tidak mengizinkan tesis ditulis menggunakan Bahasa Melayu.

Beliau yang juga anggota senat UM memberitahu bahawa beliau akan terus berjuang menolak dasar universiti tersebut.

Seminar itu dianjurkan oleh Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Ini Dia Van Duta PTS ‘Ain Maisarah’ untuk Program Jelajah Sekolah Mulai Januari 2010

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Van Nissan brand-new ini dibeli dan dicat semula dengan warna pink, khusus bagi kegunaan Puan Ain Maisarah menjalankan misinya sebagai Duta PTS.

Ke mana-mana beliau pergi menjalankan tugasnya mempromosi PTS, maka van ini akan ikut serta dengan membawa muatan buku-buku terbitan PTS yang akan dipamerkan dan dijual terus kepada guru-guru dan pelajar sekolah yang beliau lawati.

Pelan rancangan travelog Jelajah Sekolah oleh Puan Ain Maisarah dapat dibaca di blog rasmi beliau di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pemenang Minggu Ke-4 Peraduan “Baca & Menang” Anjuran Penerbit PTS

Selepas jawatankuasa peraduan menyaring borang-borang peraduan yang diterima dari 18-24 Disember 2009, secara rasminya kami memutuskan 3 pemenang bertuah bagi minggu keempat seperti di bawah:

Pemenang Pertama
Nama: Intan Liana bt. Yusuf (951112-01-6570)
Dari: Johor Bahru, Johor
Kedai buku: Badan Cemerlang Sdn. Bhd.
Hadiah: Nintendo Wii + buku PTS bernilai RM100
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pemenang Kedua
Nama: Zukarfli b. Mohamad (620103-11-5167)
Dari: Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
Kedai buku: MPH Mid Valley 
Hadiah: Nokia 5130 XpressMusic + buku PTS bernilai RM100
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pemenang Ketiga
Nama: Nurhanani Azwin bt. Azahar (AL 38969)
Dari: Pekan, Pahang
Kedai buku: Sharikat Sriwangi
Hadiah: Kamera Digital Panasonic LUMIX + buku PTS bernilai RM100

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Bakal Meletup!

Inilah wajah siri komik terbaru terbitan PTS.

PTS komited menjadi penerbit komik-komik syariah-compliant yang paling aktif.

Pada masa ini unit Komik-M PTS menerbitkan 2 - 3 judul sebulan. Jumlah ini akan ditambah dengan menambah jumlah editornya.

Menurut Tuan Wan Zuhairi, ketua unit Komik-M, beliau mempunyai perancangan:

(i) Menceburi sektor komik gadis-gadis pada tahun 2010. Saat ini beliau sedang meninjau-ninjau bakat editor yang akan menguruskan penerbitan komik perempuan.

(ii) Menceburi sektor komik kanak-kanak antara 4 - 6 tahun.

Saya sempat bertanya beliau, apakah Komik-M tidak mempunyai rancangan menceburi sektor animasi? Beliau menjawab, "Ada...."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku ‘Pesona Solat Tahajud’ Habis dalam Masa 2 Minggu

Buku Pesona Solat Tahajud ini diterbitkan oleh PTS Millenia Sdn. Bhd. dicetak sebanyak 3,000 naskhah. Ia masuk setor PTS pada 17 Disember 2009.

Pada hari ini, 30 Disember 2009 -- yakni hanya selepas 13 hari -- buku ini sudah kering kontang di store.

Jabatan sales PTS meminta PTS Millennia mengulangcetak dengan segera bagi memenuhi permintaan kedai. InsyaAllah ia akan dicetak semula sebanyak 5,000 naskhah.

Pasaran buku-buku agama tradisional, contohnya buku-buku panduan fardhu ain, adalah pasaran yang besar dan didominasi oleh penerbit yang sudah lama bertapak dalam sektor ini.

Bagi pemain baru yang mahu menceburi sektor buku agama tradisional, cabaran paling besar adalah bagaimana hendak menurunkan harga jualan kerana penerbit-penerbit yang sedia ada mempunyai keupayaan menjual buku-buku mereka pada harga yang relatif 'sangat rendah'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 29, 2009

Program Talk-Show di TV3 Bukti Komitmen MPH Mempromosi Buku-Buku Melayu

 

 

Rangkaian kedai buku paling elit, MPH, adalah kedai buku Inggeris yang terbaik di negara ini dari sudut jumlah judul yang dipamerkan. Malah MPH boleh dianggap sebagai benteng pasaran buku Inggeris.

Sehingga beberapa tahun yang lalu MPH tidak menjual buku, melainkan buku-buku Inggeris sahaja. Hanya selepas Kinokuniya sudah membuka pintunya kepada buku-buku Melayu barulah MPH ikut membuka pintunya juga.

Namun MPH akan membuka tahun baru 2010 dengan membuktikan komitmennya kepada industri buku berbahasa Melayu dengan melancarkan program televisyen yang dinamakan "A.MAX".

Sebelum ini MPH sudah membuktikan komitmennya dengan melancarkan program Mutiara Minda, suatu program yang mempromosi koleksi judul-judul Melayu dalam rangkaian kedai-kedainya.

MPH juga sudah membesarkan ruangan pameran buku-buku Melayu di kedai-kedainya yang terletak di lokasi di mana penduduk Melayunya adalah majoriti. Di sesetengah outletnya, rak buku-buku Melayu diletakkan di hadapan pintu masuk. Malah di outlet seperti di kompleks membeli-belah Alamanda di Putrajaya, 80 peratus stok yang dipamerkan adalah judul Melayu.

Program talk-show AMMAK anjuran MPH itu akan disiarkan setiap hari Sabtu di TV3 jam 8.00 - 8.30 pagi. Dalam setiap rancangan 5 buah judul akan dibincangkan.

Siaran pertama adalah pada Sabtu 2 Januari 2010.

Buku-buku PTS telah terpilih sebagai pelancar program A.MAX. Lima judul yang dipilih oleh MPH adalah:

(i) 30 Strategi Membina Pengaruh - Zamri Mohamad

(ii) Imam Syafie - Abdul Latip Talib

(iii) Di Mana Terangnya Bulan - Baharuddin Bekri

(iv) Sayalah Putera Mahkota - Aizam Aiman

(v) Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire - Farihah Iskandar

Penerbit AMMAK di studio TV3 adalah Cik Ifawani Omar.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Surah al-Baiyinah dalam Bahasa Iban

Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau.

1. Sida ti bepegai ka pengarap kristian enggau Yahudi tauka nyembah ka bukai ari Allah bisi nyebut enda ninggal ka pengarap sida sebedau datai ngagai sida ia tanda.

2. Ia nya siko nabi ari Allah taala, ti maca kitab kudus al Quran.

3. Dalam Quran tu tadi bisi nyangkong kitab ti lama suba baka kitab Injil, Taurat enggau Zabur.

4. Lalu nadai bepechah sida tu tadi, sebedau datai ngagai sida ia tanda nya tang udah ia datai sida ia enda nerima.

5. Taja pan sida ia nadai di asoh ngereja ka utai bukai semina nitih ka perintah Allah serta ngemanah ka  ati ngasoh majak mereti serta semayang enggau meri zakatnya meh pengarap ka betul.

6. Nya alai sida ka enda nerima pengarap Islam tu tama ngagai neraka Jahanam sampai ka udah sida tu meh pengabis jai utai.

7. Lalu sida ti arap serta megai pengarap Islam lalu nitih ka perintah Allah, sida ia pemadu manah mensia.

8. Allah malas ngagai sida ia syurga and ti bisi maioh sungai ba baruh ia. Sida ia tetap diau dia sampai ka udah. Allah lantang enggau sida ia lalu sida pan pia mega. Baka nya meh Allah malas ngagai sapa-sapa ti nitih ka perintah ia.

Nota: PTS sedang menjalankan projek menterjemah dan menerbitkan al-Quran ke dalam bahasa Iban.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Komik-M Mencari Calon Editor Komik

Tuan Wan Zuhairi, ketua unit Komik-M, memaklumkan beliau memerlukan seorang editor komik. Jawatan itu adalah jawatan tetap di PTS.

Proses interviu akan dijalankan pada pertengahan bulan Januari.

Calon hendaklah fasih menggunakan sofwer desain dan grafik.

Kepada tuan dan puan yang berminat, hantarkan maklumat peribadi dan folio karya kepada Tn. Wan Zuhairi pada alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address) 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Siri ‘Dear Yayah: The Series’ edisi POPULAR akan Dilancarkan

Foto menunjukkan dua orang eksekutif jabatan marketing PTS, Tn. Wahyudi (baju kuning) dan Tn. Izwan (baju hitam) sedang menyediakan prop pelancaran buku kulit tebal siri 'Dear Yayah' edisi lengkap yang akan dijual di kedai-kedai buku POPULAR.

