Sunday, December 13, 2009

Siapa Mengurus Apa di Jabatan Kewangan PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1. Puan Hasnah Ibrahim (duduk) adalah ketua jabatan kewangan PTS. Beliau menjaga akaun korporat semua anak-anak syarikat, khususnya (i) akaun, (ii) audit dan (iii) percukaian.

2. Puan Faraliza Zainal Abidin (2 dari kiri) menjaga cash-flow.

3. Cik Marianti Mohd. Ridi (kiri sekali) menjaga akaun jabatan editorial, khususnya (i) bajet pembelian kertas dan (ii) bajet percetakan dan (iii) bajet ulangcetak.

4. Cik Norizah Wahid (kanan sekali) menjaga (i) pengiraan royalti, dan (ii) jadual pembayaran royalti.

5. Cik Nawal Hasbullah (dua dari kanan) menjaga penyediaan cek-cek bayaran honorarium dan upah freelance editor, designer, artis layout, dan ilustrator.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 12, 2009

Kedai Buku Pustaka Habibi, Sungai Petani: Bermula dengan Menjual Buku di Pasar Malam

Bermula dengan berniaga buku di pasar malam sekitar Johor Baru (beliau seangkatan dengan Tuan Haji Azhar pemilik Pustaka Azhar di Johor Baru, Tuan Haji Mortadza pemilik Larkin Bookstores Johor Bahru dan juga Tuan Haji Aris pemilik Pustaka Aris, di Pasir Gudang, Johor), En. Yusuf pulang ke kampung halamannya di Sungai Petani bagi meneruskan perniagaannya.

Kini, dengan hasil penjualan buku di pasar malam, beliau telah membuka kedai di tengah Bandar Sungai Petani, Kedah.

Masa berlalu, dan kini beliau pula menjadi pembekal kepada peniaga buku pasar malam di sekitar Sungai Petani dan sekitarnya.

Berteraskan penjualan buku agama dan kitab, permis perniagaan beliau yang diapit dua buah bank iaitu Maybank dan juga BSN membuatkan kedai beliau menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan buku-buku agama serta juga audio berkaitan agama.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS akan Menubuhkan 2 Anak Syarikat Baru

Lembaga pengarah PTS telah bersetuju bahawa pada bulan Januari 2010, dua buah anak syarikat baru akan diperbadankan. Kedua-duanya adalah:

i. PTS FORTUNA Sdn. Bhd.

PTS FORTUNA akan terus menerokai sektor pasaran buku-buku lelaki.

ii. PTS Darul Furqan Sdn. Bhd.

PTS Darul Furqan akan menceburi pasaran (a) al-Quran, (b) terjemahan al-Quran dan (c) tafsir al-Quran.

Nota: Kedua-dua nama itu adalah tentatif, masih tertakluk kepada kelulusan pejabat pendaftar syarikat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 11, 2009

Buku Karya Pengarang Indonesia Dieksport ke Indonesia oleh PTS

Buku "Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung" yang menjadi buku bestseller PTS 2009 ini telah dilesen oleh penerbit PT Hikmah, salah sebuah anak syarikat Mizan Group, Bandung.

Tuan Faris Hasbullah, pengurus PTS Islamika memberitahu perjanjian pelesenan itu sudah ditandatangani bagi membolehkan buku ini diterbitkan semula di Jakarta sebagai edisi Indonesia.

Buku ini istimewa kerana ia ditulis oleh pengarang di Indonesia. Beliau menghantar manuskrip ini menggunakan emel kepada PTS lalu dibaca dan didapati PTS berminat menerbitkannya.

Apabila jualan buku ini sangat bagus, beberapa penerbit di Jakarta memohon bagi melesen hak penerbitannya. PTS memilih PT Hikmah kerana wujudnya hubungan bisnes yang baik antara PTS dan Mizan Group.

Nota: PTS Litera Utama Sdn. Bhd. yang menerbitkan karya-karya Andrea Hirata adalah joint-venture antara PTS (51%) dan Mizan (49%).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Surah al-Qaari’ah dalam Bahasa Iban

Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau

1. Ari kiamat

2. Nama ari kiamat nya?

3. Kati nuan nemu nama utai ti disebut ari kiamat ti tadi?

4. Maia nya anak mensia baka kesulai ti terebai pepar

5. Lalu bukit enggau gunung nyadi baka bulu ti ditabur peneka ati

6. Maia nya urang ti berat timbang pemanah,

7. Lantang senang nadai nama-nama.

8. Lalu sida ti lempong timbang pemanah ia

9. Endor ia pulai nadai ka bukai neraka Hawiyah

10. Kati nuan nemu nama utai neraka Hawiyah tu?

11. Nya meh api ti kelalu angat endar.

Nota: PTS sedang menyiapkan terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Iban.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 10, 2009

Pejabat Editorial PTS yang Islami….

Nabi Muhammad tidak membuat bilik khusus sebagai pejabatnya. Beliau mengamalkan konsep pejabat terbuka, atau open-office.

Pejabat beliau bukan setakat 'open', malah 'mobile'. Bukan itu sahaja, pejabat beliau beroperasi 24 jam sehari....

Di pebajat baru jabatan editorial PTS, yang terletak di Dolomite Business Park, Batu Caves, konsep open office itu juga diamalkan, di mana pegawai-pegawai yang bertaraf pengurus sekalipun tidak mempunyai bilik pejabat.