PTS menerima tempahan 5 ribu naskhah daripada syarikat POPULAR yang mahukan semua 5 siri Dear Yayah diterbitkan sebagai koleksi lengkap.

Edisi mewah ini hanya dapat dibeli dari kedai-kedai buku POPULAR sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 28, 2009

Surat: Siri ‘Usahawan Cilik’ PTS Berjaya Mendorong Daya Usaha Menjadi Usahawan

Salam, Puan Ainon. Semoga Puan sekeluarga dilimpahi rahmat Allah dan sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Kami selaku editor Teen PTS Pro yang menguruskan siri usahawan cilik mahu memaklumkan dua berita gembira yang diperolehi daripada salah seorang penulis kami iaitu Puan Hajah Ezee Rahmani.

Beliau memberitahu ada pembeli novel Puteri Kristal iaitu dua beradik yang baru berusia 9 dan 11 tahun sudah menjadikan novel kita itu sebagai sumber inspirasi mereka untuk memulakan bisnes gelang kristal.

Dua beradik itu menggunakan segala maklumat yang ada di dalam buku itu bagi mencari bahan-bahan yang diperlukan seperti cangkuk, manik, dan tali tangsi. Mereka mula menjual gelang kristal hasil kerja tangan mereka di sekolah. Perkara yang menggembirakan kami, mereka pernah memperolehi pendapatan sebanyak RM24 sehari.

Begitu juga dengan seorang guru yang membeli novel Abang, Adik dan Ayam dan menjadi inspirasi beliau untuk meniaga ayam kampung. Sekiranya di dalam novel, watak utama memulakan bisnes dengan membela senyak 30 ekor ayam dan akhirnya berkembang menjadi 100 ekor, tetapi mungkin kerana guru itu yakin dengan maklumat dalam buku itu, beliau teruja dan terus mengeluarkan modal sehingga RM1000 untuk membina reban ayam dan memulakan bisnes dengan 100 ekor ayam.

Nampaknya perjuangan kita untuk menerapkan nilai-nilai dan semangat ingin berbisnes terutama dalam jiwa anak-anak mula membuahkan hasil. Semoga siri ini mendapat tempat di hati ibu bapa dan guru-guru yang mahu anak-anak mahupun pelajar mereka memiliki sifat keusahawanan. Perjuangan kita masih belum selesai....

Editor yang teruja,
Cik Ann & Cik Shiela

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sudah Terbit Produk Terbaru dalam Siri Komik-M PTS yang Islami

Inilah wajah 2 komik yang khusus diterbitkan oleh PTS supaya dapat berfungsi sebagai mata anak panah bagi membolehkan siri Komik-M (singkatan 'Komik-Malaysia') menembusi pintu pagar sekolah-sekolah rendah dan menengah di negara ini.

Duta PTS, Puan Ain Maisarah, akan memulakan roadshow "Jelajah Sekolah" di seluruh negara mulai bulan Januari 2010.

Sepanjang roadshow itu beliau akan memperkenalkan Komik-M kepada guru-guru dan para pelajar di sekolah-sekolah yang beliau kunjungi, di samping mempromosi semua judul PTS yang ditargetkan kepada pasaran guru-guru dan remaja.

Bagi memastikan Ain Maisarah dapat membawa stok buku yang lengkap dan mencukupi, PTS telah menyediakan sebuah van berwarna pink yang dibeli dan dicat khusus sebagai setor mobile yang mengiringi roadshow beliau.

Dalam kunjungannya ke sekolah-sekolah itu nanti, Ain Maisarah akan berucap selama 20 minit di depan perhimpunan seluruh sekolah, bagi mendorong para pelajar supaya menyukai kegiatan membaca buku-buku yang berinformasi.

Selepas ucapan, Ain Maisarah akan mengadakan pameran dan jualan buku-buku PTS, serta menandatangani semua buku beliau yang dibeli oleh peminat-peminatnya dan bergambar dengan mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Blog Ini Saya Suka

Saya suka membaca blog Tn. Jimi-wiser ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 27, 2009

Ini Bukan dalam Rumah, Ini dalam Kedai Buku Gramedia di The Mines

Ada sesuatu yang istimewa di kedai buku Gramedia di kompleks The Mines, Kuala Lumpur.

Kedai buku Gramedia di situ menggunakan lantai berkarpet. Ia ada satu-sarunya kedai buku elitis yang menggunakan lantai karpet.

Foto menunjukkan 3 orang gadis Melayu duduk di atas lantai sambil memilih-milih buku yang mereka mahu beli.

Tingkah laku duduk di atas karpet adalah tipikal tingkah laku orang Melayu (yang berasal dari kampung). Dalam minda orang Melayu fungsi karpet adalah sebagai alas duduk di lantai, serupa dengan fungsi tikar. Ini yang mendorong orang Melayu membuka kasut sebelum memasuki ruang pejabat yang berkarpet.

Apakah dengan menggunakan lantai berkarpet Gramedia dapat menaikkan lagi popularitinya di kalangan pembeli buku-buku Melayu? 

Rangkaian kedai buku Gramedia di Malaysia adalah cawangan rangkaian Gramedia Indonesia. Gramedia adalah gergasi konglomerat penerbit buku, majalah dan akhbar terbesar di Indonesia. 

Gramedia Malaysia adalah komited kepada pasaran buku dalam Bahasa Melayu terbitan tempatan. Ia memberikan peruntukan 60% ruang di dalam kedai-kedainya kepada buku-buku Melayu terbitan Malaysia, suatu dasar yang sangat dialu-alukan oleh penerbit tempatan. Tidak ada syarikat kedai buku yang lebih komited daripada Gramedia dari sudut itu. 

Kedatangan Gramedia ke Malaysia telah menyebabkan rangkaian MPH dan POPULAR memikirkan semula komitmen mereka kepada buku-buku berbahasa Melayu, lalu kedua-dua rangkaian kedai buku terbesar itu menambahkan ruang pameran untuk buku-buku Melayu sebagai langkah mengelakkan pelanggan Melayu mereka daripada lari ke Gramedia.

Rekod jualan buku-buku PTS kepada Gramedia menunjukkan peningkatan yang berterusan semenjak rangkaian itu mula-mula membuka cawangan-cawangannya di Malaysia.

Nota: Foto oleh Tn. Zamri Mohamad.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Terbaru dari Adam Khoo

Pada masa ini Adam Khoo adalah motivator kejayaan kewangan berbangsa Cina yang paling ngetop dalam pasaran.

Beliau amat kredibel kerana beliau menceritakan strategi dan prinsip-prinsip yang diamalkannya sehingga beliau menjadi jutawan pada usia 26 tahun.

Kini beliau memiliki 3 perniagaan yang menghasilkan pendapatan sebanyak lebih kurang  RM45 juta setahun.

Salah sebuah syarikatnya, Adam Khoo Learning Technologies Group Pte. Ltd., adalah salah sebuah syarikat latihan terbesar di Asia.

Adam telah menulis empat buah buku best-seller, termasuk buku ‘I Am Gifted, So Are You!’, yang mana telah dinobatkan sebagai buku best-seller nombor satu MPH bagi tahun 1998 dan 1999. Beliau juga turut bekerjasama dalam penghasilan buku ‘How to Multiply Your Child’s Intelligence’ dan ‘Clueless in Starting a Business’.

Buku keempatnya, ‘Master Your Mind, Design Your Destiny’, adalah buku kedua paling tinggi penjualannya di Singapura pada tahun 2004, dan berada dalam senarai best-seller Straits Times Life! selama tiga puluh enam minggu.

Adam mempunyai Sarjana Kepujian dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Nasional Singapura. Semasa menuntut di universiti, beliau adalah salah seorang daripada satu peratus pelajar terbaik yang berada di tahap tertinggi dan beliau juga menjadi pelopor bagi Program Pembangunan Bakat.

Dalam tempoh 15 tahun, beliau telah melatih seramai lebih 245,000 orang pelajar, guru, ahli profesional, eksekutif dan pemilik perniagaan untuk mencungkil kekuatan peribadi mereka dan membantu mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.  Pelanggan-pelanggan korporat beliau termasuklah Tupperware, Kementerian Pertahanan, Singapore Police Force, American International Assurance, Prudential Assurance Company, Lux Asia, Rolls Royce Marine, Hewlett Packard, Legal Aid Bureau, Singapore Telecoms dan banyak lagi. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 26, 2009

Masa Hadapan Kedai-kedai Buku Indie Melayu

Rangkaian kedai buku POPULAR akan menaikkan jumlah outlet-nya menjadi 100 buah di seluruh negara.