Pembelian bangunan jabatan editorial PTS sebanyak RM1.7 juta dan kos renovasi sebanyak RM400 ribu dibiayai dengan pinjaman bank EON CAP, sebuah bank yang saham terbesarnya dimiliki oleh Cina Hong Kong.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Kedai Buku HASANI Edar Sg. Petani

Hasani Edar adalah syarikat kedai buku Melayu yang paling berjaya di zon Utara.

Cawangan utama syarikat Hasani Edar terletak di tengah Bandar Sungai Petani.

Hasani Edar mempunyai 2 buah outlet di bandar Sungai Petani, 1 cawangan di Kulim yang dikenali sebagai LANDMARK, 1 kiosk akhbar seperti MyNews di bandar Kulim, dan 1 lagi kedai buku di Gurun, Kedah.

Dua outlet dan cawangan utamanya di Pekan Baru mempunyai keluasan 6 buah pintu kedai (bersamaan 8100 kaki persegi).

Pembahagian di dalam kedai meliputi bahagian buku rujukan sekolah, alat tulis, buku novel dan juga umum, buku agama dan juga pakaian seragam sekolah serta satu lagi bahagian untuk stor dan pengedaran.

Penerimaan pelanggan terhadap buku terbitan PTS adalah sangat bagus dan kedai ini menjual kesemua tajuk terbitan PTS. Melalui pesanan standing order, setiap buku baharu akan diperolehi oleh kedai ini.

Kekemasan di dalam kedai ini membuatkan pelanggan selesa dan perkhidmatan yang disediakan amat cemerlang.

Di setiap baris rak, Hasani menugaskan seorang pembantu yang berdiri di situ. Beliau akan menyapa pelanggan dan membantu pelanggan mencari buku di dalam kedai itu selain memberi khidmat nasihat dan pendapat tentang buku yang pelanggan kehendaki.

Menurut pengurus kedai ini, iaitu  En. Faizal yang baru berumur 23 tahun,  perkhidmatan pembantu itu disediakan bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan, dan terbukti dengan cara begini, pelanggan merasa mereka dihargai dan sentiasa kembali ke kedai ini bagi membeli buku.

Hassani juga di kenali sebagai Hassani Group kerana mereka mempunyai pelbagai cabang perniagaan lain seperti, pertukaran wang asing, restoran, pusat tuisyen, ejen pelancongan, pengendali kursus perkahwinan, penternakan lembu dan kambing, pertanian penanaman sayuran, pembekal bahan kek dan roti, kedai roti dan kek, dan pelbagai lagi.

Mereka akan mengadakan jualan pesta buku yang menawarkan diskaun sehingga 70% mulai 16 Disember 2009 - 10 Januari 2010. Disamping itu juga, kedai ini menyertai peraduan yang dianjurkan oleh PTS.

Nota: Foto dan laporan ini dibekalkan oleh Tn. Mohd. Nor Ikhram, eksekutif sales PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2008

Majlis Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2008 akan diadakan pada Selasa, 22 Disember 2009 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Haji Mohd Puad Zarkashi, akan menyampaikan anugerah.

Pengarah Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) adalah Encik Abdul Halim Ismail (foto). Beliau memberitahu 11 kategori anugerah akan diberikan:

1. Anugerah Buku Kanak-kanak (Bergambar)

2. Anugerah Buku Remaja (Fiksyen)

3. Anugerah Buku Remaja (Bukan Fiksyen)

4. Anugerah Buku Dewasa (Fiksyen)

5. Anugerah Buku Dewasa (Bukan Fiksyen)

6. Anugerah Buku Terjemahan

7. Anugerah Buku Ilmiah

8. Ilustrator Terbaik

9. Pereka Bentuk Terbaik.

10. Editor Terbaik

11. Anugerah Buku Terbaik 2008.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 09, 2009

Surah al-Asr dalam Bahasa Iban

Al Asr

Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau.

1. Allah petara ti siko besumpah enggau ari.

2. Semua anak mensia nyadi rugi.

3. Semina sida ti bepegai ba pengarap ti bendar serta ngaga penggawa manah lalu bepadah awak ka sida ia niti jalai ti terang serta bepesan awak ka tan ati maia diuji petara.

Nota: PTS sedang menyiapkan terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Iban.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

TOP 20 Buku Bisnes dan Pengurusan di MPH Alamanda Putra Jaya Bulan November 2009

1. Internet Marketing dengan Facebook
2. Buat Duit dengan Blog
3. Kotler on marketing (edisi Bahasa Melayu)
4. Rahsia Bisnes Orang Cina (kulit lembut)
5. Bisnes Internet: bina. upload. urus
6. Buat Duit dengan Affiliate
7. Buat Duit dengan Ikan Keli
8. Buat Duit dengan Youtube
9. Rahsia Bisnes Orang Cina (edisi jimat)
10. Internet Marketing untuk Bisnes Kecil
11. Buat duit dengan foto
12. 101 Idea Bisnes Home-based
13. Buat Duit Sebagai Ejen Insuran
14. Buat Duit dengan Jual Pakaian
15. Kuasa Minda Separa Sedar
16. Buat Duit Sebagai Ejen Unit Amanah
17. Buat Duit dengan Restoran
18. Buat Duit dengan Tuisyen
19. Buat Duit dengan Cendawan
20. Buat Duit dengan Rumah