POPULAR tidak memfrancaiskan outletnya, sebaliknya setiap outlet adalah cawangan miliknya sendiri.

Tidak seperti  rangkaian MHP yang mahu memperkukuhkan kehadirannya di bandar-bandar besar sahaja, khususnya di Lembah Kelang, POPULAR akan mengembangkan sayapnya ke semua bandar-bandar sederhana besar seperti Keluang, Maran, Kuala Selangor, Taiping dan lain-lain.

Bandar-bandar sederhana besar (istilah Indonesianya 'kota madya') di kelilingi oleh penduduk Melayu, oleh itu pasaran buku-buku Melayu mempunyai potensi yang baik.

Pada masa sekarang, kota-kota madya adalah lokasi di mana terdapat banyak kedai-kedai buku tradisional milik peniaga Melayu.

Kedai-kedai buku Melayu tradisional bukan hanya menjual buku dan alat tulis, tetapi banyak yang menjual benda-benda bukan buku, seperti ubat-ubat tradisional, sejadah, kain kapan dan lain-lain keperluan upacara keagamaan.

Apakah yang akan berlaku kepada kedai-kedai indie itu apabila POPULAR datang dengan membuka kedai yang lebih besar ruang pamerannya, lebih selesa kerana berhawa dingin, dan dengan menawarkan pilihan judul yang lebih banyak?

Menurut Tn. Nor Ikhram, eksekutif jualan PTS, peniaga-peniaga kedai buku indie Melayu di sesuatu kota madya itu mempunyai talian kerjasama dan saling bantu-membantu yang rapat antara sesama mereka. Mereka mempunyai jaringan bisnes yang akrab tetapi orang-orang lain tidak mengetahui perkara itu.

Banyak pekedai indie Melayu mempunyai rekod cemerlang dengan penerbit buku. Mereka mempunyai disiplin membayar hutang, malah ada yang lebih suka membayar tunai setiap kali membeli kerena mereka tidak suka berhutang. Disebabkan itu mereka dibenarkan membuat pesanan tanpa had oleh penerbit.

Kehadiran POPULAR nanti, yang datang dengan modal besar dan dengan sistem pengurusannya yang sangat moden, adalah cabaran paling berat yang akan dihadapi oleh pekedai buku indie milik peniaga-peniaga Melayu itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 25, 2009

Jangan Serahkan Manuskrip Sebelum Kaji Kadar Royalti yang Ditawarkan

Entri kali ini saya tulis khusus untuk bacaan bakal-bakal penulis, ataupun penulis yang baru pertama kali hendak mencari penerbit bagi menerbitkan karya mereka.

Orang baru lazimnya tidak ambil perhatian berkenaan terma-terma yang tertulis dalam dokumen hak penerbitan yang akan mereka tandatangani dengan penerbit kerana prioriti mereka adalah hendak melihat buku mereka terbit. Pada jangka panjang sikap begitu amat merugikan diri mereka sendiri.

Dalam Islam, sesebuah kontrak akan dengan sendirinya terbatal apabila sebelah pihak diberi gambaran yang salah berkenaan kontrak yang ditandatanganinya. Oleh itu dalam kes perjanjian hak penerbitan, pegawai yang bertugas (editor) dalam syarikat penerbitan wajib memberikan penerangan dan gambaran yang betul dan tepat kepada penulis sebelum penulis menandatangani dokumen tersebut.

Memang benar dokumen perjanjian tidak ditandatangani awal, yakni sebelum proses pra-produksi selesai (sebab isu seperti judul muktamad masih belum diputuskan dll) oleh itu penulis tidak tahu apa yang tercetak dalam dokumen tersebut. Di sinilah letaknya kewajipan editor menerangkan aspek-aspek penting dalam perjanjian itu kepada penulis.

Namun tidak semua penerbit mendedahkan terma-terma dalam dokumen perjanjian kepada penulis kerana mereka bimbang sekiranya penulis tahu nanti penulis tidak mahu menyerahkan manuskrip mereka.

Ada beberapa cara penulis boleh mendapatkan maklumat berkenaan amalan sesebuah penerbit. Lakukan perkara-perkara di bawah ini sebelum menyerahkan manuskrip.

(i) Penulis boleh bertanya terus kepada pegawai syarikat itu (editor) apa kadar royalti yang ditawarkan dan bagaimana kadar itu dikira.

Sebagai contoh, tanya kepada editor itu berapa persen kadar royalti yang ditawarkan dan bagaimana kadar itu dikira. Sebagai contoh, di PTS ada beberapa cara penulis, penterjemah dan ilustrator dibayar. Minta pegawai PTS menerangkan tiap-tiap satu cara itu, mereka dengan sukacita akan menerangkannya kerana dengan cara itu penulis berpuas hati, kerjasama menjadi lancar, dan tidak akan timbul konflik pada masa akan datang.

(ii) Minta salinan dokumen itu dari editor dan baca.

Para editor mempunyai salinan dokumen perjanjian hak penerbitan, dan mereka akan tunjukkan kepada penulis supaya penulis puas hati. Sebaiknya baca di hadapan editor, jika ada yang tidak difahami, terus tanyakan apa maksud terma itu.

(iii) Tanya penulis-penulis yang pernah menerbitkan karya dengan penerbit itu bagaimana mereka dibayar royalti.

Lakukan ini apabila penerbit itu tidak mahu mendedahkan terma-terma dalam perjanjian.

(iv) Tanya editor di syarikat-syarikat penerbit lain.

Pegawai-pegawai syarikat penerbitan lazimnya tahu amalan pesaing-pesaing mereka kerana penulis yang pernah terpedaya akan bercerita dan cerita-cerita itu sampai ke telinga banyak pihak dalam industri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Surah al-Kafirun dalam bahasa Iban

Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau.

1. Sebut meh ulih nuan oh kita ti enda arap ka petara serta nyembah petara ti salah!

2. Aku enda nyembah utai ti disembah bala kita.

3. Lalu kita pan enda nyembah petara ti disembah aku.

4. Aku pan pia mega nadai nyembah utai ti disembah bala kita.

5. Kita pan nadai kala nyembah petara ti disembah aku.

6. Enggi kita pengarap kita lalu, bagi aku pengarap aku.

Nota: PTS sedang mengusahakan penterjemahan dan penerbitan al-Quran ke dalam bahasa Iban dan Kadazan. Projek-projek ini dilaksanakan oleh anak syarikat PTS Darul Furqan Sdn. Bhd.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 24, 2009

Buku Perlu Ditulis dan Dipakej Khusus untuk Target Pembaca yang Tepat

Buku adalah produk konsumer. Sebagaimana produk konsumer lain, setiap buku yang hendak diterbitkan perlu ditetapkan dahulu kepada siapa buku itu ditargetkan.

Jika buku itu ditulis untuk perempuan, tidak cukup dengan mengatakan "Buku ini ditujukan kepada perempuan." kerana golongan perempuan terdiri daripada banyak sub-golongan.

Golongan perempuan manakah yang buku itu ditargetkan? Masing-masing sub-golongan mempunyai latar belakang yang berbeza, oleh itu mempunyai citarasa berbeza. Justeru gaya bahasa dan desain kaver buku perlu memenuhi citarasa golongan target itu dengan tepat.

Buku yang disukai oleh satu golongan perempuan belum tentu disuaki oleh golongan perempuan lain.

(i) Golongan perempuan remaja bandar berbeza citarasanya daripada golongan perempuan remaja luar bandar.

(ii) Golongan wanita berpelajaran tinggi berbeza citarasanya daripada golongan perempuan berpelajaran rendah.

(iii) Golongan wanita berpendidikan aliran agama berbeza citarasanya daripada golongan perempuan berpendidikan sekular.

NOTA: Gaya bahasa, gaya penceritaan, desain kaver dan judul buku "Biografi Muhammad bin Abdullah" ini ditujukan kepada golongan pembaca bergama Islam dengan latar belakang pendidikan sekular-modern yang mula mahu berjinak-jinak dengan buku-buku agama tetapi mereka tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama tradisional. Sejak terbit pertama kali, buku ini sudah terjual hampir 20 ribu naskhah. Prof. Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff kini bertugas di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat: Harta Intelek Pekerja Syarikat

Asalamualikum, Puan Ainon.

Saya mempunyai sedikit kemusykilan berkenaan suatu perkara. Diharap Puan Sifu dapat membantu memberikan sedikit penjelasan kepada saya.