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

TOP 20 Buku Umum di MPH Alamanda Putra Jaya Bulan November 2009

1. Senangnya Memasak Sambal & Sos
2. Senangnya Memasak Mi & Mihun
3. Senangnya Memasak Daging
4. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain?
5. Senangnya Memasak Ikan
6. Senangnya Memasak Nasi
7. Yakjuj & Makjuj: Bencana dari Sebalik Gunung
8. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
9. Senangnya Memasak Sayur
10. Senangnya Memasak Ayam
11. Doa Insan Berkasih
12. Magnet Rezeki dengan Solat Duha
13. Travelog haji: Mengubah Sempadan Iman (edisi jimat)
14. Salahudin Penakluk Jerusalem
15. Senangnya Memasak Makanan Laut
16. Quranic Law of Attraction
17. Ajaibnya Sedekah
18. Menunggu Cinta Tuhan
19. Aisyah Ummul Mukminin: Keanggunan Sejati
20. Khalid Memburu Syahid

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

TOP 20 Sastera Remaja di MPH Alamanda Putra Jaya Bulan November 2009

1. Sejak Bila Kami Berkawan?
2. Sarah dan senduk
3. Young Aisyah: Ponteng Puasa
4. Gadis Lolipop
5. Aku, Dia & Coklat
6. Dunia Jam 10
7. Usahawan Cilik: Puteri Kristal
8. Usahawan Cilik: Mufin Manja
9. Young Aisyah: Sayang Cikgu
10. Buletin Sri Bangsar - Kini Berwajah Baru
11. Young Aisyah: Buli
12. Young Aisyah: Juara Kampung
13. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
14. Aku Mahu ke New York 2
15. Hai Suria!
16. Tak Bisa Memilihmu
17. Impiana 2
18. Harta itu Aku Punya!
19. Tempat Pertama?
20. Muaz & Haikal: Along Hilang

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Eksekutif Sales PTS Bertugas

Tuan Zulkimy (foto bercermin mata) adalah eksekutif jualan dan khidmat pelanggan PTS yang menjaga kedai-kedai buku di negeri-negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Setiap bulan beliau out-station selama 10 hari sekali keluar.

Dalam foto (kiri), beliau menyemak stok buku-buku PTS diperhatikan oleh pengurus outlet.

Dalam foto (kanan) beliau sedang mengunci jualan. Perhatikan bahawa Tn. Zulkimy yang menentukan jumlah stok baru yang akan dibekalkan kepada outlet, manakala pengurus outlet setuju sahaja....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 08, 2009

PTS Mencari Editor Perolehan Buku-buku Bisnes, Pengurusan dan Pendidikan

Bidang Tugas:
   1. Merancang dan membangun judul buku bagi diterbitkan oleh syarikat.
   2. Mencadangkan konsep buku.
   3. Mengurus manuskrip yang dihantar kepada syarikat.
   4. Mengurus perjanjian penerbitan.
   5. Membuat suntingan asas manuskrip.
   6. Menyediakan anggaran untung rugi penerbitan buku.
   7. Mengurus promosi buku.

Kelayakan:
   1. Memiliki ijazah sarjana muda dari mana-mana IPT yang diiktiraf kerajaan.
   2. Calon dalam bidang pendidikan ataupun kaunseling diutamakan.
   3. Terbuka kepada calon lelaki sahaja.
   4. Suka membaca buku terutamanya dalam bidang pendidikan.
   5. Berbakat menulis.
   6. Minat dalam bidang penerbitan buku.
   7. Mahir menggunakan komputer dan internet.
   8. Suka belajar daripada orang lain dan suka bekerja dalam kumpulan.
   9. Mampu bekerja dengan penyeliaan yang minimum.
  10. Memiliki kenderaan sendiri sama ada motosikal ataupun kereta.
  11. Berumur bawah 30 tahun.
  12. Peramah dan memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi.
  13. Calon yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kepimpinan pelajar ketika di kampus diutamakan.

Download borang jawatan kosong di http://www.pts.com.my

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Mencari Eksekutif Kanan Kawalan Kredit

TUGASAN
    * Bertanggungjawab menyediakan hal berkaitan invois, surat peringatan kredit, ageing penghutang dan penaksiran kredit.
    * Memastikan kutipan kredit daripada penghutang dalam jangka masa yang ditetapkan.
    * Membantu proses penyediaan formula, dan penelitian polisi kawalan kredit.
    * Menyediakan laporan berkala untuk pihak pengurusan.
    * Berhubung dengan pihak luaran dan dalaman dalam urusan aktiviti kredit.

KELAYAKAN
    * Minimum Diploma dalam bidang perakaunan ataupun pentadbiran perniagaan.
    * Calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang kawalan kredit selama sekurang-kurangnya 3 tahun akan diberikan keutamaan.
    * Mahir mengunakan komputer dan software perakauanan seperti Microsoft Excel dan SAP.
    * Mempunyai sistem kerja yang sistematik dan mempunyai pengalaman dalam penyediaan SOP kerja kawalan kredit.
    * Mahir dalam Bahasa Inggeris bisnes.
    * Mempunyai perwatakan yang menarik, semangat kerja berpasukan yang tegar dan juga mampu membuat keputusan yang analitikal.
    * Calon lelaki diberikan keutamaan.

Download borang jawatan kosong di http://www.pts.com.my

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Mencari Editor Fiksyen

A. Kriteria

    * Memahami apa itu fiksyen.
    * Hidup, makan, mandi, tidur dan ghairah dengan fiksyen.
    * Punyai daya imaginasi dan fantasi yang dinamik.
    * Faham keperluan fiksyen dan perkembangan genre yang terkini.
    * Boleh mengenalpasti kekuatan atau kelemahan sesuatu manuskrip.
    * Cermat, teliti dan tegas dalam suntingan.