Adakah gambar-gambar yang diambil oleh seseorang pekerja atas arahan majikannya, dapat dikira dalam pemberian royalti seandainya majikannya menggunakan gambar-gambar tersebut untuk dimuatkan di dalam sebuah buku yang diterbitkan oleh majikan tadi sendiri? Jika ya, apakah tindakan yang seharusnya diambil oleh pekerja tadi yang sudah pun berhenti bekerja dengan majikan tersebut. Maksudnya buku itu diterbitkan setelah pekerja itu berhenti bekerja dengan majikan yang menerbitkan buku tadi.

Disudahi dengan ucapan jazakillahu khairon katsiro.
S.Q.
..................

Jawapan:
Semua hasil kerja yang dilakukan oleh pekerja atas arahan majikannya, dan dibuat dalam waktu bertugas, maka hasil kerja itu menjadi milik majikannya, kecuali dinyatakan sebaliknya dalam kontrak perkhidmatan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 23, 2009

Prosedur Menterjemah Buku

Entri ini ditulis khusus untuk tuan dan puan yang amat berminat menterjemah buku ke dalam Bahasa Melayu.

(1) Pertama-tama jangan menterjemah dahulu. Sebelum menterjemah kita wajib mendapatkan lesen (a) hak menterjemah dan (b) hak menerbitkan terjemahan itu daripada pemegang harta intelek buku tersebut, yang mungkin penulisnya sendiri ataupun penerbit asal buku itu, ataupun waris keturunannya. Izin itu mesti secara bertulis.

(2) Bagi buku-buku yang sudah menjadi harta awam (public-domain), kita tidak perlu mendapatkan hak menterjemahkan karya itu. Tetapi jangan menterjemah dahulu. Dapatkah dahulu komitmen daripada mana-mana penerbit yang berminat menerbitkan terjemahan tersebut. Jika tidak, tuan penat menterjemah tetapi tidak ada penerbit yang berminat menerbitkannya.

(3) Penerbit asal lazimnya tidak berminat memberi hak menterjemah dan hak menerbitkan kepada individu. Mereka hanya mahu berurusan dengan penerbit yang dapat mereka percayai sahaja. Justeru, urusan mendapatkan hak menterjemah adalah urusan penerbit, bukan urusan penterjemah.

(4) Lazimnya yuran lesen hak menterjemah dan hak menerbitkan adalah tinggi dan dibayar sebelum hak itu diberikan, dan transaksi adalah dalam dolar US ataupun Euro. Hak itu pula ada tempoh tamatnya.

NOTA:

1. PTS adalah sebuah penerbit yang komited menerbitkan buku-buku terjemahan yang laku dalam pasaran dan bermanfaat kepada perjuangan PTS "memandaikan bangsa".

2. PTS mempunyai senarai judul-judul yang dirancang terjemahannya bagi tiap-tiap tahun. Jadi, buku yang akan diterbitkan pada tahun hadapan sudah diuruskan proses pelesenannya pada tahun ini.

3. PTS mempunyai senarai penterjemahnya yang dilatih sendiri oleh PTS bagi memastikan kualiti buku-buku terjemahan PTS adalah yang paling tinggi di negara ini.

4. PTS menawarkan sistem ganjarannya sendiri kepada penterjemah, yang tidak serupa dengan sistem ganjaran penerbit-penerbit seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) ataupun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ataupun Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Curi Buku, Pelakon Dipenjara

Pelakon Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Abdullah, dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 atas mencuri dua buah buku Mac lalu.

Pelakon itu didakwa mencuri buku bertajuk "Sistine Secrets" berharga RM89.90 dan "Decoding The Heavens" berharga RM105 di Kedai Buku MPH Bookstore, Mid Valley Megamall, pada 7.15 malam 27 Mac lepas.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 22, 2009

Apa Itu ‘kadar royalti’? Apa Itu ‘nilai royalti’?

Banyak penulis masih belum jelas perbezaan antara 2 konsep ini: (i) kadar royalti, dan (ii) nilai royalti.

Apabila orang bercakap tentang 'nilai royalti', yang dimaksudkan bukan 5%, 7%, 10% ataupun 20%. Itu adalah 'rate' atau 'kadar royalti'.

Nilai royalti adalah nilai ringgit dan sen. Jadi ada penerbit memberi kadar royalti 16%, tetapi nilai royalti yang diterima oleh penulis cuma beberapa ratus ringgit sahaja (itupun mungkin cuma 1 kali sahaja ceknya diterima, kalau tidak ditipu).

Manakala ada penerbit memberi kadar royalti 5% tetapi nilai royalti yang diterima oleh penulis hampir RM100 ribu (setahun)....

Banyak penulis masih tidak jelas tentang isu persen-persen yang boleh menyebabkan kekeliruan dan kerugian. Yang penting adalah nilai ringgit dan sen yang dibayar oleh penerbit, bukan janji-janji manis yang diucapkan oleh penerbit dengan menyebut persen-persen yang tinggi.

Penerbit mungkin menawarkan kadar 16%. tetapi 16% itu adalah daripada harga cetak buku, bukan harga jualan buku.

Ada penerbit menawarkan 12% daripada harga buku selepas ditolak diskaun kepada pengedar.

Adalah sangat penting penulis membaca dengan teliti terma-terma dalam dokumen perjanjian penerbitan sebelum menandatanganinya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Pemenang Minggu Ke-3 Peraduan “Baca & Menang”!

Selepas jawatankuasa peraduan menyaring borang-borang peraduan yang diterima dari 11-17 Disember 2009, secara rasminya kami memutuskan 3 pemenang bertuah bagi minggu ketiga seperti di bawah:

Pemenang Pertama
Nama: Siti Aisyah binti Abu Bakar (950217-11-5458)
Dari: Marang, Terengganu
Kedai buku: Kedai Buku Banggol
Hadiah: Netbook Acer Aspire One D250 + buku PTS bernilai RM100
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemenang Kedua

Nama: Nurfarihah binti Jamil (970512-02-5496)
Dari: Rawang, Selangor
Kedai buku: Popular Rawang
Hadiah: iPod Nano 8GB + buku PTS bernilai RM100
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pemenang Ketiga
Nama: Shahrul Nazrin bin Wahid (901116-01-6089)
Dari: Segamat, Johor
Kedai buku: Bookcafe PTS
Hadiah: PS2 + buku PTS bernilai RM100
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 21, 2009

Surat: Dahsyatnya Karya Fantasi Melayu Ini

Assalamualaikum Puan Ainon,

Puan Ainon, anggaplah email ini sebagai luahan kegembiraan saya kerana dipertemukan dengan Pendeta Gua Khayalan terbitan syarikat puan. Saya baru sahaja menamatkan pembacaan novel fantasi Pendeta Gua Khayalan karya Masdalifadzlie M Saaid.

Untuk pengetahuan puan, ini adalah kali keempat saya menghabiskan pembacaan novel ini. Ya, saya tidak jemu dan saya pasti, saya akan mengulangi pembacaan novel ini dari semasa ke semasa.

Mengapa? Ada beberapa faktor yang membuatkan saya tidak bosan membacanya, walaupun sudah tahu jalan cerita pada pembacaan kedua dan seterusnya.

Faktor utama adalah susunan plot pada setiap bab. Penulis sangat pandai menarik perhatian pembaca dengan menggantungkan cerita pada setiap bahagian akhir bab. Ini membuatkan pembaca tertanya-tanya dan timbul rasa geram untuk mengetahui kesudahannya, menyebabkan muka surat seterusnya diselak tanpa henti. Strategi menulis seperti ini adalah penting untuk menghindarkan rasa bosan kepada pembaca.

Kedua, keindahan lenggok bahasa yang digunakan begitu mengagumkan. Dalam pemerhatian saya, selain Faisal Tehrani dan Ahmad Patria Abdullah, tidak ramai penulis Melayu generasi baru yang berkebolehan seperti saudara Masdalifadzlie M Saaid.

Kita seringkali mendengar ungkapan ‘bahasa itu indah’, namun kebanyakan novel-novel Melayu di pasaran sekarang gagal menonjolkan keindahan yang ada pada bahasa kita.

Sudah lama saya menanti sebuah novel yang dikarang dengan bunga bahasa yang disusun cantik, dan syukur Alhamdulillah, saya ditemukan dengan Pendeta Gua Khayalan. Permainan bahasa penulis walaupun berbunga dan berlenggok, tidak sukar untuk saya fahami bahkan menyenangkan saya menyelami keindahan bahasa Melayu. Novel ini berupaya mendidik anak-anak kita mencintai dan menghargai bahasa ibunda mereka.

Gaya penceritaan dalam novel ini adalah sesuatu yang unik, seolah-olah buku itu sendiri yang bercerita kepada pembaca. Di barat, gaya penceritaan seperti ini telah pun dilakukan oleh Lemony Snicket dalam karyanya, A Series of Unfortunate Events yang telah pun difilemkan.

Sewaktu membaca Pendeta Gua Khayalan, saya seolah-olah bukan membaca, tetapi sedang mendengar cerita yang diceritakan oleh pencerita di dalam novel ini. Saya dapat rasakan, pencerita itu benar-benar berinteraksi dengan saya. Dan hal itu membuatkan saya terjerumus masuk ke dalam dunia Indera Wangsa seawal bab yang pertama lagi.

Novel ini juga menguji imaginasi saya. Pada awalnya, saya membayangkan kehidupan masyarakat nusantara pada kurun ke 15, namun apabila penulis menerangkan Indera Wangsa mengalami iklim empat musim, saya mula mengubah persepsi imaginasi. Mana mungkin pada musim sejuk mereka hanya mengenakan pakaian kapas yang nipis? Daya imaginasi saya juga tercabar apabila membayangkan magis-magis yang dilontarkan oleh watak-watak pendeta.

Saya mendapati penulis benar-benar menstrukturkan pemilihan nama watak dan tempat. Penulis tidak takut menggunakan perkataan Sanskrit dalam pemilihan nama, malah penggunaan tersebut menambah kegemilangan nama yang dipilih.

Watak perempuan misalnya, dimulakan dengan nama bunga yang melambangkan kecantikan dan kelembutan, diikuti oleh kata sifat. Contohnya, Cempaka Suri dan Anggrik Pagi. Bagi nama-nama tempat pula, perkataan puri digunakan bagi melambangkan tempat tinggi seperti gunung dan banjaran, Merapuri dan Tujupuri sebagai contoh. Perkataan pura pula menunjukkan pulau seperti Kepulauan Nilapura.

Saya juga mengesan wujud pendarjatan dalam dialog antara watak berdarjat rendah dengan watak berdarjat tinggi. Sebagai contoh, semua dialog yang diucapkan oleh Lang Surya (watak berdarjat rendah) membahasakan diri sebagai ‘daku’ dan merujuk ibunya (watak berdarjat tinggi) sebagai ‘dikau’, menunjukkan rasa hormat seorang yang berdarjat rendah kepada yang berdarjat tinggi. Begitu juga dalam dialog antara Rimau Seru (anak murid) dengan Singa Tama (guru).

Sebaliknya, dialog yang diucapkan oleh watak berdarjat tinggi kepada watak berdarjat rendah menggunakan ‘aku’ dan ‘kau’, menunjukkan merekalah yang sewajarnya dihormati. Jelas sekali penulis ingin memperlihatkan kehalusan dan kesopanan tatabicara dalam masyarakat di Indera Wangsa.

Penulis menerusi si pencerita dalam novel ini banyak memberi kata-kata dan dialog-dialog berbentuk nasihat, juga ada yang berbentuk motivasi. Ketika watak utama, Lang Surya ditimpa musibah, kata-kata nasihat dan motivasi banyak ditulis dan penyampaiannya berupaya meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca.

Kebanyakan cerita yang bagus mempunyai watak utama yang sering ditimpa dugaan dan tidak patah semangat kerananya, bahkan menjadi lebih bersemangat untuk bangkit kembali.

Drama-drama Jepun telah lama menerapkan nilai ini dalam cerita mereka, dan kesannya amat besar kepada bangsa mereka. Hari ini kita dapat lihat, bangsa Jepun adalah bangsa yang pantang menyerah kalah. Mereka sentiasa menjadikan kata-kata perangsang dan motivasi sebagai azimat untuk melepaskan diri daripada sengsara dan seterusnya berjaya dalam hidup.

Faktor terakhir yang dapat saya kesan adalah penerapan nilai-nilai Islam dalam cerita ini. Sememangnya di pasaran semakin menimbun novel-novel Islami, terutamanya terbitan PTS. Tidak dinafikan Pendeta Gua Khayalan bukanlah naskah yang mengangkat isu-isu Islamik dalam penceritaan, bahkan tiada perkataan ‘Allah’ di dalamnya, tetapi nilai-nilai Islamik itu tetap ada.

Apa yang mengagumkan, sebelum membaca novel ini, saya tidak pernah bertemu dengan novel (waima novel Islami sekali pun) yang dimulakan dengan ucapan salam kepada pembaca diikuti terjemahan potongan ayat daripada surah al-Fatihah (surah pembukaan), dan diakhiri dengan terjemahan surah al-‘Asr (surah penutup) diikuti dengan salam kepada pembaca. Indah bukan?

Saya mengharapkan agar lebih ramai bakat penulisan seperti saudara Masdalifadzlie M Saaid dapat dicungkil dan digilap oleh PTS selepas ini. Saya juga ingin merakamkan pujian buat PTS yang berani menerbitkan novel-novel fiksyen sains dan fantasi.

Sebelum ini, saya sering mengayakan penulis-penulis fiksyen sains dan fantasi dari barat. Sekarang tidak lagi, kerana saya punya pilihan karya anak bangsa yang setaraf dengan penulis-penulis barat. Wassalam.

Amirul Hadi

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 20, 2009

Bagaimana Penerbit Kecil Boleh Membunuh Bisnesnya Sendiri

Salah satu faktor yang menyebabkan banyak penerbit kecil-kecil yang baru memulakan bisnes, oleh itu mereka belum ada nama, belum mempunyai produk yang berkualiti tinggi, telah membunuh bisnesnya sendiri akibat tersalah memberikan potongan diskaun kepada pengedar, kedai dan agen.

Disebabkan mereka belum mempunyai nama, cara mereka memujuk pengedar dan kedai-kedai buku supaya mengambil buku mereka adalah dengan memberikan potongan harga yang tidak masuk akal, iaitu sehingga 50%, malah ada yang sanggup memberi 70%.

Apabila banyak penerbit-penerbit kecil main diskaun gila-gila seperti itu, ia menyebabkan kedai-kedai buku mendapat persepsi yang salah sama sekali berkenaan kosting buku. Kedai-kedai menyangka bahawa kos menerbitkan buku amat rendah, jikalau tidak masakan pula penerbit mampu memberi potongan harga sehingga 50%.

Akibatnya, kedai-kedai buku menyangka semua penerbit mampu memberi potongan 50% ataupun lebih. Lalu mereka menekan semua penerbit supaya memberi potongan 50%, jika tidak mereka tidak mahu menjual buku penerbit yang enggan memberi potongan kadar gila itu.

Presiden MABOPA, Mr. Law King Hui, pernah menerangkan perkara ini kepada PTS, apabila pada tahun-tahun 1980-an dahulu, di mana pasaran buku bersilabus sakit tenat akibat banyaknya penerbit kecil yang memberi diskaun gila-gila kepada kedai buku, istilahnya "perang harga".

Sebenarnya, apa yang berlaku adalah penerbit-penerbit kecil tidak melakukan analisis kosting dengan cermat dan tepat sebagaimana yang dilakukan oleh penerbit besar kerana mereka tidak mempunyai jabatan kewangan yang professional. Mereka hanya menggunakan akal biasa sahaja, itulah sebabnya mereka menyangka dengan memberi diskaun lebih 50% kepada kedai buku mereka masih boleh buat untung dan survive, padahal itu sangkaan itu salah.

Memanglah, dengan memberikan diskaun gila-gila kepada kedai buku, pada tahun pertama banyak duit tunai masuk, jadi penerbit kecil berasa mereka dapat survive dengan cara itu.

Tetapi kos operasi bisnes pada tahun ke-3, ke-3 dan seterusnya akan meningkat. Pada waktu itu baru mereka sedar bahawa dengan memberikan diskaun sampai 50% mereka tidak pulang modal. Apabila mereka menyedari perkara itu, keadaan sudah terlambat. Mereka tidak dapat pergi ke kedai buku dan memberitahu bahawa mereka akan turunkan diskaun daripada 50% kepada 35%. Kedai buku takkan mahu terima. Inilah yang menjadi faktor utama mengapa banyak penerbit kecil itu tutup bisnes. Inilah contoh kes buku laku tetapi bisnes tutup!

NOTA: Apabila penerbit-penerbit kecil memberi diskaun gila-gila kepada kedai buku, penerbit seperti PTS terkena tempiasnya juga.

(i) Kedai buku akan meminta diskaun gila-gila itu kepada PTS sebab mereka yakin kos penerbitan buku sangat rendah oleh itu PTS masih mampu memberi mereka diskaun gila-gila itu. Padahal, dengan memberikan kadar maksimum 45%margin keuntungan PTS tinggal 3% sahaja.