B. Kualiti

    * Berdikari.
    * Berorentasikan keputusan.
    * Penguasaan dalam Bahasa Melayu Tinggi.
    * Boleh berorganisasi dalam kumpulan yang sering mencabar kesabaran.
    * Patuh dengan masa.

C. Syarat Wajib Permohonan

    * Sanggup bekerja di ibu pejabat PTS di Batu Caves, sepenuh masa.
    * Kelulusan akademik yang cemerlang.
    * Terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum semasa di sekolah, kolej dan universiti.

Nota: Download borang kosong di http://www.pts.com.my

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Perihal Konsultan Jolok

Saya baru pulang ke pejabat daripada makan tengah hari dengan beberapa orang editor PTS, yang kebetulan mereka semua sudah duduk makan di gerai bawah pokok itu sewaktu saya tiba. Jadi, apabila terpandang mereka saya pun terus duduk, kebetulan ada kerusi kosong.

Sambil berbual-bual, salah seorang editor PTS bercerita bagaimana minggu lalu beliau dan seorang penulis PTS sengaja-sengaja pergi ke pejabat sebuah penerbit Mamak yang terkenal di kalangan komuniti penerbit disebabkan Mamak itu selalu mendapat kontrak jutaan ringgit bagi membekalkan buku-buku terbitannya kepada sebuah kementerian. Pejabat penerbit itu terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Apabila mereka memasuki pejabat penerbit itu, mereka diperkenalkan kepada seorang lelaki Melayu yang duduk di meja khas dengan nama jawatannya tertulis "publishing consultant". Maka mereka pun berbual-bual dengan publishing-consultant itu.

Si publishing-consultant bertanya, "Encik dari mana?"

Dijawab oleh si penulis PTS, "Saya penulis buku, saya sedang mencari penerbit."

Kemudian dia bertanya kepada si editor PTS soalan yang serupa.

Dijawab oleh si editor PTS, "Saya dari PTS," sambil menghulurkan kad bisnesnya.

"PTS?..." si publishing-consultant bertanya, jelaslah dia tidak tahu wujudnya PTS.

Dalam masa berbual-bual itu, si publishing-consultant tersebut dengan gaya bangga memberitahu kejayaannya membantu syarikat penerbit Mamak itu mendapat kontrak tahun demi tahun. Dia memberitahu, "Kalau kontrak RM10 juta, RM6 juta sudah tentu dalam kocek kami."

Sebelum editor dan penulis PTS meninggalkan pejabat penerbit itu, si publishing-consultant berkata, "Kalau syarikat awak mahu dapat kontrak, hubungi saya. Ini kad saya."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Testimoni: Mengapa Saya Sangat Menyukai Novel-novel Indonesia

Assalamualaikum Puan Ainon,

Alhamdulillah, Sifu. Puan terus di persada dunia ilmu membimbing anak-anak Malaysia, terutamanya Melayu Islam supaya identiti Melayu Islam terus terpacu di jalan yang benar. Saya sentiasa doakan semoga pacuan Sifu, suami dan anak-anak buah di PTS semakin kencang bak pacuan kuda perang di medan jihad. Amin!

Sejak di bangku sekolah menengah, di universiti dan sehingga kini saya sudah membaca beberapa novel dari Indonesia, sama ada naskah asal dalam bahasa Indonesia atau yang sudah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Ternyata bahawa novel-novel negara jiran jauh lebih maju dalam membahaskan isu yang mahu diketengahkan.

Isunya lebih memandu minda dan dinarasikan secara ilmiah. Sungguhpun ianya fiksyen, namun para penulis dari sana lebih terbuka minda, berfikir dalam sudut yang agak lain dari majoriti penulis kita di Malaysia. Mangapa, Sifu?

"Wo Ai Ni, Allah" (Aku cinta Allah). Saya suka novel ini. Malah amat menyenanginya.

Salam ukhuwah dan perjuangan dari saya, seorang murid yang derhaka.

Web Sutera

(Nota: Tuan Web Sutera adalah lulusan sains komputer yang kini menjalankan bisnes Lusiana Catering.)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

“Atas Nama Cinta” Novel Islami Terbaru

Pada masa ini PTS sudah menerbitkan hampir 40 judul novel-novel cinta Islami bagi memenuhi permintaan daripada golongan gadis remaja dan perempuan-perempuan muda yang mahukan genre ini.

PTS akan terus-menerus menerbitkan genre ini pada kadar 2 judul setiap bulan. Ini adalah strategi PTS bagi mendapatkan keyakinan pekedai buku supaya memberikan rak khusus bagi novel-novel cinta Islami PTS, iaitu tidak diletakkan di rak novel cinta pop.

Jualan novel cinta Islami tidak sebanyak jualan novel-novel cinta pop, tetapi cukup bagi membolehkan judul yang dicetak 3 ribu naskhah diulangcetak dalam tempoh kurang daripada setahun.

Meskipun jualan novel cinta Islami tidak meletup-letup tetapi genre ini berpotensi menjadi evergreen, yakni dapat bertahan lebih lama dalam pasaran berbanding novel-novel pop.

PTS yakin jumlah penggemar genre ini akan terus berkembang sehingga membolehkan cetakan pertamanya naik daripada 3 ribu kepada 10 ribu, berdasarkan brand nama pengarang.