(ii) Bukan hanya kedai-kedai buku mendapat persepsi salah tentang kosting buku, malah penulis-penulis juga mendapat persepsi yang salah kerana cerita-cerita diskaun sampai 50% - 70% tetap sampai ke telinga penulis-penulis. Akibatnya mereka yakin penerbit telah memberi mereka kadar royalti yang terlalu kecil, lalu mereka tidak puas hati dan meminta kadar yang lebih tinggi daripada penerbit.

(iii) Cerita diskaun gila-gila itu juga sampai ke telinga pengurus bank-bank yang membiayai bisnes PTS lalu mereka menyangka PTS mampu membayar kadar pinjaman yang lebih tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 19, 2009

Manfaat PTS Memasarkan Sastera Indonesia di Malaysia

Seorang rakan-FB saya yang bernama Alkaha Romli menulis nota ini pada posting saya: "Terima kasih PTS kerana membawa masuk 'Lasykar Pelangi". Ia membangkitkan semula cinta saya pada sastera Melayu."

PTS komited pada aktiviti memperkenalkan lebih banyak karya Indonesia ke dalam pasaran buku Melayu di negara ini. Objektif PTS adalah membangunkan jumlah peminat buku sastera di kalangan rakyat Malaysia. Apabila banyak rakyat Malaysia suka membaca karya sastera maka barulah jualan buku-buku sastera dapat ditingkatkan.

Pada masa ini buku-buku sastera Melayu sukar dijual, melainkan sastera popular. Punca situasi negatif ini adalah disebabkan rakyat Malaysia tidak menggilai sastera. Antara faktor yang menjadi puncanya karya sastera tidak digilai adalah kerana kualiti dan pilihan buku-buku sastera yang dipamerkan di kedai-kedai buku sangat terhad.

Justeru PTS komited menerbitkan lebih banyak karya sastera kerana rakyat Malaysia perlu didorong supaya membaca banyak sastera. Jikalau kedai-kedai buku tidak berminat mempamerkan karya sasterawan tempatan (atas alasan mereka sendiri) maka PTS akan memperkenalkan karya sastera Indonesia dan antarabangsa yang diterbitkan semula sebagai edisi bahasa Melayu. Karya luar itu akan dipilih-pilih supaya kedai-kedai buku mahu mempamerkannya.   

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Kedai Buku Pustaka Darussalam Alor Setar

Semasa melanjutkan pelajaran di Kaerah, Mesir, Tuan Haji Abdul Hadi B. Awang (mempunyai nama yang sama dengan Presiden PAS)  sekitar 1970-an, beliau telah sedikit demi sedikit menjual buku kepada rakan sekuliah semasa di sana, berkat menjual buku dan mempelajari selok-belok ilmu penjualan buku beliau pulang ke tanahair di sekitar lewat 1980-an dengan meneruskan perniagaan menjual buku.

Berbekalkan keuntungan sebanyak RM200 dan sedikit lebihan buku semasa belajar di sana, beliau telah memulakan perniagaan buku beliau dengan menyewa kedai di PERDA, Alor Star dengan permulaan mendapat sewa premis perniagaan  sebanyak RM120 di situ.

Hasil perniagaan yang dijalankan, kini beliau memiliki bangunan 3 tingkat di Shahab Perdana, Alor Setar  yang mana tingkat bawah dikhaskan menjual buku. Berteraskan penjualan buku agama yang kebanyakkannya diimport dari penerbit Timur Tengah, menjadikan Pustaka Darussalam sebagai peneraju utama dalam penjualan buku agama dari Timur Tengah.

Sekarang, dengan mempunyai dua cawangan, beliau seiring dengan arus permodenan dengan menjual juga buku bacaan umum dan juga buku kanak-kanak khususnya buku kanak-kanak PTS dan sambutan adalah menggalakkan.

Beliau juga mempunyai cawangan di daerah YALA, Selatan Thailand dengan nama kedai Maktabah Darussalam yang menjual buku agama dan juga kitab agama berbahasa Arab di sana. Tidak janggal melihat beliau menulis invoice menggunakan tulisan Jawi dan juga bahasa Arab. Seorang yang amat merendah diri menjadikan beliau senang didekati.

Nota: Laporan ini dibekalkan oleh Tn. Nor Ikhram, eksekutif jualan PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 18, 2009

Foto Pemenang Hadiah Ke-3 bagi Minggu Pertama

Anwar bin Abdul Aziz (770419-07-5341)
Taman Jati, Bandar Bera, Pahang
Kedai Buku: Pustaka Saujana, Temerloh

Hadiah: Nintendo DS + buku PTS bernilai RM100

Nota: Hadiah beliau dikirim dengan kurier kerana beliau tinggal di Bera, Pahang. Beliau mengirimkan foto beliau dengan hadiah-hadiah yang beliau memenangi seperti di bawah:

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Jawatan Kosong: Wartawan di Jabatan Marketing PTS

Jabatan Pemasaran, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. sedang mencari beberapa orang wartawan bagi mengisi kekosongan jawatan ini. Butiran lanjut seperti di bawah:
 
Jawatan: Wartawan (sepenuh masa)

Status: Kontrak 1 tahun

Syarat:
- wanita berumur antara 20 - 35 tahun
- mahir menulis dalam bahasa Melayu 
- memiliki ijazah/diploma dalam bidang berkaitan
- memiliki kemahiran interpersonal dan perwatakan menarik
- mahir menggunakan komputer dan internet
- memiliki lesen memandu D
- berupaya bekerja di bawah tekanan, menepati 'deadline', sanggup bekerja di luar waktu pejabat

Bidang Tugas:
- menulis pelbagai jenis berita dan artikel di laman web PTS
- mewawancara penulis PTS dan individu berkaitan

Tarikh tutup permohonan: 8 Januari 2010

Bagi yang berminat memohon, isi borang permohonan jawatan seperti dalam attachment dan sertakan satu resume lengkap.

Borang dan resume itu hendaklah diemel terus kepada En. Nazrul Samsudin, Penolong Pengurus, Jabatan Pemasaran PTS (.(JavaScript must be enabled to view this email address)).

Pemohon-pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui emel/telefon bagi sesi temuduga.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 17, 2009

Trainer Tidak Perlu Pandai Bercakap

Pasaran training adalah berbeza daripada pasaran ceramah. Objektif menyampaikan sesi training adalah bagi memindahkan skill yang ada pada diri trainer kepada para trainee. Manakala objektif ceramah adalah mencetuskan awareness (kesedaran) hadirin tentang sesuatu isu.

Sangat sedikit orang yang mempunyai bakat menjadi trainer dan penceramah serentak. Bagi tujuan menjadi trainer yang efektif, seseorang itu tidak perlu pandai bercakap di atas pentas di hadapan hadirin yang ramai, sebagaimana yang perlu ada pada penceramah.

Kriteria utama menjadi trainer yang efektif adalah keupayaan membina modul latihan dan menyampaikan modul itu. Keupayaan ini tidak diperlukan bagi menyampaikan ceramah yang berkesan.

Penulis buku dapat memilih sama ada mahu memasuki pasaran training ataupun pasaran ceramah. Pilihan ini perlu dibuat dengan mengambil kira bakat semula jadi yang dimiliki oleh penulis.

Nota: Foto menunjukkan seorang penulis PTS sedang menjalankan sesi training. Beliau adalah trainer Melayu generasi baru yang terbaru memasuki pasaran training profesional secara sepenuh masa. Beliau adalah Tn. Zamri Mohamed, seorang lulusan bidang komunikasi massa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 16, 2009

Menetapkan Berapa Diskaun untuk Pengedar dan Agen

Sebagai penerbit buku, salah satu perkara yang perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati adalah isu menetapkan berapa banyak diskaun yang mahu diberikan kepada pengedar, agen, kontraktor, kedai-kedai buku, penulis, staf dan lain-lain pelanggan.

Sebaik-baiknya, sebelum kita memulakan bisnes, bercakap-cakap dahulu dengan penerbit-penerbit lain bagi mendapatkan maklumat yang betul berkenaan jumlah diskaun yang banyak diamalkan dalam pasaran.

1. Berlainan produk, berlainan amalan diskaunnya.

Sebagai contoh, pengedar buku kanak-kanak di bawah usia 5 tahun seperti buku belajar mewarna, membaca dan menulis selalunya meminta diskaun yang 'gila-gila', yang tidak masuk akal, yakni lebih daripada 50% harga jualan buku. Malah ada yang mahukan diskaun sehingga 70%.

2. Berlainan penerbit, berlainan diskaunnya.

Tidak ada 2 buah penerbit yang mengamalkan diskaun yang betul-betul serupa. Semakin terkenal dan semakin laris buku-buku terbitannya di pasaran, semakin penerbit itu cuba mengurangkan diskaunnya. Penerbit yang sangat laris buku-buku terbitannya mungkin berdaya memaksa pengedar dan agen membayar tunai!