Kadar peningkatan jumlah cetakan ini akan berlaku perlahan-lahan apabila semakin banyak orang membaca judul-judul yang ada dan bercakap kepada rakan dan taulan mereka tentang ciri-ciri positif genre ini.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 07, 2009

Ulangcetak Mengejut di Luar Skedul kerana Masuknya Tender KEMAS

1. Koleksi Puisi Untuk Kanak-kanak - 6,000 naskhah
2. Kerjaya Dalam Bidang Insurans - 1,000 naskhah
3. Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar - 5,000 naskhah
4. Panduan Kognitif Kanak-Kanak Pra Sekolah - 6,000 naskhah
5. Panduan Kurikulum Prasekolah - 6,000 naskhah
6. Panduan Pemakanan Pra Sekolah - 6,000 naskhah
7. Panduan Pendidikan Pra Sekolah - 6,000 naskhah
8. Panduan Untuk Pengusaha Tadika - 6,000 naskhah
9. Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa - 6,000 naskhah
10. Pendidikan Sains Prasekolah - 6,000 naskhah
11. Permainan, Lagu & Puisi Kanak-Kanak - 6,000 naskhah

NOTA: Pengurus jabatan jualan PTS, Tuan Zaharin Zain (foto), mengeluarkan arahan kepada jabatan editorial PTS supaya dengan segera mengulang cetak judul-judul di atas kerana kontraktor-kontraktor buku yang menerima tender daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terpaksa membekalkan judul-judul itu pada bulan Desember ini juga, yakni sebelum tutup akaun.

PTS sendiri tidak masuk tender KEMAS, ataupun mana-mana jabatan kerajaan. Judul-judul PTS di-submit oleh kontraktor-kontraktor buku kepada KEMAS. Apabila judul PTS terpilih, PTS membekalkan buku-buku itu kepada kontraktor yang menerima tender KEMAS pada harga diskaun 35%.

Apabila berlaku peristiwa seperti ini, bajet bulan Desember yang sepatutnya digunakan bagi mencetak judul baru dan judul ulangcetak yang sudah ditentukan sebelum ini, terpaksa di-'adjust'.....

Inilah faktor yang mendukacitakan para penulis yang sudah lama menanti-nanti kelahiran buku baru mereka pada bulan Desember, kerana terpaksa ditunda kepada bulan hadapan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Pegawai Tinggi Kerajaan yang Lain daripada yang Lain

Inilah Tuan Muhamad bin Ali, ataupun lebih dikenali dengan nama MBA-san, seorang pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya. Barangkali beliaulah satu-satunya pegawai tinggi kerajaan yang buku-bukunya diulangcetak dan dijual di kedai-kedai buku utama negara ini.

Tidak banyak pegawai tinggi kerajaan yang suka membeli dan membaca buku, apatah lagi menulis buku. Beliau adalah kekecualian.

Tuan MBA-san rajin menghadiri pelbagai kursus dan bengkel teknik menulis dan kursus Bahasa Melayu yang dijalankan oleh PTS. Dalam keadaan beliau kurang sihat sekalipun beliau datang juga.

Beliau seorang yang berat mulut tetapi sangat kooperatif, menyebabkan beliau disenangi oleh penulis-penulis muda yang menjadi rakan kursus.

Beliau juga seorang kaki basikal yang tegar. Barangkali beliaulah kaki basikal yang paling (tua dan paling) tinggi jawatannya dalam kerajaan.

Beliau juga presiden pihak Malaysia dalam persatuan persahabatan Malaysia-Jepun. Manuskrip 'Travelog Jepun' yang beliau tulis untuk PTS sudah lama siap tetapi belum terbit. Setiap tahun beliau mengajak rakan dan kenalan ikut beliau mengembara ke negara Jepun dengan kos yang sangat berpatutan.

Bagi mempromosi bukunya 'Kerjaya dalam Bidang ICT', beliau pernah mengeluarkan duit sendiri bagi menjalankan peraduan yang menawarkan hadiahnya sebuah laptop.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Diskaun Istimewa Apabila Membeli Buku di Showroom Ibu Pejabat PTS

Bagi tuan dan puan yang tinggal di sekitar Gombak dan Batu Caves, tuan dan puan boleh membeli buku-buku PTS di ibu pejabat PTS yang terletak di Dolomite Business Park, tidak jauh dari pejabat Pos Laju Malaysia.

Tuan dan puan dapat membeli pada diskaun yang sangat menarik.

Pengurus showroom PTS adalah Cik Diana. Beliau juga pengurus kedai buku online PTS, BookCafe.

Sebelum datang, elok hantar SMS kepada beliau dan buat appointment: HP 0166611972.

Tuan dan puan boleh juga membuat pesanan awal melalui emel kepada beliau: .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 06, 2009

Pendatang Baru ke PTS FORTUNA

Tn. Faizal Mukhtar (foto) adalah antara anggota-anggota TimPTS terbaru yang mula bertugas pada 1 Desember lalu.

Beliau bertugas di PTS FORTUNA yang khusus menerbitkan karya-karya jantan. Beliau mempunyai network yang kuat di kalangan pelukis-pelukis komik tanah air.

Adalah diharapkan kehadiran beliau dapat memperkukuhan lagi TimFortuna yang akan diperbadankan pada bulan Januari 2010.

Pada saat entri ini ditulis, jumlah kesemua TimPTS adalah 93 orang. Proses pengambilan staf baru masih diteruskan bagi memenuhkan semua kekosongan jawatan yang ada.

Menurut Cik Shazarina Mohd. Azmy, pengurus jabatan tenaga manusia PTS, pada penghujung Desember jumlah anggota staf PTS adalah 100 orang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 05, 2009

Pemenang Minggu Pertama Peraduan “Baca & Menang”!

Selepas pihak ahli jawatankuasa peraduan menyaring beribu-ribu borang peraduan yang dihantar kepada PTS, sukacita dimaklumkan, 3 peserta seperti nama di bawah dipilih sebagai pemenang hadiah mingguan bagi minggu pertama:
 


1. Izuana binti Mahmad Sani (730126-10-5778)
Kampung Bukit Kapar, Kapar, Selangor
Kedai Buku: Popular Bukit Raja
Hadiah: iPod Touch 8GB + buku PTS bernilai RM100
 
Foto (atas) menunjukkan Pengurus Jabatan Tenaga Manusia PTS, Cik Shazarina Mohd. Azmy (kiri) menyampaikan hadiah iPOD Touch 8GB kepada Puan Izuana (kanan) seorang guru di Sek. Keb. Sg. Hj. Dorani.)
 


2. Syafiq Naufal bin Shahrul Izwan (AI64388)
Taman Seri Krubong, Melaka
Kedai Buku: Popular Tesco Melaka
Hadiah: Nokia 5130 XpressMusic + buku PTS bernilai RM100
 
Foto (atas) menunjukkan Tn. Roslan Isa, wakil PTS, menyampaikan hadiah kepada En. Syafiq Naufal (11 tahun) dari Sek. Keb. Parit Melana, Durian Daun, Melaka.

3. Anwar bin Abdul Aziz (770419-07-5341)
Taman Jati, Bandar Bera, Pahang
Kedai Buku: Pustaka Saujana, Temerloh

Hadiah: Nintendo DS + buku PTS bernilai RM100

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

TOP 30 Judul PTS - November 2009

Di bawah adalah senarai buku-buku bestseller yang dibekalkan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan sales PTS:
   
1. Senangnya Memasak Sambal & Sos - 9,091
2. Senangnya Memasak Ayam - 7,922
3. Senangnya Memasak Nasi - 7,751
4. Senangnya Memasak Ikan - 7,560
5. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung - 6,715
6. Senangnya Memasak Daging - 6,667
7. Dahsyatnya Doa Ibu - 5,923
8. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau - 5,642
9. Memasak Sehebat Chef Rendang - 4,939
10. Senangnya Memasak Kerabu & Salad - 4,716
11. Sejak Bila Kami Berkawan? Rayyan vs Naznin - 4,682
12. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah - 4,351
13. Senangnya Memasak Makanan Laut - 4,037
14. Sarah dan Senduk - 4,024
15. Senangnya Memasak Sayur - 3,937
16. Young Aisyah: Ponteng Puasa - 3,880
17. Komik-M: Raya 1 - 3,646
18. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - 3,436
19. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha - 3,412
20. Manzil Rasm Uthmani - 3,397
21. Doa Insan Berkasih - 3,390
22. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain - 3,368
23. Komik-M: Kad Raya Dari Syurga - 3,242
24. Diari Sarah - 3,231
25. Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru - 2,993
26. Gadis Lolipop - 2,933
27. 50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia - 2,911
28. Aku, Dia & Coklat - 2,901
29. Ajaibnya Sedekah - 2,868
30. Yasin, Tahlil Dan Doa - 2,841

Nota: Istilah 'laku' bermakna buku itu keluar dari setor PTS atas pesanan yang diterima daripada kedai-kedai buku dan agen-agen PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 04, 2009

Testimoni Kesan Positif Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi

Cikpuan Azzah Abdul Rahman (foto) adalah Rakan-FB saya dan juga peserta bengkel Bahasa Melayu Tinggi yang saya jalankan. Beliau menulis nota di bawah ini dalam FB beliau:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Baru-baru ini DAMS (nama syarikat beliau - Ainon) mendapat email komplen daripada seorang pelanggan (jabatan kerajaan) yang masih tidak mendapat resit pembelian buku sejak pembelian pada dua bulan yang lalu. Email itu menggambarkan rasa geram pelanggan terhadap kami kerana tidak berjaya menghubungi kami melalui telefon.

Saya membalas email berkenaan, memohon maaf atas kesilapan yang telah kami lakukan. Email itu saya tulis dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi sepenuhnya.

Dengan tidak disangka, pelanggan berkenaan membalas kembali:

"Terima kasih kerana sudi membalas email saya.Semoga berurusan lagi untuk masa yang akan datang.Terima kasih sekali lagi."

Terima kasih, Puan Ainon Mohd, kerana menurunkan ilmu ini kepada kami.

Seorang Rakan-FB bernama Waida Kmy (foto) menulis komen di bawah ini:

Saya juga berpengalaman yang sama. Berurusan dengan seorang pelanggan untuk GrafikMaya dengan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Sangat mudah berurusan dengan pelanggan ini. Dan, akhirnya beliau menunaikan haji baru-baru ini. Beliau bertanya pula doa apa yang mahu saya kirimkan. Bagus sekali efeknya.