3. Berlainan pengedar dan agen, berlainan kadar diskaun.

Semakin terkenal dan semakin besar sesebuah pengedar dan agen, semakin mereka cuba mendapatkan setinggi-tinggi diskaun kerana mereka mempunyai keupayaan mengedarkan jumlah yang besar.

Amalan PTS:

PTS mengamalkan kadar diskaun yang standard bagi semua pengedar dan agen. PTS tidak memberi layanan istimewa kepada mana-mana pengedar, kedai buku, kontraktor ataupun agen. Apa yang ditawarkan kepada sesebuah pengedar, itu jugalah yang ditawarkan kepada semua pengedar lain.

Walau bagaimanapun, PTS menawarkan struktur diskaun yang progresif, bermula daripada 30% naik kepada 45%, di mana semakin besar nilai akaun pengedar itu dengan PTS maka semakin tinggi kadar diskaun yang diberikan. Sistem ini adalah bagi menggalakkan sesebuah pengedar itu menjual lebih banyak buku PTS.

Diskaun yang diberikan oleh PTS bergantung kepada berapa banyak nilai buku yang mereka pesan, iaitu nilai invois. Apabila nilai invois pengedar melebihi RM250,000 selepas diskaun setahun, ia layak menerima diskaun maksimum 45%.

NOTA: Dengan memberikan kadar diskaun maksimum 45%, margin keuntungan PTS tinggal 3% sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Ulangcetak Mengejut kerana Stok dalam Gudang PTS Habis Licin

1. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - 1500
2. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung - 3000
4. Sultan Muhammad Al-Fateh - 3000
5. Tariq: Menang Atau Syahid - 2000
6. Wo Ai Ni Allah - 2000
7. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi - 2000
8. Khalid: Memburu Syahid - 3000
9. Senangnya Memasak Kerabu & Salad - 8000
10. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha - 3000
11. Senangnya Memasak Sambal & Sos - 8000
12. Senangnya Memasak Ayam - 8000
13. Aisyah: Keanggunan Sejati (ed. soft cover) - 2000
14. Senangnya Memasak Ikan - 8000
15. Senangnya Memasak Nasi - 8000
16. Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif - 2000
17. Senangnya Memasak Sayur - 8000
18. Senangnya Memasak Daging - 8000
19. Minda Muslim Super - 2000
20. Quran Saintifik: Kecemerlangan Quran drpd Teropong Sains (ed. jimat) - 2000
21. Ajaibnya Sedekah - 3000
22. Solat Khusyuk Solat Smart - 2000
23. Perancangan Strategik Sekolah - 2000

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 15, 2009

Siapa Menentukan Judul, Jumlah dan Jadual Ulangcetak di PTS

Foto menunjukkan 3 orang yang menentukan rancangan ulangcetak buku-buku di PTS sedang menganalisis data jualan, data pesanan dari kedai dan agen, dan data inventori stok buku dalam gudang PTS.

Dari kiri: Tn. Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Jualan PTS, Tn. Arief Rahmad, Presiden dan CEO PTS, dan Cik Marianti Mohd. Ridi, eksekutif Jabatan Kewangan PTS yang menguruskan akaun ulangcetak.

Anak-anak syarikat PTS adalah semata-mata menerbitkan buku. Semua buku yang diterbitkan dijual kepada syarikat induk iaitu PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS-P&D)

PTS-P&D, sebagai pengedar tunggal membuat pesanan kepada anak-anak syarikat berapa ribu naskhah ia sanggup ambil. Justeru, dalam sistem bisnes PTS, editor-editor tidak menentukan judul, jumlah dan jadual ulangcetak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: “Baca & Menang” Pemenang Minggu Ke-2!

Pemenang Tempat Pertama
Nama: Mohd Adli b. Mohammed Zailani (700821-10-5887)
Dari: Sekinchan, Selangor
Kedai buku: MPH Bukit Raja
Hadiah: PSP2000

Foto di bawah menunjukkan Pn. Ainon Mohd, Chairman PTS menyampaikan hadiah kepada Tn. Mohd Adli bin Zailani.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemenang Tempat Kedua
Nama: Noorhisham b. Haji Idris (760320-01-6557)
Dari: Presint 9, Putrajaya
Kedai buku: MPH Alamanda
Hadiah: Sony Ericsson W205

Foto di bawah menunjukkan Tuan Hisham Salmin, Pengarah Seni PTS menyampaikan hadiah kepada Tn. Noorhisham b Hj. Idris.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemenang Tempat Ketiga
Nama: Filzah Lina bt. Jasri (940805-14-5144)
Dari: Batu Caves, Selangor
Kedai buku: Bookcafe PTS
Hadiah: Kamera Digital Panasonic LUMIX

Foto di bawah menunjukkan Tuan Fauzul Naim, Pengurus Besar Jabatan Editorial PTS menyampaikan hadiah kepada Cik Filzah Lina bt. Jasri.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surah al-Qadar dalam Bahasa Iban

Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau

1. Allah nyebut ia udah nurun ka al Quran tu maia malam al Qadr.

2. Kati nuan nemu nama malam nya?

3. Malam nya manah agi ari seribu bulan.

4. Malam nya turun malaikat-malaikat serta malaikat jibril ari perintah Allah awak ka ngadu ka semoa pengawa.

5. Malam nya mega penoh enggau selamat sampai ka pansut mata ari pagi.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Anggota Terbaru Tim Grafik PTS

 

 

 

 

 

 

 

Inilah wajah-wajah seniman ganteng yang terbaru masuk menjadi anggota Tim Jabatan Grafik PTS.

Mereka adalah dari kiri: Tn. Mohd. Fauzi bin Burhanuddin, Tn. Shahrol Izra bin Ishak (sudah berumahtangga), dan Tn. Norazri bin Norazmi.

PTS terkenal sebagai penerbit buku ilmu dalam Bahasa Melayu yang menghasilkan kaver-kaver buku paling cantik dan menarik dalam pasaran.

Kehadiran 3 orang seniman ini akan memperkukuhkan lagi brand PTS.

NOTA: Jangan tengok lama-lama kaver buku PTS, nanti terbeli!....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

85 Judul Sastera Remaja dan Kanak-Kanak akan Diulangcetak

Tuan Zaharin Zain, pengurus jabatan sales PTS, memberitahu sebanyak 85 judul buku sastera remaja dan kanak-kanak akan diulangcetak dalam masa terdekat ini.

Judul-judul yang akan diulangcetak itu adalah berdasarkan:

(i) Stok dalam setor sudah habis langsung.

(ii) Kuantiti yang ada dalam setor PTS kurang daripada 500 unit.

(iii) Pesanan dari agen dan kedai sudah ada.

Jumlah naskhah ulangcetak adalah antara 2 ribu hingga 5 ribu naskhah bagi setiap judul.

Menurut beliau, jumlah itu dianggarkan dapat memenuhi permintaan sehingga tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 pada bulan Mac hadapan.

"Kita cuba memastikan semua judul yang sangat laku semasa pesta buku nanti tidak akan putus bekalannya, sebagaimana yang pernah berlaku pada pesta buku yang lalu," kata beliau.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 14, 2009

Seni Desain Cover Buku yang Neutral Gender

Trend pasaran buku di seluruh dunia menunjukkan 80% buku yang terjual adalah genre fiksyen. Lapan puluh peratus (80%) buku-buku fiksyen yang terjual itu adalah dibeli oleh perempuan.

Justeru, mahu tidak mahu, mana-mana penerbit buku yang mahu survive dalam bisnes maka ia perlu menerbitkan judul-judul fiksyen. Formula yang bagus adalah menerbitkan 80% judul fiksyen dan 20% judul nonfiksyen.

Disebabkan 80% buku fiksyen dibeli oleh perempuan, maka itulah sebabnya penerbit-penerbit antarabangsa menggunakan desain cover buku yang neutral-gender.

Neutral-gender bermakna tidak khusus kelihatan macam gaya yang sangat maskulin ataupun sangat feminin.

Cover novel sai-fai 'Parameter Aquila' ini mempunyai ciri netural-gender supaya buku ini dapat menarik minat pembaca lelaki dan perempuan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat: Perihal Panggilan Mulia ‘Cik’, ‘Puan’ dan ‘Cikpuan’

Assalamualaikum Warahmatullah.  Semoga Puan dirahmati Allah.

Puan, saya ingin bertanya satu soalan. Saya sering menulis emel dan berkomunikasi dengan wanita dalam urusan formal dengan panggilan cikpuan. Namun, ada orang tegur saya katanya istilah cikpuan cikpuan tidak ada. Hanya panggilan cik atau puan sahaja. Katanya lagi, didalam urusan formal lebih baik gunakan Puan walaupun mereka belum berkahwin. Saya masih belum menemui jawapannya dan ingin bertanya pada Puan sebelum saya menjawab pertanyaan itu. Segala kerjasama dan perhatian Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Hariri Daud

.......................