Dibalas pula oleh Azzah Abdul Rahman:

Hebat, bukan? Saya ulang-ulang baca email balasan itu, ringkas tetapi bermakna. Selalunya, pihak saya sebagai pembekal yang akan ucapkan "Semoga berurusan lagi untuk masa yang akan datang." Ini pelanggan pula yang mengucapkan kepada pembekal yang sudah buat silap. Sungguh menarik!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Strategi Pakejing Menjual Buku Agama kepada Orang Muda Urban

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Umumnya orang-orang yang membeli buku-buku agama adalah mereka yang sudah elok agamanya. Ini lebih-lebih lagi bagi buku-buku yang bertemakan tauhid, iaitu kepercayaan kepada Allah.

Banyak faktor mengapa golongan muda yang 'cool' dan 'urban' tidak membeli buku-buku agama, sedangkan mereka sangat memerlukan kehidupan beragama yang lebih baik.

Dari satu sudut, kita dapat simpulkan bahawa dakwah dalam buku-buku agama yang sekarang banyak dalam pasaran sekarang tidak sampai kepada golongan yang sangat memerlukannya semata-mata kerana buku-buku itu tidak mereka beli, apatah lagi dibaca.

Justeru penulis dan penerbit buku-buku agama perlu mencipta strategidan taktik pemasaran yang lebih efektif supaya buku-buku agama banyak dibeli dan digemari oleh golongan muda yang 'cool & urban'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 03, 2009

Novel Sejarah Islam: Imam Syafie oleh Abd. Latip Talib

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Borang-borang Peraduan “Baca & Menang” Mula Mencurah-curah Tiba

Kedai-kedai yang menjadi agen PTS di seluruh negara sudah mula menghantar borang-borang peradauan "Baca & Menang".

Foto menunjukkan Tuan Wahyudi yang bertugas di jabatan marketing PTS sedang memproses borang-borang itu.

Sebagai mana yang diramalkan, 90% penyertaan adalah daripada golongan remaja dan muda-mudi di bawah usia 30 tahun.

Foto di bawah menunjukkan hadiah-hadiah mingguan yang ditawarkan kepada peserta peraduan ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Beberapa perkara menarik berlaku dalam peraduan ini. Sebagai contoh, ada peserta yang bersusah-payah menghantar borang penyertaan dalam bentuk yang elaborate, lengkap dihias sebagai folder cantik dengan ring-binding, sebagaimana dalam foto di bawah.

Walau bagaimanapun, Tuan Nazrul Samsudin, pengarah peraduan ini memberitahu bahawa penilaian akan dibuat berdasarkan kualiti cogan kata yang dicipta oleh peserta.

Menurut Tuan Wahyudi, panel penapis sudah mengenal pasti 27 cogan kata yang amat bermutu. Namun, disebabkan borang-borang masih terus datang, keputusan muktamad belum ditentukan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

TOP 30 Penerima Royalti 2008

1. Dr. Danial Zainal Abidin

2. Ain Maisarah

3. Ainon Mohd

4. Farihah Iskandar

5. Abd. Latip Talib

6. Muhd. Kamil Ibrahim

7. Ezee Rahmani

8. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

9. Ashadi Zain

10. Ann Wan Seng

11. Ahmad Fadzli Yusof

12. Zaid Akhtar

13. Kusyi Hirdan

14. Dato' Dr. Haron Din

15. Muhd Rozani Pawan Chek

16. Ainin Naufal

17. Umi Kauthar

18. Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

19. Shamsuddin Abd. Kadir

20. Dato' Seri Abd. Hadi Awang

21. Aizam Aiman

22. Salina Ibrahim

23. Natasya Effyzal

24. Razzi Armansur

25. Fred Suriya

26. Meor Shariman

27. Ahmad Naim Jaafar

28. Sunthara Segar

29. Mardzelah Makhsin

30. Umi Kalthum Ngah

Nota: Senarai ini dibekalkan oleh Cik Norizah Wahid, eksekutif di jabatan kewangan PTS yang menguruskan rekod-rekod royalti. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 02, 2009

Semua Pembayaran Royalti 2008 Sudah Lunas

Cik Norizah Wahid (foto) adalah eksekutif di jabatan kewangan PTS yang mengurus rekod-rekod dan jadual pembayaran royalti kepada semua pemilik harta intelek yang diperdagangkan oleh PTS.

Para pemilik harta intelek itu termasuklah penulis, penterjemah, pelukis komik dan pelukis ilustrasi.

Mereka terdiri daripada warga Malaysia, mahupun warga negara-negara asing  termasuk warga Indonesia, US dan UK, yang karya mereka diterbitkan semula oleh PTS sebagai edisi Malaysia.

Beliau memberitahu bahawa semua cek royalti bagi jualan tahun 2008 sudah selesai dihantar kepada penerima. Prestasi ini adalah lebih baik daripada tahun lalu kerana pada tahun ini semua selesai dibayar pada bulan November, manakala tahun lalu bayaran terakhir dibuat sehingga bulan Desember.

Bagi tuan dan puan yang memerlukan maklumat, hubungi Cik Norizah di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address) .

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Beraya Haji dengan Orang Asli Kg. Songkok, Hulu Yam, Selangor

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto ini diambil di kawasan rumah rehat Dato' Lawyer Khamil di kampung saya, Kg. Janda Baik, Bentong, Pahang.

Dalam foto kelihatan Prof. Abdullah Hassan memangku Arif, anak pembantu rumah kami.