Tuan Hariri yang dimuliakan,

1. Dalam Bahasa Melayu Tinggi (BMT) panggilan mulia 'Cikpuan' digunakan kepada perempuan yang mempunyai ciri (a) cantik, (b) muda dan (c) disayangi, maka itu isteri-isteri kepada sultan (dan isteri kepada anak-anak sultan) yang berketurunan orang biasa diberikan nama panggilan mulia 'Cikpuan' sebelum mereka ditabalkan menjadi sultanah ataupun permaisuri, seperti Cikpuan Siti Aisyah (Selangor) dan Cikpuan Kalthum (Pahang).

2. Dalam BMT, panggilan mulia 'Cikpuan' juga digunakan di kalangan isteri-isteri golongan kelas atasan dalam masyarakat Melayu, seperti isteri pembesar dan pegawai-pegawai tinggi.

3. Intipati panggilan mulia 'Cikpuan' dalam BMT adalah panggilan penghormatan kepada perempuan-perempuan Melayu yang mulia lagi dimuliakan.

Berdasarkan 3 faktor itulah maka BMT kontemporari meluaskan lagi penggunaan panggilan mulia 'Cikpuan' kepada semua perempuan yang dimuliakan, baik Melayu mahupun bukan Melayu, tanpa mengambil kira berapa usia ataupun status perkahwinan perempuan itu, yakni apakah dia gadis muda, gadis lanjut usia, isteri pertama, kedua, ketiga, keempat ataupun janda.

Nota: Pendapat yang mengatakan dalam Bahasa Melayu tidak ada panggilan mulia 'Cikpuan' adalah pendapat bukan pakar bahasa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 13, 2009

Januari 2010: PTS akan Melancarkan Kempen Besar-besaran “Komik Masuk Sekolah”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mulai bulan Januari dan sepanjang tahun 2010, jabatan marketing dan unit Komik-M PTS akan melancarkan kempen marketing besar-besaran dengan tema "Komik Masuk Sekolah".

Antara event utama dalam kempen itu nanti adalah pelbagai peraduan melukis komik yang ditargetkan kepada penyertaan pelajar dan sekolah-sekolah.

Komik-komik terbitan PTS adalah berkonsepkan "mesra pendidikan". Keistimewaan komik-komik PTS adalah kerena komik-komik itu menggunakan Bahasa Melayu Tinggi manakala lukisan dan cerita-ceritanya bersifat syariah-compliant. 

Bagi mencapai matlamat kempen itu, dua judul Komik-M yang terbaru ini diberikan nama siri "Aku, Kau & Komik" dengan tema dunia persekolahan. Selepas 2 judul ini akan diterbitkan komik-komik yang serupa temanya.

Duta PTS, Puan Ain Maisarah, yang juga akan memulakan road-tour ke sekolah-sekolah terpilih di seluruh Semenanjung mulai bulan Januari 2010, akan turut mempromosi produk-produk Komik-M kepada guru-guru dan pelajar.

Menurut pengurus unit komik PTS, Tuan Wan Zuhairi (foto), kempen "Komik Masuk Sekolah" ini adalah bagi mengubah tanggapan negatif guru-guru tentang pengaruh komik kepada minda para pelajar.

Selama ini sekolah memusuhi komik. Bukan hanya guru-guru bahasa yang memusuhi komik, malah boleh dikatakan semua guru dan ibu bapa juga, sangat memusuhi komik kerana komik menggunakan bahasa rendah.

Banyak sekolah mengharamkan pelajar membawa komik dalam beg sekolah mereka. Komik juga tidak dibenarkan dijual dalam premis sekolah, termasuk dalam kedai buku koperasi sekolah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buaya

Novel 'Laskar Pelangi' mencetuskan banyak idea-idea kreatif. Salah satunya adalah komik yang berjudul 'Buaya Laskar Pelangi'.

Dapat dinikmati di sini http://bungandy.net/post/185444852/buaya-laskar-pelangi-by-mandor-books-part1

dan di sini http://bungandy.net/post/185450432/buaya-laskar-pelangi-by-mandor-books-part2

Kata sang pencipta buaya itu: "Komik ini tidak dibuat untuk menyindir film Laskar Pelangi, karena bagi kami film ini sendiri sangatlah bagus. Namun komik ini dibuat dari pemikiran liar kami pada satu adegan, di mana selalu saja ada buaya yang menghalangi jalan salah satu anak Laskar Pelangi. Berbagai pikiran liar muncul satu persatu dan akhirnya dibuatlah komik ini, yang di ilustrasikan oleh Toroelmar."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat: Komik Menjadikan Remaja Biadab

Assalamualaikum, Puan Ainon. Sempena tahun baru ini, saya doakan agar Sifu berada dalam keadaan yang lebih sihat, dipermudahkan segala urusan dan rezeki, diberi kemuliaan di dunia dan di akhirat, serta mendapat keredhaan Allah. Sudah lama saya tidak menghubungi Sifu.

Saya sudah setahun bekerja dan agak seronok dengan suasana kerja. beberapa minggu lepas saya ada menghubungi pensyarah saya. Dia bertanya kepada saya sama ada mudah atau susah mengajar matematik. Saya beritahunya sangat mudah. Sehingga ada pengajar lain yang datang merujuk kepada saya, biarpun saya masih baru di situ. Saya juga pernah diminta memberi ceramah berkenaan bidang yang saya ajar ini kepada pelajar-pelajar. Maklum balas yang saya terima daripada pelajar-pelajar sangat positif. Pensyarah saya terharu. Dia beritahu saya, lihatlah hikmah di sebaliknya. Jika dahulu, saya belajar dalam keadaan yang sangat susah, namun kesusahan itu telah menjadi saya mudah untuk mengajar.

Namun sebagai orang baru, saya sentiasa cuba merendah diri. Pernah seorang staf senior datang memberitahu saya, "Maaf Amien, semalam kami mengumpat pasal awak. Tak sangka betul, Amien, awak ni nampak sahaja sempoi, merendah diri, tetapi sebenarnya awak brilliant. Akak kagum dengan awak." Di sini saya agak popular di kalangan pelajar saya. Saya membuka kelas atau kumpulan belajar, untuk mengajar mereka pada waktu petang. Namun saya sedar, ilmu yang saya ajar ini cuma berguna di dunia sahaja. Ilmu akhirat tampak lebih utama.

Selepas ini saya akan lebih berusaha untuk mengadun nilai-nilai murni dalam pengajaran saya. Saya agak kesal dengan tingkah laku anak-anak muda generasi sekarang ini yang biadab biarpun cemerlang. Kadang-kadang mereka pandai, tetapi kata-kata mereka kesat dan menyakitkan hati orang yang mendengarnya. Nampaknya sekarang ini ramai pelajar lebih mengutamakan akademik berbanding moral. Kebanyakan tingkah laku buruk mereka ini saya dapati ditru sama ada menerusi rancangan televisyen, filem, majalah atau komik yang mereka baca.

Filem-filem yang ditayangkan di Malaysia ada yang memaparkan aksi pelawak yang boleh dikatakan biadab. Hakikatnya itulah tingkah laku yang menjadi ikutan. Sesuatu yang menjadi gelak ketawa penonton atau pembaca, rupanya akan menjadi sesuatu yang menyakiti hati apabila dibawa keluar ke dunia realiti. Inilah sebabnya kenapa ayah saya begitu marah apabila saya dan adik-beradik saya membeli majalah-majalah kartun atau hiburan semasa kecil dahulu. Dialog-dialog yang digunakan menjadi punca. Dan sejak akhir-akhir ini dialog-dialog itu semakin kesat dan digunakan secara meluas di kalangan generasi muda.

Sempena tahun baru ini saya berazam mahu mengutamakan moral dan nilai-nilai murni lebih daripada soal akademik atau kemahiran dunia. Tidak ada gunanya melahirkan generasi yang bijak pandai tetapi tidak memiliki moral dan tingkah laku yang baik. Semua itu cuma mengundang kemusnahan pada kemudian hari. Tanggungjawab dan tugas-tugas saya semakin bertambah tahun ini. Saya mahu lakukan dengan lebih baik.

Sebelum saya berundur, saya memohon maaf kepada Sifu sekiranya saya ada melakukan apa-apa kesalahan terhadap Sifu. Semoga tahun baru ini mengundang lebih rahmat dan keredhaan Allah.

Salam hormat,
Mohd Amien Mohd Yasin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 2 pages  1 2 >