Yang sedang makan sarapan pagi itu (sebelum upacara korban dimulakan) adalah pemuda-pemuda Orang Asli suku Temuan dari Kg. Songkok, Hulu Yam, Selangor. Di kiri sekali, ketua mereka, En. Sari. Beliau 43 tahun, mempunyai 2 orang isteri dan 13 orang anak.

Sehari sebelum raya, kami ambil mereka dari Kg. Songkok, dan tidur di tempat kami. Pagi raya kami bawa mereka ke rumah rehat Dato' Lawyer Khamil yang berkorban 5 ekor lembu. 

Mereka kami bawa supaya dapat mengambil bahagian daging korban untuk semua keluarga Orang Asli di Kg. Songkok. Selepas itu kami hantar mereka pulang.

Sebelum datang, En. Sari malu-malu berbisik kepada saya, katanya, "Kak, saya nak minta perut lembu."

Saya pun sampaikan hajat beliau kepada Dato' Lawyer Khamil. Hasilnya beliau memberi perut 3 ekor lembu kepada mereka (yang mereka cuci bersih dalam anak sungai yang mengalir dalam halaman rumah rehat Dato' Khamil).....

NOTA: T-shirt dan topi golf yang mereka pakai itu semuanya dari sedekah pakaian terpakai yang kami terima daripada rakan-rakan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Melah Melia adalah Pelajar Pintar yang Kencing Malam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Salah satu formula kejayaan menerbitkan untuk kanak-kanak dan remaja adalah ia perlu diterbitkan bersiri-siri. Justeru, PTS sangat menggalakkan para penulis sastera remaja mencipta cerita dan watak-watak yang dapat dipanjangkan menjadi siri.

"Melah Melia: Rombongan ke Pangkor" karya Pn. Ainin Naufal adalah salah satu novel bersiri untuk remaja terbitan PTS yang sudah mempunyai banyak pengikut.

Melah Melia adalah nama seorang pelajar pintar yang mempunyai penyakit kecing malam (istilahnya 'ngompol' dalam bahasa Jawa). Siri ini menceritakan pelbagai perkara yang dialami oleh Melah Melia akibat penyakitnya itu.

Peminat siri Melah Melia mahu mengetahui perkembangan penyakit gadis itu, semenjak dia masih di sekolah rendah sehingga sekarang apabila dia berjaya terpilih masuk sekolah berasrama penuh.

Menurut Cik Mazlia Murat, pengurus PTS ONE Sdn. Bhd., sewaktu mula diperkenalkan, cetakan pertama bagi siri 1 dan siri 2 adalah 3 ribu naskhah, tetapi terbukti jualannya bagus, lalu kedua-dua siri itu sudah diulangcetak lebih sekali.

Bagi siri 3 dan siri 4, cetakan pertamanya dinaikkan kepada 5 ribu naskhah.

Data jualan buku-buku remaja PTS menunjukkan judul-judul yang bersiri lebih tinggi jualannya, dan diulangcetak berkali-kali, dibandingkan dengan judul-judul yang tidak bersiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 01, 2009

Untuk Staf PTS Sahaja: Pertandingan Mencari Suara Emas PTS

PTS sedang mencari calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai Pertandingan Suara Emas PTS. Suara Emas PTS ini akan digunakan untuk sistem operator automatik yang akan digunakan mulai Januari 2010. Berikut adalah syarat-syarat untuk pertandingan:

1. Fasih berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris
2. Jika fasih berbahasa Tamil dan Mandarin, anda akan diberi markah tambahan
3. Bersuara lunak, merdu dan menenangkan
4. Terbuka untuk SEMUA kakitangan
5. Skrip akan sediakan untuk sessi ujibakat
6. Sessi ujibakat akan diadakan pada 15 Disember 2009, bermula jam 10 pagi bertempat di Jabatan Pemasaran.
7. Calon-calon yang berminat boleh mendaftar dengan membalas emel ini dengan menulis 'Saya mahu menjadi suara PTS!'
8. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 14 Disember 2009, jam 10 pagi.

Pemenangan pertandingan ini akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100.

Selamat mencuba dan semoga berjaya. Sekian, terima kasih.

Shazarina Mohd. Azmy, Jabatan HRD.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Persediaan Menyambut Pesta Tahun World-Cup Bola Sepak

Para editor PTS sedang bekerja kuat berfikir (berfikir adalah pekerjaan berat -- SifuPTS) produk-produk yang khusus akan diterbitkan pada tahun 2010 yang kebetulan akan menyambut pesta Piala Dunia bagi sukan bola sepak.

Tuan Wan Zuhairi, ketua unit komik, memberitahu 3 komik khusus akan diterbitkan dengan tema bola sepak.

Para penulis PTS yang berminat menulis buku dengan tema bola sepak, mohon hubungi editor masing-masing dengan mengemukakan (i) konsep buku, (ii) tajuk-tajuk bab bagi buku nonfiksyen, ataupun (iii) sinopsis jalan cerita bagi buku fiksyen.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Rangkaian Kedai-kedai Buku Syarikat Muda Osman Menyokong Peraduan “Baca & Menang”

Rangkaian kedai buku SMO (Syarikat Muda Osman) adalah syarikat kedai buku milik usahawan Melayu yang mempunyai jumlah outlet paling banyak, iaitu 15 buah kedai.

Outlet SMO yang terbaru adalah di dalam KB Mall, pusat membeli-belah terbesar dalam bandar Kota Baru.

Semua outlet SMO beroperasi di negeri Kelantan. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 2 pages  <  1 2